e-majalah
4 isu seni pakaian
4 isu seni pakaian
- No tags were found...
Create successful ePaper yourself
Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.
PENGENALAN
Sutera merupakan gentian protein semulajadi yang sesetengah jenisnya boleh ditenun
menjadi tekstil. Jenis sutera yang paling dikenali adalah sutera yang diperoleh daripada
kepompong yang dihasilkan larva ulat sutera kertau (Bombyx mori) yang diternak
(serikultur). Rupa berkilauan yang menjadi punca tarikan sutera didatangkan oleh struktur
seakan-akan prisma segitiga dalam gentian yang membolehkan kain sutera membias
cahaya yang menembusinya di pelbagai sudut.
ISU LELAKI MEMAKAI SUTERA
Golongan lelaki Islam diingatkan supaya lebih berwaspada ketika membeli kain batik
sutera kerana kira-kira 90 peratus kain batik jenis itu di pasaran diperbuat daripada batik
sutera asli yang haram dipakai di sisi agama Islam.
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendedahkan hampir 90 peratus batik
sutera yang dipakai oleh lelaki di Malaysia adalah batik yang diperbuat daripada sutera
tulen.