12.12.2017 Views

ebook kg 9 new2

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Sumber Pendapatan Penduduk

ATV Ride Discovery, Ayer Hangat, Langkawi

Ekonomi Kampung Kilim berkembang maju dari sektor perikanan dan pertanian kepada ekopelancongan. Semasa lawatan etnografi di Kampung Kilim, terdapat banyak perusahaan

perniagaan keluarga seperti ATV Discovery Sdn Bhd di mana pelancong boleh melawat kawasan sawah padi, sekitar kampung, hutan, ladang getah dan kawasan bakau menggunakan

ATV (All- Terrain Vehicle). ATV Ride Discovery Sdn. Bhd merupakan perusahaan yang dimiliki oleh Encik Baslan bin Hamid bersama isterinya Puan Aini. Kebanyakan pelanggan yang

datang ialah pelancong dari negara Arab dan perniagaan ini mendapat sambutan yang tinggi pada musim cuti. Hal ini demikian kerana pada musim cuti di negara Arab, mereka akan

datang ke Malaysia untuk melancong dan salah satu tempat yang mereka akan lawati di Langkawi ialah ATV Ride Discovery untuk merasai pengalaman melakukan aktiviti lasak selain

melawat di Kilim Geoforest Park.

Tukang Jahit Suraida

Kedai jahit suraida ini mula beroperasi antara empat hingga lima bulan

yang lalu dengan bantuan Amanah Ikhtiar Malaysia(AIM). Puan Suraida

memulakan perniagaan menjahit di rumah dan memperolehi kemahiran

menjahit dari KEMAS dan mula mendapat tempahan menjahit baju daripada

rakan- rakannya. Beliau berkata bahawa tempahan demi tempahan diterima

bukan sahaja dari Kampung Kilim tetapi dari kampung yang lain. Kedai Jahit

Suraida ini mula beroperasi dari 9.00 pagi hingga 6.00 petang.

Pengembaraan ATV Ride Discovery di sekeliling kampung

dan kawasan ladang getah.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!