Penyediaan storyboard
You also want an ePaper? Increase the reach of your titles
YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.
Dari Idea Ke Storyboard

NUR AZIZUL BIN MOHAMAD NOOR
OBJEKTIF:

Menterjemahkan idea kepada ‘storyboard’ (papan cerita) bagi bertujuan penyediaan

‘shooting’ (penggambaran).
PLANING / PERANCANGAN

Sebelum menerbitkan sebuah penerbitan, perancangan yang rapi perlu dilakukan. Jika ia

seorang yang mempunyai modal maka ia perlu mencari penulis skrip untuk menulis skrip filem

atau video berkenaan. Jika dia merupakan seorang yang serba boleh maka dia sendiri perlu

menulis skrip sebelum menerbitkannya dalam bentuk filem atau video. Jika ia merupakan

program kumpulan maka kumpulan berkenaan patut berbincang untuk mendapatkan IDEA

sebelum menulis SINOPSIS, TREATMENT( OLAHAN CERITA) dan SKRIP. Setelah semuanya selesai

maka KERTAS CADANGAN disiapkan.
FASA-FASA DALAM PRODUKSI VIDEO

Terdapat 3 fasa dalam penerbitan video iaitu, PRE-PRODUCTION, PRODUCTION dan POST-

PRODUCTION.

- PRE-PRODUCTION; Fasa ini termasuk menulis skrip dan perancangan yang perlu dalam

penyediaan skrip untuk rakaman.

- PRODUCTION; Dalam fasa ini rakaman sebenar filem atau video dilakukan di lokasi-lokasi.

- POST-PRODUCTION; Dalam fasa ini pula proses penyuntingan, memasukkan bunyi dan grafik

dibuat terhadap rakaman yang telah dilakukan.
PRE-PRODUCTION

Dalam fasa ini ialah,

1. SINOPSIS

2. TREATMENT atau OLAHAN CERITA

3. SKRIP

4. PEMILIHAN PELAKON

5. RECEE

6. BELANJAWAN

7. JADUAL PENGGAMBARAN

8. SKRIP PENGGAMBARAN dan STORYBOARD

9. PEMBINAAN SET

10.PENYEDIAAN KOSTUM atau PAKAIAN

11.SOLEKAN
SINOPSIS

Sinopsis merupakan maklumat ringkas yang padat dan jelas. Sinopsis yang baik ialah diantara 30-

50 patah perkataan dan yang kurang baik melebihi 100 patah perkataan. Sinopsis ini ditulis

dalam satu perenggan sahaja.

CONTOH SINOPSIS

Forbidden Kingdom merupakan sebuah filem aksi, fantasi, pengembaraan dan lucu. Ia

mengisahkan seorang remaja Amerika bernama Jason di abad ke-21 yang amat meminati filem

kung fu. Secara tidak sengaja Jason telah terjumpa sebatang tongkat unik yang telah

membawanya terlibat dalam satu pengembaraan di era 500 tahun dahulu.
TREATMENT/ OLAHAN CERITA

Ia merupakan satu pengisahan yang lengkap mengenai satu-satu cerita dari kaca mata seorang

tukang cerita tanpa sebarang dialog. Olahan cerita ini menggunakan kaedah adegan demi adegan.

Mereka yang membaca akan merasa kesan yang sama seperti menonton cerita tersebut. Olahan

cerita biasanya untuk filem atau drama satu jam, olahan cerita atau treatment panjangnya dari 40

hingga 60 muka surat.

CONTOH TREATMENT atau OLAHAN CERITA.

SIANG HARI. LONG SHOT dan PAN. Kita dilihatkan kawasan ladang kelapa sawit yang luas tetapi

sebahagiannya ditutupi semak. Kedengaran bunyi anjing dari jauh. Kita lihat anjing dan seorang

lelaki Cina melangkah sungai dengan memijak batu-batu di dalamnya. Bunyi anjing semakin ganas

membawa pemburu ke arah sebuah bungkusan. Kamera bergerak ke sebalik bungkusan guni yang

besar menampakkan anjing dan pemburu meluru ke arah bungkusan tersebut......
SKRIP

Skrip ialah idea yang dikembangkan menjadi isu dan persoalan. Ia berfungsi untuk memenuhi sesuatu

tujuan dengan menggunakan sesuatu jenis media. Skrip dihasilkan oleh penulis skrip. Penulisan

sesebuah skrip berlaku berulang kali sehingga diluluskan untuk diterbitkan. Biasanya penerbit akan

membeli terus skrip dan mengubah bahagian tertentu jika perlu.

SUMBER IDEA UNTUK SKRIP;

- Pengalaman sendiri

- Pengalaman orang lain

- Pembacaan pelbagai bahan

- Menonton
BENTUK IDEA;

Idea ialah cetusan desakan fikiran mengenai sesuatu.

i. IDEA TERPENDAM, iaitu idea yang tidak aktif. Setiap manusia mempunyai idea ini yang mana ia

tidak berkembang.

ii. IDEA TERPERAM, iaitu idea yang masih berlegar dalam fikiran secara aktif yang dicadangkan

untuk dilahirkan menjadi skrip.

iii. IDEA LAHIRIAH, iaitu idea yang telah dilahirkan di atas kertas.

STRUKTUR SKRIP

- Pengenalan

- Kandungan

- Kesimpulan
RECEE/ MENINJAU LOKASI

Ia merupakan proses mencari tempat yang sesuai untuk penggambaran video atau filem.

-Tujuan recee ialah untuk meminta kebenaran pihak tertentu untuk membuat rakaman di lokasi-lokasi

tertentu.

-Menentukan arah cahaya matahari yang penting untuk subjek rakaman di luar dan dalam.

-Recee juga dibuat bagi menentukan pencahayaan yang perlu di lokasi berkenaan.

-Menentukan plug point yang mencukupi terutama untuk lampu-lampu penggambaran.

-Untuk mengetahui bunyi-bunyi yang tidak diperlukan di lokasi berkenaan.

-Untuk mengetahui perkara-perkara tertentu dari masyarakat tempatan di mana penggambaran akan

diadakan.
BELANJAWAN

Belanjawan merangkumi pelbagai perkara dalam penerbita tersebut.

- BAYARAN PENGARAH

- BAYARAN PELAKON TETAP DAN TAMBAHAN

- BAYARAN KREW PENERBITAN

- SEWA PERALATAN PENERBITAN

- SEWA STUDIO RAKAMAN AUDIO

- SEWA STUDIO PENYUNTINGAN

- PENGANGKUTAN

- PROPS DAN COSTUMES

- SEWA LOKASI

- PENGINAPAN

- ORKESTRA

- PENGINAPAN

- CATERING
JADUAL PENGGAMBARAN

- Penolong Pengarah akan memecahkan skrip mengikut BABAK, SHOT, PROPS, KOSTUM, LOKASI dan

PELAKON.

- Jadual penggambaran disediakan mengikut jumlah hari penggambaran dan babak.

- Babak yang digambarkan di tempat yang sama akan dibuat pada hari yang sama.
SKRIP PENGGAMBARAN

- Skrip Penggambaran dibuat oleh Pengarah berdasarkan treatment atau lakon layar yang ditulis oleh

penulis skrip.

- Skrip penggambaran ditulis mengikut BABAK, URUTAN dan NOMBOR.
STORYBOARD

- Satu siri lakaran lukisan yang memaparkan komposisi dalam sesuatu penerbitan filem atau video. Ia

mengandungi imej atau visual, diskripsi ringkas berkaitan visual dan shot-shot kamera.

- Pengarah berbincang dengan pelukis untuk menterjemahkan skrip penggambaran ke bentul

storyboard. Salah satu faktor diperlukan storyboard ialah untuk memudahkan pengarahan dan juga

penyuntingan.
Apakah 'storyboard'?

Apabila skrip telah ditulis untuk sesebuah penerbitan, langkah yang seterusnya ialah melukis

'storyboard'. Sesebuah 'storyboard' akan menjelaskan cerita secara visual seperti sebuah

komik.

Sesebuah 'storyboard' sewajarnya menjelaskan perkara berikut:

- Watak-watak dalam frame dan bagaimana mereka bergerak.

- Apa yang pelakon katakan diantara satu denga yang lain, jika ada.

- Berapa lama masa berlalu diantara frame yang terakhir dengan yang baru.

- Di mana kamera diletakkan dalam babak? Dekat atau jauh? Adakah kamera bergerak?

Mengapa 'storyboard diperlukan

- Storyboard diperlukan dalam membantu penggambaran shot demi shot.

- Storyboard mudah diubah sebelum mula membuat penggambaran.

- Storyboard mudah dibawa berbincang untuk mendapatkan feedback daripada orang lain.
PEMBINAAN SET dan PROPS

- Pembinaan set diketuai oleh Pengarah Seni atau Pereka Set.

- Sebelum set dibina ia terlebih dulu dilukis - Model juga dibina.

- Pembinaan set mengambil kira kedudukan kamera dan penataan lampu.

- Bahagian props juga membuat persediaan terhadap hiasan set dengan nasihat Pengarah Seni.

- Pengarah Seni bertanggung jawab berkaitan pemilihan PERABOT, PROPS, dan perhiasan set serta

tempat untuk meletakkannya.

- Props yang tidak boleh dibeli atau disewa akan dibuat sendiri.
MENYEDIAKAN KOSTUM

- Kostum direka oleh pereka kostum sebelum penggambaran.

- Pereka kostum berbincang dengan Pengarah Seni dan Pengarah Fotografi berkaitan aksesori dan

kostum dari sudut warna dan fesyen.

- Pereka kostum akan mereka kostum dengan mengambil kira sejarah, masa, lokasi, cuaca dan

suasana keseluruhan.

- Semua senarai pakaian dan aksesori untuk setiap babak dipegang oleh Pereka Kostum.
- Ukuran pelakon-pelakon juga diambil untuk tujuan mereka kostum yang akan dipakai.

- Kostum ada yang dibuat, dibeli, disewa, atau didapati dari pihak penaja.

- Semasa penggambaran Pereka Kostum akan berbincang dengan Penjaga Kesinambungan(atau

contigirl) untuk memastikan kesinambungan kostum adalah betul untuk setiap babak.
SOLEKAN

Jurusolek akan berbincang dengan Pengarah dan Pengarah Seni berkaitan solekan para pelakon.

Terdapat tiga(3) katogori solekan iaitu;

- Solekan langsung

- Solekan watak

- Solekan Kesan Khas.

- SOLEKAN LANGSUNG - Solekan langsung berkaitan aspek personaliti khususnya dilakukan di muka.

- SOLEKAN WATAK - Solekan watak menukarkan pelakon kepada orang yang berlainan seperti menambah

janggut.

- SOLEKAN KESAN KHAS - Solekan atau make up katogori ini merangkumi bidang yang luas bergantung

kepada keperluan watak yang dilakonkan. Solekan khas merupakan yang lebih sukar seperti kuku

tumbuh dari jari dan menjadikan orang yang kurus kepada gemuk.
SOLEKAN

WATAK

SOLEKAN LANGSUNG

SOLEKAN KESAN KHAS
STORYBOARD INTRO VIDEO

Suatu petang, seorang kanak-kanak sedang

berjalan-jalan di taman sambil menikmati

aiskrim. Dia juga dilihat memegang sebiji

belon di tangan kirinya.

CAMERA ANGLE: Long Shot

AUDIO 1: Lagu kanak-kanak

AUDIO 2:
CAMERA ANGLE: Cut In

AUDIO 1: Lagu kanak-kanak

AUDIO 2:

Dia makan dan berjalan sambil tidak

menghiraukan keadaan sekeliling.
CAMERA ANGLE: Cut In

AUDIO 1: Sound Effect of Shock

AUDIO 2:

Tiba- tiba kakinya tersepak seketul batu.
CAMERA ANGLE: Cut In

AUDIO 1: Sound Effect of Shock

AUDIO 2:

Dan budak itu hampir terjatuh.
CAMERA ANGLE: Cut In

AUDIO 1: Sound Effect of Shock

AUDIO 2:

Akibatnya aiskrim itu terjatuh dan..
CAMERA ANGLE: Cut In & Close Up

AUDIO 1: Sound Effect of Sadness – Sad Violin

AUDIO 2:

Masuk ke dalam lopak air.
CAMERA ANGLE: Cut In & Close Up

AUDIO 1: Sound Effect of Sadness – Sad Violin

AUDIO 2:

Serentak dengan itu belon yang berada di

tangan kirinya turut terlepas..
SUMBER NOTA

[1] http://studiouniversiti.blogspot.my/p/penerbitan-video-single-camera.html#!/tcmbck

[2] https://s-media-cacheak0.pinimg.com/originals/3d/2a/c4/3d2ac4dbe4a15410f008cef1bc641f0a.jpg

[3] Storyboard 8616

[4] Storyboard Video Intro Sains Kejuruteraan