15.06.2019 Views

Buku Program 2FRace 2019

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Seulas Pinang

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT dan Salam

Sejahtera,

Segala pujian dan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t kerana

dengan izin-Nya, kita dapat hadir dalam majlis perasmian program

The Financial Freedom Race: Deal with the Debt! atau

2FRace 2019 yang pertama kalinya diperkenalkan melalui kolaborasi

tiga penjuru antara UiTM Cawangan Sabah, Agensi

Kaunseling dan Pengurusan Kewangan (AKPK) dan pihak Dewan

Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

Jutaan tahniah dan syabas diucapkan kepada semua tenaga penggerak program

2FRace 2019 yang terdiri daripada para pensyarah Fakulti Pengurusan Perniagaan

UiTM Cawangan Sabah termasuk beberapa staf kakitangan AKPK Wilayah Sabah &

Labuan serta turut dibantu beberapa jawatankuasa sokongan daripada kalangan pelajar

sendiri. Program ini juga tidak mungkin dapat direalisasikan tanpa sokongan padu

yang diberikan oleh tuan rumah iaitu pihak DBKK yang telah memberikan keizinan

untuk anak-anak kita ‘bermain’ di halaman rumah yang gah dengan julukan Bandaraya

Peranginan Semula jadi ini. Tidak dilupakan juga semua pihak yang telah terlibat

secara langsung atau tidak langsung seperti pihak PDRM serta orang awam dalam

menjayakan program kempen kesedaran ini.

Saya berharap usaha murni yang dibuat ini dapat membuka jalan dalam memantapkan

lagi pembangunan pendidikan khususnya di negeri Sabah. Semoga kerjasama seumpama

ini dapat diteruskan dalam menganjurkan program yang lain pada masa

akan datang. Saya melihat program ini juga mampu menjadi saluran kepada mahasiswa

dan mahasiswi UiTM untuk terus menunjukkan kepimpinan yang berwibawa

dan berdaya saing. Saya percaya program ini turut membantu para pelajar menguasai

ilmu yang telah dipelajari di dalam bilik kuliah dan mengaplikasikannya di luar kelas.

Program 2FRace ini merupakan suatu langkah permulaan yang saya kira cukup baik.

Kerana melibatkan penyertaan mahasiswa dan mahasiswi dalam melaksanakan kempen

kesedaran dan juga khidmat masyarakat bukan sahaja bertujuan untuk menarik

perhatian golongan belia bagi meningkatkan kadar kecelikan pengurusan kewangan

dan seterusnya mengurangkan kadar keberhutangan golongan belia yang menjadi

faktor penyumbang kepada kebankrapan di Malaysia. Sekali lagi syabas dan tahniah

kepada Jawatankuasa Pengajur yang dipimpin oleh Dr. Abdul Aziz Lai serta semua

yang terlibat untuk menjayakan program yang sangat bermanfaat ini.

Prof Madya Datuk Dr Abdul Kadir Hj Rosline

Rektor UiTM Cawangann Sabah

Ucapan di sampaikan oleh Tuan Hj Sheikh Junaidi

Sh. Mohammad, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar

UiTM Cawangan Sabah bagi mewakili YB Datuk

Rektor

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!