18.09.2019 Views

Course template-converted

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

MAHABBAH RASUL

Mula Membaca

BAB

01

Batang Tamar Sebagai

Mimbar

02 Tangisan Ketika Khutbah

03

04

05

Lembutnya Pujukan

Rasulullah SAW

Berhentinya Tangisan dan

Rintihan

Tertanamnya Batang Tamar Sebelah

Mimbar

Muqaddimah

Kisah ini sangat menyentuh hati

tatkala membacanya. Betapa hina

nya rasa diri ini. Pokok Tamar

yang begitu dekat dengan

Rasulullah juga menangis kerana

sangat merindui baginda.

Bagaimana pula dengan kita ini?

Umat Nabi yang sangat di

rindukan baginda.

BAB 1

Batang Tamar Sebagai Mimbar

Diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah bahawa pada masa itu masjid

ﷺ beratapﷺ pelepah pokok tamar @ kurma. Jika Rasulullah Rasulullah

berkhutbah, baginda berdiri di atas salah satu batang pokok tamar. Oleh

kerana jumlah umat Islam bertambah ramai, maka dicadangkan dibina

mimbar agar jemaah majlis yang berada di belakang dapat melihat

Rasulullah ﷺ ketika berkhutbah.

Cadangan Saidina Abu Bakar As-Sidiq ra supaya dibina mimbar

yang baru diterima Rasullulah. ﷺ lalu para sahabat pun membuat

mimbar daripada kayu yang mempunyai 3 anak mata tangga.

BAB 2

Tangisan Ketika Khutbah

Apabila mimbar yang baru itu siap, Rasulullah ﷺ pun mula memberikan

khutbah di atas mimbar baru tersebut, malah Nabi merasa selesa dengan

mimbar yang baru itu lalu tidak menggunakan lagi batang tamar yang sering

Baginda gunakan sebelum ini.

Namun, ketika Rasullullah menggunakanﷺ mimbar baru itu, kedengaran

suara rintihan seperti tangisan unta kehilangan anak yang semakin lama semakin

kuat hingga menggoncangkan tanah yang terus bergetar sehingga para sahabat

pun bertanya-tanya.

Rupa-rupanya, suara tangisan sedih itu datangnya daripada batang pokok

ﷺ . Rasullullah tamar usang yang dulunya sering kali digunakan oleh

BAB 3

Lembutnya Pujukan Rasulullah SAW

Rasulullah ﷺ tersenyum. Lalu Baginda turun daripada mimbar dan

menghampiri pokok tamar yang tidak jauh dari mimbar tersebut.

Rasulullah meletakkanﷺ tangan pada batang pokok tamar dan

mengusap-usap dengan perlahan-lahan.

Rasulullah ﷺ berkata pada pokok tamar itu: “Jika engkau mahu, aku akan

jadikan engkau dinding masjid ini, akarmu tumbuh lagi, tubuhmu hidup

lagi dan engkau berbuah lagi. Atau jika engkau mahu, aku akan berdoa

kepada Allah SWT agar engkau akan menjadi pokok di syurga, supaya

para wali Allah dapat memakan buah-buahmu.”

BAB 4

Berhentinya Tangisan dan Rintihan

Batang tamar itu menjawab: “Saya memilih untuk ditanam

ke dalam tanah dan akan tumbuh di syurga supaya wali-wali Allah

dapat memakan buahku dan saya berada di tempat dimana di

dalamnya saya kekal.”

Lalu goncangan tanah dan suara rintihan pun berhenti.

Rasulullah kemudianﷺ kembali pada mimbar dan menyampaikan

kejadian tersebut kepada para sahabatnya. Rasulullah ‏:‏berkataﷺ

“Ia (pokok kurma) memilih negeri yang kekal berbanding negeri

yang fana ini!”

BAB 5

Tertanamnya Batang Tamar Sebelah Mimbar

Rasulullah kemudianﷺ menyuruh supaya ditanamkan

batang pokok tamar itu berhampiran mimbar dan mengatakan

bahawa ia akan dibangkitkan di dalam syurga.

Jabir RA berkata, “Pokok kurma itu juga menangis apabila ia

mendengar orang berzikir atau mendengar bacaan al-Quran

dekatnya.” (Hadis Riwayat Bukhari).

Pengajaran Kisah

Inilah kisah batang kering dari pohon tamar yang menangis

kerana sangat rindukan Rasulullah

Begituﷺ kasih, cinta dan .

rindunya sebatang pohon tamar ini kepada Rasulullah ﷺ hanya

kerana Rasulullah ﷺ beralih mimbar untuk berkhutbah.

Allahhuakbar!

Hasan al-Basri apabila meriwayatkan kisah ini, beliau pun

menangis dan berkata; “Wahai hamba Allah! Batang tamar pun

rindu kepada Rasulullah , ﷺ maka kamu semua lebih utama untuk

merasa rindu bertemu dengan Rasulullah

ﷺ .”

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!