17.06.2019 Views

Warta Sawit 69 2018

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

20 • Warta Sawit Bil. 69 (2)/Mei-Ogos 2018

MPOB BANGUNKAN TEKNOLOGI BAHARU

Kosmo, 4 Julai 2018

KAJANG - Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) berhasrat menjalin kerjasama dengan pihak berkepentingan

untuk menghasilkan teknologi dan produk baharu berasaskan sawit.

Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr Ahmad Kushairi Din berkata, ini berikutan Lembaga tersebut telah diiktiraf

di peringkat global sebagai sebuah institusi bagi industri dan R&D sawit.

“Jika kami telah berpuas hati, kami tidak akan ke mana-mana. Biar idea baharu masuk dan kami akan

menghasilkan produk dan teknologi baharu.”

“Kami telah terlibat dalam industri ini dan menerima maklum balas mengenai apa yang diperlukan. Hasilnya

kelak akan dikembalikan kepada industri,” katanya pada Seminar dan Pameran Pemindahan Teknologi MPOB

2018, di sini.

PENSIJILAN MSPO DIPAKAI OLEH SUKAN OLIMPIK DAN PARALIMPIK TOKYO 2020

Utusan Borneo Sarawak, 8 Julai 2018

KUALA LUMPUR - Skim Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) telah diguna pakai sebagai medium

bagi Kod Penyumberan Lestari Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020, kata Menteri Industri Utama, Teresa Kok.

Ia menjadi antara tiga pensijilan yang diluluskan oleh Jawatankuasa Kod Penyumberan Lestari Sukan Olimpik

dan Paralimpik Tokyo 2020 selain pensijilan Minyak Sawit Lestari Indonesia (ISPO) dan Rundingan Meja Bulat

Minyak Sawit Lestari (RSPO).

Dengan penggunaannya, Jepun hanya akan menggunakan produk makanan dan bukan makanan seperti sabun

yang menerima sijil MSPO, ISPO dan RSPO dalam acara-acara berkaitan.

Pengiktirafan ke atas pensijilan itu di peringkat antarabangsa menandakan satu era baharu dalam penjenamaan

minyak sawit Malaysia kerana ia telah meraih kecemerlangan dan mengatasi banyak cabaran.

KEMENTERIAN USAHA TEROKA PASARAN BAHARU MINYAK SAWIT

Berita Harian, 8 Ogos 2018

PUTRAJAYA - Kementerian Industri Utama sedang berusaha meneroka pasaran baharu minyak sawit melalui

kerjasama rapat dengan beberapa negara luar yang berpotensi.

Ia bagi menangani isu larangan penggunaan minyak sawit dalam biodiesel oleh Kesatuan Eropah (EU).

Menteri Industri Utama, Teresa Kok berkata, negara seperti Filipina, Iran dan Turki serta benua Afrika Barat

antara sasaran pasaran baharu itu, selain mengekalkan negara sedia ada yang menjadi pembeli minyak sawit utama

negara ini.

Dalam usaha itu, Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) akan dipertanggungjawabkan untuk menjalin

hubungan dengan negara berkenaan ke arah meningkatkan eksport sawit Malaysia,” katanya.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!