12.01.2013 Views

XrZ9FD

XrZ9FD

XrZ9FD

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

TEKS PERUTUSAN TAHUN BARU 2013 DAN PELANCARAN PELAN STRATEGIK

TLDM 2013 - 2020 OLEH YANG BERBAHAGIA PANGLIMA TENTERA LAUT PADA

7 JAN 2013 (ISNIN) DI DEWAN M. SIDEK SHABUDIN, PANGKALAN TLDM LUMUT

ﺍﻠﺮﱠﺣﻳﻡ ﺍﻠﺮﱠﺣﻤﻦ ﷲ ﺑﺴﻢ

Segala puji dan syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata‟ala, Tuhan

sekalian alam, serta selawat dan salam ke atas junjungan kita, Nabi

Muhammad Sallallahu „Alaihi Wasallam, para sahabat dan keluarga

Baginda.

Yang Berbahagia Timbalan Panglima Tentera Laut, Panglima Armada,

Panglima-Panglima, Laksamana-Laksamana, Dato‟-Dato‟, tuan-tuan dan

puan-puan, serta warga Tentera Laut Diraja Malaysia yang saya kasihi

sekalian,

dan salam sejahtera.

ﻮﺒﺮﻜﺎﺘﻪ ﷲ ﻮﺭﺣﻣﺔ ﻋﻟﻳﻜﻢ ﺍﻠﺴﻼﻡ

1. Terlebih dahulu, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran

ke hadrat Allah Subhanahu Wata‟ala kerana dengan limpah kurnia dan

izin-Nya, dapat kita semua berkumpul pada pagi yang berbahagia ini

sempena Majlis Penyampaian Perutusan Tahun Baru 2013. Di

kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat tahun baru 2013 kepada

seluruh warga Tentera Laut Diraja Malaysia.

1

Warga TLDM yang saya hormati sekalian,

2. Objektif utama perutusan tahun baru ini adalah untuk melaporkan

kepada semua warga TLDM mengenai peristiwa, pencapaian dan prestasi

TLDM di sepanjang tahun yang lepas. Sebagai sebuah organisasi yang

progresif, adalah wajar untuk kita semua menilai semula segala yang telah

dilalui oleh TLDM di sepanjang tahun 2012, supaya kita dapat merancang

dan melaksanakan aktiviti dalam tahun 2013 dengan lebih lancar dan

berkesan lagi.

3. Skop ucapan saya pada hari ini akan dibahagikan kepada dua

bahagian. Bahagian pertama akan mengimbas kembali pencapaian dan

peristiwa sepanjang tahun 2012. Ini diikuti dengan memaparkan kejayaan-

kejayaan yang dicapai serta insiden dan kes-kes yang berlaku dalam

tahun 2012. Seterusnya saya akan menyimpulkan prestasi tahun 2012

melalui pencapaian the Navy Plan 2012.

4. Bahagian kedua ucapan saya pula akan memaklumkan tentang

perancangan tahun 2013 berdasarkan Pelan Strategik TLDM, inisiatif serta

aktiviti yang dirancang bagi menyokong setiap objektif strategik yang

digariskan serta membentangkan 10 aspek yang perlu ditekankan

2

sepanjang tahun 2013. Dan akhirnya, saya akan melancarkan Pelan

Strategik TLDM 2013 hingga 2020.

Warga TLDM yang saya kasihi sekalian,

5. Tahun 2012 menyaksikan TLDM telah berjaya mengekalkan tahap

pengoperasian dan pelaksanaan misi, serta berjaya menentukan kebajikan

dan kesejahteraan warganya terus dijaga. Berikutan kenaikan peruntukan

sebanyak 2.46% pada tahun 2012, saya sukacita memaklumkan bahawa

TLDM terus dapat melaksanakan aktiviti-aktiviti penambahbaikan ke arah

mencapai visi yang telah kita tetapkan iaitu „To be a World Class Navy‟.

6. Dari segi kecemerlangan operasi dan eksesais, TLDM terus

mengukuhkan nama di persada antarabangsa dengan kejayaan

perlaksanaan OP FAJAR di Teluk Aden. Kedua-dua kapal Auxiliary TLDM

iaitu BUNGA MAS 5 dan BUNGA MAS 6 telah berjaya mengiringi

sebanyak 100 buah kapal MISC dalam tahun 2012 tanpa berlaku sebarang

insiden. Bagi operasi dalam negara pula, TLDM berjaya melaksanakan OP

TENAGA 1 dan 2, iaitu operasi mengiringi Baj yang membawa peralatan

Tenaga Nasional Berhad (TNB) dari Langkawi ke Tawau, Sabah. Empat

kapal TLDM iaitu KD KEDAH, KD TODAK, KD SERANG dan KD SRI

3

PERLIS telah ditugaskan dan telah berjaya melaksanakan misi ini dengan

selamat.

7. Dalam pada itu, TLDM juga telah berjaya melaksanakan operasi

penembakan 3 misil pada tahun 2012 bagi menguji keupayaan dan

kesiagaannya. Operasi penembakan misil yang dimaksudkan ialah:

a. Penembakan misil Exocet MM40 oleh KD LEKIU pada 20

September 2012 semasa Eksesais ANGSA.

b. Penembakan misil Sea Skua oleh helikopter Super Lynx juga

pada 20 September 2012 semasa Eksesais ANGSA, dan

c. Penembakan kontraktual misil Sea Wolf oleh KD LEKIU pada

23 Oktober 2012.

Saya gembira menyatakan bahawa ketiga-tiga misil yang ditembak berjaya

mengenai dan memusnahkan sasaran iaitu sasaran permukaan oleh misil

Exocet MM40 serta misil Sea Skua, dan sasaran udara bagi misil Sea

Wolf. Syabas saya ucapkan atas kejayaan penembakan misil-misil

tersebut.

4

8. Bagi memperkukuhkan keupayaan dan pengoperasian armada

TLDM, kita telah mengambil inisiatif dan perolehan baru seperti berikut:

a. Penamaan dan pelancaran kapal latihan pertama TLDM,

„GAGAH SAMUDERA‟. Kapal latihan yang dibina oleh syarikat NGV

Tech Sdn Bhd ini telah dilancarkan pada 14 Disember 2012. Kapal

ini dijangka siap pada pertengahan tahun ini.

b. Pemanjangan hayat misil Vertical Launch Sea Wolf (VLSW).

Pelaksanaan kontrak pemanjangan hayat misil ini telah dibuat untuk

kumpulan kedua pada 13 Mei 2012. Keupayaan misil yang telah

dipanjangkan hayat ini telah dibuktikan dengan kejayaan

penembakan oleh KD LEKIU pada 23 Oktober yang lalu.

c. Perolehan sebuah „Ten Man Two Compartment

Decompression Chamber’. Perolehan peralatan ini telah dibuat pada

28 Jun 2012 dan ditempatkan di Markas Wilayah Laut 2. Peralatan

ini akan meningkatkan lagi kemampuan Pasukan Selam TLDM dan

membantu operasi Markas Angkatan Kapal Selam.

5

9. Sepanjang tahun 2012, TLDM telah terlibat dengan 20 eksesais

dalaman, antara perkhidmatan dan antarabangsa. Di samping itu, TLDM

juga terlibat dengan 7 operasi 24 jam, termasuk OP FAJAR yang

melibatkan dua kapal Auxiliary TLDM.

10. Dalam aspek hidrografi, saya sukacita memaklumkan bahawa Pusat

Hidrografi Negara telah menjadi peneraju kepada pelbagai inisiatif yang

berkaitan dengan hidrografi negara. Di antara inisiatif tersebut ialah

penganjuran Hari Terbuka PHN yang julung kali diadakan sempena Hari

Hidrografi Sedunia, serta penganjuran Bengkel Seabed Classification bagi

East Asia Hydrographic Commission (EAHC) yang pertama kali diadakan.

Pencapaian dan kejayaan PHN yang lain adalah seperti yang

dipaparkan..... Dalam pada itu, Ketua Pengarah Hidrografi, Laksamana

Pertama Dato‟ Pahlawan Zaaim bin Hasan telah dilantik sebagai Naib

Pengerusi EAHC bagi tempoh satu penggal selama 3 tahun. Perlantikan

ini sekaligus melayakkan beliau untuk dilantik sebagai Pengerusi setelah

tempoh penggal beliau sebagai Naib Pengerusi berakhir pada tahun 2016.

Syabas diucapkan!

6

Para hadirin yang saya hormati sekalian,

11. Dalam bidang logistik, sebanyak 6 buah kapal telah selesai

menjalani pasang pulih sepanjang tahun 2012. Manakala 6 buah kapal

dan satu stesen luar pantai yang masih menjalani pasang pulih dijangka

siap pada tahun ini. Kapal KD LEKIR yang menjalani proses Ship Life

Extension Period (SLEP) pula dijangka siap pada tahun 2014. Bagi

menentukan jadual siap pasang pulih kapal dipatuhi, TLDM akan

mengekalkan prinsip untuk memilih limbungan yang terbukti mampu

menyiapkan kapal mengikut tempoh pasang pulih yang dipersetujui.

Prinsip ini sangat penting bagi mengekalkan tahap pengoperasian kapal

dan kesiagaan armada TLDM yang tinggi, dan tidak terjejas oleh

kelewatan kerja pasang pulih kapal sebagaimana yang berlaku sebelum

ini.

12. Dari segi pembangunan infrastruktur, saya sukacita memaklumkan

bahawa sebanyak tiga projek pembangunan prasarana telah berjaya

disiapkan pada tahun 2012. Projek-projek tersebut adalah:

a. Projek pembangunan pangkalan TLDM Lumut dalam Pakej C

yang meliputi pembinaan bangunan Markas Bantuan yang menelan

perbelanjaan RM 20.5 juta.

7

. Projek pembangunan semula Markas Udara berserta Air Traffic

Control Tower bernilai RM 15.4 juta.

c. Projek pembinaan bangunan pentadbiran, bangunan

penginapan, kolam renang dan kemudahan-kemudahan lain di KD

SRI TAWAU bernilai RM 32 juta.

13. Di samping itu, TLDM terus melaksanakan langkah perbelanjaan

secara berhemah yang diperkenalkan sejak tahun 2010. Hasil daripada

perbelanjaan secara berhemah ini, TLDM telah berjaya membuat

penjimatan ke atas perolehan dan perbelanjaan yang dibuat sepanjang

tahun 2012. Nilai penjimatan yang terhasil telah dimanfaat bagi

melaksanakan projek-projek seperti pembaikan menyeluruh Wisma

Pelayaran, Pangkalan TLDM Kota Kinabalu, pembaikan menyeluruh

Wisma Laskar dan kolam renang di KD SRI SEMPORNA dan lain-lain

seperti yang dipaparkan.....

8

14. Selain itu sepanjang tahun 2012, Cawangan Materiel telah berjaya

melaksanakan perkara-perkara berikut:

a. Perolehan sebanyak lima buah motosikal berkuasa tinggi

Honda ST1300 PAC. Motosikal ini akan diserahkan kepada

PROTELA Lumut untuk digunakan bagi tujuan traffic control dan

„escort‟.

b. Pemakaian Baju Korporat TLDM. Pemakaian Baju Korporat

TLDM telah diperkenalkan buat julung kalinya semasa Western

Pacific Naval Symposium (WPNS) yang telah berlangsung dari 24

hingga 28 September 2012. Pemakaian baju ini telah diluluskan oleh

Jawatankuasa Laksamana dan telah didaftarkan di dalam Sukatan

Pakaian TLDM.

c. Penarafan empat bintang bagi Accountability Index and

Monitoring System (AIMS). Kesemua 20 Pusat Tanggungjawab di

bawah Program Pertahanan Maritim telah diberi penarafan empat

bintang, dan empat daripadanya telah berjaya mengekalkan

pencapaian 100 peratus. Syabas diucapkan!

9

Hadirin yang saya hormati sekalian,

15. Dalam aspek pengurusan sumber manusia, penambahbaikan dan

inisiatif-inisiatif berikut telah dilaksanakan pada tahun 2012:

a. Penambahbaikan ganjaran dan faedah perkhidmatan:

(1) Kenaikan gaji sebanyak 7 hingga 13 peratus.

(2) Penambahbaikan jadual gaji sedia ada dengan kenaikan

gaji minimum dan peningkatan tangga gaji maksimum.

(3) Kenaikan Gaji Tahunan yang lebih tinggi.

(4) Kenaikan Elaun Perkhidmatan.

b. Penambahbaikan skim perkhidmatan dengan peningkatan

kelayakan akademik bagi kemasukan ke dalam perkhidmatan ATM.

Kelayakan bagi kemasukan ke skim pegawai ditingkatkan kepada

Ijazah Pertama (dengan kepujian), manakala kemasukan bagi skim

LLP pula dinaikkan kepada Sijil Pelajaran Malaysia.

Penambahbaikan skim ini membolehkan warga ATM menikmati skim

gaji yang lebih tinggi.

c. Daftar Pegawai dan Pesara TLDM telah dikemaskini, manakala

Daftar LLP dan Pesara TLDM telah diwujudkan.

10

16. Dalam pada itu, tahun 2012 telah menyaksikan:

a. Kenaikan pangkat. Seramai 188 pegawai dan 1,404 LLP telah

dinaikkan pangkat.

Kenaikan pangkat pegawai dan LLP.

Tahun 2010 2011 2012

Pegawai 264 251

188

(1,748 sejak Apr 08)

LLP 1,352 1,279 1,404

Jumlah 1,616 1,530 1,592

b. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan anjakan gaji.

Seramai 173 pegawai dan 1,214 anggota LLP telah dicalonkan untuk

menerima APC. Manakala seramai 451 pegawai dan 2,782 anggota

LLP telah menerima anjakan gaji.

Penerima APC dan anjakan.

Tahun 2010 2011 2012

APC Anjakan APC Anjakan APC Anjakan

Pegawai 151 333 170 396 173 451

LLP 1,334 3,445 1,269 2,084 1,214 2,782

Jumlah 1,485 3,778 1,439 2,480 1,387 3,233

c. Penganugerahan pingat. Seramai 127 pegawai dan 107 LLP

telah menerima pelbagai pingat persekutuan, negeri dan Darjah

Kepahlawanan Angkatan Tentera bagi menghargai sumbangan dan

pengorbanan warga TLDM. Jumlah ini telah menunjukkan sedikit

11

penurunan penerima iaitu sebanyak 7.8% jika dibandingkan dengan

tahun 2011. Namun, kita akan terus berusaha untuk mencalonkan

seberapa ramai warga TLDM untuk menerima pingat dan darjah

kebesaran pada tahun ini.

Jumlah penerima pingat dan darjah kebesaran

Tahun 2010 2011 2012

Pegawai 95 136 127

LLP 58 118 107

Jumlah 153 254 234

d. Kursus. Seramai 16,836 pegawai dan anggota TLDM telah

diberi peluang untuk menghadiri pelbagai kursus dalam negara, iaitu

peningkatan sebanyak 331 peserta berbanding tahun 2011.

Manakala jumlah warga TLDM yang dihantar untuk berkursus di luar

negara adalah seramai 132, meningkat sebanyak 48 peserta

berbanding tahun 2011.

Kursus Dalam Negara

Tahun 2010 2011 2012

Siri Kursus

1. Kursus Dalam

Negara

5,210 11,401 13,488

2. Sukan 456 420 422

3. Agama 876 1,635 1,050

4. Vokasional/Iktiraf 3,363 2,874 1,651

5. Pendidikan/K-Force 300 175 225

Jumlah 10,205 16,505 16,836

12

Kursus Luar Negara

Tahun 2010 2011 2012

Kursus Luar Negara 99 84 132

17. Dari segi pembangunan hal ehwal wanita, Sel Wanita TLDM telah

melaksanakan inisiatif berikut:

a. Pemakaian beret bersama pakaian seragam kerja harian.

b. Melaksanakan perjumpaan serta Bengkel Motivasi dan Integriti

Wanita TLDM pada 21 Disember 2012.

c. Perasmian blok penginapan bujang Laskarnita di Pangkalan

TLDM Lumut yang merangkumi Junior Ladies Club dan Centrallized

Galley.

d. Pewujudan Pusat Pembangunan Wanita (PPW) untuk

kemudahan perlaksanaan aktiviti wanita, dan

e. Membangunkan Sistem Pengurusan Anggota Wanita bagi

kemudahan penyaluran maklumat berkaitan wanita. Sistem ini telah

mula beroperasi sejak 1 Januari yang lepas.

13

Para hadirin yang saya hormati sekalian,

18. Dalam aspek kecemerlangan pentadbiran, saya gembira untuk

memaklumkan bahawa TLDM telah berjaya melaksanakan beberapa

aktiviti dan acara yang penting serta bermakna sepanjang tahun 2012.

Aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan adalah seperti yang dipaparkan.....

19. Tahun 2012 juga telah menyaksikan lawatan oleh 75 buah kapal

Tentera Laut asing dari 14 negara ke Malaysia. Ini merupakan bilangan

terbanyak yang pernah dicatatkan. Kita juga telah menerima kunjungan

daripada 3 Panglima Tentera Laut negara Asia Tenggara, iaitu Thailand,

Indonesia dan Filipina serta Commander Pacific Fleet, Amerika Syarikat.

Lawatan kapal dan kunjungan pemimpin Tentera Laut asing ini telah

membuktikan hubungan bilateral yang kukuh terjalin antara TLDM dengan

Tentera Laut negara-negara berkenaan.

20. Dalam pada itu, tahun 2012 terus memperlihatkan usaha gigih TLDM

untuk melaksanakan transformasi ke arah menjadi „Tentera Laut Bertaraf

Dunia‟. Di antara inisiatif yang telah dilaksanakan adalah dalam bidang

teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT. Di antaranya adalah

paparan wajah baru Laman Web rasmi TLDM. TLDM telah mengorak

langkah ke hadapan dengan memaparkan wajah baru Laman Web

14

„Navy.mil.my‟ yang lebih segar dan berorientasikan „up to date information‟.

Inisiatif-inisiatif lain dalam bidang ICT yang dilaksanakan adalah seperti

paparan berikut.....

Para hadirin yang saya hormati sekalian,

21. Sebagai sebuah organisasi yang prihatin, TLDM telah melaksanakan

29 projek jiwa murni sepanjang tahun 2012. Antaranya ialah menderma

darah, membaik pulih bangunan, peralatan serta membersih kawasan dan

tempat-tempat awam di kawasan berhampiran pangkalan-pangkalan

TLDM.

22. TLDM juga telah memberi bantuan berterusan kepada agensi-agensi

dan individu yang memerlukan. Antara bantuan yang telah dihulurkan

sepanjang tahun 2012 adalah 3 bantuan Medical Evacuation, 5 bantuan

Search and Rescue dan 5 kali bantuan rawatan kepada 5 pesakit awam

menggunakan Hyperbaric Chamber atau Kebuk Mampatan di KD SRI

SEMPORNA.

15

Warga TLDM yang saya kasihi sekalian,

23. Tahun 2012 juga telah menyaksikan TLDM merangkul beberapa

kejayaan yang manis serta pengiktirafan membanggakan. Antaranya:

a. Dalam aspek sukan, TLDM telah menjadi johan pertandingan

Sukan Antara Perkhidmatan untuk 5 tahun berturut-turut, dan 6 kali

dalam tempoh 7 tahun kebelakangan. Tahniah dan syabas saya

ucapkan kepada pengurusan dan atlet yang telah menang dalam

acara masing-masing. Daripada 29 acara yang dipertandingkan,

TLDM telah memenangi 18 acara, naib johan dalam 8 acara dan

hanya 3 acara di tempat ketiga. Selain itu, TLDM juga telah menjadi

johan keseluruhan Pertandingan Sukan Tradisional Antara

Perkhidmatan yang julung kalinya diadakan pada tahun 2012. Kita

telah menyapu bersih kelima-lima acara yang dipertandingkan.

Kejayaan-kejayaan ini telah meletakkan TLDM sebagai

perkhidmatan yang paling unggul dalam acara sukan pada tahun

2012.

b. Dalam aspek inovasi dan kualiti, KD PELANDOK telah

mengharumkan nama TLDM apabila terpilih mewakili Malaysia ke

pertandingan Konvensyen Kualiti dan Produktiviti Antarabangsa di

16

Mantaram, Indonesia. KD PELANDOK telah dianugerahkan

Lambang Platinum, iaitu status tertinggi dalam konvensyen ini untuk

Amalan Persekitaran Berkualiti 5S. Dengan penganugerahan ini, KD

PELANDOK merupakan unit pertama dalam ATM yang telah

mendapat pengiktirafan Amalan 5S di peringkat antarabangsa.

c. Dalam pertandingan Kumpulan Kreatif dan Inovatif

Kementerian Pertahanan pula, pasukan Depot Bantuan TLDM telah

berjaya mendapat naib johan dalam kategori teknikal menerusi

projek Flowmeter Sight Glass. Hasil kejayaan ini, pasukan tersebut

dipilih untuk mewakili Kementerian Pertahanan dalam Konvensyen

KIK Peringkat Wilayah Persekutuan dan World Innovation Forum

Kuala Lumpur.

d. Dari segi penghasilan projek inovasi, 50 inovasi baru telah

berjaya dihasilkan oleh warga TLDM. Tiga belas daripadanya telah

menyertai pertandingan Anugerah Inovasi Kementerian Pertahanan

tahun 2012. Tiga penyertaan TLDM telah merangkul tempat kedua

manakala satu penyertaan lagi merangkul tempat ketiga dalam

pertandingan tersebut.

17

e. Dalam aspek pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti,

sebanyak 34 markas dan unit telah dipersijilkan dengan Sistem

Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008, 1 unit dipersijilkan dengan

Sistem Pengurusan Persekitaran atau MS ISO 14001:2004, 5 unit

dipersijilkan dengan Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan

Pekerjaan (OHSAS) 18001:2005, 1 unit dipersijilkan dengan Sistem

Pengurusan Keselamatan Maklumat atau ISO 27001:2007, 2 unit

dipersijilkan dengan Earthcheck, dan 7 unit dipersijilkan dengan

Sistem Amalan Pengurusan Berkualiti 5S. Bagi memastikan

kesinambungan pelaksanaan Sistem Amalan Berkualiti, TLDM

sedang berusaha mewujudkan pakatan strategik dengan

Perbadanan Produktiviti Malaysia atau MPC. Pakatan ini diharap

dapat direalisasikan agar kedua-dua agensi mendapat manfaat

setimpal dalam memacu organisasi ke arah kecemerlangan.

f. Dalam aspek teknologi maklumat, Laman Web Rasmi TLDM

telah berjaya mengekalkan penarafan empat bintang dalam

Malaysian Government Portal and Website Assesment (MGPWA)

2012. Penarafan MGPWA ini telah dibuat oleh Bahagian

Transformasi Sektor Awam, MAMPU.

18

g. Satu lagi pencapaian yang boleh kita banggakan adalah

kejayaan perenang selat iaitu, Laskar Kanan PAP (PASKAL) Estino

bin Taniyu merentasi Selat Inggeris sejauh 33 Kilometer secara solo.

Beliau melakukannya dalam Ekspedisi Renangan Perpaduan Selat

Inggeris dengan catatan masa 13 jam 45 minit. Ekspedisi yang turut

disertai 3 lagi perenang TLDM, perenang Tentera Darat dan TUDM

itu telah mengharumkan nama ATM di mata dunia.

h. Dan akhir sekali, TLDM telah mengambil inisiatif selangkah ke

hadapan dengan menubuhkan Tim „A-Long‟, bagi menangani

masalah anggota meminjam wang dengan syarikat tidak berlesen

atau „Ah Long‟. Hasil usaha gigih tim ini, TLDM telah berjaya

menyelesaikan pinjaman bagi 100 anggotanya dengan jumlah

pinjaman sebanyak RM 139,750.00. Syabas diucapkan atas setiap

kejayaan yang saya sebutkan tadi. Sesungguhnya usaha dan

kejayaan kalian telah mengharumkan nama TLDM sehingga ke

peringkat antarabangsa.

24. Bagi mengekalkan kecemerlangan berterusan TLDM, kepatuhan

terhadap setiap arahan dan peraturan merupakan aspek yang perlu diberi

perhatian. Keghairahan kita untuk mengejar kecemerlangan hendaklah

sejajar dengan pematuhan terhadap keperluan yang ditetapkan sama ada

19

di peringkat TLDM, ATM mahupun Kerajaan. Justeru, bagi menilai tahap

kepatuhan ini, beberapa mekanisme penilaian telah dilaksanakan

sepanjang tahun 2012 seperti Audit dan Pemeriksaan Tahunan, Audit

Akauntabiliti oleh BADSA, Audit Sistem Star Rating (SSR) dan

sebagainya. Melalui pelaksanaan audit ini, kita dapat mengenal pasti tahap

pengurusan dan tadbir urus sesebuah markas dan unit. Pada tahun 2012,

TLDM telah menambah baik mekanisme Audit Pengurusan Tahunan

menggunakan pendekatan yang sejajar dengan Audit Sistem Star Rating

(SSR). Pendekatan ini dilaksana bagi memastikan kesemua keperluan

kriteria di dalam SSR dipenuhi oleh TLDM dalam menyokong ATM ke arah

mencapai penarafan 5 Bintang.

25. Secara umumnya, pencapaian TLDM dalam audit yang dilaksanakan

sepanjang tahun 2012 adalah Sangat Memuaskan. Pencapaian

keseluruhan audit adalah seperti berikut:

Bil Audit Pencapaian

1. Audit Pengurusan Tahunan 76% (Sangat

Memuaskan)

2. Audit Senjata Kecil 80.5% (Baik)

3. Audit Peluru dan Bahan Letupan 78% (Sangat

4. Pemeriksaan Tahunan Kenderaan dan Alat

Pelbagai (PTKAP)

20

Memuaskan)

75% (Sangat

Memuaskan)

Para hadirin yang saya hormati sekalian,

26. Dalam keceriaan kita meraikan kejayaan serta merekod pencapaian

yang membanggakan, kita tidak dapat lari daripada kejadian dan insiden

yang mencemar nama baik serta menjejaskan imej TLDM. Insiden-insiden

yang telah menyebabkan penubuhan Lembaga Siasatan boleh

dikategorikan seperti berikut:

a. Kehilangan - 7 kes.

b. Tidak mematuhi prosedur - 10 kes.

c. Kerosakan peralatan - 4 kes.

d. Kemalangan jalan raya - 2 kes.

e. Kebakaran - 4 kes.

f. Pelanggaran - 1 kes.

g. Kecuaian/ketidakcekapan - 3 kes.

27. Daripada jumlah keseluruhannya, saya dapati bilangan kes yang

berlaku pada tahun 2012 telah meningkat jika dibandingkan dengan tahun

2011 iaitu daripada 24 ke 31 kes, pertambahan sebanyak 22.5%.

Daripada pengamatan secara kasar, sikap alpa dalam diri warga TLDM

semasa menjalankan tugas serta amanah yang diberikan, telah

dikenalpasti menjadi punca utama kepada kejadian yang berlaku kini.

Peningkatan bilangan kes ini juga menunjukkan bahawa terdapat warga

21

the Navy People yang masih tidak mematuhi peraturan dalam

menjalankan tugas dan tanggung jawab yang diberikan. Hal ini telah

menyebabkan aspek keselamatan di kawasan eksesais atau operasi dan

tempat kerja diabai, sehingga mengakibatkan kematian dan kecederaan

kepada pegawai dan anggota TLDM. Sebagai contohnya, kejadian

anggota TLDM lemas semasa eksesais dan dua kes kebakaran Rigid Hull

Inflatable Boat (RHIB) sehingga menyebabkan salah satunya tenggelam.

Bagi menangani permasalahan keselamatan di tempat kerja ini, saya

mahukan aspek Organisational Safety and Health (OSH) dipertingkatkan.

Warga TLDM hendaklah didedahkan dengan aspek OSH menerusi sesi

ceramah, bengkel atau dihantar menjalani kursus.

28. Dalam aspek kes jenayah dan perlanggaran disiplin pula, tahun 2012

telah memperlihatkan penurunan dalam semua kes berbanding tahun

2011 dengan jumlah penurunan sebanyak 31.8%. Penurunan ini secara

tidak langsung telah menampakkan kesan hasil daripada amalan saling

memperingati di kalangan warga TLDM, terutamanya ketika „Both

Watches‟ dan perjumpaan Pegawai Bahagian.

22

Siri Kes 2010 2011 2012

1. Dadah 109 92 66

2. THTC 75 54 46

3. Khalwat 29 15 10

4. Keutuhan 14 8 4

5. Jenayah 38 57 28

Jumlah 265 226 154

29. Walaupun menunjukkan penurunan, bilangan kes dadah dan THTC

masih berada di tahap yang membimbangkan. Jumlah kedua-dua kes ini

sahaja mewakili 72.7% daripada jumlah keseluruhan kes yang berlaku

dalam TLDM pada tahun 2012. Untuk makluman para hadirin pada tahun

2012, daripada 154 kes yang berlaku, seramai 107 pegawai dan anggota

telah diberhentikan daripada perkhidmatan TLDM.

30. Daripada jumlah keseluruhan kes, 99 pelaku adalah anggota

berpangkat Laskar Kelas 1. Berdasarkan penelitian ini, saya mahukan

semua Pegawai Memerintah dan Pegawai Bahagian memberi lebih

perhatian kepada anggota berpangkat Laskar Kelas 1 dan ke bawah

kerana, mereka yang masih muda ini, memerlukan bimbingan secara

berterusan dari segi tugas, sosial dan keagamaan. Pegawai Bahagian

hendaklah mengambil tindakan proaktif dalam sesi perjumpaan bahagian

dengan bertanya perihal kehidupan mereka. Dengan cara ini, pelbagai

23

masalah yang tidak dijangka akan dapat dikesan lebih awal, dan

mengelakkan anggota daripada mengambil langkah yang boleh

memudaratkan diri dan perkhidmatan.

31. Selain daripada itu, kes kemalangan jalan raya telah menunjukkan

peningkatan sebanyak 2 kes berbanding tahun 2011. Peningkatan kes

kemalangan jalan raya ini amat membimbangkan kerana ia memberi

kesan dalam banyak perkara. Selain meninggalkan kesan trauma kepada

anggota terlibat, ia turut memberi kesan kepada anggota keluarga yang

mungkin kehilangan orang tersayang atau tempat bergantung. Selain itu,

TLDM juga akan kerugian dari segi kehilangan sumber manusia yang

kompeten dalam sesuatu tugas. Untuk rekod, kemalangan jalan raya pada

tahun 2012 telah meragut nyawa 3 warga TLDM, 2 ahli keluarga anggota

TLDM dan 1 orang awam. Manakala, 54 lagi mengalami cedera parah dan

50 mendapat kecederaan ringan. Oleh itu, saya berharap pihak

pengurusan di markas-markas dan unit TLDM akan mengambil langkah-

langkah yang perlu untuk mengatasi masalah ini. Di antara langkah-

langkah yang boleh dipraktikkan adalah pemakaian baju atau jaket

pantulan cahaya dan pad keselamatan bagi penunggang motosikal, serta

peringatan tentang penjagaan rapi dalam aspek keselamatan dan

senggaraan kenderaan.

24

32. Dalam kes kematian akibat masalah kesihatan, kita telah kehilangan

seramai 12 anggota sepanjang tahun 2012. Penyakit jantung telah menjadi

penyebab utama kepada kematian warga-warga TLDM tersebut.

Peningkatan kes kematian ini dikenalpasti berpunca daripada gaya hidup

yang tidak sihat yang diamalkan oleh sebilangan warga TLDM.

Pengambilan makanan yang mengandungi kolesterol tinggi ditambah pula

dengan kurang melakukan aktiviti fizikal boleh menyebabkan pelbagai

penyakit dihidapi oleh warga TLDM. Sehubungan itu, saya menyeru agar

setiap warga TLDM mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan

memperbanyakkan aktiviti-aktiviti fizikal dan riadah. Lakukan pemeriksaan

kesihatan secara berkala. Saya berharap, kes kematian akibat masalah

kesihatan tidak akan berlaku lagi di masa hadapan, Insyaa-Allah.

33. Hadirin sekalian, saya akan mengakhiri ucapan bahagian pertama

dengan laporan pencapaian the Navy Plan 2012. Secara keseluruhannya,

saya sukacita memaklumkan bahawa pencapaian the Navy Plan pada

tahun 2012 adalah pada tahap yang sangat baik, di mana 5 daripada 6

Petunjuk Prestasi Utama atau KPI berjaya mencapai sasaran yang

ditetapkan, manakala 1 KPI hampir mencapai sasaran 100% yang

ditetapkan. Pencapaian KPI TLDM adalah seperti yang dipaparkan:

25

Siri KPI Sasaran Pencapaian Status

1. Perlaksanaan operasi 100% 100%

2. Aset dalam KAT 1,2 & 3 70% 92.9%

3. Perjawatan utama kapal kombatan 60% 73.1%

4.

5.

Perjawatan utama kapal bukan

kombatan

Kapal dalam KAT 4 siap dibaiki

mengikut masa yang ditetapkan

26

50% 62.2%

80% 83.3%

6. Perlaksanaan kursus RALA 100% 91.6%

34. Saya amat berpuas hati dengan pencapaian kesemua strategi yang

digariskan pada tahun 2012. Walau bagaimanapun, usaha dan tindakan

yang lebih serius perlu dilaksanakan bagi aspek yang masih belum

mencapai sasaran sepenuhnya. Inisiatif yang lebih berkesan perlu diambil

agar setiap strategi yang dirancang dapat dicapai dengan jayanya.

35. Dengan ini, saya mengakhiri ucapan bahagian pertama, dan

mengucapkan syabas dan terima kasih kepada seluruh warga TLDM

kerana telah menyumbang ke arah segala pencapaian dan kejayaan

tersebut.

Warga Tentera Laut serta hadirin yang saya hormati sekalian,

1. Saya akan meneruskan penyampaian bahagian kedua ucapan saya.

Saya sukacita memaklumkan bahawa hala tuju TLDM bagi tahun 2013

telah diperkemas dengan berpandukan kepada Pelan Strategik yang baru.

Pelan Strategik yang menjadi panduan utama dalam kita mencapai misi

dan visi ini telah ditambahbaik semasa Mesyuarat Kajian Semula baru-

baru ini. Pembangunan Pelan Strategik kali ini mengambil kira pelataan

(cascading) dan penjajaran (alignment) kepada Pelan Strategik ATM.

Proses pelataan dan penjajaran ini dilaksanakan bagi memastikan TLDM

sejajar dengan hala tuju peringkat ATM, seterusnya menyokong segala

usaha dan inisiatif yang ditentukan di peringkat atasan.

2. Bagi Peta Strategi TLDM yang baharu, Misi TLDM telah diletakkan di

puncak Peta Strategi TLDM kerana ia merupakan sebab tunggal wujudnya

Tentera Laut Diraja Malaysia. Justeru bagi menjamin pencapaian misi

yang dimandatkan, Pernyataan Nilai kepada Pelanggan iaitu „Sedia

Berkorban‟ diangkat ke barisan kedua Peta Strategi. Visi TLDM ke arah

menjadi „Tentera Laut Bertaraf Dunia‟ diubah ke peringkat ketiga kerana ia

merupakan hasrat jangka panjang TLDM. Misi, Pernyataan Nilai kepada

Pelanggan dan Visi TLDM pula disokong melalui 3 Teras Strategik iaitu

27

Keupayaan Angkatan, Kecemerlangan Operasi serta Perhubungan dan

Penglibatan Strategik.

3. Bagi memastikan semua peringkat TLDM memberi tumpuan jitu

kepada pencapaian 3 Teras Strategik ini, TLDM telah merangka strategi

jangka pendek dan jangka panjang yang dilatakan daripada Pelan

Strategik ATM. Pelan Strategik TLDM juga telah diintegrasikan dengan KPI

Outcome Based Budgeting (OBB), iaitu inisiatif baru Kerajaan dalam

menentukan setiap peruntukan kewangan yang diberikan dibelanjakan

dengan berkesan. Di samping itu, Pelan Strategik TLDM kini turut

merangkumi Penilaian Risiko serta kawalan bagi mencegah atau

mengawal risiko yang dikenalpasti. Aspek ini penting supaya segala

inisiatif yang diambil dapat memberikan impak yang diinginkan. Saya juga

bangga melaporkan bahawa Bahagian Transformasi Sektor Awam,

MAMPU mengiktirafkan Pelan Strategik TLDM adalah pelan yang paling

lengkap mereka lihat setakat ini di peringkat agensi kerajaan Malaysia.

Mereka menyatakan bahawa dengan Pelan Strategik TLDM yang

menyeluruh ini, dan jika pelaksanaan seperti yang dirancang, pasti akan

mencapai kecemerlangan di dalam Audit Sistem Star Rating pada tahun

2014 nanti. Pelan Strategik TLDM yang baharu ini akan diguna pakai bagi

tempoh 8 tahun akan datang, iaitu dari 2013 hingga 2020 dan pelan

28

strategik ini akan dikaji setiap tahun. Ia merangkumi 14 Objektif Strategik

seperti berikut:

a. Objektif Strategik Pertama, iaitu Kesiagaan Tertinggi, akan

memberi fokus dalam menyediakan aset TLDM yang operationally

available bagi melaksanakan misi TLDM dan ATM pada setiap masa.

b. Objektif Strategik yang Kedua, iaitu Sumber Yang

Dioptimumkan akan memberi perhatian kepada penggunaan sumber

secara berkesan, melalui perbelanjaan peruntukan Belanja

Mengurus (OE) dan Belanja Pembangunan (DE) yang optimum.

c. Objektif Strategik yang Ketiga, iaitu Tadbir Urus Yang

Cemerlang, akan menumpukan kepada peningkatan kecemerlangan

organisasi melalui budaya tadbir urus yang berintegriti, mantap,

cekap dan telus.

d. Objektif Strategik yang Keempat, ialah Kerjasama TLDM dan

Awam Yang Padu. Objektif Strategik ini menumpukan kepada proses

memperkasakan keupayaan seranta, iaitu perhubungan di antara

TLDM dengan pihak awam bagi meningkatkan keyakinan mereka

terhadap TLDM.

29

e. Objektif Strategik yang Kelima, iaitu Polisi dan Doktrin Yang

Relevan akan memberi perhatian kepada pengemaskinian polisi,

doktrin dan rancangan sokongan yang berkaitan dengan TLDM.

f. Objektif Strategik yang Keenam, ialah Operasi dan Eksesais

Yang Berkesan. Objektif Strategik ini memfokuskan kepada aspek

pengukuhan keupayaan, bagi melindungi kedaulatan dan

keselamatan perairan maritim negara melalui pelaksanaan operasi

dan eksesais.

g. Objektif Strategik yang Ketujuh, menggariskan strategi

berkenaan Kerjasama Pertahanan Yang Progresif. Objektif Strategik

ini bertujuan untuk mempertingkat dan memperluaskan kerjasama

pertahanan melalui aktiviti dua hala dan pelbagai hala.

h. Objektif Strategik yang Kelapan, ialah Peperangan Informasi

dan Interoperability Komunikasi Yang Berkemampuan. Dalam aspek

ini, keupayaan Peperangan Informasi dan Interoperability

Komunikasi akan diintegrasi dan diperkukuhkan untuk memastikan

pengumpulan, analisis, pengaliran dan perkongsian maklumat

dipertingkatkan bagi keberkesanan pelaksanaan operasi.

30

i. Objektif Strategik yang Kesembilan, menumpukan kepada Aset

dan Infrastruktur Yang Mampan. Objektif Strategik ini akan memberi

tumpuan kepada penambahbaikan aset sedia ada dan juga

perolehan aset baru bagi meningkatkan keupayaan TLDM.

j. Objektif Strategik yang Kesepuluh, iaitu Bantuan Logistik Yang

Berkesan memberi fokus kepada peningkatan tahap kemampanan

atau sustainability bantuan logistik bagi menyokong pelaksanaan

operasi dan peningkatan kesiagaan TLDM.

k. Objektif Strategik yang Kesebelas, memberi tumpuan kepada

mewujudkan Pasukan Simpanan Yang Aktif. Objektif Strategik ini

pertama kali dimasukkan ke dalam Pelan Strategik bagi menyatakan

betapa pentingnya Pasukan Simpanan kepada TLDM. Ia bertujuan

untuk meningkatkan keupayaan Pasukan Simpanan Sukarela (PSS)

TLDM, bagi menjana anggota simpanan yang aktif, kompeten dan

berupaya untuk mengaugmentasi anggota tetap.

l. Objektif Strategik yang Kedua Belas, iaitu Budaya

Kecemerlangan Yang Berterusan. Objektif Strategik ini memberi

perhatian kepada memperkasakan budaya kecemerlangan di

31

kalangan warga TLDM bagi meningkatkan pengiktirafan dalaman

dan luaran.

m. Objektif Strategik yang Ketiga Belas, ialah Pengurusan Modal

Insan Yang Dinamik yang memberi fokus dalam menambah baik

pengurusan sumber manusia, dengan memastikan pencapaian

paras kekuatan yang optimum, dan memperkukuh kompetensi serta

profesionalisme warga TLDM.

n. Objektif Strategik yang Keempat Belas, iaitu Warga Yang

Bermotivasi. Warga TLDM merupakan salah satu aset penting yang

perlu diberi perhatian. Justeru, Objektif Strategik ini akan

memfokuskan kepada peningkatan motivasi warga melalui

peningkatan peluang kenaikan pangkat, penambahbaikan

infrastruktur dan persekitaran tempat kerja, dan meningkatkan

kesejahteraan dan kualiti hidup.

Para hadirin yang saya hormati sekalian,

4. Bagi menyokong Objektif-Objektif Strategik yang ditetapkan,

beberapa aktiviti dan inisiatif bakal dilaksanakan pada tahun 2013. Antara

inisiatif yang akan dilaksanakan untuk menyokong kesiagaan TLDM pada

32

tahap tertinggi, serta pelaksanaan operasi dan eksesais yang berkesan

ialah:

a. Memastikan projek pembinaan kedua-dua kapal latihan TLDM

dapat disiapkan mengikut jadual pada tahun ini. Untuk makluman

hadirin sekalian, kita akan mengadakan Majlis Penamaan dan

Pelancaran Kapal Latihan kedua TLDM pada bulan Februari 2013 di

Limbungan NGV Tech Sdn Bhd.

b. TLDM juga akan memantau dengan teliti perkembangan projek

kapal Littoral Combatant Ship (LCS), dan memastikan proses

pembinaannya dilaksanakan dengan giat oleh syarikat Boustead

Naval Shipyard agar siap mengikut jadual.

5. Dalam aspek bantuan logistik yang berkesan, TLDM akan

menentukan setiap limbungan mematuhi tempoh siap pasang pulih kapal-

kapal yang dipersetujui. TLDM juga akan memastikan pembangunan

prasarana di pangkalan-pangkalan TLDM giat dilaksanakan agar ianya

juga siap mengikut jadual. Di antara perkara-perkara yang akan

dilaksanakan adalah:

a. Berusaha dalam menentukan pasang pulih empat buah kapal

dan sebuah Stesen Luar Pantai yang masih terbengkalai dan

33

dijangka siap pada tahun 2013 dapat mengikut jadual yang

ditetapkan.

b. Memulakan rutin pasang pulih bagi lapan buah lagi kapal dan

sebuah Stesen Luar Pantai pada tahun 2013 mengikut jadual

masing-masing.

6. TLDM juga akan memastikan kemampuan aset dan infrastruktur

yang mampan, dengan menentukan projek-projek pembangunan yang

sedang dilaksanakan dapat disiapkan pada tahun ini. Projek-projek

tersebut adalah seperti berikut:

a. Projek pembangunan KD SRI SANDAKAN Fasa 3.

b. Projek pembangunan semula KD PELANDOK merangkumi

bangunan Sekolah Hospitaliti dan Kulinari, bangunan bilik kuliah,

small arms simulator, bengkel ujian jentera dan propulsion simulator.

c. Projek pembangunan semula KDSI 1.

d. Projek peningkatan kemudahan infrastruktur jeti operasi Lumut.

34

e. Di samping itu, TLDM juga akan membangunkan sebuah

pangkalan di Sungai Lunchoo, Johor Bahru yang mengandungi KD

SRI MEDINI dan UPS TLDM PASIR GUDANG pada tahun ini.

Projek ini juga akan menyokong kepada Objektif Strategik yang

digariskan, iaitu bantuan logistik yang berkesan dan Pasukan

Simpanan Sukarela TLDM yang aktif.

7. Bagi menyokong pengurusan modal insan yang dinamik serta warga

yang bermotivasi, beberapa inisiatif akan dilaksanakan, antaranya ialah:

a. Bayaran Elaun Khas ATM sebanyak RM 200 yang akan mula

dibayar pada bulan Januari 2013.

b. Mewujudkan semula tred Teknisyen Marin Srimala (TMS).

c. Melaksanakan 887 kursus dalam negara yang telah

diperkemas bagi menggantikan kursus-kursus yang kita laksanakan

sebelum ini.

d. Penambahbaikan Skim Perkhidmatan dan Saraan ATM 2013

yang bakal berkuatkuasa mulai 1 Januari 2013 apabila diluluskan

Kerajaan dalam masa terdekat. Penambahbaikan ini adalah berbeza

35

dengan Skim Saraan Malaysia yang ditambahbaik pada tahun 2012

kerana ianya khas untuk ATM. Penambahbaikan yang bakal dibuat

antara lainnya termasuklah:

(1) Peningkatan gaji minimum dan maksimum.

(2) Time based promotion bagi anggota berpangkat Laskar

Kanan setelah mencapai 8 tahun perkhidmatan.

(3) Kenaikan band gaji. Semua anggota LLP akan menikmati

gaji band 5 dengan syarat lulus dalam peperiksaan klasifikasi

tred dan kenaikan band gaji.

e. Seterusnya, TLDM dan ATM akan mengambil inisiatif untuk

membuat cadangan penambahbaikan baru iaitu:

(1) Memberi pencen bagi pegawai dan askar laskar yang

menamatkan perkhidmatan setelah berkhidmat 10 tahun dan

ke atas.

(2) Kenaikan pangkat secara time based bagi pegawai

sehingga ke pangkat Laksamana Pertama, dan...

36

(3) Penambahbaikan elaun, bayaran insentif dan lain-lain

kemudahan dalam ATM.

f. TLDM juga akan mengkaji secara mendalam tempoh kursus

latihan peralihan selama 12 dan 18 bulan kepada anggota LLP.

Kajian akan turut mengambil kira amalan Tentera Darat, TUDM dan

kursus yang ditawarkan oleh PERHEBAT.

Warga TLDM yang saya kasihi sekalian,

8. Selaras dengan usaha transformasi Kerajaan, TLDM perlu fokus dan

memberi penekanan kepada 10 aspek di bawah bagi mencapai 3 Teras

Strategik yang telah digariskan. Sepuluh aspek yang perlu diberi

penekanan ini ialah:

a. Meningkatkan Tahap Profesionalisme Warga TLDM.

Kecanggihan aset tidak bermakna tanpa warga TLDM yang

profesional dan berintegriti. Warga yang profesional dan berintegriti

merupakan aset yang tidak ternilai kepada TLDM. Warga TLDM

perlu berusaha mempertingkatkan tahap profesionalisme masing-

masing supaya mereka kekal relevan kepada TLDM. Selain dapat

meningkatkan tahap produktiviti kerja, tahap profesionalisme yang

37

tinggi juga mampu menghindarkan pelbagai kejadian atau

kemalangan di tempat kerja yang merugikan perkhidmatan. Saya

percaya, warga TLDM yang mempunyai tahap profesionalisme yang

tinggi dan berintegriti bukan sahaja akan berjaya dalam

perkhidmatan, malah akan berjaya dalam apa jua bidang yang

diceburi setelah menamatkan perkhidmatan. Jika seruan

meningkatkan tahap kemahiran, keupayaan dan pengetahuan ini

dihayati dan dilaksanakan, kita akan berjaya duduk sama rendah,

berdiri sama tinggi dengan angkatan laut lain yang bertaraf dunia.

b. Penghayatan Budaya Kualiti dan Inovasi. Organisasi yang

berjaya dan bertaraf dunia adalah organisasi yang membudayakan

kualiti dan inovasi. Penghayatan kepada budaya kualiti dan inovasi

akan dapat mengelakkan pembaziran, mengoptimumkan

penggunaan sumber yang terhad dan menentukan hasil yang

berkualiti kepada stakeholder. Justeru, saya ingin menekankan agar

semua markas dan formasi TLDM mempergiat amalan serta aktiviti

kualiti dan inovasi masing-masing. Setiap warga TLDM yang telah

menyumbang kepada peningkatan kualiti dan inovasi perlu

dikenalpasti dan diberi pengiktirafan sewajarnya. Saya mahukan

penghayatan kepada budaya kualiti dan inovasi ini dilaksanakan di

38

semua peringkat bermula dari pengurusan tertinggi TLDM agar

menjadi contoh dan ikutan.

c. Pembudayaan Rekod dan Dokumentasi. Amalan penyimpanan

rekod dan dokumentasi serta maklumat-maklumat penting untuk

dibuat panduan dan perbandingan perlu dibudayakan. Amalan ini

juga akan memastikan maklumat-maklumat mustahak dapat diakses,

dianalisis dan dipergunakan dengan mudah dan cepat. Selaras

dengan itu, saya mahukan agar semua markas dan formasi

menyemak semula tatacara penyimpanan rekod dan dokumentasi

mereka. Saya mahukan semua aktiviti dan maklumat direkod,

disimpan dan dijaga rapi. Saya percaya dengan ungkapan “what gets

done, gets documented!”.

d. Komunikasi Berkesan. Komunikasi yang tepat dan berkesan

akan menghasilkan perlaksanaan aktiviti yang jitu dan mampan.

Maklumat perlu disampaikan kepada semua peringkat dengan cepat

agar arahan-arahan yang diberi dapat dihayati dan diikuti. Saya

berkehendakkan semua markas dan unit mengguna pakai sistem-

sistem yang boleh mempermudahkan penyampaian maklumat

secara cepat dan tepat, sekaligus membantu pelaksanaan

komunikasi secara berkesan dalam TLDM. Sistem pemakluman

39

melalui ‟Both Watches‟ perlu diberi nafas baru supaya ianya lebih

berkesan. Sistem temuduga Pegawai Bahagian juga boleh

membantu warga bermasalah secara efektif. Dalam era teknologi

masa kini, pemakluman boleh disampaikan melalui website dan

internet.

e. Meningkatkan Penetrasi Komputer dan Internet. Pemesatan

dan perkembangan teknologi internet tanpa wayar yang meluas di

seluruh dunia telah membolehkan akses kepada maklumat dengan

cepat dan tepat. TLDM juga tidak harus ketinggalan untuk

memastikan setiap warganya mempunyai akses internet yang

mudah. Oleh itu, saya mahu penetrasi komputer dan internet dalam

TLDM dipertingkatkan di setiap unit. Secara langsung, ini akan

membantu meningkatkan tahap celik IT warga TLDM. Melalui

penggunaan komputer dan internet tanpa wayar, warga TLDM akan

dapat mengakses maklumat serta perkhidmatan yang ditawarkan

secara online oleh Laman Web TLDM serta laman web agensi

kerajaan yang lain. Perkara ini tentunya akan memudahcara serta

menjimatkan wang, masa dan tenaga bagi menyelesaikan segala

urusan yang diperlukan.

40

f. Konsep „Paper-Less‟. Konsep „paper-less‟ menjimatkan wang,

masa dan tenaga. Konsep ini boleh dijayakan dengan penggunaan

peralatan-perlatan sedia ada dalam TLDM. Ini bermakna, peralatan

komputer desktop dan laptop perlu dioptimumkan. Justeru, saya

mahukan agar setiap markas dan unit TLDM melaksanakan dapat

konsep „paper-less‟ dalam segala aktiviti termasuk mesyuarat,

bengkel dan simposium. Saya yakin nilai penjimatan TLDM akan

bertambah dengan pelaksanaan konsep „paper-less‟ ini secara

meluas.

g. Amalan Belanja Berhemah dan Berjimat Cermat. Pada tahun

2010, pengurusan tertinggi TLDM telah mengeluarkan pengarahan

agar semua markas dan unit mengamalkan perbelanjaan berhemah

dan berjimat cermat. Hasil daripada penjimatan ini, beberapa projek

menaik taraf infrastruktur bagi kemudahan warga TLDM telah

berjaya dilaksanakan. TLDM kini telah menjadi peneraju dan contoh

kepada perkhidmatan lain dalam amalan ini. Oleh itu, saya mahukan

agar amalan belanja berhemah dan berjimat cermat diteruskan

supaya lebih banyak projek-projek yang memberi manfaat kepada

warga dapat dilaksanakan.

41

h. Mengekalkan Kecemerlangan Sukan. TLDM telah mengungguli

kejohanan Sukan Antara Perkhidmatan selama lima tahun berturut-

turut. Pencapaian ini tidak datang bergolek tetapi dicapai atas usaha

semua peringkat pengurusan dan atlet. Bidang sukan telah

menaikkan nama dan imej TLDM sehingga ke peringkat

antarabangsa. Ia secara tidak langsung telah memberi peluang dan

galakan kepada warga TLDM untuk bersaing ke peringkat yang lebih

tinggi. Kecemerlangan TLDM dalam sukan hendaklah diteruskan

pada tahun ini. Program-program pembangunan sukan yang telah

membantu mengekalkan kecemerlangan sukan TLDM sebelum ini

hendaklah diteruskan ataupun ditambahbaik. Strategi yang jitu dan

fokus hendaklah diberikan kepada atlet-atlet cemerlang sedia ada di

samping mengenal pasti bakat-bakat terpendam di kalangan anggota

baru TLDM. Justeru saya menyeru kepada pengurus-pengurus

sukan agar merangka strategi-strategi yang dapat mengekalkan

kedudukan TLDM sebagai perkhidmatan ATM yang terunggul di

bidang sukan.

i. Aspek Kesihatan dan Kecergasan. Sebagai sebuah pasukan

keselamatan yang perlu sentiasa bersiap sedia, adalah sangat

penting bagi warga TLDM menjaga kesihatan dan kecergasan

masing-masing. Tahap kesihatan dan kecergasan yang tinggi akan

42

dapat mengelakkan warga TLDM daripada menghidapi penyakit

yang merbahaya. Ia sekaligus dapat mengurangkan kes-kes

kematian atau kes kronik kesihatan yang sangat merugikan

perkhidmatan. Oleh itu, saya menggesa agar setiap markas dan unit

TLDM melaksanakan ujian kecergasan mengikut kala yang

ditetapkan. Warga TLDM hendaklah memastikan kesihatan mereka

sentiasa terjaga melalui kegiatan sukan, amalan hidup sihat, serta

mengelak pengambilan makanan yang berlebihan.

Akhir sekali,

j. Chief of Navy Inspection (CINSPEC). TLDM akan meraikan

sambutan Hari Ulang Tahun Ke-80 pada tahun 2014. Sempena

sambutan gilang gemilang ini, TLDM akan menguji keupayaan

operasi sebenarnya melalui pelaksanaan Chief of Navy Inspection

(CINSPEC). Pelaksanaan validasi ini perlu dirancang secara

bersama dengan pihak TUDM dan Tentera Darat serta APMM. Ia

hendaklah dilaksanakan dalam dua fasa utama iaitu fasa Command

Post Exercise (CPX) pada tahun ini dan pelaksanaan Fleet Training

Exercise (FTX) pada tahun 2014. Pelaksanaan eksesais ini akan

melibatkan semua aset TLDM. Sehubungan itu, saya mahukan

semua markas formasi untuk memastikan aset-aset di bawah

naungan pemerintahan masing-masing, diselenggara dengan baik

43

serta mempunyai tahap kesiagaan yang tinggi bagi menghadapi

validasi ini.

Para hadirin sekalian,

9. Sebelum mengakhiri ucapan ini, saya berharap inisiatif-inisiatif yang

telah digariskan serta 10 fokus utama yang dibentangkan dapat diberi

perhatian oleh semua markas-markas formasi serta unit-unit TLDM.

10. Saya menyeru kepada seluruh warga TLDM agar sama-sama

melaksanakan tugas dan amanah yang diberikan kepada kita dengan

ikhlas, bersungguh-sungguh dan penuh rasa tanggung jawab. Ambillah

iktibar daripada segala insiden yang berlaku dan jadikan ia sempadan

serta peringatan semasa kita menjalankan tugas.

11. Akhir kata, saya ingin merakam penghargaan dan mengucapkan

jutaan terima kasih kepada semua the Navy People atas sumbangan dan

perkhidmatan yang telah dicurahkan sepanjang tahun 2012. Saya

berharap kita semua dapat meningkatkan lagi usaha agar TLDM akan

beroleh kejayaan yang lebih cemerlang dan membanggakan dalam tahun

2013. Sama-samalah kita berdoa agar semua warga TLDM sentiasa

diberi perlindungan, kesihatan dan kekuatan oleh Allah Subhanahu

44

Wata‟ala supaya kita mampu menyumbang ke arah menjadikan TLDM

sebagai „Tentera Laut Bertaraf Dunia‟, In-Syaa-Allah.

12. Dengan lafaz suci,

ﺍﻟﺮﺣﻴﻢ ﺍﻟﺮﺣﻤﻦ ﷲ ﺑﺴﻡ

Maka saya dengan ini melancarkan Pelan Strategik TLDM 2013 hingga

2020.

13. Sekian, saya sudahi ucapan saya dengan lafaz,

ﻮﺒﺮﻜﺎﺘﻪالله ةمحرو مكيلع ملاسلاو ةيادحلاو قفوت للهابو

„SELAMAT TAHUN BARU 2013‟

„SEDIA BERKORBAN‟

45

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!