15.12.2012 Views

BSP Mempamer Pembangunan Perniagaan Tempatan

BSP Mempamer Pembangunan Perniagaan Tempatan

BSP Mempamer Pembangunan Perniagaan Tempatan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

BERITA BSP

Projek Penyelarasan

Operasi (OPAL)

Pengarah Aset Hajah Rosmawatty mengumumkan Projek OPAL dari pelantar AMPA-9

Pada 8 Jun 2009, Pengarah

Aset Hajah Rosmawatty

telah mengumumkan

Projek OPAL dari AMPA-

9. OPAL adalah Projek

Penyelarasan Operasi yang bertujuan

meningkatkan lagi kesedaran terhadap

keselamatan proses, yang seterusnya

akan mewujudkan keselamatan

peribadi yang lebih baik. Dengan

memberikan penumpuan yang lebih

kepada usaha untuk mewujudkan

kebanggaan di dalam beroperasi,

OPAL disasarkan untuk

mempersiapkan organisasi

menghadapi masa depan dengan lebih

berkeyakinan. Adalah menepati OPAL

telah dilancarkan di Ampa-9 di mana

ianya mula diilhamkan ekoran

kejadian kebakaran pada 26 April

2008, di lokasi kerja ini. Bercakap

kepada semua kakitangan Direktorat

Aset melalui telekonferens secara

langsung, Hjh Rosmawatty telah

menggariskan keperluan bagi satu

struktur yang lebih teguh yang bukan

sahaja akan membantu Direktorat

Aset menghapuskan insiden-insiden

berpotensi tinggi berlaku, tetapi juga

akan membantu mencapai serta

mengekalkan prestasi suku teratas

06 Salam Julai 2009

(TQ) yang merupakan salah satu

usaha “must win” Shell Global.

Projek ini akan diungkayahkan pada 1

Oktober 2009 apabila struktur

organisasi yang telah terselaras mula

berkuatkuasa. Struktur ini bukan

sekadar mempertingkatkan lagi

kebertanggungjawaban tetapi juga

akan mewujudkan jawatan-jawatan

baru yang akan membolehkan

teknologi-teknologi seperti telaga

SMART, pembanjiran air, peralatan

berputar dan sebagainya diaplikasikan

dengan lebih meluas lagi. Sehubungan

itu, sejumlah 203 jawatan-jawatan

yang baru telah diwujudkan dan akan

diisi sepanjang tiga tahun yang akan

datang. Bagi menangani permintaan

yang meningkat bagi tenaga kerja yang

berkeupayaan, proses rejuvenasi

bidang-bidang kemahiran akan diberi

keutamaan dengan penubuhan

Akademi Operasi. Akademi yang

dipertanggungjawabkan dengan

pembangunan serta pengekalan

keupayaan yang lebih tinggi, akan

berpandukan satu proses Tangga

Kerjaya di mana kakitangan yang

berkelayakan dan berkebolehan

berpeluang meningkat maju di dalam

kerjaya masing-masing dari JG 9

sehingga JG 1, di samping berpeluang

menerima akreditasi daripada

universiti-universiti dan badan-badan

kawalan piawaian antarabangsa.

OPAL juga akan menyaksikan strategistrategi

pengambilan tenaga kerja yang

baru serta kreatif, seperti kempen IOR

yang berterusan, penempatan

graduan, pemegang HND dan TOPP

di dalam jawatan-jawatan yang

penting di samping pengambilan

melalui pengiklanan kekosongan

jawatan dan jerayawarya kerjaya.

Kesemuanya ini adalah usaha-usaha

bersepadu bagi membawa lebih ramai

tenaga kerja ke dalam organisasi dan

mengisi setiap kekosongan dengan

calon-calon yang berkualiti. Matlamat

mutakhirnya adalah bagi

mempastikan bahawa calon yang

sewajarnya ditempatkan di dalam

jawatan yang sepatutnya melalui

proses OPAL.

Salah satu kekuatan proses OPAL

adalah penegasannya yang bukan

sahaja ditumpukan kepada keupayaan

tetapi juga kepada prestasi yang boleh

dikekalkan. Dengan adanya Penilaianpenilaian

CAS, CBD dan OIM, tahap

keupayaan sesuatu bidang kemahiran

mampu dibangun serta dikekalkan

prestasinya. Seseorang calon akan

hanya berpeluang meningkat di dalam

kerjayanya apabila keupayaan dan

prestasinya dapat diselaraskan.

Peningkatan kerjaya ini turut dibantu

melalui pengenalan penjaluran

pekerjaan bagi jawatan-jawatan yang

terpilih, di mana wujud peluang yang

lebih besar bagi seseorang kakitangan

di dalam sesuatu jalur pekerjaan itu

untuk dinaikkan pangkat tanpa perlu

terlebih dahulu menunggu

kekosongan jawatan di dalam JG yang

lebih tinggi. Ini akan mewujudkan

pembangunan kerjaya peribadi yang

lebih berdaya maju yang seterusnya

akan membawa kepada peningkatan

di dalam tahap keupayaan.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!