22.09.2019 Views

MEMBACA: MOTIVASI & KAEDAH - Zaini Ujang

MEMBACA: MOTIVASI & KAEDAH - Zaini Ujang

MEMBACA: MOTIVASI & KAEDAH - Zaini Ujang

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

MEMBACA

MOTIVASI & KAEDAH

ZAINI UJANG

MEMBACA

MOTIVASI & KAEDAH

ZAINI UJANG

Kuala Lumpur

2019

Dengan Bismillah kita mulakan

membuka lembaran

membaca baris-baris ayat

memahami maksud

mentafsir makna

mengulang bacaan

menghayati pengertian

mengamalkan ajaran

memperbaik amalan

mempertingkat istiqamah

mendamba hikmah

mengharap petunjuk

memohon makrifah

Bismillah

dengan menyebut nama Allah

Yang Maha Pengasih lagi

Maha Penyayang!

BANDAR BARU BANGI

30 RAMADAN 1440 | 4 MEI 2019

PENDAHULUAN

EDISI KETIGA

I

Saya mengucapkan setinggi-tinggi syukur setulusnya kepada Allah SWT

kerana sejak diterbitkan, buku MEMBACA: Motivasi & Kaedah mendapat

sambutan meluas daripada pelbagai lapisan masyarakat seluruh

negara. Bermula dengan edisi pertama pada 1993 sebelum menyusul edisi

kedua pada 1995, buku ini beberapa kali diulang cetak sehingga jumlah terjual

keseluruhannya mencapai angka melebihi 15,000 naskhah. Berdasarkan reaksi

ini, ia secara tidak langsung menggambarkan sambutan dan keinginan khalayak

pembaca untuk sentiasa diperingatkan tentang pentingnya amalan membaca,

sekali gus memanfaatkan penjelasan berkaitan pelbagai kaedah pembacaan.

Buku edisi pertama dan kedua juga barangkali telah sedikit sebanyak

mencetuskan keinginan mendalam kepada khalayak pembaca untuk sekurangkurangnya

menghargai tabiat membaca, sekali gus menjadikan ia sebagai

antara keperluan hidup, melangkaui kewajiban melaksanakannya hanya

untuk tujuan peperiksaan atau memenuhi keperluan rasmi dan kewajipan

berkaitan kerjaya. Dalam pelbagai majlis rasmi dan pertemuan santai, saya

sering dipertemukan dengan khalayak pembaca bagi dua buku edisi awal

ini. Kebanyakannya mengucapkan tahniah dan berkongsi impak positif buku

tersebut kepada tabiat dan tahap pembacaan mereka. Selain itu, ramai

memberi dorongan supaya edisi ini dikemas kini dan diterbit semula dengan

MEMBACA | MOTIVASI & KAEDAH

v

wajah baharu untuk bacaan mereka dan generasi hari ini yang kelihatan agak

pudar minat terhadap amalan menjadikan membaca sebagai resam hidup,

khususnya membabitkan bahan berkualiti, ilmiah dan serius.

Justeru, syukur kepada Allah SWT apabila penerbitan edisi ketiga ini dapat

diusahakan ITBM, agensi khusus milik penuh kerajaan Malaysia yang sentiasa

peka terhadap usaha memajukan budaya membaca dan industri buku negara.

II

Membaca adalah kegiatan paling saya gemari sejak dari bangku sekolah.

Membaca bagi saya melebihi tuntutan pendidikan mahupun kerjaya. Membaca

berkait tabiat serta gaya hidup, dan kedua-duanya harus bermula dengan

dorongan serta keinginan berterusan untuk sentiasa mengetahui sesuatu yang

baharu, atau menyegarkan semula idea mahupun pengetahuan mengenai

sesuatu mauduk yang pernah dibaca atau dipelajari. Selain keinginan, kita

perlu mempunyai minat terhadap buku serta pelbagai bahan bacaan, dan

minat ini dalam kata lain, umpama daya penarik yang membolehkan kita

berasa gembira, ceria dan bahagia setiap kali membaca, berdampingan

dengan khalayak pembaca, atau berada dalam persekitaran buku seperti

perpustakaan, kedai buku, sudut membaca atau portal buku.

Keinginan dan minat membaca ini ada sandarannya. Saya masih ingat

kuliah tafsir guru-guru agama ketika masih kecil, yang menyebut bahawa ayat

vi

MEMBACA | MOTIVASI & KAEDAH

pertama diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW ialah “Iqra” - bacalah!

Dalam kata lain, membaca adalah arahan pertama dalam sirah. Kita diarah

mempelajari ilmu dan memahami hakikat Yang Maha Mengetahui. Guru-guru

agama sering berpesan bahawa membaca adalah tuntutan

agama dan ia wajib ditunaikan untuk menjadi

manusia berilmu lagi bertakwa.

Membaca membolehkan kita

memahami ilmu. Membaca juga

- bukan hanya kitab suci al-Quran

- membuka pintu hati untuk

kita menerima hidayah serta

rahmat-Nya. Membaca juga

membantu kita berfikir lebih

tenang, mendalam dan proaktif.

Membaca mendekatkan kita

kepada kebenaran, ketulusan

dan keabadian. Membaca juga

mengkhayalkan, malah boleh

menenggelamkan kita dalam samudera

serta wacana sesuatu mauduk. Selain

itu, membaca juga menghiburkan, malah

membahagia dan memberi ketenangan.

Membaca membolehkan kita mencari jawapan kepada

pelbagai persoalan penting dalam hidup. Membaca bagi saya bukan hanya

sekadar menyediakan kita untuk lulus belajar, memenuhi tuntutan kerjaya atau

pasrah kepada desakan persekitaran yang memerlukan kita membaca untuk

memahami sesuatu arahan, tetapi ia sebaliknya turut berfungsi membantu kita

mencapai hakikat keinsanan. Hakikatnya, membaca jauh melebihi sekadar

keperluan utilitarian yang ketara habuan jangka pendeknya.

Ketika Membaca

BANDAR BARU BANGI | 28 RAMADAN 1440 | 2 JUN 2019

Ketika kejahilan, membaca mengajarkan.

Ketika kealpaan, membaca mengingatkan.

Ketika kesepian, membaca menemankan.

Ketika kesakitan, membaca menyembuhkan.

Ketika kesedihan, membaca menceriakan.

Ketika kebuntuan, membaca menunjuk arah.

Ketika keriangan, membaca menggalak syukur.

Ketika kejayaan, membaca menganjur tasbih!

Membaca membebaskan kita daripada kongkongan masa dan suasana.

Membaca membebaskan minda daripada kejumudan. Membaca meringankan

beban kehidupan. Membaca meluaskan ufuk kefahaman, malah membuka segala

macam kesempatan dan peluang baharu untuk berjaya dalam pelbagai bidang

kehidupan. Membaca juga selain itu, menyegarkan minda serta jiwa yang kelesuan.

MEMBACA | MOTIVASI & KAEDAH

vii

Berbanding kegiatan sukan, sosial, hiburan dan pelbagai keramaian lain,

membaca menjadi pilihan dan keutamaan saya. Lebih tepat, membaca adalah

keghairahan saya sejak dari bangku sekolah. Ibu dan ayah sering menasihatkan

saya supaya banyak membaca. Demikian juga guru-guru di sekolah. Sering

kali, hujung minggu dan waktu cuti akan saya habiskan dengan membaca dari

awal pagi sehingga larut malam, hanya untuk memahami sesuatu perkara yang

menarik perhatian saya ketika itu. Tidak pun, saya akan menghabiskan novel

istimewa yang kebiasaannya melekakan. Realitinya, membaca membolehkan

saya mendalami pelbagai disiplin ilmu dan ini dibuat menggunakan pelbagai

kaedah pembacaan yang sesuai.

Membaca secara serius memerlukan bahan yang sesuai dan terpilih. Hal

ini penting difahami untuk membolehkan masa digunakan sebaiknya untuk

membaca, sekali gus dimanfaatkan. Bahan bacaan terpilih mempunyai kualiti

dan kepentingannya dalam konteks tertentu. Kebiasaannya, pengetahuan

saya mengenai bahan-bahan tersebut diperolehi hasil saranan rakan-rakan

pembaca dalam kalangan sarjana, penulis dan pembaca tegar. Selain itu, ada juga

sebahagiannya yang saya temui sendiri berdasarkan bacaan atau carian di Internet,

dan ini akan saya maklumkan kepada khalayak pembaca menerusi pelbagai

medium, antaranya syarahan dan media sosial, berdasarkan lima ciri berikut:

2 1 3

5 4

Kewibawaan pengarang.

Perbahasan atau isi kandungan yang bermutu.

Penerbit, majalah, atau jurnal yang mempunyai reputasi.

Kepentingan bahan bacaan dalam konteks tertentu.

Komentar khalayak pengarang atau sarjana bahan bacaan tersebut.

Sebaiknya jika mampu, bahan bacaan bermutu ini perlu kita miliki sebagai

koleksi peribadi, dan ini termasuk koleksi maya. Memiliki bahan bacaan sebagai

koleksi peribadi memudahkan kita membacanya pada masa yang sesuai, boleh

dibaca berulang kali tanpa had masa, selain boleh dibuat tandaan pada fakta

yang penting. Tambahan, kita juga boleh merujuknya semula apabila diperlukan,

tanpa perlu bersusah payah meminjam daripada perpustakaan atau kenalan.

Koleksi peribadi ini pada hemat saya, adalah ‘harta’ paling berharga bagi seorang

pembaca tegar. Nilainya tiada tolok bandingan, tidak boleh dijual beli, malah

viii

MEMBACA | MOTIVASI & KAEDAH

tiada galang pengganti. Ini kerana warna-warni dan kepelbagaian bahan bacaan

hakikatnya menyerlahkan keperibadian, kematangan dan kesarjanaan pemiliknya.

Secara amnya, semua pembaca serius yang saya kenali mempunyai

perpustakaan atau koleksi peribadi masing-masing, sama ada di rumah atau di

tempat kerja, dan kecenderungan ini tidak terhad kepada jenis kerjaya atau keahlian,

baik dalam bidang akademik, kesarjanaan, penyelidikan mahupun penulisan.

Perpustakaan peribadi ibarat manifestasi terhadap iltizam dan keinginan

kita untuk memiliki dan membaca bahan bacaan secara terarah dan teratur.

Perpustakaan peribadi adalah tempat kita manfaatkan masa sebagai markas

ilmu, tempat membaca dan wadah berwacana. Perpustakaan peribadi adalah

penggerak usaha untuk memajukan diri mendampingi pelbagai disiplin ilmu,

dan memahami hakikat ilmu serta keilmuan setulusnya. Perpustakaan peribadi

merupakan taman ilmu yang membahagiakan, merangsang minda dan

mewarnakan citra. Perpustakaan peribadi juga adalah penyerlahan diri dan

keperibadian individu.

Untuk memiliki perpustakaan atau koleksi peribadi, kita perlu membeli buku

secara berterusan, tanpa mengira jadual gaji atau perolehan biasiswa dan elaun

khas. Ini kerana berdasarkan pengalaman, peluang mendapatkan bahan bacaan

menarik kebiasaannya datang tanpa dirancang. Ketika berjanji temu makan malam

di sebuah restoran misalnya, tiba-tiba kita mungkin ternampak kewujudan sebuah

kedai buku di kawasan berdekatan. Sebaik masuk, kelihatan beberapa judul baharu

oleh pengarang ternama yang serasi dengan selera kesarjanaan atau kreativiti kita,

MEMBACA | MOTIVASI & KAEDAH

ix

sekali gus membangkitkan dorongan untuk kita membeli. Ada ketika, ia mungkin

dicadangkan oleh rakan taulan, atau pada waktu tertentu, diketahui daripada

Makna

Perpustakaan

BANDAR BARU BANGI | 3 MAC 2019

Perpustakaan bukan gudang simpanan kertas,

bukan tempat pengumpulan buku usang yang

tidak terbacakan.

Perpustakaan adalah pemukiman pencinta

ilmu dan mahligai sarjana,

penyegaran minda dan penyuburan citra.

Perpustakaan adalah kedamaian jiwa,

kemurnian hikmah dan keabadian jasa.

Perpustakaan adalah tentang cinta dan harga

sesebuah nusa dan bangsa,

tentang tinta dan warna sesebuah warga

dan negara!

senarai rujukan apabila membaca bahan-bahan yang

berkaitan. Dalam keadaan yang demikian, kita

tidak boleh membuang waktu, sebaliknya

perlu merebut peluang membelinya

secepat mungkin, baik menerusi

pembelian di kedai atau portal

buku bagi membolehkan ia

dibaca segera dan sepuasnya.

Membeli buku banyak

manfaatnya. Membeli buku

umpama membeli bahan

dan sumur ilmu, malah

membeli buku juga seolah-olah

mendampingi pengarangnya

secara intim dan peribadi!

Pelaburan menerusi pembelian

bahan bacaan khususnya buku

mendatangkan pulangan jauh lebih

lumayan dari aspek kepelbagaian sumber ilmu,

penyegaran minda, kekinian maklumat, kecanggihan kemahiran dan keyakinan

untuk terus melangkah maju ke hadapan. Mereka yang sanggup melaburkan

wang untuk mendapatkan bahan bacaan segar dan bermutu adalah pelabur

bijak yang bakal mendapat pulangan lumayan dari aspek kesarjanaan,

kebendaan, kemuliaan dan kebestarian.

Justeru, keinginan atau tabiat membeli buku perlu sentiasa dipupuk, dan

proses ini kebiasaannya mengambil waktu. Sering juga tabiat membeli buku

dipengaruhi oleh rakan taulan dalam khalayak pembaca menerusi pergaulan harian

atau tempias keanggotaan kelab buku. Ramai pengarang, sarjana dan pembaca

tegar yang sanggup melaburkan sejumlah besar wang mereka, semata-mata

untuk memastikan senarai bahan bacaan terkini dan berimpak tinggi berada dalam

koleksi perpustakaan peribadi masing-masing. Adakala, tidak keterlaluan untuk

mengatakan bahawa tabiat membeli buku dalam kalangan pembaca tegar boleh

x

MEMBACA | MOTIVASI & KAEDAH

mandarah daging sehingga menjadi ‘penyakit kronik’ yang sukar disembuhkan.

Membeli buku ibarat sudah menjadi keperluan asasi, malah keinginan itu

adakala meluap-luap seperti orang ketagihan candu, terutama apabila mereka

dimaklumkan mengenai penerbitan bahan bacaan baharu!

Membeli buku membolehkan seseorang pembaca menjadi pemilik harta

dan kekayaan baharu, dengan syarat buku tersebut boleh dibaca dan

difahami seadanya. Membeli buku tidak akan merugikan. Membeli buku ibarat

mencarum dalam pelaburan menguntungkan. Membeli

buku akan mendatangkan hasil jangka pendek

dan jangka panjang, malah membeli buku

diumpamakan membeli wawasan, Belilah Buku II

gagasan dan harapan baharu!

BANDAR BARU BANGI | 1 MEI 2019

Adakala, saya membeli

Belilah buku

berpuluh buku dalam disiplin

untuk tidak rugi

untuk tidak ketinggalan.

khusus, semata-mata untuk

Belilah buku

memastikan saya mengetahui

untuk memantap minda

kepelbagaian sudut dalam

untuk memperluas fikiran

untuk menyeri wajah

perspektif berlainan.

untuk menyempurna akhlak.

Ini sesuai dengan latar

Belilah buku

pendidikan, keperluan kerjaya

untuk menghayati budaya ilmu

untuk membudaya tabiat membaca

dan minat saya dalam bidang

untuk menelaah pelbagai bidang

untuk memajukan industri perbukuan.

akademik dan profesional.

Biasanya, saya menetapkan

Belilah buku

untuk merekayasa tradisi ilmu

beberapa disiplin ilmu yang

yang seutuhnya supaya terbina

bangsa bermaruah,

ingin saya ketahui, sesuai dengan

negara cemerlang dan

tugasan rasmi atau minat baharu yang

peradaban gemilang!

selari perkembangan semasa. Sebagai

contoh, saya membeli lebih 30 buku berkaitan

perpustakaan dan rekaan rak buku untuk

mendapat inspirasi cara menyusun koleksi

buku saya dengan lebih kemas, teratur dan

menarik. Secara tidak langsung, buku-buku

berkaitan perpustakaan dan rekaan rak buku

ini membolehkan saya memberi khidmat

MEMBACA | MOTIVASI & KAEDAH

xi

nasihat kepada rakan taulan yang sering bertanya perihal kaedah untuk

menyimpan koleksi bahan bacaan mereka, baik di rumah mahupun di pejabat.

Pada masa sama, saya juga mempunyai keghairahan yang tinggi untuk

membeli dan menyimpan koleksi bahan bacaan dalam bidang dasar dan

kecemerlangan pendidikan tinggi, khususnya berkaitan kerangka kewangan,

tadbir urus institusi dan falsafah ilmu. Demikian juga bidang falsafah, dasar,

tadbir urus, perniagaan dan kejuruteraan alam sekitar.

Saya sering mencari dan meluangkan masa mendampingi pelbagai sumber

ilmu dan bahan bacaan, terutama kedai serta portal maya buku dan perpustakaan.

Hampir pada setiap minggu, saya akan memberi keutamaan membeli-belah di

pasar raya yang mempunyai kemudahan kedai buku istimewa, bagi membolehkan

saya sekurang-kurangnya menjenguk, membelek dan mendapatkan bahan

bacaan baharu. Adakala, saya sengaja memilih untuk menunggu di kedai buku,

sementara ahli keluarga lain membeli-belah barangan keperluan.

Jadual perjalanan saya di luar negara juga biasa diperuntukkan beberapa

jam untuk mengunjungi kedai buku utama, terutama jika saya di London, Oxford,

Cambridge, Tokyo, Cambridge MA, Boston atau New York. Lazimnya, saya

meluangkan masa sekitar tiga hingga lima jam hanya untuk melihat keunikan

gaya kulit buku, menikmati kepelbagaian warna-warni rekaannya, membelek

halaman, membaca kata pengantar, mencium aroma kertas dan membaca

beberapa frasa menarik daripada buku-buku yang disusun berderetan di rak.

xii

MEMBACA | MOTIVASI & KAEDAH

Hanya selepas itu saya akan memilih beberapa buku yang sesuai untuk dibeli

dan dibaca seadanya, berdasarkan lima ciri yang saya sebutkan awal tadi.

Saya juga jarang melepaskan peluang mengunjungi pesta buku atau kedai

buku terpakai. Pesta buku ibaratnya pesta membeli-belah bahan bacaan yang

perlu kita jadikan keutamaan dalam aktiviti tahunan, bukan hanya pergi untuk

mencari buku bagi keperluan pengajian formal. Biasanya, jenis dan judul di

pesta buku lebih beraneka dengan tawaran harga jauh lebih murah. Demikian

juga jualan di kedai buku terpakai yang kebiasaannya menyediakan judul buku

popular serta teks pengajian di sekolah atau universiti yang jauh lebih rendah

harganya berbanding jualan di kedai atau portal buku biasa. Bagaimanapun,

ada juga kedai buku terpakai yang menawarkan potongan hanya 10 peratus

berbanding harga asal, dan ini rata-rata tertakluk kepada buku yang masih

berkeadaan baik, malah sebahagiannya seperti tidak pernah diselak.

Pada 1986, ketika aktif dalam Persatuan Mahasiswa UTM, saya dilantik

mengetuai panitia menganjurkan Pesta Buku UTM. Menurut pelbagai sumber,

acara tersebut adalah pesta buku terbesar ketika itu pernah dianjurkan oleh

mahasiswa universiti tempatan. Menerusi penganjuran acara tersebut, saya

dapat mendekati industri perbukuan dan khalayak penulis. Saya juga dapat

mengetahui selok-belok industri perbukuan dan penerbitan di Malaysia, malah

itulah julung kali saya beroleh kesempatan duduk berbincang secara santai

dengan penerbit dan pemilik kedai buku tentang banyak perkara berkaitan

industri perbukuan. Antaranya ialah kos penerbitan buku dan peratus harga

consignment di kedai buku. Saya juga dimaklumkan secara purata jumlah

honorarium diberikan kepada penulis buku di Malaysia berdasarkan kewibawaan

penulis dan jenis buku tulisan. Melainkan novel popular bertema cinta dan hantu

puaka, penulis buku di Malaysia ketika itu tidak mendapat imbuhan kewangan

selayaknya untuk menjadikan genre penulisan sebagai kerjaya tetap yang

mampu menjanjikan pulangan lumayan seperti di Amerika Syarikat, Jepun,

Perancis dan United Kingdom!

Hal itu menjadikan saya bersimpati dengan masyarakat penulis di Malaysia.

Mereka sanggup berkorban masa, bakat dan kepakaran, semata-mata untuk

menulis buku, novel, puisi, drama dan seumpamanya untuk bacaan khalayak

pembaca, walaupun habuannya amat sederhana. Realitinya, buku dijual pada

harga sangat murah, malah jumlah naskhahnya juga sedikit jika diterbitkan di

MEMBACA | MOTIVASI & KAEDAH

xiii

Berminat untuk meneruskan bacaan? Kembali

ke laman utama dan usah bertangguh untuk

membuat pembelian.

https://ZainiUjang.com

“Membaca buku ini, saya berkata kepada

diri sendiri, bertuah sekali generasi

sekarang kerana menerima bimbingan

mengenai kaedah membaca.”

TAN SRI DR. A. SAMAD ISMAIL

BIODATA

Sinonim dengan buku dan pelestarian alam

sekitar, Zaini Ujang adalah jurutera bertauliah di

Malaysia dan United Kingdom yang memperolehi

ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia Universiti

Teknologi Malaysia (UTM), manakala Sarjana

(Kejuruteraan Alam Sekitar) dan PhD serta

DSc (Kehormat) daripada Newcastle University,

England. Beliau adalah felo pelbagai pertubuhan

profesional antarabangsa, termasuk Chartered

Institute of Water and Environmental Management,

Institute of Chemical Engineers (Britain), Royal

Society of Physiography (Lund, Sweden), dan

International Water Association (Netherlands).

Beliau juga pada masa sama, adalah profesor

pelawat di Imperial College London, Tsukuba,

Tokyo dan Kyoto (Jepun), Lund (Sweden) dan

Penyelidik bersekutu di MIT (AS).

Dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan

2019, Zaini juga penerima pertama Anugerah

Merdeka (Pencapaian Akademik, 2009). Beliau

juga Naib Canselor termuda universiti awam

di Malaysia (UTM 2008-2013), selain dilantik

sebagai Ketua Setiausaha Kementerian

(2013-2018) mengendalikan bidang pengajian

tinggi, tenaga, teknologi hijau dan air.

Zaini telah menulis 38 buku (termasuk dua

kumpulan puisi), menghasilkan lebih 300 artikel

akademik, anggaran 2,000 artikel media massa,

dan lebih 5,000 siaran media sosial. Buku

MEMBACA: Kaedah dan Motivasi terbitan 2019

ini adalah terbitan edisi ketiga (edisi pertama

1993) dan cetakan sebelumnya telah terjual

melebihi 15,000 naskhah. Edisi terbaharu

ini telah ditambah baik berbanding dua edisi

sebelumnya, selain dikemas kini dan diberi

tambahan bab bagi menjadikan ia terus relevan

dalam persekitaran dinamik hari ini.

MEMBACA

MOTIVASI & KAEDAH

Kajian Perpustakaan Negara Malaysia pada 2014

merekodkan seorang rakyat Malaysia membaca 15

hingga 20 buku setahun. Angka ini berganda jauh

lebih baik dibandingkan hanya satu halaman setahun

pada awal 1980-an. Bagaimanapun, kadar membaca

negara masih jauh ketinggalan, kerana berbanding

31.7 juta bilangan populasi har+i ini (2019), sasaran

ideal yang mesti dicapai ialah setiap rakyat Malaysia

perlu membaca 30 buku setahun.

Justeru, buku ini yang merupakan edisi ketiga,

telah ditulis semula, diperbaharui kandungannya,

dikemas kini dan diberi tambahan bab serta kata

pendahuluan baharu, dengan matlamat untuk

membantu anda mengatasi pelbagai masalah

berkaitan membaca. Menerusi buku ini, penulis

berazam menjadikan anda pembaca lebih cemerlang,

mahir menggunakan pelbagai kaedah pembacaan

berbeza, dan akhirnya berkeupayaan membaca lebih

30 buku setahun, selari matlamat digariskan untuk

penduduk sebuah negara maju.

Pendek kata, ini peluang keemasan. Buku ini

mendedahkan 1,001 rahsia serta tips berkaitan

membaca, selain berkongsi pelbagai teknik pembacaan,

termasuk kaedah luncuran (skimming) serta imbasan

(scanning) yang akan membolehkan anda membaca

sehingga 20,000 patah perkataan seminit! Justeru, miliki

buku ini. Ia boleh membantu menjadikan hidup anda

lebih berjaya dan sekali gus meletakkan anda menjadi

sebahagian pencorak arah baharu masa depan dan

ketamadunan bangsa serta negara.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!