15.12.2012 Views

BSP Mempamer Pembangunan Perniagaan Tempatan

BSP Mempamer Pembangunan Perniagaan Tempatan

BSP Mempamer Pembangunan Perniagaan Tempatan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

MAKLUMAT UTAMA KESELAMATAN

Tempat Duduk Keselamatan

Melindungi Kanak-Kanak

Tetamu kehormat, Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan

Kewangan) Kementerian Kesihatan, Haji Rosli bin Haji Mustafa,

menyampaikan tempat duduk keselamatan kanak-kanak kepada

ibubapa baru

Satu majlis telah diadakan baru-baru ini di Hospital Suri

Seri Begawan (SSB) bagi penyerahan 280 tempat

duduk keselamatan kanak-kanak daripada BSP kepada

SSB di Kuala Belait.

Hadir sebagai tetamu kehormat adalah Timbalan

Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) Kementerian

Kesihatan, Haji Rosli bin Haji Mustafa, yang telah menyerahkan

pemberian tersebut bagi pihak BSP.

Pada awal tahun ini, sekumpulan warga BSP yang perihatin telah

memulakan satu inisiatif bagi meningkatkan kesedaran tentang

keselamatan kanak-kanak semasa pemanduan kenderaan.

Mereka ini telah mendapat kerjasama lebih ramai lagi warga BSP

dan juga rakan-rakan perniagaan Syarikat untuk membeli 280

tempat duduk keselamatan kanak-kanak bagi diserahkan kepada

04 Salam Julai 2009

Kakitangan BSP menerangkan kelima lima tindakan bagi kekal

selamat di jalanraya

Hospital SSB.

Turut hadir di majlis adalah Pengurus Teknologi Maklumat BSP,

Haji Yahkup bin Haji Menudin yang berkata di dalam ucapan

beliau bahawa, “Keselamatan adalah keutamaan teratas di BSP.

Bagi merealisasikan inisiatif untuk menggalakkan keselamatan di

jalanraya, kita tidak hanya menumpukan usaha terhadap

pemandu tetapi juga anak-anak mereka.

“Salah satu cabaran untuk mengimplementasikan keselamatan

jalanraya adalah mengubah minda pemandu supaya mematuhi

undang-undang serta peraturan di jalanraya,” tambah beliau.

“Para ibu bapa terutamanya, haruslah menjadi contoh yang baik

semasa mereka memandu kerana kanak-kanak sentiasa

mencontohi ibu bapa mereka. Sehubungan itu, kami harap

usaha bersama ini akan membantu mencetuskan perubahan

positif di kalangan ibu bapa dan orang ramai,” kata beliau lagi.

Projek keselamatan jalanraya oleh BSP dan Hospital SSB ini

bertujuan meningkatkan lagi kesedaran di kalangan orang ramai

bagi mematuhi pemakaian talipinggang keselamatan,

terutamanya di kalangan anggota-anggota masyarakat Belait.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada skop yang lebih

meluas bagi mendidik orang ramai tentang kepentingan

penggunaan tempat duduk keselamatan kanak-kanak. Bagi

mencapai sasaran ini, latihan turut disediakan bagi kakitangan

Hospital SSB di samping pengagihan DvD, brosur dan poster.

Para kakitangan hospital ini sendiri akan membantu

menunjukkan pemasangan tempat duduk keselamatan kanakkanak

serta penggunaannya yang betul.

Sebanyak 30 unit-unit pertama telah diserahkan semasa majlis

tersebut. Keseluruhan 280 tempat duduk keselamatan kanakkanak

tersebut akan diberikan kepada mereka yang paling

memerlukannya sepanjang bulan-bulan yang akan datang.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!