07.10.2019 Views

Ebook 21 Teknik Super Marketing

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Hak cipta © Richworks International Sdn Bhd

Hak Cipta Terpelihara © RICHWORKS INTERNATIONAL SDN BHD.

Tiada bahagian penerbitan ini boleh dicipta semula atau diedarkan dalam apa jua bentuk dan format tanpa kebenaran

pihak penulis dan pernerbitan. Tindakan undang-undang akan diambil.

Segala strategi yang digariskan dalam buku ini mungkin tidak sesuai bagi sesetengah individu dan tiada jaminan dikeluarkan bagi menghasilkan

sesuatu keputusan. Segala nasihat, idea dan cadangan adalah sebagai panduan asas dan nasihat professional mungkin diperlukan.

Tiada jaminan bahawa kandungan dan maklumat di dalam buku ini adalah tepat. Penulis dan pihak penerbitan secara khusus tidak bertanggungjawab

tentang apa-apa kerugian dan risiko secaran langsung atau tidak langsung akibat penggunaan atau aplikasi daripada kandungan buku ini.

Semua kandungan di dalam buku ini adalah benar semasa ianya ditulis dan merupakan pengalaman penulis semata-mata dan maklumatnya

mungkin berbeza dari semasa ke semasa.

03

25

05

27

07

29

09

31

11

33

13

35

15

37

17

39

19

41

21

43

23

1

TIP UNTUK

MEMENANGI

PERSAINGAN DALAM PERNIAGAAN

Anda mula jual produk baru yang tak ada dalam pasaran, anda akan rasa selamat kerana pelanggan hanya beli dari anda sahaja. Tapi bila dah

ada pesaing jual produk yang sama, anda mula mengalami mimpi ngeri dalam tidur anda. Ye lah, selama ini pelanggan tiada pilihan untuk beli dari

orang lain. Bila dah ada pilihan lain, pelanggan mula boleh buat pilihan.

Banyak bisnes dah gulung tikar sebab kalah dalam persaingan bisnes. Mula-mula seronok berniaga sebab dapat untung berkali ganda, bila dah

ada ramai pesaing, mula kita putus asa dan buka perniagaan lain. Sebenarnya, ada cara untuk kita menang dalam persaingan ni. Berikut adalah

tips yang boleh anda lakukan untuk bersaing dengan lebih hebat di pasaran:

#1 Perang Harga

Jangan terlalu fikir tentang Perang Harga. Tak semua pelanggan peduli

dengan harga barang ketika membeli. Fokus untuk beritahu pelanggan

dengan jelas tentang nilai tambah yang ada pada produk kita. Pembeli

sanggup beli walaupun dengan harga mahal jika ianya berbaloi.

#2 Jangan Buang Masa

Jual produk kepada pelanggan yang ingin beli produk anda sahaja.

Jangan buang masa dengan merayu pengguna yang sememangnya

takkan beli produk kita.

Bila anda fokus beri servis kepada pelanggan yang setia, akan ada

pelanggan baru yang terpengaruh untuk dapatkan produk anda.

#3 Kenal Produk Anda

Anda mesti tahu baik buruk produk anda. Pengetahuan anda adalah

aset mahal dalam bisnes. Abaikan pesaing. Jika anda faham dan kenal

produk anda, tak perlu risau dengan pesaing anda kerana mereka

akan tenggelam dalam pasaran secara perlahan-lahan. Jadi mulakan

mencari mentor untuk belajar.

#4 Pesaing Bukan Musuh

Jadikan pesaing yang ada sebagai sahabat bukannya musuh. Tidak

ada faedah jika anda bermusuh dengan pesaing anda. Anda bukan saja

menguatkan networking bisnes malah anda akan lebih faham tentang

produk jualan dari perspektif yang berbeza.

#5 Yakin Dengan Produk

Yakinlah dengan produk yang anda jual. Bisnes yang berjaya tak akan

jadi kiranya produk yang dijual tidak diyakini. Buat sedikit rujukan dan

kaji pasaran semasa sebelum memutuskan jenis produk yang ingin

dijual

Bila berdepan dengan pesaing, jangan mengalah. Anda kena ingat yang

produk anda ada kelebihan yang tidak diketahui oleh pesaing anda.

Dan, pesaing anda juga pasti ada kelemahan dalam bisnesnya.

2145 TEKNIK SUPER MARKETING

45

2

TIP

PENGANJURAN

PROGRAM

Salah satu cara untuk meningkatkan jenama dan bisnes adalah dengan penganjuran program.

Bagi anak didik Dr Azizan Osman, yang pernah hadir ke Program Millionaire Marketing Mastery (MMM) terutamanya bagi mereka yang dah ada

ramai ejen dan stokis, mereka selalu menganjurkan program latihan untuk melatih lebih ramai ejen baru dan juga untuk memberi didikan kepada

semua agen dan stokis.

Anda mungkin boleh bermula dengan program kecil-kecilan dulu, mungkin dengan sesi perkongsian ilmu dengan bakal agen atau orang yang

berminat untuk mengedarkan produk anda. Lama-kelamaan, bila rangkaian anda menjadi semakin besar, anda pun boleh mengadakan program

yang lebih besar.

Cara Memulakan Program:

#1 OBJEKTIF YANG JELAS

Anda perlu tahu kenapa anda mahu mengadakan program ini. Adakah

ianya untuk membina networking, untuk meningkatkan jualan, melatih

ejen baru. Apa tujuannya, dan anda perlu pastikan anda berjaya

mencapai objektifnya nanti.

#2 NAMA PROGRAM

Gunakan nama program yang menarik. Nama program yang menarik

memudahkan orang ramai untuk ingat dan juga untuk menarik perhatian

mereka untuk tahu dengan lebih lanjut. Di Program MMM, anda akan

dapat ilmu tentang bagaimana nak ‘funnel’ atau salurkan program yang

anda nak buat.

#3 PLAN & ACTION

Agih tugas kepada krew anda. Lantik seorang team leader/floor manager

untuk mengetuai krew anda. Hasil perbincangan dengan pelanggan

perlu dibuat semula dalam bentuk checklist, running order dan job

delegation.

Checklist – senarai perkara/props yang perlu ketika majlis

Running Order – jadual program yang bermula dari persiapan

majlis hingga saat mengemas venue.

Job Delegation – senarai nama/kumpulan mengikut tugasan yang

diberi.

#4 PROMOSI

Anda perlu tahu siapa yang anda nak hadir ke program anda dan

bagaimana anda nak promosikan kepada mereka. Apa yang anda nak

tawarkan yang dapat menarik hati mereka untuk hadir.

Anda perlu lakukan sedikit pengiraan tentang kos mengendalikan

program dan berapa bayaran yang anda perlu kenakan dan berapa

sasaran yang sepatutnya hadir supaya anda tak rugi.

Richworks bermula apabila Dr Azizan Osman hendak berkongsi ilmu

dan pengalamannya dalam membuat pemasaran dengan sekumpulan

kawan-kawan dan kemudiannya menjadi semakin besar sehingga

sekarang.

Jika anda mahu membina empayar perniagaan, anda boleh mulakannya

dengan mengadakan sharing session yang akhirnya boleh bertukar

menjadi seminar dan program bila semakin ramai yang dapat lihat hasil

dari program anda.

2145 TEKNIK SUPER MARKETING

76

3

SENYUMAN

DALAM PERNIAGAAN

Dalam bisnes, peniaga mesti selalu senyum. Senyum bukan setakat dapat melembutkan hati pelanggan, tetapi ia merupakan amalan sedekah

yang dituntut ketika berniaga. Rasulullah S.A.W. sendiri tidak lekang dengan senyuman ketika berniaga.

Senyum bukan hanya ketika bersemuka sahaja. Walaupun melalui telefon, anda hendaklah senyum agar pelanggan anda dapat “mendengar”

senyuman yang telah anda berikan. Walaupun pelanggan tidak dapat melihat senyuman anda, tetapi senyuman yang dibuat dapat mempengaruhi

intonasi suara anda dan membuatkan perbualan di dalam telefon menjadi lebih mesra.

Tapi janganlah anda tersenyum seorang diri di depan komputer ketika menguruskan bisnes online pula. Nanti, apa pula kata orang sekeliling?

Bilakah kita perlu senyum?

#1

Sebaik pelanggan tiba di kedai anda, berikan senyuman sebagai tanda anda menyambut kehadirannya.

#2

Senyum pada saat pelanggan menyapa anda buat kali pertama untuk mendapatkan bantuan.

#3

Dalam sesi tawar menawar, senyumlah bagi menunjukkan anda mudah dirunding.

#4

Anda perlu senyum sebaik sahaja pelanggan bersetuju untuk membuat pembelian, senyum sebagai tanda terima kasih.

#5

Selesai urusan pembayaran, ucapkan terima kasih dan senyum kepada pelanggan anda diatas rezeki yang anda terima.

#6

Apabila pelanggan beredar, pastikan senyuman anda mengiringi mereka.

Sebagai peniaga, cara termurah untuk menarik pelanggan ialah dengan senyum. Jadikan senyuman anda, perkara paling indah dan menyeronokkan

yang dilihat oleh pelanggan anda hari itu. InsyaAllah, mereka akan ingat anda sentiasa.

2145 TEKNIK SUPER MARKETING

89

4

tip

BERNIAGA

dengan menggunakan

facebook

Anda mahir menggunakan Facebook untuk tujuan peribadi anda? Mengapa tidak buat duit dengan bisnes melalui Facebook?

Anda boleh menggunakan Facebook sebagai alat pemasaran sepenuh masa bagi bisnes yang anda jalankan. Tetapi anda kena ada ilmu supaya

penggunaan Facebook ini bukan setakat dijadikan platform jualan malah dapat digunakan untuk membantu menyelesaikan masalah pengguna.

Tips Bisnes Menggunakan Facebook:

#1 Posting

Tingkatkan kualiti post anda. Kini terdapat alat yang digunakan untuk

menganalisis data kandungan post anda seperti BuzzSumo Dengan

analisis ini, anda boleh lihat teknik mana yang sesuai digunakan untuk

memasarkan produk anda pada masa akan datang.

#2 lapan kali sehari

Menurut pakar pemasaran no 1 Malaysia Dr Azizan Osman, anda perlu

update post anda sebanyak 8 kali sehari bermula waktu pagi sehingga

anda nak tidur.

Ini bermaksud 6 kali posting kata-kata, sharing picture atau

perkongsian tips dan hanya 2 kali posting tentang produk atau servis

yang anda sediakan.

#3 Tajuk posting

Hasilkan tajuk-tajuk yang ‘gempak’ yang boleh menarik followers

untuk membacanya. Dengan tajuk-tajuk yang gempak ini, secara tidak

langsung akan dapat viralkan perniagaan anda.

#4 Masa posting

Bukan setiap masa anda boleh share posting, gambar dan entri anda.

Melalui post terdahulu, anda boleh tahu bilakah masa sesuai untuk

post anda mendapat banyak share dan like.

Ikut sahaja masa tersebut dan konsisten dengan post anda, kerana

followers anda sudah tahu ‘timing’ anda untuk post.

#5 Konsisten

Bersabar kerana perniagaan anda sedang bersaing dengan

perniagaan orang lain. Apa anda ingat, anda seorang ke yang berniaga

di media sosial?

Tidak…ramai lagi. Tapi itu pentingnya konsisten dan komited dalam

perniagaan. Jika anda konsisten update post, menulis entri dan upload

gambar, followers akan nampak kesungguhan anda berniaga dan

mereka akan yakin dengan produk anda.

#6 Follower

Cari pelanggan yang mempunyai pengaruh yang kuat seperti follower

aktif yang ramai. Contohnya sekali rakan anda post di media sosial,

beliau akan dapat banyak share dan like.

Ini secara tidak langsung akan mempengaruhi page dan perniagaan

anda. Jika ada, bina hubungan dengan mereka dan kongsi produk

serta servis anda dengan mereka.

#7 What’s next?

Sebagai peniaga, pasti akan ada produk terbaru yang anda akan

keluarkan, betul tak? Gunakan what’s next promotion dalam bisnes

anda.

Timbulkan rasa ingin tahu dalam hati customer anda dan buatkan

mereka tertunggu-tunggu produk anda yang terbaru. Cara ini akan

membuatkan mereka sentiasa update dengan posting anda.

21 TEKNIK SUPER MARKETING

10

5

tip menulis

EBOOK

Bagi peniaga online, pasti pernah mendengar teknik pemasaran eBook dalam bisnes. EBook seperti sebuah buku yang dihasilkan dalam bentuk

digital dan hanya dapat dibuka melalui gajet seperti komputer, notebook, smartphone atau laptop. Kandungan EBook lebih interaktif kerana ia

disusun dengan menggunakan teks dan paparan imej digital.

EBook merupakan trend promosi terkini yang sering digunakan oleh pelayar internet. EBook dapat membantu peniaga untuk mengumpul data

pelanggan secara sah. Walaupun penggunaan eBook tidak meluas di Malaysia, tetapi untuk menghasilkan senaskhah eBook, tidaklah sesukar

mana. Malah ianya percuma.

#1 Susun Idea

Mulakan dengan merangka idea dan susun isi penting mengikut

turutan yang di rancang. Ini akan memudahkan pembaca untuk

memahami kehendak penulis. EBook anda tidak perlu panjang

sehingga mencecah 10 muka surat. Rancang idea anda sekadar yang

termampu.

EBook yang baik memiliki sekurang-kurangnya 4 muka surat sahaja.

Anda boleh gunakan topik yang khusus untuk memudahkan anda

memulakan penulisan.

#2 Mula Menulis Dan Buat Semakan

Dengan idea yang ada, anda boleh mengarang hanya dengan

menggunakan software Microsoft Word. Pastikan tatabahasa anda

betul, tiada kesalahaan ejaan dan tidak memeningkan pembaca.

Elakkan kesalahan ketika menulis eBook kerana pengetahuan anda

boleh dinilai oleh pembaca. Gunakan rakan atau ahli keluarga untuk

menyemak penulisan anda.

#3 Simpan File Dalam Format PDF

Setelah selesai menulis dan membuat semakan, karya anda hendaklah

disimpan dalam format PDF. Caranya, ketika anda mahu menyimpan

(save) file yang anda tulis tadi, anda perlu ke file, kemudian tekan save

as.

Akan keluar satu kotak di mana meminta anda untuk tekan save, anda

hanya perlu tukar format di save as type dari Microsoft Word kepada

PDF format. Apabila sudah save, ini bermakna eBook anda sudah siap

dan boleh diberi atau di muat turun (download) oleh pelanggan anda.

#4 Design Muka Depan

Bagi membuatkan eBook anda kelihatan lebih menarik, hasilkan muka

depan (cover page) eBook anda dengan menggunakan software

InDesign atau Photoshop. Setelah selesai, gabungkan rekaan muka

depan bersama eBook yang telah anda siapkan.

#5 Muat Naik Ebook dan Opt-In.

Untuk edaran kepada pelanggan, EBook anda perlu di muat naik

ke dalam blog perniagaan anda. Sebelum pelanggan memuat turun

eBook, sediakan ruangan untuk mengisi maklumat mereka seperti

nama dan alamat emel bagi tujuan untuk proses pengesahan

penghantaran eBook.

#6 Promosikan Ebook Anda

Apabila maklumat pelanggan sudah diperolehi, anda boleh membuat

promosi perniagaan anda kepada mereka dengan menghantar promosi

tawaran hebat, produk terbaru dari anda, newsletter atau sebagainya

kepada mereka melalui emel. Cara ini lebih berkesan digunakan

berbanding media sosial yang lain.

21 TEKNIK SUPER MARKETING

12

6

tip membina

HUBUNGAN

pelanggan

“Customer always right!” Pernahkah anda berhadapan dengan pelanggan seperti ini. Pasti anda terbayangkan susahnya nak melayan karenah

pelanggan ini. Dengan cerewetnya, di samping sikap meminta harga barangan yang lebih murah ianya akan memenatkan anda kalau orang

seperti ini datang ke kedai kita. Betul ke betul? Tetapi, ada peniaga yang ada kepakaran dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada

pelanggan. Malah, peniaga tersebut tidak berhadapan pun dengan situasi bermasalah seperti yang anda alami. Apa yang mereka buat ye?

#1 Komunikasi Berkesan

Jangan berbual dengan pelanggan seperti anda menghafal skrip.

Pelanggan akan lebih selesa dengan perbualan yang diselitkan dengan

sedikit jenaka dan menggunakan nama pelanggan. Gunakan gelaran

tuan/puan/encik bagi menunjukkan anda menghormati pelanggan

anda.

Setiap interaksi bersama pelanggan adalah peluang untuk membina

hubungan dan kepercayaaan pelanggan. Apabila anda sudah

berhubung dengan pelanggan melebihi 10 kali, anda sudah meraih

kepercayaan mereka secara semula jadi.

#2 Fahami Pelanggan Anda

Seperti seorang rakan, anda perlu mengenali pelanggan anda. Anda

mesti ingat nama pelanggan, keperluan mereka, bagaimana keadaan

kewangan mereka dan lain-lain lagi. Anda akan lebih fokus dengan

kehendak pasaran bisnes anda sekaligus tidak membuang masa

melayan pelanggan yang bukan menjadi target anda.

#3 Ambil Perhatian Terhadap Maklumbalas Pelanggan

Sekiranya ada respon yang tidak baik, tolong ambil tindakan serius dan

segera. Anda tidak akan menjangka sejauh mana pelanggan itu akan

bertindak sekiranya anda mengabaikan aduan mereka.

Bersemuka dengan mereka untuk menunjukkan anda serius dengan

masalah mereka. Dan berikan jawapan yang dapat memuaskan hati

mereka.

#4 Sentiasa Berhubung Dengan Pelanggan Setia Anda

Pastikan anda mempunyai database tentang pelanggan anda.

Gunakan borang maklumbalas atau borang pendaftaran bagi

mengenal calon pelanggan anda.

Dengan maklumat seperti emel dan nombor telefon, anda boleh

mengemaskini maklumat bisnes anda kepada mereka dan pasti

pelanggan yang suka dengan cara anda mempromosikan produk anda.

Hasilnya, mereka akan terpengaruh dan kekal setia dengan jenama

bisnes anda.

#5 Bina Kepercayaan Pelanggan Anda

Ingat, bisnes bukan untuk mengaut keuntungan semata-mata. Ia perlu

menyelesaikan masalah pelanggan. Jadi produk anda perlu berkualiti

dan tidak memudaratkan pengguna.

Anda perlu berikan yang terbaik kepada mereka. Bukan sekadar

mutu produk sahaja, jenama, cara packaging serta cara anda

mempromosikan barangan anda juga perlu dibaiki agar terus berkualiti,

kerana ia membantu meningkatkan kepercayaan pelanggan baru anda.

21 TEKNIK SUPER MARKETING

14

7

KELEBIHAN MENGGUNAKAN

QR CODE

DI DALAM PERNIAGAAN

Pernah dengar QR Code? Apa bendanya tu? Anda pasti pernah lihat simbol kotak berwarna hitam dengan corak tertentu di dalam akhbar

mahupun medium pengiklanan yang lain? Simbol berkenaan dipanggil QR Code atau “Quick Response Codes”.

Fungsinya ialah untuk memudahkan kita mendapat dan mengesahkan maklumat melalui teknik pengimbasan kod. QR Code membolehkan

simpanan sesebuah maklumat dilakukan dalam kapasiti yang besar dengan memuatkan pelbagai jenis data. Penggunaan QR Code boleh

membantu meningkatkan pemasaran bagi sesebuah perniagaan dengan teknik.

#1 Penawaran Kupon & Diskaun

#2 Menghubungkan ke laman media sosial.

#3 Muat turun maklumat untuk dihubungi

#4 Memaparkan maklum balas pengguna

#5 Memberi ganjaran kepada pembeli Reward

loyalty program members

#6 Memaparkan borang peraduan

#7 Membuat pembayaran atas talian

#8 Memaparkan informasi produk

#9 Memaparkan tujuan & objektif perniagaan

#10 Mengimbas e-tiket

#11 Kad Perniagaan

#12 Risalah produk

#13 Menu Restoran

Pelanggan akan rasa mudah untuk mendapatkan maklumat sesebuah perniagaan hanya melalui satu simbol mudah, yang mengakseskan diri

pengguna dengan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan

21 TEKNIK SUPER MARKETING

16

8

TIP

TELEMARKETING

YANG EFEKTIF

Telemarketing selalu dianggap sebagai kegiatan yang mengganggu ruang peribadi pelanggan. Ramai di antara kita akan mengelak daripada

menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali.

Berapa ramai di antara kita pula akan bijak secara tiba-tiba, mengarang alasan untuk tidak meneruskan perbualan setelah menerima panggilan

telemarketing? Tapi sebenarnya, telemarketing merupakan antara medium yang berpotensi untuk mendapatkan pelanggan dengan cepat hasil

perbualan terus tanpa pihak ketiga. Untuk menjadi telemarketer yang efektif, anda perlu:

#1

Memberi penerangan dalam setiap panggilan yang telah anda lakukan.

Sediakan skrip yang lengkap bagi memudahkan kelancaran anda

membuat promosi.

Sekiranya panggilan yang dibuat oleh anda kurang menyenangkan,

bermakna anda sudah terlepas peluang bagi mendapatkan pelanggan.

#2

Reset minda sebelum membuat panggilan. Anda pasti berjaya

mendapat pelanggan setelah anda mengenal pasti bakal pelanggan

yang hendak dihubungi.

Melalui info latar belakang dan jenis gaya hidup yang dianalisis hasil

daripada sumber database anda, pelanggan akan lebih selesa dan

mudah terpengaruh dengan mesej yang anda cuba sampaikan.

#3

Pilih soalan yang sesuai. Gunakan formula 5W 1H (Why, Who, Where,

When, What dan How) bagi membantu anda mendapatkan info. Ia

juga akan membuatkan panggilan anda mendapat maklumbalas yang

memuaskan oleh pengguna.

#4

Jangan kaku ketika membuat panggilan. Gunakan elemen

kemanusiaan bagi membuatkan panggilan anda kedengaran lebih

mesra. Timbulkan mood seolah-olah anda sedang berada di hadapan

pengguna dengan suasana perbualan secara bersemuka dengan

pendengar yang dihubungi.

#5

Jangan menelefon pelanggan hanya untuk urusan penjualan sahaja.

Jika ia dilakukan, jangan terkejut sekiranya pada penghujung panggilan

anda, ia tidak membuahkan sebarang hasil.

Anda boleh mulakan panggilan untuk mendapatkan maklumat awal

seperti emel untuk tujuan networking anda. Dengan cara ini, anda

hanya perlu menyarankan pihak pelanggan untuk merujuk emel yang

dihantar oleh anda.

#6

Tenangkan diri anda sebelum membuat panggilan. Perbualan yang

gelojoh akan membuatkan anda kelihatan seperti seorang peniaga

yang bodoh (kurang ilmu).

#7

Sentiasa beringat bahawa membuat panggilan yang pertama selalunya

tidak berhasil. Kegagalan ini akan membuatkan anda sentiasa

membaiki mutu panggilan anda sekaligus anda akan lebih memahami

kehendak pelanggan. Ingat, jangan mengalah terlalu cepat.

21 TEKNIK SUPER MARKETING

18

9

TIP

PUBLISITI

BISNES PERCUMA

Publisiti itu best! Peniaga yang bijak mencari publisiti yang betul akan menjimatkan kos pemasarannya. Faham ke faham? Publisiti bukan

sekadar untuk menjual, namun ia berkesan untuk memperkenalkan perniagaan kita. Lebih ramai orang kenal bisnes kita, lebih tinggi peluang kita

untuk mendapat pelanggan sekaligus meningkatkan pendapatan.

Publisiti yang bagus menyebabkan ianya mudah diviralkan oleh golongan blogger dan vlogger. Ramai di antara mereka boleh memberikan

publisiti secara percuma kepada produk perniagaan kita atas faktor pengaruh yang dimiliki. Cara memikat Juruhebah Maya/Blogger/Vlogger.

#1 Hadir ke majlis blogger.

Dapatkan maklumat dari pelbagai sumber untuk hadir ke majlis yang mempunyai himpunan blogger-blogger di kawasan tertentu. Kos untuk hadir

ke majlis ini biasanya percuma kerana kebanyakan masa ia ditaja oleh organisasi tertentu.

Sentiasa berpenampilan kemas, bersih dan mudah didampingi. Ini akan menonjolkan imej perniagaan yang anda lakukan Anda perlu ingat,

di dalam majlis seperti ini tetamu yang hadir terdiri daripada media dan orang kenamaan yag penting. Jadi, ringankanlah mulut anda untuk

menyapa dan memulakan perbualan dalam kalangan tetamu. Setidak-tidaknya, berikanlah senyuman yang memikat agar ada pihak lain yang

mendampingi anda dan memulakan perbualan.

#2 Kenalkan diri dan perniagaan kita.

Sediakan kad bisnes yang mengandungi mesej bagi memperkenalkan diri kita kepada majoriti blogger yang hadir ke majlis itu. Anggap mereka

sebagai rakan karib anda. Beritahu mereka perniagaan apa yang kita lakukan dan sebagainya. Mungkin ada yang berminat untuk menjalinkan

hubungan perniagaan dengan anda.

#3 Berikan sampel produk percuma.

Berikan mereka berita baik. Berikan mereka barangan secara percuma sebagai tanda penghargaan. Dengan memberikan produk percuma ini,

secara tidak langsung kita mencipta satu pendekatan emosi bersama pemilik blog.

Secara tidak langsung, mereka akan menghebahkan bisnes kita menerusi artikel-artikel terbitan di blog. Bayangkan, 1 blog mempunyai 1,000

pelawat. Jika 10 blog, maka bisnes kita sudah mempunyai publisiti percuma seramai 10,000 orang.

21 TEKNIK SUPER MARKETING

20

10

TEKNIK PENGGUNAAN

WEBINAR

Siapa suka menonton Webinar Dr Azizan? Tahu tak, webinar adalah salah satu cara untuk anda ‘connect’ dengan pelanggan dan prospek. Anda

harus mencubanya. Webinar adalah teknologi seminar online yang dilakukan tanpa bersemuka secara fizikal bagi memudahkan berlakunya

proses pemindahan maklumat ke dalam urusan pembelajaran mahupun perniagaan manusia.

Di dalam perniagaan ia merupakan satu kelebihan yang perlu diambil oleh para peniaga kerana ia dapat menjimatkan kos, penggunaan masa

dan jarak geografi yang menjadi penghalang kepada perkembangan perniagaan kita. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil ketika

mengendalikan webinar.

#1

Highlight topik yang ingin anda persembahkan. Dengan cara ini ia

memudahkan penonton ‘menangkap’ mesej yang cuba disampaikan

oleh anda.

#2

Elakkan penggunaan slide yang hanya ingin ditonjolkan dalam tempoh

beberapa saat sahaja.

#3

Gunakan foto anda sebagai pengenalan webinar bagi memudahkan

penonton tahu siapakah yang mengendalikan webinar tersebut.

#4

Pastikan anda menggunakan headphone bagi menjaga mutu

pendengaran anda dan penonton ketika berlangsungnya webinar.

#6

Anda perlu merancang masa anda supaya sesi webinar ini tidak

menjejaskan masa peribadi anda. Tetapkan masa anda bagi

menunjukkan hasil kerja anda mempunyai ciri-ciri yang profesional.

#7

Sebelum sesi webinar ini berlangsung lakukan sedikit latihan bagi

melancarkan lagi urusan persembahan anda.

#8

Promosikan sesi webinar anda supaya ramai orang yang menonton

dan anda tak bercakap seorang diri!

#5

Sila pastikan persekitaran anda bebas daripada gangguan bunyi

seperti deringan telefon bimbit, bunyi kenderaan mahupun hilai tawa

anak anda. Ia pasti menjejaskan kualiti pendengaran penonton yang

menonton webinar anda.

21 TEKNIK SUPER MARKETING

22

11

KELEBIHAN JOINT

VENTURE

Ramai yang buntu bila dapat tawaran Joint Venture.

Maklumlah, perniagaan baru setahun jagung, sudah ada pihak yang berminat membuat Joint Venture, berbaloi ke kalau terlibat?

Takut ada yang mengambil kesempatan pula sampai boleh lingkup bisnes nanti?

Joint Venture adalah perkara biasa yang sering berlaku di dalam dunia bisnes. Memang benar, sekiranya kita gelojoh terima tawaran ini tanpa

membuat sebarang rujukan, perniagaan kita menghadapi risiko. Faham ke faham?

Joint venture adalah kerjasama beberapa perusahaan yang menyerahkan barang dan melaburkan wang bagi komitmen terhadap kerjasama

yang dilakukan. Untuk melakukan Joint Venture, peniaga perlu ada modal, komitmen dan untuk membuktikan wujudnya kerjasama antara dua

belah pihak.

Surat perjanjian perlu ada untuk berfungsi sebagai pengikat komitmen bagi pelaksanaan Joint Venture tersebut. Antara kelebihan Joint Venture

adalah:

#1 Kuasa dan hak suara berdasarkan pada nilai modal yang dilaburkan.

#2 Perusahaan joint venture tetap memiliki kebebasan masing-masing.

Dapat memanfaatkan sumber ekonomi pada skala yang besar.

Sumber informasi yang lebih besar hasil perkongsian jaringan komunikasi dan networking yang efektif.

Sumber kewangan yang semakin besar.

Kredibiliti perniagaan Joint Venture lebih diakui berbanding perniagaan perseorangan.

Joint Venture lebih memudahkan pelaksanaan sistem operasi di peringkat global.

Dapat meminimumkan risiko dan tidak berat sebelah.

Tetapi, peniaga harus mengambil serius dengan tawaran joint venture dan sepatutnya buat kajian terperinci tentang latar belakang perniagaan,

potensi perniagaan, persaingan dan banyak lagi perkara sebelum menandatangani perjanjian.

21 TEKNIK SUPER MARKETING

24

12

5 JENIS

GOLONGAN AHLI PERNIAGAAN

AKTIF DALAM PELANCONGAN

BLEISURE

“Bleisure” merupakan gabungan bagi dua perkataan iaitu Business dan Leisure. Ramai peniaga suka melancong sambil menguruskan bisnes

dan inilah yang dipanggil Bleisure. Mungkin anda rasa ini membazir, nak menunjuk-nunjuk tapi sebenarnya melancong sambil berbisnes adalah

baik untuk meluaskan networking, untuk hilangkan stres dan juga dapat idea-idea baru. Anda mungkin juga boleh cuba teknik ini. Terdapat 5

jenis golongan ahli perniagaan yang aktif dalam pelancongan Bleisure

#1 VETERAN

Dikategorikan dalam golongan yang berusia 35 tahun ke atas dan

paling berpengalaman. Dengan purata perjalanan sebanyak 12 kali

dalam setahun dan purata bermalam di sesuatu destinasi adalah

selama 4 malam, golongan ini akan berpenampilan cool dan sentiasa

dilihat sebagai ahli perniagaan yang mengikuti perkembangan teknologi

terkini.

Mereka gemar travel dengan membawa laptop untuk melakukan bisnes

dan sentiasa menghubungi keluarga dan rakan-rakan dari tempat asal

mereka.

#2 Road Weary

Purata perjalanan mereka dalam setahun adalah sebanyak 15

kali dan purata bermalam bagi sebuah destinasi adalah selama 3

malam. Majoritinya berusia 35 tahun ke atas. Matlamat utama untuk

memilih destinasi Bleisure yang selamat. Mereka juga mengekalkan

perhubungan dengan keluarga masing-masing dengan membawa

mobile GPS semasa perjalanan.

#3 Wide-eyed

Dengan purata kekerapan perjalanan sebanyak 11 kali setahun dan

purata menghabiskan masa selama empat malam di sesuatu destinasi,

kebanyakan daripada mereka adalah terdiri daripada ahli perniagaan

muda yang berumur kurang daripada 55 tahun.

#4 Passionate High-Tech

Passionate High-Tech pula adalah kumpulan yang cepat menerima

perkembangan teknologi terkini. Dengan purata melakukan perjalanan

sebanyak 13 kali setahun dan purata 4 malam di sesuatu destinasi,

kebanyakan mereka adalah generasi muda yang berumur kurang

daripada 54 tahun.

Mereka gemar travel untuk aktiviti bisnes dengan menggunakan

gadget high-technology untuk lebih produktif dan kekal berhubung

dengan keluarga dan rakan-rakan. Mereka akan berbelanja dengan

lebih dalam setiap perjalanan dan menggunakan perkhidmatan

penerbangan yang berkualiti.

#5 New Recruits

Kurang berpengalaman tetapi gemar kongsikan pengalaman dan

cabaran yang dilalui mereka. Dengan purata 14 kali perjalanan

setahun dan 6 malam di sesuatu destinasi, mereka adalah generasi

paling muda iaitu tidak melebihi umur 54 tahun.

Ahli perniagaan muda ini cenderung memilih destinasi baru bagi

tujuan urusniaga. Mereka suka berkongsi pengalaman melalui laman

sosial. Mereka juga memilih perjalanan Bleisure antarabangsa untuk

peluang pekerjaan dalam industri teknologi komputer.

Mereka sering berwaspada kerana kurang pengalaman untuk mencari

destinasi baru bagi berurusniaga dan sentiasa mematuhi polisi dan

peraturan di tempat baru tersebut kerana tidak mahu melakukan

kesalahan undang-undang.

21 TEKNIK SUPER MARKETING

26

13

TIP EFEKTIF

BAGI MENDAPATKAN

PENAJAAN

Di bawah gerai berbumbung zink yang tiangnya masih lagi kukuh, kedengaran perbincangan sekumpulan anak muda yang semakin serius

memikirkan jalan penyelesaian bagi mendapatkan sejumlah wang untuk menampung kos baik pulih sebuah masjid yang menjadi tempat aktiviti

kemasyarakatan mereka. Ketika dahi mula menampakkan garis usia dalam kalangan mereka, timbul saranan dari mulut susuk seorang yang

berusia di penjuru gerai yang mencadangkan agar kumpulan pemuda itu memohon tajaan daripada mana-mana institusi koporat.

Tunggu! Untuk mendapat tajaan, anda tidak boleh menebalkan muka dan menagih dana dari para penaja sahaja. Seperti mahu memasuki zon

perang, anda perlu membuat persiapan yang cukup untuk bersemuka dengan penaja. Nah, ini 7 tips efektif bagi mendapatkan tajaan dari penaja.

#1 Kenali & Fahami Penaja Anda

Ramai pemohon membuat kesilapan dengan tidak membuat

persediaan yang rapi ketika membuat pembentangan di hadapan para

penaja.

Pembentangan tidak boleh tertumpu kepada profil si pemohon sematamata,

tetapi pemohon perlu menarik minat para penaja dengan

memberikan faedah dan nilai pulangan yang bakal diterima sekiranya

terdapat persetujuan dari kedua-dua belah pihak.

#2 Sasaran Pelanggan Anda

Penajaan korporat melihat kumpulan sasaran yang diletakkan oleh

pemohon bagi tujuan penajaan sebagai satu aset yang bernilai.

Gunakan statistik bagi meyakinkan para penaja untuk bersetuju

membiayai kos penajaan anda.

#3 Potensi Networking

Para penaja lebih berminat untuk memberi tajaan dengan melihat

peningkatan bilangan jumlah networking yang pernah bekerjasama

dengan perniagaan anda. Dengan cara membantu tajaan yang

diperlukan oleh anda, ia secara tidak langsung dapat membantu

menaikkan rating penajaan bagi syarikat mereka.

#4 Pulangan Untuk Masyarakat

Untuk memberi tajaan, badan-badan korporat akan memberi

keutamaan kepada permohonan yang membawa nilai kepentingan

kepada masyarakat. Masyarakat akan lebih cenderung untuk memilih

segala hasil produk yang dikeluarkan oleh organisasi perniagaan yang

pernah memberi faedah kepada mereka.

#5 Perbandingan Kertas Kerja

Bagi mendapatkan penajaan korporat dalam kalangan organisasi

yang berprofil tinggi, sediakan beberapa set kertas kerja yang lengkap

disertakan maklumat yang boleh dijadikan perbandingan faedah yang

anda tawarkan bersama calon pemohon yang lain.

#6 Pinjam Pengalaman

Penaja korporat mahukan pengalaman. Jangan bimbang sekiranya

anda tidak mempunyai pengalaman seperti yang diminta. Cuba kaitkan

pengalaman lalu yang memberikan kesan terhadap perniagaan

anda. Dengan menggunakan pengalaman pelanggan juga, ia dapat

menunjukkan bahawa anda telah memperoleh sesuatu yang bernilai

walaupun anda tidak pernah mengalaminya

#7 Jadikan Integriti Sebahagian Jenama Anda

Kadang-kadang ada sesetengah penaja menolak dengan sengaja

permohonan peniaga untuk mendapatkan tajaan mereka. Ini kerana

penaja tersebut ingin menguji respon pemohon apabila permohonan

mereka ditolak. Jangan cepat melenting.

Bertindaklah dengan bijak kerana dengan tindakan anda sedemikian,

para penaja mungkin akan mempertimbangkan kembali keputusan

mereka, malah ada pemohon yang tidak menyangka menerima

ganjaran lain sebagai pembalasan.

21 TEKNIK SUPER MARKETING

28

14

TIP

MENGGUNAKAN SISTEM

PEMBAYARAN MELALUI

PAYPAL

PayPal merupakan salah satu medium pembayaran atas talian terkini yang popular kerana reputasinya yang menjamin keselamatan wang

pengguna di dalam urusan pembelian. Walau bagaimanapun, PayPal kurang mendapat sambutan di Malaysia kerana tahap kepercayaan

pengguna di negara ini masih rendah apabila melibatkan isu keselamatan wang di dalam urusan pembelian. Sekiranya anda berminat untuk

menggunakan Paypal, tetapi tidak tahu cara yang betul untuk membuka akaun, ini adalah jawapannya!

Bagi pengguna baru PayPal, anda perlulah memahami terlebih dahulu antara jenis akaun yang ditawarkan bagi memenuhi keperluan anda. Paypal

merupakan cabang perbankan online yang menerima pelbagai transaksi dari pelbagai merchant. Anda boleh menghantar dan menerima duit dari

pengguna Paypal, kad kredit, kad debit dan lain-lain lagi. Jika anda sudah bersedia, anda boleh mengikuti tips ini untuk mengaktifkan akaun anda.

#1 Daftar Akaun

Klik ‘Sign Up’ dan pilih jenis akaun anda. Isi butiran peribadi dan

fahamkan terma dan syarat serta polisi perniagaan PayPal serta

sahkan pendaftaran anda. PayPal sangat kerap mengubah polisi

mereka dan hanya membenarkan satu akaun hanya dimiliki oleh

seorang pemilik sahaja.

#2 Pengesahan Akaun

Selepas anda membuka akaun, anda diminta untuk mengesahkan

akaun anda untuk memasukkan maklumat akaun bank anda ke dalam

akaun Paypal. Paypal tidak seperti bank. Anda perlu link PayPal ke

bank anda untuk menggunakannya.

#3 Deposit Duit

Klik “Add Money” dan sahkan maklumat yang diminta bagi

membenarkan deposit wang berlaku. Sebelum klik butang “Submit”,

sila pilih bagaimana anda mahu masukkan duit. Sebagai contoh,

bagi pengguna RHB, anda boleh deposit duit ke Paypal dengan

menggunakan RHB Paypal Top Up sahaja.

#4 Pengeluaran Duit

Klik “Withdraw”. Sahkan maklumat. Paypal ada menyediakan beberapa

pilihan dalam pengeluaran duit, antaranya:

i. Bank Transfer

Anda boleh pindahkan duit yang anda ada di dalam PayPal terus ke

dalam akaun bank anda. Ia mengambil masa antara 3-7 hari. Percuma

sahaja.

21 TEKNIK SUPER MARKETING

30

ii. Penggunaan Cek

Ia mengambil masa 10 hari untuk menerimanya dan dikenakan

kos dalam mata wang USD, pastikan anda periksa butiran kaedah

pengeluaran ini terlebih dahulu sebelum mengesahkannya.

iii. Debit/Kredit PayPal

Anda boleh menggunakan duit yang ada di dalam Paypal dengan

menggunakan kad kredit ataupun kad debit. Anda perlu memintanya

terlebih dahulu. Kad tidak diberikan secara default semasa mendaftar

akaun.

#5 Hantar Duit

Untuk menghantar duit, anda boleh pilih sesiapa sahaja yang anda

ingin hantarkan. Masukkan butiran emel penerima dan jumlah nilai

penghantaran yang dilakukan. Kemudian klik pada butang yang

berkaitan untuk pengesahan transaksi.

#6 Meminta Duit

Untuk meminta duit pula, invois yang telah disediakan oleh PayPal

perlu dihantar kepada penerima invois. Anda juga boleh memintanya

dengan cara yang tidak formal.

Anda perlu menyemak semua urusan transaksi kerana terdapat

sesetengah servis akan dikenakan caj perkhidmatan.

15

ETIKA MENJAWAB

PANGGILAN

TELEFON

Trend perniagaan pada hari ini lebih menggunakan medium laman sosial untuk mengendalikan urusan jual beli kerana ia lebih jelas dan butiran

yang disampaikan adalah dalam bentuk hitam putih.

Tetapi ramai yang cuba menidakkan peranan telefon kerana adakalanya, telefonlah tempat pertemuan jarak jauh yang perlu dijaga. Mana

tidaknya, kalau suara bangun tidur berkumandang di saat pelanggan ingin membuat aduan kepada anda, pasti layanan anda kedengaran tidak

professional. Berapa ramai di antara kita mengakui keberkesanan penggunaan telefon di dalam berniaga?

Berapa ramai di antara kita tahu dengan etika untuk menerima panggilan telefon? Berikut kami kongsikan antara etika yang perlu dipatuhi ketika

menerima panggilan

#1 Deringan tidak melebihi tiga kali

Ketika telefon berdering, jawab panggilan dengan kadar segera. Ia

memperlihatkan tahap profesionalisme seseorang peniaga dalam

mengendalikan layanan terhadap pelanggannya.

Sekiranya telefon dibiarkan berdering melebihi tiga kali, pelanggan

akan melihat perniagaan anda tidak serius.

#2 Jarak gagang

Pegang gagang telefon kira-kira 1 1/2 inci daripada mulut apabila

menjawab panggilan supaya suara dapat didengar dengan jelas

oleh pemanggil. Jarak yang tidak sesuai akan mempengaruhi respon

pendengar.

#3 Pengenalan Diri

Jawab tiap-tiap panggilan dengan ucapan selamat diikuti oleh nama

organisasi, nama pejabat atau nama sendiri dengan nada suara yang

ramah sebaik sahaja anda mengangkat gagang telefon.

Jangan lupa untuk bertanyakan nama si pemanggil kerana pemanggil

akan rasa dihargai dan perbualan akan menjadi lebih mesra dan

mudah.

#4 Maklumat yang lengkap

Membekalkan maklumat yang tepat, lengkap dan terkini mengenai

jabatan kepada kakitangan barisan hadapan yang bertugas bagi

membolehkan mereka melaksanakan tugas dengan cekap dan

berkesan

#5 Ambil Nota

Sentiasa bersedia dengan pen dan kertas apabila panggilan berkaitan

perniagaan diambil. Ini kerana ada kalanya di dalam perbualan antara

peniaga dan pelanggan melibatkan pengambilan maklumat yang perlu

ditulis seperti nombor akaun, alamat mahupun nombor telefon

#6 Tamatkan perbualan

Jangan mencelah ketika perbualan semata-mata untuk menamatkan

panggilan. Sekiranya si pemanggil sedang beremosi, diam dan

bersabar. Tamatkan perbualan dengan ayat seperti “Kami akan usulkan

laporan puan, dan boleh saya dapatkan maklumat puan untuk kami

maklumkan tindakan kami kelak”.

Sekurang-kurangnya pemanggil akan rasa segala yang diluahkan

mendapat perhatian anda. Ingat, jangan letak gagang dengan serta

merta kerana ianya kedengaran biadab.

21 TEKNIK SUPER MARKETING

32

16

MEMBACA

BAGI MENDAPAT IDEA

Anda peniaga?

Anda tahu kenapa peniaga perlu banyak membaca?

“Membaca adalah jambatan ilmu”. Itulah perkataan yang sering kita dengar sejak mula memasuki alam persekolahan. Bagi seorang usahawan

atau peniaga, ilmu penting bagi membina empayar perniagaan dan bersaing dengan peniaga lain.

Jika anda suka membaca, tidak kiralah apa jenis buku pun, ia amat berguna dalam teknik copy writing perniagaan anda di samping menjadikan

anda seorang peniaga yang kompetitif dan tahu banyak perkara, terutamanya yang berkaitan dengan perniagaan anda. Bagi anda yang masih

lagi ‘kabur’, kami ingin kongsikan kepentingan membaca buku untuk perniagaan anda.

#1 Menambah pengetahuan

penuhkan dada anda dengan ilmu yang berguna dan bermanfaat

kerana masyarakat hari ini dahagakan ilmu. Bila anda bernetworking,

ilmu adalah penting untuk membina kredibiliti diri anda sebagai

peniaga.

#2 Menjadikan anda peniaga yang banyak ilmu

ada ramai peniaga terlampau sibuk dan tak ada masa nak ambil tahu

banyak perkara. Anda tak perlu tahu banyak, tapi memadailah untuk

jadi sangat tahu hal-hal berkaitan perniagaan anda.

#3 Menambah kosa-kata

#5 Melatih otak berfikir

dengan membaca buku, ia secara langsung dapat melatih otak anda

untuk berfikir dengan lebih mendalam.

#6 Lebih fokus

bila anda membaca, anda akan lebih fokus kerana anda memberi

kosentrasi yang tinggi.

#7 Membaiki skill menulis

teknik penulisan anda akan lebih mantap dan lebih kreatif dengan ilmu

yang anda ada.

semakin banyak anda membaca, semakin banyak perkataan baru yang

anda perolehi dan ia akan membantu anda dalam penulisan.

#4 Meningkatkan memori

bila anda baca buku, anda akan ingat ‘content’nya kerana anda boleh

kongsikan ilmu tersebut dalam Blog atau Facebook anda. Ramai orang

ada masalah lupa pada usia yang muda kerana kurang membaca. Ini

tak bagus untuk peniaga.

21 TEKNIK SUPER MARKETING

34

17

MEMBINA

RANGKAIAN

Sebagai peniaga yang baru bertatih dan sudah lama berniaga, anda mesti tahu kepentingan rangkaian dalam perniagaan. Rangkaian

perniagaan (business networking) sangat berguna dalam melebarkan pengaruh perniagaan, meningkatkan ilmu perniagaan, boleh belajar dari

kejayaan peniaga lain dan menambah pelanggan baru.

Rangkaian perniagaan juga boleh terdiri daripada pesaing anda. Jika anda pandai mengambil peluang dan bekerjasama dengan mereka,

InsyaAllah anda akan dapat bina satu peluang perniagaan yang kuat. Rangkaian perniagaan juga boleh digunakan untuk membina perniagaan

yang stabil.

5 faedah mempunyai rangkaian dalam perniagaan ialah:

#1 Kongsi ilmu

rakan yang terbaik untuk berkongsi idea dan maklumat perniagaan

serta anda boleh minta pandangan mereka ketika berbual atau

berbincang hal perniagaan.

#5 Meningkatkan profil

Dikenali dan diberi perhatian adalah satu bonus dalam perniagaan.

Dengan kekerapan menghadiri ‘social event’, anda akan mula dikenali

dan ia akan memberi pengaruh pada diri dan perniagaan anda.

#2 Mencari peluang

biasanya bila anda ada rangkaian, anda sedang mencari peluang

untuk memajukan dan mengembangkan bisnes anda ke pasaran yang

lebih luas.

#3 Membina hubungan

anda bukan sahaja membina rangkaian, malah mencipta hubungan

dengan peniaga yang lain.

#4 Meningkatkan keyakinan

anda sedang mencabar diri anda untuk bercakap dengan orang yang

tak dikenali dan berborak mengenai bisnes masing-masing.

21 TEKNIK SUPER MARKETING

36

18

APA ITU

NICHE

MARKET

Niche adalah kaedah untuk mengumpul pelanggan yang memerlukan satu-satu produk atau servis yang tertentu. Bila anda tahu niche market,

anda boleh kenalpasti pasaran anda dengan lebih khusus. Contohnya adalah untuk pengeluar baju muslimah, niche market anda mungkin untuk

muslimah Plus Size atau Petite Size. Mengapa bisnes anda perlu mempunyai Niche sendiri?

#1 Menunjukkan Anda Pakar Dalam Bisnes Anda

Hanya fokus dengan satu jenis produk, anda akan cuba pelbagai kaedah yang sesuai untuk tahu baik buruk produk dengan lebih mendalam.

Anda tidak perlu lagi memikirkan strategi perniagaan yang terlalu rumit. Cukup dengan menguasai pasaran produk anda sahaja.

#2 Mudah Dikenali

Tak ramai peniaga yang boleh jadi pakar dalam bisnesnya. Bila dah jadi pakar, semua orang akan tahu tentang reputasi bisnesnya. Silap-silap,

tidak mustahil anda dipanggil oleh stesen TV untuk ditemuramah tentang bisnes produk anda kerana anda sudah mula dikenali.

#3 Mudah Dapat Pelanggan

Bayangkan dalam satu wilayah perniagaan yang jual macam-macam barangan, bisnes anda paling menonjol kerana produk jualan anda khusus

untuk keperluan bayi, misalnya. Pelanggan tidak perlu buang masa mencari barangan bayi di tempat lain kerana bisnes anda sudah cukup untuk

penuhi keperluan pengguna.

#4 Ruang Mengembangkan Bisnes

Anda tidak perlu risau tentang untung rugi jualan produk yang lain. Dengan niche, anda ada ruang untuk fikir cara yang lebih baik untuk rancang

strategi pemasaran baru bagi mengembangkan bisnes anda.

Bukan setakat itu sahaja, anda berpotensi untuk hasilkan rangkaian bisnes yang lebih besar dengan membuka cawangan bisnes di tempat lain.

Niche akan membuatkan perniagaan anda melonjak lebih tinggi dari peniaga yang menjual pelbagai produk. Bisnes anda akan menonjol apabila

anda mepunyai kuasa sendiri dalam menentukan harga dan nilai produk anda.

21 TEKNIK SUPER MARKETING

38

19

TIP MUDAH MEMBINA

BRAND AWARENESS

PRODUK

Tahukah anda apa itu “Brand Awareness”?

Adakah orang ramai tahu tentang jenama anda? Sebagai peniaga, anda perlu buat orang ramai tahu tentang jenama anda.

Brand Awareness merupakan kemampuan pelanggan mahupun bakal pelanggan untuk mengenali dan mengalami pengalaman tersendiri ketika

mendapatkan perkhidmatan dan produk bagi sesebuah perniagaan.

Untuk dapatkan perhatian pelanggan, penggunaan logo yang mampu naikkan ‘rating’ jenama produk berkenaan secara mendadak bagi tempoh

yang lama. Terdapat 3 peringkat di dalam proses meningkatkan kesedaran jenama produk anda.

Brand Recognition (Pengenalan Jenama)

Brand Recall (Mengingatkan kembali)

Top of Mind (Puncak)

Untuk berada di tahap Top of Mind, peniaga perlu tahu strategi pemasaran yang kukuh untuk menyedarkan pelanggan tentang potensi produk

anda. Berikut antara tips mudah yang boleh dijadikan panduan di dalam membina ‘brand awareness’ produk anda.

#1

Pastikan nama produk yang digunakan cukup mudah untuk diingati

oleh pelanggan. Gunakan nama yang ringkas dan unik dari aspek

sebutannya.

#2

Hasilkan konsep dan idea unik yang boleh menunjukkan perbezaan

jenama anda dengan pesaing. Contoh: gunakan iklan yang menarik,

yang viral dan mudah diingati.

#3

Menggunakan slogan yang efektif bagi membantu pelanggan untuk

mengingati jenama anda. Slogan ini boleh digunakan di dalam kempen

pengiklanan media, penerbitan akhbar mahupun melalui penggunaan

papan Billboard.

#5

Anda boleh juga membuat acara dan majlis promosi produk untuk

dekatkan pelanggan dengan perniagaan anda.

#6

Gunakan kelebihan media sosial bagi memudahkan anda melancarkan

jenama produk anda dan kepentingannya terhadap pengguna.

Gunakan sedikit teknik yang kreatif untuk jadikan orang ramai ingat.

Contohnya Mood Republik menawarkan hadiah cabutan bertuah iaitu

sebuah kereta mewah untuk pengunjung karnival jualannya.

#4

Pilihlah logo atau simbol yang berkaitan dengan jenama produk.

21 TEKNIK SUPER MARKETING

40

20

5 PERKARA KENAPA

KATALOG

PRODUK PENTING SEBAGAI

ALAT PEMASARAN

Bagaimana perniagaan anda hari ini?

Kami ada tips menarik untuk anda promosikan perniagaan secara offline. Anda ingin tahu?

Pernahkah anda menggunakan KATALOG? Jangan pandang sebelah mata dengan kuasa pemasaran katalog. Walaupun penggunaan katalog

sudah lama wujud, tetapi ramai di antara peniaga hari ini memandang rendah terhadap kuasa pemasaran katalog.

Ramai yang fikir, katalog yang mereka berikan kepada pelanggan kebiasaannya akan dibuang dan ini hanya membazir! Tapi, jika katalog

anda cantik, tersusun dan banyak maklumat, mungkin mereka tak akan buang. Kami kongsikan 5 perkara kenapa katalog penting sebagai alat

pemasaran.

#1 KEPERCAYAAN PELANGGAN

Katalog mewakili jenama produk anda. Reka bentuk katalog mestilah

mempunyai tarikan yang ‘WOW’. Jangan gunakan saiz tulisan yang

terlalu kecil kerana pelanggan lebih tertarik dengan paparan imej. Saiz

tulisan yang terlalu besar pula akan merugikan ruang katalog yang

ada. Ini akan membuatkan paparan imej menjadi lebih terhad.

Dari segi kandungan, pelanggan akan lebih yakin dengan katalog yang

boleh memuatkan informasi maklumat yang lengkap. Katalog yang

tidak lengkap akan membuatkan produk perniagaan anda kelihatan

murah dan tidak professional.

#2 GUNAKAN TESTIMONI ORANG YANG POPULAR

Sediakan satu ruangan khas untuk memaparkan sekurang-kurangnya

tiga maklum balas pengguna yang telah menggunakan produk anda.

Maklum balas yang digunakan akan membantu menaikkan rating

produk anda dalam kalangan pelanggan baru.

keraian. Anda tidak akan rugi dengan cara ini kerana sudah menjadi

lumrah, pelanggan pasti akan tertarik dengan istilah DISKAUN,

BONUS, PROMOSI HEBAT dan lain-lain lagi yang pastinya akan

membuatkan jualan produk anda meningkat dengan mendadak.

#4 ORDER FORM DAN MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI

Jika anda meletakkan borang tempahan atau Order di dalam katalog

anda, ia akan membuatkan aktiviti perniagaan anda beroperasi dengan

aktif. Ia juga memberi manfaat kepada pelanggan yang berada jauh

dari lokasi perniagaan anda yang mahukan khidmat produk anda.

Penggunaan borang ini sedikit sebanyak melancarkan urusan

dokumentasi jualan anda. Letakkan juga informasi yang cukup

bagaimana prospek boleh menghubungi anda.

#5 GANJARAN ISTIMEWA

Tidak salah untuk menggunakan pengaruh selebriti atau ahli politik

untuk dijadikan testimoni produk anda malah individu yang mempunyai

pengaruh seperti bloggers juga boleh dijadikan testimoni produk anda.

#3 PROMOSI BONUS & DISKAUN

Gunakan sebaik mungkin ruangan katalog yang ada dengan

mempromosikan bonus dan diskaun istimewa bagi meraikan sesebuah

Cara ini jauh berbeza dengan kaedah promosi bonus dan diskaun.

Cara ini adalah untuk pelanggan anda yang melakukan tindakan

pembelian dengan serta-merta.

Anda boleh berikan ganjaran istimewa seperti potongan 80% bagi 100

pembeli terawal yang ingin mendapatkan produk anda. Bayangkan,

pelanggan pasti akan berpusu-pusu untuk merebut tawaran istimewa

yang anda lakukan.

21 TEKNIK SUPER MARKETING

42

21

LAYARI

LAMAN WEB

ORANG LAIN

Berniaga jangan mudah syok sendiri. Kena buat sedikit kajian. Mulakan dengan rajin-rajinlah lawati laman web atau media sosial orang lain.

Anda ingin berniaga, tapi tiada idea? Atau anda dah berniaga dan rasa seperti mahu buat lebih lagi tapi tiada idea? Jangan risau… Insya Allah

kami akan bantu anda.

Cara yang terbaik untuk dapat idea memulakan perniagaan atau mengembangkan perniagaan adalah dengan melayari laman web orang lain

terutamanya Blog, Facebook dan Instagram. Banyak idea yang akan anda perolehi seperti idea perniagaan dan juga idea untuk buat promosi,

tawaran dan jualan. Berikut adalah 5 cara untuk dapatkan idea dengan melayari ‘website’ pengguna lain.

#1 Cara untuk dapatkan customer

Dengan merujuk website pengguna lain, anda boleh tahu cara nak

dapatkan pelanggan. Jadikan blogger atau page yang ramai follower

sebagai rujukan kerana mereka sudah ada followers yang tetap.

Rajin-rajinlah untuk tengok apa yang pesaing anda buat. Anda

sepatutnya jadi lebih inovatif dan buat sedikit perubahan dan gunakan

keatas perniagaan anda.

#2 Cara untuk jual barangan

#4 Cara promosi barangan

Anda boleh lihat cara mereka buat promosi menggunakan media sosial

dan keberkesanannya pada perniagaan. Anda juga boleh mengkaji

pada komen, like dan share status tersebut.

#5 Produk dan servis paling banyak permintaan

Anda juga boleh tahu jenis-jenis produk dan servis yang dapat

permintaan tinggi dari customer, tetapi produk tersebut tidak available

dalam pasaran. Anda mungkin boleh sediakan produk tersebut.

Anda akan tahu teknik atau langkah terbaik untuk menjual barangan

dan servis pada customer dengan cepat dan berkesan. Guna teknik

yang mereka guna untuk approach pelanggan.

#3 Cara mengetahui trend terkini

Biasanya peniaga yang menggunakan media sosial akan sentiasa upto-date

dengan trend terkini seiring dengan permintaan pelanggan.

21 TEKNIK SUPER MARKETING

44

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!