23.05.2017 Views

photos by sarah saberi (1)

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Pencapaian

Siswa Guru di bawah

Persatuan Penyelamat

Kelemasan Malaysia

Seorang siswa guru Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas telah berjaya memperolehi sijil penyelamat

kelemasan (Bronze Medallion) di bawah Persatuan Penyelamat Kelemasan Malaysia pada 17 Januari 2017 yang lalu. Siswa

guru tersebut ialah saudara Mir Haaziq Bin Hasrap daripada Semester 6 Ambilan Jun 2014. Beliau telah lulus dalam

peperiksaan pengetahuan praktikal peringkat menengah dalam kaedah berenang, kebolehan memberi pertolongan

cemas dan pemulihan pernafasan. Beliau juga berjaya melayakkan diri untuk memperolehi sijil di bawah ‘International

Life Saving Federation’ sebagai seorang ‘International Life Saver’. Penyampian sijil ini berlangsung di Universiti Putra

Malaysia (UPM). Peluang keemasan ini berjaya beliau peroleh setelah mendapat nasihat dan dorongan daripada

pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan iaitu Dr. Teng Siew Lian, yang merupakan bekas pemain polo air

bagi pasukan Negeri Sembilan. Tahniah diucapkan kepada saudara Mir Haaziq Bin Hasrap atas kejayaan dan

penglibatan beliau!

KEJOHANAN SILAT OLAHRAGA

KERIS EMAS

Pada 7 Januari 2017, telah berlangsungnya

Kejohanan Silat Olahraga Keris Emas di Universiti

Tenaga Nasional (UNITEN). Seramai 5 orang siswa

guru dari IPG Kampus Ilmu Khas telah menyertai

pertandingan ini.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada mereka kerana

mereka tidak pulang dengan tangan yang kosong.

Mereka telah memenangi 1 pingat emas, 1 pingat

perak dan 1 pingat gangsa. Siswa guru tersebut ialah

Tuan Hanif Fakrullah bin Tuan Man, Mohamad Syafiq

bin Baharudin dan Dayana binti Razali. Tidak

ketinggalan juga kepada siswa guru Muhammad

Noordin bin Abdul Din yang telah menerima sijil

penyertaan. Mereka yang mewakili IPGKIK dibantu

dan diuruskan oleh saudara Muhammad Razman bin

Abdul Radji. Moga kejayaan yang diperoleh siswa guru

ini memberi semangat kepada siswa guru yang lain

untuk menaikkan lagi nama IPG Kampus Ilmu Khas

kita ini.

7 Januari 2017 yang lalu, telah berlangsung

Pada

Hijau dan Aktivit Mengecat Kawasan Kampus

Projek

julung kalinya diadakan. Program ini bertujuan

yang

menyemai budaya hijau sebagai gaya hidup

untuk

IPG Kampus Ilmu Khas. Program ini juga

warga

oleh barisan pensyarah dan siswa pendidik.

dijayakan

Pengarah IPGKIK, Dr Mohd Suhaimi bin Mohamed

Tuan

telah berbesar hati untuk turut sama memeriahkan

Ali

program ini. Di samping itu, beliau juga sanggup

lagi

tenaga untuk menanam anak pokok kelapa

memerah

simbolik perasmian program tersebut.

sebagai

aktiviti penanaman dimulakan, semua

Sebelum

program diberi penerangan tentang langkah

peserta

cara penanaman pokok yang baik. Sebahagian

dan

siswa pendidik telah terlibat dengan aktiviti

daripada

di sekitar kawasan kampus. Diharapkan

mengecat

sebegini dapat memupuk kesedaran yang

program

dalam usaha menghijaukan bumi IPG Kampus

tinggi

PROJEK HIJAU

PROGRAM ASRAMA

Ilmu Khas.

Program Mengecat

Kolej Kediaman

Pada 11 Februari 2017 Program Mengecat Kolej

Kediaman yang julung kalinya diadakan ini telah

dirasmikan oleh Tuan Pengarah IPGKIK, Dr Mohd Suhaimi

bin Mohamed Ali sebelum aktiviti mengecat dijalankan.

Penghuni-penghuni kolej kediaman Aman, Damai dan

Sentosa telah diberikan taklimat dan penerangan khusus

tentang penggunaan peralatan-peralatan cat. Pihak

pengurusan kolej kediaman telah membekalkan perlatanperalatan

cat serta cat yang akan digunakan untuk

mengecat bilik masing-masing supaya warna bilik

diseragamkan. Inisiatif sebegini mampu mengeratkan lagi

hubungan silaturahim sesama penghuni kolej kediaman di

samping dapat menceriakan bilik-bilik penghuni secara

beramai-ramai serta bergotong-royong.

MAJLIS MAKAN

MALAM

Tajaan Datuk Rizalman

Dato' Mokhtar

Pada 12 Februari 2017 yang lalu, siswa guru IPG Kampus Ilmu Khas (IPGKIK) telah dijemput oleh Datuk

Rizalman bin Dato’ Mokhtar, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bandar Tun Razak untuk menghadiri majlis

makan malam bersama beliau di sebuah gerai nasi lemak Taman Tenaga. Para siswa guru menghadari

majlis tersebut di bawah bimbingan Puan Ros Maria Ira binti Ahmad Jailani dan kerjasama Jawatankuasa

Perwakilan Pelajar (JPP) Sesi 2017/2018.

Majlis makan malam ini bertujuan untuk memberi sedikit bantuan atas isu kemasukan elaun pelajar-pelajar

IPG Kampus Ilmu Khas yang tergendala buat sementara. Di samping itu, beliau juga dapat beramah mesra

dengan para siswa guru IPGKIK. Sambutan pada malam tersebut amat meriah dan semua siswa guru

mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada beliau atas pelawaan yang diberi dan sekali

gus mampu menampung sedikit perbelanjaan mereka.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!