02.06.2017 Views

BUKU CENDERAMATA MKAB2017

Buku Cenderamata Malam Kemuncak Apresiasi Bintang Kolej 5 Universiti Putra Malaysia

Buku Cenderamata Malam Kemuncak Apresiasi Bintang Kolej 5 Universiti Putra Malaysia

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

25

SEJAMBAK BICARA

PRESIDEN MTM KOLEJ KELIMA

Assalamualaikum W.B.T, Salam Sejahtera dan Salam Harmoni

Alhamdulillah, pertama sekali ingin saya panjatkan penuh kesyukuran kehadrat Ilahi kerana atas keizinan dan limpah kurnia-Nya, saya

berpeluang menzahirkan secebis ucapan atas lembaran indah ini. Sekalung penghargaan dan tahniah saya ucapkan kepada seluruh ahli

jawatankuasa pelaksana Malam Kemuncak Apresiasi Bintang (MKAB 2017) atas komitmen yang telah disumbangkan sepanjang

persediaan dan perlaksanaan majlis ini. Sejujurnya saya akui bahawa majlis makan malam yang penuh berprestij ini tidak dapat

dilaksanakan dengan sempurna tanpa usaha dan kerjasama daripada semua warga kolej yang terlibat.

Ucapan syabas dan setinggi tahniah sudah pastinya saya ucapkan buat para pelajar tahun akhir Kolej Kelima yang diraikan dalam MKAB

2017 ini diatas kecemerlangan dan usaha berterusan dalam melayari perjalanan sebagai pengembara ilmu atas muka bumi ini. Semoga

kejayaan para pelajar tahun akhir menjadi kesinambungan dan inspirasi buat seluruh warga kolej dalam merealisasikan impian sebagai

penuntut ilmu yang berjaya.

Disamping itu, jutaan terima kasih juga saya tujukan buat para pelajar tahun akhir diatas sumbangan anda terhadap kolej tercinta ini

samada secara langsung mahupun tidak langsung. Pastinya banyak pengalaman yang diperolehi dan ilmu yang dikuasai sepanjang

keberadaan anda di kolej ini. Kenangan serta memori suka dan duka, pahit atau manis pastinya sudah terpalit dan tercipta bersama

rakan-rakan kolej yang lain dan saya yakin memori seperti ini pastinya sukar untuk dipadamkan dalam ingatan anda.

Akhir kalam dari saya, semoga majlis ini menjadi persinggahan manis buat para pelajar tahun akhir sebelum masing-masing membawa

haluan yang lebih jauh selepas bergraduat di masa akan datang. Semoga majlis ini juga dapat menggamit semula memori yang dicipta

sepanjang bergelar pelajar Kolej Kelima. Semoga Allah S.W.T merahmati dan memberkati kehidupan kita semua di dunia dan di akhirat.

Insha Allah.

Sekian, terima kasih.

MUHAMAD ZULSYAFIQ JASNI

Presiden Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Kelima 2016/2017

8

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!