22.10.2019 Views

Cinta Dua Semester

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Transkrip Novel

Tajuk :

CINTA DUA SEMESTER

Karya :

Abafahni

0

BAB 1

Imran seolah-olah ingin terbang dan menjerit sekuat-kuat hatinya. Dia melonjak

kegembiraan di tengah-tengah sawah bila melihat gambar yang dihantar oleh kawan sebilik dan

sekuliahnya, Wahid. Gambar yang dihantar melalui whatsapp tersebut cukup membuat Imran

bahagia dan terlalu gembira. Hilang segala kekecewaan yang melanda hatinya selama setahun

ini. Keputusan peperiksaan akhir semester untuk tahun kedua di sebuah universiti tempatan

tersebut cukup untuk membuat Imran mendapat ‘Anugerah Dekan’ di fakultinya. Terik

matahari yang membakar ubun-ubun tidak dirasakan kerana keseronokkan yang ada dalam hati

dan fikirannya lebih menguasai.

Tidak sia-sia dia menumpukan sepenuh perhatian terhadap kuliahnya serta menelaah

buku hingga ke larut malam walaupun berdepan dengan seribu satu dugaan yang hampir-hampir

membuatnya berputus asa. Sebagai seorang anak kampung yang belum mengerti erti pancaroba

kehidupan terutama apabila pertama kali dia keluar dari kepompong kampung yang sudah

sebati dengan kehidupannya. Pertama kali mengenali erti cinta yang akhirnya menyebabkan dia

hampir lemas dan hanyut serta tersasar dari tujuannya datang ke menara gading itu. Mujur juga

ada seorang sahabat sejati seperti Wahid yang sentiasa mengingatkannya agar sentiasa berada

di landasan yang benar. Bagi Imran janji terhadap ibunya lebih penting. Janji untuk menjadi

seorang yang cemerlang. Dia bertanggungjawab terhadap setiap titis keringat ibunya yang

tertumpah untuk membesarkannya dan setiap janji yang telah dilafazkan. Tambahan pula

ayahnya telah lama meninggal dan segala beban tanggungjawab menyara keluarga terletak di

bahu ibunya. Imran tak sanggup untuk mensia-siakan pengorbanan ibunya. Imran tak sanggup

untuk melihat air mata ibunya tumpah atas kegagalannya dalam pelajaran.

Tugas utama dan hakiki Imran adalah untuk membahagiakan ibunya dengan kejayaan

yang bakal digapainya. Itu yang penting, tiada yang lebih penting. Malah lebih penting daripada

nyawanya sendiri.

Dalam diam sudah dua tahun Imran belajar di universiti. Ini bermakna ada baki dua

tahun lagi dia akan berada di menara gading tersebut.

Aduhh...macam mana ni?. Bisik Imran dalam hati. Bagai ada sesuatu yang

membungkam di dalam hatinya. Dia memandang langit yang biru tanpa awan dengan sinar

matahari yang cukup terik. Imran mengecilkan matanya seolah-olah ingin melawan kuasa

sinaran matahari yang memancar terus ke wajahnya. Ditundukkan semula wajahnya ke bumi.

Imran mengalah pada sinaran cahaya matahari yang memanah dan kuasa Tuhan. Samalah juga

1

ketika dia mengalah kepada desakan hati serta kuasa Tuhan yang telah menentukan segalanya

walaupun dia cuba untuk menentangnya.

Kenapalah aku bodoh sangat masa tu. Getus Imran dalam hati menyalahkan dirinya

sendiri.

Nasib kaulah Imran. Berani buat berani tanggung. Bisik hatinya lagi.

Imran mengeluh panjang. Tanah sawah berketul-ketul selepas dibajak ditolaknya

dengan hujung kaki satu satu. Tanah-tanah tersebut bergolek masuk ke dalam tali air. Air

berkocak menyebabkan anak-anak ikan yang berenang bertempiaran lari. Tapi Imran tidak

menghiraukan semua itu. Dia menuju ke palung air di hujung sawah peninggalan bapanya. Dia

melabuhkan punggungnya di atas palung air tersebut.

Dari atas palung air itu dia mengalurkan pandangan matanya saujana jauh memandang.

Petak-petak sawah yang luas melaut diperhatikannya tanpa tujuan. Sesekali dia menyeluk saku

dan mengeluarkan telefon. Jari jemarinya menari-nari di atas cermin telefon tersebut dan dia

tidak puas untuk melihat semula gambar keputusan peperiksaannya. Kalau pertama kali tadi dia

begitu gembira dengan apa yang dilihatnya, tapi kali ini berbeza. Wajahnya muram.

Aduhh... aku ni dah kenapa. Gerutu hati Imran.

Bukan ke kau kata kau tak kisah kalau benda tu berlaku?. Tiba-tiba seperti ada satu suara

yang mengiang-ngiang di telinga seperti mengejeknya.

Iyelah... benda belum berlaku. Memanglah kita kata tak apa. Bisik hati Imran

menambah.

Aku kena kuat. Aku lelaki. Takkan senang-senang nak mengalah pada benda-benda

macam tu. Mana pergi prinsip hidup aku selama ni. Imran masih melayan perasaannya.

Lamunan Imran terhenti bila wajah ibunya terlintas di fikiran.

Imran kembali menatap telefonnya. Jari-jemarinya kembali tolak tarik ke atas ke bawah,

ke kiri dan ke kanan. Jemarinya hanya berhenti apabila yang dicari telah ditemui. Imran

menatap screen telefonnya tajam. Imran seperti kaku seketika. Tiba-tiba jarinya menekan

butang delete pada screen telefonnya itu. Yes or no?. Soal hati Imran sendiri. Jarinya seolaholah

tergantung di antara kedua-dua butang tersebut.

Imran nekad. Hatinya telah bulat. Dia ingin membuang perkara itu sejauh-jauhnya. Usai

Imran menekan butang yes itu, gambar tersebut terus lenyap dari memori telefon. Tapi Imran

tahu ia takkan begitu mudah untuk lenyap di memorinya sendiri.

Kalaulah untuk melupakan sesuatu yang kita tak nak ingat semudah menekan butang

delete dan yes, tentu hidup manusia ni takkan ada masalah. Fikir Imran sendirian.

2

Akhirnya satu persatu gambar yang tidak diingini yang ada di dalam telefon itu dibuang

oleh Imran. Dia tak mahu ada satu pun yang tertinggal dan akan menyebabkan hatinya luka

semula. Dia mahu tabah. Dia mahu jadi kuat.

Aku nak buat ibu happy dengan apa yang aku dapat ni!. Hati Imran seolah-olah menjerit.

Imran menggenggam kemas telefonnya. Dia mahu pulang segera untuk memberitahu

ibunya tentang khabar gembira itu. Dia juga ingin berkongsi dengan adik-beradiknya yang lain.

Tentu malam ini ibunya akan masak special untuk mereka sekeluarga sebagai tanda syukur atas

kejayaannya. Itulah ibunya. Tak berkira dengan anak-anak, asalkan anak-anaknya bahagia.

Belum sempat Imran menghulur kaki untuk menginjak tanah, telefon di tangan

berdering. Imran duduk kembali di atas palung air. Matanya memandang screen telefon yang

sedang berdering.

Wahid?. Detik hati Imran.

Apa dia nak?. Fikir Imran lagi.

Akhirnya Imran mengangkat telefon daripada kawan baiknya itu. Sebaik meletak

telefon di telinga, jelas terdengar suara Wahid di hujung sana.

“Assalamualaikum bro... ehh... kau apa khabar?”. Wahid memulakan perbualan.

“Aku baik je...kau pula macam mana?”.

“Aku pun ok bro. Tapi result aku tak la cantik macam kau punya. Cukup-cukup makan

je”. Semacam ada kesedihan dalam nada suara Wahid.

“Takpe la. Result kau pun bukan teruk sangat. Kita ada dua tahun lagi kan”. Pujuk

Imran.

“Bro...aku dengar kau nak tangguh pengajian semester depan. Betul ke?”. Tiba-tiba

Wahid mengalih perbualan kepada pokok sebenar mengapa dia menelefon Imran.

“Jangan macam ni bro... sunyi doh aku semester depan kalau kau tak ada”. Wahid seperti

memujuk Imran. Suaranya sengaja diubah menjadi sayu.

“Tak apalah Wahid. Daripada hati aku jadi sedih, lepas tu tak boleh nak concentrate

pada study, baik aku tangguh pengajian”. Terang Imran.

“Ok lah kalau macam tu. Apa-apa pun tahniah la dari aku. Anugerah Dekan kot. Ingatingat

la member kat sini”. Wahid berseloroh.

Imran tersengih di hujung telefon. Dia kenal sangat dengan Wahid, sahabat karib yang

sanggup buat apa sahaja untuknya. Imran kenal Wahid sewaktu mula-mula mendaftar di

universiti itu. Kebetulan mereka ditempatkan di dalam bilik yang sama. Alhamdulillah,

persahabatan mereka kekal hingga hari ini. Walau pun mereka mempunyai rakan-rakan

sekuliah yang lain, tapi dengan Wahid lain. Mungkin mereka sama-sama datang daripada

3

keluarga yang susah. Cumanya Wahid masih ada ayah. Mungkin juga sebab Wahid satu kepala

dengannya. Tak banyak kerenah. Tak mudah sentap dan yang paling banyak persamaan,

masing-masing tak berduit. Imran tersengih sendirian bila mengenangkan kisah mereka berdua

berkongsi sebungkus mee segera untuk mengalas perut kerana kesempitan duit suatu masa dulu.

“Oklah bro. Thanks sebab sudi tengokkan result aku”.

“Alaaa... apa ada hal. Simple je tu. Kirim salam dengan mak kau ye”.

“Ok Wahid… Assalamualaikum”.

“Waalaikumsalam”.

Imran memutuskan talian telefon setelah selesai bercakap dengan Wahid. Imran terus

melompat ke tanah untuk pulang ke rumah. Dalam perjalanan balik Imran teringat pokok

perbualannya dengan Wahid sebentar tadi.

Memang Imran nekad untuk menangguhkan pengajian pada semester hadapan. Sekuatkuat

hatinya dan walau sekuat mana sekalipun dia berpegang pada prinsinp, yang satu ini tak

mampu untuk dibendungnya. Biarlah dia berundur seketika dan itu dirasakan jalan yang terbaik

untuk diri dan masa depannya.

“Kenapa kamu nak tangguh pengajian ni Imran?”. Dekan fakultinya bertanya setelah

meneliti borang permohonan untuk menangguh pengajian.

Dua hari sebelum final exam Imran berjumpa dengan dekan fakultinya untuk

mendapatkan kelulusan penangguhan pengajian.

“Saya tengok kamu ni bijak. Result tiap semester pun cemerlang. Dah tiga kali kamu

dapat Anugerah Dekan. Rasanya rugi kalau kamu tangguh pengajian. Atau kamu ada masalah

lain?”. Soal dekan panjang lebar.

Imran tunduk memandang lantai bilik dekannya untuk mencari jawapan yang logik.

Peluh jantan menitik di dahi Imran walaupun suasana dalam bilik tersebut sejuk.

“Saya tak ada masalah apa-apa prof. Saya cuma nak bantu ibu saya di kampung prof.

Lagipun tahun depan adik saya akan ambil SPM. Jadi saya terpaksa beri perhatian pada dia

dulu”. Laju bait-bait perkatan tersebut keluar daripada mulutnya. Dia memang tiada alasan lain

selain daripada alasan tersebut.

Imran memberanikan diri mengangkat wajahnya untuk melihat reaksi dekannya itu.

Dekannya itu masih meneliti borang yang ada di tangan. Beberapa saat kemudian, dekan

tersebut mengambil cap daripada dalam laci dan terus menekan pada borang Imran. Pantas jarijemari

dekan yang gempal itu mencapai pen mahal daripada poket bajunya dan menandatangani

borang tersebut.

4

“Saya harap awak akan kembali semula setelah penangguhan ini tamat dan sambung

pengajian awak”. Dekan fakultinya itu bersuara setelah semuanya selesai.

“Terima kasih prof. Insyaallah saya janji saya akan sambung semula pengajian saya.

Imran betul-betul lega apabila permohonannya telah diluluskan. Perasaannya seperti

orang bersalah dilepaskan daripada hukuman gantung. Imran betul-betul bersyukur. Sekurangkurangnya

hatinya akan tenang untuk enam bulan akan datang. Dan harapannya setelah dia

kembali nanti semuanya akan berubah, dan yang paling penting rakan-rakan sekelasnya juga

akan turut berubah. Sudah tentu Imran akan mendapat rakan-rakan baharu kerana rakan-rakan

sekelasnya yang lama yang telah dikenalinya lebih dua tahun akan menjalani latihan industri

untuk menamatkan pengajian. Ini bermakna waktu konvokesyen nanti dia tidak akan dapat

bersama dengan Wahid, teman rapatnya. Tapi itu jalan yang terbaik buat dirinya. Dia tak kisah

walaupun terpaksa menamatkan pengajian sedikit lewat daripada rakan-rakannya yang lain.

Setelah memikirkan semua itu, jiwa Imran semakin tenang. Imran merentas sawah padi

dengan kaki yang tak berkasut. Sesekali dia mengusik belalang kunyit yang melekat pada

tunggul-tunggul pokok padi yang telah di potong dengan hujung jari kakinya. Hati Imran begitu

seronok bila melihat belalang-belalang tersebut berterbangan apabila diusik sedemikian. Imran

mendongak ke langit melihat burung helang berterbangan mencari mangsa. Langit yang biru

bersih tanpa awan, menjadikan suasana kampungnya menjadi lebih indah. Jelas kelihatan

burung-burung yang berterbangan sekitar sawah padinya.

Dari kejauhan jelas terlihat rumah yang ditinggalkan oleh arwah ayahnya untuk ibu dan

adik-beradiknya yang lain. Di rumah itulah dia, ibu serta adik-beradiknya yang lain meneruskan

hidup. Dalam serba kekurangan, Imran sebagai abang sulung kepada tiga adik-beradiknya yang

lain tetap bahagia menjalani kehidupan seharian. Mereka sekeluarga tak pernah mengeluh

kesusahan. Pada tanah sawah di belakang rumah itulah dicurahkan tenaga dan keringat untuk

mencari rezeki menyambung kehidupan walaupun tidak seberapa.

Semakin menghampiri rumahnya, kaki Imran berhenti sejenak. Di halaman rumah

dilihatnya ada sebuah kereta sport berwarna merah. Siapa yang datang tu agaknya?. Imran

bertanya dalam hati pada dirinya sendiri.

Dia sendiri pun tak pernah melihat kereta tersebut. Hendak dikatakan saudara maranya,

Imran tahu benar. Mana ada ahli keluarga atau saudara maranya yang kaya raya sehingga

mampu membeli kereta sport sebegitu.

Pak Long kena loteri agaknya?. Gurau Imran dalam hati. Dia tersengih sendirian bila

mengingatkan apa yang difikirkannya sebentar tadi. Dia tahu Pak Longnya seorang yang baik.

Sembahyang di masjid tak pernah tinggal. Puasa lagilah...raya kedua setiap tahun Pak Long

5

sudah berpuasa enam. Imran tersenyum lagi. Kakinya meneruskan perjalanan yang berbaki

sedikit sahaja lagi.

Sampai di halaman, Imran meninjau-ninjau ke dalam kereta sport berwarna merah

tersebut. Mencari-cari kalau ada barang-barang yang dikenalinya di dalam kereta itu. Tapi

Imran hampa. Tak ada satu pun yang dia kenal atau tahu. Imran menuju ke bilik mandi di luar

rumah untuk membasuh kaki yang dipenuhi selut. Topi sawah peninggalan arwah ayahnya

disangkutkan pada paku di tepi dinding bilik mandi. Imran membuka kepala paip dan menadah

kakinya yang berselut di bawah aliran air paip yang melaju berlumba-lumba keluar daripada

salurannya. Imran menggosok sisa-sisa selut yang ada di kaki. Sejuk air paip yang menyirami

kaki terasa hingga ke hujung hati walaupun hari telah menjejak pukul satu. Biasanya waktu

pagi, air kolam yang ada dalam bilik mandi tersebut akan lebih sejuk. Ketika itulah adikadiknya

akan bertolak-tolak untuk mandi.

Selesai sahaja, Imran keluar daripada bilik air menuju pintu dapur. Dari luar rumah dia

dapat menangkap butir-butir perbualan ibunya dan seseorang. Hati Imran berdegup kencang.

Tiba-tiba dia rasa tidak keruan. Dia kenal benar dengan pemilik suara itu. Dia kenal dengan

tetamu ibunya itu. Persoalannya sebentar tadi telah terjawab. Imran menoleh sekali lagi pada

kereta yang terletak di halaman rumah.

Apa lagi yang dia nak daripada aku?. Imran celaru.

Sampai ke kampung dia cari aku. Aku ada buat salah ke dengan dia?. Imran terus

menerus menyoal dirinya sendiri.

Kaki Imran terpasak ke bumi seperti tidak boleh bergerak. Kepalanya tidak boleh

berfikir untuk seketika. Imran duduk sekejap di atas bangku kayu di luar rumah untuk mencari

kekuatan. Takkanlah dia nak lari meninggalkan rumah. Apa-apa pun dia akan hadapi semunya

dengan tenang.

“Imran!...kat sini kamu rupanya”. Tiba-tiba ibunya menyergah.

Imran terpinga-pinga. Fikirannya terbang entah ke mana. Imran hanya memandang

wajah ibunya. Tak tahu apa yang hendak dikatakan.

“Hei...kenapa ni. Macam nampak hantu jer”.

“Eehhh... tak ada apa bu”. Imran tergagap-gagap

“Abis tu, apa yang kamu buat kat luar ni. Menung sorang-sorang?”. Soal ibunya.

“Im baru balik dari sawah tadi. Dah lama tak turun”. Imran menjawab. Dia tidak berani

untuk menatap wajah ibunya. Dia bimbang ibunya akan mengetahui apa yang sedang bersarang

di dalam kepalanya ketika itu.

“Ni ha...ibu nak bagitau. Kita ada tetamu”.

6

“Siapa bu?”. Soal Imran buat-buat tak tahu.

“Masuk la tengok sendiri. Dah lama dia tunggu kamu. Katanya kawan satu universiti”.

“Eerr...”. Imran mati kata-kata.

“Pergi la masuk. Ibu nak cari sayur-sayur sikit. Nak masak tengah hari ni. Boleh la jamu

kawan kamu tu makan tengah hari”. Terang ibunya tanpa diminta.

Imran bangun dan mengukuhkan kakinya. Semangatnya kena kuat. Imran bersedia

seperti ingin menghadapi musuh. Imran menarik nafas dalam-dalam dan melepaskannya untuk

mencari kekuatan dan ketenangan.

Kaki Imran melangkah lambat-lambat. Dia mula melangkah bendul pintu dapur

rumahnya. Terasa amat berat untuk kakinya melangkah. Ditolehnya ke belakang. Ibunya telah

hilang di belakang rumah. Langkah Imran lambat-lambat. Kakinya melangkah dan memijak

anak-anak tangga dengan berhati-hati untuk ke atas menuju ke ruang tamu rumah. Akhirnya

Imran sampai juga di hujung tangga di muka pintu pemisah antara ruang tamu dan dapur

rumahnya. Rumah Imran pun bukanlah besar sangat. Ada ruang tamu, tiga bilik tidur dan dapur.

Bilik tidur pun hanya dipisahkan dengan papan lapis. Satu untuk ibunya, satu untuk anak-anak

lelaki dan satu lagi untuk anak-anak perempuan. Cukup sederhana.

Imran menyingkap langsir yang menabiri muka pintu ruang tamu dan dapur. Imran

melangkah perlahan ke arah ruang tamu yang ada sofa kayu yang telah lusuh sarungnya.

Perasaan malu yang teramat sangat tiba-tiba menyelubungi dirinya. Dia tahu taraf tetamunya

itu. Imran hanya tunduk. Dia tidak perlu memandang wajah tetamunya itu kerana dia sudah

kenal benar.

“Assalamulaikum”. Lunak suara daripada tetamunya itu bila melihat Imran muncul.

“Waa..aa..laikum saa..lam”. Suara Imran hampir tidak keluar.

“Im apa khabar?”. Soal tetamunya lagi.

Imran semakin resah dan semakin malu. Malu dengan keadaan dirinya. Malu dengan

kehidupannya. Bukan dia tidak bersyukur. Cuma Imran malu dengan tetamunya itu kerana

kedudukan mereka seperti langit dengan bumi. Imran terus membatu membiarkan soalan

tetamunya itu tidak berjawab.

7

BAB 2

Pantas Imran mengayuh basikalnya. Imran ingin cepat sampai ke rumah. Surat di

tangannya terbuai-buai terkena hembusan angin. Dia ingin berkongsi berita gembira ini dengan

ibunya serta adik-adiknya yang lain. Pasti ibunya akan gembira dan menitiskan air mata bila

mendapat perkhabaran gembira tersebut. Imran sendiri tidak sangka permohonannya untuk

memasuki sebuah universiti tempatan di Kuala Lumpur telah berjaya. Tempatnya taklah jauh

sangat dengan kampungnya. Selepas STPM, Imran berkerja di pekan di kampungnya sementara

menunggu keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.

Sememangnya Imran berusaha keras untuk berjaya. Dia faham dengan keadaan

keluarganya yang serba kekurangan. Semenjak ayahnya tiada, dia dan ibunya menjadi galang

ganti memikul tanggungjawab membesarkan adik-adik dan mencari rezeki untuk mereka

sekeluarga. Selepas SPM Imran mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran ke

tingkatan enam di sekolah kampungnya. Bukan dia tak mendapat tawaran untuk menyambung

pengajian di kolej-kolej, tapi memandangkan keupayaan keluarganya, Imran menyimpan

hasratnya untuk menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi suatu hari nanti. Selain

daripada itu, Imran ingin mengurangkan beban ibunya menyara kehidupan. Sekurangkurangnya

tempoh dua tahun di tingkatan enam dapat digunakan untuk mengumpul wang

belanja sekiranya dia dapat menyambung pengajian di menara gading kelak. Usaha Imran

selama dua tahun tidak sia-sia bila dia menjadi antara pelajar yang cemerlang di sekolahnya.

“Kalau ikut keputusan kamu ni, cikgu yakin kamu tak ada masalah untuk melanjutkan

pelajaran ke universiti”. Cikgu Hamidah, cikgu yang mengajarnya subjek ekonomi

memberitahu semasa dia dan rakan-rakan lain hadir ke sekolah untuk mengambil keputusan

peperiksaan STPM.

“Insyaallah cikgu. Ini semua berkat doa dan usaha cikgu dan cikgu-cikgu yang lain

mendidik saya”. Jawab Imran sambil tersenyum. Dia memandang wajah cikgu Hamidah dengan

senyuman. Dia tahu cikgu Hamidah banyak memberi dorongan kepadanya untuk lebih berjaya.

“Apa-apapun saya ucap tahniah pada kamu Imran sebab kamu adalah pelajar cemerlang

sekolah ini”. Sambung Cikgu Hamidah sambil tersenyum.

“Tapi kamu jangan balik lagi. Sekejap lagi sekolah akan mengadakan sedikit majlis

untuk pelajar-pelajar yang cemerlang termasuk kamu”.

“Terima kasih cikgu”.

Kembang kuncup hidung Imran bila Cikgu Basar, Guru Besar sekolah mengumumkan

namanya sebagai pelajar cemerlang STPM bagi tahun tersebut. Pertama kali juga Imran

8

memberi ucapan di hadapan pelajar-pelajar sekolah selepas dinobatkan sebagai pelajar

cemerlang. Dadanya bagai ingin pecah, seolah seketul batu menghempap dadanya apabila guru

besar mempersilakannya untuk menyampaikan ucapan di hadapan pelajar-pelajar lain.

Alhamdulillah...segalanya berjalan lancar. Imran dapat menyampaikan sedikit sebanyak hasrat

hatinya kepada pelajar-pelajar yang juga anggapannya seperti adik-adik. Akhir ucapan Imran

mendapat tepukan gemuruh daripada guru-guru dan pelajar-pelajar yang ada di dalam dewan

tersebut. Pelbagai perasaan bercampur baur dalam diri Imran, gembira, bangga, sedih. Setidaktidaknya

dia telah berjaya membuktikan kepada ibu serta guru-gurunya, usaha yang dicurah

selama ini tidak sia-sia. Janji-janji kepada ibunya selama ini telah ditunaikan. Tapi Imran

sedar.Perjalanannya masih jauh. Masih banyak yang perlu dilalui dan dipelajari.

Kerana terlalu gembira Imran terus merebahkan basikalnya di halaman rumah sebaik

sahaja sampai di rumah. Anak-anak tangga berkeriut dipijak keras sahaja oleh Imran. Dia tidak

sabar berkongsi berita gembira itu dengan ibunya. Tidak sabar untuk melihat senyum

kegembiraan dan kesyukuran di wajah ibunya.

“Ibuuu....!”. Laung Imran sebaik kakinya memasuki ruang tamu rumah.

Imran mencari ibunya di segenap penjuru rumah. Tapi dia hampa.

“Ibuuu...!”. Imran memanggil ibunya. Kertas putih di tangannya dipegang kejap.

Imran tergesa-gesa keluar daripada rumah bila menyedari ibunya tiada. Imran berlari

sekeliling rumah mencari ibunya. Mana tahu kalau-kalau ibunya tengah memetik pucuk manis

atas batas tepi rumah atau menunggal ubi keladi untuk dibuat masak asam pedas. Tapi Imran

tetap hampa. Ibunya tiada.

Mana ibu ni?. Soal hati Imran.

Imran memandang sekeliling mencari kelibat ibunya. Tapi jawapannya masih hampa.

Sekian lama mencari, mata Imran dapat menyorot susuk tubuh ibunya nun jauh di hujung

sawah. Dia dapat melihat ibunya terbongkok-bongkok membuat kerja-kerja membuang rumput

di atas batas untuk persiapan menanam padi untuk musim seterusnya. Imran tersenyum kerana

orang yang dicarinya telah ditemui.

Imran mencampakkan selipar yang tersarung di kaki. Turun ke sawah tak perlu pakai

kasut. Turun sawah tak perlu pakai selipar. Alamatnya akan terperuk ke dalam selut walaupun

sawah padi ketika itu kering, tapi masih ada lopak-lopak air yang menakung lumpur tempat

anak-anak katak bermain.

Imran terus melompat ke tengah sawah bak pahlawan silam menyusun langkah. Imran

berlari dengan kaki telanjang. Tunggul-tunggul rumpun padi yang telah dituai diranduk tanpa

9

peduli. Imran dah tak peduli pasal bahaya lagi. Apa yang ada di dalam kepalanya hanyalah

untuk memberitahu dan berkongsi berita gembira itu kepada ibunya.

“Ibuuu.....ibuuuu!”. Imran menjerit sambil berlari menuju hujung sawah untuk

mendapatkan ibunya yang masih ralit berkerja.

“Ibuuu....ibuuuu!”. Imran menjerit lebih kuat dan semakin hampir dengan ibunya.

Ibunya yang terbongkok-bongkok merumput tadi menegakkan badannya untuk melihat

apa yang berlaku.

“Kenapa terjerit-jerit ni Im?”. Soal ibunya apabila melihat Imran terjerit-jerit dan

terlompat-lompat sambil berlari di atas tanah sawah yang tidak rata itu. Tangannya tergawanggawang

ke udara untuk mengimbang badannya agar tidak jatuh.

“Ni haa...Im nak tunjuk ni pada ibu”. Imran termengah-mengah menahan penat berlari

sepanjang sawah.

“Tunjuk apa?”. Sahut ibunya.

“Ni haaa... Im nak bagitau ibu”.

“Iye la... apanya?”.

“Im dah dapat masuk universiti bu.Im dah diterima belajar di universiti”.

“Alhamdulillah...sampai juga hajat anak ibu”. Ibunya melihat surat yang ada di tangan

Imran walaupun dia tidak tahu apa yang tertulis di dalamnya. Baginya apa yang dikongsikan

anaknya itu tak perlu disangkal, semuanya betul. Tanpa sedar air mata kegembiraan menitis

melalui kedut kulit wajah tuanya.Tak sia-sia dia berkorban untuk anaknya itu. Sejuk terasa perut

yang mengandungkan Imran. Dia betul-betul bangga dengan anaknya Imran.

“Bu...Imran ada satu perkara nak bagitau ibu ni”. Dia masih ingat pada suatu malam

Imran bersuara kepadanya.

“Ada apa Im?”. Tanya ibunya sambil menatap wajah anak sulungnya itu.

“Tadi Im ambil keputusan STPM.Im lulus bu”.

“Alhamdulillah...”.

“Tapi ada lagi bu.Imran dapat jadi best student bu”. Terang Imran kepada ibunya.

“Ooo...best student tu hapa?”. Ibunya menyoal penuh tanda tanya.

“Hi hi...best student tu pelajar terbaik bu. Imran jadi pelajar terbaik STPM di sekolah

Im”. Terang Imran panjang lebar untuk memberi kefahaman kepada ibunya.

“Ya Allah...betul ke ni?.Ibu bersyukur sangat anak ibu ni berjaya”. Itu entah yang

keberapa kali Imran menceritakan berita kejayaan kepadanya. Pertama kali ketika dia mendapat

6A dalam UPSR, kemudian PMR, SPM dan STPM. Semuanya membawa khabar gembira dan

10

membahagiakan buat dirinya sebagai ibu. Imran memang seorang anak yang cerdik dan

mendengar kata.

“Bu...ibu ingat apa?”. Soal Imran bila melihat ibunya membatu.

Ibunya sedikit terkejut. Khayalan dan kenangan tentang kejayaan Imran yang lepaslepas

terbang dan hilang tiba-tiba.

“Tak ada apa...cuma ibu teringat cerita kamu dulu-dulu”. Ibunya memulakan semula

bicara.

“Kamu tak pernah buat ibu kecewa. Tapi ibu yang banyak kecewakan kamu”. Wajah

ibunya berubah. Ada riak sedih di wajahnya.

“Apa ibu cakap ni.Im tak kisah”. Imran membalas seolah-olah dapat meneka apa yang

bersarang di benak ibunya.

“Ibu dah besarkan Im pun dah cukup bersyukur. Apa yang Im buat ni semua, untuk buat

ibu bahagia”. Sambung Imran.

Air mata ibunya mengalir deras. Mengimbau kisah-kisah lalu, tak sedar mereka berada

di tepi sawah. Matahari menyengat ubun-ubun. Imran tahu ibunya sedih kerana tidak dapat

menghantarnya ke sekolah berasrama dan kolej untuk meneruskan pelajaran. Tapi Imran tahu.

Di mana-mana pun kita boleh belajar dan mendapat keputusan yang baik sekiranya kita gigih

berusaha. Bukan keadaan, tempat atau sekolah yang boleh membuatkan seseorang itu berjaya,

tapi usaha yang berterusan.

“Sudah la bu.Im tak kisah pun apa yang berlaku lepas-lepas”. Imran memeluk ibunya.

“Im dah buktikan, mana-mana Im belajar pun, Im tetap berjaya juga”.

Ibunya hanya senyum dan memandang wajah ceria anaknya. Kali ini dia terpaksa

berkorban berjauhan dengan anak kesayangannya itu demi masa depannya.

“Jom bu...kita balik”. Imran menarik tangan ibunya dengan lembut.

“Panas sangat dah ni”. Sambung Imran sambil mendongak ke langit untuk melihat

matahari. Namun dia tak dapat menentang pancaran cahaya matahari yang menyelar wajah.

Imran memimpin ibunya pulang ke rumah. Berjalan perlahan-lahan memijak bongkah-bongkah

tanah sawah yang baru sahaj di bajak kasar. Selepas ini tanah sawah itu akan di bajak beberapa

kali lagi sehingga tanah menjadi betul-betul gembur. Selepas itu barulah air akan dimasukkan

untuk melembutkan tanah. Waktu itu pemandangan memang cantik. Seluruh kampungnya

kelihatan seperti ditenggelami air. Kampungnya menjadi lautan.

“Malam ni Im nak makan apa?”. Soal ibunya tiba-tiba di tengah perjalanan.

“Apa-apa yang ibu masak Im makan”. Imran membalas pertanyaan ibunya.

11

“Kalau macam tu malam ni ibu masak lauk yang Im suka. Kita makan ramai-ramai

dengan adik-adik”.

“Im kalau ibu masak apa-apa pun sedap”. Sambung Imran. Memang dia tak pernah

menolak apa sahaja yang dimasak ibunya. Bagi Imran air tangan ibunya memang tak siapa

boleh lawan. Ibunya memang pandai dan cekap masak memasak. Kadang-kadang Imran sendiri

tidak tahu bila ibunya ke dapur. Setiap hidangan akan terhidang di bawah tudung saji setiap kali

tiba waktu makan tak kiralah sama ada sarapan, makan tengah hari mahupun makan malam

tanpa pernah gagal semenjak Imran mula lahir. Ibunya memang betul-betul menjaga masa

makan keluarganya. Baginya itu merupakan satu tanggungjawab yang tak boleh diabaikan.

Sampai di rumah, ibunya terus masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan badan.

Selepas ini ibu akan memasak untuk anak-anaknya yang akan balik dari sekolah. Tentu adikadiknya

lapar. Kadang-kadang bila kesempitan duit, adik-adiknya akan membawa bekal ke

sekolah. Semua adik-adiknya faham dengan kesusahan ibunya. Daripada adiknya Amir,

Fatimah dan adik bongsunya Suraya, semua memahami keadaan kesusahan yang dialaminya

keluarga.

Keluar daripada bilik air, ibunya hilang di belakang rumah. Imran tahu apa yang ibunya

lakukan. Di belakang rumah banyak pokok-pokok sayur, ulam-ulam dan bahan-bahan lain

untuk dimasak. Sebut sahaja, boleh kata semua ada di belakang rumah. Pucuk manis, kangkung,

timun, labu, cili besar, cili padi, serai, lengkuas dan macam-macam lagi. Ibunya ringan tulang

sebab itulah mereka tak perlu keluar belanja yang besar untuk makan hari-hari anakberanak.Kadang-kadang

Imran memancing di dalam kolam di hadapan rumah mereka dah

boleh buat lauk untuk makan tengah hari dan makan malam.

Lama Imran duduk di atas tangga di hadapan rumah memerhati ayam-ayam dan burung

gembala kerbau patuk-mematuk bergilir-gilir sisa padi yang ada di tanah. Imran tersentak bila

hilai tawa gurau senda adik-adiknya yang baru pulang ke rumah memecah kesunyian. Dia tahu,

kalau adik-adiknya pulang ke rumah tentu waktu dah menunjukkan jam satu.

“Ehh..abang tak kerja ke?”. Soal Suraya adiknya yang bongsu bila melihat Imran

tercongok duduk di tangga. Imran senyum.

Suraya melabuhkan punggungnya di atas tangga duduk di bawah sedikit daripada Imran.

Imran melihat gerak laku adik bongsu kesayangannya itu. Memang mereka berdua sangat rapat.

“Abang cuti hari ni”. Balas Imran bila Suraya sudah selesa duduk di tangga itu.

“Kenapa abang cuti?”. Mulut comel Suraya terus bertanya.

“Abang ambil surat keputusan masuk universiti”. Terang Imran.

“Abang dapat masuk universiti ke?”.

12

“Iye...lagi seminggu abang kena pegi KL. Abang dapat sambung belajar kat sana”.

Terang Imran tanpa jemu melayan keletah adiknya itu.

“Alaaa... tak best la abang takde”. Suraya seolah-olah merajuk.

“Adik...abang kena pegi. Kalau tak macam mana abang nak belajar”. Balas Imran.

Suraya memuncungkan mulutnya bila sahaja dapat tahu abangnya Imran akan

meninggalkannya untuk melanjutkan pelajaran di Kuala Lumpur.

“Sebelum ni boleh je abang belajar kat kampung ni”. Suraya seperti ingin mencari alasan

agar abangnya itu tidak pergi ke Kuala Lumpur

Imran hanya tersenyum. Dia tahu perasaan adiknya kerana selama ini dia tak pernah

berenggang dengan adiknya itu.

“Adikkk...kat kampung ni mana ada universiti. Kalau kat kampung ni ada universiti, tak

payah la abang pegi KL tu”. Jelas Imran panjang lebar.

“Tapi adik jangan la sedih. KL bukan jauh sangat dengan kampung kita ni. Nanti bila

ada cuti, abang balik la sini tengok ibu, kakak, abang dengan adik”. Pujuk Imran.

“Abang janji tau”.

“Ok...abang janji. Tapi adik pun kena janji dengan abang. Belajar rajin-rajin. Jaga mak

baik-baik. Jangan susahkan hati mak. Jangan buat mak sedih. Boleh?”. Sambung Imran lagi

sambil memandang wajah adiknya itu.

Suraya menghulurkan jari kelingking ke arah Imran. Imran turut menghulurkan jari

kelingkingnya dan akhirnya jari kelingking kedua-duanya bertaut tanda memeterai perjanjian

mereka. Kedua-dua mereka senyum bahagia. Imran bangun dan menarik tangan adiknya untuk

naik ke atas.

“Jom...kita masuk. Lepas ni adik mandi. Kita makan sama-sama”. Imran mengambil

beg sekolah adiknya yang diletakkan di atas anak tangga sebentar tadi. Akhirnya kedua-duanya

tenggelam dalam perut rumah.

Malam sudah merangkak larut. Imran memandang jam dinding. Sudah jam sebelas

malam. Adik-adiknya sudah lama lena diulit mimpi. Di kampung pukul lapan malam sudah

sunyi sepi. Yang kedengaran hanya bunyi-bunyi katak serta serangga yang melata di sekitar

rumah. Kadang-kadang terdengar juga bunyi burung hantu saling sahut-menyahut. Kalau

sesekali duduk di kampung, mendengar bunyi burung hantu amat menyeramkan. Sesekali

meremang juga bulu tengkuk Imran bila mendengar bunyi burung hantu walaupun sudah biasa

mendengarnya.

Imran bergerak ke dapur. Televisyen dimatikan. Tak ada rancangan yang menarik

perhatian Imran. Imran pun lebih berminat untuk memikirkan kehidupannya selepas ini selepas

13

dia sah menjadi pelajar universiti minggu depan. Imran menarik salah satu kerusi makan yang

ada di dapur serta melabuhkan punggungnya. Matanya memerhati ibunya yang sedang leka

mengadun tepung untuk persiapan membuat kuih untuk sarapan mereka pagi esok. Begitulah

rutin ibunya. Selesai sembahyang isyak, biasanya ibu akan ke dapur semula untuk mengemas

apa yang patut. Kemudian ibu akan mula menyediakan persiapan untuk sarapan mereka pagi

esok terutama untuk adik-adiknya yang akan ke sekolah.

“Haa...Im. Nak kopi ke?”. Sapaan ibunya memecah khayalan Imran.

“Kalau kamu nak, ibu buatkan”.

“Tak pe la bu”. Balas Imran singkat.

Ibunya meneruskan kerja-kerja menguli tepung. Imran ralit melihat perbuatan ibunya.

Matanya tidak berkelip. Serasa seperti hanya jasad Imran ada di situ tetapi fikirannya

menerawang entah ke mana. Seperti ada sesuatu yang sangat terbeban di benak Imran ketika

itu. Ada sesuatu yang ingin diluahkannya, tetapi seperti ada sesuatu yang menyengkang

kerongkongnya. Imran mencari kekuatan untuk bersuara.

“Bu...”. Akhirnya terpacul juga perkataan daripada mulut Imran.

Ibunya tidak menyahut tetapi hanya memalingkan muka untuk melihat Imran. Tangan

ibunya yang dari tadi lincah mengaul dan menguli tepung terhenti. Tepung bercampur air yang

melekit di celah-celah jari ibunya hanya dibiarkan. Ibunya seolah-olah ingin menumpukan

sepenuh perhatian kepada apa yang ingin diperkatakan oleh anaknya itu.

“Ka..ka..lau Im takda nanti macam mana?”. Soal Imran tersekat-sekat. Suaranya

bimbang bercampur sedih.

“Macam mana apa?”. Soal ibunya semula.

“Iye la...selama ni Imran tak pernah berpisah jauh daripada ibu. Imran risau kalau apaapa

jadi pada ibu”. Terlepas juga apa yang ingin diluahkan oleh Imran. Perkara yang bersarang

di dalam kepalanya telah terurai. Dia diam menunggu jawapan daripada ibunya.

“Ooo... itu ke yang Im risaukan?”. Ibunya bersuara sambil tangannya kembali lincah

menari-nari di dalam besen merah yang penuh dengan tepung yang telah sebati dengan air.

Tepung yang telah digaul sebati dan kelihatan liat itu ditarik-tarik dan diuli semula.

“Im jangan risau. Adik-adik Im yang lain kan ada. Insyaallah, diaorang boleh bantu ibu”.

Sambung ibunya setelah sekian lama berdiam.

“Lagi pun itu kan cita-cita Im. Cuma ilmu je yang boleh ubah hidup kita ni Im. KL tu

pun bukan jauh sangat dengan kampung kita ni”.

“Cumanya ibu risau...”. Kata-kata ibunya mati di situ.

14

“Ibu risau apa?”. Soal Imran tidak sabar. Dia memasang telinga untuk mendengar seperti

ada perkara penting yang berlegar di kepala ibunya.

“Macam mana kamu nak belajar. Duit ibu pun macam tak cukup nak tanggung Im kat

sana”.

“Ooo... pasal itu ke. Ibu jangan la risau. Nanti Im akan ada pinjaman daripada PTPTN”.

Jelas Imran. Hatinya terasa lega setelah mengetahui apa yang dirisaukan oleh ibunya itu.

“Kalau Im dapat keputusan yang cemerlang, Im tak payah bayar balik satu sen pun ibu”.

Tambah Imran untuk meleraikan kerisauan ibunya.

Ibunya hanya senyum. Entah faham entah tidak dengan apa yang dijelaskan oleh Imran

sebentar tadi. Ibunya meletakkan besen merah berisi tepung yang telah siap diuli ke bawah

tudung saji di atas meja makan. Imran tahu apa yang ingin dibuat oleh ibunya. Esok pagi akan

ada kuih pau gebu berasap berinti kaya buatan ibunya sendiri.

“Dahlah Im...pegi tidur. Esok Im kerja lagi kan?”.

“Iye bu...ni minggu akhir Im keje kat situ. Im dah bagitau dengan bos yang Im nak

berenti keje dan nak sambung belajar”.

“Baguslah kalau macam tu”.

Anak-beranak tersebut beriringan menuju ke bilik tidur masing-masing. Ibunya tidur di

bilik bersebelahan bilik adik-adik perempuannya, Fatimah dan Suraya. Manakala dia dan Amir

tidur di bilik yang lain.

“Selamat malam bu. Assalamualaikum”. Ucap Imran kepada ibunya sebaik tangannya

memegang tombol pintu bilik. Memang itu rutin Imran setiap malam. Dia akan menjadi

peneman ibunya sehinggalah ibunya masuk tidur.

“Waalaikumsalam”. Jawab ibunya sambil senyum.

Imran tahu hati dan perasaan ibunya. Selepas ini dia dah tak dapat lagi mengucapkan

salam sebelum tidur kepada ibunya. Begitu juga ibunya. Takkan dapat menjawab salam Imran

lagi. Buat pertama kali kedua-duanya akan terpisah.

Masuk ke dalam bilik, bunyi dengkuran Amir yang sudah nyenyak tidur menjadi

iramahalwa telinganya. Imran sudah biasa dengan bunyi-bunyian sebegitu. Bunyi dengkuran

Amir berselang-seli dengan bunyi katak di luar. Imran merebahkan badannya. Matanya masih

belum mengantuk. Dia menyilangkan tangan di bawah kepala sambil matanya memandang

siling bilik. Daripada cahaya lampu yang terpasang di luar, Imran dapat melihat beberapa ekor

cicak bermain-main di dinding bilik. Fikirannya menerawang entah ke mana. Fikirannya

kosong. Dia hanya melayan matanya yang masih belum mahu lelap.

15

Imran terkejut bila terdengar pintu bilik diketuk bertalu-talu oleh adiknya Fatimah. Dia

menggosok mata serta tangannya meraba mencari telefon bimbitnya yang diletakkan di atas

meja di tepi katil. Sebaik terjumpa, Imran menekan butang pada telefon tersebut. Cahaya

daripada telefon tersebut menerangi sebahagian daripada bilik. Imran melihat jam pada telefon

tersebut menunjukkan jam lima lima belas minit. Imran menoleh ke arah Amir yang masih lena.

“Mirrr...bangun. Dah subuh ni”. Imran menggoncang tubuh adiknya.

Dua tiga kali goncang, Amir terjaga. Dia menggeliatkan badan untuk membetulkan

segala urat-uratyang tidak betul duduknya semasa dia tidur. Amir bingkas bangun untuk bersiap

ke sekolah. Memang kebiasaannya Imran akan membiarkan adik-adiknya bersiap terlebih

dahulu untuk ke sekolah sebelum dirinya mengambil giliran untuk mandi dan bersiap untuk

pergi ke tempat kerja.

Selesai semuanya, biasanya Imran akan mengimamkan keluarganya untuk sembahyang

subuh sebelum bersarapan dan membawa hala tuju masing-masing.

“Im...Mir...Timah...Su. Mari makan dulu”. Laung ibunya daripada dapur.

Ibunya takkan membiarkan anak-anaknya keluar rumah dengan perut kosong. Adikadiknya

yang telah siap berpakaian sekolah bergegas ke dapur untuk menikmati sarapan pagi

yang telah dihidangkan ibunya. Di atas meja terhidang beberapa ketul kuih pau gebu berasap

yang diletakkan rapi di dalam pinggan. Air teh panas juga telah siap terhidang untuk setiap

orang. Imran dan adik-adik melabuhkan punggung di atas kerusi menghadap meja makan untuk

menjamah sarapan di hadapan mata. Imran hanya memerhati adik-adiknya silih berganti

mengambil kuih pau yang masih panas. Suraya memotong dua kuih pau di tangan. Inti kaya

yang juga masih panas keluar meleleh seperti lahar gunung berapi yang baru meletus. Suraya

terloncat-loncat apabila inti kaya panas tersebut meleleh terus ke tangannya. Adik-beradiknya

yang lain ketawa terkekeh-kekeh melihat telatah adik bongsu mereka itu. Imran turut

tersenyum.

“Adik...makan tu perlahan-lahan la. Kan panas tu”. Ibu menegur adik yang dilihat

seperti tidak sabar untuk memasukkan kuih pau ke dalam mulutnya.

“Bismillah pun tak baca”. Fatimah menambah.

“Kau pun sama...nak kata orang”. Suraya bersuara bila diasak oleh kakaknya.

“Sudah...sudah. Makan jangan bercakap.”

“Timah pun sama. Kalau ibu bercakap jangan nak menambah”. Ibunya mula masuk

campur bila melihat ada bibit-bibit pergaduhan adik-beradik itu.

Imran tersenyum. Amir pula tidak menghiraukan keadaan sekeliling, terus menyumbat

kuih pau ke mulutnya. Yang penting perutnya kenyang sebelum ke sekolah. Itulah suasana

16

setiap pagi yang bakal dirindui Imran selepas ini. Suasana itulah yang membuatnya

bahagia.Pergaduhan yang tidak akan lama, gurau senda antara mereka, semuanya bakal

ditinggalkannya tidak lama lagi. Masa yang tersisa itu dinikmati Imran sepuasnya.

“Im...kenapa tak minum lagi tu?”. Sapaan ibunya mematikan lamunan Imran.

Tanpa Imran sedar adik-adiknya telah beredardaripada meja makan. Masing-masing

mencapai kasut sekolah manakala Amir sudah celapak di atas seat basikal yang kematu menanti

adiknya Suraya mengikat tali kasut untuk sama-sama ke sekolah. Fatimah pula menunggang

basikal berasingan. Mata Imran hanya mengekori pergerakan adik-adiknya sambil menghirup

teh yang sudah hampir sejuk. Lambat-lambat Imran mengambil kuih pau yang tersisa di dalam

pinggan. Kuih pau dipotong dua dan dimasukkan ke dalam mulut. Ibunya sedang sibuk di dapur

mengemas apa yang perlu setelah semua adik-adiknya selesai bersarapan sebentar tadi.

Hanya tinggal Imran seorang diri bersarapan. Matanya dilemparkan ke luar jendela

menghadap hamparan hijau sawah padi. Tenang rasanya fikiran Imran ketika itu. Suasana

kampung sebegini yang membuatkan Imran begitu sayang untuk keluar daripada kampungnya.

Kalau boleh Imran ingin terus tinggal di kampung selama-lamanya. Tapi Imran tahu itu tidak

mungkin. Dia kena keluar. Dia kena melihat dunia luar untuk maju.

Imran menghela nafasnya. Dia bangun menuju bilik untuk bersiap pergi kerja. Ini adalah

hari-hari terakhirnya berkerja di pekan kampungnya. Walaupun pekan kampungnya itu tidak

besar, tetapi semuanya ada dan di kilang elektronik yang dibangunkan di kampung itu 11 tahun

yang lepas menjadi punca rezeki sebahagian anak-anak kampung yang kurang cemerlang dalam

pelajaran. Selepas STPM dan sementara menunggu keputusan untuk ke universiti, Imran

berkerja sebagai operator pengeluaran di kilang itu untuk mengisi masa lapang dan sekaligus

mencari bekalan kewangan kalau-kalau dia diterima masuk ke universiti kelak.

Selesai bersiap, Imran ke bawah rumah untuk menggambil basikal yang menjadi

kenderaannya ke tempat kerja. Rumah dan pekan tempat Imran berkerja taklah jauh. Lebih

kurang setengah jam kalau berbasikal. Imran menolak basikal keluar daripada bawah rumah.

Di halaman dia menunggang basikal dengan cermat.

“Bu...Im pegi dulu ye!”. Laung Imran dari atas basikal di hadapan rumah.

Ibunya bergegas berlari anak ke hadapan rumah untuk melihat anaknya pergi kerja.

“Baik-baik Im”. Pesan Ibunya.

“Baik bu...Assalamualaikum”.

“Waalaikumsalam”. Jawab ibunya sambil memerhati Imran mengayuh basikal untuk ke

tempat kerja sehinggalah kelibat Imran hilang dari pandangannya.

17

BAB 3

Puteri Balqis menghempaskan badannya ke atas sofa lebut bersarung kulit di ruang

tamu. Mukanya masam. Wajahnya yang putih melepak menjadi kemerahan seperti menahan

amarah yang amat sangat.

“Daddy dah janjikan, kalau Puteri score STPM ni Puteri boleh pilih universiti mana

yang Puteri nak pegi?”. Puteri Balqis bersuara.

Matanya memandang tajam ke arah ayahnya, Tan Sri Syed Aminuddin yang merupakan

seorang arkitek dan pemilik AZ Arkitek Sdn. Bhd., sebuah syarikat seni bina yang terkenal.

Banyak bangunan-bangunan di seluruh Malaysia malah di luar negara juga hasil daripada

sentuhan tangannya. Tan Sri Syed Aminuddin buat-buat tak tahu, buat-buat tak dengar protes

anak tunggalnya itu. Dia meneruskan membaca surat khabar di tangan. Tetapi fikirannya tidak

fokus terhadap apa yang dibaca kerana sedang mencari alasan yang kukuh agar Puteri Balqis

menurut kehendaknya belajar di universiti di Kuala Lumpur sahaja dan berdekatan dengan

mereka. Dia dan isteri memang tidak boleh berjauhan dengan anaknya yang seorang itu. Rumah

yang tersergam indah itu hanya ada enam orang. Itu pun termasuk orang gaji, pemandu dan

tukang kebun. Tapi bila waktu malam hanya tinggal mereka bertiga dan pembantu rumah.

“Daddyyy!”. Puteri Balqis seperti tidak dapat menahan sabar bila melihat ayahnya buat

tak tahu dengan apa yang diluahkan.

“Iskkk...apa tengking-tengking daddy ni”. Marah Puan Sri Syarifah Zainah yang tibatiba

muncul daripada dapur membawa sedulang air kopi. Dia cukup tidak berkenan dengan cara

dan sikap anaknya itu.

Air yang di tatang diletakkan berhati-hati di atas meja kaca import daripada Itali. Puan

Sri Syarifah Zainah meletakkan cawan di atas piring untuk dihidangkan kepada suami dan

anaknya. Memang kebiasaan mereka bertiga akan duduk-duduk di ruang tamu untuk berbual

selepas makan malam sambil menikmati kopi dan pemanis mulut.

“Kenapa cakap macam tu dengan daddy”. Marah Puan Sri Syarifah Zainah apabila

punggungnya berlabuh di atas sofa gebu di sebelah suaminya. Sofa import yang mahal itu

seperti tidak mampu untuk menampung tubuh badan Puan Sri Syarifah Zainah yang tambun.

Puan Sri Syarifah Zainah sendiri kadang-kadang tidak berkenan dengan sikap anaknya

yang melampau. Walaupun dia dan suami memanjakan Puteri Balqis sejak dia kecil, tapi itu

tidak bermakna dia boleh melampaui batas sebagai seorang anak.

Puteri Balqis hanya diam. Wajahnya yang masam mencuka ditundukkan ke bawah

memandang permaidanitebal yang ditempah khas dari Dubai. Permaidani merah menyala dan

18

ercorak bunga-bungan itu langsung tidak menarik perhatian Puteri Balqis. Hujung jari kakinya

menunjal-nunjal keras bulu-bulu permaidani mahal tanda tidak berpuas hati. Suasana sepi

seketika. Tan Sri Syed Aminuddin meletakkan surat khabar di tepi dan menanggalkan cermin

mata. Dia hanya membiarkan isteri dan anaknya melayani perasaan masing-masing. Tan Sri

Syed Aminuddin mencapai tangkai cawan berwarna putih dengan kemasan keemasan di tepinya

lalu mengangkatnya dan membawanya ke mulut. Bunyi hirupan Tan Sri Syed Aminuddin

menandakan kepuasan dan rasa nikmatnya minuman kopi panas yang dihidangkan oleh

isterinya. Beberapa kali hirupan, Tan Sri Syed Aminuddin meletakkan kembali cawan tersebut

ke atas piring kecil di atas meja. Lambat-lambat Tan Sri Syed Aminuddin menyandarkan

badannya semula. Matanya diarahkan kepada anaknya yang masih diam membatu. Terlintas

rasa kasihan melihat puteri kesayangannya itu merajuk akibat dimarahi oleh ibunya.

“Sayang...bukan daddy tak kasi Puteri belajar di universiti yang Puteri nak. Tapi Puteri

mesti fikir pasal mommy dan daddy juga. Kalau Puteri pergi belajar jauh-jauh, how about

mommy and daddy?”. Tan Sri Syed Aminuddin membuka bicara.

“Puteri tak kesian ke dengan mommy dan daddy kat rumah ni...tinggal dua orang je?”.

Suara Tan Sri Syed Aminuddin seperti sayu dan sedih.

Puteri Balqis masih lagi membatu tidak sepatah perkataan keluar daripada mulutnya.

Mungkin sedang memikirkan kebenaran kata-kata ayahnya. Semenjak lahir memang dia tak

pernah berjauhan dan berenggang dengan ibu dan ayahnya. Tiba-tiba dia mengangkat

wajahnya. Pandangannya terarah kepada ayahnya yang seperti sedang menunggu jawapan

daripada mulut anaknya itu.Wajah Puteri Balqis kembali tenang. Tiada lagi riak-riak marah di

wajahnya.

“O.k... Puteri akan ikut cakap daddy, tapi dengan satu syarat”. Puteri Balqis bersuara

setelah sekian lama berdiam diri.

“O.k. Apa syaratnya?”. Soal Tan Sri Syed Aminuddin semula.

“Puteri nak new car, sport car”. Pinta Puteri Balqis sambil tangannya menyuakan

telefon hampir ke muka Tan Sri Syed Aminuddin. Tan Sri Syed Aminuddin menggambil

semula cermin mata yang ditanggalkannya sebentar tadi untuk melihat gambar kereta yang

ditunjukkan oleh anaknya di dalam telefon tersebut. Sementara itu Puan Sri Syarifah Zainah

tidak berminat untuk mencampuri urusan anak dan suaminya. Matanya tidak berganjak

daripada screen TV LCD di hadapannya. Cerita korea di TV lebih menarik minatnya daripada

mendengar pokok perbualan anak dan suaminya di sebelah.

19

Tan Sri Syed Aminuddin membeliakkan mata untuk melihat gambar kereta yang

dikehendaki anaknya itu. Kereta sport berwarna merah di dalam screen kecil telefon anaknya

itu diperhati betul-betul.

“BMW i8?”. Soal Tan Sri Syed Aminuddin. Mulutnya terlopong. Yang membuatkan

mulutnya lebih terlopong bila melihat harga kereta itu.

Puteri Balqis tidak menjawab tapi menganggukkan kepala dengan soalan ayahnya.

Memang sudah lama dia mengidam untuk memiliki kereta tersebut tetapi tiada cara untuk

meminta ayahnya membelikan kereta tersebut untuknya. Tan Sri Syed Aminuddin tersandar

semula. Kali ini anaknya memang betul-betul mengambil kesempatan terhadap situasi yang

dihadapinya. Kalau tidak diturutkan kehendak anaknya itu, dia dan isteri terpaksa bersedia

melepaskan anak kesayangannya itu pergi jauh mengikut kehendaknya sendiri. Tan Sri Syed

Aminuddin melepaskan nafasnya untuk mencari kelegaan. Fikirannya ligat memikir

penyelesaian masalah yang dihadapinya malam itu. Masalah itu lebih sukar daripada mereka

bentuk bangunan-bangunan yang dikehendaki oleh pelanggannya. Duit bukan masalah bagi

Tan Sri Syed Aminuddin. Tapi dia bimbang Puteri Balqis akan menghabiskan masanya

berseronok dan membuang masa tidak tentu arah.

“Puteri tau kan harga kereta tu berapa?”. Tan Sri Syed Aminuddin kembali bersuara dan

kembali menyoal anaknya.

Puteri Balqis hanya mengangguk tanpa mengeluarkan suara. Puteri Balqis juga sudah

bersedia untuk mendengar persetujuan daripada mulut ayahnya.

“O.k. Daddy akan belikan...”. Suara Tan Sri Syed Aminuddin perlahan cukup

membuatkan Puteri Balqis menjerit keseronokan.

“Tapi... juga dengan satu syarat”. Kata-kata yang keluar daripada mulut Tan Sri Syed

Aminuddin membantutkan keseronokkan Puteri Balqis. Wajahnya kembali mencuka.

“Apa ni daddy”. Bantah Puteri Balqis.

“Dengar dulu. Harga kereta tu hampir one point two million”. Potong Tan Sri Syed

Aminuddin.

“Daddy akan belikan, tapi dengan syarat Puteri kena dapatkan result for every semester

three point five and above”.

Puteri Balqis menundukkan kepala untuk memikirkan tawaran ayahnya. Kalau dia

menerima tawaran ayahnya itu, bermakna dia tidak boleh main-main. Dia kena berkerja keras

untuk memenuhi tuntutan ayahnya.

“Kalau tak?”. Puteri Balqis memancing ayahnya.

20

“Kalau tak... daddy akan tarik balik kereta tu sampailah Puteri dapat keputusan yang

daddy nak”.

“Ok...deal”.

“Ok...kalau Puteri setuju, daddy akan belikan kereta tu, tapi selepas Puteri daftar masuk

universiti nanti”.Tan Sri Syed Aminuddin memutuskan kata-katanya.

“Daddy dah mengantuk. Daddy nak masuk tidur dulu”. Tan Sri Syed Aminuddin

bingkas bangun setelah apa yang dibincangkan telah mendapat kata putus. Dia mengajak

isterinya yang masih ralit daripada tadi menonton TV walaupun cerita kegemarannya telah

tamat.

“Good night princess. Jangan tidur lambat sangat tau”. Puan Sri Syarifah Zainah

mencium dahi anak perempuan kesayangannya itu.

“Good night mommy, daddy”. Puteri Balqis membalas.

Matanya menuruti kedua-duanya berjalan beriringan sambil berpegangan tangan

menuju tangga untuk ke bilik tidur di tingkat atas. Puteri Balqis hanya tersenyum melihat

kemesraan ayah dan ibunya.

Puteri Balqis mencapai remote control lalu menutup televisyen yang masih bersiaran.

Matanya masih belum mengantuk. Puteri Balqis duduk berseorangan di dalam gelap di ruang

tamu tak tahu nak buat apa. Kepalanya kosong. Tiba-tiba dia tersedar lantas bergegas naik ke

tingkat atas untuk ke bilik tidurnya.

Pintu bilik dikuak. Bilik tidur berwarna pink tempat beradu Puteri Balqis. Dia

menghidupkan suis lampu bilik. Puteri Balqis menghempaskan badannya ke atas tilam empuk

juga berwarna pink, warna kegemarannya. Seluruh biliknya penuh dengan poster princess and

prince charming. Mata Puteri Balqis tegak memandang plaster ceiling bilik tidurnya yang

cantik berukir awan larat di tepi. Matanya terkelip-kelip tetapi fikirannya tidak fokus, melayang

entah ke mana-mana. Kemudian pandangannya dialihkan ke arah jam yang tergantung di

dinding bilik.

Baru pukul 12.00 tengah malam. Detik hati Puteri Balqis.

Dia terus melayan perasaan. Dia membayangkan sedang memandu kereta BMW i8

berwarna merah yang diingininya. Bila kereta yang dipandunya melintasi orang ramai, mata

mereka turut tertumpu kepada keretanya. Puteri Balqis cukup bangga. Tapi tiba-tiba anganan

indahnya terhenti. Tiba-tiba juga wajah ayahnya muncul di kepala memberikan syarat-syarat

untuk mendapatkan kereta idamannya itu.

Boleh ke aku dapat result macam tu setiap semester?. Soal Puteri Balqis dalam hati.

21

Kalau dia tidak dapat memenuhi apa yang ayahnya inginkan, sudah pasti kereta

idamannya itu akan ditarik balik. Dia kenal benar dengan sikap ayahnya. Walaupun apa yang

dihajati akan ditunaikan, tetapi setiap satu mesti ada timbal balik.Dia tidak boleh berpatah balik.

Dia tetap akan berusaha agar kereta tersebut akan kekal bersamanya. Apa usaha sekalipun dia

tetap akan mengotakan janji terhadap ayahnya.

Puteri Balqis bingkas bangun. Lampu meja dinyalakan. Bilik menjadi terang-benderang.

Puteri Balqis membuka laci meja di sebelah katil dan mengambil sampul putih. Perlahan-lahan

dia mengeluarkan isi sampul tersebut. Lipatan surat dibuka hati-hati. Matanya tertangkap pada

bait-bait perkataan yang tertulis di dalam surat tersebut.

“Tahniah, permohonan anda untuk mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda

Pentadbiran Perniagaan telah diterima”. Perlahan Puteri Balqis membaca baris-baris ayat di

dalam surat di tangannya. Mulutnya terkumat-kamit membaca ayat-ayat seterusnya. Setelah

habis, pandangannya dialihkan ke dinding seperti ingin mengingat sesuatu.

“Maknanya ahad ni aku dah kena daftar”. Puteri Balqis seperti berbisik dengan dirinya

sendiri.

Tapi satu benda pun aku tak prepare lagi. Hati Puteri Balqis terus bersuara.

Ahh... lantaklah. Nak masuk universitibukan macam nak masuk darjah satu. Semua nak

kena beli. Fikir Puteri Balqis di dalam hati.

Sebenarnya dia ada mendapat tawaran daripada universiti lain, tapi terpaksa menurut

kehendak ayah dan ibunya kerana universiti yang satu ini tidak jauh daripada rumahnya. Kalau

ikutkan hati mahu saja Puteri Balqis pergi jauh melanjutkan pelajaran di universiti yang

dipilihnya sendiri. Tapi dia terpaksa, tak berani mengingkari keinginan ayah. Walau macam

mana pun, dia tetap seronok kerana dua orang kawan karibnya yang dikenali semenjak dari

darjah satu, Aireen dan Misya juga mendapat tawaran di universitiyang sama di Kuala Lumpur

ini.

Puteri Balqis melipat semula surat yang dibacanya sebentar tadi dan

menggembalikannya semula ke dalam sampul. Semua jawapan persetujuan penerimaan untuk

pengajiannya di universiti itu perlu dibuat secara online sahaja. Puteri Balqis baring semula.

Nanti-nantilah aku buat. Lagipun ada seminggu lagi. Apa-apa kita enjoy lah dulu. Bisik

Puteri Balqis sendirinya. Dia tersenyum.

Baki seminggu ini akan digunakannya sungguh-sungguh untuk berseronok bersama

kawan-kawan sebelum menghadap buku semula. Macam-macam plan dalam kepala Puteri

Balqis. Plan yang telah diaturnya dengan rapi bersama kawan-kawannya agar tidak ada apaapa

halangan. Masa seminggu ini akan digunakan secara maksimum oleh Puteri Balqis dan

22

kawan-kawannya. Sambil melayan perasaannya yang entah ke mana, akhirnya Puteri Balqis

terlelap juga.

23

BAB 4

Deringan jam loceng di hujung kepala Imran membingitkan telinga. Imran mengesel

mata dan mengeliat sebelum bangun dan mematikan jam loceng yang tengah galak berbunyi

itu. Imran mengejutkan Amir yang sedang nyenyak tidur. Setiap pagi memang itulah rutin

Imran untuk mengejutkan adiknya itu bangun tidur. Mereka memang dilatih untuk bangun pagi

walaupun hari cuti. Bangun awal tu punca rezeki. Imran masih ingat pesan arwah ayahnya.

Imran melihat semula jam loceng yang baru sahaja dimatikan. Jarum jam menunjukkan jam

lima tiga puluh.

“Amir...cepat bangun. Boleh sembahyang subuh sama-sama. Nanti lambat pula”. Arah

Imran kepada adiknya yang sudah terjaga tapi masih mamai duduk di atas tilam seperti tidak

mahu berenggang dengan bantal.

Amir mengengsotkan punggungnya di atas tilam untuk turun dari katil. Sampai di birai

katil, dia menjatuhkan kaki dan bangun dengan malas. Matanya juga masih berat untuk dibuka

tapi digagahkan juga.Di beranda rumah, masing-masing menunggu giliran untuk mandi.

Maklumlah, rumah kampung mana ada banyak bilik mandi macam orang di bandar. Setiap bilik

tidur ada bilik air sendiri. Tak payah berebut-rebut untuk mandi. Imran masih teringat semasa

dia tinggal bersama sepupunya yang berkerja di Kuala Lumpur. Rumah dua tingkat itu

mempunyai lima bilik tidur. Semuanya cantik-cantik. Setiap bilik ada bilik air sendiri. Bangun

sahaja daripada katil, capai tuala, jalan dua tiga langkah dah sampai ke muka bilik mandi. Mandi

pun boleh pilih nak sejuk atau panas. Kalau di kampung ni, alamat menggigil satu badan tiap

kali mandi air kolah waktu pagi. Tapi Imran sudah biasa dengan suasana dan situasi begitu.

Tapi itulah yang menyeronokkan Imran dan keluarganya.

Seorang demi seorang adik-adiknya selesai mandi. Kini gilirannya pula. Imran

menuruni tangga rumah menuju ke bilik mandi yang tidak jauh daripada halaman. Suasana

masih gelap. Imran memakai kain basahan dan mencuit sedikit air di dalam kolah. Memang

sejuk. Imran mengambil gayung dan air kolah yang sejuk dikumur dan diluahkan semula. Dia

mengambil ubat gigi dan seperti biasa melakukan rutin sebelum mandi. Selesai menggosok

gigi, Imran mengambil gayung semula dan menceduk air kolah. Simbahan pertama sahaja

sudah cukup membuatkan badan Imran mula menggigil. Dicurahnya lagi untuk kali kedua dan

ketiga. Tangannya meraba sabun di para bilik mandi dan disapu ke seluruh badan.Dengan mata

yang tertutup kerana buih sabun yang meliputi tubuhnya, Imran menceduk air kolah dan sekali

lagi mencurah air ke badannya untuk membersihkan sisa-sisa sabun. Imran buat cepat-cepat

kerana rasa sejuk sudah sampai ke tulang hitam. Selesai mandi, Imran mengganti kain basahan

24

dengan tuala dan mengelap air di seluruh tubuhnya agar kesejukan yang dirasakan berkurangan.

Selesai, Imran terus melangkahkeluar daripada bilik mandi dan memanjat anak-anak tangga

rumahnya. Imran bersiap untuk menjadi imam solat subuh. Adik-adik dan ibunya sudah

bersedia untuk sama-sama sembahyang subuh berjemaah. Mungkin selepas ini dia tidak dapat

untuk mengimami solat lagi kerana terpaksa berpisah dengan keluarganya.

Selesai solat dan berdoa untuk kesejahteraan keluarganya, masing-masing bersalaman.

Adik-adiknya bergegas menurun tangga ke dapur untuk mengisi perut. Sarapan pagi memang

sudah tersedia di bawah tudung saji. Bau aroma yang datang daripada mee goreng menerjah

hidung bila sahaja tudung saji dibuka. Adik-adiknya tersenyum riang. Masing-masing menadah

pinggan tidak sabar-sabar untuk menikmati juadah sarapan pagi itu. Bukan itu sahaja, ibunya

turut menyediakan sambal udang untuk dimakan bersama-sama mee goreng.

“Wahh...special nampak pagi ni bu?”. Soal Imran sambil melihat adik-adiknya sumbat

menyumbat mee goreng ke mulut.

“Ye la.Im kan nak jalan jauh”. Ibunya menjawab seperti mengingatkan.

“Barang-barang Im semua dah siap ke?”. Giliran ibunya pula menyoal.

“Sudah bu. Malam tadi lagi Im dah siapkan semuanya”.

“Bukan apa, ibu takut kalau-kalau ada yang tertinggal”.

“Ibu janganlah risau. Semua Im dah check. Semua cukup”. Tambah Imran

mengurangkan kerisauan ibunya.

“Isi online pun Im dah buat awal-awal kat cybercafe kat pekan tu”. Imran

memuncungkan bibirnya menerangkan sesuatu yang ibunya sendiri tidak faham. Tujuan Imran

hanyalah untuk memberitahu ibunya, semua urusan untuk pendaftaran masuk ke universiti telah

diuruskan awal-awal.

Suasana senyap seketika. Mungkin masing-masing sedang khusyuk menikmati mee

goreng masing-masing bersama kopi o yang masih berasap. Imran menarik piring cawan air

kopi yang masih berasap di hadapannya. Dipusing cawan tersebut untuk mencari tangkainya.

Cawan berisi kopi panas berasap diangkat tinggi dan dibawa kemulutnya. Ditiupnya sedikit

permukaan air hitam pekat itu untuk mengurangkan panasnya. Dihirupnya kopi panas tersebut

berhati-hati bimbang bibir dan lidahnya melecur. Badannya terasa segar apabila air kopi

tersebut melalui rongga tekaknya apatah lagi dengan suasana pagi yang sejuk. Dia meletakkan

kembali cawan kopi tersebut ke atas piring. Dia membetulkan duduknya di atas kerusi makan

seolah-olah mencari keselesaan. Ada sesuatu yang ingin disampaikan kepada adik-adiknya.

“Hari ni abang dah kena mula belajar kat universiti”. Tiba-tiba Imran bersuara. Katakatanya

itu ditujukan kepada adik-adiknya yang sedang menghabiskan saki-baki sarapan.

25

Adik-adiknya yang tadinya leka dengan juadah di hadapan mata, berhenti seketika.

Masing-masing mengarahkan pandangan mata kepada Imran, menanti apa lagi yang akan

diperkatakan oleh abang sulung mereka itu. Mereka memberi perhatian seperti penduduk

kampung sedang menanti ketua kampung yang hendak menyampaikan amanatnya.

“Abang nak semua tolong ibu kat rumah. Jangan bagi ibu penat atau susah hati. Jaga ibu

baik-baik”. Imran menyambung. Adik-adiknya hanya mengangguk tanda faham.

“Lagi satu. Abang nak semua belajar rajin-rajin. Abang nak semua adik-adik abang ikut

jejak abang masuk universiti”. Tambah Imran lagi.

Adik-adiknya terus angguk kepala. Bila dipastikan tiada lagi kata-kata yang akan keluar

daripada mulut abangnya, mereka meneruskan aktiviti suap menyuap baki makanan yang masih

bersisa di dalam pinggan masing-masing.

“Takpelah Im. Adik-adik ada boleh jaga dan bantu ibu”. Ibunya menyampuk daripada

dapur.

Dia keluar membawa semangkuk lagi mee goreng yang masih berbaki di dalam kuali.

Dicampurkan dengan mee goreng yang telah sedia ada di atas meja tersebut. Ibu Imran

menggambil pinggan plastik berwarna merah yang tersusun di atas meja makan itu lalu

mencedok mee goreng yang juga masih panas. Perlahan ibunya menolak pinggan yang telah

penuh dengan mee goreng ke hadapan Imran.

“Makan Im. Kamu tu nak jalan jauh”. Ujar ibunya sambil meletakkan sambal udang

penuh sudu ke atas mee goreng di dalam pinggan Imran.

Bau mee goreng dan sambal udang yang bersatu menusuk ke lubang hidung Imran

membangkitkan selera Imran. Diangkatnya sudu dan garfu di kiri kanan pinggan perlahanlahan.

Imran memintal mee goreng dengan garfu dan menyuapkannya ke mulut. Diceduknya

sambal udang dan digaulkan bersama mee goreng sambil mengunyah mee goreng di dalam

mulut. Selepas itu berturut-turut suapan ke dalam mulut Imran.

“Cepat sikit makan tu. Sekejap lagi Pak Mail datang”. Gesa ibunya.

“Kenapa panggil Pak Mail?”.

“Semalam ibu dah bagitau Pak Mail nak minta sewa kereta. Hantar kamu ke universiti

tu”.

“Alaaa mak ni. Janganlah susah-susah. Membazir duit. Lagipun Im boleh pegi naik bas

jer”. Imran seperti tidak bersetuju dengan tindakan ibunya yang menyewakan kereta Pak Mail

semata-mata untuk menghantarnya ke universiti.

“Ehhh... takpelah. Kalau naik bas nanti Im lambat. Lagipun banyak barang yang Im nak

bawa”. Sanggah ibunya.

26

“Lagipun Pak Mail tak minta sewa. Dia kata cukup bagi duit minyak je. Itupun dah puas

mak pujuk supaya dia ambil duit sewa sekali. Sedekah pada Im katanya”. Panjang lebar

penjelasan ibunya.

Imran tak dapat berkata apa-apa. Kalau itu sudah diatur ibunya, dia menurut sahaja.

Lagipun kalau menyewa kereta, bukannya ibu dan adik-adiknya yang lain dapat ikut sama ke

Kuala Lumpur. Dia faham, banyak perkara yang perlu ibunya lakukan di kampung itu. Tapi

Imran bertekad, majlis graduasinya nanti dia akan pastikan ibu dan adik-adiknya akan ada

bersama menyaksikan hari yang bersejarah itu.

Imran cepat-cepat menghabiskan sarapan paginya. Dia menghabiskan air kopi yang

masih tersisa di dalam cawan. Dia mengangkat pinggan mee goreng dan cawan kopi ke dalam

sinki. Selesai membasuh pinggan dan cawan, Imran meletakkannya di atas rak. Imran berjalan

perlahan menuju tangga untuk ke bilik. Adik-adiknya yang lain menganga menghadap

televisyen di ruang tamu. Biasanya pagi-pagi hari minggu begini memang adik-adiknya diberi

peluang untuk menonton televisyen.

Imran masuk ke dalam bilik untuk bersiap. Sekejap lagi pasti Pak Mail akan sampai

bersama kereta Honda Accord lamanya. Kereta itulah satu-satunya kenderaan orang kampung

sekiranya berlaku kecemasan. Diceritakan kepadanya oleh ibunya, kereta itulah yang membawa

ibunya ke hospital setiap kali ibunya ingin bersalin. Bukan ibunya sahaja, malah seluruh

kampung menggunakan khidmat kereta Pak Mail untuk membawa isteri masing-masing ke

hospital ataupun bila berlaku kecemasan. Pak Mail ni bolehlah dikatakan orang yang paling

kaya di kampung itu. Tanah sawahnya berekar-ekar. Ada kedai runcit. Sebab itulah Pak Mail

mampu membeli kereta dan satu-satunya kereta di kampung itu.

Selesai bersiap, Imran membawa sebuah beg baju untuk kegunaannya di universiti nanti

dan sebuah kotak yang diikat kemas. Kotak tersebut terisi keperluan-keperluan Imran. Ada

timba, ada gayung, ada bantal dan macam-macam lagi. Semuanya telah Imran siapkan awalawal.Nanti

tak perlulah dia terkial-kial nak beli semua keperluan tersebut di universiti. Lagi

pun dia sendiri kurang arif dengan suasana tempat baru nanti. Imran hanya membeli barangbarang

yang perlu sahaja.

Beg dan kotak diletakkan di beranda rumah di hujung tangga. Nanti kalau Pak Mail

sampai mudahlah dia nak membawa beg dan kotak tersebut. Imran mengemaskan baju kemeja

putih lengan panjang yang dipakainya besama sepasang seluar slack berwarna hitam. Itu semua

keperluan yang telah dinyatakan di dalam surat dari universiti semasa mendaftar. Sementara

menunggu Pak Mail, Imran melabuhkan punggungnya di atas kerusi kayu yang diletakkan di

hujung beranda menghadap tanah sawahnya. Imran melemparkan pandangannya ke arah sawah

27

yang meluas, saujana mata memandang. Pemandangan yang cukup tenang dan mendamaikan.

Hamparan sawah-sawah padi serta gunung-ganang yang melatari kampung dilihat seperti

sebuah lukisan. Cukup cantik.

“Amboiii...anak ibu ni. Sempat lagi berangan”. Tegur ibunya apabila melihat Imran

sedang menikmati pemandangan kampungnya.

“Tak adalah bu. Im Cuma nak tengok kampung kita ni puas-puas. Lepas ni tak dapatlah

Imran nak menghirup udara segar macam ni tiap-tiap pagi. Entah bila pula Imran dapat balik

kampung”. Panjang lebar Imran menjawab. Suaranya sedikit sayu. Selepas ini kehidupannya

akan berubah. Kebiasaannya bangun pagi selepas sembahyang subuh dan bersarapan, Imran

akan duduk di beranda rumah itu dan melihat suasana kampung waktu pagi sebelum melakukan

apa-apa juga perkara.

“Tak apalah. Imran kan nak pergi belajar. Ada cuti nanti Im baliklah jenguk-jenguk ibu

dan adik-adik”. Ibunya menambah.

Apa yang diperkatakan oleh ibunya membuatkan hati imran sedih dan sebak mula

menyelubungi dirinya. Sedih akan berjauhan dengan ibu dan adik-adiknya yang selama ini

mewarnai kehidupan Imran.

Kedua-dua anak-beranak itu mati kata-kata melayani rasa sedih masing-masing. Imran

juga tahu, ibunya turut sedih untuk melepaskannya belajar di Kuala Lumpur. Tapi itu sahaja

cara untuk mengubah cara hidup mereka. Hanya ilmu yang mampu mengubah hidup Imran dan

keluarganya.

“Mak...!!! macam kereta Pak Mail je tu”. Amir melaung dari birai tingkap yang

menghala ke jalan besar.

Imran dan ibunya mengalihkan pandangan ke arah jalan besar. Kelihatan dari kejauhan

sebuah kereta berwarna putih terhinggut-hinggut melalui jalan yang tidak rata. Memang sah itu

kereta Pak Mail. Walaupun masih jauh tapi keadaan dan bunyi kereta itu memang sudah tidak

asing lagi bagi mereka dan penduduk kampung. Sampai sahaja di simpang rumah, Pak Mail

membelokkan kereta memasuki laman rumahnya. Kereta Pak Mail berhenti betul-betul di tepi

tangga rumah. Enjin kereta dimatikan. Debu-debu halus berwarna merah melekat di badan

kereta Pak Mail nampak jelas. Adik-adik Imran yang dari tadi menonton televisyen bergegas

berlari ke beranda. Hanya Amir yang masih berdiri di tepi tingkap melihat Pak Mail membuka

pintu kereta dan keluar dari perut kereta tersebut. Perlahan-lahan Pak Mail membetulkan kupiah

putihnya. Lelaki berusia enam puluhan itu membuka bonet kereta untuk meletakkan barangbarang

yang ingin dibawa bersama.

“Assalamualaikum”. Pak Mail memberi salam.

28

“Waalaikum salam Pak Mail” Jawab Imran pendek.

“Dah lama tunggu?”.

“Tak adalah Pak Mail. Pak Mail datang ni pun awal”.

“Iyelah.Pak Mail risau kot-kot kamu tu lambat nanti”

“Tak pe Pak Mail. Lagi pun kampung kita dengan KL tu bukan jauh sangat”. Imran

menjelaskan kepada Pak Mail yang nampak bimbang.

Ibunya hanya mendengar perbualan anaknya dan Pak Mail. Dia hanya membiarkan

Imran dan Pak Mail menyusun barang-barang di dalam bonet kereta sementara adik-adiknya

yang lain berlari kejar-mengejar keliling kereta Pak Mail. Selesai menyimpan barang di dalam

bonet, Pak Mail menghentakkan bonet kereta untuk menutupnya.

“Kedegumm!”. Bunyi hentakan kuat bonet mengejutkan adik-adiknya yang bermain.

Pak Mail cuba-cuba mengangkat semula bonet yang telah ditutup untuk memastikan

bonet tersebut ditutup dengan kuat dan kemas.

“Ok...kalau semuanya dah siap, bolehlah kita jalan”. Pak Mail mengusulkan.

Imran hanya mengangguk lemah. Dia memandang ibunya yang duduk di tangga. Adikadiknya

yang lain turut sama duduk di atas tangga.

“Bu...Im dah nak pergi. Doakan Im selamat dan berjaya”. Suara Imran bergetar menahan

sedih memohon restu.

Dia mencium tangan ibunya lama-lama. Air matanya menitis jatuh ke tangan

ibunyayang juga turut menangis melepaskan anak kesayangannya mengejar cita-cita. Lembut

tangan ibunya mengusap rambut Imran tanda dia merestui pemergian anaknya itu.

“Ibu minta maaf pada Im sebab tak dapat nak hantar Im ke universiti”.

“Tak apa bu. Im faham. Im janji pada ibu Im akan belajar sampai berjaya. Hari Im terima

ijazah nanti Im nak ibu dan adik-adik ada”. Imran bersuara seperti mengharap.

Pelbagai perasaan bercampur baur. Ada sedih, ada gembira, bangga dan macam-macam.

Imran memeluk ibunya seperti tidak mahu melepaskannya. Pak Mail sedari tadi hanya berdiri

tegak melihat babak-babak sedih perpisahan keluarga itu. Sesekali dia menggaru pipi yang tidak

gatal.

Selesai sahaja, Imran bersalaman dengan adik-adiknya yang masih belum mengerti apaapa.

Hanya Suraya yang menangis hiba kerana bakal ditinggalkan abang kesayangan yang

selama ini begitu rapat dengannya.

“Adik jangan menangis. Abang nak pergi belajar. Kalau ada masa nanti abang balik

kampung jumpa adik..ok”. Pujuk Imran bila Suraya memeluknya juga seperti tidak mahu

melepaskannya pergi.

29

Suraya melonggarkan pelukannya. Imran mencium pipi adik kesayangannya itu. Imran

memandang semua adik-adiknya yang masih membisu.

“Abang dah nak pergi ni. Ingat pesan abang ye”.

“Ok abang Im. Kami semua boleh jaga ibu. Abang jangan risau”. Amir bersuara setelah

sekian lama membisu.

“Bu...Im jalan dulu ye. Ibu jaga diri elok-elok. Sampai nanti Im akan telefon ibu”. Imran

memandang wajah ibunya.

“Baik-baik jalan Im. Ibu sentiasa doakan Im”.

“Terima kasih bu”.

Imran melangkah lemah menuju ke kereta diiringi oleh Pak Mail. Pintu kereta dibuka.

Kedua-duanya hilang di dalam perut kereta. Pak Mail menghidupkan enjin. Bunyi enjin kereta

Pak Mail memenuhi segala ruang yang ada. Pak Mail memasukkan gear satu, dan kereta putih

itu mula bergerak perlahan menuju ke jalan besar. Imran melihat jam tangannya. Jam

menunjukkan pukul lapan lima belas minit pagi. Imran mengeluarkan kepalanya di tingkap

kereta lalu melambai-lambaikan tangan kepada ibu dan adik-adiknya yang masih berdiri tegak

di hadapan beranda rumah. Ibu serta adik-adiknya turut melambai-lambaikan tangan tanda ucap

selamat tinggal. Imran memerhati keluarganya dari dalam kereta yang bergerak laju sehingga

hilang di pandangan. Imran hanya membisu. Pandangannya dilemparkan jauh pada hamparan

tanah sawah yang luas dan menghirup udara segar kampung itu untuk kali terakhir.

Kampungnya semakin jauh ditinggalkan di belakang.

“Insyaallah...ada cuti nanti aku pasti akan balik semula ke kampung ini”. Bisik hati

Imran.

Dia menaikkan semula cermin tingkap apabila kereta sudah berada di jalan besar menuju

ke Kuala Lumpur. Kenderaan sudah mulai bertali arus. Pak Mail menghidupkan penyaman

udara setelah tingkap kereta tertutup rapi. Pak Mail menekan pedal minyak untuk menaikkan

kelajuan keretanya dan seterusnya meluncur membawa Imran ke destinasi.

30

BAB 5

Puan Sri Syarifah Zainah tidak senang duduk di ruang tamu. Berkali-kali dia mendongak

memandang tingkat atas dan sesekali melihat jam dinding rumahnya. Biasanya hari minggu

begini, puteri kesayangannya itu dibiarkan tidur hingga lewat hari. Tapi hari ini hari penting.

Puteri Balqis kena berada awal di universiti untuk mendaftar. Walaupun rumah mereka dekat

dengan universiti itu, tapi Puan Sri Syarifah Zainah bimbang sekiranya banyak perkara yang

perlu diselesaikan semasa pendaftaran nanti.

Puan Sri Syarifah Zainah tidak sabar. Dia menaiki tangga yang pemegangnya berukir

awan larat dan berwarna keemasan. Tangannya yang gempal digenggam dan pintu bilik Puteri

Balqis diketuk bertalu-talu.

“Puteri!!!...bangunnnn!!!”. Jerit Puan Sri Syarifah Zainah tidak sabar.

“Puteriii!!!....bangunnn!!!”. Puan Sri Syarifah Zainah mengulangi panggilannya dengan

suara yang lebih kuat.

Tetapi tiada apa-apa tanda yang Puteri Balqis akan bangun. Puan Sri Syarifah Zainah

cukup risau. Dia turun semula ke tingkat bawah. Dia mencari suaminya yang sedang membaca

surat khabar di tepi kolam mandi. Puan Sri Syarifah Zainah mencuit bahu suaminya. Tan Sri

Syed Aminuddin sedikit terkejut.

“Ishhh...you ni. Dah kenapa?”. Tan Sri Syed Aminuddin terkejut dengan tindakan

isterinya.

“Dah kenapa abang kata. Abang tak tengok jam dah pukul berapa?. Anak kita tu kan ke

nak mendaftar universiti hari ni”. Panjang lebar Puan Sri Syarifah Zainah menjelaskan.

“Habis tu?”. Tan Sri Syed Aminuddin menyoal seperti tidak memahami kerisauan

isterinya.

“Anak kesayangan abang tu tak bangun lagi. Nanti lambat mendaftar barulah terkejarkejar”.

Puan Sri Syarifah Zainah menjelaskan kerisauannya.

“Ooo...pasal tu ke. Rilex la sayang. You ni kelam kabut sangat la”. Balas Tan Sri Syed

Aminuddin tenang menambah kerisauan di hatinya.

“Lantak abanglah. Nanti kalau universiti tu dah tutup untuk daftar anak awak tu...baru

abang tau”. Puan Sri Syarifah Zainah memalingkan badannya dan menuju ke dapur. Malas dia

hendak melayan sikap suaminya yang acuh tak acuh saja dengan kerisauan yang bersarang di

hatinya.

Tan Sri Syed Aminuddin hanya tersenyum mendengar bebelan isterinya. Dia faham

benar dengan perangai isterinya. Semuanya nak kena prepair awal. Kalau tak mulutnya tak

31

akan boleh diam. Tan Sri Syed Aminuddin hanya tenang menyambung kembali membaca surat

khabar yang terbantut dek kerana sergahan isterinya sebentar tadi. Soal anaknya itu, tahulah dia

macam mana nak selesaikannya.

Tan Sri Syed Aminuddin memandang jam dinding yang sudah menunjukkan pukul

sepuluh setengah pagi. Surat khabar yang telah habis dibaca dilipat kemas. Dia bangun dan

menyelitkan surat khabar yang telah dilipat ke celah ketiak. Dia berjalan perlahan menuju pintu

masuk rumah agam miliknya itu. Pintu dikuak dan tiada sesiapa di ruang tamu. Puan Sri

Syarifah Zainah juga tiada.

“Di dapur barangkali”. Detik hati Tan Sri Syed Aminuddin bila tidak melihat kelibat

isterinya itu.

Dia memandang ke tingkat atas. Juga sunyi sepi. Memang betul seperti yang dikatakan

oleh isterinya sebentar tadi. Memang tidak ada tanda-tanda anaknya, Puteri Balqis sudah

bangun. Dia meletakkan surat khabar di celah ketiak di atas meja sisi di tepi tangga. Berjalan

memijak tangga satu persatu untuk menuju ke tingkat atas. Sampai di hadapan pintu bilik, Tan

Sri Syed Aminuddin mengetuk pintu beberapa kali. Dilekatkannya telinga ke daun pintu untuk

mendengar kalau-kalau ada reaksi daripada ketukan tadi. Tapi dia hampa. Tan Sri Syed

Aminuddin terdiam seperti memikirkan sesuatu. Tiba-tiba dia tersenyum. Tan Sri Syed

Aminuddin yang masih berdiri di hadapan pintu bilik anaknya, meraba poket seluar untuk

mencari telefon bimbit. Sebaik terjumpa, jari-jari Tan Sri Syed Aminuddin menari-nari di atas

permukaan telefon tersebut. Tolak tarik ke kiri dan ke kanan, akhirnya telefon tersebut dibawa

ke telinganya. Dia menunggu untuk beberapa detik. Panggilan pertamanya tidak berjawab.

Dicubanya untuk kali kedua. Sekian lama menunggu, akhirnya panggilan tersebut berjawab.

Tan Sri Syed Aminuddin tidak menunggu lama.

“BMW i8... ten minutes”. Ringkas ayat yang keluar dari mulut Tan Sri Syed Aminuddin.

Dia menutup telefon tanpa perlu mendengar jawapannya. Tan Sri Syed Aminuddin

menuruni anak tangga untuk ke bawah. Belum sampai Tan Sri Syed Aminuddin ke tingkat

bawah, pintu bilik dikuak. Puteri Balqis sudah berdiri di tepi penghadang di hadapan bilik

melihat ayahnya sedang turun ke bawah.

“Apa ni daddy?”. Puteri Balqis menyoal seperti ada yang tidak puas hati.

Tan Sri Syed Aminuddin berhenti di tangga. Dia menoleh ke arah anaknya yang sedang

berdiri memandangnya menunggu jawapan.

“What...? Daddy tak buat apa-apa, ok”. Tan Sri Syed Aminuddin bertanya kembali

seolah-olah tidak tahu apa-apa.

“Come on daddy....takkan awal sangat. Universiti tu bukan jauh sangat pun”.

32

“No... janji tetap janji. Kalau puteri tak ready dalam tempoh sepuluh minit, perjanjian

akan terbatal”.

Puteri Balqis menghentakkan kaki tanda tidak puas hati. Dia masuk semula ke dalam

bilik. Pintu bilik ditutupnya keras. Bunyi dentuman pintu ditutup terdengar sehingga ke tingkat

bawah. Tan Sri Syed Aminuddin hanya terseyum. Dia masak benar dengan perangai anaknya

itu.

Dia berjalan menuju ke dapur untuk bersarapan. Sememangnya hari-hari minggu begini

mereka akan bersarapan agak lewat. Kerap kali hanya mereka berdua sahaja bersarapan kerana

Puteri Balqis lebih suka menghabiskan setengah hari minggunya di atas katil. Selagi jam tidak

menunjukkan jam dua petang, jangan harap untuk melihat muka Puteri Balqis. Hanya sesekali

mereka dapat bersarapan bertiga ketika hari minggu, itu pun kerana Puteri Balqis mempunyai

perancangan yang memerlukannya bangun awal.

Tan Sri Syed Aminuddin sendiri tidak tahu bagaimana ingin mendisiplinkan anak

tunggalnya itu. Mungkin salahnya juga kerana terlalu menurutkan kehendak anak tunggalnya

itu sejak kecil. Sebab itulah dia mahu anaknya melanjutkan pelajaran di universiti agar dia tahu

erti berdikari. Walau pun begitu dia tidak mahu Puteri Balqis belajar jauh agar dia dapat

memantau pergerakan anaknya itu.

Tan Sri Syed Aminuddin menarik kerusi makan wet kitchen. Di ruang itulah mereka

sekeluarga berkumpul untuk makan. Ruang makan sedia ada terlalu besar untuk mereka bertiga.

Jarang sekali mereka makan di meja makan utama yang boleh menampung sehingga lima belas

orang itu. Boleh dikira dengan jari mereka menggunakan meja tersebut, itu pun semasa hari

raya dan kalau ada sanak saudara yang datang berkunjung. Selebihnya meja makan tempahan

khas kayu jati itu terbiar sepi. Tan Sri Syed Aminuddin hanya memerhati tubuh tambun

isterinya sedang menyediakan sarapan. Di atas meja sudah terhidang kopi panas. Pinggan dan

sudu juga sudah tersusun rapi, hanya menunggu hidangan.

“Mana tuan puteri kesayangan abang tu”. Puan Sri Syarifah Zainah membuka mulut

sebaik menyedari kehadiran suaminya.

Di tangan Puan Sri Syarifah Zainah ada semangkuk spaghetti goreng yang baru

dimasaknya. Dia meletakkan mangkuk tersebut di tengah-tengah meja. Memang kebiasaan hari

minggu, Puan Sri Syarifah Zainah sendiri yang akan menyediakan hidangan. Baginya biarlah

hari minggu hari untuk menghabiskan masa bersama keluarga. Puan Sri Syarifah Zainah

menggambil di hadapan suaminya yang masih membisu belum membuka mulut menjawab

persoalannya sebentar tadi. Sepinggan spaghetti goreng penuh diletakkan kembali di hadapan

suaminya. Kemudian kopi O pekat dituangkan ke dalam cawan. Aroma kopi O tersebut

33

menerombos ke lubang hidung masing-masing membawa kesegaran di waktu pagi

begini.Selesai melaksanakan tanggungjawabnya, Puan Sri Syarifah Zainah melabuhkan

punggung di sebelah suaminya yang mula menyuap hidangan di hadapan mata. Puan Sri

Syarifah Zainah hanya diam memerhati suaminya makan. Sesekali dia turut menghirup kopi O

panas. Dia masih belum mahu mengajukan persoalan lanjut kepada suaminya yang sedang

makan. Biarlah suaminya makan dengan tenang terlebih dahulu sebelum berbicara soal anak

kesayangannya itu.

Selesai makan, Tan Sri Syed Aminuddin menghirup kopi O kegemarannya. Puan Sri

Syarifah Zainah hanya memerhati perlakuan suaminya dan menanti masa untuk meneruskan

persoalan yang masih mendongkol di dadanya. Perlahan Tan Sri Syed Aminuddin meletakkan

kembali cawan kopi O yang telah habis isinya ke atas piring.

“You janganlah risau. Kejap lagi anak you tu akan turun”. Belum sempat Puan Sri

Syarifah Zainah bersuara, Tan Sri Syed Aminuddin telah terlebih dahulu mematikan kata-kata

yang belum terluah.

Tiba-tiba segala permasalahan yang masih bersarang di dada seperti hilang entah ke

mana dengan jawapan suaminya. Puan Sri Syarifah Zainah mati kata-kata, hanya menunggu

apa yang diperkatakan oleh suaminya. Tiba saat detiknya, kelibat Puteri Balqis di ruang makan

sudah bersiap seperti yang dijanjikan. Mukanya masam mencuka seperti ada perkara yang

belum selesai.

Tan Sri Syed Aminuddin hanya tersenyum memandang isterinya. Tricknya menjadi.

Puan Sri Syarifah Zainah seperti tidak percaya bagaimana suaminya dapat membangunkan

anaknya itu dengan cepat sedangkan sejak dari awal pagi dia mengetuk pintu bilik puteri

kesayangannya itu tapi tak diendahkan.

“Duduklah. Apa yang tercegat kat situ”. Puan Sri Syarifah Zainah bersuara apabila

melihat anaknya tercegat di tepi meja makan.

Puteri Balqis menarik kerusi makan dengan keras. Bunyi seretan kaki kerusi atas lantai

jelas kedengaran. Puan Sri Syarifah Zainah mencedukkan spaghetti goreng ke dalam pinggan

anaknya. Menyesal pula rasanya meletakkan nama anaknya ‘puteri’. Sejak kecil sikapnya

memang seperti puteri raja. Semuanya kena disediakan. Apa sahaja yang diinginkan, kalau

boleh sebut sahaja terus ada depan mata. Selain daripada bersuka ria, Puteri Balqis langsung

tak tahu buat apa-apa. Kemewahan membuatkan Puteri Balqis hidup dalam dunianya sendiri.

Baginya duit boleh memberikan segalanya. Itulah yang membimbangkan Puan Sri Syarifah

Zainah. Sebagai ibu dia gagal mendidik Puteri Balqis dengan adab sopan tata susila seorang

anak gadis Melayu. Memang mereka berdua mengakui kesilapan yang dilakukan. Mereka

34

mengawal dan mengajar Puteri Balqis dengan duit dan kemewahan. Semua yang dilakukan oleh

Puteri Balqis kerana inginkan apa yang dihajatinya.

Puteri Balqis menyuakan garfu yang terlilit spaghetti goreng ke mulut. Dikunyah

perlahan. Suasana di dapur rumah agam tersebut sunyi. Walaupun semeja, semuanya melayan

perasaan masing-masing. Menunggu-nunggu siapa yang akan memulakan bicara. Pagi itu

Puteri Balqis mengenakan baju kurung biru. Rambutnya dibiarkan lepas begitu sahaja. Pertama

kali dalam hidup Puteri Balqis memakai baju kurung. Waktu menyambut hari raya pun, dia

lebih gemar memakai blouse. Pakaian kegemarannya jean dan t-shirt. Kalau tak kerana

keperluan untuk mendaftar universiti pagi itu memang dia tidak akan memakai baju kurung

yang satu-satunya dia ada.

“Haa... kan cantik anak mommy pakai baju kurung macam ni”.

“Barulah nampak macam perempuan Melayu terakhir”. Puan Sri Syarifah Zainah

memecah kesunyian di meja makan itu.

Puteri Balqis hanya mendiamkan diri. Terus menyuap sarapan pagi ke mulut. Tiada

reaksi terhadap pujian ibunya.

“Dah cantik-cantik macam ni, takkan monyok jer...senyum la sikit”. Puan Sri Syarifah

Zainah masih berusaha untuk menceriakan pagi yang muram itu. Sepatutnya saat-saat begini

diraikan kerana anaknya berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading. Tapi berlainan

dengan keadaan keluarganya. Tan Sri Syed Aminuddin hanya menjeling memerhati tingkah

satu-satunya anak yang dia ada.

Mereka bertiga kembali diam. Puan Sri Syarifah Zainah juga seperti kehabisan katakata

untuk memancing ceria anaknya. Dia memandang wajah suaminya bila melihat anak

perempuan tunggalnya itu tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Mereka suami isteri saling

berpandangan. Sudah lapan belas tahun mereka membesarkan nak yang seorang itu. Sudah

masak benar dengan perangainya. Jika begitu keadaannya, mesti ada sesuatu yang dihajati yang

masih belum tertunai.

Tan Sri Syed Aminuddin bangun dari kerusi makan menuju ke ruang tamu. Dia

mengambil kotak di atas meja di tepi dinding. Kotak tersebut dibawanya semula ke meja makan.

“Ini hadiah dari daddy sebab Puteri berjaya masuk universiti”. Tan Sri Syed Aminuddin

bersuara sambil menolak kotak kecil itu ke hadapan Puteri Balqis yang masih membatu. Dia

menjeling kotak yang berada di sebelah pinggannya.

“Waa...iPhone X”. Bisik hati Puteri Balqis bila melihat gambar dan tulisan yang tertera

di atas kotak tersebut. Dia seperti ingin melonjak kegembiraan tapi dipendamkan.

Pandangannya dialihkan semula ke arah pinggan. Seperti tiada apa-apa.

35

“Ok...kalau Puteri tak suka daddy ambil balik”. Tan Sri Syed Aminuddin seperti

mengancam.

Tangannya mencapai semula kotak putih yang disuakan kepada anaknya sebentar tadi.

Belum sempat tangan Tan Sri Syed Aminuddin mencapai kotak tersebut, tangan Puteri Balqis

dengan pantas terlebih dahulu mencapai kotak tersebut dan diletakkan di atas ribanya.

Perlakuan dua beranak itu membuatkan Puan Sri Syarifah Zainah ketawa mengekek-ngekek.

Hatinya terasa lucu melihat Puteri Balqis sepantas kilat menyambar kotak iPhone di atas meja

sebelum sempat ayahnya mengambil semula kotak tersebut.

“Elehh... malu-malu kucing”. Perli Puan Sri Syarifah Zainah.

Puter Balqis langsung tidak bersuara. Juga tidak menjawab kata-kata ibunya. Habis

makan Puteri Balqis bangun dan beredar ke ruang tamu. Dia duduk di atas sofa dan mula

membuka penutup kotak yang diberikan oleh ayahnya sebentar tadi. Satu-persatu isi kotak

tersebut dikeluarkannya. iPhone X baharu yang dihadiahkan oleh ayahnya itu dibelek-belek

berulang kali. Puas telefon tersebut dibelek, disimpan semula ke dalam kotaknya.

“Dah siap ke barang-barang yang nak dibawa?”. Puan Sri Syarifah Zainah menyoal

Puteri Balqis yang masih belum mahu bersuara.

Puteri Balqis hanya memuncungkan bibirnya ke arah beg pakaian berwarna pink yang

diletakkan di tepi pintu utama. Puan Sri Syarifah Zainah memandang ke arah yang ditunjukkan

oleh anaknya itu. Kemudian dia hanya mengeleng kepala tanda sudah tidak tahu apa yang perlu

dilakukan kepada anaknya yang seorang itu. Puan Sri Syarifah Zainah menaiki tangga

meninggalkan Puteri Balqis seorang diri di ruang tamu untuk ke bilik di tingkat atas. Dia mahu

bersiap untuk menghantar Puteri Balqis ke universiti pagi itu. Sampai di bilik, dilihatnya

suaminya telah bersiap rapi.

“Hahh... you tak nak ikut sekali ke?”. Soal Tan Sri Syed Aminuddin bila melihat kelibat

isterinya di dalam cermin sambil menyisir rambutnya yang semakin jarang dan memutih itu.

“Ikut... tunggulah saya mandi dulu”. Jawab Puan Sri Syarifah Zainah ringkas.

“Cepat sikit. Tadi you yang beria-ia nak cepat”. Tan Sri Syed Aminuddin seperti

memulangkan paku buah keras kepada isterinya.

Puan Sri Syarifah Zainah mencapai tuala dan terus masuk ke dalam bilik mandi tanpa

menjawab kata-kata suaminya.

Tan Sri Syed Aminuddin menuruni tangga setelah selesai bersiap. Dia duduk

berhadapan dengan Puteri Balqis di atas sofa di ruang tamu itu. Matanya memandang tepat ke

arah Puteri Balqis. Puteri Balqis hanya buat tak tahu.

“Daddy tau kenapa Puteri diam je kan?”. Tan Sri Syed Aminuddin memulakan bicara.

36

“Daddy tak lupa janji daddy pada Puteri”. Tan Sri Syed Aminuddin meneruskan katakatanya

walaupun tiada respon daripada Puteri.

Tan Sri Syed Aminuddin menyeluk kocek seluarnya. Puteri Balqis hanya melihat

perbuatan ayahnya itu dengan ekor matanya. Tan Sri Syed Aminuddin menggeluarkan sesuatu

dan barang tersebut berada di dalam genggamannya.

“Look at this”. Tan Sri Syed Aminuddin menghulurkan tangannya. Ada sesuatu yang

masih di dalam genggamannya.

Puteri Balqis lantas mengarahkan pandangan matanya ke arah genggaman tangan

ayahnya yang seperti ingin membuat silap mata. Tan Sri Syed Aminuddin membuka

genggaman tangannya perlahan-lahan.

“Kunci kereta...!!!”. Puteri Balqis menjerit setelah melihat apa yang ada di dalam

genggaman tangan ayahnya.

Sepantas kilat Puteri Balqis mencapai kunci tersebut daripada tangan ayahnya. Dia

membelek-belek kunci kereta tersebut seperti dia membelek telefon baharu yang dihadiahkan

kepadanya sebentar tadi. Puteri Balqis mula tersenyum. Dia menjenguk-jenguk ke luar untuk

melihat kalau-kalau kereta yang diimpikannya itu ada di luar rumah. Tapi dia hampa.

“Tapi mana keretanya?”. Soal Puteri Balqis bila matanya tidak dapat menangkap objek

seperti yang ada di dalam fikirannya, BMW i8 berwarna merah.

“Not yet. Kereta tu daddy simpan dulu”. Tan Sri Syed Aminuddin mengerak-gerakkan

jarinya.

Puteri Balqis kembali hampa. Selepas tamat tingkatan lima dan sebelum menyambung

pelajaran ke tingkatan enam, Puteri Balqis telah memiliki lesen kereta. Sebagai hadiah kerana

lulus ujian untuk mendapatkan lesen kenderaan, Tan Sri Syed Aminuddin membelikannya

sebuah kereta mini cooper baharu. Walau pun kereta tersebut baru dua tahun digunakan, Puteri

Balqis sudah memasang angan-angan untuk memiliki kereta idaman yang baharu.

Sememangnya Puteri Balqis mencari idea atau alasan untuk ayahnya menuruti keinginannya

untuk memiliki kereta tersebut.

“Puteri daftar dulu, then daddy akan tengok macam mana. Kalau ok selepas dua minggu

ni barulah daddy akan bagi kereta tu”. Sambung Tan Sri Syed Aminuddin.

“Lagi pun minggu pertama selepas daftar nanti Puteri akan sibuk dengan program

orientasi universiti kan”. Tambahnya lagi.

Dia masih teringat bagaimana dia mendaftar di universiti dan menjalani minggu

orientasi yang memenatkan. Selama seminggu memang tiada ruang masa untuk berehat kerana

jadual padat dengan aktiviti yang telah disusun oleh universiti. Sebagai pelajar baharu dia dan

37

akan-rakan lain hanya menurut. Tetapi manisnya pula, semasa minggu itu jugalah dia

berkenalan dengan isterinya, Puan Sri Syarifah Zainah. Mengingatkan itu semua Tan Sri Syed

Aminuddin tersenyum sendirian. Walaupun dia belajar di universiti tempatan tetapi dia juga

berjaya menempa nama sebagai seorang arkitek yang berjaya.

Puteri balqis kembali membisu. Dua minggu tak lama. Selepas itu dia akan menuntut

apa yang telah dijanjikan oleh ayahnya. Kereta idamannya itu akan menjadi miliknya tak lama

lagi. Puteri Balqis kembali membelek kunci di tangan. Dari tingkat atas, Puan Sri Syarifah

Zainah berjalan menuruni tangga setelah selesai bersiap.

“Jom... apa tunggu lagi”. Puan Sri Syarifah Zainah melenggang menuju ke pintu

hadapan.

Tan Sri Syed Aminuddin dan Puteri Balqis yang sedari tadi menunggu Puan Sri Syarifah

Zainah bersiap bingkas bangun. Puteri Balqis menarik beg pakaian berwarna pink yang sudah

diletakkan di tepi pintu. Di luar Pak Rahim, driver keluarganya telah setia menanti. Puteri

Balqis menarik beg pakaiannya ke belakang Toyota Vellfire ayahnya. Bonet belakang kereta

itu juga sudah sedia terkuak. Pak Rahim menyambut beg tersebut daripada tangan Puteri Balqis

tanpa banyak bicara. Diletakkan beg tersebut di bahagian belakang tempat menyimpan barang

dengan cermat. Selesai, dia pantas membuka pintu MPV untuk Puteri Balqis dan yang lain-lain.

Puteri Balqis masuk ke dalam kenderaan tersebut dengan malas. Puan Sri Syarifah Zainah juga

menyertai anaknya duduk di belakang manakala Tan Sri Syed Aminuddin duduk di hadapan

bersama Pak Rahim, pemandunya.

Enjin kenderaan dihidupkan, dan kenderaan besar berwarna putih itu mula bergerak

meninggalkan rumah agam yang tersergam indah. Puteri Balqis hanya melepaskan pandangan

ke luar tanpa ada apa-apa di dalam fikirannya. Kenderaan tersebut terus bergerak laju dan

akhirnya hilang di dalam arus kenderaan yang semakin banyak.

38

BAB 6

“O.k...tak lama lagi kita sampai”. Pak Mail bersuara memecah khayalan Imran.

Sepanjang dua jam perjalanan macam-macam yang difikirkan Imran. Dia pun tak

banyak bercakap dengan Pak Mail. Imran memerhati kain rentang yang digantung sepanjang

jalan menuju ke universiti itu. Kain rentang dengan ucapan tahniah dan alu-aluan selamat

datang kepada pelajar baharu sepertinya.Perasaan sayu dan bangga bersilih ganti dalam hati

Imran. Sayu kerana terpaksa meninggalkan keluarga yang setelah sekian lama bersama. Bangga

kerana dapat menunaikan janji kepada ibunya untuk ke menara gading.

“Imran janji dengan ibu, Imran akan belajar bersungguh-sungguh sampai ke universiti.

Imran nak buat ibu bangga”. Masih terngiang-ngiang janji kepada ibunya lima enam tahun yang

lepas.

Ketika itu ibunya hanya tersenyum. Dia tahu anaknya itu mampu mengotakan segala

janji yang diluahkan.

Pak Mail membelokkan kereta di satu simpang mengikut arahan pengawal keselamatan

universiti. Jam sudah pukul sepuluh pagi. Kawasan padang yang dijadikan tempat untuk

meletakkan kenderaan ibubapa penuh sesak. Manusia juga begitu ramai seperti ada keramaian.

Pak Mail memberhentikan kereta.

“O.k Imran. Kita dah sampai ni”. Pak Mail mematikan enjin kereta.

Imran menuruti Pak Mail yang keluar daripada kereta. Mereka berdua menuju ke

belakang kereta untuk mengambil barang-barang Imran. Pak Mail membuka bonet kereta dan

mengeluarkan beg-beg pakaian Imran dan diletakkan di sisi kereta. Bonet kereta ditutup semula

bila semua barang-barang yang disumbatkan di dalamnya telah dikeluarkan. Pak Mail

menghampiri Imran. Imran menghulurkan tangan utuk bersalaman dengan Pak Mail dan

sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih kerana menghantarnya ke universiti pagi

itu. Budi baik orang perlu kita kenang. Itu yang selalu diajar oleh ibunya.

“Terima kasih Pak Mail sebab sudi hantar Im sampai ke sini”. Imran menundukkan

kepalanya untuk mencium tangan Pak Mail.

Kalau ayahnya masih hidup, umurnya sebaya dengan Pak Mail. Sedih pula arasa hati

Imran bila mengenang arwah ayah yang tidak sempat melihat kejayaan anaknya itu.

“Tak apalah. Lagi pun Pak Mail memang dah biasa dengan tempat ni”. Suara Pak Mail

bernada sedih.

Walau pun Imran bukan siapa-siapa dengan dirinya, tapi dia tetap bangga dengan

kejayaan-kejayaan Imran. Lagi pun dia dan arwah ayah Imran bersahabat baik sejak kecil. Pak

39

Mail memasukkan tangannya ke dalam kocek seluar dan mengeluarkan sampul surat kecil.

Sampul surat tersebut diserahkan ke tangan Imran.

“Im ambil ni... buat belanja”.

“Ehh... apa ni Pak Mail. Banyak sangat ni”. Imran terkejut dengan pemberian Pak Mail.

“Tak pe...Pak Mail ikhlas ni. Pak Mail sedekah”. Pak Mail menepuk bahu Imran.

Imran memandang wajah redup Pak Mail. Imran serba salah dengan pemberian Pak

Mail walau pun dia tahu apalah sangat pemberian itu pada Pak Mail. Harta dan duitnya memang

tak habis tujuh keturunan. Tapi Imran tidak boleh menyembunyikan perasaan malunya kerana

banyak menyusahkan orang tua itu. Sudahlah dia menghantar Imran sampai ke universiti itu

secara percuma, diberinya lagi duit poket.

“Kamu belajar rajin-rajin ye...banggakan mak kamu”. Pak Mail bersuara lagi.

“Insyaallah Pak Mail. Terima kasih Pak Mail. Saya tak tau macam mana nak balas jasa

Pak Mail pada saya dan keluarga”.

“Tak apa...Pak Mail buat ni ikhlas. Jangan fikir sangat ye. O.klah... Pak Mail nak balik

dulu. Kamu jaga diri baik-baik”. Panjang celoteh Pak Mail.

“O.k Pak Mail. Drive elok-elok ye. Assalamualaikum”.

“Waalaikumsalam”. Pak Mail menjawab salam sambil membuka pintu keretanya.

Enjin dihidupkan dan kereta putih itu mula bergerak perlahan menuju jalan keluar

daripada kampus universiti itu. Imran hanya memerhati kereta yang dipandu oleh Pak Mail

keluar daripada kawasan parking kenderaan yang disediakan meninggalkannya yang masih

tercegat seorang diri. Pak Mail melambaikan tangan tanda ucap selamat tinggal. Imran

membalas semula lambaian tersebut. Setelah kereta Pak Mail hilang dari pandangan, barulah

Imran bergerak mengheret beg pakaian dan peralatan yang lain menuju ke sebuah dewan yang

terletak bersebelahan kawasan parking tersebut.

Manusia semakin ramai. Berpusu-pusu. Orang yang menghantar lebih ramai daripada

pelajar yang ingin mendaftar.Imran tersenyum sendirian seperti ada kelucuan di hatinya.

Kadang-kadang ibu bapa dan sanak saudara yang terlebih excited. Habis sekampung nak datang

menghantar.

Seketika Imran berhenti mencari-cari sesuatu. Tapi dia sendiri tak pasti apa yang dicari.

Kemudian dia menyambung perjalananan. Agak jauh dewan untuk mendaftar dengan tempat

Pak Mail memberhentikan keretanya sebentar tadi. Imran berhenti lagi untuk melepaskan

lelahnya. Kiri kanan depan belakang dipenuhi dengan manusia yang masing-masing menghala

ke arah yang sama. Pelbagai kerenah juga dapat dilihat Imran. Tiba-tiba...dukkk!!!. Imran

40

tergolek di atas tanah. Seperti ada hentaman kuat yang terkena pada Imran. Beg pakaian

danbarang-barang lain yang turut dibawanya ikut sama bertaburan.

“Heiii...buta ke!!!?”. Terdengar satu suara halus yang nyaring menengkingnya.

Imran membersihkan kotoran yang terkena pada seluar, siku dan bajunya semasa dia

jatuh tadi. Dia bangun dan menggumpulkan semula barang-barang yang turut jatuh.

“Heiii...awak pekak ke?. Dah la buta, pekak pula tu!!!”. Suara halus nyaring itu menusuk

ke telinga Imran.

Imran mencari-cari tuan empunya suara tersebut. Di hadapannya berdiri seorang gadis

cantik berambut panjang dan berbaju kurung. Imran memandang gadis tersebut dari hujung

rambut hingga hujung kaki. Lidahnya kelu dan kakinya terpasak ke bumi bila terpandang rupa

paras gadis tersebut. Apakah bidadari syurga yang menjelma di hadapannya.Fikir Imran dalam

hatinya.

“Apa ni Puteri. Puteri yang langgar diakan. Sepatutnya Puteri yang minta maaf pada

dia”. Lamunan Imran dimatikan oleh suara Puan Sri Syarifah Zainah.

“Ehhh...takpe makcik. Sikit je ni”. Imran berbahasa sambil menguntum senyum.

Imran pasti itu adalah ibu kepada gadis yang melanggarnya sebentar tadi.

“Auntie minta maaf bagi pihak anak auntie ye”.

“Takpa makcik...ehh... auntie. Lagi pun bukan dia sengaja. Salah saya juga sebab berdiri

tengah-tengah padang ni”. Imran cuba bermanis mulut.

“Anak auntie ni memang macam tu. Asyik sangat dengan telefon tu”. Puan Sri Syarifah

Zainah menjeling anak daranya di sebelah yang asyik melayan telefon di tangan.

Dari jauh Imran dapat melihat dua orang lelaki separuh umur menghampiri mereka.

Seorang agak segak bergaya, manakala seorang lagi sedang menyeret sebuah beg pakaian

berwarna pink.

“Assalamualaikum”. Tan Sri Syed Aminuddin memberi salam.

“Waalaikumsalam”. Balas Imran.

Mereka berjabat salam. Imran juga dapat mengagak tentu lelaki separuh umur ini adalah

ayah kepada gadis tersebut yang dipanggil ibunya ‘Puteri’ sebentar tadi. Tapi yang seorang lagi

itu Imran kurang pasti. Mungkin pakcik atau kawan ayahnya.

“Kenapa ni?”. Tan Sri Syed Aminuddin bertanya apabila melihat seperti ada masalah

yang berlaku.

“Ni haa... anak awak ni. Berjalan tak tengok orang. Mata asyik melekat kat telefon tu.

Orang kat depan mata pun dilanggarnya. Dah salah tak reti nak minta maaf”. Panjang

penerangan dari Puan Sri Syarifah Zainah memperihalkan kejadian yang berlaku.

41

Tan Sri Syed Aminuddin menggeleng kepala. Dia memandang Imran yang terpacak dari

tadi menyaksikan drama di depan mata.

“Anak ni siapa nama?”. Tan Sri Syed Aminuddin bertanyakan nama Imran.

“Nama saya Imran uncle”. Balas Imran ramah.

“Ooo...Imran pun nak mendaftar juga ke?”. Tan Sri Syed Aminuddin meneruskan

pertanyaan.

“Nampaknya macam tu lah uncle”.

“Mana yang lain...?”.

“Saya anak sulung. Ayah saya dah lama takda. Saya tinggal dengan ibu dan tiga adik

yang lain di kampung. Sebab tu lah diaorang tak dapat datang untuk hantar saya”. Panjang lebar

juga Imran menjelaskan persoalan Tan Sri Syed Aminuddin.

Tan Sri Syed Aminuddin hanya menganggukkan kepala tanda faham dengan situasi

yang dihadapi oleh Imran.

“Uncle hantar anak uncle mendaftar juga ke?”. Giliran Imran mengajukan soalan.

“Iye...uncle hantar anak uncle tu”. Panjang muncung Tan Sri Syed Aminuddin

mengarah kepada Puteri Balqis.

“Nama anak uncle tu Puteri Balqis... dia ni lain macam sikit”. Tan Sri Syed Aminuddin

bercerita tentang anaknya kepada Imran.

“Imran ambil bachelor apa?”. Soal Tan Sri Syed Aminuddin lagi ingin tahu.

“Saya ambil bachelor pentadbiran perniagaan”. Jawan Imran ringkas.

“Ooo...nak jadi businessman lah ni ye?”. Usik Tan Sri Syed Aminuddin sambil ketawa.

Mereka bersembang sambil berjalan menuju dewan pendaftaran.

“Puteri pun ambil bidang yang sama. Satu kuliah la nanti ni”.

“Ooo... ye ke?”. Imran menjeling ke arah Puteri yang sedari tadi asyik dengan telefon

bimbitnya.

Sedar tak sedar mereka sudah sampai di lobi dewan pendaftaran universiti itu.Di dalam

kelihatan pelajar beratur untuk menunggu giliran untuk mendaftar sebagai mahasiswa. Imran

mengambil beberapa dokumen penting untuk tujuan pendaftaran seperti yang diarahkan oleh

beberapa orang fasilitator universiti itu. Semuanya segak-segak dan bergaya. Mungkin mereka

itu semua pelajar senior. Agak Imran dalam hati. Dia juga ingin begitu suatu hari nanti. Imran

tersengih bila membayangkan dia nanti akan berada di tempat abang-abang senior mengalualukan

kedatangan adik-adik baharu.

“Tan Sri... ni dokumen dan beg puteri”. Tiba-tiba lelaki yang menyorong beg berwarna

pink tersebut bersuara.

42

“O.k Pak Rahim. Letak je kat situ. Pak Rahim tunggu di kereta ye”.

Imran tergamam. Tan Sri rupanya. Hatinya berbisik. Muka Imran berubah. Sedari tadi

dia tidak tahu orang yang diajaknya berbual adalah Tan Sri. Daripada mula berbual, Imran

memanggil dengan panggilan ‘uncle’ dan ‘auntie’. Tentu mereka berdua marah padanya, fikir

hati Imran lagi. Dia tidak tentu arah.

“Eerrr...saya nak minta maaf”. Suara Imran bergetar kerana ketakutan.

“Eehh... kenapa nak minta maaf ni. Awak bukan ada salah apa-apa”. Tan Sri Syed

Aminuddin melihat wajah Imran pucat.

“Tttaa...di saya panggil Tan Sri, uncle”. Imran menjelaskan kenapa dia memohon maaf.

Tan Sri Syed Aminuddin ketawa terkekeh-kekeh. Puan Sri Syarifah Zainah kehairanan

kenapa suaminya ketawa seperti mendengar cerita lucu.

“Ni haa... Imran ni takut kita marah dia sebab dia baru tahu yang I ni Tan Sri. Itu pun

sebab Pak Rahim yang panggil I tadi”. Tan Sri Syed Aminuddin menyambung ketawanya

setelah menerangkan kepada isterinya kenapa dia ketawa. Puan Sri Syarifah Zainah turut

tersenyum.

“Imran tak payah risau. Kami lagi suka kalau dipanggil auntie atau uncle. Tu semua

gelaran dunia aje. Bukan apa-apa pun”. Kata-kata Puan Sri Syarifah Zainah membuatkan hati

Imran tenang sedikit.

“O.klah Tan Sri... eehh...uncle. Saya masuk dulu ye”. Imran meminta izin untuk masuk

ke dalam dewan untuk urusan pendaftaran masuk.

Tan Sri Syed Aminuddin dan isterinya hanya tersenyum melihat baik budi Imran.

Kalaulah Puteri mempunyai perangai sebegitu, tentu mereka berdua lebih bahagia. Tan Sri Syed

Aminuddin mencari-cari anak kesayangannya itu. Semenjak rancak berbual dengan Imran

sebentar tadi, dia terlupa langsung pada Puteri.

“Ehh... mana peginya anak awak tadi”. Tan Sri Syed Aminuddin menyoal isterinya

apabila tidak melihat kelibat Puteri Balqis.

“Tu haa... dia jumpa kawan-kawan sekolah yang sama-sama dapat belajar di universiti

ni”. Puan Sri Syarifah Zainah menuding jari ke arah Puteri Balqis yang asyik bersembang

dengan Aireen dan Misya, sahabat baiknya semenjak darjah satu.

Tan Sri Syed Aminuddin dan isterinya mencari tempat duduk di bawah khemah yang

disediakan oleh pihak universiti untuk tempat menunggu sementara anak-anak mereka

mendaftar di dalam dewan. Mereka berdua hanya diam sambil melihat hiruk-pikuk keadaan

sekeliling dengan kerenah keluarga yang menghantar anak masing-masing.

43

Setengah jam berlalu, Puteri Balqis dan rakan-rakannya keluar daripada dewan

pendaftaran. Puan Sri Syarifah Zainah melambai tangan ke arah Puteri Balqis dari bawah

khemah tersebut.

“Mommy, Daddy... Puteri dah dapat kunci bilik”. Puteri Balqis menunjukkan anak kunci

bilik penginapannya.

“Puteri dapat satu bilik dengan Aireen”. Jelas Puteri lagi.

“Eerrmm... bagus la tu”. Pendek jawapan Puan Sri Syarifah Zainah.

“O.klah kalau macam tu. Semua dah settle, then sebelum you all masuk bilik, jom uncle

belanja lunch dulu. Sebut je nak makan apa, uncle belanja”. Tawaran Tan Sri Syed Aminuddin

menyebabkan Puteri Balqis dan rakan-rakannya melompat keseronokan.

Tan Sri Syed Aminuddin mengintai-intai kalau-kalau terlibat kelibat Imran di sekitar

dewan tersebut. Tapi dia hampa. Hajat hati sekiranya Imran masih ada di situ, dia ingin

mengajaknya sekali untuk makan tengah hari bersama. Tan Sri Syed Aminuddin seperti sudah

terpaut dengan baik budi tutur kata Imran yang begitu hormatkan orang tua. Apatah lagi Tan

Sri Syed Aminuddin tidak mempunyai anak lelaki.

“Puteri ada nampak Imran tak?”. Soal Tan Sri Syed Aminuddin apabila langsung tidak

melihat kelibat Imran.

Selepas masuk ke dalam dewan sebentar tadi, dia langsung tidak melihat sama ada Imran

ada keluar atau tidak daripada dewan tersebut. Mungkin dia terlepas pandang agaknya semasa

Imran melewati mereka selepas mendaftar tadi.

“Imran? Siapa Imran?”. Soal Puteri Balqis.

“Alaaa...budak lelaki yang Puteri langgar tadi la. Nama dia Imran”. Potong Puan Sri

Syarifah Zainah menjelaskan kepada Puteri.

“Kenapa nak cari dia?”. Soal Puteri kembali.

Daripada riak wajahnya seperti kehairanan. Kenapa perlu ayahnya mencari budak lelaki

tu. Detik hati Puteri.

“Daddy ingat nak ajak dia lunch sekali dengan kita”. Terang Tan Sri Syed Aminuddin.

“Eehhh...kenapa pula daddy nak ajak dia lunch sekali dengan kita. Dia siapa?”. Puteri

masih tak faham kenapa ayahnya beria-ia mencari Imran.

“Puteri...Imran tu budak baik. Dari percakapan dia pun ayah tau yang dia baik. Sopan

santun. Apa salahnya kalau kita berbahasa dengan dia. Lagi pun Puteri dah buat salah dengan

dia tadi kan. Tak minta maaf pun”. Panjang bebelan Tan Sri Syed Aminuddin kepada Puteri.

“Alaa...daddy ni. Cepat sangat percaya dengan orang”. Bantah Puteri.

44

Tan Sri Syed Aminuddin hanya menggeleng kepala melihat perangai anak perempuan

tunggalnya itu. Macam-macam cara telah dia dan isteri lakukan untuk membentuk Puteri agar

menjadi seorang yang lebih berbudi bahasa dan berlemah lembut sesuai dengan fitrahnya

sebagai seorang perempuan. Tetapi Puteri masih dengan perangainya yang suka merajuk,

sombong dan tan pandai untuk bercakap dengan orang tua. Kadang-kadang Tan Sri Syed

Aminuddin dan isteri malu dengan tingkah Puteri Balqis bila berada di khalayak ramai.

Tan Sri Syed Aminuddin dan isteri serta Puteri Balqis dan disertai dua orang rakannya

menuju ke kereta untuk keluar makan tengah hari. Ibu dan ayah Aireen serta Misya telah balik

awal kerana ada hal lain yang perlu diselesaikan.

45

BAB 7

Imran membawa beg dan segala peralatan menuju ke asrama penginapannya. Sesekali

dia melihat nombor bilik dan nama blok yang akan menjadi tempat tinggalnya. Dia melalui

laluan pejalan kaki menuju ke bangunan paling belakang yang dikhaskan untuk pelajar lelaki

sahaja. Setelah pasti blok kediaman tersebut, Imran melangkah masuk untuk mencari biliknya.

Satu persatu nombor yang ada di pintu bilik tersebut dibaca oleh Imran.

“Nombor 073”. Imran membaca nombor yang ada di atas tag kunci biliknya. Kemudian

Imran melihat nombor yang ada di pintu bilik tersebut. Setelah betul-betul pasti Imran

memasukkan anak kunci ke dalam tombol pintu. Belum sempat anak kunci tersebut mencecah

tombol, pintu sudah terbuka. Imran sedikit terperanjat. Rupanya pintu tersebut tidak berkunci.

Imran menolak pintu bilik yang terkuak itu dengan hujung jari. Apabila pintu itu terbuka luas,

Imran dapat melihat kelibat seseorang di dalam. Rupa-rupanya rakan sebilik Imran dah ada.

Dia tengah mengemaskan pakaian yang ada di dalam beg untuk dimasukkan ke dalam almari

yang disediakan.

“Assalamualaikum”. Imran memberi salam dan mengetuk pintu yang sudah terkuak.

Rakan sebilik Imran yang sedang asyik mengemas sebentar tadi menoleh ke arah pintu.

“Waalaikumsalam”. Jawabnya ringkas.

“Masuklah”. Pelawanya lagi.

Imran melangkah masuk ke dalam bilik yang akan menjadi sebahagian daripada

kehidupannya selepas ini. Dia meletakkan beg serta peralatan keperluannya di tepi katil besi

yang tersedia. Imran melihat sekeliling bilik tersebut. Semuanya disediakan. Ada dua katil

bujang, dua meja belajar, dua almari baju dan perlatan lain seperti bakul sampah dan cermin.

“Nama aku Imran, nama kau?”. Imran memulakan bicara dengan rakan sebiliknya yang

sedang asyik mengemas pakaiannya.

“Nama aku Wahid”. Wahid memperkenalkan diri.

Wahid menghulurkan tangan dan mereka bersalaman. Masing-masing duduk di birai

katil menghadap satu sama lain. Masing-masing memperkenalkan diri antara satu sama lain.

Daripada perkenalan itu, Imran tahu Wahid juga sepertinya, datang dari keluarga yang susah.

Tetapi Wahid bernasib baik sebab ayahnya masih ada. Wahid juga mengambil kursus yang

sama. Mereka bukan sahaja jadi rakan sebilik, tetapi juga rakan sekelas nanti.

“Eehh... kejap ye. Aku nak call mak aku kejap. Lupa pula aku nak bagitau yang aku dah

selamat sampai”. Imran mematikan perbualan mereka bila teringatkan ibunya.

46

Dia meraba-raba saku untuk mencari telefon bimbitnya. Pantas jari-jemari Imran

menari-nari di atas skrin telefon tersebut. Wahid hanya memerhati tingkah Imran. Sebentar

kemudian telefon tersebut dibawa ke telinganya.

“Hello...assalamualaikum ibu”. Terdengar suara Imran memberi salam setelah sekian

lama menunggu panggilannya disambut.

Imran mendengar halus suara ibunya dihujung sana.

“Ibu... Im dah sampai. Im minta maaf sebab lambat nak call ibu”.

“Takpa. Ibu faham. Mesti Im banyak urusan kat sana kan”. Jawab ibunya.

“Im dah dapat bilik bu. Im pun ada kawan sebilik. Wahid nama dia”. Imran

menceritakan sedikit apa yang berlaku di universiti itu.

Wahid menoleh ke arah Imran bila namanya disebut. Dia tersenyum. Dia hanya

mendengar perbualan Imran dan ibunya itu. Sesekali dia ketawa bila mendengar apa yang

dibicarakan oleh Imran kepada ibunya. Hampir lima belas minit Imran bercakap dengan ibunya.

“O.klah bu. Im nak kemas barang-barang Im ni. Malam nanti dah mula aktiviti kat

universiti ni. Ibu jaga kesihatan ye. Kirim salam Im pada adik-adik yang lain. Ada masa nanti

Im akan telefon ibu lagi”. Panjang kata-kata penutup daripada Imran.

“Assalamualaikum bu...bye”. Imran memutuskan talian setelah puas bercakap dengan

ibunya.

“Kau ni mesti jenis anak manja kan?”. Wahid bersuara sebaik sahaja Imran menyimpan

telefonnya.

“Kenapa pula?”. Soal Imran.

“Iye la. Dari tadi aku dengar cara kau bercakap dengan mak kau. Cam nak nangis jer”.

Usik Wahid.

“Pandai je kau buat cerita kan”. Imran ketawa dengan usikan wahid.

Wahid juga turut ketawa. Imran tak sangka rupanya Wahid seorang yang periang dan

pandai memulakan perbualan. Nampaknya dia dan wahid akan menjadi sahabat baik. Mereka

pun datang dari latar belakang keluarga yang sama. Walau pun baru beberapa jam berkenalan,

mereka sudah mesra seperti sudah lama berkawan.

Imran dan Wahid kembali sibuk mengemaskan barang-barang yang perlu. Seperti

makluman daripada fasilitator universiti tadi, mereka akan makan malam pada pukul enam

setengah petang. Pelik juga Imran, kenapa makan malam terlalu awal. Biasanya kalau di

kampung, mereka akan malam selepas solat maghrib. Mereka juga diarahkan berkumpul di

dewan tempat mereka mendaftar tadi jam lima petang. Masih banyak program dan aktiviti yang

47

akan mereka lalui sepanjang tempoh seminggu ini. Imran melihat jam tangannya. Sudah pukul

satu setengah tengah hari.

“Wahid...kau tak lapar ke?”. Soal Imran.

“Weii..mau tak lapar. Dari pagi tadi aku tak jamah apa-apa makanan tau”.

Wahidmengerutkan wajahnya dan mengusap-usap perut sambil memerhati wajah Imran.

“O.k..macam ni. Kita sembahyang Zohor dulu, kemudian kita keluar cari makan...

amacam?”. Cadang Imran kepada Wahid.

Wahid hanya menganggukkan kepala tanda setuju dengan cadangan daripada Imran itu.

Mereka beriringan keluar dari bilik dan menuju ke bilik air. Pertama kali Imran dan Wahid

melihat bilik air yang dikongsi beramai-ramai di asrama kediaman itu. Rupa-rupanya bilik air

telah penuh dengan pelajar-pelajar baharu. Masing-masing ada agenda masing-masing yang

ingin dilaksanakan. Tak kurang juga yang berbaris menunggu giliran melepaskan hajat. Imran

dan Wahid mencari kepala paip untuk mengambil wuduk untuk menunaikan solat Zohor.

Selesai berwuduk mereka kembali ke bilik. Imran dan Wahid mengeluarkan sejadah masingmasing

daripada dalam beg. Imran mengenakan kupiah putih yang dibekalkan oleh ibunya.

Imran menjadi imam solat zuhur dan Wahid hanya menuruti di belakang.

Selesai solat Zohor kedua-dua sahabat yang baharu saja berkenalan itu bersiap untuk

keluar. Kemudian mereka keluar berturutan. Wahid mengunci pintu bilik mereka. Masih ramai

pelajar yang baru saja sampai daripada kampung masing-masing. Ada juga ibubapa yang

menemani anak-anak mereka hingga ke bilik. Mungkin untuk melihat tempat kediaman anakanak

mereka. Untunglah mereka sebab masih ada ibubapa yang berkemampuan menghantar

anak mereka sampai ke pintu bilik asrama penginapan. Bisik hati Imran. Dia terkenang ibu di

kampung walaupun baharu saja sebentar tadi dia bercakap dengan ibunya.

“Kita nak keluar naik apa ni...kita bukan biasa dengan kawasan ni?”. Soal Wahid sebaik

mereka sampai di hadapan dewan besar tempat mereka mendaftar tadi.

“Kita jalan sikit sampai jalan besar tu...kita carilah teksi”. Cadang Imran.

Dia sendiri pun baru pertama kali datang ke universiti itu. Dia sendiri tak tahu apa-apa.

Pekan terhampir dengan asrama penginapan pun dia tak tahu nama lagi. Sampai di

persimpangan jalan, Imran menuju pondok pengawal keselamatan universiti. Tujuannya untuk

bertanya tempat untuk mencari makanan untuk makan tengah hari itu.

“Assalamualaikum pakcik”. Imran memberi salam.

“Waalaikumsalam”. Pengawal keselamatan berwajah garang itu menyambut salam

Imran.

48

“Saya nak tumpang tanya...kat mana tempat paling dekat untuk kami cari makanan

untuk makan tengah hari ni?”. Tanya Imran berhati-hati. Takut juga kalau-kalau pertanyaannya

menyinggung hati atau tersalah kata.

“Ooo...kalau nak berjalan kaki, jauh juga. Biasa student sini naik grab, teksi atau bas”.

Balas pengawal keselamatan tersebut.

“Kamu nampak pondok bas di seberang jalan tu?”. Pengawal keselamatan tersebut

menudingkan jarinya ke arah pondok menunggu bas yang tidak jauh daripada tempat mereka

berdiri. Imran dan Wahid hanya mengangguk-angguk.

“Kalau kamu nak naik teksi atau bas, kat situlah tempatnya”. Pengawal keselamatan itu

menjelaskan dengan ramah. Mungkin dia tahu Imran dan Wahid pelajar baharu. Dia juga

menerangkan nama pekan terhampir dan selok-belok tentang kawasan universiti tersebut serba

sedikit. Mereka berdua hanya mengangguk-anggukkan kepala tanda faham.

“Ok...terima kasih pakcik. Kami gerak dulu ye. Assalamualaikum”. Imran

mengucapkan terima kasih setelah semua maklumat yang dikehendaki sudah diketahui.

Imran dan Wahid menyeberang jalan yang masih sibuk dengan kenderaan ibubapa

pelajar yang menghantar anak masing-masing. Sampai di pondok menunggu bas tersebut,

beberapa buah teksi telah bersusun menunggu penumpang. Salah seorang pemandu teksi

berbaju putih menegur Imran dan Wahid.

“Assalamualaikum. Adik-adik ni baru mendaftar ye. Nak pergi mana?”. Tanyanya

sambil menghulur tangan bersalaman.

“Iye bang. Kami ni memang baru daftar di universiti ni. Kami nak keluar makan tengah

hari. Kami pun tak fasih sangat dengan kawasan ni”. Panjang lebar Imran menjelaskan. Wahid

hanya melongo melihat Imran dan abang teksi itu bersembang.

“Macam nilah...abang hantar korang berdua ke pekan yang paling hampir dengan

universiti ni. Nak tunggu bas memang lambat lagi ni”. Abang teksi tersebut membuat tawaran.

Imran memandang wajah Wahid untuk mendapat persetujuan. Wahid hanya senyum

tanda setuju. Padanya mana yang baik pada Imran, baik juga padanya.

“Ok lah bang...boleh lah”. Jawab Imran setelah mendapat persetujuan Wahid.

Kedua-duanya berjalan membuntuti abang teksi menuju ke arah teksinya. Mereka

membuka pintu teksi berwarna merah putih tersebut. Enjin dihidupkan dan teksi tersebut

meluncur di atas jalan membawa Imran dan Wahid menuju ke destinasi yang Mereka sendiri

tak tahu di mana. Sepuluh minit kemudian, teksi yang mereka naiki memasuki sebuah pekan

kecil. Sepanjang jalan mereka dapat melihat bangunan-bangunan kedai. Bangunan kedainya

pun tak ada yang tinggi-tinggi, tapi semuanya ada termasuk kedai makanan segera. Mudahlah

49

untuk mereka mencari barang keperluan mereka di situ. Teksi yang mereka naiki berhenti di

satu kawasan yang menempatkan berpuluh-puluh gerai makanan. Kawasan tersebut menjadi

tumpuan orang ramai yang ingin menikmati makan tengah hari.

“Ok. Kita dah sampai. Biasanya kat sinilah budak-budak U makan. Harga pun ok”.

Lagak abang teksi tersebut seperti pemandu pelancong. Sekali lagi Imran dan Wahid

mengangguk-anggukkan kepala.

Setelah membayar tambang teksi, Imran dan Wahid keluar daripada teksi tersebut dan

berdiri di tepi jalan menghadap gerai-gerai yang bersusun. Masing-masing melihat gerai-gerai

tersebut satu persatu.

“Eehh...kau nak makan kat mana?”. Tanya Wahid pada Imran yang masik asyik

memerhati dan membaca tanda nama pada gerai-gerai yang ada.

“Kita cari nasi campur je lah”. Balas Imran.

Mereka berjalan memasuki lorong gerai-gerai makanan tersebut. Kiri-kanan hirukpikuk

dengan suara pelanggan yang datang makan tengah hari dan tauke kedai yang melayani

pelanggan mereka. Mereka berdua masih meninjau-ninjaum kiri-kanan gerai unutk mencari

makanan yang dihajati.

“Kita makan sinilah”. Ajak Imran bila matanya menangkap masakan di gerai tersebut.

Wahid hanya menurut. Wahid dan Imran singgah di gerai yang dimaksudkan.

“Makan dik?”. Makcik gerai yang sedari tadi memerhati Imran dan Wahid mempelawa.

Imran dan Wahid membalas dengan senyuman.

“Nasi putih dua kak”. Wahid menunjukkan jarinya kepada makcik gerai tersebut.

Dengan cepat makcik gerai tersebut mencapai pinggan di tepinya dan mengelap

menggunakan tuala good morning di tangannya sebelum mencedukkan nasi. Nasi yang sudah

pebuh di pinggan dihulurkan kepada Imran dan Wahid.

“Minum?”. Tanya makcik gerai tersebut pendek.

“Bagi saya sirap limau”. Imran menjawab pantas.

“Saya teh O ais”. Wahid juga memesan minuman kegemarannya.

Mereka berdua bergerak ke arah lauk-pauk yang tersusun rapi dan menyelerakan. Mata

masing-masing melihat-lihat lauk yang kena dengan selera mereka. Akhirnya Imran mengambil

ikan keli masak sambal dan sayur pucuk paku masak lemak. Sedikit sambal belacan dan ulam

kacang botol. Setelah mendapat apa yang dihajati, mereka duduk di kerusi yang kosong. Sebaik

duduk, air yang mereka pesan juga turut sampai.Cuaca yang agak panas menyebabkan tekak

Imran begitu dahaga dan air sirap limau di hadapannya seperti melambai-lambai. Imran mencari

straw dan menghisap air sirap limau yang sejuk itu. Lega rasa tekaknya. Setelah membaca doa

50

makan, Imran dan Wahid memulakan aktiviti suap menyuap. Mereka langsung tidak

bersembang kerana begitu asyik memenuhkan perut yang sedang berkeroncong. Keadaan

sekeliling juga tidak dipedulikan.

Setelah selesai, mereka berdua bangun dan bergerak menuju ke arah deretan kedai-kedai

yang ada di sekitar pekan itu.

“Eehh... jom kita ronda-ronda pekan ni dulu”. Cadang Wahid kepada Imran.

“Elok juga tu. Program petang ni pun lambat lagi”. Imran terus bersetuju dengan

cadangan Imran. Dia melihat jam tangan yang menunjukkan jam tiga petang. Masih banyak

masa untuk berjalan-jalan di sekitar pekan itu.

Mereka berdua menyusuri kaki lima kedai-kedai yang berderetan sekadar untuk

melihat-lihat. Mana tahu kalau-kalau nanti mereka perlu membeli barang-barang keperluan

untuk seharian atau keperluan kuliah, mudahlah mereka mencari. Masing-masing hanya diam

sambil mata mereka memerhati ke kiri dan kanan kedai-kedai yang ada. Sesekali mereka

berhenti di hadapan kedai yang menarik minat mereka untuk melihat barangan yang

dipamerkan di dalam almari kaca.

“Eehh...Imran kan?”. Imran sedikit terkejut apabila ada seseorang yang menegur dan

mengenalnya.

Dia memalingkan muka ke arah suara yang menegurnya sebentar tadi. Oh..Tan Sri Syed

Aminuddin rupanya. Bisik hati Imran. Dia hanya tersenyum sambil berjabat salam.

“Tadi uncle cari juga kamu nak ajak lunch sekali”. Tambah Tan Sri Syed Aminuddin

melihat Imran hanya tersenyum.

“Tak apa uncle... tadi lepas daftar saya terus masuk ke bilik asrama”. Jelas Imran.

“Saya kenalkan... ni Wahid kawan sebilik saya”. Imran memperkenalkan Wahid kepada

Tan Sri Syed Aminuddin. Keduanya turut berjabat salam.

“Ni Tan Sri Syed Aminuddin”. Jelas Imran kepada Wahid bila melihat wajah Wahid

yang penuh tanda tanya.

“Tadi lepas daftar,uncle ajak Puteri dengan kawan-kawan dia lunch. Tu yang teringat

pada Imran”. Tan Sri Syed Aminuddin menjelaskan kenapa dia ada di hadapan kedai makanan

segera itu. Imran dan Wahid hanya menganggukkan kepala.

“Terima kasih uncle... kami pun baru lepas makan ni. Nak jalan-jalan tengok sekitar

pekan ni. Nanti kalau ada apa-apa keperluan senanglah sikit”. Imran juga turut menjelaskan

pada Tan Sri Syed Aminuddin. Puan Sri Syarifah Zainah hanya tersenyum. Puteri dan kawankawannya

yang sedari tadi berdiri di sebelah bapanya langsung tak angkat muka untuk melihat

dengan siapa bapanya bercakap.

51

“Di kolej nanti Imran tengok-tengokkan lah si Puteri ni ye. Ada apa-apa call uncle”.

“Insyaallah uncle. Mana yang saya boleh bantu, saya akan bantu”. Jawab Imran.

“Kami minta diri dulu uncle”. Imran dan Wahid bergerak setelah bersalaman dengan

Tan Sri Syed Aminuddin. Mereka menyambung apa yang mereka lakukan sebentar tadi. Masih

banyak kedai-kedai yang belum dilawati.

“Waaa... mana kau kenal Tan Sri tu?”. Soal Wahid bila mereka sudah berada agak jauh.

Imran hanya tersenyum. Dia tidak menjawab terus soalan Wahid sebentar tadi. Dia

membiarkan Wahid berteka-teki.

“Pagi tadi... masa nak daftar. Tengah aku berdiri cari tempat nak daftar, tibatiba...bumm.

Aku kena langgar. Apa lagi... menyungkur lah aku”. Terang Imran panjang lebar.

“Abis tu apa jadi?”. Soal Wahid tidak sabar

“Eehhh... tunggu la aku habis cerita dulu baru nak celah”. Marah Imran kepada Wahid

yang memotong ceritanya sekerat jalan. Wahid hanya tersenyum simpul.

“Bila aku bangun je... tiba-tiba ada sorang perempuan sebelah aku”. Imran bercerita

sambil beraksi. Wahid hanya terlongo mendengar cerita Imran, takut untuk mencelah cerita

Imran.

“Kau tau apa jadi?”. Soal Imran kepada Wahid. Wahid hanya menggeleng-geleng

kepala tanda tidak tahu.

“Perempuan tu jerit marah kat aku... padahal dia yang langgar aku”.

“Abis tu kau cakap apa?”. Tanya Wahid ingin tahu.

“Aku tak sempat nak cakap apa sebab mulut pompuan tu macam bertih jagung marah

aku”. Jelas Imran.

“So... apa kaitan dengan Tan Sri tu?”. Soal Wahid lagi ingin lebih tahu.

“Inilah yang aku nak cerita...lepas perempuan tu marah-marah aku, tiba-tiba datang mak

dengan ayah dia datang minta maaf bagi pihak anak dia”. Imran meneruskan cerita.

“Aku pun senyum jer. Lepas tu aku pun bersembang panjang la dengan ayah budak

perempuan tu masa nak sampai ke dewan daftar tadi”.

“Itu jer?”.

“Ada lagi. Selama aku sembang dengan ayah budak pompuan tu, aku panggil pakcik

jer. Rupa-rupanya dia Tan Sri. Pucat juga lah muka aku masa tu. Tu pun aku tau bila driver dia

panggil. Aku minta maaf sebab tak tahu yang dia ada title Tan Sri. Nasib baik dia ok”. Panjang

lebar Imran bercerita kepada Wahid. Mulut Wahid lebih terlopong mendengar cerita Imran.

“Masa tulah dia kenalkan anak perempuan dia yang langgar aku tu. Nama dia Puteri

Balqis. Sama kuliah dengan kita”. Sambung Imran menghabiskan ceritanya.

52

“Ooo... macam tu ceritanya. Tapi kan aku tengok anak Tan Sri tu boleh tahan juga kan...

cantikkk”. Wahid berseluroh”.

“Memanglah cantik, tapi garang macam singa kot. Dia tak pandang pun muka aku...

hahaha”. Imran ketawa seperti ada yang mencuit hatinya.

“Iyelah... kau apa ada. Nak kata hensem jauh sekali. Nak kata kaya, lebih kurang aku

je... hahaha”. Wahid mengusik Imran. Imran turut ketawa. Hilang kisah berkaitan Tan Sri Syed

Aminuddin.

Kedua-dua sahabat tersebut beriringan ke tempat menunggu bas untuk mencari

kenderaan balik ke kampus setelah puas menjelajah seluruh pelusuk pekan tersebut.

53

BAB 8

Selesai makan tengah hari, Tan Sri Syed Aminuddin menghantar semula anak dan

kawan-kawannya ke kampus kerana petang itu program suaikenal universiti akan bermula.

Puteri, Aireen dan Misya membawa barang-barang keperluan masuk ke dalam bilik

penginapan. Oleh kerana satu bilik hanya menempatkan dua orang, Misya terpaksa berpisah

dengan dua orang lagi rakan karibnya itu. Bilik Misya hanya bersebelahan dengan bilik Puteri

Balqis dan Aireen.

Puteri Balqis membuka pintu bilik dan melangkah masuk ke dalam bilik penginapannya

di asrama itu. Puteri Balqis memerhati sekeliling seperti mencari sesuatu. Mungkin sedang

membandingkan keadaan bilik tersebut dengan bilik di rumahnya.

“Woii... kau dah kenapa tercegat kat situ”. Tegur Aireen yang sudah lama menunggu di

muka pintu bilik. Dia tidak dapat masuk ke dalam bilik tersebut kerana terhalang oleh Puteri

Balqis yang masih tercegat memerhati keadaan bilik tersebut.

“Kalau iye pun masuk la ke dalam dulu. Aku nak masuk pun susah”. Aireen menepuk

bahu Puteri Balqis memberi isyarat agar menjauhi muka pintu bilik agar dia dapat masuk. Dia

meletakkan beg dan barang-barang lain di hujung kepala katil. Dia melabuhkan punggung ke

atas tilam bujang dan memandang wajah Puteri Balqis.

“Woii... kau tak payah la buat muka blur macam tu. Aku tau apa yang ada kat kepala

kau tu. Kau jangan berangan bilik kat sini sama dengan bilik kau kat rumah tu ye”. Tegur Aireen

bila melihat Puteri Balqis masih tidak bersuara.

“Weiii... kalau macam ni masak doh. Kau tengoklah keadaan bilik ni”. Puteri Balqis

meluahkan perasaannya kepada Aireen yang sedang sibuk mengeluarkan pakaiannya daripada

dalam beg. Dia sendiri tidak tahu berapa lama dia boleh bertahan tinggal di dalam bilik tersebut.

“Cik kak. Kita kat sini bukan nak bercuti. Kita nak belajar”. Aireen menegur sikap Puteri

Balqis yang asyik complain tak sudah-sudah. Aireen pun sudah masak dengan perangai Puteri

Balqis. Walaupun Aireen datang dari keluarga yang berada, tapi sikapnya dengan Puteri Balqis

jauh berbeza. Sejak sekolah rendah lagi Aireen mengenal Puteri Balqis. Ada sahaja yang tidak

kena di matanya dan kalau dia sudah mengatakan benci, macam-macam benda yang akan dia

lakukan. Hanya Aireen dan Misya yang mampu bertahan menjadi sahabat Puteri Balqis

sehingga mereka bertiga diterima masuk ke universiti tersebut.

“Eehh...Puteri, kau tak nak siap lagi ke. Pukul enam kita kena ada kat dewan untuk

taklimat program malam ni tau”. Tanya Aireen bila melihat Puteri Balqis masih berbaring dan

begitu asyik melayan telefonnya.

54

“Kejap laa. Kau ni pun cepat sangat kenapa. Ada dua jam lagi kan”. Marah Puteri Balqis

bila apa yang tengah asyik dilakukannya terganggu.

“Iye la. Aku takut kalau kita lambat. Nanti muka kita berdua je yang lambat masuk

dewan. Kau nak semua orang perati kau ke. Malu dohhh...”. Aireen menjawab.

“Tak apalah. Biarlah semua orang tengok. Glamour sikit”. Usik Puteri Balqis. Aireen

menarik muka dengan usikan Puteri Balqis. Dia mencapai tuala dan diletakkan di atas bahunya.

“Aku nak pergi mandi dulu. Layan kau satu apa pun tak jadi”. Aireen membuka pintu

dan menuju ke bilik air. Selepas setengah jam, Aireen kembali ke bilik untuk bersiap. Dia

melihat Puteri Balqis masih berbaring melayan perasaan. Selesai bersiap dia duduk di birai katil

Puteri Balqis.

“Puteri. Nak tanya sikit boleh?”. Aireen mencuit pinggang Puteri Balqis yang masih

menatap screen telefon bimbitnya.

“Mamat yang sembang dengan daddy kau tadi siapa ye?”. Tanya Aireen.

“Eee... kau ni. Aku malas nak ingat pasal dia tau tak. Pasal dia la aku kena marah dengan

mommy dan daddy aku”. Puteri Balqis seperti tidak puas hati dengan soalan Aireen.

“Alaa... kau story la sikit”. Aireen masih memancing cerita daripada Puteri Balqis. Demi

untuk memuaskan hati sahabatnya itu, Puteri Balqis bingkas bangun dan duduk di kepala

katilnya.

“Pagi tadi masa nak daftar. Kat parking kereta. Tengah aku asyik whatsapp korang, tibatiba,

banggg!!!... aku terlanggar orang. Berguling orang tu jatuh”. Puteri Balqis mula bercerita.

“Dia bangun. Sebelum dia marah aku, aku marah dia dulu. Sebenarnya aku takut juga

sebab aku yang salah. Masa aku marah tu dia senyum je. Sampailah mommy dan daddy aku

datang. Diaorang yang minta maaf bagi pihak aku”. Sambung Puteri Balqis lagi

“Ooo... tu la mamat yang kau langgar pagi tadi?”. Aireen meneka. Puteri Balqis hanya

mengangguk.

“Tapi kan aku tengok mamat tu handsome juga tau. Cakap pun lemah lembut je. Boleh

cair wooo”. Aireen tersenyum bila membayangkan wajah Imran yang ditemuinya di pekan

tengah hari tadi.

Puteri Balqis memandang wajah Aireen dengan penuh kehairanan. Selalunya lelaki

macam tu bukanlah taste Aireen. Puteri Balqis kenal sangat dengan perangai kawankawannya.Selalunya

mereka kalau nak berkawan kena cari yang setaraf, barulah ada class.

“Eehh... kau ni dah kenapa. Dah tak ada taste ke?”. Puteri Balqis bangun daripada katil

lantas tangannya menujal kepala Aireen. Dia ingin menyedarkan Aireen.

“Budak kampung macam tu pun kau selerakan”. Puteri Balqis masih tidak berpuas hati.

55

“Alahh... daripada berkawan dengan anak-anak orang kaya yang menyakitkan hati, baik

aku berkawan dengan budak kampung macam tu. Sekurang-kurangnya dia lebih appreciate hati

dan perasaan kita”. Seperti ada nada kekecewaan dalam kata-kata Aireen.

Puteri Balqis tahu apa yang bermain dalam hati sahabat baiknya itu. Memang betul katakata

Aireen. Berkawan dengan anak-anak orang kaya yang setaraf mereka ini kadang-kadang

hanya menyakitkan hati sendiri. Mereka menggunakan duit dan kekayaan hanya untuk

keseronokan hidup. Tidak ada keikhlasan dalam berkawan. Silap-silap haribulan lain pula yang

tergadai. Tapi kebanyakannya tak kisah semua itu. Demi menjaga status dan kedudukan,

mereka sanggup sahaja dipermainkan. Bagi mereka, bertukar pasangan sudah jadi lumrah dan

jejaka-jejaka yang datang dari golongan keluarga berada menjadi rebutan anak-anak gadis yang

baru mengenal dunia.

“Kalau kau tak nak aku caras”. Usik Aireen.

“Eee... please la ye. Not my taste ok”. Puteri Balqis mencebik pada Aireen. Memang dia

langsung tak berminat dengan budak kampung itu. Mendengar namanya sahaja sudah mahu

termuntah. Wajah jejaka yang sangat disukai oleh ayah dan ibunya itu pun dia tak perasan,

kerana setiap kali bertemu dia tak pernah memandang wajahnya secara jelas. Sejak dia

melanggar Imran pagi tadi, dia langsung tak ingat macam mana rupa paras lelaki itu kerana

baginya semua itu tidak penting. Yang ada hanya kebencian pada lelaki itu kerana membuatnya

dimarahi oleh ibu dan ayahnya sendiri.

“Kau jangan benci sangat. Orang tua kata, benci-benci nanti lama-lama jadi jodoh kau”.

Usik Aireen.

“Hello... kita ni dah moden ok. Jangan nak percaya sangat dengan benda karut macam

tu”. Puteri Balqis seperti tidak puas hati dengan kenyataan daripada Aireen itu.

“Majlis Perkahwinan Imran dan Puteri Balqis... hahaha”. Aireen masih belum mahu

berhenti menyakat Puteri Balqis. Dia berlakon seolah-olah sedang membaca kad undangan

perkahwinan. Muka Puteri Balqis menjadi merah mendengar usikan Aireen. Dia mencapai

bantal di atas katilnya dan melemparkan ke arah Aireen. Aireen ketawa terkekeh-kekeh melihat

telatah Puteri Balqis yang sedang marah kerana diusik sedemikian.

“Kau memang cari pasal dengan aku kan”. Marah Puteri Balqis belum reda.

“Alaa... relax la. Itu pun nak marah. Kalau selalu marah nanti cepat tua tau”. Balas

Aireen sambil mencuit pipi Puteri Balqis. Dia tahu Puteri Balqis takkan lama marah kepadanya.

Mereka sudah biasa menyakat dan bergurau begitu. Puteri Balqis hanya buat tak tahu. Dia tahu

sahabat baiknya itu hanya ingin mengusiknya. Antara mereka bertiga memang Aireen paling

happy go lucky dan suka menyakat. Ada saja ideanya untuk menyakat kawan-kawan yang lain.

56

Tapi Puteri Balqis tahu, Aireen dan Misya adalah kawan sejati yang ikhlas berkawan dengan

tanpa ada apa-apa yang tersurat di dalam hati.

“Oklah. Kau bersiaplah. Aku nak tengok minah yang sorang lagi tu. Apa jadi kat bilik

sebelah tu pun tak tau. Senyap je dari tadi”.Aireen membaling semula bantal ke arah Puteri

Balqis dan bergegas keluar untuk berjumpa dengan Misya di bilik sebelah. Puteri Balqis

mengetap bibir tanda geram dengan usikan Aireen sebentar tadi.

Hilang sahaja Aireen daripada pandangan, Puteri Balqis kembali merebahkan badannya

ke atas tilam yang tidak begitu empuk. Puteri Balqis mengiring ke kiri dan ke kanan mencari

keselesaan di atas tilam baharunya. Memang jauh beza dengan tilam di biliknya sendiri.

Mengenang semua itu ingin sahaja dia menelefon ayahnya untuk mengambilnya semula di

universiti tersebut. Tapi bila menggenangkan janji dengan ayahnya sebelum ini Puteri Balqis

membatalkan niatnya. Dia akan cuba bertahan untuk tempoh empat tahun akan datang.

“Waaa... mengelamun lagi tuan puteri ni rupanya. Ingatkan dah siap”. Tiba-tiba Aireen

dan Misya terpacul di hadapan muka pintu bilik. Mereka berdua sudah bersiap untuk turun ke

dewan.

“Aku nak siaplah ni”. Puteri Balqis bergegas bangun dan mencapai beg pakaianannya.

Dia menggeluarkan baju kurung berwarna hijau pucuk pisang yang telah siap digosok.

Sementara itu Misya dan Aireen duduk di birai katil memerhati Puteri Balqis bersiap

dan bersolek ala kadar.

“Kau tak mandi dulu ke?”. Tegur Misya bila melihat Puteri Balqis hanya menggantikan

pakaian yang dipakainya semenjak daripada pagi tadi dengan sehelai baju kurung yang lain.

“Alaa... badan aku bukan bau busuk. Tak mandi pun bukan orang lain tahu”. Puteri

Balqis seperti mempertahankan tindakannya yang bersiap tanpa mandi terlebih dahulu.

“Kita orang takut kau tak selesa je nanti”. Tambah Misya lagi bila melihat nasihatnya

seperti tidak diendahkan oleh Puteri Balqis. Puteri Balqis terus bersiap tanpa memperdulikan

nasihat daripada kawan-kawannya itu.

57

BAB 9

Diam tak diam sudah tiga minggu Imran meninggalkan kampung untuk melanjutkan

pelajaran ke menara gading. Kadang-kadang Rahimah rindu dengan telatah dan gurau senda

anak sulungnya itu melayani adik-adiknya yang lain. Rahimah merasakan seolah-olah Imran

masih berada di rumah itu. Tapi apakan daya. Rahimah terpaksa melawan perasaannya itu

demimasa depan Imran yang lebih cerah.

“Assalamualaikum”. Rahimah yang sedang leka menyapu di halaman rumah sambil

berkhayal mengenangkan anaknya itu mengangkat muka mencari-cari orang yang memberi

salam sebentar tadi.

“Ooo... Ayu rupanya. Waalaikumsalam”. Jawab Rahimah apabila melihat anak

saudaranya, Rohayu terkial-kial turun daripada basikal.

Rohayu menurunkan tongkat dan meletakkan basikal di tepi tiang rumah. Dia

mendapatkan Rahimah yang tercegat di hujung halaman.

“Mak Long sihat?”. Rohayu bertanya seraya menghulurkan tangannya untuk

bersalaman dengan Rahimah.

“Alhamdulillah. Sihat macam nilah. Orang tua”. Jawab Rahimah sambil menarik tangan

Rohayu untuk duduk di atas pangkin di bawah rumah.

“Meh kita duduk sini dulu”. Pelawa Rahimah kepada anak saudaranya itu.

“Mak sihat?”. Rahimah menyambung perbualan apabila kedua-duanya melabuhkan

punggung di atas pangkin tersebut.

“Sihat Mak Long”.

“Alhamdulillah. Mak Long ni tak sempat lagi nak ziarah mak kamu. Rindu rasanya bila

lama dah tak berjumpa”. Rahimah seolah meluahkan perasaan rindu pada adik-beradiknya yang

lain.Rahimah merupakan anak sulung dalam sepuluh orang adik-beradik. Ibu Rohayu

merupakan satu-satunya adik perempuan bongsu yang tinggal di kampung berhampiran. Dia

juga ada lapan adik-beradik lelaki. Semuanya berhijrah daripada kampung itu untuk mencari

rezeki di tempat lain.

“Lama Mak Long tak jumpa kamu. Dengarnya kamu berkerja di Johor lepas STPM itu

hari ye?”.

“Iye Mak Long. Lepas STPM itu hari mak suruh Rohayu ikut Pak Tam berkerja di Johor.

Itu pun sementara menunggu keputusan masuk ke universiti”. Terang Rohayu kepada ibu

saudaranya itu.

58

“Ayu balik ni pun sebab Ayu dah dapat offer daripada universiti di KL. Sama universiti

dengan Imran. Ayu tahu Imran dapat masuk universiti pun daripada mak”. Rohayu menjelaskan

dengan panjang lebar. Rahimah hanya memasang telinga mendengar cerita Rohayu dan sesekali

menganggukkan kepala.

Imran dan Rohayu sama baya. Dia masih ingat, dia melahirkan Imran sebulan sebelum

Rohayu dilahirkan di hospital yang sama. Mungkin rezekinya untuk mendapat zuriat yang

pertama agak lewat. Dia menunggu hampir sepuluh tahun untuk mendapatkan Imran. Itulah

sebabnya Imran dan anak saudaranya itu sebaya. Selepas mendapat Imran, selang beberapa

tahun dia melahirkan Amir dan Fatimah. Cuma Suraya berbeza umur lima tahun daripada

kakaknya Fatimah.

“Tapi Rohayu dapat masuk universiti tu pun melalui second intake. Panggilan kedua.

Tak macam Imran”. Rohayu menjelaskan sebelum Rahimah bertanya.

“Alhamdulillah. Takpe Ayu. Apa-apa pun kamu dah berjaya ikut jejak langkah Imran”.

Rahimah seperti memujuk. Dia mengusap-usap belakang Rohayu. Sayangnya pada Rohayu

sama seperti anak-anaknya yang lain.

“Yang penting kamu kena belajar sungguh-sungguh. Lawan si Imran tu”. Rahimah

seperti memberi semangat kepada anak saudaranya itu.

“Baiklah Mak Long. Insyaallah. Tapi nak lawan Imran tu tak dayalah Ayu. Diakan best

student”. Jawab Rohayu ceria sambil tersenyum kambing memandang wajah Rahimah.

“Tu lah. Alang-alang dah balik ni, tu yang Ayu datang jumpa Mak Long ni. Lama dah

Ayu tak jumpa Mak Long”. Rohayu memandang jauh ke dalam mata Rahimah, satu-satunya

ibu saudara yang sangat baik dan rapat dengannya. Rohayu masih ingat, waktu cuti sekolah, di

rumah Rahimah lah dia tinggal untuk bermain bersama Imran dan adik-beradik Imran yang lain

kerana dia merupakan anak tunggal dalam keluarga. Kadang-kadang ibunya merajuk kerana

Rohayu melebihkan Rahimah daripada dirinya sendiri.

“Bila Ayu nak bertolak ke KL tu?”. Rahimah menyoal untuk mendapatkan kepastian.

“Insyaallah... kalau takde apa-apa halangan, esok pagi Mak Long”. Terang Rohayu.

Rahimah hanya mengangguk-anggukkan kepala tanda faham. Dia mengelus-ngelus tangan

Rohayu tanda kasih sayangnya pada anak saudaranya itu.

“Kalau macam tu tengah hari ni Ayu makan di sini ye. Nanti Mak Long masakkan

makanan kegemaran Ayu”. Rahimah memandang wajah Rohayu seperti menunggu jawapan.

Rohayu hanya mengangguk tanda setuju. Tak sampai hati dia nak menolak permintaan ibu

saudaranya itu. Lagi pun masakan dia boleh menolak ikan keli salai masak lemak dan masak

air pucuk manis. Menggenangkan masakan itu sahaja membuat air liur Rohayu berkecar.

59

“Jom... kita masuk ke dalam,kita minum-minum dulu. Pagi tadi Mak Long ada buat nasi

lemak sambal kerang. Tengah hari sikit kita cari barang-barang untuk masak makan tengah hari

ye”. Rahimah menarik tangan Rohayu untuk masuk ke dalam rumah. Rohayu hanya menurut

ajakan Rahimah. Dia sendiri pun sudah lama tidak menjengah ke dalam rumah ibu saudaranya

itu. Terasa rindu dan ingin sekali dia mengimbas kenangan bermain dan bergurau senda

bersama Imran dan adik-adiknya. Masih terngiang-ngiang hilai tawa mereka bermain dan

berkejaran di dalam rumah itu.

“Mak kamu tak datang sekali ke?”. Soal Rahimah.

“Tak Mak Long. Banyak kerja yang nak disiapkan. Masa Ayu nak ke sini tadi, mak

dengan ayah dah ke bendang”. Rahimah menganggukkan kepala mendengar jawapan Rohayu.

Dia faham benar dengan pekerjaan orang kampung di situ. Masa-masa begini di sawahlah

tempatnya. Tanah sawah yang terbentang itu perlu juga dijengah dan dilakukan sesuatu sebelum

ditanam anak benih padi yang sudah bercambah.

“Untung mak kamu tu sebab masih ada suami. Macam Mak Long ni dah takde nak harap

siapa-siapa. Selagi Mak Long larat, selagi tu lah Mak Long akan kerjakan tanah sawah tu”.

Rahimah bersuara sayu. Pandangannya dilemparkan jauh melalui jendela dapur terus ke

hamparan sawah padi di belakang rumahnya itu.

Rohayu memahami kesedihan dan keadaan ibu saudaranya itu. Setelah kematian suami,

hanya Imran menjadi harapan untuk membantunya melakukan kerja-kerja di sawah. Tapi

sekarang Imran juga telah tiada kerana menyambung pengajiannya. Giliran Rohayu pula

menggosok-gosok belakang Rahimah, ibu saudara yang dianggapnya seperti ibu sendiri.

“Mak Long sabar ye. Insyaallah... lagi empat tahun Imran pasti akan jaga Mak Long”.

Rohayu memujuk. Rahimah hanya tersenyum mendengar kata-kata Rohayu. Dia memalingkan

muka memandang wajah Rohayu yang putih bersih. Lama dia memandang wajah Rohayu

seolah-olah ada yang terbuku di hatinya yang ingin dilepaskan. Sebenarnya memang ada hasrat

hati yang ingin diluahkan kepada Rohayu. Hasrat hatinya ingin menyatukan Imran dan Rohayu

bila tiba masanya nanti.

Sudah sekian lama dia tertarik dengan anak adik bongsunya itu. Lemah-lembut,

menghormati orang tua dan yang paling penting sentiasa menjaga adab susila sebagai seorang

perempuan. Pernah juga Rahimah terasa ingin menyuarakan rasa hatinya itu kepada Imran,

tetapi apabila memikirkan mereka berdua masih terlalu mentah, dipendamkan sahaja niat itu.

Dia juga bimbang sekiranya apa yang ingin dibicarakannya itu boleh mengganggu tumpuan

pembelajaran Imran. Biarlah dulu. Bisik hati Rahimah. Sampai masanya nanti, kalau ada jodoh

Rohayu dan Imran takkan ke mana.

60

“Mak Long fikir apa tu sampai senyum sorang-sorang?”. Soalan Rohayu mematikan

lamunan Rahimah. Lama agaknya dia mengelamun sendiri memikirkan bakal menantunya itu.

“Eehhh... tak ada apa-apa. Cuma terfikir kalaulah Ayu ni jadi menantu Mak Long”.

Rahimah seperti berterus terang.

“Apa Mak Long ni. Takkan Mak Long nak kahwinkan Ayu dengan Imran?”. Tiba-tiba

Rohayu menjadi malu dengan usikan Mak Longnya sendiri.

“Apa salahnya. Lagipun korang sepupu. Boleh kahwin”. Rahimah seperti memancing

apa yang ada dalam hati Rohayu. Ingin sekali dia mendengar suara hati Rohayu tentang Imran.

“Ke Ayu dah ada pilihan hati sendiri?”. Duga Rahimah lagi apabila melihat Rohayu

mendiamkan diri.

“Tak adalah Mak Long. Lagi pun Ayu dah anggap Imran macam abang kandung Rohayu

sendiri”. Kenyataan yang keluar daripada mulut Rohayu seperti mematikan hajat di hati

Rahimah. Kalau sudah begitu kata Rohayu, dia tak akan memaksa. Perkara itu pun dia belum

pernah suarakan pada Imran. Imran sendiri pun entah setuju entahkan tidak.

Tak apalah. Mungkin kalau ada jodoh mereka, empat tahun lagi. Siapa yang tahu?. Hati

Rahimah berbisik lagi. Hatinya kembali berbunga. Mungkin apabila mereka berjumpa dan

belajar bersama-sama akan membenihkan bibit-bibit sayang dan cinta di hati masing-masing.

Itulah yang dihajatkan oleh Rahimah.

61

BAB 10

“Kat sini rupanya kau kan?”. Wahid menepuk bahu Imran yang sedang khusyuk

menikmati makan tengah hari di kafe fakulti. Imran hanya menoleh kepala memandang Wahid

dan kemudian menyambung kembali makan tengah harinya tanpa bersuara.

“Weiii... apasal kau tinggalkan aku tadi?”. Wahid tidak berpuashati bila melihat Imran

hanya berdiam diri bila disoal. Imran tetap meneruskan makannya sambil diperhatikan oleh

Wahid yang masih menanti jawapan daripada Imran. Selepas minum air sirap limau, barulah

Imran seperti ingin berkata-kata.

“Aku lapar sangat. Aku tengok kau bukan main tengah mengayat budak Zeti tu. Aku

apa lagi”. Imran menjelaskan kenapa dia meninggalkan Wahid seorang diri di dalam kelas

sebentar tadi.

“Kalau iye pun kau roger-roger lah aku sebelum gerak tadi”. Wahid seperti tidak

berpuashati dengan tindakan Imran meninggalkannya seorang diri.

“Kau tu yang dah macam orang mabuk cinta. Mana nak dengar aku panggil kau berkalikali”.

Giliran Imran memulangkan paku buah keras. Wahid hanya tersenyum. Memang tadi dia

terleka bila bersembang dengan salah seorang classmate mereka, Izzati. Biasalah, bila ada

peluang takkan nak lepaskan begitu je. Bisik hati Wahid.

“Aku lapar doh. Kau tunggu aku habis makan ye?”. Wahid bangun untuk memesan

makanan dan minuman tengah hari. Perutnya betul-betul berkeroncong kerana dari pagi tidak

menjamah apa-apa kerana biasanya hari Isnin kelas terlalu padat sehingga ke petang. Imran

hanya memandang Wahid berlalu ke kaunter kafe tersebut.

Sedang asyik Imran melayan telefonnya, tiba-tiba..... “Adohhh!”. Imran terdorong ke

hadapan. Mujur ada meja makan yang menghalangnya. Kalau tidak sudah tentu Imran

tertonggeng ke lantai. Bukan itu sahaja. Imran merasa seperti dituang air panas di belakangnya.

Belum sempat dia mengetahui apa kejadian sebenar....

“Heiii... kau buta ye?”. Satu suara herdikan memecah gegendang telinga Imran. Dia

seperti kenal suara itu. Imran bangun daripada kerusinya dan berpaling.

“Puteri?”. Terpacul nama itu di mulutnya apabila melihat wajah orang yang

melanggarnya sebentar tadi. Belum sempat dia berkata-kata, Puteri Balqis terlebih dahulu

memuntahkan kata-katanya kepada Imran membuatkan dia diam terpaku.

“Apasal asyik awak je yang menyusahkan hidup saya. Awak takde kerja lain ke selain

daripada menyusahkan hidup orang lain?”. Bertalu-talu soalan yang keluar daripada mulut

Puteri Balqis. Soalan yang ada unsur-unsur kemarahan dan kebencian yang amat sangat.

62

Suasana kafe tersebut sunyi seketika. Semua mata tertumpu kepada kejadian tersebut.

Kesunyian tersebut membuatkan suara Puteri Balqis menjadi lebih jelas. Imran terpaku. Tak

tahu nak buat apa-apa. Kata-katanya hilang. Fikirannya kosong bila diserang secara tiba-tiba

begitu. Yang ada di hatinya ketika itu hanyalah perasaan malu.Malu diperhatikan oleh orang

sekeliling. Ada yang memerhati sambil tersenyum-senyum. Ada juga yang merakam kejadian

tersebut. Imran pasti kejadian tersebut akan viral sebentar nanti. Ada sedikit kekesalan di hati

Imran kerana kejadian itu bukan kerana kesilapannya. Tapi dia tak ada peluang untuk

mempertahankan diri.

“Sudahlah Puteri. Malu la orang semua tengok. Lagipun bukan salah dia. Kau yang

langgar dia tadi kan”. Misya cuba menenangkan Puteri Balqis yang seperti singa lapar. Misya

juga turut simpati dengan Imran. Iyelah, tak pasal-pasal kena marah. Aireen yang berada di

sebelah turut menenangkan Puteri Balqis. Dia faham sangat dengan perangai Puteri Balqis.

Kalau dah marah tak ingat apa-apa, macam dirasuk hantu.

Imran masih diam terpaku. Tak tahu nak memulakan kata-kata. Sesekali dia menyapu

belakangnya yang basah tertumpah kopi panas yang dipesan oleh Puteri Balqis sebentar tadi.

Kesan tumpahan kopi jelas pada pakaian Imran.

“Ssa...yaa mminta maaf”. Hanya itu yang mampu dilontarkan oleh Imran. Dia sendiri

tidak pasti apa yang perlu diucapkan. Hanya perkataan maaf yang terlintas di kepala walaupun

itu bukan salahnya. Mungkin dia teringat pesan ibunya. Memohon maaf bukan sahaja kerana

kesalahan yang kita buat, tapi sebagai cara kita menunjukkan budi bahasa.

Imran menggambil beg sandangnya dan perlahan-lahan beredar meninggalkan kawasan

itu walaupun Puteri Balqis dan kawan-kawannya masih tidak berganjak.

“Heiii... kau nak pegi mana haa. Aku tak habis lagi dengan kau. Setannn!!!”. Puteri

Balqis menjerit pada Imran yang beransur meninggalkannya. Dia sepertihilang rasa malu.

Kawan-kawannya hanya mampu menggeleng kepala melihat telatah Puteri.

Imran tidak menoleh lagi. Dia meneruskan perjalanannya. Dia sendiri lupa pada Wahid

yang tadinya memesan makanan. Buat masa sekarang itulah tindakan terbaik yang perlu

dilakukan untuk menenangkan keadaan. Lagipun takkan menang kalau bertekak dengan orang

seperti itu. Fikir Imran. Wahid yang menyaksikan kejadian itu sebentar tadi, berlari

mendapatkan Imran. Dia tidak jadi makan di kafe tersebut. Makanan yang dipesan hanya

dibungkus.

“Apa jadi tadi Im”. Wahid memulakan pertanyaan setelah mereka sudah berada jauh

daripada kawasan kafe tersebut dan melihat Imran tenang sedikit.

63

“Entahhh...”. Jawapan Imran mati di situ. Dia memang benar-benar buntu dengan

kejadian sebentar tadi. Kenapa dia marah sangat dengan aku?. Imran menyoal dirinya sendiri.

“Iyelah... tengah aku tunggu makanan yang aku order tadi, tiba-tiba riuh rendah aku

dengar. Bila aku tengok, rupanya budak-budak tu tengah marahkan kau”. Wahid masih ingin

mengetahui kejadian sebenar.

“Nantilah kat asrama aku cerita”. Imran seperti malas ingin mengingatkan kisah

sebentar tadi. Dia sendiri masih tiada jawapan tentang kejadian yang menimpa dirinya sebentar

tadi. Kenapa tiba-tiba dia di marah sebegitu rupa. Lagipun bukan salah dirinya. Kenapa dia

benci sangat dengan aku. Persoalan tersebut berulang kali datang di dalam benak Imran.

“Eeeiii... memang kurang ajar kan”. Puteri Balqis masih tidak berpuas hati. Semenjak

Imran meninggalkannya sebentar tadi, amarahnya pada Imran masih belum reda. Dia sendiri

tidak tahu kenapa dia marah sangat dengan Imran sedangkan hatinya sendiri mengakui itu

bukan salah Imran. Dia yang terpijak hujung kain yang meleret dan kebetulan terjatuh ke atas

Imran yang sedang duduk. Tapi entah kenapa bila melihat wajah Imran, kemarahannya meluapluap.

Misya dan Aireen hanya diam. Kedua-duanya membiarkan Puteri Balqis sejuk sendiri.

Orang tengah marah tak guna dinasihat. Selepas Imran meninggalkan mereka sebentar tadi,

Misya dan Aireen menarik tangan Puteri Balqis mencari tempat jauh daripada tumpuan orang

ramai untuk menenangkan Puteri Balqis.

“Nah minum ni. Bagi sejuk sikit hati kau tu”. Aireen menghulurkan air minuman sejuk

di tangannya. Harapannya hati sahabatnya itu dapat sejuk sedikit.

“Aku pun tak faham dengan kau ni. Yang kau nak marah-marah sangat dengan budak

tu kenapa?. Bukan salah dia pun”. Misya memulakan bicara apabila melihat Puteri Balqis

sedikit reda. Puteri Balqis hanya diam. Dia sendiri tiada jawapan. Dia meneguk air yang

diberikan oleh Aireen sebentar tadi. Dia seperti mencari ketenangan dirinya sendiri.Tetapi bara

api dendam terhadap Imran tidak dapat dipadamkan walaupun air di dalam botol tersebut

hampir habis diminumnya.

Puteri Balqis mengetap bibirnya kejap-kejap. Nantilah. Tau lah aku nak ajar kau macam

mana. Aku akan buat kau sampai berhenti dari universiti ni. Hati Puteri Balqis berbisik penuh

dendam.

64

BAB 11

Jam loceng di atas meja belajar bersebelahan kepala Imran berdering kuat. Imran

bangun untuk menutup jam locengnya. Matanya ditonyoh-tonyoh untuk melihat waktu. Sudah

pukul enam pagi. Imran bingkas bangun untuk mandi dan sembahyang subuh. Dia menoleh ke

arah Wahid yang masih berselimut dan tak terusik dengan deringan jam loceng Imran sebentar

tadi. Imran menghampiri Wahid dan menarik selimut yang menutupi badannya. Imran

mencucuk pinggang Wahid beberapa kali untuk mengejutkan sahabatnya itu. Mungkin kerana

kegelian, Wahid mengeliat beberapa kali.

“Weeiii... bangun. Dah pukul enam ni”. Imran mengingatkan Wahid yang masih mamai

duduk di birai katil dengan hanya berseluar pendek.

Imran mengambilkan tuala Wahid dan diletakkan di bahu Wahid. Mereka menggambil

peralatan untuk mandi dan masing-masing beriringan keluar menuju ke bilik mandi. Sampai di

bilik mandi, sudah ramai penghuni yang menunggu giliran untuk melepaskan hajat dan mandi.

Imran tersengih bila dia teringat dialog Sudin “Nak mandi pun kena beratur ke?” dalam filem

Seniman Bujang Lapok. Situasi itu samalah apa yang dihadapinya di asrama tersebut.

Selesai sembahyang subuh, hari-hari minggu begitu jika tidak ada aktiviti atau program

di asrama, Wahid dan Imran akan keluar bersarapan di kafe yang berhampiran. Sudah tiga

minggu dia menjadi mahasiswa di universiti itu dan sudah dapat menyesuaikan diri dengan

keadaan sekeliling. Tidak seperti mula-mula datang tempoh hari. Dia menjadi sedikit kekok

apatah lagi semuanya berkongsi ramai-ramai. Tapi sekian lama berada di universiti itu, Imran

menjadi semakin seronok.

Rrriinngggggg!!! Telefon Imran berdering. Rancangannya untuk menyarungkan t-shirt

ke badan terbantut. Imran melihat nombor yang terpapar di screen telefonnya. Nombor yang

tertera tidak dikenalinya. Imran seperti mengingat sesuatu. Mungkin mengingati empunya

nombor tersebut tapi dia gagal. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk menjawab sahaja

panggilan tersebut.

“Hello”. Imran menjawab panggilan yang diterimanya.

“Assalamualaikum. Imran ke ni?”. Satu suara halus di hujung telefon. Dia seperti

mengenal suara itu. Bibir Imran menguntum senyum bila dia pasti siapa orang yang

menelefonnya itu.

“Waalaikumsalam. Baby ke ni?” Giliran Imran bertanya.

“Iye la. Baby la ni”. Akhirnya Imran mendapat kepastian.

65

“Waa... lamanya tak jumpa. Apa mimpi call Im pagi-pagi ni?”. Imran begitu seronok

bila mendengar suara yang telah lama tidak didengarnya. Baby merupakan panggilan kepada

Rohayu, sepupunya di kampung sewaktu mereka kecil-kecil dahulu. Setelah bersekolah

menengah, mereka jarang berjumpa kerana bersekolah di sekolah yang berlainan. Rindunya

pada sepupunya yang sudah dianggap seperti adik kandungnya sendiri itu akhirnya terlerai.

“Im jangan la panggil Ayu baby. Nanti orang lain dengar malulah Ayu”. Rohayu terasa

janggal dipanggil dengan panggilan tersebut kerana kedua-dua mereka sudah dewasa.

“He he he... ok. ok. Im nak tanya ni. Kenapa takde ribut takde hujan tiba-tiba call Im

ni”.

“Aikkk... dah tak boleh call ke sekarang. Iyelah, orang tu sekarang ni kan dah masuk

U”. Rohayu mengusik Imran.

“Ehh... bukan macam tulah. Im lagi suka kalau Ayu selalu call Im”. Imran tahu Rohayu

hanya sekadar ingin mengusiknya. Tapi hati Imran benar-benar seronok bila mendengar suara

Rohayu seperti hilang kerinduannya terhadap keluarga di kampung.

“Ayu ada surprise ni”. Rohayu sengaja ingin memberikan kejutan kepada Imran

“Surprise?. Apa dia ni. Ayu jangan main-main dengan Im”. Imran seperti tidak sabar

dengan apa yang ingin Rohayu katakan.

“Sebenarnya Ayu ada kat universiti ni”. Jawapan Rohayu membuatkan Imran terlopong

seperti tidak percaya.

“Ehh... betul ke ni? Janganlah main-main dengan Im”. Imran seperti ingin lebih

kepastian.

“Betul. Sekarang ni Ayu ada kat depan dewan utama untuk pendaftaran second intake”.

Jawapan daripada Rohayu membuatkan Imran tersenyum hingga ke telinga.

“So maknanya Ayu akan belajar dan tinggal di universiti ni lah ye?”. Soal Imran lagi

seolah-olah tidak percaya dengan apa yang diberitahu oleh Rohayu.

“Tahniah!.. Tahniah!. Akhirnya Ayu berjaya juga masuk universiti macam yang kita

cita-citakan dulu”. Tanpa menunggu jawapan daripada Rohayu Imran mengucapkan tahniah.

Memang sewaktu mereka bersekolah rendah, mereka berdua selalu bercita-cita untuk ke menara

gading bersama-sama. Akhirnya doa mereka dimakbulkan Allah.

“Tapi Ayu dapat second intake je. Tak macam Imran”. Suara Rohayu seperti ada nada

sedih.

“Apa beza first intake atau second intake?. Yang penting sekarang Ayu dah ada kat

universiti ni”. Imran memujuk.

66

“Dah jangan fikir apa-apa. Im nak bersiap. Sekejap lagi kita jumpa ye”. Imran seperti

tidak sabar untuk berjumpa dengan sepupu kesayangannya itu. Sebelum dia ke universiti

tempoh hari memang dia berhajat sangat untuk berjumpa Rohayu. Tapi apabila diberitahu

Rohayu mengikut bapa saudara mereka yang tinggal di Johor untuk berkerja di sana, dia

pendamkan sahaja hasrat tersebut. Tetapi akhirnya mereka bertemu di universiti ini.

“Wahh... seronok sangat nampaknya. Siapa yang call tu?”. Soal Wahid yang sedari tadi

hanya memerhati gelagat Imran menjawab panggilan telefon tersebut.

“Sepupu aku. Rohayu nama dia. Dia ni anak Mak Su aku di kampung. Anak tunggal,

jadi dengan family kami dia rapat. Lama dah aku tak jumpa dia. Last-last tadi dia call bagitau

dia dah ada kat sini, mendaftar untuk second intake”. Panjang lebar Imran menjelaskan pada

Wahid. Melopong Wahid mendengar penjelasan penuh semangat daripada Imran.

“So jadi ke kita nak breakfast ni?”. Wahid memandang wajah Imran yang masih

tersenyum.

“Jadi la. Tapi kita pergi jumpa sepupu aku tu dulu. Lepas dia mendaftar kita ajak la dia

sekali join kita breakfast”. Jawab Imran sambil menyarungkan t-shirt universiti ke badannya.

Dia seperti tidak sabar untuk bertemu dengan Rohayu. Wahid turut menyarungkan seluar jeans

menggantikan kain pelikat yang dipakainya sejak selepas sembahyang subuh tadi.

Dari jauh Imran sudah dapat melihat Rohayu. Imran melambai tangannya ke arah

Rohayu yang masih berdiri di bawah khemah menunggu bersama sebuah beg pakaian. Rohayu

yang baru perasan kehadiran Imran melambai semula. Imran berlari menuju ke khemah

menunggu meninggalkan Wahid yang berjalan lambat-lambat.

“Assalamualaikum. Ayu apa khabar?”. Sapa Imran sebaik berada di hadapan Rohayu.

“Waalaikumsalam. Alhamdulillah, Ayu sihat. Mak dengan ayah kirim salam pada Im.

Diaorang tak dapat nak hantar Ayu. Biasalah masa-masa macam ni. Kerja-kerja sawah tu mana

boleh tinggal”. Rohayu menerangkan panjang lebar. Imran setia mendengar dan sesekali

menganggukkan kepala.

“Habis tu Ayu datang dengan siapa?”. Soal Imran lagi.

“Ayu naik teksi je tadi dari kampung. Lepas subuh terus je ke sini. Tu yang cepat

sampai”.

“Ooo... patutlah pagi-pagi lagi dah call”. Imran tersengih mendengar jawapan Rohayu.

“Waaa... seronok jumpa sepupu, sampai aku kat belakang pun kau tak peduli kan”. Tibatiba

Wahid yang sekian lama memerhati pertemuan dua orang sepupu yang telah lama tak

berjumpa itu bersuara.

67

“Eehh... sorry. Ni Im kenalkan. Ni kawan Im yang paling rapat setakat ni di universiti

ni. Nama dia Wahid. Ambil bachelor pengurusan perniagaan macam Im juga”. Imran

memperkenalkan Wahid kepada Rohayu. Kedua-duanya hanya tersenyum.

“Ayu dah mendaftar ke?”. Imran bertanyakan berkaitan pendaftaran Rohayu setelah

sekian lama bersembang.

“Dah. Semua dah setel. Nanti pukul dua ada program universiti”. Terang Rohayu.

“Ayu ambil bachelor apa?. Wahid mencelah.

“Ooo... Ayu ambil bachelor pembangunan manusia”. Terang Rohayu malu-malu.

“Eerrmm... kalau macam tu apa kata Ayu ikut kitaorang breakfast dulu. Boleh sembangsembang

panjang sikit. Nak tunggu program Ayu tu lambat lagi”. Pelawa Imran sambil melihat

jam tangannya yang baru menunjukkan pukul sembilan setengah pagi.

“Ayu ok je. Tapi tunggu Ayu masukkan barang-barang Ayu dalam bilik dulu”. Rohayu

hanya bersetuju dengan cadangan Imran. Imran mengangguk-angguk kepala. Wahid hanya

membatu. Imran dan Wahid memandang Rohayu menarik beg pakaiannya masuk ke dalam

asrama wanita untuk meletakkan semua keperluannya terlebih dahulu.

“Cantik juga sepupu kau tu kan”. Wahid bersuara tanpa memandang Imran. Matanya

terus melekat pada Rohayu yang semakin menjauh.

“Kau jangan nak buat perangai ye. Aku tau kau kacau dia, nahas kau”. Imran memberi

amaran pada Wahid.

“Alaa... takkan itu pun kedekut. Aku bukan nak buat apa pun. Aku cuma nak

memenuhkan hati aku yang dah lama kosong ni”. Wahid ketawa sambil menepuk-nepuk

dadanya.

“Banyaklah kau punya kosong”. Kata-kata Imran membuatkan kedua-duanya ketawa

terkekeh-kekeh.

68

BAB 12

Suasana ruang tamu rumah agam milik Tan Sri Syed Aminuddin itu semakin sunyi

semenjak puteri tunggalnya belajar di universiti dan tinggal di asrama. Tiada lagi hilai tawa dan

wajah kelat Puteri apabila merajuk atau marah. Yang tinggal hanya mereka berdua dan

pembantu rumah. Kalau Mak Ani yang sudah berpuluh tahun berkerja dengan mereka itu pergi

ke rumah anaknya, tinggallah mereka berdua sahaja.

“Puteri ada call you tak akhir-akhir ni?”. Soal Tan Sri Syed Aminuddin kepada isterinya

ketika minum pagi itu

“Tak ada pula. Kenapa?”. Puan Sri Syarifah Zainah menoleh melihat wajah suaminya.

Jarang suaminya bertanya berkaitan anak mereka, Puteri Balqis.

“I pun dia tak ada call. Dia lupa ke janji I pada dia?” Tan Sri Syed Aminuddin seperti

bertanya kepada dirinya sendiri. Surat khabar di tangan diletakkan di atas meja. Tan Sri Syed

Aminuddin sebenarnya menanti-nanti panggilan daripada anak kesayangannya itu. Kereta sport

yang dijanjikan juga sudah lama berada di basement parking bangunan pejabatnya. Hanya

sesekali dia menghidupkan enjin kereta tersebut dan membawanya berpusing-pusing di sekitar

bangunan pejabat sahaja.

“Abang janji apa pada dia?”. Soal isterinya sambil menghirup kopi O. Kuih donut yang

disediakan oleh Mak Ani dipotong dan disuapkan ke mulutnya. Puan Sri Syarifah Zainah

sehingga kini masih tidak mengetahui apa sebenarnya yang dijanjikan oleh suaminya untuk

memujuk Puteri Balqis agar bersetuju untuk menyambung pelajaran di universiti yang

dipilihnya.

“Kan I janji nak bagi dia kereta sport yang dia nak tu. I janji nak bagi kereta selepas dia

mendaftar kat universiti tu. Ini dah lebih sebulan. Tak ada pula dia call I untuk tuntut janji tu”.

Tan Sri Syed Aminuddin sedikit musykil. Dia kenal benar perangai Puteri. Dia akan berpegang

pada janji. Kalau sudah berjanji dengannya, tak boleh tidak, pasti nak ditunaikan.

Puan Sri Syarifah Zainah hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu. Sebenarnya dia juga

pelik kerana sejak tinggal di asrama di universiti tersebut Puteri Balqis jarang menelefonnya.

Dia sibuk dengan pembelajarannya di universiti agaknya. Detik hati Puan Sri Syarifah Zainah.

Dia sendiri rindu pada anak tunggalnya itu. Tapi apakan daya, semua yang dilakukan untuk

kebaikan Puteri Balqis. Dia sendiri terpaksa menahan diri agar tidak selalu menelefon anaknya

itu kerana takut mengganggu aktivitinya di universiti. Dia bimbang juga sekiranya dia kerap

menelefon anaknya itu, rasa rindu pada mereka akan makin menebal.

69

Kkkrrriinnggggg!!!.....Tiba-tiba telefon bimbit Tan Sri Syed Aminuddin berbunyi. Dia

melihat screen telefonnya.

“Eermm... panjang umur anak awak tu. Baru kita cakap pasal dia”. Tan Sri Syed

Aminuddin menunjukkan nama Puteri Balqis tertera di screen telefonnya.

“Daddy. Bila nak datang sini. Where is my car?”. Nyaring suara pada pembesar suara

telefon Tan Sri Syed Aminuddin. Dia sengaja membuka loud speaker agar isterinya dapat

mendengar sama.

“Kalau iye pun bagi lah salam dulu”. Marah Puan Sri Syarifah Zainah yang agak tidak

berkenan dengan sikap anaknya itu.

“Ok lah... Assalamualaikum mommy, daddy. Mommy dan daddy sihat ke?”. Puteri

Balqis seperti mengajuk ibunya.

“Waalaikumsalam. Hhaa... macam tu la. Pagi-pagi dah call daddy ni. Nak apa?”. Tan

Sri Syed Aminuddin seperti buat-buat tak tahu. Dia hanya ingin menduga Puteri Balqis.

“Alaa... Daddy jangan pura-pura lupa ye. Daddy dah promise ok”. Puteri Balqis seperti

mengingatkan apa yang telah dijanjikan oleh ayahnya.

“Daddy tak lupa. Kereta Puteri dah ready pun”. Tan Sri Syed Aminuddin tersenyum

dengan usikannya itu.

“Tapi Puteri tak boleh bawa kereta ke dalam kawasan kampuskan?. So no point juga

kalau daddy bagi kereta tu”. Tan Sri Syed Amanuddin menambah.

“Itu Puteri tau. Tapi Puteri nak tengok kereta tu”. Puteri Balqis seperti merayu. Sudah

lama dia ingin menuntut janji ayahnya tapi belum ada kesempatan kerana kesibukan tugas-tugas

di fakulti. Minggu-minggu pertama hari pendaftaran memang memenatkan. Banyak perkara

yang perlu diselesaikan dengan segera. Kalau tak dia akan ketinggalan. Kadang-kadang

seharian dia dan kawan-kawannya yang lain berada di fakulti. Apatah lagi kejadian yang

menimpanya di kafe fakulti apabila dia terlanggar Imran yang membuatkan hatinya bertambah

sakit.

“Daddy dan mommy mesti datang asrama Puteri petang ni. Bawa kereta tu sekali”. Puteri

Balqis menegaskan suara seperti mengarahkan ayah dan ibunya.

“Ok... ok. Petang ni daddy dan mommy akan melawat Puteri ye”. Tan Sri Syed

Aminuddin mengalah. Memang dia dan isterinya sudah lama ingin melawat Puteri Balqis di

asrama. Kerinduannya pada anak tunggalnya itu pun sudah menebal walaupun baru sebulan

Puteri Balqis meninggalkan rumah.

“Ok. Petang ni Puteri tunggu mommy dan daddy datang tau”. Suara Puteri Balqis penuh

kegembiraan. Terbayang di matanya kereta BMW i8 berwarna merah menjalar di hadapan

70

asramanya nanti. Pada masa itu semua mata akan tertumpu pada keretanya dan setiap mulut

akan terlopong melihat kereta sport yang cantik itu.

Tan Sri Syed Aminuddin memutuskan talian setelah selesai bercakap dengan Puteri

Balqis. Dia bangun daripada meja makan dan menuju ke ruang tamu.

“You bersiap cepat sikit. I nak pergi ke office sekejap. Nak ambil kereta Puteri. Kalau

tak tunjuk depan mata dia kereta tu, tah apa pula yang dibuatnya. You bukan tak kenal dengan

perangai anak you tu”. Tan Sri Syed Aminuddin bersuara tanpa memandang wajah isterinya.

Puan Sri Syarifah Zainah masih melekat di kerusi makan sambil menikmati kopi di tangannya

seperti tidak mendengar apa yang bicarakan oleh suaminya.

Tan Sri Syed Aminuddin melangkah perlahan ke tingkat atas untuk bersiap. Dia perlu

ke pejabat untuk mengambil kereta Puteri Balqis. Dia akan meminta pemandunya, Pak Rahim

untuk menghantarnya ke pejabat.

Selesai bersiap ala kadar, Tan Sri Syed Aminuddin menelefon Pak Rahim untuk

menggambilnya di rumah. Tidak sampai lima minit Pak Rahim sampai di hadapan pintu untuk

menghantar Tan Sri Syed Aminuddin ke pejabat.

“You... I pergi dulu ye. You bersiap cepat sikit. Karang lambat pula kita melawat Puteri”.

Tan Sri Syed Aminuddin mengeraskan suaranya supaya didengari oleh isterinya yang masih di

dapur. Sengaja dia mengulangi ingatan agar isterinya bersiap. Dia faham sangat dengan

perangai isterinya. Kalau bersiap memang berjam-jam lamanya.

“Hari minggu pun tuan pergi pejabat juga?”. Tanya Pak Rahim sambil membukakan

pintu Toyota Vellfire untuk tuannya.

“Tak Pak Rahim. Saya nak ambil kereta Puteri. Saya park kereta tu kat basement

parking di pejabat. Malas nak bawa balik. Tadi Puteri dah call tuntut janji. Tu yang petang ni

nak bawa kereta tu ke asrama Puteri. Nak puaskan hati. Pak Rahim bukan tak kenal perangai

Puteri macam mana”. Panjang lebar Tan Sri Syed Aminuddin menjawab pertanyaan Pak Rahim.

Pak Rahim hanya tersenyum. Memang betul kata Tan Sri Syed Aminuddin. Sebagai

pemandu keluarga tersebut, memang Pak Rahim masak benar dengan perangai anak perempuan

tunggal Tan Sri Syed Aminuddin itu. Dia dan isterinya yang menghantar Puan Sri Syarifah

Zainah sewaktu ingin melahirkan Puteri Balqis. Sikap dan perangai Puteri Balqis memang kena

dengan namanya. Apatah lagi hanya dia anak tunggal dalam keluarga tersebut. Pak Rahim

hanya tersenyum. Untung jadi orang kaya ni. Keluar sahaja daripada mulut, terus dapat. Bisik

hati Pak Rahim. Berbeza dengan dirinya. Kadang-kadang dia sendiri tak berani nak berjanji

apa-apa kepada anak-anaknya kerana takut tak tertunai.

71

Sedar tak sedar mereka sudah sampai di bassement parking pejabat Tan Sri Syed

Aminuddin. Dia memberhentikan kereta betul-betul di belakang kereta sport yang ingin

dihadiahkan kepada Puteri Balqis. Kadang-kadang kalau Tan Sri Syed Aminuddin tak sempat

nak menghidupkan enjin kereta tersebut, dialah yang akan melakukannya.

“Pak Rahim terus balik je lah ye. Saya akan drive kereta ni”. Arah Tan Sri Syed

Aminuddin kepada Pak Rahim. Pak Rahim hanya mengangguk tanda faham. Dia masuk semula

ke dalam kereta dan memberi laluan kepada kereta Puteri Balqis yang dipandu oleh ayahnya.

Tan Sri Syed Aminuddin menghidupkan enjin kereta sport itu dan menekan pedal minyak

kereta tersebut beberapa kali. Bunyi menderam kereta sport itu menyesakkan telinga. Tan Sri

Syed Aminuddin memandu keluar kereta tersebut daripada basement parking dan dituruti dari

belakang oleh Pak Rahim.

Sampai di jalan besar, kereta yang dipandu oleh Tan Sri Syed Aminuddin memecut laju

meninggalkan Pak Rahim di belakang. Itulah pertama kali Tan Sri Syed Aminuddin memandu

kereta anaknya itu di jalan terbuka. Kereta sport merah menyala itu hilang dari pandangan Pak

Rahim dalam sekelip mata.

Wajah suram Puteri Balqis kembali ceria apabila mendengar ngauman dan melihat

kereta sport berwarna merah menjalar di jalan masuk menuju ke asramanya. Puteri Balqis yang

ditemani oleh Aireen dan Misya bingkas bangun daripada tempat duduknya. Kereta sport yang

dipandu oleh ayahnya berhenti betul-betul di hadapan wakaf tempat mereka menunggu tadi.

Puteri Balqis seperti tidak sabar berlari mendapatkan ibu dan ayahnya yang masih berada di

dalam kereta.

“Hai... daddy, mommy. Ingatkan tak datang”. Puteri Balqis menyapa ibu dan ayahnya

sebaik sahaja pintu kereta tersebut dikuak. Tan Sri Syed Aminuddin bersusah payah untuk

keluar daripada kereta tersebut. Sewaktu memandu tadi pun, dia terasa seperti celapak di atas

jalan raya dan terasa daging punggungnya begitu hampir dengan jalan.

“Daddy dah janji kan. Mestilah datang. Kalau tak... eemmm, tak tau apa nak jadi”. Tan

Sri Syed Aminuddin seperti menyindir.

Puteri Balqis tak peduli dengan sindiran ayahnya. Dia masuk dan duduk di kerusi

pemandu kereta sport yang dihadiahkan kepadanya itu. Dia menghidupkan semula enjin kereta

tersebut yang baru sebentar tadi dimatikan oleh ayahnya. Belum sempat berkata apa-apa, kereta

sport berwarna merah tersebut telah memecut meninggalkan Tan Sri Syed Aminuddin dan Puan

72

Sri Syarifah Zainah terpinga-pinga. Aireen dan Misya juga berpandangan sesama sendiri

apabila melihat kereta sport berwarna merah yang tadinya berhenti di hadapan mereka, kini

hilang dari pandangan.

Puan Sri Syarifah Zainah hanya menggeleng-geleng kepala melihat telatah anaknya itu.

Dia meletakkan bungkusan plastik yang berisi pizza dan ayam goreng yang dibelinya sebentar

tadi sewaktu dalam perjalanan ke asrama Puteri Balqis. Aireen dan Misya bersalaman dengan

Puan Sri Syarifah Zainah.

“Auntie dengan uncle apa khabar?”. Aireen bermanis mulut bertanya sebaik Puan Sri

Syarifah Zainah dan Tan Sri Syed Aminuddin melabuhkan punggung di atas kerusi.

“Baik... Alhamdulillah”. Ringkas jawapan Puan Sri Syarifah Zainah.

“Macam mana dengan Puteri”. Tiba-tiba Puan Sri Syarifah Zainah bertanyakan tentang

Puteri Balqis pada Aireen dan Misya. Mereka berdua berpandangan.

“Oo... ok je auntie. Tak ada apa-apa pun”. Misya sedikit nervous bila diajukan soalan

tentang Puteri Balqis.

“Betul ke ni?. Kalau ada apa-apa bagitau auntie. Jangan simpan-simpan”. Puan Sri

Syarifah Zainah seperti ingin mengorek rahsia anaknya. Tan Sri Syed Aminuddin hanya

mendiamkan diri sejak dari tadi. Matanya hanya melihat-lihat sekeliling asrama tempat

kediaman anaknya itu.

“Eehh... betul auntie. Buat apa nak sorok-sorok. Puteri ok je kat sini”. Giliran Aireen

pula seperti ingin menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan ibu dan ayah Puteri Balqis.

Akhirnya kesemua mereka hanya diam sambil menikmati makanan yang dibawa oleh Puan Sri

Syarifah Zainah tadi.

Daripada jauh sudah kedengaran bunyi ngauman enjin kereta Puteri Balqis. Tidak

sampai beberapa saat, kereta sport berwarna merah sudah ada di hadapan mereka kembali.

Puteri Balqis mematikan enjin kereta tersebut dan keluar daripada kereta dengan senyuman

yang meleret hingga ke telinga. Yang paling membuatkannya lebih bangga apabila kereta yang

dipandunya sebentar tadi mendapat perhatian daripada semua orang sepanjang jalan yang

dilaluinya.

“Wahh... seronok sangat nampaknya”. Tegur Puan Sri Syarifah Zainah sambil matanya

melirik ke arah suaminya.

“Sampai makanan yang mommy beli pun tak sempat nak jamah”. Suara Puan Sri

Syarifah Zainah seperti merajuk. Puteri duduk di sebelah ibunya.

“Alaa... bukan Puteri tak sudi. Tapi tadi Puteri excited sangat”. Pujuk Puteri Balqis

apabila melihat muka ibunya masam mencuka. Dia mencuit-cuit pipi ibunya yang tambun untuk

73

memancing ketawa daripada ibunya. Akhirnya semua mereka ketawa melihat keletah kedua

beranak tersebut.

“Hhaa... macam tu la. Lagipun ni je peluang Puteri dapat drive kereta tu”. Puteri Balqis

menjelaskan kepada ibunya kenapa dia begitu teruja bila melihat kereta baharunya sebentar

tadi.

“Mommy, daddy. Puteri ingat semester ketiga nanti Puteri dengan diaorang ni nak duduk

rumah sewa”. Puteri Balqis menerangkan perancangannya kepada ibu dan bapanya sambil

memuncungkan bibir kepada Aireen dan Misya. Sekali lagi Puan Sri Syarifah Zainah

memandang wajah suaminya. Dia tahu peraturan kediaman di universiti itu. Pelajar-pelajar

diwajibkan tinggal di asrama selama dua semester atau satu tahun pengajian. Selepas itu pelajar

bebas untuk tinggal di dalam atau di luar kampus.

“Alahh... baru sebulan lebih duduk sini. Sabar-sabar lah dulu”. Tan Sri Syed Aminuddin

seperti tidak bersetuju dengan keputusan anaknya itu untuk tinggal di luar kampus walaupun

masanya masih jauh. Dia tahu kenapa Puteri Balqis ingin tinggal di luar kampus. Kerana

memudahkannya untuk membawa kereta idamannya itu bersama. Itu juga lah yang merisaukan

Tan Sri Syed Aminuddin. Dengan kereta tersebut, Puteri Balqis akan lebih bebas ke manamana.

Tapi bila sampai masanya nanti, dia pasti tak akan dapat menahan kemahuan Puteri

Balqis.

74

BAB 13

Dari jauh Rahimah sudah dapat melihat rumah bercat biru dan berlangsir merah di tepi

sawah. Sudah agak lama dia tidak menziarahi adiknya, Khatijah. Ini pun sebab dia sudah terlalu

rindu dengan adik perempuannya yang seorang itu. Mujurlah ada motorsikal buruk peninggalan

arwah suaminya. Mudahlah sikit Amir membawanya ke kampung sebelah tempat adiknya

menetap. Kalau berbasikal, mau tercabut kepala lutut. Motorsikal itu pun jarang sangat

digunakan. Sewaktu Imran berkerja di pekan pun, dia lebih suka mengayuh basikal. Exercise

katanya.

Amir memberhentikan motorsikalnya betul-betul di hadapan tangga rumah ibu

saudaranya itu. Dia mematikan enjin motorsikal yang bunyinya mengalahkan motorbot.

Sekonyong-konyong, wajah ibu saudaranya tercongok di muka tingkap. Dia menguak langsir

berwarna merah terang untuk melihat siapa yang datang.

“Assalamualaikum”. Rahimah memberi salam sebaik turun daripada motorsikal. Dia

masih tidak menyedari Khatijah sudah berada di muka tingkap menyambut kehadirannya.

“Waalaikumsalam kak”. Sambut Khatijah daripada muka tingkap rumahnya. Jelas

kelihatan senyuman di bibirnya. Senyuman kegembiraan melihat kakak yang tersayang datang

melawatnya. Walaupun rumah mereka berdua tidak lah terlalu jauh, tetapi mereka jarang

berjumpa. Maklum lah, kerja kampung. Ada kerja ada lah hasilnya.

“Akak apa khabar?”. Khatijah bertanyakan khabar sambil menyuakan tangan untuk

bersalaman. Belum sempat Rahimah menjawab, Khatijah sudah menarik badan kakaknya dan

kedua-duanya berpelukan untuk melepaskan rindu.

“Patutnya Jah yang melawat akak kan. Tapi akak tau lah Jah ni macam mana. Sibuk

dengan kerja hari-hari”. Khatijah menjelaskan kepada Rahimah kenapa dia sudah lama tidak

datang melawatnya. Bimbang juga dia kalau-kalau kakaknya itu terasa hati.

“Tak apa Jah. Aku faham. Kerja kampung macam kita ni memang macam tu. Lain la

kalau kerja makan gaji macam orang di bandar tu. Cukup bulan dapat gaji”. Rahimah cukup

memahami keadaan mereka di kampung itu. Masing-masing perlu mencari nafkah untuk

keperluan seharian. Tak boleh nak mengharapkan hasil padi yang hanya datang enam bulan

sekali.

“Jom kita naik kak, Amir”. Pelawa Khatijah setelah dirasakan sekian lama berbual di

hadapan tangga rumahnya. Amir yang sedari tadi terlopong mulut memerhati kedua-dua

beradik itu bersembang, hanya tersenyum mendengar pelawaan ibu saudaranya.

“Tengah hari ni akak makan kat sini je ye”. Pelawa Khatijah. Rahimah hanya tersenyum.

75

“Mana Fatimah dengan Suraya?”. Khatijah bertanyakan tentang anak-anak perempuan

Rahimah setelah tidak melihat kelibat mereka berdua.

“Fatimah dengan Suraya ada kelas tambahan di sekolah. Tu yang aku ajak si Amir ni

bawa aku untuk jenguk-jenguk kamu. Kalau tidak mana lah boleh nak bawa semua datang sini”.

Rahimah menjawab soalan Khatijah sambil melabuhkan punggungnya yang sedikit kebas

akibat duduk di atas motorsikal sebentar tadi. Tambahan pula jalan kampung yang masih belum

diturap. Kalau hujan lain pula ceritanya. Kalau ada yang gagahkan juga untuk keluar, alamat

melekat lah selut merah di tayar basikal atau motorsikal.

Sambil bersembang, Khatijah sibuk menyiapkan minuman dan sedikit hidangan untuk

kakaknya. Dia menuangkan kopi pekat ke dalam cawan berbunga untuk Rahimah dan Amir.

Bau semerbak aroma air kopi asli tersebut menusuk hidung Rahimah. Terasa segar dan tenang

fikirannya seketika dengan aroma kopi tersebut. Khatijah menyendukkan mee hoon goreng

yang masih panas ke dalam pinggan dan menyorongkannya ke hadapan Rahimah dan Amir.

“Makan kak, Amir. Ini je yang ada”. Khatijah mempelawa kakak dan anak saudaranya

itu untuk menikmati sarapan pagi yang disediakannya.

“Iisshhh... cukup baik dah ni. Aku datang bukan nak makan. Aku datang nak melawat

adik aku ni ha”. Rahimah memandang tepat ke arah mata Khatijah. Dia mengelus-ngelus tangan

satu-satunya adik perempuan yang dia ada. Khatijah turut memegang tangan Rahimah. Terasa

kebahagian meresap ke seluruh badan mereka bila dapat bersua muka. Amir yang sedari tadi

senyap, menarik pinggan mee hoon goreng di hadapannya. Bau mee hoon goreng yang

menyelinap lubang hidungnya menambahkan lagi rasa lapar. Apatah lagi, dia belum sempat

menjamah sarapan yang disediakan oleh ibunya di rumah.

“Sunyi rumah ni. Abu ke mana Jah?”. Rahimah meninjau sekeliling rumah adiknya itu.

Semenjak dia sampai tadi hanya Khatijah yang ada.

“Hari-hari minggu ni apa lagi kak. Abang Abu tu awal-awal pagi lagi dah ke sungai,

cari ikan. Tinggal lah Jah sorang-sorang kak. Ada anak sorang pun dah belajar jauh”. Khatijah

seperti mengadu perihalnya kepada Rahimah. Rahimah hanya mengangguk tanda faham.

Walaupun Khatijah masih ada suami, tapi selalu berseorangan bila suaminya Abu keluar

berkerja. Rohayu lah satu-satunya cahaya mata yang Khatijah ada. Semenjak Rohayu berkerja

di Johor selepas STPM rumah itu menjadi sunyi. Malah kini bila Rohayu dapat belajar di

universiti yang sama dengan Imran di Kuala Lumpur, rumah itu berterusan sepi. Nasib baik

juga rumah jiran-jiran yang ada tinggal berdekatan. Tak lah Khatijah sunyi sangat.

“Tak apa lah Jah. Ayu tu sambung belajar. Habis nanti balik lah dia ke kampung”. Pujuk

Rahimah. Dia memahami kesedihan di hati adiknya itu. Begitu lah keadaan mereka berdua bila

76

erjumpa. Ada sahaja yang ingin dikongsikan. Apatah lagi mereka jarang-jarang berjumpa.

Khatijah pun tak pandai menunggang motorsikal seperti dirinya. Kalau nak berjalan terpaksa

tunggu suaminya. Macam tu lah juga dirinya. Kalau nak ke mana-mana terpaksa menunggu

anak-anak. Kalau tak terperap di rumah lah jawabnya.

“Aku ni semenjak Imran masuk ke universiti tu, rasa seronok sangat. Tambah-tambah

bila Ayu datang ke rumah itu hari bagi tau, katanya dapat belajar di universiti yang sama dengan

Imran”. Senyum Rahimah melebar bila bercerita pasal Imran dan Rohayu.

“Itu lah. Lepas Ayu dapat surat tawaran masuk universiti tu, tak sabar-sabar dia ke

rumah kamu. Seronok sangat dia dapat belajar dengan Imran.”. Khatijah juga turut teruja

apabila bercerita tentang anak masing-masing.

“Semalam dia ada telefon bagitau ada jumpa Imran. Sekarang ni katanya, hari-hari

jumpa Imran. Makan sama-sama, belajar sama-sama”. Tambah Khatijah.

“Diaorang tu dah macam adik-beradik. Ingat tak masa kau pindah kampung ni ikut Abu.

Seminggu Imran merajuk sebab Ayu bertukar ke sekolah lain”. Rahimah ketawa bila

mengingatkan kisah Imran dan Ayu sewaktu kecil. Memang mereka berdua terlalu rapat.

“Bila dah besar ni, macam teringin aku nak buat Ayu jadi menantu aku”. Tiba-tiba

terkeluar apa yang ada dalam benak Rahimah. Khatijah memalingkan muka memandang wajah

kakaknya. Tak terfikir dia untuk menjodohkan Rohayu dan Imran. Bukan dia tak sudi, tapi

Imran tu terlalu cerdik kalau nak dibandingkan dengan Rohayu. Macam tak layak untuk

digandingkan dengan Imran.

“Kenapa kamu diam. Kamu tak sudi ke?”. Tanya Rahimah apabila melihat wajah

Khatijah seperti cicak tertelan kapur. Suasana sepi seketika. Khatijah sendiri tak tahu nak kata

apa. Takut kalau-kalau apa yang ingin dikatakan akan melukakan hati kakak kesayangannya

itu. Dia sedar Rohayu memang rapat dengan Rahimah. Kadang-kadang dia sendiri cemburu

dengan anaknya itu kerana lebih kepada ibu saudaranya sendiri berbanding dirinya.

“Akak datang ni nak merisik ke?”. Tiba-tiba pertanyaan itu terpacul daripada mulut

Khatijah. Dia sendiri tak tahu nak berkata apa-apa. Rahimah ketawa mendengar pertanyaan

Khatijah. Dia tahu adiknya itu terkejut dengan cadangan yang diutarakannya sebentar tadi.

“Eehh... kamu ni. Merepek jer. Aku ni sekadar cakap-cakap saja”. Rahimah menjelaskan

duduk perkara sebenarnya. Baru lah Khatijah faham. Dia fikir kakaknya itu datang nak merisik

anak saudaranya sendiri untuk dijadikan menantu.

“Nak ke diaorang tu kak?”. Soal Khatijah sambil mengangkat cawan kopi yang masih

tersisa.

77

“Nanti kamu tanyakan pada Ayu. Soal Imran nanti akak akan uruskan. Lagipun bukan

kita nak satukan diaorang dalam masa terdekat ni. Ini pun cadangan saja. Kalau Imran dan

Rohayu tak setuju, kita tak boleh paksa”. Khatijah mengangguk-anggukkan kepala tanda faham

dengan keinginan kakaknya itu. Dia sendiri tak kisah kalau Imran setuju menjadi menantunya.

Dia sendiri tahu Imran memang seorang anak yang baik. Tapi apa-apa pun semuanya

bergantung kepada persetujuan mereka berdua.

78

BAB 14

Imran dan Wahid bergegas keluar daripada dewan kuliah. Mereka sudah berjanji dengan

Rohayu untuk pergi ke shopping mall berhampiran universiti mereka untuk mencari barang

keperluan. Sambil-sambil windows shopping untuk release tension setelah seharian dalam bilik

kuliah.

“Woittt bro. Ko tengok tu”. Tiba-tiba Wahid mencuit bahu Imran. Perjalanan Imran

terhenti.

“Ada apa?”. Soal Imran ringkas. Dia memandang wajah Wahid untuk mendapatkan

jawapan kenapa tiba-tiba Wahid seolah-olah ada perkara penting yang ingin diberitahu.

“Ko tengok kat sana tu”. Wahid mengarahkan jari telunjuknya ke satu arah. Imran

memalingkan mukanya melihat ke arah jari telunjuk Wahid. Pandangannya bertemu dengan

dua susuk tubuh di tempat letak kereta fakulti. Yang seorang tu dia kenal. Tetapi yang seorang

lagi itu Imran kurang pasti. Tapi apa kena mengena dengan mereka. Bisik hati Imran.

“O.k... so?”. Imran seperti ingin kepastian kenapa tiba-tiba Wahid begitu berminat

dengan situasi tersebut.

“Ko tak tengok ke tu. Tu bukan Puteri Balqis ke, yang selalu maki-maki ko tu?”. Wahid

seolah-olah masih belum mahu berganjak dari tempat dia berdiri. Seperti ada yang begitu

menarik perhatiannya bila melihat Puteri Balqis sedang bermesraan dengan seorang lelaki

kacak berdiri di sebelah kereta mewah.

“Eehh... aku belum buta la. Aku tau la tu Puteri Balqis. Tapi apa kena mengena dengan

kita?”. Soal Imran kembali. Dia tidak berminat untuk mengetahui tentang cerita berkaitan Puteri

Balqis atau mana-mana perempuan lain di universiti itu. Dia tahu, dia datang ke universiti itu

hanyalah untuk mencari ilmu. Dia tidak mahu pembelajarannya terganggu dengan perkara

remeh-temeh sebegitu. Dia juga tidak mahu mencari punca pergaduhan dengan Puteri Balqis

yang sememangnya sangat membencinya. Cukup lah dia dimalukan dengan kejadian di kafe

tempoh hari.

“Patut la bukan main berlagak lagi dia kan. Mentang-mentang pakwe dia anak orang

kaya. Apa dia ingat orang macam kita ni tak layak ke nak berkawan dengan dia. Buruk sangat

ke muka kita ni?”. Wahid seperti melepaskan kemarahan bila mengingatkan sikap Puteri Balqis

yang terlalu memandang status untuk berkawan. Kalau ada tugasan kumpulan, mati hidup

semula pun Puteri Balqis takkan angkat muka pada kawan-kawan sekelas yang lain yang tak

setaraf dengannya. Dia hanya akan memilih kawan-kawan yang berstatus tinggi sepertinya.

79

“Kalau muka aku handsome la juga. Tapi kalau muka engkau aku tak tahu la”. Imran

cuba bergurau dengan Wahid yang kelihatannya tidak berpuas hati dan begitu serius.

“Iye la. Muka kau sorang je yang handsome. Ko nak kata muka aku ni macam muka tak

siap la?”. Wahid buat-buat merajuk. Dia tahu Imran sekadar mengusiknya. Imran ketawa

terkekeh-kekeh bila melihat Wahid buat muka. Wahid juga turut ketawa akhirnya apabila

melihat telatah Imran.

“Dah la. Nanti lambat pula kita nak keluar dengan Rohayu”. Imran cuba mengalihkan

tajuk perbualan. Dia menarik tangan Wahid untuk meneruskan perjalanan ke asrama. Wahid

seperti tidak mahu berganjak seperti ada sesuatu yang bersarang di hatinya. Namun akhirnya

dia mengalah juga apabila tangannya ditarik oleh Imran.

“Woitt Im. Aku rasa aku kenal la dengan mamat tadi tu”. Dalam perjalanan Wahid

membuka cerita yang masih ada kaitan dengan apa yang dilihatnya sebentar tadi. Dia masih

tidak mahu melupakannya.

“Kalau kau kenal pun, apa ada kaitan dengan ko?”. Imran menjawab ala kadar sahaja

untuk mengambil hati kawannya itu. Kalau ikut hati memang dia tak mahu langsung mengambil

tahu pasal mereka. Apakan daya, sahabat baiknya itu masih belum mahu berhenti bercerita

berkaitan Puteri Balqis.

“Memang la tak ada kaitan. Tapi aku dapat tahu dari cerita kawan-kawan yang lain,

nama dia Haikal. Anak Dato. Final year engineering”. Wahid seperti memberi penerangan

kepada Imran berkaitan lelaki yang dilihatnya bersama Puteri Balqis sebentar tadi.

“Habis tu?”. Balas Imran ringkas.

“Tapi yang bestnya, dengar kata dia ni playboy. Bila dia dah bosan dengan sorang awek

tu, dia buang macam kain buruk je”. Beriya-iya Wahid bercerita. Imran buat-buat dengar tak

dengar sahaja cerita Wahid.

“Tapi aku pelik. Diaorang dah tau perangai dia macam tu, tapi still terhegeh-hegeh. Bila

dikecewakan menangis macam tak ada jantan lain dah dalam dunia ni. Aku yang gagah perkasa

dan tak kurang kacak ni tak ada pula diaorang minat”. Wahid membebel tak sudah-sudah. Imran

hanya tersenyum mendengar bebelan Wahid. Dia layan je, kurang-kurang tak rasa penat

berjalan dari fakulti ke asrama.

“Bila masa kau jadi pakcik bawang ni. Mak ayah ko hantar ke universiti ni suruh belajar.

Bukan suruh membawang pasal orang. Ni lagi satu. Bila masa pula muka ko kacak sangat ni.

Aku tak tau pun”. Giliran Imran membebel sambil menepuk belakang Wahid.

“Itu aku tau. Tapi aku geram sangat bila ingat apa yang dia buat pada kau”. Wahid

meluahkan apa yang ada dalam hatinya. Memang dia tidak berpuas hati dengan apa yang pernah

80

dilakukan oleh Puteri Balqis pada Imran. Sedikit sebanyak Imran tersentuh juga dengan

pengakuan Wahid itu. Dia tahu Wahid ikhlas mempertahankan dirinya. Sebab itu lah semenjak

belajar di universiti itu, hanya Wahid sahabatnya yang sejati walaupun dia berkawan dengan

pelajar-pelajar yang lain.

“Terima kasih lah sebab kau perihatin pada aku. Tapi aku tak kisah pun apa yang dia

nak buat pada aku. Bukan lama pun. Habis semester ni pun dia dan kawan-kawan dia akan

duduk luar kan. So apa masalahnya lagi”. Imran seperti ingin menyejukkan hati Wahid.

“Itu pun aku tau. Tapi kita still kena mengadap muka dia kat fakulti”. Kemarahan di hati

Wahid seperti tidak berkesudahan.

“Alaa... ko ni. Bukan lama sangat lagi. Dua tahun je pun”. Imran memujuk.

“Dua tahun macam dua puluh tahun, ko tau”. Wahid masih belum mahu

melepaskankemarahanannya yang bersarang di dada.

“Kau ni dah kenapa. Aku yang kena, kau pula yang panas”. Wahid dan Imran ketawa

seperti ada sesuatu yang lucu pada kata-kata Imran sebentar tadi. Mereka meneruskan

perjalanan. Bangunan asrama mereka sudah kelihatan dan sudah tidak begitu jauh. Perbualan

mereka sepanjang perjalanan tadi mengurangkan rasa penat berjalan. Dari jauh Imran dapat

melihat Rohayu yang sedang berdiri di hadapan foyer bangunan asrama mereka. Imran

melambai tangan kepada Rohayu.

“Dah lama sampai ke?”. Sapa Imran apabila mereka sampai di hadapan Rohayu.

“Tak juga. Ayu pun baru sampai je ni. So apa plan kita petang ni?”. Giliran Rohayu

bertanya.

“Kita naik dulu. Mandi-mandi. Lepas Asar nanti lebih kurang pukul lima, kita

berkumpul kat sini. Then baru kita gerak”. Imran memberi penjelasan. Rohayu dan Wahid

hanya mengangguk-anggukkan kepala tanda setuju dan faham.

“Cantik Ayu hari ni kan. Kena dengan nama”. Tiba-tiba Wahid yang sedari tadi hanya

membisu, memuji Rohayu yang memakai baju kurung kedah berwarna hijau. Rohayu yang

dipuji Wahid tersipu-sipu malu.

“Wahhh... depan-depan aku ko try dia kan”. Imran yang terkejut dengan kata-kata

Wahid menambah.

“Alaa... ko pun. Bagi la chance kat aku. Ayu pun ok je”. Wahid mengangkat kepala

kepada Rohayu. Akhirnya Imran dan Rohayu ketawa dengan telatah Wahid. Wahid juga turut

ketawa.

81

BAB 15

“Bukan main kau sekarang kan. Berkepit je dengan anak Dato’ Hamzah tu”. Aireen

yang sedang mengadap komputer ribanya tiba-tiba bersuara. Misya yang turut berada di dalam

bilik tersebut turut mengangguk-anggukkan kepala tanda bersetuju dengan Aireen.

“Siapa?. Haikal?”. Puteri Balqis pura-pura tidak tahu.

“Siapa lagi. Haikal lah. Jejaka handsome yang paling hot kat universiti ni”. Aireen

berhenti seketika daripada menekan butang-butang keyboard komputernya. Dia memusingkan

badannya mengadap Puteri Balqis.

“Ooo... Haikal ke. Kenapa. Salah ke?”. Puteri Balqis seperti acuh tak acuh dengan

persoalan yang dibangkitkan oleh kawan-kawannya. Dia asyik menikmati cokelat yang

diberikan oleh Haikal petang tadi.

“Salah tu tidak. Tapi kami risau. Banyak cerita yang tak baik pasal Haikal yang kami

dengar”. Tiba-tiba Misya menyampuk setelah sekian lama menjadi pemerhati.

“Sounds like jealousy”. Puteri Balqis membalas nasihat Misya dengan sindiran. Keduadua

mereka berpandangan.

“We are not jealous ok, tapi tak nak apa-apa yang tak elok jadi pada kau”. Aireen

menjelaskan kerisauan yang bersarang di dalam kepala mereka. Walaupun kadang-kadang

sikap Puteri Balqis banyak yang menyakitkan hati, tapi atas nama persahabatan, mereka tetap

tidak mahu melihat Puteri Balqis dikecewakan apatah lagi dipermain-mainkan. Banyak sangat

cerita-cerita yang tak elok berkaitan Haikal yang mereka dengar daripada kawan-kawan lain di

fakulti.

Berbekalkan kemewahan yang ada dan rupa paras yang kacak, mudah sahaja bagi

Haikal untuk mendapatkan mana-mana gadis di universiti itu untuk menjadi mangsanya. Manamana

gadis yang hanya memandang pada kekayaan dan paras rupa pasti akan termasuk ke

dalam perangkap Haikal. Sekarang sahabat mereka sendiri sudah masuk perangkap Haikal.

“Sepanjang aku kenal dia, o.k je. Mungkin yang cakap-cakap macam tu jealous kot

sebab Haikal tak pandang diaorang”. Puteri Balqis tetap mempertahankan pendiriannya untuk

terus berkawan dengan Haikal. Pada pandangannya Haikal seorang pemuda yang cukup perfect.

Sepanjang mengenali Haikal, tutur kata pemuda itu cukup sopan. Begitu juga dengan

perbuatannya. Dia tak pernah marah atau menunjukkan sikap tidak puas hati sekiranya Puteri

Balqis menolak permintaannya untuk keluar makan atau apa-apa sahaja. Puteri Balqis melihat

Haikal seorang yang penyabar. Personaliti Haikal itu lah yang membuatkan Puteri Balqis

terpikat dan terus jatuh hati kepadanya. Tambahan pula keluarga Haikal mempunyai kedudukan

82

dan kekayaan. Pendek kata pakej yang ada pada haikal sudah cukup untuk memenuhi syarat

Puteri Balqis untuk menjadi buah hatinya.

“Haikal selalu cerita kat aku yang dia selalu kena fitnah. Macam-macam cerita buruk

yang orang create sebab nak jatuhkan dia. Bukan perempuan je, lelaki pun sama. Sebab

diaorang tak ada apa yang Haikal ada”. Puteri Balqis menceritakan semula apa yang pernah

Haikal luahkan padanya kepada Aireen dan Misya. Baru beberapa minggu mengenali Haikal,

hatinya memang sudah benar-benar terpaut pada Haikal. Apa sahaja yang didengar berkaitan

keburukan Haikal hanya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Apatah lagi fikirannya telah

diracun oleh Haikal yang mengatakan dirinya difitnah.

Misya angkat bahu pada Aireen tanda mengalah. Dia tahu sangat perangai Puteri Balqis.

Memang payah untuk ditegur atau dinasihat, lagi-lagi kalau sesuatu perkara itu telah

dimuktamadkan oleh dirinya. Cakap lah apa pun. Semua nasihat seperti mencurah ke daun

keladi. Sia-sia. Tapi kadang-kadang, mereka terpaksa juga menasihati Puteri Balqis walaupun

kadang-kadang sudah dapat menjangka jawapan daripadanya.

“Eerrmm... suka hati kau lah. Nanti kalau jadi apa-apa pada kau, jangan cakap kitaorang

tak payung”. Misya yang sudah malas melayan keras kepala Puteri Balqis bingkas bangun dari

atas katil Aireen. Aireen hanya tersenyum mendengar sindiran Misya.

“Aku nak balik bilik. Kesian pula roommate aku tu tinggal sorang-sorang. Nanti kata

aku tak campur masyarakat pula”. Misya menyambung bebelannya. Sebelum melangkah

keluar, sempat dia mencapai bantal busuk Puteri Balqis dan melemparkannya ke arahnya yang

masih leka dan asyik melayan telefon. Puteri Balqis terperanjat dengan perbuatan Misya.

Senyum Aireen bertukar menjadi ketawa besar apabila melihat telatah kawan-kawannya itu.

Puteri Balqis mencapai bantal yang dilemparkan kepadanya dengan niat untuk membalas.

Belum sempat Puteri Balqis melempar semula bantal tersebut kepada Misya, dia sudah berjaya

melepasi pintu bilik. Bantal tersebut singgah di daun pintu yang sudah tertutup semula.

“Eee... dia ni kan. Memang nak kena dengan aku”. Puteri Balqis seperti melepaskan

geramnya apabila misi membalas dendamnya gagal. Dia bangun dan mengambil semula bantal

yang jatuh di hadapan pintu. Senyap-senyap dia datang dari arah belakang Aireen yang

menyambung semula kerja-kerjanya. Bantal di tangan ditekupkan ke muka Aireen yang

sedangleka menaip di komputer ribanya. Aireen terperanjat dan terkial-kial bila mukanya

ditekup dari arah belakang oleh Puteri Balqis. Sekarang giliran Puteri Balqis ketawa besar

apabila melihat Aireen terbatuk-batuk menghidu bau bantal busuk Puteri Balqis.

“Padan muka. Puas hati aku”. Puteri Balqis ketawa kepuasan walaupun bukan Misya

yang menjadi mangsa.

83

“Eee... kau ni. Orang lain buat, aku pula yang kena”. Aireen meluahkan ketidakpuasan

hatinya. Puteri Balqis buat tak kisah. Dia terus ketawa.

“Assalamualaikum Ayu. Sorang je ke?”. Wahid menegur Rohayu yang kebetulan

terserempak di kafe asrama.

“Waalaikumsalam. Eh tak. Ayu berdua ni. Awak tak nampak ke?”. Rohayu menunjuk

ke sebelahnya seolah-olah ada seseorang yang berdiri disitu. Mukanya juga serius. Muka Wahid

tiba-tiba berubah. Betul ke ada orang di sebelah Rohayu. Kenapa dia tak nampak. Bisik hati

Wahid sedikit cuak.

Tiba-tiba ketawa Rohayu pecah bila melihat perubahan pada wajah Wahid walaupun

dalam remang-remang cahaya lampu di kafe itu. Dia dapat mengagak perasaan Wahid ketika

itu. Tak sangka rupanya ‘bendul’ juga si Wahid ni. Bisik hati Rohayu.

“Apa lah Wahid ni. Ayu main-main je lah”. Rohayu masih tidak dapat menyembunyikan

rasa lucunya. Wahid seperti baru tersedar rupanya dia dipermain-mainkan oleh Rohayu. Dia

sendiri tidak dapat menangkap apa yang dilakukan oleh Rohayu sebentar tadi.

“Aduhh... Ayu ni. Boleh kena sakit jantung Wahid macam ni tau”. Wahid menghela

nafasnya. Dia menggosok-gosok dadanya yang tidak sakit.

“Alaa... muda-muda lagi takkan dah kena sakit jantung”. Rohayu memperli Wahid.

Wahid kelihatan malu-malu diusik Rohayu. Rancangannya tadi, dia yang nak mengusik

Rohayu, tapi sekarang dah terbalik.

“Imran mana. Tak nampak pun?”. Tanya Rohayu bila melihat Wahid turun ke kafe

berseorangan.

“Dia ada kat bilik. Tengah mengadap buku. Malas nak turun katanya. Ni pun nak tapau

sekali untuk dia”. Terang Wahid.

“Imran memang macam tu. Kalau dapat baca buku, memang tak pandang yang lain

dah”. Rohayu teringat sewaktu mereka kecil-kecil. Pantang dapat buku, Imran akan tegun

membaca buku tersebut sehingga dia tak memperdulikan kawan-kawan yang lain. Sebab tu di

sekolah Imran dapat gelaran ‘ulat buku’. Tak siapa boleh challange Imran dalam bab-bab

membaca ni. Kalau orang lain paling lama sepuluh minit dah jemu. Tapi bagi Imran, selagi dia

tak puas dia takkan berhenti membaca. Rohayu tersenyum mengingat semula peristiwa mereka

sewaktu kecil dahulu.

“Ayu... Wahid boleh tanya tak?”. Tiba-tiba Wahid mematikan lamunan Rohayu.

84

“Apa dia?”.

“Ayu dengan Imran ada apa-apa ke?”. Entah kenapa tiba-tiba soalan itu terpacul

daripada mulut Wahid.

“Kenapa Wahid tanya macam tu?”. Rohayu bertanya seperti inginkan kepastian.

“Tak lah. Bukan apa. Tiap kali cerita pasal Ayu, semangat Imran lain macam. Muka dia

pun berseri-seri kalau bercerita atau sebut pasal Ayu”.

“Kami tak ada apa-apa. Kami dah macam adik-beradik. Imran memang nak sangat adik

perempuan. Sebelum dapat Fatimah dan Suraya, Ayu lah menjadi adik perempuan pertama

Imran. Sebab tu kami ni rapat. Kalau orang tak tahu, mesti diaorang anggap kami ni couple

kan”. Panjang lebar Rohayu menceritakan kisah zaman kanak-kanak mereka kepada Wahid.

“Tapi kan, Wahid tengok sayang Imran pada Ayu macam lain sikit”. Wahid seperti tidak

berpuas hati dengan penerangan Rohayu.

“Betul lah tu. Sebenarnya ada lagi satu sebab kenapa kami rapat sangat”. Rohayu

memandang muka Wahid. Wahid gelisah menunggu cerita Rohayu seterusnya. Pandai pula Ayu

ni masukkan unsur-unsur suspen dalam cerita dia. Detik hati Wahid.

“Masa tu kami darjah enam. Waktu kami balik sekolah hujan turun lebat sangat. Kami

berlari nak cepat sampai ke rumah. Nak jadi cerita, Imran tergelincir jatuh ke dalam parit. Masa

tu air memang dalam. Kebetulan masa tu Imran masih belum tahu berenang. Dalam keadaan

hujan lebat, Ayu tengok Imran dah tenggelam timbul dalam parit tu. Ayu tak tau nak buat apa.

Entah dari mana keberanian Ayu timbul, Ayu meluncur tebing parit. Sebelah tangan Ayu paut

pada rumput-rumput yang tumbuh di tebing parit tu. Sebelah tangan lagi Ayu cuba capai tangan

Imran yang dah makin lemah. Tapi nasib baik juga Imran belum dihanyutkan air. Dapat je capai

tangan Imran, Ayu terus tarik sekuat hati ke tepi tebing. Semenjak peristiwa tu, Imran terhutang

budi sangat dengan Ayu. Sebab tu lah orang lain tengok kami sangat rapat dan sayang Imran

pada Ayu pun lain sikit. Tapi memang ikhlas cakap, Ayu dan Imran tak ada apa-apa perasaan.

Kami dah macam adik-beradik”.Rohayu menamatkan ceritanya. Wahid yang sedari tadi

melopong mulut mendengar cerita Rohayu mengangguk-anggukkan kepala. Baru lah dia faham

kenapa Imran sayang sangat pada Rohayu. Rupanya ada cerita disebalik semua itu.

“Kalau macam ni ada lah peluang aku”. Perlahan suara Wahid seperti berbisik.

“Apa wahid cakap?”. Soal Rohayu apabila terdengar suara berbisik daripada Wahid.

“Ehh... takde apa-apa. Wahid kata, sedap kalau dapat sayur pucuk paku”. Wahid tibatiba

jadi tak tentu arah, bimbang Rohayu mendengar apa yang dikatakannya sebentar tadi.

“Eerr... o.k lah Ayu. Wahid nak tapau makan ni. Sian Imran dah lama tunggu”. Wahid

memberi alasan untuk cepat beredar, bimbang Rohayu mengetahui isi hatinya yang sudah mulai

85

menaruh minat padanya. Dalam suasana kelam, Wahid sempat melihat Rohayu melemparkan

senyuman. Wahid berlalu dengan hati yang penuh berbunga.

86

BAB 16

“Yes… akhirnya”. Puteri Balqis merebahkan badannya ke atas katil bertilam empuk.

Terasa lepas daripada seksa dunia. Setahun dia memendam rasa tinggal di asrama universiti

tempat dia belajar. Kini dia bebas sebebas-bebasnya. Susah lama dia impikan untuk tinggal di

rumah sewa. Terasa terseksa bila semuanya terpaksa berkongsi. Kini semuanya sudah berakhir.

Untuk tahun-tahun akan datang dia dan dua orang lagi sahabat baiknya akan tinggal di rumah

sewa tersebut. Masing-masing dapat satu bilik seorang.

“Wahh… bukan main seronok kau ye”. Misya yang sedari tadi terpacak di muka pintu

memerhati tingkah Puteri Balqis, menegur.

“Ehh… memang la. Sekarang ni kita dah bebas tau. Tak payah nak berebut-rebut nak

guna toilet. Tak payah nak beratur nak mandi. Dan yang paling penting kita dah tak payah nak

penat-penat ikut aktiviti kat asrama tu”. Puteri Balqis seperti meluahkan apa yang

dipendamkannya selama tinggal di asrama tersebut.

“Kalau tak fikirkan kawan, malas aku nak duduk kat luar. Masa kat asrama dulu seronok

je aku rasa. Kawan ramai. Masa duduk kat asrama tu la baru aku tau rasa tolak ansur, tolongmenolong”.

Aireen yang tiba-tiba terjengol di muka pintu turut mencelah.

“Yang korang berdua ni dah kenapa. Tiba-tiba pula seronok duduk bersesak-sesak

macam tu”. Puteri Balqis seperti sedikit terkilan dengan kata-kata kawan-kawannya. Pada

fikirannya, kawan-kawannya itu pasti seronok untuk tinggal di luar. Walaupun rumah dan bilik

yang ada tak sebesar seperti mana rumah ibubapa mereka, tapi jauh lebih selesa daripada duduk

di asrama. Dia menyangkakan tentu lah Aireen dan Misya akan berterima kasih kepadanya

kerana bersusah payah untuk mencari tempat tinggal yang lebih selesa untuk meneruskan

pengajian mereka di universiti itu. Lagipun, rumah sewa mereka bukan jauh sangat dengan

fakulti tempat mereka belajar. Kalau memandu tak sampai sepuluh minit.

“Kita ni dah puas hidup senang. Apa yang kita nak semua daddy and mommy kita boleh

sediakan. Ni lah masanya kita nak merasa hidup susah. Ini lah peluang kita nak melihat siapa

diri kita sebenarnya”. Aireen yang memang sudah lama tidak bersetuju dengan perangai Puteri

Balqis cuba memberikan sedikit nasihat.

“Ehh… kalau korang tak duduk rumah ni, korang boleh duduk balik kat asrama tu. Apa

pun yang korang cakap, aku tak akan duduk balik kat asrama tu. Apa class aku nak duduk sana”.

Begitu sombong dan angkuh Puteri Balqis membalas nasihat kawan-kawannya. Aireen dan

Misya hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala.

87

Kalau tak kerana permintaan Tan Sri Syed Aminuddin dan Puan Sri Syarifah Zainah

yang meminta mereka untuk sentiasa bersama dengan Puteri Balqis, dah lama mereka berdua

tinggalkan dia di situ.

“Aireen... Misya. Auntie harap kamu berdua dapat tengok-tengokkan si Puteri tu ye. Dia

tu lain macam sikit. Auntie dengan uncle bimbang sangat dengan perangai dia tu. Hanya pada

kamu berdua saja yang auntie boleh harap. Apa pun yang berlaku, jangan lah kamu berdua

tinggalkan dia ye”. Permintaan Puan Sri Syarifah Zainah masih terngiang-ngiang di telinga

Misya sewaktu mereka mula-mula mendaftar masuk di universiti itu. Oleh kerana permintaan

itu juga lah mereka berdua masih bertahan dengan perangai Puteri Balqis yang semakin

menjadi-jadi.

“Kami bukan tak nak duduk sini. Kami tak ada masalah. Tapi kau tu... janganlah

pandang rendah sangat pada orang lain”. Aireen masih belum mahu mengalah. Selagi daya, dia

akan tetap mengingatkan dan menasihati Puteri Balqis walaupun banyak kali hatinya disakiti.

“Ok. Macam ni lah. Aku pun tak nak gaduh dengan korang. Start from now kita buat hal

masing-masing. Apa nak jadi pada aku lepas ni tak ada sangkut paut dengan korang. Full stop”.

Puteri Balqis malas untuk melayan kawan-kawannya yang dirasakan nak tunjuk baik. Malam

itu Puteri Balqis nekad untuk tidak mengambil peduli tentang Aireen dan Misya lagi. Dia

merasakan, apas sahaja yang dilakukan sentiasa salah di mata mereka.

Puteri Balqis menolak pintu bilik dengan keras. Berdentum bunyi hentakan pintu bilik

itu. Aireen dan Misya yang masih berdiri di muka pintu, terkejut dengan tindakan Puteri Balqis.

Nyaris-nyaris daun pintu yang ditutup keras oleh Puteri Balqis menghentam hidung mereka.

“Ciss... tak guna punya member. Nyaris hidung aku kena langgar dengan pintu ni tadi”.

Misya menggosok-gosok hidungnya yang hampir kena daun pintu sebentar tadi.

“Tak payah lah kita layan si Puteri tu. Susah esok pandai lah dia cari kita”. Aireen

menarik tangan Misya yang masih tidak mahu berganjak daripada muka pintu bilik Puteri

Balqis. Kalau ikutkan hati, mahu saja dia menendang pintu bilik tersebut. Biar padan muka

Puteri Balqis. Misya mengetap bibir menahan geram.

Aireen dan Misya berjalan beriringan menuju ruang tamu. Kedua-duanya

menghempaskan badan ke atas sofa yang sedia ada di ruang tamu tersebut. Rasa marah dan

geram menyelubungi hati dan perasaan mereka. Kedua-duanya hanya mendiamkan diri untuk

meredakan api kemarahan yang meluap-luap di dalam dada masing-masing. Mereka sendiri

tidak sangka Puteri Balqis sanggup bertindak begitu terhadap mereka. Sebelum ini pun bukan

tidak pernah mereka menasihati Puteri Balqis, tapi kali ini lain benar penerimaannya sehingga

bertindak di luar jangka.

88

“Eee... geramnya aku!!!”. Tiba-tiba Misya menjerit. Dia mengepal-ngepal

penumbuknya. Bibirnya diketap-ketap geram. Aireen yang duduk di sofa sebelah terkejut

dengan jeritan Aireen.

“Kalau ikut hati aku yang tengah bengang ni, mau je aku tinju muka Puteri tu. Melampau

sangat dia sekarang ni”. Misya melanjutkan kemarahannya.

“Alaa... kau bukan tak kenal perangai Puteri tu macam mana. Mana boleh dinasihat.

Apa yang dia rasa betul, memang dah tak boleh dibantah-bantah”. Aireen seperti menambah

kemarahan Misya.

“Itu aku tau. Tapi kali ni lain macam perangai dia sampai sanggup nak buang kawan”.

Misya menjelaskan kenapa dia marah sangat dengan perbuatan Puteri Balqis sebentar tadi.

Sebenarnya Aireen juga perasan dengan perubahan Puteri Balqis. Semenjak bercinta dengan

Haikal, semuanya sudah tidak dipedulikan lagi. Pelajaran pun entah ke mana. Hampir setiap

malam Puteri balqis akan keluar malam bersama Haikal.

“Tak payah lah kau nak fikir sangat pasal Puteri tu. Dia yang tak nak dengar nasihat

kita. Apa-apa, tanggungjawab kita pada mak dia dah lepas”. Aireen menyabarkan Misya yang

kelihatan masih menyimpan sisa-sisa kemarahannya.

“Ok. Macam ni. Apa kata aku belanja kau pizza malam ni. Bagi cool sikit hati kau yang

tengah panas tu”. Misya pantas berpaling memandang wajah Aireen apabila mendengar tawaran

itu.

“Woii... kau biar betul. Aku memang tengah lapar ni. Ikutkan hati mau aku telan budak

Puteri tu tadi”. Ada rona-rona ceria di wajah Misya.

“Kita berdua je ke?”. Soal Aireen kembali apabila melihat Misya sudah bangun.

“Kita berdua je la. Yang sorang tu biar kebulur sorang-sorang”. Misya memuncungkan

bibirnya ke arah bilik Puteri Balqis.

“Ok. Kalau macam tu lets go babe”. Aireen turut bangun untuk menyertai Misya yang

sudah berada di ambang pintu utama rumah.

“Drive kereta kau la ye”. Cadang Aireen pada Misya. Selepas berpindah ke rumah sewa,

semua membawa kenderaan masing-masing. Mudah untuk bergerak apabila ada keperluan.

“Ok!”. Jawab Misya singkat. Sambil itu sempat juga dia menjeling pada kereta sport

merah milik Puteri Balqis. Ikutkan hatinya yang sedang marah, mau saja dia menarik kunci

keretanya pada pintu kereta Puteri Balqis. Biar padan dengan muka. Bisik hati Misya.

“Yang kau jeling-jeling kereta minah tu pehal?. Cepat la sikit buka pintu kereta ni. Aku

dah lapar ni”. Aireen bersuara apabila melihat perlakuan Misya yang sedari tadi memerhati

kereta milik Puteri Balqis.

89

“Aku bukan apa... geram. Berlagak betul dengan kita sejak pakai kereta sport tu”. Misya

meluahkan apa yang tersembunyi di benaknya.

“Biar lah dia. Bukan kita tak kenal perangai Puteri tu macam mana”. Aireen cuba

menenangkan Misya yang sedang menghidupkan enjin keretanya.

“Dah cuti semester ni, kau tak nak balik rumah ke?”. Tiba-tiba Misya memulakan

perbualan setelah lama mereka berdiam diri. Matanya dialihkan kepada Aireen yang duduk di

sebelah.

“Tu lah. Kalau tak sebab tuan Puteri tu, dah lama aku balik. Tak sempat-sempat dia nak

tunjuk rumah sewa tu pada kita”. Jawab Aireen tanpa mengalihkan pandangan ke jalan di

hadapan.

“Aku kalau dah tak ada apa-apa, insyaallah esok pagi aku chow la. Mommy dan daddy

aku pun dah bising-bising tu. Diaorang kata, dah cuti-cuti ni tak reti nak balik rumah ke...

hahaha”. Misya ketawa seperti ada sesuatu yang lucu.

“Aku pun fikir macam tu juga. Esok pagi aku pun nak balik rumah”. Tambah Aireen.

Kedua-duanya mengangguk kepala tanda bersetuju.

Misya menekan pedal minyak keretanya agar cepat sampai ke destinasi. Pizza dengan

keju yang mencair sudah terbayang di kepalanya. Apatah lagi ada orang yang nak belanja dia

malam itu. Misya senyum sendirian.

90

BAB 17

Imran tersenyum girang bila kereta yang disewanya membelok masuk ke jalan

kampung. Jam tangan Imran baru menunjukkan pukul sepuluh setengah pagi. Masih awal,

fikirnya. Memang dia bertolak awal daripada kampus tadi. Di kiri kanan jalan sudah kelihatan

saujana mata memandang kuning keemasan hamparan sawah-sawah padi yang telah masak dan

menanti masa untuk dituai.

Imran membuka tingkap kereta untuk menikmati udara segar kampungnya. Dah setahun

aku tak balik. Bisik hati Imran. Kesibukan tugas-tugas sebagai seorang pelajar membuatkannya

tiada ruang untuk menjengguk keluarga di kampung walaupun rindu begitu menebal di

hatinya.Lagipun untuk pulang ke kampung memerlukan belanja. Jadi terpaksa lah Imran

memendam perasaan rindu yang sering bertandang di hatinya. Cuti akhir semester ini tidak

dilepaskannya. Ini lah masa dia ingin melepaskan rindu kepada ibu dan adik-beradiknya yang

lain. Sepanjang empat bulan cuti ini akan dimanfaatkan sepenuhnya.

Kereta sewa berhenti di halaman rumah. Imran meninjau-ninjau sekeliling. Tiada

kelihatan kelibat ibu dan adik-adiknya yang lain. Imran membayar sewa kereta dan membawa

keluar beg pakaian yang dibawa bersama. Dia sudah tidak sabar untuk menatap wajah orangorang

yang disayanginya.

“Assalamualaikum. Ibuuu!!!”. Nyaring suara Imran memberi salam. Tapi hampa tiada

sesiapa yang menyambut. Imran meletakkan beg pakaiannya di atas anak tangga. Dia ke

belakang untuk mencari ibu dan adik-adiknya. Biasanya pada pagi hari sabtu begitu adikadiknya

ada di rumah kerana cuti sekolah. Tapi pagi itu suasana rumah sunyi dan lengang

sahaja. Daun pintu rumah pun berkunci.

Mana diaorang ni pegi. Bisik hati Imran. Imran berjalan menuju ke tepi sawah. Dia

mencari-cari kelibat ibu dan adik-adiknya yang lain di hujung sawah. Kelihatan ibu dan adikadiknya

sedang terbongkok-bongkok dicelah-celah pokok padi yang sedang menguning.

Mungkin ibunya sedang membuang padi angin yang banyak tumbuh menyelangi pokok padi

biasa.

“Ibu!!!”. Imran berteriak sekuat hatinya.

Ibunya yang terasa seperti ada orang memanggil, berhenti sekejap daripada kerjakerjanya.

Adik-adiknya yang lain turut berhenti bermain. Mereka mencari-cari dari mana suara

panggilan tersebut.

“Ibuuu... Abang Im balik bu”. Tiba-tiba Suraya menjerit sambil menuding jari ke arah

abang kesayangannya berdiri di tepi urmah menghadap sawah tempat mereka berada.

91

Tanpa berfikir panjang, Suraya melompat ke atas batas sawah dan berlari sepantas

mungkin untuk mendapatkan Imran, abang kesayangan yang sudah sekian lama tidak berjumpa.

Ibu dan adik-adiknya yang lain mula melangkah ke atas batas sawah mengikut Suraya yang

sudah separuh jalan.

“Abang Im dah balikk... Abang Im dah balik”. Ceria suara Suraya seperti bernyanyi

sambil berlari di atas batas sawah. Kaki yang tidak berkasut itu sekali-sekala tergelincir dan

mematikan lariannya. Tapi itu semua sudah biasa bagi Suraya yang membesar di tanah sawah.

“Adik abang ni macam mana. Sihat ke?”. Tanya Imran sebaik Suraya berada di

hadapannya. Suraya menghela nafas kepenatan kerana berlari daripada hujung sawah hingga

ke rumah tadi.

“Su sihat”. Pendek sahaja jawapannya. Hanya senyuman yang menghiasi wajah

kegembiraan menyambut kepulangan Imran.

“Ibu mana?”. Sengaja Imran bertanya perihal ibunya kepada Suraya.

“Tu... ada kat belakang. Abang Mir dengan kakak pun ada. Tadi kami tolong mak”.

Suraya menuding tangan ke arah ibu, abang dan kakak yang sedang meniti di atas batas sawah

yang sempit dan bertanah keras.

“Assalamualaikum bu”. Imran memberi salam sebaik sahaja ibunya sampai di tepi

rumah. Dua menghulurkan tangan bersalaman dan mencium tangan ibunya yang sekian lama

tidak berjumpa. Ada titisan jernih di hujung mata ibunya.

“Ibu sihat?”. Soal Imran sambil memandang wajah ibunya.

“Alhamdulillah. Ibu sihat”.

“Kamu balik ni, kamu cuti ke?”. Giliran ibunya pula bertanya.

“Iye bu... Im cuti panjang”. Terang Imran.

“Mak Long apa khabar?”. Tiba-tiba Rohayu muncul dari belakang bertanyakan khabar

ibu saudaranya. Dia bersalaman dan turut mencium tangan.

“Ehh... Ayu ada sekali?”. Rahimah sedikit terkejut apabila melihat Rohayu turut berada

di situ.

“Im yang ajak dia balik sekali bu. Alang-alang bayar tambang untuk satu kereta, baik

kitaorang balik sekali. Jimat sikit”. Imran mencelah memecah persoalan ibunya sebentar tadi.

Ada senyuman di sebalik wajah ibunya apabila melihat Imran dan Rohayu balik bersama.

Seperti ada kebahagian yang menyelinap dalam sanubarinya.

“Ayu makan tengah hari kat sini ye. Nanti Mak Long masakkan lauk yang Ayu suka tu.

Petang sikit nanti Mak Long minta Im hantar Ayu balik”. Rahimah menarik tangan Rohayu

masuk ke dalam rumah melalui pintu dapur.

92

“Ibu ni. Im ke Ayu anak ibu ni. Lain kali biar Ayu je balik sini”. Imran buat-buat

merajuk bila melihat ibunya melebihkan Rohayu. Muncungnya sengaja dipanjangkan. Tapi dia

tahu yang ibunya memang sangat sayangkan Rohayu sejak kecil.

“Alahh... kamu ni Im. Jangan nak mengada sangat boleh tak. Ibu sayang semua anakanak

ibu”. Rahimah hanya memalingkan wajah melihat Imran yang sengaja buat muka.

“Habis tu ibu tak nak la masak lauk yang Im suka. Mana adil macam ni”. Imran terus

protes sambil berjalan mengikut ibunya dan Rohayu masuk ke dalam rumah.

“Apa yang Ayu suka, semua kamu suka kan. Bila pula selera kamu bertukar ni?”. Leter

Rahimah sambil melabuhkan punggungnya ke atas kerusi makan untuk melepaskan lelah.

Rohayu hanya tersenyum melihat telatah ibu dan anak yang sudah lama tidak berjumpa.

Memang selera Rohayu dan Imran sama. Apa yang Rohayu suka, Imran akan suka. Apa

yang Imran suka, itu juga yang Rohayu suka. Rohayu masih ingat bagaimana Imran mula-mula

belajar makan ikan keli. Bagi Imran ikan keli tak ubah seperti ular. Tapi kerana Rohayu suka

sangat makan ikan keli bakar cicah air asam, Imran memaksa dirinya untuk mencuba memakan

ikan keli tersebut. Akhirnya masakan itu juga menjadi kegemaran Imran.

“Dulu geli. Sekarang tak cukup seekor ko lantak ikan keli tu kan”. Rohayu masih

teringat-ingat bagaimana dia mengejek Imran yang boleh menghabiskan dua ekor ikan keli

bakar sekaligus. Rohayu tersenyum sendiri.

“Niii... mak kamu tau ke kamu balik dengan Imran hari ni?”. Soalan Rahimah memecah

lamunan anak saudaranya itu. Bimbang juga dia kalau-kalau Rohayu sudah berjanji dengan

emaknya.

“Mak tau Ayu nak balik hari ni. Tapi Ayu tak bagi tau nak sampai pukul berapa”.

Rohayu memecahkan kegusaran di kepala ibu saudaranya.

“Mak Long jangan lah risau. Kalau mak tau pun, dia takkan nak marah”. Sambung

Rohayu seperti menenangkan kerisauan di hati Rahimah.

“Kalau macam tu, tak apa lah. Mak Long bimbang kalau-kalau mak kamu tertunggutunggu

kamu balik nanti”. Rohayu hanya tersenyum mendengar kata-kata Rahimah.

Setelah agak lama bersembang, Rahimah bangun untuk menyediakan makan tengah

hari. Keperluan untuk memasak tengah hari itu, semuanya ada di belakang rumah. Pilih saja

nak sayur apa. Semuanya segar-segar belaka. Itu lah untungnya duduk di kampung. Ikan keli

dan ikan haruan yang dipancing Amir semalam pun masih berbaki beberapa ekor di dalam

tempayan.

93

Selesai makan tengah hari dan solat Zohor berjemaah sebentar tadi, Rohayu bersiapsiap

untuk balik ke rumahnya. Dia juga sudah rindu benar dengan ibunya sendiri. Selesai

bersiap, Rohayu menuruni anak tangga untuk mendapatkan Imran yang sudah sedia menanti.

Rahimah mengikuti langkah Rohayu dari belakang.

“Sampai rumah nanti sampaikan salam Mak Long pada mak kamu ye”. Rahimah

menyampaikan pesan kepada Rohayu yang bersalaman dengannya.

“Insyaallah Mak Long. Nanti Ayu sampaikan”. Rohayu mejinjit beg pakaian yang di

bawanya. Imran sudah berada di atas motorsikal peninggalan arwah ayahnya untuk menghantar

Rohayu pulang. Sesekali dia memerah bunyi motorsikal tersebut hingga membingitkan telinga.

Rohayu menyingsing kain baju kurung untuk memudahkannya naik ke atas motorsikal. Beg

pakaiannya di letakkan di atas ribanya. Rahimah hanya memerhati dengan satu harapan yang

menggunung.

“Kamu tu Im jangan bawa motor tu laju-laju. Nanti jadi apa-apa pada anak dara orang,

ibu yang susah”. Rahimah masih sempat menyampaikan pesanan kepada Imran.

“Insyaallah bu. Anak ibu yang sorang ni takkan apa-apa”. Imran menjawab sambil

tersenyum mengusik ibunya. Kalau tidak diberitahu pun dia akan menjaga Rohayu sebaikbaiknya.

Sewaktu kecil, Imran pernah menumbuk seorang budak lelaki yang sengaja membuli

Rohayu. Ketika itu jangan sesiapa cuba menyakitkan Rohayu. Imran akan naik minyak. Sebab

itu lah Imran dan Rohayu digelar “belangkas” sewaktu sekolah rendah. Tapi Imran tak kisah.

“Im pegi dulu ye bu”. Imran memohon izin ibunya untuk menghantar Rohayu.

“Ye lah”. Rahimah melambai-lambai tangan dan pandangannya mengikuti motorsikal

yang mula bergerak hingga lah hilang dari pandangannya. Selama itu juga lah senyuman tidak

lekang daripada bibir.

94

BAB 18

“Sya... mai lah minum”. Aireen yang sedang menikmati breakfast di meja makan

mempelawa Misya yang sudah bersiap dan membawa sebuah beg pakaian keluar dari bilik.

Misya meletakkan beg pakaian berwarna merah tersebut di tepi pintu rumah.

“Kau masak apa ni?”. Soal Misya sambil meninjau-ninjau hidangan yang ada di

hadapannya.

“Aku beli mee goreng dengan kuih je ni”. Aireen menjelaskan.

“Kau pun. Duduk lah dulu. Yang tercegat kat tepi meja tu pesal”. Tambah Aireen bila

melihat Misya masih tercegat di tepi meja.

Misya menarik kerusi makan dan duduk bersebelahan Aireen. Tangannya pantas

mencapai pinggan dan menyenduk mee goreng yang sudah terhidang di atas meja. Selesai, dia

menuang pula teh O yang masih berasap ke dalam cawan. Aroma teh yang menerjah lubang

hidungnya menyegarkan lagi suasana pagi. Misya mengangkat cawan untuk menikmati teh O

yang disediakan oleh Aireen. Dia menghirup sedikit teh yang masih panas itu.

“Huhhh... memang terbaik lah teh kau ni. Rasa macam dah boleh kawin... hahaha”.

Misya sempat mengusik Aireen. Aireen turut ketawa dengan usikan Misya.

“Alaa... nak bodek la tu”.

“Bodek apanya. Betul lah”.

“Tak payah nak cakap banyak. Makan je. Nanti karang sampai rumah mommy dan daddy

kau tak la kebulur”. Aireen mematikan ketawa Misya.

“Iye lah puan. Saya makan ye”. Misya mengajuk Aireen. Dia mula menyuap mee goreng

ke mulutnya.

“Ehh... mana bff kau tu. Senyap je dari tadi”. Tiba-tiba soalan Misya memecah

kesyunyian.

“Mana lah aku tau. Sejak malam tadi aku memang tak ada jumpa dia. Bilik pun

berkunci”

“Ke dia dah blah malam tadi?”.

“Mungkin juga. Tapi tak dengar pun bunyi kereta”. Aireen seperti mengingat sesuatu.

Cuba memikirkan kembali kalau-kalau dia ada terdengar apa-apa malam tadi.

“Aku rasa dia balik masa kita dah tidur kot. Aku tau lah. Kau tu kalau tidur, bom meletup

tepi telinga pun tak sedar... hahaha”. Misya seperti tidak mahu berhenti mengusik Aireen.

“Kau kata aku kan. Yang kau tu tidur berjalan, apa hal”. Giliran Aireen mengenakan

Misya. Dia ketawa sendirian bila mengenangkan perkara tersebut. Dia masih teringat kenangan

95

sewaktu mereka di asrama bila mana pada suatu malam, tiba-tiba Misya mengetuk pintu

biliknya pada pukul tiga pagi. Dengan berpakaian baju tidur dan menggalas beg laptop, Misya

tercegat di depan muka pintu. Bila ditanya ketika itu, katanya mahu ke kelas. Pada masa itu

juga Aireen dan Puteri Balqis ketawa pecah perut tidak dapat menahan rasa lucu sehingga warga

asrama yang lain turut terbangun. Mereka terpaksa menenangkan warga asrama yang lain dan

menarik tangan Misya masuk ke bilik mereka. Akhirnya Misya tidur di bilik mereka sehingga

pagi. Keesokkan paginya, Misya bertanya kenapa dia tidur di bilik mereka dengan beg laptop.

Pertanyaan Misya itu membuatkan Aireen dan Puteri Balqis kembali ketawa sehingga

mengeluarkan air mata. Aireen terpaksa menceritakan kejadian malam tersebut daripada A

hingga Z kepada Misya.

“Woiii... yang kau tersengih sorang-sorang ni kenapa?”.Misya mencucuk pinggang

Aireen yang dari tadi tersengih-sengih seorang diri. Ingatannya terbang dengan pertanyaan

Misya.

“Tu mesti ada nak kenakan aku tu kan?”.

“Ehhh... mana ada. Aku ni ingat masa kita duduk kat asrama dulu”.

“Ingat apa pula?”. Soal Misya tidak puas hati.

“Ingat kau yang selalu mengigau sambil berjalan tu lah. Nasib baik kau tak keluar

asrama pastu masuk asrama lelaki”. Aireen menceritakan kembali apa yang berlaku sewaktu

mereka di asrama kepada Misya.

“Itu dulu. Sekarang mana ada dah”. Misya mempertahankan dirinya daripada terusmenerus

diusik oleh Aireen.

“O.k lah. Aku dah settle ni. Aku dah nak gerak. Ada apa-apa roger aku tau”. Misya

menghabiskan sisa-sisa air teh yang masih ada. Dia bingkas bangun dan menuju pintu utama.

Aireen hanya mengikuti Misya yang sudah menarik keluar beg pakaiannya.

Misya sempat melihat ke arah tempat parking kereta Puteri Balqis. Memang andaian

mereka tepat. Kereta Puteri Balqis sudah tiada. Bermakna dia balik lewat malam tadi atau pun

awal pagi. Misya memuncungkan bibirnya ke arah parking Puteri Balqis seperti ingin

memberitahu sesuatu kepada Aireen yang masih berdiri di ambang pintu.

“Alahh... biar lah dia”. Aireen bersuara seperti sudah dapat menangkap apa yang tersirat

di dalam hati Misya. Misya hanya mengangkat bahu.

“Ehh... kau bila nak balik?”. Soal Misya bila melihat Aireen yang seperti tiada tandatanda

untuk balik ke rumah orang tuanya.

“Kejap lagi. Lagipun rumah aku bukan jauh sangat”. Terang Aireen.

96

“Kau tu drive elok-elok. Bawa kereta boleh tahan juga kau tu. Macam pelesit”. Aireen

sempat menasihat Misya yang sudah menghidupkan enjin kereta.

“Ye la nek. Nanti saya bawa kereta slow-slow ye. Tahun depan insyaallah baru sampai”.

Misya mengajuk Aireen yang memberikannya nasihat.

“Orang cakap elok-elok, dia main-main pula”. Aireen buat muka. Misya hanya

tersenyum dengan usikannya sebentar tadi.

“O.k lah. Aku jalan dulu. Assalamualaikum”.

“Waalaikumsalam”.

Kereta yang dipandu Misya berundur untuk keluar daripada parking dan mula bergerak

laju bila berada di atas jalan. Aireen hanya memerhati kereta Misya bergerak hingga hilang dari

pandangannya.

Tan Sri Syed Aminuddin dan Puan Sri Syarifah Zainah terkejut pagi itu apabila melihat

Puteri Balqis sudah ada di biliknya. Entah pukul berapa agaknya dia sampai ke rumah. Puan

Sri Syarifah Zainah menjengukkan kepalanya ke dalam bilik Puteri Balqis yang sedang nyenyak

tidur dan kemudian memandang wajah suaminya seperti ingin penjelasan.

“Biar lah dia tidur dulu. Ada lah yang tak kena tu”. Tan Sri Syed Aminuddin seperti

berbisik kepada isterinya.

Pintu bilik tidur Puteri Balqis ditutup semula dengan perlahan supaya tidak menganggu

tidur anak kesayangan mereka itu. Kedua-duanya melangkah turun untuk bersarapan.

“Abang tau ke bila anak kita tu balik?” Puan Sri Syarifah Zainah seperti tidak sabar

untuk bertanyakan tentang Puteri Balqis kepada suaminya.

“Mana lah I tau. I masuk tidur sekali dengan you kan malam tadi”. Jawapan suaminya

tidak dapat memecah persoalan yang ada di dalam kepala Puan Sri Syarifah Zainah.

“Mana lah tau kot-kot dia ada bagitau abang bila nak balik”. Puan Sri Syarifah Zainah

seperti masih tidak berpuas hati dengan jawapan suaminya.

“You pun tau kan perangai anak you tu. Kalau nak buat apa, bukan nak bincang apa-apa

dengan kita. Ikut suka dia je”. Puan Sri Syarifah Zainah hanya mengangguk mendengar katakata

suaminya. Memang ada benarnya apa yang dikatakan oleh suaminya itu. Perangai Puteri

Balqis memang tak boleh diubah. Dari kecil memang suka buat sesuatu tanpa bertanya atau

berbincang dengan mereka berdua. Apa sahaja yang diinginkan, dah tak boleh ditegah.

97

Bukan mereka berdiam sahaja dengan sikap dan perangai Puteri Balqis itu. Mereka

sudah habis ikhtiar. Di mana ada ustaz atau perubatan tradisional yang dirasakan boleh

membantu mengubah sikap dan perangai Puteri Balqis, mereka akan pergi. Mereka juga pernah

merujuk Puteri Balqis untuk sesi kaunseling. Tapi perangai dan sikap Puteri Balqis tidak banyak

berubah malah makin menjadi-jadi. Mereka sendiri sudah tidak tahu untuk berbuat apa-apa lagi.

Mungkin salah mereka sendiri yang membesarkan Puteri Balqis dengan kemewahan. Apa yang

diinginkan oleh Puteri Balqis semuanya dipenuhi sehingga Puteri Balqis merasakan dia boleh

berbuat apa sahaja dengan duit yang dia miliki. Kadang-kadang dia tidak sedar perbuatannya

menyakitkan hati orang lain dan mengundang musuh.

98

BAB 19

“Ayu balik petang tadi dengan Imran ke?”. Soal Khatijah kepada Rohayu ketika mereka

berdua sedang menyediakan hidangan makan malam.

“Ye mak. Ayu balik dengan Imran. Imran sewa kereta. Dah alang-alang bayar satu

kereta, tu yang Imran ajak Ayu balik sekali. Jimat sikit”. Terang Rohayu tanpa mengesyaki apaapa

daripada pertanyaan ibunya itu. Sambil itu tangannya ligat menyenduk nasi dari dalam

periuk. Bekas yang berisi nasi panas berasap diletakkan di atas meja makan.

Rohayu mengambil tiga biji pinggan makan dan disusun di atas meja. Makan malam

mereka bertiga malam itu simple sahaja. Ayam goreng kunyit, Masak lemak labu, sambal

belacan dan ulam-ulaman kampung sudah cukup mengamit selera Rohayu yang sudah lama

merindui masakan ibunya.

“Sebenarnya... mak ada benda nak cakap dengan Ayu”. Tiba-tiba Khatijah mendekati

anaknya yang sedang menyusun pinggan mangkuk lauk yang ada di atas meja makan.

“Apa bendanya. Nampak macam mustahak sangat tu”. Jawab Rohayu tanpa

mengangkat muka. Tangannya masih ligat melakukan tugasannya yang belum selesai di atas

meja makan itu.

“Begini. Sebelum ni Mak Long kamu ada datang jumpa mak...”. Kata-kata Khatijah

terhenti di situ. Fikirannya tak tentu arah memikirkan perkara yang ingin dinyatakan kepada

anaknya itu. Dia bimbang Rohayu akan terasa hati dengan apa yang ingin dikatakannya.

Mungkin juga masa tak sesuai untuk membincangkan perkara yang agak penting itu. Apa

penerimaan Rohayu nanti. Bermacam-macam persoalan timbul di benaknya.

“Makkk...”. Rohayu menggoyang tangan ibunya. Khatijah tersentak seketika.

“Apa yang mak ingatkan ni”. Soal Rohayu apabila menanti sekian lama kata-kata ibunya

yang masih tergantung.

“Eehh... tak ada apa. Cumaa...”.

“Cuma apa mak?”. Rohayu tidak sabar untuk mengetahui apa yang ingin disampaikan

oleh ibunya.

“Cuma, Mak Long ada tanya pasal Ayu”. Khatijah menyambung.

“Tanya pasal Ayu?”. Rohayu kebingungan. Apa lagi yang ingin diketahui oleh ibu

saudaranya itu tentang dirinya. Sedangkan dia dah anggap Mak Longnya itu lebih daripada

ibunya sendiri. Tiada lagi rahsia antara dia dan Mak Longnya itu.

99

“Aah... dia ada datang sini melawat mak. Sambil-sambil tu, dia ada tanya pasal Ayu,

dah ada yang punya ke belum”. Akhirnya apa yang terbuku di dalam dada diluahkan semuanya

agar jelas pada Rohayu.

“Abis tu mak jawab apa?”. Rohayu tak nampak terkejut dengan persoalan yang

diluahkan oleh ibunya sebentar tadi. Khatijah memandang wajah anaknya. Tak nampak

sebarang perubahan selepas dia melontarkan pertanyaan sebentar tadi. Wajah Rohayu kelihatan

seperti biasa sahaja.

“Mak kata, setakat yang mak tau memang Ayu tak pernah kenalkan dengan mana-mana

lelaki lagi”. Balas Khatijah. Pandangannya tetap pada wajah Rohayu sambil menunggu

jawapan.

“Abis tu apa Mak Long kata lagi?”. Soal Rohayu lagi yang masih ingin mengetahui apa

sebenar tujuan Mak Longnya bertanya sedemikian.

“Eerr... katanya, dia berkenan dengan kamu. Dia nak jodohkan kamu dengan Imran.

Kalau kamu setuju, dia nak datang merisik dulu. Tapi langsungnya bukan lah dalam masa

terdekat. Tunggu kamu berdua habis belajar”. Tertib Khatijah menerangkan hajat kakaknya itu

kepada Rohayu. Bimbang juga dia sekiranya Rohayu terfikir yang bukan-bukan. Itu lah satusatunya

anak yang dia ada.

“Kalau ikut mak, mak tak ada halangan. Lagipun mak dah kenal hati budi Imran tu.”

Khatijah melanjutkan kata-katanya.

“Tapi mak tak paksa kamu. Kalau kamu dah ada pilihan lain, mak ikutkan aje”. Khatijah

jadi serba salah bila melihat Rohayu hanya membisu. Tiada sepatah perkataan yang keluar

daripada mulutnya.

Kedua-duanya membisu. Masih tiada jawapan yang keluar daripada mulut Rohayu.

Hanya secebis senyuman terlihat di bibir Rohayu dansuasana sunyi sepi di dapur. Kedengaran

bunyi cengkerik sahut menyahut di luar rumah. Terasa tenang hati Rohayu mendengar bunyibunyian

alam sebegitu. Tak sama seperti di bandar. Telinga tak pernah sunyi daripada bunyi

hiruk-pikuk kenderaan yang bertali arus. Sebenarnya Rohayu juga masih memikirkan jawapan

yang ingin diberikan kepada ibunya.

Sebenarnya dia juga memang sayangkan Imran. Tetapi kadang-kadang dia sendiri keliru

sama ada sayang itu hanya seperti adik-beradik atau lebih daripada itu. Kalau dia terima, bagai

mana pula dengan Imran?. Dia suka ke dengan aku. Hatinya berbicara sendirian.

“Assalamualaikum”. Rohayu dan Khatijah dikejutkan dengan suara orang memberi

salamdi halaman rumah.

100

“Ayah kamu dah balik tu. Cepat siapkan makan tu”. Arah Khatijah kepada Rohayu bila

mendengar suara suaminya yang baru balik daripada surau. Memang sudah menjadi kebiasaan,

masa-masa begitu suaminya akan pulang selepas solat berjemaah di surau. Akhirnya persoalan

yang mereka berdua bincangkan sebentar tadi berlalu begitu sahaja tanpa ada jawapan daripada

Rohayu.

Imran melabuhkan punggungnya di atas pangkin di beranda rumah. Pandangannya

dihalakan ke arah sawah yang terhampar saujana mata memandang. Sinaran cahaya bulan

penuh sudah cukup untuk menerangi gelap malam itu. Sudah lama Imran tidak menikmati saatsaat

yang menyamankan sebegitu. Dalam remang-remang cahaya bulan, Imran dapat melihat

liuk lintuk pokok padi yang sudah cukup masak ditiup angin malam. Sesekali bunyi katak dan

cengkerik saling bertingkah seperti irama latar keindahan alam ciptaan Tuhan malam itu.

Perutnya pula agak sendat akibat kekenyangan menikmati makan malam yang

dihidangkan oleh ibunya sebentar tadi. Selesai menunaikan solat isyak di masjid, Imran terus

pulang ke rumah. Dari luar rumah lagi dia sudah dapat mencium bau ikan gelama masin goreng.

Seperti tidak sabar dia memanjat anak tangga rumah ketika itu. Seleranya bertambah apabila

ibunya turut menyediakan asam pedas sulur keladi yang memang digemarinya sejak kecil.

“Menung apa tu?”. Soalan ibunya membuatkan lamunan Imran terhenti.

“Tak ada apa bu. Dah lama Im tak rasa suasana macam ni. Kat K.L tu, dua puluh empat

jam bunyi bising kereta, motor”. Balas Imran.

“Iye lah. Impun dah dekat setahun tinggalkan kampung”.

“Itu lah bu. Rindu sangat Im pada suasana kampung yang aman damai ni”. Imran

kembali melepaskan pandangannya ke arah sawah padi yang luas. Walaupun suasana tidak

begitu jelas, tetapi panorama malam di kampung amat mendamaikan. Dari kejauhan kelihatan

kelipan-kelipan lampu yang datang dari rumah jiran berdekatan. Mendongak ke langit kelihatan

kerlipan bintang-bintang yang bertaburan menghiasi alam semester.

“Mari lah minum dulu. Ibu ada buatkan Im kopi O ni”. Rahimah meletakkan piring

cawan kopi O yang masih panas di atas meja berhampiran Imran.

“Terima kasih bu”. Imran mengangkat piring cawan kopi O yang masih berasap. Bau

kopi O yang menyusuk hidungnya membuatkan badannya terasa segar, matanya kembali

terang. Memang ibunya tahu, itu lah minuman kegemaran. Imran menghirup kopi O panas yang

dihidangkan oleh ibunya.

101

“Im... ibu ada hal nak cakap dengan Im ni”. Rahimah bersuara sebaik sahaja Imran

meletakkan piring cawan kopi O yang masih berbaki ke atas meja.

“Ada apa bu. Cakap lah”.

“Begini... sebenarnya ibu berkenan sangat dengan Ayu. Lagipun ibu dah anggap Ayu tu

macam anak ibu sendiri. Baik berbudi bahasa, pandai masak, cantik pula tu”. Rahimah mula

memancing perhatian Imran. Dia turut duduk di sebelah Imran di atas pangkin panjang di

beranda rumah itu.

“Ibu ni dah kenapa?”. Imran seperti tidak faham dengan apa yang ingin disampaikan

oleh ibunya.

“Ayu tu pun memang dah anggap ibu macam mak dia sendiri”. Imran menambah.

“Bukan itu yang ibu maksudkan. Kalau boleh biarlah Ayu tu betul-betul jadi anak ibu”.

Rahimah masih berkias. Bimbang juga kalau hajat hatinya itu disampaikan secara berterus

terang akan membuatkan hati Imran terluka.

“Ibu ni. Dah Ayu tu anak Mak Su. Mak Su yang lahirkan dia. Macam mana nak jadi

betul-betul anak ibu”. Imran memang betul-betul tidak faham dengan apa yang ingin

disampaikan oleh ibunya. Dia tak terfikir apa-apa maksud lain dalam kata-kata ibunya itu.

“Iisshh... susah betul cakap dengan kamu ni. Ni la jadinya kalau terlebih cerdik”.

Rahimah mencubit tangan Imran. Imran menjerit kesakitan. Dia menggosok-gosok tempat

cubitan ibunya sebentar tadi. Dia menoleh dan memandang wajah ibunya.

“Maksud ibu, nak jadikan Ayu tu menantu ibu”. Rahimah berterus terang tentang niat

di hatinya. Susah benar untuk memahamkan Imran.

“Aarrr... aa..apa ibu cakap ni?”. Imran kebingungan bila mendengar cadangan daripada

ibunya sebentar tadi. Pandangannya seperti kelam seketika. Betul ke apa yang aku dengar tadi?

Soal Imran kembali dalam hati. Imran seperti tidak dapat menerima cadangan daripada ibunya

itu. Rohayu yang membesar sejak kecil bersama dianggapnya tak lebih sebagai adik kandung

sendiri. Memang dia sendiri mengakui Rohayu seorang gadis yang pandai menjaga tata susila

sebagai seorang perempuan. Pandai memasak. Tutur kata yang keluar dari mulut Rohayu, tak

pernah menyakitkan hati. Dari segi paras rupa, Rohayu tak kalah dengan gadis-gadis lain.

Berkulit putih, bermata bundar. Bulu matanya juga lentik yang sering menjadi gurauan Imran.

“Baby... jap”. Imran mengamit Rohayu sewaktu mereka sama-sama bersekolah rendah.

“Nak apa?”.

“Nak pinjam bulu mata kau”.

“Nak buat apa?”. Balas Rohayu yang masih tidak mengetahui niat Imran.

102

“Aku nak buat gosok kasut sekolah aku ni. Kotor sangat”. Usikan Imran akan

membuatkan Rohayu berang. Satu tamparan keras hinggap di bahu Imran. Tapi Imran tak kisah.

Semua itu membuatkan hubungan mereka semakin rapat dan membahagiakan. Tapi tidak lah

sampai Imran menaruh hati pada sepupunya itu. Mengenangkan semua itu Imran tersengihsengih

sendirian.

“Betul lah. Ibu berkenan sangat dengan Ayu tu. Kalau boleh kita rapatkan lagi hubungan

kita dengan Mak Su kau tu”. Rahimah menjelaskan lagi keinginan hatinya kepada Imran.

“Alaa... ibu ni. Im dah anggap Ayu tu macam adik Imsendiri. Sama macam Fatimah

dengan Suraya. Macam mana la Im nak kahwin dengan dia”. Imran berterus terang kepada

ibunya tentang rasa hatinya terhadap Rohayu.

“Dia tu cuma sepupu kamu. Boleh kahwin”. Tambah ibunya yang seperti tidak berputus

asa dengan jawapan Imran tadi.

“Itu Im tau. Tapi ini soal hati bu”.

“Ke kamu dah ada pilihan sendiri?”.

“Tak ada lah bu. Sekarang ni Im nak fokus belajar. Im nak ubah kehidupan keluarga kita

dulu. Lepas tu baru lah Im nak fikir semua tu”. Imran memberi alasan. Harapannya alasan

tersebut dapat diterima oleh ibunya dan dapat menamatkan perbincangan tersebut.

“Ibu pun bukan nak suruh kamu kahwin sekarang. Kita ikat je dulu. Habis kamu belajar,

dah dapat kerja, baru lah kita langsungkan”. Rahimah tetap mahu menjayakan rancangannya.

Alasan Imran seperti masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Imran serba salah. Memang dia

langsung tak ada hati pada Rohayu. Sayangnya pada Rohayu hanya sebagai adik sendiri.

“Antara orang-orang yang akan dilaknat Allah s. w. t. di dunia ini lagi, adalah anak yang

menderhaka kepada ibunya. Menyakiti hati ibunya. Orang-orang sebegini, di dunia lagi akan

mendapat balasan daripada Allah s. w. t.”. Ceramah Ustaz Ismail terngiang-ngiang di telinga

Imran.

“Adohhh... macam mana nak buat ni?”. Soal Imran sendirian. Kalau dia terima,

bermakna dia akan menyeksa hatinya sendiri. Kalau tak terima bermakna dia akan menderhaka

kepada ibunya. Pening kepala Imran dibuatnya. Puputan angin malam yang sejuk sudah tidak

dirasakan oleh Imran.

“Eerr... macam ni lah bu. Apa kata kalau Im bincangkan perkara ni dengan Ayu dulu.

Lagipun kami baru tahun pertama belajar di universiti tu”. Hanya itu jawapan yang melintas di

kotak kepalanya. Harapannya jawapannya itu tidak akan melukakan hati ibunya.

103

“Kalau macam tu kata Im, ibu ikutkan je. Bincang lah elok-elok dengan Ayu ye.

Bincang sampai jadi”. Rahimah bangun sambil membayangkan harapan yang tinggi kepada

Imran.

Imran lega seketika dengan penerimaan ibunya itu. Terlepas dia malam itu untuk

membincangkan perkara tersebut dengan lebih lanjut. Tapi perkara tersebut belum selesai.

Ibunya pasti akan bertanyakan keputusan Imran dan Rohayu tentang perancangan untuk

menyatukan mereka berdua.

104

BAB 20

“Dah dua minggu mommy tengok Puteri asyik keluar malam je dengan budak lelaki tu.

Siapa dia?”. Puan Sri Syarifah Zainah memulakan perbualan dengan Puteri yang kebetulannya

tidak ke mana-mana malam itu. Semenjak bercuti, tidak ada masa langsung untuk dia

bersembang panjang dengan Puteri Balqis. Setiap hari, kalau tak pukul dua petang, muka Puteri

Balqis takkan nampak. Lepas makan tengah hari, dia hilang dan balik sekejap sebelum maghrib.

Lepas makan malam, kelibat Puteri Balqis pun dah tak nampak.

“Alaa... mommyni. Itu kawan Puteri satu kuliah la”. Balas Puteri Balqis malas.

“Mommytak kisah la kawan kuliah ke apa ke. Tapi tak elok la keluar tiap-tiap malam.

Mommytak nak daddy bising nanti”. Puan Sri Syarifah Zainah meluahkan kerisauannya dengan

sikap Puteri Balqis itu.

“Kawan Puteri tu nama dia Haikal. Anak Dato Hamzah yang duduk kat taman sebelah

tu”. Puteri Balqis mencari alasan.

“Mommytak kisah lah siapa dia. Lagi pun bukan mommykenal dengan budak tu”. Puan

Sri Syarifah Zainah memang sudah lama ingin bersuara dan menyampaikan kerisauan yang

bersarang di hatinya.

“Kalau dah tiap malam keluar, nak jadi apa. Study Puteri tu macam mana?”.

“Alaa... mommyni. Sekarang kan tengah cuti semester. Bagi la Puteri relax dan enjoy

puas-puas”. Puteri Balqis memberikan alasan yang membuatkan Puan Sri Syarifah Zainah

bertambah tidak puas hati.

“Ada je Puteri nak menjawab kan. Mommyingatkan dah masuk universiti, perangai

Puteri berubah. Ini tidak... masih degil. Keras kepala. Cakap dia saja yang betul”. Puan sri

Syarifah Zainah sudah tidak mampu untuk membendung rasa hatinya. Bercakap dengan Puteri

sama lah seperti mencurah air ke daun keladi. Bukan sahaja tak lekat, malah tak berbekas

langsung di hatinya.

“Ini mommy dengar kamu bergaduh dengan Aireen dan Misya kan. Puteri kena sedar,

Cuma dua orang tu je lah yang sanggup berkawan dengan Puteri. Diaorang je lah yang

mommyboleh harap untuk tengok-tengokkan Puteri”.

“Ooo... jadi selama ni mommy and daddy suruh Aireen dan Misya intip Puteri lah?”.

Puteri Balqis menyinga bila mendengar apa yang dikatakan oleh ibunya.

“Mommydengan daddy minta diaorang tengok-tengokkan Puteri kalau apa-apa yang tak

baik berlaku”. Suara Puan Sri Syarifah Zainah juga sudah meninggi apabila Puteri Balqis

105

menempelaknya sebegitu. Apa yang dilakukannya adalah untuk kebaikan Puteri Balqis sendiri

dan bukan untuk mengongkong kehidupannya.

“Apa yang Puteri buat, semua tak betul kan. Mommy and daddy lebih percayakan anak

orang lain daripada anak sendiri. Puteri bosan lah macam ni. Kalau macam ni macam mana

Puteri nak duduk kat rumah. Asyik kena lecture hari-hari”. Puteri Balqis melemparkan bantal

sofa yang dipeluknya ke lantai. Tanpa melihat ibunya, Puteri Balqis terus berlalu. Kakinya

sengaja dihentakkan ke lantai untuk tunjuk protes.

Puan Sri Syarifah Zainah hanya menggeleng-geleng kepala melihat perangai dan sikap

Puteri Balqis yang pantang ditegur. Dia risau bagaimana nanti bila Puteri Balqis berkahwin.

Lelaki mana yang tahan dengan perangai dan sikap Puteri Balqis yang cepat merajuk, panas

baran, keras kepala dan hanya mementingkan diri sendiri.

Sedang asyik Rohayu membaca majalah di atas katil, tiba-tiba telefonnya bergegar.

Rohayu segera mendapatkan telefon dan membukanya. Tangannya segera menekan ikon

whatsapp untuk membaca mesej yang diterima. Imran… detik hati Rohayu. Ada senyuman

yang terukir di bibirnya. Tak pernah-pernah Imran menghantar mesej malam-malam begini

kalau tak betul-betul penting.

“Assalamualaikum”. Rohayu membaca mesej pertama Imran.

“Waalaikumsalam”. Tangannya pantas menjawab salam Imran. Dia ingin segera

mengetahui apa yang ingin dikatakan oleh Imran.

“Sorry kacau Ayu mlam-malam ni”.

“Ehh… takpe. Ada benda penting ke Im mesej Ayu malam-malam ni?”. Soal Rohayu

tidak sabar.

“Memang ada benda penting”. Balas Imran semula.

“Mak Su ada cakap apa-apa tak pasal kita?”. Giliran Imran bertanya.

Soalan itu membuatkan Rohayu sudah dapat menjangka apa yang ingin dibincangkan

oleh Imran. Dia teringat kembali perbualannya dengan ibunya sebelum ini.

“Cakap pasal apa?”. Rohayu cuba memancing Imran untuk bercerita perkara yang

sebenar.

“Pasal hubungan kita”. Imran berterus terang.

“Ayu tak faham la”. Rohayu seolah-olah seperti benar-benar tidak tahu tentang pokok

persoalan yang ingin dinyatakan oleh Imran. Rohayu sebenarnya ingin mengetahui isi hati

106

sebenar Imran terhadapnya. Dia ingin lebih berhati-hati bila membincangkan persoalan hati dan

perasaan. Takut dikata perigi mencari timba.

“Ibu bagitau Im. Dia ada jumpa Mak Su bincang pasal kita. Ibu nak tunangkan kita then

akan satukan kita bila habis belajar nanti”. Imran menjelaskan perkara sebenar kenapa dia

menghantar mesej kepada Rohayu malam-malam begitu.

Rohayu membaca bait-bait ayat yang tertera di atas screen telefon. Selesai membaca,

jari Rohayu pantas menekan abjad-abjad di atas screen yang sama untuk membalas mesej

Imran.

“So apa yang Im jawab?”

“Im sebenarnya tak setuju. Ayu tau kan yang kita ni dah macam adik-beradik. Im pun

yakin yang Ayu pun rasa benda yang sama kan?”.

Rohayu membaca ayat-ayat yang dibalas oleh Imran berkali-kali. Sememangnya

Rohayu sudah menjangka jawapan daripada Imran itu. Hanya dia yang meletakkan harapan

yang tinggi kepada Imran. Walaupun semenjak kecil lagi dia cuba menanamkan dalam hati dan

cuba menganggap Imran sebagai abang kandung, tetapi sebagai seorang manusia dan wanita

dan tidak mempunyai pertalian darah dengan Imran membuatkan dirinya tidak dapat lari

daripada perasaan sayang yang melebihi daripada seorang abang kandung. Layanan Imran

padanya selama ini juga membuatkan dirinya berimpian agar suatu hari nanti hajat di hatinya

akan tercapai. Sebab itu lah bila ibunya menyatakan hasrat hati Mak Long kepadanya, dia tak

mampu untuk memberikan jawapan kerana semuanya terpulang pada Imran.

“Betul lah tu”. Hanya itu yang mampu dijawab oleh Rohayu.

“Tapi ibu mengharap sangat pada Ayu. Im pun tak tau nak buat apa. Im pun tak nak

dicop anak derhaka”. Imran seperti mohon bantuan daripada Rohayu untuk menyelesaikan

masalah tersebut.

“Im jangan risau. Nanti pandai-pandai lah Ayu cakap dengan Mak Long”. Akhirnya

Rohayu terpaksa memberikan jalan penyelesaian walaupun hatinya terlalu berat untuk

melakukannya. Menolak perkara tersebut bermakna dia akan mengecewakan hatinya sendiri.

Tapi itu lah pengorbanan yang perlu dilakukan demi sayangnya pada Imran. Kalau dulu dia

pernah mempertaruhkan nyawanya sendiri untuk menyelamatkan Imran daripada mati lemas,

tapi kali ini biarlah sekali lagi dia mengorbankan hati dan perasaannya demi untuk

menyelamatkan hubungan Imran dan ibunya. Tanpa sedar juga air mata menitis jatuh ke pipi

Rohayu.

107

“Thanks Ayu. Itu yang buat Im sayang Ayu”. Balas Imran tanpa menyedari jawapannya

itu lebih melukakan hati Rohayu. Air mata Rohayu makin deras mengalir membaca barisan

mesej daripada Imran itu.

Demi sayang Ayu pada Im, Ayu sanggup buat apa saja. Ayu pun sayang Im. Bisik hati

Rohayu. Tapi malangnya rasa sayang mereka berbeza. Rohayu bersumpah, rahsia tentang

perasaannya terhadap Imran akan dibawa sehingga mati.

“O.kje. Im jangan risau. Anggap je semuanya dah setel". Berat benar jari-jemari Rohayu

untuk menaip bait-bait ayat tersebut. Tiada lagi jawapan balas daripada Imran selepas itu.

Rohayu seperti orang yang kehilangan arah hanya menatap screen telefon bimbitnya dengan

harapan ada lagi balasan daripada Imran.

“Sorry baby. Sebenarnya tadi Im main-main je. Sebenarnya Im pun dah lama menaruh

hati pada Ayu”. Rohayu seperti terlihat-lihat ayat-ayat tersebut di dalam screen di hadapan

matanya. Tapi itu semua hanya lah impian Rohayu yang sememangnya tak akan dapat dicapai.

Rohayu menutup telefon di tangan. Diletakkan kembali di bawah bantal setelah yakin

tidak akan ada lagi balasan mesej daripada Imran.

“Ayu kalau nak kahwin nanti, lelaki macam mana jadi pilihan Ayu?”. Masih segar

soalan Imran terhadap Rohayu pada suatu masa dahulu sewaktu mereka masih di sekolah

menengah. Ketika itu walaupun berlainan sekolah, setiap hujung minggu Rohayu akan tidur di

rumah Mak Longnya. Mereka akan memnelaah buku pelajaran dan membuat kerja rumah yang

diberikan bersama-sama.

“Ayu nak yang handsome, yang kaya, yang bergaya”. Jawab Rohayu bersahaja. Ketika

itu mereka sedang berehat selepas penat belajar. Kebiasaannya selepas penat belajar, mereka

akan duduk di pangkin yang ada di berandah rumah Imran. Macam-macam cerita yang akan

mereka kongsikan.

“Ooo... kalau macam tu Im takde chance la ye?”. Usik Imran.

“Kenapa?. Im nak kahwin dengan Ayu ke?”.

“Hahaha... tak ada lah. Im gurau je. Kita kan dah macam adik-beradik. Takkan nak

kahwin”. Cepat Imran menyanggah persoalan yang ditimbulkannya sendiri. Pada ketika itu juga

Rohayu akan terdiam. Semenjak itu lah dia tak pernah mahu bercerita tentang hati dan

perasaannya lagi walaupun hanya gurauan.

Rohayu masih ingat bagaimana dia melemparkan jambangan bunga ke wajah Imran

apabila mengetahui jambangan bunga tersebut datangnya daripada lelaki lain yang menaruh

minat padanya.

108

“Im ingat Ayu ni tak laku sangat ke sampai nak carikan pasangan untuk Ayu?”. Ketika

itu Rohayu tak ingat apa-apa. Hatinya cukup terluka apabila merasakan cinta dan kasih

sayangnya tidak dihargai oleh Imran. Dia juga merasakan Imran seolah-olah ingin melepaskan

tanggungjawab kepada lelaki lain. Imran hanya terkebil-kebil melihat kemarahan Rohayu. Dia

sendiri tidak tahu punca kenapa Rohayu begitu marah padanya. Lebih sebulan juga Rohayu

tidak datang ke rumah sehingga ibunya sendiri perasan perubahan tersebut. Imran melakukan

pelbagai cara untuk memulihkan hubungan mereka. Selepas peristiwa itu Imran tidak berani

lagi menyampaikan hajat mana-mana lelaki yang meminati Rohayu.

109

BAB 21

Haikal memberhentikan kereta sportnya betul-betul di hadapan sebuah pub yang sering

dikunjunginya bersama Puteri Balqis. Pekerja pub itu juga sudah kenal sangat dengan Haikal.

Hampir setiap malam muka Haikal akan ada di situ sehingga lah jam dua atau tiga pagi. Kalau

waktu kuliah, setiap malam minggu Haikal tidak pernah miss untuk mengunjungi pub tersebut.

“Jom sayang. Kata you nak dance tadi. Sekarang kenapa monyok je?”. Haikal mengajak

Puteri Balqis keluar daripada kereta. Bunyi dentuman muzik yang kuat dapat didengar sehingga

keluar dari pub tersebut.

“Tak tau la. I dah fed up dengan family i sebenarnya. Apa yang i buat semuanya tak

betul. Sampai i nak berkawan dengan you pun diaorang marah”. Puteri Balqis melepaskan rasa

tidak puas hatinya terhadap kedua ibubapanya kepada Haikal.

“Come on lah sayang. Kita datang ni kan nak enjoy. Kita masuk dulu. Nanti release lah

you punya stress tu”. Haikal berusaha memujuk Puteri Balqis untuk menyertainya masuk ke

dalam pub tersebut. Haikal mengusap lembut tangan Puteri Balqis untuk mengajaknya keluar

daripada kereta. Haikal keluar daripada kereta dan membuka pintu kereta di sebelah Puteri

Balqis. Dia menarik tangan Puteri Balqis untuk sma-sama masuk ke dalam.

“Haa... macam tu la sayang i”. Haikal tersenyum apabila pujukannya berjaya dan Puteri

Balqis keluar daripada kereta sport Haikal. Haikal melemparkan kunci kereta kepada pengawal

di situ untuk meletakkan keretanya.

Tidak seorangpun di pub itu tidak mengenali Haikal. Pub itu sudah menjadi rumah

kedua bagi Haikal. Malah mereka juga tahu Haikal kerap bertukar-tukar pasangan datang ke

pub tersebut. Seperti Puteri Balqis, Haikal juga anak tunggal dalam keluarga. Apa sahaja yang

diinginkan oleh Haikal akan dimilkinya apatah lagi barang yang boleh dibeli dengan duit.

Tetapi dengan Puteri Balqis lain sikit. Bagi Haikal, Puteri Balqis tidak seperti gadis -

gadis lain yang mudah diperdaya. Puteri Balqis dilihat seperti gadis liar, tetapi agak sukar untuk

menjinakkannya. Sebab itu lah Haikal begitu berhati-hati dengan Puteri Balqis. Dia tidak mahu

kerana sikap gelojohnya, dia akan terlepas Puteri Balqis. Biar lah berapa lama masa yang

diperlukan untuk menakluk hati Puteri Balqis, dia sanggup menunggu. Dia akan merasa puas

sekiranya Puteri Balqis sendiri yang secara rela menyerahkan segala-galanya kepadanya.

“You nak minum apa?”. Tanya Haikal bila mereka berada di hadapan kaunter pub

tersebut.

110

“I nak softdrink je. Bagi i coke”. Puteri Balqis seperti tidak ada mood malam itu.

Wajahnya muram tidak seperti malam-malam sebelumnya. Puteri Balqis akan menari sepuaspuasnya

sehingga pagi diiringi muzik yang membingitkan telinga.

“You tak nak minum ni?”. Tanya Haikal sambil menggoncang air berwarna kuning di

dalam gelas kaca berkaki. Puteri Balqis hanya menggeleng kepala. Kepalanya sudah cukup

sesak. Dia tak mahu menyesakkan lagi kepalanya dengan meminum air tersebut. Walaupun

Puteri Balqis kerap melepak di disko atau pub, tapi dia tak pernah menyentuh air syaitan itu.

Baginya, dia datang ke situ hanya untuk menari dan berseronok.

“You ni... cuba try rasa. Sekali yourasa, youakan lupa segala masalah you”. Haikal cuba

menyuakan bibir gelas tersebut ke bibir Puteri Balqis. Puteri Balqis menepis tangan Haikal yang

memegang gelas kaca yang sudah begitu hampir ke mulutnya.

“Heyy!!!... you tak faham ke apa i cakap?. I kata i tak nak, i tak nak la. Jangan paksapaksa.

I tak suka”. Puteri Balqis begitu berang dengan perbuatan Haikal. Pada ketika itu juga

Haikal tersedar, Puteri Balqis bukan seperti gadis-gadis yang selalu didampinginya yang boleh

dibuat apa sahaja.

“Sudah lah. I nak balik. Hantar i balik. Kalau tak i balik sendiri”. Puteri Balqis

mengambil beg tangannya dan menuju ke pintu pub tersebut. Haikal terpaksa mengejar Puteri

Balqis dari celah-celah himpunan manusia yang tengah galak menari. Walau apa pun dia kena

pujuk Puteri Balqis semula. Dia kena memenangi hati Puteri Balqis. Kalau tak gagal lah

rancangannya yang telah diatur sebelum ini.

“Hey you. Kalau iye pun tunggu la dulu. O.k. i hantar you balik”. Haikal sempat menarik

tangan Puteri Balqis untuk memperlahankan langkahnya. Puteri Balqis menolak pintu pub

tersebut.

“Rilex o.k. I’m Sorry. I tau i tak patut buat macam tu kat you”. Haikal cuba untuk

bermanis mulut dengan Puteri Balqis. Dia berharap Puteri Balqis akan memaafkannya.

“You tunggu sini. I pegi ambil kereta”. Tambah Haikal bila melihat wajah Puteri Balqis

yang mencuka. Haikal bergegas meninggalkan Puteri Balqis untuk mengambil keretanya. Dia

kena bertindak cepat bimbang Puteri Balqis akan terus meninggalkannya di situ.

“You nak balik ke atau nak pegi tempat lain dulu?”. Tanya Haikal bila Puteri Balqis

sudah berada di dalam kereta. Puteri Balqis hanya diam. Dia melemparkan pandangannya

keluar tingkap kereta. Haikal juga turut membisu membiarkan Puteri Balqis meredakan

kemarahannya. Dia bimbang sekiranya Puteri Balqis akan bertambah marah dengan macammacam

pertanyaan daripadanya.

“You drive lah mana-mana dulu. Kepala i ni serabut la”. Puteri Balqis tiba-tiba bersuara.

111

Haikal memandu kereta sportsnya menghala ke arah pinggir bandar. Haikal sengaja

memandu kereta perlahan kerana tidak ada apa-apa yang perlu dikejar. Segala plan untuk

berseronok malam itu musnah kerana kebodohannya sendiri. Haikal menyumpah dirinya

sendiri kerana bertindak yang bukan-bukan.

“Abang perasan tak perangai Puteri akhir-akhir ni?”. Soalan Puan Sri Syarifah Zainah

mengejutkan Tan Sri Syed Aminuddin yang sedang asyik membaca surat khabar.

“I know”. Pendek jawapan Tan Sri Syed Aminuddin. Matanya masih belum mahu

dialihkan daripada dada akhbar dihadapannya. Seperti ada berita yang lebih penting yang perlu

diketahuinya di dalam akhbar itu.

“Apa yang abang tau?”. Soal Puan Sri Syarifah Zainah lagi apabila melihat suaminya

seperti acuh tak acuh dengan persoalan yang dibangkitkannya sebentar tadi.

“Walaupun i jarang ada kat rumah ni, tapi i tau apa jadi dengan Puteri Balqis tu”. Balas

Tan Sri Syed Aminuddin.

“Macam-macam benda i fikir tentang anak kita tu”. Tambah Tan Sri Syed Aminuddin.

“Ingatkan dulu dia nak berkawan dengan budak Imran tu. Mana lah tau kalau-kalau dia

boleh terikut cara si Imran tu”.

“Jangan harap bang. Bukan abang tak kenal perangai Puteri tu. Kalau nak berkawan pun

dia akan pilih-pilih”. Puan Sri Syarifah Zainah seperti mengingatkan tentang perangai anak

tunggal mereka itu kepada suaminya.

“Sekarang ni dengan kawan-kawan baik dia pun dah bergaduh”. Puan Sri Syarifah

Zainah menambah.

“Siapa?. Aireen dengan Misya?”.

“Iye lah. Siapa lagi. Tu je yang sanggup berkawan dengan Puteri”.

“Mana awak tau?”.

“Si Aireen sendiri call saya bagitau cerita sebenar. Sebab tu lah dia balik rumah ni tak

bagitau siapa-siapa”. Puan Sri Syarifah Zainah menjelaskan semua yang dia tahu.

Tan Sri Syed Aminuddin melipat surat khabar yang dibacanya dan meletakkannya di

atas meja kaca di hadapannya. Cermin mata yang dipakainya juga ditanggalkan. Dia menghela

nafas seperti memikirkan sesuatu. Suasana sunyi seketika.

“Susah betul nak lembutkan hati Puteri ni. I pun kadang-kadang mati akal dibuatnya

bila memikirkan pasal dia”. Tan Sri Syed Aminuddin menyandarkan belakangnya yang sudah

112

mulai kebas. Pelbagai cara telah dilakukan oleh Tan Sri Syed Aminuddin untuk melembutkan

hati serta mengubah sikap dan perangai Puteri, tapi semuanya tak menampakkan hasil. Setiap

kali sembahyang, Tan Sri Sted Aminuddin juga tidak lupa untuk berdoa agar dilembutkan hati

anak tunggal kesayangannya itu. Setahun tinggal di asrama dan bercampur gaul dengan

pelbagai latar belakang kawan-kawan diharapkan dapat mengubah attitude Puteri Balqis. Tapi

dia hampa. Puteri Balqis tak pernah nak berubah. Malah sikapnya semakin ego dan sombong.

“Saya bimbang apa nak jadi dengan dia kalau sikapnya terus-menerus macam tu”. Puan

Sri Syarifah melahirkan kebimbangan yang bersarang di dalam hatinya. Sebagai ibu, dia tak

mahu anaknya itu ditimpa sesuatu yang buruk kerana sikap dan perangainya yang sebegitu.

“Nanti lah i cuba slow talk dengan Puteri. Mana tau terbuka hati dia nak dengar cakap

i”. Tan Sri Syed Aminuddin memandang wajah isterinya. Dia sendiri tidak begitu yakin dengan

cadangannya sendiri. Sudah berbuih dia bercakap dan menasihati Puteri Balqis tapi tak pernah

berbekas di hatinya.

“Dah lah. Jom kita tidur. I pun dah mengantuk ni. Tomorrow morning i ada urgent

meeting”. Tan Sri Syed Aminuddin menarik tangan isterinya. Hatinya berdoa agar tidak ada

apa-apa yang buruk berlaku pada Puteri Balqis.

113

BAB 22

Tiga bulan cuti semester sudah berlalu. Imran merasakan tempoh cuti semester seperti

terlalu singkat apatah lagi tinggal di kampung halaman yang serba indah itu. Belum puas

rasanya dia melepaskan kerinduan pada kampung halaman yang dicintai, kepada ibu dan adikberadik

yang lain. Tapi apa nak buat. Dia harus meneruskan perjuangan sebagai seorang pelajar

yang masih berbaki tiga tahun pengajian.

“Im jadi ke balik esok?”. Soalan ibunya mematikan lamunan Imran buat seketika.

“Jadi bu. Esok pagi Im kena balik dah ke universiti sebab hari Isnin Im dah mula kuliah”.

Terang Imran kepada ibunya.

Imran melemparkan kembali pandangannya ke hamparan sawah padi yang menguning

dan beralun apabila ditiup angin. Suasana petang itu juga tidak terlalu panas dan tiupan angin

begitu menyegarkan.

“Assalamualaikum”. Tiba-tiba Imran menangkap suara yang sangat-sangat dikenalinya.

“Waalaikumsalam”. Imran dan ibunya menjawab serentak.

“Ohh... Ayu. Mari naik Ayu”. Pelawa Rahimah apabila melihat anak saudaranya itu di

halaman. Rohayu menongkat basikalnya dan membawa magkuk tingkat yang dibawanya dari

rumah.

“Mak Long apa khabar?”. Rohayu bersalaman dengan ibu saudaranya yang

dianggapnya seperti ibu sendiri.

“Baik. Alhamdulillah. Ha... mak kau macam mana, sihat?”.

“Mak pun sihat Mak Long. Mak kirim salam dengan Mak Long dan Im”. Rohayu hanya

menjeling Imran yang duduk berhampiran di beranda rumah.

“Waalaikumsalam”. Rahimah menjawab salam adiknya yang disampaikan melalui

Rohayu.

“Ni haa Mak Long. Mak ada kirim bubur kacang durian. Dia kata Im suka bubur kacang

durian ni”. Sekali lagi Rohayu menjeling ke arah Imran. Imran hanya tersenyum. Dia tidak

menyangka Mak Su nya bersusah payah menyediakan bubur kacang kegemarannya.

“Untuk Im je ke. Untuk Mak Long takde?”. Usik Rahimah. Wajah Rohayu berubah

kemerahan diusik ibu saudaranya.

“Ehh... mak bagi banyak ni. Ni untuk semua”. Rohayu tersipu-sipu menjawab usikan

Rahimah. Rahimah begitu bahagia bila melihat Rohayu tersenyum dengan usikannya. Tapi bagi

Rohayu, setelah dia mengetahui perancangan Mak Long dan ibunya yang ingin menjodohkan

dirinya dengan Imran, suasana sudah berubah. Apatah lagi Imran yang tidak bersetuju dengan

114

keputusan itu. Suasana menjadi kekok bagi Rohayu tidak seperti sebelum semua itu berlaku.

Dia dan Imran pun tidak banyak berbual. Seperti ada suatu tembok yang menghalang. Rohayu

juga tidak mampu untuk memandang wajah Imran. Hatinya akan menjadi sayu dan yang paling

dia bimbang, kasih sayangnya akan bertambah. Kalau tak kerana dipaksa oleh ibunya untuk

menghantar bubur kacang itu tadi, dia takkan menjejak rumah Imran. Tapi oleh kerana desakan

ibunya, digagahkan juga kaki mengayuh basikal untuk menghantar bubur kacang tersebut.

“Ehh..yang korang ni senyap je kenapa?”. Rahimah menjadi pelik dengan keadaan

Imran dan Rohayu yang tiba-tiba berubah seperti orang lain. Tidak seperti biasa, kalau Imran

dan Rohayu berjumpa pasti ada saja yang ingin mereka kongsikan. Diselangi gelak ketawa dan

usik mengusik antara mereka.

“Ayu sembang-sembang dulu dengan Im ye. Mak Long nak masuk buat air sekejap.

Nanti kita makan sama-sama ye”. Rahimah bangun dan menuju ke dapur meninggalkan Imran

dan Rohayu berdua di beranda tersebut.

“Mana dapat durian buat bubur tu?”. Tanya Imran kepada Rohayu setelah ibunya berlalu

pergi.

“Ayah beli malam tadi. Ayah beli banyak sebab murah”. Balas Rohayu tanpa

memandang wajah Imran. Imran sendiri tak tau bagaimana mahu memulakan bicara.

“Itu durian musang berbulu ayam ke?”. Entah kenapa tiba-tiba itu soalan yang keluar

daripada mulut Imran.

“Kenapa soalan bodoh macam tu yang aku tanya. Aku nak tanya durian musang king.

Kenapa boleh jadi musang berbulu ayam”. Imran berbisik dalam hati. Dia jadi tak tentu arah

dengan kehadiran Rohayu. Kepalanya kosong. Rasa serba salah. Rohayu tersenyum mendengar

soalan Imran seperti ada kelucuan dihatinya.

“Tak tau la pula. Tapi masa mak buka durian ni tadi, tak ada pula musang yang keluar”.

Lancar sahaja jawapan dari mulut Rohayu. Tapi dia sendiri tidak menyangka dia boleh

menjawab sedemikian. Mungkin didorong oleh soalan Imran yang agak lucu sebentar tadi.

Jawapan daripada Rohayu membuatkan kedua-duanya ketawa besar. Masing-masing

tidak mampu menahan geli hati kerana perbualan mereka yang kaku itu.

“Amboii... ketawa besar nampaknya. Apa yang lucu sangat tu?”. Rahimah yang tibatiba

muncul dari dapur mencelah. Dulang berisi air teh serta mangkuk kosong di letakkan di

atas meja beranda.

“Tak ada apa Mak Long. Im ni. Dia tanya, kentut makan durian dengan makan petai

mana yang busuk?”. Rohayu sengaja mahu mengusik ibu saudaranya.

115

“Abis tu apa jawapannya”. Rahimah yang masih belum dapat menangkap gurauan anak

saudaranya itu terus bertanya.

“Mak Long ni. Kalau dah namanya kentut mana ada yang tak busuk”. Jawapan Rohayu

mengundang ketawa daripada mereka bertiga. Baru lah Rahimah sedar yang anak saudaranya

itu sengaja mahu mengusiknya.

Walau apa pun, Rahimah gembira melihat kemesraan antara Imran dan Rohayu. Hatinya

berbunga bahagia dan yakin perancangannya untuk menyatukan mereka berdua akan tercapai.

“Ayu balik sekali dengan Imran ke pagi esok?”. Tanya Rahimah lagi apabila ketawa

mereka reda. Rohayu terdiam seketika. Dia menjeling ke arah Imran yang sedang melemparkan

pandangannya ke arah sawah padi yang terbentang.

“Tak kot. Sebab Ayu balik lambat sikit. Ada hal yang nak kena selesaikan dulu”.

Rohayu menjawab lambat. Memang dia tiada niat untuk balik bersama Imran. Dia merasa tidak

selesa dengan keadaan mereka sekarang kerana perancangan orang tua mereka itu. Keadaan

dulu lain, sekarang sudah lain.

Rahimah hanya mengangguk tanda faham. Tapi di hatinya sedikit kecewa apabila

mendengar jawapan daripada Rohayu. Seboleh-bolehnya, dia ingin sekali merapatkan Imran

dan Rohayu agar mereka dapat menyelami hati masing-masing. Rahimah tahu sebelum ini pun

memang mereka berdua terlalu rapat, tetapi rapat hanya sebagai adik-beradik.

“Hello... Assalamualaikum”. Terdengar suara di hujung telefon Rohayu memberi salam.

“Waalaikumsalam. Wahid... apa mimpi call malam-malam ni?”. Rohayu menjawab

salam daripada Wahid. Selama tiga bulan cuti semester ini, Rohayu tak mendengar apa-apa

berita tentang Wahid malah hampir lupa kepadanya.

“Amboi garangnya. Wahid kacau Ayu ke?”.

“Tak lah. Dah lama tak dengar berita. Tup-tup malam ni call. Tu yang Ayu tanya”.

“Ooo... tak ada apa pun. Cuma nak tanya, Ayu balik kampus tak esok?”.

“Eehh... mesti lah balik. Isnin kan dah mula kuliah”. Jawab Rohayu. Dia sendiri tidak

pasti kenapa Wahid bertanya sedemikian.

“Betul juga kan. Rasa macam bodoh je Wahid tanya macam tu”. Wahid ketawa dengan

kelucuan yang dibuatnya sendiri. Tapi kelucuan yang diciptakan oleh Wahid tidak mampu

untuk mencuit hati Rohayu.

116

“Eerrmmm... Wahid call malam-malam ni nak tanya itu jer ke?”. Soal Rohayu seperti

agak terganggu dengan panggilan Wahid tersebut.

“Hihihi... sorry kalau Wahid kacau Ayu. Cuma tiba-tiba teringat kat Ayu pula. Tu yang

tiba-tiba tercall tu”. Wahid berterus terang. Sebenarnya sudah lama dia ingin menelefon Rohayu

untuk bertanyakan khabar tapi dia bimbang sekiranya Rohayu tidak suka dengan tindakannya

itu. Entah kenapa malam itu dia mendapat keberanian untuk mnelefon Rohayu.

“Ooo...”. Hanya itu yang keluar dari mulut Rohayu. Dia tahu Wahid seperti ada menaruh

hati padanya. Bukan dia tidak suka pada Wahid, tapi hatinya sudah terpaut pada orang lain.

Wahid seorang lelaki yang baik dan sangat mengambil berat tentang kawan-kawannya yang

lain. Sikap dan perangainya hampir sama dengan Imran. Tapi Rohayu tidak menolak sekiranya

ditakdirkan jodohnya dengan Wahid.

“Eerr... Ayu dah nak tidur ke?. Kalau macam tu Wahid gerak dulu ye”. Rasa serba salah

menyelubungi Wahid apabila dia dapat merasakan Rohayu seperti terganggu dan acuh tak acuh

dengan panggilannya. Wahid sudah jatuh hati kepada Rohayu sejak pertama kali mereka

diperkenalkan oleh Imran. Tapi dia takut untuk berterus terang. Itu lah juga pertama kalinya

Wahid jatuh cinta pada seorang wanita.

“Ayu tu budak baik tau. Tapi dia susah nak jatuh hati dengan lelaki”. Wahid teringat

pada suatu malam Imran bercerita berkaitan Rohayu kepadanya. Dia kusyuk mendengar cerita

Imran pada ketika itu.

“Tapi macam mana kau tau aku syok dengan sepupu kau tu?”. Wahid mencelah.

“Aku tengok muka kau dah macam traffic light bila dapat jumpa Rohayu. Sekejap Hijau,

sekejap merah. Takkan la aku tak perasan”. Balas Imran.

“Tapi aku rasa dia ni ada syok dengan sorang lelaki la. Tapi dia tak pernah pula cerita

pada aku siapa lelaki tu”. Imran menyambung ceritanya.

“Abis tu aku tak ada chance la?”. Wahid seperti kecewa mendengar cerita Imran itu.

“Ehhh... itu andaian aku jer. Kalau kau suka dia, kau kena la usaha lebih sikit. Takkan

sikit-sikit pun dah lemah semangat”. Balas Imran apabila melihat sahabat baiknya itu seperti

sudah mahu mengalah.

“Apa pun kalau kau betul-betul suka dia, aku akan bantu kau untuk dapatkan Ayu. Aku

rasa kau boleh jaga dia dengan baik”. Kata-kata Imran membuatkan hati Wahid lega.

“Hellooo...”. Tiba-tiba Wahid tersedar dari khayalannya bila mendengar suara Rohayu

di hujung telefon . Dia sendiri tidak tahu berapa lama dia hanyut dalam khayalannya sendiri.

“Eerr... hello”.

“Wahid buat apa?”.

117

“Ehh... tak ada apa-apa”.

“Wahid terasa hati dengan Ayu ke?”. Rohayu seperti bimbang sekiranya layanannya

sebentar tadi membuatkan Wahid berkecil hati. Fikirannya tengah berserabut tentang

perihalnya dengan Imran. Dia tengah memikirkan bagaimana caranya mahu menolak

permintaan Mak Longnya yang ingin benar dia dan Imran bersatu. Sebab itu lah dia seperti acuh

tak acuh terhadap panggilan Wahid.

“Ehh... tak lah. Wahid yang salah kacau Ayu malam-malam ni”.

“Ayu minta maaf sebab buat Wahid terasa. Ayu tak ada niat pun”. Rohayu cuba ingin

memperbaiki keadaan. Rasa bersalah terhadap Wahid tiba-tiba timbul di hatinya.

“Ayu tak payah minta maaf. Bukan salah Ayu pun”. Wahid tidak menyangka Rohayu

pula yang memohon maaf daripadanya, sedangkan dia yang menelefon terlebih dahulu.

“O.k lah. Kalau macam tu esok kita jumpa di kampus je lah ye. Ayu ada barang lagi nak

pack ni.

“O.k... o.k. Wahid pun ada barang juga nak kena siapkan. Apa-apa hal nanti Ayu

calling-calling la Wahid ye”. Suara Wahid ceria apabila merasakan Rohayu seperti sudah dapat

menerimanya.

“O.k. Assalamualaikum. Bye”.

“Waalaikumsalam”. Wahid menjawab salam Rohayu dengan hati yang berbunga

bahagia. Dia menunggu sehingga Rohayu meletakkan telefon.

118

BAB 23

“Kurang ajar!!!”. Satu hentakan keras di atas meja membuatkan cawan-cawan dan

botol-botol air bergegar dan hampir jatuh bertaburan. Entah kenapa tiba-tiba Haikal begitu

marah dan melepaskan tumbukan di atas meja minum pub yang selalu dikunjunginya. Mujur

juga suasana pub yang bingit dengan bunyi muzik yang menyakitkan kepala dan hiruk-pikuk

manusia-manusia yang sedang leka menari membuatkan perbuatan Haikal itu tidak disedari

oleh sesiapa.

“Hoii!!!... kau ni dah kenapa?. Tiba-tiba nak temper ni. Chill la bro”. Irham, sahabat

baik Haikal yang duduk bersebelahan terkejut dengan tindakan sahabatnya itu. Mujur juga gelas

minuman yang baru setengah diteguknya tidak tertumpah ke lantai.

“Aku memang tak puas hati”. Haikal mengepal-ngepal tumbuknya.

“Come on bro. Bagitau aku mamat mana yang buat kau jadi macam ni. Kau sebut je dia

nak jadi apa. Cedera ringan, lumpuh atau mati?”.

“This is not about a guy o.k. Ini pasal minah tu la”. Hati Haikal masih berbara gara-gara

kejadian dia dimarahi oleh Puteri Balqis di pub yang sama.Tidak pernah mana-mana gadis yang

berani memarahinya sebegitu.

“Ooo... ni pasal tuan puteri tu la. Apa nama dia?. Puteriii...Balqis. Haa... Puteri Balqis”.

Irham cuba mengingatkan nama yang membuatkan hati Haikal berdongkol sehingga kini.

“Hey... come on la. Yang kau menyusah badan nak dapatkan dia kenapa?. Benda sama

je bro. Ni ha... Zetty ada, Lina ada, Nancy ni apa kurangnya”. Irham menunjukkan perempuanperempuan

yang duduk di sekeliling menemai mereka kepada Haikaluntuk malam itu.

Haikal menjeling kepada perempuan-perempuan yang disebutkan oleh Irham sebentar

tadi. Memang ketiga-tiga mereka amat cantik, seksidan menggiurkan. Mana-mana lelaki pun

akan terpaut dengan kecantikan dan keseksian mereka. Tapi itu semua Haikal sudah biasa. Tak

ada thrill. Baginya Puteri Balqis dan mana-mana student perempuan yang pernah ditundukkan

lebih memuaskan hatinya. Yang ada dalam pub tersebut memang cantik-cantik, tapi luaran

sahaja. Dalaman belum tentu dan dah berapa ramai lelaki yang menyentuh tubuh badan mereka.

“She is different bro. Kau pun tau kan. Lagi susah nak dapat lagi aku excited nak

dapatkan diaorang”. Jelas Haikal kepada Irham kenapa dia beriya-iya untuk mendapatkan Puteri

Balqis.

“So apa kau plan untuk dapatkan dia?”. Soal Irham.

119

“Ni yang aku tengah fikir. Aku dah try semua trick yang aku pakai pada perempuanperempuan

lain. But it’s not work”. Ujar Haikal sambil menongkat dagunya seperti berfikir.

Minuman dan perempuan-perempuan yang di kelilingnya tidak dipedulikan.

“Hey bro. Aku ada plan cantek punya”. Tiba-tiba Irham menarik bahu Haikal dan

membisikkan sesuatu di telinganya. Haikal mendengar dengan teliti dan penuh semangat. Ada

ketika dia mengangguk-anggukkan kepala. Biasanya Irham memang pandai memberikan

rancangan-rancangan jahatnya kepada Haikal. Pelajarperempuan yang pernah menjadi mangsa

Haikal juga hasil daripada rancangan jahat Irham.

“Apsal aku tak terfikir macam kau fikir haaa. Otak kau ni bergeliga macam batu cincin”.

Haikal kembali ceria dan ketawa besar mendengar cadangan rancangan jahat yang ingin

dilakukan kepada Puteri Balqis.

“Haa... macam tu la bro. Malam ni kita enjoy puas-puas dulu, then baru kita plan baikbaik”.

Irham memeluk bahu sahabt baiknya itu. Haikal juga sudah boleh ketawa. Moodnya

untuk berseronok malam itu juga tiba-tiba datang. Tangannya pantas memaut pinggang Nancy

yang ramping yang duduk di sebelahnya. Gelas yang masih belum terusik airnya dari tadi

diteguk dengan rakus oleh Haikal. Haikal ingin melupakan seketika panas hatinya terhadap

Puteri Balqis. Dia begitu yakin rancangan Irham yang dikatakannya sebentar tadi akan berjaya.

“Kau tunggu lah Puteri. Satu hari nanti kau akan jatuh juga dalam genggaman aku”.

Bisik hati Haikal. Dia tersenyum puas. Nancy dipeluknya kejap. Sesekali dia mencium pipi

Nancy yang gebu seperti melepaskan geram di hatinya.

Mata Tan Sri Syed Aminuddin tertangkap di screen TV di hadapannya. Malam itu baru

lah dia ada masa untuk berehat setelah satu projek besar yang diberikan kepada syarikatnya

diselesaikan mengikut timeline yang diberikan oleh pihak terbabit.

“Macam mana dengan kerja-kerja abang tu. Dah selesai ke?”. Puan Sri Syarifah Zainah

yang tiba-tiba datang dari arah dapur menegur. Di tanganya terdapat secawan kopi untuk

suaminya yang sedang leka menonton TV. Dia turut duduk di sebelah suaminya setelah cawan

kopi tersebut diletakkan di atas meja. Sebelum ini, suaminya selalu pulang lewat setelah

mendapat projek tersebut. Tetapi pada malam itu dilihatnya suaminya ada di rumah sejak awal

pagi tadi lagi.

“Alhamdulillah. Semua dah selesai ikut jadual. Tu yang dapat rest sikit malam ni”.

Jawab Tan Sri Syed Aminuddin tanpa memandang wajah isterinya. Tangannya mencapai

120

tangkai cawan kopi O yang baru sahaj dihidangkan oleh isterinya sebentar tadi. Dihirupnya

sedikit air kopi O yang hitam pekat itu. Aroma kopi O tersebut turut menerombos ke lubang

hidung isterinya yang duduk di sebelah.

“I ingat nak bawa you dengan Puteri holiday bercuti bila i habis projek ni. Lagipun dah

lama kita tak holiday sama-sama”. Tiba-tiba Tan Sri Syed Aminuddin memberikan cadangan.

“Abang nak holiday ke mana?”. Soal Puan Sri Syarifah Zainah bersemangat.

“Mana-mana. France, New Zealand, Europe atau Jepun ke, Korea ke”.

“Bagus juga tu. Tapi bila?”.

“Dalam masa terdekat ni”.

“Tapi bang, Puteri dah nak masuk semula ke universiti esok”. Puan Sri Syarifah Zainah

mengingatkan suaminya.

“Ohh... ye ke?. I ingat cuti dia panjang lagi”. Tan Sri Syed Aminuddin seperti baru

tersedar. Kerana terlalu sibuk sehinggakan dia terlupa tentang pembelajaran anaknya.

Tengah mereka berbual, Puteri Balqis turun daripada tingkat atas dan duduk menyertai

ayah dan ibunya di ruang tamu tersebut. Tan Sri Syed Aminuddin dan Puan Sri Syarifah Zainah

terdiam dan hanya memerhati perlakuan anaknya itu. Suasana sunyi seketika. Hanya suara

daripada televisyen yang memenuhi ruang tamu tersebut.

“Ha Puteri. Tak keluar ke mana-mana ke malam ni?”. Tan Sri Syed Aminuddin

memecah kesunyian mereka bertiga. Puteri tidak menjawab soalan daripada ayahnya.

Diambilnya bantal sofa dan dia merebahkan badan ke atas sofa tersebut. Bantal sofa dipeluknya

kejap-kejap.

“Kenapa princess daddy ni. Senyap je. Ke marah dengan daddy?”. Tanya Tan Sri Syed

Aminuddin setelah melihat Puteri Balqis hanya membisu.

“Ada lah yang tak kena tu”. Tambah Puan Sri Syarifah Zainah sambil menjeling

anaknya yang sedang berbaring di sofa. Puteri Balqis langsung tidak menghiraukan ibu dan

bapanya. Mulutnya juga seperti terkunci. Dia sendiri tak tahu kenapa malam itu jiwanya begitu

kosong. Hanya matanya terlekat pada screen televisyen, tapi jiwanya melayang entah ke mana.

Semenjak daripada pagi dia tidak dapat memikirkan apa-apa.

Puteri Balqis merasakan yang dia kini tiada siapa-siapa. Kawan-kawan yang menjadi

pendampingnya selamaini juga sudah menjauhkan diri. Bagaimana dia ingin menghadap wajah

Aireen dan Misya esok. Bagaimana dia nak memulakan bicara dengan mereka berdua. Ada

seseorang yang dipercayai dan dirasakannya boleh melindunginya, mula mahu mengambil

kesempatan terhadap dirinya.

121

“Memang lelaki semua tak boleh percaya”. Kata-kata itu bergema di dalam hati Puteri

Balqis. Mahu sahaja dia menjerit sekuat-kuat hati untuk meluahkan segala yang terbuku di hati,

tapi apakan daya semuanya itu hanya mampu dipendam sahaja. Apa yang berlaku semua

daripada kesilapannya sendiri. Kerana perasaan ego dan sombong, dia sanggup mengenepikan

sahabat-sahabat baiknya sendiri.

“Daddy, mommy. Puteri ni jahat sangat ke?”. Tiba-tiba Puteri Balqis bingkas bangun

dan mengutarakan soalan tersebut kepada ibu dan ayahnya. Tan Sri Syed Aminuddin dan Puan

Sri Syarifah Zainah berpandangan sesama sendiri. Mereka seperti bermimpi apabila secara tibatiba

Puteri Balqis bertanyakan soalan sebegitu.

Puan Sri Syarifah Zainah bangun dari tempat duduknya lalu duduk di sebelah Puteri

Balqis. Tangannya diletakkan di dahi Puteri Balqis seperti ingin memeriksa kalau-kalau Puteri

Balqis tidak sihat.

“Puteri ni sihat je bang. Badan pun tak ada lah panas sangat”. Puan Sri Syarifah Zainah

bersuara sambil memandang suaminya.

“Mommyni. Puteri sihat la”. Puteri Balqis menarik muka apabila merasakan dirinya

diperolok-olokkan oleh ibunya. Tan Sri Syed Aminuddin hanya tersenyum melihat telatah

kedua beranak tersebut.

“Bukan lah. Mommycuma nak check kalau-kalau Puteri demam. Tiba-tiba malam ni

tanya soalan macam tu”. Puan Sri Syarifah Zainah menjelaskan perbuatannya. Dia sendiri agak

pelik kenapa tiba-tiba Puteri Balqis berubah. Bukan senang untuk menegur Puteri Balqis. Dia

kenal anaknya itu kerana dia yang melahirkan Puteri Balqis. Entah jin mana lah yang sudah

melekat di badan Puteri Balqis agaknya sehingga dia sudah mula memikirkan tentang sikap dan

perangainya sendiri. Fikir Puan Sri Syarifah Zainah.

“Puteri tak jahat. Cumanya anak daddy ni over conffident. Puteri tak pernah untuk cuba

faham dan dengar pandangan dan pendapat orang lain”. Tan Sri Syed Aminuddin memberikan

pendapatnya secara lembut agar Puteri Balqis boleh berfikir dengan tenang. Dia tidak mahu

menambah provokasi terhadap Puteri Balqis.

“Hidup dalam dunia ni, walau banyak mana duit kita, kita tetap perlukan orang lain.

Kita semua saling perlu memerlukan. Macam Puteri perlukan daddy dan mommy. Kalau tak ada

daddy dan mommy tak mungkin Puteri akan ada di dunia ni kan. Dan Puteri kena bersyukur

dilahirkan sebagai anak daddy dan mommy. Cuba bayangkan kalau Puteri lahir-lahir je ke dunia

dan ditakdirkan mommy dan daddy Puteri tu Cuma tukang sapu atau tukang cuci. Puteri juga

tinggal di dalam rumah yang buruk dan sempit. Nak pergi mana-mana kena jalan kaki”. Tan Sri

Syed Aminuddin menyambung nasihatnya.

122

Mungkin doanya untuk melihat anaknya itu berubah telah dimakbulkan oleh Allah s. w.

t. Dia tidak lupa setiap kali selepas solat berdoa agar Puteri Balqis dilembutkan hatinya. Hanya

kebergantungan kepada Allah sahaja sebagai usaha terakhir setelah usaha-usaha lainya gagal

untuk mengubah keperibadian Puteri Balqis.

“Tan Sri... apa yang berlaku dalam hidup kita ni semuanya satu ujian dari Allah s. w. t.

Tan Sri diberikan nikmat dan rezeki yang melimpah ruah tapi dikurniakan seorang anak yang

tak mahu mendengar kata. Allah nak lihat sejauh mana Tan Sri bersyukur dengan nikmatNya

dan sejauh mana Tan Sri meminta daripadaNya untuk mengubah anak Tan Sri. Harta dan

kekayaan kita boleh usaha cari, tapi bila bab hati ni hanya Allah yang berkuasa untuk

membolak-balikkannya. Percayalah Tan Sri. Allah s. w. t akan memberi apa yang diminta oleh

hambanya kerana dia bersifat ArRahman dan ArRahim”. Tan Sri Syed Aminuddin masih

teringat nasihat Ustaz Zulhaimi, imam masjid berhampiran pejabatnya. Pada ketika dia duduk

termenung memikirkan hal Puteri Balqis selepas solat Zohor di masjid itu, Allah menggerakkan

hati Ustaz Zulhaimi untuk menegurnya. Daripada situ lah dia meluahkan segala permasalahan

yang dihadapi kepada Ustaz Zulhaimi.

“Puteri tau puteri dah banyak buat silap. Selama ni puteri tak pernah nak faham orang

lain. Puteri nak minta maaf pada daddy dan mommy”. Ada titisan air mata dihujung mata Puteri

Balqis. Puan Sri Syarifah Zainah yang duduk di sebelah turut sebak lantas menarik bahu Puteri

Balqis dan dipeluknya erat-erat.

“Alhamdulillah kalau Puteri dah sedar”. Tan Sri Syed Aminuddin menadahkan

tangannya tanda bersyukur dengan pemberianNya. Dia merasakan malam itu begitu indah.

Segala keinginannya untuk melihat Puteri Balqis menjadi yang lebih baik sudah tercapai.

Kegembiraannya pada malam itu tidak dapat digambarkan. Kegembiraannya melebihi dari

kegembiraan bila ditawarkan projek jutaan ringgit.

Malam itu Tan Sri Syed Aminuddin dan Puan Sri Syarifah Zainah tidur lena dengan

senyuman yang tidak putus diwajah mereka. Allah s. w. t telah mendengar doa mereka suami

isteri, siang dan malam.

123

BAB 24

“Assalamualaikum. Woitt bro. Tunggu la”. Wahid yang mengalas beg pakaiannya

menegur Imran daripada jauh. Imran yang baru saja turun daripada teksi dan mahu mula

melangkah, mengalihkan pandangannya kepada Wahid.

“Waalaikumsalam. Kau apa khabar?. Berseri muka nampak”. Imran menghulurkan

tangan bersalaman dengan Wahid, sahabat karibnya. Hampir tiga bulan mereka tidak bertemu

muka dan hanya berhubung melalui telefon.

“Aku baik je”. Singkat jawapan Wahid. Dia meninjau-ninjau sekeliling seperti mencari

sesuatu. Tetapi akhirnya dia hampa apabila yang ingin dicarinya tiada di situ.

“Kau cari apa?. Dia tak balik dengan aku. Dia dah tak nak sambung belajar lagi. Mak

dia nak kahwinkan dia dengan orang kampung”. Usik Imran apabila melihat Wahid seperti

tercari-cari sesuatu. Dia sudah dapat menangkap apa sebenarnya yang dicari oleh Wahid.

“Ehh... kau biar betul?”. Tiba-tiba wajah Wahid berubah menjadi tidak bersemangat.

Suaranya turut tidak berdaya. Dia betul-betul mempercayai kata-kata Imran.

Imran ketawa terkekeh-kekeh apabila melihat Wahid tiba-tiba berubah laku. Badannya

seperti kain buruk, lemah tidak berdaya bila mendengar perkhabaran daripada Imran.

“Woiii...kau ni dah kenapa?. Tak payah nak poyo sangat la. Dia balik petang ni. Ada hal

sikit nak settle kat kampung”. Imran menepuk bahu Wahid yang seperti ayam berak kapur.

Tersentak dengan kenyataan yang baru sahaja keluar daripada mulut Imran, Wahid tiba-tiba

bersemangat semula. Darah yang tadinya seperti mula mengering, mengalir semula dalam salur

darahnya.

“Ehh... be... betul ke ni Imran. Maknanya Ayu tak jadi berhenti belajar la ye?. Dia tak

jadi kahwin dengan orang lain la ye?”. Wahid tergagap-gagap bertanyakan soalan kepada Imran

untuk kepastian. Dia ingin kepastian yang benar-benar pasti dari apa yang dikatakan oleh Imran

sebentar tadi.

“Iye... aku gurau je tadi tu. Aku tau lah kau tu tengah kemaruk nak bercinta dengan Ayu

tu”. Imran terus mengusik Wahid yang senyumannya semakin melebar. Harapannya semakin

berbunga. Memang dia betul-betul sukakan Rohayu sepupu Imran itu.

“Eleh... yang kau tu. Menunggu buah yang tak akan gugur. Apa cerita”. Kata-kata

Wahid seperti mengingatkan Imran tentang perasaannya yang tersimpan terhadap seseorang

yang tak mungkin akan membalas cintanya. Jangan kan bercinta, untuk memandang wajahnya

pun belum tentu sidia sudi.

124

“Eerrmmm... entah lah Wahid. Aku pun tak tahu”. Imran membalas dengan separuh

hati. Dia sendiri tiada jawapan terhadap apa yang dibangkitkan oleh Wahid sebentar tadi. Tapi

bila difikirkan ada benarnya juga apa yang dikatakan oleh Wahid. Dia menunggu buah yang

tak akan gugur.

“Kau tak yah jadi bodoh la Imran. Berlambak siswi kat asrama dan kat fakulti tu yang

syok kat kau. Kau tu yang jual mahal. Merendah diri sangat la konon, tapi menunggu bulan

jatuh ke riba”. Giliran Wahid mengenakan Imran. Dia sendiri geram terhadap sikap Imran yang

menaruh hati terhadap orang yang sememangnya sudah diketahui tidak akan membalas

cintanya.

“Woiii... kau simpan gambar dia ni dalam phone kau?”. Wahid masih ingat pada suatu

malam dia dapat menangkap Imran sedang asyik menatap gambar gadis pujaannya di dalam

telefon. Kerana terlalu asyik sehinggakan tidak sedar Wahid yang masuk ke bilik kediaman

mereka.

“Kau jangan bagi tahu orang lain tau. Kalau aku tau siap kau aku gulai. Assingment ko

pun jangan harap aku nak tolong”. Imran terkejut dengan kehadiran Wahid dan secara tidak

langsung telah mengetahui rahsia yang disimpannya selama ini. Semenjak daripada itu,

memang tiada rahsia lagi antara Imran dan Wahid berkaitan perasaan hatinya. Kadang-kadang

dia terasa malu dengan Wahid kerana dia seperti memperbodohkan diri sendiri. Tapi apa kan

daya, kalau hati dah sayang. Lautan api sanggup diredah.

Imran tahu dia bertepuk sebelah tangan.Dia tahu orang yang dicintainya itu dari

keluarga ‘Enggang’, sedangkan dia lebih rendah daripada ‘pipit’ dan tak mungkin terbang sama.

Tapi dia sendiri tak kisah. Prinsipnya, dia tak ganggu orang lain. Dia hanya menyintai orang

yang dia suka tanpa diketahui oleh sesiapa. Selepas tamat pengajian nanti semuanya akan

berakhir. Cinta dan kasih sayangnya pada sang gadis akan turut terkubur selepas tamat

pengajian nanti. Dia akan melupakan semuanya untuk memulakan hidup baru. Bunga mekar

yang dipuja hanya untuk sumber inspirasinya.

Selepas kejadian dilanggar oleh Puteri Balqis semasa mula-mula mengenali dunia

kampus universiti, Imran begitu sukar untuk melupakannya. Apa sahaja yang dilakukan oleh

Puteri Balqis kepada dirinya, Imran tak kisah. Wajah Puteri Balqis yang ‘garang’ itu terus

melekat di hatinya. Imran sanggup mencari facebook Puteri Balqis semata-mata untuk

‘mencuri’ beberapa keping gambar yang diupload di dalam facebooknya. Gambar-gambar itu

disimpan di dalam telefon untuk tatapannya ketika ‘kerinduan’ datang melanda jauh di lubuk

kalbunya.

125

“Hoii... jauh sangat kau berangan ni”. Wahid mengejutkan Imran yang sudah mula

tersengih-sengih sendirian. Dia tidak menghiraukan Wahid di sebelah yang berjalan beriringan

menuju ke asrama.

“Memang betul la kau ni dah gila. Kau ni macam bercinta dengan batang kayu, tau tak”.

Wahid benar-benar kasihan dengan Imran kerana terlalu melayani perasaannya itu.

“Kalau aku jadi kau, aku pilih je mana-mana pompuan yang syok kat aku kat fakulti tu

atau kat asrama kita ni ha. Jangan sia-siakan kehandsomean kau tu. Tak payah bersusah payah

suka pada orang yang tak tahu pun kau suka kat dia”. Wahid terus bersuara walaupun tiada

tindak balas daripada Imran. Wahid seperti bercakap seorang diri.

“Aku bukan betul-betul. Aku main-main je. Saja suka-suka. Tak salah kan?”. Imran

akhirnya membalas kata-kata Wahid setelah sekian lama berdiam diri.

“Memang la tak salah. Tapi buat apa menyeksa diri”. Nasihat Wahid pendek.

“Aku tak poyo macam kau. Baru tak nampak muka, dah mengelabah beruk”. Akhirnya

Imran mendapat idea untuk mengenakan dan menutup mulut Wahid yang mengalahkan makcik

bawang itu. Wahid tarik muka dengan usikan Imran.

“Tapi aku respect kat kau. Apa jadi pun pointer kau tetap ganas kan”. Wahid terpaksa

mengalah dengan Imran. Dia mengakui Imran memang hebat. Apa sahaja dugaan yang

mendatang, keputusan peperiksaannya tetap cemerlang.

Dalam asyik bersembang, sedar tak sedar mereka sudah sampai di muka pintu bilik

penginapan mereka.

Rohayu yang sudah bersiap-siap dan menunggu ayahnya pulang untuk menghantarnya

ke stesen bas di bandar untuk pulang ke universiti. Ibunya yang baru selesai sembahyang Zohor

hanya memerhati Rohayu yang berbaju kurung kedah, duduk di atas kerusi di beranda rumah.

“Kenapa Ayu tak balik ke universiti dengan Imran pagi tadi?”. Tiba-tiba Khatijah

bersuara memecah lamunan Rohayu.

“Tak ada apa lah mak. Ayu nak rasa lama-lama sikit kat kampung ni”. Jawab Rohayu

seperti menyimpan sesuatu di hatinya.

“Aikkk... dah tiga bulan cuti pun masih tak puas-puas duduk di kampung ni. Ke ada

benda lain yang tak kena?”. Khatijah cuba mengeluarkan apa sebenarnya yang ada di dalam

hati anaknya itu. Dua tiga hari ini, Khatijah dapat mengesan perubahan sikap pada Rohayu. Jika

126

sebelum ini Rohayu seorang yang periang dan suka mengusik ibu dan bapanya, tapi akhir-akhir

ini, Rohayu berubah menjadi pendiam. Sepatah yang ditanya, sepatah yang akan dijawab.

“Imran ada cakap apa-apa ke dengan kamu?”. Khatijah tidak sabar untuk mengetahui

keadaan sebenar.

“Entah lah mak. Ayu ni perempuan. Takkan lah orang dah tak nak, kita terhegeh-hegeh

lagi”. Rohayu menundukkan mukanya menahan kesedihan. Khatijah mulai faham apa yang

mendongkol di dalam perasaan Rohayu. Dia sudah mendapat jawapan kenapa Rohayu tidak

balik ke universiti bersama Imran.

“Habis tu mak long kamu dah tau?”. Khatijah bertanya perlahan-lahan tidak mahu

menambah kelukaan di hati anaknya itu, namun Rohayu hanya menggeleng-gelengkan kepala.

Khatijah termenung panjang. Kepalanya kosong tidak tahu untuk memikirkan apa-apa tentang

perancangan kakaknya yang ingin menjodohkan Imran dan Rohayu.

“Tak apa lah mak. Sampai universiti nanti Ayu akan call mak long, bagitau tentang

keputusan Imran”. Air jernih mula menitik di kelopak mata

nya. Dia mencari tisu yang diselitkan di celah beg bimbitnya. Air matanya diseka lebih

awal agar tidak jatuh ke baju.

Khatijah hanya memerhati tingkah Rohayu. Perasaan sedih dan kesian bersilih ganti di

dalam hati bila melihat Rohayu begitu. Dia dapat merasakan betapa kecewa anaknya itu apabila

orang yang disayangi selama ini tidak mempunyai perasaan yang sama sepertinya. Selama ini

pun Khatijah sedar Rohayu begitu sayangkan Imran lebih dari saudara kandung. Tapi dia tak

pernah bertanyakan apa-apa sehinggalah Rahimah datang membawa cadangan untuk

merapatkan lagi hubungan keluarga mereka. Apa yang dia lebih kasihan ialah tentang harapan

kakak sulongnya itu. Khatijah sendiri tak tahu bagaimana perasaan Rahimah nanti apabila

mengetahui perancangan untuk mengambil Rohayu sebagai menantunya tidak kesampaian.

“Sudah lah Ayu. Dah tak ada jodoh kamu dengan Imran. Nanti cakap baik-baik dengan

mak long ye”. Khatijah cuba menenangkan Rohayu. Rohayu mengesat air matanya sambil

tersenyum memandang ibunya. Dia mengangguk lemah.

Dari kejauhan Rohayu dapat melihat ayahnya menunggang motorsikal yang terhingguthinggut

melanggar lopak-lopak jalan yang tidak rata menuju ke rumah. Sudah sampai masanya

Rohayu untuk kembali ke universiti dan meneruskan cita-cita mengejar segulung ijazah. Dia

akan cuba melupakan kepahitan yang dialami walaupun sukar kerana akan sentiasa berhadapan

dengan Imran setiap hari. Tapi dia akan mencuba melepaskan semua. Dia terpaksa mencuba

demi kebahagian semua.

127

BAB 25

“Hai bro!. Apa khabar?”. Irham yang tiba-tiba tercegat di tepi meja Haikal menegur.

Haikal hanya buat ‘bodoh’ dengan teguran Irham. Irham menarik kerusi dan duduk berhadapan

dengan Haikal.

“Apsal ni bro. Aku tengok macam ayam berak kapur je?”. Irham menruskan katakatanya

walaupun tiada respon daripada Haikal. Irham membiarkan susana sunyi seketika.

Mungkin membiarkan Haikal tenang sedikit.

“Aku memang tak puas hati betul denga budak tu”. Tiba-tiba Haikal memecah suasana

bisu sebentar tadi. Dia mengepal-ngepal tangannya tanda ada sesuatu pekerjaan yang belum

usai di kepalanya.

“Come on la bro. Kan aku dan bagi kau jalan macam mana nak jayakan hasrat hati kau

tu. Sabar lah sikit”. Irham seperti menasihati sahabat baiknya itu. Dia tahu apa yang sedang

mendongkol di hati Haikal. Tak habis-habis cerita pasal Puteri Balqis yang masih belum dapat

dijinakkannya. Kali ini Haikal betul-betul ‘buku bertemu ruas’. Selama ini Haikal

menggunakan wajah dan kekayaannya untuk memiliki gadis-gadis yang diingininya dengan

mudah, tapi tidak pada Puteri Balqis. Dia nampak seperti seorang gadis yang sosial, tetapi tetap

menjaga kehormatan diri sebagai seorang wanita.

“Aku tetap tak puas hati”. Haikal menepuk meja. Irham yang sedang meneguk air,

terkejut dengan tindakan Haikal tersebut. Dia terkulat-kulat seperti cicak makan kapur apabila

melihat kelakuan Haikal sebegitu.

“Dalam sejarah hidup aku, tak pernah lagi ada mana-mana perempuan menolak

keinginan aku, malukan aku depan orang ramai”. Haikal meluahkan ketidakpuasan hatinya

terhadap apa yang berlaku.

“Aku tau kau marah. Tapi chill lasikit. Rilex la. Aku jamin apa yang aku plan akan

sucsess. Lepas tu kau boleh la ‘kenduri’ puas-puas”. Irham menepuk-nepuk bahu Haikal. Dia

berharap apa yang dikatakannya dapat menenangkan sedikit hati Haikal. Kalau Haikal

berterusan begini, maksudnya dia juga takkan dapat berseronok kerana selama ini Haikal

merupakan lubuk duitnya. Berapa banyak yang diminta Haikal sanggup bagi asalkan dia

mampu merancang sesuatu yang diidamkan oleh Haikal.

“Kau ingat ye. Ini semester last aku. Kalau plan kau tak gerak dan Puteri tak jatuh ke

tangan aku, satu sen pun kau takkan dapat lagi”. Haikal mengugut Irham. Selagi hajat di hatinya

yang masih belum tertunai, selagi itu lah seperti satu bebanan ada di kepalanya.

128

“Hei bro. Pernah ke aku kecewakan kau. Walaupun aku tak belajar tinggi macam kau,

tapi otak aku still berhubung, tau tak”. Irham meyakinkan Haikal yang rancangannya akan

berjaya. Memang Haikal akui sebelum-sebelum ini rancangan jahat yang diuruskan oleh Irham

tak pernah gagal. Bagi sahaja berapa yang Irham nak, hidangan sedia di hadapan mata. Mangsamangsanya

juga tak mampu nak buat apa-apa kerana disogok dengan duit dan diugut dengan

rakaman-rakaman video yang semuanya diuruskan oleh Irham. Tetapi ramai juga yang

merelakan diri mereka dijamah oleh Haikal tanpa paksaan kerana inginkan kemewahan.

Haikal merasakan dia boleh menjinakkan Puteri Balqis tanpa bantuan Irham kerana

melihat personaliti Puteri Balqis tak banyak berbeza dengan gadis-gadis yang pernah

ditawannya. Tapi sangkaannya meleset. Puteri Balqis bukan seorang gadis yang mudah

diperdaya dengan rupa paras dan wang ringgit. Dia ada pegangan yang kuat. Hanya rancangan

yang teliti dan licik sahaja yang dapat menjinakkan Puteri Balqis.

“Puteri Balqis ni macam merpati. Jinak-jinak ditangkap lari. So kalau nak tangkap

merpati ni, kena la ada umpan special”. Haikal masih ingat kata-kata Irham sewaktu mereka

berada di pub tempoh hari. Akhirnya Haikal tersenyum sendirian. Dia cukup yakin rancangan

Irham akan membuahkan hasil. Dia cukup percaya dengan Irham seratus peratus.

“Assalamulaikum”. Pintu rumah terkuak. Aireen dan Misya yang sedang menonton

televisyen di ruang tamu serentak menoleh ke arah pintu yang terbuka. Puteri Balqis berdiri di

muka pintu sambil menggalas beg pakaiannya.

“Waalaikumsalam”. Jawab Aireen dan Misya serentak. Mereka menumpukan semula

pandangan ke kaca televisyen tanpa menghiraukan Puteri Balqis yang masih terpacak di muka

pintu. Puteri Balqis melangkah masuk dan menutup semula pintu. Dia meletakkan beg

pakaiannya di tepi sofa. Dia melabuhkan punggungnya di atas sofa bersebelahan Aireen. Aireen

dan Misya masih buat selamba seperti tiada apa-apa yang berlaku.

“Wei korang. Aku tau aku banyak salah dan sakitkan hati korang. Aku balik ni pun

semata-mata nak minta maaf. Aku dah tak ada kawan lain. Korang je kawan-kawan aku dunia

akhirat”. Tersekat-sekat suara yang keluar daripada mulut Puteri Balqis meminta maaf daripada

kawan-kawannya. Kepalanya ditundukkan. Suaranya berubah lembut dan sayu tidak seperti

yang mereka kenali.

Aireen memandang Misya yang sedang duduk berhadapan dengannya. Kemudian

mereka sama-sama memandang Puteri Balqis yang masih tunduk di sebelah Aireen. Aireen

129

menutup matanya dan menadah tangan. Mulutnya terkumat-kamit seperti membaca sesuatu.

Setelah sekian lama suasana sunyi sepi, tiba-tiba Aireen menghembuskan sesuatu ke arah Puteri

Balqis setelah selesai berdoa. Puteri Balqis terkejut dengan perbuatan Aireen. Misya yang

duduk bertentangan juga turut terkejut. Dia sendiri tidak tahu apa yang sedang dilakukan oleh

Aireen.

Aireen menghampiri Puteri Balqis yang masih terkejut dengan perbuatan Aireen

sebentar tadi. Aireen mencubit pipi Puteri Balqis yang gebu. Puteri Balqis menjerit kesakitan.

“Adohhh... apa yang kau buat ni?”. Puteri Balqis menggosok-gosok pipinya yang mula

kemerahan akibat dicubit oleh Aireen.

“Aku nak confirmkan yang depan aku ni betul-betul Puteri Balqis”. Aireen menjelaskan

apa yang dilakukannya. Penjelasan Aireen membuatkan Misya tidak dapat menahan ketawa.

Akhirnya ketawa Misya pecah juga dan diikuti oleh Aireen.

“Ini aku laa...”. Puteri Balqis bersuara setelah ketawa Aireen dan Misya reda. Dia tahu

kawan-kawannya tidak percaya dia boleh meminta maaf. Dia sendiri mengakui, itu lah pertama

kali dia meminta maaf atas kesalahan yang dilakukannya. Selama ini dia tak pernah nak

memahami hati dan perasaan orang lain.

“Aku minta maaf ok. Kami sebenarnya sayang kat kau”. Aireen memeluk Puteri Balqis.

Ada air jernih yang mengalir di hujung mata Puteri Balqis. Dia tersentuh dengan kebaikan

kawan-kawannya. Walau apa yang telah dilakukannya terhadap mereka, tapi dia masih diterima

dengan baik. Misya yang melihat dua orang sahabat yang berpelukan turut menyertai mereka.

Ketiga-tiga mereka berpelukan dalam tangisan yang menghibakan.

“Korang tak payah minta maaf dengan aku. Korang tak penah pun buat salah dengan

aku. Aku yang banyak sakitkan hati korang. Aku sombong. Aku ego”. Puteri Balqis berkatakata

dengan iringan air mata yang semakin deras. Bila mengingatkan apa yang pernah

dilakukannya terhadap Aireen dan Misya sebelum ini, hati Puteri Balqis semakin sedih.

“Lepas aku janji takkan sakitkan hati korang lagi”. Janji yang dilafazkan oleh Puteri

Balqis disulami dengan esakan yang bertali-tali. Pelukan ketiga-tiga sahabat tersebut semakin

erat.

130

BAB 26

Wahid tersipu-sipu bila melihat Rohayu datang menghampirinya. Wahid menjeling ke

arah jam tangan. Jarum jam menunjukkan pukul lapan empat puluh lima malam. Tepat seperti

yang dijanjikan. Dalam suasana suram malam yang diterangi lampu kalimantang sekitar gerai

makan itu cukup untuk Wahid melihat Rohayu yang cukup cantik mengenakan blouse berwarna

putih dan jean. Bertudung biru gelap membuatkan wajah cerah Rohayu makin terserlah.

“Assalamulaikum”. Lembut suara Rohayu menyapa Wahid yang sudah tersengihsengih

menanti bunga pujaannya.

“Ayu lambat ke?”. Sambung Rohayu seraya duduk di kerusi plastik berhadapan dengan

Wahid.

“Ehh... tak. Wahid yang tercepat. Maklum lah, tak sabar”.

“Ooo... ye ke. Sembahyang Maghrib tak tadi ni?”. Soal Rohayu membuatkan Wahid

semakin tak tentu arah.

“Ehhh... sembahyang. Lepas sembahyang Maghrib tadi terus Wahid ke sini”. Jawab

Wahid malu-malu kucing.

“Eerrmm... tak sempat nak doa la tu”. Usik Rohayu lagi. Wahid tak mampu nak

menjawab usikan Rohayu. Kalau tempat terang, mungkin boleh dilihat perubahan pada wajah

Wahid yang dirasakannya sekejap hijau, sekejap biru, sekejap merah. Bermacam-macam rasa

yang ada di hati Wahid ketika itu.

“Ada apa Wahid ajak Ayu keluar makan ni?”. Soalan Rohayu membuatkan Wahid

terasa seperti mahu demam.

“Kita makan la dulu. Ayuorder makan ye. Lagi pun dah dua minggu kita balik dari

bercuti, ini baru dapat nak jumpa Ayu”. Wahid tidak terus mahu menjawab soalan Rohayu.

Seboleh mungkin dia mahu memberikan lebih masa untuk bersama Rohayu. Dalam remangremang

cahaya lampu, mata Wahid tidak berganjak daripada melihat wajah Rohayu. Semenjak

pertama kali bertemu muka dengan Rohayu, dia adalah seorang wanita yang cukup sempurna

di mata Wahid.

“Weiii... cantik betul sepupu kau tu kan?”. Wahid masih ingat pertama kali dia

diperkenalkan oleh Imran kepada Rohayu.

“Memang la. Kau tengok la sape sepupu dia. Hahaha”. Jawab Imran spontan.

“Habis kau tak ada apa-apa ke dengan Rohayu tu?”. Wahid cuba memancing untuk

mengetahui sejauh mana hubungan Imran dan Rohayu.

131

“Ishhh... kau ni. Agak-agak la. Ayu tu dah macam adik kandung aku tau tak. Tak

tergamak aku nak bercinta dengan dia. Dah macam bercinta dengan adik sendiri”. Pantas Imran

menyanggah agakan Wahid itu. Memang dia tidak pernah menyimpan hati atau perasaan

terhadap Rohayu.

“Ooo... kalau macam tu bagus lah”. Wahid tersenyum mendengar apa yang dijelaskan

oleh Imran.

“Yang kau tersenyum-senyum sorang-sorang ni kenapa?”. Imran menegur Wahid yang

sedari tadi asyik tersengih-sengih seorang diri.

“Kau jangan macam-macam ye. Aku tau apa yang ada kat kepala kau tu. Tapi kalau kau

betul-betul ikhlas nak kan dia, aku boleh tolong. Tapi kalau kau main-mainkan dia, kau nampak

ni!”. Imran menunjukkan penumbuknya ke muka Wahid.

“Kau ni. Takkan la aku nak main-mainkan dia. Kalau dia terima aku, itu pun dah seribu

rahmat tau tak”. Wahid seperti memberi keyakinan kepada Imran yang dia takkan

mengecewakan sepupunya itu. Walau bagaimanapun dia gembira dengan apa yang Imran

katakan sebentar tadi. Kalau betul Imran ingin membantunya memenangi hati Rohayu, dia

betul-betul bersyukur.

“Kenapa Wahid senyap je dari tadi?”. Khayalan Wahid dikejutkan oleh pertanyaan dari

Rohayu.

“Ehh... tak ada apa. Cuma Wahid terpegun tengok Ayu cantik sangat malam ni”. Entah

datang dari mana kekuatan Wahid untuk memuji Rohayu. Tapi demi Allah, memang Rohayu

cantik sangat malam itu.

“Maknanya hari-hari lain Ayu tak cantik la?”.

“Eh... tak. Hari-hari lain Ayu cantik juga. Tapi malam ni extra cantik”.

“Alah... tak ada maknanya”. Rohayu menjuihkan mulut mendengar pujian Wahid.

“Wahid kata ada sesuatu yang Wahid nak cakapkan pada Ayu?”. Rohayu kembali

kepada persoalan pokok mengapa Wahid ingin bertemu dengannya malam itu.

“Alaa... kejap-kejap lagi la Wahid cakap. Sekarang ni kita makan la dulu. Perut Wahid

pun dah lapar ni”. Wahid masih cuba menangguh-nangguhkan masa untuk lebih masa dengan

Rohayu.

Perlahan Rohayu mengangkat sudu dan garfu di atas pinggan mee bandung yang

diordernya sebentar tadi. Garfu di tangan dipintal ke atas mee bandung yang masih berasap.

Ditiup mee bandung yang berlilit di garfu beberapa kali sebelu disuap ke dalam mulut. Selesai

beberapa suapan, Rohayu menarik straw air tembikai laici dan dibawanya hampir ke mulut.

132

Disedutnya air tersebut sedikit. Wahid asyik memerhati perbuatan Rohayu sehingga dia terlupa

untuk menjamah makanannya sendiri. Gerak geri Rohayu diperhati satu persatu tanpa berkedip.

“Ehh... kenapa Wahid tak makan lagi?”. Rohayu menegur Wahid yang dilihatnya masih

belum menjamah nasi goreng paprik di hadapannya. Wahid kelam kabut mencapai sudu dan

garfunya apabila menyedari Rohayu sudah mengetahui yang dia asyik memerhatinya sedang

makan.

Rasa nasi goreng paprik yang dijamahnya seperti tidak ada apa-apa. Rasa hambar.

Mungkin kerana Wahid asyik memikirkan bagaimana untuk memulakan bicara tentang hati dan

perasaannya terhadap Rohayu selepas ini.

Bagaimana kalau Rohayu menolak dan tiba-tiba membencinya kerana perkara itu. Betul

ke Rohayu masih belum berpunya seperti kata Imran?. Atau mungkinRohayu sudah berkenan

dengan mana-mana mahasiswa yang ada di universiti itu dan Imran sepupunya sendiri pun tidak

mengetahuinya?. Adohhh... macam mana ni?. Wahid menyoal dirinya sendiri di dalam hati.

Wahid sesekali memerhati Rohayu yang sudah menghabiskan makanan dan minumannya.

“So apa yang penting sangat yang Wahid nak bagitau tadi?”. Rohayu bersuara semula

setelah selesai sedutan terakhir air tembikai laicinya. Rohayu seolah-olah ingin menumpukan

sepenuh perhatian terhadap apa yang ingin dimaklumkan oleh Wahid.

“Sebenarnya memang ada benda penting yang Wahid nak bagitau Ayu”. Akhirnya

Wahid tidak mampu berdalih lagi. Memang sudah sampai masanya untuk dia berterus terang

walau apa yang terjadi sekali pun. Dia menolak pinggan nasi goreng papriknya yang hanya luak

separuh ke tepi untuk mengosongkan ruang di hadapannya. Air epal asam boi di tarik ke

hadapannya. Straw minuman yang ada di dalam cawan tersebut disorong tarik seperti ingin

mencari kekuatan untuk menjelaskan apa yang terbuku di hati.

“Apa yang dia?”. Rohayu tidak sabar bila melihat Wahid berdiam sekian lama.

“Eeerr...ehhh... macam ni. Sebenarnya... sebenarnya...”. Susah sangat kata-kata yang

sudah dikarangnya daripada bilik asrama tadi lagi, untuk keluar dari rongga mulutnya.

“Sebenarnya apa!?”. Rohayu menepuk meja.

“Hoiii... sebenarnya Wahid suka Rohayu. Eehhh...”. Wahid terkejut sehingga melatah

kerana tepukan meja oleh Rohayu. Mujur juga orang tidak ramai dan mereka duduk di meja

yang paling hujung. Kalau tidak tak tahu macam mana nak sorok muka.

“Hahahaha”. Rohayu ketawa besar melihat Wahid melatah dengan usikan sebentar tadi.

Peluh jantan memenuhi seluruh muka Wahid. Dia mengambil beberapa helai tisu untuk

mengelap peluhnya.

133

“Kenapa Ayu ketawa?”. Wahid yang seperti baru tersedar hanya memandang Rohayu

yang masih belum reda tawanya.

“Sorry...Wahid ni kelakar lah. Itu ke yang penting sangat yang Wahid nak bagitau

Ayu?”. Soalan Rohayu itu seperti membawa perkhabaran tidak elok untuknya. Dirasakan

seolah-olah Rohayu memandang apa yang diluahkannya sebentar tadi tidak membawa apa-apa

makna.

“Iye. Memang itu lah perkara penting yang Wahid nak bagitau Ayu”. Wahid berterus

terang akhirnya.

“Kenapa?. Ayu tak suka Wahid ke?. Atau Ayu dah ada yang lain?. Su cakap je apa-apa

pun. Wahid boleh terima dan Wahid akan faham”. Nada suara Wahid seperti orang yang sudah

putus harap. Dia akan reda apa sahaja keputusan Rohayu. Sudah terbayang di matanya, Rohayu

melambai-lambai tangan tanda mengucapkan selamat tinggal dengan senyuman yang manis.

Kepalanya ditundukkan seperti orang salah menanti hukuman. Dia tak sanggup menatap wajah

Rohayu andainya dia ditolak mentah-mentah.

“Wahid. Bukan Ayu tak suka dengan Wahid. Ayu pun tak ada sesiapa dalam hati ni.

Tapi soal hati dan perasaan ni kita tak boleh terburu-buru. Wahid bagi Ayu masa ok. Insyaallah,

kalau ada jodoh kita, takkan ke mana”. Lembut suara Rohayu menenangkan hati Wahid yang

seperti enjin motorbot. Walau pun Rohayu belum menerimanya, tapi dia tetap berpuas

hatikerana telah mencurahkan segala isi hatinya pada Rohayu. Sebelum mendapat kata putus

daripada Rohayu dia takkan putus harapan untuk terus menunggu.

“Tak apa Ayu. Ayu ambil lah sebanyak mana masa yang Ayu suka. Betul kata Ayu, soal

hati ni bukan boleh buat main. Ini soal masa depan kita”. Wahid sudah boleh menerima apa

yang dikatakan oleh Rohayu. Dia tak mahu mendesak atau memaksa Rohayu dalam membuat

keputusan. Biar lah keputusan yang dibuat oleh Rohayu datang dari hati yang ikhlas dan tenang.

“Insyaallah, nanti bila tiba masanya Wahid lah orang pertama yang akan tahu siapa yang

akan bertahkta di hati ni”. Rohayu sendiri agak malu untuk berbicara soal hati dan perasaannya

dengan lelaki lain kerana ini lah pertama kali dia bercerita soal cinta, apatah lagi dengan orang

yang begitu asing dalam hidupnya.

Wahid hanya mengangguk lemah. Harapannya biarlah orang yang berjaya bertahkta di

hati Rohayu seperti yang dikatakannya sebentar tadi adalah dirinya, Wahid bin Abdul Latif.

134

BAB 27

Suasana bilik kuliah kembali riuh pagi itu dengan pelbagai cerita daripada pelajarpelajar

yang sudah mula memenuhi bilik kuliah tersebut. Imran dan Wahid seperti biasa

mengambil tempat favouritemereka untuk subjek tersebut. Imran dan Wahid biasanya tidak

banyak berbual semasa dalam kelas. Masing-masing hanya melayan sementara menunggu

lecturer mereka sampai. Imran melihat jam tangannya. Mereka awal lima belas minit. Imran

memang suka datang awal ke kelas. Dia tak mahu ketinggalan walau satu ayat daripada apa

yang akan disampaikan oleh lecturernya.

“Tuhhh...”. Tiba-tiba Wahid menyenggol bahu Imran yang duduk di sebelahnya. Imran

memandang wajah Wahid yang memuncungkan bibirnya untuk menunjukkan sesuatu.

“Tuan Puteri kesayangan kau dah sampai”. Imran memandang ke arah yang ditunjukkan

oleh Wahid. Kelihatan Puteri Balqis dan dua orang lagi kawan baiknya telah sampai ke kelas.

Imran mengambil kesempatan untuk memandang wajah ‘puteri’ idamannya. Apabila terperasan

Puteri Balqis terpandang ke arahnya, Imran cepat-cepat mengalihkan pandangannya ke

hadapan. Dia bimbang sekiranya Puteri Balqis sedar akan perbuatannya dan akan melakukan

tindakan yang akan memalukan dirinya sendiri,

“Itu je lah kerja kau. Tengok je lah dari jauh”. Sindir Wahid yang mula mengeluarkan

buku dan alat tulis daripada begnya.

“Isshh... kau ni. Jangan lah cakap kuat-kuat. Kalau dia dengar nanti, mampus aku... tau

tak”. Imran berbisik kepada Wahid mengingatkan. Mereka bukan tak tahu perangai Puteri

Balqis. Kalau dia nak melenting, tak kira masa dan tempat.

“Eeerrmmm....”. Hanya itu yang keluar dari mulut Wahid. Kadang-kadang dia sendiri

kasihan dengan Imran, seperti menunggu buah yang tak gugur. Seperti Pungguk rindukan

bulan.

Prof. Dr. Zaiton, pensyarah yang mengajar mereka untuk subjek tersebut sudah tiba.

Bilik kuliah yang tadinya hingar-bingar menjadi senyap sunyi seperti dilanggar tsunami. Prof.

Dr. Zaiton yang berbadan agak gempal meletakkan buku-bukunya di atas meja dan mula

menghidupkan laptop yang dibawanya sebelum memulakan kuliah.

Imran menumpukan sepenuh perhatian terhadap pengajaran yang disampaikan oleh

Prof. Dr. Zaiton. Itu lah sikap Imran yang takkan mampu diikuti oleh sesiapa. Takkan ada apaapa

yang boleh mengganggu kosentrasinya sewaktu kuliah sedang berlangsung.

“Ok semua. Kuliah kita dah masuk minggu ketiga. So macam biasa untuk tugasan atau

assignment kamu semester ini, saya nak kamu semua menyediakan satu kertas kerja yang ada

135

kaitan dengan sektor korporat. Saya nak kamu menemubual seorang tokoh korporat

berdasarkan perkara-perkara yang akan saya maklumkan kepada kamu sebentar nanti. Seperti

biasa, markah untuk tugasan ini sebanyak enam puluh peratus dari jumlah keseluruhan markah

kamu nanti”. Panjang lebar Prof. Dr. Zaiton menjelaskan tentang tugasan atau assingment yang

akan mereka sediakan untuk melengkapi subjek tersebut.

Imran tak kisah tentang semua itu. Baginya menyiapkan tugasan atau apa sahaja kerja

rumah untuk pelajarannya akan disiapkan dengan cemerlang. Kalau pelajar lain berkeluh kesah,

tapi bagi Imran itu semua sesuatu yang mudah baginya. Mungkin itu anugerah dari Allah yang

dikurniakan kepadanya yang sangat-sangat disyukuri oleh Imran.

“Satu lagi, sebelum kita take five minutes, assignment yang kamu kena sediakan adalah

secara berkumpulan”. Suara Prof. Dr. Zaiton jelas. Bilik kuliah mula riuh rendah apabila

mendengar apa yang disampaikan oleh Prof. Dr. Zaiton itu. Masing-masing sudah mula mencari

kumpulan untuk tugasan tersebut.

“Yes... ini yang best ni. Ada la chance aku nak score A paper ni”. Wahid tersenyum

memandang Imran. Biasanya kalau tugasan berkumpulan, Imran tak pernah mengecewakan

mereka. Sudah pasti-pasti mereka akan mendapat markah tertinggi untuk tugasan mereka.

Imran hanya mencebik memandang Wahid. Dia sudah tahu apa yang ada dalam kepala Wahid.

“Class, I’m not finish yet. Listen”. Prof. Dr. Zaiton tepaksa meninggikan suaranya agar

dapat didengari oleh semua pelajar. Bilik kuliah kembali senyap. Masing-masing menunggu

butir perkara yang ingin disampaikan oleh lecturer mereka itu.

“Seperti yang saya sebut tadi, assignment ini disediakan secara berkumpulan, tetapi

hanya dua orang satu kumpulan and to be fair kita akan vote pasangan masing-masing.

Pasangan yang telah diundi, tidak boleh ditukar”. Apa yang disampaikan oleh Prof. Dr. Zaiton

menyebabkan bilik kuliah kembali riuh rendah. Ramai yang mengeluh kerana mengharapkan

mereka diberi kebebasan untuk memilih pasangan masing-masing.

“Class... class. Listen to me”. Prof. Dr. Zaiton terpaksa menenangkan bilik kuliah yang

sudah seperti pasar malam.

“Saya sudah sediakan nama-nama yang akan menjadi pasangan kamu untuk

melaksanakan tugasan ini. Siapa yang saya panggil sila ke depan dan ambil satu nama yang

akan menjadi pasangan kamu untuk tugasan ini. Understand?”. Prof. Dr. Zaiton sudah

menyediakan satu bekas yang mengandungi nama-nama pelajar yang akan diundi. Seorangdemi

seorang dipanggil ke hadapan untuk mengundi pasangan masing-masing. Macam-macam

kerenah. Ada yang seronok kerana terkena sahabat sendiri dan ada yang tarik muka sebab nama

yang diundi tidak kena seperti yang mereka harapkan.

136

“Imran Abu Bakar”. Tiba-tiba nama Imran dipanggil oleh Prof. Dr. Zaiton untuk

mencabut undi untuk mengetahui siapa pasangannya untuk tugasan semester tersebut.

“Weiii... ko cabut nama aku tau”. Sempat lagi Wahid berbisik di telinga Imran sebelum

Imran bangun dan menuju ke hadapan bilik kuliah.

Imran mengambil satu lipatan kertas yang ada di dalam kotak kecil yang dihulurkan

oleh Prof. Dr. Zaiton. Perlahan Imran membuka lipatan kertas tersebut yang ada di tangannya.

Tiba-tiba entah kenapa dadanya berdebar-debar dan tidak keruan. Selesai lipatan kertas tersebut

dibuka, mata Imran terbuntang membaca nama yang tertera di atas kertas tersebut. Dunianya

terasa berputar. Kepalanya bagai dihempap batu besar. Lidahnya seperti terkena gam, amat

berat untuk dia membaca nama tersebut di hadapan pelajar-pelajar lain dan dia sendiri sudah

tahu apa natijahnya selepas dia membaca nama tersebut. Kalau boleh dia ingin menjerit sekuat

hati dan berlari keluar daripada bilik kuliah tersebut. Tapi itu semua tidak mampu untuk dia

lakukan. Kenapa lah dugaan sebesar ini yang harus dihadapinya.

“Imran... kenapa kamu tak baca nama tu?”. Soal Prof. Dr. Zaiton apabila melihat Imran

hanya terkaku melihat nama yang terpapar di atas kertas putih tersebut. Mahu tak mahu dia

terpaksa gagahkan juga untuk membacanya. Bagaikan separuh nyawanya hilang. Dia menghela

nafas sepanjang-panjangnya. Imran mula membuka mulut untuk membacakan nama siapa yang

akan menjadi pasangannya untuk menyiapkan tugasan itu.

“Eerrr... Ppp... uu...tte... riii Baa...l... qis... Ttan Ssri... Sss... yed... Aa...minuddin”.

Tergagap-gagap Imran membaca nama tersebut. Terasa nama itu cukup panjang untuk dia

membacanya.

“Whats?” Nyaring suara Puteri Balqis yang secara sepontan apabila namanya disebut.

Imran terus menundukkan kepala, tidak berani untuk memandang ke arah teman-teman

sekuliahnya yang lain. Suasana bilik kuliah sunyi sepi.

“Prof.!!!. Saya minta maaf. Saya tak setuju dengan undian ini. Boleh tak...”.

“Puteri!!!. Kan saya dah kata tadi. Saya takkan benarkan sesiapa sahaja untuk bertukar

kumpulan yang telah diundi. Fullstop”. Prof. Dr. Zaiton cepat memotong apa yang ingin

dikatakan oleh Puteri Balqis. Dia sudah tahu apa yang ada di dalam hati pelajarnya itu.

Puteri Balqis duduk semula dengan wajah kemerah-merahan menahan kemarahan.

Aireen dan Misya yang duduk bersebelahan hanya mendiamkan diri. Mereka tahu Puteri Balqis

dalam keadaan marah yang sangat maksima. Puteri Balqis berpeluk tubuh tanda protes. Dia

sendiri tak faham. Kenapa dia selalu ditemukan dengan orang yang paling dia benci. Sudah

lahhari-hari dia terpaksa duduk satu kelas bersama Imran, tup-tup hari ni kena buat

137

assignmentbersama. Puteri Balqis merengus dalam hati. Kepalanya menjadi bercelaru. Otaknya

ligat mencari idea.

“Ok class. Kita take five. Lepas tu kita akan sambung semula untuk tajuk yang

seterusnya. Saya nak ke office fakulti sekejap”. Prof. Dr. Zaiton mengarahkan pelajarpelajarnya

untuk berehat seketika sebelum menyambung kuliah.

Puteri Balqis hanya memerhati rakan-rakannya yang lain keluar bilik kuliah termasuk

Imran. Apabila bilik kuliah kosong, Puteri Balqis bergegas melaksanakan rancangannya.

Apabila semuanya selesai, Puteri Balqis segera mendapatkan Aireen dan Misya yang berada di

luar.

“Ok. Semua dah ada?”. Prof. Dr. Zaiton memulakan kuliah selepas tempoh lima minit

yang diberikan kepada pelajar-pelajarnya untuk berehat seketika tamat.

“Untuk tajuk yang seterusnya.....”. Belum sempat Prof. Dr. Zaiton menghabiskan

ayatnya, Puteri Balqis mengangkat tangan.

“Ya Puteri. Ada apa ye?”.

“Handphone saya hilang Prof.”. Puteri Balqis mengadukan tentang kehilangan telefon

bimbitnya kepada Prof. Dr. Zaiton.

“Ehh... macam mana boleh hilang?”. Soal Prof. Dr. Zaiton lagi.

“Tadi masa take five, saya tinggalkan phone saya dalam beg ni Prof. Bila saya masuk

balik, saya check beg untuk ambil semula phone saya, tau-tau dah takde”.

“Kamu pasti ke kamu tak tertinggal di mana-mana?”.

“Saya confirm Prof.”. Kata-kata dan wajah Puteri Balqis cukup meyakinkan yang dia

benar-benar kehilangan telefon bimbitnya. Prof. Dr. Zaiton diam seketika. Mungkin

memikirkan cara untuk membantu pelajarnya itu mendapatkan semula telefonnya yang hilang.

“Ok. Begini lah. Boleh sesiapa call phone Puteri. Kalau-kalau phone tu jatuh atau terselit

mana-mana”. Prof. Dr. Zaiton memberikan idea untuk mengesan kedudukan telefon Puteri

Balqis. Puteri Balqis hanya tersenyum. Aireen cepat-cepat mengangkat tangan menawarkan diri

untuk cuba menghubungi telefon Puteri Balqis yang hilang.

Suasana bilik kuliah senyap. Tiba-tiba.....kkkrrriiinngggggg.....kkkrrriiinngggg......

Bunyi nyaring telefon Puteri Balqis yang hilang. Semua berpandangan sesama sendiri dan cuba

mencari arah bunyi tersebut.

Imran terkejut apabila beg yang diletakkan di belakang kerusi, tiba-tiba bergegar dan

dituruti dengan bunyi deringan. Semua pelajar yang ada menumpukan pandangan ke arah

138

Imran. Imran mengambil beg dan membukanya. Mukanya pucat lesi apabila telefon yang

dikatakan hilang ada di dalam beg miliknya. Bala apa pula yang nak timpa aku ni?. Soal Imran

dalam hati.

“Itu phone saya Prof.!!!”. Puteri Balqis menjerit menudingkan jarinya ke arah telefon

bimbit yang ada di tangan Imran.

“Tapiii sa... sa ya tak curi Prof. Sumpah”. Spontan Imran bersuara cuba

mempertahankan dirinya.

“Tak apa. Bertenang semua. Imran dan Puteri Balqis ikut saya ke pejabat dekan”. Prof.

Dr. Zaiton mengarahkan kedua-duanya ke pejabat dekan untuk menyelesaikan masalah

tersebut. Puteri Balqis tersenyum puas kerana rancangannya berjaya.Imran bagaikan ingin

pengsan dan seolah-olah dapat melihat masa depannya yang gelap. Pada waktu itu hanya wajah

ibunya yang sedih hadir di dalam kotak fikirannya.

139

BAB 28

“Kkrriingggg....!!!”. Telefon bimbit yang diletakkan di atas meja belajar, bergegar dan

berdering. Rohayu yang sedang mengadap komputer ribanya berhenti seketika. Dia memerhati

nama yang tertera di atas screen telefon tersebut.

“Mak Long?. Apa dia nak malam-malam ni?”. Bisik Rohayu di dalam hati.

“Assalamualaikum”. Rohayu memberi salam setelah menerima panggilan daripada ibu

saudaranya itu.

“Waalaikumsalam. Ayu sihat?”. Rahimah menjawab salam Rohayu dan mula

bertanyakan keadaan anak saudaranya itu.

“Alhamdulillah Mak Long. Ayu sihat je. Mak Long macam mana?”. Giliran Rohayu

bertanyakan keadaan ibu saudaranya itu.

“Alhamdulillah. Mak long pun sihat. Tapi orang tua, macam ni lah”.

“Mak Long kena jaga kesihatan tau”. Lembut Rohayu mengingatkan Rahimah agar dia

sentiasa menjaga kesihatannya.

“Mak Long ganggu kamu ke ni?”.

“Eehh... tak lah. Ayu Cuma duduk-duduk cari idea nak siapkan kerja kuliah”. Terang

Rohayu.

“Ada apa Mak Long telefon Ayu ni?. Macam adahal penting je”. Sambung Rohayu lagi.

Dia dapat merasakan ada sesuatu yang ingin disampaikan oleh ibu saudaranya itu.

“Macam ni. Kalau Mak Long tanya, kamu jangan marah pula ye”.

“Tak apa Mak Long. Takkan Ayu nak marah Mak Long pula”.

“Mak Long Cuma nak tanya, macam mana keputusan Ayu dan Imran tentang hasrat

kami nak satukan kamu berdua?”. Rahimah berterus terang maksud dia menghubungi Rohayu

malam-malam begitu.

Rohayu diam seketika. Dia cuba memikirkan jawapan yang terbaik agar tidak menguris

hati dan perasaan ibu saudaranya yang sudah dianggap seperti ibu kandungnya sendiri.

“Macam ni lah Mak Long. Ayu nak minta maaf kalau-kalau apa yang nak Ayu katakan

ni akan buat Mak Long kecewa. Mungkin antara Ayu dan Im tak ada jodoh. Ayu anggap Im

macam saudara kandung Ayu sendiri. Ayu tak boleh nak anggap Im lebih daripada itu Mak

Long walaupun Ayudah cuba berkali-kali. Im pun macam tu. Dia sendiri bagitau pada Ayu

yang dia tak boleh nak anggap Ayu lebih daripada seorang saudara kandung. Ayu minta maaf

banyak-banyak kerana menghampakan harapan Mak Long dan mak”. Panjang lebar Rohayu

menjelaskan hakikat yang sebenarnya walaupun sebahagiannya dia terpaksa menipu. Titisan

140

air matanya juga tak mampu ditahan-tahan. Apa yang diceritakan sebentar tadi bukan sahaja

akan mengecewakan ibu saudara dan ibunya sendiri, tapi yang lebih kecewa adalah dirinya

sendiri.

Dia tidak mahu menceritakan kisah yang sebenarnya. Dia bimbang ibu saudaranya itu

akan memaksa Imran untuk menerimanya. Dia tahu benar sikap Imran. Dia sangat berpegang

teguh pada prinsip,tapi dalam masa yang sama Imran amat patuh kepada ibunya. Sebab itu lah

Rohayu bimbang Rahimah akan memaksa Imran meneruskan rancangan mereka dan Imran

terpaksa menerima kerana tidak mahu melukai hati ibunya. Dan sebab itu juga lah Imran

meminta Rohayuuntuk memberitahu ibunya tentang keputusan mereka itu.

“Ohh... ye ke?. Kalau macam tu keputusan Ayu dan Im, Mak Long tak boleh nak kata

apa-apa. Mak Long tak nak paksa bab-bab kahwin ni. Ini soal masa depan Ayu dan Im”. Seperti

ada kesedihan dalam nada suara Rahimah. Walaupun dia menerima keputusan itu demi

kebahagiaan anak-anak mereka, tapi dia merasa sedikit kecewa kerana impiannya tidak

tercapai.

“Terima kasih Mak Long sebab faham. Kami minta maaf sangat-sangat sebab tak dapat

nak memenuhi impian Mak Long dan mak”. Rohayu cuba menahan sedu tangisannya agar tidak

begitu ketara. Dia tidak mahu Mak Longnya tahu yang dia juga kecewa teramat sangat kerana

Imran menolak permintaan ibunya sendiri. Apa kan daya. Bertepuk sebelah tangan takkan

berbunyi. Apatah lagi dia seorang perempuan. Takkan dia nak berterus terang dengan Imran

yang dia menyayangi Imran lebih dari saudara kandung. Nanti dikata perigi mencari timba atau

hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.

“Ok lah kalau macam tu. Nanti kalau senang-senang telefon lah Mak Long ye”.

Rahimah mengakhiri perbualan dengan rasa sedikit kecewa. Dia mengharapkan khabar gembira

apabila menghubungi Rohayu sebentar tadi. Dia tidak menyangka akan menerima berita seperti

itu. Apapun dia redha dengan ketentuan Allah. Mungkin ada hikma disebalik semua itu. Fikir

Rahimah di dalam hati.

“Insyaallah Mak Long. Ada masa nanti Ayu akan call Mak Long ye. Mak Long pun

jaga kesihatan”.

“Assalamualaikum”.

“Waalaikumsalam”. Rohayu menamatkan panggilan daripada ibu saudaranya dengan

seribu satu rasa di dalam hati. Walau apapun dia tetap gembira kerana satu lagi masalah yang

mendongkol di benaknya telah selesai.

141

Wahid duduk di birai katil. Dia memandang wajah Imran yang berbaring sambil

memikirkan apa yang berlaku di fakulti pagi tadi. Semenjak balik dari fakulti, Imran langsung

tidak bercakap. Wajahnya muram. Wahid sendiri tidak pernah melihat Imran sebegitu. Tapi

Wahid sendiri mengakui, dia sendiri tak tau nak buat apa sekiranya apa yang menimpa Imran

menimpa dirinya sendiri. Sudah lah cerita Imran mencuri telefon rakan sekelas telah viral

seluruh kampus denga pantas. Mana Imran nak letak muka bila dicop sebagai pencuri.

“Bro... sorry ye, aku tak dapat bantu kau tadi”. Wahid mencuba-cuba mengajak Imran

berbual. Dia juga ingin mengetahui apa yang terjadi sewaktu Imran dan Puteri Balqis berjumpa

dengan dekan fakulti mereka pagi tadi.

“Eerrmmm... bukan salah kau pun. Aku sendiri tak tau. Macam-macam benda buruk

jadi kat aku ni. Entah apa salah-silap yang aku dah buat?”. Imran langsung tidak memandang

wajah Wahid. Matanya tidak berkelip memandang siling bilik.

“Jangan cakap macam tu bro. Kau tak buat apa-apa silap. Cuma pompuan tu je yang....”.

Wahid tidak menghabiskan ayatnya. Dia tahu benar, semua itu rancangan jahat Puteri Balqis.

Dia tidak berpuas hati apabila dia dan Imran digandingkan bersama untuk menyiapkan tugasan

Prof. Dr. Zaiton.

“Sebenarnya aku pun tau dia yang aniaya aku. Tapi nak buat macam mana. Tak sangka

pula dia tergamak buat aku macam ni”. Imran cuba menahan air matanya dari mengalir. Sebak

hatinya apabila mengenang perbuatan Puteri Balqis pada dirinya. Kalau benci sekalipun, takkan

lah sampai sanggup menjahanamkan masa depannya.

“So apa dekan kita kata tadi?”. Wahid berhati-hati bertanyakan tentang apa yang berlaku

di bilik dekan. Selepas keluar dari bilik kuliah, setelah dibawa berjumpa dekan fakulti, Imran

langsung tidak bersuara. Dia sempat juga mencuri pandang wajah Puteri Balqis yang berseriseri

sewaktu turut keluar dari bilik kuliah tersebut.

“Aku kena gantung kuliah sampai kes aku ni settle. Sama ada aku kena gantung satu

semester atau kena buang universiti”. Jawapan Imran memeranjatkan Wahid. Dia tidak

menyangka Imran terpaksa menghadapi hukuman sebegitu berat. Patut lah Imran langsung

tidak bersemangat sepanjang hari ini. Bukan setakat dimalukan, tapi Imran bakal berhadapan

hukuman yang akan menggelapkan masa depannya.

“Weii bro. Takkan sampai macam tu sekali?”. Wahid seperti masih tidak percaya

dengan apa yang dikatakan oleh Imran.

“Entahlah... aku pun tak tau nak buat apa. Yang paling aku risau kalau-kalau mak aku

tau pasal ni”.

142

“Aku pun mati akal dibuatnya. Kalau aku kena macam kau pun, aku tak tau nak buat

apa”.

“Tak apa lah Wahid. Aku serahkan semuanya kepada Allah. Aku berdoa agar Allah

dapat tunjukkan kebenarannya”. Imran menyerahkan segalanya kepada Allah. Dia hanya

mampu berdoa dan bertawakkal kepadaNya.

“Aku dapat rasa kau akan bebas daripada tuduhan ni”. Wahid cuba menyedapkan hati

Imran.

“Thanks bro. Aku harap apa yang kau kata ni akan menjadi kenyataan”. Imran

tersenyum pada Wahid. Hanya Wahid satu-satunya sahabat yang mengetahui susah senag

kehidupannya. Segalanya dokongsikan dengan Wahid. Begitu juga Wahid. Memang tiada

rahsia antara mereka berdua.

“Macam tu lah bro. Kau doa banyak-banyak semoga Allah tunjukkan pada semua

orang,biar semua orang tahu pompuan tu dah aniaya kau”. Lapang hati Wahid melihat

sahabatnya itu masih mampu tersenyum dan dalam masa yang sama geram dan marah pada

Puteri Balqis yang menjadi dalang dalam perkara tersebut.

“Malam ni aku belanja kau dinner ye. Apa yang kau nak makan kau order je, tapi tak

lebih sembilan ringgit sembilan puluh sen”. Wahid cuba bergurau untuk menceriakan lagi

Imran. Imran hanya mampu tersenyum dengan gurauan Wahid.

“Eehhh... tapi jangan lupa tau. Ko call la Su sekali... hehehe”. Wahid masih belum

berhenti mengusik Imran. Tak sedar Imran mencapai bantal dan melemparkannya kepada

Wahid. Akhirnya kedua-duanya ketawa dengan gurauan yang diciptakan oleh Wahid.

“ Apa citerpagi tadi?”. Ringkas soalan Aireen kepada Puteri Balqis apabila keduaduanya

melabuhkan punggung ke atas sofa di ruang tamu setelah balik daripada makan malam.

Misya hanya membisu dan hanya jadi pemerhati kepada kedua-dua sahabatnya itu.

“Citer apa?”. Soalan Aireen di balas dengan soalan oleh Puteri Balqis. Dia seolah-olah

tidak mengetahui apa yang dipersoalkan oleh Aireen.

“Kau jangan lah buat-buat tak tau”. Aireen menambah apabila terasa dirinya seperti

diperbodoh-bodohkan oleh Puteri Balqis.

“Aku nak tanya korang ye. Apa yang special sangat pasal mamat tu?”. Puteri Balqis

memandang wajah kedua-dua rakan serumahnya itu silih berganti. Suasana sepi seketika.

143

“Puteri... ini bukan cerita pasal special or not, but we are talking about future. Kau dah

rosakkan masa depan dia. Kalau kau marah sangat dengan dia, why not kau slow talk dengan

dia. Minta dia siapkan assignment tu sorang-sorang”. Aireen meluahkan rasa tidak puas hatinya

kepada Puteri Balqis. Senakal-nakal dia dan Misya, tak tergamak buat sesuatu sehingga

memusnahkan masa depan orang lain.

“Kau tau tak apa hukumannya kalau Imran tu didapati bersalah atas apa yang kau buat?.

Imran akan dibuang universiti, tau tak. Universiti lain pun takkan terima dia lagi kalau universiti

ni dah blacklist nama dia”. Tinggi suara Aireen. Aireen seperti tak mampu menahan sabar atas

sikap rakan baiknya itu. Dia sendiri dah tak kisah kalau Puteri Balqis membencinya selepas ini.

Puteri Balqis hanya berdiam diri tidak membalas apabila dimarahi oleh Aireen. Misya pula

hanya kekal sebagai pemerhati. Dia tidak mahu menambah api kemarahan yang sudah sedia

ada.

“Kami sebenarnya dah happy bila kau minta maaf pada kami. Kami ingatkan kau dah

berubah, bukan Puteri Balqis yang dulu lagi. Puteri Balqis yang keras kepala, sombong, ego.

Tapi kami silap. Kau tak pernah berubah Puteri”. Lancar Aireen mengeluarkan isi hatinya

kepada Puteri Balqis yang tak mampu untuk mengangkat kepala dan bertentang mata dengan

Aireen yang tengah marah.

“Aakkuu...aaku sebenarnya...”. Tergagap-gagap Puteri Balqis untuk berkata-kata.

Sebenarnya dia juga sudah merasa bersalah terhadap Imran. Apa yang dilakukan olehnya

kepada Imran memang melampau. Tapi apa boleh buat. Hanya itu yang dapat difikirkannya

ketika itu untuk tidak bersama Imran menyiapkan tugasan yang diberikan oleh Prof. Dr. Zaiton.

“Aakuu se..benarnya nak minta maaf kat korang berdua. Aku sendiri tak tau apa yang

aku fikir masa tu sampai aku sanggup memfitnah Imran”. Puteri Balqis mengakui kesalahannya

kepada Aireen dan Misya.

“Buat apa nak minta maaf pada kami. Kau bukan buat salah pada kami. Minta maaf

pada Imran. Lepas tu kau jumpa dekan kita. Cerita apa yang sebenarnya berlaku”. Misya pula

menyampuk memberi nasihat kepada Puteri Balqis apa yang patut dilakukan.

“Betul kata Misya tu. Kalu kau betul-betul rasa bersalah, minta maaf pada Imran”.

Tambah Aireen. Puteri Balqis hanya mengangguk-anggukkan kepala tanda faham. Aireen dan

Misya berpandangan sesama sendiri. Mereka sendiri pun tak tahu sama ada Puteri Balqis akan

mengikut nasihat yang diberikan oleh mereka.

144

BAB 29

“Assalamualaikum”. Rohayu memberi salam kepada Wahid yang sudah menunggunya

di kafetaria.

“Waalaikumsalam”. Wahid membalas salam lantas menoleh ke belakang untuk melihat

orang yang memberi salam itu, walaupun Wahid memang sudah mengetahuinya.

“Ooo... Ayu. Wahid ingat bidadari mana tadi yang bagi salam pada Wahid”. Usikan

Wahid membuatkan Rohayu tersenyum. Senyuman di bibir Rohayu membuatkan Wahid turut

tersenyum, dan senyumannya meleret-leret sehinggalah Rohayu duduk di hadapannya.

“Aikk... tak habis-habis lagi senyum tu?”. Teguran Rohayu menyebabkan senyuman

dibibir Wahid bertukar menjadi sengihan. Wahid jadi tak tentu arah bila berhadapan dengan

gadis pujaannya itu. Walaupun Rohayu belum memberi kata putus, tapi setiap kali memandang

wajah Rohayu, hatinya terasa tenang dan bahagia.

“Apa hal yang penting sangat yang nak Wahid bagitau Ayu”. Tiba-tiba Rohayu

bertanyakan tentang perkara penting yang ingin diberitahu oleh Wahid kepadanya.

Memang Wahid ada menghantar pesanan melalui whatsapp kepada Rohayuuntuk

berjumpanya pada malam itu untuk memberitahu sesuatu yang penting berkaitan Imran. Dia

tidak mahu memberitahu melalui telefon. Dia lebih selesa menceritakannya sendiri kepada

Rohayu.

“Ooo... pasal tu ke?. Tapi apa kata kita order makan dan minum dulu. Wahid belanja”.

Wahid mengangkat tangan melambai pekerja kafetaria itu untuk memesan makan malam.

Rohayu hanya memerhati perlakuan Wahid.

“Lama juga kita tak jumpa kan?. Wahid memulakan perbualan setelah masing-masing

memesan makanan. Sesekali Wahid mencuri pandang Rohayu yang duduk di hadpannya.

Masuk kali ni, dah dua kali dia keluar makan berdua dengan Rohayu.

“Errmm... ye lah. Masing-masing pun sibuk dengan kerja kuliah kan”. Rohayu

menyambung.

“Wahid minta maaf kalau Ayu tak selesa keluar dengan Wahid ni”. Tiba-tiba suara

Wahid berubah sayu seperti meminta simpati. Dia sebenarnya malu dengan Rohayu. Dia juga

bimbang andainya Rohayu tidak selesa keluar berdua dengannya memandangkan Rohayu pun

belum memberikan apa-apa jawapan terhadap lamarannya untuk menjadikan Rohayu sebagai

teman wanitanya.

145

“Ehh... tak ada lah. Ayu tak kisah pun”. Rohayu memandang Wahid yang terkebil-kebil

di hadapannya. Rohayu merasa bersalah terhadap Wahid kerana membiarkan Wahid terasa

seperti berseorangan.

“Cumanya sekarang ni Ayu sibuksikit dengan assignment fakulti. Kadang-kadang nak

makan pun tak ada masa”. Rohayu cuba mengambil hati Wahid semula yang kelihatan seperti

hilang mood dengan alasannya itu.

“Iye lah. Wahid faham. Wahid minta maaf sebab menyusahkan Ayu”. Giliran Wahid

pula merasa bersalah apabila mendengar alasan Rohayu sebentar tadi.

“Ehh... tak apa. Ayu tak kisah pun. Lagipun Ayu dah siapkan sebahagian assignment

yang Ayu kena buat. Wahid jangan lah risau”. Menyedari kesilapannya, Rohayu sedaya upaya

untuk tidak membuatkan Wahid berkecil hati dengannya. Wahid hanya tersenyum mendengar

kata-kata Rohayu. Dia tahu Rohayu hanya ingin menyedapkan hatinya.

“Macam ni lah. Sementara tunggu makanan sampai, baik Wahid cerita perkara penting

yang Wahid nak bagi tau dalam whatsapp tadi”. Wahid yang mati akal untuk meneruskan

perbualan, terus sahaja kepada tujuan utamanya untuk berjumpa Rohayu.

“Perkara apa yang penting sangat tu?”. Soal Rohayu sambil menumpu perhatian

terhadap apa yang bakal diceritakan oleh Wahid

“Macam ni. Semalam masa di fakulti, lecturer kita orang bagi tugasan untuk disiapkan

secara berkumpulan. Satu kumpulan dua orang. Tapi kami tak dibenarkan untuk memilih

pasangan masing-masing. Lecturer kami dah siapkan nama-nama pasangan yang akan samasama

siapkan assignment tu.”.Wahid bercerita sambil memandang tepat ke wajah Rohayu yang

menumpukan perhatiannya kepada cerita Wahid.

“Habis tu...?”. Rohayu mencelah.

“Sabar lah. Bagi lah Wahid habis cerita”. Wahid seperti terganggu dengan soalan

Rohayu.

“Bila sampai giliran Imran, Imran pun pergi ke hadapan untuk mencabut nama student

yang akan menjadi pasangannya untuk menyiapkan tugasan tu. Ayu tau apa jadi?”. Wahid

menyoal seperti ingin Ayu meneka apa kejadian yang berlaku seterusnya. Rohayu hanya

menggeleng-geleng kepala.

“Ayu tau, pasangan Imran untuk menyiapkan assignment tu adalah Puteri Balqis”.

“Ooo... Puteri Balqis anak Tan Sri tu?”. Rohayu memotong cerita Wahid.

“Ehh... mana Ayu tau?”. Giliran Wahid bertanya.

146

“Imran selalu cerita pada Ayu pasal Puteri Balqis tu. Imran sendiri pun tak tau apa yang

dia benci sangat dengan Imran”. Rohayu menceritakan kepada Wahid macam mana dia boleh

tahu cerita berkaitan Puteri Balqis.

“Mula-mula dia membantah. Tapi lecturer kami tak benarkan untuk pertukaran ahli

kumpulan. Selepas tu lah jadi lagi satu cerita. Kesian Imran”. Wahid menundukkan wajahnya

seperti tidak sampai hati untuk menyambung kisahnya.

“Ehhh... apa yang jadi pada Imran?”. Rohayu menggesa Wahid agar meneruskan

ceritanya.

“Ayu tau, selepas kami rehat lima minit dan masuk balik ke bilik kuliah, Puteri Balqis

mengadu handphonenya hilang. Satu bilik kuliah kecoh. Lepas tu salah sorang kawan Puteri

Balqis call nombor handphone tu. Bila phone tu bunyi, bunyi tu datang dari beg Imran”. Mulut

Rohayu terlopong mendengar cerita Wahid. Dia seperti sudah dapat menduga apa yang berlaku

pada Imran.

“Kesian Imran pada masa tu. Lecturer kami bawa Puteri Balqis dan Imran ke pejabat

dekan”. Wahid meneruskan ceritanya kemudian diam seketika sambil menghela nafas panjang

apabila mengingati detik itu semula.

“Bila Wahid tanya dia semalam, apa yang jadi... Imran kata dia digantung kuliah sampai

lah kes ni selesai. Hukumannya sama ada gantung satu semester atau dibuang universiti”. Cerita

Wahid amat memeranjatkan Rohayu. Dia tak sangka sampai begitu sekali benci Puteri Balqis

pada Imran.

Sebenarnya Imran selalu bercerita tentang Puteri Balqis kepadanya. Semua kisah yang

membabitkan Puteri Balqis telah diketahuinya. Daripada cerita Imran dilanggar sewaktu mulamula

mendaftar sehingga lahcerita dia disimbah air sewaktu di kafetaria fakulti. Tetapi cerita

yang baru semalam terjadi itu diketahuinya melalui mulut orang lain. Mungkin Imran masih

belum mahu berkongsi cerita sedih tersebut dengannya.

“Kesian Imran kan?”. Suara Rohayu benar-benar simpati terhadap nasib Imran. Imran

seorang yang baik. Tak pernah kacau orang. Tapi kenapa dugaan untuk dirinya terlalu berat.

Kalau Mak Long tau perkara ni, mesti dia sedih. Fikir Rohayu sendirian. Wajah Mak Longnya

yang sugul tiba-tiba melintas di fikiran Rohayu.

Imran satu-satunya harapan keluarga yang bakal mengubah kehidupan mereka

sekeluarga. Selepas kehilangan bapa, Imran bertanggungjawab sebagai ketua keluarga

membantu ibunya membesarkan adik-adiknya yang masih kecil. Tetapi kerana keegoan dan

kesombongan seseorang, masa depan Imran bakal musnah.

147

“Errrmm... tu lah. Wahid pun tak tau nak bantu macam mana”. Wahid menyambut katakata

simpati Rohayu.

“Tapi apa-apa pun terima kasih pada Wahid sebab cerita benda ni pada Ayu”.

“Ehhh... tak apa. Tapi jangan bagitau Imran yang Ayu dah tau cerita ni. Dia tak nak

menyusahkan hati Ayu”. Wahid seperti mengingatkan Rohayu agar tidak bertanyakan masalah

tersebut kepada Imran. Dia bimbang Imran akan memarahinya sekiranya mengetahui dia telah

menceritakan perkara tersebut kepada Rohayu.

“Tak apa. Wahid jangan risau. Ayu takkan buka cerita ni pada Imran, sampai lah dia

sendiri yang cerita”. Wahid sedikit lega dengan pengakuan yang keluar daripada mulut Rohayu

itu. Dia tidak mahu bermasam muka dengan Imran kerana hal itu.

148

BAB 30

Dari jauh Haikal dapat melihat sahabat baiknya Irham datang. Dengan seluar jeans dan

jaket kelabu, Irham melambai Haikal yang sedang duduk menikmati minumannya di restoran

tempat mereka biasa berjumpa dan mengatur strategi jahat mereka.

“Haa... macam mana?”. Tanya Haikal sebaik Irham melabuhkan punggungnya di atas

kerusi.

“Sabar lah bro. Penat aku tak hilang lagi”. Irham membetulkan duduknya agar lebih

selesa. Sesekali dia menoleh ke kiri dan ke kanan seperti untuk memastikan tiada sesiapa yang

mengenalinya.

“Kau order lah apa yang kau nak minum. Kalau kau nak makan apa-apa order je. Petang

ni aku belanja”. Senyuman Irham semakin lebar apabila mendengar kata-kata Haikal itu.

Biasanya kalau ada perkara besar yang perlukan bantuannya, Irham akan makan besar.

Irham melambai seorang wanita muda yang bertugas sebagai waiter di restoran itu untuk

memesan minuman dan makanannya. Dengan senyuman, waiter itu menghampiri Irham dan

Haikal sambil menghulurkan buku menu.

“So macam mana?. Kau dah ada plan nak dapatkanprincess tu?”. Soal Haikal tidak sabar

setelah Irham selesai memesan minuman dan makanan yang diingininya. Irham tidak terus

menjawab. Dia membiarkan Haikal dalam keadaan tertanya-tanya buat seketika.

“Macam ni bos”. Irham merapatkan mulutnya ke telinga Haikal untuk membisikkan

sesuatu. Haikal hanya menadahkan telinga untuk mendengar perancangan yang akan dilakukan

oleh Irham. Sesekali terlihat Haikal mengangguk-anggukkan kepala tanda faham dengan apa

yang dikatakan oleh Irham. Bibirnya juga mengorak senyum apabila selesai Irham

menerangkan apa yang telah dirancangkannya itu.

“Eerrmmm... bagus. Hahaha... aku setuju. Tapi kau kena ingat. Kau kena hati-hati. Ini

bukan ikan biasa-biasa. Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut”. Haikal memberi amaran

kepada Irham agar apa yang telah mereka rancangkan itu berjaya dan tidak diketahui oleh orang

lain.

Aku dah tak boleh tunggu lama lagi. Bisik Haikal. Satu semester sahaja lagi dia akan

menamatkan pengajian di universiti itu. Jika tidak dilaksanakan sekarang, dia akan terlepas tuan

puteri yang amat-amat diingininya itu. Apa sahaja cara, apa sahaja jalan, dia akan lakukan demi

untuk mendapatkan Puteri Balqis. Pertamanya kerana dendam terhadap keegoan Puteri Balqis,

dan yang keduanya memang dia amat-amat menyukai Puteri Balqis yang dirasakannya laindaripada

yang lain.

149

“Bos jangan bimbang. Ini Irham la. Tak pernah lagi Irham gagal...hahaha”. Irham begitu

yakin dengan rancangannya untuk membantu Haikal menawan Puteri Balqis. Apa sahaja

rancangan yang terlintas di fikirannya akan dikongsikan dengan Haikal. Selama ini belum

pernah satu pun usahanya gagal. Setiap wanita yang dikehendaki oleh Haikal akan jatuh terkulai

dipangkuannya hasil daripada perancangannya.

“Yang penting ada ini”. Irham menunjukkan menggesel-gesel jarinya di hadapan

Haikal.

“Kalau kau berjaya kali ni, aku akan bayar kau double tau tak. Itu kau tak payah

bimbang”. Haikal memang sudah arif dengan kemahuan Irham itu. Setiap rancangan dan

bantuan yang dilakukan oleh Irham akan ada habuannya. Lagipun duit bukan masalah bagi

Haikal.

“Thank you bos. Kali ini bos akan puas hati punya”. Irham memberi keyakinan kepada

Haikal yang rancangannya itu akan berjaya seratus peratus. Haikal cukup gembira dengan apa

yang telah diatur dan dirancang oleh Irham itu. Dia sendiri pun yakin rancangannya itu akan

berjaya.

Kau tunggu lah Puteri. Sampai masanya kau akan terkulai juga di dalam pelukan aku.

Haikal tersengih-sengih melayan perasaannya sendiri yang sedang membayangkan Puteri

Balqis sudah berada di dalam pelukannya. Dia mengangkat gelas fresh orange di hadapannya

lalu meneguknya dengan rakus.

“Ehh... kau kenal tak siapa tu?”. Misya menyenggol tangan Aireen di sebelahnya yang

ingin masuk ke restoran untuk minum petang.

“Siapa?”. Aireen menyoal kembali apabila orang yang dimaksudkan oleh Misya tidak

ditemui.

“Tu lah... yang duduk kat kerusi hujung tu”. Misya memuncungkan bibirnya untuk

menunjukkan orang yang dimaksudkan. Memang kedudukan kerusi yang dipilih oleh Haikal

dan Irham agak terlindung daripada pandangan. Memang tempat itu sering menjadi pilihan

Haikal agar dia tidak terlalu terdedah kepada pandangan awam.

“Ooo... kalau tak silap aku, tu Haikal. Tapi yang sorang lagi tu macam tak pernah

tengok”. Aireen mengangguk-anggukkan kepalanya setelah matanya dapat menangkap susuk

tubuh Haikal yang sedang duduk di sudut restoran.

150

“Aku dengar daripada budak-budak fakulti, diaorang ni memang berkawan baik. Kalau

tak salah aku nama dia Irham. Dia la mastermind pada Haikal. Berapa ramai student kat

universiti kita jadi mangsa dia. Tu semua hasil daripada kerja Irham”. Misya memberitahu

semua maklumat yang diketahuinya melalui sumber-sumber yang boleh dipercayai di fakulti.

“Habis tu, diaorang tak boleh buat apa-apa ke?”. Soal Aireen kembali.

“Kalau dah kena ugut, diaorang nak buat macam mana. Mata dah kelabu dengan duit.

Bila dah terkena dah tak guna. Orang jahat macam tu, macam-macam dia boleh buat”. Misya

bercerita tentang apa yang didengar kepada Aireen. Aireen hanya mengangguk tanda faham.

Dia sendiri mengakui, kalau dia yang terkena seperti apa yang diceritakan oleh Misya, dia pun

tak tau nak buat apa-apa. Nak mengadu pada siapa? Dah tentu-tentu akan menanggung malu

seumur hidup. Salah sendiri. Kerana mahu mengejar kemewahan, sanggup menggadai maruah.

“Betul kata kau. Kalau dah terjebak memang tak boleh buat apa-apa. Kalau nak

mengadu pun macam membuka pekung di dada”. Akhirnya Aireen semakin faham apa yang

dijelaskan oleh Misya sebentar tadi.

“Aku rasa macam tak sedap hati je. Rasa macam ada je yang dia plan tak elok kat

Puteri”. Tiba-tiba Misya seperti teringat sesuatu yang tak baik yang dirancang oleh Haikal

terhadap Puteri.

“Kenapa kau cakap macam tu?”.

“Kau ingat tak, Puteri pernah cerita pada kita yang dia dah putus dengan Haikal. Dia

pernah lempang Haikal sebab cuba bagi dia minum air setan tu”. Misya mengingatkan kembali

tentang cerita pergaduhan antara Puteri Balqis dan Haikal di pub yang diceritakan sendiri oleh

Puteri Balqis kepada mereka. Aireen menganggukkan kepala.

“Kau ingat orang macam Haikal tu nak duduk diam je ke”. Suara Misya perlahan seperti

tidak mahu didengar oleh orang-orang yang duduk di sekelilingnya.

“Kita kena suruh Puteri hati-hati. Mana tau apa yang kau cakap tu betul”. Aireen

bersetuju dengan apa yang difikirkan oleh Misya. Walau apa yang dilakukan oleh Puteri Balqis

kepada mereka, dia tetap kawan mereka. Apa-apa yang terjadi kepada Puteri Balqis, sudah tentu

kesannya akan terkena kepada mereka juga.

151

BAB 31

Mata Imran terkebil-kebil memandang siling biliknya. Otaknya tidak dapat fokus untuk

memikirkan apa-apa. Semuanya berkecamuk dan tidak jelas. Dia tidak dapat mengatur

perjalanan hidupnya setelah kejadian tersebut. Hari-hari berlalu dia hanya menunggu dan

menunggu. Kadang kala seperti menunggu buah yang tidak akan gugur. Akhirnya, setelah puas

berfikir Imran nekad untuk pulang ke kampung. Duduk di asrama itu pun bukan ada apa-apa

yang boleh dilakukannya. Dah lebih seminggu dia memerap makan minum baring tidur.

Otaknya jadi beku. Apa-apa jadi pun dia takkan dapat lari daripada kenyataan. Dia akan

menceritakan segalanya kepada ibu tentang apa yang terjadi. Dia tahu ibunya akan faham.

Rezeki Allah di mana-mana. Mungkin aku ditakdirkan tak ada rezeki untuk belajar tinggi. Bisik

hati Imran untuk menenangkan dirinya sendiri.

“Menung panjang bang?”. Wahid yang baru habis kuliah tengah hari itu mengejutkan

lamunan Imran. Wahid meletakkan beg sandang di dalam almari belajar di tepi katil. Dia

melabuhkan punggung di atas katil duduk mengadap Imran yang masih bisu memandang siling

bilik. Kasihan juga dia melihat nasib yang menimpa sahabat baiknya itu.

“Aku ingat aku nak balik kampung la. Duduk kat sini pun bukan aku boleh buat apaapa”.

Tiba-tiba Imran bersuara setelah sekian lama membisu. Matanya masih tidak beralih

daripada memandang siling bilik seperti ada sesuatu yang menarik di situ.

“Habis tu study kau macam mana?”. Entah macam mana soalan tersebut boleh keluar

daripada mulut Wahid sedangkan dia tahu situasi Imran ketika itu.

“Study apanya. Aku dah macam dapat tahu keputusan jawatankuasa tatatertib tu”. Imran

menghela nafas seperti melepaskan sesuatu yang berdongkol di dadanya. Selepas peristiwa itu

dan apa yang berlaku di dalam bilik Dekan, Imran seperti sudah dapat mengagak apa keputusan

yang bakal diterima.

“Assalamualaikum prof.”. Prof. Dr. Zaiton memberi salam kepada Dekan fakultinya

sewaktu mereka bertiga sama-sama masuk ke dalam bilik tersebut.

“Waalaikumsalam... haa Prof. Zaiton. Apa cerita ni?”. Prof. Dr. Razak hanya

mengangkat pandangannya kepada mereka bertiga. Imran ingat lagi ketika itu dia seperti tidak

berpijak di bumi yang nyata. Badannya berpeluh walaupun dalam bilik berhawa dingin.

Wajahnya ketika itu juga ditoreh tidak berdarah. Tetapi dia dapat melihat wajah Puteri

Balqis yang ceria. Kali ini rancangannya untuk menyingkirkan Imran terus daripada universiti

itu akan berjaya. Ketika itu Imran hanya dapat memerhati dan mendengar apa yang Prof. Dr.

152

Zaiton jelaskan satu persatu berkaitan kejadian di dalam bilik kuliah kepada Dekan fakultinya

tanpa dapat mempertahankan diri.

“O.k. Saya faham”. Ringkas kata-kata Prof. Dr. Razak setelah mendengar apa yang

diperkatakan oleh Prof. Dr. Zaiton sebentar tadi. Kemudian pandangannya yang tajam beralih

ke arah wajah Imran. Terasa luruh jantung Imran apabila pandangan mereka bertemu. Akhirnya

Imran tertunduk mengalah apabila tidak mampu melawan pandangan tajam dekannya itu.

“Imran... saya jelas apa yang telah dimaklumkan oleh Dr. Zaiton sebentar tadi. Kes awak

terpaksa saya bawa ke jawatankuasa tatatertib universiti. Kes awak ni berat. Pihak universiti

memandang berat kes-kes seperti ini. Paling ringan awak akan dihukum gantung satu semester,

atau pun dibuang universiti”. Penjelasan daripada Prof. Dr. Zainal menggegarkan jantung

Imran. Dunia terasa gelap. Dia seperti mahu menangis saat itu juga tetapi ditahannya.

“Saya tak bersalah Prof. Saya tak curi pun telefon Puteri Balqis”. Imran seperti ingin

mempertahankan dirinya yang teraniaya, tapi mati begitu sahaja. Kata-kata itu hanya bergema

di dalam ruang fikirannya. Dia tak ada kekuatan untuk meluahkan perkataan itu. Dia hanya

mampu tunduk memandang lantai. Lagipun siapa lah yang akan percaya dengan cakap-cakap

anak kampung seperti dirinya berbanding anak Tan Sri.

“Sementara kes awak ni dibicarakan, awak tidak dibenarkan menghadiri kuliah atau

aktiviti-aktiviti fakulti”. Tegas suara dekannya memberikan arahan. Imran hanya mampu

mengangguk-anggukkan kepalanya tanda faham.

“Tapi kau tak boleh mengalah macam tu je”. Suara Wahid mematikan lamunan Imran

yang mengingatkan kembali saat-saat dia dibawa mengadap dekan fakulti. Wahid meninggikan

suaranya untuk memberi semangat kepada Imran. Dia pasti ada jalan untuk menyelesaikan

masalah Imran tersebut dengan baik.

“Aku nak buat apa lagi Wahid. Memang jelas-jelas bukti tu tunjuk aku salah. Ada lima

puluh orang saksi dalam bilik kuliah tu yang nampak telefon Balqis ada dalam beg aku”. Imran

seperti berputus asa. Dia sendiri tidak nampak jalan untuk melepaskan diri dari tuduhan

tersebut. Dia pasrah dan redha dengan ujian Allah ini.

“Kita usaha la. Kau bukan macam ni. Ni bukan Imran yang aku kenal. Imran dulu bijak,

bersemangat dan selalu jadi yang terbaik. Tapi tengok apa jadi sekarang ni. Kau dah macam

putus asa”. Wahid seboleh-bolehnya ingin memberikan semula semangat yang hilang kepada

Imran. Wahid sedar, semenjak kejadian itu, Imran banyak termenung.

“Habis tu kau nak suruh aku buat apa?”. Imran memandang wajah Wahid seperti

inginkan jawapan.

153

“Apa kata kita jumpa Puteri Balqis. Kita minta maaf pada dia. Tak apa kita merendah

diri dengan dia. Kita minta dia tarik balik tuduhan tu”. Wahid memberikan antara cadangan

terbaik yang telah difikirkan dua tiga hari ini.

“Sebenarnya aku dah fikirkan pun benda tu. Tapi kau tak kenal Puteri Balqis. Aku yakin

dia takkan setuju dengan permintaan aku sebab ni lah satu-satunya peluang dia nak singkirkan

aku daripada universiti ni”. Imran seperti benar-benar sudah mengalah.

“Eeehh... dulu kau juga yang ajar aku jangan mengalah sebelum mencuba. Tapi hari ni

kau sendiri macam tak yakin dengan apa yang kau cakap”. Wahid seperti memulangkan paku

buah keras kepada Imran. Dia masih ingat nasihat Imran kepada dirinya agar tidak berputus asa

untuk menarik minat Rohayu terhadap dirinya.

“Itu lain”. Ringkas jawapan Imran. Imran sudah dapat menangkap apa yang dikatakan

oleh Wahid itu. Masalah mereka jauh berbeza seperti langit dan bumi. Masalah Wahid hanya

lah untuk memikat Rohayu. Masalah Imran kerana berhadapan dengan seseorang yang ego,

penuh dendam dan yang paling penting ‘orang itu’ amat membencinya.

“Aku tau masalah kau ni berat. Tapi apa salahnya kita mencuba”. Wahid masih tidak

berputus asa memujuk Imran agar bersetuju dengan cadangannya itu. Kalau Imran bersetuju,

dia sendiri akan mengatur pertemuan Imran dan Puteri Balqis melalui kawan-kawannya, Aireen

dan Misya.

“Nanti lah kita sambung sembang. Aku belum mandi lagi ni”. Suara Imran lemah.

Dengan longlai dia bangun dan mencapai tuala yang disidai di tepi tingkap bilik. Dia

meninggalkan Wahid yang masih duduk di birai katil memerhatikan gelagat Imran yang seperti

orang kehilangan hala tuju.

Sebaik pintu bilik ditutup oleh Imran, telefon bimbitnya yang diletakkan di atas meja

belajar berdering. Wahid bingkas bangun dan memerhati nama yang tertera di atas screen

telefon tersebut.

“Ibu kampung?”. Soal Wahid dalam hati. Mungkin mak Imran yang menelefon

agaknya. Fikir Wahid lagi. Dia lantas menjawab panggilan tersebut.

“Assalamualaikum”.

“Waalaikumsalam”.

“Ini Imran ke?”.

“Ehh... tak makcik. Ni Wahid kawan sebilik Imran”.

“Ooo... patut suara lain. Wahid rupanya. Imran selalu cerita pasal Wahid pada makcik”.

Wahid hanya tersengih mendengar cerita mak Imran.

154

“Imran tak ada makcik. Dia pergi mandi sekejap”. Wahid menjelaskan kepada mak

Imran kenapa dia yang mengangkat telefon tersebut.

“Ooo... tak apalah. Nanti kalau dia dah habis mandi, boleh tak Wahid minta dia telefon

makcik semula”.

“Baik makcik. Tapi... eerrr... ada perkara penting ke yang boleh saya bagi tau Imran?”.

Tiba-tiba tergerak hati Wahid untuk mengetahui tentang perkara yang ingin dimaklumkan oleh

mak Imran tersebut.

“Tak ada apa yang penting. Cuma nak bagi tau dia tentang pertunangan dia dengan

Rohayu”. Wahid tergamam seketika apabila mendengar apa yang dikatakan oleh mak Imran

itu. Lidahnya jadi kelu. Sampai hati Imran menipu sahabatnya yang paling baik. Selama ini dia

cukup percayakan Imran. Imran sudah dianggapnya seperti adik-beradiknya sendiri, tetapi ini

balasan Imran terhadap dirinya. Air mata Wahid menitis juga. Bukan soal Rohayu, tetapi soal

kejujuran seorang sahabat.

“Wahid...”. Mak Imran yang berada di hujung talian memanggil nama Wahid setelah

sekian lama tiada jawapan.

“Eerr... ye makcik. Saya dengar. Nanti saya sampaikan apa yang makcik bagi tau tadi

pada Imran”. Bergetar suara Wahid menahan sedih.

Setelah mak Imran meletakkan telefon, Wahid bergegas mengambil beg pakaian di

dalam almari. Dia menggambil beberapa helai baju dan seluar dan dimasukkan ke dalam beg

pakaian tersebut. Beg tersebut diletakkan di atas katil sambil menunggu Imran habis mandi.

Imran menguak pintu bilik yang tidak berkunci. Badannya terasa sedikit segar setelah

selesai mandi.

“Ehh... Wahid. Kenapa kau masih duduk atas katil tu. Tak nak tukar baju ke?” Imran

menyoal Wahid yang duduk tegak tidak bergerak di tempat yang sama sewaktu dia keluar

mandi tadi.

“Mak kau call dari kampung”. Wahid tak mampu menahan sebak di hatinya. Imran

berpaling memandang Wahid. Imran kehairanan apabila seperti ada kesedihan dalam suara

Wahid.

“Kau dah kenapa ni Wahid?”. Imran semakin tidak faham apabila melihat titis air mata

di pipi Wahid.

“Kau memang sampai hati kan. Sanggup kau buat aku macam ni?”. Wahid tidak mampu

menahan gelodak jiwanya. Dia merasa seperti dikhianati.

“Ehh... apa yang kau cakap ni. Apa aku buat pada kau?”. Imran semakin binggung. Tibatiba

sahaja Wahid berubah dan menuduhnya yang bukan-bukan.

155

“Kalau kau dah nak bertunang dengan Rohayu, kenapa kau masih nak aku pikat dia?.

Kenapa kau tak berterus-terang pasal ni dengan aku?”. Wahid menundukkan wajahnya. Tak

mampu dia menatap wajah orang yang telah mengkhianatinya.

“Eehh... bila pula aku nak bertunang dengan Rohayu ni?”.

“Aahh... sudah lah Imran. Habis tu kau nak kata mak kau menipu pula”.

“Hei Wahid... kau dah salah faham ni. Bagi lah aku explain dulu”. Suasana menjadi

semakin tegang. Imran tak dapat mengawal kemarahan Wahid yang sudah bangun dan

membimbit beg pakaiannya.

“Tak payah lah kau nak explain apa-apa pada aku Imran. Aku dah tau perangai kau

macam mana. Depan je nampak baik. Tapi hati kau lagi busuk dari bangkai. Menyesal aku

dapat kawan macam kau. Patut lah Tuhan duga kau macam-macam. Memang padan lah muka

kau dengan apa yang kau dah buat pada aku!”. Wahid seperti orang yang sudah hilang sabar.

Dia seperti tidak sedar mengeluarkan kata-kata hinaan terhadap Imran.

Imran terpaku bila mendengar luahan isi hati Wahid. Kini giliran dia pula menitiskan

air mata. Sampai hati Wahid menuduhnya bukan-bukan tanpa usul periksa. Dia tahu ini semua

berpunca dari panggilan ibunya sebentar tadi. Tapi dia boleh menjelaskan semua salah faham

itu. Tapi apakan daya. Api yang menyala di dada Wahid akan terus marak dan tak mampu untuk

dipadamkan ketika itu.

“Mulai hari ni kau jangan cari aku. Aku bukan kawan kau lagi”. Wahid bergegas

membuka pintu bilik dan menutupnya dengan keras. Imran yang kematian kata-kata dan tak

mampu berbuat apa-apa. Wahid sudah hilang dari pandangan. Imran yang baru hendak

berpakaian, terduduk di birai katil. Kenapa lepas satu, satu dugaan menimpa dirinya. Apa salah

yang dah dia lakukan.

156

BAB 32

“Ehh... betul ke kau nak pegi jumpa Haikal tu malam ni?”. Aireen seperti tak percaya

dengan apa yang dikatakan oleh Puteri Balqis sebentar tadi. Puteri Balqis seperti tidak sedar

dengan apa yang telah dirancang oleh Haikal terhadap dirinya.

“Aku pegi bukan lama. Aku bukan nak berfoya-foya dengan dia macam dulu”. Tegas

Puteri Balqis apabila melihat riak kerisauan di wajah Aireen dan Misya.

“Itu kami tau. Kau tau tak baru-baru ni kami terserempak Haikal dengan Irham kat satu

restoran ni”. Giliran Misya bercerita tentang apa yang mereka lihat tempoh hari.

“Isshhh... apa masalah nya kalau dia pegi restoran tu. Lagipun Irham tu kan kawan baik

dia”.

“Ye lah... baik sangat”. Perli Misya.

“Kalau kau nak tau, Irham tu lah mastermind si Haikal tu. Semua plan Haikal, Irham

yang bagi idea”. Tambah Aireen.

“Malam ni aku nak jumpa Haikal pun nak clearkan hubungan kitaorang. Aku dah tak

nak ada apa-apa kaitan dengan dia”. Puteri Balqis seperti berkeras masih mahu bertemu dengan

Haikal.

“Itu pun kami tau. Tapi Haikal tu ada rancangan lain. Sebab tu lah dia nak jumpa kau

malam ni. Takkan tu pun kau tak boleh nak baca”.

“Takkan dia berani nak apa-apakan aku”

“Isshh... susah lah nak cakap dengan kau ni. Dia tu nak perangkap kau lah. Faham tak?”.

Misya meninggikan suara. Payah bercakap dengan orang yang keras kepala dan degil ni. Bisik

hati Misya.

“Tapi kan sepanjang aku kenal dia, tak ada pula dia nak apa-apakan aku”. Kata-kata

Puteri Balqis tersebut membuatkan Aireen dan Misya mengetap gigi masing-masing tanda

geram dan marah.

“Habis tu yang kau putuskan hubungan dengan dia tu apa?”. Misya seperti

mengingatkan apa yang telah berlaku antara Puteri Balqis dan Haikal.

“Kau juga yang kata dia cuba nak bagi kau minum air setan tu kan, dan itu juga punca

kau putus dengan dia kan?”. Aireen menambah apa yang diperkatakan oleh Misya dengan

harapan Puteri Balqis akan membatalkan niatnya untuk berjumpa Haikal pada malam itu.

“Tak apa lah. Mungkin malam ni dia dah sedar kesilapan dia yang dulu. Mungkin dia

nak minta maaf dengan aku”. Jawapan Puteri Balqis membuatkan Aireen dan Misya semakin

geram.

157

“Eeiii... apa kena la kau ni. Degil sangat. Kalau adik aku dah lama aku rembat dengan

getah paip”. Misya mengetap-ngetap giginya tanda menahan geram yang amat sangat. Degil

Puteri Balqis ni memang tahap maksimum sampaikan Aireen dan Misya sudah kelihangan katakata

untuk menasihati Puteri Balqis. Akhirnya kedua-dua sahabat baik Puteri Balqis itu masuk

ke dalam bilik masing-masing setelah tidak berjaya melembutkan hati Puteri Balqis.

Puteri Balqis hanya menjeling kedua-dua kawannya yang mula beredar

meninggalkannya seorang diri di ruang tamu. Fikirannya melayang mengingatkan

pertemuannya dengan Haikal di tempat meletak kenderaan di fakulti tengah hari tadi.

“Hai Puteri”. Puteri Balqis dikejutkan oleh seseorang pagi tadi sewaktu dia membuka

pintu kereta untuk pulang ke rumah.

“Eerrmmm... Haikal. Nak apa?”. Selamba Puteri Balqis menjawab sapaan Haikal.

“Tak ada apa. Cuma dah lama tak jumpa you”.

“Habis tu kalau nak jumpa pun nak buat apa?”. Soal Puteri Balqis acuh tak acuh.

“Ehh... kalau kita jumpa macam-macam boleh buat”. Haikal cuba berseluroh dengan

Puteri Balqis yang kelihatan begitu serius.

“Heii... kalau you nak buat lawak bodoh kat sini, i tak ada masa nak ketawa. Tak kelakar

pun” . Wajah Puteri Balqis mencuka menandakan dia tidak suka dengan apa yang dilakukan

oleh Haikal.

“Ok... ok... sorry. I tak ada maksud nak kacau you, cumaaa...”.

“Cuma apa?”.

“Cuma... boleh tak kita jumpa malam ni. Ada perkara yang i nak bagi tau you. I janji ini

pertemuan kita yang terakhir”. Haikal mengangkat sebelah tangannya seperti orang

mengangkat sumpah sambil mengukir senyuman manis buat Puteri Balqis.

“Nak jumpa kat mana?”. Akhirnya Puteri Balqis mengalah. Mungkin kerana janji Haikal

yang mengatakan itu janji temu mereka yang terakhir. Haikal tersenyum lebar dengan

pertanyaan Puteri Balqis.

Imran hanya membisu seribu bahasa setelah berjumpa Rohayu. Dia tidak

mengendahkan Rohayu yang sedari tadi duduk di sebelahnya dengan sabar. Dia tak tahu hendak

memulakan cerita. Kepalanya kosong. Fikirannya bercelaru. Setelah peristiwa tengah hari tadi,

Imran betul-betul terasa kosong. Dia tidak mampu untuk menumpukan perhatian kepada apa-

158

apa pun kerana pelbagai perkara berlegar-legar di kepalanya. Setelah menghubungi ibunya di

kampung, Imran seperti budak bodoh.

“Im sihat ke?”. Soal ibunya setelah Imran mendapat kekuatan untuk menghubungi

ibunya.

“Im sihat ibu. Ibu macam mana?”. Imran menggagahkan diri untuk bertanyakan khabar

ibunya.

“Alhamdulillah... ibu sihat”.

“Tadi ibu ada call Im ye?”.

“Ada. Tadi ibu telefon Im, tapi kawan Im... Wahid yang angkat”.

“Ada apa ibu call Im?”. Imran masih bertahan walaupun kepalanya sudah mula tidak

fokus terhadap perbualan tersebut.

“Ooo... sebenarnya tak ada apa yang penting. Ibu cuma nak bagi tau Im, Ayu ada telefon

ibu baru-baru ni. Dia bagi tau ibu yang dia anggap Im tak lebih dari saudara kandungnya sendiri

dan dia tak dapat nak terima Im untuk jadi teman hidup dia”.

“Ohh... ye ke?. Tak apa lah ibu. Kalau itu keputusan Ayu, kita nak buat macam mana”.

Imran sendiri seperti sedar tidak sedar dengan jawapannya itu. Kepalanya sentiasa memikirkan

Wahid yang telah hilang entah ke mana.

“Iye lah. Ibu tak nak Im terlalu kecewa. Ibu tau Im sayangkan sangat Ayu tu”.

“Tak apa ibu. Im ok. Ibu jangan risau ye”. Perlahan suara Imran. Berita yang sepatutnya

menggembirakannya itu tidak dirasakan apa-apa. Sebelum ini perkara tersebut menjadi

kerisauannya kerana bimbang ibunya akan berkecil hati sekiranya Rohayu menolak cadangan

tersebut. Tetapi kini perkara itu tiada lagi di dalam fikirannya.

“Im... Im ok?”. Imran tersentak dari lamunan apabila bahunya digoncang Rohayu. Dia

cepat-cepat mengesat air mata yang mengalir di pipinya. Entah berapa lama dia berkeadaan

sebegitu.

“Entah lah Ayu. Macam-macam perkara berlaku pada Im akhir-akhir ni. Lepas satu,

satu perkara yang tak elok jadi. Belum pun Im tau apa yang akan jadi pada masa depan Im, tibatiba

satu-satunya sahabat baik Im di universiti ni dah jadi musuh Im dalam sekelip mata”. Imran

mengumpulkan kekuatan untuk meluahkan apa yang terbuku di hati. Hanya Rohayu tempat dia

meluahkan segala kekusutannya. Semenjak daripada kecil Rohayu lah yang sentiasa ada

sewaktu susah dan senang.

“Im jangan macam ni. Ayu kenal Im. Im bukan seorang yang mudah mengalah pada

keadaan. Selagi kita bernyawa, pasti ada jalan penyelesaiannya. Im kena ingat satu perkara.

Allah hantar Ayu ke sini mungkin ada sebabnya. Kita kan dah macam kembar. Kalau Im sakit,

159

Ayu pun akan terasa sakitnya. Kalau Im susah, Ayu pun akan terlibat sama.”. Lembut kata-kata

Rohayu memujuk. Hati Imran sedikit tenang. Dia memandang wajah Rohayu yang redup dan

sentiasa menenangkan.

“Terima kasih Ayu. Ayu dah banyak bersusah untuk Im sejak kita kecil lagi”.

“Im jangan cakap macam tu. Untuk Im, Ayu akan buat apa sahaja”.

“Terima kasih Ayu. Im tak tau macam mana nak balas budi Ayu”.

“Sudah lah Im. Im balik dulu. Im sembahyang sunat hajat, minta Allah permudahkan

segalanya. Kadang-kadang dengan nikmat yang diberikan olehnya, menjadikan kita makin lupa

padaNya”. Rohayu bangun daripada tempat duduknya. Sudah agak lama mereka duduk di situ.

Imran yang sedari tadi diam membatu hanya mengangguk-anggukkan kepala.

“Soal Wahid tu pun Im jangan bimbang. Hilang panas tu nanti, dia akan cari Im semula”.

Rohayu tersenyum memandang Imran untuk memberikan sedikit keyakinan.

“Ayu yakin sangat, masalah Im akan settle one by one. Trust me. Kita masih ada Allah”.

Rohayu seperti seorang ustazah yang sedang memberikan tazkirah kepada anak muridnya.

Seketika, Imran bangun menyertai Rohayu yang sudah lama berdiri di hadapannya. Dia

merasa ada sedikit kekuatan untuk mengharungi hari esok. Hatinya terasa sedikit lapang setelah

mendengar apa yang dikatakan oleh Rohayu.

160

BAB 33

Jam dinding menunjukkan pukul sebelas setengah malam. Puteri Balqis sudah bersiapsiap

untuk keluar malam itu untuk bertemu Haikal seperti yang dijanjikan. Nasihat-nasihat

daripada kawan-kawannya satu pun tak masuk dalam hatinya. Bak kata pepatah masuk telinga

kanan, keluar telinga kiri. Umpama mencurah air ke daun keladi. Langsung tak berbekas.

Aireen dan Misya hanya memerhati gelagat Puteri Balqis yang sedang bersiap. Dia

memakai baju blouse berwarna merah terang dan skirt bawah lutut berwarna gelap. Sesekali

Aireen dan Misya berpandangan sesama sendiri. Misya hanya mengangkat kedua-dua bahunya

tanda mengalah dengan kedegilan seseorang yang bernama Puteri Balqis.

“Puteri... kau nak pegi juga ke jumpa Haikal malam ni?”. Buat kali terakhirnya Aireen

mencuba menasihati Puteri Balqis kalau-kalau nasihatnya buat kali terakhir itu menyentuh hati

nurani Puteri Balqis dan membatalkan niatnya. Puteri Balqis hanya tersenyum memandang

Aireen menandakan nasihat Aireen tidak berbekas di hatinya.

“Aku rasa tak sedap hati lah Puteri. Cuba lah kau dengar nasihat kami ni. Haikal tu

Cuma nak kenakan kau”. Aireen tetap berusaha menghalang Puteri Balqis daripada meneruskan

niatnya untuk menemui Haikal.

Percubaan Aireen tetap gagal. Puteri Balqis mencapai kunci keretanya dan berlalu

menuju pintu utama rumah sewa mereka. Deruman kereta Puteri Balqis menandakan dia sudah

mula meninggalkan mereka untuk ke destinasinya. Aireen dan Misya tidak mampu berbuat apaapa

lagi.

“Eh... macam mana ni. Aku risau doh”. Misya mula bersuara setelah sekian lama

berdiam diri.

“Tu lah. Aku pun macam tak sedap hati. Puteri ni degil betul”.

“So apa plan kita sekarang?”.

“Kau tanya aku?. Aku pun tengah blur sekarang ni tau”. Aireen dan Misya kembali diam

untuk mencari idea untuk menyelamatkan Puteri Balqis.

“Haaa!!!... aku dapat idea. Apa kata kita follow dia”. Misya memberikan cadangannya.

“Wei kau gila. Buatnya nanti Haikal bawa geng, dengan kita-kita sekali jadi mangsa”.

“Tapi kita kena buat sesuatu. Walaupun Puteri tu macam tu, dia tetap kawan kita”.

“Itu aku tau. Bagi lah aku fikir”. Aireen sedikit gelisah dan cuba memerah otak untuk

mencari jalan untuk menyelamatkan Puteri Balqis daripada menjadi mangsa Haikal.

“Apa kata kita minta bantuan kawan-kawan lelaki kita, then kita follow Puteri mana dia

pergi”. Aireen pula mencadangankan buah fikirannya.

161

“Kau rasa ada ke yang nak tolong kalau dengar nama Puteri Balqis?”. Persoalan Misya

membuntukan lagi fikiran Aireen. Tapi betul juga kata Misya. Hanya dia dan Misya yang

sanggup berkawan dan melayan kerenah Puteri Balqis.

“Haaa... aku ada idea. Apa kata kita minta tolong Imran”. Entah bagaimana Misya boleh

terfikirkan pasal Imran.

“Hello... kau tak ingat ke apa yang Puteri Balqis buat pada dia?. Kau ingat dia nak tolong

kita ke?”.

“Weiii... aku kenal la Imran tu. Hati dia tu macam malaikat, tau tak. Kita try la dulu.

Lagi pun kau ada orang lain ke nak minta bantuan?”. Mungkin betul juga apa yang Misya

katakan. Mereka memang terdesak.

Misya mencapai telefon dan mendail nombor telefon Imran. Mujur juga dia ada

menyimpan semua nombor rakan sekuliahnya.

“Ya Allah ya Tuhanku, hari ini aku redha dengan dugaanMu. Aku berserah sepenuh

jiwa dan ragaku hanya kepada Mu ya Allah. Kau kuatkan lah imanku untuk mengharungi segala

dugaan Mu. Beri lah aku kekuatan dan permudahkan lah segala urusan ku selepas ini. Amin

yarabbal alamin”. Imran menyapukan tangan ke wajahnya setelah selesai berdoa dan

bersembahyang sunat hajat. Dalam keadaan itu, hanya Allah tempatnya bergantung dan

memohon pertolongan. Kata-kata dan nasihat Rohayu masih segar diingatannya.

Sebaik selesai dia melipat sejadah, telefon bimbitnya berdering. Imran berfikir siapa

pula yang menelefonnya tengah-tengah malam begini. Dia lantas mencapai telefon yang

berdering-dering itu. Dia melihat nombor yang tidak dikenalinya tertera di screen telefon. Pada

awalnya dia hanya ingin membiarkan sahaja penggilan tersebut. Tetapi dia terfikir semula

kalau-kalau panggilan itu sesuatu yang sangat penting. Imran bingkas semula menggambil

telefon dan menjawab panggilan tersebut.

“Assalamualaikum”.

“Waalaikumsalam. Siapa ye?”. Tanya Imran yang tidak mengenali suara perempuan

yang berada di hujung telefon tersebut.

“Sorry ganggu Imran malam-malam ni. Ni Misya kawan Puteri Balqis” Misya

memperkenalkan dirinya.

“Ohh... Misya. Ada apa ye call saya malam-malam ni?”.

“Macam ni. Memang ada urgent yang kami nak minta tolong Imran”

162

“Insyaallah. Kalau saya boleh bantu, saya akan cuba bantu”.

“Macam ni....”. Misya memulakan ceritanya. Imran sabar mendengar satu persatu apa

yang diperkatakan oleh Misya. Sesekali kelihatan Imran mengangguk-angguk mendengar cerita

Misya melalui corong telefon tersebut.

“Macam ni lah. Awak berdua ambil saya kat asrama ye. Saya bersiap sekarang”. Tanpa

berfikir panjang setelah mendengar apa yang diceritakan oleh Misya, Imran bersetuju untuk

membantu mereka.

Setelah memutuskan talian, Imran mencapai dan memakai seluar jeans yang

digantungnya di dalam locker bersama sehelai T-shirt berwarna gelap. Selepas lima minit,

Imran sudah terpacak di lobi asrama menanti Aireen dan Misya menggambilnya. Selang lima

minit selepas itu, kelihatan kereta Misya memasuki kawasan asrama tempat Imran menunggu.

“Cepat Im. Kita dah tak banyak masa”. Aireen yang duduk di sebelah Misya membuka

cermin hadapan untuk bercakap dengan Imran yang sedia menanti. Tanpa banyak cerita Imran

membuka pintu kereta dan melompat masuk. Misya terus menekan pedal keretanya.

“Kita nak ke mana ni?”. Soal Imran setelah kereta yang dipandu Misya memasuki jalan

besar.

“Kita nak pegi pub yang selalu Puteri Balqis dan Haikal pegi”. Jawab Aireen.

“Confirm ke dia ada kat sana?”.

“Kita cari dulu diaorang kat sana. Kalau tak ada kita dapatkan clue daripada pekerjapekerja

pub tu kat mana selalu port diaorang melepak”. Lancar lidah Aireen menjelaskan

rancangannya untuk memastikan Puteri Balqis selamat. Kereta Misya meluncur laju di atas

jalan menuju ke bandar.

Sampai di tempat yang dituju, Misya memperlahankan keretanya dan meletakkan

kenderaan di tempat yang agak terlindung. Aireen dan Misya memerhati sekeliling pub tersebut.

Di satu sudut tempat meletak kenderaan bersebelahan pub tersebut jelas kelihatan kereta Puteri

Balqis diletakkan. Aireen dan Misya berpandangan. Mereka yakin Puteri Balqis masih berada

di dalam pub tersebut.

“Kami yakin Puteri Balqis masih ada di dalam pub tu”. Aireen menoleh Imran yang

duduk di seat belakang. Imran hanya berdiam diri menunggu rancangan seterusnya daripada

Aireen dan Misya.

“Kita tunggu sekejap. Kalau tak ada apa-apa yang berlaku, kita redah je kat dalam tu”.

Imran hanya mengangguk-anggukkan kepalanya tanda faham. Dia menyandarkan badannya

sementara menunggu apa yang akan berlaku seterusnya.

163

BAB 34

“Cantik you malam ni kan. I tak pernah tengok you secantik ni”. Haikal memandang

Puteri Balqis dari hujung rambut ke hujung kaki. Puteri Balqis hanya buat tak tahu dengan

pujian Haikal. Dia terus menikmati alunan muzik yang membingitkan telinga dan menyaksikan

gelagat pengunjung-pengunjung yang sedang asyik menari.

“You kata ada benda nak cakap pada i. Apa dia?”.

“Nanti lah dulu. Kita enjoy la dulu. Lagipun dah lama kita lepak kat sini kan. Lagipun

esok kan hari minggu”. Haikal cuba melengah-lengahkan masa supaya Puteri Balqis berada

lebih lama di dalam pub itu.

“Ok. Tapi kalau you cuba buat sesuatu pada i, nahas you”. Puteri Balqis seperti memberi

amaran kepada Haikal.

“Isshhh... you ni. Takkan lah i nak buat apa-apa pada you. I cuma nak hang out dengan

you buat kali terakhir. I janji lepas ni i takkan ganggu you lagi”. Haikal tersenyum sendirian

sambil tangannya mengangkat gelas minuman yang ada di hadapannya.

“Ehh... you. Minum lah air ni. Penat i tuang tau”. Pujuk Haikal setelah melihat air coke

yang dituangnya ke dalam gelas Puteri Balqis sebentar tadi tidak disentuhnya.

Sambil menikmati muzik dan tarian pengunjung-pengunjung pub tersebut, tangan Puteri

Balqis mengangkat gelas coke yang disediakan oleh Haikal sebentar tadi dan diteguknya

beberapa kali. Air coke yang diminumnya melegakan kehausan yang dirasakan. Haikal yang

memerhati perlakuan Puteri Balqis tersenyum puas.

Sekejap lagi kau tau lah nasib kau Puteri. Bisik hati Haikal. Haikal menunjukkan ibu

jarinya, tanda bagus kepada Irham yang duduk di atas sofa di penjuru pub tersebut menyaksikan

perjalanan rancangannya yang dirasakan hampir berjaya.

Sedang asyik menikmati kerancakan muzik, tiba-tiba badan Puteri Balqis terasa amat

lemah. Kepalanya berpusing-pusing. Dia sudah tidak dapat mengimbangi tubuh badannya

sendiri.

“Ehh... kenapa you ni?”. Haikal berpura-pura bertanyakan keadaan Puteri Balqis.

“I tak tau kenapa tiba-tiba kepala i jadi pening”.

“You jangan banyak bergerak. Biar i hantar you balik ye”. Haikal memapah Puteri Balqis

yang sudah tidak berdaya untuk berjalan. Badannya lembik seperti kain buruk. Dalam keadaan

itu Irham mendekati Haikal dan menyerahkan kunci bilik hotel yang telah ditempahnya awalawal.

164

“Tempat biasa bro. Selamat pengantin baru”. Bisik Irham ke telinga Haikal. Haikal

tersenyum puas dengan kejayaan rancangan Irham. Dia sudah dapat membayangkan tubuh

Puteri Balqis yang longlai itu di dalam pelukannya. Bila Puteri Balqis sedar esok pagi, dia

takkan boleh berbuat apa-apa lagi.

“Ok sekarang i hantar you balik ye”. Haikal berbisik ke telinga Puteri Balqis yang

sedang dipapahnya. Keadaan seperti itu sudah menjadi kebiasaan di dalam pub tersebut. Sebab

itu lah tiada siapa yang mengambil kisah Puteri Balqis dan Haikal.

Sampai di tempat meletak kenderaan, Haikal membuka pintu Nissan Skylinenya. Dia

merebahkan badan Puteri Balqis di tempat duduk sebelah dan menutup pintu kereta. Haikal

bergegas ke tempat duduk pemandu untuk segera ke tempat yang telah disediakan oleh Irham.

Haikal tidak sedar setiap perlakuannya diperhatikan oleh Aireen, Misya dan Imran yang

menunggu adegan seterusnya.

Kereta Haikal bergerak meninggalkan kawasan parking pub tersebut. Misya secara

berhati-hati mengekori kereta yang dipandu oleh Haikal. Sampai di hadapan sebuah hotel,

Haikal memberhentikan keretanya dan memapah Puteri Balqis yang seperti orang mabuk

menuju ke dalam lif. Misya, Aireen dan Imran masih memerhati tindak tanduk Haikal yang

cuba membawa Puteri Balqis ke dalam bilik hotel itu.

“You bawa i pegi mana ni Haikal?”. Soal Puteri Balqis yang separuh sedar apabila

menyedari tempat yang dibawa oleh Haikal itu bukan rumahnya.

“You ikut je lah apa yang i buat”.

“You nak buat apa ni Haikal. You jangan main-main”. Puteri Balqis ingin melawan dan

meronta tetapi kudratnya langsung tiada.

Sampai di bilik yang telah ditempah oleh Irham, Haikal lantas membuka pintu bilik

tersebut. Dia menolak tubuh longlai Puteri Balqis ke atas tilam empuk hotel tersebut, Hotel

yang menyaksikan ramai anak gadis yang telah dirosakkan oleh Haikal dan mangsa seterusnya

malam itu adalah Puteri Balqis.

“Kau sombong dengan aku kan. Malam ni kau rasakan. Kau tak kenal Haikal Dato

Hamzah. Apa yang aku nak pasti akan aku dapatkan... hahaha”. Haikal ketawa girang. Apa

yang dihajatinya sudah berada di hadapan mata. Gadis yang diidam-idamkannya selama ini

sudah di dalam genggamannya.

“Aku ingat kau ni hebat sangat. Rupa-rupanya kau sama je macam perempuanperempuan

lain yang pernah jadi mangsa aku... hahaha”. Haikal membuka pakaiannya satu

persatu.

165

“Tolong lah Haikal. Jangan buat aku macam ni. Please”. Puteri Balqis yang masih ada

sisa-sisa tenaga merayu kepada Haikal. Dia sudah tidak mampu berbuat apa-apa. Air matanya

mula membasahi pipi. Ketika itu lah dia teringatkan kembali nasihat kawan-kawannya. Tapi

keluar air mata darah sekalipun sudah tidak berguna. Dia benar-benar menyesal kerana terlalu

ego dan tidak mahu mendengar nasihat orang lain. Pada saat-saat itu, dia hanya menunggu

keajaiban berlaku. Selebihnya dia hanya berserah.

“Apa?. Kau minta tolong dengan aku. Dulu bukan main kau sombong dengan aku kan.

Sakit pipi aku yang kau tampar ni masih terasa tau”.

“Tolong lah Haikal. Berapa banyak duit yang kau nak, aku sanggup bagi”.

“Aku tak nak duit. Aku sendiri dah banyak duit. Sekarang ni aku nak kau... hahaha”.

Haikal ketawa kepuasan tanpa memperdulikan rayuan Puteri Balqis.

Ketika Haikal ingin meneruskan misi jahatnya, tiba-tiba... tuk... tuk... tuk. Pintu biliknya

diketuk.

“Adohhh... kau ni pun. Kalau nak datang tu nanti-nanti lah. Bagi lah aku habiskan kerja

aku dulu”. Gerutu hati Haikal apabila menyangkakan yang datang itu adalah Irham.

Haikal memulas tombol pintu bilik hotelnya dengan keras. Sebaik pintu terbuka, satu

tumbukan keras hinggap di muka Haikal. Haikal cuba bangun untuk melawan tetapi sekali kilas,

Haikal tertiarap di atas lantai bilik hotel tersebut. Imran mengambil kain yang ada di dalam

hotel tersebut untuk mengikat Haikal yang separuh sedar dan separuh bogel itu. Ada kesan

darah dari bibir Haikal akibat dari penumbuk sulung Imran.

“Ya Allah. Apa dah jadi kat kau ni Puteri. Kami dah cakap kan. Kenapa lah kau tak

percaya”. Aireen dan Misya yang berada di belakang Imran sebentar tadi meluru masuk

mendapatkan Puteri Balqis yang terbaring di atas katil. Mereka berpelukan dan Puteri Balqis

hanya mampu menangis semahu-mahunya. Dalam saat-saat sebegitu, Allah masih

sayangkannya. Imran yang sudah selesai mengikat Haikal, hanya memerhatikan ketiga-tiga

sahabat itu berpelukan.

“Aku minta maaf pada korang berdua. Kalau korang tak ada tadi tak tau lah apa nasib

aku. Aku minta maaf sebab terlalu degil, sombong”. Tangisan Puteri Balqis berterusan. Kalau

tadi dia menangis kerana ketakutan, tetapi ketika ini dia menangis kesyukuran.

Selang beberapa minit berlalu, sepasukan polis datang untuk menahan Haikal yang telah

berjaya ditewaskan oleh Imran. Berguna juga akhirnya jurus silat yang dipelajari dari Tok Guru

Halim, tok guru yang mengajar silat di kampungnya.

Rupa-rupanya sebelum Aireen. Misya dan Imran datang untuk menyelamatkan Puteri

Balqis, mereka telah membuat panggilan ke balai polis yang berhampiran untuk membuat

166

laporan berkaitan kejadian tersebut dengan bantuan pihak hotel. Akhirnya mereka semua

diminta ke balai polis yang berhampiran untuk diambil keterangan. Aireen dan Misya memapah

keluar Puteri Balqis yang masih lemah akibat kesan dadah yang dimasukkan ke dalam minuman

Puteri Balqis oleh Irham.

“Aireen dan Misya hantar Puteri balik rumah dulu. Maklumkan apa yang terjadi pada

ayah dan mak Puteri. Imran follow kereta polis ni ke balai untuk beri keterangan”. Imran seperti

memberi arahan kepada Aireen dan Misya.

“Habis tu Imran nak balik asrama macam mana?”. Misya merasa serba salah

membiarkan Imran berseorangan sedangkan sebelum ini mereka yang meminta bantuan Imran.

“Tak apa. Habis bagi keterangan nanti pandai-pandai lah Imran balik sendiri. Yang

penting sekarang Puteri tu”. Imran menjuihkan bibirnya ke arah Puteri Balqis yang sudah

berada di dalam kereta Misya.

“Eerrmmm... ok lah. Kalau ada apa-apa call kami tau”.

“Ok... insyaallah. Jangan risaukan saya”. Imran tersenyum kepada Aireen dan Misya.

Aireen dan Misya hanya melihat Imran masuk ke dalam kereta polis yang turut membawa

Haikal ke balai polis.

“Baik betul Imran tu kan. Macam-macam Puteri buat kat dia, tapi dia still nak tolong.

Sikit pun tak ada rasa dendam pada Puteri”. Aireen bersuara setelah kereta polis yang membawa

Haikal dan Imran hilang dari pandangan.

“Tu lah. Aku pun kesian juga pada dia. Aku harap lepas ni Puteri akan belajar dari

kesilapannya”.

“Betul tu. Aku pun harap Puteri akan berubah. Dah lah... jom balik”. Aireen menarik

tangan Misya yang sepertinya tidak mahu berganjak daripada tempat dia berdiri.

167

BAB 35

Wahid hanya diam membatu. Langsung tak angkat muka pada Rohayu yang ada di

sebelah. Malam tadi dia menerima mesej whatapps dari Rohayu yang ingin berjumpanya pagi

itu. Pada mulanya Wahid agak berat untuk berjumpa dengan Rohayu, tetapi akhirnya mengubah

fikiran dan bersetuju untuk bertemu dengan Rohayu di tepi tasik taman tidak jauh daripada

kampus. Tetapi sejak sampai di tepi tasik itu, Wahid tidak dapat berkata-kata walau sepatah.

Lidahnya kelu dan terasa berat seperti ada batu yang tergantung di lidahnya.

“Ayu dapat tau Wahid bergaduh dengan Imran, betul ke?”. Rohayu bertanya soalan yang

membuatkan Wahid semakin tidak tentu arah. Wahid diam agak lama sebelum menjawab

soalan Rohayu seperti memikirkan sesuatu.

“Eerrr... ma... mana Ayu tau?”. Akhirnya Wahid menjawab soalan Rohayu dengan

soalan.

“Dari mana Ayu dapat tau tak penting. Tapi yang penting betul ke Wahid bergaduh

dengan Imran?”. Tegas suara Rohayu mengulangi soalannya. Suara Rohayu yang semakin

tinggi membuatkan Wahid semakin tertunduk.

“Memang Wahid ada marah dia...”.

“Wahid marah Imran. Lepas tu cakap yang bukan-bukan pada dia kan? Sebab apa?”.

Belum sempat Wahid menghabiskan jawapannya, Rohayu menyambung pertanyaan lain.

“Wahid minta maaf. Wahid tau Wahid salah sebab terlalu ikut perasaan. Wahid marah

sebab dapat tau Imran dan Ayu nak bertunang”. Wahid terpaksa berterus terang berkaitan

kejadian yang sebenar.

“Kenapa tak tanya Imran habis-habis sebelum nak marah-marah”.

“Wahid tau Wahid salah. Wahid minta maaf. Wahid memang tak patut buat Imran

macam tu”.

“Tak perlu minta maaf pada Ayu. Wahid patut minta maaf pada Imran”. Suara Rohayu

sedikit kendur. Baru lah Wahid berani memandang wajah Rohayu.

“Wahid tau tak apa sebenarnya yang mak Imran nak bagitau?”. Wahid hanya

menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Mak Imran Cuma nak bagitau yang Ayu tak setuju nak ditunangkan dengan Imran

sebab Ayu dah anggap Imran macam saudara kandung sendiri. Imran pun macam tu. Kami ni

dah macam adik-beradik. Tak ada perasaan cinta antara kami”. Wahid hanya diam membisu

mendengar penjelasan daripada Rohayu. Memang dia menyesal sangat kerana menyakitkan hati

Imran sebegitu. Kerana mengikut kata hati Wahid sanggup kehilangan sahabat baiknya, malah

168

yang lebih menyesalkan Wahid bila dia tergamak memaki hamun Imran yang telah

menganggapnya seperti saudara kandung.

Sebenarnya selepas meninggalkan Imran semalam, Wahid sudah mula tidak senang hati.

Entah kenapa dia boleh hilang pertimbangan sampai begitu sekali sedangkan Imran berada

dalam situasi yang memerlukan sokongan daripada kawan-kawannya. Wahid betul-betul

merasa bersalah yang amat sangat.

“Ayu kenal Imran. Imran takkan sedikit pun akan melukakan hati orang sekelilingnya.

Bahkan dengan orang yang membencinya pun, dia tetap akan membalasnya dengan baik”.

“Wahid tau. Imran memang baik. Wahid yang tak dapat berfikir dengan waras masa tu”.

“Tak apa lah Wahid. Benda dah jadi. Apa yang penting sekarang Wahid pegi jumpa

Imran dan minta maaf pada dia. Ayu tau, dia takkan simpan walau sedikit rasa dendam atau

marah pada Wahid”. Sekali lagi Wahid memandang wajah Rohayu. Rohayu hanya senyum

melihat wajah Wahid yang sugul.

“Wahid tau, tapi Wahid yang rasa malu nak jumpa Imran. Wahid tak tau mana nak sorok

muka Wahid ni. Apa yang Wahid buat tu tak ubah macam budak-budak”.

“Tau tak apa. Dah lah... jangan malu. Sebenarnya Imran risau pasal Wahid sejak Wahid

keluar dari bilik semalam. Dia tak marah pun pada Wahid”.

“Ok lah. Sekejap lagi Wahid jumpa Imran. Wahid janji Wahid takkan ulang lagi benda

ni”. Wahid bangun daripada tempat duduknya. Dia nekad menebalkan mukanya untuk

berjumpa Imran. Memang dia kena minta maaf pada Imran. Selagi perkara tersebut tidak

dilakukannya, hidupnya takkan tenang.

“Bagus lah tu. Lagi pun Ayu tak suka ada boyfriend yang suka buat tindakan tak fikir

dulu”. Rohayu tersenyum membuatkan jantung Wahid seperti hendak luruh.

“Jadi Wahid masih ada harapan la ye?”. Tiba-tiba mulut Wahid bersuara.

“Eerrmmm... tengok lah macam mana”. Jawapan dan senyuman Rohayu itu

membuatkan Wahid seperti ingin melompat. Jawapan Rohayu itu juga membuatkan Wahid

tersengih panjang.

“Sudahhh... jangan nak tersengih-sengih kat situ. Pegi balik jumpa Imran dulu. Selagi

perkara ni tak settle jangan harap Ayu nak pertimbangkan Wahid jadi boyfriend Ayu”. Rohayu

seperti mengugut. Wahid tersentak. Dia kembali ke alam nyata. Fikirannya kembali kepada

sahabat baiknya Imran.

169

“Apa yang kamu buat ni Puteri?”. Puan Sri Syarifah Zainah mengurut dada mendengar

cerita Aireen tentang apa yang berlaku malam tadi. Selepas kejadian, Aireen dan Misya

membawa Puteri Balqis pulang ke rumah sewa mereka memandangkan waktu sudah larut

malam. Lagipun keadaan Puteri Balqis terlalu lemah kesan daripada dadah yang diberikan oleh

Haikal. Aireen dan Misya tidak mahu ibu dan ayah Puteri Balqis terkejut.

“Daddy dengan mommy bagi sepenuh kepercayaan pada Puteri, tapi ini yang Puteri balas

pada daddy dan mommy”. Giliran Tan Sri Syed Aminuddin pula meluahkan kekesalannya

terhadap apa yang dilakukan oleh Puteri Balqis. Wajahnya yang putih menjadi kemerahan

kerana menahan marah yang amat sangat.

Puteri Balqis hanya tertunduk membisu di atas sofa di ruang tamu rumah diapit oleh

Aireen dan Misya. Dia langsung tak berani angkat muka untuk memandang wajah ayah dan

ibunya. Semenjak mereka sampai di rumah tersebut, hanya Aireen yang bersuara menceritakan

apa yang berlaku pada Puteri Balqis malam tadi.

“Lagi satu daddy dapat tau kamu aniaya Imran sampai dia digantung kuliah sebab kamu

benci sangat dengan dia. Apa yang kamu buat ni Puteri. At last orang yang kamu benci sangatsangat

tu yang selamatkan maruah kamu. Mana daddy nak letak muka?”. Panjang leteran Tan

Sri Syed Aminuddin. Jarang dia mahu bercakap panjang seperti itu. Tetapi segala perbuatan

Puteri Balqis termasuk apa yang dilakukannya terhadap Imran, seperti yang telah diceritakan

oleh Aireen dan Misya membuatkannya hilang sabar.

“Actually daddy tak faham kenapa Puteri benci sangat-sangat dengan Imran tu?”. Tan

Sri Syed Aminuddin memandang Puteri Balqis yang masih menundukkan muka itu untuk

meminta kepastian..

“Se... sebenar... nya, Puteri pun tak tau apa yang buatkan Puteri bencikan dia”. Akhirnya

suara Puteri Balqis keluar juga walaupun perlahan.

“See... Puteri sendiri tak tau apa sebab kan. Sebabnya Puteri ego. Puteri sombong. Puteri

ingat Puteri ada duit, semua orang boleh ikut cakap Puteri. Puteri kena ingat tau... semua yang

Puteri ada tu daddy punya. So Puteri tak payah nak sombong dengan orang lain. Kalau tak

kerana Puteri ni jadi anak daddy, silap-silap Puteri pun akan merempat tepi jalan agaknya”.

Marah benar Tan Sri Syed Aminuddin terhadap Puteri Balqis. Dia tahu apa yang dikatakannya

itu agak kasar, tetapi itu lah masa yang paling sesuai untuk mengajar Puteri Balqis. Puan Sri

Syarifah Zainah hanya diam mendengar apa yang diperkatakan oleh suaminya.

“Puteri sedar daddy. Puteri banyak buat silap pada daddy dan juga mommy. Puteri dah

betul-betul insaf sekarang”. Tanpa sedar air mata Puteri Balqis berlinangan menuruni pipinya

yang gebu. Dia cuba membayangkan apalah nasibnya ketika ini sekiranya Aireen, Misya dan

170

Imran tidak datang menyelamatkannya. Yang pasti kehormatannya akan tergadai kepada Haikal

setan tu.

“Puteri janji Puteri akan buang semua perangai buruk Puteri. Puteri janji Puteri takkan

buat mommy dan daddy sedih lagi”. Ketika itu baru lah Puteri Balqis berani mengangkat muka

untuk melihat ibu dan ayahnya. Puan Sri Syarifah Zainah turut mengalirkan air mata. Air mata

kesyukuran kerana anaknya masih dipelihara Allah.

“Daddy nak esok Puteri pegi jumpa Imran dan minta maaf pada dia. Selagi Puteri tak

minta maaf pada Imran, selagi itu lah daddy takkan maafkan Puteri. Understand!!!?”. Keras

suara Tan Sri Syed Aminuddin memberi kata dua kepada Puteri Balqis.

Puteri Balqis bangun dan memeluk ibunya. Puan Sri Syarifah Zainah memeluk anak

kesayangannya itu dengan air mata yang berjuraian di pipi. Dia amat-amat bersyukur Puteri

Balqis berubah walaupun dengan kejadian yang tak pernah difikirkannya akan terjadi terhadap

Puteri.

“Puteri promise mommy. Puteri takkan sombong lagi. Puteri akan dengar apa yang

mommy dan daddy cakap”.

“Bagus lah kalau macam tu Puteri. Tak rugi kalau Puteri berubah. Kalau tak kerana

kawan-kawan Puteri, mommy tak tau apa yang akan jadi pada anak mommy ni”. Puan Sri

Syarifah Zainah mengelus-ngelus rambut Puteri Balqis dengan penuh kasih sayang.

Harapannya biarlah Puteri Balqis akan terus berubah untuk selamanya.

171

BAB 36

Imran menyandarkan kepalanya pada dinding bas yang dinaikinya untuk pulang ke

kampung. Matanya agak mengantuk. Kelopak matanya seperti diletakkan besi pemberat.

Selepas membuat laporan dan memberi kenyataan di balai polis berkaitan kejadian yang

menimpa Puteri Balqis malam tadi, dia terus pulang ke asrama. Mujur juga pegawai polis

tersebut bermurah hati untuk menghantarnya balik ke asrama. Kalaun tidak entah pukul berapa

dia akan sampai ke kampus.

Seawal pagi, selepas sembahyang subuh, Imran bergegas keluar dari asrama menuju ke

stesen bas untuk menggambil bas yang pertama. Sebaik Imran sampai, bas yang ingin

dinaikinya telah bersedia untuk bergerak.

Imran cuba melelapkan matanya sepanjang perjalanan itu, tetapi tidak mahu terlena.

Walaupun kelopak matanya amat-amat berat, tapi sukar baginya untuk lelap. Hanya matanya

yang terpejam, tetapi otaknya masih menerawang memikirkan pelbagai perkara yang telah

terjadi dan menimpanya, bermula dari kejadian dia dituduh mencuri telefon Puteri Balqis,

peristiwa Wahid yang tiba-tiba marah dan meninggalkannya hingga lah kejadian yang menimpa

Puteri Balqis malam tadi. Otaknya cuba menyusun satu persatu kejadian yang berlaku.

Dalam kepalanya, masih segar kejadian yang berlaku di dalam bilik hotel itu. Imran

merasakan semua itu seperti mimpi. Dia sendiri tidak tahu kenapa Aireen dan Misya meminta

bantuannya sedangkan Puteri Balqis begitu membencinya.

“Macam ni. Sebenarnya Puteri Balqis keluar baru sekejap tadi untuk berjumpa Haikal

di tempat yang selalu mereka berjumpa di bandar”. Suara Misya masih terngiang-ngiang di

telinganya ketika dia menceritakan apa yang telah berlaku. Ketika itu dia hanya memasang

telinga untuk mengetahui dengan jelas apa sebenarnya yang sedabng berlaku.

“Sebenarnya Puteri dengan Haikal dah lama putus. Tapi tiba-tiba Puteri bagitau kami

Haikal nak berjumpa dengannya malam ni. Ada perkara penting yang nak diberitahu oleh

Haikal padanya”. Misya menyambung ceritanya.

“Tapi kami syak Haikal nak buat sesuatu yang tak elok pada Puteri malam ni. Sebab tu

lah kami risau sangat-sangat ni”. Akhirnya baru lah Imran mengetahui dengan jelas tujuan

Misya menghubunginya malam itu. Dia sendiri pun banyak mendengar kisah Haikal yang selalu

memerangkap gadis-gadis yang mata duitan dan inginkan kesenangan yang akhirnya

mengorbankan kehormatan diri. Tapi Imran tak ambil kisah pun tentang apa yang didengarnya

tentang Haikal.

172

“Kami harap sangat-sangat Imran dapat bantu kami untuk selamatkan Puteri”. Suara

Misya seperti amat-amat berharap dengan bantuannya. Akhirnya Imran mengalah walaupun

pada mulanya dia seperti ingin menolak.

Dalam melayani lamunannya itu, akhirnya Imran terlelap juga. Imran terjaga apabila

bas yang dinaikinya berhenti di stesen bas di pekan kecil kampungnya. Selepas ini dia akan

mengambil teksi untuk balik ke rumah.

Sepanjang perjalanannya menuju ke rumah, pemandangan sawah padi yang terbentang

tidak pernah gagal memberi ketenangan kepada Imran. Hilang segala kerunsingan di hatinya.

Jiwanya yang layu segar semula apabila melihat kedamaian alam di kampungnya itu.

Selang beberapa minit, Imran dapat melihat rumahnya yang amat-amat dirinduinya.

Semakin dekat rumah itu mengamit pandangan Imran, semakin tidak sabar dia untuk

memijakkan kaki di rumah yang menadi syurganya selama ini.

“Assalamulaikum ibu”. Imran memberi salam kepada ibunya yang sedang

membersihkan halaman ketika Imran sampai di halaman rumah.

“Waalaikumsalam. Kamu Imran. Ibu ingatkan siapa tadi”. Ujar ibunya sambil

menyambut salam dari Imran.

“Kenapa balik ni. Bukan ke kamu kata kamu akan balik cuti semester nanti”. Rahimah

berasa pelik apabila Imran tiba-tiba pulang ke kampung sedangkan dia baru sahaja

menghabiskan cuti panjangnya.

“Nanti Imran cerita pada ibu ye. Sekarang ni Imran lapar. Ibu ada masak sarapan apa

pagi ni?”. Imran cuba mengalihkan tajuk perbualan ibunya. Dia masih belum bersedia untuk

menceritakan segala yang berlaku kepada ibunya. Dia akan mencari masa yang sesuai untuk

berterus terang.

“Oh ye ke... kesian anak ibu ni. Tadi ibu ada goreng mee hoon. Mari masuk”. Rahimah

menarik tangan Imran dan kedua beranak itu berjalan beriringan nmasuk ke dalam rumah.

“Ishh... mana pegi Imran ni. Aku call dah berkali-kali tapi telefon dia macam tutup”.

Wahid kebingungan apabila sampai ke bilik asrama sebentar tadi, Imran tak ada dalam bilik.

Dia menunggu kalau-kalau Imran keluar ke bilik air atau ke mana-mana. Tapi penantiannya

sia-sia. Imran tak muncul-muncul. Wahid mengambil keputusan untuk menghubungi Imran,

tetapi itu pun hampa.

173

“Adohhh... mana Imran ni hilang. Ke dia merajuk dengan aku?”. Wahid bertanyakan

diri sendiri untuk mencari jawapan ke mana Imran menghilang. Dia menyelak langsir tingkap

kalau-kalau ada kelibat Imran di luar bangunan asrama itu.

Wahid melabuhkan punggungnya di atas katil memikirkan kemungkinan-kemungkinan

yang berlaku terhadap Imran. Tetapi akhirnya dia buntu. Dia sendiri tak dapat nak meneka ke

mana perginya Imran. Dia mati akal.

“Ini semua salah aku. Kalau aku tak marah-marah dan tinggalkan dia, benda ni takkan

jadi”. Wahid menyalahkan dirinya sendiri atas apa yang berlaku. Dia amat-amat menyesal

dengan perbuatannya yang terburu-buru itu.

Wahid sedar, kalau Imran tidak memaafkannya, harapannya untuk memiliki Rohayu

juga akan berkecai. Tetapi dia ingin memohon maaf dari Imran bukan kerana Rohayu, tetapi

kerana kesilapan yang telah dilakukannya. Wahid mengakui sepanjang persahabatannya

dengan Imran, tak pernah sekali perbuatan atau perkataan Imran yang menyinggung hati dan

perasaannya.

Letih duduk, Wahid baring dan matanya terbuka luas memandang siling bilik dan kipas

yang sedang berputar laju.

“Aku ni tengok kau ni baik sangat. Apa saja yang orang buat kat kau, kau buat derk je

kan. Tak de nak marah langsung. Tambah-tambah budak Puteri tu”. Wahid masih teringat pada

suatu malam sewaktu mereka berdua bersembang-sembang di bilik itu. Imran hanya tersenyum

mendengar apa yang dikatakan oleh Wahid.

“Aku tau la kau suka sangat dengan budak Puteri tu. Tapi takkan la kau nak bagi dia

pijak kepala kau. Baik kau ni dah tahap malaikat tau tak”. Tambah Wahid apabila melihat Imran

hanya tersenyum.

“Kau ni pun. Nak bagi perumpamaan pun berpada-pada la. Baik sangat kalau macam

malaikat tu”. Tiba-tiba Imran menyanggah apa yang diperkatakan oleh Wahid apabila dia

menyamakan dirinya dengan malaikat.

“Apa taknya. Budak tu dah malukan kau depan semua kawan-kawan kita, kau masih

steady lagi. Kalau aku tak tau apa jadi dah dngan budak tu”. Geram Wahid melihat kebaikan

Imran sehingga orang lain boleh berbuat sesuka hati.

“Sebab aku bukan kau. Aku pegang nasihat mak aku. Berkawan biar ramai, bermusuh

kalau boleh jangan ada langsung”.

“Eerrmmm... tak tau lah aku nak kata”. Wahid seperti mengalah.

174

“Tapi aku rasa kan baik kau delete je angan-angan kau pada Puteri kayangan kau tu.

Kalau macam tu punya gaya, suatu hari nanti mesti dia akan buat sesuatu yang lagi teruk pada

kau”. Wahid masih belum berpuas hati menasihati Imran.

“Wahid... kalau Allah tak izin, apa sahaja yang dia plan takkan berlaku. Tapi kalau dah

tertulis, dia tak buat pun benda tu akan berlaku”. Tenang suara Imran mengingatkan Wahid.

“Eee... tak tau apa aku nak cakap dengan kau ni”. Akhirnya Wahid betul-betul mati akal

untuk menasihati Imran.

Ingatan Wahid kepada Imran mati begitu sahaja apabila akhirnya dia terlelap.

“Ehh... kau dah call ke Imran tu?”. Aireen mengingatkan Puteri Balqis sebaik saja

mereka balik ke rumah sewa setelah memberi keterangan di balai polis.

“Belum lagi. Lagipun aku mana ada simpan nombor telefon dia”. Puteri Balqis berterus

terang kepada kawan-kawannya.

“Aduhhhh... kau ni. Sampai macam tu sekali”. Misya pula bersuara.

“Ni aku share contact no Imran. Jangan tak save pula”. Misya akhirnya menghantar

nombor telefon Imran ke telefon Puteri Balqis. Misya hanya memerhati apa yang dilakukan

oleh Putei Balqis selepas itu. Puteri Balqis beberapa kali menekan nombor yang diberikan oleh

Misya dan meletakkan telefonnya ke telinga. Berkali-kali dia melakukan perkara yang sama.

“Isshh... tak dapat la. Macam dia off phone je”. Puteri Balqis memberitahu Aireen dan

Misya setelah beberapa kali mencuba menghubungi Imran.

“Ke kau salah bagi nombor orang lain?”. Puteri Balqis mempersoalkannya kepada

Misya.

“Ehh... mana ada. Nombor tu la yang aku call malam tadi. Aku try call dia pula”. Misya

mencari semula nombor telefon Imran dan menghubunginya. Memang benar kata Puteri Balqis.

Telefon Imran seperti ditutup. Mana dia pergi agaknya. Fikir Misya setelah beberapa kali gagal

menghubungi Imran.

“Malam tadi dia ok je. Cuba ko call kawan sebilik dia... sape nama dia?”. Aireen yang

hanya menjadi pemerhati sebentar tadi memberi idea.

“Haa... betul juga tu. Nama dia Wahid kalau tak silap aku”. Misya ceria setelah

mendapat idea daripada Aireen. Mujur juga dia ada menyimpan semua nombor telefon rakanrakan

sekuliahnya.

175

“Assalamualaikum. Boleh bercakap dengan Wahid?”. Misya memberi salam setelah

panggilan dijawab.

“Waalaikumsalam. Saya Wahid. Ada apa ye?”.

“Maaf mengganggu. Saya Misya kawan Puteri Balqis. Macam ni, sebenarnya.....”.

Misya menceritakan apa yang telah berlaku dan apa sebabnya dia menghubungi Wahid ketika

itu. Wahid hanya diam mendengar cerita daripada Misya. Dia tidak menyangka setelah dia

meninggalkan Imran, banyak cerita yang berlaku.

“Sebenarnya saya pun nak minta maaf pada awak sebab tak dapat nak bantu. Saya

sendiri pun tengah cari Imran. Masa saya balik ke bilik, Imran dah tak ada. Saya call berpuluh

kali tapi telefon dia off”. Seperti ada sedikit kekesalan dalam suara Wahid. Misya juga sedikit

kecewa kerana usaha terakhir untuk menjejak Imran melalui kawan rapatnya juga gagal.

Mereka bertiga saling berpandangan, buntu memikirkan cara untuk berjumpa dengan Imran.

176

BAB 37

Selesai bersarapan pagi itu, Imran bangun menuju ke beranda di hadapan rumah. Imran

duduk di atas kerusi kayu panjang yang masih utuh. Pandangannya dilemparkan ke arah sawah

padi yang terbentang luas. Imran tidak dapat memikirkan apa-apa ketika itu. Fikirannya kosong

sekosong cawan kopi yang telah dihabiskan isinya sewaktu bersarapan pagi tadi. Adik-adiknya

telah lama pergi ke sekolah. Mereka keluar awal terutama hari isnin seperti pagi itu.

“Apa aku nak bagitau ibu nanti?”. Hati Imran berbisik sendirian. Fikirannya betul-betul

bercelaru apabila memikirkan masalah yang menimpanya. Dia kasihan dengan ibunya yang

menaruh harapan tinggi kepadanya. Kalau boleh Imran tak mahu membuatkan hati ibunya

kecewa. Tapi apa boleh buat, semua itu telah tertulis dan dia tak mampu untuk melawannya.

Imran mengambil telefon yang telah dimatikannya semenjak semalam lagi. Dia ingin

waktu bertenang dan tidak mahu diganggu oleh sesiapa. Sebaik sahaja telefonnya dihidupkan,

mesej whatsapp masuk bertalu-talu. Itu tidak termasuk makluman miss call dan juga teks mesej.

Imran cuba meneliti satu persatu mesej yang dihantar melalui whasapp. Sesekali Imran

tersenyum membaca mesej-mesej yang tertera di screen telefonnya. Selesai membaca mesejmesej

tersebut, Imran meletakkan kembali telefon bimbitnya di sisi. Dia kembali melayani

perasaan sambil melemparkan pandangan ke arah sawah yang terbentang luas.

“Kenapa anak ibu ni asyik termenung je. Ada masalah ke?”. Tiba-tiba ibunya muncul

dari belakang menegur Imran yang masih dalam dunianya sendiri.

“Eehh… tak ada apalah ibu. Imran nak rehatkan fikiran ni sikit”. Jawab Imran seperti

masih mahu menyembunyikan sesuatu.

“Kalau Im ada masalah bagitau lah ibu. Mana tau ibu boleh bantu”. Ibunya seperti dapat

meneka apa yang sedang bersarang di kepala Imran. Imran menoleh memandang ibunya.

“Mana ibu tau yang Im ada masalah?”.

“Imm… sembilan bulan ibu kandungkan Im. Dua puluh tahun ibu jaga makan pakai

sakit pening Im. Apa yang berlaku pada Im ibu dapat rasa”. Ibunya bangun dan duduk di sebelah

Imran. Dipandangnya wajah anak bujangnya itu.

“Cuba Im cerita apa masalah Im sebenarnya”.

“Memang Im ada masalah, tapi Im tak tau macam mana nak cerita pada ibu”.

“Kenapa ni?”.

“Im takut apa yang nak Im ceritakan ni akan mengecewakan ibu”. Akhirnya Imran

mendapat sedikit kekuatan untuk menceritakan apa yang telah berlaku pada dirinya.

177

“Insyaallah. Apa-apa pun yang berlaku, ibu tetap akan terima Im”. Apa yang keluar

daripada mulut ibunya itu memberikan Imran sedikit ketenangan. Biarlah dia berterus terang

kepada ibunya tentang apa yang berlaku pada dirinya.

“Sebenarnya Im balik ni pun ada perkara yang nak Im bagitau ibu”. Agak payah untuk

Imran menuturkan bait-bait kata itu apatah lagi melihat wajah ibunya yang penuh pengharapan.

Keadaan Imran ketika itu seperti orang yang dipaksa meminum racun.

“Sebenarnya…..”. Belum sempat Imran menghabiskan ayat tersebut, telefon bimbitnya

berdering. Imran memerhati nombor panggilan yang muncul di screen telefonnya. Setahu Imran

itu nombor panggilan daripada fakulti tempat dia belajar. Hati Imran berdebar-debar. Mukanya

pucat ditoreh tidak berdarah. Dia kuatkan hati. Walau apa pun keputusannya, dia tetap akan

redha. Semua adalah ketentuan dari Allah s. w. t.

“Assalamualaikum. Ini Imran Abu Bakar ke?”. Satu suara halus di hujung telefon

setelah Imran menerima panggilan tersebut.

“Waalaikumsalam. Ye saya. Ada apa ye puan?”

“Saya membuat panggilan daripada pejabat dekan fakulti. Saya nak maklumkan

berkaitan keputusan tindakan tatatertib kes awak itu hari”. Mendengar itu hati Imran semakin

gementar. Jantungnya seperti dilanggar kereta api.

“Saya nak maklumkan yang kes awak telah ditarik balik. Kami dah teliti cctv yang ada

di laluan hadapan bilik kuliah tersebut. Jawatankuasa siasatan mendapati tuduhan terhadap

awak ada undur-unsur sabotaj dengan niat untuk menganiayai awak”. Imran seperti mahu

pengsan dengan jawapan yang didengarinya sebentar tadi. Dirasakan saat-saat itu lah yang

paling indah dan nikmat di dalam hidupnya. Mungkin ini lah rasanya pesalah yang terlepas dari

hukuman mati.

“Jadi penggantungan awak ditarik balik. Esok awak boleh mulakan kuliah seperti

biasa”. Ya Allah. Sungguh besar nikmat Mu pada hamba Mu yang lemah ini. Imran hampir

menitiskan air mata mendengar berita tersebut.

“Terima kasih puan. Sampaikan ucapan terima kasih saya pada semua. Insyaallah esok

saya akan pergi kuliah semula”. Imran terlalu gembira. Dia bergegas bangun dan menuju ke

ruang solat di dalam rumahnya setelah menamatkan perbualan tersebut. Dia melakukan sujud

syukur atas anugerah Allah yang tidak terhingga itu. Ibu Imran yang sedari tadi memerhati

gelagat anaknya itu kehairanan. Selesai sujud syukur, baru lah ibunya bertanya.

“Kenapa Im…apa yang dah jadi?”. Ibunya kebingungan dengan gelagat anaknya itu.

Imran tersenyum memandang wajah ibunya.

178

“Alhamdulillah ibu. Segala masalah Im dah selesai”. Imran memegang tangan ibunya

yang sudah berkedut itu lalu diciumnya berkali-kali.

“Apa yang selesai?”. Ibunya masih tidak berpuas hati dengan jawapan Imran.

“Sebenarnya begini….”. Imran menceritakan apa yang telah berlaku terhadap dirinya di

universiti sehinggalah dia pulang ke kampung. Ibunya hanya mengangguk-angguk tanda

faham. Patut lah dia melihat Imran begitu gembira setelah mendapat panggilan itu tadi. Dia pun

sebenarnya amat bersyukur dengan apa yang berlaku walaupun baru sahaja mengetahui apa

yang tejadi. Dia tidak menyangka anaknya menghadapi dugaan yang begitu besar selama ini.

Alhamdulillah, Allah telah memberikan bantuannya. Allah telah mendengar doa anaknya yang

teraniaya.

“Pagi-pagi esok Im terpaksa balik ke kampus sebab Im ada kuliah”. Imran hampir

menitiskan air mata. Wajah ibunya ditatap dalam-dalam. Pagi itu terasa sungguh indah. Udara

yang bertiup juga dirasakan terlalu nyaman.

“Macam mana?. Dapat bercakap dengan Imran?”. Tegas suara Tan Sri Syed Aminuddin

malam itu tidak seperti yang selalu didengar oleh Puteri Balqis. Ayahnya sudah berubah kerana

sikapnya sendiri. Dia tidak menyalahkan ayahnya kerana bertindak sebegitu. Semua atas

kesilapannya sendiri yang ego dan sombong.

“Be… belum daddy. Dah banyak kali Puteri call Imran, tapi tak berangkat”. Puteri

Balqis sedikit gugup apabila ingin memaklumkan kepada ayahnya yang dia masih belum dapat

bercakap dengan Imran.

“I don’t care. Selagi Puteri tak minta maaf pada Imran, jangan harap Puteri boleh dapat

apa-apa dari daddy”.

“Ok daddy. Puteri akan cuba cari jalan untuk jumpa Imran”.

“One more. Kenapa result Puteri semester lepas jatuh?”. Soalan Tan Sri Syed

Aminuddin semakin meresahkan Puteri Balqis. Sebelum ini dia memang banyak berfoya-foya

dan banyak membuang masa sehingga mengabaikan pelajarannya. Segala nasihat daripada

kawan-kawannya langsung tidak dipedulikan olehnya.

“Puteri ingat ye. Kalau semester ni result Puteri semakin jatuh, daddy tak teragak-agak

untuk tarik balik kereta Puteri tu dan separuh daripada monthly allowance akan daddy potong”.

Kata-kata yang berbau ugutan itu membuatkan Puteri seperti baru tersedar dari mimpi. Dia tak

179

mampu nak berkata apa-apa. Lidahnya kelu. Kerana peristiwa itu dan apa yang telah

dilakukannya terhadap Imran, membuatkan ayahnya telah banyak berubah.

Walau bagaimanapun Puteri Balqis tetap bersyukur kepada Allah kerana telah memberi

ruang dan peluang kepadanya untuk memperbetulkan keadaan. Seandainya takdir Allah pada

malam itu berbeza, sudah tentu nasibnya akan berbeza. Sudah tentu dia tidak akan berada di

universiti itu lagi. Jangan kata nak menyambung pelajarannya, untuk keluar rumah bertemu

dengan masyarakat sekeliling yang tidak mengenalinya pun belum tentu dia dapat lakukan.

Sekali terpalit dengan peristiwa hitam itu, seumur hidup dia akan menanggungnya. Ibu dan

bapanya juga akan menerima nasib yang sama hasil daripada perbuatannya itu. Puteri Balqis

bertekad untuk mengubah hidupnya untuk yang lebih baik.

180

BAB 38

Awal pagi Imran sudah sampai di stesen bas di pekan. Suasana pagi masih kelam. Masih

terlalu awal, tapi Imran perlu segera kerana dia tak mahu terlewat untuk ke kuliah. Kalau dia

mengambil bas yang pertama, dia akan sampai ke kampus tepat pada waktunya.

“Esok Im nak ke pekan macam mana?”. Tiba-tiba ibunya yang baru sahaja selesai

mengemas meja setelah selesai makan malam bertanyakan kepada Imran.

“Tadi habis sembahyang Isyak di masjid, Im ada jumpa Pak Mail. Im minta tolong Pak

Mail hantarkan Im esok pagi lepas subuh”. Imran menjelaskan kepada ibunya.

“Ooo… macam tu ke. Tapi boleh ke dia hantarkan Im?”. Ada sedikit kerisauan di hati

ibunya.

“Ibu jangan risau. Pak Mail kata ok je. Nanti Im bagi lah sikit duit minyak pada Pak

Mail”. Penjelasan Imran melegakan hati ibunya. Imran faham, kadang-kadang ibunya merasa

tidak senang hati sekiranya terlalu kerap meminta pertolongan orang lain terutama Pak Mail

yang telah banyak berjasa dengan mereka semenjak arwah suaminya masih hidup.

Pagi-pagi tadi lagi Pak Mail dah terpacak di hadapan rumahnya menunggu. Mungkin

daripada masjid, Pak Mail terus ke rumahnya seperti yang dijanjikan. Seperti biasa Pak Mail

akan menolak pemberian Imran dan dia hanya sekadar membantu, katanya. Lagipun dia dah

anggap Imran macam anaknya sendiri. Sebab itu lah Imran amat menghormati Pak Mail. Pernah

juga Pak Mail bergurau untuk menjodohkan Imran dengan anak bongsunya yang berkerja di

Pulau Pinang sebagai jurutera. Tapi Imran tahu Pak Mail hanya mengusiknya kerana perbezaan

umur Imran dan anak Pak Mail tersebut terlalu jauh. Lagipun anak Pak Mail berjawatan tinggi,

takkan lah dia nak dengan dirinya yang masih belum tentu hala tuju hidup.

Imran tersengih sendirian mengenang semua itu di dalam kelam pagi di stesen bas

selepas dihantar oleh Pak Mail sebentar tadi. Suasana begitu dingin dan keadaan stesen bas itu

juga sunyi sepi. Yang ada hanya beberapa buah bas yang diletakkan berbaris di stesen itu.

Akhirnya dari kejauhan Imran dapat melihat sebuah bas melenggang lenggok memasuki jalan

ke arah stesen bas itu. Imran bangun dari kerusi kayu yang disediakan di stesen bas bersiap

sedia untuk menaiki bas yang semakin menghampirinya. Imran memanjat tangga bas yang

betul-betul berhenti di hadapannya. Di dalam bas tersebut hanya ada beberapa orang

penumpang. Imran memilih kerusi paling belakang dan meletakkan beg sandang di sebelahnya.

Beberapa minit kemudian, bas tersebut mula bergerak meninggalkan stesen bas untuk ke

destinasinya.

181

Sepanjang perjalanan Imran menikmati panorama waktu pagi yang mulai cerah. Deretan

kanak-kanak berbaju putih menunggu bas di tepi jalan menarik perhatian Imran. Macam tu lah

dia sewaktu bersekolah dahulu. Pagi-pagi dah bangun untuk mandi dan solat subuh. Awal-awal

persekolahannya, dia terpaksa mandi kolam kerana ketika itu belum ada kemudahan paip air.

Rata-rata penduduk kampung akan mengali sebuah perigi di hadapan rumah untuk mandi. Sejuk

air perigi waktu pagi jangan cerita. Sejuknya sampai ke tulang hitam. Selesai mandi badannya

pasti menggigil dan kedengaran bunyi gigi berlaga. Biasanya selepas mandi Imran akan ke

dapur untuk memanaskan badan sebelum memakai pakaian sekolah dan bersolat. Walaupun

ketika itu kehidupan agak sukar, tetapi semua kenangan itu begitu indah dan sentiasa segar di

dalam ingatan Imran.

Seandainya dia diberi peluang untuk kembali ke zaman silam, pastinya dia akan memilih

untuk kembali ke zaman kanak-kanak sewaktu ayahnya masih ada. Tapi apakan daya, itu semua

hanya tinggal kenangan dan tak mungkin akan kembali lagi. Imran menghela nafas memikirkan

semua itu.

Hari semakin cerah. Bas yang dinaiki juga sudah memasuki kawasan bandar. Tidak lama

lagi dia akan tiba di stesen bas yang berhampiran dengan kampusnya. Dari situ biasanya dia

akan mencari teksi untuk kembali ke asrama. Tetapi pagi itu rancangan Imran berbeza. Dia akan

terus ke kuliah kerana masa terlalu suntuk. Dia sendiri tidak tahu apa reaksi kawan-kawan

sekuliahnya nanti apabila melihatnya masuk ke bilik kuliah.

Suasana hiruk pikuk bilik kuliah sudah menjadi kebiasaan. Sebelum pensyarah masuk,

bilik kuliah akan menjadi seperti pasar borong. Masing-masing ada cerita yang ingin

dikongsikan bersama kawan-kawan yang lain. Semenjak ketiadaan Imran, Wahid tak peduli

semua itu. Dia hanya memikirkan apa keadaan Imran. Wahid hanya mendiamkan diri sementara

menanti pensyarah masuk.

“Kau ni baik sangat laa. Cuba sesekali kau melawan sikit. Aku tengok budak perempuan

tu buat kau macam-macam. Kau boleh diam je kan. Kalau aku…”. Wahid mengetap gigi tanda

geram dengan sikap Imran yang terlalu baik walau diperlakukan apasahaja oleh Puteri Balqis.

Suatu pagi, di bilik kuliah, Puteri Balqis sengaja melanggar Imran sehingga Imran terdorong

dan terjatuh di hadapan rakan-rakan kuliah yang lain. Imran bangun dan duduk seperti biasa

seperti tiada apa-apa yang berlaku walau pun bilik tersebut riuh dengan gelak ketawa.

182

“Alaaa… tak apa. Insyaallah, doakan yang baik-baik je. Aku yakin suatu hari nanti dia

akan berubah”. Imran tetap tenang melayani marah Wahid.

“Budak ego dan sombong macam tu mana tau perkataan insaf”. Wahid masih belum

reda marahnya.

“Ishhh… ko ni. Kita doa la yang baik-baik. Nabi pun galakkan kita berbuat baik dengan

orang lain walaupun orang lain itu menyakiti kita”.

“Hurrmm… tak tau lah aku nak cakap lagi. Kot suka kau lah Imran”. Setiap kali Wahid

bercakap tentang sikap Imran yang senang-senang dibuli oleh orang lain itu, maka setiap kali

itu juga lah Wahid akan mati akal dengan jawapan Imran. Itu lah Imran. Bagi Wahid perangai

Imran dah tahap malaikat. Tak reti langsung nak marah. Wahid tersenyum mengenang sikap

dan perangai sahabat baiknya, Imran.

“Waaa… dalam kelas yang bising ni pun ko boleh berangan kan”. Tiba-tiba satu suara

yang amat dikenalinya menyapa. Wahid terus memalingkan muka. Wahid amat terkejut dengan

kehadiran orang yang amat-amat ingin ditemuinya.

“Weeiii… mana kau hilang haaa?”. Soalan itu yang terpacul daripada mulut Wahid

sebaik memandang wajah Imran yang duduk di sebelahnya.

“Aku tak hilang pun. Aku balik kampung, jumpa mak dan adik-adik aku”. Tenang Imran

menjawab soalan Wahid.

“Abis tu kenapa kau off phone. Kau marah aku ke?”. Bertalu soalan daripada Wahid.

“Ehh… mana ada. Bateri phone aku kong. Bila sampai kampung aku lupa nak tengok”.

“Abis tu kau tak reti nak charge telefon. Ke kampung kau tak ada letrik?”. Belum putus

soalan daripada Wahid.

“Kau ni dah kenapa. Kan aku dah balik ni”. Imran ketawa kecil melihat telatah Wahid.

“Ehhh… kau tau tak aku risau pasal kau. Aku tak tido tau fikir pasal kau”.

“Elehh… muka kau nak risau aku. Lagi satu, bila masa pula kau tak boleh tido?. Bukan

kau ni jenis bom meletup tepi telinga pun kau boleh lena ke?”. Usik Imran. Wahid tidak dapat

melanjutkan soalannya apabila Prof. Dr. Zaiton melangkah masuk ke dalam kelas.

Suasana bilik kuliah tersebut menjadi senyap sunyi seperti dilanggar garuda. Prof. Dr.

Zaiton memandang Imran sambil tersenyum.

“Assalamulaaikum, selamat pagi. Pagi ni saya ada berita baik. Seperti yang kita sedia

maklum, salah seorang daripada kawan kita telah dikenakan tuduhan yang akan dikenakan

tindakan tatatertib. Tetapi, Alhamdulillah, ahli jawatankuasa tatatertib universiti sebulat suara

bersetuju beliau didapati tidak bersalah atas beberapa alasan”. Kedengaran tepukan dari kawankawan

sekuliahnya yang lain setelah Prof. Dr. Zaiton menghabiskan ayatnya.

183

“Welcome to Imran. Saya harap perkara sedemikian tidak akan berlaku lagi”. Tambah

Prof. Dr. Zaiton setelah bilik kuliah itu senyap kembali.

Puteri Balqis hanya menundukkan muka. Perasaan serba salah mula menyelinap seluruh

anggota badannya. Dia seperti tidak dapat berhadapan dengan kawan-kawan sekuliahnya yang

lain setelah mengetahui apa yang dilakukannya terhadap Imran. Mujur juga kejadian dia dan

Haikal tidak diketahui umum. Kalau tidak malu Puteri Balqis akan bertambah-tambah. Aireen

dan Misya yang duduk di sebelah kiri dan kanan Puteri Balqis berpandangan sesama sendiri.

“Puteri, awak seorang pelajar yang pandai. Ayah awak seorang yang dikenali. Kenapa

awak sanggup bertindak macam ni?”. Suara dekan berbadan gempal itu menusuk di telinga dan

terus ke hati. Puteri Balqis masih ingat bagaimana dia tiba-tiba dipanggil oleh dekannya

berkaitan dengan tuduhan yang dilakukannya terhadap Imran. Ketika itu tubuhnya menggigil.

Wajahnya menjadi panas. Hilang segala kesombongan dan keegoannya selama ini.

“Kalau Imran buat aduan balas, kamu pula yang akan dikenakan tindakan tatatertib atas

tuduhan menfitnah”. Kata-kata itu membuatkan Puteri Balqis semakin lemah. Kakinya seperti

tidak berpijak di atas bumi. Apalah nasibnya sekiranya dia dikenakan tindakan tatatertib. Sudah

pasti ayahnya akan mengamuk.

“Sss…saya minta maaf Prof. Saya tau saya salah”. Hanya itu yang mampu diucapkan

oleh Puteri Balqis. Kepalanya tidak mampu untuk diangkat dan matanya tetap memandang

lantai.

“Kamu kena minta maaf dengan Imran dan juga berterima kasih dengannya, sebab dia

nak perkara ini diselesaikan tanpa melibatkan jawatankuasa tatatertib universiti”. Sedikit

sebanyak apa yang diucapkan oleh dekan fakultinya itu membuatkan hatinya sedikit tenang.

Puteri Balqis tersentak daripada khayalannya apabila disenggul oleh Aireen yang duduk

di sebelahnya.

“Weeiii… kau berangan apa ni haa?”. Tegur Aireen seperti berbisik kepada Puteri

Balqis yang sejak dari tadi dilihatnya seperti berada dalam dunianya sendiri.

“Eerrr… apa?”. Puteri Balqis terpinga-pinga dengan soalan Aireen.

“Aku tanya, kau dah kenapa? Senyap je dari tadi. Badan je kat sini tapi roh kau kat

tempat lain”.

“Tak ada apa lah. Aku ok je”. Puteri Balqis seperti menidakkan apa yang difikirkan oleh

Aireen. Walau bagaimanapun Puteri Balqis bertekad untuk menebus semula kesilapan yang

telah dilakukannnya selama ini. Dia ingin menjadi Puteri Balqis yang baharu. Puteri Balqis

yang lebih baik.

184

BAB 39

“Weiii… bro. Aku minta maaf sangat-sangat. Aku ada hal urgent ni. Kalau ikutkan

memang aku nak lunch dengan kau ni. Tapi apa boleh buat”. Usai kuliah tengah hari itu Wahid

seperti tergesa-gesa untuk pergi.

“Kita jumpa kat bilik nanti. Aku janji malam ni aku dinner dengan kau”. Wahid

menambah belum sempat untuk dijawab oleh Imran.

“Tak apa lah. Aku ok”. Imran hanya tersenyum.

“Ok bro. Aku chow dulu. Apa-apa roger”. Wahid bergegas meninggalkan Imran

berseorangan. Imran bergerak menuju ke kafetaria fakulti. Cadangannya sebelum balik ke

asrama, dia ingin makan tengah hari dahulu. Semenjak daripada pagi lagi dia tidak menjamah

walau sebutir nasi. Kerana ingin cepat, dia hanya sempat meneguk secawan kopi dan sebiji kuih

karipap yang disediakan oleh ibunya sebelum bergerak menuju ke stesen bas.

Keadaan kafetaria agak ramai dengan pelajar-pelajar lain yang turut sama ingin makan

tengah hari. Imran terus ke kaunter untuk memesan makan tengah hari seperti biasa. Selesai

membuat pesanan, Imran mencari tempat yang sesuai untuk duduk. Sementara menunggu

pesanannya sampai, Imran membelek-belek telefon, mana tahu kalau-kalau ada pesanan

penting melalui whatsapp. Dalam pada Imran ralit memerhati screen telefonnya itu, tiba-tiba..

“Assalamualaikum. Boleh saya duduk?”. Tiba-tiba satu suara lunak menyapa Imran dari

arah sisi. Imran menoleh untuk melihat orang yang menyapanya. Imran sedikit terkejut dan

gugup apabila melihat orang yang tidak disangka-sangka menegurnya. Imran kehilangan katakata

buat seketika.

“Ehh… duduk lah. Tak ada sesiapa pun”. Imran mempelawa Puteri Balqis yang

tercegat di sisinya menanti jawapan. Puteri Balqis segera bergerak ke hadapan dan duduk betulbetul

di hadapan Imran. Tindakan Puteri balqis membuatkan Imran benar-benar tak tentu arah.

Dia tidak berani untuk bertentang mata dengan Puteri Balqis, bukan kerana malu tetapi kerana

bimbang dengan tindakan Puteri Balqis. Kejadian-kejadian lepas membuatkan Imran lebih

berhati-hati.

“Entah apa pula yang dia nak buat pada aku ni”. Bisik hati Imran bimbang.

“Mujur juga air belum sampai lagi, kalau tak mau air tu singgah di mukanya seperti

yang berlaku sebelum ni”. Hati Imran masih berbisik bimbang. Kepalanya masih ditundukkan

seperti orang salah yang menanti hukuman.

“Se… sebenarnya saya nak sangat jumpa Imran”. Pertama kali Imran mendengar suara

Puteri Balqis selembut itu. Sebelum ini hanya maki hamun dan sumpah seranah yang keluar

185

dari mulut Puteri Balqis sewaktu berhadapan dengannya. Tetapi tengah hari itu lain. Puteri

Balqis amat berbeza. Imran cuba mengangkat kepala dan memandang tepat wajah Puteri Balqis.

Kini giliran Puteri Balqis pula yang menundukkan kepalanya memandang lantai kafetaria.

Perasaan bersalah membuatkan Puteri Balqis tidak mampu untuk memandang wajah Imran.

Suasana sepi seketika.

“Sa… saya dah lama cuba contact awak, tapi tak dapat. Semenjak kejadian malam tu,

saya tak sempat nak ucapkan terima kasih dan minta maaf pada awak”. Satu persatu kata-kata

itu keluar daripada mulut Puteri Balqis walaupun kepalanya masih tertunduk.

Imran mencubit lengannya sendiri untuk memastikan sama ada dia bermimpi atau tidak.

Muka Imran berkerut menahan sakit kerana cubitannya sendiri. Memang dia tidak bermimpi.

Memang dia berhadapan dengan Puteri Balqis dan kata-kata itu tadi memang keluar daripada

mulut Puteri Balqis.

“Eehh… takpe. Saya ok je”. Hanya itu yang terfikir oleh Imran untuk diucapkan.

Selebihnya dia hanya memandang ke arah Puteri Balqis yang sedang duduk di hadapannya. Ini

lah kali pertama dia dapat melihat wajah Puteri Balqis dengan jelas.

“Memang benar lah orang kata bidadari itu wujud kerana yang duduk di hadapannya itu

cantik secantik bidadari”. Bisik hati Imran. Imran tersengih sendirian bila hatinya membisikkan

kata-kata berbunga seperti itu. Mujur juga Puteri Balqis tidak memandang wajahnya ketika itu.

“Apa yang awak fikirkan tu?”.

“Eehhh… apa awak kata. Awak nak makan?”. Imran jadi kelam kabut apabila Puteri

Balqis menegurnya kala dia tengah mengelamun. Kerana terlalu asyik melayani perasaan, dia

tak sedar Puteri Balqis hanya memerhati tingkah lakunya. Wajah Imran berubah merah

menahan malu apatah lagi apabila melihat Puteri Balqis tersenyum kepadanya.

“Adohhh… malunya aku”. Bisik hati Imran. Imran menjadi tidak tentu arah semula.

“Sebenarnya tujuan saya jumpa awak ni pun sebab nak minta maaf atas apa yang pernah

saya buat pada awak sebelum-sebelum ni”. Puteri Balqis meluahkan apa yang ingin diucapkan

kepada Imran.

“Lagi satu, saya nak ucapkan terima kasih sebab selamatkan saya pada malam tu. Kalau

awak tak ada entah apa yang berlaku. Saya tak tau macam mana nak balas budi awak”.

“Ehh… takpe. Memang dah jadi tanggungjawab saya tolong awak yang dalam

kesusahan pada masa tu. Mana tau suatu hari nanti awak pula yang tolong saya”. Imran cuba

berbahasa walaupun bunyinya agak klise.

186

“Ehh… tak. Jasa awak pada saya sangat besar maknanya. Kalau tak, saya pun tak tau

macam mana nak hidup dalam dunia ni. Masa depan saya pun akan gelap”. Sayu suara Puteri

Balqis.

“Kebetulan Aireen dengan Misya minta bantuan saya. Jadi masalah tu dah jadi

tanggungjawab saya. Kalau awak ada dalam situasi saya, mesti awak pun akan bantu kan?.

Takpe lah. Saya dah lupakan pun semua tu. Saya dah maafkan awak. Saya pun minta maaf pada

awak sebab kehadiran saya di universiti ni mengganggu privacy awak”. Panjang lebar Imran

menjelaskan semuanya.

“Awak ni memang baik kan. Macam-macam saya buat pada awak, tapi awak still nak

tolong saya”.

“Sebab saya suka awak”. Kata-kata itu hanya bergema di dalam jiwa Imran.

“Tapi kan malam tu awak hebat sangat. Macam panglima. Sekali awak silat setan tu,

terus tumbangkan”. Ceria suara Puteri Balqis mengingatkan kejadian malam itu di mana Imran

datang menyelamatkannya. Kata-kata Puteri Balqis membuatkan wajah Imran kemerahan

menahan malu.

“Elehhh… suka lah tu”. Ejek hatinya sendiri.

“Saya ni budak kampung, jadi ada la sikit-sikit basic silat. So boleh lah guna masa-masa

terdesak macam tu”. Imran merendah diri. Puteri Balqis hanya mengangguk-anggukkan kepala

sambil tersenyum. Puteri Balqis merasa lega kerana segala yang tersimpul di benaknya telah

dileraikan. Selagi dia tidak bertemu dengan Imran untuk memohon maaf dan mengucapkan

terima kasih atas apa yang berlaku, selagi itu lah dia merasakan ada bebanan di dalam

kepalanya.

Hari Imran pada hari itu sungguh bermakna. Tiada hari yang seindah hari itu kerana

buat pertama kali dia makan bersama wanita pujaannya, Puteri Balqis walaupun dia tahu itu

mungkin pertemuan yang pertama dan yang terakhir. Tapi yang lebih menggembirakan Imran

apabila mendengar kata maaf dan terima kasih dari mulut Puteri Balqis sendiri.

“Aikkk... sejak balik tadi, senyum manjang je aku tengok”. Wahid cuba-cuba

memancing cerita daripada Imran.

“Tak ada apa lah. Aku kan memang sentiasa senyum”. Imran seperti menyembunyikan

sesuatu.

“Elehhh... kau jangan nak temberang aku lah. Bukan aku kenal kau sehari dua”.

187

“Betul lah. Tak ada apa”. Imran masih cuba berdalih untuk tidak bercerita perkara

sebenar.

“Kau jangan menipu Im. Berdosa tau. Mak kau pun tak ajar kau menipu kan”. Wahid

berseluroh dengan Imran.

“Aku tak menipu la. Ok la... ok la. Sebenarnya tadi masa kau tinggalkan aku, aku pegi

makan kat kafetaria fakulti. Kau tau apa jadi?”. Soal Imran. Wahid hanya menggeleng-geleng

kepala tanda tidak tahu.

“Tengah aku tunggu order aku sampai, tiba-tiba Puteri Balqis tegur aku. Dia duduk

depan aku. Masa tu aku dah suspen takut-takut dia buat yang bukan-bukan macam dulu”. Imran

bersemangat bercerita kepada Wahid yang begitu kusyuk mendengarnya.

“Tapi yang bestnya, Puteri Balqis yang aku kenal garang macam harimau, tiba-tiba

bertukar jadi kucing. Lembut suara dia minta...”.

“Minta maaf?”. Sampuk Wahid tiba-tiba. Imran yang terbantut ceritanya terpinga-pinga.

Macam mana Wahid boleh tau.

“Mesti kau pelik kan, macam mana aku tau cerita tu?”. Soal Wahid yang melihat muka

Imran seperti cicak tertelan kapur.

“Sebenarnya Aireen dengan Misya minta bantuan aku supaya Puteri Balqis boleh jumpa

dengan kau. Diaorg whatsapp aku masa dalam kelas tadi. Tu yang aku buat-buat ada hal.

Sengaja aku biarkan kau sorang-sorang makan kat kafe tadi”. Wahid menceritakan perancangan

Aireen dan Misya untuk memberikan ruang dan peluang kepada Puteri Balqis berjumpa Imran.

Imran tergamam. Macam-macam perasaan wujud dalam hatinya. Bersemangat dia ingin

menceritakan perkara tersebut kepada Wahid, tapi rupa-rupanya semua itu plan Aireen, Misya

dan Wahid. Tiba-tiba tangan Imran mencapai bantal dan melemparkannya kepada Wahid.

“Kurang asam ko kan. Saja nak main-mainkan aku”.

“Elehhh... happy la tu. Maklum lah dapat bersama dara pujaan”. Usikan Wahid belum

habis.

“Eerrmmm... huntong lah”. Sindir Wahid lagi sambil ketawa terkekeh-kekeh melihat

Imran yang terkedu tak mampu nak berkata apa-apa.

188

BAB 40

“Lama dah uncle dengan auntie tak jumpa Imran”. Tan Sri Syed Aminuddin menyambut

Imran di muka pintu. Dia yang menyuruh Puteri Balqis menjemput Imran makan malam di

rumah mereka sebagai tanda terima kasih terhadap apa yang dilakukan oleh Imran terhadap

anaknya.

“Masuk Imran, jangan malu-malu”. Puan Sri Syarifah Zainah turut mempelawa Imran

masuk. Imran melangkah masuk ke dalam rumah agam yang begitu besar. Imran seperti

memasuki alam lain apabila melangkah masuk ke dalam rumah Puteri Balqis. Dengan suasana

yang sejuk dan perhiasan mewah, Imran seperti berada di alam bunian. Tiba-tiba Imran merasa

begitu rendah diri. Dia terasa seperti tidak layak berada di dalam rumah tersebut. Kakinya

begitu berat untuk melangkah.

“Ehh... kenapa tercegat kat situ. Mari lah kita makan malam sama-sama”. Puan Sri

Syarifah Zainah menoleh ke belakang apabila melihat Imran tidak berganjak daripada

tempatnya berdiri sebentar tadi.

“Eehh... ye auntie”. Imran gagahkan kaki melangkah ke arah meja makan yang di

atasnya telah terhidang segala macam hidangan mewah yang tak pernah dilihatnya sebelum ini.

Imran benar-benar seperti berada di alam bunian.

“Duduk Imran. Jangan malu-malu. Buat je macam rumah sendiri”. Tan Sri Syed

Aminuddin mempelawa Imran yang dilihatnya seperti teragak-agak untuk duduk.

“Kita tunggu sekejap. Puteri tengah bersiap kat atas tu. Im tau je lah. Puteri tu kalau

bersiap berjam-jam”. Giliran Puan Sri Syarifah Zainah pula bersuara. Imran hanya mampu

tersenyum.

Tiba-tiba matanya terpacak ke arah seorang gadis yang sedang menuruni tangga rumah

agam itu. Ya Allah... cantik betul ciptaan tuhan. Mata Imran tidak berkelip memandang Puteri

Balqis yang sedang menuruni anak tangga. Puteri Balqis memakai baju kurung kedah berwarna

hijau daun pisang berona merah dan wajahnya dirias dengan make up yang cukup simple. Puteri

Balqis duduk di sebelah Imran. Bau wangi yang datang dari wangian yang dipakai oleh Puteri

Balqis menusuk hidung Imran dan sudah cukup membuat Imran gugup.

Tan Sri Syed Aminuddin dan Puan Sri Syarifah Zainah saling berpandangan dan

tersenyum melihat gelagat Imran dan anak kesayangan mereka itu.

“Haa... tunggu apa lagi. Mari lah kita makan. Nasi pun dah nak sejuk tu”. Tan Sri Syed

Aminuddin mempelawa Imran untuk makan dan tanpa diminta, Imran menadah tangan untuk

membaca doa sebelum makan. Tan Sri Syed Aminuddin dan Puan Sri Syarifah Zainah tersipu-

189

sipu dengan tindakan tidak sengaja daripada Imran. Mungkin kerana telah terbiasa

menyebabkan secara spontan Imran menadah tangan untuk berdoa sebelum menjamah

makanan dan tak ada sedikit pun niat di hatinya untuk menyindir mereka.

Tetapi dalam diam, tindakan Imran menyedarkan mereka tentang kesilapan-kesilapan

yang dilakukan. Biarpun rezeki melimpah ruah diberikan oleh Allah, tetapi mereka tak pernah

bersyukur. Pelbagai kemewahan yang dianugerahkan oleh Allah tetapi kehidupan mereka tetap

tidak tenang. Pelbagai masalah menimpa keluarga mereka. Walau bagaimanapun Tan Sri Syed

Aminuddin bersyukur, Allah s. w. t. telah menghantar Imran sebagai asbab untuk keluarga

mereka mendapat hidayah.

“Imran... sebenarnya tujuan uncle dengan auntie jemput Imran datang ke rumah malam

ni sebab nak minta maaf atas apa jua kesalahan dan kesilapan yang pernah Puteri lakukan pada

Imran. Kami juga nak ucapkan terima kasih pada Imran sebab menolong Puteri pada malam

kejadian tu. Kalau tak ada Imran, kami pun tak tau apa akan jadi pada Puteri”. Tan Sri Syed

Aminuddin menyatakan tujuannya menjemput Imran untuk makan malam di rumahnya.

“Tak apa uncle. Puteri pun dah jumpa Imran untuk minta maaf. Allah dah tuliskan Imran

yang kena bantu Puteri malam tu. Semuanya dah ketentuan Allah. Saya bantu sekadar yang

saya mampu”.

“Itu uncle faham. Tapi Imran tak pernah membalas semula apa yang Puteri buat pada

Imran sampai sanggup memfitnah Imran. Malah Imran sanggup membantu Puteri waktu dalam

kesusahan”.

“Uncle… saya ni daripada keluarga susah. Dah biasa dengan keadaan macam tu. Saya

ingat pesan arwah bapa saya, walau apa yang orang lain buat pada kita, balas lah dengan

kebaikan. Insyaallah suatu hari nanti kebaikan juga yang kita dapat”. Lancar lidah Imran seperti

seorang daie menjelaskan kepada Tan Sri Syed Aminuddin. Tan Sri Syed Aminuddin dan

isterinya tersenyum mendengar jawapan Imran. Jangkaan mereka memang tak salah. Imran

memang seorang anak muda yang berpekerti mulia semenjak mula-mula bertemu Imran

sewaktu mendaftar di universiti itu. Mendengar apa yang keluar daripada mulut Imran sahaja

sudah membuatkan hati Tan Sri Syed Aminuddin tenang. Tutur katanya teratur dan berbudi

bahasa. Sejuk perut ibunya mengandungkan Imran. Walau pun hidup susah, ayah dan ibu Imran

berjaya mendidik anak-anaknya menjadi manusia yang baik.

“Sebenarnya uncle malu dengan tindakan Puteri pada Imran. Walau segunung emas

uncle bagi pada Imran, rasanya tak terbalas jasa yang Imran taburkan pada keluarga kami”.

“Eehh... uncle. Jangan cakap macam tu. Saya tak ada apa-apa pun. Macam yang saya

katakan tadi, dah ditakdirkan saya jadi perantara untuk menyelamatkan Puteri. Saya ikhlas”.

190

Tenang Imran berkata-kata. Dia memandang silih berganti wajah-wajah yang ada di

hadapannya. Sebenarnya dia yang merasa malu untuk berada di tengah-tengah keluarga berada

itu. Imran merasa dirinya terlalu kerdil ketika bersama keluarga Puteri Balqis.

“Macam ni lah uncle. Saya dah maafkan Puteri dari hujung rambut sampai hujung kaki.

Saya ikhlaskan semua yang saya buat untuk Puteri dan family uncle. Saya harap lepas ni uncle

sekeluarga tak perlu lagi rasa bersalah pada saya”. Luahan Imran sedikit sebanyak meredakan

hati Tan Sri Syed Aminuddin. Puteri Balqis yang hanya membisu di sebelah ibunya, tersenyum

mendengar penjelasan Imran.

“Terima kasih Imran. Selepas ni kalau Imran ada apa-apa masalah bagitau uncle. Jangan

senyap je. Uncle pun dah anggap Imran macam anak uncle sendiri. Rumah ni sentiasa terbuka

untuk Imran”. Tan Sri Syed Aminuddin memandang wajah isterinya yang duduk di sebelah.

Puan Sri Syarifah Zainah mengangguk-anggukkan kepalanya tanda setuju.

“Terima kasih ye sebab sudi datang ke rumah saya malam ni. Saya ingat awak tak sudi

nak datang ke rumah saya”. Puteri Balqis memulakan kata-kata apabila hanya tinggal mereka

berdua di halaman rumah. Semenjak Imran sampai tadi, Puteri Balqis hanya mendiamkan diri.

Sekarang baru lah ada kesempatan untuk bercakap dengan Imran.

“Ehh... takkan lah saya tak datang. Orang berbudi kita berbahasa. Orang memberi kita

merasa. Musuh jangan dicari. Rezeki jangan ditolak”. Imran cuba bergurau dengan Puteri

Balqis yang dilihatnya cukup cantik malam itu. Puteri Balqis hanya tersenyum mendengar

gurauan Imran. Hatinya turut gementar setiap kali memandang Imran. Sebelum ini belum

pernah dia memerhati wajah Imran secara dekat. Bagi Puteri, Imran seorang yang tampan.

Kulitnya cerah walaupun dia anak kampung. Mungkin selama ini dia tak dapat melihat semua

itu kerana keegoan dan kesombongan dirinya sendiri.

“Lagi pun takkan saya nak tolak kalau awak yang jemput”. Imran sudah mula berani

mengusik Puteri Balqis.

“Awak ni ada-ada je”. Puteri Balqis hanya tersipu-sipu diusik oleh Imran.

Selebihnya Imran dan Puteri Balqis hanya berdiam diri sambil memerhati keindahan

malam yang diterangi bulan purnama. Suasana malam itu seperti mengerti dan memahami dua

hati yang masih mengenali antara satu sama lain. Kedua-duanya mati kata-kata. Imran puas

memerah otak untuk mencari kata-kata untuk meneruskan perbualan dengan Puteri Balqis

namun semuanya sia-sia. Ideanya hilang entah ke mana apabila berduaan bersama Puteri Balqis

191

seperti itu. Akhirnya malam yang begitu indah itu berlalu begitu sahaja, tetapi Imran pulang ke

asrama dengan seribu satu kenangan yang cukup indah yang tak pernah diimpikannya selama

ini.

192

BAB 41

“Happy hati Ayu tengok Imran sekarang. Harap-harap tak ada masalah lagi yang

menimpa dia”. Wajah Rohayu begitu ceria apabila bercerita tentang Imran sewaktu berjumpa

Wahid.

“Amboi… seronok sangat nampak”. Sambut Wahid eperti ada bunyi-bunyi cemburu

dalam nada suaranya.

“Kenapa? Cemburu ke?”. Soal Rohayu sambil memandang wajah Wahid. Wahid jadi

serba salah. Pantas dia teringat kata-kata Rohayu sebelum ini yang dia tak suka dengan lelaki

yang cepat sangat sentap.

“Ehh… tak lah. Wahid gurau je. Wahid pun seronok juga sebab semua masalah Imran

dah selesai”. Wahid cepat-cepat menutup rasa cemburunya terhadap Imran sebelum Rohayu

mengetahuinya.

“Tapi kan, apa yang paling Ayu happy Imran dah berjaya mengambil hati wanita

pujaannya”. Kata-kata Rohayu melegakan hati Wahid. Sekurang-kurangnya Rohayu tidak lagi

mengharap pada Imran kerana Imran sudah ada Puteri Balqis.

“Tapi kan awak, Imran dah happy. Tapi hati kawan Imran belum happy lagi”.

“Kawan Imran? Siapa ?”. Rohayu masih tidak faham dengan gurauan Wahid.

“Alahh… awak ni slow la”. Wahid seperti merajuk apabila Rohayu tidak memahami

apa yang ingin disampaikannya.

“Ooo… faham, faham. Maksudnya kawan Imran yang depan saya ni ke?”. Rohayu

seperti baru menyedari makna perkataan yang dikatakan oleh Wahid sebentar tadi. Wahid

tersenyum.

“Kenapa pula dia tak happy?”. Soal Rohayu, sengaja untuk mengusik Wahid.

“Ye la… Imran dah dapat puteri idaman. Saya ni tak tau apa-apa lagi. Entah-entah bunga

di taman dah ada kumbang yang datang”. Wahid cuba berkias.

“Alaaa… awak ni. Kita habis kan lah study dulu. Lepas tu baru lah fikir pasal hubungan

kita”.

“Tapi…”.

“Wahid jangan lah risau. Setakat ni cuma nama Wahid je yang tertulis dalam hati Ayu”.

Rohayu memotong kata-kata Wahid. Wahid lantas memandang wajah Rohayu yang kemerahan

menahan malu selepas mengucapkan kata-kata itu tadi.

“Betul ke apa yang Wahid dengar ni?”. Soal Wahid semula untuk kepastian daripada

Rohayu.

193

“Betul apa?”.

“Ye la… betul ke apa yang Ayu cakap tadi?”.

“Apa yang Ayu cakap?”. Rohayu cuba bergurau dengan Wahid. Sebenarnya dia cuba

menyembunyikan rasa malu yang amat sangat terhadap Wahid. Wajahnya ditundukkan, tidak

berani untuk bertentang mata dengan Wahid.

“Ok. Wahid pegang apa yang Ayu cakap tadi”. Wajah Wahid ceria. Hatinya berbunga

bahagia.

“Dengar pun apa yang Ayu cakap tadi. Ingatkan pekak”.

“Bila masa Wahid pekak?”.

“Habis tu yang suruh Ayu ulang apa yang Ayu cakap tadi tu apa? Bukan pekak?”.

Rohayu masih belum mahu berhenti mengusik Wahid.

“Wahid nak kepastian”.

“Alahh… kalau dah pekak tu mengaku je lah”. Tak habis-habis Rohayu mengusik

Wahid. Wahid hanya mampu ketawa dengan usikan Rohayu. Wahid merasakan hari itu cukup

bahagia. Akhirnya Rohayu dapat menerima dirinya seadanya.

Selesai makan malam, Aireen, Misya dan Puteri Balqis duduk di ruang tamu. Aireen

membuka televisyen. Tgelevisyen terbuka tetapi masing-masing melayani perasaan sendiri

sambil membelek-belek telefon di tangan. Suasana sunyi seketika dan hanya kedengaran suara

pembaca berita di dalam televisyen tersebut.

“Weiii… sekarang ni kan ada orang tu dalam zon bahagia”. Tiba-tiba Aireen memecah

kesunyian. Misya dan Puteri Balqis yang sedang asyik membelek telefon masing-masing,

mengalih pandangan ke wajah Aireen. Misya kemudiannya tersengih-sengih memandang

wajah Puteri Balqis.

“Adohhh… weii sakit la”. Misya yang duduk di sebelah Puteri Balqis mengaduh

kesakitan. Satu cubitan halus singgah di pinggul Misya oleh Puteri Balqis. Aireen ketawa

mengekek menyaksikan Misya menggosok-gosok pinggulnya yang perit.

“Tau pun sakit. Yang kau perli-perli aku tu kenapa?”. Tanya Puteri Balqis dengan wajah

serius.

“Hei… bukan aku yang mula. Aireen tu yang cakap. Apsal kau tal cubit dia”. Misya

memuncungkan mulutnya ke arah Aireen yang masih belum berhenti daripada ketawa.

194

“Tu pun kejap lagi memang nak kena dengan aku”. Puteri Balqis menuding jarinya ke

arah Aireen. Tangannya mencari bantal sofa di sebelah dan dilontarkan kepada Aireen yang

duduk bertentangan.

“Elehh… tak suka konon. Padal dalam hati seronok”. Aireen masih mahu mengusik

Puteri Balqis. Puteri Balqis menarik muka masam dengan usikan Aireen.

“Alaaa… kan aku dah kata dulu. Benci-benci lama-lama nanti sayang. Kan betul”.

Misya ikut menyakat Puteri Balqis yang diam membisu. Mukanya merah menahan malu kerana

usikan Aireen dan Misya.

“Puteri… cerita la apa jadi masa kau jumpa Imran?. Mesti romantik kan?”. Misya

mencuit tangan Puteri Balqis yang duduk di sebelahnya.

“Betul tu. Kita orang pun nak tau juga apa jadi masa kau jumpa Imran hari tu”. Aireen

menambah.

“Jadi apa?. Mana ada apa-apa. Aku just minta maaf. Pastu ucap terima kasih sebab

selamatkan aku malam tu”. Puteri Balqis membuka mulut akhirnya.

“Iye ke?. Takkan tu je. Imran cakap apa?”. Misya mengasak Puteri Balqis dengan

pelbagai persoalan untuk mendapatkan cerita Puteri Balqis dan Imran.

“Tak ada apa la. Imran kata dia maaf kan aku. That all”.

“Takkan itu je. Punya lama kami tengok korang bersembang”. Sampuk Aireen tidak

sabar.

“Oooo… jadi korang skodeng aku la ye. Kurang asam korang kan”. Aireen dan Misya

tidak dapat menahan ketawa apabila rahsia mereka mengendap Puteri Balqis dan Imran pecah.

Aireen masih ingat, mereka bertiga termasuk Wahid terpaksa berlindung di sebalik pokok

bunga pagar tidak jauh daripada kafetaria fakulti untuk menyaksikan pertemuan Imran dan

Puteri Balqis.

Misya yang duduk bersebelahan menjadi mangsa cubitan Puteri Balqis yang geram

dengan usikan kedua-dua rakannya itu. Misya terloncat-loncat mengelak cubitan Puteri Balqis.

“Ehhh… Tak baik tau korang mengendap macam tu”. Puteri Balqis kembali tarik muka.

Misya yang duduk di sebelahnya sebentar tadi menyertai Aireen. Kedua-duanya masih tidak

mahu berhenti daripada ketawa.

Memang Puteri Balqis meminta bantuan Aireen dan Misya untuk menghubungi Wahid

sewaktu di dalam kelas memaklumkan berkaitan niatnya untuk berjumpa Imran. Puteri Balqis

tidak menyangka mereka bertiga mengendap dan memerhati tingkah lakunya sewaktu berjumpa

Imran tempoh hari.

195

Melihat telatah Aireen dan Misya yang masih tersengih-sengih selepas mengusiknya

sebentar tadi, membuatkan hati Puteri Balqis bahagia. Kalau tidak kerana kedua-dua orang

sahabat baiknya itu, entah apa jadi pada dirinya kini. Kisah hitam itu akan tetap di dalam

ingatannya sampai bila-bila. Orang yang dipujanya, yang mempunyai kedudukan sama taraf

dan berharta sanggup memperdaya dan menggambil kesempatan ke atas dirinya, tetapi orang

yang benar-benar ikhlas untuk berkawan dengannya dicaci dan dihina dan akhirnya orang itu

lah yang telah mengeluarkannya dari mulut ‘buaya’.

Puteri Balqis memang benar-benar menyesal. Sikap sombong dan ego tidak

membawanya ke mana-mana. Memang dia bertuah mendapat sahabat yang setia seperti Aireen

dan Misya. Walaupun disakiti tetapi mereka tak pernah menjauhkan diri daripadanya malah

tidak jemu untuk menasihatinya ke arah kebaikan.

196

BAB 42

“Kenapa dua tiga hari ni saya tengok awak macam tak happy je. Saya ada buat silap

ke?”. Imran memberanikan diri untuk menegur perubahan yang berlaku pada Puteri Balqis.

Semenjak dua tiga hari kebelakangan, Puteri Balqis tak banyak bercakap setiap kali mereka

berjumpa. Pada fikiran Imran, mungkin Puteri Balqis sudah jemu untuk bertemu dengannya.

Tapi selalunya Puteri Balqis yang akan memaklumkannya melalui whatsapp tiap kali mereka

ingin berjumpa. Tak pernah sekali Imran menghantar pesanan atau menelefon Puteri Balqis

untuk keluar berdua.

“Ke awak dah jemu atau tak nak jumpa saya lagi?”. Imran cuba meneka apa yang ada

di dalam fikiran Puteri Balqis.

“Ehh… bukan lah. Jangan cakap macam tu”. Puteri Balqis cepat-cepat menafikan apa

yang ada di dalam kotak fikiran Imran.

“Saya risau juga kalau-kalau awak terpaksa jumpa dengan saya semata-mata nak balas

budi sedangkan hati awak tak nak. Kalau sebab tu, awak jangan risau. Kan saya dah kata. Tak

perlu ada rasa terhutang budi lagi dengan saya. Saya dah ikhlaskan semuanya”. Imran

mengulangi apa yang pernah dikatakannya kepada Puteri Balqis sebelum ini agar Puteri Balqis

tidak terus terseksa dengan ‘hutang budi’nya terhadap Imran.

“Takkk. Saya jumpa awak selalu bukan sebab terpaksa atau sebab saya nak balas budi.

Lagipun tiap kali kita jumpa, saya yang ajak awak dulu kan”. Puteri Balqis memandang wajah

Imran yang duduk di sebelahnya. Ada tanda-tanda kerisauan di wajah itu.

“Lagipun kalau saya tak jumpa awak sehari, macam setahun rasanya”. Tiba-tiba terpacul

kata-kata itu dari mulut Puteri Balqis. Dia tersenyum malu dan menundukkan mukanya

memandang rumput-rumput yang menghijau. Puteri Balqis sendiri tidak tahu macam mana

kata-kata tersebut boleh meluncur laju dari mulutnya. Imran pula terpana seketika seperti

dipanah petir apabila mendengar kata-kata dari Puteri Balqis sebentar tadi. Suasana jadi sepi

seketika.

“Habis tu apa yang buat awak macam tak happy je ni?”. Soal Imran kembali setelah

kedua-duanya diam sekian lama.

“Sebenarnya pointer saya jatuh semester lepas. Daddy dah bagi warning pada saya. Tiap

semester saya dah janji dengan daddy akan maintain pointer three point five above. Kalau tak,

semua yang ada pada saya daddy akan tarik balik”. Puteri Balqis berterus terang dengan apa

yang sedang dirisaukannya.

197

“Ooo… pasal tu ke. Saya ingatkan apa lah tadi. Saya kan ada. Jangan risau, semester ni

pointer awak mesti naik. Saya janji”. Imran mengangkat tangan seperti orang mengangkat

sumpah di mahkamah.

“Betul ke awak nak tolong saya. Nanti mesti awak ingat saya ambil kesempatan kan?”.

“Ehhh… tak lah. Saya ikhlas nak tolong awak”. Imran memandang wajah Puteri Balqis.

Puteri Balqis memberanikan diri bertentangan mata dengan Imran. Apabila mata bertentang

mata, akhirnya kedua-duanya melukiskan senyuman di bibir masing-masing.

“Lagi pun tak salah kan kalau saya tolong orang yang saya sayang”. Perlahan suara

Imran mengeluarkan kata-kata tersebut.

“Apa awak cakap?”. Soal Puteri Balqis walaupun dia sudah mendengar dengan jelas apa

yang dikatakan oleh Imran. Puteri Balqis seperti marah dengan apa yang dikatakan oleh Imran

sebentar tadi dan pandangannya tajam tepat ke dalam anak mata Imran.

Imran menelan air liur. Wajahnya pucat ditoreh tidak berdarah. Dia tidak mampu lagi

untuk menahan pandangan tajam dari mata Puteri Balqis.

“Mati lah aku kali ni. Kenapa lah mulut ni gatal sangat”. Bisik hati Imran. Dia tak tahu

apa yang bakal berlaku kerana keterlanjuran mulutnya

“Betul ke awak sayang saya?”. Tiba-tiba Imran mendengar suara yang cukup lembut

dan lunak. Imran memberanikan memandang wajah Puteri Balqis. Di hadapannya wajah Puteri

Balqis yang tadinya cukup garang bertukar menjadi cukup manis dengan senyuman yang

menghiasi bibirnya.

“Betul ke awak sayang saya?”. Puteri Balqis mengulangi soalannya. Kali ini Imran

yakin dia tidak berkhayal. Tapi Imran tidak mampu untuk berkata-kata. Dia hanya

menganggukkan kepala mengiyakan apa yang ditanyakan oleh Puteri Balqis. Imran sperti

kanak-kanak kecil yang hanya menurut arahan.

“A… aa… awak sa..yang saya”. Imran memberanikan diri bertanya soalan sama kepada

Puteri Balqis. Entah dari mana dia dapat kekuatan untuk bertanyakan soalan itu.

Puteri Balqis hanya tersenyum mendengar soalan Imran. Puteri Balqis sendiri tidak

menyangka Imran berani bertanyakan soalan itu.

“Sayang”. Ringkas jawapan Puteri Balqis. Walaupun satu perkataan tapi sudah cukup

buat Imran seperti tidak jejak ke bumi. Senyumnya melebar. Jantungnya berdegup kencang.

Sesuatu yang tak pernah diimpikannya selama ini.

Imran mengakui memang dia sukakan Puteri Balqis buat kali pertama mereka

terserempak di universiti itu. Dalam diam dia selalu mengambil tahu tentang Puteri Balqis.

198

Tetapi dia tak pernah mengharapkan Puteri Balqis menjadi miliknya kerana Imran sedar

perbezaan taraf kedudukan antara dia dan Puteri Balqis.

Tetapi petang itu Imran merasakan seperti mimpi menjadi kenyataan. Langit dan bumi

tidak ada jarak lagi. Imran seperti ingin melaungkan ke seluruh alam isi hatinya ketika itu.

Selepas makan malam, Tan Sri Syed Aminuddin dan isteri berehat di tepi kolam

halaman rumah sambil menikmati kopi panas. Kebiasaannya Tan Sri Syed Aminuddin akan

membaca surat khabar setelah seharian di pejabat, tetapi pada malam itu dia hanya diam dan

menikmati suasana malam. Sesekali Puan Sri Syarifah Zainah menjeling sesekali ke arah

suaminya.

“Sejak akhir-akhir ni saya tengok abang banyak diam macam berfikir sesuatu. Ada

sesuatu yang abang nak share ke?. Puan Sri Syarifah Zainah bersuara setelah sekian lama

memerhati kelakuan suaminya. Tan Sri Syed Aminuddin tidak terus menjawab. Dia

membiarkan soalan isterinya tergantung seketika.

“Eerrmmm… entah lah. Bila I tengok muka Imran tu, I macam teringat seseorang.

Wajah Imran saling tak tumpah dengan orang yang dah lama tinggalkan kita”. Akhirnya

persoalan yang bersarang di kepala Puan Sri Syarifah Zainah tentang perubahan suaminya

terjawab.

“Sebenarnya I pun perasan. I ada tergerak untuk bagitu abang pasal ni, tapi takut abang

tak percaya”. Rupa-rupanya apa yang terlintas di kepalanya tatkala memandang wajah Imran,

sama dengan apa yang difikirkan oleh suaminya. Seseorang yang sangat baik dan berhati mulia.

Sanggup menolak kekayaan dan harta benda demi untuk mempertahankan cinta sejatinya.

Seseorang yang menjadi mangsa keegoan dan kesombongan serta mementingkan taraf

kedudukan.

“Kalau betul sangkaan I pasal Imran, I lah orang yang paling gembira dan bahagia

sekali”. Ujar Tan Sri Syed Aminuddin tanpa memandang wajah isterinya. Ada titis air jernih

mengalir di pipi Tan Sri Syed Aminuddin. Ada sesuatu yang meruntun hatinya ketika itu

sehingga air matanya tumpah.

“Tak apalah abang. Insyaallah, mungkin Allah sengaja mempertemukan kita dengan

Imran supaya pencarian kita selama ini berakhir”. Puan Sri Syarifah Zainah memegang lengan

suaminya dan menggosok-gosok belakang suaminya untuk mengurangkan kesedihan yang

bersarang di dada suaminya.

199

“I pun harap macam tu. I harap sangat apa yang I fikirkan ni betul”. Sayu suara Tan Sri

Syed Aminuddin sambil memandang wajah isterinya. Puan Sri Syarifah Zainah hanya

mengangguk-anggukkan kepala tanda sokongan terhadap suaminya.

200

BAB 43

“Yeayy!!!...”. Puteri Balqis melonjak gembira setelah melihat senarai penuh keputusan

peperiksaan yang ditampal di papan kenyataan fakultinya. Manakan tidak, semester itu dia

mendapat pointer yang melayakkannya mendapat anugerah dekan.

“Happy lah orang tu kan. Semester ni bakal dapat anugerah dekan”. Misya yang samasama

melihat keputusan peperiksaan akhir itu memuncungkan mulutnya.

“Untung lah. Mana tak dapat anugerah dekan, kekasih hati yang banyak tolong”.

Tambah Aireen.

“Eeiii… tolong sikit ye. Aku pun usaha juga tau, bukan harapkan Imran je”. Puteri

Balqis seperti mempertahankan dirinya.

“Ooo… jadi sekarang kau mengaku lah yang Imran tu kekasih hati kau?”. Jawapan

Puteri Balqis sebentar tadi memerangkap dirinya. Wajah Puteri Balqis berubah kemerahan

menahan malu. Dia sendiri tidak menyedari tersebut nama Imran. Tapi dia memang mengakui

Imran banyak membantunya untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang semester itu. Imran

memang seorang yang cerdik. Apa sahaja permasalahan yang dihadapi oleh Puteri Balqis dalam

pelajaran, Imran dapat menyelesaikannya dengan mudah.

“Eehh… mana ada?”. Puteri Balqis cuba berdalih dari terus diasak dengan pelbagai

soalan berkaitan hubungannya dengan Imran oleh Aireen dan Misya.

“Elehh… tak mengaku lah pula. Hari-hari dok berkepit tu, apa?”. Sampuk Aireen.

“Itu aku study. Korang jangan nak mengada-ngada ye”.

“Elehh… sambil study sambil bercinta. Orang tua-tua kata apa? Sambil menyelam

minum air?”. Misya belum mahu berhenti mengusik Puteri Balqis. Puteri Balqis kematian katakata

untuk membalas usikan kawan-kawannya.

“Ko tengok tu. Bukan main berseri-seri muka bila sebut pasal Imran. Kalau dulu,

nampak bayang Imran pun dah macam harimau jadian”. Giliran Aireen menambah usikan yang

dimulakan oleh Misya.

“Untung ko kan. Imran tu dah lah handsome, bijak. Tapi yang aku tak boleh tahan bila

di berlawan dengan Haikal malam hari tu. Memang macho beb. Nampak je lembut, tapi gagah

juga rupanya si Imran tu”. Misya tidak mahu kalah untuk terus membuatkan wajah Puteri Balqis

bertambah merah. Dia hanya menadah telinga mendengar usikan-usikan kawan-kawannya.

“Eehh… aku dengar kan, ramai juga secret admirer Imran tu”. Aireen sengaja

membangkitkan rasa cemburu Puteri Balqis setelah melihat dia langsung tidak melawan dengan

usikan yang bertalu-talu.

201

“Weii… betul lah. Aku pun ada dengar”. Misya turut menambah.

“Ehh… betul ke?”. Puteri Balqis yang sedari tadi membisu dan hanya melayani usikan

kawan-kawannya, membuka mulut semula.

“He he he… jealous ke?”. Usik Aireen.

“Eeee… kau ni kan”. Satu cubitan halus hinggap di lengan Aireen. Aireen mengaduh

kesakitan. Misya ketawa terkekeh-kekeh melihat gelagat kawan-kawannya.

“Kau jangan risau lah. Satu universiti dah tau kau dengan Imran hangat bercinta. Mana

dia orang berani nak usik Imran”. Misya menambah.

“Bila masa pula aku jealous. Aku Cuma nak tau je”.

“Elehhh… reaksi muka kau pun kami dah tau kau jealous, kan Misya?”. Usik Aireen

lagi.

“Sudah lah. Daripada korang bercakap tak berhenti, baik kita pergi makan”. Puteri

Balqis cuba mengalihkan tajuk perbualan mereka.

“Ok… bagus juga tu. Perut aku pun dah lapar. Sebab kau dapat result terbaik hari ni,

kau belanja kami, ok”. Misya mengusap-usap perutnya.

“Ok lah. Korang sebut je nak makan apa, aku belanja”. Puteri Balqis bersuara riang. Dia

juga dapat membayangkan wajah ayah dan ibunya apabila mengetahui keputusan

peperiksaannya itu nanti. Tapi yang paling ditunggu oleh Puteri Balqis adalah surprise untuk

Imran. Pasti Imran orang yang paling gembira dengan keputusan itu kerana kalau tak kerana

bantuan Imran, tak mungkin dia akan mencapai keputusan yang terbaik sepanjang dia belajar

di universiti itu.

Ting tong… ting tong… tiba-tiba loceng rumah berbunyi. Tan Sri Syed Aminuddin dan

Puan Sri Syarifah Zainah yang sedang berehat di ruang tamu terkejut dengan bunyi loceng

tersebut.

“Mak Yam, cuba tengok siapa yang datang tu?”. Puan Sri Syarifah Zainah mengarahkan

pembantu rumahnya untuk melihat siapa yang datang.

“Baik puan”. Tanpa berlengah Mak Yam, pembantu rumah tersebut bergegas ke pintu

utama. Di hadapan pagar rumah tercegat seorang pemuda dalam berumur dalam lingkungan

dua puluhan. Mak Yam kembali mendapatkan Puan Sri Syarifah Zainah untuk memaklumkan

perkara tersebut.

202

“Saya tengok ada seorang pemuda dekat pagar rumah ni puan. Tapi saya tak pernah pula

tengok mukanya sebelum ni”. Mak Yam memaklumkan apa yang dilihatnya kepada Puan Sri

Syarifah Zainah yang masih tidak berganjak daripada tempat duduknya.

“Takpe Mak Yam. Biar saya tengok”. Puan Sri Syarifah Zainah bangun dan menuju

pintu utama. Dia mengintai-intai disebalik langsir, siapa yang dimaksudkan oleh Mak Yam

sebentar tadi. Kelihatan seorang anak muda berdiri di tepi pintu pagar yang bertutup. Puan Sri

Syarifah Zainah menekan suis pintu pagar automatik untuk membukanya. Sebaik terbuka,

pemuda yang memandu kereta BMW X6 bergerak ke arah halaman rumah.

“Assalamualaikum”. Kedengaran suara memberi salam sebaik enjin kenderaan

dimatikan. Puan Sri Syarifah Zainah yang sedari tadi berdiri di tepi tingkap memerhati,

membuka pintu ruang tamu tersebut.

“How are you auntie?”. Seorang pemuda yang tercegat di hadapan pintu menyapa Puan

Sri Syarifah Zainah dan menghulurkan tangan untuk bersalaman.

“Baik”. Puan Sri Syarifah Zainah masih cuba mengingati siapa pemuda yang berada di

hadapannya. Tan Sri Syed Aminuddin sebentar tadi berada di atas sofa turut menyertai

isterinya.

“Uncle, how are you?”. Anak muda yang agak tampan itu turut menyapa Tan Sri Syed

Aminuddin yang tercegat berdiri di sebelah isterinya.

“I’m fine. Thank you. Ini Danial kan?. Syed Danial?”. Soal Tan Sri Syed Aminuddin

sambil menyambut tangan pemuda itu. Puan Sri Syarifah Zainah memandang wajah suaminya

seperti inginkan jawapan.

“Yes uncle”. Pemuda itu mengangguk-angguk mengiyakan apa yang dikatakan oleh Tan

Sri Syed Aminuddin.

“Ya Allah. Dah besar kamu ye. Daddy tak ikut sekali ke?”. Soal Tan Sri Syed

Aminuddin seraya menarik tangan Syed Danial masuk ke dalam.

“Tak uncle. Daddy busy sikit dengan kerja dia. Dia kirim salam”. Syed Danial

melabuhkan punggung ke atas sofa di ruang tamu itu. Puan Sri Syarifah Zainah seperti

kebingungan apabila melihat suaminya seperti amat mengenali pemuda yang di hadapannya

itu.

“Nii… Danial. Anak Adzam, adik I yang duduk kat London tu”. Tan Sri Syed

Aminuddin memperkenalkan Danial kepada Puan Sri Syarifah Zainah. Puan Sri Syarifah

Zainah mengangguk-angguk kecil.

“Mungkin you tak perasan sebab kita jumpa dia pun masa dia umur dua tahun. Itu pun

masa adik I tu balik ke sini masa daddy meninggal. Dah dua puluh tiga tahun”. Terang Syed

203

Aminuddin lagi. Syed Danial merupakan anak kedua daripada empat orang adik-beradik.

Abang yang sulong bekerja di London dengan syarikat ayahnya sendiri. Manakala dua lagi adik

Danial, seorang perempuan dan seorang lelaki, masih belajar di sana.

“So apa cerita Danial balik Malaysia ni?”. Tan Sri Syed Aminuddin memulakan

perbualan. Sudah tentu kedatangan mengejut anak saudaranya itu mengejutkannya. Syed

Danial tidak terus menjawab soalan Tan Sri Syed Aminuddin sebaliknya meneguk air fresh

orange yang dihidangkan kepadanya untuk menghilangkan dahaga.

“Sebenarnya Danial dah sampai sini dah seminggu. Danial stay kat hotel”. Syed Danial

menjawab soalan pakciknya.

“Kenapa tak terus datang rumah uncle je. Kat rumah ni pun banyak bilik kosong”.

“It’s ok uncle. Lagi pun Danial dah lama tak balik ke KL ni. So Danial ingat nak pusingpusing

bandar dulu. Banyak yang dah berubah”. Tambah Syed Danial lagi.

“So berapa lama Danial duduk di KL ni?”.

“Lama uncle. Mungkin untuk selamanya”.

“Selamanya?. Uncle tak faham. Selalunya orang kalau dah lama duduk di London, susah

dah nak balik Malaysia. Tapi Danial ni pelik”. Tan Sri Syed Aminuddin mengerutkan dahinya

dan memandang wajah isterinya yang membatu sejak dari tadi. Dia hanya menjadi pendengar

setia perbualan bapa saudara dan anak sausaranya itu.

“Macam ni uncle. Daddy ada buka sebuah syarikat di Malaysia dan kebetulan pejabat

operasi di KL ni. Abang Haris dah bantu ayah di London. So Danial tak ada pilihan. Kena balik

Malaysia untuk handle company baru daddy”. Danial menceritakan kenapa dia terpaksa balik

ke Malaysia.

“Wahh... makin besar business daddy kamu ye”. Tan Sri Syed Aminuddin tersenyum

memikirkan kejayaan Syed Adzam, satu-satunya adik kandung yang dia ada.

Sedang mereka rancak berbual, pintu terkuak. Puteri Balqis terjengah di muka pintu.

“Haaa... dah balik pun anak daddy. Mari sini daddy kenalkan dengan your cousin.

Kenalkan ni anak uncle, Puteri Balqis. Puteri... ni Syed Danial, anak uncle Adzam yang tinggal

di London”. Tan Sri Syed Aminuddin memperkenalkan kedua-duanya. Puteri Balqis hanya

tersenyum. Syed Danial pula tidak berkelip melihat kecantikan Puteri Balqis di hadapannya.

Dia kenal ramai wanita inggeris yang cantik-cantik di London, tetapi kecantikan Puteri Balqis

lain daripada yang lain.

“Danial ni balik Malaysia sebab nak handle company ayah dia di KL”. Tan Sri Syed

Aminuddin bersuara setelah melihat Syed Danial tidak berkata apa-apa bila bertentang mata

dengan Puteri Balqis sejak dari tadi.

204

“Aahh... ye betul kata uncle tu”. Syed Danial seperti baru tersedar daripada mimpi.

“Ooo... ye ke. Congrat”. Hanya itu yang keluar dari mulut Puteri Balqis. Kalau Syed

Danial terpegun dengan kecantikan Puteri Balqis, tetapi sebaliknya bagi Puteri Balqis. Baginya

ketampanan dan kekayaan Syed Danial tidak memberi bekas di hatinya. Apatah lagi ketika itu

hatinya telah diisi dengan keikhlasan dan kejujuran Imran.

“Ok lah. Puteri naik bilik dulu ye. Daddy teruskan lah bersembang”. Puteri Balqis

meninggalkan Syed Danial bersama ayah dan ibunya. Tan Sri Syed Aminuddin hanya

tersenyum. Dia sudah masak benar dengan perangai anak kesayangannya itu.

205

BAB 44

“Awak kenapa?. Sejak dari tadi asyik monyok je. Saya ada buat silap ke?”. Puteri Balqis

menegur Imran yang semenjak dari tadi hanya berdiam diri dan hanya melihat nasi ayam

kegemarannya yang terhidang di atas pinggan.

“Sebenarnya saya risau ni. semester enam nanti kita dah kena praktikal kan. Tapi saya

masih belum dapat tempat untuk praktikal. Prof. Dr. Zaiton nak kita hantar borang penamaan

tempat latihan praktikal semester depan”. Imran menyuarakan permasalahan yang bersarang

dikepalanya kepada Puteri Balqis. Dia dan Wahid cuba memikirkan syarikat-syarikat yang

mungkin boleh menerima mereka untuk latihan praktikal sebagai syarat untuk bergraduat.

“Ishhh awak ni. Tu pun nak jadi masalah”. Puteri Balqis senyum memandang wajah

Imran yang sedang gusar.

“Tak jadi masalah awak kata?”.

“Apa yang awak nak risau. Company daddy saya kan ada. Nanti saya bagi nama awak

dengan Wahid sekali untuk buat latihan praktikal kat company daddy. Wajah Imran kembali

cerah dengan apa yang dikatakan oleh Puteri Balqis sebentar tadi. Kepalanya terasa ringan.

Permasalahan yang membatu di kepalanya kini sudah selesai. Imran seperti ingin memeluk

Puteri Balqis yang telah membantunya.

“Tapi daddy awak tak kisah ke?”.

“Kan daddy dah anggap awak macam anak dia. Takkan daddy tak nak bantu anak lelaki

dia ni kot”. Kata-kata Puteri Balqis membuatkan wajah Imran terasa panas. Wajahnya

kemerahan menahan malu. Dia tidak menyangka Puteri Balqis akan berkata sedemikian.

“Dah la tu... tak payah nak fikir-fikir lagi. Semua dah settle”.

“Saya ni banyak susahkan awak kan. Saya nak ucapkan terima kasih sebab banyak bantu

saya”.

“Apa awak cakap ni. Saya yang patut ucap terima kasih pada awak. Awak sanggup

korbankan apa saja demi untuk saya”. Ucapan yang keluar daripada mulut Puteri Balqis sekali

lagi membuatkan Imran terasa malu, tetapi cukup bahagia.

“Sebenarnya saya jumpa awak ni ada surprise tau”. Tiba-tiba Puteri Balqis mengalihkan

tajuk perbualan.

“Apa dia?”.

“Ta daa… cuba awak tengok ni”. Puteri Balqis menunjukkan gambar yang diambilnya

melalui telefon bimbit.

206

“Waaa… tahniah! tahniah!. Akhirnya awak dapat juga anugerah dekan”. Imran begitu

gembira apabila melihat keputusan peperiksaan akhir Puteri Balqis. Tak sia-sia dia

mencurahkan ilmu yang dia ada kepada Puteri Balqis.

“Alaa… tapi tak macam orang tu. Dah banyak kali dapat anugerah dekan”. Puteri Balqis

tarik muka acah-acah merajuk. Imran hanya tersenyum.

“Apa ada pada anugerah dekan. Yang penting awak dah tunjukkan yang awak boleh.

Lagi pun memang awak cerdik. Cuma awak je yang malas”. Leter Imran.

“Sampai hati awak cakap saya malas. Merajuk lah macam ni”. Sengaja Puteri Balqis

mengerutkan wajahnya supaya nampak seperti orang yang betul-betul merajuk.

“Alahhh… nak merajuk la pula. Tapi kan, lagi awak merajuk lagi comel saya tengok”.

“Ye ke?. Bukan lagi buruk ke?”.

“Kalau orang yang kita sayang, buat apa pun nampak cantik”. Puji Imran.

“Elehhh… nak beli jiwa lah tu”. Puteri Balqis tersenyum memandang wajah Imran.

Dalam hati, Puteri Balqis sendiri mengakui perancangan Allah itu lebih baik daripada

perancangan manusia. Orang yang paling dibencinya di muka bumi ini, akhirnya menjadi orang

yang paling dia sayang. Kenapa lah hatinya buta sebelum ini tidak dapat melihat orang yang

sebaik Imran. Walau bagaimanapun Puteri Balqis tetap bersyukur, akhirnya hatinya terbuka

untuk menerima Imran.

Puan Sri Syarifah Zainah menatang dulang yang berisi kopi O kegemaran suaminya dan

sepinggan kuih bingka ubi yang disediakan oleh Mak Yam. Kebetulan hujung minggu hari tu,

Mak Yam dan suaminya pulang ke kampung untuk bercuti. Balik ke Kuala Lumpur banyak lah

buah tangan dari kampung yang di bawa oleh Mak Yam, terutamanya ubi kayu. Memang Mak

Yam tahu Tan Sri Syed Aminuddin memang gemar dengan kuih bingka ubi.

Puan Sri Syarifah Zainah meletakkan dulang di atas meja kecil di hadapan suaminya

yang sedang membaca surat khabar di halaman rumah. Dia menuangkan kopi O yang masih

berasap. Aroma kopi yang baru sahaja dituangkan itu menyegarkan suasana petang hari minggu

seperti itu.

“Minum bang. Ni Mak Yam ada buat bingka ubi untuk abang”. Puan Sri Syarifah Zainah

mempelawa suaminya yang sedang asyik membaca.

“Eerrmmm… mana dapat ubi ni”. Soal Tan Sri Syed Aminuddin sambil mencapai

tangkai cawan kopinya.

207

“Minggu lepas kan ke Mak Yam dengan suaminya balik kampung. Tu yang dibawaknya

ubi kayu dari kampung”. Puan Sri Syarifah Zainah menjelaskan kepada suaminya. Tan Sri Syed

Aminuddin mencapai sepotong bingka ubi dan menyuapkannya ke mulut sambil memerhati

langit yang membiru.

“I ni kalau ikutkan dah tak larat nak handle dua syarikat. Company I sendiri, lepas tu

kena handle company arwah daddy lagi”. Tiba-tiba terpacul luahan hati dari mulut Tan Sri Syed

Aminuddin kepada isterinya.

“Abang masih belum jumpa ke pewaris company daddy tu?”.

“Belum. Macam tak ada harapan untuk jumpa pewaris company daddy tu macam yang

arwah daddy nak”.

“Habis tu kalau tak jumpa juga macam mana bang?”. Soal Puan Sri Syarifah Zainah

sambil matanya memandang tepat ke wajah suaminya.

“Nampaknya terpaksa lah saya serahkan company daddy tu pada Puteri. Sebab dalam

wasiat daddy ada sebut, kalau pewaris tak ditemui, secara automatik company tu akan jadi milik

cucu sulung anak yang paling tua yang masih hidup. So maknanya kalau pewaris tu tak ditemui,

memang Puteri yang paling layak untuk mewarisi company daddy”. Terang Tan Sri Syed

Aminuddin kepada isterinya.

“Setakat ni apa informer abang bagitau?”.

“Tak ada clue langsung. Hilang tanpa jejak. Lepas peristiwa tu, langsung tak ada khabar

berita atau petanda”. Tan Sri Syed Aminuddin mengeluh.

“Sampai bila abang nak terus mencari?”.

“Entah lah. I pun tak tau. Mungkin lepas Puteri habis belajar, I akan hand over company

tu pada dia slowly. Bakal menantu kita tu pun bijak juga orangnya. I pasti diaorang akan dapat

handle company tu together”. Tan Sri Syed Aminuddin tersenyum penuh makna.

“Ishhh… abang ni. Yakin sangat ke yang Imran tu suka anak kita?. Lagipun dah macammacam

Puteri buat pada dia”. Puan Sri Syarifah Zainah merasakan terlalu awal untuk

meramalkan hubungan anaknya dengan Imran. Dia bimbang nanti dikata perigi mencari timba.

“I tau lah sejauh mana hubungan anak kita tu. You tak payah risau. Dari mula-mula

jumpa dengan Imran I dah tau yang dia sukakan anak kita”. Tan Sri Syed Aminuddin cukupcukup

yakin dengan apa yang dirasakannya. Lagipun setiap kali bersama atau memandang

Imran, seperti ada sesuatu yang tak mampu dirungkai oleh Tan Sri Syed Aminuddin sendiri.

Dia terasa begitu rapat dengan Imran walaupun baru mengenalinya.

“Ikut abang lah. Mana yang baik saya ikutkan je”. Puan Sri Syarifah Zainah seperti

mengalah dengan apa yang dirancang oleh suaminya itu. Kalau benar-benar Imran sukakan

208

Puteri, dia pun bersetuju. Imran satu-satunya yang berjaya mengubah cara hidup Puteri Balqis

sehingga kini.

Imran hanya memerhati Wahid mengemas baju untuk dibawa pulang ke kampung. Cuti

semester telah bermula dan selama tiga bulan mereka takkan akan berjumpa. Ramai juga pelajar

lain yang telah mula meninggalkan kampus.

“Woitt… yang kau asyik perhati aku je dari tadi kenapa. Kau tak nak balik ke?”. Sergah

Wahid apabila melihat Imran seolah-oleh berada di alam lain. Sergahan Wahid membuat Imran

terkejut.

“Ehh… balik. Tapi lewat sikit. Ada projek yang aku nak kena settle dulu”. Imran

memberi alasan.

“Projek apa. Kita dah habis semester kot. Dah tau result pun”. Soal Wahid kehairanan.

“Ada lah. Kau apa tau”.

“Oooo… aku tau. Projek mengayat tuan puteri kan?”.

“Ishhh… kau ni. Ada-ada je la”.

“Elehh… bukan sehari dua aku kenal kau. Sebelum ni, belum cuti lagi ko dah pack siapsiap

barang-barang kau. Tak sabar sangat nak jumpa mak dengan adik-adik kau kat kampung.

Sekarang apa dah jadi?”. Panjang leteran Wahid bila melihat Imran seperti tidak gembira bila

cuti tiba.

“Bila masa aku kata aku tak balik. Aku balik tapi lambat sikit”.

“Dah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi. Eerrmm… untung lah”. Wahid

mengambil kesempatan mengusik Imran. Imran hanya tersenyum mendengar usikan Wahid.

Memang betul kata Wahid. Kalau dulu dia lah orangnya yang paling gembira bila cuti semester

bermula. Manakan tidak, kerinduan pada ibu dan adik-adik membuak-buak tidak mampu untuk

ditahan. Tapi sekarang berbeza. Bukan dia dah tak rindu pada ibu dan adik-adiknya yang lain,

tapi di kampus itu seperti ada sesuatu yang merantainya. Payah betul kalau dah angau bercinta

ni… perli hati nya sendiri. Imran tersengih-sengih sendirian.

209

BAB 45

“Assalamualaikum. Awak sihat?”. Suara halus lunak di hujung telefon membuatkan

Imran cukup bahagia.

“Waalaikumsalam. Sihat je. Awak?’.

“Kita pun sihat juga. Awak buat apa tu?”. Soal Puteri Balqis lanjut.

“Tak ada buat apa-apa. Tengah pack barang nak balik kampung”.

“Alaaa… dah nak balik ke?. Habis tu saya kat sini macam mana?”. Suara rajuk Puteri

Balqis membuatkan Imran tak keruan.

“Habis tu saya nak buat macam mana. Takkan saya nak duduk kat asrama ni sampai tiga

bulan?’. Balas Imran.

“Kalau saya rindu kat awak macam mana?”.

“Phone kan ada. Kita boleh whatsapp, boleh video call”. Suara Imran lembut memujuk.

“Tapi tak sama macam awak depan mata”.

“Tiga bulan bukan lama, pejam celik pejam celik dah tiga bulan”. Pujuk Imran lagi.

“Tapi awak janji awak mesti call saya tiap-tiap hari, ok?’.

“Tiap-tiap hari pokai la saya”. Usik Imran.

“Awak ni… lagi sayang duit daripada saya kan. Alaa… nanti kita topup la”.

“Ok lah tuan puteri. Hamba menurut perintah”. Imran ketawa di hujung telefon

mendengar kata-kata Puteri Balqis. Macam ni rasanya orang bercinta, bisik hati Imran. Kadangkadang

dia sendiri geli hati bila terpaksa melakukan perkara-perkara yang sebelum ini tidak

pernah dilakukan dan tak pernah terfikirkan. Tapi apakan daya. Dia juga manusia biasa yang

mempunyai naluri untuk menyintai dan dicintai. Kalau tak ada semua tu bahaya juga, fikir

Imran.

“Tapi kan sebelum awak balik kampung, daddy jemput datang rumah malam ni untuk

dinner. Lepas tu dia nak kenalkan awak dengan cousin kita yang baru datang dari London”.

Ceria suara Puteri Balqis mempelawa Imran untuk makan malam di rumahnya.

“Insyaallah, malam nanti saya datang”. Imran memberi persetujuan untuk datang ke

rumah Puteri Balqis. Lagipun pelawaan dari Tan Sri Syed Aminuddin mana mungkin ditolak

apatah lagi esok pagi-pagi dia akan balik ke kampung. Jadi hanya malam nanti kesempatan

untuk bertemu dengan keluarga Puteri Balqis yang sudah menganggapnya seperti anak sendiri.

“Ok, bye dear. Jumpa malam nanti ye. Jangan lupa tau”. Suara manja Puteri Balqis

memenuhi ruang telinga Imran yang membuatkannya terkesima seketika.

210

“Ok bye”. Imran memutuskan talian telefon setelah selesai berbual dengan Puteri

Balqis. Senyumannya meleret-leret hingga ke telinga sambil menyambung kembali mengemas

barang-barang yang ingin dibawa balik ke kampung.

Tepat jam lapan setengah malam, Imran terpacak di hadapan rumah Puteri Balqis. Dia

menekan loceng di tepi pagar rumah agam tersebut. Tidak lama, pintu pagar terbuka sendiri.

Imran melangkah masuk dengan hati dan perasaan yang cukup bahagia. Dari jauh kelihatan

Puteri Balqis sudah berada di ambang pintu rumah menanti kehadirannya.

“Assalamualaikum”. Imran memberi salam sebaik menghampiri Puteri Balqis yang

setia menanti di ambang pintu dengan senyuman yang mencairkan jiwanya.

“Waalaikumsalam. Ingatkan tak datang”. Puteri Balqis menyambut salam Imran.

“Ishh… kalau awak yang jemput mana boleh tak datang. Lagi pun esok saya dah nak

balik kampung”.

“Jangan lah cakap pasal tu. Buat hilang mood kita je”. Puteri Balqis tarik muka apabila

Imran mengingatkannya tentang rancangannya untuk pulang ke kampung.

“Eehhh… sorry lah. Saya tak sengaja”. Imran memujuk.

“Aikk… takkan nak sembang kat luar tu je. Masuk la ke dalam dulu”. Entah bila Tan

Sri Syed Aminuddin yang hanya berkain pelikat sudah tertonggok di hadapan pintu menegur

mereka berdua.

“Assalamualaikum uncle”. Imran memberi salam dan mendapatkan Tan Sri Syed

Aminuddin lantas menghulurkan salam.

“Waalaikumsalam. Dah… masuk ke dalam. Jangan layan sangat Puteri tu. Kalau nak

sembang, kita sembang kat dalam”. Tan Sri Syed Aminuddin mempelawa Imran masuk ke

dalam.

Imran hanya mengikuti Tan Sri Syed Aminuddin dari belakang. Mahu tidak mahu,

Puteri Balqis juga terpaksa menuruti mereka masuk ke dalam rumah walaupun hasrat hatinya

masih ingin berbicara dengan Imran seketika tanpa gangguan orang tuanya.

“Haa… Imran. Dah lama sampai?”. Puan Sri Syarifah Zainah yang baru saja keluar dari

dapur menegur Imran.

“Baru je sampai auntie”. Balas Imran.

211

“Yang kat belakang tu kenapa moncong je. Tak happy ke Imran datang ni?”. Tiba-tiba

Puan Sri Syarifah menegur Puteri Balqis yang belum habis rajuknya di belakang Imran. Imran

dan Puteri Balqis duduk di atas sofa kulit yang ada di ruang tamu rumah itu.

“Dia marah dia sebab dah nak balik kampung esok”. Imran jujur menceritakan apa yang

berlaku kepada Puan Sri Syarifah Zainah.

Puan Sri Syarifah Zainah dan Tan Sri Syed Aminuddin berpandangan sesama sendiri

dengan senyuman menguntumdi bibir masing-masing. Kalau dulu melihat bayang Imran sahaja

boleh membuatkan Puteri Balqis naik hantu. Tapi sekarang…

“Apa yang nak merajuk pula. Imran tu kan ada tanggungjawab dia sendiri. Dia ada mak,

ada adik-adik. Lagipun dah lama dia tak tengok family dia. Biar lah. Lagi pun tiga bulan

bukannya lama”. Puan Sri Syarifah Zainah menasihati anak daranya.

“Tapi takut juga kalau-kalau mak Imran nak tunangkan Imran cuti-cuti ni dengan anak

dara pilihan hatinya”. Tiba-tiba timbul idea Tan Sri Syed Aminuddin untuk mengusik Puteri

Balqis.

“Daddy ni. Tak suka la”. Muncung Puteri Balqis semakin panjang mendengar usikan

Tan Sri Syed Aminuddin sebentar tadi.

Mendengar bantahan daripada Puteri Balqis, Tan Sri Syed Aminuddin dan Puan Sri

Syarifah Zainah ketawa mengekek-ngekek kelucuan melihat wajah Puteri Balqis yang tiba-tiba

berubah. Amat lucu bila mereka memikirkan orang yang amat-amat dibencinya sewaktu masa

dulu kini menjadi orang yang amat-amat disayanginya. Ya Allah, besar sungguh kuasaMu. Fikir

Tan Sri Syed Aminuddin di dalam hati. Ketika mereka galak mengajuk Puteri Balqis, tiba-tiba

loceng pintu berbunyi. Orang gaji mereka, Mak Yam bergegas untuk melihat siapa yang datang

dan membuka pintu gate.

“Syed Danial dah sampai tuan, puan”. Mak Yam memaklumkan tentang kedatangan

Syed Danial kepada majikannya.

“Tak apa lah. Ajak dia masuk”. Tan Sri Syed Aminuddin mengarahkan Mak Yam

menjemput Syed Danial masuk ke dalam rumah.

“Hello uncle, auntie”. Syed Danial menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Tan

Sri Syed Aminuddin.

“Ohh… ni uncle kenalkan dengan Imran. Anak angkat uncle yang selalu uncle cerita tu.

Imran, ni Syed Danial. Anak adik uncle yang duduk di London. Dia ni bakal menguruskan

syarikat ayah dia di KL”. Tan Sri Syed Aminuddin memperkenalkan Syed Danial kepada

Imran. Imran bangun menghulurkan salam, tapi tidak disambut oleh Syed Danial.

212

“Auntie masak apa untuk dinner. Bau macam best je. Macam lapar pula”. Syed Danial

cuba mengalihkan topik perbualan mereka. Imran sedikit terasa dengan apa yang dilakukan

oleh Syed Danial. Tiba-tiba dia terasa terlalu kerdil berada di tengah-tengah keluarga korporat

itu. Kalau ikutkan hati hendak sahaja dia melangkah kaki untuk pulang. Tetapi memikirkan

kebaikan Tan Sri Syed Aminuddin dan Puan Sri Syarifah Zainah, Imran menggagahkan

langkahnya menuju ke ruang makan.

Di atas meja terdapat pelbagai lauk-pauk yang sedap-sedap tetapi entah mengapa selera

Imran langsung tidak terbuka. Dia merasakan semua yang ada di atas meja itu bukan untuknya,

tetapi untuk meraikan anak saudara Tan Sri Syed Aminuddin, Syed Danial.

“Hei… menung apa?. Makan la”. Puteri Balqis yang duduk di sebelah Imran

menyenggol lengan Imran yang sedari tadi hanya membatu.

Puteri Balqis meletakkan nasi dan lauk kegemaran Imran ke dalam pinggan. Syed

Danial hanya menjeling apa yang dilakukan oleh Puteri Balqis dengan jelingan yang penuh rasa

tidak puas hati. Kenapa budak kampung macam Imran menjadi begitu istimewa di mata

keluarga pakciknya. Fikiran Syed Danial.

“Hishhh…!!!”. Tiba-tiba Syed Danial mengibas-ngibas tangannya di atas lauk pauk

yang ada di atas meja makan.

“Kenapa Danial?”. Puan Sri Syarifah Zainah menegur.

“Auntie dengan uncle tak perasan ke ada lalat hinggap atas lauk-lauk ni tadi?”. Terang

Syed Danial sambil menjeling ke arah Imran.

Imran yang ingin memulakan suapan pertamanya faham dengan sindiran Syed Danial

sebentar tadi. Dia sedar, dia memang tak setaraf dengan keluarga yang berada di hadapannya

ketika itu. Ingatan Imran terbang ke kampungnya. Biar pun semuanya sederhana, tetapi mereka

sekeluarga tetap bahagia. Ketika itu juga Imran sedar tentang kedudukannya di tengah-tengah

keluarga itu. Kehadirannya mungkin sekadar membalas budi atas apa yang dilakukan oleh

Imran terhadap Puteri Balqis, tak lebih dari itu. Mungkin Tan Sri Syed Aminuddin mengundang

anak saudaranya yang baru datang dari London itu dan diperkenalkan kepadanya atas tujuan

untuknya berfikir sendiri tentang siapa dia sebenarnya. Mungkin Tan Sri Syed Aminuddin tidak

tergamak untuk bercakap secara berterus-terang kepada Imran. Banyak kemungkinan bermain

dalam fikiran Imran.

“Auntie tak nampak pun ada lalat tadi”. Puan Sri Syarifah Zainah yang lurus memerhati

ke arah lauk-pauk yang tersusun di atas meja.

“Bukan lalat. Danial salah pandang barang kali”. Tan Sri Syed Aminuddin yang perasan

apa yang cuba dilakukan oleh Syed Danial, bersuara. Dia memandang wajah Imran yang

213

erubah seketika dengan sindiran Syed Danial. Sebagai orang tua yang berpengalaman, dia tahu

apa yang sedang dirasai oleh Imran ketika itu.

“Rumah uncle ni tak pernah masuk lalat. Uncle pun dah lupa macam mana rupa lalat”.

Tan Sri Syed Aminuddin berseluroh untuk mengembalikan keceriaan malam itu, tetapi dia mula

sedar apa yang dilakukannya pada malam itu melukakan hati Imran lantaran sindiran Syed

Danial yang tajam. Tujuannya memperkenalkan Syed Danial kepada Imran bukan lah bertujuan

untuk membanding-bandingkan Imran dan Syed Danial. Dia hanya ingin Imran mengenali dan

mengetahui tentang keluarga itu dengan lebih rapat, tetapi tidak menyangka dengan apa yang

dilakukan oleh Syed Danial.

Imran merasakan masa cukup lambat untuk bergerak dan menghabiskan sesi makan

malam ketika itu. Seleranya hilang entah ke mana. Dia langsung tidak mampu mengangkat

wajahnya untuk melihat orang-orang yang statusnya lebih tinggi daripada dirinya. Telinganya

hanya dapat menangkap perbualan Syed Danial yang rancak bercerita tentang kejayaannya di

London kepada bapa asaudaranya itu. Tentang cita-citanya yang ingin menggembangkan

empayar perniagaan bapanya sehingga ke seluruh dunia. Mendengarkan semua itu, Imran terasa

semakin terasing dengan keluarga Puteri Balqis. Apa yang ingin diceritakan oleh Imran kepada

Tan Sri Syed Aminuddin selain kehijauan sawah padi, ayam itik dan lain-lain yang menjadi

kebanggaan Imran tetapi sesuatu yang menjijikkan bagi keluarga yang berstatus tinggi seperti

itu. Kerana cintanya pada Puteri Balqis, Imran tidak sedar siapa dirinya yang sebenar. Dia tidak

meletakkan dirinya di tempat yang sepatutnya. Dia sanggup dihina sedemikian rupa.Imran

semakin sedar.

“Terima kasih uncle sebab sudi jemput saya makan malam di rumah uncle ni sekali

lagi”. Imran menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Tan Sri Syed Aminuddin. Sedar

tak sedar, sudah sampai masanya Imran untuk pulang. Masa yang paling ditunggu-tunggu.

“Apa Imran cakap ni. Tak payah berterima kasih. Rumah ni kan dah macam rumah

Imran juga. Cuma Imran saja yang masih segan-segan nak datang selalu ke rumah ni”. Tan Sri

Syed Aminuddin sengaja menguatkan suaranya supaya didengari oleh Syed Danial di

belakangnya.

“Esok kirim salam uncle dengan auntie pada mak ye. Kami ni nak sangat datang rumah

Imran tu”.

“Insyaallah uncle. Nanti saya sampaikan”. Perlahan suara Imran.

“Daddy, Mommy… Puteri hantar Imran balik dulu ye”. Puteri Balqis memohon izin

untuk menghantar Imran pulang ke hostel. Puteri Balqis bergegas mendapatkan kereta mini

coopernya untuk menghantar Imran.

214

“Imran belum ada kereta ke. Datang tadi naik apa?”. Sempat lagi Syed Danial menyindir

Imran.

“Saya datang naik grab je tadi”. Jawab Imran malu-malu.

“Cepat Imran. Malam dah larut ni. Imran tu nak jalan jauh esok. Kena berehat cepat”.

Tan Sri Syed Aminuddin sengaja memutuskan perbualan yang ingin dimulakan oleh Syed

Danial yang bertujuan untuk menyakitkan hati Imran lagi dan lagi.

Imran melangkah perlahan menuju ke kereta. Langkahnya diikuti oleh pandangan Tan

Sri Syed Aminuddin dan isterinya sehingga Imran hilang di dalam perut kereta mini cooper

milik Puteri Balqis. Semenjak kejadian hitam yang menimpa Puteri Balqis, Puteri Balqis sendiri

dengan rela menyerahkan semula kereta sport yang dimiliki kepada ayahnya. Bagi Puteri

Balqis, kerana kereta itu lah dia menjadi semakin sombong dan bongkak dan hampir-hampir

hilang kehormatan diri. Akhirnya kereta tersebut sekali lagi berselimut di basement parking di

pejabat Tan Sri Syed Aminuddin. Tan Sri Syed Aminuddin tidak akan menjual kereta tersebut

sehingga Puteri Balqis benar-benar bersedia untuk menggunakannya semula.

215

BAB 46

Imran semakin tidak sabar untuk pulang ke kampung. Kerinduannya kepada ibu dan

adik-adiknya yang lain tidak tertanggung lagi. Selesai solat subuh Imran bergegas

meninggalkan bangunan asrama. Seperti biasa dia ingin menangkap bas yang pertama untuk ke

kampungnya. Biasanya kalau dia menaiki bas yang pertama, jam sembilan atau selewatlewatnya

jam sepuluh dia akan sampai ke kampung.

“Awak jangan lupa call saya bila sampai kampung ye?”. Pesan Puteri Balqis malam tadi

sewaktu menghantarnya pulang ke asram masih terngiang-ngiang di telinga.

“Insyaallah, kalau saya ingat”. Imran menjawab acuh tidak acuh permintaan Puteri

Balqis.

“Eee… awak ni kan. Sejak daripada rumah saya tadi, awak diam je. Tak macam selalu”.

Puteri Balqis yang perasan perubahan pada Imran bertanya, apatah lagi selepas diperkenalkan

dengan sepupunya Syed Danial.

“Awak ada apa-apa masalah ke?. Kalau ada share la dengan saya”. Tambah Puteri

Balqis.

“Tak ada apa-apa. Saya ok je”. Imran menyembunyikan apa yang bersarang di dadanya

ketika itu.

“Please awak. Jangan macam ni. Kalau awak betul sayang saya, jangan lah ada rahsia”.

Puteri Balqis seperti merayu. Sejak daripada rumah tadi hati Puteri Balqis tidak tenang apabila

melihat perubahan pada Imran. Imran tidak seperti biasa, ceria dan banyak bercakap terutama

dengan ayahnya. Sebab itu lah dia ingin menghantar Imran pulang ke asrama kerana dia ingin

masa bersama Imran dan bertanyakan apa sebenarnya yang Imran fikirkan.

“Sa… saya rasa kita ni macam tak sesuai. Macam langit dan bumi”. Tiba-tiba terkeluar

ucapan yang Imran sendiri tidak terfikir untuk meluahkannya.

“Awakkkk!!!... apa yang awak cakap ni. Kita ni semua sama kan. Allah jadikan semua

manusia sama. Cuma taqwa dan iman je yang membezakan kita dengan manusia-manusia yang

lain. Itu yang awak ajar saya kan. Tapi kenapa malam ni awak nak membeza-bezakan taraf

kedudukan?”.

“Bukan saya nak beza-bezakan. Tapi dalam agama kita pun kita dituntut untuk mencari

pasangan yang setaraf”. Imran terpaksa mempertahankan pendiriannya. Tak sanggup rasanya

untuk terus dihina selagi dia bersama dengan Puteri Balqis.

“Apa awak cakap ni. Kenapa tiba-tiba awak berubah. Bukan dulu awak pernah kata

yang awak tetap akan sayangkan saya walau saya benci sangat-sangat dengan awak dan takkan

216

terima awak sampai bila-bila?. Tapi kenapa awak berubah bila saya dah serahkan hati saya pada

awak”. Titis-titis air jernih mula membasahi pipi mulus Puteri Balqis. Kegembiraannya

sebentar tadi kerana dapat makan bersama Imran dan keluarga diganti dengan perasaan hiba.

“Awakkk… jangan lah macam ni, please. Saya minta maaf ok. Saya tak ada maksud

nak sakitkan hati awak pun”. Imran jadi tak tentu arah apabila melihat Puteri Balqis mula

menangis. Dia tak tau nak buat apa-apa.

“Ini semua pasal Danial kan? Awak ingat saya tak tau yang awak terasa hati bila Danial

sindir awak masa makan tadi”. Suara Puteri Balqis tersekat-sekat.

“Sebab tu lah saya nak hantar awak balik asrama. Saya tau awak terasa hati dengan

Danial. Awak jangan terasa hati dengan dia. Dia tak kenal pun awak. Dia tak tau apa-apa.

Perangai Danial tu sama dengan perangai saya yang awak kenal dulu. Ego, sombong, keras

kepala dan dia fikir dengan harta kekayaan yang dia ada, dia boleh buat apa saja. Kalau awak

terasa hati dengan dia, saya bagi pihak dia minta maaf sangat-sangat dengan awak. Awak cakap

je, apa yang awak nak saya buat sampai awak maafkan dia?”.

“Awak tak perlu buat apa-apa. Ya, saya mengaku saya terasa hati dengan sindiran

sepupu awak tu. Tapi saya dah maafkan dia. Lagi pun apa yang dia kata memang betul”. Imran

memandang wajah Puteri Balqis dan mengambil tisu di atas dashboard kereta. Tisu lembut itu

disapukan di pipi Puteri Balqis yang basah oleh air matanya sendiri.

Sedar tak sedar, akhirnya mereka sudah sampai ke asrama Imran. Bila melihat keadaan

Puteri Balqis sebegitu, hati Imran jadi sayu. Imran tak sampai hati untuk melukakan hati Puteri

Balqis yang ikhlas menyayanginya.

“Awak… saya minta maaf tau. Saya janji saya takkan cakap macam tu lagi”. Sekali lagi

Imran tewas dengan perasaan sayangnya pada Puteri Balqis.

“Esok sampai je kat kampung, perkara pertama yang akan saya buat adalah call awak,

tapi dengan satu syarat”.

“Syarat apa?”.

“Awak kena la senyum”. Imran memandang wajah mulus Puteri Balqis di sebelahnya.

Tanpa sedar bibir Puteri Balqis menguntum senyum yang membuatkan hati Imran cukup

bahagia.

“Haa… macam tu lah. Ok, saya keluar dulu. Drive elok-elok ye. Sampai nanti jangan

lupa call saya”. Imran membuka pintu kereta dan melangkah keluar. Puteri Balqis hanya

mengangguk-angguk kepala mendengar pesanan Imran.

Ingatan terhadap peristiwa yang berlaku malam tadi mati tiba-tiba bila bas yang

ditunggu-tunggu oleh Imran sampai di stesen tersebut. Imran cepat-cepat bangun daripada

217

tempt duduknya dan melangkah satu persatu anak tangga bas yang akan membawanya pulang

ke kampung.

Waktu cuti semester begini lah keluarga Tan Sri Syed Aminuddin dapat berkumpul

untuk minum sekali. Walau pun seorang, tetapi kerenah Puteri Balqis seperti melayan tiga atau

empat orang anak. Tan Sri Syed Aminuddin dan isterinya amat bersyukur kerana sikap Puteri

Balqis yang banyak berubah. Jika sebelum ini hanya mereka berdua yang duduk bersarapan,

tetapi akhir-akhir ini Puteri Balqis akan turut sama. Walau pun mereka bertiga, tetapi suasana

lebih membahagiakan.

“Benci lah”. Tiba-tiba Puteri Balqis muncul di meja makan mengejutkan ibu dan

ayahnya.

“Tak ada ribut, tak ada angin tiba-tiba nak marah ni kenapa?. Bergaduh dengan Imran

lagi lah tu”. Puan Sri Syarifah Zainah cuba meneka apa yang membuatkan anak daranya itu

tiba-tiba merengus.

“Bukan lah mommy”.

“Kalau bukan, kenapa tiba-tiba nak marah-marah macam ni?”.

“Ni pasal anak saudara daddy yang baru datang dari London tu lah”. Puteri Balqis mula

membuka cerita. Tan Sri Syed Aminuddin yang hanya mendiamkan diri sejak dari tadi

menjeling Puteri Balqis yang duduk di sebelahnya.

“Hah… dah kenapa pula dengan Danial tu?”. Soal Tan Sri Syed Aminuddin.

“Takkan lah daddy tak perasan apa yang dia buat malam tadi?”. Soalan Tan Sri Syed

Aminuddin dijawab dengan soalan oleh Puteri Balqis. Tan Sri Syed Aminuddin sudah dapat

menjangka perkara tersebut akan berlaku.

“Ye… daddy tau. Tapi apa yang daddy boleh buat?”.

“Yang tiba-tiba dia nak perli-perli Imran tu kenapa. Baru je datang dah nak buat hal”.

Puteri Balqis melampiaskan kemarahannya.

“Sebenarnya ada cerita yang daddy tak bagitau Puteri dan mommy. Sebelum Danial

balik ke sini, Paksu Puteri ada call daddy dari London. Dia bagitau yang Danial nak datang ke

KL, then dia pun ada merisik Puteri untuk Danial”. Tan Sri Syed Aminuddin menceritakan

kisah sebenarnya. Puteri Balqis sedikit terkejut dengan apa yang didengar dari mulut ayahnya

itu.

218

“Daddy… you know that sekarang Puteri dengan Imran?”. Suara Puteri Balqis sedikit

kuat kerana terkejut dengan apa yang baru didengarinya.

“Iyee… daddy tau tu. Daddy pun tak habis cerita lagi kan. Let me finish it”. Tan Sri Syed

Aminuddin cuba menenangkan anaknya.

“Memang uncle Adzam plan nak Puteri jadi isteri Danial. Senang katanya ada orang

jaga Danial di KL nanti, but daddy told your uncle that Puteri dah ada seseorang yang special”.

Penjelasan Tan Sri Syed Aminuddin membuatkan Puteri Balqis ceria kembali. Puan Sri

Syarifah Zainah juga turut tersenyum mendengar penjelasan suaminya.

“So apa kata uncle Adzam”.

“Well…uncle Adzam kata, kalau dah macam tu dia tak boleh paksa. Tak ada rezeki nak

bermenantukan Puteri, katanya”. Tan Sri Syed Aminuddin ketawa sendiri seperti ada sesuatu

yang melucukan.

“Tapi kan daddy, Puteri kesian dengan Imran malam tadi. Dia upset sangat sampai nak

bercakap dengan Puteri pun dia tak nak”. Puteri Balqis menceritakan keadaan Imran selepas

peristiwa tersebut.

“Kalau ikut hati, nak je Puteri punch muka Danial tu”. Puteri Balqis mengepal-ngepal

penumbuknya. Tan Sri Syed Aminuddin dan Puan Sri Syarifah Zainah saling berpandangan.

“Marah sangat nampaknya orang usik buah hati dia”. Perli Puan Sri Syarifah Zainah

setelah sekian lama menjadi pemerhati. Wajah Puteri Balqis berubah kerana malu dengan

usikan ibunya. Kerana terlalu geram dengan sikap Syed Danial menyebabkannya terover acting

di hadapan ibu dan ayahnya.

“Don’t worry lah. Nanti Puteri pujuk lah Imran tu. Bila dia dah jumpa mak dengan adikadik

dia yang lain, ok lah tu nanti”. Tan Sri Syed Aminuddin memberi cadangan.

Tidak lama kemudian, telefon Puteri Balqis berdering. Wajah Puteri Balqis berubah

ceria apabila memandang screen telefon di tangannya.

“Errmmm… buah hati call lah tu”. Puan Sri Syarifah Zainah tidak habis-habis mengusik

Puteri Balqis.

“Kirim salam mommy dengan daddy pada mak Imran”. Sempat Puan Sri Syarifah

Zainah berkirim salam kepada ibu Imran sebelum Puteri Balqis bergegas ke ruang tamu untuk

mengambil panggilan daripada Imran. Sarapan pagi yang baru sedikit terusik ditinggalkan

begitu sahaja. Tan Sri Syed Aminuddin hanya menggeleng-geleng kepala sambil memandang

isterinya yang tersenyum memerhati gelagat satu-satunya anak yang mereka ada.

219

BAB 47

Pejam celik, pejam celik, tiga bulan cuti semester bakal berakhir. Kalau sebelum ini dia

begitu berat untuk balik ke universiti setelah cuti berakhir, tetapi kali ini berbeza. Semangatnya

lain macam. Tidak sabar rasanya untuk pulang ke kampus. Paling tidak sabar adalah untuk

bertemu muka dengan tuan puteri kesayangannya.

“Balik kali ni ibu tengok Im seronok sangat. Ada apa-apa ke?”. Soal ibunya pada suatu

malam setelah mereka sekeluarga selesai makan malam dan menunaikan solat Isyak berjemaah.

Adik-adik yang lain sudah lama berkeruh dalam kelambu masing-masing.

“Tak ada apa lah bu. Im biasa je”. Imran cuba berselindung daripada apa yang dirasainya

ketika itu.

“Tak payah nak tipu Im. Im tu ibu yang kandungkan. Ibu tau perangai anak-anak ibu”.

Kata-kata ibunya membuatkan Imran mati akal.

“Kalau Im cakap dengan ibu, ibu janji jangan marah ye?”.

“Kenapa ibu nak marah pula”.

Macam ni bu. Sebenarnya Im ada berkawan dengan sorang ni”. Imran memulakan

proses berterus terang kepada ibunya.

“Perempuan lah tu”. Ibunya meneka. Imran hanya mengangguk-anggukkan kepalanya.

“Nama dia Puteri Balqis. Anak orang kaya bu. Dia sama belajar dengan Im”. Imran

berterus terang.

“Ya Allah Im. Ayah dan mak dia tau ke Im berkawan dengan anak diaorang?”. Ada

kebimbangan di wajah tua ibunya.

“Tau bu. Nama ayah dia Tan Sri Syed Aminuddin bin Syed Idrus. Nama mak dia

Syarifah Zainah”. Rahimah terdiam seketika apabila mendengar nama-nama yang disebutkan

oleh anaknya sebentar tadi. Perubahan yang berlaku di wajah ibunya disedari oleh Imran.

“Kenapa bu?. Ibu tak suka ke Im berkawan dengan dia?”.

“Ehh… tak. Tak ada apa. Tapi pesan ibu, Im jaga kelakuan baik-baik ye. Diaorang tu

orang kaya. Kita ni Cuma orang kampung je Im”.

“Insyaallah bu. Im akan sentiasa ingat pesan ibu dan sentiasa ingat siapa Im”. Imran

memandang wajah ibunya yang kelihatan sedikit risau.

Ingatan perbualan Imran bersama ibunya mati tiba-tiba apabila telefonnya berbunyi.

Imran tersenyum lebar apabila melihat nama yang tertera di screen telefonnya. Agak lama dia

memerhati screen telefon sebelum mengambil panggilan tersebut. Tujuan sengaja mahu

menyakat empunya diri yang membuat panggilan tersebut.

220

“Assalamualaikum”. Imran pertama memberi salam setelah menerima panggilan

tersebut.

“Kenapa lambat sangat angkat phone?”. Satu suara yang amat dirinduinya seakan

merajuk di hujung telefon Imran.

“Amboii!!!... bukan nak jawab salam dulu. Tau-tau nak marah je”. Balas Imran tanpa

mempedulikan rajuk Puteri Balqis.

“Waalaikumsalam. Tapi awak tak jawab lagi soalan saya”. Puteri Balqis masih tidak

berpuas hati.

“Alaaa… saja nak usik-usik awak. Tak boleh ke?”.

“Iye lah. Ingatkan awak dengan…”.

“Haaa… mula lah tu nak fikir bukan-bukan. Kat kampung ni mana ada sesiapa. Tambah

malam-malam buta ni”. Imran memotong apa yang ingin diperkatakan oleh Puteri Balqis,

seolah-olah sudah dapat meneka apa yang ada di fikirannya.

“Awak tak tidur lagi”. Soal Puteri Balqis mengalihkan tajuk perbualan mereka.

“Belum. Kalau saya tidur tak dapat lah saya dengar suara awak. Tak lena lah tidur saya

nanti”. Balas Imran sambil tersenyum.

“Iye ke awak rindu saya?”. Duga Puteri Balqis.

“Gila tak rindu. Kalau ada kepak malam ni juga saya terbang ke KL jumpa awak”. Usik

Imran. Kerana terlalu asyik bersembang, jam sudah menunjukkan pukul satu pagi. Patut lah

kelopak mata Imran seperti digantung pemberat.

“Ok lah awak ye. Dah lewat malam sangat ni”. Imran memang terasa amat mengantuk.

“Ok… tapi bila awak nak balik sini?”.

“Kalau tak ada apa halangan, lusa tengah hari saya bertolak dari kampung”.

“Ok… nanti awak call saya ye. Saya ambik awak kat bus station”. Puteri Balqis

menawarkan diri untuk mengambil Imran setelah dia sampai di Kuala Lumpur nanti.

“Tak menyusahkan awak ke?”. Soal Imran semula, bimbang dikatakan mengambil

kesempatan ke atas kebaikan Puteri balqis terhadap dirinya.

“Susahkan apa pula. Saya yang offer nak ambil awak kan”.

“Eerrmm… kalau macam tu ok lah. Lusa sebelum bertolak saya call awak dulu”.

“Ok… bye dear”. Ceria suara Puteri Balqis untuk memutuskan talian malam itu. Tidak

sabar juga untuk menanti hari mendatang untuk berjumpa orang yang kini bertahkta di hatinya.

221

Mata Syed Danial seperti tidak mahu lelap. Dia memandang siling rumahnya. Sesekali

dia menjeling jam di dinding. Jarum jam sudah menunjukkan jam satu pagi tetapi matanya tidak

ada tanda-tanda mengantuk. Mungkin dia sudah terlalu banyak tidur siang tadi, fikir Syed

Danial. Apa yang berlegar di kepalanya ketika itu hanya lah wajah Puteri Balqis. Dia tidak

menyangka Puteri Balqis secantik itu. Sebelum ini dia hanya mengenali Puteri Balqis melalui

gambarnya sewaktu kecil yang ditunjukkan oleh bapanya.

“Daddy harap Danial dapat menjaga company daddy yang di Kuala Lumpur tu. Cuma

Danial yang daddy harapkan”. Syed Danial masih ingat perbualan dengan ayahnya setahun

yang lalu bila mana ayahnya membuka sebuah cawangan syarikatnya di Kuala Lumpur.

“Come on daddy. Takkan daddy nak Danial stay alone kat KL?”. Pada awalnya Syed

Danial seperti tidak setuju dengan apa yang telah dirancang oleh ayahnya.

“Only you i can trust. Please Danial?”. Rayu ayahnya membuatkan Danial serba salah.

Lagi pun setelah lulus di Imperial College of London, Syed Danial memang belum merancang

apa-apa berkaitan masa depannya.

“Ok… I can help you but with one condition. Kalau Danial tak selesa tinggal di KL

within six months, Danial akan balik ke London”.

“Ok. Daddy setuju. Kalau selepas enam bulan, Danial still tak boleh nak adapt suasana

di sana, Danial boleh balik sini semula”. Syed Adzam bersetuju dengan syarat yang dikenakan

oleh anaknya Syed Danial untuk mengemudi syarikatnya di Kuala Lumpur.

“But, daddy confident that you will stay in KL more than six months”. Syed Adzam

begitu yakin dengan apa yang dikatakannya.

“Why daddy so confident?”.

“Yeahhh… Daddy sure yang Danial akan jatuh cinta dengan KL. KL right now dah jauh

berbeza tau”. Syed Adzam seperti ingin mempengaruhi fikiran anaknya agar terus bersetuju

untuk balik ke Kuala Lumpur.

“Ok… we will see”. Balas Syed Danial tanpa memandang wajah ayahnya. Pada masa

itu dia kuat menyatakan yang dia takkan bertahan untuk tinggal di Kuala Lumpur walau untuk

sebulan pun. Jiwanya sudah sebati dengan kehidupan di kota metropolitan London yang

mempunyai segala-galanya. Semua orang berlumba-lumba untuk datang dan tinggal di London,

kota yang terkenal di seluruh dunia. Tiba-tiba, dia yang dilahirkan di kota itu ingin pergi ke

tempat yang begitu asing baginya walaupun tempat itu merupakan tempat kelahiran ayah dan

ibunya sendiri.

“And one more thing. Your uncle have a beautiful daughter. Apa kata Danial cuba pikat

dia, then jadikan dia our daughter-in-law”. Cadang Syed Adzam walau pun telah mengetahui

222

anak saudaranya itu sudah mempunyai seseorang yang istimewa, tetapi dia tidak berputus asa.

Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Lagi pun anaknya Syed Danial tiada

kekurangan.

“What?... come on daddy. You want me to get marry with my cousin?”. Syed Danial

seperti tidak percaya dengan cadangan ayahnya itu.

“Why not?. She is your cousin. You boleh nikah dengan dia. Then boleh lah dia jadi

teman kamu di KL nanti”. Sebenarnya itu sebahagian rancangan Syed Adzam agar anaknya

Syed Danial akan menetap terus di Malaysia dan menjayakan perniagaannya di sana.

Syed Danial menggeleng-geleng kepalanya seperti tidak percaya dengan apa yang

difikirkan oleh bapanya. Berkahwin dengan gadis melayu merupakan perkara yang paling

mustahil dia akan lakukan dan tak pernah difikirkannya. Dia ingin menjadi seperti abangnya,

Syed Ibrahim yang berkahwin dengan seorang wanita inggeris. Baginya gadis-gadis di London

lebih menarik perhatiannya. Lebih moden, lebih bijak dan lebih segala-galanya. Dia dapat

membayangkan wajah anak-anak gadis di Malaysia yang masih comot dan kolot dan tidak

mengikut peredaran zaman.

“Hhuurrrmmm….”. Panjang keluhan Syed Danial memikirkan semula perbualan

dengan ayahnya sebelum dia berangkat ke Kuala Lumpur. Ternyata segala tanggapannya

terhadap gadis melayu meleset sama sekali. Pertama kali memandang Puteri Balqis tempoh

hari, pandangannya terhadap gadis melayu berubah tiga ratus enam puluh darjah. Baginya

kecantikan Puteri Balqis begitu asli, tidak seperti gadis-gadis di London yang kebanyakan

kecantikan mereka dengan bantuan alat kosmetik dan kecanggihan teknologi moden. Akhirnya

Syed Danial mengakui yang dia benar-benar tertarik dan jatuh hati dengan sepupunya, Puteri

Balqis.

“Aku tak boleh mengalah. Suatu hari nanti Puteri Balqis pasti akan jadi teman hidup

aku. Pasti daddy dan mommy happy dengan apa yang bakal dilakukannya nanti”. Syed Danial

tersenyum girang. Dia harus menyusun strategi bagaimana untuk memiliki Puteri Balqis. Hanya

satu halangan yang ada. Imran!...

“Kau bukan tandingan aku Imran. Aku akan pastikan Puteri Balqis takkan pandang kau

walau dengan sebelah mata pun selepas ni… ha ha ha”. Syed Danial ketawa gembira bila

memikirkan apa yang bakal berlaku. Langkah pertama dia sudah laksanakan sewaktu pertama

kali diperkenalkan dengan Imran di rumah pakciknya. Selepas ini akan ada banyak lagi perkara

yang akan dilakukannya demi untuk memenangi dan memiliki Puteri Balqis.

223

BAB 48

“Hello sahabat. Apa khabar?. Lama tak dengar cerita kau”. Ceria suara yang cukup

dikenalinya di hujung telefon.

“Aku baik je. Kau tu apa khabar?”. Imran menyoal balas Wahid yang berada di hujung

talian.

“Alhamdulillah. Aku pun baik je. Sebenarnya aku ada satu surprise ni”. Suara Wahid

serius.

“Apa yang surprise sangat tu?”. Soal Imran tidak sabar.

“Tak ada apa pun. Sebenarnya dah dua hari aku sampai kat kampung kau ni”. Tiba-tiba

Imran terkedu seketika. Tak ada hujan tak ada ribut, tiba-tiba Wahid ada di kampungnya. Biar

betul Wahid ni. Bisik hati Imran.

“Weeii… kau apa hal pula sampai kat kampung aku ni?”.

“Ehhh… aku punya suka la. Kan ke bakal mak mertua aku duduk kat kampung

sebelah… ha ha ha”. Wahid ketawa kegirangan dapat mengenakan Imran.

“Kau biar betul. Jangan la main-main”. Imran seperti masih belum percaya yang Wahid

berada di kampungnya.

“Dah dua hari baru kau nak bagitau aku ye. Kurang asam”. Marah Imran.

“Aku datang bukan nak jumpa kau. Aku datang nak jumpa Rohayu sambil kenal-kenal

dengan family dia”. Wahid berterus terang.

“Berani kau jumpa makcik dengan pakcik aku ye?”.

“Sebenarnya Ayu call aku. Dia cakap mak dan ayah dia nak kenal dengan aku. So aku

beranikan lah diri datang jumpa diaorang”. Wahid menceritakan duduk perkara yang

sebenarnya.

“Eerrmmm… bagus lah tu. Tak ada lah makcik dengan pakcik aku risau. Kalau apa-apa

jadi pada Ayu dah tau nak cari siapa… ha ha ha”. Giliran Imran mengusik Wahid.

“Elehhh… kau tu apa kurangnya. Bukan main dengan tuan puteri tu”. Wahid tak mahu

kalah.

“Ok lah… ok lah. Ehh… malam ni dengan malam esok kau tidur rumah aku ni. Save

sikit budjet kau. Nanti aku minta mak aku masak special untuk kau. Hari Ahad nanti kita balik

lah sama-sama ke kampus”. Imran mempelawa Wahid untuk tidur di rumahnya malam itu.

“Ok juga tu. Tapi aku tak menyusahkan kau ke?”.

224

“Menyusahkan apa pula. Mak aku pun memang nak kenal sangat dengan sahabat baik

aku ni. Family aku pun nanti akan jadi family kau juga tau”. Imran seperti mengingatkan Wahid

yang Rohayu ada pertalian darah dengan keluarganya.

“Eerrmmm… ok lah. Aku kemas-kemas sikit. Petang nanti kau datang ambil aku kat

homestay hujung kampung kau ni”.

“Ok. Kalau macam tu lepas Asar nanti aku ambil kau. Boleh lah aku bawa kau pusingpusing

kampung aku yang indah lagi permai ni”. Imran begitu seronok bila mengetahui sahabat

baiknya itu telah sampai ke kampungnya. Memang dia selalu menceritakan kebaikan Wahid

kepada ibunya. Malah, Imran juga menceritakan tentang hubungan yang terjalin antara Wahid

dan Rohayu. Imran yakin tentu ibunya juga seronok jika dapat berjumpa Wahid.

Sewaktu dia menceritakan hubungan Wahid dan Rohayu, Imran sedar ibunya sedikit

sebanyak merasa kecewa kerana di benar-benar berharap Rohayu menjadi menantunya. Tetapi

Imran tahu ibunya dapat menerima keputusannya yang hanya menganggap Rohayu tak lebih

sebagai seorang adik.

Sedang Puteri Balqis leka membaca novel di atas katilnya, tiba-tiba telefon berbunyi.

Dia bingkas mengambil telefon yang diletakkan di atas almari hias di dalam biliknya itu.

Matanya memerhati \nombor panggilan yang tertera di atas screen telefon. Puteri Balqis hampa

kerana bukan orang yang diharapkan yang menelefonnya petang itu. Nombor yang muncul di

screen telefon nombor yang tidak dikenalinya.

“Hello Puteri. How are you today?”. Satu suara yang tidak dikenalinya menyapa setelah

Puteri Balqis mengambil panggilan tersebut.

“Siapa ye?”. Soal Puteri Balqis semula. Memang dia benar-benar tidak mengenali tuan

empunya suara itu.

“Takkan tak kenal. Kita baru je jumpa”.

“Serius saya tak kenal. Boleh tak you make it’s easy. Just intoduce yourself”. Puteri

Balqis tidak mahu bermain teka-teki. Dia ingin terus mengetahui siapa yang menelefonnya

petang itu.

“Ok… ok…jangan lah marah. I’m joking ok. Ini Danial lah”. Syed Danial segera

memperkenalkan dirinya kepada Puteri Balqis.

225

“Ooo… Danial. Apa yang you nak haa?”. Hati Puteri Balqis tiba-tiba menjadi geram

apabila mengetahui siapa yang menelefonnya ketika itu. Apatah lagi bila mengingatkan apa

yang dilakukannya pada Imran tempoh hari.

“Ok. I’m sorry. I tau you marah kat I. I mengaku I make mistake. Tujuan I call ni pun

sebab nak minta maaf pasal hari tu”.

“Tak perlu minta maaf pada I. Kalau nak minta maaf, minta pada Imran. Sebab you

sakitkan hati dia, bukan I”. Tegas suara Puteri Balqis saat itu. Terbayang-bayang di matanya

wajah Syed Danial yang begitu sombong.

“Ok. Kalau macam tu nanti I akan call Imran untuk minta maaf. Tapi sebelum tu boleh

tak kita jumpa on Sunday. Ada benda yang I nak bincang dengan you”.

“Kalau nak cakap, cakap je on the phone. Tak perlu nak jumpa kot”. Puteri Balqis tidak

bersetuju untuk berjumpa dengan Syed Danial seperti yang dirancangkannya. Apatah lagi

petang Ahad dia telah berjanji untuk mengambil Imran di stesen bas.

“Tapi perkara ni very important. It’s about family matters”. Syed Danial tidak berputus

asa memujuk Puteri Balqis. Sekiranya dia gagal memujuk Puteri Balqis untuk berjumpanya,

maka sebahagian rancangannya juga akan gagal.

“Ok… tapi tak boleh lama. Nanti you send time and location”. Akhirnya dengan berat

hati Puteri Balqis menerima pelawaan Syed Danial. Syed Danial cukup gembira apabila

mendengar persetujuan daripada mulut Puteri Balqis.

“Thanks and one more. Boleh tak I nak nombor telefon Imran?”. Syed Danial tersenyum

sambil terbayang apa yang bakal dilakukannya nanti.

“Ok lah. Nanti I whatsapp nombor Imran. Ok bye”. Tanpa mendengar apa-apa jawapan

daripada Syed Danial, talian telah diputuskan. Semakin lama dia mendengar suara Syed Danial,

semakin bernanah rasanya telinga dan semakin terbakar hatinya.

Syed Danial terkejut apabila talian diputuskan sebelum dia sempat berkata apa-apa.

Walau bagaimanapun Syed Danial berpuas hati apabila Puteri Balqis bersetuju untuk bertemu

dengannya seperti yang dirancang. Dia tersenyum puas.

“Tak apa. Sekarang kau sombong dengan aku. Suatu hari nanti kau akan jadi milik aku,

bukan budak kampung yang tak setaraf dengan kita, Puteri. Kau tengok lah nanti”. Syed Danial

tersenyum penuh makna.

226

BAB 49

“Kampung ni kalau malam-malam macam ni sunyi lah sikit. Biasa lah… kampung”. Ibu

Imran memulakan perbualan sewaktu mereka bertiga berbual di baranda rumah selepas solat

isyak.

“Eehhh… kampung saya pun sama macam ni makcik”. Balas Wahid. Memang suasana

kampung Wahid sama dengan suasana kampung Imran. Bila malam semakin larut, keadaan

menjadi sunyi sepi. Yang kedengaran hanya bunyi cengkerik dan katak.

“Tapi saya lagi suka kampung macam ni daripada duduk di bandar. Macam-macam

bunyi ada”. Sambung Wahid lagi.

“Kau tu suka kampung ke atau suka orang yang duduk kampung”. Tiba-tiba Imran

menyampuk. Tersengih memandang Wahid yang sedang menghirup kopi O pekat yang

dihidangkan oleh ibunya.

“Dua-dua lah. Sambil menyelam minum air”. Jawab Wahid tanpa mempedulikan

sindiran Imran.

“Wahid ni datang ke kampung kita ada makna bu”. Imran memuncungkan bibirnya ke

arah Wahid.

“Makna apa pula?”. Rahimah yang tidak tahu hujung pangkal cerita, bertanya.

“Wahid ni datang kampung kita sebab nak jumpa bakal mak dan pak mertua dia”.

Terang Imran.

“Ooo…Iye ke. Imran selalu cerita pasal Wahid pada makcik. Bertuah Wahid dapat

Rohayu. Cantik, berbudi bahasa. Rohayu tu pun dah macam anak makcik sendiri”. Rahimah

tersenyum memandang Wahid. Dalam hati Rahimah terasa sedikit kekesalan kerana orang lain

yang akan memiliki anak saudaranya itu. Orang yang diharapkan dapat menjaga Imran nanti,

rupanya ditentukan jodoh dengan orang lain. Rahimah redha dengan ketetapan yang telah

diaturkan oleh Allah.

“Kita boleh merancang tetapi kita sebagai manusia harus ingat. Allah s. w. t. sebaikbaik

perancang. Jadi apa-apa pun yang berlaku pada kita, kita kena ingat. Itu semua sudah

ditentukan olehNya. Apa yang penting kita berusaha dan berdoa semoga apa yang kita hajati

akan dikabulkannya”. Kata-kata Lebai Dollah sewaktu memberi ceramah israk mikraj di surau

hujung kampung terngiang-ngiang di telinga Rahimah. Dia menghela nafas panjang.

“Tapi makcik lagi bertuah”. Wahid tiba-tiba bersuara.

“Kenapa?”. Soal Rahimah ingin tahu.

227

“Bakal menantu makcik lagi cantik. Anak orang berada. Rasa-rasa kalau makcik tengok

dengan mata kepala makcik sendiri, rasanya makcik pun akan jatuh hati”. Sambung Wahid lagi

walaupun Imran membulatkan matanya tanda amaran agar Wahid tidak terus bercerita pasal

Puteri Balqis kepada ibunya.

“Eerrmmm… jadi betul lah sangkaan ibu sebelum ni. Kata kawan saja”. Rahimah

menjeling Imran yang dalam keadaan serba salah.

“Kawan apa makcik kalau dah hari-hari jumpa. Tu tak kira bergayut kat telefon berjamjam”.

Makin rancak Wahid bercerita tentang Puteri Balqis pada ibunya.

“Ooo… macam tu ke?”.

“Iye makcik. Sebenarnya…?”.

“Isshh… kau ni. Pandai-pandai je reka cerita. Ibu jangan percaya cakap Wahid ni. Dia

bab-bab merapu memang pandai”. Imran memotong cakap Wahid sebelum lebih banyak

ceritanya dengan Puteri Balqis terkeluar. Satu cubitan hinggap di peha Wahid yang hanya

berkain pelikat. Muka Wahid berkerut kesakitan sambil mengusap-usap tempat cubitan Imran.

“Macam-macam hal korang berdua ni. Sembang lah… makcik dah nak tidur”. Imran

merasa lega apabila ibunya meninggalkan mereka berdua di berandah rumah.

“Waaa… bukan main kau kan. Habis semua cerita aku kau nak jaja kat ibu aku”. Imran

bersuara sebaik sahaja kelibat ibunya hilang dari pandangan.

“Apa pula. Betul apa yang aku cakap tu”. Wahid mempertahankan dirinya.

“Betul tu memang lah betul. Tapi aku tak nak ibu aku tau banyak sangat pasal aku

dengan Puteri. Nanti dia risau. Lagi pun aku dah cerita pasal aku dengan Puteri Balqis pada

dia”.

“Nak risau apa. Biasa lah. Kau kan dah besar”.

“Itu aku tau. Tapi ibu aku tu lain. Dia tak nak apa-apa jadi pada anak dia ni. Nanti dia

risau yang bukan-bukan”. Imran menjelaskan kepada Wahid kenapa dia tidak mahu ibunya

mengetahui lebih banyak kisahnya bersama Puteri Balqis.

Puteri Balqis memandang jam di dinding bilik tidurnya. Jam sudah menunjukkan pukul

dua pagi. Malam sudah larut. Suasana sekitar juga sudah sunyi sepi, tapi matanya amat susah

untuk lelap. Bermacam-macam yang datang menerpa di fikirannya.

228

“Macam mana aku nak jumpa Danial esok. Aku dan janji. Kalau Imran tau macam

mana?”. Persoalan-persoalan itu menerjah fikiran Puteri Balqis. Matanya tegak memandang

siling bilik tidurnya.

Puteri Balqis seperti dapat merasai ada sesuatu yang tidak kena. Tetapi dia telah berjanji

dengan Syed Danial untuk bertemunya esok. Berjumpa dengan Syed Danial bermakna dia telah

memungkiri janji yang telah dibuatnya terhadap Imran.

“Saya tau awak mesti tak percaya dengan apa yang saya janjikan sebelum ni kan?”.

Puteri Balqis teringat kembali apa yang diluahkannya kepada Imran.

“Saya tau apa yang saya janjikan tu macam terlalu awal untuk kita. Tapi saya yakin,

awak lah yang terbaik untuk diri saya. Awak dah banyak ubah cara hidup saya. Sedarkan saya

tentang kesilapan yang pernah saya buat”. Puteri Balqis menundukkan muka apabila

mengenangkan kembali apa yang pernah dilakukannya sebelum ini.

“Saya percaya dengan apa yang awak janjikan. Tapi saya takut janji tu akan mengikat

awak. Saya tak mau awak merasa terkongkong. Dapat berkawan dengan awak pun dah cukup

bagi saya”. Imran memandang wajah Puteri Balqis yang redup petang itu.

“Jangan lah awak cakap macam tu. Saya tak ada apa-apa kelebihan pun. Sebaliknya

saya yang bersyukur sebab awak hadir dalam hidup saya saat-saat saya memerlukan”. Puteri

Balqis melepaskan pandangannya ke arah tasik yang terbentang di hadapan mereka.

“Apa yang berlaku semua sudah ditakdirkan Allah. Saya mengaku memang saya

sukakan awak sejak hari pertama awak langgar saya di universiti masa kita mula-mula

mendaftar”. Imran berterus terang. Dia dapat melihat wajah Puteri Balqis kemerahan, malu

mengenang perbuatannya ketika itu.

“Se… sebenarnya saya pun suka pada awak sejak pertemuan tu. Selepas kejadian tu

saya selalu follow perkembangan awak dari jauh. Tapi entah kenapa setiap kali dengar nama

awak dan tengok muka awak, saya jadi tak tentu arah, jadi marah. Saya marah sebab ego yang

menebal di hati yang menghalang saya untuk berterus terang tentang apa yang saya rasa pada

awak masa tu”. Akhirnya Puteri Balqis juga berterus terang tentang apa yang dirasainya

terhadap Imran selama ini. Dia tidak mahu Imran menyangka yang dia menerima Imran kerana

terhutang budi selepas kejadian tersebut.

Imran dan Puteri Balqis terdiam seketika. Masing-masing melayani perasaan sambil

memandang lepas ke arah tasik yang membiru.

“Saya janji dengan awak, takkan ada lelaki yang akan hadir dalam hati saya selain awak.

Saya juga berjanji takkan keluar dengan mana-mana lelaki tanpa pengetahuan awak dan takkan

sesekali menyakiti hati awak lagi”. Puteri Balqis mengulangi janjinya terhadap Imran. Puteri

229

Balqis yakin dengan pilihannya kali ini. Lagipun ibu dan ayahnya telah memberi restu

perhubungannya dengan Imran.

“Entah lah awak. Saya tak berani nak letakkan apa-apa harapan. Saya tak pernah melalui

semua ni. Inilah kali pertama saya menyayangi seseorang selain ibu dan adik-adik saya.

Keadaan ni begitu asing bagi saya. Saya bimbang awak terlalu meletakkan harapan yang tinggi

pada saya”.

“Awak tak yakin dengan cinta saya?”. Soal Puteri Balqis membuatkan Imran serba

salah.

“Bukan… saya tau awak cintakan saya. Tapi saya yang tak yakin dengan diri saya

sendiri. Apatah lagi kedudukan kita jauh berbeza”.

“Kenapa itu yang awak fikirkan. Saya dah tak fikir semua tu. Saya cuma inginkan lelaki

yang benar-benar ikhlas sayangkan saya dan orang tu ada depan saya sekarang”. Puteri Balqis

cuba meyakinkan Imran. Dia tahu Imran masih terlalu merendah diri dan sering memikirkan

tentang kedudukan dan taraf kehidupan.

“Errmm… boleh tak saya tanya sesuatu?”. Tanya Imran setelah kedua-dua mereka lama

membisu.

“Tanya lah. Apa dia?”.

“Awak tau tak persamaan awak dengan mentol?”. Imran tersenyum-senyum

memandang Puteri Balqis di sisinya.

“Entah… tak tau”.

“Mentol tu menerangi bilik, dan awak pula menerangi hati saya”. Usik Imran. Wajah

Puteri Balqis yang putih mulus kemerahan, malu diusik Imran sebegitu. Satu cubitan singgah

di lengan Imran. Imran mengaduh kesakitan.

“Tadi awak janji tak nak sakitkan saya lagi”.

“Saya janji takkan sakiti hati awak. Tapi saya tak janji takkan sakiti badan awak”. Puteri

Balqis ketawa besar memperlihatkan barisan giginya yang putih bersih, geli hati dengan

jawapannya sendiri dan juga melihat Imran kesakitan. Puteri Balqis cukup bahagia saat-saat itu.

“Eerrmmm… tak apa lah. Lagipun aku bukan jumpa orang lain. Sepupu aku sendiri.

Lagipun aku jumpa Danial pun sekejap je”. Apa yang difikirkannya itu memadam segala

ingatannya bersama Imran yang berlegar di kepalanya sebentar tadi.

230

BAB 50

Syed Danial mencari tempat duduk yang agak terlindung di dalam restoran itu. Sesekali

dia memerhati jam tangannya seperti menantikan seseorang. Sambil menunggu, Syed Danial

memesan secawan cappucino.

“Ishhh… mana dia ni”. Rungut Syed Danial dalam hati. Orang yang sepatutnya ditemui

di tempat yang telah dijanjikan masih belum nampak bayang. Walau bagaimanapun Syed

Danial masih sabar menunggu. Hanya itu lah cara yang dia ada untuk menjayakan

rancangannya. Selang beberapa minit, orang yang ditunggu-tunggu dilihat memasuki restoran

tersebut.

“Encik Danial ke?”. Soal lelaki bertubuh sasa yang baru saja sampai di hadapan Syed

Danial.

“Ye… saya Danial. Duduk lah dulu”. Pelawa Syed Danial sambil memperkenalkan

dirinya.

“Encikkk….”.

“Jefri. Nama saya Jefri. Encik Danial panggil saya Jef cukup”.

“Ooo… ok. Jef nak minum apa-apa ke?”.

“Tak apa Encik Danial. Saya Cuma nak tahu tugasan apa yang perlu saya buat”. Lelaki

berbadan sasa bernama Jefri yang duduk di hadapan Syed Danial tersebut tampak tegas dengan

apa yang dilakukannya.

Sebenarnya Jefri dicadangkan oleh Kamil, pembantu peribadinya sewaktu di pejabat.

Oleh kerana belum ada kenalan lain, Syed Danial amat bergantung harap dengan Kamil. Kamil

merupakan anak kepada kenalan ayahnya dan merupakan orang yang pertama berkerja di

cawangan syarikat ayahnya di Kuala Lumpur. Sebelum Syed Danial tiba lagi, Kamil lah orang

yang bertanggungjawab mengatur segala-galanya di syarikat yang baru ditubuhkan itu. Oleh

sebab itu Kamil lah tempat Syed Danial bercerita tentang apa sahaja masalah yang dihadapinya.

“Kalau Encik Danial nak saya bantu, saya boleh bantu”. Kamil menawarkan khidmatnya

sewaktu Syed Danial menceritakan apa yang berlaku dan apa yang dirancangkannya untuk

mendapatkan Puteri Balqis.

“Awak ada tahu mana-mana freelance fotografer?”. Soal Syed Danial setelah Kamil

menawarkan diri untuk membantunya.

“Itu tak ada masalah encik. Encik Danial call dia ni. Dia memang profesional. Kena

dengan bayaran, semua kerja dia boleh buat macamapa yang kita nak”. Kamil menghulurkan

sekeping business card daripada dompetnya.

231

Syed Danial mengambil business card tersebut dan memerhati tulisan yang tertera dia

atasnya.

“Jefri Mokhlas, jurugambar bebas”. Syed Danial membaca dengan teliti. Bibirnya

mengukir senyum yang penuh bermakna. Dia memandang wajah Kamil yang juga turut

tersenyum seakan tahu apa yang bermain di kepala bosnya itu.

“Macam ni. Kerja yang Jef kena buat simple je”. Fikiran Syed Danial kembali fokus

kepada Jefri di hadapannya.

“Petang ni lebih kurang jam lima, saya akan berjumpa dengan seseorang di restoran ini.

Jef hanya perlu menggambil gambar saya dengan orang tu sebanyak mungkin. Apa yang saya

nak bagitau Jef, orang yang saya nak jumpa tu perempuan. So saya nak Jef ambil gambar

moment-moment yang paling romantik”. Syed Danial menerangkan apa yang diingini olehnya

kepada Jefri. Jefri mendengar dengan teliti dan mengangguk-anggukkan kepalanya tanda

faham.

“Baik Encik Danial. Rasanya saya faham apa maksud Encik Danial. Saya dah biasa

dengan kerja-kerja macam ni”.

“Ok… kalau macam tu bagus lah. Dalam ni ada 5K. Lepas awak selesaikan tugas-tugas

tu dan saya berpuas hati dengan gambar-gambar yang awak ambil, saya akan tambah lagi 5K”.

Syed Danial menyerahkan sampul surat yang mengandungi sejumlah wang tunai yang

disebutkan sebagai bayaran pendahuluan kerja-kerja yang bakal Jefri lakukan.

“Ok Encik Danial. Terima kasih. Saya guarantee Encik Danial akan puas hati dengan

kerja-kerja saya”. Jefri menggambil bungkusan yang diterima daripada Syed Danial dan

memasukkannya ke dalam jaket yang dipakai.

“Lepas semua selesai, awak tunggu je di sini. Nanti saya datang untuk tengok hasil kerja

awak”. Syed Danial memberitahu apa yang Jefri kena lakukan selepas tugasan tersebut.

“Faham Encik Danial. Terima kasih kerana percaya saya. Jumpa lagi petang ni”. Jefri

bangun dan beredar meninggalkan Syed Danial yang tersenyum puas memikirkan kejayaan

rancangannya petang nanti.

“Ha ha ha… nasib kau lah Imran. Ada hati nak bercinta dengan anak orang kaya. Sedar

sikit diri tu siapa. Puteri Balqis tu dah ditakdirkan akan jadi isteri aku. Ha ha ha”. Syed Danial

ketawa kepuasan memikirkan semua itu. Dia yakin, petang itu juga Imran akan sedar diri dan

akan menjauhkan diri dari Puteri Balqis dan akhirnya Puteri Balqis akan menjadi milik

mutlaknya.

232

BAB 51

“Cepat sikit bro. Nanti terlepas bas pula”. Imran mencuit bahu Wahid yang sedang asyik

melayan whatsapp. Imran mengemas-ngemas apa yang patut di dalam bilik tidurnya itu. Beg

pakaian yang harus dibawa balik ke kampus telah disiapkan dari malam tadi lagi.

“Semua dah clear. Aku nak reply whatsapp Rohayu ni”. Balas Wahid tanpa memandang

wajah Imran.

“Alaa… nanti kan jumpa juga kat stesen bas”. Usik Imran.

“Dia tanya aku dah gerak ke belum. Pukul berapa sampai kat stesen bas nanti”. Jawab

Wahid sambil menunjukkan telefon ke muka Imran sebagai bukti perbualannya dengan

Rohayu. Imran ketawa dengan apa yang dilakukan oleh Wahid.

“Aku bergurau je. Takkan tu pun nak marah”

“Ni bukan marah, nasihat”. Tambah Wahid membalas usikan Imran.

Selepas makan tengah hari dan solat zohor, Imran dan Wahid bersedia untuk pulang ke

universiti petang itu setelag cuti semester berakhir. Mereka juga berjanji untuk pulang bersama

Rohayu yang akan menunggu mereka di stesen bas di pekan.

“Ni bila pula nak balik kampung?”. Tanya Rahimah apabila melihat Imran dan Wahid

mengusung beg masing-masing ke beranda rumah.

“Insyaallah bu. Kalau ada cuti nanti Im balik lah ke kampung”. Jawab Imran.

“Kamu tu Wahid jangan serik-serik datang rumah makcik ni lagi”. Rahimah

memandang Wahid yang duduk di kerusi kayu yang ada di beranda tersebut. Wahid tersengihsengih

mendengar pelawaan Rahimah.

“Dia jangan dipelawa bu. Lepas ni memang selalu lah kita nampak muka dia di kampung

ni”. Usik Imran apabila mendengar apa yang dikatakan oleh ibunya. Wahid sengaja

memasamkan muka mendengar usikan Imran.

“Insyaallah makcik. Lagipun kalau diizinkan Allah, kita pun akan jadi satu keluarga

juga nanti”. Wahid menjawab pelawaan Rahimah, ibu Imran. Kalau tak dipelawa pun aku akan

tetap datang. Bisik hati Wahid sambil tersenyum penuh makna.

Tiba-tiba Imran menuruni tangga ke halaman rumah dan akhirnya hilang di belakang

rumah. Rahimah dan Wahid berpandangan sesama sendiri. Wahid tersenyum.

“Nak punch card lah tu makcik”. Tiba-tiba Wahid bersuara sambil memandang wajah

Rahimah.

“Punch card?”. Soal Rahimah tidak faham dengan apa yang ingin diberitahu oleh

Wahid.

233

“Imran tu tengah call bakal menantu makcik. Nak bagitau yang kitaorang dah nak

balik”. Giliran Rahimah pula diusik Wahid. Di menjelaskan apa yang tidak difahami oleh

Rahimah sebentar tadi.

“Boleh makcik tanya Wahid sikit?”. Suara Rahimah perlahan ingin bertanyakan sesuatu

pada Wahid.

“Apa dia makcik?”.

“Begini. Makcik nak tau sejauh mana hubungan Imran dengan... siapa nama budak

perempuan tu?”.

“Puteri Balqis makcik”.

“Ye... Puteri Balqis tu”.

“Saya sendiri pun tak berapa pasti makcik. Setahu saya sebelum ni Puteri Balqis sangat

benci pada Imran. Macam-macam yang dia buat untuk sakitkan hati Imran. Tapi Imran tak

pernah nak membalas. Tapi sejak satu kejadian yang menimpa Puteri Balqis dan kebetulan

Imran yang datang menyelamatkan Puteri Balqis, hubungan Imran dengan dia semakin rapat.

Tapi serapat mana saya tak tau lah pula”. Panjang lebar Wahid menceritakan apa yang

diketahuinya tentang Imran dan Puteri Balqis.

“Sebenarnya makcik tak berapa suka Imran berkawan dengan budak perempuan tu”.

Rahimah meluahkan rasa hatinya terhadap hubungan Imran dan Puteri Balqis.

“Kenapa makcik?”. Wahid seolah-olah terkejut dengan apa yang didengarnya.

“Makcik tau keluarga budak tu keluarga berada. Imran tu cuma anak sawah. Dari arah

mana pun memang diaorang tak sepadan. Makcik tak mau apa yang berlaku pada ayah Imran,

berlaku pula pada Imran”. Apa yang dikatakan oleh Rahimah seolah-olah ada rahsia dan cerita

di sebaliknya. Wajah ceria Rahimah sebentar tadi bertukar menjadi muram.

“Kenapa makcik cakap macam tu? Saya tengok Puteri Balqis tu betul-betul sayangkan

Imran”. Wahid seperti sedikit musykil apabila mendengar cerita ibu Imran. Seperti ada sesuatu

yang disembunyikan dari pengetahuan Imran.

“Sebab makcik tak mahu Imran kecewa. Tapi makcik harap Wahid jangan bagitau Imran

tentang apa yang makcik cerita pada Wahid tadi ye. Makcik takut dia salah sangka pada

makcik”. Wahid hanya mengangguk-angguk tanda faham.

“Insyaallah, makcik jangan risau”. Janji Wahid kepada Rahimah.

Selesai menghubungi Puteri Balqis, Imran kembali ke halaman rumah. Jam sudah

menunjukkan pukul dua setengah petang.

234

“Apa yang kau borak dengan ibu aku tu?. Rancak je bersembang aku tengok”. Imran

yang tiba di hadapan tangga rumah menegur Wahid yang sedang rancak bersembang dengan

ibunya.

“Tak ada apa lah. Aku cerita yang kau tu baik angat kat universiti. Selalu jadi best

student”. Balas Wahid.

“Betul ke?. Ke kau burukkan aku kat ibu aku?”.

“Isshhh... kau ni. Takkan lah aku nak cakap yang bukan-bukan pasal family aku sendiri”.

Balas Wahid sambil tersenyum sumbing.

“Bila masa pula aku ni family kau?”.

“Kau ni tak sporting la. Patutnya kau doa lah semoga apa yang aku cakap tu jadi

kenyataan”. Tambah Wahid sambil menuruni anak tangga mendapatkan Imran yang sudah

berada di bawah. Dia celapak di anak tangga paling bawah untuk memakai kasut. Adik-adik

Imran yang lain hanya berteleku di muka tingkap melihat abang mereka yang ingin pulang ke

Kuala Lumpur. Paling sedih adalah Suraya, kerana sudah tiga bulan bermanja dengan abang

kesayangannya dan kini terpaksa melepaskannya pergi.

“Siapa yang nak hantar kamu ke pekan?”. Rahimah bertanya kepada Imran apabila

melihat mereka seperti menunggu-nunggu seseorang.

“Eerrmmm… Siapa lagi bu, Pak Mail lah”.

“Tak menyusahkan dia ke?”. Soal Rahimah bimbang. Banyak sangat budi orang tua tu

pada keluarga mereka.

“Imran pun tak tau nak kata apa bu. Dia sendiri yang tawarkan diri nak hantar Imran ke

pekan tiap kali Imran nak balik ke KL. Dia dah kata, kalau nak balik ke universiti bagitau dia.

Tak payah susah-susah nak ambil teksi”. Selang beberapa minit, kelihatan dari jauh kereta putih

Pak Mail terhinggut-hinggut memasuki jalan ke rumah Imran.

“Haaa... nak ke mana cantik-cantik sangat ni?”. Soal Puan Sri Syarifah Zainah melihat

anaknya bersiap-siap petang itu.

“Puteri nak pergi bus station mommy”. Jawab Puteri Balqis ringkas. Dari riak wajah

jelas terpancar keceriaan.

“Happy sangat nampaknya. Ada apa-apa ke?”. Duga Puan Sri Syarifah Zainah apabila

melihat Puteri Balqis amat berlainan petang itu.

235

“Puteri dah janji nak jemput Imran petang ni. Dia baru balik dari kampung”. Jawab

Puteri Balqis berterus terang. Kalau pasal Imran, dia tak akan berahsia dengan ibu dan bapanya.

“Eerrmmm... patut la happy sangat. Nak jumpa Imran rupanya. Rindu sangat lah tu ye?”.

Usikan Puan Sri Syarifah Zainah membuatkan Puteri Balqis tersipu-sipu malu. Memang dia

mengakui yang dia amat rindukan Imran. Selama tiga bulan cuti semester, dia hanya dapat

melihat Imran melalui live chat sahaja. Selebihnya dia hanya dapat mendengar suara Imran.

Kalau diikutkan hati, mahu saja dia datang ke kampung Imran untuk melampiaskan rindunya.

“Drive tu elok-elok. Kirim salam mommy pada Imran”. Puan Sri Syarifah Zainah sempat

menasihati anaktunggal kesayangannya itu.

“Insyaallah mommy”. Balas Puteri Balqis ringkas. Puan Sri Syarifah Zainah hanya

memerhati anak daranya itu berjalan menuju ke arah kereta mini cooper kesayangannya. Puan

Sri Syarifah Zainah tersenyum memandang dari jauh. Banyak perubahan yang baik berlaku

terhadap anaknya setelah berkawan dengan Imran. Matanya masih melihat pergerakan anaknya

hinggalah hilang di dalam perut kereta dan seterusnya hilang dari pandangan mata dan

menyusur jalan besar.

Baru beberapa minit kereta Puteri Balqis bergerak, telefon bimbitnya berbunyi. Paparan

screen telefonnya jelas menunjukkan nama Syed Danial. Puteri Balqis mengetap bibir tanda

geram. Dia memasang handsfree telefon sebelum mengambil panggilan Syed Danial.

“Hello Puteri”. Kedengaran suara Syed Danial sebaik sahaja Puteri Balqis menggambil

panggilan tersebut.

“Hello… errmmm”. Balas Puteri Balqis malas.

“Where are you right now?”. Soal Syed Danial.

“Tengah drive lah. Lagi sepuluh minit sampai”. Puteri Balqis menjawab pertanyaan

Syed Danial separuh hati. Tak sabar-sabar mamat ni. Gerutu hati Puteri Balqis. Rimas dia

dengan permintaan dari Syed Danial tersebut, tapi dia turutkan kerana Syed Danial telah

berjanji tak akan mengganggunya lagi selepas pertemuan petang ini. Memikirkan semua itu,

Puteri Balqis gagahkan juga untuk bertemu dengan Syed Danial.

“Ok… I pun sampai lagi ni. See you there”.

“Ok bye”. Pantas Puteri Balqis memutuskan talian. Makin lama dia mendengar suara

Syed Danial, semakin bernanah telinganya dan semakin sesak dadanya. Pedal minyak ditekan.

Kereta mini coopernya bergerak agak laju di atas jalan. Puteri Balqis ingin segera sampai dan

ingin mengetahui apa yang ingin disampaikan oleh Syed Danial. Dia tak mahu berlama-lama

berhadapan dengan lelaki yang sombong dan ego macam Syed Danial itu. Kerana sifat sombong

dan ego itu lah yang telah hampir-hampir memalitkan sejarah hitam dalam hidupnya.

236

Seperti yang dijanjikan, Puteri Balqis sampai di hadapan restoran. Dia berlegar-legar

seketika untuk mencari tempat meletak kenderaan. Selepas mematikan enjin kereta, Puteri

Balqis bergegas memasuki restoran yang dimaksudkan dan mencari-cari kelibat Syed Danial.

Di satu sudut restoran, kelihatan seorang lelaki yang berpakaian kemas melambai-lambai ke

arah Puteri Balqis. Puteri Balqis segera mendapatkan Syed Danial yang melambai ke arahnya

sebentar tadi.

“Hai Puteri. Cantik Puteri petang ni”. Puji Syed Danial sebaik sahaja Puteri Balqis di

hadapannya.

“Cepat lah. Apa yang you nak bagitau I. I tak banyak masa ni”. Tanpa berlengah Puteri

Balqis terus menanyakan tentang perkara yang ingin diperkatakan oleh Syed Danial.

“Eh… kalau iye pun duduk lah dulu. Kita minum-minum”. Pelawa Syed Danial apabila

melihat Puteri Balqis masih berdiri. Puteri Balqis menarik kerusi dan duduk berhadapan dengan

Syed Danial. Di atas meja kaca di hadapannya dilihat terdapat sepotong kek yang mungkin

telah dipesan terlebih awal oleh Syed Danial.

“Waiter!!!”. Syed Danial memanggil pelayan restoran sebaik Puteri Balqis duduk. Dia

memesan minuman untuk dirinya dan Puteri Balqis.

“Actually nothing important yang nak I bagitau you”. Syed Danial memulakan bicara.

Kata-kata yang keluar dari mulut Syed Danial memercikkan api kemarahan di hati Puteri

Balqis.

“So, you tipu I aje lah ni?”. Suara Puteri Balqis meninggi. Dia rasa tertipu dengan Syed

Danial.

“No…bukan itu maksud I. Sebenarnya hari ni birthday I. You taukan yang family I jauh.

Biasanya memang I akan celebrate dengan family I. I tak ada siapa-siapa kat sini. That whylah

I ajak you petang ni untuk sama-sama celebrate birthday I”. Wajah Syed Danial berubah suram.

Dia memang bijak memancing simpati Puteri Balqis. Sedikit sebanyak perasaan simpati hadir

dalam hati Puteri Balqis.

“Ok I boleh teman you, but I tak boleh lama”. Akhirnya Puteri Balqis mengalah.

Lagipun Syed Danial sepupunya juga. Syed Danial tersenyum penuh makna. Setakat ini

perancangannya berjalan dengan baik. Sesekali dia mengerling ke satu arah dan mengenyitkan

matanya seperti memberi arahan.

Sambil bersembang, tiba-tiba Syed Danial menyuakan sudu yang berisi kek di dalamnya

ke mulut Puteri Balqis. Puteri Balqis yang tidak sempat berbuat apa-apa, terkejut dengan apa

yang dilakukan oleh Syed Danial

237

“Apa yang you cuba buat ni?”. Puteri Balqis menepis sudu yang disuakan ke mulutnya.

Terdapat cebisan krim kek yang ditepis oleh Puteri Balqis dan terkena pipinya.

“Sorry… sorry. I ingatkan you ok”. Syed Danial mengambil tisu dan menyapu cebisan

krim yang terkena pipi Puteri Balqis.

“No… I’m not ok”. Puteri Balqis berang dengan perbuatan Syed Danial. Dia lantas

mencapai tisu di tangan Syed Danial yang ingin menyapu cebisan krim kek yang terkena di

pipinya. Dia mencampakkan tisu ke atas meja lantas bangun meninggalkan Syed Danial. Syed

Danial tidak menghalang Puteri Balqis pergi begitu sahaja, tetapi di wajahnya terlihat garisgaris

kepuasan. Satu senyuman kemenangan di bibir Syed Danial mengiringi langkah-langkah

Puteri Balqis yang sudah jauh meninggalkannya. Syed Danial berpaling ke satu sudut yang lain

yang mana terdapat sesusuk tubuh yang sedang menjalankan tugas yang diarahkan kepadanya.

Orang itu mengangkat ibu jari menandakan tugasan yang diberikan dapat dijalankan dengan

baik seperti yang diingini.

238

BAB 52

“Kenapa awak nak jumpa kita. Tadi petangkan dah jumpa?”. Imran sengaja menyoal

Puteri Balqis dengan soalan yang dia sendiri tahu apa yang bakal berlaku.

“Kenapa?... Dah tak boleh jumpa ke?. Dah jemu tengok muka saya?”. Bertubi-tubi

soalan dari Puteri Balqis apabila mendengar pertanyaan daripada Imran. Muka cerianya

sebentar tadi menjadi masam mencuka.

“Ha ha ha…”. Imran hanya mampu ketawa lucu melihat wajah Puteri Balqis yang

masam mencuka.

“Kenapa awak ketawa pula?”. Puteri Balqis tambah tak puas hati Imran.

“Eehh… jangan lah merajuk. Saya bergurau je lah”. Pujuk Imran apabila melihat Puteri

Balqis betul-betul ambil hati dengan gurauannya.

“Kalau ikut hati, hari-hari saya nak jumpa awak. Dan kalau boleh saya nak awak sentiasa

ada di depan saya”. Tambah Imran untuk memujuk hati Puteri Balqis.

“Iye lah tu. Ntah-ntah dah ada yang lain”. Puteri Balqis tidak termakan dengan pujukan

Imran.

“Janganlah macam tu. Mana ada yang lebih istimewa dan lebih baik daripada awak. Kan

saya dah janji yang hanya awak ada dalam hati ni”. Imran memandang tepat ke wajah

kesayangannya itu. Lebih tiga bulan dia tidak dapat memandang wajah tersebut secara terus

begitu. Rindunya hanya Allah yang mengetahui.

“Mak dan ayah awak sihat?”. Imran mengalihkan tajuk perbualan mereka malam itu.

Nasi Ayam dan Sirap Limau yang dipesannya sebentar tadi telah terhidang di depan mata dan

dilihat begitu menyelerakan apatah lagi dia belum menjamah walau sebutir nasi setelah sampai

petang tadi.

“Sihat… mommy dengan daddy kirim salam. Daddy tanya, bila awak nak datang rumah

lagi?”.

“Waalaikumsalam… Insyaallah, nanti ada kelapangan saya datang melawat ayah

dengan mak awak ye”.

“Ibu dengan adik-adik awak macam mana?”. Giliran Puteri Balqis menyoal Imran.

“Alhamdulillah. Ibu dengan adik-adik saya semuanya sihat. Ibu kirim salam dengan

awak. Dia nak sangat jumpa dengan bakal menantu dia yang cantik ni”. Usikan Imran

membuatkan Puteri Balqis tersipu-sipu malu. Kalau ikutkan hati ingin dia menjerit keseronokan

mendengar apa yang dikatakan oleh Imran. Tetapi semuanya itu hanya dipendam dalam hati.

239

“Betul ke ibu awak nak jumpa saya?”. Puteri Balqis bertanya semula seperti ingin

kepastian.

“Betul… Saya dah tunjuk gambar awak pada ibu saya”.

“Iisshhh… awak ni. Kenapa tunjuk gambar saya pada ibu awak. Bukan cantik pun”.

“Kenapa cakap macam tu. Tak ada satu pun gambar awak yang tak cantik. Ibu saya pun

tak habis-habis puji awak”. Jelas Imran memberikan keyakinan kepada Puteri Balqis. Keduaduanya

senyap seketika. Imran memulakan suapan Nasi Ayam di hadapannya. Puteri Balqis

pula masih mengguit-guit mee goreng mamak yang dipesannya.

“Awak… awak. Kalau saya nak minta awak buat satu perkara boleh tak?”. Setelah

sekian lama membisu, tiba-tiba Puteri Balqis bersuara.

“Apa dia?”. Balas Imran ringkas. Dia memandang wajah Puteri Balqis dalam-dalam

seolah-olah ada perkara penting yang ingin disampaikan oleh Puteri Balqis.

“Boleh tak lepas ni saya panggil awak, Im. Awak panggil lah kita Puteri”.

“Kalau awak rasa macam tu lebih manis, saya ikut je”. Imran tersenyum mendengar

permintaan Puteri Balqis sebentar tadi. Pada mulanya dia agak suspen bimbang Puteri Balqis

minta dia buat yang bukan-bukan.

“Lepas makan ni Im nak pergi mana?”.

“Ikut awak lah… eehh… ikut Puteri lah. Im ikut je”. Imran tersasul dalam usahanya

untuk memanggil Puteri Balqis dengan menggunakan namanya.

“Kalau Puteri nak bawa Im pergi rumah tok kadi pun Im sanggup”. Imran ketawa

dengan gurauan yang dibuatnya sendiri. Satu cubitan manja hinggap dipinggangnya

menyebabkan dia kesakitan.

“Gatalkan. Orang cakap betul-betul, dia main-main pula”. Puteri Balqis melepaskan

geramnya pada Imran. Pada masa yang sama dia cukup bahagia. Hilang segala kerinduannya

pada Imran malam itu.

Syed Danial tidak berkelip memandang screen telefonnya. Satu senyuman terukir di

bibirnya. Berkali-kali jari jemarinya bermain-main di atas screen telefon. Satu persatu gambargambar

yang diambil secara curi petang tadi dilihatnya. Dia amat berpuas hati dengan dengan

kerja-kerja Jefri, jurugambar yang diupahnya.

240

“Eerrmmm… aku yakin. Lepas kau tengok gambar-gambar ni, pasti kau akan tarik diri”.

Perlahan suara Syed Danial seperti berbisik. Senyuman dari bibirnya masih tidak lekang. Dia

terbayang perubahan pada wajah Imran setelah melihat gambar-gambar itu.

“Puteri… Puteri. Kau akan jadi milik aku. Sememangnya kau milik aku. Dia tak layak

untuk bersama dengan kau”. Syed Danial bercakap sendirian di dalam bilik tidurnya. Kepalanya

telah merancang sesuatu. Dia telah memikirkan rancangan-rancangan yang akan dilakukan

sehingga lah Puteri Balqis menjadi miliknya.

“Danial tengok dulu. Daddy confident yang Danial akan ubah fikiran bila Danial jumpa

Puteri Balqis nanti”. Syed Danial masih teringat apa yang dikatakan oleh ayahnya. Pada ketika

itu dia yakin seratus peratus yang dia tak akan jatuh hati dengan Puteri Balqis.

“Come on daddy. Apa special Puteri Balqis tu. Dengar nama je Danial dah tau. Nama

kampung”. Sangat yakin Syed Danial ketika menyanggah kata-kata ayahnya.

“It’s ok. But daddy cabar you. Kalau Danial tak rasa apa-apa selepas jumpa Puteri, then

up to you. Apa-apa sahaja keputusan Danial daddy akan terima”.

“Are you sure dad?. Ok… Danial terima cabaran daddy, dan Danial akan pastikan daddy

akan kalah”. Tambah Syed Danial yakin.

“Ok… tapi macam mana kalau Danial yang kalah?”. Syed Adzam menjeling ke arah

anak lelakinya itu.

“Danial akan ikut segala kemahuan daddy”. Syed Danial yakin yang dia akan

memenangi cabaran itu. Berapa banyak gadis-gadis eropah yang cantik-cantik di London, tetapi

masih belum ada seorang yang menarik hatinya. Sebab itu lah dia yakin yang Puteri Balqis juga

tidak akan dapat menarik minatnya. Tipikal Malay. Sindir Syed Danial dalam hatinya.

“Walaupun Ayah Ngah kata Puteri Balqis dah ada someone special, tapi daddy yakin,

the best man win”. Syed Adzam masih inginkan Puteri Balqis menjadi menantunya. Dia juga

yakin anaknya Syed Danial akan tertarik dengan Puteri Balqis. Dia tidak mahu menunjukkan

gambar Puteri Balqis terkini kepada Syed Danial. Biar Syed Danial melihat sendiri Puteri Balqis

setelah sekian lama tidak berjumpa.

Syed Danial tersenyum lagi apabila mengenangkan perbualan dia dan ayahnya sebelum

ini. Dia mengakui dia sudah tewas dengan cabaran ayahnya. Bermakna apa-apa pun, dia

terpaksa mengikut atau menurut apa sahaja yang diingini oleh ayahnya. Tapi Syed Danial masih

belum mahu memberitahu tentang perasaannya yang telah terpaut pada Puteri Balqis, kepada

ayahnya. Masih terlalu awal. Bisik Syed Danial dalam hati. Dia menunggu masa yang sesuai

untuk menceritakan segalanya kepada ayahnya.

241

Banyak perkara lagi yang perlu dia selesaikan sebelum perkara sebenar itu diketahui

oleh ayahnya. Dia cukup yakin, ayahnya akan gembira dan menyokongnya apabila mengetahui

tentang perasannya terhadap Puteri Balqis tersebut.

“You win dad. Danial dah kalah. Tapi Danial happy walaupun Danial kalah”. Syed

Danial berkata-kata pada dirinya sendiri. Matanya tegak memandang siling bilik.

“Danial janji, Danial akan bawa balik Puteri Balqis as your daughter in law”. Syed

Danial menanamkan janji tersebut di dalam hatinya. Dia yakin segala perancangan yang akan

dilakukan akan membuahkan hasil.

Kau tunggu Imran. Sampai masa nanti pasti kau akan sedar siapa diri kau. Kau akan

malu sendiri. Kau tak layak dengan Puteri Balqis. Syed Danial memejamkan matanya. Dia ingin

berehat malam itu. Malam itu dia terasa sangat bahagia.

242

BAB 53

Sebaik sahaja kelas berakhir, Imran bergegas meninggalkan bilik kuliah. Wahid yang

duduk di sebelah terkejut dengan tindakan Imran hari itu. Biasanya habis sahaja kelas, Imran

akan menunggu seketika dan mereka akan minum dan makan tengah hari bersama Puteri Balqis

sebelum balik ke asrama. Tetapi entah kenapa hari ini sikap Imran agak berlainan. Dari sejak

malam tadi Wahid perasan Imran kurang bercakap. Kalau tidak, selagi tak tutup mata ada sahaja

benda yang nak disembangkannya. Tapi Wahid tak berani nak bertanya.

“Kenapa dengan Imran tu?”. Tanya Puteri Balqis kepada Wahid yang tidak sempat

untuk menegur Imran. Tahu-tahu Imran sudah berada di hadapan pintu keluar bilik kuliah dan

sepantas itu juga Imran berjalan seperti ada sesuatu yang dikejarnya.

“Saya pun tak tau Puteri. Sejak malam tadi lain betul perangai dia”.

“Lain?. Lain yang macam mana?”. Soal Puteri Balqis lagi.

“Iye lah… Puteri pun taukan macam mana perangai Imran sebelum ni. Selalu happy go

lucky je. Tapi malam tadi dia banyak diam. Sepatah saya tanya, sepatah dia jawab. Macam ada

simpan sesuatu rahsia”. Jawab Wahid.

“Malam tadi pun Puteri ada call dia. Banyak kali. Tapi Imran tak angkat pun”. Tambah

Puteri Balqis. Di wajahnya dapat dilihat riak kerisauan. Entah apa pula kali ini yang menimpa

Imran.

“Tapi malam tadi sebelum Isyak Imran ok je. Dia tiba-tiba berubah selepas dia terima

satu mesej whatsapp. Tapi saya tak tau siapa yang hantar”. Tiba-tiba Wahid seperti baru teringat

apa yang berlaku pada Imran. Tetapi ketika itu dia tak kisah sangat. Pada jangkaannya mungkin

Imran penat seharian menelaah mata pelajaran di fakulti.

“Wahid tak tanya apa-apa lepas tu?”. Soal Puteri Balqis lebih lanjut untuk mengetahui

punca kenapa Imran tiba-tiba berubah sikap.

“Tak ada pula. Saya ingatkan dia penat study. Jadi saya pun malas nak kacau dia”.

“Takpe lah Wahid. Nanti Puteri try call dia lagi. Kalau Wahid jumpa dia di bilik, cuba

lah risik-risik apa yang jadi”. Puteri Balqis mengambil beg dan menyandangnya di bahu. Puteri

Balqis melemparkan senyuman pada Wahid dan terus mendapatkan Misya dan Aireen yang

sedia menunggu.

“Hahhh… apa cerita?”. Soal Misya sebaik Puteri Balqis mendapatkan mereka berdua.

“Entah. Wahid pun tak tau apa-apa kenapa Imran tiba-tiba jadi macam tu”. Jawab Puteri

Balqis.

243

“Tu lah. Aku pun hairan juga. Selalunya lepas habis kuliah bukan main tak menyempat

nak jumpa engkau”. Aireen turut menyampuk.

“Tapi tup tup hari ni menonong je balik. Kawan baik dia si Wahid tu pun dia tak peduli”.

Tambah Aireen lagi.

“Dia ada masalah agaknya?”. Teka Misya.

“Kalau ada masalah pun share la dengan Puteri. Kalau malu nak cakap, whatsapp kan

ada”. Bantah Aireen.

“Entah lah. Aku pun buntu. Malam tadi berpuluh kali aku call tapi dia tak angkat. Aku

whatsapp dia tak reply. Tadi Wahid kata Imran berubah lepas dia terima satu mesej whatsapp

dari seseorang. Aku macam dapat agak siapa yang hantar mesej tu”. Puteri Balqis seperti cuba

mengingat sesuatu. Dalam fikirannya seperti dapat mengagak apa sebenarnya yang berlaku.

“Ishhh… macam scary je cerita kau ni”. Misya menyampuk.

“Kau ni. Scary apa pula. Biasa je aku dengar”. Aireen menujal kepala Misya yang buatbuat

seperti ketakutan mendengar cerita Puteri Balqis.

“Puteri… cuba kau cerita pada kami apa yang kau rasa tu. Mana tau kami boleh tolong”.

Soal Aireen ingin tahu apa yang difikirkan oleh Puteri Balqis sambil memandang Misya yang

terangguk-angguk mengiyakan apa yang diperkatakan oleh Aireen sebentar tadi.

“Sebenarnya sehari sebelum buka semester baru, aku ada jumpa Danial”. Puteri Balqis

memulakan cerita pada Aireen dan Misya.

“Weiii… kau ni. Sape pula Danial ni. Ini dah kes curang”. Tiba-tiba Misya memotong

cerita Puteri Balqis.

“Eehhh… kau ni. Tiba-tiba potong line, dah kenapa?”. Marah Aireen. Misya tersengihsengih

bila menyedari kesilapanannya.

“Ishh… korang ni. Bagi la aku habis cerita dulu. Sebenarnya Danial ni sepupu aku.

Anak kepada Pak Su aku yang stay kat London tu. Dia balik KL ni sebab nak handle company

daddy dia. Kalau ikut cerita daddy aku, uncle aku kat London tu nak jodohkan aku dengan

Danial”. Mulut Aireen dan Misya terlopong mendengar cerita Puteri Balqis. Mereka memasang

telinga untuk mendengar cerita lanjut dari Puteri Balqis.

“Tapi of course lah aku tolak. Tapi bila dia sampai sini, then daddy aku jemput dia

dengan Imran datang rumah untuk dinner… korang tau, boleh pula dia sindir Imran malam tu.

Nasib baik depan mommy dengan daddy aku. Kalau tak memang makan penumbuk dah malam

tu. Puas juga aku pujuk Imran”. Puteri Balqis menyambung ceritanya.

244

Dalam seronok bercerita sambil berjalan, sedar tak sedar mereka bertiga telah sampai di

kafetaria fakulti. Puteri Balqis, Aireen dan Misya mengambil tempat duduk sebelum

menyambung ceritanya.

“Habis apa cerita kau jumpa dia hujung minggu itu hari?”. Soal Misya tidak sabar untuk

mengetahui cerita selanjutnya.

“Rupa-rupanya Danial dah jatuh hati kat aku dan dia cuba nak ambil hati aku. Aku dah

explain yang aku dah ada orang lain. Tapi aku rasa dia jenis orang yang tak mudah putus asa”.

Puteri Balqis menyambung ceritanya.

“Aku memang tak layan dia. Pada suatu malam tu dia call kata nak jumpa aku buat kali

terakhir. Dia janji yang dia tak akan kacau aku lagi”.

“So kau pun jumpa la?”. Tanya Aireen.

“Aku setuju sebab dia kata dia tak akan kacau aku lagi lepas tu. Then dia juga ada minta

nombor telefon Imran. Katanya nak minta maaf pada Imran sebab kejadian malam tu”. Puteri

Balqis menundukkan wajahnya kerana menyedari kesilapan yang telah dilakukan. Sekarang dia

benar-benar yakin perubahan sikap Imran ada kaitan dengan Syed Danial.

“Kebetulan petang tu aku dah janji dengan Imran nak jemput dia kat stesen bas. Sebelum

jemput Imran, aku singgah jumpa Danial kat sebuah restoran. Masa aku sampai tak ada apa

yang pelik terjadi. Kami sembang macam biasa. Dia bagitau aku hari tu birthday dia. Aku pun

percaya sebab masa tu ada kek atas meja. Tapi you all tau apa jadi lepas tu?”. Aireen dan Misya

yang asyik mendengar cerita Puteri Balqis hanya menggeleng-geleng kepala.

“Danial tiba-tiba nak suapkan aku dengan kek yang ada atas meja tu. Tapi aku sempat

tepis”.

“Lepas tu apa jadi?”. Soal Aireen.

“Apa lagi… aku angkat kaki lah. Tapi masa aku keluar dari restoran tu, aku perasan

macam ada orang yang perhatikan aku. Sebab tu lah aku syak Danial ada kaitan dengan

perubahan sikap Imran”. Puteri Balqis menamatkan ceritanya.

“Tapi aku rasa kau kena juga slow talk dengan Imran. Aku rasa kes salah faham je ni”.

Misya memberi cadangan kepada Puteri Balqis.

“Betul tu, aku setuju. Kesian Imran”. Sampuk Aireen menyokong apa yang dikatakan

oleh Misya.

“Tapi macam mana. Kau tengok lah tadi. Dia langsung tak pandang aku. Call langsung

tak angkat. Mesej lagi lah”.

“Itu kami tau. Dalam keadaan macam tu memang lah dia rasa rendah diri, rasa malu.

Kau kena cari jalan kalau kau betul-betul sayang dia. Macam ni lah. Aku ada idea”. Aireen

245

memberikan buah fikirannya kepada Puteri Balqis bagaimana untuk menyelesaikan masalah

tersebut. Puteri Balqis hanya mengangguk-anggukkan kepalanya tanda faham.

“Padan muka kau Imran. Sedar sikit diri tu siapa. Budak kampung ada hati nak bercinta

dengan tuan Puteri. Ha ha ha”. Syed Danial ketawa kepuasan apabila yakin mesej yang

dihantarnya kepada Imran telah sampai dan dia pasti Imran faham maksud mesej yang

dihantarnya.

Dia meneliti satu persatu gambar-gambar romantik dia dan Puteri Balqis di restoran

tempoh hari walaupun hakikatnya tidak seperti yang ada di dalam gambar tersebut. Memang

tidak salah dia mengupah Jefri untuk membantunya dalam usahanya mendapatkan Puteri

Balqis. Dia memang bijak mencari angle dan memanipulasikan suasana ketika itu sehinggakan

gambar-gambar yang diambil akan memberi persepsi yang jauh tersasar dari kejadian yang

sebenarnya.

“Danial dah kalah daddy. Sekarang Danial percaya dengan apa yang daddy kata. I will

try my best to get the Princess. Danial takkan kecewakan daddy”. Syed Danial bercakap seorang

diri. Matanya tidak lepas dari memandang gambar-gambar yang ada di dalam telefonnya.

Syed Danial mula membayangkan langkah-langkah seterusnya. Dia pasti Imran akan

menjauhkan diri dari Puteri Balqis dan akhirnya mereka berdua akan terpisah. Pada ketika itu

lah dia akan masuk jarum. Dia akan meminta ibu dan bapanya datang ke Kuala Lumpur untuk

meminang Puteri Balqis. Saat dan detik itu tiada siapa yang mampu menghalang

perancangannya. Dia tidak akan melengahkan masa. Sebaik sahaja keluarga Puteri Balqis

bersetuju dengan pertunangan itu, dia akan mencadangkan agar tempoh pertunangan

dipendekkan agar majlis perkahwinan mereka dapat dilaksanakan dengan segera.

“Uncle follow je apa yang Danial fikirkan baik. Lagi cepat, lagi baik. Orang tua-tua kata,

bertunang lama-lama ni tak baik. Maklumlah darah manis”. Syed Danial tersenyum sendirian

bila memikirkan bait-bait kata persetujuan yang bakal diucapkan oleh pakciknya itu yang bakal

menjadi bapa mertuanya.

“Putih mata lah kau Imran. Lepas Puteri Balqis jadi isteri aku, kau akan tahu langit tu

tinggi ke rendah”. Fikiran Syed Danial masih belum mahu berada di alam nyata. Fikirannya

masih menerawang memikirkan perkara yang indah-indah tentang Puteri Balqis. Sampai masa

yang sesuai nanti, dia akan menghubungi ibu bapanya di London untuk datang ke Kuala

Lumpur dan meminang Puteri Balqis untuk dijadikan isterinya.

246

Syed Danial dapat membayangkan wajah ceria ayah dan ibunya tatkala menerima berita

gembira yang dia telah jatuh hati pada Puteri Balqis. Syed Danial juga sudah bersedia untuk

menadah telinga mendengar usikan ibu dan ayahnya serta adik beradiknya yang lain. Manakan

tidak, selepas ayahnya mencadangkan agar mengahwini Puteri Balqis, sepupunya sendiri, dia

bagaikan orang gila menentang cadangan daripada ayahnya itu. Malah dia hampir-hampir tidak

jadi untuk datang ke KL. Pada awalnya Syed Danial membayangkan wajah Puteri Balqis yang

comot dan memiliki sifat-sifat tipikal Melayu.

Takkan dia nak melepaskan Carol, Janet dan Isabel, gadis-gadis London yang serba

moden serta elegan. Dia sendiri agak sukar untuk memilih mereka bertiga untuk dijadikan

pasangan hidup walaupun telah meniduri ketiga-tiga mereka. Tapi itu perkara biasa di London.

Tetapi semua itu berubah tiga ratus enam puluh darjah setelah bertentang mata dengan Puteri

Balqis.

“I am sorry Princess of London. I terpaksa pilih Puteri dari Kuala Lumpur”. Mata Syed

Danial masih tidak mahu berganjak daripada merenung gambar Puteri Balqis yang ada di dalam

phone di tanganya.

247

BAB 54

Wahid memerhati Imran yang sedang sibuk mengemas buku-buku di atas meja

belajarnya. Selepas balik daripada kuliah sebentar tadi Wahid belum berpeluang untuk menegur

Imran. Dia mencari masa yang sesuai untuk bertanyakan apa yang berlaku.

“Im… boleh aku pinjam masa kau sikit?”. Tanya Wahid apabila melihat Imran duduk

di atas kerusi belajarnya untuk menelaah buku. Pertanyaan Wahid tiada balasan. Imran hanya

membisu. Memalingkan muka untuk melihat wajah Wahid pun tidak.

“Im… aku tak kisah kau nak marah aku atau apa pun. Yang penting sekarang aku nak

tahu apa yang dah jadi pada kau ni?”. Wahid tidak sabar untuk menunggu jawapan daripada

Imran setelah sekian lama mendiamkan diri. Soalan Wahid masih tiada jawapan.

“Kau ni dah kenapa haaa. Imran yang aku kenal tak macam ni lah. Dulu kau pandai

nasihat aku. Apa-apa masalah, bincang. Tapi tengoklah kau sekarang. Ada masalah pendam

sorang-sorang”. Imran masih lagi diam walau diasak dengan pelbagai soalan oleh Wahid.

Wahid seperti bercakap seorang diri.

“Hey…!!!. Kau ni kenapa?”. Wahid meninggikan suara. Tidak sabar dia dengan sikap

Imran seperti itu. Selama hampir dua tahun mengenali Imran, walau sebesar mana masalah yang

menimpa, Imran tetap akan berkongsi dengannya.

“Baik. Kalau kau masih nak diam macam ni, aku anggap kau dah anggap aku ni bukan

kawan kau lagi. Tak guna aku duduk dalam bilik ni lagi kalau kau dah tak anggap aku kawan

kau”. Wahid benar-benar hilang sabar apabila percubaannya untuk membuatkan Imran

bercakap gagal. Dia bangun dan mencapai seluar jeans yang tersangkut di dinding bilik. Beg

besar yang diletakkan di atas almari pakaian dicapainya. Baju-baju dan seluar-seluarnya yang

ada dalam almari pakaian habis dipunggah ke dalam beg pakaian.

“Betul kata kau. Aku ni terlalu kuat berangan untuk memiliki tuan puteri, sampai aku

tak sedar siapa aku sebenarnya. Betul kata orang tua-tua. Sudah dapat gading bertuah, tanduk

tidak berguna lagi”. Sebaik sahaja Wahid menyandang beg pakaiannya yang telah penuh diisi,

tiba-tiba Imran bersuara. Tapi dia masih tetap membatu di tempat duduknya. Mendengar suara

Imran, Wahid meletakkan semula beg pakaiannya ke atas katil. Ugutannya menjadi.

“Im… kita ni dah lama berkawan. Kita dah macam adik-beradik. Apa-apa masalah kau

cerita lah pada aku. Biar kita fikir sama-sama”. Wahid datang mendekati Imran yang masih

tidak bergerak dari kerusinya. Dia memegang bahu Imran. Imran diam kembali. Tiba-tiba

tangannya mengambil telefon yang diletakkan di hujung katil. Tangannya rancak bergerak di

atas screen telefon tersebut mencari sesuatu. Dapat apa yang dihajatinya, telefon tersebut

248

dihulur kepada Wahid. Wahid menyambut telefon tersebut penuh hati-hati. Matanya tertancap

ke arah gambar-gambar yang ada di screen telefon Imran. Wahid seperti tidak percaya dengan

gambar-gambar yang dilihatnya. Memang nyata kemesraan antara Puteri Balqis dengan seorang

lelaki di dalam gambar itu. Sekarang barulah Wahid faham apa yang sedang dialami oleh Imran.

“Kau kenal ke lelaki yang bersama dengan Puteri ni?”. Soal Wahid apabila selesai

melihat kesemua gambar-gambar tersebut. Imran hanya mengangguk-anggukkan kepalanya.

“Syed Danial, sepupu Puteri. Dia tinggal di London. Dia datang KL untuk uruskan

company ayah dia yang baru dibuka. Puteri ada cerita yang pakcik dia, ayah Danial merancang

nak satukan diaorang berdua”. Imran membuka mulut semula setelah sekian lama membisu.

Sebenarnya dia mengumpul kekuatan untuk berkongsi kedukaan yang dialaminya dengan

Wahid. Bukan mudah untuknya membuka semua rahsia yang dipendamkan walaupun dengan

sahabat baiknya sendiri. Tetapi demi persahabatannya dengan Wahid, Imran terpaksa beralah.

“Iisshh... aku macam tak percaya Puteri boleh buat macam ni. Aku macam tak sedap

hati lah”. Wahid memberikan pendapatnya apabila melihat kesemua gambar yang ditunjukkan

oleh Imran sebentar tadi. Dia kenal Puteri Balqis. Iya... memang dulu dia amat membenci

Imran, tetapi kini dia sendiri yang bercerita tentang hubungannya dengan Imran, bimbang

sekiranya Imran dipikat oleh perempuan lain.

“Aku pun tak tahu nak percaya atau tidak. Tapi gambar tu dah menceritakan segalagalanya

kan?”.

“Tapi Im, Puteri Balqis betul-betul sayangkan kau. Aku rasa macam ada sesuatu yang

tak kena lah”. Wahid masih bersikap positif terhadap gambar tersebut. Nalurinya kuat

menyatakan yang ada muslihat di sebalik gambar tersebut.

“Apa yang tak kena?. Dia pun memang pernah bencikan aku sebelum ni kan. Lagipun

Danial tu sepupu dia. Sama padan, sama kaya. Aku ni apa yang ada. Dulu aku tak ada saingan,

tapi sekarang Syed Danial dah ada, lelaki yang seratus kali lebih baik daripada aku. Dah tentu

Puteri pilih dia. Lagipun takkan dia nak menentang pilihan keluarga dia sendiri”. Panjang lebar

Imran mengeluarkan apa yang ada di dalam benaknya selama ini. Dia sendiri berharap agar apa

yang difikirkannya itu semuanya salah, tetapi setiap kali dia menatap gambar-gambar tersebut,

harapan dan impiannya semakin kabur.

“Aku tak setuju dengan apa yang kau fikirkan ni. Sekurang-kurangnya kau tanyakan

pada Puteri dulu. Mungkin dia ada jawapan di sebalik semua ni. Tapi kau tak bagi peluang pada

dia. Kau cuma percaya dengan apa yang kau fikirkan”. Wahid cuba mengubah persepsi Imran

terhadap Puteri Balqis. Dia percaya Puteri Balqis masih setia pada Imran, cuma dia tak ada

peluang untuk menjelaskan semua itu kerana Imran asyik melarikan diri daripadanya.

249

“Aku bukan tak nak jumpa dia. Tapi aku malu sangat nak tengok muka dia. Aku rasa

selama ni macam aku yang terhegeh-hegeh nak kan Puteri, tapi dia cuma kesiankan aku je”.

“Itu lah kau. Kalau pasal nasihat aku bukan main lagi. Apa kau cakap masa aku tak

confident untuk tackle Ayu dulu?. Tapi bila kena batang hidung kau sendiri, kau nak mengalah

macam tu je?”. Wahid membantah pendirian Imran ketika itu. Bagi Wahid, Imran terlalu

merendah diri.

“Habis tu kau nak aku buat apa?”.

“Pergi jumpa dia. Tanya betul-betul apa yang jadi”.

“Tapi aku tak kuat”.

“Habis tu sampai bila kau nak jadi macam ni”. Suara Wahid sedikit kuat. Dia memang

benar-benar tidak faham dengan sikap kawannya itu. Mana perginya Imran yang cerdik,

berprinsip dan bijak dalam membuat keputusan.

Imran hanya mendiamkan diri tak tahu apa yang ingin dikatakan. Dia sendiri tidak tahu

apa yang harus difikirkannya ketika itu. Kepalanya berserabut memikirkan semua itu.

“Apa-apa masalah pun kita minta dengan Allah untuk bantu cari jalan penyelesaiannya.

Dia yang memberi dan mengambil masalah daripada kita. Kau yang ajar aku macam tu kan?”.

Wahid yang memahami perasaan kawannya itu tidak mahu terlalu memberi tekanan kepada

Imran. Daripada riak wajah Imran pun, Wahid sudah tahu. Selama dia berkawan dengan Imran,

tidak pernah sekali dia melihat wajahnya seperti itu.

Dalam masa yang sama dia kasihan juga pada Imran. Sejak dia menyukai Puteri Balqis

secara diam-diam hinggalah Puteri Balqis jatuh hati padanya, ada sahaja dugaan yang perlu

dihadapinya.

“Wahid... aku nak ucapkan terima kasih pada kau”. Imran bersuara setelah sekian lama

membisu. Dia mengangkat muka dan memandang tepat ke arah Wahid.

“Kalau tak ada kau tak tahu apa nak jadi pada aku”.

“Tak ada apa lah. Kita ni dah macam saudara kandung. Aku tak sedap hati tengok kau

macam ni”.

“Tak apa lah Wahid. Kau jangan lah risau. Kejap je ni. Esok-esok aku ok lah”. Imran

tersenyum pada Wahid. Dia tahu Wahid bimbang dengan keadaannya seperti itu.

“Eeerrmmm... Entah lah Wahid. Kadang-kadang aku rasa macam bodoh pula bila terlalu

ikut perasaan macam ni”. Tiba-tiba Imran ketawa. Wahid pelik dengan kelakuan Imran yang

tiba-tiba ketawa sebegitu. Dah gila pula ke kawan aku ni. Fikir Wahid dalam hati.

250

“Bila aku fikir-fikir balik, tak berbaloi aku frust sampai macam ni. Aku datang sini sebab

aku nak belajar. Jauh dah aku terpesong ni”. Kata-kata Imran seperti menyedarkan dirinya

sendiri daripada mimpi yang panjang.

251

BAB 55

Selesai kuliah tengah hari itu Imran dan Wahid berjalan menuju ke kafetaria. Kerana

tergesa-gesa pagi tadi hingga mereka berdua tidak sempat untuk bersarapan. Perut yang

berkeroncong menyebabkan mereka tidak memandang kiri dan kanan. Ayam goreng dan sayur

lemak pucuk labu yang menjadi kegemaran Imran sudah terbayang di mata.

“Im… kau order dulu ye. Aku nak ke toilet”. Wahid memegang perutnya tanda ada hajat

yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

“Kau nak aku orderkan apa-apa tak?”.

“Tak payah. Nanti aku order sendiri”. Wahid beredar meninggalkan Imran seorang diri.

Imran bergerak menuju kaunter kafetaria fakulti untuk menggambil makanan dan

minuman. Selesai, Imran melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Disedutnya air sirap limau

yang menyegarkan. Belum sempat Imran menyentuh nasi di hadapan mata, tiba-tiba…

“Assalamualaikum”. Puteri Balqis memberi salam.

“Waalaikumsalam”. Jawab Imran tanpa memandang wajah Puteri Balqis.

“Awak ok?”.

“Ok”. Jawab Imran ringkas. Aduhhh… mati aku macam ni. Mana pula Wahid ni pergi.

Apa nak buat?. Bisik hati Imran. Dia betul-betul mati akal.

“Boleh Puteri join sekali?”.

“Bo... bolehh…”. Sepatah ditanya oleh Puteri Balqis, sepatah Imran menjawab. Puteri

Balqis duduk di sebelah Imran.

“Boleh Puteri tanya Im?. Kenapa Im asyik jauhkan diri dari Puteri akhir-akhir ni. Call

tak angkat. Whatsapp tak reply?”. Perlahan suara Puteri Balqis bertanyakan pada Imran yang

masih menundukkan kepalanya.

“Eerr… sebenarnya…”. Imran betul-betul hilang punca. Dia sendiri tak tau apa yang

ingin dijelaskan pada Puteri Balqis.

“Sebab ni kan?”. Tiba-tiba Puteri Balqis menghulurkan telefonnya kepada Imran. Imran

menyambut telefon Puteri Balqis dan melihat satu persatu gambar-gambar yang terpampang di

screen telefon. Dia tidak terkejut dengan gambar-gambar tersebut kerana dia yang terlebih

dahulu menerimanya. Akhirnya Imran mengalah. Dia mengangguk-anggukkan kepala,

mengakui apa yang dikatakan oleh Puteri Balqis.

“Habis tu kenapa Im tak tanya sendiri pada Puteri?”.

“Im… Im malu.”

“Malu?”.

252

“Lepas tengok gambar tu, baru Im sedar sebenarnya Im ni bukan siapa-siapa. Nak

berkawan dengan Puteri pun Im rasa tak layak”. Imran terpaksa meluahkan segala yang

dirasainya di dalam hati.

“Kenapa Im jadi macam ni. Kita ni sama je. Ye… memang Puteri mengaku dulu

memang Puteri pandang tu semua. Memang Puteri nak berkawan dengan yang setaraf dengan

Puteri. Tapi Im dah banyak sedarkan Puteri. Puteri dah berubah. Puteri sayangkan Im bukan

sebab apa-apa. Puteri tahu Im lah satu-satunya yang boleh bimbing Puteri. Im tak macam lelakilelaki

lain yang nak berkawan dengan Puteri sebab kedudukan”. Akhirnya Puteri Balqis juga

meluahkan apa yang terkandung di hati. Dia sedar selama ini Imran masih meragui kejujuran

dirinya.

“Walau apa pun yang Puteri cakap, hakikatnya kedudukan kita masih jauh berbeza”.

“Ni semua sebab Danial kan. Puteri tau, dia yang hantar gambar ni pada Im”. Putei

Balqis mengetap bibirnya tanda geram.

“Bukan sebab siapa-siapa Puteri. Syed Danial datang mungkin penyebab untuk

menyedarkan kedudukan Im di sisi Puteri”.

“Apa yang Im cakap ni?. Kita ni manusia semua sama Im. Tak ada beza pun di sisi

Allah. Harta kekayaan, kedudukan tu semua cuma dunia. Tak boleh beli kebahagiaan pun”.

Puteri Balqis agak terganggu dengan perubahan sikap Imran. Imran yang dikenalinya dahulu

tidak seperti itu. Imran hanya membatu mendengar kata-kata daripada Puteri Balqis.

“Kalau dulu Im sanggup bertahan dengan perangai Puteri yang buat macam-macam

pada Im, tapi kenapa sekarang ni Im cepat sangat mengalah?”. Puteri Balqis cuba mengawal

suara dan emosinya di tempat terbuka seperti itu walaupun hatinya telah menangis melihat

Imran yang sepertinya hilang keyakinan diri.

“Tapi Puteri…”.

“Tapi apa?. Imran memang dah tak sayang Puteri lagi kan”. Akhirnya gugur juga air

mata yang ditahan-tahannya daripada tadi sebaik melafazkan ayat tersebut.

Menyedari ada perubahan pada nada suara Puteri Balqis, Imran mengangkat muka dan

memandang wajah Puteri Balqis. Ada titisan air jenih di pipi putih mulus Puteri Balqis. Imran

memandang sekeliling, bimbang ramai orang yang memerhati. Mujur juga mereka duduk

terlindung tiang kafetaria. Imran jadi serba salah.

“Puteri jangan macam ni. Im minta maaf. Im tak bermaksud nak sakitkan hati Puteri”.

Pujuk Imran. Hanya itu kata-kata yang mampu difikirkannya.

Puteri Balqis memandang wajah Imran. Ada riak-riak bimbang di wajahnya. Wajah itu

ditatapnya dalam-dalam. Dia kesian dengan Imran. Imran terlalu naif dalam soal cinta. Sebab

253

itu lah Puteri Balqis tidak mahu mempermain-mainkan hati dan perasaannya. Apa yang

diharapkan biarlah Imran menjadi kekasih awal dan akhirnya. Di matanya Imran begitu

sempurna. Ada masanya timbul kekesalan di hati Puteri Balqis bila mana mengenangkan apa

yang pernah dilakukannya terhadap Imran hingga hampir menggelapkan masa depannya.

“Lepas ni Im jangan buat macam ni lagi tau”. Ujar Puteri Balqis sambil mengesat air

matanya.

“Ok lah. Im janji”.

“Makan lah nasi tu. Dah sejuk dah”. Puteri Balqis menunjuk ke arah nasi yang ada di

hadapan Imran. Imran sendiri hampir lupa hidangan yang ingin dijamahnya sebentar tadi.

“Puteri tak makan?”. Pelawa Imran. Baru lah dia terasa lapar kembali.

“Tak apa lah. Im makan dulu. Puteri teman ye”. Sambut Puteri Balqis dengan senyuman

manis menghiasi bibirnya.

“Boleh Im tanya. Macam mana Puteri boleh dapat gambar-gambar tu?”. Tiba-tiba Imran

teringat untuk bertanya tentang gambar-gambar yang ada di dalam telefon Puteri Balqis.

“Ooo... sebenarnya Wahid yang bagi. Kalau tak sebab dia, sampai sekarang Puteri tak

tau apa yang jadi”. Puteri Balqis berterus terang.

“Jadi ni semua kerja Wahid lah ye”. Soal Imran kembali.

“Im jangan lah marah dia. Dia buat semua ni sebab dia sayangkan Im”. Balas Puteri

Balqis.

Dari kejauhan Imran seperti ternampak-nampak kelibat manusia yang dari tadi asyik

memerhatikan mereka berdua. Sekali diamati, dari jauh Wahid tersengih-sengih memandang

ke arah mereka. Patut lah macam-macam alasan tadi, rupanya ada rancangan lain. Bisik hati

Imran. Dia hanya menggeleng-geleng kepala dari jauh sambil merenung Wahid yang tersenyum

kepuasan. Puas kerana dapat membantu memulihkan hubungan kawan karibnya yang sudah

dianggap seperti keluarga kandung.

“Hello daddy. How are you?”.

“I am fine. Haa… ada apa call daddy ni?. Nak balik London ke?”. Soal Syed Adzam

apabila tiba-tiba mendapat panggilan daripada anaknya, Syed Danial.

“Ishhh… no la daddy. Actually ada berita penting yang nak Danial sampaikan”.

“Waaa… macam interesting je”.

254

“Of course la daddy. Danial nak minta tolong mommy dan daddy datang KL”. Tiba-tiba

satu permintaan yang tak pernah terfikir oleh Syed Adzam keluar daripada mulut anaknya.

“Ehh… kenapa pula ni?. Dah rindu sangat ke dengan mommy dan daddy?”.

“Itu pun iye juga. But there is something more important”.

“Apa yang penting sangat ni?”. Tanya Syed Adzam yang masih tidak mengerti apa yang

ingin disampaikan oleh anaknya.

“Mungkin daddy dan mommy akan terkejut dengan apa yang nak Danial sampaikan”.

Ujar Syed Danial lagi yang menyebabkan ayahnya semakin tertanya-tanya.

“Ehhh… Danial cerita la terus terang. Jangan buat daddy tertanya-tanya macam ni”.

Syed Adzam tidak sabar untuk mendengar apa yang ingin diceritakan oleh Syed Danial. Seperti

ada sesuatu yang sangat penting yang ingin disampaikan. Dia kenal sangat dengan anaknya

yang seorang itu. Kalau mahu kan apa-apa, tak boleh bersabar.

“Macam ni daddy. Sebenarnya Danial dah fall in love with princess”. Akhirnya Syed

Danial berterus terang memecahkan tanda tanya ayahnya.

“What… really?. You mean Puteri Balqis?”. Syed Adzam seperti tidak percaya dengan

apa yang didengar dari mulut anaknya itu.

“Danial tau, daddy mesti tak percaya dengan apa yang Danial cakap ni kan, but that's

the truth. Danial mengaku, Danial dah kalah. First time Danial tengok Puteri, Danial dah jatuh

hati pada dia”. Akhirnya Syed Danial mengakui apa yang dikatakan oleh ayahnya sebelum ini

adalah benar.

“That great. I am sure that your mother will happy bila dengar berita ni”. Syed Adzam

begitu teruja bila mendengar apa yang dikatakan oleh anaknya itu. Akhirnya cita-citanya untuk

berbesan dengan abangnya sendiri akan tercapai. Apa yang penting harta kekayaannya tidak

jatuh kepada orang lain yang tidak dikenalinya. Dia memang sudah menjangka yang Syed

Danial akan terpikat dan jatuh hati dengan Puteri Balqis.

“So Danial nak mommy dan daddy datang sana meminang Puteri Balqis?”. Tanya Syed

Adzam seperti sudah yakin dengan apa yang diingini oleh anak bujangnya itu.

“Yes. That true”. Balas Syed Danial kegembiraan bila ayahnya memahami apa yang

tersirat dihatinya.

“Bila daddy dan mommy nak datang KL?”.

“Wah… tak sabar sangat anak daddy ni. Nanti lah biar daddy dengan mommy bincang

dulu. Kalau tak ada apa-apa next week kami akan turun KL”. Kata-kata ayahnya itu sudah cukup

membuatkan Syed Danial tersenyum lebar.

255

BAB 56

“Happy je nampak bang?. Menang loteri ke?”. Sindir Wahid bila melihat Imran asyik

tersenyum semenjak balik ke asrama sebentar tadi. Imran buat tak tahu dengan sindiran Wahid.

“Tengok lah tu. Dah baik dengan tuan Puteri, aku pun kau tak layan lagi kan?”. Wahid

buat-buat merajuk.

“Kau merajuk ke?. Tak kuasa aku nak pujuk. Kau yang plan semua ni kan?. Balas Imran.

“Hey… kalau aku tak buat semua ni, sampai bila aku nak tengok muka kau yang

moncong macam cencorot tu”. Usik Wahid.

“Iye lah. Terima kasih lah sebab tolong aku. Tapikan…”. Imran tidak menghabiskan

kata-katanya. Seperti ada sesuatu yang masih mendongkol di hatinya. Wajahnya yang ceria

sebentar tadi menjadi suram.

“Tapi apa pula kau ni?”. Soal Wahid apabila melihat perubahan pada wajah Imran.

“Entah lah. Lepas kejadian tu, walaupun aku tau Puteri terperangkap dengan perbuatan

Danial, tapi aku tengok Puteri memang sesuai dengan Danial”. Tiba-tiba terkeluar kata-kata

yang Wahid sendiri tidak menyangka itu daripada mulut Imran.

“Apa kau cakap ni. Kalau Puteri dengar kau cakap macam ni, apa dia rasa?”.

“Wahid… aku memang sukakan dia sejak pertama kali aku terserempak dengan dia.

Semenjak daripada tu, aku memang tak pandang dah pada perempuan lain”.

“So… apa masalahnya sekarang?”. Wahid hairan dengan perubahan Imran yang tibatiba.

“Cuba kau fikir suatu hari nanti kalau aku betul-betul berkahwin dengan Puteri. Apa

kata masyarakat sekeliling. Paling tidak family diaorang pasti akan menentang. Diaorang tu

bukan calang-calang keturunan”. Tambah Imran lagi. Wahid hanya melopong mendengarnya.

“Apa sebenarnya yang kau nak sampaikan ni?”. Soal Wahid yang masih tidak mengerti

dengan apa yang ada di fikiran Imran.

“Tan Sri bukan dari keturunan biasa-biasa. Mak aku ada bagitau aku, biasanya kalau

keturunan ‘Syed’ pasti akan menjodohkan anak-anak diaorang dengan keturunan yang sama.

Kalau lelaki mesti ada ‘Syed’, dan kalau perempuan mesti ada ‘Syarifah’ yang menunjukkan

gelaran kepada keturunan mereka”. Imran menjelaskan dengan panjang lebar kepada Imran.

Wahid hanya mengangguk-anggukkan kepala tanda faham.

“Eh... tapi tu dulu. Sekarang takkan masih ada lagi?. Puteri tu tak ada ‘Syarifah’ pun kat

pangkal nama dia?”. Wahid mempersoalkan apa yang dikatakan oleh Imran.

256

“Entah lah Wahid. Itu aku tak tahu. Tapi mak aku pernah cerita pada aku tentang

bagaimana satu family kaya sanggup menghalau anak mereka yang berkahwin dengan

perempuan yang bukan dari keturunan mereka. Bukan saja dihalau, malah segala kekayaan dan

apa sahaja yang sepatutnya menjadi miliknya ditarik balik”.

“Wei... dahsyatnya. Tapi ada lagi ke mak ayah yang macam tu?”. Wahid seperti masih

tidak percaya dengan cerita Imran.

“Entah lah. Aku sendiri pun tak tau. Tapi aku tak nak Puteri terima nasib yang sama

macam dalam cerita mak aku tu”.

“Tapi aku tak rasa Tan Sri macam tu. Dia sendiri dah anggap kau macam anak dia”.

“Kan aku dah cakap. Mungkin Tan Sri tak kisah, tapi macam mana dengan family dia

yang lain?”. Soal Imran semula.

“So kau nak cakap dengan Puteri apa yang kau cakap dengan aku ni?. And then bagitau

dia yang korang tak ada jodoh sebab tak setaraf?”. Bertalu-talu soalan daripada mulut Wahid.

Dia tahu Imran takkan tergamak untuk melukakan hati Puteri Balqis. Wahid tahu Puteri Balqis

sangat-sangat sayang pada Imran. Apa sahaja keputusan yang diambil oleh Imran terhadap

hubungan mereka, pasti akan memberi kesan yang mendalam pada Puteri Balqis.

“Tak mungkin aku nak cakap macam tu pada Puteri. Kau sendiri tau apa akan jadi kan?”.

Soalan Wahid dijawab dengan soalan oleh Imran.

“Kalau kau dah tau macam tu, kau teruskan je apa yang ada sekarang ni. Fokus pada

study kau. Yang lain-lain biar Allah yang tentukan”.

“Betul kata kau. Aku nak fokus pada study aku. Itu yang paling utama dan itu juga janji

aku pada mak aku. Apa-apa pun aku serah je pada ketentuannya. Macam aku sebut sebelum ni,

kalau ada jodoh aku dengan Puteri aku terima. Kalau sebaliknya, aku tetap redha”. Imran

bersetuju dengan pandangan Wahid. Imran mengakui, sebagai kawan Wahid banyak dan tidak

jemu-jemu mendengar luahan hatinya. Sebab itu lah tiada rahsia yang disembunyikan daripada

Wahid. Lagi pun dia cukup percaya dengan Wahid kerana segala rahsia Imran tak pernah

diketahui oleh orang lain.

“Wei… apa cerita kau dengan Imran?”. Aireen melabuhkan punggungnya di atas sofa

bersebelahan dengan Puteri Balqis yang sedang kusyuk membaca novel. Matanya tertumpu ke

arah televisyen sambil tangannya memegang segelas milo O panas. Bau segar milo yang datang

dari gelas Aireen menusuk ke dalam rongga hidung Puteri Balqis. Gelas milo O panas

257

diletakkan di atas meja. Tanpa disedari Aireen, Puteri Balqis mengambil gelas yang baru sahaja

diletakkan di atas meja lalu menghirupnya.

“Woiii… kau ni dah melampau. Air aku tuuuu!!!”. Jerit Aireen bila menyedari milo O

panas yang diletakkan di atas meja telah diminum oleh Puteri Balqis. Puteri Balqis ketawa

terkekeh-kekeh melihat Aireen. Satu cubitan halus hinggap di bahu Puteri Balqis.

“Huishhh… sakit lah”. Puteri Balqis menjerit kecil apabila bahunya menjadi sasaran

Aireen. Dia menggosok-gosok bahu yang terasa perit akibat cubitan Aireen. Misya yang turut

berada di ruang tamu rumah sewa tersebut turut ketawa menyaksikan telatah kawan-kawannya.

“Padan muka. Dah la aku tolong kau settle problem kau dengan putera raja kau tu, kau

rembat lagi air aku kan”.

“Alahh… sorry lah. Aku dahaga sangat tadi. Kau buat lah yang lain”. Ujar Puteri Balqis.

“Puteri… cerita lah sikit pasal kau dan Imran”. Misya yang dari tadi hanya memerhati

keletah Aireen dan Puteri Balqis mula membuka mulut bertanyakan soalan yang dimulakan

oleh Aireen.

“Eerrmm… tak ada apa pun. Aku dengan Imran dah ok. Apa yang aku agak memang

betul. Apa yang berlaku ni semua angkara Danial. Dia yang hantar gambar-gambar aku dengan

dia pada Imran”. Puteri Balqis menjelaskan apa yang berlaku. Tanggapannya sebelum ini

tentang perubahan sikap Imran ada kaitan dengan Syed Danial memang tepat.

“Habis tu Imran percaya tak dengan apa yang kau explain?”. Soal Aireen ingin

mengetahui dengan lebih lanjut.

“Dia boleh terima dengan apa yang aku explain, tapi bila dia tengok gambar tu sikit

sebanyak dia rasa rendah diri”.

“Jahat betul Danial tu kan. Harap muka je handsome, tapi perangai”. Misya mengetap

bibir tanda geram bila memikirkan perbuatan Syed Danial tehadap Imran.

“Thanks tau kat you all. Kalau tak kerana idea korang minta bantuan daripada Wahid,

rasanya sampai sekarang aku tak tau apa yang jadi pada Imran”. Puteri Balqis memandang

wajah kawan-kawannya dengan senyuman penuh makna.

“Tapikan Puteri, aku rasa si Danial tu mesti tak duduk diam. Pasti dia akan cari jalan

untuk dapatkan kau”. Misya seperti memberi amaran kepada Puteri Balqis. Dia dapat

menjangkakan yang Syed Danial tidak akan berputus asa untuk mendapatkan Puteri Balqis

sebagai isterinya.

“Itu aku tau. First time aku jumpa dia pun masa kat rumah daddy aku… aku dah tau

yang dia ni jenis tak makan saman. Pada hal dia dah tau yang aku dah ada someone special”.

258

“Apa-apa pun lepas ni kau kena lebih berhati-hati. One more… apa saja yang jadi antara

kau dan Imran, kau kena bagitau daddy kau. Setidak-tidaknya daddy kau dah tau situasi

sebenar”. Nasihat Aireen. Puteri Balqis hanya mengangguk-anggukan kepala tanda faham.

Puteri Balqis tersenyum gembira kerana mempunyai kawan-kawan yang sangat memahami

perasaannya dan sentiasa ada sewaktu susah dan senang.

259

BAB 57

Imran memalingkan muka ke arah pintu bilik apabila kedengaran seperti seseorang

membuka pintu. Sebaik pintu terbuka, Wahid terconggok di muka pintu dengan senyuman yang

meleret. Setelah pasti siapa yang memasuki bilik tersebut, Imran kembali menatap lembaranlembaran

buku di hadapannya.

“Senyum lebar nampak. Jumpa buah hati ke?”. Tanya Imran tanpa memandang

wajahnya.

“Sesekali, bukan selalu pun. Lain la kau tu. Hari-hari jumpa”. Jawab Wahid sambil

membuka baju kemeja T yang dipakainya sewaktu keluar bersama Rohayu sebentar tadi.

“Habis tu, dah satu kelas. Nak buat macam mana”. Balas Imran selamba.

“Iye lah. Seronok lah kan. Lain lah aku ni. Nak jumpa seminggu sekali pun susah”.

“Apa susah. Kau suruh lah Ayu tukar course. Hari-hari boleh jumpa macam aku”.

Cadang Imran sambil ketawa. Wahid tahu Imran hanya ingin menyakatnya.

“Woi… nak bagi cadangan pun bagi lah yang logik sikit. Dah nak masuk tahun ketiga

kot. Apa cer nak tukar course”.

“Kau tu apa cerita. Lagi seminggu lebih je dah nak final exam tau. Kau dah ready ke?”.

Imran mengingatkan Wahid tentang peperiksaan yang bakal mereka lalui minggu depan.

“Adalah sikit-sikit. Aku ni bukan macam kau. Kalau banyak sangat membaca, lamalama

apa yang dah ada dalam otak aku ni makin hilang”. Wahid memberi alasan.

“Kau jangan ikut malas kau tu. Nanti pointer jatuh, kau salahkan lecturer bagi soalan

susah-susah”.

“Alahhh… sikit-sikit nanti kau payung la aku masa exam”. Balas Wahid selamba.

“Weiii… berapa banyak aku payung kau. Tu… assingment kau tu. Berapa banyak yang

aku payung”. Imran memuncungkan bibirnya ke arah timbunan kertas-kertas projek kuliah di

atas meja Wahid.

“Itu aku tau lah. Nanti-nanti aku baca lah buku tu”. Wahid seperti endah tak endah

dengan nasihat Imran. Dia menukarkan seluar jeans yang dipakainya dengan kain pelikat lusuh.

Sebaik menggantung seluar jeans di dinding, Wahid merebahkan badannya di atas tilam untuk

menghilangkan penat.

“Ayu sihat ke?”. Soal Imran apabila kedua-duanya lama membisu.

“Sihat. Lupa pula nak bagitau. Dia kirim salam kat kau tadi”.

“Waalaikumsalam”. Imran menjawab salam yang dikirim Rohayu melalui Wahid.

260

“Im… kau sedar tak. Diam tak diam dah setahun aku kenal Ayu, dan kau bercinta

dengan Puteri kan?”. Tiba-tiba Wahid seperti teringat sesuatu. Mendengar apa yang dikatakan

oleh Wahid, Imran memalingkan mukanya ke arah Wahid yang sedang berbaring sambil

matanya memandang tepat ke arah siling bilik. Imran menutup buku yang dibacanya seperti

ingin fokus terhadap apa yang ingin diperkatakan oleh Wahid. Dia bangun dari kerusi belajar

dan duduk di atas katil mengadap Wahid yang masih berbaring dan menyilangkan tangannya

di bawah kepala.

“Betul cakap kau. Sekejap je masa berjalan kan. Bermakna dah dua semester aku dengan

Puteri”. Imran mengiyakan apa yang dikatakan oleh Wahid sebentar tadi. Dalam mengharungi

pelbagai dugaan, Imran tidak menyangka mimpinya menjadi nyata. Sebelum itu, dia hanya

menyukai Puteri Balqis secara rahsia dan tidak sedikitpun terfikir di kepalanya untuk menjalin

hubungan cinta seperti sekarang. Imran msih ingat bilamana Wahid menggelarnya pungguk

yang rindukan bulan. Sebab itu lah hingga ke hari ini dia masih tidak percaya Puteri Balqis

yang suatu ketika dulu membencinya amat sangat tetapi kini amat menyayanginya.

“Maknanya ada lagi empat semester atau dua tahun kita kat universiti ni. Aku rasa

macam baru semalam kita mendaftar masuk”. Tambah Imran lagi.

“Kau fikir tak apa yang akan jadi lepas kita habis belajar nanti?”. Soal Wahid kembali.

“Entah lah Wahid. Macam aku cakap sebelum ni. Aku berserah je pada ketentuan Allah.

So apa perancangan kau dengan Ayu?”. Imran cuba memancing cerita Rohayu dan Wahid.

“Tak ada apa-apa perancangan pun. Cuma lepas habis study nanti, kami sama-sama nak

cari kerja yang sesuai. Kalau ada rezeki mungkin kami akan bertunang dulu. Itu pun kalau umur

panjang”. Wahid tidak lokek untuk bercerita tentang dirinya dan Rohayu. Imran bertanyakan

begitu kerana sudah lama tidak mendengar cerita pasal Rohayu walaupun mereka belajar di

universiti yang sama. Dia juga perlu menjaga hati Wahid seandainya dia kerap sangat

menghubungi Rohayu walaupun Imran tahu Wahid bukan sebegitu. Tapi tahu-tahu lah hati

manusia. Mana tahu ada yang cuba melaga-lagakan antara dia dan Wahid. Dia tak mahu

peristiwa di mana Wahid salah sangka terhadap dirinya dan persahabatan mereka menjadi

sedikit goyah.

Imran sebenarnya cukup bahagia apabila hubungan Rohayu dan Wahid berjalan dengan

baik. Dia sentiasa berdoa agar hubungan mereka berdua akan berakhir di jinjang pelamin dan

kekal hingga ke hujung usia.

261

“Hai daddy, mommy, macam mana flight?”. Tanya Syed Danial sambil bersalaman

dengan ibu dan ayahnya yang baru sampai dari London.

“Eerrmmm… ok. Tapi penat sikit”. Syed Adzam menjawab pertanyaan anaknya yang

menunggu mereka di Kuala Lumpur International Airport di Sepang.

Syed Danial membawa beg pakaian ibu dan bapanya ke keretanya yang diletakkan di

tempat meletak kenderaan di lapangan terbang tersebut.

“Wahh… berbeza betul Kuala Lumpur sekarang ni ye. Mommy rasa ini first time kita

touch down kat KLIA ni… kan bang?”. Tanya Syarifah Nur Ain, ibu Syed Danial kepada

suaminya. Sepanjang perjalanan keluar daripada kawasan lapangan terbang tersebut, Syarifah

Nur Air memandang sekeliling seperti berada di tempat yang begitu asing baginya.

“Betul lah tu. Dah berapa lama kita tak balik. Last kita balik masa daddy meninggal.

Masa tu KLIA ni mana ada lagi”. Syed Adzam mengingatkan kali terkahir mereka balik ke

Malaysia. Selepas itu oleh kerana kesibukan kerja, hampir dua puluh tahun lebih mereka tidak

menjejakkan kaki ke Malaysia.

“Kita sekarang ni masih di Sepang mommy. Sampai KL nanti mesti mommy akan lagi

terkejut. KL sekarang ni dah macam kota raya dunia yang lain”. Syed Danial memberikan

sedikit maklumat berkaitan Kuala Lumpur yang juga baru dikenalinya kepada ibunya.

“Aikk… macam dah jatuh cinta dengan KL je bunyinya”. Syarifah Nur Ain menyindir

anaknya.

“Jatuh cinta dengan KL ke atau jatuh cinta dengan orang KL”. Syed Adzam menambah

sindiran isterinya.

“Bukan dulu orang tu ke yang mati-mati tak nak pindah ke KL ni?”. Syarifah Nur Ain

masih belum puas mengusik anaknya Syed Danial yang tersipu-sipu malu dengan sindiran dan

usikan daripada mereka.

“Itu lain mommy. Masa tu Danial fikir KL ni masih macam yang pertama kali Danial

tengok. Itu pun dah lebih dua puluh tahun kan”. Syed Danial mempertahankan dirinya daripada

terus di sindir oleh kedua ibu dan bapanya.

“So ke mana kita ni?”. Tanya Syed Adzam kemudian.

“Firstly kita pergi rumah Danial. Mommy dan daddy rest dulu. Malam nanti Danial bawa

mommy dan daddy dinner”. Syed Danial memberitahu perancangannya. Syed Adzam dan

isterinya hanya mengangguk-anggukkan kepala.

“Ni Pak Long kamu tahu tak daddy dan mommy dah sampai kat KL ni?”. Syed Adzam

seperti baru teringat tentang abang sulongnya itu.

262

“Not yet daddy. Actually Danial nak bagi surprise pada Pak Long”. Ujar Syed Danial

menjawab soalan ayahnya. Memang dia tidak mahu memaklumkan tentang kedatangan ayah

dan ibunya ke KL kepada sesiapa. Dia memang ingin membuat kejutan kepada Puteri Balqis

dan juga Pak Long dan Mak longnya. Syed Adzam hanya berdiam diri mendengar apa yang

dikatakan oleh Syed Danial. Dia hanya akan menurut apa yang telah dirancangkan oleh Syed

Danial kerana tidak mahu apa yang telah diaturkan tergendala.

“Nanti sampai rumah Danial akan explain apa yang Danial dah rancangkan. Mommy

dan daddy just follow my plan. Ok daddy?”. Syed Danial memandang ibu dan ayahnya yang

duduk di tempat duduk belakang melalui cermin pandang belakang untuk melihat reaksi

mereka.

“Kami ikut je apa yang kamu dah atur. Baik untuk kamu, baik juga untuk kami”. Syed

Adzam memberi persetujuan yang diinginkan oleh Syed Danial. Dia tersenyum mendengar

persetujuan yang keluar dari mulut ayahnya.

Selepas makan malam nanti dia akan menjelaskan satu persatu tentang rancangannya

untuk meminang Puteri Balqis. Segala persiapan telah diaturkan dengan rapi. Dia juga telah

membeli dua bentuk cincin. Satu cincin merisik dan satu lagi cincin tunang. Syed Danial

sanggup menghabiskan ribuan ringgit semata-mata untuk membeli cincin emas bertatahkan

berlian untuk dijadikan cincin tunang. Di juga sanggup mencari di internet adat istiadat Melayu

berkaitan adat meminang. Dia tidak mahu dikatakan sebagai orang Melayu yang lupa asal usul

walaupun telah lama tinggal di London. Ibu dan bapanya masih menerapkan nilai-nilai

kemelayuan terhadap mereka sekeluarga termasuk masih berbahasa Melayu sewaktu bercakap

sesama keluarga mereka. Sebab itu lah, mereka tidak kekok untuk berbahasa Melayu walaupun

telah menjadi ‘Mat Saleh celup’.

263

BAB 58

Dari jauh Imran dapat melihat Puteri Balqis berjalan menuju ke arahnya. Memang

petang itu mereka berdua sudah berjanji untuk berjumpa di tepi taman tasik tidak jauh daripada

kampus. Sewaktu kuliah pagi tadi, masing-masing sibuk dengan tugasan masing-masing

memandangkan peperiksaan akhir bakal tiba lebih kurang seminggu lebih sahaja lagi.

“Assalamualaikum”. Puteri Balqis memberi salam kepada Imran yang tersenyum

menyambut kedatangannya.

“Waalaikumsalam”.

“Im dah lama tunggu?”. Puteri Balqis bertanya sebaik duduk berhadapan dengan Imran

di atas kerusi kayu yang disediakan di tepi tasik tersebut.

“Baru je”. Jawab Imran ringkas.

“Puteri minta maaf ye sebab tak dapat ambil Im tadi. Macam-macam hal pula kat

rumah”.

“Iisshh… tak apa. Im boleh naik grab. Lagipun bukan susah pun”. Imran menjawab

sambil memandang wajah Puteri Balqis yang kemerah-merahan kerana panas yang menyengat

walaupun jam sudah menunjukkan pukul enam.

“Puteri kata tadi ada benda nak bagitau Im. Apa dia?”. Soal Imran.

“Sabar lah. Bagi lah Puteri tarik nafas dulu”.

“Ok… ok. Sorry. Bukan apa, Im cuma nak tau apa yang penting sangat tu”. Imran seperti

tidak sabar ingin mengetahui apa perkara penting yang ingin diberitahu oleh Puteri Balqis

kepadanya.

“Im jangan lupa tau petang ni. Kita jumpa kat taman tasik jam enam”. Imran teringat

kembali tengah hari tadi sewaktu habis kuliah, tiba-tiba Puteri Balqis menghampirinya dan

mengingatkannya tentang janji mereka untuk bertemu petang itu.

“Ada perkara penting yang Puteri nak sampaikan”. Tambah Puteri Balqis lagi.

“Apa perkara penting yang Puteri nak bagitau Im tu?”.

“Alaaa…. Petang ni lah Puteri cerita. Puteri nak cepat ni, sebab nak balik rumah daddy.

Ada benda yang Puteri kena settle kan”. Puteri Balqis tergesa-gesa meninggalkan Imran. Imran

terkebil-kebil melihat Puteri Balqis yang dalam keadaan kelam kabut itu.

“Im… Im…!!!”. Panggilan Puteri Balqis membuatkan Imran tersentak dari lamunannya.

“Eeehh… sorry. Ye ada apa?”.

“Iisshh… Im ni. Sempat pula dia berangan”. Kata-kata Puteri Balqis membuatkan Imran

tersipu-sipu malu.

264

“Im ingatkan siapa tadi?. Puteri mana pula yang datang mengganggu fikiran tu?”.

Tambah Puteri Balqis mengusik.

“Mana ada. Im tak ingat siapa-siapa pun. Buat apa nak ingat kalau orang yang nak

diingati tu dah ada depan mata”. Kali ini giliran Imran mengusik Puteri Balqis. Entah dari mana

datang idea untuk dia bercakap sebegitu, Imran sendiri pun tak tahu. Wajah Puteri Balqis yang

sedia merah menahan terik matahari, bertambah merah dengan punch line daripada Imran.

“Ada je Im nak usik Puteri kan”. Puteri Balqis cuba menyelindungi perasaan malunya

setelah diusik oleh Imran.

“So apa perkara yang penting yang nak Puteri cerita dengan Im?”. Imran kembali kepada

tujuan mereka berjumpa petang itu. Puteri Balqis tidak terus menjawab. Dia merenung Imran

seketika. Renungan Puteri Balqis membuat Imran sedikit kekok. Akhirnya Puteri Balqis

tersenyum.

“Sebenarnya Puteri nak sampaikan pesan daddy pada Im”.

“Pesan daddy?”.

“Im jangan lah takut. Tak ada apa pun. Cuma daddy nak Im datang ke rumah malam ni.

Dah lama daddy tak jumpa Im. Lagipun ada benda yang dia nak bincangkan dengan Im”. Puteri

Balqis menerangkan tujuan dia ingin berjumpa Imran petang itu.

“Bunyi macam serius je?”. Soal Imran untuk lebih jelas dengan maksud Puteri Balqis

sebentar tadi.

“Im ni. Jangan lah nervous sangat. Im datang je malam ni. Mommy masak sedap-sedap

untuk Im tau!”.

“Kalau Im bawa Wahid sekali boleh tak?”. Tanya Imran.

“Boleh”. Jawab Puteri Balqis pendek.

“Ok lah. Pukul lapan setengah Im dengan Wahid sampai”. Imran memberi

persetujuannya untuk datang ke rumah Puteri Balqis untuk memenuhi jemputan Tan Sri Syed

Aminuddin. Walaupun dia telah beberapa kali ke rumah Tan Sri Syed Aminuddin, tapi kali ini

debaran hati Imran lain macam. Seperti ada sesuatu yang akan berlaku.

“Kenapa hati aku ni berdebar lain macam. Bukannya aku tak pernah pergi rumah Tan

Sri”. Bisik Imran sendirian memujuk hatinya yang rasa tidak senang dari tadi.

“Im fikirkan apa tu?”. Tanya Puteri Balqis apabila melihat Imran hanya membisu dan

seperti memikirkan sesuatu.

“Ehh... tak ada apa. Hari dah petang ni. Jom kita balik”.

265

“Eerrmmm... ok lah. Jom Puteri hantar Im balik”. Puteri Balqis bangun dari kerusi kayu

dan disertai oleh Imran. Mereka berjalan beriringan menuju ke kereta. Akhirnya kereta mini

cooper yang membawa Puteri Balqis dan Imran beransur meninggalkan taman tasik itu.

“Mommy dan daddy dah ready ke untuk malam ni?”. Syed Danial bertanya kepada ibu

dan ayahnya yang sedang berehat di ruang tamu rumahnya.

“Don’t worry ok. Mommy and daddy tau lah nak buat apa. Lagipun bukan orang lain,

pak ngah kamu sendirikan”. Balas Syarifah Nur Ain sambil menjeling kepada suaminya.

“Jangan lah risau sangat. Pandai lah daddy cakap dengan pak ngah kamu tu nanti. Dia

kan abang daddy”. Giliran Syed Adzam memberi keyakinan kepada anaknya.

“Danial tak risau, cuma nervous sikit”. Syed Danial berterus terang tentang

perasaannya. Ada riak-riak bimbang di wajahnya tapi cuba disembunyikan daripada pandangan

mata ayah dan ibunya. Dia amat berharap apa yang dirancangkannya malam ini akan berhasil.

Dia pasti pak ngahnya tak akan menolak pinangan yang dibawa oleh ibu dan bapanya sendiri.

Sebab itu lah Syed Danial tidak mahu memberitahu niatnya untuk memperisterikan Puteri

Balqis terus kepada pak ngahnya itu. Bimbang dikatakan tidak beradab. Walaupun dia tidak

berapa mengenali pak ngahnya itu, tetapi Syed Danial akan berhati-hati terutama yang

melibatkan adat istiadat Melayu. Seboleh-bolehnya dia ingin menunjukkan yang dia masih

Melayu tulen dan tahu adat budaya Melayu walaupun lahir dan tinggal lama di London.

“Hahh… apa pula yang dimenungkan tu?”. Soal Syed Adzam apabila melihat anaknya

itu termenung panjang.

“Ehh… tak ada apa daddy”. Syed Danial berdalih untuk menutup kegusarannya.

“Jangan lah risau sangat. Daddy confirm, your uncle will not reject your proposal”. Syed

Adzam cuba menenangkan perasaan Syed Danial.

“You yang hantar gambar-gambar kita tu pada Imran kan?”. Suara nyaring Puteri Balqis

masih terngiang-ngiang di telinganya melalui telefon. Syed Danial tidak menyangka

perancangannya itu diketahui oleh Puteri Balqis.

“Come on Puteri. Apa yang bising-bising ni?”.

“Answer my question first. You yang hantar gambar-gambar curi kita pada Imran kan?.

You memang nak tengok kami bergaduh then you boleh ambil kesempatan?”. Bertalu-talu

soalan daripada Puteri Balqis. Suara nyaringnya yang keluar dari telefon membingitkan telinga

Syed Danial.

266

“Ok… ok. Ye… I mengaku. I yang hantar gambar-gambar tu semua pada Imran. But I

have a reason to do that”.

“Sebab apa?”.

“I ikhlas Puteri. Imran tu cuma budak kampung je. Tak setaraf dengan kita. Kenapa you

nak malukan daddy you”. Syed Danial cuba merasionalkan perbuatannya, tapi kata-kata

tersebut membuatkan Puteri Balqis bertambah marah.

“Don’t talk about status with me. You baru je datang sini. You tak tahu apa-apa pasal

Imran. Daddy I pun dah terima dia dalam family, so you tak payah nak susah-susah fikirkan

pasal I”. Marah Puteri Balqis semakin membara apatah lagi bila mendengar Syed Danial cuba

merendah-rendahkan Imran.

“Satu lagi. Jangan bangga sangat dengan status atau kekayaan you. Because of status, I

hampir kehilangan kehormatan diri”. Kemarahan Puteri Balqis masih belum reda.

“I’m sorry ok. I just….”. Kata-kata Syed Danial mati apabila Puteri Balqis menamatkan

talian telefon.

“Danial!!!”. Goncangan kuat di bahunya membuatkan Syed Danial seperti tersedar dari

mimpi. Ingatan terhadap Puteri Balqis tiba-tiba hilang. Dia terpinga-pinga seketika apabila

melihat ibunya berdiri di sisi.

“Apa kena budak ni. Danial berangan apa ni sampai mommy panggil berkali-kali tak

dengar?”. Syarifah Nur Ain hairan dengan sikap anaknya yang seperti sedang memikirkan

sesuatu yang berat.

“Tak ada apa lah mommy. Danial cuma penat. Banyak kerja-kerja kat office yang perlu

Danial settlekan”. Syed Danial terpaksa menipu ibunya lagi.

“Mommy nak tanya. Kamu dah call ke pak ngah kamu tu, kata kita nak datang malam

ni?”. Tanya ibunya.

“Tak mommy. Danial nak surprisekan pak ngah. Mesti dia terkejut tengok mommy dan

daddy ada sekali”. Syed Danial menerangkan perancangannya untuk malam itu. Tapi bila

memikirkan perbualannya dengan Puteri Balqis sebelum ini, hampir-hampir dia ingin

membatalkan rancangan peminangannya pada malam itu. Tapi kalau tak cuba mana nak tahu

kan?. Soal Syed Danial dalam hati.

Apa terjadi sekali pun Syed Danial nekad untuk meneruskan rancangannya untuk

meminang Puteri Balqis pada malam itu. Segala persiapan semua telah disediakannya. Dia juga

menghabiskan ribuan ringgit membeli dua bentuk cincin emas bertatahkan permata demi untuk

memenangi hati Puteri Balqis, dan senjata yang paling ampuh dan yang bakal menjayakan

rancangannya kali ini adalah ibu bapanya sendiri.

267

“Takkan uncle nak putuskan hubungan mereka adik-beradik kerana budak kampung tu”.

Syed Danial bercakap dengan dirinya sendiri untuk menambah keyakinan diri. Sudah tentu pak

ngahnya akan mendahulukan keluarga berbanding Imran yang bukan siapa-siapa dalam

keluarga tersebut. Fikir Syed Danial sambil tersenyum. Dia seperti dapat melihat kejayaan

perancangannya yang telah diatur dengan sebaik mungkin selama ini. Puteri Balqis akan

menjadi miliknya yang mutlak apabila persetujuan telah dicapai oleh kedua-dua keluarga

mereka.

268

BAB 59

“Wahhh… wanginya. Nak jumpa bakal pak mentua ke?”. Tanya Wahid apabila melihat

Imran bersiap-siap malam itu. Imran yang sedang menyisir rambutnya hanya tersenyum

mendengar pertanyaan Wahid yang berbaring terlentang di atas katilnya. Dalam masa yang

sama, hatinya berdebar-debar bila memikirkan perkara penting yang ingin dibincangkan oleh

Tan Sri Syed Aminuddin.

“Amboi… dah nak jumpa tuan Puteri, soalan aku pun ko tak jawab kan”. Wahid bersuara

semula apabila persoalannya tidak dijawab oleh Imran.

“Kau pun. Dah tau buat apa nak tanya”. Jawab Imran.

“Iye lah. Mana tau kot-kot ada mambang lain ke. Lain macam sangat wanginya malam

ni”. Usik Wahid sambil ketawa.

“Tak payah nak mengada. Yang satu ni pun aku dah nak surrender. Banyak la kau punya

mambang”. Imran menjawab usikan Imran.

“Alaa… ok dah kan. Nak surrender apanya. Teruskan je lah”.

“Tak tau lah Wahid. Aku macam tak sedap hati je malam ni. Kalau ikut hati memang

malas nak pergi, tapi apa kata Tan Sri nanti”. Imran meluahkan apa yang dirasainya ketika itu.

Semenjak semalam selepas berjumpa dan mendapat undangan daripada Puteri Balqis, dia rasa

tak sedap hati.

“Perasaan kau je tu. Biasa lah, orang nak jumpa bakal pak metua. Aku pun macam tu

juga dulu masa nak jumpa mak ayah Ayu. Macam nak luruh tulang-tulang aku ni”. Wahid cuba

memberi kekuatan kepada Imran. Dia memahami apa yang dirasai oleh Imran ketika itu.

Sebagai kawan dia akan sentiasa memberi sokongan kepada Imran.

“Thanks bro. Aku hargai apa yang kau buat untuk aku selama ni” Ucap Imran sambil

memandang tepat ke arah Wahid yang bangun dan duduk di birai katil.

“No hal lah. Kau pun banyak tolong aku. Kita kan BFF forever”. Balas Wahid sedikit

sebak. Wahid memang merasa cukup bertuah bertemu dengan Imran di universiti itu. Dia

banyak membantunya dalam apa jua perkara, terutama dalam pelajaran. Kadang-kadang Wahid

merasakan, Imran lah kekuatannya untuk meneruskan pelajaran di universiti itu.

“Come on la bro. Takkan dapat pointer rendah kau dah nak fed up. Kau fikir hati family

kau. Diaorang nak sangat tengok kau berjaya”. Wahid teringat kembali kenangan sewaktu dia

mendapat keputusan peperiksaan semester pertama. Dia cukup kecewa dengan apa yang

diperolehi berbanding Imran yang mendapat Anugerah Dekan.

“Macam mana aku belajar pun, aku tetap akan dapat result macam ni”.

269

“Ishh… kau tak boleh cakap macam tu. Allah ciptakan manusia sama je kan. Cuma

usaha kena lebihkan”. Imran tidak berputus asa menasihati Wahid.

“Kau senang lah cakap. Kau memang bijak. Otak kau bergeliga, tak macam otak aku”.

“Aku pun bukan bijak sangat macam kau tengok. Kadang-kadang aku pun blank juga.

Tapi kesusahan dan amanah ibu aku yang menyebabkan aku terus usaha untuk menjadi yang

terbaik”. Imran menambah nasihatnya agar Wahid tidak terus berputus asa. Wahid hanya

menundukkan wajahnya merenung lantai bilik mendengar nasihat Imran. Pada ketika itu, dia

sendiri tak tahu nak fikir apa.

“Please lah. Ni kan baru semester pertama. Ok macam ni. Aku janji aku akan tolong

kau sampai kita habis belajar nanti”. Janji Imran kepada Wahid untuk menaikkan semangatnya

semula.

“Wahid!!!”. Imran menepuk bahu Wahid yang sekian lama membatu.

“Haa… kenapa?”

“Kau tu kenapa?. Berangan bersanding dengan Ayu ke?. Senyap je sampai aku bercakap

sorang-sorang”. Ujar Imran sambil menjeling ke arah Wahid yang masih terkulat-kulat macam

cicak termakan kapur.

“Oh… iye ke?”.

“Ni… aku dah nak gerak. Apa-apa nanti roger ye”. Imran membuka pintu bilik dan terus

hilang dari pandangan Wahid. Hanya bau wangi yang yang tertinggal menyorot ke hidung

Wahid.

Syed Danial mengadap cermin muka besar di dalam biliknya. Dia memerhati dirinya

sendiri dari hujung rambut hingga hujung kaki. Syed Danial memilih untuk memakai sehelai

kurta berwarna putih dan seluar slack berwarna hitam. Rambutnya disisir rapi. Dia ingin

kelihatan kemas dan sopan di hadapan pak ngahnya nanti.

“Danial!!!... are you ready?”. Tiba-tiba pintu biliknya diketuk oleh ibunya yang telah

siap sedia untuk bertolak.

“Not yet mommy. Give me ten minutes”. Syed Danial sebenarnya mencari ruang untuk

mencari ketenangan. Semakin hampir masanya, terasa semakin gementar. Tiba-tiba terfikir di

benaknya, adakah apa yang dilakukannya ini adalah benar. Tetapi untuk menarik diri saat-saat

akhir begini mungkin tidak akan berlaku. Apa kata ibunya nanti. Fikir Syed Danial lagi.

270

“Ahh… alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan”. Syed Danial

bertekad meneruskan rancangannya untuk meminang Puteri Balqis malam itu walau apapun

yang terjadi.

Setelah yakin dengan penampilan dirinya, Syed Danial melangkah keluar dari bilik dan

menuruni anak tangga untuk ke ruang tamu di mana ibu dan ayahnya telah sedia menunggu.

“I’m ready daddy, mommy”. Syed Danial menyapa ibu dan ayahnya yang telah sekian

lama menunggu di ruang tamu.

“So, mana barang-barang yang nak kita bawa ke rumah pak ngah kamu?”. Soal Syed

Adzam kepada anaknya yang masih tegak berdiri di sisi ibunya.

“Oh… sorry. Barang-barang dah ada dalam kereta”. Jawab Syed Danial samil jarinya

menuding ke luar.

“Apa barang-barang yang kamu beli?”. Giliran Syarifah Nur Ain pula bertanya kepada

Syed Danial.

“Tak banyak mommy. Danial siapkan dua bentuk cincin. Satu cincin merisik dan satu

lagi cincin bertunang. Then Danial ada sediakan tepak sireh dengan sepersalinan pakaian”. Syed

Danial menjelaskan satu persatu perkara-perkara yang telah disediakan untuk malam itu.

“Wahh… pandai Danial ni kan. Mommy tak sangka Danial boleh alert semua ni. Mana

Danial belajar?”.

“Danial tanya pada En. Google, mommy”. Syed Danial cuba bergurau dengan ibunya

untuk meredakan sedikit darah gemuruhnya.

“Bagus… bijak anak mommy”. Syarifah Nur Ain menunjukkan tanda bagus kepada

Syed Danial. Dia tidak menyangka anaknya yang terdidik dengan persekitaran yang jauh

berbeza dengan budaya dan adat di Timur, mampu untuk menyediakan itu semua. Sebelum dia

dan suaminya bimbang sekiranya Syed Danial terikut-ikut budaya barat yang agak jauh berbeza

dengan budaya Melayu.

“Ehh… dah pukul berapa ni. Jom kita bertolak. Nanti lambat pula”. Syed Adzam melihat

ke arah jam tangannya. Jam sudah menunjukkan pukul lapan empat puluh lima. Dia bimbang

sekiranya mereka terlalu lewat untuk sampai di rumah abang ngahnya itu. Dah lah nak datang

tak bagitau apa-apa. Bisik hati Syed Azam lagi.

Syarifah Nurul Ain bingkas bangun menuruti suaminya dan juga anaknya yang telah

berjalan menuju ke pintu. Kereta dipandu oleh Syed Danial yang membawa ayah dan ibunya

bergerak meninggalkan rumah. Jarak rumah Syed Danial dan rumah pak ngahnya hanyalah

setengah jam.

271

“Dekat seat sebelah mommy tu ada barang-barang yang Danial dah beli”. Sambil

memandu Syed Danial sempat memberitahu ibunya yang duduk di belakang, barang-barang

keperluan seperti yang telah disebutkannya sebelum ini. Syarifah Nur Ain memerhati barangbarang

yang dimaksudkan oleh anaknya, Syed Danial. Terdapat beberapa kotak besar yang

mengandungi kasut, beg tangan, minyak wangi dan baju. Selain itu juga terdapat dua kotak

kecil yang mengandungi cincin merisik dan cincin tunang seperti yang telah diberitahu oleh

Syed Danial kepadanya. Terdapat juga tepak sireh yang lengkap dan telah digubah cantik.

“Cantik tepak sireh ni. Macam mana Danial buat?”. Syarifah Nur Ain menggambil tepak

sireh di sebelahnya dan dibelek-belek tepak sireh tersebut.

“Danial beli yang dah siap je mommy. Lagi pun mana Danial tau nak buat semua tu”.

Syed Danial berterus terang.

“Tak apa. Sekurang-kurangnya Danial dah belajar adat istiadat orang Melayu. Itu yang

penting”. Syarifah Nur Ain memuji tindakan anaknya itu.

“Betul tu Danial. Walaupun Danial ni lahir dan membesar di London, tapi Danial tetap

orang Melayu”. Syed Adzam menyokong apa yang dikatakan oleh isterinya. Walaupun

menetap di luar negara, Syed Adzam tidak pernah meninggalkan adat resam orang Melayu

dalam mendidik anak-anaknya termasuk lah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa

perbualan di rumah. Sebab itu lah kesemua anak-anak mereka fasih berbahasa Inggeris dan juga

bahasa Melayu.

Syed Danial hanya mendiamkan diri mendengar perbualan ayah dan ibunya. Fikirannya

pada ketika itu hanya tertumpu kepada apa yang bakal berlaku sebentar nanti. Perjalanan yang

singkat terasa seperti terlalu lama.

272

BAB 60

Grab yang dinaiki oleh Imran berhenti betul-betul di hadapan rumah agam milik Tan

Sri Syed Aminuddin. Selepas membayar tambang, Imran keluar dan berdiri di hadapan pagar

rumah. Dari jauh kelihatan pintu utama terbuka dan kawasan rumah terang benderang seperti

ingin menyambut seseorang. Berat jari Imran untuk menekan loceng rumah agam itu tetapi

digagahkannya juga. Sebaik loceng pintu pagar ditekan Imran, kelihatan kelibat seorang gadis

muncul di muka pintu. Pintu pagar di hadapan Imran terbuka perlahan-lahan.

Imran melangkah berhati-hati menuju ke pintu utama yang sudah terbuka luas dan telah

sedia menunggu Puteri Balqis yang menggenakan baju kurung berwarna merah muda. Wajah

putih bersih Puteri Balqis lebih menyerlah kesan daripada warna baju yang dipakainya. Sebaik

memandang wajah Puteri Balqis dengan lebih dekat, Imran tidak berkelip memandang wajah

ayu itu. Dengan solekan nipis, Puteri Balqis begitu lain seperti sebelum-sebelum ini. Ini lah kali

pertama Imran melihat Puteri Balqis bersolek walaupun wajah aslinya memang sedia cantik.

“Im… apa yang tercegat kat situ. Masuk lah”. Pelawa Puteri Balqis apabila melihat

Imran berdiri kaku di hadapan pintu.

“Ok… ok. Sorry. Im ingat bidadari tak wujud. Rupanya sangkaan Im salah. Selama ini

Im tak sedar yang Im selalu bersama bidadari”. Puji Imran sambil melangkah masuk ke ruang

tamu. Puteri Balqis tersenyum mendengar pujian dari mulut Imran dan satu cubitan manja

hinggap di lengan Imran.

“Adohhh!!!”. Imran mengaduh kesakitan.

“Haa… Imran. Kenapa pula tu?”. Tan Sri Syed Aminuddin yang tiba-tiba muncul

menegur apabila mendengar jeritan kecil Imran.

“Ehh… Tan Sri… ehh… uncle. Tak ada apa. Nyamuk je tadi”. Imran menghulurkan

salam dan disambut oleh Tan Sri Syed Aminuddin.

“Pelik. Rumah uncle ni tak ada nyamuk. Ke nyamuk kepala hitam?”. Tan Sri Syed

Aminuddin bergurau sambil menjeling ke arah anak daranya itu. Puteri Balqis yang berdiri di

sebelah Imran menundukkan kepala mendengar usikan ayahnya. Dia cukup pasti ayahnya

melihat apa yang dilakukannya sebentar tadi terhadap Imran.

“Iye kot uncle”. Balas Imran malu-malu.

“Jom kita ke meja makan. Lama-lama kat depan ni nanti kena gigit nyamuk lagi. Im pun

tentu dah lapar kan?”. Tan Sri Syed Aminuddin mempelawa Imran ke meja makan utama. Imran

hanya menuruti langkah Tan Sri Syed Aminuddin.

273

Di atas meja makan terdapat hidangan-hidangan yang menyelerakan. Seumur hidup

Imran, belum pernah dia menikmati makanan seperti itu. Macam ni agaknya hidup orang kaya.

Tak ada masalah untuk memikirkan tentang makanan. Apa sahaja yang terlintas di kepala pasti

akan dapat dipenuhi. Berbeza dengan kehidupannya di kampung. Sumber makanan semuanya

kena tanam atau dibela. Sebab itu lah di kampung ibunya rajin menanam pelbagai sayur di

sekeliling rumah. Ibunya juga membela beberapa ekor ayam dan itik untuk mendapatkan

telurnya. Kalau nak merasa makan ayam atau daging, kena tunggu hari raya atau sewaktu

kenduri kendara.

“Banyak sangat lauk-lauk ni. Ada sesiapa yang nak datang ke uncle?”. Imran

memberanikan diri untuk bertanya kerana hidangan makan malam kali ini begitu istimewa tidak

seperti yang dihidangkan kepadanya sebelum-sebelum ini.

“Tak ada siapa. Semua ni untuk Imran lah. Memang Putri dengan auntie masak special

khas untuk Imran”. Penjelasan Tan Sri Syed Aminuddin membuatkan Imran merasa malu bila

memikirkan dia bukan siapa-siapa untuk disambut begitu. Kenapa Tan Sri baik sangat pada aku

ni. Bisik hati Imran.

“Susahkan uncle dengan untie je ni. Saya ingatkan biasa-biasa je”. Imran bersuara. Dia

bimbang sekiranya kehadirannya menyusahkan keluarga Tan Sri Syed Aminuddin.

“Iisshhh… tak ada susahnya. Biasa je ni”. Sambut Puan Sri Syarifah Zainah yang baru

muncul dari arah dapur sambil menatang nasi putih yang masih berasap. Di belakangnya Mak

Yam juga turut membawa jug air. Semuanya diletakkan di atas meja untuk mereka sama-sama

makan malam.

“Jom… apa lagi. Semua dah ada ni”. Jemput Tan Sri Syed Aminuddin apabila semua

sudah ada di meja makan tersebut. Selesai Imran membaca doa makan, dan saat-saat mereka

mula untuk menjamah hidangan yang ada di atas meja itu tiba-tiba…

“Ting tong!!!. Ting tong!!!”. Loceng rumah berbunyi menyebabkan semua yang ada di

meja makan itu membatalkan niat untuk menjamah hidangan yang tersedia. Semua

berpandangan sesama sendiri.

“Mak Yam… cuba Mak Yam tolong tengok siapa yang datang”. Arah Tan Sri Syed

Aminuddin kepada orang gajinya. Wanita berbadan gempal yang telah sekian lama berkerja

dengan Tan Sri Syed Aminuddin itu bergegas ke pintu utama untuk melihat gerangan siapa

yang datang.

“Kalau tak silap Syed Danial tu”. Suara Mak Yam sedikit kuat untuk memaklumkan

siapa yang hadir ke rumah itu.

274

“Jemput dia masuk”. Tan Sri Syed Aminuddin membasuh tangan dan bangun daripada

kerusi untuk ke pintu utama. Mak Yam menekan butang untuk membuka pintu pagar. Sebaik

pintu pagar terbuka, kereta BMW X6 milik Syed Danial meluncur masuk ke perkarangan rumah

Tan Sri Syed Aminuddin dan masuk ke dalam pouch. Tan Sri Syed Aminuddin dan isterinya

sudah sedia menanti di hadapan pintu.

“Assalamualaikum bang!”. Syed Adzam memberi salam kepada abangnya sebaik sahaja

turun daripada kereta. Tan Sri Syed Aminuddin terpempan seketika apabila melihat adiknya

yang menetap di London berdiri di hadapannya tiba-tiba.

“Waalaikumsalam. Ya Allah. Kau rupanya Adzam. Kenapa tak bagitau nak datang ni?.

Bila sampai?”. Bertalu-talu soalan dari Tan Sri Syed Aminuddin kepada adik yang telah lama

tidak ditemuinya itu. Mereka berpelukan untuk melepaskan rindu yang sekian lama terpendam.

Syed Danial hanya tersenyum melihat pertemuan ayah dan pakciknya itu seperti memberikan

petanda yang baik.

“Kami dah sampai KL ni dah dua tiga hari. Danial ni yang tak bagi kami call abang

ngah. Nak surprise katanya”. Syed Adzam menjelaskan kepada abangnya kenapa mereka

muncul tiba-tiba malam itu.

“Eerrmmm… tu lah. Memang abang terkejut sangat ni. Tak sangka orang jauh nak

datang”. Ujar Tan Sri Syed Aminuddin sambil mengesat titisan air matanya yang gugur kerana

sebak setelah sekian lama tidak bertemu dengan adik yang dikasihinya.

“Ajak lah Adzam dengan Ain tu masuk bang. Sejuk kat luar tu”. Puan Sri Syarifah

Zainah mengingatkan suaminya untuk mempelawa mereka masuk setelah agak lama di hadapan

pintu.

“Ohh… iye juga. Mari Adzam, Ain, Danial masuk dalam. Kebetulan kami pun baru nak

makan malam”.

“Wahhh… langkah kanan nampaknya”. Ujar Syed Adzam sambil melangkah masuk ke

rumah abangnya dan dituruti oleh isteri dan anaknya Syed Danial.

Setibanya di meja makan, reaksi wajah Syed Danial berubah apabila melihat Imran juga

turut berada di situ. Dia tidak menyangka kebetulan itu. Apa lah budak kampung ni buat kat

sini ni. Gerutu Hati Syed Danial. Dia terpaksa menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan

Imran.

“Haa… kebetulan. Biar abang ngah kenalkan. Ni Imran kawan Puteri. Imran… ni Syed

Adzam, ayah Danial, adik uncle yang duduk di London”. Tan Sri Syed Aminuddin

memperkenalkan Imran kepada Syed Adzam. Imran menghulurkan tangan untuk bersalaman

tapi salam Imran tidak bersambut, malah memandang wajah Imran pun tidak. Pertama kali

275

melihat Imran tadi, Syed Adzam sudah dapat mengagak itulah teman istimewa Puteri Balqis

seperti yang diceritakan oleh abangnya sebelum ini. Syed Danial juga ada menceritakan sedikit

sebanyak berkaitan Imran kepadanya. Baginya, abangnya membuat kesilapan besar kalau

memilih Imran untuk digandingkan dengan Puteri Balqis.

“Habis macam mana denga Puteri?. Nak ke dia terima kamu?”. Syed Adzam teringat

perbualannya dan isteri bersama Syed Danial dua tiga hari yang lalu.

“Kalau pak ngah dah setuju takkan dia nak menolak daddy. Itu sebab lah Danial bawa

mommy dan daddy untuk pergi meminang Puteri”.

“Tapi… pak ngah kamu bagitau daddy Puteri dah ada kawan?”

“Imran?”. Soal Syed Danial semula.

“Pak ngah kamu tak ada pula mention nama budak tu”.

“Kalau daddy nak tahu, nama budak tu Imran. Budak kampung je daddy. Tak layak

langsung kalau dengan Puteri. I don’t think pak ngah nak memalukan diri sendiri dan jatuhkan

status dia sebagai seorang yang ternama di KL ni”. Syed Danial bercerita tentang apa yang

diketahuinya tentang Imran dan mula meracuni pemikiran ayah dan ibunya.

“Duduk Adzam”. Pelawaan abangnya membuatkan ingatan Syed Adzam terhadap

perbualannya dengan Syed Danial tentang Imran terputus di situ sahaja. Syed Adzam menarik

kerusi meja makan dan sesekali menjeling ke arah Imran.

Dengan kehadiran Syed Danial serta keluarganya ke rumah Tan Sri Syed Aminuddin

membuatkan Imran merasa semakin kecil. Dia merasakan tidak layak untuk berada di tengahtengah

keluarga kaya seperti mereka. Dia mengibaratkan dirinya seperti sebiji beras di tengahtengah

timbunan batu permata. Imran seperti ingin menjerit sekuat-kuat hatinya. Ingin dia

berlari keluar daripada rumah itu kerana tidak tahan untuk menanggung seksaan itu lagi. Juadah

yang dimakan oleh Imran juga sudah hilang rasanya. Dia tidak berani mengangkat muka untuk

memandang wajah-wajah yang ada di hadapannya apatah lagi bila memikirkan salamnya yang

tidak disambut oleh Syed Adzam sebentar tadi. Betapa malunya dia bila semua orang

menyaksikan perkara tersebut, seolah-olah dirinya begitu jijik pada pandangan mereka

sehingga ingin berjabat tangan pun tidak mahu. Ait matanya hampir menitis tetapi ditahan

seupayanya.

Puteri Balqis sedar perubahan yang berlaku pada Imran. Dia cukup kasihan bila Imran

diperlakukan begitu. Kalau kali ini Imran benar-benar benci kepadanya, dia tidak akan

menyalahkan Imran. Dia sendiri tidak menyangka perkara tersebut boleh berlaku.

“Im nak apa-apa lagi?”. Tanya Puteri Balqis bila melihat Imran telah menghabiskan

makan malamnya. Imran hanya menggeleng-geleng kepala. Tiada kata yang keluar daripada

276

mulutnya yang seolah-olah telah terkunci. Dia merasa terpinggir bila melihat Tan Sri Syed

Aminuddin begitu seronok bercerita dengan adiknya seperti tidak menyedari kehadirannya di

situ.

“Jom kita ke depan”. Ajak Tan Sri Syed Aminuddin apabila dilihatnya semua yang ada

telah habis menjamu selera. Kesemua mereka bangun dan menuju ke ruang tamu. Masingmasing

melabuhkan punggung di atas sofa.

“Lama betul kita tak jumpa kan bang. Rasanya lebih dua puluh tahun”. Syed Adzam

menyambung perbulan yang bermula di meja makan sebentar tadi.

Betul lah tu. Tengok lah anak kamu ni. Dah bujang. Bijak, handsome pula tu”. Sambut

Tan Sri Syed Aminuddin sambil menunjuk kepada Syed Danial. Syed Danial tersenyum bangga

dengan pujian daripada pak ngahnya itu.

“Abang ngah. Sebenarnya kami balik ke KL ni ada hajat yang kami nak selesaikan”.

Setelah puas bercerita, Syed Adzam meneruskan apa yang telah dirancangkan sebelum ini.

“Oh… iye ke?. Macam besar hajatnya tu”.

“Betul abang ngah. Biar lah saya berterus-terang. Danial!... tolong keluarkan barangbarang

tadi”. Syed Adzam mengarahkan Syed Danial mengeluarkan barang-barang yang

dibawa untuk meminang Puteri Balqis. Barang-barang tersebut disusun di atas permaidani

manakala dua kotak kecil berisi cincin diserahkan kepada ibunya.

“Apa semua ni Adzam?”. Tan Sri Syed Aminuddin terkejut dengan apa yang dilakukan

oleh adiknya itu.

“Macam ni je lah. Sebenarnya tujuan kami ke mari bukan semata-mata untuk melawat

abang, tapi kami nak menyampaikan hajat anak kami Danial untuk meminang Puteri untuk

dijadikan suri hatinya”. Lancar Syed Adzam menyampaikan hajat hati anaknya Syed Danial.

Syed Danial yang duduk di satu sudut hanya tersebnyum mendengar hajat hatinya telah

disampaikan oleh orang tuanya sendiri.

Imran yang sedari tadi turut mendengar perbualan itu merasakan seperti ada sebiji batu

besar menghempap dadanya. Patut lah lain sangat persiapan mereka malam ini. Rupa-rupanya

Tan Sri ingin menyambut kedatangan adik serta bakal menantunya. Rupanya ini yang Tan Sri

ingin bincangkan dengan aku. Bisik hati Imran seorang diri. Badannya menjadi amat lemah.

Semangatnya entah hilang ke mana.

“Sedar diri Imran. Siapa kau nak menjadi sebahagian daripada keluarga ni. Kau dah

kena tipu Imran. Kalau aku jadi kau, dah lama aku tinggalkan rumah ni. Untuk apa lagi kau ada

di sini”. Satu suara halus seperti terdengar-dengar di telinga Imran. Tanpa sedar Imran bangun

dan berjalan menuju ke dapur.

277

“Im nak ke mana?”. Puteri Balqis menyapa Imran yang tiba-tiba bangun.

“Im nak ke toilet sekejap”. Tersekat-sekat suara yang keluar daripada mulut Imran.

Payah benar dia untuk bersuara dalam keadaan sebak yang menebal di hati. Imran tidak

mengambil masa lama untuk terus ke dapur. Setibanya di dapur, dilihatnya Mak Yam sedang

menyiapkan minuman untuk mereka.

“Ehhh… Imran nak ke mana?”. Tegur Mak Yam.

“Saya minta tolong dengan Mak Yam ye. Jangan bagitau sesiapa. Saya nak balik”. Imran

tidak dapat menahan air matanya lagi. Mak Yam terpinga-pinga tidak mengetahui punca Imran

bersikap sedemikian. Dia hanya mengangguk-anggukkan kepala tanda faham. Imran bergegas

keluar dari pintu belakang dan menyelinap ke pintu utama untuk menggambil kasutnya. Mujur

juga tiada sesiapa yang menyedari kelibatnya dan pintu pagar utama tidak bertutup. Melepasi

pagar rumah agam Tan Sri Syed Aminuddin seperti terlepas dari seksa neraka bagi Imran. Imran

berjalan tanpa menoleh lagi ke belakang. Dia tak mahu mengingat apa-apa lagi. Cukup-cukup

lah dirinya dipermain-mainkan. Imran mengharung kegelapan malam dengan membawa hati

yang penuh luka.

278

BAB 61

Pagi itu Imran awal datang ke fakultinya. Dia nekad dengan keputusan yang telah

diambilnya. Keputusan itu diambilnya adalah untuk kebaikan semua. Biar lah dia berkorban

demi untuk kebahagian orang yang dicintainya. Walaupun Puteri Balqis cinta hatinya yang

pertama, tetapi Imran redha dengan apa yang berlaku. Sebelum ini pun dia hanya mencintai

Puteri Balqis dalam diam dan tidak bermimpi untuk memiliki cinta itu.

Tepat jam lapan Imran berjalan menuju ke bilik Dekan fakultinya. Borang penangguhan

pengajian telah siap diisi. Malam tadi lagi selepas balik dari rumah Puteri Balqis, Imran terus

mencetak borang penangguhan tersebut dan mengisinya tanpa pengetahuan Wahid yang sedang

nyenyak tidur ketika itu. Pagi tadi pun dia keluar tanpa pengetahuan Wahid. Dia tidak mahu

berkongsi kedukaannya ketika itu dengan Wahid. Dia akan bercerita bila waktunya sesuai.

“Harap-harap urusan aku dipermudahkan hari ni. Ameen”. Imran menadah doa sebelum

mengetuk pintu Dekan dan masuk ke dalam bilik setelah dibenarkan. Menggigil tangan Imran

menunjukkan borang tersebut yang telah lengkap diisi.

“Weiii… kat sini rupanya kau kan”. Tegur Wahid apabila terserempak Imran yang baru

keluar dari bilik Dekan fakulti.

“Apa yang kau buat kat bilik dekan ni?”. Soal Wahid lagi.

“Ehh… tak ada apa. Hal kecil je”. Imran cuba berdalih agar Wahid tidak mengetahui

tujuan dia berjumpa Dekan.

“Kau macam ada simpan rahsia dari aku kan?. Tengok muka kau pun aku dah tau”.

“Eh… mana ada. Aku ok what”.

“Kau jangan nak tipu. Hal malam tadi pun kau tak cerita lagi pada aku”. Wahid cuba

memancing rahsia yang cuba disembunyikan oleh Imran daripadanya.

“Macam mana aku nak cerita. Malam tadi aku balik kau dah terbongkang tidur”. Imran

memberi alasan.

“Ok… tak apa. Tapi balik nanti aku nak kau story apa cerita malam tadi”. Wahid masih

tidak berputus asa. Imran hanya tersenyum memandang Wahid. Belum sempat mereka berbual

panjang, telefon Imran berdering. Imran memerhati screen telefonnya seketika.

“Weiii… office call aku la”. Imran dan Wahid saling berpandangan.

“Assalamualaikum. Imran Abu Bakar ke?”. Satu suara halus berada di hujung telefon

Imran.

“Waalaikumsalam. Ye saya. Ada apa ye puan?”. Tanya Imran.

“Boleh awak datang ke pejabat fakulti sekejap”.

279

“Ada apa ye puan?”. Tanya Imran lagi ingin mengetahui kenapa dia dipanggil ke pejabat

fakulti. Bimbang kalau-kalau dia ada melanggar peraturan universiti seperti mana dia pernah

dipanggil ke pejabat gara-gara dituduh mencuri.

“Awak datang dulu. Nanti kami akan jelaskan”. Jawab suara itu dan talian diputuskan.

“Wahid aku gerak dulu. Nanti kita jumpa kat bilik kuliah”. Imran menepuk bahu Wahid

lantas meninggalkannya seorang diri. Imran ingin segera mengetahui apa perkara yang ingin

disampaikan kepadanya.

“Assalamualaikum. Tadi saya ada dapat panggilan dari pejabat”. Tanya Imran sebaik

dia tiba di kaunter pertanyaan di pejabat fakulti.

“Awak Imran Abu bakar ke?”. Soal kerani yang bertugas di kaunter tersebut.

“Ye saya”.

“Macam ni. Setelah kami buat semakan, awak masih belum menyerahkan borang latihan

praktikal ke pejabat fakulti seperti yang diperlukan. Kalau awak tak dapat nak serahkan borang

tu, bermakna awak tidak memenuhi keperluan bergraduat”. Penerangan kerani kaunter itu

sekali lagi membuat Imran terkesima. Bukan kah sebelum ini Puteri Balqis telah menyatakan

persetujuannya untuk membantunya mendapatkan tempat untuk latihan praktikal di pejabat

ayahnya?. Persoalan itu berlegar di kepala Imran. Lagi dua hari peperiksaan akhir akan bermula

bermacam-macam perkara yang timbul.

“Macam mana kalau semester hadapan saya menagguh pengajian?”. Soal Imran ingin

kepastian.

“Oh… kalau macam tu tak ada masalah. Tapi pastikan sebaik awak mendaftar semula

untuk menyambung pengajian, awak kena submit borang tu dengan segera untuk kami proses”.

Imran lega dengan penerangan kerani kaunter tersebut. Dia segera meninggalkan pejabat fakulti

untuk ke bilik kuliah.

Sepanjang perjalanan itu Imran asyik memikirkan kenapa Puteri Balqis sanggup

menipunya. Kalau dia berterus-terang tidak sanggup untuk membantunya, Imran boleh faham.

Tidak lah dia berharap sangat dengan janji-janji Puteri Balqis. Walau macam mana susah, dia

akan usahakan sendiri segala keperluan pembelajarannya itu.

“Kenapa Puteri sanggup buat aku macam ni”. Bisik Imran sendirian.

“Bukan salah dia. Aku yang tak sedar diri. Kerana terlalu seronok sampai tak sedar diri

tengah dipermainkan dan diketawakan”. Imran menyalahkan dirinya sendiri. Imran bertekad

untuk melupakan semua itu. Langkahnya dipercepatkan untuk menuju ke bilik kuliah.

280

“Akhir-akhir ni aku tengok kau lain macam je. Macam tak ada mood nak buat apa-apa”.

Tanya Aireen bila melihat Puteri Balqis hanya membisu tidak seperti selalu. Biasanya Puteri

Balqis lah yang paling banyak bercakap.

“Iye lah Puteri. Kalau kau ada masalah share lah dengan kami. Mana tau kalau kami

boleh tolong”. Giliran Misya pula bertanyakan kepada Puteri Balqis yang masih belum mahu

membuka mulut.

“Entah lah. Aku pun tak tau macam mana nak cerita pada korang. Makin aku sayang

pada Imran, makin banyak dugaan yang aku kena tempuh”. Akhirnya Puteri Balqis membuka

mulut setelah sekian lama membisu.

“Apa lagi yang tak kena?”. Soal Aireen ingin tahu.

“Malam baru ni, daddy aku ada jemput Imran untuk dinner. Tapi sebenarnya daddy aku

nak bincang soal masa depan kami selepas habis study nanti”. Puteri Balqis memulakan cerita

yang menyebalkan dadanya.

“So?”. Tanya Misya tidak sabar.

“Korang tau tak. Belum sempat daddy aku nak bincang apa-apa dengan Imran, Danial

datang rumah dengan mommy and daddy dia”.

“Maksudnya uncle dan auntie kau sendiri”. Aireen seperti tidak percaya mendengar

cerita Puteri Balqis seolah-olah sudah dapat meneka apa yang bakal berlaku. Puteri Balqis

hanya mengangguk-anggukkan kepala menjawab soalan Aireen.

“Apa yang dia nak?”. Misya bergilir-gilir dengan Aireen menyoal Puteri Balqis.

“Danial bawa mommy dan daddy dia untuk meminang aku. Dia fikir plan dia akan

berjaya kalau mommy dan daddy dia yang datang meminang aku”.

“Habis daddy dengan mommy kau macam mana?”. Aireen yang dari tadi duduk

bertentangan dengan Puteri Balqis, bangun dan duduk di sebelahnya. Dia menggosok-gosok

belakang Puteri Balqis yang kelihatan sebak ketika menceritakan semula apa yang berlaku

malam itu.

“Aku tak risau dengan mommy dan daddy aku. Yang aku risau sekarang Imran. Malam

tu pun dia balik tanpa pengetahuan aku. Sedar-sedar Imran dah tak ada”. Suara Puteri Balqis

putus-putus dan ada air jernih yang mengalir di pipi mulusnya. Aireen memeluk Puteri Balqis

untuk memberi kekuatan kepada sahabatnya itu.

“Aku yakin Imran kecewa dengan aku. Mesti dia ingat aku sengaja nak mempermainkan

dia malam tu, sedangkan apa yang berlaku aku sendiri pun tak tahu”. Air mata Puteri Balqis

semakin deras.

“Sabar lah Puteri. Aku yakin Imran boleh faham”. Aireen cuba memujuk Puteri Balqis.

281

“Betul kata Aireen tu Puteri. Imran tu seorang lelaki yang sangat baik. Susah nak jumpa

lelaki macam tu. Kalau kau cerita baik-baik, mesti dia akan faham”. Misya yang turut kasihan

melihat kisah cinta Puteri Balqis dan Imran turut memberi kata-kata sokongan. Dia turut

menyertai Aireen turut memeluk Puteri Balqis yang menahan sedu sedannya.

“Kali ni susah aku nak pujuk Imran. Aku dapat rasa yang Imran fikir aku tipu dia. Aku

tau dia baik. Tapi aku tak rasa dia akan terima aku semula dengan apa yang dah terjadi”.

“Puteri… kau tak boleh cakap macam ni. Kau kena buat sehabis baik. Takkan kau nak

lepaskan Imran macam tu je”. Sedaya upaya Aireen memberi semangat kepada Puteri Balqis

agar tidak berputus asa.

“Macam mana aku nak explain pada dia. Semenjak kejadian tu dia dah block nombor

aku. Bila dalam kelas, dia selalu mengelak daripada jumpa aku. Lagipun aku tak nak ganggu

dia. Korang tau kan isnin ni dah mula final exam. Aku tak nak sebab aku, pelajaran dia

terganggu”. Puteri Balqis meluahkan segalanya kepada Aireen dan Misya. Dia tidak kuat untuk

menanggung semua itu lagi. Sebab itu lah dia terpaksa berkongsi segalanya dengan mereka.

“So apa plan kau lepas ni?” Tanya Misya lagi.

“Buat masa sekarang aku tak nak ganggu dia. Lepas exam nanti aku akan bersemuka

dengan Imran dan jelaskan segala-galanya. Sama ada dia nak terima aku atau tak, itu aku

serahkan pada ketentuan Allah”. Itu lah yang ada di fikiran Puteri Balqis sekarang. Kalau

ikutkan hatinya, mahu sahaja dia merayu menangis di kaki Imran untuk memohon kemaafan

atas apa yang berlaku pada malam itu. Dia ingin menjelaskan semua yang berlaku pada Imran.

Tapi bila memikirkan peperiksaan yang bakal mereka hadapi, Puteri Balqis terpaksa

menangguhkan dahulu rancangannya.

“Bagus lah kalau kau fikir macam tu. Aku pun harap kau focus dulu pada final exam.

Lepas tu nanti baru lah kita fikirkan macam mana nak settle problem kau ni”. Aireen bersetuju

dengan apa yang dirancang oleh Puteri Balqis. Aireen dan Misya faham bukan mudah bagi

Puteri Balqis untuk mengharungi saat-saat seperti itu. Tapi selagi mereka ada, mereka takkan

biarkan Puteri Balqis menanggung permasalahan itu seorang diri.

282

BAB 62

Pagi itu Imran bangun awal. Selepas sembahyang subuh dia bersiap untuk pulang ke

kampung. Segala keperluan untuk dibawa pulang telah disiapkan terlebih awal malam tadi. Dia

tidak mahu lagi tinggal lebih lama di universiti itu. Semakin lama dia tinggal disitu, semakin

sedih dia rasakan. Setiap tempat di kampus itu seperti menggamitnya pada kenangan lama

antara dia dan Puteri Balqis.

Suasana masih suram kerana pagi masih terlalu awal. Imran duduk sendirian menunggu

grab yang ditempahnya tiba. Tanpa sedar dia teringatkan perbualannya bersama Wahid malam

tadi.

“Im... kau confirm ke nak balik kampung awal ni?”. Soal Wahid apabila melihat Imran

berkemas-kemas.

“Aku kena balik juga Wahid. Makin lama aku kat sini, aku jadi makin tak kuat”. Imran

berterus terang tentang perasaannya ketika itu kepada Wahid.

“Lagipun exam dah habis. So no point aku nak lama-lama kat sini”. Tambah Imran lagi.

Wahid memahami perasaan Imran. Selepas mendengar cerita Imran tentang apa yang

berlaku malam itu, Wahid turut bersimpati. Kalau dia yang menghadapi perkara tersebut, dia

sendiri akan merasa sedih dan terhina. Berat mata memandang, berat lagi bahu Imran yang

memikul. Tiada siapa yang ingin dimalukan sedemikian. Wahid faham, pelbagai perasaan yang

hadir di dalam hati Imran ketika itu. Sedih, kecewa, malu, rendah diri dan macam-macam lagi.

“Tapi aku rasa Puteri tak tahu apa-apa pasal kes tu. Tak adil kau hukum dia atas benda

yang dia tak buat”. Wahid memberikan pendapatnya melalui cerita yang didengar dari Imran.

“Dia tak tahu atau saja buat-buat tak tahu?. Sinis bicara Imran kali ini.

“Kenapa kau cakap macam tu?”.

“Ada perkara yang aku tak cerita pada kau. Sebelum final exam tempoh hari kau perasan

tak office fakulti ada call aku?”. Imran mengingatkan kembali peristiwa yang berlaku minggu

lalu. Wahid hanya menganggukkan kepala.

“Tapi apa kaitannya dengan Puteri?”. Wahid masih tidak mengerti apa kaitan antara

peristiwa itu dan Puteri Balqis.

“Office kata borang untuk latihan praktikal aku belum submit. Pada hal sebelum ni dia

yang beriya-iya nak bantu aku untuk dapatkan tempat latihan praktikal di pejabat ayah dia”.

“Maknanya dia tak hantar borang tu ke pejabat?”. Wahid seperti baru memahami apa

yang ingin disampaikan oleh Imran.

283

“Sekarang kau faham kan apa yang dia cuba nak buat pada aku?”. Imran memandang

tepat wajah Wahid. Wahid terdiam seketika mendengar teori yang diciptakan oleh Imran.

“Ehh... tapi aku still tak percaya yang Puteri boleh buat semua tu pada kau”. Wahid

masih mahu berfikiran positif dan dia tidak mahu Imran membuat keputusan yang tergesa-gesa.

“Entah lah Wahid. Lepas apa yang berlaku, susah aku nak ubah apa yang aku fikir

sekarang. Kau pun tahu kan, sebelum ni dia memang bencikan aku sangat-sangat. Tak mustahil

apa yang dia lakukan selama ini cuma lakonan semata-mata supaya dia dapat sakitkan hati aku

sampai aku undur diri dan keluar dari universiti ni. Kalau itu yang dia nak, rancangan dia dah

berjaya”. Imran sebak bila mengenangkan semua itu.

Mendengar apa yang dikatakan, Wahid sedar Imran sudah benar-benar berubah. Dia

seperti kehilangan Imran yang dahulu yang sentiasa berfikiran positif dan tidak mudah untuk

menilai seseorang sehingga perkara itu dibuktikan. Tetapi dia tidak menyalahkan Imran.

Perjalanan cintanya penuh liku. Kalau dia sendiri pun menghadapi apa yang Imran lalui, entah

apa yang akan terjadi. Dalam masa yang sama Wahid salute terhadap Imran yang sentiasa

tenang dengan pelbagai ujian yang menimpa sejak mula lagi.

“Entah lah Im. Aku pun tak tahu nak fikir apa. Aku pun bukan pandai sangat nak nasihatnasihat

orang ni. Tapi aku cuma nak cakap, sebelum buat apa-apa kau fikir lah masak-masak

dulu ye. Aku bimbang kau tersalah buat keputusan”. Wahid tetap juga cuba menasihati Imran

agar tidak berputus asa. Dia yakin dengan instict yang ada pada dirinya. Dia tetap yakin Puteri

Balqis masih sayangkan Imran dan apa yang berlaku di luar kawalannya.

“Tak apa lah Wahid. Aku redha dengan ketentuan Allah. Aku cuma nak tenangkan

fikiran je. Aku perlu sedar diri. Pipit selamanya takkan boleh terbang bersama enggang. Aku

mengaku aku bodoh dalam soal-soal macam ni sampaikan aku tak sedar yang aku diperbodohbodohkan”.

Ujar Imran sambil menyusun beberapa helai baju dan seluar ke dalam beg

pakaiannya.

“Kalau itu keputusan kau, aku tak boleh nak kata apa. Cumanya aku nak bagitau kau,

bunga bukan sekuntum”. Wahid cuba memberi kekuatan kepada Imran walaupun dia tahu luka

di hati Imran terlalu parah.

“Aku dah tak fikir soal tu semua Wahid. Biar lah aku jadi Imran yang dulu. Gila

mengejar ilmu lebih baik daripada gila mengejar cinta. Betul kata orang, kalau kita kejar ilmu,

ilmu akan menjadikan kita seorang yang berakal. Kalau kita kejar cinta, cinta akan menjadikan

kita seorang yang buta. Buta mata, buta hati, buta segala-galanya”. Wahid menganggukanggukkan

kepala tanda setuju dengan falsafah yang dikatakan oleh Imran itu.

284

“Cuma satu aku nak minta tolong kau”. Perlahan suara Imran sambil memandang wajah

sahabat karibnya itu dalam-dalam.

“Apa dia?”.

“Nanti kalau result dah keluar, kau tolong tengokkan untuk aku ye”.

“Ooo… itu ke. Ingatkan apa tadi. No problem lah”. Wahid menarik nafas lega.

Kedua-dua mereka akhirnya membisu setelah kehabisan kata-kata. Wahid hanya

memerhati Imran berkemas barang-barang miliknya. Tetapi Wahid agak pelik kerana kali ini

Imran membawa pulang semua pakaian dan barang-barang keperluannya seperti tidak mahu

kembali lagi ke kampus itu. Wahid tidak mahu bertanyakan perkara tersebut takut menyinggung

perasaannya.

Imran kembali tersedar dari lamunannya sementara menunggu grab yang ditempahnya

tiba dan berhenti betul-betul di hadapannya. Barang-barang yang dibawa bersama dimasukkan

ke dalam bonet kereta. Mujur juga selama dua tahun dia tinggal di asrama itu, tidak banyak

barang-barang keperluan yang dibawa. Selesai semuanya, Imran menarik nafas dalam-dalam

seolah-olah ingin merasai udara kampus buat kali terakhir.

“Rupanya masih banyak yang aku perlu belajar dalam hidup ni. Tak semua ujian aku

boleh lulus dengan cemerlang. Kerana cinta, aku jadi buta hingga lupa asal usul sendiri. Benar

lah kata orang tua, enggang sama enggang, pipit sama pipit. Itulah dunia”. Butir-butir air jernih

bergenang di kelopak mata Imran. Hampir jatuh tapi Imran sempat menyeka air matanya.

Kerana cinta dia menangis. Kerana cinta dia terpaksa mengorbankan pelajarannya. Imran

berpaling seketika melihat bangunan universiti tempat dia menimba ilmu. Beg baju

disandangnya. Imran membuka pintu grab yang telah ditempah. Imran tenggelam di dalam

perut kereta. Kereta bergerak perlahan-lahan dan semakin laju membawa Imran ke destinasi.

“Selamat tinggal semua. Ada umur kita berjumpa lagi”. Bisik hati Imran. Dia memejamkan

mata seolah-olah ingin memadamkan terus kegagalan yang dialaminya di universiti itu daripada

memori hidupnya.

“Kesian aku tengok kau ni. Dah macam kucing mati anak”. Tegur Aireen bila melihat

Puteri Balqis yang sepertinya sudah tidak terurus.

“Betul cakap Aireen tu. Kau jangan lah terlalu ikut perasaan. Masih ada jalan kan”.

Misya turut bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh sahabatnya itu.

285

“Aku dah tak tau nak buat apa. Semua jalan buntu. Aku tak dapat nak contact Imran

pun. Sekarang aku sendiri pun tak tahu dia kat mana”. Setiap kali Puteri Balqis membuka mulut

setiap kali itu juga lah air matanya akan mengalir. Imran seperti lenyap, hilang tanpa khabar

berita. Pelbagai cara dia lakukan untuk berhubung dengan Imran tetapi akhirnya dia menemui

jalan buntu.

“Kalau kau terus macam ni takkan menyelesaikan masalah”. Misya memujuk. Sebagai

sahabat yang paling rapat dengan Puteri Balqis, mereka tidak sekali-kali akan meninggalkannya

yang sedang bermasalah.

“Macam ni lah. Aku ada idea. Macam mana kalau kita minta bantuan Wahid. Wahid tu

dah macam saudara kandung Imran. Tentu dia tau mana Imran pergi”. Aireen memberikan

cadangan untuk membantu Puteri Balqis menemukan Imran.

“Bagus juga idea tu. Aku setuju”. Tambah Misya.

“Ok… kalau macam tu aku contact Wahid”. Aireen mencapai telefonnya dan jari

jemarinya pantas menari-nari di atas screen telefon mencari nombor telefon Wahid. Aireen

meletakkan telefonnya ke telinga menunggu panggilan di angkat.

“Assalamualaikum. Wahid ke?”. Aireen memberi salam setelah panggilan bersambut.

“Waalaikumsalam. Ye saya”. Kedengaran suara halus di hujung telefon menjawab

panggilan Aireen. Aireen tersenyum bila panggilannya berhasil.

“Saya Aireen kawan Puteri. Kenal kan?”.

“Kenal. Kan kita satu kuliah. Ada apa-apa yang saya boleh bantu ke?”. Tanya Wahid.

“Macam ni… sebenarnya… err…”. Belum sempat Aireen meneruskan perbualannya,

Puteri Balqis pantas mencapai telefon tersebut.

“Wahid… ni Puteri. Puteri nak minta tolong sangat dengan Wahid. Imran mana?”.

“Eehh… Puteri. Saya harap Puteri sabar ye”. Wahid sedikit terkejut apabila Puteri

Balqis yang mengambil alih perbualan tersebut.

“Please Wahid. Puteri nak sangat jumpa Imran. Puteri nak clearkan apa yang dah

berlaku”.

“Wahid faham. Imran tak ke mana-mana pun. Dia cuma nak tenangkan fikiran. Banyak

benda yang buat dia jadi macam tu”. Wahid menceritakan satu-persatu kepada Puteri Balqis

apa yang diceritakan oleh Imran malam itu. Air mata Puteri Balqis tidak mampu ditahan-tahan

bila mendengar cerita Wahid.

“Tapi Puteri jangan bimbang. Wahid akan tolong. Cuma beri masa pada Imran untuk

tenangkan dirinya”. Wahid menambah.

286

“Terima kasih Wahid”. Puteri Balqis memutuskan talian. Dia menyerahkan kembali

telefon tersebut kepada Aireen. Sedikit sebanyak hatinya lega bila mengetahui di mana Imran

berada ketika itu. Wajah Aireen dan Misya dipandangnya silih berganti.

287

BAB 63

Imran masih membatu. Tubuhnya kaku. Mulutnya amat berat untuk dibuka. Dia juga

tidak mampu untuk menatap dan bertentang mata dengan seseorang yang sedang berdiri di

hadapannya walaupun orang itu amat dikenalinya sebelum ini.

“Im dah tak nak tengok muka Puteri lagi ke?. Im dah benci sangat dengan Puteri?”.

Suara lembut Puteri Balqis sedikit sebanyak melembutkan hati Imran.

“Im tak marah atau benci sesiapa pun, apatah lagi Puteri. Im Cuma malu dengan diri Im

sendiri”. Perlahan suara Imran menjawab. Kepalanya diangkat perlahan-lahan untuk

memandang wajah Puteri Balqis. Akhirnya pandangannya terhenti pada senyuman Puteri

Balqis yang menghiasi wajah putih bersihnya.

“Im nak malu apa?”. Soal Puteri Balqis.

“Im malu dengan diri sendiri yang berhajat dan peluk gunung. Kita kena terima hakikat

Puteri. Kedudukan kita membuatkan kita tak boleh nak berdiri sama tinggi, duduk sama rendah.

Puteri faham maksud Im kan?”.

“Im!!!... Im juga yang ajar Puteri. Kedudukan, harta serta apa yang kita ada di dunia ni

bukan ukuran di sisi Allah. Tapi kenapa sekarang Im menafikan apa yang Im sendiri ajar pada

Puteri”. Suara Puteri sedikit keras. Dia tidak bermaksud untuk memarahi Imran, tetapi hanya

ingin menggembalikan keyakinan Imran padanya.

“Im tak bercakap pasal kedudukan kita di sisi Allah, tapi Im bercakap pasal kedudukan

kita di mata manusia”. Imran cuba menegakkan pendapatnya.

“Kalau kita asyik nak dengar cakap orang, kita tak boleh nak hidup Im”. Pujuk Puteri

Balqis. Imran terdiam sambil memandang lantai rumahnya.

“Tapi….”.

“Im… tolong lah. Puteri nak Im yang dulu. Kuat semangat, ceria dan selalu positif.

Puteri tahu Puteri banyak buat salah pada Im. Im banyak terseksa sebab Puteri. Tapi bagi lah

peluang pada Puteri untuk betul kan semua tu”. Puteri Balqis tidak berputus asa dalam usahanya

memujuk Imran.

“Wahid dah ceritakan semuanya pada Puteri. Wahid juga yang bagi alamat kampung Im

pada Puteri. Puteri sanggup datang dari jauh semata-mata nak jelaskan semuanya pada Im.

Sebenarnya Im dah salah faham. Pasal kejadian malam tu pun bukan family Puteri yang

rancang. Daddy sendiri pun tak tahu yang adik dia, uncle Adzam nak datang. Daddy lagi

terkejut bila uncle Adzam datang nak meminang Puteri”. Terang Puteri Balqis dengan panjang

lebar. Imran hanya diam terpaku di kerusi mendengar penjelasan Puteri Balqis.

288

“Tak apa lah Puteri. Im dah redha dengan apa yang berlaku. Im sikit pun tak marah atau

berdendam dengan Puteri. Im doakan semoga Puteri berbahagia dengan Danial”. Imran

bersuara pasrah.

“Apa Im cakap ni?”.

“Habis tu, tentu daddy Puteri terima pinangan Danial kan?. Takkan lah daddy Puteri nak

kecewakan permintaan adik dia sendiri”.

“Im memang tak tahu apa-apa kan?. Sebenarnya daddy tak…”.

“Ye!!!... uncle tak terima pun pinangan tu walaupun dia adik uncle sendiri”. Tiba-tiba

kata-kata Puteri Balqis dipotong oleh seseorang. Imran dan Puteri Balqis serentak menoleh ke

arah suara itu.

“Daddy, mommy!!!”. Puteri Balqis menjerit kecil tidak percaya dengan kehadiran ibu

dan bapanya di rumah Imran. Imran lebih terkejut dengan kehadiran Tan Sri Syed Aminuddin

dan isterinya. Dalam keadaan serba salah Imran terpaksa juga menghulurkan tangan untuk

bersalaman dengan Tan Sri Syed Aminuddin yang sudah berdiri di ambang pintu rumahnya.

“Sila duduk Tan Sri… eehh… uncle, auntie. Tapi maaf sebab rumah ni sempit sikit”.

Rasa malu menguasai diri Imran. Dia memang tidak menyangka sehingga ke kampung mereka

mencarinya untuk menjernihkan keadaan.

“Tak apa Im. Kami dah biasa”. Ujar Tan Sri Syed Aminuddin yang tidak mahu Imran

terlalu merendah diri.

“Macam mana daddy dan mommy boleh tahu alamat kampung Imran?”. Soal Puteri

Balqis yang masih tidak percaya bagaimana ayah dan ibunya boleh sampai ke kampung Imran.

Tan Sri Syed Aminuddin hanya tersenyum mendengar soalan anaknya itu.

“Puteri dah lupa ke?. Kan Puteri ada bagi borang permohonan Puteri dan Imran untuk

latihan praktikal di office daddy. Dari situ lah daddy dapat alamat Imran”. Tan Sri Syed

Aminuddin menjelaskan bagaimana dia dan isterinya boleh sampai ke kampung Imran.

“Sebenarnya mommy yang cadangkan pada daddy supaya datang sendiri ke kampung

Imran untuk membincangkan perkara yang tergendala pada malam tu. Sambil-sambil tu boleh

juga kami kenal-kenal dengan mak Imran. Tapi kami tak sangka Puteri pun ada sekali”. Puan

Sri Syarifah Zainah menceritakan apa yang mereka rancangkan.

“Tapi kenapa uncle tak terima pinangan Danial?”. Imran bertanya ingin tahu.

“Sebenarnya begini,…”. Tan Sri Syed Aminuddin mula menceritakan apa yang berlaku

yang tidak diketahui oleh Imran pada malam tu.

289

“Macam ni lah Adzam. Macam yang abang bagitau kamu sebelum ni. Puteri Balqis ni

dah ada pilihan hati sendiri. So abang ngah tak dapat nak terima pinangan kamu ni”. Tan Sri

Syed Aminuddin berterus terang.

“Abang nak kahwinkan Puteri dengan budak kampung tu ke?. Abang tak ingat ke

macam mana family kita huru hara sebab hal-hal yang macam ni. Abang tak malu ke apa kata

orang sekeliling nanti?”. Syed Adzam mula mempersoalkan keputusan yang dibuat oleh

abangnya sendiri.

“Adzam… family kita huru hara sebab sikap ego dan sombong arwah ayah. Bukan sebab

sesiapa. Keturunan dan kekayaan yang kita agungkan belum tentu menjadikan kita mulia di

akhirat kelak”. Tan Sri Syed Aminuddin tetap dengan pendiriannya. Apa yang penting

kebahagian anak tunggalnya itu.

“Kamu tak tahu apa-apa pasal Imran. Dia dah banyak mengubah cara hidup kami

sekeluarga terutama Puteri. Abang yakin pilihan Puteri tu tepat. Sebab itu lah abang juga

merestui hubungan diaorang”. Tambah Tan Sri Syed Aminuddin lagi.

Syed Adzam dan isteri serta Syed Danial terdiam mendengar kata-kata Tan Sri Syed

Aminuddin. Mereka tidak mampu berkata apa-apa. Syed Adzam kenal sangat dengan perangai

abang ngahnya itu. Walaupun lembut tapi tegas dalam apa sahaja keputusan yang dilakukan.

“Macam ni lah Adzam. Anggap lah anak-anak kita ni tak ada jodoh. Insyaallah akan ada

jodoh yang lebih baik daripada Puteri untuk Danial. Abang tak nak sebab perkara ni kita

bermasam muka adik beradik”. Tan Sri Syed Aminuddin merendahkan suaranya. Dia tidak

mahu perkara itu akan merenggangkan hubungan mereka. Sudah lah mereka hanya tinggal

berdua sahaja.

“Eerrmm… kalau abang dah cakap macam tu, kami ikut je. Kami pun minta maaf

banyak-banyak pada abang sekeluarga sebab datang secara tiba-tiba macam ni. Abang jangan

risau. Kami takkan berdendam dengan abang”. Syed Adzam senyum memandang wajah

abangnya itu. Dia akur dengan keputusan yang telah dibuat.

“Uncle, auntie. Danial pun nak minta maaf. Mommy dan daddy tak salah. Danial yang

plan semua ni”. Syed Danial yang hanya memerhati dari tadi turut memohon maaf atas

keterlanjurannya dan membuat sesuatu tanpa berfikir akibatnya.

“Jadi Puteri tak jadi lah bertunang dengan Danial?”. Imran seperti masih tidak percaya

dengan apa yang telah diceritakan oleh Tan Sri Syed Aminuddin sebentar tadi. Tan Sri Syed

Aminuddin hanya mengangguk-anggukkan kepalanya seraya tersenyum memandang Puteri

Balqis dan isterinya.

290

“Ehh…ada tetamu lagi rupanya”. Rahimah yang baru sahaja selesai mencari sayur dan

ulam-ulaman di belakang rumah turut menyertai mereka di ruang tamu.

“Rahimah!!!...”. Tan Sri Syed Aminuddin terkejut dengan apa yang dilihatnya.

“Amin, Zai?”. Rahimah turut terkejut dengan apa yang dilihatnya.

Puteri Balqis dan Imran saling berpandangan. Apa yang berlaku seolah-olah mereka

saling kenal antara satu sama lain.

“Ya Allah lamanya kita tak jumpa. Rupanya kat sini Rahimah tinggal”. Dengan linangan

air mata, Puan Sri Syarifah Zainah meluru memeluk Rahimah yang masih dalam keadaan

terkejut.

“Sekian lama kami cari Rahimah dan abang long. Macam-macam cara kami guna, tapi

tak pernah berhasil”. Kini Tan Sri Syed Aminuddin pula mengalirkan air mata. Rupanya ini

hikmah yang Allah limpahkan kepadanya setelah sekian lama membawa amanah yang

dipertanggungjawabkan kepadanya.

“Jadi Imran ni anak kamu Rahimah?”. Tan Sri Syed Aminuddin bertanya setelah

semuanya reda. Rahimah hanya mengangguk-anggukkan kepala. Tidak mampu dia untuk

bersuara dengan kejutan itu.

“Patut lah saya rasa lain bila jumpa dengan Imran. Rupanya Allah nak temukan kita

melalui anak-anak kita”. Tan Sri Syed Aminuddin bersyukur dengan apa yang berlaku. Kini

ringan sedikit tanggungan yang dibawanya. Amanah yang dibawanya selama ini boleh

diserahkan kepada yang berhak.

“Abang long mana?”. Tan Sri Syed Aminuddin baru teringat tentang abang sulongnya

itu.

“Abang Abu dah lama tak ada. Selepas kena halau dari rumah ayah, abang selalu tak

sihat. Dia kecewa dan sedih yang amat sangat sampai memakan diri sendiri”.

“Innalillahiwainnailaihirojion. Ya Allah. Tak sangka hidup abang long terseksa sampai

macam ni”.

Imran dan Puteri Balqis masih tercengang-cengang melihat apa yang berlaku di hadapan

mereka. Semakin banyak persoalan yang timbul di fikiran mereka. Apa kaitan ibu dengan ayah

dan ibu Puteri Balqis. Fikir Imran. Daripada apa yang diperhatikan oleh Imran, mereka seperti

sudah saling kenal mengenal antara satu sama lain sekian lama.

“Imran, Puteri. Duduk sini, daddy nak cerita”. Akhirnya Tan Sri Syed Aminuddin

bersedia untuk memecahkan banyak persoalan yang timbul di benak Imran dan Puteri Balqis.

“Apa semua ni daddy”. Soal Puteri Balqis untuk lebih jelas apa sebenarnya yang

berlaku.

291

“Itu lah yang daddy nak cerita. Sebenarnya daddy ada tiga orang adik-beradik. Puteri

ada seorang lagi uncle selain uncle Adzam. Nama dia Syed Abu Bakar, ayah Imran. Dia

merupakan abang sulong pada daddy dan uncle Adzam”. Tan Sri Syed Aminuddin menjelaskan

apa yang sebenarnya.

“So Imran ni anak saudara daddy dan cousin Puteri?”.

“Iye Puteri”.

“Tapi kenapa jadi macam ni?. Kenapa Imran…”.

“Jadi susah?”. Tan Sri Syed Aminuddin memotong kata-kata Puteri Balqis.

“Sebenarnya ada satu rahsia yang daddy tak pernah cerita pada Puteri. Tapi pada hari ni

daddy akan ceritakan semuanya supaya semua tahu akan kebenarannya. Syed Abu Bakar

merupakan abang sulong dalam family daddy. Pak Long Puteri merupakan seorang yang sangat

bijak sama macam Imran. Daddy masih ingat bila company atuk jatuh serta hampir muflis, pak

long yang berusaha berhempas pulas untuk menaikkan semula company tu. Masa tu daddy

masih study di oversea. Segala apa yang kita ada hari ni adalah hasil daripada pengorbanan pak

long kamu, iaitu ayah Imran”. Tan Sri Syed Aminuddin kelihatan sebak ketika bercerita tentang

abangnya itu. Dia cepat mengesat air mata yang mula mengalir di pipi.

“Cerita bermula bila pak long ingin berkahwin dengan auntie Rahimah. Masa tu atuk

menentang perkahwinan pak long dan auntie Rahimah atas alasan status dan keturunan. Tapi

pak long Puteri tetap dengan pendiriannya. Selepas pernikahan pak long dan auntie Rahimah,

atuk telah menghalau pak long dan auntie Rahimah keluar dari rumah sehelai sepinggang.

Segala hak ke atas harta atuk dilucutkan. Pak long tidak mendapat satu sen pun dari harta

kekayaan atuk. Selepas sepuluh tahun, atuk mula sedar akan kesilapannya. Masa tu daddy dah

berkahwin dengan mommy. Atuk minta daddy cari pak long dan auntie Rahimah. Dia nak minta

maaf atas segala kesilapannya dan juga ingin menyerahkan company yang telah diusahakan

oleh pak long sendiri. Pelbagai usaha daddy lakukan untuk menjejak pak long tapi daddy gagal.

Daddy hampir berputus asa sehingga lah takdir Allah menemukan kita di sini”. Tan Sri Syed

Aminuddin menamatkan cerita yang disimpannya selama ini. Keadaan jadi sunyi sepi kerana

semua menumpukan perhatian kepada cerita Tan Sri Syed Aminuddin.

“Nama sebenar Imran adalah Syed Imran bin Syed Abu Bakar. Tapi masa mendaftar

nama Imran, arwah tak mahu meletakkan ‘Syed’ di pangkal nama Imran. Katanya kerana

gelaran itu lah yang menjadikan keluarganya porak poranda. Dia juga membuang ‘Syed’ pada

pangkal namanya sendiri”. Rahimah yang sekian lama membisu turut berkongsi cerita tentang

suaminya.

292

“Kenapa ibu tak pernah cerita semua ni pada Imran?”. Tanya Imran dengan mata yang

mula berkaca.

“Ini kehendak ayah. Ayah yang tak benarkan ibu cerita tentang asal usul keluarga kita

pada Imran dan juga adik-adik”.

“Tak apa lah Imran. Sekarang Imran dah tahu cerita yang sebenar kan?. Uncle harap

Imran tak payah rasa rendah diri lagi. Tamat pengajian nanti, uncle akan ajar Imran macam

mana nak handle company ayah. Tanggungjawab uncle dah lepas. Uncle dah jalankan amanah

yang diberikan pada uncle”.

“Tapi ada satu lagi bang”. Puan Sri Syarifah Zainah mengingatkan suaminya tentang

suatu perkara yang tidak kurang pentingnya.

“Oh ye. Nasib you ingatkan. Sebenarnya kedatangan kami ni bukan sahaja untuk

berjumpa Imran, tapi ada satu perkara yang ingin kami bincangkan dengan Rahimah”. Ujar Tan

Sri Syed Aminuddin.

“Macam ni. Sebenarnya kami bercadang nak ikat Puteri Balqis dan Imran dengan tali

pertunangan. Selepas tamat pengajian diaorangnanti kita langsungkan majlis pernikahan. Cepat

sikit kita dapat cucu”. Usik Puan Sri Syarifah Zainah sambil menjeling anak daranya yang

tersipu-sipu malu.

“Mana yang Zai fikirkan baik, saya ikut aje”. Rahimah memberi persetujuan sambil

memandang wajah Imran yang senyumannya hingga ke telinga.

Hari itu merupakan hari yang cukup membahagiakan buat Imran dan Puteri Balqis. Bagi

Puteri Balqis sendiri seperti tidak percaya dengan apa yang berlaku. Kedatangannya ke

kampung Imran hanyalah untuk memujuk Imran tetapi ianya membongkar sesuatu yang lebih

besar. Imran juga merasakan hari itu seperti sebuah mimpi. Dalam sekelip mata Allah

memberikan kebahagiaan yang berlimpahan.

“Im tak sangka bermula dengan cinta dua semester, akhirnya Allah leraikan segala

rahsia yang tersembunyi dalam keluarga kita”. Ujar Imran sewaktu membawa Puteri Balqis

bersiar-siar melihat sekitar kampungnya petang itu.

“Puteri pun tak sangka. Asal benci jadi sayang. Cinta dua semester kita dipanjangkan

Allah. Puteri janji akan menjadi yang terbaik untuk Imran”. Puteri Balqis tersenyum

memandang Imran yang sedang memandu. Puteri Balqis bersyukur dengan nikmat yang telah

diberikan oleh Allah kepadanya. Benarlah Allah itu sebaik-baik perancang.

TAMAT

293

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!