21.08.2019 Views

agamamamamamma-converted (1)

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

"Jibril sentiasa berpesan kepada aku tentang hak jiran sehingga aku menyangka dia (jiran) akan

mewarisi harta pusaka" Hadith 'Aisyah & Ibnu Umar, Riwayat Bukhari & Muslim.

Nasihat Jibril yang terlalu kerap menyentuh hak-hak jiran menyebabkan Rasulullah menyangka

bahawa jiran juga akan mendapat bahagian dalam pembahagian harta pusaka. Rasulullah juga

bersabda:

"Sesiapa yang beriman dengan Allah Taala dan Hari Akhirat, maka berbuat baiklah kepada jirannya"

Hadith Abi Syuraih, Riwayat Bukhari & Muslim.

"Sesiapa yang menyakiti jirannya, maka sesungguhnya dia telah menyakiti aku, dan sesiapa yang

menyakiti aku, maka sesunggunya dia telah menyakiti Allah Taala. Dan sesiapa yang memerangi

jirannya, maka sesunggunya dia telah memerangi aku, dan sesiapa yang memerangi aku maka dia

telah memerangi Allah." Hadith Anas, Riwayat Abu As-Syeikh Ibnu Hibban.

"Demi Allah, tidak beriman seseorang itu selagi mana jirannya belum terlepas daripada

kejahatannya" Hadith Abu Hurairah, Riwayat Ahmad & Syaikhan

Maksudnya, selagi mana seseorang itu menganggu jirannya, memfitnahnya dan melakukan

kejahatan kepadanya, maka dia belum dianggap sebagai seorang Mukmin yang baik. Jiran yang

paling berhak untuk dilakukan kebaikannya ialah yang paling dekat pintunya dengan rumah kita.

Terdapat hadith yang menyebut bahawa di kalangan jiran itu ada yang mempunyai 3 hak, iaitu jiran

Muslim yang mempunyai hubungan kerabat dengan kamu. Ada pula yang mempunyai 2 hak, iaitu

jiran Muslim. Dan ada juga yang mempunyai satu hak, iatu jiran Zimmi (kafir yang berada di bawah

naungan Islam) Antara hadith yang membicarakan perkara ini ialah hadith yang diriwayatkan oleh Al-

Hasan bin Sufyan dan Al-Bazzar di dalam Musnad mereka. Tetapi hadith tersebut berstatus dhaif,

walaubagaimanapun masih boleh digunakan dalam Fadhail Amal.

Cuba kita perhatikan, hadith ini ada menyebut tentang hak kejiranan terhadap jiran yang zimmi,

sedangkan dia bukan seorang Muslim. Betapa mulianya Islam kerana memandang jiran yang kafir

sebagai seorang yang layak untuk menerima layanan baik walaupun berlainan agama. Ia juga

menunjukkan betapa pentingnya hak-hak kejiranan pada pandangan agama.

Apabila berbicara soal kejiranan yang merupakan satu cabang kemasyarakatan, membicarakan soal

Al-'Amru bil Ma'ruf dan An-Nahyu 'anil Munkar ialah satu perkara yang wajib! Sistem dakwah

dengan berhikmah yang dianjurkan Islam amat diyakini akan berjaya memulihkan kembali

keburukan yang berlaku dalam masyarakat.

Kesedaran seseorang individu untuk menjadi individu muslim yang sejati akan melahirkan keluarga

muslim yang sejati. Gabungan keluarga-keluarga ini pula akan mewujudkan masyarakat Islam yang

sejati. Akan tetapi gabungan ini tidak akan berjaya sekiranya konsep kejiranan berteraskan Al-Quran

dan As-Sunnah tidak diterapkan. Kejiranan yang harmonilah yang akan menjayakan kewujudan

masyarakat Islam yang seterusnya membawa kepada penubuhan sebuah daulah Islam yang dicita-

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!