15.09.2019 Views

Perkembangan Kanak-kanak

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

(AMBILAN JUN 2019 SEMESTER 1)

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

(EDUP3023)

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA PELAJAR

SITI NABILA BINTI MAT NOOR

ANGKA GILIRAN 2019192340103

NOMBOR KAD PENGENALAN 000608110532

KUMPULAN

KOD / NAMA KURSUS

PISMP E6

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

(EDUP3023)

NAMA PENSYARAH

PUAN MAGESWARI A/P MARIE

TARIKH HANTAR 3 SEPTEMBER 2019

TARIKH MENERIMA MAKLUM

BALAS DARIPADA PENSYARAH

PENGHARGAAN

Saya amat bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya, saya telah

berjaya melengkapkan kerja kursus berasaskan ilmu bagi kursus (EDUP3023) ini

dengan penuh jayanya mengikut masa yang telah ditetapkan iaitu bermula 1 Ogos

2019 sehingga 3 September 2019. Pada peringkat awal pelaksanaan kerja kursus

ini, saya akui bahawa saya juga telah menghadapi sedikit kesukaran terutamanya

dalam proses mencari dan mengumpul maklumat yang dikehendaki, namun saya

cuba menjadikan cabaran dan kesukaran itu sebagai titik tolak untuk saya terus

berusaha dengan lebih gigih lagi bagi menjayakan kerja kursus ini. Sekalung

penghargaan saya coretkan buat Puan Mageswari a/p Marie selaku pensyarah bagi

kursus Perkembangan Kanak-kanak, kod (EDUP3023) atas segala bimbingan dan

tunjuk ajar yang telah beliau berikan bermula dari saya dan rakan-rakan menerima

tugasan hingga ke saat-saat akhir kami menghantar tugasan ini. Saya yakin dan

pasti tanpa tunjuk ajar dan bimbingan yang beliau berikan, nescaya kami semua

tidak akan dapat melaksanakan kerja kursus ini dengan sempurna.

Seuntai kata penghargaan juga saya nukilkan buat rakan-rakan sekelas iaitu

kelas E6 atas kesudian mereka untuk berkongsi maklumat dan bertukar pendapat

serta idea bernas yang telah disumbangkan sepanjang menjayakan kerja kursus ini.

Bak kata pepatah, “bersatu teguh bercerai roboh” dengan perkongsian yang telah

diberikan maka pelaksanaan kerja kursus ini dapat berjalan dengan lancar. Akhir

kata, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang

terlibat dalam pelaksanaan kerja kursus ini sama ada secara langsung mahupun

secara tidak langsung. Terima kasih atas sekalung budi yang telah diberikan kepada

saya dan rakan-rakan sekelas dalam usaha untuk menjayakan kerja kursus ini.

ii

SOALAN KERJA KURSUS

PENGHARGAAN

ISI KANDUNGAN

i

ii

iii

1.0 Pengenalan 1

2.0 Konsep Perkembangan Kanak-kanak 1 & 2

3.0 Konsep Perkembangan Kognitif Kanak-kanak Jean Piaget 2

4.0 Teori pembelajaran kognitif yang diutarakan oleh Jean Piaget 2 & 3

4.1 Skema 3 & 4

4.2 Asimilasi 4

4.3 Akomodasi 4

4.4 Ekuilibrasi 4 & 5

5.0 Peringkat-peringkat Perkembangan Kognitif Kanak-kanak 5

5.1 Peringkat Sensori Motor (Lahir hingga 2 Tahun) 5

5.2 Peringkat Praoperasi (2 hingga 7 Tahun) 5 & 6

5.3 Peringkat Operasi Konkrit (7 hingga 11 Tahun) 6

5.4 Peringkat Operasi Formal (12 Tahun hingga Dewasa) 6

6.0 Pandangan pakar mengenai Teori Perkembangan Kognitif 6 - 8

Jean Piaget

7.0 Kesimpulan 8 & 9

8.0 Rujukan 10 & 11

9.0 Lampiran 12 - 14

iii

1.0 Pengenalan

Pada masa kini, dapat kita lihat bahawa kebanyakan kanak-kanak kurang diberi

peluang untuk melakukan apa sahaja yang mereka gemari. Hal ini kerana,

sesetengah ibu bapa hanya menekankan anak-anak mereka untuk memfokuskan diri

mereka terhadap pembelajaran dan pencapaian akademik sahaja. Perkara ini telah

menyebabkan ramai kanak-kanak yang tertekan dan perkembangan mereka juga

tidak mengikut umur mereka yang sepatutnya. Menurut Santrock (2014),

perkembangan adalah perubahan dalam corak biologi, kognitif, dan sosioekonomi

individu yang bermula daripada peringkat kelahiran sehinggalah ke akhir hayat.

Justeru itu, pihak-pihak yang sering bersama mereka sepatutnya bukan sahaja

memikirkan masalah yang dihadapi kanak-kanak akan tetapi apa jua yang diingini

oleh kanak-kanak tersebut untuk melangsungkan keperluan di dalam kehidupan

mereka.

Oleh itu, seorang guru perlu memahami aspek pertumbuhan dan perkembangan

kanak-kanak kerana pengetahuan dan kefahaman yang mendalam terhadap proses

pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mampu menjadikan seorang guru

lebih prihatin dengan tugas, memahami setiap perubahan yang dialami murid-murid

dan dapat membantu guru dalam merancang, mengurus dan melaksanakan sesi

pengajaran dan pembelajaran secara berkesan di dalam bilik darjah (Wong Kiet Wah

et al., 2013). Maka, kerja kursus kali ini akan menerangkan tentang analisis

peringkat-peringkat perkembangan kanak-kanak berdasarkan teori perkembangan

kanak-kanak Jean Piaget.

2.0 Konsep Perkembangan Kanak-kanak

Secara amnya, perkembangan dapat didefinisikan sebagai perubahan tingkah laku

yang tersusun dan teratur. Setiap perubahan dalam perkembangan ini akan

membantu individu dalam proses memperolehi kematangan. Menurut Mok Soon

Sang (2006), perkembangan ditakrifkan sebagai suatu proses yang kompleks serta

rumit yang berlaku secara kualitatif iaitu sifat perubahan yang tidak dapat diukur

secara kuantitatif tetapi ternyata perubahan sudah berlaku yang melibatkan sifat

berlainan daripada peringkat terdahulu. Selain itu, menurut Santrock dalam Haliza

Hamzah dan Joy N. Samuel (2008) menyatakan bahawa perkembangan ialah satu

perubahan dalam corak biologi, kognitif dan sosioemosi seseorang individu yang

bermula daripada peringkat percambahan, iaitu semasa proses perkembangan

sehingga ke akhir hayat seseorang individu tersebut. Di samping itu juga

perkembangan ialah satu perubahan yang berlaku dengan merangkumi aspek

1

seperti jasmani, kognitif, emosi, sosial dan rohani yang dipengaruhi oleh faktor baka

iaitu genetik dan persekitaran (Mok Soon Sang, 2008). Oleh itu, perkembangan

dapat disimpulkan sebagai perubahan kualitatif yang tidak dapat diukur atau dikira

secara kuantitatif, tetapi perkembangan ini dapat dilihat daripada sifat baru yang

berlainan daripada sifatnya yang terdahulu. Dengan erti kata lain, perkembangan

boleh juga dianggap sebagai suatu proses yang berlaku untuk seseorang individu

mencapai tahap kematangan, pengukuhan dan kestabilan. Perkembangan ini juga

merupakan perubahan pada struktur, pendapat serta tingkah laku seseorang

individu.

3.0 Konsep Perkembangan Kognitif Kanak-kanak Jean Piaget

Menurut Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2009) menyatakan bahawa kemahiran

kognitif merupakan kebolehan seseorang individu berfikir, memahami, memberi

pendapat dan mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran mereka. Ini

melibatkan aktiviti seperti mengingat, berimaginasi, merancang, menaakul, mencipta,

dan menyelesaikan masalah. Kemahiran kognitif penting untuk seseorang individu

menghadapi kelangsungan hidup. Mok Soon Sang (2009) pula menyatakan maksud

kognitif adalah berkait rapat dengan kognisi, iaitu proses memperolehi ilmu secara

taakulan ataupun pemikiran melalui deria. Maka perkembangan kognitif kanak-kanak

berkait rapat dengan perkembangan otaknya serta interaksi sosial khasnya bersama

rakan sebaya yang lebih berpengalaman. Dengan kata lain, perkembangan kognitif

kanak-kanak adalah bergantung kepada perkembangan otak atau sensori motor iaitu

fizikal serta interaksi dengan orang yang lebih berpengalaman, iaitu perkembangan

sosial. Kesimpulannya, perkembangan kognitif kanak-kanak adalah perkembangan

pemikiran kanak-kanak tersebut dalam berfikir, mengenal, dan membanding beza.

4.0 Teori pembelajaran kognitif yang diutarakan oleh Jean Piaget

Setiap guru perlu mempunyai pengetahuan yang luas dan mendalam tentang aspekaspek

psikologi dan pembelajaran bagi merancang pengajaran dan pembelajaran di

dalam bilik darjah. Namun, sebilangan guru tidak memberi perhatian yang mendalam

tentang aspek teori-teori bagi meningkatkan kualiti pengajaran. Di dalam Teori

Pembelajaran Kognitif Piaget (1970), terkandungnya lima konsep yang asas, iaitu

skema, adaptasi, asimilasi, akomodasi dan keseimbangan yang berkait rapat dengan

pembelajaran kognitif seseorang individu.

Jean Piaget dikenali sebagai bapa psikologi kanak-kanak, psikologi

perkembangan dan kognitif. Kajian-kajian yang dibuat oleh beliau ialah mengenai

2

tingkah laku kanak-kanak yang ditinjau dari aspek struktur, operasi tingkah laku yang

cerdas serta peringkat-peringkat perkembangan berturutan iaitu dari segi

penaakulan, pemikiran dan kematangan intelek. Pendapat beliau dengan mengkaji

kecerdasan kanak-kanak, kita dapat memahami sifat pengetahuan manusia yang

berkembang mengikut peringkat-peringkat tertentu. Piaget menjalankan penyelidikan

berdasarkan pendekatan epistemologi genetik yang mengkaji biologi dan psikologi

perkembangan tingkah laku cergas. Beliau melakukan pemerhatian terhadap anakanaknya

dan kemudian dilakukan kepada kanak-kanak lain. Aspek-aspek yang dikaji

dengan teliti adalah mengenai bahasa, perkembangan moral, taakulan, struktur

kognitif dan intelek kanak-kanak tersebut. Bagi memahami tingkah laku dan

perkembangan kognitif yang diutarakan oleh Piaget, empat konsep utama yang

dicadangkan oleh Piaget dalam penyelidikan tentang proses pembelajaran akan

dibincangkan iaitu:

i) Skema

ii) Asimilasi

iii) Akomodasi

iv) Ekuilibrasi

4.1 Skema

Skema merujuk kepada kebolehan atau pengalaman individu yang diperolehi

serta dipelajari berdasarkan syarat-syarat yang diwarisi bagi melakukan sesuatu

dengan cara yang tertentu. Contohnya, sewaktu dilahirkan, bayi telah

dilengkapkan dengan beberapa gerakan pantulan yang dikenali sebagai skema

seperti gerakan menghisap, memegang, merasa, mencapai, memandang serta

menggerakkan tangan dan kaki. Bagi gerakan memegang, kandungan

skemanya adalah memegang benda yang tidak menyakitkan seperti memegang

jari ibunya. Oleh itu, bayi akan lebih cenderung memegang benda-benda yang

tidak menyakitkan. Skema yang ada pada bayi tersebut akan menentukan

bagaimana bayi itu bertindak balas dengan persekitaran mereka.

Menurut Piaget, skema berubah atau berkembang melalui dua proses

penting yang dinamakan sebagai organisasi dan adaptasi. Organisasi

merupakan sifat dalaman seseorang individu untuk bertindak menyusun atau

mengorganisasikan segala pemerhatian dan pengalaman dalam

persekitarannya. Adaptasi pula merupakan satu situasi di mana wujudnya

3

keseimbangan di antara asimilasi dan akomodasi bagi disesuaikan dengan

persekitaran. Keadaan keseimbangan ini akan wujud apabila kanak-kanak

mempunyai kecenderungan semula jadi untuk mencipta hubungan apa yang

dipelajari oleh mereka dengan kehendak persekitaran. Jean Piaget juga

mendapati bahawa kemampuan mental manusia muncul di tahap tertentu dalam

proses perkembangan yang dilalui. Menurut beliau, perubahan daripada satu

peringkat ke peringkat seterusnya hanya berlaku apabila kanak-kanak terdedah

kepada pengalaman yang relevan dan mencapai tahap kematangan yang

sesuai.

4.2 Asimilasi

Asimilasi merupakan satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi

dengan skema yang sedia ada oleh individu tersebut. Asimilasi berlaku

sepanjang masa kerana manusia sentiasa aktif memproses dan

menginterpretasikan segala maklumat dan peristiwa yang berlaku di

persekitarannya. Contohnya, seorang kanak-kanak yang baru pertama kali

melihat sebiji epal. Oleh itu, kanak-kanak tersebut akan menggunakan skema

memegang iaitu skema yang sedia ada dan sekaligus merasanya. Melaluinya,

kanak-kanak tersebut akan mendapat pengetahuan yang baru baginya

berkenaan "sebiji epal".

4.3 Akomodasi

Akomodasi merupakan suatu proses di mana struktur kognitif mengalami

perubahan. Akomodasi berfungsi apabila skema tidak dapat menyesuaikan

persekitaran baru yang belum lagi berada dalam perolehan kognitif kanak-kanak

tersebut. Jean Piaget menganggap perubahan ini sebagai suatu proses

pembelajaran. Contoh, jika konsep “kereta”, kanak-kanak hanya merujuk kepada

kereta MPV, ia perlu membuat akomodasi bagi mengubah suai skema sedia ada

untuk menerima ciri-ciri SUV dan SAGA sebagai kereta. Apabila kanak-kanak

tersebut menerima maklumat baharu yang membezakan ciri-ciri lori, bas, treler

bukanlah “kereta”, skema baharu telah terbentuk melalui akomodasi ini. Justeru

itu, akomodasi juga merupakan satu cara yang menukarkan konsep lama untuk

disesuaikan dengan maklumat baru.

4

4.4 Ekuilibrasi

Ekuilibrasi atau keseimbangan antara asimilasi dan akomodasi menentukan

interaksi individu dengan persekitaran untuk memahaminya. Keseimbangan

adalah proses mengimbangkan proses penyerapan dan pengubahsuaian.

Misalnya seorang kanak-kanak akan menyerap maklumat baru ke dalam skema

mereka. Sekiranya kanak-kanak tersebut tidak mencapai proses keseimbangan,

maka maklumat itu akan diubahsuai atau mencipta skema yang baru. Proses ini

berlaku secara berterusan bermula dari bayi sehinggalah ke dewasa.

5.0 Peringkat-peringkat Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

Teori Piaget yang amat terkenal ialah mengenai perkembangan kognitif. Menurut

beliau terdapat empat peringkat perkembangan kognitif iaitu:

i) Peringkat Sensori Motor

ii)

Peringkat Praoperasi

iii) Peringkat Operasi Konkrit

iv) Peringkat Operasi Formal

5.1 Peringkat Sensori Motor (Lahir hingga 2 Tahun)

Kanak-kanak pada peringkat ini belum mengetahui sebarang maklmat mengenai

objek yang ada disekelilingnya. Perkembangan kognitif kanak-kanak bermula

pada peringkat ini, iaitu kakak-kanak menggunakan deria motor untuk

berinteraksi dan memahami alam sekitarnya. Bayi yang baru dilahirkan

mempunyai pemahaman berasaskan pergerakan spontan tanpa mempelajarinya

seperti memegang, melihat dan menghisap. Piaget berpendapat bahawa bentuk

pemikiran bayi berdasarkan aktiviti sensori dan motor. Aktiviti sensori

merupakan pengalaman-pengalaman yang dikesan melalui lima deria. Manakala

aktiviti motor pula ialah hasil tindak balas fizikal terhadap objek iaitu pengalaman

semasa bermain. Seterusnya, pada peringkat sensori motor, kanak-kanak yang

baru lahir sehingga mencecah umur dua tahun telah mula mempunyai

keupayaan pengekalan objek (Wong Kiet Wah et al., 2013). Kanak-kanak mula

mendapat tahu bahawa objek yang hilang daripada penglihatannya adalah

masih wujud dan kekal.

5

5.2 Peringkat Praoperasi (2 hingga 7 Tahun)

Pada peringkat ini, kognitif kanak-kanak berkembang apabila mereka

menggunakan skema berasaskan penggunaan bahasa dan menggunakan

simbol untuk mewakili objek disekelilingnya serta masih belum mempunyai

konsep pengekalan dan konsep transformasi. Piaget berpendapat bahawa

pemahaman kanak-kanak pada ketika ini masih lemah sekaligus tidak dapat

menguasai konsep kekekalan yang melibatkan nombor, isipadu dan jisim.

Contohnya, bentuk sesuatu jasad itu berubah, namun kuantiti sesuatu jasad itu

masih kekal sama. Ini kerana pemikiran mereka dipengaruhi oleh apa yang

mereka lihat.

5.3 Peringkat Operasi Konkrit (7 hingga 11 Tahun)

Pada peringkat ini, kanak-kanak tidak begitu egosentrik, pemikiran bersifat

pemusatan semakin berkurangan dan kanak-kanak sudah boleh mengambil kira

sesuatu perkara dari pelbagai segi yang munasabah sekaligus dapat

menyelesaikan masalah yang melibatkan peristiwa atau objek yang konkrit,

memperolehi konsep masa, ruang, sebab-musabab dan dapat menerima

pendapat orang lain. Mereka mulai menguasai proses pengelasan iaitu mampu

mengklasifikasikan sesuatu objek dalam sesuatu kumpulan dan dapat

menguasai proses kebalikan dan akhirnya mengamati proses songsangan tetapi

mereka masih tidak mampu untuk berfikir secara abstrak dan tidak mampu

untuk menyelesaikan masalah yang sukar.

5.4 Peringkat Operasi Formal (12 Tahun hingga Dewasa)

Pada tahap terakhir iaitu operasi formal, remaja mempunyai kebolehan

membuat inferensi mengenai sesuatu kejadian dan menyatakan hipotesis serta

konklusi (Wong Kiet Wah et al., 2013). Pada peringkat ini juga remaja dapat

membentuk penaakulan dan fikiran secara abstrak serta menunjukkan

kemahiran menggunakan hipotesis-hipotesis serta prinsip-prinsip untuk

menyelesaikan masalah abstrak dan konkrit. Peringkat ini merupakan kemuncak

perkembangan kognitif kanak-kanak untuk berfikir secara logik. Selain itu,

apabila mereka mula tertumpu kepada idea dan pemikiran mereka sendiri,

egosentrik mereka mula muncul. Justeru itu, mereka sudah mula susah untuk

menerima pendapat orang lain.

6

6.0 Pandangan pakar mengenai Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget

Kajian pakar-pakar pendidik menyatakan kanak-kanak sebenarnya mempunyai daya

intelek dan kecerdasan yang rendah sekaligus kurang berkebolehan menerima

pendidikan biasa. Bagi membantu mereka dalam mengatasi masalah pembelajaran,

program pemulihan merupakan suatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang

berkesan. Seperti mana yang kita ketahui, murid-murid di dalam sesebuah kelas

mempunyai intelek, jasmani, rohani, emosi, pengalaman, minat dan bakat yang

berbeza. Oleh itu, berdasarkan temu bual penulis bersama Puan Vennila yang

mengatakan bahawa guru perlu menggunakan bahan bantu mengajar yang konkrit

bagi meningkatkan perkembangan kognitif murid. Pengalaman pembelajaran yang

pelbagai dapat disediakan oleh guru supaya dapat melatih murid-murid bagi

membolehkan mereka berfikir dan mengingat pengalaman yang mereka telah lalui.

Bahan-bahan konkrit mestilah mempunyai ciri-ciri yang dapat menarik minat dan

perhatian kanak-kanak. Penggunaan bahan-bahan yang ada di persekitaran kanakkanak

tersebut juga dapat membantu kanak-kanak bagi mengaitkannya dengan

pengetahuan yang sedia ada. Piaget juga berpendapat bahawa perubahan dari satu

peringkat ke peringkat seterusnya menyebabkan kanak-kanak akan mencapai tahap

kematangan yang sesuai dengannya. Hal ini kerana kanak-kanak tersebut telah

terdedah dengan pelbagai jenis pengalaman yang relevan.

Guru juga perlu sentiasa menggunakan bahan bantu mengajar yang konkrit

pada setiap peringkat umur kanak-kanak terutamanya pada peringkat pra operasi

iaitu sewaktu mereka mula mempelajari kemahiran baru. Segala arahan dan

pembentangan haruslah ringkas dan tersusun supaya mereka mudah memahami

dan menerima apa yang guru kehendaki sebagaimana yang dilakukan pada ujian

Piaget. Seterusnya, aplikasikan segala pengalaman yang dilalui murid-murid sebagai

contoh dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Melalui ujian-ujian

seperti yang telah dijalankan, Piaget juga menyatakan bahawa guru perlu memberi

peluang kepada pelajar yang berumur 7 hingga 11 tahun untuk memanipulasi dan

menguji objek-objek yang diajar. Soalan-soalan berbentuk penyelesaian masalah

hendaklah diperkenalkan supaya mereka lebih berfikiran analitik dan logik.

Berdasarkan temu bual penulis bersama Puan Sharifah Hanim yang mengatakan

bahawa guru perlulah mengemukakan konsep-konsep yang luas kepada kanakkanak

di peringkat operasi formal supaya mereka tidak terikat dengan fakta-fakta

sahaja. Apabila perkembangan peringkat murid-murid semakin bertambah, guru

hendaklah memberikan peluang kepada mereka bagi menyelesaikan masalah.

7

Di samping itu, guru juga perlu memberikan peluang kepada pelajar-pelajar

untuk memanipulasi dan menguji objek-objek yang diajar. Selain itu, kanak-kanak ini

juga perlu diberi bimbingan untuk berfikir secara kritis dan kreatif. Guru perlu

membiarkan mereka untuk mencuba sendiri kemahiran yang dipelajari. Contohnya,

membuat eksperimen dalam subjek sains seperti mengkaji keperluan cahaya

matahari untuk tumbuhan menjalani proses fotosintesis. Semasa pembentangan dan

pembacaan pastikan ia ringkas dan tersusun supaya dapat meningkatkan

keupayaan berbahasa. Para guru juga perlu memberikan peluang kepada kanakkanak

bagi meluahkan idea. Misalnya, memulakan pembacaan isi buku yang mudah

seterusnya beransur kepada yang lebih kompleks sekaligus memberikan kebebasan

untuk kanak-kanak memberi pandangan dan bimbing mereka untuk membentangkan

idea kepada langkah yang lebih mudah.

Selain itu, berdasarkan temu bual penulis bersama Puan Vennila yang

mengatakan bahawa guru haruslah menggunakan contoh-contoh yang sesuai dan

berkaitan dengan pengalaman pelajar bagi mengajar perkara-perkara yang lebih

kompleks iaitu kaitkan pengalaman mereka seperti program televisyen yang mereka

gemari atau pengalaman seharian dalam pengajaran. Dengan itu, dapat membantu

kanak-kanak untuk memahami perkara yang lebih kompleks. Mereka juga perlu

diperkenalkan dengan soalan-soalan yang berbentuk penyelesaian masalah yang

memerlukan pemikiran logik dan analitik. Oleh itu, para guru perlu menunjukkan jalan

penyelesaian mengikut langkah-langkah yang sistematik dan mudah. Jelaslah

bahawa teori perkembangan kognitif yang diutarakan oleh Jean Piaget banyak

memberi kebaikan kepada guru dan murid. Dengan itu, guru dapat membantu

meningkatkan perkembangan kognitif murid-murid bagi melahirkan insan yang

seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

7.0 Kesimpulan

Perkembangan adalah aspek perubahan yang dialami seseorang individu dan

bersifat kualitatif namun jelas berubah melalui peredaran masa. Tingkah laku

seseorang juga akan berubah berlaku secara berterusan mengikut keadaan di

persekitarannya dan mengikut peringkat-peringkat kematangan. Baka dan juga

persekitaran merupakan faktor yang mempengaruhi perkembangan seseorang

individu. Baka menentukan had perkembangan manakala persekitaran akan

membantu individu bagi mencapai tahap perkembangan yang maksimum. Corak

perkembangan berbeza di mana semua kanak-kanak mencapai titik perkembangan

pada umur yang sama. Perkembangan berlaku mengikut peringkat iaitu pada

8

peringkat belum lahir, bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan seterusnya. Oleh itu,

pertumbuhan dan perkembangan kognitif kanak-kanak sememangnya harus diberi

tumpuan utama kerana kanak-kanak pada peringkat ini mudah menerima dan

menginterpretasikan sesuatu perkara dengan cepat.

Justeru itu, ibu bapa dan guru merupakan orang yang paling dekat dengan

kanak-kanak dan seharusnya membimbing mereka bagi membantu mereka

meningkatkan lagi perkembangan kognitif dan pemikiran mereka. Oleh itu, bagi

memastikan kesinambungan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak,

persekitaran yang positif amatlah penting untuk melahirkan modal insan yang

cemerlang, gemilang dan terbilang. Maka, guru haruslah sentiasa bersedia dan

membuat perancangan yang teliti dan tersusun terutamanya dalam menyediakan

bahan yang ingin digunakan untuk sesuatu aktiviti kerana perancangan yang baik

dapat membantu kelancaran pengajaran dan pembelajaran.

9

8.0 Rujukan

Abdul Shukor Hashim, Badrul Isa, Khairezan Rahmat & Zuraimi Zakaria. (2011).

Perkembangan Kanak-kanak. Selangor: Meteor Doc Sdn. Bhd.

Haliza Hamzah & Joy N. Samuel. (2008). Perkembangan Kanak-kanak. Selangor:

Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Haliza Hamzah & Joy N. Samuel. (2009). Perkembangan Kanak-Kanak. Selangor:

Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Johanes Bulot. (2015). Kanak-kanak dan perkembangan. Keningau: Penerbitan PTS.

Kamus Dewan. (2016). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Edisi Pelajar. (2016). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mahmood Nazar Mohamed. (2005). Pengantar Psikologi: Satu Pengenalan kepada

Jiwa dan Tingkah Laku Manusia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Mohd Sharani Ahmad. (2006). Psikologi Kanak-kanak: Cara mudah memahami

psikologi bayi dan kanak-kanak. Selangor: PTS Publications.

Mok Soon Sang. (2006). Ilmu Pendidikan untuk KPLI (Sekolah Rendah: Komponen 1

& 2) Pendidikan dan Pedagogi. Selangor: Kumpulan Budiman.

Mok Soon Sang. (2008). Psikologi pendidikan untuk pengajaran dan pembelajaran.

Selangor: Penerbitan Multimedia.

Mok Soon Sang. (2009). Educational Psychology & Pedagogy: Learner and Learning

Environment. Selangor: Penerbitan Multimedia.

Mok Soon Sang. (2012). Perkembangan kanak-kanak. Ipoh, Perak: Penerbitan

Multimedia.

Pangrazi, D. d. (1983). Dynamic Physical Education for Elementary School Children.

Lexington: Pedometer Power.

Santrock J. W. (2008). Educational Psychology (3rd ed.). Bostom: McGrawHill.

Santrock J. W. (2014). Child Development. New York: McGraw Hill.

10

Wong Kiet Wah (Editor), Khairuddin Mohamad, Maridah Alias, Rashinawati Abd

Rashid & Azlina Ahmad. (2013). Perkembangan Kanak-kanak. Selangor:

Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Wong Kie Wah, Mohamad Isa Azis & Rafidah Ruhani. (2016). Perkembangan

Kanak-kanak. Shah Alam, Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

11

9.0 Lampiran

Bil. Soalan Jawapan

1 Apakah kebaikan

penggunaan teori

perkembangan kognitif Jean

Piaget dalam proses

pengajaran dan

pembelajaran di dalam bilik

darjah?

2 Bagaimanakah kanak-kanak

mengamal atau

mempraktikkan diri dengan

empat konsep utama teori

pembelajaran kognitif yang

diutarakan oleh Jean Piaget?

3 Bagaimanakah cara bagi

meningkatkan kognitif kanakkanak?

Membolehkan guru mengetahui bahawa kanakkanak

memerlukan interaksi sosial yang aktif

supaya proses pembelajaran mereka cepat dan

berkesan. Oleh itu, aktiviti perbincangan boleh

kerap dijalankan di bilik darjah agar murid-murid

dapat berinteraksi sesama mereka dan sekaligus

mengeluarkan buah fikiran yang berlainan. Apabila

wujud perbezaan pendapat, ini dapat membuatkan

mereka berfikir mana satu adalah lebih tepat dan

benar sekaligus pemikiran mereka menjadi lebih

tajam. Murid yang lebih pandai dan cepat

menguasai akan memberikan tunjuk ajar kepada

rakan yang lemah.

Melalui komunikasi. Komunikasi merupakan

langkah bagi kanak-kanak berkongsi idea. Proses

komunikasi ini melibatkan aktiviti mendengar,

membaca dan berfikir secara langsung membantu

mengembangkan kemahiran intelektual kanakkanak.

Corak komunikasi atau interaksi yang biasa

dilihat adalah seperti interaksi guru dengan murid,

murid dengan murid, dan murid dengan bahan di

sekelilingnya. Aktiviti juga dapat dilaksanakan

sama ada secara lisan atau bertulis. Dengan

melalui komunikasi, kanak-kanak dapat

membentuk keyakinan dalam diri, melatih mereka

menjadi pendengar yang aktif , membina

kefahaman dengan lebih mendalam dan menjana

minda untuk mengaitkan idea-idea baru dengan

kehidupan seharian.

Guru boleh memberi tugasan dan membuat

pemerhatian serta merekodkan bagaimana kanakkanak

itu melakukan tugasan, mengemukakan dan

12

menggunakan cadangan-cadangan bagi

menyelesaikan masalah. Betul atau salah bukan

perkara yang penting tetapi bagaimana kanakkanak

mendapat jawapan adalah penting.

Biasanya mereka akan bermula dengan betul

tetapi tersasar pada pertengahan masalah.

4 Adakah melalui sesi soal

jawab antara guru dengan

murid dapat menilai kognitif

kanak-kanak tersebut?

Semasa kanak-kanak sedang meneroka bahan,

guru boleh secara informal membuat komen atau

bertanyakan soalan tentang aktiviti yang dilakukan

dengan tujuan untuk mengenalpasti apa yang

mereka sedang fikirkan. Contoh soalan iaitu:

- Boleh tunjukkan saya cara yang lain?

- Tolong fahamkan saya.

- Kenapa kamu lakukan begini?

- Apa lagi yang kamu tahu?

- Bagaimana kamu tahu apa yang akan dilakukan

selepas ini?

- Apa yang kamu fikir apabila kamu…?

Jadual 1.0: Soalan dan jawapan temu bual bersama pakar kanak-kanak

13

Gambar 1.0: Temu bual bersama Puan Vennila a/p Veerappan, pensyarah

di IPG Kampus Bahasa Melayu

Gambar 2.0: Temu bual bersama Puan Sharifah Hanim Binti Syed Akbar,

pensyarah di IPG Kampus Bahasa Melayu

14

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!