18.01.2022 Views

Cover book -merged

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.


SEKAPUR SIRIH

Yang Berhormat

Haji Abdul Hamid @ Sabli Bin Haji Arsad

Yang Di Pertua (YDP)

(Bagi Sesi Tahun 2018 – 2021)

بسم هللا الرحمن الرحيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan seru sekalian alam. Selawat dan salam keatas junjungan

kita Nabi Muhammad S.A.W, keluarga dan sahabat-sahabat baginda yang jujur lagi

setia hingga akhir zaman.

Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Brunei ringkasnya DPPMB adalah salah

sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang diikhtiraf di Negara Brunei Darussalam

sejak penubuhannya pada tahun 1966 yang lalu.

Bagi mepartricin DPPMB bergerak maju sesuai dengan keadaan semasa, saya dan

Jawatankuasa Tertinggi telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa

Mengemaskinikan Perlembagaan DPPMB – Edisi Ketiga untuk menepati strategik

wawasan DPPMB yang mampan dan sesuai pada generasi yang akan memimpin

DPPMB dimasa akan datang. Tujuan ini juga menepati wawasan 2035 seperti mana

yang dihasratkan oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda

Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji

Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara

Brunei Darussalam.

Dengan pengemaskinian Perlembangaan DPPMB, Jawatankuasa memikirkan jauh

kehadapan dan mengenalpasti keperluan yang bersesuaian bagi generasi-generasi

dalam memimpin perniagaan dan perusahaan DPPMB dan ahli-ahlinya yang berjaya,

berdaya tahan dan berdaya saing dimasa akan datang.

Saya amat menghargai usaha ahli-ahli dalam Jawatankuasa Mengemaskinikan

Perlembagaan DPPMB yang dicapai. Hanya ALLAH SWT sahaja yang membalas atas

jasa dan titik peluh mereka sehingga Dasar dan Perlembagaan DPPMB – Edisi Ketiga,

berhasil.

Sekian.

Wabillahit Taufiq Wal-Hidayah, Wassalamu ‘Alaikum Warahmatullahi

Wabarakaatuh.


KATA PENGHANTAR

Yang Mulia

Haji Abdus Salam @ Abdul Saman Bin Haji Ahmad

Timbalan Yang Dipertua I (TYDP I)

(Bagi Sesi Tahun 2018-2021)

Pengerusi Jawatankuasa Mengubahsuaian Perlembagaan DPPMB

بسم هللا الرحمن الرحيم

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah, hasrat untuk mengemaskinikan Perlembagaan DPPMB telah mula di

ungkayahkan pada bulan Januari, 2021 yang lalu atas saranan dan nasihat dari Jawatankuasa

Tadbir DPPMB kali ke 9.

Maka satu Jawatankuasa di tubuhkan iaitu Jawatankuasa Mengemaskinikan Perlembagaan

DPPMB dan ahli-ahli yang di lantik terdiri dari ahli-ahli Jawantankuasa Tertinggi DPPMB dan

Jawatankuasa Tadbir DPPMB.

Hasil dari beberapa siri kemesyuaratan yang telah di jalankan mengambil kira dari

perlembagaan-perlembagaan yang sedia ada iaitu Edisi 1 (Tahun 1966 – Tahun 2018) dan Edisi

2 (Tahun 2018 – Tahun 2021). Alhamdulillah, hasil usaha gigih dari ahli-ahli Jawatankuasa

Mengemaskinikan Perlembagaan DPPMB dengan merujuk pakar undang-undang Negara

Brunei Darussalam maka Edisi 3 telah dapat di hasilkan dengan jayanya.

Adapun tujuan mengemaskinikan Perlembagaan DPPMB bagi Edisi 3 kali ini adalah mengambil

kira keadaan semasa dan jangka panjang bagi menepati kehendak belia-belia rakyat Melayu

Brunei dan generasi yang akan datang dalam menerajui dan memimpin DPPMB kearah lebih

cemerlang, mampan, berdaya saing dan berdaya tahan.

Di harapkan semoga perlembagaan bagi Edisi 3 kali ini akan dapat diguna-pakai dan relevan di

masa-masa akan datang.

Peramba/saya sukacita merakamkan jutaan terima kaseh kepada semua pihak yang terlibat

khas nya kepada ahli-ahli Jawatankuasa Mengemaskinikan Perlembagaan DPPMB, Tuan Hj

Awang Ahmad Basuni (Ahli DPPMB dan mewakili syarikat nya; Abraham dan Davidson

Solicitor), pihak sekretariat dan individu-individu yang turut sama menyumbang hingga Edisi 3

kali ini berhasil dan berjaya dengan izin Allah Ta’ala jua.

Sekian.

Wabillahit Taufiq Wal-Hidayah, Wassalamu ‘Alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh.


AHLI-AHLI JAWATANKUASA MENGEMASKINIKAN PERLEMBAGAAN DPPMB

1 Yang Mulia Haji Mohd Hanafi Bin

POKDGSDRDLU Haji Awang Abdul Rahman

Timbalan Yang DiPertua II (TYDP II)

2 Haji Abdul Rahman Bin Haji Sirat

Setiausaha Agung (SUA)

No. Ahli: 280/2016

No. Ahli: 164/1993

3 Haji Ismail Bin Haji Yusof

Pengerusi Tetap (PT)

No. Ahli: 95/1987

5 Haji Awang Mohamed Said

Bin Haji Awang Yaakub

Naib Yang Di Pertua I (NYDPI) Brunei Muara

No. Ahli: 06/1987

4 Haji Muhd Sambas Bin Haji Bagol

Timbalan Pengerusi Tetap (TPT)

No. Ahli: 69/1987

6 Haji Mohd Loqman Al-Hakim

Bin Haji Hamdan

Penolong Setiausaha Hal Ehwal Ugama

No. Ahli: 367/2019

7 Haji Mahmud Bin Haji Mohd Daud

Ahli

No. Ahli:

8 Ahmad Bersuni Bin Haji Abbas

Ahli dan Penasihat Undang-Undang DPPMB yang dilantik

(Legal Counsel of DPPMB)

9 Ak Md Faez Firdaus Bin Pg Haji Mohd Kassim

Pengurus Eksekutif

10 Siti Nazibah Binti Haji Nasip

Pengawai Eksekutif

11 Nur Qamarina Binti Awang Haji Bakar

Penolong Penyelidik dan Pembangunan


- Gambar -

SESI BERGAMBAR KOMITTI JAWATANKUASA MENGEMASKINIKAN PERLEMBAGAAN

DPPMB

(Bagi Sesi Tahun 2018-2021)


FINAL DRAFT

THE FINAL REVIEWED BY TUAN HAJI AHMAD BASUNI (AHLI DPPMB / ABRAHAM DAVIDSON)

DASAR DAN PERLEMBAGAAN

DEWAN PERNIAGAAN DAN PERUSAHAAN

MELAYU

BRUNEI DARUSSALAM

(EDISI KE 3)

DITERBITKAN:

TAHUN 1443H BERSAMAAN TAHUN 2021M


DASAR DAN PERLEMBAGAAN

Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Brunei

KANDUNGAN

BAB

ISI KANDUNGAN

MUKA

SURAT

BAB 1 NAMA DAN TEMPAT 2

BAB 2 DASAR DAN TUJUAN 3

BAB 3 AHLI DPPMB 5

BAB 4 KEWANGAN DAN HARTA BENDA 9

BAB 5 PENTADBIRAN 12

BAB 6

TUGAS-TUGAS AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI (JKT)

DAN AHLI JAWATANKUASA TADBIR (AJKT)

BAB 7 PENYERAHAN TUGAS 24

BAB 8 JENIS MESYUARAT 25

BAB 9 PENAUNG DAN LEMBAGA PENASIHAT 28

BAB 10 PEMERIKSA KIRA-KIRA 31

BAB 11 UNDIAN 32

BAB 12 PINDAAN 34

BAB 13 PEMBUBARAN 35

BAB 14 TATATERTIB ATAU DISIPLIN 36

BAB 15 TAFSIRAN 40

BAB 16 LOGO DPPMB 41

14

1


DASAR DAN PERLEMBAGAAN

Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Brunei

BAB 1

NAMA DAN TEMPAT

1. Pertubuhan ini dinamakan DEWAN PERNIAGAAN DAN

PERUSAHAAN MELAYU BRUNEI DARUSSALAM atau nama

ringkasnya DPPMB dan selepas ini disebut DPPMB sahaja.

2. Ibu pejabat dan alamat rasmi serta persuratan DPPMB ialah:

NO 1, BLOK D,

KOMPLEKS PERINDUSTRIAN BERIBI,

KAMPONG BERIBI, JALAN GADONG,

BANDAR SERI BEGAWAN, BE1118,

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

DPPMB dibolehkan untuk menubuhkan beberapa cawangan

dalam Negara Brunei Darussalam. Ibu pejabat dan alamat

DPPMB ini boleh diubah dan memaklumkan kepada

Pendaftaran Pertubuhan jika diperlukan.

2


DASAR DAN PERLEMBAGAAN

Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Brunei

BAB 2

DASAR DAN TUJUAN

Dasar dan Tujuan DPPMB adalah seperti berikut:

1. Menyatupadu serta menggabung peniaga dan pengusaha

Melayu dalam apa jua bentuk perdagangan dan perusahaan

dan memperjuangkan kepentingan mereka disamping

menyelaras kegiatan-kegiatan Ahli-Ahli disemua peringkat.

2. Berusaha dan mencari jalan penyelesaian dalam segala

perundingan yang bersabit dengan kepentingan Ahli-Ahli.

3. Membuat perundingan atau merayu sesuatu penetapan

yang berlawanan dengan kepentingan peniaga-peniaga dan

pengusaha-pengusaha Melayu.

4. Membimbing serta menanamkan kepercayaan kepada Ahli-

Ahli dan berusaha bagi meningkatkan taraf perniagaan dan

perusahaan.

5. Berusaha bagi menambah ilmu pengetahuan Ahli-Ahli dalam

perniagaan dan perusahaan.

3


DASAR DAN PERLEMBAGAAN

Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Brunei

6. Boleh bergabung dengan mana-mana Dewan Perniagaan

dan Perusahaan yang berdaftar dalam dan luar Negara

Brunei Darussalam tertakluk kepada kebenaran Pendaftar

Persekutuan.

7. Berusaha untuk menjadi satu badan muzakarah bagi

memikirkan hal ehwal perniagaan bagi semua peniagapeniaga

dan pengusaha-pengusaha Rakyat Melayu Brunei

(RMB).

8. Berusaha untuk mendapatkan dan menguruskan dana

kewangan dan hartanah dan bagi memenuhi dan mencapai

dasar dan tujuan ini, DPPMB berkuasa untuk membuat

sebarang pelaburan, pengutipan dan tajaan melalui

penubuhan syarikat, koperasi, institusi kewangan,

pemilikan, pemajakkan, penyewaan, penjualan harta alih

dan hartanah.

4


DASAR DAN PERLEMBAGAAN

Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Brunei

BAB 3

AHLI DPPMB

Ahli-Ahli yang diterima menjadi Ahli DPPMB adalah:

1. AHLI INDIVIDU

1.1) Peniaga dan pengusaha yang berumur lapan belas

(18) tahun ke atas,

1.2) Rakyat dan Penduduk Tetap Negara Brunei

Darussalam (yang memegang kad pengenalan kuning

dan ungu), dan

1.3) Memiliki 100% syarikat atau perusahaan di Negara

Brunei Darussalam.

2. AHLI SYARIKAT

2.1) RMB yang memiliki dan memegang saham syarikat

minima 51%; dan

2.2) Pengesahan Resolusi Lembaga Pengarah Syarikat

(Director’s Resolution endorsed by the company)

untuk menjadi Ahli DPPMB; dan

5


DASAR DAN PERLEMBAGAAN

Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Brunei

2.3) Ahli Lembaga Pengarah Syarikat yang terdiri dari

RMB sahaja dibenarkan untuk menghadiri majlis dan

mesyuarat DPPMB.

3. Permohonan menjadi Ahli DPPMB ini bolehlah dibuat

dengan mengisikan borang permohonan menjadi Ahli yang

telah disediakan dan hendaklah dikemukakan kepada

Setiausaha Agung DPPMB untuk dinilai dan diputuskan oleh

Ahli Jawatankuasa Tadbir (AJKT). AJKT berhak menolak

dengan tidak perlu memberikan sebarang penjelasan.

4. Setiap permohonan yang telah diluluskan oleh AJKT

hendaklah menjelaskan Yuran Masuk dan Yuran Keahlian

Setahun terlebih dahulu sebelum diterima rasmi dan

didaftar menjadi Ahli DPPMB.

5. Setiap Ahli mempunyai kewajipan patuh kepada Dasar dan

Perlembagaan DPPMB dan berkewajipan menjelaskan

yuran dan hutang kepada DPPMB.

6. Ahli baru yang telah diterima hanya layak dicalonkan bagi

memegang jawatan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (JKT) dan

AJKT setelah setahun (1 tahun) menjadi Ahli DPPMB.

6


DASAR DAN PERLEMBAGAAN

Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Brunei

7. Setiap Ahli boleh berhenti menjadi Ahli dengan syarat dia

mestilah memberikan sebulan (1 bulan) notis yang bertulis

kepada Setiausaha Agung DPPMB dan sebelum berhenti

hendaklah menjelaskan segala hutang piutang kepada

DPPMB.

8. AJKT berhak menggantung keahlian mana-mana Ahli yang

tidak mengikuti Dasar dan Perlembagaan DPPMB.

9. Seorang Ahli akan lucut menjadi Ahli DPPMB dengan sebabsebab

berikut: -

9.1) Meninggal dunia;

9.2) Dipecat kerana melanggar Tatatertib, Dasar dan

Perlembagaan DPPMB;

9.3) Uzur (sakit tenat);

9.4) Gila (tidak waras);

9.5) Muflis (Bankrup);

9.6) Menamatkan Keahlian.

7


DASAR DAN PERLEMBAGAAN

Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Brunei

10. Permohonan tidak akan diterima atau keahlian akan

ditamatkan jika didapati menjadi ahli kepada persatuanpersatuan

perniagaan lain di Negara Brunei Darussalam

yang boleh menimbulkan percanggahan kepentingan.

11. Permohonan tidak akan diterima atau keahlian akan

ditamatkan jika didapati menjadi ahli kepada sebarang

partai-partai politik di Negara Brunei Darussalam.

12. Pemohon yang sudah berhenti daripada persatuanpersatuan

perniagaan dan/atau partai-partai politik, boleh

dipertimbangkan dan diterima menjadi Ahli dengan syarat:-

12.1) Menghadapkan surat asal pengesahan rasmi

(original letter) berundur diri dan meninggalkan

persatuan-persatuan atau partai-partai politik.

8


DASAR DAN PERLEMBAGAAN

Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Brunei

BAB 4

KEWANGAN DAN HARTA BENDA

1. KEWANGAN dan HARTA BENDA DPPMB adalah: -

a) Hak milik kepunyaan DPPMB; dan

b) Yang ditadbir oleh DPPMB.

1.1) Kewangan dan harta benda DPPMB adalah diperolehi

daripada sumber-sumber seperti kutipan yuran,

derma, pelaburan, pinjaman, tajaan, dana dan lainlain

daya usaha.

1.2) Yuran-Yuran dari Ahli-Ahli DPPMB yang ditetapkan;

1.2.1) Yuran Masuk menjadi Ahli Individu atau

Syarikat ialah B$ 30.00 (Tiga Puluh Ringgit);

1.2.2) Yuran Tahunan bagi seorang Ahli ialah B$ 60.00

(Enam Puluh Ringgit). Pembayaran hendaklah

dibuat pada bulan Januari pada setiap tahun.

1.3) DPPMB dibolehkan untuk mengutip dana kebajikan

Ahli-Ahli, serta bagi pembayaran elaun, gaji,

perbelanjaan pentadbiran DPPMB dan Sekretariat.

9


DASAR DAN PERLEMBAGAAN

Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Brunei

2. Semua wang DPPMB hendaklah disimpan dalam manamana

bank yang dipersetujui oleh AJKT atas nama DPPMB.

3. Pengeluaran Wang DPPMB akan dilaksanakan dengan

menggunakan cek yang ditandatangani oleh mana-mana

dua (2) orang terdiri dari Yang DiPertua, Timbalan Yang

DiPertua I, Timbalan Yang DiPertua II, Setiausaha Agung dan

Bendahari Agung.

4. Bagi tujuan penandatangan buku-buku cek Bank yang

ditandatangani oleh dua (2) orang sahaja adalah diberi kuasa

(Authorized Signotary) seperti pencerahan berikut;

a. Kumpulan / Group A,

1. YDP

2. TYDP I

3. TYDP II

b. Kumpulan / Group B,

1. SUA

2. BA

Penandatanganan yang diberi kuasa adalah seorang sahaja

daripada Kumpulan A (group A).

Dan Penandatanganan yang diberi kuasa adalah seorang

sahaja daripada Kumpulan B (group B).

10


DASAR DAN PERLEMBAGAAN

Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Brunei

5. Segala penerimaan wang hendaklah diberi resit rasmi yang

dikeluarkan oleh DPPMB melalui Sekretariat.

6. Setiap peruntukan perbelanjaan tahunan DPPMB bolehlah

ditetapkan dan diluluskan oleh AJKT setiap tahun (Annual

Budget Expenses).

11


DASAR DAN PERLEMBAGAAN

Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Brunei

BAB 5

PENTADBIRAN

J

1. DPPMB ini adalah ditadbir oleh JKT dengan bantuan AJKT

dan Sekretariat. Kuasa tertinggi adalah terletak kepada

Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung

Tergempar.

2. Ahli-Ahli Jawatankuasa Tertinggi (JKT) terdiri daripada Yang

DiPertua, Timbalan-Timbalan Yang DiPertua, Setiausaha

Agung, Timbalan Setiausaha Agung dan Bendahari Agung.

Jawatan-Jawatan ini akan dipilih dalam Mesyuarat Agung

Tahunan atau Mesyuarat Agung Tergempar, dan menjawat

jawatan dalam tempoh tiga (3) tahun dan jawatan-jawatan

ini dipilih tiga (3) tahun sekali; -

2.1) Yang DiPertua;

2.2) Timbalan Yang DiPertua I;

2.3) Timbalan Yang DiPertua II;

2.4) Setiausaha Agung;

2.5) Timbalan Setiausaha Agung; dan

2.6) Bendahari Agung.

12


DASAR DAN PERLEMBAGAAN

Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Brunei

3. JKT berkuasa melantik AJKT terdiri daripada;

3.1) Pengerusi Tetap;

3.2) Timbalan Pengerusi Tetap;

3.3) Timbalan Bendahari Agung;

3.4) Naib Yang DiPertua Pembangunan Belia;

3.5) Naib Yang DiPertua Perdagangan dan Pelaburan;

3.6) Naib Yang DiPertua Hal Ehwal Kebajikan;

3.7) Naib Yang DiPertua Hal Ehwal Ugama;

3.8) Naib Yang DiPertua Perhubungan Awam;

3.9) Empat (4) orang Ahli Jawatankuasa Tadbir Biasa.

4. JKT juga berkuasa melantik Jawatankuasa Semasa untuk

melaksanakan sesuatu tugas yang tertentu jika difikirkan

perlu.

13


DASAR DAN PERLEMBAGAAN

Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Brunei

BAB 6

TUGAS-TUGAS AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI

(JKT) DAN AHLI JAWATANKUASA TADBIR (AJKT)

JAWATANKUASA TERTINGGI (JKT)

Tugas-tugas JKT adalah seperti berikut;

1. YANG DIPERTUA (YDP)

Tugas-tugas dan tanggungjawab YDP adalah seperti berikut:

1.1) Memegang jawatan Yang DiPertua Dewan

Perniagaan dan Perusahaan Kebangsaan Brunei

(DPPKB) selama tempoh lantikan di JKT DPPMB.

1.2) YDP juga berkuasa melantik TYDP I untuk memegang

jawatan Yang DiPertua DPPKB selama tempoh

lantikan di JKT.

1.3) Mengetuai dan memimpin segala pentadbiran dan

urusan-urusan DPPMB dan sentiasa berusaha

dengan segala daya upayanya agar Dasar dan

Perlembagaan DPPMB diikuti dengan betul.

14


DASAR DAN PERLEMBAGAAN

Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Brunei

1.4) Mewakili DPPMB dalam sebarang urusan luar

berhubung dengan DPPMB dan menjadi jurucakap

DPPMB atau wakil yang dilantiknya.

1.5) Menandatangani baucher. Diberi kuasa

menandatangani cek-cek atas nama DPPMB dengan

mana-mana Timbalan Yang Di Pertua atau Setiausaha

Agung dan/atau Bendahari Agung.

1.6) Menandatangani surat-surat yang penting.

1.7) Merancang dan menyusun strategi dan akitivitiaktiviti.

1.8) Mendapatkan bantuan sukarela bagi tugas-tugas

DPPMB.

1.9) Mengadakan dan mempengerusikan mesyuaratmesyuarat

DPPMB.

1.10) Menilai prestasi AJKT.

1.11) Menilai prestasi kewangan DPPMB.

1.12) Memimpin dan merancang dalam usaha

mendapatkan sumber-sumber kewangan bagi

DPPMB.

15


DASAR DAN PERLEMBAGAAN

Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Brunei

1.13) Diberi kuasa menandatangani cek-cek atas nama

DPPMB.

2. TIMBALAN YANG DIPERTUA I (TYDP I) DAN TIMBALAN

YANG DIPERTUA II (TYDP II)

Tugas-tugas dan tanggungjawab TYDP I dan TYDP II adalah

seperti berikut:

2.1) Membantu tugas-tugas Yang DiPertua.

2.2) Menjalankan tugas-tugas Yang DiPertua semasa

ketiadaannya termasuk penandatanganan surat atau

cek DPPMB.

2.3) Memegang jawatan Timbalan Yang DiPertua I,

Dewan Perniagaan dan Perusahaan Kebangsaan

Brunei (DPPKB) selama tempoh lantikan di JKT

DPPMB.

2.4) Membantu JKT dalam mengurus, mengemaskini dan

menggerak jentera pentadbiran DPPMB.

2.5) Diberi kuasa menandatangani cek-cek atas nama

DPPMB.

16


DASAR DAN PERLEMBAGAAN

Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Brunei

3. SETIAUSAHA AGUNG (SUA)

Tugas-tugas dan tanggungjawab SUA adalah seperti berikut:

3.1) Memegang jawatan Setiausaha Agung, Dewan

Perniagaan dan Perusahaan Kebangsaan Brunei

(DPPKB) selama tempoh lantikan di JKT DPPMB.

3.2) Mengurus dan menjalankan Pentadbiran DPPMB.

3.3) Melaksanakan keputusan Mesyuarat-Mesyuarat

termasuk Mesyuarat Agung, Mesyuarat Agung

Tergempar, JKT, AJKT dan Jawatankuasa Khas atau

Semasa.

3.4) Bertanggungjawab mengurus segala surat-surat dan

menyimpan di Pejabat DPPMB segala buku-buku,

dokumen-dokumen, minit-minit Mesyuarat Agung,

Mesyuarat Agung Tergempar, JKT dan AJKT. Minitminit

Mesyuarat JKT dan AJKT hendaklah diedarkan

dalam masa dua (2) minggu selepas setiap

mesyuarat, dan menyediakan pangkalan data Ahli-

Ahli DPPMB, kecuali yang berkenaan dengan

kewangan.

17


DASAR DAN PERLEMBAGAAN

Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Brunei

3.5) Diberi kuasa menandatangani cek-cek atas nama

DPPMB dengan Yang DiPertua dan/atau bersama

mana-mana TYDP dan/atau Bendahari Agung.

3.6) Membuat penyata atau laporan tahunan bagi

seluruh perjalanan DPPMB dan yang bersangkut

dengan DPPMB.

3.7) Melaksanakan dan berpandukan pentadbiran

mengikut cara dan mematuhi Dasar dan

Perlembagaan DPPMB.

3.8) Diberi kuasa menandatangani cek-cek atas nama

DPPMB.

4. BENDAHARI AGUNG (BA)

Tugas-tugas dan tanggungjawab BA adalah seperti berikut:

4.1) Bertanggungjawab ke atas hal ehwal kewangan

DPPMB termasuk perancangan dan pengurusannya.

4.2) Menerima dan memasukkan terus segala wang

DPPMB ke Bank yang ditetapkan selewat-lewatnya

72 jam waktu bekerja daripada masa menerimanya.

18


DASAR DAN PERLEMBAGAAN

Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Brunei

4.3) Mencatat segala wang keluar masuk ke dalam buku

kira-kira kewangan.

4.4) Mempunyai kuasa menyimpan wang ditangan tidak

lebih daripada B$500.00 (Lima Ratus Ringgit) sahaja.

4.5) Mempunyai kuasa menuntut wang DPPMB daripada

pihak-pihak yang bersangkutan.

4.6) Bertanggungjawab atas semua buku-buku

dokumen-dokumen kewangan atau harta benda

DPPMB, dan mengeluarkan resit mengenai wang

yang diterima.

4.7) Mengikhtiarkan bagi menambah kewangan DPPMB

dengan persetujuan AJKT.

4.8) Merangka dan menunjukkan taksiran anggaran

perbelanjaan tahunan DPPMB untuk dikaji oleh

AJKT, dan dihadapkan ke Mesyuarat Agung atau

Mesyuarat Agung Tergempar.

4.9) Membuat penyata tahunan dan Kunci Kira-Kira

Kewangan DPPMB.

19


DASAR DAN PERLEMBAGAAN

Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Brunei

4.10) Diberi kuasa menandatangani cek-cek atas nama

DPPMB.

4.11) Memberi Laporan Kewangan ke Mesyuarat AJKT

setiap kali diadakan.

5. TIMBALAN SETIAUSAHA AGUNG (TSUA)

Tugas-tugas dan tanggungjawab TSUA adalah seperti berikut:

5.1) Membantu, memangku dan menjalankan tugastugas

Setiausaha Agung.

5.2) Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh

Setiausaha Agung dalam masa ketiadaan atau

disebabkan oleh sesuatu perkara yang tertentu.

6. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB SEKRETARIAT

Tugas-tugas JKT diatas didokong oleh pihak kakitangan

Sekretariat dalam mentadbir pejabat DPPMB seperti berikut: -

6.1) Sumber Manusia (Human Resources)

6.2) Pentadbiran Kewangan

20


DASAR DAN PERLEMBAGAAN

Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Brunei

6.3) Melaksanakan Aktiviti-Aktiviti/ Projek DPPMB yang

diluluskan (Execution)

6.4) Hal Ehwal Kebajikan Ahli-Ahli

6.5) Bimbingan Pembangunan Perniagaan (Training on

Developing Businesses)

6.6) Sekretariat hanya menerima arahan daripada JKT

sahaja. Dan lain-lain yang berpentingan dengan

DPPMB atas arahan JKT.

7. AHLI JAWATANKUASA TADBIR (AJKT)

Tugas-tugas AJKT adalah seperti berikut;

7.1) PENGERUSI TETAP

7.1.1) Menjadi Pengerusi dalam mesyuarat-mesyuarat

atas arahan YDP.

7.1.2) Menjadi Pengerusi di Mesyuarat Agung Tahunan

dan Mesyuarat Agung tergempar.

7.1.3) Mengawal, mengatur dan memastikan

mesyuarat berjalan lancar dan berjaya.

21


DASAR DAN PERLEMBAGAAN

Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Brunei

7.2) TIMBALAN PENGERUSI TETAP

7.2.1) Membantu tugas-tugas Pengerusi Tetap.

7.2.2) Menjalankan tugas-tugas Pengerusi Tetap

semasa ketiadaannya.

7.3) TIMBALAN BENDAHARI AGUNG

7.3.1) Membantu tugas-tugas Bendahari Agung.

7.3.2) Memangku tugas-tugas Bendahari Agung

dalam masa ketiadaannya atau disebabkan

oleh sesuatu perkara yang tertentu.

7.4) NAIB YANG DIPERTUA BAGI PEMBANGUNAN BELIA,

PERDAGANGAN DAN PELABURAN, HAL EHWAL

KEBAJIKAN, HAL EHWAL UGAMA DAN

PERHUBUNGAN AWAM

7.4.1) Memimpin, merancang dan mengurus tugastugas

dalam jawatan-jawatan yang telah

diluluskan dan dilantik oleh JKT dalam

mentadbir DPPMB.

22


DASAR DAN PERLEMBAGAAN

Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Brunei

7.4.2) Naib Yang DiPertua yang dilantik boleh

menubuhkan sub komiti masing-masing

samaada terdiri daripada Ahli-Ahli DPPMB atau

bukan Ahli dengan syarat mendapat kebenaran

AJKT. Sub komiti mestilah daripada kalangan

RMB.

7.4.3) Menyediakan kertas kerja (business plan) dan

feasibility studies mana-mana projek yang

difikirkan sesuai bagi faedah dan manfaat Ahli-

Ahli.

7.4.4) Mengawal, mengetuai dan menyusuli (follow

up) kepada sub komiti yang dilantik dalam

memastikan tugas dan projek dijalankan

dengan berkesan dan berjaya.

7.5) AHLI JAWATANKUASA TADBIR BIASA

7.5.1) Ahli Biasa dilantik seramai empat (4) orang

sahaja.

7.5.2) Memberikan buah fikiran, pandangan,

sumbangan tenaga dan cadangan kepada AJKT

dalam hal ehwal kebajikan, bimbingan dan

perniagaan ahli-ahli.

23


DASAR DAN PERLEMBAGAAN

Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Brunei

BAB 7

PENYERAHAN TUGAS

1. JKT dan AJKT yang tamat tempoh lantikan dikehendaki

menyerahkan tugas masing-masing kepada JKT dan AJKT

yang baru.

2. Penyerahan tugas ini mestilah dilaksanakan dalam tempoh

sebulan (1 bulan) setelah perlantikan baru. Segala dokumen,

persuratan rasmi, pelan induk, bahan cetak DPPMB adalah

hak milik DPPMB.

3. Penyerahan tugas ini adalah aktiviti utama bagi

kesinambungan pengurusan dan pentadbiran DPPMB.

24


DASAR DAN PERLEMBAGAAN

Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Brunei

BAB 8

JENIS MESYUARAT

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

1. Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah diadakan sekali

setahun (1 tahun) tidak lewat daripada tiga (3) bulan selepas

31 Disember.

2. Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah dihadiri oleh

sekurang-sekurangnya sepertiga (1/3) daripada Ahli DPPMB

yang aktif. Ini tidak termasuk Ahli yang digantung

keahliannya pada masa Mesyuarat Agung itu diadakan.

2.1) Merujuk perkara (2) diatas, jika tidak memenuhi

syarat maka Mesyuarat Agung Tahunan akan ditunda

pada tarikh yang ditetapkan kemudian dan tidak

melebihi tiga (3) bulan dari penangguhan pertama

sahaja.

3. Pemberitahuan/ Notis mesyuarat hendaklah dikeluarkan

dua puluh satu (21) hari sebelum tarikh mengadakan

Mesyuarat Agung Tahunan.

25


DASAR DAN PERLEMBAGAAN

Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Brunei

4. Pemberitahuan/Notis rasmi Mesyuarat Agung Tahunan

dikeluarkan melalui sama ada:

4.1) Surat Rasmi;

4.2) Media Cetak;

4.3) Media Sosial/Elektronik;

4.4) Laman Sesawang.

MESYUARAT AGUNG TERGEMPAR

1. Mesyuarat Agung Tergempar boleh diadakan pada bila-bila

masa dengan permintaan dan perintah JKT.

2. Mesyuarat Agung Tergempar hendaklah dihadiri oleh

sekurang-sekurangnya seperempat (1/4) dari Ahli DPPMB.

3. Pemberitahuan/Notis Mesyuarat Agung Tergempar

hendaklah dikeluarkan empat belas (14) hari sebelum

tarikh Mesyuarat dicadangkan.

26


DASAR DAN PERLEMBAGAAN

Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Brunei

MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA TADBIR (AJKT)

1. Mesyuarat AJKT DPPMB hendaklah diadakan sekurangkurangnya

tiga (3) bulan sekali.

2. Mesyuarat AJKT hendaklah dihadiri sekurang-kurangnya

seperempat (1/4) daripada AJKT yang dilantik.

3. Notis Mesyuarat AJKT sekurang-kurangnya dikeluarkan

empat belas (14) hari sebelum tarikh Mesyuarat

dicadangkan.

4. Mesyuarat AJKT akan melantik dua (2) orang Ahli DPPMB

untuk memeriksa Kewangan DPPMB setiap empat (4) bulan.

Ahli DPPMB yang dilantik bukan dari Ahli JKT dan AJKT.

27


DASAR DAN PERLEMBAGAAN

Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Brunei

BAB 9

PENAUNG DAN LEMBAGA PENASIHAT

1. DPPMB mempunyai: -

1.1) Seorang (1) Penaung; dan

1.2) Tiga (3) orang Ahli Lembaga Penasihat.

2. Penaung dan Ahli Lembaga Penasihat dilantik oleh JKT dan

AJKT.

3. Seorang yang dilantik menjadi Penaung atau Ahli Lembaga

Penasihat hendaklah dari orang-orang yang difikirkan layak

oleh JKT untuk memegang jawatan-jawatan tersebut dan

mengikuti tempoh sesi perkhidmatan JKT tersebut. JKT

berhak menukar lantikan mana-mana Ahli Lembaga

Penasihat yang difikirkan perlu.

4. Tempoh Pemegang Jawatan Penaung adalah mengikut

tempoh sesi lantikan JKT iaitu tiga (3) tahun.

4.1) Dan lantikan ini akan dipertimbangkan oleh JKT baru

yang akan dilantik.

4.2) Lantikan Pemegang Jawatan Penasihat hanya bagi

tempoh setahun (1 tahun) sahaja.

28


DASAR DAN PERLEMBAGAAN

Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Brunei

5. Jika Ahli Lembaga Penasihat tidak dapat meneruskan

perkhidmatan oleh kerana sesuatu sebab yang tertentu

maka JKT dibolehkan melantik penggantinya.

6. Peranan Ahli Lembaga Penasihat ialah memberi galakkan

dan khidmat nasihat yang bermanfaat bagi kemajuan,

kesejahteraan dan kesinambungan DPPMB.

7. JKT berkuasa melantik 3 orang RMB sebagai Ahli Lembaga

Penasihat yang terdiri dari mana-mana individu yang layak

menyumbang dan diputuskan oleh JKT dan tidak

semestinya Ahli DPPMB.

29


DASAR DAN PERLEMBAGAAN

Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Brunei

8. Ahli Lembaga Penasihat dan JKT digalakkan mengadakan

Mesyuarat / Dialog. Peranan dan matlamat seperti

berikut:-

8.1) Membincangkan isu-isu perniagaan yang dihadapi

oleh PMKS (MSMEs) RMB.

8.2) Membincangkan isu-isu dan dasar kerajaan, hala tuju

ekonomi dan membangun sosio perniagaan yang

mampan.

8.3) Kerjasama dengan Institusi-Institusi kerajaan,

perbankan, Syarikat-Syarikat milik kerajaan (GoCs /

GLCs) dalam membantu peniaga-peniaga PMKS

(MSMEs) RMB untuk berdaya tahan dan berdaya

saing dengan peniaga-peniaga asing.

30


DASAR DAN PERLEMBAGAAN

Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Brunei

BAB 10

PEMERIKSA KIRA-KIRA

1. Pemeriksa Kira-Kira ini bertanggungjawab dan berkuasa: -

1.1) Menjalankan pemeriksaan Kunci Kira-Kira, harta

benda dan kewangan DPPMB;

1.2) Menyediakan laporan berhubung pengurusan

kewangan dan pentadbiran harta benda DPPMB.

2. Mesyuarat Agung Tahunan (AGM)

Untuk Laporan Kewangan dan Kunci kira-kira bagi

Mesyuarat Agung Tahunan (AGM), pemeriksa Kira-Kira

akan dipilih dan dilantik oleh AJKT bagi tujuan Internal

Audit dan tempoh perkhidmatannya dua (2) bulan sahaja.

3. Jika Pemeriksa Kira-Kira tidak menjalankan tugasnya

kerana sebab-sebab tertentu maka AJKT berkuasa melantik

pengantinya.

4. Bagi Laporan Kewangan dan kunci kira-kira bagi Mesyuarat

AJKT, BA akan menyediakan laporan setiap kali mesyuarat

diadakan.

31


DASAR DAN PERLEMBAGAAN

Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Brunei

BAB 11

UNDIAN

Majlis dalam Mesyuarat Agung Tahunan melantik Pengerusi

Sementara untuk menjalankan pengundian Ahli JKT.

Dalam menjalankan undian di Mesyuarat Agung Tahunan

(Pemilihan Ahli JKT) tersebut, cara undian adalah seperti

berikut:

CARA PENCALONAN DAN UNDIAN

1. Calon-calon untuk memenuhi jawatan JKT hendaklah

dinamakan oleh seorang Ahli DPPMB dan mendapatkan

sokongan seorang lagi Ahli DPPMB secara bertulis dalam

borang pencalonan yang dihantar dua (2) minggu sebelum

tarikh undian dalam Mesyuarat Agung Tahunan atau

Mesyuarat Agung Tergempar. Bagaimanapun pencalonan

secara lisan boleh juga dibuat dalam Mesyuarat berkenaan

selagi ada penama dan penyokong bagi calon tesebut.

2. Ahli-Ahli tidak dibenarkan mencalonkan dirinya sendiri bagi

memegang jawatan JKT.

3. Ahli-Ahli mestilah hadir untuk membuat undian semasa

Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung

Tergempar dijalankan.

32


DASAR DAN PERLEMBAGAAN

Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Brunei

4. Pengundi dan Ahli yang dicalonkan mesti menjelaskan

tunggakkan yuran Ahli.

5. Ahli-Ahli yang tidak hadir dalam Mesyuarat Agung Tahunan

atau Tergempar tidak dibenarkan mengundi kecuali ada

sebab-sebab yang tertentu yang menghalang untuk hadir

di Mesyuarat tersebut. Ahli tersebut mestilah

memaklumkan kepada Setiasusaha Agung / DPPMB

Sekretariat bagi tujuan pengesahan.

CIRI-CIRI CALON JKT YANG DILANTIK

1. Ciri-ciri Ahli DPPMB yang layak dilantik menjawat jawatan

JKT adalah seperti berikut:

1.1) Mesti menjadi Ahli DPPMB tidak kurang dari setahun;

1.2) Pernah memegang jawatan AJKT;

1.3) Tidak memegang mana-mana jawatan dalam

persatuan atau organisasi yang sebanding yang boleh

menimbulkan percanggahan kepentingan dengan

DPPMB; dan

1.4) Tidak ada tunggakkan pembayaran yuran Ahli.

33


DASAR DAN PERLEMBAGAAN

Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Brunei

BAB 12

PINDAAN

Dasar dan perlembagaan DPPMB ini tidak boleh diubah

atau dipinda, kecuali setelah diusulkan secara bersurat oleh JKT

kepada Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung

Tergempar, dan dipersetujui oleh sekurang-kurangnya

seperempat (1/4) daripada Ahli-Ahli yang hadir dan tertakluk

kelulusan daripada pihak Pendaftar Pertubuhan.

34


DASAR DAN PERLEMBAGAAN

Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Brunei

BAB 13

PEMBUBARAN

1. DPPMB tidak boleh dibubarkan, kecuali mendapat

persetujuan dalam Mesyuarat Agung Tergempar atau

seumpamanya setelah undian sulit dijalankan, maka

keputusan undian mestilah setengah (1/2) daripada jumlah

semua Ahli-Ahli yang berdaftar dan hadir bersetuju DPPMB

dibubarkan.

2. Notis pembubaran hendaklah disampaikan selewatlewatnya

dalam tempoh empat belas (14) hari kepada

Pendaftar Pertubuhan dan surat notis pembubaran

mestilah ditandatangani oleh Yang DiPertua DPPMB.

3. Jika DPPMB dibubarkan, semua hutang piutang kepada

DPPMB hendaklah dijelaskan dalam tempoh empat belas

(14) hari dari tarikh pembubarannya dan jika DPPMB

berhutang ianya akan diselesaikan dengan wang simpanan

atau harta benda DPPMB yang ada, baki wang dan harta

benda yang tinggal hendaklah dibahagikan kepada Ahli-Ahli

yang masih berdaftar pada tarikh pembubaran.

4. Mesyuarat Agung Tergempar mesti melantik Badan

Penyelaras (Receiver) setelah keputusan pembubaran

dipersetujui.

35


DASAR DAN PERLEMBAGAAN

Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Brunei

BAB 14

TATATERTIB ATAU DISIPLIN

1. Seorang Ahli DPPMB, selain daripada berkewajipan untuk

patuh kepada Dasar dan Perlembagaan DPPMB, dia adalah

juga dikehendaki untuk membela dan mempertahankan

nama baik DPPMB.

2. Seorang Ahli juga dikehendaki berkelakuan baik, bersopan

santun dan seumpamanya untuk mengharumkan dan

meninggikan nama baik DPPMB.

3. Selain daripada Fasal (1) dan (2) diatas, Ahli-Ahli JKT dan

AJKT dan lain–lain jawatankuasa yang mentadbir

perjalanan DPPMB adalah dikehendaki menjalankan

kewajipan yang ditanggungjawabkan kepada mereka

mengikuti Dasar dan Perlembagaan DPPMB.

4. Seorang Ahli JKT atau AJKT mestilah bertanggungjawab dan

sedaya usaha untuk memajukan DPPMB dengan seluruh

tenaga dan kebolehannya.

36


DASAR DAN PERLEMBAGAAN

Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Brunei

5. Perkara yang bertentangan dengan Ugama Islam, Undang-

Undang Negara, Kebudayaan Melayu, adat resam dan

perkara-perkara yang mencamarkan nama baik DPPMB

dan sebarang perkara yang seumpamanya adalah ditegah

Ahli-Ahli DPPMB melakukannya atau membuat perkara

tersebut sama ada di luar atau dalam rumah DPPMB.

6. Seorang Ahli DPPMB dianggap melanggar tatatertib atau

disiplin apabila ia melakukan perkara-perkara yang

bertentangan dengan perkara-perkara di atas termasuk

melanggar Dasar dan Perlembagaan DPPMB, berkelakuan

tidak senonoh yang boleh merosakkan nama baik DPPMB

atas tujuan jahat, atau sebarang perbuatan yang

merosakkan Ahli perseorangan dan DPPMB.

7. Sebarang pelanggaran tatatertib atau disiplin oleh Ahli

DPPMB, AJKT berkuasa mengambil tindakan yang berupa

nasihat, amaran atau dipecat mengikut bagaimana yang

setimpal dengan perbuatannya yang dilakukan.

7.1) AJKT berkuasa memanggil seorang Ahli yang

melakukan pelanggaran tatatertib atau disiplin untuk

datang kehadapan mereka bagi membela dirinya

dengan memberikan keterangan-keterangan

lengkap mengikut tuduhan-tuduhan atau

perbuatannya yang tersebut itu.

37


DASAR DAN PERLEMBAGAAN

Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Brunei

7.2) Mana-mana Ahli yang dipecat akan dianggap sah

apabila mendapat persetujuan dari AJKT dan surat

pemecatan ditandatangani oleh Yang DiPertua.

7.3) Mana-mana Ahli yang dipecat diberi peluang untuk

membuat rayuan kepada AJKT tidak lewat dari tiga

puluh (30) hari dari tarikh surat pemecatannya,

pertimbangan dan keputusan AJKT adalah

muktamad.

7.4) Ahli yang telah dipecat keahliannya dengan tidak

merayu kepada AJKT dalam masa yang ditetapkan

atau rayuannya ditolak oleh AJKT tidak boleh

diterima semula menjadi Ahli kecuali sekurangkurangnya

selepas dua (2) tahun dari tarikh

pemecatannya dengan syarat hendaklah mengisikan

borang masuk menjadi ahli DPPMB.

7.5) Ahli boleh diambil tindakan disiplin disebabkan tiada

menjelaskan yuran selama tiga (3) bulan berturutturut.

8. Mana-mana Ahli yang menggunakan DPPMB sebagai

wadah politik akan diambil tindakan disiplin tatatertib.

38


DASAR DAN PERLEMBAGAAN

Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Brunei

9. Mana-mana Ahli yang cuba memecah-belahkan,

memfitnah, menghasut kesatuan Ahli-Ahli DPPMB dan

menggugat kesinambungan DPPMB akan diambil tindakan

disiplin dan tatatertib dan/atau dilucutkan keahliannya.

10. Takrifan/maksud tatatertib dan disiplin yang boleh

dikenakan adalah seperti berikut;

10.1) Diberi teguran dan dikeluarkan surat amaran;

10.2) Digantung keahlian;

10.3) Dilucutkan keahlian.

39


DASAR DAN PERLEMBAGAAN

Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Brunei

BAB 15

TAFSIRAN

1. Tafsiran “Melayu” dalam konteks Dasar dan Perlembagaan

DPPMB terdiri dari tujuh (7) etnik penduduk asli mengikut

Perlembagaan Negara Brunei Darussalam yang

berkerakyatan Brunei Darussalam.

2. Tujuh (7) etnik penduduk asli terdiri seperti berikut;

2.1) Puak Melayu Brunei;

2.2) Puak Melayu Kuala Belait;

2.3) Puak Melayu Tutong;

2.4) Puak Dusun;

2.5) Puak Murut;

2.6) Puak Bisaya;

2.7) Puak Kedayan.

40


DASAR DAN PERLEMBAGAAN

Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Brunei

BAB 16

LOGO DPPMB

Logo DPPMB bermaksud seperti berikut:

1. TANGKAI PADI

Tangkai Padi bermaksud kekayaan, kemakmuran dan adat atau

tradisi.

1.1) Ia menandakan lebih 50 tahun kewujudan DPPMB di

bawah kepimpinan Melayu yang berhasrat untuk

menyatukan dan mendukung perniagaan melayu dan

persatuan perniagaan yang lain di Negara Brunei

Darussalam di bawah satu payung.

1.2) Tangkai padi yang berbentuk bulan sabit

melambangkan Agama dan nilai-nilai Islam.

1.3) Biji padi juga melambangkan simbol kehidupan yang

sejahtera dan mewah yang sentiasa tumbuh

berkembang. DPPMB diberi kepercayaan untuk

mengambil tanggungjawab membawa masyarakat

Melayu maju di dalam bidang perniagaan dan

membantu meningkatkan status perekonomian

mereka untuk hidup lebih makmur.

41


DASAR DAN PERLEMBAGAAN

Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Brunei

2. GLOBE (BENTUK DUNIA)

Globe melambangkan pemikiran universal dan global.

2.1) Melambangkan DPPMB sebagai sebuah organisasi

yang sentiasa berkembang dan berusaha untuk

memajukan Ahli-Ahlinya melalui inisiatif

perdagangan di bawah Dewan Perniagaan dan

Perusahaan Kebangsaan Brunei (DPPKB)

2.2) Berkembang dan berusaha untuk memajukan Ahli –

Ahlinya melalui inisiatif perdagangan di bawah

DPPKB yang dikepalai oleh DPPMB, menyediakan

platform pelaburan dan menyediakan peluang

perniagaan yang boleh membantu pertumbuhan

ekonomi Negara Brunei Darussalam melalui aktiviti

perniagaan di peringkat tempatan, serantau dan

antarabangsa.

2.3) Bentuk bulat dunia juga melambangkan perpaduan

dikalangan peniaga Melayu Brunei di bawah satu

Dewan perniagaan.

42


DASAR DAN PERLEMBAGAAN

Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Brunei

3. NAMA DPPMB

Singkatan DPPMB melambangkan sebuah organisasi yang

berstruktur dan simetri, bekerjasama dan berani

bertanggungjawab.

4. WARNA

Hitam, Merah Gelap, Putih, Kuning Kuat, Kelabu Tua, Coklat,

Muda Asli, Kelabu Cahaya Hangat.

4.1) Warna Hitam melambangkan Kuasa, Kawalan,

Kecanggihan dan Formaliti. Permilihan warna

mewakili warna-warna kebangsaan Negara Brunei

Darussalam. Warna tambahan kelabu gelap dan

kuning ayer sebagai korprat yang sejajar dengan

warna hitam yang utama.

4.2) Warna Mewakili Daerah: -

4.2.1) Warna Kuning Kuat mewakili Daerah Brunei

Muara;

4.2.2) Warna Merah Gelap mewakili Daerah Tutong;

4.2.3) Warna Kelabu Tua mewakili Daerah Belait;

43


DASAR DAN PERLEMBAGAAN

Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Brunei

4.2.4) Warna Putih mewakili Daerah Temburong.

4.3) Warna Mewakili Perusahaan Mikro, Perusahaan Kecil

dan Sederhana, Wanita dan Belia: -

4.3.1) Warna Hitam mewakili Perusahaan Mikro;

4.3.2) Warna Kelabu Tua mewakili Perusahaan Kecil

dan Serdahana;

4.3.3) Warna Coklat Muda Asli mewakili Wanita;

4.3.4) Warna Kelabu Cahaya Hangat mewakili Belia.

44


DASAR DAN PERLEMBAGAAN

Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Brunei

GLOSARI

DPPMB

RMB

JKT

AJKT

PMKS

MSME

GOC

GLC

DPPKB

YDP

TYDP

SUA

BA

TSUA

Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Brunei

Rakyat Melayu Brunei

Jawatankuasa Tertinggi

Ahli Jawatankuasa Tadbir

Perniagaan Mikro Kecil Sederhana

Micro Small Medium Enterprise

Government Owned Company

Government Linked Company

Dewan Perniagaan dan Perusahaan Kebangsaan

Brunei

Yang DiPertua

Timbalan Yang DiPertua

Setiausaha Agung

Bendahari Agung

Timbalan Setiausaha Agung

45

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!