Create successful ePaper yourself
Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.
Dandelion Ditiup Angin

depannya hari ini?

“Ya encik… apa yang boleh saya bantu?”

Hampir tidak terkeluar suaranya. Bagaikan

tersekat salur darahnya dimamah ngilu.

Sungguh… larian nadinya kehilangan rentak

apabila wajah itu menyapa dalam dunia nyata.

Hati Dini berteriak tanpa suara. Menjerit

dalam bisu. Rasa tenang bertempiaran lari

meninggalkannya terkontang-kanting sendiri.

Tolong hamba-Mu ini, Allah!

Rifqi masih tergamam. Kaku dalam kelu.

Langsung tidak menyangka akan pertemuan

dengan wanita di hadapannya. Suaranya sendiri

bagaikan hilang ditelan rasa tidak menentu. Dia

memejamkan mata sejenak, mengharapkan wajah

di hadapannya itu hanyalah igauan masa lalu...

hambatan sesal waktu silam. Namun apabila

kelopak matanya dibuka… masih wajah itu yang

kekal di retina matanya. Masih wajah ayu itu yang

duduk di kerusi doktor yang biasa diduduki oleh

Doktor Irdina.

Seperti Dini… dia juga menarik nafas

dalam-dalam, cuba menghindar getar hati yang

meruntun tiba-tiba. Wajah itu diperhatikan

segenap inci. Tidak satu pun berubah kecuali aura

kematangannya kian terserlah. Dan seraut wajah

itu memang benar-benar manis.

Dan entah kenapa, hati tiba-tiba berdenyut…

bergetar rasa. Namun… kenapa kali ini lain benar

getarannya? Getar kerana kesalkah?

“Doktor Irdina mana?” Itu pula yang disoal.

“Saya menggantikannya. Encik sakit apa?”

Dini cuba mengetepikan apa yang dia rasa.

48