14.01.2013 Views

DandelionHD_web1-4

DandelionHD_web1-4

DandelionHD_web1-4

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Prolog

NUANSA LAMAN yang indah petang itu tidak

mampu memberi damai dalam hati. Hati tetap

diusik resah. Pokok dandelion yang sedang

berbunga kuning, meliuk-liuk ditiup angin, juga

tak mampu menjemput senang dalam jiwa. Ada

gelisah yang mengasak.

“Nurin! Nurin!” Terjengul seorang budak

lelaki yang berusia lima belas tahun di muka pintu

rumah. Wajah budak lelaki itu merah menahan

marah. Memang dia tengah marah.

Dini mendiamkan diri. Sedikit pun tidak

menyahut walaupun namanya jelas dipanggil

dengan intonasi marah. Dia sedikit pun tak

ada hati hendak menyahut. Ini hari kedua.

Sejak semalam, sudah beratus kali namanya

dijerkah begitu. Diherdik sesuka hati. Terpekikpekik

memanggil nama orang. Tak suka betul.

Menyampah!

“Hoi… kau pekak ke?” Budak lelaki itu

menunjal dahi Dini.

1

Dandelion Ditiup Angin

Terkebil-kebil mata Dini. Kelu lidah untuk

menjawab. Tak kuasa sebenarnya. Dari semalam

hatinya berbuku. Sejak anak tunggal abi dan umi

balik bercuti dari asrama, hidupnya jadi tak tentu

arah. Hidupnya haru-biru apabila budak lelaki ini

ada di rumah.

“Kau pergi ambikkan aku air.” Seperti selalu,

mengarah.

“Kan ibu dah buat air. Ada atas meja tu.”

Perlahan sahaja Dini menjawab. Langsung tidak

diangkat kepalanya.

“Weh… aku suruh kau ambik kan? Yang kau

menjawab tu kenapa? Kau tak ada hak menjawab.

Ikut saja apa yang aku suruh. Ini rumah aku, kau

tau tak? Kau tu menumpang saja.”

Dini masih tidak bergerak. Sebal hatinya.

“Cepatlah!” sergah budak lelaki itu dengan

matanya yang membulat. Dini terkulat-kulat. Dia

bukan tidak biasa ditengking. Bahkan setiap kali

lelaki ini ada di rumah ini, dia akan ditengking

begitu.

“Ambiklah sendiri. Dekat atas meja tu saja

pun. Bukan kena buat sendiri. Takkan kerja

senang macam tu tak pandai buat sendiri.” Balas

Dini separuh berani.

“Amboi, dah pandai menjawab ya! Kau sedar

tak siapa diri kau tu? Kau tu menumpang. Parasit!

Kau hanya layak jadi orang suruhan aku.” Kasar

sungguh bahasanya.

Hiba hati Dini. Ini bukan kali pertama.

Sudah berkali-kali dia dihina begitu. Sudah

acap kali benar hatinya dihiris begitu. Parasit???

Parasit tu binatang apa?

2

3

Aidah Bakri

“Pergilah! Tunggu apa lagi? Kau nak aku

bunuh semua bunga yang kau suka tu? Bunga

yang macam tahi ayam pun suka. Tak ada taste

langsung!”

Dini terjun dari lantai wakaf. Berdiri tegak di

hadapan budak lelaki yang garang menggalahkan

singa lapar. Dia yang baru berusia sembilan tahun

terpaksa mendongak untuk memandang wajah di

hadapannya.

“Yang kau pandang aku kenapa? Oh, dah

berani tunjuk tak puas hati ya.”

“Bunga Dini tu tak ada salah pun dengan

Abang Rif. Sama jugak macam Dini. Kenapa

Abang Rif nak marah-marah?”

“Abang Rif, Abang Rif. Hei, siapa abang kau

hah? Aku bukan abang kau. Jangan kau berani

panggil aku Abang Rif lagi. Faham!”

“Umi yang suruh panggil macam tu. Dini

ikut cakap umi saja.”

“Huh, menjawab… ada hati nak melawan! Ini

rumah aku tahu tak? Kau siapa nak membantah

apa yang aku suruh? Dah, pergi cepat!” Bahu kecil

Dini ditolak kasar.

Dini terundur beberapa tapak ke belakang.

“Apa halnya ni?” Satu suara muncul dari

arah dapur. Ibu Fatimah, ibu Dini datang

menghampiri. Dia tahu pasti ada sesuatu yang

berlaku antara budak berdua itu. Pasti mereka

bergaduh lagi. Seperti selalunya. Ah, Dini pun ada

waktunya keras kepala. Ada sahaja yang hendak

dilawannya.

“Ini… anak ibu ni, ada hati nak melawan

cakap saya.” Muncung mulut budak lelaki yang

Dandelion Ditiup Angin

dipanggil Abang Rif itu.

“Masya-Allah Dini. Ibu kan dah selalu

pesan….”

“Dia memang tak tahu diuntung. Dah

menumpang, buatlah cara menumpang.”

Ibu Fatimah dan Dini saling berpandangan.

Ada sebak yang datang. Ada luka yang menghiris.

Dini rasa hendak menangis.

“Kenapa Dini lawan cakap Abang Rif?” Sayu

suara Ibu Fatimah. Wajah Dini dipandang penuh

simpati. Kesian anak ibu! Panas tubir matanya.

“Dini tak lawan ibu.” Sayu juga suara Dini.

“Tak apanya. Dari tadi aku suruh kau pergi

ambikkan aku air, ada kau pergi? Tak melawan tu

namanya?” Kasar sungguh bunyinya.

“Ibu ambikkan ya Rif. Jangan terjerit-jerit

macam ni. Nanti umi dan abi dengar. Dini pun

kecik lagi kan.” Pujuk Ibu Fatimah.

“Dah, tak payah! Aku dah tak haus.” Sengaja

budak lelaki itu melanggar tubuh kecil Dini

sewaktu melintasinya. Dini hilang kestabilan

lalu terjatuh di tepi deretan dandelionnya.

Tubir matanya mula digenangi air. Sakit tapak

tangannya.

Ibu Fatimah mendapatkan Dini. Dipeluknya

tubuh kecil itu erat-erat. Dikucupnya kepala Dini

agar hilang sedihnya. Walau hati sendiri turut

menangis.

“Syyyh… dah, jangan menangis.”

“Kita duduk tempat lain ibu.” Mata merah

itu memandang wajah ibunya.

Ibu Fatimah senyum. Dielusnya pipi Dini

penuh kasih. Teringat pada arwah suaminya.

4

5

Aidah Bakri

Sayu hati terus dipendam jauh di lubuk hati.

“Duduk rumah kecik pun tak apa ibu.

Bolehlah bu...” sambung Dini.

Tubuh Dini dipeluk lagi. Air mata ditahan

daripada merembes keluar. Dia perlu kuat untuk

Dini.

“Jangan kerana Abang Rif, Dini lupa pada

kasih umi, lupa pada sayang abi. Umi dan abi

sayang kita. Mereka tak pernah sakitkan hati

kita.”

“Dini pun sayang umi… sayang abi tapi

Abang Rif tak suka kita duduk sini. Ini rumah dia

ibu. Abang Rif benci kita, ibu.”

“Dini jangan ambik hati dengan perangai

Abang Rif tu. Esok-esok, eloklah dia. Dini pun

janganlah melawan cakap dia.” Pujuk Ibu Fatimah

perlahan.

“Dini kena ikut semua cakap dia?”

Ibu Fatimah angguk kepala.

“Dini tak boleh bantah sikit pun cakap dia?”

Ibu Fatimah angguk lagi.

Dini mengeluh. Sudah terbayang hidupnya

yang akan terus-terusan rusuh sepanjang mereka

tinggal di situ untuk hari mendatang. Rusuh dek

olah lelaki yang dipanggil Abang Rif itu.

“Dini tak suka duduk sini.” Luahnya

perlahan.

“Dini tak kesian umi? Sampai hati nak

tinggalkan abi?” duga ibunya.

Dini menggigit bibir. Bersimpang-siur hati

kecilnya. Kenapa Abang Rif tak sebaik umi dan

abi? Kenapa Abang Rif suka marah-marah?

“Kenapa Abang Rif benci sangat dengan kita,

Dandelion Ditiup Angin

bu?” tanya Dini tiba-tiba.

Ibu Fatimah nanar seketika. Tidak menduga

soalan itu yang ditanya.

“Mana ada Abang Rif benci kita. Dia panggil

ibu, ibu. Dia sayang ibu macam Dini sayang ibu.

Dia sayang Dini macam umi dan abi sayang Dini.”

“Ibu tipu. Kalau dia sayang Dini, dia tak

marah-marah Dini. Dia tak tolak Dini sampai

jatuh. Dia selalu ketuk-ketuk kepala Dini. Dia

memang benci Dini. Dengan ibu pun dia selalu

cakap kasar.”

“Dini sabar banyak-banyak ya. Orang yang

banyak sabar, menjadi kesayangan Allah tau.”

Pujuk Ibu Fatimah lagi.

Mustahil untuk mereka dua beranak

meninggalkan rumah Datuk Mazlan dan Datin

Zaharah ini. Bukan sedikit kasih sayang yang

wujud antara mereka. Atas dasar kasih sayang

itulah Ibu Fatimah mengambil keputusan untuk

terus menetap di situ selepas kematian suaminya

lapan tahun lepas.

6

1

WAJAH PUTIH bersih bayi lelaki yang baru

dilahirkan, direnung dengan segenap rasa. Hilang

segala rasa sakit melahirkan, apabila wajah

sebesar tapak tangan itu damai dalam tidurnya.

Tanpa diduga, rasa sayang... tunas kasih mula

bertapak di mimbar hatinya. Terasa indah yang

tiada tara. Sejak mereka ditolak keluar dari wad

bersalin dan ditempatkan di wad 6 dua belas jam

yang lalu, bayinya itu asyik tidur sahaja. Menurut

kata doktor sebentar tadi, tempoh tidur bayi yang

baru lahir adalah sekitar enam belas jam dalam

sehari. Mungkin sebentar lagi dia akan terjaga

untuk menyusu.

Dini masih menatap wajah bayinya yang

sedikit pun tidak berkutik. Tidak terusik langsung

dengan rasa sejuk bilik yang berpenyaman udara

itu. Segala-galanya baharu bagi dia. Mujur

juga ada jururawat yang bernama Suhaini yang

sudi mengajar bagaimana mahu membedung

bayi sekecil itu. Sungguh dia tidak tahu apa-

7

Dandelion Ditiup Angin

apa tentang pengurusan bayi. Mujur juga ada

Ibu Rasyidah yang sudi menyediakan segala

kelengkapan bayi. Kain bedung, kain lampin,

barut… perkataan-perkataan itu pun tidak ada

dalam kamus perbendaharaan hidupnya. Inikan

pula mahu menggunakannya. Sungguh dia

tidak tahu! Dia langsung tidak ada pengalaman

menguruskan seorang bayi. Dan kehadiran bayi

ini terlalu awal dalam hidupnya.

Dini mengeluh tiba-tiba. Hatinya disagat

pilu yang teramat. Kepiluan yang terus menjeruk

hati sehingga menjadi kering dan layu. Hampirhampir

tangkainya tanggal, menanti masa untuk

tersungkur ke bumi. Mujur sahaja ada Ibu

Rasyidah yang sudi memberi sedikit yakin dalam

dirinya. Meniup bilah-bilah semangat dalam

dirinya yang sudah kehilangan payung untuk

berlindung.

“Hai baby….” Suara yang kedengaran tibatiba

mengejutkan Dini daripada lamunan yang

panjang.

“Puan sihat hari ini?” tanya doktor muda

yang sedang mengira kadar denyutan nadi Dini.

Doktor Irdina. Nama itu tertulis di tag nama yang

tersangkut di bajunya.

Dini sekadar menganggukkan kepalanya.

Wajah cantik doktor muda itu, dipandang sekilas.

“Baby asyik tidur saja. Puan dah bagi dia

susu?” tanya Doktor Irdina lagi. Dini menggeleng

pula. Masih tidak bersuara.

“Dah pandai menyusukan baby?” Paras

Dini dibelek lama. Sejak semalam sudah terbetik

musykil di hati kecilnya.

8

9

Aidah Bakri

“Pandai jugak… Nurse Suhaini dah ajar

malam tadi.” Jawab Dini perlahan. Biarpun dia

merasa kekok, namun dia tetap mahu mencuba.

Dia merasa puas apabila melihat bayinya tidur

kekenyangan setelah menyusu.

Tiba-tiba wajah arwah ibunya menyapa

ruangan ingatan. Ada rembesan air mata di

tubir matanya. Hatinya diseret kesal. Hiba yang

teramat. Kalaulah arwah ibunya melihat dia

dalam keadaan yang begini….

“Tekanan darah puan normal, baby pun

sihat. So… tengah hari nanti puan boleh keluar.

Suami puan belum datang lagi?” Lembut suara

Doktor Irdina membuatkan Dini tersedar.

Suami??? Ruang hatinya terus menjadi

kosong apabila perkataan itu disebut.

Suami??? Relung-relung hatinya luka

lagi… luka yang tidak nampak darahnya. Luka

yang hanya ada sakit dan perit. Luka yang tidak

mungkin akan sembuh sampai bila-bila.

“Suami puan tak ada di sini?” Ayat tanya itu

menyapa lagi cuping telinganya.

Mereka berpandangan seketika. Doktor

Irdina mengerutkan dahi. Keliru memikirkan

makna diam ibu muda di hadapannya itu. Sejak

nama Dini didaftarkan untuk ditempatkan di wad

bersalin, dia tidak nampak pun kelibat seorang

lelaki yang layak digelar sebagai suami wanita

muda ini.

“Puan?”

Dini menundukkan wajahnya. Terasa tebal

kulit pipinya. Malu untuk berterus terang pada

doktor cantik yang masih berdiri di tepi katilnya.

Dandelion Ditiup Angin

“Sekejap lagi keluarga saya datang. Saya dah

boleh balik, kan doktor?”

Doktor Irdina mengangguk sambil

tersenyum. Mengerti bahawa Dini sedang

menyembunyikan sesuatu. Namun siapalah dia

untuk terus mendesak walaupun teringin benar

rasa hatinya mengetahui mengapa raut wajah Dini

bersalut sendu tatkala soal suami dibangkitkan.

Perasaannya disapa simpati buat Dini. Baru

berusia sembilan belas tahun sudah bergelar ibu.

Terlalu muda untuk memikul tanggungjawab

rumah tangga yang padanya terlalu banyak

menuntut pengorbanan daripada seorang wanita.

Doktor Irdina berlalu ke katil yang

seterusnya setelah menitipkan beberapa nasihat

buat Dini. Pandangan Dini kembali jatuh pada

bayi di sebelahnya. Matanya yang terpejam rapat,

bibirnya yang comel kemerahan dan keningnya

yang halus terbentuk… benar-benar menyentuh

tangkai hatinya.

Dan apabila pandangannya jatuh pada

hidung yang terukir indah menghiasi wajah

putih bersih itu, dia teringat kembali pada seraut

wajah. Menghantar seluruh ruang ingatannya

pada lelaki yang telah mengubah hampir tiga

ratus enam puluh darjah arah kehidupannya.

Kalaulah tangkai hatinya boleh patah, sudah

lama ia terputus… tanggal dan gugur daripada

tangkainya.

“Hoi… mengelamun saja.” Dini tersentak

dengan suara yang tiba-tiba menyergah cuping

telinganya.

“Mana ada. Kau baru sampai ke? Dah tak reti

10

11

Aidah Bakri

bagi salam… main sergah saja. Ibu mana?”

“Hehehe… ibu ada dengan Doktor Irdina kat

sana tu. Kau menungkan apa? Aku tengok kusut

saja muka kau ni.” Iffa menatap wajah sahabatnya

lama. Garis-garis luka kian terserlah di wajah

kusam Dini. Kesian sahabatnya yang seorang ini.

Besar sungguh dugaannya.

“Kau okey tak ni? Sekejap lagi boleh

discharge kan?” Khuatir Iffa apabila melihat

Dini lebih banyak diam. Diam Dini bermakna

dia sedang memendam rasa. Memendam rasa

seorang diri memang tidak baik untuk Dini dalam

keadaan dia yang sebegini. Menurut ibunya tadi,

hati dan perasaan orang yang dalam pantang

bersalin sensitif dan cepat terasa.

“Aku okey la. Dah tak sabar nak balik

rumah. Kau ingat enjoy ke duduk kat sini? Seksa

tau nak turun naik katil ni.” Tutur Dini cuba

menyembunyikan duka.

“Aku cuba untuk percaya kata-kata kau. Apa

pun, aku harap kau jangan tunjukkan muka kusut

kau tu kat depan ibu. Nanti dia risau. Tak fasalfasal

darah tinggi dia naik. Kita jugak yang susah

nanti.” Pinta Iffa perlahan.

“Aku memang dah banyak susahkan kau

Iffa… susahkan ibu. Aku tak patut libatkan kau

dalam masalah aku. Tapi aku tak ada siapa-siapa,

Iffa. Aku cuma ada kau, ada ibu kau….” Dini

kembali sebak. Mengepung rasa rindu yang tidak

pernah padam pada arwah ibunya, membuatkan

jiwanya longlai tiba-tiba.

“Syyyh… dahlah. Jangan layan sangat

perasaan sedih. Kau kan dalam pantang, tak elok

Dandelion Ditiup Angin

tau. Aku tetap ada untuk kau, Dini. Aku tak peduli

apa orang lain kata tentang kau, aku tetap percaya

kau sahabat yang terbaik buat aku. Aku tak akan

biarkan kau seorang diri membesarkan baby

ini, Dini. Kita jaga dia sama-sama, ya.” Janji Iffa

ikhlas.

Dini kian terharu mendengar kata-kata Iffa.

Terharu kerana masih ada seorang sahabat yang

tetap sudi bersamanya. Biar dalam susah ataupun

dalam senang. Sanggup menerima dia walau

dalam apa pun keadaannya.

“Terima kasih, Iffa.” Mereka berpelukan

erat.

“Ada drama apa pulak kat sini? Ada adegan

peluk-peluk pulak tu…” usik Ibu Rasyidah yang

baru sampai. Bahagia benar hatinya melihat

keakraban dua anak gadis di hadapannya. Ikatan

perasaan mereka mengalahkan saudara seibu

seayah. Dini pantas mengambil tangan Ibu

Rasyidah lalu dikucup lama.

“Terima kasih ibu…” tuturnya perlahan.

Ibu Rasyidah duduk di sisinya lalu memeluk erat

bahunya.

“Sama-sama. Tahniah sebab selamat

melahirkan baby yang cute ni. Maknanya ibu dah

jadi neneklah ya.”

Ibu Rasyidah mengangkat bayi yang masih

dalam ikatan kain bedungnya. Wajah mulus yang

putih bersih itu ditatap lama. Ada rasa bahagia

di kotak hatinya walau tidak dapat dinafikan,

sebahagian hatinya menyimpan rasa simpati dan

kesal yang tidak berkesudahan.

“Iffa, kemas barang-barang Dini. Kita dah

12

13

Aidah Bakri

boleh keluar sekarang. Dini nanti ibu bantu turun

katil perlahan-lahan ya. Jaga-jaga kaki tu.”

Ibu Rasyidah meletak bayi Dini sebentar.

Dia turut membantu Dini turun dari katil.

SEJAM KEMUDIAN mereka selamat sampai

di rumah. Di rumah teres dua tingkat itulah

tempat Dini berteduh sejak dia kehilangan

segala-galanya. Memang nasibnya masih dikira

beruntung jika dibandingkan dengan gadis-gadis

yang senasib dengannya. Kalaulah tidak ada Iffa

dan Ibu Rasyidah, pasti hidupnya musnah sama

sekali. Mungkin terus terbiar di lorong-lorong

sepi tanpa ada yang sudi mengutip.

“Dini duduk di bilik bawah saja ya. Ibu dah

kemaskan bilik itu pagi tadi. Orang dalam pantang

tidak boleh banyak bergerak, apatah lagi turun

naik tangga. Boleh kan?” tanya Ibu Rasyidah

sambil memandang wajah bersih di hadapannya.

Dini semakin banyak berdiam. Menjadi lebih

pendiam daripada hari-hari sebelumnya.

“Dini tak kisah, ibu. Kat mana-mana pun

Dini tak kisah. Asalkan ibu dan Iffa ada dekat

dengan Dini.” Emosi Dini hiba tiba-tiba. Juring

matanya terasa hangat. Keikhlasan dua beranak

yang sanggup menerima segala kepayahannya,

sungguh-sungguh menyentuh hati.

“Kami sentiasa ada dengan kau, Dini. Kami

dah anggap kau macam keluarga kami sendiri.

Kita hadapi semua ini sama-sama.” Iffa memeluk

bahu Dini erat.

Dandelion Ditiup Angin

“Terima kasih Iffa… terima kasih ibu…” luah

Dini terharu.

“Dah, jom berehat dalam bilik. Dini kena

banyak berehat. Pulihkan semula tenaga yang

dah hilang tu. Ibu nak ke dapur, tanak nasi.” Ibu

Rasyidah beredar ke dapur. Sementara Iffa dan

Dini berlalu masuk ke bilik.

“Kau kena banyak rehat. Jangan fikirkan

yang bukan-bukan. Nanti kita sama-sama cari

nama untuk baby boy yang cute ni ya.” Ujar

Iffa sambil meletak bayi yang sedari tadi dalam

dukungannya ke katil bayi yang diletakkan di

sudut bilik. Dini duduk di birai katil. Keduadua

belah kakinya terasa lenguh. Sengal seluruh

tubuhnya belum surut lagi.

“Macam mana kita nak daftarkan nama dia

Iffa, sedangkan surat nikah pun aku tak ada.”

Luah Dini tiba-tiba. Menyimpan sebak dalamdalam.

Lama mereka berpandangan. Masalah itulah

yang selama ini membebani fikiran Dini. Apa

butiran yang harus diisi dalam ruangan maklumat

bapa dalam sijil kelahiran anaknya itu nanti.

“Kau tetap tak mahu beritahu dia? Dia

ada hak Dini. Anak ini pun ada hak. Kita perlu

beritahu dia.” Pujuk Iffa lembut.

Dini menekur lantai. Perdu hati diserbu pilu.

Hak??? Hak apa yang mahu dituntut daripada

lelaki itu???

Sekali dia diusir, tidak mungkin dia akan

memunculkan diri lagi. Tidak untuk seumur

hidupnya. Biar segala-galanya berkubur walaupun

limpahan kasih sayang di rumah mewah itu sering

14

15

Aidah Bakri

kali menggamit ruang sepinya. Rasa rindu hanya

mampu terkurung dalam bingkai pilu. Memang

benar, apabila kita rasa rindu yang sangat dalam,

barulah kita tahu seberapa besar makna dan

erti seseorang itu bagi kita. Dini hanya mampu

menyimpan rindu… pada umi dan pada abinya.

“Dini?”

“Dia tidak pernah mahukan hak itu, Iffa.

Dia sengaja perangkap aku. Atas dasar apa... aku

sendiri pun tak tahu.”

“Mungkin dia akan ubah fikiran apabila

nampak anak ini. Mungkin hatinya akan lembut.

Kita beritahu dia ya.” Pujuk Iffa lagi.

“Mungkin??? Mungkin Iffa? Aku tak

sanggup maruah aku tercalar lagi dengan apa

pun kemungkinan. Kalau dia dengan mudah

menghancurkan hidup aku, aku sejuta kali tak

ingin berdepan dengan dia lagi. Aku tidak ingin

jumpa dengan dia lagi seumur hidup aku.”

“Dah tu, macam mana nak daftarkan

kelahiran anak kau ni? Kau sanggup tengok

butiran ‘maklumat bapa tidak diperoleh’ dalam

ruang maklumat bapa dalam sijil kelahiran anak

kau, Dini?”

Dini merenung wajah bayinya lama. Rasa

pilu bersatu dengan rasa simpati terhadap bayinya

sendiri. Maafkan mama sayang….

“Aku buntu, Iffa.”

“Kau tergamak biarkan anak kau dianggap

anak tidak sah taraf sedangkan dia ada bapa yang

sah, Dini?”

Pertanyaan Iffa yang agak keras membuat

hati Dini tersentak. Jiwanya disagat lagi.

Dandelion Ditiup Angin

Anak tidak sah taraf’? Dia meraup wajahnya

berkali-kali. Rasa ngilu di hatinya lebih pedih

daripada rasa sakit melahirkan semalam.

“Dahlah… kau rehat dulu. Kita bincang lain

kali. Kita ada masa empat belas hari untuk buat

keputusan tentang hal ini. Apa pun keputusan

yang bakal kau ambil nanti, kau kena fikir tentang

kebajikan anak kau, Dini. Bayi ini tak bersalah.

Aku keluar dulu. Nanti aku ambil makanan untuk

kau.”

“Tak payah layan aku macam tu. Aku boleh

makan kat dapur saja nanti.”

“Mana boleh! Kau baru dua hari bersalin

tau. Tak boleh banyak bergerak. Bentan nanti,

kau jugak yang susah. Lagipun, kita masih muda.

Banyak lagi perkara yang hendak kita buat. Kalau

kau tak jaga diri kau sendiri, siapa lagi yang kau

harapkan?”

“Baiklah cik doktor tak bertauliah. Saya ikut

saja kata doktor, ya.” Jawab Dini dalam gurauan.

Malas dia hendak mendengar leteran sahabatnya

itu. Kalau dia membantah, lagi panjang leterannya

nanti. Bernanah telinganya nanti. Bentan? Takut

juga dia apabila memikirkan jika sakitnya datang

semula.

Iffa berlalu meninggalkan Dini sendiri

merenung masa. Terasa pantasnya masa berlalu.

Seolah-olah baru semalam semua rentetan itu

berlaku. Terkenang saat-saat akhir dia di rumah

mewah Datuk Mazlan. Masih terbayang wajah

luka arwah ibunya, saat peristiwa hitam itu

singgah di celah-celah hidupnya.

Ampunkan Dini, ibu… rintih hatinya berkali-

16

kali. Dini tak salah….

17

Aidah Bakri

“KENAPA Dini sanggup buat ibu macam ni? Dini

tak kesian kat ibu ke?” Suara arwah ibunya masih

terdengar-dengar di deria dengarnya, menghiris

luka hatinya hingga ke relung yang paling dalam.

Hendak bernafas pun terasa sukar.

“Dini tak salah ibu. Dini tak buat apa-apa.

Percayalah cakap Dini, ibu.”

“Macam mana ibu nak percaya Dini? Semua

orang dalam rumah ini nampak apa yang Dini

dan Rifqi buat. Sampai hati Dini buat ibu macam

ni. Dini sedar tak kita hanya menumpang dalam

rumah besar ini. Sampai hati Dini lukakan hati

umi… hati abi.” Ibu Fatimah bersuara lirih.

Sesal datang bertimpa-timpa. Kalaulah dia

tahu musibah ini akan berlaku, pasti tidak akan

ditinggalkan Dini seorang diri di rumah tadi. Pasti

akan dibawanya Dini menemaninya.

“Ampunkan Dini, ibu…” Dini memeluk

ibunya erat.

Rasa kesal dan marah menunjal-nunjal

kotak hatinya. Kalau diikut rasa hatinya, mahu

sahaja lelaki itu ditampar dan diterajang dengan

segenap rasa.

“Ibu tak boleh kata apa lagi, Dini. Esok lepas

zuhur, Dini kena nikah dengan Rifqi. Abi sedang

uruskan semuanya. Dini dah hampakan ibu,

hampakan umi… dan semua orang yang sayang

kat Dini. Puas hati Dini kan???” tempelak Ibu

Fatimah lagi.

Dandelion Ditiup Angin

“Ya Allah ibu… tolonglah Dini, ibu. Dini tak

mahu nikah dengan dia… dengan sesiapapun.

Dini nak belajar lagi… keputusan SPM Dini dua

bulan lagi ibu.” Meraung Dini dengan keputusan

Datuk Mazlan, lelaki yang dipanggil abi olehnya.

“Ibu tak boleh buat apa. Ini keputusan Datuk

dan Datin. Muktamad!”

“Ibu… ibu tolonglah pujuk umi dan abi.

Dini tak mahu ibu. Tolonglah Dini ibu…” rayu

Dini dalam sedu tangisnya dengan suara yang

terputus-putus.

“Ibu dah cukup malu dengan apa yang

terjadi. Ibu kecewa sangat. Dini keluarlah dari

bilik ibu ini. Tinggalkan ibu sendiri.”

Ibu Fatimah naik ke atas katil. Merebahkan

badan dalam keadaan menghereng lalu menutup

seluruh tubuhnya dengan kain selimut. Dini tiada

pilihan. Dia melangkah keluar meninggalkan

ibunya yang sudah tidak mahu memandang

wajahnya lagi.

TANGISAN BAYI membuatkan Dini kembali

ke alam sedar. Dia mengesat sisa air mata yang

masih berbekas di pipi. Menangis macam mana

sekalipun, apa yang pernah dimilikinya satu

ketika dulu, tidak mungkin dapat diraih kembali.

Merintih macam mana sekalipun, ibunya tidak

akan hidup kembali.

Hanya hitam

Menatap langit terukir gelap

18

Bintang pun turut enggan

Memberi cahaya walau sedikit

Terbiar hati dipujuk pedih

19

Aidah Bakri

2

ZALIMKAH skrip yang terlakar buatnya pada

hari itu? Hanya Allah Taala sahaja yang tahu

dan mengerti cerita hati yang tersirat di sebalik

babak yang silih berganti. Sungguh parah hatinya.

Namun itulah perjalanannya yang sudah ditulis.

Kering sudah air mata Dini. Menangisi ketentuan

yang langsung tidak terduga… jauh daripada

jangkauan perancangannya. Yang kedengaran

hanyalah esak dan sedannya sahaja. Sesiapa yang

memandangnya pun turut merasa sebak.

Mungkin benar, tatkala kehilangan…

barulah menyedari bahawa setiap anugerah itu

sangat bermakna… sangat indah! Anugerah yang

sebelum ini disesali, rupanya begitu berbekas

apabila tiba-tiba terpaksa kehilangannya. Hilang

yang tidak mungkin berganti sampai bila-bila.

Bertimpa-timpa rasa kesal menerjah dinding

hatinya. Kesal kerana pernah membenci janin

yang saat itu berada di dalam rahimnya. Mungkin

kerana rasa benci itu, maka dia diambil oleh yang

20

21

Aidah Bakri

Maha Pencipta. Fikiran Dini kian tidak menentu.

“Dia pun diambil daripada aku, Iffa….”

Dini kejap dalam pelukan erat Iffa. Seboleh

mungkin dia tidak mahu Dini terus hilang

semangat meski dia tahu dugaan ini menuntut

bukan sedikit kekuatan jiwa sahabatnya. Apabila

datang dugaan dalam kehidupan, manusia sering

kali mengeluh, tertekan dan sehingga sampai

satu tahap, hilang kawalan diri. Dia tidak mahu

Dini begitu. Dia tidak mahu Dini rebah sebelum

masanya.

“Sabar Dini… kuatkan hati. Semua ni

dugaan buat kau. Allah sedang menduga. Ingat

Ustaz Zamri selalu berpesan pada kita bahawa

setiap cabaran dan ujian hidup itu adalah bukti

kasih sayang Allah terhadap kita. Allah sayang

kau, Dini. Sebab itu dia beri ujian ini.” Pujuknya

lembut.

“Terlalu banyak dugaan untuk aku. Aku tak

sanggup… tak kuat untuk terus berdepan dengan

kehilangan demi kehilangan. Belum sempat pun

aku daftarkan kelahirannya… dia dah pergi, Iffa.

Pergi untuk selama-lamanya. Mungkin dia tahu

aku tak pernah harapkan kehadirannya dulu…

sebab itu dia pergi, kan Iffa? Sebab itu dia tidak

diizinkan terus hidup dengan aku.”

Esakan Dini kembali terdengar. Sungguh

hiba menyayat hati yang mendengar.

“Jangan menyesali takdir, Dini. Tak baik.

Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat

kita.”

Iffa tidak jemu memujuk. Simpati buat

sahabatnya itu menggunung tinggi. Dugaan

Dandelion Ditiup Angin

datang bertimpa-timpa. Tidak sesaat pun

ditinggalkan Dini yang masih dalam tempoh

berpantang seorang diri.

“Dia pun tak sudi hidup dengan aku, Iffa.”

Keluhan Dini kedengaran lagi.

“Dia pun pergi tinggalkan aku, Iffa. Aku

belum ada nama untuk dia. Kenapa dia dah

diambil semula? Sejak dia lahir… aku dah sayang

dia. Aku nak dia ada terus dengan aku. Hidup

dengan aku. Kenapa anak aku mati, Iffa?”

Iffa Alwani tidak terkata apabila Dini terus

merintih. Siapa pun yang berada di tempat Dini,

pasti perlu mencari kekuatan yang luar biasa.

Harus memiliki ketahanan jiwa yang tinggi.

Perlu tabah!

Dini perlu tabah. Walaupun ada beberapa

pendapat yang berbeza tentang konsep ketabahan

namun definisinya tetap bermuara pada satu

maksud iaitu kemampuan untuk mengambil

sikap terbaik menghadapi segala keadaan yang

ada… sama ada susah atau senang.

Daripada artikel yang pernah dibaca

menerusi blog alamislam.com yang ditulis oleh

Umar bin Abdul Aziz, dalam Washiyatun ila

kulli muslim, Ibnu al-Qoyyim menjelaskan,

ketabahan itu ada tiga bentuk, iaitu ketabahan

dalam menjalankan kewajipan, ketabahan dalam

menghindari yang haram dan ketabahan saat

menghadapi musibah.

Memang benar Dini sedang diduga musibah.

“Kenapa aku yang tak punya apa-apa ini,

terus-terusan diduga, Iffa?? Apa salah… apa dosa

aku? Kenapa aku terus dihukum takdir?” soal

22

23

Aidah Bakri

Dini bertalu-talu.

“Jangan persoalkan takdir kita. Kita mesti

reda dengan segala ketetapan-Nya. Sebagai hamba,

kita tidak berhak untuk mempersoalkannya. Tak

baik terus-terusan mengeluh macam ni. Meratap

hiba macam orang tak ada pegangan. Kau kena

reda. Semua ini ketentuan Allah. Apa saja yang

kita ada, adalah kepunyaan-Nya. Dia berhak

mengambilnya bila-bila masa yang Dia mahu.

Kau kena tabah. Istighfar banyak-banyak.”

Nasihat Iffa meresap juga ke dalam jiwa

Dini. Benar dia harus tabah, perlu sabar dan

wajib reda. Arwah ibunya pernah berkata bahawa

ketabahan adalah anugerah yang Allah ciptakan

sebagai sikap kemuliaan, ibarat pedang yang

tidak pernah patah, seperti bala tentera yang

tidak pernah kalah dan juga umpama benteng

kukuh yang tidak pernah hancur.

Dia perlu mencari ketabahan itu!

“Kau tak nak beritahu pada ayah dia,

Dini? Atau sekurang-kurangnya pada umi atau

abi? Mereka ada hak untuk tahu. Arwah baby

darah daging mereka. Sekejap lagi jenazah akan

dikebumikan. Aku telefon umi, ya?” tanya Iffa

perlahan.

Dini menggeleng laju. “Mereka tidak

perlu tahu!” Keras suara Dini tetap dengan

pendiriannya.

“Sebab merekalah nasib aku jadi macam ni.”

Sambungnya perlahan.

“Kau masih menyimpan dendam. Kau

seolah-olah tak percaya pada qadak dan qadar

Allah. Kau tak reda dengan takdir yang tertulis

Dandelion Ditiup Angin

untuk kau?” Iffa turut sebak. Bimbang hatinya

andai Dini mengalah dengan permainan takdir

hidup yang telah tersurat buatnya. Terus

menyalahkan takdir. Terus menghukum dirinya!

“Insya-Allah aku reda dengan semua

ketentuan ini. Tapi aku tetap masih belum

bersedia untuk berhadapan dengan keluarga

tu. Aku belum berupaya melupakan setiap apa

yang lelaki itu buat pada aku. Aku hilang segalagalanya

kerana dia.” Putus Dini menutup bicara.

Kena reda. Tetapi… bercakap tentang reda

memang mudah. Tetapi untuk melaksanakan

reda terutamanya saat ditimpa musibah yang

terlalu berat seperti ini, sungguh-sungguh pahit.

Dini teringat arwah ibunya.

Ibu pernah kata… yang pahit itulah ubat.

Ubat paling mujarab untuk memulihkan dan

menyedarkan kita tentang hakikat penciptaan

kita di dunia ini yang sudah pasti mempunyai

tujuan. Ibu… Dini perlu ibu, Dini mahu ibu ada

dengan Dini…. Air matanya menitis laju.

HUJAN GERIMIS mengiringi perjalanan

mereka ke tanah perkuburan. Suasana sekeliling

seolah-olah turut bersimpati dengan takdir

yang menimpa Dini. Angin seperti telah hilang

lengasnya, mengalir dalam diam di sela daun

pokok. Dini ikut mengiringi jenazah anak

lelakinya yang baru berusia sepuluh hari.

Keadaan dirinya yang belum sembuh

sepenuhnya, langsung tidak dihiraukan. Apa yang

24

25

Aidah Bakri

penting, dia ingin melihat anaknya sehingga ke

detik yang paling akhir. Bayi yang disangka masih

tidur lena subuh tadi rupanya sudah pergi dalam

tidurnya. Petutlah sepanjang malam tadi, bayinya

itu tidak mahu diletakkan. Hanya mahu berada di

pangkuannya sahaja.

“Kau okey, Dini?” bisik Iffa di tepi telinganya.

Dini sekadar mengangguk biarpun bahagian

bawah perutnya mulai terasa berbisa. Sudah

terlalu lama dia berdiri di bawah sekaki payung

bersama hujan yang terus merintik-rintik halus.

Melihat pengurusan pengebumian dengan rasa

hati yang teramat hiba.

Anaknya sudah tiada! Tiada apa lagi yang

ada untuknya!

Saat talkin dibaca, jiwanya menjerit ngilu.

Teringat arwah ibunya. Betapa ketika itu teganya

hati membiarkan jenazah ibu disemadikan tanpa

diiringi sedangkan dialah satu-satunya anak

ibu. Empangan matanya pecah lagi. Berjurai

membasahi pipi. Dini menggigit bibirnya kuat.

Menahan esak. Mengumpul sebak.

“Kita balik. Kau nampak pucat sangat.”

Ajak Iffa. Khuatir dia melihat Dini yang sedang

menahan esak.

“Aku nak tunggu sampai selesai. Selepas ini,

aku tidak akan nampak dia lagi sampai bila-bila.”

“Kau semakin lemah. Tak boleh macam ni,

Dini. Kau baru sepuluh hari bersalin. Kita balik

ya,” pujuk Iffa lembut.

“Aku nak tengok anak aku, Iffa. Aku nak dia

tahu yang aku sayang kat dia. Aku baru nak bina

hidup aku semula… dengan anak aku. Tapi dia dah

Dandelion Ditiup Angin

tak ada. Macam mana aku nak hidup sedangkan

semua yang aku miliki, hilang satu per satu. Aku

sedih, Iffa. Sedih sangat-sangat.”

Dini tidak mampu menahan esak. Sedusedannya

menggamit simpati sesiapa saja yang

berada hampir dengannya. Dini yang baru

berusia sembilan belas tahun telah kehilangan

ibunya sembilan bulan yang lalu. Dan hari ini

dia kehilangan pula anak yang baru sepuluh hari

dilahirkan. Sesiapa yang mengetahui rentetan

ini, sudah pasti menyimpan simpati yang

menggunung.

“KITA BALIK DULU. Semuanya sudah selesai.

Esok kita datang lagi. Hujan pun dah mula lebat

ni,” pujuk Ibu Rasyidah pula.

Bimbang sungguh dia dengan keadaan Dini

yang masih lemah. Wajahnya pucat dan lenggok

jalannya pun masih selangkah-selangkah. Luka

bersalin belum sembuh sepenuhnya.

Tanpa suara, Dini cuba berdiri. Sudah

hampir satu jam dia bersimpuh di sisi perkuburan

arwah anaknya. Terasa berat hatinya untuk

meninggalkan kawasan itu, namun bisa di

bahagian bawah perutnya semakin kerap datang.

Semakin mencengkam pedihnya. Sesekali dia

memegang perutnya, mengharap agar rasa

bisa itu menghindar pergi. Dini berjaya berdiri

dengan dibantu Iffa, namun baru selangkah dia

menggerakkan kakinya, tiba-tiba pandangan

matanya gelap. Di situ juga dia rebah. Mujur

26

27

Aidah Bakri

sempat disambut Iffa.

“Ibuuu… Dini pengsan!!!” laung Iffa pada

Ibu Rasyidah yang berada beberapa langkah di

hadapan mereka. Ibu Rasyidah berpaling lalu

terburu-buru berlari mendapatkan mereka.

“Ya Allah… Dini! Kenapa ni nak?” Paras Dini

dibelek dengan perasaan cemas.

“Kita bawa ke hospital, ibu.” Cadang Iffa. Ibu

Rasyidah mengangguk setuju.

SEKALI LAGI Dini ditempatkan di Wad 6,

Hospital Ampang. Keadaannya memang amat

membimbangkan. Pucat dan langsung tidak

bertenaga. Doktor Irdina yang masih mengingati

salah seorang pesakitnya itu, tenang mengambil

tekanan darah dan bacaan suhu badan Dini.

“Kenapa dengan Nurin Ardini, puan?

Tekanan darahnya sangat rendah.” Tanya Doktor

Irdina sambil memandang Ibu Rasyidah.

Ibu Rasyidah menyeka air mata. Sayu

hatinya melihat keadaan Dini yang begitu. Masih

terbayang-bayang di layar matanya, tingkah Dini

sewaktu menyusukan bayinya. Bibirnya yang

sering terkumat-kamit tanpa suara seolah-olah

menceritakan lara hati pada bayi yang belum

mengerti apa-apa.

“Bayinya sudah tidak ada, doktor.” Jelas Ibu

Rasyidah perlahan.

Doktor Irdina mengerutkan dahinya tanda

tidak faham.

“Maksud puan?” soalnya meminta

Dandelion Ditiup Angin

penjelasan.

“Bayinya meninggal dalam tidur. Doktor

sahkan pagi tadi. Dini pula pengsan di tanah

perkuburan tadi.”

“Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun.”

Agak lama Doktor Irdina terdiam. Seakan

masih terbayang saat kepayahan Dini melalui

proses bersalin. Dini yang melalui semua

kepayahan di bilik bersalin seorang diri, tanpa

mahu ada sesiapa menemaninya. Dan baru

sepuluh hari, bayinya sudah tiada. Lama wajah

yang masih terpejam rapat itu dipandang dengan

rasa hati yang tersentuh.

“Macam mana bayinya boleh meninggal?”

soal Doktor Irdina.

“Bayinya sihat. Meninggal dalam tidurnya.

Itu yang Dini sedih sangat.” Jelas Ibu Rasyidah.

Doktor Irdina mengangguk faham.

“Tekanan darahnya sangat rendah. Dia

terpaksa ditahan di wad sehingga tekanan

darahnya normal semula. Ada beberapa perkara

yang perlu diberi perhatian, lebih-lebih lagi dia

baru sahaja melahirkan.” Jelas Doktor Irdina

setelah agak lama mendiamkan diri.

“Kami sudah melarang dia daripada

mengiringi jenazah ke tanah perkuburan. Tapi

Dini tetap berkeras sehingga kami tidak sampai

hati untuk tidak mengizinkannya,” ujar Ibu

Rasyidah dalam kesal.

“Saya faham, puan. Dia terlalu muda untuk

melalui semua ini. Maaf saya bertanya… suaminya

di mana?”

Soalan yang tidak diduga daripada Doktor

28

29

Aidah Bakri

Irdina membuatkan Ibu Rasyidah dan Iffa saling

berpandangan.

“Dini dalam tanggungjawab kami, doktor.

Apa sahaja yang berkaitan dengannya, doktor

boleh beritahu atau bincang dengan kami,” balas

Ibu Rasyidah tanpa menjawab soalan Doktor

Irdina. Tidak mungkin dia membuka cerita tanpa

izin dan pengetahuan Dini.

“Kami akan pantau dia di sini agar dia tidak

mengalami post natal depression.” Tambah

Doktor Irdina. Yakin, pasti ada sesuatu yang

sedang disembunyikan oleh dua orang wanita di

hadapannya.

“Post natal depression?” soal Iffa tidak

mengerti.

“Ya… wanita yang mengalami post natal

depression biasanya disebabkan oleh rasa

kecewa kerana menyedari keadaan selepas

menjadi ibu tidak seperti yang diharapkan. Dini

baru kehilangan bayinya sedangkan waktu ini,

dia sudah selesa dengan kehadiran bayinya.

Dikhuatiri dia tidak mampu mengawal emosinya.”

Terang doktor muda itu lagi.

Masalah tekanan emosi dan mental yang

dialami oleh golongan wanita yang dikenali

sebagai post natal depression merupakan

suatu bentuk penyakit yang berlaku kepada

wanita yang melahirkan anak. Jika tekanan ini

dibiarkan berlarutan berkemungkinan ia akan

menambahkan lagi kekusutan fikiran bahkan

boleh menjadi tidak siuman.

“Kita tunggu dia terjaga nanti. Sekarang dia

sedang tidur. Dia dalam keadaan yang sangat

Dandelion Ditiup Angin

letih, fizikal dan jiwanya. Apa yang penting

sekarang ialah perhatian dan kasih sayang yang

kita tunjukkan padanya. Harap-harap dia dapat

melalui semua ini dengan tabah.”

Ibu Rasyidah mengangguk tanda bersetuju

dengan kata-kata Doktor Irdina.

ENAM JAM kemudian, Dini mula terjaga.

Remang petang sudah pun sampai ke penghujung.

Hanya menanti sinar jingga senja melabuhkan

tirai. Dini membawa matanya ke segenap ruang.

Seperti pernah dihuni tempat itu. Warna katil,

dinding dan juga tabir yang menjadi pemisah

antara katil… seperti pernah dilihat. Hospital! Ya,

di hospital inilah tempat dia melahirkan bayinya.

Entah ke mana rasa hatinya, mengalir dalam

perjalanan yang melelahkan. Ada sesuatu yang

membuatkan dadanya berkecamuk, kembali dia

luruh dalam linang air mata. Jiwanya menjerit

seakan tercampak ke dalam lumpur yang pekat,

sehingga tidak mampu untuk bangkit.

“Alhamdulillah… Dini dah sedar.” Satu suara

menyapa gegendang telinganya.

“Ibu… Dini dekat hospital?” Masih terlalu

lemah suara itu kedengaran.

Ibu Rasyidah mengangguk sambil mengelap

wajah Dini dengan tuala lembap.

“Kenapa ibu?” Dini mengerutkan dahinya.

“Dini pengsan tadi.” Ibu Rasyidah menghulur

senyum. Namun wajah Dini masih keliru.

“Pengsan?”

30

31

Aidah Bakri

Dini membuka tingkap ingatannya semula.

Imej orang ramai berdiri sambil memegang

payung… di satu kawasan yang lapang dan sunyi.

Semakin jelas imej sekujur tubuh kecil berbalut

kain putih. Tubir matanya panas lagi. Sesaat

kemudian menitis sudah air mata di pipinya.

Kian deras apabila ternampak-nampak liang yang

dihuni sekujur tubuh kaku itu, ditimbus tanah

sedikit demi sedikit.

“Anak Dini, ibu. Anak Dini dah tak ada.

Dia dah pergi tinggalkan Dini!!!” Esakannya

kedengaran semakin kuat. Bibirnya digigit kuat.

Ada rasa ngilu yang amat pedih di perdu hatinya.

Dinding-dinding hatinya seakan mengeluarkan

darah.

Pedih! Teramat pedih!

Ibu Rasyidah menarik tubuh Dini ke dalam

pelukannya. Dini erat dalam dakapannya.

Belakang Dini diusap perlahan. Cuba menyalurkan

sedikit semangat buat gadis itu.

“Sabar Dini. Allah tahu itu yang terbaik

buat arwah baby dan juga Dini. Jangan rasa

terseksa dengan apa yang telah diambil oleh-

Nya. Dini kena kuat, kena tabah. Jangan pernah

takut menghadapi takdir yang datang. Mungkin

di sebaliknya, takdir yang paling menyakitkan

ini adalah satu titik yang paling berharga yang

dapat mengubah hidup Dini ke arah yang lebih

sempurna.” Pujuk Ibu Rasyidah lembut.

“Dini rasa sangat bersalah pada arwah baby,

ibu.”

“Dini tak buat apa-apa yang salah.”

“Dini tak pernah ikhlas mengizinkan dia

Dandelion Ditiup Angin

duduk di dalam rahim Dini selama sembilan

bulan. Dini benci dia sebagaimana Dini benci

orang yang menyebabkan dia ada dalam rahim

Dini. Dini berdosa dengan rasa itu, ibu.”

Dini kembali teresak. Memang dia berat

hati membawa kandungannya selama tiga

puluh enam minggu. Kandungan itu tidak

pernah dipinta. Kandungan itu mengikat segala

pergerakannya sehingga dia terpaksa menolak

tawaran melanjutkan pelajaran.

“Syyyh… ibu faham….”

“Dini pernah tak mahukan dia, sebab itu

dia pergi tinggalkan Dini, kan ibu?” Dini terus

mengongoi hiba. Seawal tahu dia mengandung,

dia sudah menyesali nasibnya. Dia menganggap

janin yang dikandungkannya bakal menambah

lara… memberi duka yang berpanjangan.

“Ibu harap Dini terus tabah. Jangan

tenggelamkan rasa hati dalam luka. Pasti ada

hikmah di sebalik semua ini yang seharusnya

kita mengerti dan memahaminya.” Nasihat Ibu

Rasyidah tenang. Dia tahu Dini kuat. Dia yakin

Dini mampu melepasi dugaan ini.

“Ibu dan Iffa sentiasa ada dengan Dini.

Jangan toleh ke belakang… Dini masih ada hidup

yang lebih cerah. Ingat pada tawaran yang Dini

tangguh dulu? Sekarang Dini kena fokus ke

arah itu.” Sambung Ibu Rasyidah. Sebagai salah

seorang kaunselor di sebuah sekolah menengah,

serba sedikit dia tahu cara untuk menangani

individu seperti Dini.

“Anak Dini dah mati, ibu. Sepuluh hari saja

dia dipinjamkan pada Dini. Kenapa dia mati,

32

33

Aidah Bakri

ibu??? Dini banyak dosa ke, ibu???” Emosi Dini

masih tidak menentu.

“Jangan fikir macam tu, Dini. Dini sedang

diajar tentang reda dan sabar.”

“Dini menyesal sebab menyimpan rasa

tidak suka pada kandungan Dini dulu. Dini

rasa berdosa, ibu.” Perasaan kesal datang lagi.

Menghimpit seluruh ruang rasa.

“Ibu faham. Dini ada sebab untuk rasa

macam tu. Tapi kalau Dini masih menyimpan

sesal, bermakna Dini tidak reda dengan takdir

yang ditentukan. Itu tidak baik Dini.” Pujuk Ibu

Rasyidah perlahan.

Dini tunduk. Percaya kepada qadak dan

qadar…. Bukan dia menidakkan Rukun Iman yang

keenam itu. Qadak Mubram adalah ketentuan

Allah Taala yang pasti berlaku dan tidak dapat

dihalang oleh sesuatu apa pun. Mati pasti akan

berlaku. Memang benar, Allah menetapkan

setiap yang hidup pasti merasai mati dan tidak

ada seorang pakar perubatan pun yang mampu

mengubah kenyataan ini. Benar dia sedang diajar

tentang sabar dan reda.

“Cepat sangat dia pergi, ibu. Belum puas

Dini menyusukan dia, menatap wajahnya yang

bersih… sinar matanya yang buat Dini rasa sayang

sangat dekat dia, ibu. Macam mana Dini nak hidup

tanpa mendengar tangisannya???” Tubir mata

Dini terasa hangat kembali. Menari-nari wajah

kecil itu di layar matanya. Ternampak-nampak

bibir comel yang hanya menangis sewaktu dahaga

susu.

“Sabar banyak-banyak, Dini. Allah lebih

Dandelion Ditiup Angin

sayang dia. Itu yang lebih baik buatnya.” Entah

untuk kali yang ke berapa, kata-kata semangat itu

meniti di bibir Ibu Rasyidah.

“Dini tahu… Allah ambil dia sebab Dini

selalu mengeluh, selalu tangguhkan untuk daftar

kelahirannya. Sebab sijil nikah itu tidak ada pada

Dini. Dia tak nak menyusahkan Dini, ibu. Tapi…

Dini tak patut buat dia macam itu, kan ibu. Dini

sepatutnya ikut cakap Iffa. Beritahu keluarga

umi… tapi Dini tak kuat nak berdepan dengan

mereka, ibu.” Air mata jatuh lagi membasahi pipi

Dini yang masih kelihatan pucat.

Ibu Rasyidah kembali memeluk Dini eraterat.

Rasa kesal dan perasaan bersalah tidak

seharusnya dibiarkan terus menghuni kotak hati

kawan baik anaknya yang sudah dianggap seperti

anak perempuannya sendiri itu.

“Dini rehat dulu ya. Apa pun yang

berlaku… Dini perlu ingat bahawa Allah sedang

mengaturkan yang terbaik buat Dini.”

Lama Dini mendiamkan diri. Membiarkan

masa berjeda membawa rasa hiba hatinya.

“Terima kasih, ibu. Ibu dan Iffa sentiasa

ada saat Dini merasa Dini tidak termampu walau

untuk merangkak sekalipun.”

“Dini kena ikhlaskan diri dengan sentiasa

berdoa kepada-Nya. Luahkan segala isi hati

Dini kepada-Nya. Ibu dan Iffa sentiasa ada

untuk Dini… sampai bila-bila. Dini dah ibu

anggap macam anak ibu sendiri.” Ibu Rasyidah

menghulur senyum buat Dini.

Dini menyimpan sebak. Dalam terharu

dia memanjat syukur pada Ilahi kerana telah

34

35

Aidah Bakri

mengurniakan seorang lagi ibu setelah dia

kehilangan ibu kandungnya, Ibu Fatimah.

Bala atau ujian Allah padanya? Dia

termenung sejenak. Memikir, menimbang,

bertikai sendiri dalam kepala. Bagaimana dia

rebah dengan kehilangan anaknya, mungkin

begitulah yang arwah ibunya rasa sewaktu

musibah itu datang menimpa. Malah… mungkin

lebih dahsyat lagi. Ampunkan Dini, ibu….

Di hujung luka

Dalam celarunya hati

Dalam kelamnya hidup

Jiwa tersagat

Dalam suratan penuh lara

3

SEKALI LAGI dia menjejakkan kaki ke

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur

(KLIA). Kalau sembilan tahun dulu, dia ke

sini untuk melangkah pergi. Tapi hari ini, dia

melangkah pulang.

Ibu… Dini sudah pulang.

Pulang bagaikan si camar yang rindu pada

kampung halaman. Kembali bagaikan sirih pulang

ke gagang. Sudah jemu dia menjadi si camar yang

bersayapkan waktu, bersatukan suram senja dan

berlagukan raungan ombak.

Ibu... Dini sudah berjaya menjadi doktor

seperti yang ibu mahu.

Sembilan tahun dulu dia pergi. Pergi

membawa awan pilu, kala hati mendung bagaikan

awan yang memberat dengan titisan-titisan

air. Sehingga terlupa ada cahaya mentari yang

menyinari hidupnya selepas itu kerana Allah

itu Maha Pengasih, Maha Penyayang. Kalau

tidak kerana adanya Ibu Rasyidah, Iffa dan juga

36

37

Aidah Bakri

Doktor Irdina, barangkali dia akan terus terlupa

untuk memikirkan hikmah di sebalik apa yang

menimpanya lantaran kerana terlalu memikirkan

kesedihan di hati.

Dia belajar untuk memendam rasa itu,

menguburkan segalanya, menyimpannya di satu

kotak kemudian kunci rapat-rapat dan letakkan

kotak itu di sudut tergelap yang ada di hati. Ya,

dia harus yakin. Allah paling tahu apa yang

terbaik buatnya. Sungguh benar, indahnya aturan

Allah itu tidak dapat dinilai oleh mata hati yang

leka dengan persoalan hidup.

“Woiii, berangan!” sergah satu suara.

Terlepas majalah di tangannya.

“Assalamualaikum Cik Iffa. Dah lupa beri

salam? Main sergah-sergah ni, elok sangatlah ya?”

Majalah yang jatuh di hujung kakinya, dikutip

semula. Wajah Iffa dipandang. Terlerai rindu,

seketika kemudian mereka sudah berpelukan

erat.

“Wa’alaikumsalam.” Iffa tersengih-sengih.

Termalu sendiri.

“Hmmm… pandai pun.”

“Dah lama kau sampai?”

“Lamalah jugak. Kalau jemur kain, rasanya

dah kering. Kau datang sorang ke? Ibu mana?”

“Soranglah… ibu tengah sibuk masak lauk

kegemaran anak angkat kesayangan dia ni. Aku

pun dia tak endah tau. Confuse aku… macam aku

pulak anak angkat dia.”

“Eh, takkan jealous kut. Kau kan dah

lama balik. Dah hilang dah rindu ibu pada kau.

Sekarang giliran aku pulak. Jomlah kita gerak,

Dandelion Ditiup Angin

aku dah tak sabar nak jumpa ibu ni. Rindunya

dengan masakan ibu.”

Mereka beredar meninggalkan ruang legar

KLIA. Dengan menaiki kereta Honda Civic Hybrid

milik Iffa, mereka terus menuju pulang ke rumah

yang terletak di Taman Bukit Indah, Ampang.

DINI berdiri tegak di sisi kereta. Pandangannya

ditebarkan ke serata halaman rumah teres dua

tingkat lot tepi itu. Sudah banyak perubahannya.

Saujana mata memandang. Rindunya dia pada

semua yang ada di situ. Benarlah kata orang…

hujan emas di negara orang, hujan batu di negara

sendiri. Pilihan tetap di negara sendiri. Tumbuhan

hias yang ditanam menyegarkan pandangan mata,

juga membuat nuansa rumah lebih nyaman.

Dini semakin teruja apabila terlihat ada

bunga dandelion di penjuru halaman. Dulu tak

ada pun.

Dandelion si bunga liar… dandelion bunga

kesukaannya. Semangat dandelion jadi kekuatan

diri. Mungkin ramai yang mengabaikan bunga

dandelion tapi baginya bunga itu sangat unik.

Mampu bertahan dalam segala bentuk cubaan.

Walaupun bentuknya tidak seindah mawar

merah yang megah dengan kelopaknya…

mungkin tidak harum seperti bunga melati,

tetapi dandelion dengan tangkai kecilnya yang

sederhana… mampu memberikan banyak erti

dalam kehidupan ini. Apa yang paling disukai,

dandelion terus terbang tinggi. Maknanya

38

39

Aidah Bakri

berusaha mengejar cita-cita setinggi-tingginya.

Kemudian mampu memberikan kehidupan

baharu di tempat yang baharu, selalu tumbuh dan

berkembang.

Dia ingin menjadi seperti dandelion.

Dandelion yang jauh terbang tinggi. Terus lupa

pada kemuning yang sunyi jatuh ke sisi. Hatinya

layu dan terus pergi.

“Hoiii… dah tak nak masuk ke? Nak

berangan saja kat sini ke?” Bahunya ditepuk dari

belakang.

“Hesy kau ni, Iffa. Aku baru nak nikmati

panorama yang dah lama aku tinggalkan. Cantik

betul halaman rumah ibu sekarang ni. Aku suka

betul… lebih-lebih lagi sudut yang ada dandelion

tu.”

“Kau suka dandelion tu? Kau tahu tak pokok

tu bersifat dominasi sehingga boleh mengancam

spesies yang lain?” Puas Iffa melarang ibunya

menanam spesies itu di sudut halaman rumah

mereka. Tapi Ibu Rasyidah tetap berkeras

mahukannya. Tak sangka, Dini juga sukakannya.

Ada apa dengan dandelion???

Dandelion hanyalah penari dalam angin.

Dandelion tidak pernah nampak gagah di

matanya. Ia hanya mampu melambai pasrah ke

mana pun ditiupkan angin. Tangkainya yang

lentur hanya mampu mengikuti jejak ke mana pun

mentari memanggilnya. Entah apa istimewanya

dandelion di mata Ibu Rasyidah dan Dini.

“Tapi kau jangan lupa, dandelion adalah

bunga yang banyak memberi madu ketika mekar

bunga lain hampir berakhir. Memanglah boleh

Dandelion Ditiup Angin

mengancam spesies yang lain tapi ibu tanam

untuk tujuan perhiasan laman… boleh dikawal

kan. Sudut itu pun terhalang daripada tiupan

angin.” Nurin Ardini tetap mempertahankan

bunga kesukaannya.

Dandelion hanyalah bunga kecil. Namun

tidak pernah gentar melawan rakus tiupan angin.

“Cukuplah dengan dandelion kau tu. Jom

masuk. Ibu dah tak sabar nak jumpa kau.” Iffa

menarik tangan Dini menuju ke muka pintu.

“Assalamualaikum, ibu.” Dini memeluk

Ibu Rasyidah dari belakang. Ibu Rasyidah yang

sedang mencuci sesuatu di singki terkejut. Pantas

dia menoleh ke belakang.

“Ya Allah Dini. Dah sampai pun anak ibu.

Rindunya ibu pada Dini.” Mereka erat berpelukan.

“Dini pun rindu pada ibu. Ibu apa khabar?”

Tubir mata Dini terasa hangat. Sehangat

rindunya pada Ibu Rasyidah. Sembilan tahun

dia di luar negara. Tidak sekali pun dia pulang

menjenguk Ibu Rasyidah. Hanya Ibu Rasyidah

yang ada ketikanya mengunjungi dia di sana. Itu

pun sewaktu Iffa masih berada bersamanya.

“Ibu sihat. Baru sekarang Dini balik. Ibu

ingat ibu tak akan dapat jumpa Dini lagi.”

“Dini tetap balik untuk ibu.” Sebak sudah

dada Dini.

“Dini balik terus kan? Tak balik sana lagi,

kan?” soal Ibu Rasyidah meminta kepastian.

Dia sedar Dini sudah semakin matang. Sudah

ada kehidupan sendiri. Berbeza benar dengan

Dini yang dulu. Dini yang hampir-hampir rebah

diduga takdir.

40

41

Aidah Bakri

“Insya-Allah Dini terus di sini. Eleh ibu,

buat-buat tanya pulak. Padahal dia dah susun

strategi dengan Doktor Irdina.” Usik Dini. Kalau

tidak kerana Doktor Irdina, mungkin belum

terbuka hatinya untuk kembali ke tanah air.

“Amboi-amboi dua beranak ni. Lupa terus

pada insan terpinggir ni ya. Ibu pun… Iffa dah

macam anak tiri ni. Kecik hati Iffa tau.” Suara

Iffa mencelah. Mengekek Ibu Rasyidah dan Dini

ketawa.

“Alamak ibu… ada orang merajuklah. Macam

mana ni? Mana bakal menantu ibu tu…” seloroh

Dini mengusik Iffa.

“Banyaklah kau punya bakal menantu ibu.

Bila nak makan ni? Iffa dah kebulur ni. Dari

tengah hari tak makan apa-apa tau.”

“Kesiannya anak ibu. Dah kebulur ya? Jom

kita makan. Ibu masak semua lauk kegemaran

Dini.”

“Tengok tu… Dini lagi.” Iffa pura-pura

merajuk lagi.

“Bukan ke lauk kegemaran Dini… lauk

kegemaran Iffa jugak?” soal Ibu Rasyidah

selamba. Tak ke mana rajuk Iffa. Tidak pernah

mereka menyimpan cemburu dan sakit hati

antara satu sama lain.

“Eh, ya ke?” Iffa pura-pura terkejut.

“Kalau bukan… kau duduk diam-diam kat

situ. Biar aku dengan ibu yang makan. Lagipun

aku dah lama tak makan masakan ibu. Kau dah

selalu kan?” usik Dini pula.

Memang bahagia milik mereka bertiga. Ceria

dengan senda gurau. Ada-ada sahaja kata usik-

Dandelion Ditiup Angin

mengusik antara Dini dan Iffa. Lapang dada Ibu

Rasyidah melihat keakraban itu. Dia seolah-olah

memiliki dua orang anak kembar. Sejak dari zaman

persekolahan sehingga kini, mereka tidak pernah

berpisah. Iffa sendiri sanggup menangguhkan

pelajaran demi menunggu Dini pergi bersama.

Tanpa sedar waktu yang berganjak, mereka kini

sudah cukup dewasa sebagai seorang perempuan.

Sudah pun mempunyai kerjaya yang agak stabil.

Tiada apa lagi yang diharapkan, cumalah mahu

melihat hidup kedua-duanya berkembang dengan

keluarga sendiri.

“APA KHABAR Ireland?” tanya Iffa tibatiba.

Mereka sama-sama belajar di National

University of Ireland, Galway. Cuma Iffa pulang

dulu ke tanah air sebaik sahaja tamat pengajian

lima tahun di sana. Sementara Dini meneruskan

kontrak bekerja di University College Hospital,

Galway selama empat tahun sebelum digesa

pulang oleh Ibu Rasyidah.

Sembilan tahun dulu, Ibu Rasyidah

memang mencadangkan mereka memilih Ireland

memandangkan kedua-duanya mengambil kata

sepakat untuk meneruskan pengajian dalam

bidang perubatan. Selain daripada sistem

pendidikan dan tenaga pengajar yang hebat,

Ireland juga terkenal sebagai sebuah negara

yang mempunyai penduduk yang sangat ramah

dan mesra serta suka menolong orang lain tanpa

mengira bangsa ataupun agama. Dan ini terbukti

42

43

Aidah Bakri

benar, apabila setelah hampir tiga tahun mereka

berada di negara itu, mereka dapat merasakan

seperti berada di negara sendiri.

“Sebenarnya nak tanya tentang Ireland ke

tentang orang yang kau tinggalkan dekat Ireland

tu?” balas Dini sambil tersengih mengusik.

“Isy, kau ni! Pandai-pandai buat cerita kan.

Sajalah tu nak suruh ibu bukak topik mencari

jodoh ni. Aku dah jemu tau, diasak dengan

soalan cepu emas macam tu.” Iffa menjeling Ibu

Rasyidah yang baru masuk dari ruang dapur.

“Tak betul ke? Bukan ke ada hati yang

kau tinggalkan kat sana?” Dini terus-terusan

mengusik.

“Ni apa cerita ni bisik-bisik?” Ibu Rasyidah

mencelah sambil duduk di hadapan mereka

berdua.

“Iffa ni ibu… nak merisik khabar.” Jawab

Dini selamba. Kemudian ketawa kecil apabila

melihat Iffa sudah membulatkan matanya.

“Merisik khabar tentang apa?” Ibu Rasyidah

mengerutkan dahi tanda tidak mengerti.

“Tak ada apalah, ibu. Tiba-tiba Iffa

rindu kat Ireland. Rindu pada Sungai Corrib,

pada deruan air di empangan kecil yang ada

berhampiran universiti. Deruannya sungguh

mendamaikan. Hilang stres belajar.” Cepat-cepat

Iffa memesongkan cerita.

Dini melepaskan tawa sementara Ibu

Rasyidah terpinga-pinga.

“Empangan kecil tu tetap ada. Esok lusa

kalau kau pergi pun, ia tetap kekal kat situ. Tapi

betul ke kau rindu kat empangan kecil tu? Deruan

Dandelion Ditiup Angin

air dekat air terjun mini ibu kat luar tu pun

mendamaikan.” Dini terus menduga.

“Haahlah Iffa. Selama ni tak pernah pun

sebut fasal empangan kecil tu. Ibu tak pernah

dengar pun Iffa bercerita. Hari ni tak fasalfasal,

rindu pulak. Hairan jugak ibu dengar.”

Ibu Rasyidah pula menduga. Semakin kuat Dini

ketawa.

“Tak ada apalah, ibu. Memang betul

empangan kecil yang ada di belakang universiti

tu mendamaikan. Dini saja yang sengaja nak

mengada-adakan cerita. Padahal, dia pun selalu

lepak kat situ.” Mencuka sudah wajah Iffa.

“Eh, Dini pulak yang disalahkan.” Dini

berlagak tidak bersalah padahal dialah yang

memulakan cerita.

“Sudahlah tu… kau orang berdua kalau

bertekak, tak pernah habis. Makan cepat, hari

dah nak senja. Lepas sembahyang, Dini rehat kat

bilik. Esok-esok boleh bersembang.” Arah Ibu

Rasyidah.

Iffa menarik nafas lega. Khuatir juga dia,

andai Ibu Rasyidah bertanyakan soalan-soalan

yang jawapannya tidak pasti.

Tak peduli rapuh ini

Tak peduli gontai ini

Tak peduli sayu ini

Tak peduli kosong ini

Nanti garis waktu itu

44

4

MENITI HARI-HARI yang penuh dengan

warna-warni, hati bahagia dengan limpahan

kasih sayang. Kasih sayang Ibu Rasyidah dan Iffa.

Memang berkesan sungguh didikan Ibu Rasyidah.

Walau mereka akrab setelah dia berusia belasan

tahun, namun didikan hati melalui kata-katanya,

sangat-sangat berkesan.

Memang benar kata Ibu Rasyidah… jangan

jemu mencari kasih yang tidak pernah berbahagi,

mencari rindu pada kekasih Ilahi. Jangan

mengalah dalam mendidik hati dengan tarbiah

yang kadangkala begitu menguji. Langkah yang

beronak pasti indah suatu hari nanti. Benar… hari

ini semuanya indah, setelah melalui ujian yang

getir dulu… dia telah menerima ganjaran yang

amat lumayan.

Sudah masuk minggu kedua Dini

menggantikan tempat Doktor Irdina di klinik

Ibnu Sina, klinik milik Doktor Irdina sendiri.

Kalau tidak kerana Doktor Irdina yang beria-

45

Dandelion Ditiup Angin

ia memujuk dia agar menggantikan tempatnya,

mungkin ketika ini dia masih berada di Ireland.

Melalui hari-harinya seorang diri di sana. Meski

sepi namun hatinya sentiasa tenang. Tetapi tidak

mungkin pula dia menolak permintaan Doktor

Irdina. Bukan sedikit jasa wanita itu padanya,

pada saat-saat getir dia melawan trauma

kehilangan seorang bayi sehingga hampir-hampir

mengalami post natal depression… Doktor

Irdina tidak pernah jemu menitipkan semangat

sepanjang dia ditahan di hospital. Dan selepas dia

keluar dari wad, mereka tetap akrab dan saling

berhubung.

“Masih ramai di luar, Zura?” tanya Dini pada

pembantunya.

“Tinggal seorang, doktor.”

“Suruh dia masuk sekarang.” Pinta Dini.

Jam di pergelangan tangannya dijeling sekilas.

Sudah pukul lima petang. Klinik akan ditutup jam

lima setengah petang. Baru kini terasa letihnya.

Boleh tahan ramainya pesakit hari ini.

Pintu bilik rawatan ditolak dari

luar. Terdengar derap kaki melangkah

menghampirinya. Seiring dengan itu, terhidu

aroma yang menyenangkan di deria baunya.

Terasa menyegarkan. Dini yang sedang tunduk

menulis sesuatu di kad pesakitnya, menanti

sehingga pesakit mengambil tempat di kerusi di

tepi mejanya.

“Assalamualaikum….” Suara pesakit itu

menyapa. Sedikit lemah tapi gentar lontarannya

seperti pernah menyapa gegendang deria

dengarnya. Seperti pernah bergema masuk ke

46

47

Aidah Bakri

dalam hatinya. Seakan pernah merantai jiwanya.

Serentak dengan itu juga… dada Dini

dipalu debar. Debar yang dia sendiri tidak tahu

bagaimana untuk dimengerti. Tak mungkin!

Tolonglah jauhkan!

“Wa’alaikumsalam… ya encik.” Ayatnya

terhenti saat pandangan mereka bersatu. Dia

terkejut. Hampir terputus tangkai jantungnya.

Lelaki itu terperanjat. Hampir rebah di situ.

Bumi seakan berhenti berputar dari

paksinya... seakan tidak beredar di orbitnya.

Membiarkan waktu terus tidak berganjak.

Membiarkan masa terus berjeda dalam kelu.

Degupan jantung seakan berhenti berdetak.

Membuatkan mereka tercungap untuk bernafas.

Membuatkan dada seakan mahu pecah dihentak

kenangan. Mereka merenung dalam diam. Cuba

untuk jujur dengan rasa yang terpendam. Mereka

merenung dalam bisu. Cuba untuk wajar dengan

rasa yang terbeban.

Dini menarik nafas panjang dan kemudian

dilepaskan perlahan-lahan. Mencari kekuatan

daripada setiap helaan nafas yang dihembus

keluar. Perlahan juga dia mengalihkan pandangan

matanya ke muka hadapan kad pesakit yang

berada di tangannya.

Harraz Rifqi. Nama yang sama! Nama yang

telah dikuburkan sebaik sahaja dia melangkah

keluar dari banglo tiga tingkat itu. Nama yang

tidak pernah mahu diingati namun tidak juga

mampu terpadam daripada kotak hatinya.

Harraz Rifqi! Mengapa masih ada pertemuan

antara mereka? Mengapa mesti berada di

Dandelion Ditiup Angin

depannya hari ini?

“Ya encik… apa yang boleh saya bantu?”

Hampir tidak terkeluar suaranya. Bagaikan

tersekat salur darahnya dimamah ngilu.

Sungguh… larian nadinya kehilangan rentak

apabila wajah itu menyapa dalam dunia nyata.

Hati Dini berteriak tanpa suara. Menjerit

dalam bisu. Rasa tenang bertempiaran lari

meninggalkannya terkontang-kanting sendiri.

Tolong hamba-Mu ini, Allah!

Rifqi masih tergamam. Kaku dalam kelu.

Langsung tidak menyangka akan pertemuan

dengan wanita di hadapannya. Suaranya sendiri

bagaikan hilang ditelan rasa tidak menentu. Dia

memejamkan mata sejenak, mengharapkan wajah

di hadapannya itu hanyalah igauan masa lalu...

hambatan sesal waktu silam. Namun apabila

kelopak matanya dibuka… masih wajah itu yang

kekal di retina matanya. Masih wajah ayu itu yang

duduk di kerusi doktor yang biasa diduduki oleh

Doktor Irdina.

Seperti Dini… dia juga menarik nafas

dalam-dalam, cuba menghindar getar hati yang

meruntun tiba-tiba. Wajah itu diperhatikan

segenap inci. Tidak satu pun berubah kecuali aura

kematangannya kian terserlah. Dan seraut wajah

itu memang benar-benar manis.

Dan entah kenapa, hati tiba-tiba berdenyut…

bergetar rasa. Namun… kenapa kali ini lain benar

getarannya? Getar kerana kesalkah?

“Doktor Irdina mana?” Itu pula yang disoal.

“Saya menggantikannya. Encik sakit apa?”

Dini cuba mengetepikan apa yang dia rasa.

48

49

Aidah Bakri

Meletakkan profesionalisme di tangga teratas.

Siapa pun dia… dia tetap pesakit yang memerlukan

rawatannya. Mustahil sampai hatinya untuk

melanggar etika kedoktoran. Membiarkan pesakit

datang tanpa rawatan.

Rifqi diam lagi. Mengadun suara yang

baru terlontar daripada peti suara Dini. Walau

suaranya tidak sehalus dulu… tetapi mengapa

gemeresik suara itu bagaikan irama indah di

telinganya? Melanggar dinding-dinding hatinya

sehingga ia bergetar dengan getaran yang sukar

untuk dikawal.

“Saya dah biasa dengan Doktor Irdina.”

Ujarnya tanpa menjawab soalan Dini.

Paras itu dibelek lagi. Masih belum puas

pandangan matanya. Dia cuba merakam segenap

inci wajah Dini ke pita ingatannya. Sudah lebih

sepuluh tahun wajah itu hilang daripada santapan

matanya. Hilang sudah wajah keanak-anakannya

dulu. Namun kening yang indah terbentuk dan

mata yang sentiasa tersenyum itu tetap seperti

dulu. Menggamit rasa untuk dia terus meletak

pandangan.

Dini mengeluh kasar. Dia ni sakit ke tidak???

Hatinya kian resah. Keresahan yang tidak boleh

digambarkan dengan sebarang kata. Sesalan

timbul dalam hatinya. Kesal kenapa perlu ada

pertemuan dengannya lagi. Menyesal juga kerana

tidak menyemak maklumat pelanggan tetap

Klinik Ibnu Sina terlebih dahulu. Katanya tadi dia

sudah biasa dengan Doktor Irdina… sudah pasti,

dia memang pelanggan tetap Klinik Ibnu Sina.

“Kalau encik tak sakit, datang ke sini hanya

Dandelion Ditiup Angin

untuk mencari Doktor Irdina… saya mohon encik

keluar. Doktor Irdina tak ada di sini. Dia dah

berhijrah ke Australia… mengikut suaminya.”

Jelas Dini.

Dia mahu lelaki itu cepat-cepat beredar dari

biliknya yang ruangnya tiba-tiba terasa sempit.

Yang tiba-tiba seperti kekurangan oksigen untuk

bernafas. Yang tiba-tiba seperti dipenuhi dengan

gas-gas karbon dioksida hingga membuatkan

salur pernafasannya terasa sempit. Dia tercungapcungap

untuk bernafas.

“Oooo… saya lupa. Dia ada bagi tahu. Saya

sebenarnya sakit perut… dah tiga empat kali

keluar masuk tandas.” Balas Rifqi. Baru kini

dia terasa kembali perutnya mencucuk-cucuk.

Tekaknya pun mulai mual. Memang ada Doktor

Irdina memberitahu berita penghijrahannya.

Tetapi dia memang benar-benar terlupa. Apabila

terpandangkan wajah itu, ingatan sedarnya

bagaikan terganggu.

“Sejak bila?” soal Dini tanpa memandang

wajah lelaki yang datang sebagai pesakitnya.

“Lepas makan tengah hari tadi.”

“Ada muntah?”

“Dua kali.”

“Mungkin keracunan makanan. Nanti saya

bagi ubat.” Dini mencatat sesuatu di atas kertas di

hadapannya. Nama Azura dipanggil lalu kertas itu

diserahkan kepada pembantunya.

“Mungkin??? Doktor sendiri pun tak pasti?

Dah tu tak periksa apa-apa pulak. Awak ni doktor

betul-betul ke apa?” Rifqi tidak puas hati. Belum

periksa apa-apa, sudah hendak diberi ubat. Ada

50

51

Aidah Bakri

ke patut dikatanya mungkin. Kalau tersalah ubat,

bagaimana?

Dini berdeham keras. Terasa wibawa diri

dipertikai. Dia sedar, sepatutnya dia memeriksa

lelaki itu… mengambil bacaan suhu badan,

mengira denyutan nadi atau apa sahaja yang

sepatutnya sebagai pemeriksaan awal.

Namun dia tidak tergamak untuk meletakkan

jari-jarinya walaupun memakai sarung tangan,

ke tubuh lelaki itu. Hatinya sungguh-sungguh

tidak merelakan. Justeru, dia hanya membuat

kesimpulan secara teori. Alahhh… bukannya

kritikal pun. Tidak sesak nafas atau demam panas

yang melebihi empat puluh darjah Celsius pun.

Kalau nak jatuh pengsan pun, lambat lagi. Nak

kena sawan tarik pun mustahil sekali.

“Daripada apa yang encik sebut tadi, itu

adalah simptom-simptom keracunan makanan.

Keracunan makanan tidak memerlukan rawatan

yang khusus kecuali pemberian bendalir

dan garam yang banyak hilang melalui ciritbirit

dan muntah. Encik pun tak mengalami

penyahhidratan sebab kurang dari dua puluh

empat jam. Encik boleh keluar dan ambil ubat

di kaunter luar. Makan ubat yang diberi, tidak

sampai dua belas jam, encik akan kembali

normal.” Jelas Dini panjang lebar. Mengimbangi

rasa sakit hati apabila kewibawaannya dipertikai

oleh Rifqi.

“Punca?”

“Tiada punca yang khusus. Mungkin

disebabkan makanan yang encik ambil tengah

hari tadi sudah tercemar. Boleh juga disebabkan

Dandelion Ditiup Angin

oleh masalah kebersihan. Tak ada apa yang perlu

dirisaukan. Ubat dah ada di kaunter luar.” Dini

menunjuk ke arah pintu mengharap agar Rifqi

mengerti bahawa dia mahu lelaki itu cepat-cepat

beredar dari biliknya. Keluar dan menutup semua

ruang yang menyesakkan.

Namun Rifqi masih tidak bergerak. Sedikit

pun tidak berganjak dari kerusinya. Wajah Dini

yang manis bertudung masih menjadi santapan

matanya. Hairan bagaimana wanita ini mampu

memiliki ketenangan seumpama itu sedangkan

ini adalah pertemuan mereka yang pertama

selepas lebih sepuluh tahun yang lalu. Sungguh

tenang wajah itu... seolah-olah tiada apa-apa

yang berlaku antara mereka. Ketenangan yang

membuatkan jiwanya diburu rasa sesal yang

berpanjangan. Dini berlagak seolah-olah tidak

mengenalinya. Seolah-olah tidak terkesan dengan

apa yang pernah berlaku antara mereka.

“Nurin...” Dini tersentak. Terlepas pen

daripada pegangan jari-jemarinya.

Nurin.... Dia tidak akan pernah lupa

akan panggilan itu. Hanya seorang sahaja

makhluk Allah di bumi yang amat luas ini, yang

memanggilnya dengan panggilan itu. Rifqi!

Hanya Harraz Rifqi!!!

Luka yang telah dijahit dengan benangbenang

bahagia... dengan tali-tali kasih sayang

Ibu Rasyidah, Iffa dan juga Doktor Irdina kembali

terkoyak. Menanti masa untuk terus rabak.

Luka yang kembali menyelar daging... terus

mencengkam ke tulang. Pedih! Teramat pedih!

“Nurin...”

52

53

Aidah Bakri

“Saya Doktor Nurin Ardini.” Agak angkuh

bunyinya.

“Nurin….”

“Tolong pergi. Saya mohon awak pergi.”

Pintanya tanpa mahu memberi ruang pada Rifqi.

Tidak ada sedikit pun ruang yang tinggal untuk

membolehkan Rifqi menjengah. Apatah lagi

duduk bermukim di situ.

“Dah lama saya cari awak, Nurin.” Luah

Rifqi tanpa mengendahkan permintaan Dini.

“Cari saya??? Nak buat apa cari saya?”

“Awak tahu kenapa.”

“Tak. Saya tak tahu.”

“Balik ke Vila Kasih, Nurin.”

“Jangan buat lawak Rifqi. Sudah dihina,

sudah dihalau… dijatuhkan maruah ke lurah

yang paling dalam… kemudian cari semula? Nak

saya balik ke Vila Kasih? Awak nak buat drama

bersiri ke?” sinis Dini mengeluarkan kata-kata.

Sungguh dia tidak mahu ada apa-apa kaitan lagi

dengan lelaki ini. Dia tidak ingin berjumpa malah

langsung tidak mahu menghadirkan lelaki itu

walau dalam mimpi sekalipun.

“Nurin... maafkan saya.” Terlalu perlahan

ucapan maaf lahir daripada bibir Rifqi.

Dini mengangkat wajah. Menguatkan hati

memandang wajah lelaki yang tidak pernah

diimpikan. Yang tidak pernah diduga, tergamak

menghancurkan hidupnya sedangkan dia tidak

pernah berbuat salah apa pun pada lelaki itu.

Sampainya hati lelaki itu sehingga sanggup

mencalarkan kanvas-kanvas hidupnya yang

ketika itu penuh dengan warna-warna bahagia.

Dandelion Ditiup Angin

Sungguh tidak berperikemanusiaan!

“Tolong pergi. Kata maaf tak selalu memberi

kedamaian… tak selalu melenyapkan apa yang

pernah terukir. Pergilah… tanpa maaf daripada

saya pun, awak mampu hidup bahagia. Malah

lebih bahagia tentunya.” Dini kehilangan rasa.

Menatap wajah yang membuatkan dia

hampir kehilangan seluruh kehidupannya…

hatinya terus-terusan membeku. Tidak mungkin

terbuka pintu hatinya untuk menghulur sebuah

maaf. Biarlah dia menyimpan dendam sampai

bila-bila. Selagi hayat dikandung badan.

“Hidup saya tak seperti yang awak sangka.”

“Enough! Saya tak mahu tahu apa-apa pun

tentang hidup awak, sebagaimana saya tidak

mahu awak ambil tahu apa-apa tentang hidup

saya. Sudahlah… saya mohon awak pergi. Saya

dah nak tutup klinik.”

Dini bingkas berdiri. Mengemas meja dan

peralatan kerjanya tanpa menghiraukan Rifqi

yang masih belum mahu berganjak.

“Awak tak macam dulu.” Ujar Rifqi sambil

berdiri.

Dini memalingkan tubuhnya… berdiri tegak

berhadapan Rifqi. Dengan ketinggian mereka

yang hampir setara, Dini menentang sinar mata

itu berani.

“Dini yang dulu dah mati… mati sebaik

sahaja dia melangkah keluar dari banglo Datuk

Mazlan. Jiwa dan perasaannya turut disemadikan

bersama jenazah arwah ibunya. Awak tahu kan,

kenapa dia jadi macam tu? Kenapa Dini yang dulu

mati sebelum ajal menjemputnya, itu yang awak

54

55

Aidah Bakri

nak, kan?” Dini kian sinis.

Peristiwa lebih sepuluh tahun dulu tidak

akan pernah pergi daripada hatinya. Dia cuba

untuk membuang benci namun masih tidak

berupaya. Rasa benci tetap hadir tatkala lelaki itu

menjelma di hadapan mata. Berdiri sebagai objek

yang terus-terusan meratah deritanya.

Rifqi benar-benar terpukul. Hati terasa bagai

dipanggang atas bara api. Panas dan membahang.

Selautan kesal pun tidak mampu mengembalikan

ketenangan dulu. Sejuta maaf pun tidak mampu

membuka ruang di hati Dini. Rifqi berpaling lalu

melangkah perlahan. Lemah longlai langkahnya.

Terasa mahu rebah di situ juga. Mungkin

begitulah yang Dini rasa saat dia melangkah

keluar meninggalkan rumah tempat mereka

sama-sama membesar dulu. Atau mungkin lebih

parah lagi.

Sebaik sahaja pintu tertutup, Dini kembali

terduduk. Air mata yang ditahan sedari tadi, jatuh

membasahi pipi. Baru kini terasa ngilunya. Baru

kini, kenangan luka itu benar-benar menghadirkan

diri, membasahi luka lama. Sehingga menjadi

terlalu pedih. Ibarat luka tersimbah cuka.

Terbayang satu per satu peristiwa itu di layar

ingatannya. Sedikit demi sedikit, dia terheret ke

lembah luka itu lagi. Luka yang jurangnya sangat

dalam. Luka yang sudah lama kering namun

sehingga kini meninggalkan parut. Dia masih

merenung pintu yang sudah lama tertutup.

Apa khabar umi? Sihatkah abi? Hatinya terus

digamit rindu. Rindu pada umi, rindu pada abi…

rindu pada kenangan manis di rumah itu! Dan

Dandelion Ditiup Angin

yang paling parah… rindu pada arwah ibunya. Air

matanya kian laju. Baru dua minggu dia kembali,

jiwanya seakan mahu rebah semula. Ya Allah,

berikan aku kekuatan! Dia pernah merasa hiba

teramat, tapi akhirnya dia sedar… hiba keterlaluan

tidak mungkin dapat menghidupkan orang yang

sudah dibawa pergi oleh-Nya. Dan ketika ini, dia

dikejutkan oleh kenyataan yang lain pula.

Terkulai kini dalam hati

Kehilanganmu nan abadi

Kumeratap penuh erti

Tiada cahaya menyinari

Hanya kupunya air mata

Pilu menyahut tangisan

Ibu….

56

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!