10.09.2018 Views

Buku Panduan Pra Siswazah 2

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

ACT4101

Jam Kredit : 3 (3+0)

Prasyarat

Perakaunan Kewangan dan

Pelaporan 4

: ACT3103 (Perakaunan

Kewangan dan Pelaporan 3)

(Wajib Ambil)

Ini adalah kursus kelima untuk Perakaunan

dan Pelaporan Kewangan. Kursus ini

membina pengetahuan dan kemahiran

yang telah diperkenalkan dalam kursuskursus

perakaunan kewangan sebelum ini

yang mana ia membawa pelajar ke tahap

keupayaan dan pembinaan kompetensi

kelima dalam piawaian IFRS/MFRS. Ia

meningkatkan kemahiran dalam proses

penyatuan akaun dengan memperkenalkan

struktur kumpulan yang lebih kompleks

berkaitan dengan syarikat bersekutu,

usaha sama dan operasi asing. Ia juga

melibatkan Penyata Aliran Tunai Disatukan

dan memperkenalkan isu pendedahan

yang lebih lanjut berkaitan dengan operasi

segmen.

ACT4102

Jam Kredit : 3 (3+0)

Prasyarat

Perakaunan Kewangan dan

Pelaporan 5

: ACT4101 (Perakaunan

Kewangan dan Pelaporan 4)

(Wajib Ambil)

Ini adalah kursus peringkat keenam untuk

Perakaunan Kewangan dan Pelaporan.

Kursus ini dibina berasaskan kepada

pengetahuan dan kemahiran yang telah

diperkenalkan dalam kursus-kursus

Perakaunan Kewangan dan Pelaporan

terdahulu dan menguatkan keupayaan

dan kompetensi tahap keempat piawaian

IFRS/MFRS. Perbincangan dalam kursus

terdahulu berkenaan peranan akauntan

profesional dalam masyarakat dikaji

semula untuk memperkukuhkan dasar

kepentingan awam dan etika. Kursus ini

juga memberi gambaran keseluruhan

tentang profesyen perakaunan dan sejarah

perakaunan. Ia juga membincangkan

pengajaran daripada skandal korporat

dan implikasinya terhadap pembangunan

piawaian dan profesyen perakaunan.

Berdasarkan konteks piawai khusus

seperti pembayaran berasaskan saham,

manfaat pekerja, hasil, proses penetapan

piawaian akan dinilai. Pelajar didedahkan

melalui kes-kes yang komprehensif yang

melibatkan penggunaan pertimbangan

profesional dan membuat anggaran dari

segi ukuran-nilai saksama dan pendedahan

mengenai perubahan dasar perakaunan

penting dan anggaran.

ACT3201 Perakaunan Pengurusan 1

Jam Kredit : 3 (3+0)

Prasyarat : ACT3100 (Prinsip

Perakaunan) (Wajib Ambil)

Kursus ini memperkenalkan konsep

asas, istilah, prinsip dan kaedah kos

perakaunan pada peringkat operasi.

Topik termasuk elemen asas kos, teknik

tradisional pengumpulan kos, perancangan

kos dan kaedah pengkosan. Penekanan

utama untuk menganggarkan kos produk

yang dihasilkan dan perkhidmatan yang

diberikan.

ACT3202 Perakaunan Pengurusan 2

Jam Kredit : 3 (3+0)

Prasyarat : ACT3201 (Perakaunan

Pengurusan 1) (Wajib Ambil)

Kursus ini memberi penekanan

kepada aplikasi maklumat perakaunan

pengurusan dan menggunapakai teknikteknik

perbincangan berasaskan kes

merangkumi perancangan, kawalan

dan pembuatan keputusan. Topiktopik

termasuk belanjawan, pengkosan

standard, strategi harga dan perakaunan

tanggungjawab. Isu-isu berkaitan pindahan

harga dan pertimbangan tingkahlaku akan

dibincangkan pada akhir kursus.

ACT4201

Jam Kredit : 3 (3+0)

Prasyarat

Seminar dalam Perakaunan

Pengurusan

: ACT3202 (Perakaunan

Pengurusan 2) (Wajib Ambil)

Kursus ini adalah lanjutan kepada

Perakaunan Pengurusan 2 dan dijalankan

Buku Panduan Prasiswazah

Pusat Pengajian Perniagaan dan Pengurusan Maritim

57

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!