09.03.2018 Views

Buku Aturcara Majlis Pelancaran Rejuvenasi STAJ 2018

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Majlis Pelancaran

Rejuvenasi STAJ 2018

1 Mac 2018 | Dewan Bestari, SMKTAJ

Majlis Pelancaran

Rejuvenasi STAJ 2018

1 Mac 2018 | Dewan Bestari, SMKTAJ

DULI YANG MAHA MULIA TENGKU PERMAISURI NORASHIKIN

D.K., S.P.M.S.

Tengku Permaisuri Selangor

ALLAH

LANJUTKAN

USIA

TUANKU

Kata Aluan

Timbalan Menteri Pendidikan

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Bersyukur kita kepada Tuhan, atas kurniaanNya kita dapat menyempurnakan

satu majlis yang julung-julung kali diadakan yang seumpamanya di Sekolah

Menengah Kebangsaan (SMK) ini.

Bagi pihak Kementerian Pendidikan, saya berpendapat Majlis Rejuvenasi

Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Jemaah (STAJ) 2018

adalah usaha terbaik yang dianjurkan bersama pihak pentadbiran sekolah,

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) STAJ dan Persatuan Alumni STAJ.

Justeru, kerjasama dan permuafakatan ini wajar dicontohi dalam tanggung

jawab kita untuk membangunkan masyarakat khususnya generasi baru menuju Transformasi Nasional

2050 (TN50).

Demi anak-anak bangsa dan generasi baru negara, Kementerian amat menggalakkan kerjasama

semua pihak untuk mengadakan sistem dan prasarana terbaik dan terkini di sekolah Menengah

Kebangsaan untuk Pendidikan Menengah kita boleh selari dengan status Malaysia negara maju akan

datang.

Atas matlamat yg dijalankan oleh semua pihak ini, Kementerian menyokong penuh Majlis Rejuvenasi

STAJ 2018 yang dianjurkan oleh Persatuan Alumni ini, dan akan menjadi tapak permulaan kita

semua. Kita dapat berpadu tenaga untuk membangunkan fizikal dan kandungan intipatinya ke arah

Pelancaran Projek Pembangunan Bersepadu STAJ 2018-2026 dan Portal Interaktif Alumni STAJ

adalah jentera untuk langkah-langkah tersebut.

Tahniah saya ucapkan kepada Persatuan Alumni SMK Tengku Ampuan Jemaah atas kegigihan

melaksanakan semua tersebut.

Semoga kejayaan yang dimulakan di SMK Tengku Ampuan Jemaah ini boleh menjadi contoh kepada

sekolah-sekolah yang lain untuk gigih bersama untuk matlamat memperkasakan Kecemerlangan

Pelajaran Generasi Baru kita nanti.

Terima Kasih

YB DATO’ P. KAMALANTHAN A/L PANCHANATHAN

Timbalan Menteri Pendidikan

Kata Aluan

Pengerusi Persatuan Alumni SMKTAJ

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Bersyukur kita kehadrat Allah SWT, selawat dan salam ke atas Junjungan

Besar Nabi Muhammad SAW. Dengan izin dan kurniaNya, Majlis Rejuvenasi

STAJ 2018 dilaksanakan dengan meriah dengan penuh gemilang pada tarikh

1 Mac 2018 hari ini.

Majlis Pelancaran Rejuvenasi STAJ 2018 hari ini adalah titik permulaan kepada

proses yang lebih mencabar untuk 8 tahun akan datang. Komitmen dan fokus

untuk menggembeling tenaga dari kalangan Alumni STAJ dalam membuahkan

satu sumbangan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Jemaah (SMKTAJ), Pelabuhan

Klang untuk menjadi sebuah sekolah harian biasa yang terbilang dalam kelasnya yang tersendiri.

Kurang dari 5 tahun sejak penubuhan Alumni STAJ pada tahun 2013, evolusi Alumni STAJ meniti kecemerlangan

satu persatu yang terhasil dari cetusan idea serta cadangan ahli-ahlinya. Bermula dengan program “Back To

School” yang berjaya menghimpunkan seramai 500 orang bekas pelajar di Dewan Bestari, SMKTAJ pada

22 Jun 2014 dan diikuti dengan Pelancaran Sambutan Jubli Emas STAJ 2017 dan perasmian Gimnasium Mini

oleh Timbalan Menteri Pendidikan 1, YB Dato’ P. Kamalanathan pada 24 Januari 2017.

Pelbagai program-program telah dilaksanakan sepanjang 2017 yang lalu termasuk program Kelestarian Alam

Sekitar – Bersih Bakau di Pulau Ketam bersama DYTM Raja Muda Selangor sempena Hari Alam Sekitar Sedunia

pada 22 April 2017. Diikuti dengan Hari Guru Khas bersama Sepahtu & Sinar FM pada 17 Mei 2017, Sambutan

Hari Raya Perdana 14 Julai 2017 dan pelbagai aktiviti-aktiviti yang memupuk ukhwah dan persefahaman dalam

kalangan ahli-ahli Alumni STAJ yang terdiri dari pelbagai umur, keturunan dan latar belakang ekonomi dan

pendidikan.

Semangat untuk menyumbang kepada kebajikan sekolah yang ditinggalkan bertahun-tahun semakin hari

diperkasakan dengan slogan Alumni Cemerlang, Sekolah Gemilang dan Masyarakat Terbilang. Alumni

ukan untuk reunion semata-mata, tetapi berganding bahu dan berusaha untuk menyumbang ke arah

pembangunan sekolah demi manafaat generasi baru hari ini. Semangat baru ini diperkukuhkan lagi dengan

sokongan penuh Penaung Sambutan Jubli Emas 2017, YAD Dato’ Setia Diraja Dato’ Abdul Ghani Haji Pateh

Akhir, Orang Besar Daerah Klang.

Dalam mengakhiri sambutan Jubli Emas STAJ 2017, Alumni STAJ sekali lagi bersepakat untuk mencipta satu

usaha sama yang lebih konstruktif kepada sekolah yang dicintai. Dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan

Guru serta Pentadbir SMKTAJ, satu majlis dirancang untuk tahun 2018 sebagai kesinambungan kecemerlangan

2017 dan juga sebagai satu permulaan kepada gelombang yang lebih besar dari ukhwah Alumni STAJ.

Terasa amat bertuah lagi apabila DYMM Tengku Norashikin, Tengku Permaisuri Selangor berkenan untuk

berangkat merasmikan satu majlis yang dinamakan Majlis Perlancaran Rejuvenasi STAJ 2018 yang

merupakan satu majlis untuk melancarkan dua agenda utama Alumni iaitu Projek Pembangunan Bersepadu

STAJ 2018 – 2026 dan Portal Interaktif Alumni STAJ.

Hari ini dalam sejarah dan bakal diingati oleh semua warga STAJ dan masyarakat, untuk menyaksikan program

8 tahun yang dirancang untuk SMKTAJ akan beransur-ansur ditransformasikan secara berperingkat dari segi

pembangunan fizikal dan kandungan pembelajarannya untuk menjadi sebuah Pusat Kecemerlangan (Center

Of Excellence) yang standing dengan sekolah-sekolah ternama, sekolah antarabangsa, sekolah persendirian,

dan sekolah-sekolah harian yang cemerlang di dalam kelasnya yang tersendiri.

Yang berat sama dipikul dan yang ringan sama dijinjing.

Evolusi Alumni STAJ Terserlah

Rejuvenasi STAJ Bermula Sudah

Itulah harapan dan doa bersama oleh kalangan semua Alumni STAJ yang dianggarkan seramai 50,000 orang

sejak tahun 1966 hingga 2017. Semoga doa dan usaha bersama semua yang terlibat, ini diberkati oleh Allah

SWT dan boleh dicontohi oleh semua yang lain di masa akan datang.

IR. AHMAD MANSOR SA ABU HASSAN

Pengerusi Persatuan Alumni SMKTAJ

Aturcara

08.30 pagi

Ketibaan Dif-Dif Jemputan

10.15 pagi

Ketibaan Menteri-Menteri dan Dif-Dif Kehormat

10.30 pagi

Ketibaan Yang Amat Dihormatkan

Dato’ Setia Diraja Dato’ Abdul Ghani bin Haji Pateh Akhir

D.S.I.S., S.M.S.

Dato’ Orang Kaya Maha Bijaya (Orang Besar Daerah Klang)

11.00 pagi

Keberangkatan Tiba Duli Yang Maha Mulia

Tengku Permaisuri Selangor

Tengku Permaisuri Norashikin

D.K., S.P.M.S.

11.05 pagi

Keberangkatan Masuk Duli Yang Maha Mulia

Tengku Permaisuri Selangor

Tengku Permaisuri Norashikin

D.K., S.P.M.S.

11.10 pagi

Nyanyian Koir Lagu Negeri Selangor

11.15 pagi

Bacaan Doa

11.20 pagi

Sembah Ucapan Yang Berusaha

Ir. Ahmad Mansor Sa bin Abu Hassan

Pengerusi Persatuan Alumni SMK Tengku Ampuan Jemaah

Aturcara

11.30 pagi

Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor

Berkenan untuk Melancarkan Portal Alumni dan

Projek Pembangunan Bersepadu

SMK Tengku Ampuan Jemaah 2018-2026

11.40 pagi

Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor

Berkenan untuk Menyampaikan Sijil Penghargaan Khas Alumni

12.10 tengah hari

Persembahan Cenderamata

12.15 tengah hari

Sesi Fotografi

12.20 tengah hari

Santapan dan Jamuan

12.25 tengah hari

Persembahan

12.50 tengah hari

Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor

Berkenan untuk Melawat Tapak Pameran dan Melancarkan Kapsul Masa

01.20 petang

Keberangkatan Pulang Duli Yang Maha Mulia

Tengku Permaisuri Selangor

01.30 petang

Sidang Media

Ahli Jawatankuasa Program

Penasihat Bersama

Zakaria Ismail

Yusof Hashim

Ir. Ahmad Mansor Sa Abu Hassan

Pengarah Bersama

Haji Sajali Mohd Subari

Mohd Izhar Hazim

Muhammad Akmal Ridzuan Abd Rahim

Setiausaha

Md Khairul Anuwar Miskan

Bendahari

Md Raisul Idris

Ketua Perhubungan Korporat

Siti Hazanoly Mohd Hashim

Keselamatan, Selia Relawan dan Kawalan Majlis

Md Khairul Anuwar Miskan

Muhammad Yani Abu Bakar

Jaafar Seman

Norzaki Sayuti

Kamalanathan a/l Subbarayan

Sekretariat Program dan Pengurusan Jemputan

Zaharah Asman

Laila Mamat

Anita Sonifia Almi

Kalthom Abd Rahib

Azizie Mokhtar

Mohd Khairul Azhar Mohd Nor

Sambutan dan Pendaftaran

Noraini Mohd

Nolia Baharom

Nor Azah Ghazali

Iringan Tengku Permaisuri

Norasmatazikin Said

Rohana Chik

Hafidah Ghouse

Noraziyaton Aziz

Fasilitasi dan Hospitaliti VVIP

Mohd Rafi Othman

Sri Shanmugah Rajah a/l R. Thangarajah

Md Raisul Idris

Ir. Ahmad Mansor Sa Abu Hassan

Acara Dewan, Pentas dan Skrip Persembahan

Muhammad Akmal Ridzuan Abd Rahim

Mohamad Izwan Mohamad Noor

Azizan Ibrahim

Hayatun Mardiah Tajidin

Abdul Ghani Abas

Zulkifli Mohamed

Aisha Rafiza Mohd Ridzuan

Rekabentuk dan Persiapan

Azizan Ibrahim

Faraheema Jaafar

Roziah Sharif

Noraziyaton Aziz

Hafidah Ghouse

Ahli Jawatankuasa Program

Persiapan Buku Cenderahati

Siti Hazanoly Mohd Hashim

Azlina Amran

Haslinda Baharin

Rohana Chik

Nor Azah Ghazali

Kamsiah Iba

Persiapan Cenderahati TPS & VVIP

Mohd Rafi Othman

Md Raisul Idris

Jamuan dan Makanan

Mohd Izhar Hazim

Norasmatazikin Said

Sujana Surayman

Nor Azila Yusof

Mazelah Khaled

Noor Gihan Kunju Mohammad

Zulkifli Mohamed

Pameran dan Fasilitasi Booth

Mohd Izhar Hazim

Zaini Haron

Norasmatazikin Said

Siti Hazanoly Mohd Hashim

Mohd Wizani Mohamed Wali

Hanizah Samin

Azerol Saeden

Salasiah Ibrahim

Abdul Ghani Abas

Zulkifli Mohamed

Media dan Akhbar

Siti Hazanoly Mohd Hashim

Zaharah Asman

Mohamad Izwan Mohamad Noor

Azlina Amran

Koordinasi Fotografi

Norasmatazikin Said

Siti Hazanoly Mohd Hashim

Azizan Ibrahim

Rakaman, Skrin dan Videografi

Dato’ Chew Chee Chung

Mohd Wizani Mohamed Wali

Teknikal

Mohd Wizani Mohamed Wali

Mohd Khairul Azhar Mohd Nor

Perbarisan

Siti Norsyahida Yahya

Azizie Mokhtar

Abdul Ghani Abas

Pengurus Projek PPBSTAJ

Mohd Wizani Mohamed Wali

Penolong Pengurus Projek PPBSTAJ

Dato’ Chew Chee Chung

Sejarah Persatuan

Persatuan Alumni SMK Tengku Ampuan Jemaah (Alumni STAJ), No. Pendaftaran: PPM-015-

10-22052013 telah diluluskan penubuhannya oleh Pendaftar Pertubuhan pada 22 Mei 2013.

Penubuhan persatuan ini diusahakan sejak Mac 2011 oleh empat (4) orang peneraju utama iaitu

Allahyarham Tuan Haji Mohamad Dzur Abdul Rahman, Pengetua SMKTAJ ketika itu (kemudiannya

diberi nombor keahlian 00001), Mohd Yusof Hashim, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru

(PIBG) SMKTAJ, Tuan Haji Sajali Subari, Guru Kanan SMKTAJ dan Muhammad Akmal Ridzuan Abd

Rahim, bekas pelajar SPM 2010.

Sewaktu cadangan penubuhan persatuan ini dibuat, terdapat lebih dari tiga (3) persatuan alumni/

murid tua/bekas pelajar SMKTAJ didaftarkan oleh beberapa orang bekas pelajar sejak sekolah

tersebut ditubuhkan.

Namun begitu, kesemua persatuan tersebut telah ditinggalkan begitu sahaja disebabkan

kekangan masa dan keterbatasan perhubungan untuk melibatkan semua bekas pelajar. Antara

punca utama persatuan-persatuan tersebut terbiar begitu sahaja kerana kebanyakannya hanya

diterajui oleh sekelompok bekas pelajar dari tahun yang sama atau rakan-rakan rapat dalam

kalangan bekas pelajar sahaja. Atas dasar itu, penubuhan Alumni STAJ ini amat menekankan

kepelbagaian tahun bekas pelajar bagi melestarikan persatuan ini. Justeru, Mesyuarat Agung

Pertama telah diadakan pada 4 Januari 2014 dan telah berjaya diadakan dan hasil mesyuarat

tersebut, satu jawatankuasa telah dilantik melibatkan kepelbagaian tahun.

Antara kejayaan utama jawatankuasa ini adalah dengan mengadakan program Back to School

2014 yang telah berjaya menghimpun 500 orang bekas pelajar dan bekas guru SMKTAJ.

Selain itu, atas dasar perasaan ingin menyumbang kepada sekolah, Alumni STAJ telah berjaya

menganjurkan Sambutan Jubli Emas SMKTAJ pada sepanjang tahun 2017 dan telah dirasmikan

oleh YB Dato’ P. Kamalanathan, Timbalan Menteri Pendidikan. Bagi meraikan sambutan yang

julung-julung kalinya diadakan ini, DYTM Raja Muda Selangor telah berkenan mencemar duli ke

program Bersih Bakau di Pulau Ketam yang dianjurkan oleh Alumni STAJ sempena Sambutan

Jubli Emas SMKTAJ.

Ahli Jawatankuasa

PENGERUSI

Ir. Ah mad M ansor Sa Abu Hassan

TIMBALAN PENGERUSI

Mohd Izhar Hizam

PEMANGKU SETIAUSAHA

Md Khairul Anuwar Miskan

PEMANGKU PEN. SETIAUSAHA

Zaharah Asman

PENOLONG SETIAUSAHA II

Norasmat azikin S aid

PEMANGKU BENDAHARI

Md Raisul Idris

PENOLONG BENDAHARI

Azizan Ibrahim

PEGAWAI KORPORAT

Siti Hazanoly Mohd Hashim

SETIAUSAHA PERLEMBAGAAN

Muhammad Akmal Ridzuan Abd

Rahim

KOORDINATOR PROJEK

Mohd Rafi Othman

PROGRAM KEROHANIAN

Noraini Mohd

JURU AUDIT

Zaini Haron

PENOLONG JURU AUDIT

Azerol S aeden

MEDIA SOSIAL

Eda Eslena Esam

KEBAJIKAN SARANA

Rahimah Mohd Nor

TUGAS-TUGAS KHAS

Noraida Wagiman

PENGURUS PROJEK JPBSTAJ

Mohd Wizani Mohamed Wali

PEN. PENGURUS PROJEK JPBSTAJ

Dato’ Chew Chee Chung

KEBAJIKAN AHLI

Azlina Amran

Rejuvenasi STAJ 2018

Kesinambungan dari kejayaan-kejayaan sempena Sambutan Jubli Emas SMKTAJ 2017, Alumni

STAJ akan meneruskan agenda-agenda terbaharu dengan jenama REJUVENASI STAJ 2018,

yang mengandungi matlamat-matlamat seperti berikut:

• Penciptaan Pusat Kecemerlangan SMKTAJ menuju 2050 dalam kelasnya yang tersendiri

• Kesinambungan yang lestari dari kejayaan dan keunggulan tahun-tahun lalu

• Kerjasama erat dan pintar di antara pihak sekolah, PIBG, alumni dan komuniti

• Pembangunan fizikal dan prasarana yang terkini dan dikagumi

• Pengisian unggul melalui inovasi dan dedikasi dalam kalangan warga pendidik

• Sokongan dan keterampilan dari sarana ibu bapa dan alumni

• Pembinaan sahsiah dan kompetansi melalui komuniti global

• Semaian nilai teras berintegriti tinggi

Semoga REJUVENASI STAJ 2018 menjadi pencetus gelombang alumni cemerlang yang

mendukung sekolah gemilang demi melahirkan generasi baru yang lebih terbilang pada masa

akan datang.

VR Game Specialist International Sdn Bhd

Company Reg:1239948-T

Unit 1-9, Block 1, Level 9

The Boulevard, Mid Valley City,

59200 Kuala Lumpur

Tel 03-28583611

Penaja

Jakel Trading Sdn. Bhd.

VR Game Specialist International Sdn. Bhd.

Perkasa Sutera Sdn. Bhd.

Az Furniture Sdn. Bhd. & Ahpc System

Bnb Construction Sdn. Bhd.

Innosinlab Sdn. Bhd.

Azfa Redha Enterprise

Varlakhs Resources Sdn. Bhd.

Kejuruteraan Letrik Seri Sdn. Bhd.

Twentyfourseven Studio

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)

Norlena Nayan (Crochet Knit Artiste Group & Kopiah Kait Linanuar)

Paridah Abu (Crochet Knit Artiste Group & Kopiah Kait Linanuar)

Sarimah Man (Crochet Knit Artiste Group & Kopiah Kait Linanuar)

Nur Azlia Kamarudin (Crochet Knit Artiste Group & Kopiah Kait Linanuar)

Haraya Samin (Alumni 1988)

Mohamed Azmi Mohd (Alumni 1993)

Sri Shanmugah Rajah a/l R.Thangarajah (Alumni 1986)

Penghargaan

Sekalung Penghargaan diucapkan kepada

Setiausaha Sulit DYMM Sultan Selangor

Datuk Orang Besar Daerah Klang

Timbalan Menteri Pendidikan

Datuk Menteri Besar Selangor

Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

Pegawai Daerah Klang

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang

Pengarah JKR Klang

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Dasar & Pembangunan Pendidikan)

Setiausaha Bahagian Pembangunan Pelajaran KPM

Pengarah Jabatan Pendidikan Selangor

Pegawai Pendidikan Daerah Klang

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMKTAJ

Pengetua SMK Tengku Ampuan Jemaah

Penaja-penaja

Ahli Jawatankuasa Kerja

Guru-guru SMK Tengku Ampuan Jemaah

Wakil-Wakil Media

serta semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Majlis

Pelancaran Rejuvenasi STAJ 2018.

Alumni kami setahun jagung

Niat menyumbang harapan menggunung

Semoga diizin yang maha Agung

Rejuvenasi sekolah yang terulung

Persatuan Alumni SMK Tengku Ampuan Jemaah

Jalan Pandamaran, 42000 Pelabuhan Klang

Selangor Darul Ehsan

Emel:

alumnistaj@yahoo.com

Laman Wen:

www.alumnistaj.org

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!