15.03.2020 Views

UNSUR UNSUR KHURAFAT DALAM FILEM

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

DUA6022: KOMUNIKASI DAN PENYIARAN

DALAM ISLAM

UNSUR-UNSUR

DALAM FILEM

NAMA-NAMA AHLI:

Siti Nur Syazwani Binti Omar

(09DEV17F2012)

Hani Hadhirah Binti Razman

(09DEV17F2009)

Chai MIng Na

(09DEV17F2017)


PENGENALAN

Amalan khurafat merupakan amalan yang telah berlaku sejak zaman

Arab jahiliyyah lagi. Sehingga kini amalan tersebut masih menjadi

amalan dalam masyarakat Islam.

Khurafat adalah salah satu bentuk penyelewengan dalan akidah

Islam. Amalan khurafat mengalih pergantungan manusia daripada

khalik iaitu Allah kepada makhluk yang dicipta oleh Allah. Firman

Allah SWT yang bermaksud: “Allah tidak ampunkan dosa syirik

sementara Dia memaafkan dosa-dosa yang lain. Maka sesiapa yang

mempersekutukan (syirik) kepada-Nya sesungguhnya dia telah

melakukan dosa yang besar.” (Surah al-Nisa’, ayat 48)

Tajuk yang kami bincangkan ialah mengenai Unsur-unsur Khurafat

dalam Filem. Khurafat ialah suatu kepercayaan dan perbuatan karut

yang dianggap mempunyai hubungan dengan agama

Islam sedangkan pada hakikatnya ia sebenarnya dilarang oleh agama

Islam kerana bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat dalam

Islam.


OBJEKTIF

1. Menyedarkan masyarakat tentang keburukan amalan

syirik dan khurafat.

2. Memberi pengetahuan yang luas dan penjelasan yang

terperinci tentang amalan syirik yang

semakin berleluasa.

3. Menyampaikan pesanan kepada masyarakat supaya

tidak terikut dengan amalan syirik dan khurafat yang

ditunjukkan di dalam filem.


SUSUK

ADAT MANDI

MEMBUANG BALA

CONTOH-CONTOH

KHURAFAT

SANTAU

MEMPERCAYAI

TANGKAL


FILEM YANG MEMPUNYAI

UNSUR KHURAFAT


1) FILEM MUNAFIK

Filem ini mengisahkan seorang pengamal perubatan Islam yang bergelar Ustaz

Adam, beliau mengharungi hidupnya selepas terlibat dalam sebuah kemalangan

langgar lari yang telah menyebabkan kematian arwah isterinya Zulaikha dan

anaknya Amir. Kisah hidup Ustaz Adam mula berubah apabila beliau menerima

seorang pesakit wanita yang bernama Maria.

Maria merupakan seorang anak tunggal kepada salah seorang pengamal perubatan

Islam yang Pak Osman. Maria juga mempunyai seorang ibu tiri bergelar Puan Zati.

Maria telah menghidapi penyakit trauma dan gangguan emosi apabila terlibat

dalam kemalangan yang dirancang oleh ayahnya sendiri Pak Osman.

Unsur-unsur khurafat mula timbul apabila Maria menemui sebuah kotak yang

berisi tangkal di rumahnya. Tangkal itu merupakan milik Puan Zati yang

mempercayai tangkal tersebut berfungsi sebagai perlindung kepada keluarganya.

Namun, setelah kehadiran Ustaz Adam ke rumah mereka, beliau telah berjaya

memusnahkan kewujudan tangkal tersebut. Ustaz Adam juga telah memberi

peringatan tentang keburukan penggunaan tangkal kepada Puan Zati yang telah

melakukan perbuatan khurafat itu.

Seterusnya, unsur-unsur khurafat dapat dilihat daripada lakonan Pak Osman yang

merupakan pengamal perubatan secara Islam pada awalnya telah mengamalkan

ilmu hitam melalui perjanjian bersama Iblis iaitu merupakan salah satu

kepercayaan khurafat yang sangat dilaknati Allah. Pak Osman terlibat dengan

pengamalan perubatan ini apabila beliau menyimpan perasaan iri hati terhadap

Ustaz Adam. Beliau sanggup mempergunakan anaknya Maria untuk membunuh

Ustaz Adam. Perkara menjadi lebih teruk apabila Pak Osman telah meghantar

santau kepada anaknya Maria. Hal yang demikian telah membuka jalan yang luas

untuk beliau membunuh Ustaz Adam. Akibat daripada sikap mementingkan diri,

Pak Osman telah mengakibatkan isteri dan anak Ustaz Adam serta sahabat

baiknya yang merupakan imam di kampung tersebut maut dalam dua buah

kemalangan. Pak Osman juga telah mengakibatkan anaknya Maria meninggal

dunia. Perkara ini berpunca daripada hasutan syaitan kepada Pak Osman.

Bagaimanapun, segala kejahatan Pak Osman berjaya ditindas dan dihapuskan oleh

kuasa Allah s.w.t yang memberi perlindungan kepada Ustaz Adam.


2) FILEM KHURAFAT

Mengisahkan perjanjian terlarang dan salah satu bentuk

penyelewengan dalam aqidah Islam diantara manusia dan syaitan,

sesuatu yang amat ditegah dalam agama suci kita. Tetapi, manusia

tanpa mengira akibat membelakangkan Allah, disokong dengan

nafsu dendam serakah akhirnya hanyut dengan bisikan syaitan.

Kisah bermula dengan Johan, seorang pemuda yang bekerja sebagai

Pembantu Hospital. Sudah berkahwin dan mempunyai seorang

isteri bernama Aishah. Pasangan ini diawal perkahwinan hidup

aman dan bahagia namun tanpa disangka trauma melanda

dipertangahan jalan.

Mereka sering diganggu oleh lembaga aneh. Bermacam-macam

usaha telah dilakukan namun gangguan itu tetap berterusan. Ini

amat menakutkan mereka lebih-lebih lagi Johan. Kehadiran seorang

perempuan tua misteri ditambah dengan munculnya bekas teman

wanita Johan bernama Anna yang bersikap pelik dan menakutkan

menambahkan lagi episod trauma pasangan ini.Anna sentiasa

menganggu Johan walaupun ketika Johan bersama Aishah. Ini

menyebabkan Johan bertambah runsing. Tidak lama selepas itu

Anna ditemui mati bunuh diri. Kematian Anna adalah kemuncaknya

perkara-perkara aneh yang berlaku dalam hidup Johan. Bayangan

Anna mula menganggu Johan mahupun Aishah. Hidup Johan

semakin tertekan. Setelah diasak pelbagai kejadian aneh akhirnya

barulah terungkap segala misteri. Johan akhirnya akur dengan

kesilapan silamnya perbuatan Khurafat yang diamalkan kini

menuntut haknya dan Johan terpaksa membayarnya dengan harga

yang amat tinggi yang itu mempertaruhkan anak dan isterinya

sebagai galang ganti.


3) FILEM MANTRA

Filem seram ini mengangkat kisah penggunaan ilmu hitam

kerana dendam dan kepentingan diri sendiri. Kisah bermula

dengan pembukaan cerita di kawasan perkuburan di mana

Muzir dianiaya oleh Hasbi demi melengkapkan ilmu hitam serta

mendapatkan isteri Muzir. Akibatnya Muzir dipenjarakan

seumur hidup.

Di dalam penjara, Muzir berjaya mendapatkan ilmu hitam

daripada Embah yang bakal menemui ajalnya. Namun, ilmu

Muzir tidak sempurna kerana bilik penjaranya dikunci dengan

ayat-ayat serta kalimah Allah. Lalu muncullah Pak Long,

seorang warden penjara dan juga Pakcik kepada Muzir yang

isterinya ditimpa musibah. Akibat cintakan isteri dan terdesak,

Pak Long telah bersetuju dengan syarat-syarat Muzir iaitu

memadam ayat dan kalimah Allah di sekitar bilik penjara

Muzir, menghidangkan tiga jenis hidangan untuk penjaga ilmu

hitam dan mengambil tali pengikat pocong wanita yang mati

kerana anak sulung menggunakan gigi.

Setelah ayat dan kalimah Allah berjaya dipadam oleh Pak Long,

maka berlakulah perubahan ilmu Muzir dengan air yang

melimpah di dalam bilik penjara serta bayangan makhluk hitam

yang memenuhi dinding penjara. Serentak dengan itu, Muzir

muncul di dalam sebuah paya lalu melakukan pembunuhan

sebagai makanan kepada ilmu hitam miliknya. Maka bermulalah

pembalasan dendam kesumat Muzir terhadap Hasbi.


KESAN KHURAFAT DALAM

FILEM

1. Perpaduan tergugat

Perpaduan di dalam masyarakat juga akan tergugat ekoran

ajaran khurafat ini. Hal ini boleh terjadi kerana berlakunya

keganasan dan tindas menindas sesama sendiri. Bagi

menjamin diri dan keluarga untuk tidak terbabit dengan

ajaran khurafat, umat Islam jangan jemu mempelajari ilmu

berkaitan Islam, kerana mereka yang berilmu tidak akan

terjebak dengan amalan khurafat.

2. Pengaruh kepada kanak-kanak

Kanak-kanak belajar dari pemerhatian. Televisyen

merupakan pengaruh terbesar kepada kanak-kanak yang

memberi kesan dari aspek tingkah laku yang ditonjolkan,

pemahaman dan percakapan. Perkara ini akan

menyebabkan kanak-kanak terikut-ikut dengan perkara

tahyul ini dan memberi kesan kepada mereka pada masa

akan datang.


HUKUM BERAMAL DENGAN

PERKARA KHURAFAT

Dalam Islam, percaya kepada benda-benda khurafat dan

tahayul, misalnya benda- benda keramat seperti pokok,

kubur, telaga dan sebagainya serta yakin terhadap kuasa

selain daripada Allah SWT ialah syirik dan bertentangan

dengan kepercayaan tauhid. Hal ini berdasarkan sabda

Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh al-Bukhari yang

bermaksud:

“jauhilah tujuh perkara yang merosakkan”. Para sahabat

bertanya, “apakah tujuh perkara itu?” Baginda ,menjawab :

“menyekutukan Allah, sihir, membunuh orang tanpa ha,

makan riba, makan harta anak yatim, lari dari medan perang

dan menuduh perempuan baik melakukan maksiat terkutuk”


AKIBAT DARIPADA FILEM

BERUNSUR KHURAFAT

Terdapat beberapa unsur-unsur yang negatif yang mampu diserap kepada para

penonton. Lebih-lebih lagi golongan di peringkat remaja dan kanak-kanak.

Mereka ini merupakan golongan yang mudah terpengaruh kerana masih

berada dalam proses belajar. Antara kesan negatif filem berunsur hantu dan

seram ini adalah boleh merosakkan akidah umat Islam, menimbulkan syirik

dan unsur kurafat dalam diri penonton, melemahkan iman seseorang dan

memesongkan seseorang dari ajaran Islam.

Dalam hal ini, ketaksuban penonton terhadap hantu akan menyebabkan

mereka terbawa-bawa ke dalam kehidupan seharian. Misalnya, dibayangi

hantu ketika berseorangan atau ditempat gelap, kanak-kanak pula takut untuk

ke tandas kerana rasa ada hantu yang mengekori. Perkara ini tidak seharusnya

dibiarkan berlarutan dan perlu ditangani segera.

Firman Allah Taala dalam Al-Quran,

يا بني آدم لا يفتننكم الشيطانكما أخرج أبويكم من الجنة ينزع عنهما لباسهما ليريهما

سوآتهما إنه يراكم هو وقبيله من حيث لا ترونهم إنا جعلنا الشياطين أولياء للذين لا

‏“يؤمنون

Wahai anak Adam! Janganlah engkau diperdaya oleh syaitan sebagaimana ia

telah mengeluarkan kedua ibubapamu dari syurga, sambil ia menyebabkan

terlucutnya pakaian merka berdua untuk memperlihatkan aurat merka kepada

mereka (yang sebelum itu tertutup) Sesungguhnya syaitan dan kaumnya

melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka.

Sesungguhnya kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu teman rapat bagi

orang yang tidak beriman”


KESIMPULAN

KESIMPULAN

Antara pengajaran yang kami peroleh ialah sebagai umat Islam, kita

diwajibkan bertawakal dan hanya bergantung kepada Allah selepas

berusaha bersungguh-sungguh dalam sesuatu pekara yang dihajati.

Terutama sekali dalam melakukan tugas-tugas harian sebagai khalifah

di bumi ini. Sebagai contoh, pengajaran yang kami dapat daripada

perwatakan Ustaz Adam dalam filem Munafik. Beliau sentiasa

bertawakal kepada Allah sama ada berada dalam keadaan susah

mahupun senang.

Di samping itu, kita hendaklah percaya bahawa meminta bantuan

kepada makhluk lain selain Allah seperti jin dan syaitan akan

memberikan kesan yang memudaratkan dan bukannya memperoleh

manfaat dari apa yang diminta. Hal ini kerana tiada yang lebih

berkuasa melainkan Allah malah tindakan ini akan mengakibatkan

pemikiran umat islam terbelenggu dalam akidah sesat. Contohnya,

melalui perjanjian syaitan dan iblis dalam lakonan Pak Osman, beliau

telah menggunakan ilmu hitam untuk memuaskan hatinya terhadap

Ustaz Adam.

Akhir sekali, kita haruslah berpegang teguh dengan ajaran agama Islam

dan juga sentiasa memahami dan mendalami ilmu Al-Quran dan

Sunnah bagi mengelakkan amalan khurafat ini terus berleluasa dalam

kalangan masyarakat khusunya masyarakat Islam kita sendiri. Sebagai

khalifah di bumi, kita juga sentiasa dituntut untuk sentiasa taat segala

perintah dan meninggalkan segala-Nya, apatah lagi jika perbuatan kita

itu berunsurkan khurafat.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!