18.07.2017 Views

Eva Jessesca Stephen ( Latest MOCK BOOK)

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

TONGKUNGON

Alat gitar tiub ini keseluruhannya dibuat daripada buluh.

Seruas batang buluh diambil kemudian empat atau lapan

carikan kulitnya dicungkil di sepanjang batang buluh di

antara kedua-dua hujung sehingga membentuk beberapa

helaian utas tali kecil. Tali-tali disangga dengan rotan atau

kepingan kayu kecil pada kedua-dua hujungnya untuk

mengubah kepanjangan serta bunyi-bunyiannya. Tali-tali

serta bunyi-bunyiannya dipanggil bersempena dengan

nama-nama gong dalam gubahan muzik masyarakat

tersebut. Selakunya tongkungon dimainkan secara

perseorangan untuk hiburan persendirian. Ianya juga

digunakan untuk mengiringi tarian. Ianya popular di

kalangan suku-kaum Kadazan/Dusun

SOMPOTON

Alat muzik ini dibuat daripada sebiji buat daripada sebiji

buah labu yang kering dengan lapan batang paip buluh

yang disusun dalam dua lapisan. Salah satu daripada paip

ini tidak mempunyai bunyi dan berfungsi unutk memperseimbangkan

kedudukan bentuk alat tersebut. Dengan

meniup atau menyedut mulut labu , pemain boleh menghasilkan

satu bunyian harmoni yang merdu. Semasa

memainkan sompoton, seseorang pemain menutup dan

membuka tiga daripada empat paip terpendek pada

hujungnya dengan tiga jari tangan kanan dan tiga

lubang kecil pada dasar paip terpendek serta hadapan

dan belakang paip terpendek serta hadapan dan belakang

paip yang lebih panjang dengan jari tangan kiri.

BUNGKAU/URIDING/TURIDING

Kecapi mulut dibuat daripada kulit sejenis poko palma

yang dikenali sebagai polod oleh suku kaum Kadazan/

Dusun. Untuk mengukir bentuknya, ianya memerlukan

tangan yang halus dan mahir. Alat ini lazimnya ditemui

di kawasan- kawasan suku kaum Dusun. Kepingan berkayu

yang nipis ditengah alat ini digetarkan dengan ibu

jari. Getaran kepingan kayu ini menghasikan bunyi yang

kecil tetapi dengan meletakannya di hadapan mulut

pemain ia akan menghasikan bunyi yang berbalik.

Pelbagai jenis bunyi ataupun frekuensi yang dapat

dihasilkan dengan mengubah kedudukan bentuk mulut

ataupun kedudukan lidah ketika memainkannya. Alat

tiupan ini selalunya disimpan dalam bekas tiub buluh

kecil agar ianya tidak mudah rosak.

6

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!