22.09.2019 Views

MEMBACA: MOTIVASI & KAEDAH - Zaini Ujang

MEMBACA: MOTIVASI & KAEDAH - Zaini Ujang

MEMBACA: MOTIVASI & KAEDAH - Zaini Ujang

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

pertama diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW ialah “Iqra” - bacalah!

Dalam kata lain, membaca adalah arahan pertama dalam sirah. Kita diarah

mempelajari ilmu dan memahami hakikat Yang Maha Mengetahui. Guru-guru

agama sering berpesan bahawa membaca adalah tuntutan

agama dan ia wajib ditunaikan untuk menjadi

manusia berilmu lagi bertakwa.

Membaca membolehkan kita

memahami ilmu. Membaca juga

- bukan hanya kitab suci al-Quran

- membuka pintu hati untuk

kita menerima hidayah serta

rahmat-Nya. Membaca juga

membantu kita berfikir lebih

tenang, mendalam dan proaktif.

Membaca mendekatkan kita

kepada kebenaran, ketulusan

dan keabadian. Membaca juga

mengkhayalkan, malah boleh

menenggelamkan kita dalam samudera

serta wacana sesuatu mauduk. Selain

itu, membaca juga menghiburkan, malah

membahagia dan memberi ketenangan.

Membaca membolehkan kita mencari jawapan kepada

pelbagai persoalan penting dalam hidup. Membaca bagi saya bukan hanya

sekadar menyediakan kita untuk lulus belajar, memenuhi tuntutan kerjaya atau

pasrah kepada desakan persekitaran yang memerlukan kita membaca untuk

memahami sesuatu arahan, tetapi ia sebaliknya turut berfungsi membantu kita

mencapai hakikat keinsanan. Hakikatnya, membaca jauh melebihi sekadar

keperluan utilitarian yang ketara habuan jangka pendeknya.

Ketika Membaca

BANDAR BARU BANGI | 28 RAMADAN 1440 | 2 JUN 2019

Ketika kejahilan, membaca mengajarkan.

Ketika kealpaan, membaca mengingatkan.

Ketika kesepian, membaca menemankan.

Ketika kesakitan, membaca menyembuhkan.

Ketika kesedihan, membaca menceriakan.

Ketika kebuntuan, membaca menunjuk arah.

Ketika keriangan, membaca menggalak syukur.

Ketika kejayaan, membaca menganjur tasbih!

Membaca membebaskan kita daripada kongkongan masa dan suasana.

Membaca membebaskan minda daripada kejumudan. Membaca meringankan

beban kehidupan. Membaca meluaskan ufuk kefahaman, malah membuka segala

macam kesempatan dan peluang baharu untuk berjaya dalam pelbagai bidang

kehidupan. Membaca juga selain itu, menyegarkan minda serta jiwa yang kelesuan.

MEMBACA | MOTIVASI & KAEDAH

vii

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!