12.12.2017 Views

ebook kg 9 new2

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Mai ke Kilim

Penasihat

Profesor Madya Zulkalkain Bin Zainal Abidin

Isi Kandungan

Muka Surat

Kebudayaan

Muhammad Azwan Bin Anuar

Akhmal Hakim Bin Dimyaty

Nur Farhana Binti Abdullah

Cyronney Lisa Andrew

Lucas Anak Thomas

Beelvianna Binsan

Maharani Anyan

Dina David

Cik Aslina BInti Mohamad Jainal

Encik Anuar Bin Ayob

Jurugambar

Dayang Nur Fazhany Nazatul Binti Abang Yusri

Mohamad Faizuddin bin Ab. Rahman

Muhammad Luqman bin Rosdidi

Akhmal Hakim bin Dimyaty

Md.Arie Amizam bin Masri

Beelvianna Binsan

Maharani Anyan

Dina David

Sosial

Dayang Nur Fazhany Nazatul Binti Abang Yusri

Mohammad Faizuddin Bin Ab. Rahman

Muhammad Luqman Bin Rosdidi

Nur Afiqah Safwanah Binti Romzi

Annicha Chandra Binti Issa Azmi

Juliana Binti Omarsidi

Sahwati Binti Undang

Azlina Binti Sharkawi

Ekonomi

Haida Hazwanie Binti Muhamad Puat

Md. Arie Amizam Bin Masri

Esther Ellizer Jane Jominis

Jusy Sambai Anak Javeril

Mohd Syafiq Bin Saidi

Tiffany Loh Qi Lin

Saihah Binti Kuin

Aris Anak Fred

Senarai Nama Ahli JawatanKuasa i

Senarai Kandungan

ii

Penghargaan

iii

Latar Belakang 1

Keindahan Kilim 2-3

Geografi Bentuk Muka Bumi 4-5

Permuafakatan Penduduk 6-8

Kemudahan Infrastruktur 9-11

Pendidikan

Perpustakaan Kilim

Pengangkutan

Kebudayaan Kampung 12-18

Aktiviti menggaul bubur asyura

Kuih Muih

Pakaian Tradisional

Adat Perkahwinan

Silat Bunga

Tarikan Pelancong 19-31

Galeria Perdana

Perusahaan Bot

Penternakan Ikan Sangkar

Gua Kelawar

Tempat Melihat Burung Helang

Sumber Pendapatan Penduduk 32-38

Atv Ride Discovery, Kampung Ayer Hangat

Tukang Jahit Suraida

Penghargaan

Bismillahirahmanirahim..

Alhamdullilah,bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa dan tenaga yang dianugerahkan kepada kami

dapat juga kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Pertamanya, kami ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada para pensyarah kami iaitu, Encik Anuar Bin Ayob, Profesor Madya

Zulkalnain Bin Zainal Abidin dan Cik Aslina Binti Mohamad Jainal kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripada mereka, membuka ruang

untuk kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), dan

penduduk Kampung Kilim kerana memberi kami pemudahcara untuk menyiapkan kerja lapangan ini. Mereka telah memberikan kami segala

kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai kami berjaya menghabiskan tugasan ini.

Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kerja

lapangan ini. Segala bantuan dan sokongan yang telah anda hulurkan amatlah kami hargai sehingga membolehkan kami menyiapkan tugasan ini.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih dan setinggi penghargaan buat kedua ibu-bapa kami, di atas doa, sokongan moral dan juga

bantuan kewangan yang diberikan kepada kami dalam menjayakan misi ini.

Tahukah anda?

Pokok Ini merupakan pokok Jambu Keling

iaitu nama asal bagi Kampung Kilim.

Latar Belakang

Keindahan Kilim

Kampung Kilim yang terletak di Langkawi, Kedah memiliki keunikan geologi

yang tersendiri. Pemandangan yang berbukit bukau,sungai, batu-batan,

gua, paya-bakau, tasik dan haiwan liar yang menyimpan mitos yang penuh

misteri tersembunyi yang tidak terungkai oleh sesiapa pun. Kampung Kilim

juga kaya dengan sumber alam yang menyimpan seribu satu khazanah

negara. Sungai Kilim adalah merupakan tempat pelancongan yang menarik

yang terdapat di Kilim. Sektor pelancongan di Kilim menjadi semakin rancak

selepas diiktiraf oleh UNESCO sebagai Kilim Geoforest Park pada tahun 2007.

Koperasi Kilim di bawah tadbiran Jeti Pelancongan Sungai Kilim merangka

aktiviti ekopelancongan bagi membawa pelancong melihat secara dekat

formasi batuan dan fosil-fosil yang terbentuk sejak jutaan tahun yang lalu

serta menyusuri hutan paya bakau, gua-gua, sangkar ikan dan menyaksikan

habitat burung helang yang cukup sinonim dengan Pulau Langkawi.

Sejarah awal kewujudan Kampung Kilim berasal daripada sepohon pokok yang

berumur ratusan tahun. Pokok tersebut adalah pokok Jambu Keling. Berdasarkan kenyataan

yang dikeluarkan oleh Ahmad Nizar bin Hanapiah (65 tahun), sebenarnya penerokaan

Kampung Kilim berasal daripada negara luar iaitu Thailand. Kebanyakan penduduk di

Langkawi ini, terdiri daripada keturunan Siam. Perkataan ”keling” disebut “killing” oleh

orang Thailand dan pada masa sekarang dipanggil Kilim. Pokok Keling tersebut terletak

300 meter daripada pengkalan Kampung Kilim. Terdapatnya pangkalan kecil dan pangkalan

besar. Pokok Keling tersebut terletak di pangkalan besar.

Pada awal 40-an, orang dari negara Siam datang ke Langkawi meneroka tanah yang

sedia ada di Kampung Kilim. Menurut seperti yang diceritakan kepada beliau, kebanyakan

penduduk di Kampung Kilim berpindah ke Thailand. Dahulu penduduk Kampung Kilim

tidak ramai iaitu di antara 30 hingga 40 orang sahaja. Selepas itu, penduduk Kampung

Kilim bertambah kerana ramai yang sudah berkeluarga. Pada masa itu, pekerjaan penduduk

kampung ialah sebagai penebang kayu bakau dimana ianya akan dijadikan arang. Selain itu,

nelayan juga merupakan perkerjaan penduduk pada awalnya. Nelayan-nelayan ini membawa

satu tempat untuk mereka mendarat dan menurunkan hasil tangkapan mereka.

UNIK....Pelancong dapat melihat akar pokok kayu bakau

secara dekat di hutan bakau yang terdapat di sepanjang

laluan menuju ke Gua Kelawar.

KILIM GEOFOREST PARK. Ia merupakan

mercu tanda bagi Kampung Kilim.

Geografi Bentuk Muka Bumi Kg. Kilim

Bentuk muka bumi di kawasan Kampung Kilim terdiri daripada bukit bukau, hutan payah bakau, kawasan dataran, dan sumber

galian yang dikenali sebagai Geoforest Park. Jarak antara Pulau Langkawi dengan negara Thailand adalah 10 km dengan menaiki

bot. Ia dikenali sebagai pulau Andaman iaitu sempadan antara Malaysia dan Thailand. Hal ini menyebabkan berlakunya migrasi

dan membawa kepada perkahwinan campur di antara penduduk setempat dan orang Siam.

Kampung Kilim merupakan sebuah kampung yang terletak dibahagian

Ayer Hangat, Langkawi, Kedah. Seramai 1,195 orang penduduk pada tahun

2010 yang menetap di Kampung Kilim dan mempunyai 225 buah keluarga.

Maklumat ini diperolehi daripada Encik Ahmad Shuhaimi Bin Abu selaku

setiausaha Koperasi Komuniti Kampung Kilim. Hal ini, dapat dilihat semasa

ketibaan rombongan pelajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

dan diiringi oleh tiga orang pensyarah. Selain itu, setiap keluarga angkat

memberi layanan yang sangat baik, dimana mereka menitikberatkan setiap

keperluan asas pelajar.

Permuafakatan Penduduk

Pemandangan bentuk muka bumi di Kilim Geoforest Park yang menjanjikan kepuasan pada ....

pencinta alam

Pada waktu pagi, kebiasannya penduduk

di Kampung Kilim memulakan pekerjaan

harian mereka dengan mencari rezeki

seperti menangkap ikan di laut, membuka

perniagaan runcit, meniaga nasi lemak

di hadapan sekolah, dan menjalankan

tugas harian mereka. Pada waktu petang

pula, penduduk di Kampung Kilim

akan melakukan aktiviti riadah seperti

berbasikal, sukaneka, ziarah- menziariahi

jiran tetangga dan aktiviti laga ayam.

Aktivti laga ayam hanya dimainkan oleh

kanak-kanak untuk mengisi masa lapang

mereka.

Selain itu, para penduduk setempat

turut mengadakan aktiviti bergotongroyong

membersihkan kawasan

kampung. Disamping itu, pada -setiap

tahun Persatuan Rukun Tetangga akan

mengadakan aktiviti senamrobik yang

melibatkan penduduk kampung, yang

dijalankan dua bulan sekali di pangkalan

Sekolah Kebangsaan Kilim

Sekolah Kebangsaan Kilim merupakan salah satu sekolah rendah yang terdapat di kampung

Kilim. Sekolah ini ditubuhkan pada 1 Januari 1984. Menurut Puan Rositha Binti Sulaiman

yang merupakan guru besar Sekolah Kebangsaan Kilim berkata sekolah ini merupakan

sebahagian daripada Sekolah Rendah Penghulu Ahmad. Sekolah Kebangsaan Kilim terletak

14 kilometer dari Pekan Kuah. Pada masa ini, sekolah ini mempunyai seramai 13 orang

tenaga pengajar, seorang pembantu tadbir dan 3 orang pekerja kontrak. Terdapat 255 pelajar

secara keseluruhannya. Pelajar lelaki seramai 143 orang manakala pelajar perempuan

seramai 121 orang. Pelajar yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kilim adalah merupakan

penduduk di kawasan sekitar Kampung Kilim seperti Kampung Batu Gajah dan Sungai Itau.

Encik Fuad Ezrai'e bin Muhamad yang merupakan bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Kilim

berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading dan merupakan penuntut tahun akhir di

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam jurusan Sains Maritim. Hal ini membuktikan

generasi muda Kampung Kilim tidak ketinggalan dari segi pendidikan formal.

Kemudahan Insfrastruktur

Masjid Nurussaadah

Dewan orang ramai Kampung Kilim

Kemudahan bas pelancong ke Kampung

Kemudahan jalan raya

Berniaga nasi lemak adalah antara sumber pendapatan

penduduk kampung Kilim

Kebudayaan Kampung Kilim

Keunikan budaya bagi sesebuah negeri ataupun kampung memberi kelebihan dan tarikan bagi kampung

dan negeri tersebut. Hal ini demikian kerana, dengan adanya budaya bagi sesebuah kampung tersebut

akan dapat memberi pengalaman baru bagi masyarakat luar untuk mengetahui tentang budaya kampung

tersebut. Kampung Kilim merupakan sebuah kampung yang mempunyai budaya dan tradisinya yang

tersendiri serta terus menjadi adat dan pegangan bagi penduduk di kampung ini. Etnik dan suku kaum

yang terdapat di Kampung Kilim ialah Melayu, Siam, dan Burma. Percampuran etnik di kampung ini

berlaku melalui perkahwinan dan imigrasi pada suatu ketika dahulu. Namun begitu, kehidupan penduduk

di Kampung Kilim tetap bersatu dan saling membantu antara satu sama lain.

Peneram

Kuih muih

Setiap negeri mahupun kampung dikenali melalui

makanan yang terdapat di sesebuah kampung tersebut.

Begitu juga dengan kampung Kilim yang mempunyai

pelbagai jenis makanan yang disukai oleh orang

ramai iaitu peneram, popia pedas, batang buruk dan

bahulu. Makanan ini mempunyai keistemewaannya

yang tersendiri kerana rasanya yang begitu sedap dan

menjadi salah satu trend makanan bagi penduduk

Kampung Kilim. Bagi sesiapa sahaja yang ingin melawat

ke Kampung Kilim boleh merasai jenis makanan ini.

Bahulu

Kuih Ketayap

Popia Pedas

Aktiviti menggaul bubur Asyura merupakan acara yang dilakukan setiap

kali tibanya Awal Muharam di Kampung Kilim

Batang Buruk

Pakaian tradisional kampung Kilim

iaitu baju kurung Kedah yang begitu

menarik dan unik serta memberi

sifat keayuan bagi sesiapa sahaja

wanita yang memakainya.

Rekaan pakaian ini berubah dari masa ke semasa kerana

perubahan zaman serta pengaruh daripada rekaan baju

kurung moden yang lebih banyak digunakan semasa Hari Raya

Aidilfitri.

Adat Perkahwinan

Perkahwinan merupakan perkara yang membawa kepada

kebahagiaan mahupun kepada pihak pengantin dan keluarga

pengantin, dan merupakan satu peristiwa yang penting dalam

kehidupan seseorang. Masyarakat Melayu sejak dahulu lagi

mengambil berat tentang perkara ini. Hasilnya masyarakat

Melayu kini diwarisi dengan pelbagai peraturan dan adat

istiadat yang pelbagai bentuk. Adat-adat yang dimaksudkan

adalah seperti merisik,meminang,bertunang, akad nikah dan

bersanding. Dari segi persediaan pula terdapat adat-adat

yang berkaitan seperti berandam, berasah gigi, berkhatam

Al-Quran dan berinai sehingga sampai ke kemuncak

perkahwinan iaitu persandingan.

Sebelum perkahwinan berlangsung merisik harus dilakukan

terlebih dahulu. Untuk memulakan satu risikan pihak belah

lelaki akan menghantar wakil sebagai orang tengah untuk

mengambil tahu latar belakang si dara,sama ada si dara itu

pandai menguruskan rumah tangga, pandai memasak, baik

atau tidak kelakuan nya dan sebagainya. Setelah mengetahui

serba sedikit latar belakang mengenai si dara dan dan

keluarganya, orang tengah akan memberitahu hajat yang

sebenar.

Setelah merisik, ibu bapa si teruna akan datang untuk

menyampaikan hajat meminang si dara dengan membawa

tepak siri "cik puan" sebagai tanda memulakan perbualan.

Selepas persetujuan dibuat, sirih akan dimakan oleh keduadua

pihak.

Kebiasaanya pihak si dara akan memohon penangguhan

sepurnama untuk memberitahu saudara mara atas pinangan

ini.

Pakaian Tradisional

Baju tradisional ini digunakan

semasa majlis persandingan

dan majlis-majlis tertentu.

Semasa meminang satu rombongan yang kecil datang meminang dengan membawa tepak siri dan sebentuk cincin sebagai tanda pertunangan antara kedua-dua pihak dan mas kahwin

(belanja tangga) akan ditetapkan apabila persetujuan telah dibuat. Kedua belah pihak akan memilih hari yang baik untuk mengadakan majlis keramaian ini. Biasanya hantaran bersamasama

mas kahwin juga ditetapkan(angka yang baik ialah lima bekas dan balasan daripada si dara ialah sembilan bekas). Sepanjang maljis perkahwinan pengantin perempuan akan

diandam oleh mak andam untuk menaikkan seri wajah. Akad nikah merupakan satu perkara yang wajib dalam Islam. Akad nikah dilakukan oleh kadi atau jurunikah yang merupakan ketua

agama bagi sesuatu daerah

Kemuncak perkahwinan ialah upacara persandingan ia dilangsungkan sehari selepas istiadat berinai besar dijalankan. Pengantin akan bersanding di atas pelamin yang dihias indah.Selesai

majlis persandingan mereka akan dibawa ke rumah pengantin lelaki untuk maljis bertandang.

Silat Bunga

Tarikan Pelancong

Galeria Perdana

Galeria Perdana di bawah Jabatan Muzium Malaysia telah dibuka dengan rasminya

pada 31 Disember 1995, sebagai tempat penyimpanan dan mempamerkan anugerah,

cenderamata dan hadiah yang diterima oleh Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir

Mohamad dan Yang Berbahagia Tun Dr. Siti Hasmah Binti Mohd Ali daripada

pemimpin-pemimpin dan tokoh-tokoh dunia serta masyarakat Malaysia sebagai

penghargaan kepada beliau dan Negara Malaysia.

Dari segi seni persembahan pula

iaitu seperti tarian, Kampung Kilim

tidak hanya tertumpu pada satu

seni persembahan sahaja tetapi

turut membawa tarian daripada

luar kampung iaitu tarian Zapin dan

seni persembahan silat. Tarian dan

seni silat ini akan dipersembahkan

pada sesuatu majlis mahupun

semasa kedatangan orang luar

yang datang melawat ke Kampung

Kilim.

Menurut Khairol Azlan, salah seorang staf di galeria tersebut, khazanah ini merupakan

yang paling berharga kerana diperbuat daripada benang emas dan merupakan

kepingan daripada pintu Kaabah. Khazanah ini diperoleh dari Tun Mahathir bin

Mohamad semasa di Arab Saudi. Menurutnya lagi, cenderahati dan anugerah ini

hanya diberikan kepada negara Islam sahaja. Panjangnya adalah sekitar 6 kaki dan

lebarnya sekitar 4 kaki.

.Pameran.. koleksi-koleksi kenderaan nasional,Formula 1, kenderaan dari negara luar turut dipamerkan di Galeria Perdana

Perusahaaan Bot

Perusahaaan bot di Geoforest

Park Kampung Kilim merupakan

antara sumber pendapatan utama

penduduk di Kampung Kilim.

Perusahaan bot tersebut adalah

di bawah pengurusan Koperasi.

Menurut Encik Baslan, sekiranya

penduduk mempunyai bot

persendirian dan ingin menjana

pendapatan, mereka boleh

berdaftar di bawah Komuniti

Koperasi Kampung Kilim. Koperasi

bertindak membantu bot-bot kecil

mendapatkan pelanggan dan

menyelaraskan harga mengikut

pakej yang ditawarkan.

Penternakan Ikan Sangkar

Penternakan ikan sangkar di Kilim Geoforest Park

mempunyai keunikannya yang tersendiri. Abdul

Mehad yang lebih dikenali sebagai Pak Su merupakan

pemilik ternakan ikan sangkar. Pak Su Fish Farm

memiliki beberapa jenis ikan yang diternak antaranya

ialah ikan pari, ikan Nyonyok, belangkas, dan

beberapa ekor ikan lain. Berdasarkan penerangan

yang diberikan oleh Pak Su, tujuan penternakan

ikan-ikan ini adalah bukan untuk tujuan perniagaan

tetapi lebih kepada untuk memberikan pendedahan

kepada orang luar akan kehidupan nelayan dan juga

beberapa spesies ikan yang dianggap merbahaya,

tetapi sebenarnya tidak seperti ikan pari..

Pengunjung dapat melihat burung helang berlegar-legar di udara ketika menaiki bot

Air terjun Durian Perangin merupakan antara tempat yang menjadi tarikan pelancong di Kampung Kilim. Selain menjadi lokasi wajib dalam pakej ATV Discovery, pelancong turut memilih

kawasan ini sebagai tempat beriadah bersama keluarga dan rakan- rakan. Salah satu keistimewaan Durian Perangin ialah tiada pembayaran dikenakan kepada sesiapa sahaja termasuk

pelancong dari luar negara. Malah pelancong juga boleh mendaki bukit untuk melihat keindahan air terjun mengalir dari kedudukan yang tinggi. Selain itu, pelancong juga boleh melakukan

aktiviti lain seperti berkelah, mandi- manda dan BBQ. Kemudahan lain seperti tandas, kedai makan dan kedai cenderahati turut disediakan untuk keselesaan pengguna.

Sumber Pendapatan Penduduk

ATV Ride Discovery, Ayer Hangat, Langkawi

Ekonomi Kampung Kilim berkembang maju dari sektor perikanan dan pertanian kepada ekopelancongan. Semasa lawatan etnografi di Kampung Kilim, terdapat banyak perusahaan

perniagaan keluarga seperti ATV Discovery Sdn Bhd di mana pelancong boleh melawat kawasan sawah padi, sekitar kampung, hutan, ladang getah dan kawasan bakau menggunakan

ATV (All- Terrain Vehicle). ATV Ride Discovery Sdn. Bhd merupakan perusahaan yang dimiliki oleh Encik Baslan bin Hamid bersama isterinya Puan Aini. Kebanyakan pelanggan yang

datang ialah pelancong dari negara Arab dan perniagaan ini mendapat sambutan yang tinggi pada musim cuti. Hal ini demikian kerana pada musim cuti di negara Arab, mereka akan

datang ke Malaysia untuk melancong dan salah satu tempat yang mereka akan lawati di Langkawi ialah ATV Ride Discovery untuk merasai pengalaman melakukan aktiviti lasak selain

melawat di Kilim Geoforest Park.

Tukang Jahit Suraida

Kedai jahit suraida ini mula beroperasi antara empat hingga lima bulan

yang lalu dengan bantuan Amanah Ikhtiar Malaysia(AIM). Puan Suraida

memulakan perniagaan menjahit di rumah dan memperolehi kemahiran

menjahit dari KEMAS dan mula mendapat tempahan menjahit baju daripada

rakan- rakannya. Beliau berkata bahawa tempahan demi tempahan diterima

bukan sahaja dari Kampung Kilim tetapi dari kampung yang lain. Kedai Jahit

Suraida ini mula beroperasi dari 9.00 pagi hingga 6.00 petang.

Pengembaraan ATV Ride Discovery di sekeliling kampung

dan kawasan ladang getah.

Perniagaan Kecil Puan Suzy

Kedai Rakyat ini diusahakan oleh Puan Suzy yang berumur 34 tahun dan mempunyai 2 orang anak. Kedai ini beroperasi seawal jam 8.30 pagi hingga jam 12.00 malam setiap hari. Perniagaan

ini sudah lama dijalankan dan diwarisi turun temurun. Kedai Rakyat yang diusahakan oleh Puan Suzy menyediakan barang- barang keperluan harian seperti barangan dapur, makanan

Kawasan sekitar Kampung Kilim yang indah

permai dikelilingi bukit

bukau dan sawah padi terbentang luas

Etnografi Visual Fine Arts 2017

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!