08.02.2021 Views

MODUL PENDIDIKAN KENDIRI KOKURIKULUM edisi 2021

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

NORMA BAHARU PENDIDIKAN

PELAKSANAAN KOKURIKULUM

MODUL PENDIDIKAN KENDIRI KOKURIKULUM

NORMAN BIN SUHAILI

SK ST. THOMAS, KUCHING

1

NBS


MODUL PENDIDIKAN KENDIRI KOKURIKULUM

1.0 PENDAHULUAN

Kokurikulum merupakan salah satu bidang pendidikan yang wajib dilaksanakan

berdasarkan Akta Pendidikan 1996. Semua institusi pendidikan (sekolah) perlua

melaksanakan aktiviti kokurikulum secara terancang dan semua murid hendaklah

dilibatkan di dalam aktiviti kokurikulum yang dirancang agar dapat membantu

melahirkan modal insan cemerlang sesuai dengan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan.

2.0 DEFINISI KOKURIKULUM

2.1 Kegiatan kokurikulum ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang daripada

proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah (kurikulum) yang

memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan

kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di bilik darjah."

2.2 Dalam Warta Kerajaan bertarikh 28 Disember 1967, No. 5652 (Peraturan

Kursus Pengajian) Sekolah 1956, kegiatan ini dikenali sebagai "Kegiatan

Kumpulan".

2.3 Dalam Warta Kerajaan bertarikh 31 Disember 1997, Jld. 41, No. 26,

Tambahan No. 94, Perundangan A.P.U. (A) 531, Akta Pendidikan 1996,

Peraturan-peraturan (Kokurikulum Kebangsaan) telah memberi takrif

Kokurikulum iaitu :

Kegiatan kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan

mengandungi yang berikut:

1. Penyertaan dalam sukan dan permainan

2. Penyertaan dalam persatuan dan kelab

3. Penyertaan dalam pasukan pakaian seragam (Unit Beruniform)

4. Lain-lain kegiatan sebagaimana ditentukan oleh Menteri

Pendidikan

3.0 DASAR KOKURIKULUM

3.1 DASAR UTAMA (1)

KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA

KURIKULUM KEBANGSAAN - Rujuk Seksyen 18, Akhta Pendidikan

1996 (Akta 550)

3.1.1 “Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang

termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi

semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan

2

NBS


dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang

murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan

emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral

yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.” -

(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum

Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97)

3.1.2 Melaksanakan kokurikulum di sekolah adalah WAJIB.

3.1.3 Kegagalan @ Keengganan melaksanakan kegiatan kokurikulum

adalah suatu kesalahan yang jika disabitkan bersalah boleh

dijatuhi hukuman denda atau penjara atau pun kedua-duanya

sekali di bawah penalti am.

3.1.4 Seksyen 135 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550 ): Penalti Am.

3.1.4.1 “(1) Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah Akta 550

yang baginya tiada penalti diperuntukkan dengan nyata, boleh,

apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau

dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau

kedua-duanya.”

3.1.4.2 “(2) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah Akta

550 ini boleh, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, apabila

disabitkan, dikenakan hukuman denda harian yang tidak melebihi

lima ratus ringgit sebagai tambahan kepada apa-apa penalti lain

yang boleh dikenakan kepadanya di bawah Akta 550 ini

berkenaan dengan kesalahan itu, bagi setiap hari kesalahan itu

terus dilakukan.”

3.2 DASAR UTAMA (2)

PENYERTAAN MURID DALAM KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH

WAJIB

3.2.1 Penyertaan, kehadiran dan pencapaian murid dalam kegiatan

kokurikulum hendaklah direkod dan diberi penilaian. – {Hal ini

ditegaskan dalam Perkara 8.2.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil

1/1985 dan Perkara 2.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2/1986)}

(PAJSK)

3.2.2 Ketidakhadiran murid dalam kegiatan kokurikulum yang murid itu

telah mendaftarkan diri untuk menyertainya adalah suatu

kesalahan yang menyebabkan murid tersebut boleh dikenakan

3

NBS


tindakan disiplin jika disabitkan bersalah seperti tindakan ke atas

kesalahan ponteng sekolah atau ponteng kelas. – {Hal ini

hendaklah dimaktubkan dalam Buku Undang-Undang dan

Peraturan Sekolah dan perlu diketahui oleh murid-murid dan ibu

bapa mereka}

3.3 DASAR UTAMA (3)

PENYERTAAN SEMUA GURU ADALAH WAJIB

3.3.1 Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat

awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan

kokurikulum di sekolah adalah wajib.

3.3.2 “Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan

keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah”

(Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)

3.3.3 Setiap orang guru di sekolah hendaklah, secara bertulis, diberi

tugas dan tanggung jawab yang spesifik, terperinci, dan kuantitatif

dalam bidang kokurikulum di sekolah, seperti yang dilakukan

dalam bidang kurikulum

3.3.4 Keengganan guru melaksanakan tugas dan tanggung jawab yang

telah diperuntukan adalah suatu kesalahan daripada segi

keperluan perkhidmatan atau kepatuhan dan

kebertanggungjawaban penjawat awam atau pun moral dan

wibawa keguruan yang boleh dikenakan tindakan disiplin

mengikut “Perintah-perintah Am Pegawai Awam (Kelakuan dan

tatatertib)(Bab D)”.

3.4 DASAR UTAMA (4)

PERLAKSANAAN “KEGIATAN KOKURIKULUM”

3.4.1 “Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah

merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada

proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah

yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah,

mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilainilai

yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam

Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}

3.4.2 Setiap kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan hendaklah

dirancang dengan maksud mempunyai matlamat, objektif, kaedah

pelaksanaan dan kurikulum kegiatan serta skema penilaian yang

pragmatis dan progresif.

4

NBS


3.4.3 Setiap kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan hendaklah

mengandungi elemen-elemen pengetahuan, pengalaman dan

kemahiran baru serta nilai-nilai murni yang membantu

membangunkan intelek, jasmani, emosi dan rohani murid

secara seimbang.

3.5 DASAR UTAMA (5)

PENYERTAAN “BERAMAI-RAMAI”

3.5.1 Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah

berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsurunsur

diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada

peningkatan perpaduan dan integrasi dalam kalangan muridmurid.

(Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16

November 2000).

3.5.2 Kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah hendaklah

bersifat merentas disiplin, bersepadu dan tidak bersifat eksklusif.

Penyertaan adalah terbuka kepada semua pelajar.

4.0 MATLAMAT PELAKSANAAN KOKURIKULUM

4.1 Merujuk kepada definisi serta dasar-dasar kokurikulum seperti di atas,

matlamat utama kokurikulum adalah untuk

4.1.1 menyeimbangkan pembangunan intelek, jasmani, emosi dan

rohoni murid.

4.1.2 Keseronokan belajar

4.1.3 Pembinaan dan menanam keyakinan diri dalam membina

hubungan dan interaksi social.

5.0 KEPENTINGAN PELAKSANAAN KOKURIKULUM

Pelaksanaan kokurikulum seharusnya tidak dilihat kepada arahan dan peraturan

semata-mata. Para pentadbir serta guru-guru perlu melihat kokurikulum sebagai

satu medium mendidik ilmu serta menyalurkan maklumat dan pengetahuan

secara lebih luas. Tidak terikat kepada sukatan pembelajaran formal tetapi lebih

kepada kemampuan dan potensi murid yang boleh meneroka bidan dan Disiplin

ilmu secara lebih luas dan mendalam. Dengan cara ini kita akan dapat

merealisasikan Aspirasi Murid dan dalam masa sama memenuhi kehendak

Aspirasi Sistem yang disuratkan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan

Malaysia.

5

NBS


6.0 NORMA BAHARU

6.1 Mengambil kira pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang

bermula sejak 18 Mac 2020. Sehingga kini, negara masih bergelut dengan

pelbagai usaha untuk meredakan Pandemik Covid-19 yang kian menular

dalam masyarakat. Usaha ini mungkin akan berterusan untuk satu tempoh

masa yang berpanjangan dan tidak diketahui bila akan berakhir.

6.2 Justeru itu, para pentadbir dan para guru perlu mencari jalan keluar untuk

memastikan pendidikan serta proses pembelajaran yang harusnya

diberikan kepada murid tidak tergugat dan terputus. Kita perlu mencari

ruang dan jalan keluar kepada isu ini. Kegagalan guru untuk mendidik dan

mengajar bukan kesilapan pihak KPM, JPN atau PPD. KPM telah

menyediakan saluran-saluran yang boleh dipilih untuk memastikan murimurid

dapat menjalani pdpc walaupun tanpa bersemuka.

6.3 Jika kita melihat perkembangan pendidikan secara global, para

pendidikan di seluruh dunia mula beralih kepada pengajaran atas talian

(Online Teaching) dan pelbagai pihak telah tampil mengesyorkan pelbagai

cara dan usaha. Antara yang mungkin kita pernah dengar atau tahu;

Google Education Platform, Google Educator - DELIMA (KPM), Apple

Teacher Learning Center, Microsoft Educator Center dan banyak lagi.

Malah hari ini kita boleh menggunakan pelbagai aplikasi pendidikan atau

pembelajaran yang dicipta untuk membantu para pendidik merealisasikan

pendidikan secara atas talian. Antaranya, Lingokids, ClassDojo, Dualingo,

DragonBox, Quick Maths, You Tube Kids, Science360, dan banyak lagi.

6.4 Di dalam Pelan Pembangunan Malaysia, melalui Gelombang 1 (2013 –

2015): salah satu usaha untuk meningkatkan kemampuan murid di dalam

penguasaan Bahasa Inggeris adalah melalui penerokaan pembelajaran

secara terarah kendiri dan tutorial interaktif dalam talian. Pengenalan ini

dinyatakan pada tahun 2013 di mana Pendamik Covid-19 masih jauh dan

tidak pernah difikirkan oleh sesiapa kita di sini. Pendamik Covid-19 ini

telah mengubah segalanya men menjadikan pengajaran dan

pembelajaran di atas dan dalam talian menjadi semakin penting dan

sangat pantas. Perubahan ini memaksa golongan guru mencari dan

menimba ilmu baharu untuk tidak ketinggalan bukan sahaja untuk diri

sendiri tetapi lebih jelas dan nyata untuk memastikan pengajaran dapay

disampaikan kepada murid walaupun tidak bersemuka.

6.5 Penularan wabak COVID-19 dan pelaksanaan PKP yang berlarutan turut

menyaksikan perubahan sistem atau cara belajar bagi kebanyakan

individu guru, murid dan sekolah tidak kira di sekolah kerajaan mahupun

swasta. Dan hari ini, dalam waktu yang sangat singkat, persoalan ekses

dan kemudahan bukan lah suatu isu utama seperti mulanya pengajaran

dari rumah diperkenalkan. Isu yang sering dipersoalkan oleh masyarakat

6

NBS


adalah apa usaha guru kepada murid-murid yang mempunyai ekses dan

kemudahan?

6.6 Penularan COVID-19 dan PKP mengakibatkan majoriti pekerja termasuk

guru dan murid-murid tidak dapat menjalankan tugas mereka seperti

kelaziman dan perlu beradaptasi diri dengan norma baharu. Situasi

semasa memaksa kita untuk berubah.

6.7 Situasi ini juga mungkin lebih mencabar bagi segelintir guru dan murid

kerana perlu membahagikan masa antara tugas pengajaran dan

pembelajaran, mengurus kehidupan biasa di rumah, bahkan perlu belajar

menggunakan aplikasi tertentu untuk memastikan proses pengajaran dan

pembelajaran dapat terus dijalankan. Namun, semua cabaran ini semakin

diterima dan diadaptasikan sebagai rutin harian sesuai dengan keperluan

serta kemampuan masing-masing.

7.0 Modul ini mencadangkan kaedah yang sesuai untuk memastikan bidang

kokurikulum tetap dapat diteruskan dan dinilai sesuai dengan keadaan dan

perkembangan situasi terkini.

7.1 Kokurikulum yang disertai murid untuk Pentaksiran Aktiviti Jasmani

Sukan dan Kokurikulum meliputi elemen Kehadiran, Jawatan, Tahap

Penyertaan, Tahap Pencapaian, dan Komitmen. Dalam norma baharu,

dicadangkan penilaian terhadap elemen tersebut yang lebih fleksibel.

7.2 Kehadiran – elemen ini membawa pemberat 40 markah. Memandangkan

dalam beberapa keadaan dan atas perintah kerajaan, guru dan murid

mengalami kekangan untuk bersemuka, maka, perjumpaan secara dalam

talian perlu diterima dan diambilkira. Guru penasihat boleh mengadakan

pertemuan dalam talian secara berjadual. Manakala murid-murid yang

lebih berpeluang / mampu boleh menganjurkan perjumpaan kumpulan /

patrol / seksyen / grup masing-masing melalui pelbagai aplikasi dalam

talian. Jika murid memperolehi ruang dan peluang bersemuka untuk

merujuk dan mendapatkan nasihat tentang projek/tugasan, guru perlu

merekodkan perjumpaan tersebut sebagai bukti komitmen murid kepada

diri dan tanggungjawab.

7.3 Jawatan – elemen ini membawa pemberatan sebanyak 10 markah.

Elemen ini perlu diimprovasi sesuai dengan keadaan semasa. Jawatanjawatan

ketua kumpulan / seksyen / patrol perlu dimantapkan dan diberi

perhatian supaya lebih ramai murid dapat dilatih untuk memimpin

kumpulan masing-masing. Sekali gus dapat menilai kepimpinan muridmurid

dalam mengendalikan pasukan / kumpulan.

7.4 Tahap Penyertaan – elemen ini membawa pemberatan markah sebanyak

20. Pelibatan murid sepanjang arahan PKP ini pastinya membataskan

murid untuk menyertai aktiviti-aktiviti kokurikulum. Maka, dicadangkan

7

NBS


supaya aktiviti perjumpaan mingguan diubah kepada projek tahunan

mengikut kumpulan atau tugasan individu.

7.4.1 Peringkat Sekolah

7.4.1.1 Contoh 1 - murid yang menyertai pasukan unit

beruniform Pengakap, melengkapkan buku log peribadi

berkaitan Skim Latihan Pengakap (Pengakap Kanakkanak,

Pengakap Muda atau Pengakap Remaja).

7.4.1.2 Contoh 2 – Aktiviti Kelab Persatuan mengadakan buku

skrap dengan tajuk yang sesuai dengan kelab masingmasing

seperti Kelab Bahasa Melayu, murid membuat

buku skrap tentang Puisi, Jenis Kata, Jenis Ayat, Ceritacerita

Pendek, Pantun (pelbagai jenis) dan lain-lain.

7.4.1.3 Contoh 3 – Kelab Sukan Permainan membuat buku

skrap atau buku catatan permainan sukan masingmasing.

7.4.1.4 Semua hasil murid adalah mengikut kreativiti murid

sesuai dengan Aspirasi Murid di dalam PPPM.Peringkat

Daerah / Negeri / Kebangsaan.

7.4.1.5 Peringkat ini memerlukan peranan PPD, JPN dan

Bahagian-bahagian di KPM untuk mengelola aktiviti di

peringkat masing-masing. Pelibatan murid melalui

rakaman video atau hantaran projek maujud (seperti

buku skrap atau kertas laporan projek).

7.4.1.6 PPD, JPN dan Bahagian di KPM perlu keluar dari

kebiasaan sedia ada untuk menepati norma baharu

masa kini.

7.4.1.7 Guru-guru Teknikal sedia ada yang dilantik perlu

digerakkan untuk membantu merealisasikan aktiviti

kokurikulum norma baharu ini. Keberhasilan dan

kejayaan kerja urus norma baharu tetap memerlukan

komitmen dan sumbangan idea dan tenaga seperti

kebiasaannya sebelum ini.

8.0 PENGISIAN MODUL KENDIRI KOKURIKULUM MURID

8.1 Skim Latihan Unit Beruniform

Bagi pasukan unit beruniform, semua badan induk pasukan telah

menetapkan skim latihan masing-masing. Guru hanya perlu mengikut

skim latihan yang telah ditetapkan.

8

NBS


Murid menyediakan buku log peribadi masing-masing. Memuatkan

perkara-perkara di bawah dengan lengkap dan secara kreatif. Setiap

perkara (tajuk) hendaklah khusus kepada kemahiran tahap masingmasing

seperti contoh Pengakap sekolah rendah membuat buku log Skim

Latihan Pengakap Kanak-kanak.

8.1.1 Membuat Buku Log Unit Beruniform

8.1.1.1 Skim Latihan

8.1.1.1.1 Rekod Maklumat Peribadi Murid

8.1.1.1.2 Kemahiran Wajib

8.1.1.1.3 Kemahiran Nilai Tambah

8.1.1.1.4 Gambar / Rajah

8.1.1.1.5 Contoh – Muka surat 10

8.2 Kelab dan Persatuan

Guru menetapkan tajuk / bidang / yang hendak dilaksanakan oleh kelab

bagi tahun semasa.

Murid memilih bidang dan menyediakan buku log peribadi masing-masing

atau buku skrap bagi projek untuk mencapai suatu tahap seperti usaha

untuk mendapatkan lencana. Memuatkan perkara-perkara di bawah

dengan lengkap dan secara kreatif.

8.2.1 Membuat Buku Log

8.2.1.1 Tajuk / Bidang

8.2.1.1.1 Rekod Maklumat Peribadi Murid

8.2.1.1.2 Kemahiran Wajib

8.2.1.1.3 Kemahiran Nilai Tambah

8.2.1.1.4 Gambar / Rajah

8.2.1.1.5 Contoh – Muka surat 11

8.2.2 Membuat Buku Skrap Projek Khusus

8.2.2.1 Tajuk / Bidang

8.2.2.1.1 Rekod Maklumat Peribadi Murid

8.2.2.1.2 Kemahiran Wajib

8.2.2.1.3 Kemahiran Nilai Tambah

8.2.2.1.4 Gambar / Rajah

8.2.2.1.5 Contoh – Muka surat 11

8.3 Kelab Sukan dan Permainan

Guru menetapkan tajuk / bidang / yang hendak dilaksanakan oleh kelab

bagi tahun semasa.

9

NBS


Murid memilih bidang dan menyediakan buku log peribadi atau buku skrap

masing-masing. Memuatkan perkara-perkara di bawah dengan lengkap

dan secara kreatif.

8.3.1 Membuat Buku Log

8.3.1.1 Tajuk / Bidang

8.3.1.1.1 Rekod Maklumat Peribadi Murid

8.3.1.1.2 Kemahiran Wajib

8.3.1.1.3 Kemahiran Nilai Tambah

8.3.1.1.4 Gambar / Rajah

8.3.1.1.5 Contoh – Muka surat 12

8.4 TEMPOH MASA DAN PENGHANTARAN PROJEK

8.4.1 Suatu tarikh hendaklah ditetapkan oleh pihak sekolah untuk

penghantaran projek buku log murid.

8.4.2 Penghantaran boleh sama ada dalam medium seperti berikut:

8.4.2.1 Buku Skrap (maujud) – di pos / dihantar ke sekolah oleh

ibu bapa atau penjaga

8.4.2.2 Salinan Digital

8.4.2.2.1 Format PDF

8.4.2.2.2 Persembahan MS Powerpoint

8.4.2.2.3 Flip Book

8.5 PENILAIAN

8.5.1 Semua projek murid dinilai secara individu. Bukan secara pukal ini

kerana setiap murid mempunyai latar yang pelbagai dan dan

berbeza. Mereka perlu dilihat secara lebih peribadi dan lebih adil.

8.5.2 Kepelbagaian Kecerdasan perlu diambilkira agar guru dapat

membantu menyerlahkan potensi setiap individu.

8.5.3 Pencapaian murid hendaklah direkodkan.

8.5.4 Semua hasil kerja projek murid hendaklah disimpan untuk rujukan.

8.5.5 Perkongsian setiap hasil kerja murid melalui pelbagai media sosial

hendaklah atas kebenaran Pengurusan Sekolah. Guru hendaklah

menjaga sensitiviti dan moral murid selaku klien.

9.0 PROSEDUR PELAKSANAAN

9.1 Pentadbir perlu menyusun semula cara pelaksanaan kokurikulum di

sekolah.

9.2 Kelab, pasukan dan persatuan perlu dipecah kecilkan. Sebagai contoh,

andai kebiasaannya Kelab Bahasa Melayu mempunyai 40 orang ahli

dengan 2 atau tiga guru penasihat bersama, Maka kelab ini dikecilkan

10

NBS


kepada Kelab BM1, Kelab BM2 dan Kelab BM3. Seorang guru sahaja

akan mengendalikan kelab tersebut. Secara tidak langsung, bimbinigan

guru kepada murid lebig berfokus kerana Bilangan murid yang lebih sedikit

dan mudah untuk dikendalikan.

9.3 Satu format penilaian yang seragam atau sesuai perlu diwujudkan bagi

setiap kelab yang telah dikecilkan atau penyelarasan penilaian mengikut

bidang kokurikulum. Peranan Jawatan Kuasa Kokurikulum sekolah perlu

memainkan peranan proaktif dalam usaha ini.

10.0 RUMUSAN

10.1 Tugasan yang diberikan hendaklah diberikan mengikut tahap kemampuan

murid. Guru perlu mengambilkira latar budaya, latar sosial dan latar

ekonomi murid yang diajar. Contoh-contoh yang disertakan adalah

sebagai panduan asas untuk guru memulakan tugas norma baharu

kokurikulum. Saya percaya guru mampu memikirkan serta mengolah

tugasan yang lebih menarik dan sangat memberi manfaat kepada muridmurid.

10.2 Idea ini bukan suatu yang baharu. Dari usaha ini penilaian murid secara

individu akan mampu kita laksanakan selaras dengan Aspirasi Murid yang

dihasratkan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025.

10.3 Apa yang sangat penting adalah guru perlu ada satu usaha yang boleh

dijadikan asas untuk menilai bidang kokurikulum murid. Makanya,

bermula sekarang kita perlu bersama keluar dari kebiasaan yang biasabiasa

kepada satu kebiasaan baharu yang akan dianggap biasa di suatu

masa kelak.

11

NBS


CONTOH 1

TUGASAN KENDIRI.

PASUKAN : PENGAKAP KANAK-KANAK

TAHUN : 4 (EMPAT)

1. PENERANGAN

1.1 Sebagai seorang ahli Pengakap Kanak-kanak, anda hendaklah menjadikan

diri sebagai seorang yang berguna dan memberi faedah kepada orang lain

seperti ahli keluarga dan masyarakat di sekitar anda.

1.2 Anda hendaklah memiliki pengetahuan dan kemahiran sebagai seorang ahli

Pengakap dan berbangga dengan kemajuan yang dicapai.

1.3 Untuk mendapatkan pengiktirafan, anda handaklah diuji pengetahuan dan

kemahiran. Jika lulus ujian, anda berhak dianugerahkan lencana-lencana

kemajuan dan kepandaian oleh pemimpin kumpulan anda.

2. TUGASAN 1

2.1 Sediakan sebuah buku log (buku catatan).

2.2 Tuliskan maklumat peribadi anda.

2.2.1 Nama Penuh

2.2.2 Tarikh lahir

2.2.3 No My Kid

2.2.4 No Kumpulan dan Daerah (pengakap sekolah anda)

2.3 Tuliskan (dan lukis jika perlu) - WAJIB

2.3.1 Persetiaan Pengakap

2.3.2 Undang-undang Pengakap

2.3.3 Prinsip Rukun Negara

2.3.4 Hormat Pengakap

2.3.5 Cogankata Pengakap

2.3.6 Sejarah Pengakap Sarawak

2.3.7 Sejarah Pengakap Malaysia

2.3.8 Tuliskan Cerita Hutan secara ringkas dengan cara anda sendiri.

2.3.9 Tuliskan proses melaksanakan Laung Agong

2.4 Pilih salah satu – Ahli Renang atau Penunggang Basikal

2.4.1 Ahli Renang

2.4.1.1 Tuliskan peraturan keselamatan di air.

2.4.1.2 Nyatakan kepentingan belajar dan tahu berenang.

12

NBS


2.4.1.3 Cari gambar proses asas pembelajaran berenang.

2.4.1.4 Sekiranya anda tahu berenang, berikan bukti seperti:

2.4.1.4.1 Sijil Perenang (pertandingan atau apa sahaja)

2.4.1.4.2 Gambar anda berenang

2.4.1.4.3 Atau, sekiranya tiada sijil dan gambar, minta

pengakuan bertulis ibu bapa atauy penjaga

menyatakan anda tahu berenang.

2.4.2 Penunggang basikal

2.4.2.1 Lukiskan sebuah basikal dan labelkan Bahagian-bahagian

penting yang perlua ada pada sebuah basikal.

2.4.2.2 Nyatakan 4 undang-undang jalanraya semasa berbasikal.

2.4.2.3 Lukiskan isyarat-isyarat tangan semasa berbasikal

2.4.2.3.1 Belok ke kanan

2.4.2.3.2 Belok ke kiri

2.4.2.3.3 Berhenti

2.4.2.3.4 Perlahan

2.4.2.4 Lekatkan gambar anda bersama basikal.

2.5 Hantar tugasan anda ini kepada Pemimpin Pengakap. Sekiranya anda

berjaya, Anda layak dianugerahkan sebagai Ahli Pengakap dan pemegang

lencana Ahli Renang atau Penunggang Basikal.

13

NBS


CONTOH 2

TUGASAN KENDIRI.

PASUKAN : PERSATUAN BAHASA MELAYU

TAHUN : 4 (EMPAT)

1. PENERANGAN

1.1 Sebagai seorang ahli Persatuan Bahasa Melayu, penguasaan bahasa

merupakan suatu nilai tambah yang akan membantu meningkatkan lagi

kemahiran berbahasa dan membantu menambah pengetahuan berbahasa.

1.2 Ada banyak ruang dan bidang yang boleh diterokai.

2. TUGASAN

2.6 Anda diminta menyediakan 2 buku skrap.

2.7 Buku skrap itu hendaklah berkaitan dengan tajuk tajuk yang diberikan di

bawah. Buku skrap anda hendaklah turut memuatkan maklumat peribadi

masing-masing (nama, tarikh lahir, kelas, nombor pengenalan – MyKid).

2.8 Pilih dua tajuk untuk disiapkan.

2.9 Tajuk-tajuk yang ditetapkan:

2.9.1 Kata (semua jenis kata)

2.9.2 Ayat (Semua jenis ayat)

2.9.3 Puisi

2.9.4 Pantun

2.9.5 Peribahasa

2.9.6 Syair

2.9.7 Gurindam

2.9.8 Imbuhan (awalan, akhiran, awalan dan akhiran)

2.10 Tugasan ini memerlukan anda membuat rujukan dan mendapatkan contohcontoh

sebagai membuktikan anda faham tugasan yang dibuat.

2.11 Gunakan kreativiti masing-masing dalam melaksanakan tugasan ini.

14

NBS


CONTOH 3

TUGASAN KENDIRI.

PASUKAN : KELAB BOLA SEPAK

TAHUN : 4 (EMPAT)

1. PENERANGAN

1.1 Sebagai seorang ahli Kelab Bola Sepak, anda diminta untuk membuat buku

skrap tentang dunia bola sepak.

1.2 Ada banyak ruang dan bidang yang boleh diterokai. Melalui tugasan ini

diharapkan pengetahuan am anda berhubung bola sepak akan meningkat

dan menanam minat yang lebih mendalam dalam sukan bola sepak.

2. TUGASAN

2.1 Anda diminta menyediakan 2 buku skrap.

2.2 Buku skrap itu hendaklah berkaitan dengan tajuk tajuk yang diberikan di

bawah. Buku skrap anda hendaklah turut memuatkan maklumat peribadi

masing-masing (nama, tarikh lahir, kelas, nombor pengenalan – MyKid).

2.3 Pilih dua tajuk untuk disiapkan.

2.4 Tajuk-tajuk yang ditetapkan:

2.4.1 Peraturan dan Undang-undang Permainan Bola Sepak FIFA

2.4.2 Koleksi Sejarah Pasukan Bola Sepak Negara

2.4.3 My Football Team – My Dream

2.4.4 Kasut Bola

2.4.5 Koleksi Bola Sepak Piala Dunia

2.12 Tugasan ini memerlukan anda membuat rujukan dan mendapatkan contohcontoh

sebagai membuktikan anda faham tugasan yang dibuat.

2.13 Gunakan kreativiti masing-masing dalam melaksanakan tugasan ini.

15

NBS


TAMAT

Sebarang maklum balas boleh dikemukakan ke

powermanok@yahoo.com.my

16

NBS

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!