18.11.2018 Views

SHE 101 REPORT ADAT PERKAHWINAN

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

SHE 101

HUBUNGAN ETNIK

( SEMESTER 1 2018/2019 )

TOPIK :

ADAT ISTIADAT PERKAHWINAN DI

MALAYSIA

KAMPUS

USM – KPM (PPD)

PENSYARAH:

DR. HJ ISHAM SHAH BIN HASAN

NO NAMA NO MATRIK

1. MUHAMMAD HAZIQ BIN AZRI 144518

2. MUHAMMAD ARSYAD BIN SHAMSUDIN 144515

3. MUHAMMAD FIRDAUS BIN FUAD 144729

4. NOR FADHILAH BIN RAMLI 144519

5. NUR ATHIRAH BINTI MOHD RASIDI 144524

TARIKH PENYERAHAN: 18 NOVEMBER 2018

PENGHARGAAN

Bersyukur kehadrat illahi dengan limpahan kurnia dan titipan penghargaan terhadap Allah

S.W.T tuhan sekalian alam atas rahmat yang sudi dicurahkan kepada hambaNya yang kerdil ini untuk

melaksanakan Laporan Kefahaman Adat Istiadat Perkahwinan Etnik di Malaysia dengan jayanya dan

saksama. Kami menjunjung dan mensisihkan sepenuh penghargaan kepada semua pihak yang terlibat

secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kajian kami sepanjang perlaksanaan aktiviti

kajian iaitu aktiviti temu bual, mengedarkan borang soal selidik dan borang secara atas talian.

Sekalung penghargaan utama kepada Dr Isham Shah Hassan yang telah banyak memberi

sokongan dan tunjuk ajar dalam memudahkan aktiviti kajian sosial kami ini. Disamping itu,

penghargaan kepada beberapa orang rakan yang turut hadir dan menjadi sukarelawan dalam

membantu kami serta memberi sokongan dalam menjayakan aktiviti kajian ini.

Ingin kami berterima kasih juga kepada ibu bapa kami yang banyak membantu dalam

pelbagai perkara dan kepada ahli kumpulan kami yang telah banyak memberi kerjasama sepanjang

merealisasikan aktiviti kajian sosial ini. Tidak lupa juga kepada pensyarah-pensyarah Politeknik Port

Dickson dan Universiti Sains Malaysia kerana turut memberi pandangan dan panduan dari permulaan

aktiviti hinggalah ke akhir kerja penulisan kajian ini. Terima kasih.

2

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan di sekitar Bandaraya Melaka Bersejarah. Tajuk kajian ini mengenai kefahaman

adat istiadat dan budaya perkahwinan tiga etnik utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India.

Aktiviti kajian ini bersifat sosial. Tujuan utama kajian ini ialah mengetahui perbezaan adat resam

perkahwinan pelbagai kaum dan pandangan pelbagai lapisan masyarakat terhadap adat resam

perkahwinan pelbagai kaum dan mengkaji sejauh mana kefahaman bangsa lain terhadap adat istiadat

perkahwinan dan kebudayaan bangsa lain serta mengkaji pendapat masyarakat kini mengenai

kewajaran mengamalkan adat perkahwinan yang diwarisi secara turun-temurun di samping mengenal

pasti kebaikan atau keburukan pengamalan adat resam perkahwinan terhadap individu dan

masyarakat. Kajian ini dijalankan antara kerjasama kumpulan yang terdiri daripada lima orang pelajar

dan beberapa orang awam yang turut melaksanakan tugasan kajian ini. Kaedah kajian yang digunakan

terbahagi kepada tiga kaedah iaitu kaedah menemu bual, kaedah borang soal selidik dan borang atas

talian. Seterusnya, bagi merekodkan dan menyelesaikan aktivit kajian ini, terdapat beberapa peralatan

dan persediaan yang rapi telah dilakukan. Sebagai contoh, dalam aktiviti pengambaran video alatan

kamera dan yang berkenaan digunakan. Secara ringkasan bagi keseluruhan aktiviti teknik

pengambaran dan temubual telah memudahkan metodologi merekodkan maklumat dan data .Dapatan

kajian ini juga menunjukkan interaksi perhubungan antara kaum di Malaysia. Disamping itu, impak

kepada persekitaran dan masyarakat dalam melihat sikap perpaduan dan perhubungan antara pelbagai

kaum, agama dan bangsa yang tedapat di Malaysia.

3

ISI KANDUNGAN

No PERKARA MUKASURAT

2. Penghargaan 2

3. Abstrak 3

3. Kandungan 4

4. BAB 1.0 PENGENALAN KAJIAN

1.1 Pendahuluan

1.2 Objektif Kajian

1.3 Permasalahan Kajian

1.4 Maklumat Kajian

1.5 Metodologi

1.6 Peralatan Kajian

1.7 Sidang Redaksi

BAB 2.0 ETNIK DAN PERKAHWINAN DI

MALAYSIA

5

5

5

6

6

6

6

6

2.1 Konsep asas hubungan etnik

2.1.1 Manusia

2.1.2 Etnik

2.1.3 RAS(puak)

2.1.4 Masyarakat Majmuk

2.1.5 Kaum

7

7

7

7

2.2 Perkahwinan Kaum di Malaysia

2.2.1 Perkahwinan Bangsa Melayu

2.2.2. Perkahwinan Bangsa Cina

2.2.3 Perkahwinan Bangsa India

Bab 3.0 KAEDAH DAN DAPATAN KAJIAN

3.1 Strategi Kajian

3.2 Proses Kajian

3.3 Dapatan Kajian

8

8

9

10

10

10

5. Kesimpulan 14

7. Rujukan 15

8. Lampiran 16

4

BAB 1.0 PENGENALAN KAJIAN

1.1 PENDAHULUAN

Malaysia merupakan negara yang kaya dengan kepelbagaian dan variasi kaum serta etnik di

dalamnya. Penggabungan Semenanjung Tanah Melayu dan Kepulauan Borneo pada tahun 1963 telah

menyerikan lagi kepelbagaian tersebut keranan bukan sahaja meliputi Kaum Melayu, Cina dan India,

malahan turut meliputi etnik-etnik bumiputera Sabah dan Sarawak. Kepelbagaian inilah yang menjadi

tunjang kepada pembangunan negara yang semakan pesat terutama dalam aspek Pelancongan yang

dipacu oleh kepelbagaian etnik di Malaysia. Pola hubungan etnik di Malaysia sejak tahun 1946 hingga

kini pada amnya berada dalam keadaan yang aman dan damai kewujudan hubungan etnik yang

harmoni dan saling memahami.

Kajian ini tertumpu kepada salah satu etnik di negeri Melaka. Melaka bermula lebih daripada

enam kurun dimana pelbagai adat etnik dan tradisi diadun sempurna. Kehidupan aman rakyat Melaka

berpunca daripada kehidupan pelbagai kaum yang telah melahirkan orang orang Melayu, Cina, India,

Baba dan Nyonya, Portugis, Chitty dan Eurasia. Setiap kumpulan etnik ini memberi citarasa yang

berbeza rakyat Melaka yang terkenal sebagai rakyat yang peramah.

1.2 OBJEKTIF KAJIAN

Berikut adalah merupakan beberapa objektif yang digariskan dan menjadi asas kepada kajian ini bagi

memudahkan perjalanan dan perlaksanaan agenda bagi menyempurnakan kajian ini:

1. Mengkaji sejauh mana kefahaman bangsa lain terhadap adat istiadat perkahwinan

dan kebudayaan bangsa lain

2. Mengetahui perbezaan adat resam perkahwinan pelbagai kaum dan pandangan

pelbagai lapisan masyarakat terhadap adat resam perkahwinan pelbagai kaum.

3. Mengkaji pendapat masyarakat kini mengenai kewajaran mengamalkan adat

perkahwinan yang diwarisi secara turun-temurun di samping mengenal pasti

kebaikan atau keburukan pengamalan adat resam perkahwinan terhadap individu

dan masyarakat.

1.3 PERMASALAHAN KAJIAN

1. Masyarakat kurang mengetahui tentang adat dan budaya perkahwinan bagi

setiap bangsa.

2. Adat perkahwinan semakin kurang diamalkan dalam masyarakat kini

3. Masyarakat kurang memahami nilai-nilai dalam adat perkahwinan bagi setiap

bangsa

5

1.4 MAKLUMAT KAJIAN

1. Nama Kajian : Kefahaman adat istiadat perkahwinan di malaysia

2. Tarikh Kajian : 27 Oktober 2018

3. Hari Kajian : Sabtu

4. Tempat Kajian : di sekitar Bandaraya Melaka

1.5 METODOLOGI

1.5.1 Temu Bual

Kami melakukan temu bual kepada 10 bangsa Melayu, 10 bangsa Cina dan 10 bangsa India di sekitar

Bandar Melaka.

1.5.2 Borang Soal Selidik

Kami mengedarkan borang soal selidik kepada 10 rakyat Malaysia. Borang ini mengandungi 8 soalan objektif

berkenaan kefahaman mereka mengenai adat istiadat perkahwinan kaum mereka dan kaum lain di

Malaysia.

1.6.3 Borang Atas Talian

Kami menyediakan borang melalui online yang mengandungi 10 soalan objektif dan subjektif

berkenaan “Kefahaman Tradisi Perkahwinan di Malaysia”

1.6 PERALATAN KAJIAN

1.6.1 Mikrofon

1.6.2 Kamera

1.6.3 Borang soal selidik

1.7 SIDANG REDAKSI

Pengarah : MUHAMMAD ARSYAD BIN SHAMSUDIN

Setiausaha : NOR FADHILAH BINTI RAMLI

Penemuramah : NUR ATHIRAH BINTI MOHD RASIDI

:MUHAMMAD FIRDAUS BIN FUAD

Multimedia : MUHAMMAD HAZIQ BIN AZRI

6

BAB 2.0 ETNIK DAN PERKAHWINAN DI MALAYSIA

2.1 KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

2.1.1 Manusia

Manusia ialah sebagai 7 eneti asas dalam pembentukan sesebuah etnik di Malaysia.

Makhluk homosapien (human) yang dicipta oleh Tuhan, memiliki sifat yang sempurna dari aspek

fizikal, akal fikiran dan hawa nafsu.

2.1.2 Etnik

Kelompok manusia yang menganggap diri mereka mempunyai beberapa ciri kebudayaan unik

dan disatukan oleh kesejarahan, eneti nilai, sikap dan tingkah laku yang sama.

2.1.3 RAS(puak)

Istilah ini merujuk kepada sifat lahiriah-biologi semulajadi yang mudah diperhatikan pada

seseorang atau sekumpulan manusia seperti warna kulit, warna mata atau rambut dan sebagainya.

Sekelompok manusia dikatakan seras atau dari kumpulan ras yang sama kerana mempunyai ciri-ciri

fizikal 7enetic yang sama sebagaimana yang diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi.

2.1.4 Masyarakat Majmuk

Masyarakat majmuk ialah mayarakat yang mengandungi beberapa kumpulan etnik yang

hidup berdampingan dan bercampur gaul, tinggal dalam satu unit politik yang sama tetapi hidup

secara berasingan dan tidak bersatu padu, serta mempunyai budaya yang tersendiri.

Pierre L. van den Berghe telah menyifatkan ciri-ciri masyarakat majmuk antaranya ialah:

i. Tiada nilai consensus(persetujuan sebulat suara)

ii. Kepelbagaian budaya

iii. Konflik antara kelompok berlainan

iv. Dominasi politik terdiri daripada satu golongan tertentu

v. Hubungan antara kelompok lebih bercorak secondary, segmental dan utilitarian

vi. Hubungan dalam kelompok berbentuk primary

2.1.5 Kaum

Merujuk kepada sesuatu kelompok masyarakat yang mempunyai persamaan dari segi budaya,

kepercayaan dan rupa fizikal. Kategori manusia yang memiliki ciri-ciri dan kepentingan yang sama,

contohnya Kaum wanita, kaum belia, kaum muda, kaum tani, kaum pelajar tanpa melibatkan

keturunan. Kaum yang dikaitkan dengan keetnikan adalah kaum Melayu, kaum Bumiputera, kaum

7

Cina, kaum Kadazan-dusun, kaum India dan lain-lain. Kedua-dua aspek iaitu kepentingan dan

keturunan memainkan peranan penting.

2.2 ADAT ISTIADAT PERKAHWINAN KAUM DI MALAYSIA

2.2.1 Perkahwinan Kaum Melayu

Adat perkahwinan Melayu merupakan adat resam yang menjadi tunjang bermulanya

kehidupan sesebuah keluarga. Masyarakat Melayu begitu berpegang teguh dengan adat

resam,perkahwinan Sesuatu upacara dalam peringkat perkahwinan itu akan dilaksanakankan secara

meriah dan penuh adat istiadat.

Adat merisik merupakan peringkat pertama dalam hubungan perkahwinan. Adat ini juga

dipanggil meninjau atau menengok. Ianya melibatkan pertemuan antara wakil keluarga lelaki dengan

wakil keluarga perempuan.

Sekiranya pinangan diterima, pada pertemuan berikutnya mereka akan berbincang tentang

segala syarat berkaitan mas kahwin dan hantaran perbelanjaan majlis perkahwinan. Perbincangan

tarikh yang sesuai juga akan ditentukan untuk melangsungkan perkahwinan.

Sebaik saja peminangan pihak lelaki diterima maka urusan majlis pertunangan pula diadakan.

Pihak lelaki akan di wakili oleh saudara mara terdekat. Sempena majlis pertunangan, satu kenduri

diadakan di rumah pihak perempuan. Hantaran yang terdiri daripada tepak sireh atau sireh junjung

sebagai bingkisan utama, berupa sebentuk cincin beserta hantaran lain seperti bunga rampai, kuih

muih, buah - buahan , pakaian dan lain-lain yang digubah cantik untuk diberikan kepada pihak

perempuan.

Akad nikah merupakan upacara kemuncak dalam perkahwinan masyarakat Melayu. Istiadat

ini dijalankan selepas segala perjanjian yang dikenakan kepada pihak lelaki telah dilaksanakan seperti

wang belanja, mas kahwin dan barangan lain sepertimana yang telah dipersetujui oleh kedua belah

pihak.

Semasa upacara akad nikah, bapa pengantin perempuan perlu menjadi wali untuk menikahkan

anaknya. Walau bagaimanapun, dia juga boleh mewakilkannya kepada tok kadi atau imam. Walau

bagaimanapun Akad nikah boleh dilakukan di masjid, di pejabat kadi atau pun di rumah pengantin

perempuan dan dijalankan oleh tok kadi atau imam.

Fasa terakhir dalam adat resam perkahwinan masyarakat Melayu adalah upacara

persandingan. Upacara menyambut menantu oleh kedua pihak akan disambut dengan meriah

bilamana pengantin diarak dengan pasukan kompang dan pancak silat.

2.2.2 Perkahwinan Kaum Cina

Dalam masyarakat Cina, sesuatu perkahwinan itu dirancang dan diatur sebaik-baiknya.

Terdapat dua bentuk perkahwinan yang diamalkan oleh mereka iaitu eksplisit iaitu perkahwinan yang

diatur sama ada oleh ibu bapa atau orang tengah (moi-ngin) dan implisit iaitu perkahwinan di mana

kedua-dua lelaki dan perempuan diberi kebebasan untuk memilih pasangan masing-masing. Pada

asasnya adat resam perkahwiwan masyarakat Cina merangkumi peringkat merisik, meminang,

bertunang dan majlis perkahwinan.

Adat merisik dijalankan untuk mengetahui latar belakang gadis yang dihajati. Perbincangan

ketika merisik adalah berkenaan perkara-perkara umum terutama tentang latar belakang keluarga dan

asal keturunan.

8

Hari pertunangan dilakukan berdasarkan kalendar Cina dan ia hendaklah bersesuaian dengan

bintang kelahiran kedua pasangan tersebut. Khidmat tukang tilik digunakan untuk penetapan tarikh

tersebut berpandukan kepada sebuah buku iaitu Toong-Su.NBagi membuktikan persetujuan, gadis

berkenaan akan menyerahkan sekeping kertas merah atau nyen-sang yang tertulis nama gadis, umur

dan tarikh lahirnya yang didapati daripada tukang tilik. Setelah nyen-sang diterima, pihak lelaki akan

mengadakan persediaan.

Hari perkahwinan akan dilangsungkan setelah setahun bertunang atau mengikut tempoh yang

dipersetujui oleh kedua belah pihak. Sebelum tiba hari perkahwinan sekiranya terdapat kematian di

kalangan ahli keluarga bakal pengantin, perkahwinan itu mesti ditangguhkan pada tahun hadapan

ataupun selama seratus hari.

Di samping itu juga kedua pengantin akan meminta restu daripada keluarga mertua masingmasing.

Dalam masyarakat Cina juga, upacara meminum teh sangat penting dan masih diamalkan. Ia

merupakan tradisi masyarakat Cina yang mempunyai maksud yang tersendiri.

Walau bagaimanapun adat bersanding dan upacara minum teh ini sudah kurang diamalkan

oleh masyarakat Cina hari ini. Jamuan makan ini diadakan secara besar-besaran samada di rumah,

dewan, atau restoran. Tetamu-tetamu yang datang akan membawa Ang-pau sebagai hadiah kepada

pasangan pengantin. Akhir sekali, sebagai bukti perkahwinan,pasangan pengantin akan

menandatangani dua pucuk surat perkahwinan iaitu Keat Foon Ching Su di hadapan beberapa orang

saksi.

2.2.3 Perkahwinan Kaum India

Dalam peringkat merisik, beberapa aspek perlu diberi perhatian seperti faktor etnik, sub etnik,

kasta dan agama. Selain itu, faktor-faktor lain seperti status ekonomi dan status sosial merangkumi

aspek seperti umur, tahap pendidikan, jenis pekerjaan, etika dan moral, rupa paras dan latar belakang

keluarga juga turut diambil kira.

Adat ini dilakukan selepas adat merisik dilakukan. Bakal pengantin lelaki akan mengunjungi

bakal pengantin perempuan untuk melihat sendiri paras rupa dan perawakan calon isterinya. Adat ini

dikenali sebagai pen paarttal atau dalam bahasa Melayu dipanggil sebagai melihat bakal isteri.

Adat penyesuaian bakal pengantin dikenali sebagai Thairumanam Poruttam Paartal dijalankan

terlebih dahulu, dalam ajaran Hindu tidak terdapat konsep perceraian. Sebaik sahaja sampai ke rumah

bakal pengantin perempuan, bapa kedua-dua belah pihak akan berbincang mengenai perkahwinan

tersebut. Sekiranya bapa salah seorang bakal pengantin telah meninggal dunia, perbincangan akan

diadakan dengan saudara-mara. Sekiranya kedua-dua belah pihak pengantin bersetuju, mereka akan

mengikat janji.

Thirumanan bermaksud penyatuan atau ikatan suci melalui perkahwinan antara pasangan

suami isteri agar kekal hingga ke akhir hayat. Terdapat tiga jenis perkahwinan dalam masyarakat

India iaitu Vaitikat Thairumanam, Tamil Thairumanam dan Diya Thairumanam yang mana

perkahwinan ini dijalankan adalah berlandaskan aspek suku kaum.

Majlis perkahwinan dimulakan dengan upacara niccayam (ikat janji) dengan memberi hadiah

seperti pakaian dan lain-lain. Kad undangan disapu dengan air kunyit dibawa ke kuil dalam jumlah

ganjil sebagai tanda rasmi undangan perkahwinan. Upacara Kanggenam iaitu menanam sebatang

pokok yang lurus dan disapu dengan serbuk kunyit tiga hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan.

Pengantin lelaki tidak dibenarkan keluar selama tiga hari sebelum hari perkahwinan.

Antara adat yang dilakukan untuk menghormati dan mendapat restu termasuklah menyerah

sebiji kelapa yang dilubangkan pada bahagian atasnya, menuang air susu ke dalamnya, memberi sirih,

mencium tapak kaki ibu bapa (membasuh kaki ibu bapa), memberi hadiah dhoti (bapa mertua) serta

9

sari (ibu mertua) dan wang. Biasanya pasangan pengantin akan bertukar-tukar kalungan bunga

sebanyak tiga kali dan berkongsi minum air susu bercampur pisang di dalam sebiji gelas. Upacara ini

menandakan pasangan ini secara rasmi telah menjadi suami isteri.

BAB 3.0 KAEDAH DAN DAPATAN KAJIAN

3.1 STRATEGI KAJIAN

Strategi yang digunakan dimulakan dengan teknik 3W1H iaitu ‘Who’, ‘Where’,

‘When’, and ‘How’.‘Who’ ialah target responden iaitu masyarakat tiga kaum utama di Malaysia yang

terdiri daripada Melayu, Cina dan India. Elemen ‘where’ ialah tempat kajian dilakukan disekitar

kawasan Bandaraya Melaka Bersejarah. ‘When’ memberi penekanan terhadap masa kajian dilakukan

iaitu pada 27 Oktober 2018 (Sabtu) dan bermula pada jam 10 pagi yang merupakan cuti hujung bagi

rakyat Malaysia serta masa yang menjadi tumpuan utama pelancong berkunjung ke lokasi yang

ditetapkan. Elemen ‘How’ ialah bagaimana kajian ini dijalankan iaitu kami menyiapkan kamera dan

berjalan sekitar bandaraya Melaka.

3.2 PROSES KAJIAN

Perbincangan berhubung kait program yang akan dijalankan telah diadakan sebelum

kajian dijalankan dan menekankan terhadap perincian-perincian kajian yang akan dijalankan seperti

masa, lokasi, bajet dan tatacara kajian ini bakal dijalankan. Penyediaan barangan keperluan semasa

kajian seperti kamera, soalan- soalan berkaitan kaum sendiri dan kaum lain. Bagi setiap seorang

respondan, kami menyediakan 3 soalan berkaitan adat perkahwinan kaum sendiri, dan 3 soalan

berkenaan pengetahuan mereka mengenai adat istiadat perkahwinan kaum lain.

Rajah 16: Pelajar menyiapkan kamera

Rajah 17: Pelajar sedang menyiapkan

soalan-soalan temu bual mengenai adat

perkahwinan kaum

3.3 DAPATAN KAJIAN

Bagi keseluruhan kajian, 100% responden menunjukkan sikap positif dan memberi

kerjasama yang baik terhadap kajian yang dilakukan. Melalui kaedah kajian yang dilakukan,

responden menjawab segala persoalan dengan baik serta menceritakan serba sedikit apa yang mereka

tahu mengenai adat kaum mereka dan kaum lain. Kajian yang dilakukan membuktikan bahawa

masyarakat di Malaysia mempunyai hubungan yang baik antara kaum kerana kebanyakan antara

mereka tahu mengenai adat kaum lain dan mereka pernah menghadiri perkahwinan kaum lain. Ini

10

membuktikan masyarakat Malaysia mempunyai hubungan perpaduan yang kuat. Perpaduan dan

kesatuan masyarakat Malaysia yang menjadi punca utama terhadap keharmonian negara.

Berikut merupakan dapatan kajian yang kami perolehi dari borang temu bual atas talian:

Rajah 18: Soalan mengenai jantina responden

Rajah 19: Soalan mengenai kaum responden

Rajah 20: Soalan mengenai umur responden

Rajah 21: Soalan mengenai agama responden

Rajah 22: Soalan mengenai status sosial

responden

Rajah 23: Soalan mengenai kewarganegaraan

responden

11

Rajah 24: Soalan menanyakan pengetahuan

responden adakah perkahwinan sekarang

masih mengikut adat perkahwinan tradisional

Rajah 25: Soalan menanyakan pengetahuan

responden adakah kita hidup dalam masyarakat

pelbagai kaum dan agama

Rajah 26: Soalan menanyakan pengetahuan

responden terhadap adat perkahwinan

bangsa lain

Rajah 27: Soalan menanyakan pendapat

responden terhadap perkahwinan bangsa

lain yang mereka pernah hadiri

Rajah 28: Soalan menanyakan pendapat

responden adakah hadir perkahwinan

kaum lain dapat memupuk keharmonian

Malaysia

Rajah 29: Soalan menanyakan adakah setiap

kaum perlu mengekalkan adat tradisi

perkahwinan kaum mereka

Rajah 30: Soalan menanyakan pendapat

Rajah 31: Soalan menanyakan kefahaman

12

esponden adakah setiap kaum Berjaya

mengekalkan adat tradisi perkahwinan

mereka

responden mengenai perkara pantang

larang dalam perkahwinan tradisi

Rajah 32: Soalan mengenai proses

merisik sebelum perkahwinan

dalam kaum responden

Rajah 33: Soalan mengenai adakah hari

pertunangan sesuatu yang penting

di dalam kaum responden

Rajah 34: Soalan mengenai perkahwinan

campur antara kaum dapat mengukuhkan

perpaduan kaum di Malaysia?

Rajah 35: Pelajar menemu bual salah

seorang responden kaum Melayu

Rajah 36: Pelajar menemu bual

India

Rajah 37: Pelajar menemu bual responden kaum

Cina

13

KESIMPULAN

Malaysia merupakan satu negara bertuah dek kerana kepelbagaian etnik yang secara tidak

langsung menjadikannya negara yang unik dengan kepelbagaian yang terdapat di dalamnya.

Kepelbagaian kaum tidak membataskan mana-mana pihak atau individu untuk berinteraksi antara satu

sama lain dalam keadaan harmonis walaupun mempunyai kaum, agama dan budaya yang berbeza

bahkan dapat memupuk nilai-nilai kesepakatan, kesefahaman, dan sikap kerjasama antara kaum di

Malaysia.. Kesepakatan yang lahir antara kaum membuktikan bahawa setiap kaum saling memerlukan

antara satu sama lain. Dari aspek kesefahaman pula, rakyat berbilang kaum sememangnya dapat

bekerjasama dalam satu kelumpuk atau organisasi. Ia tidak sama sekali boleh menyebabkan

permasalahan atau percanggahan, malah lebih memberi ransangan yang baik dalam apa jua

perbincangan sama ada dari segi memberi pendapat atau penyelesaian dalam sesuatu perkara. Selain

itu, jika masyarakat hidup dalam satu kelumpuk berbilang kaum tanpa mempunyai sikap resis ia boleh

memajukan negara ke tahan yang lebih tinggi serta mengelak daripada berlakunya isu perkauman

dalam masyarakat. Oleh hal demikian, masyarakat akan hidup dalam keadaan harmoni, aman dan

damai. Kajian ini telah berjaya mengupas perkara penting iaitu perkahwinan tradisi setiap kaum tidak

membawa kepada semangat kekauman malahan ia sebaliknya semakin menguatkan sifat perpaduan di

negara Malaysia ini.

14

RUJUKAN

1. http://pengajianmalaysiadls1b.blogspot.com/2015/02/20-perkahwinan-masyarakatmelayu.html

2. http://priyisha.blogspot.com/2014/09/adat-perkahwinan-kaum-cina.html

3. http://priyisha.blogspot.com/2014/09/adat-istiadat-perkahwinan-kaum-india.html

4. https://www.canva.com/design/DADJPZSJfts/dRVHS7K5aocilarzDxuJ4w/edit#

15

LAMPIRAN

Ketika proses temu bual dijalankan untuk pembuatan video

16

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!