10.09.2018 Views

Buku Panduan Pra Siswazah 2

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Struktur Kurikulum Program

Struktur kurikulum untuk program

sarjana muda dibentuk berdasarkan

falsafah dan matlamat UMT iaitu untuk

mengeluarkan siswazah yang berwibawa,

dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai

keadaan, berguna kepada masyarakat,

berpengetahuan, dan mempunyai

kemahiran dan kualiti kepimpinan.

Terdapat tiga komponen kursus di dalam

kurikulum program, iaitu Teras Universiti,

Teras Program serta Elektif kecuali Program

Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan

mempunyai lima komponen kursus.

Teras Universiti

Teras Universiti terdiri daripada beberapa

kursus yang wajib diambil oleh semua

pelajar UMT. Kursus-kursus ini bertujuan

untuk memberi pengetahuan tambahan

kepada pelajar di samping pengetahuan

yang didapati daripada bidang

pengkhususan masing-masing.

Keperluan Bahasa Inggeris

i. Bagi membolehkan pelajar mendaftar

kursus BBB3101, pelajar perlu memenuhi

syarat MUET iaitu mendapat Band 3, 4, 5

dan 6.

ii. Manakala bagi pelajar yang mendapat

keputusan MUET Band 1 dan 2,

diwajibkan mengikuti dan LULUS

kursus pemulihan Bahasa Inggeris iaitu

English for Academic Communication 1

(BBB2000).

iii. Kursus BBB3101 merupakan prasyarat

kepada kursus BBB3103.

Teras Program

Teras Program terdiri daripada kursuskursus

yang berkaitan dengan bidang

pengkhususan dan ditetapkan oleh pusat

pengajian yang mengendalikan programprogram

tersebut. Kursus Teras Program

adalah diwajibkan kepada semua pelajar.

Pra-syarat

Pendaftaran kursus yang memerlukan prasyarat

boleh dibuat apabila pelajar telah

menduduki (wajib ambil) kursus pra-syarat

tersebut melainkan dinyatakan sebaliknya

(wajib lulus).

Sistem Bimbingan Siswa atau

Mentor

Sistem Bimbingan Siswa atau juga dikenali

sebagai Sistem Mentor/Mentee telah

digunapakai di UMT. Di dalam sistem ini,

setiap pelajar UMT yang mendaftar akan

diletakkan di bawah seorang Pembimbing

Siswa yang terdiri daripada pegawai

akademik. Matlamat Sistem Bimbingan

Siswa ialah untuk mewujudkan suatu

saluran perhubungan bersistem bagi pelajar

mengadukan masalah, khususnya dalam

perkara akademik, kepada Pembimbing

Siswa. Sistem ini juga bertujuan untuk

merapatkan hubungan di antara pelajar

dengan pensyarah.

Antara tugas-tugas Mentor adalah seperti

berikut:

• Membantu pelajar memahami kurikulum,

sistem semester, sistem pendaftaran,

sistem peperiksaan dan pengecualian

kursus.

• Membantu pelajar merancang skema

pengajian.

• Membantu pelajar membuat pemilihan

kursus.

• Memberi nasihat berkaitan masalah

akademik pelajar.

• Mengenalpasti masalah berkaitan yang

boleh menimbulkan masalah akademik

untuk dirujuk kepada pihak tertentu

yang mempunyai kepakaran untuk

menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Buku Panduan Prasiswazah

Pusat Pengajian Perniagaan dan Pengurusan Maritim

25

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!