02.06.2017 Views

BUKU CENDERAMATA MKAB2017

Buku Cenderamata Malam Kemuncak Apresiasi Bintang Kolej 5 Universiti Putra Malaysia

Buku Cenderamata Malam Kemuncak Apresiasi Bintang Kolej 5 Universiti Putra Malaysia

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

SETITIS TINTA

TIMBALAN NAIB CANSELOR

AKADEMIK DAN ANTARABANGSA(UPM)

Assalamualaikum W.B.T, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia

Syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, Malam Kemuncak Apresiasi Bintang 2017 (MKAB 2017) Kolej

Kelima Universiti Putra Malaysia (UPM) dapat dilaksanakan dengan jayanya. Saya mengucapkan syabas kepada semua Ahli

Jawatankuasa Pelaksana MKAB 2017 di atas kesungguhan anda untuk merealisasikan majlis yang penuh bermakna ini.

Setinggi-tinggi tahniah juga diucapkan kepada para pelajar tahun akhir Kolej Kelima yang diraikan pada majlis ini kerana setelah

bertahun-tahun melalui suka duka dalam menimba ilmu pengetahuan, akhirnya anda tiba juga di penghujungnya. Walau bagaimanapun,

ini bukanlah titik noktah dalam memperkayakan diri dengan ilmu pengetahuan. Di mana pun anda berada dan ke mana pun jua anda

melangkah selepas ini, semoga perjuangan menuntut ilmu tetap diteruskan kerana ia adalah sebahagian daripada tuntutan agama. Segala

ilmu yang telah dipelajari perlu diamalkan demi manfaat bersama.

Di kesempatan ini juga, saya ingin mengingatkan para mahasiswa untuk sentiasa menerapkan konsep ihsan dalam kehidupan seharian

terutamanya selepas bergelar graduan nanti. Dalam memanfaatkan pengertian ihsan sama ada semasa belajar mahupun berkerja kelak,

aspek yang penting untuk dipertingkat adalah aspek kualiti. Melalui penghayatan ‘ihsan’, kita akan melakukan sesuatu dengan cekap,

ikhlas, penuh kejujuran, efisien, dan akhirnya mestilah membawa kebaikan serta perubahan baik atau islah kepada pembangunan diri

sendiri, keluarga, bangsa, agama dan negara.Setelah berakhirnya zaman belajar di universiti, anda akan memasuki fasa kehidupan yang

baharu. Ingatlah bahawa anda akan melangkah keluar dengan membawa nama Kolej Kelima dan Universiti Putra Malaysia bersama anda.

Anda kini adalah duta kepada jenama Universiti Putra Malaysia dan Kolej Kelima.

Syabas dan tahniah sekali lagi saya ucapkan kepada bakal-bakal graduan Kolej Kelima.

Sekian,terima kasih.

“BERILMU BERBAKTI”

PROF. DR. M IQBAL SARIPAN

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)

5

SEKALUNG PENGHARGAAN

YBHG. PROFESOR DATIN PADUKA DR. AINI IDERIS

NAIB CANSELOR

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

YBHG. PROFESOR DR. M. IQBAL SARIPAN

TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

YBHG. PROFESOR DR. SIDEK BIN HAJI ABD AZIZ

PENGETUA KOLEJ KELIMA

PENGURUSAN KOLEJ KELIMA

FELO-FELO KOLEJ KELIMA

JAWATANKUASA PELAKSANA MALAM KEMUNCAK APRESIASI BINTANG 2017

BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

PENGURUSAN HOTEL PALACE OF THE GOLDEN HORSES

SERTA

PIHAK-PIHAK LAIN YANG TURUT TERLIBAT MEMBANTU DAN MEMBERIKAN SUMBANGAN

SAMADA SECARA LANGSUNG DAN TIDAK

LANGSUNG BAGI MENJAYAKAN PROGRAM INI.

SESUNGGUHNYA HANYA TUHAN YANG DAPAT MEMBALAS SEGALANYA.

28

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!