20.01.2013 Views

TITAH PERSEMBAHAN - Raja Nazrin Shah

TITAH PERSEMBAHAN - Raja Nazrin Shah

TITAH PERSEMBAHAN - Raja Nazrin Shah

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

TITAH PERSEMBAHAN

DULI YANG TERAMAT MULIA

RAJA NAZRIN SHAH

RAJA MUDA PERAK DARUL RIDZUAN

DI ISTIADAT MENGHADAP SEMBAH TAAT SETIA

DAN

PENGANUGERAHAN DARJAH KEBESARAN NEGERI

PERAK DARUL RIDZUAN

SEMPENA

MENYAMBUT ULANG TAHUN

HARI KEPUTERAAN

YANG KE LAPAN PULUH EMPAT

DULI YANG MAHA MULIA

PADUKA SERI SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH

IBNI ALMARHUM SULTAN YUSSUF IZZUDDIN SHAH

GHAFARULLAHU-LAH

PADA 22 MEI 2012

DI ISTANA ISKANDARIAH

KUALA KANGSAR, PERAK

Bismillahi Rahmani Rahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam Sejahtera.

Maha besar ALLAH, tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Menguasai

(sekalian alam), Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang

Melimpahkan Keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha

Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Melengkapi segala Keagungan.

Maha Suci ALLAH dari apa yang mereka sekutukan dengan Nya. 1

2. Selawat dan kesejahteraan ke atas Rasul Junjungan dan

penghulu kami, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam,

semulia-mulia kejadian; kurniakan rahmat ke atas Baginda,

demikian juga ke atas keluarga dan para sahabat Baginda yang

merupakan bintang-bintang penunjuk yang mencernakan cahaya,

seterusnya ke atas sekalian para Tabiin dan para ulama yang

berperanan sebagai penyuluh daripada kegelapan. Semoga

memperoleh ihsan daripada Mu jua Ya ALLAH sehingga ke hari

kebangkitan.

Ya Rafi’udd Darajat

Daulat Tuanku Syah Alam.

1 Al-Quran, Surah Al Hasjr (59:23)

1

3. Menghadap Paduka Seri Ayahanda, Duli Yang Maha Mulia

Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf

Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah, Sultan, Yang Di Pertuan dan Raja

Pemerintah yang bersemayam dengan penuh daulat dan darjat,

kebesaran dan kemuliaan di singgahsana Takhta Kerajaan Negeri

Perak Darul Ridzuan. Menghadap Paduka Bonda, Duli Yang Maha

Mulia Tuanku Bainun, Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan.

4. YA-MALIK, YA-SALAM, YA-MU’MIN, YA-

MUHAYMIN, dengan berkat keagungan nama-nama Mu, hamba-

Mu ini, dengan ingatan yang bening – dengan hati yang hening,

melafazkan kalam yang tulus dari pancaran mata hati, akan kalimah

kesyukuran yang setinggi-tingginya atas anugerah rahmat dari Mu

jua YA-ALLAH, yang telah melanjutkan usia Paduka Seri Sultan

Azlan Muhibbuddin Shah dengan keafiatan, membolehkan

berlangsungnya istiadat sambutan ulang tahun hari keputeraan

Baginda kali ke lapan puluh empat.

Ampun Tuanku

5. Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra (Almarhum)

ketika merangka formula membentuk kerajaan merdeka, amat

menghayati, bahawa sistem pemerintahan berteraskan Raja terlalu

2

erharga dan terlalu bernilai untuk ditiadakan. Yang Teramat Mulia

Tunku lalu memilih mengasaskan sistem berkerajaan dan bernegara

yang menggabungkan institusi Raja dengan institusi rakyat,

memperkenalkan konsep Raja Berperlembagaan dan demokrasi

berparlimen. Kedaulatan Raja diberikan wajah baru, dirangkaikan

dengan suara rakyat dalam satu ikatan harmoni.

6. Istiadat pada pagi ini melambangkan citra untuk terus

mendaulatkan institusi Raja, satu pelanjutan adat - satu

kesinambungan budaya, berlangsung dalam era modenisasi; betapa

keindahan adat – betapa kekayaan budaya, kukuh teranyam dalam

tradisi negara bangsa. Persekutuan Tanah Melayu ketika

menghadapi opsyen menggubal Perlembagaan Merdeka tidak

sekadar mengekalkan tradisi beraja di peringkat negeri malah telah

memperkenalkan satu lagi lapisan pemerintahan beraja di dalam

sistem Persekutuan, dengan mewujudkan seorang Kepala Utama

Negara bergelar Yang Dipertuan Agong; Raja kepada seluruh

Persekutuan. Secara harfiahnya gelaran tersebut bermaksud ‘Dia

Yang Terulung Di Kalangan Kami’, ia itu, ‘primus inter pares’.

Sesungguhnya, kewujudan takhta Kepala Utama Negara dan kaedah

lantikan Yang Dipertuan Agong, adalah satu kehebatan keaslian

inovasi yang telah mengekalkan identiti negara bangsa.

3

7. Tahun ini, negara bukan sahaja telah menobatkan pertabalan

Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong keempat belas, malah

dunia menyaksikan keistimewaan sistem beraja di Malaysia. Duli

Yang Maha Mulia, Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku

Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan

Badlishah, dikurniakan ILAHI bersemayam di takhta pemerintahan

utama negara buat kali keduanya. Peristiwa ini sangat unik.

Peristiwa unik ini telah dimungkinkan berlaku, bermula dari

semangat berunding yang dicapai oleh Raja-Raja Melayu. Kaedah

lantikan Kepala Utama Negara adalah hasil dari kata sepakat yang

dicapai di antara Raja-Raja dengan pimpinan rakyat. Ia dihasilkan

dari pemikiran jauh lagi mantap berteraskan hikmah, kebijaksanaan

dan kearifan Raja-Raja Melayu dalam menghayati dan

mengadaptasi semangat demokrasi, meletakkan susunan adab,

menabalkan Yang Dipertuan Agong secara bergilir setiap lima

tahun, di kalangan sembilan Raja Melayu, satu proses lantikan yang

amalannya tidak terdapat di mana juga di dunia ini.

8. Keluhuran institusi Raja perlu dipelihara dari sebarang bentuk

penodaan, agar warga kekal menabur bunga setia. Ketika warga

kelihatan semakin hanyut dilambung emosi, amatlah penting

diperingatkan semula, kisah perit hikayat lama; betapa akibat fitnah

dan kerana hasad dengki, takhta telah disalah pengaruh.

4

Tercetuslah sengketa antara dua saudara yang sebangsa – seagama –

seperguruan. Bisa Taming Sari ditusuk ke dada saudara sendiri;

yang tewas terkubur tanpa setunggul nisan jasa, yang menang

dihempas gelombang serba salah sepanjang masa, betapa Dang

Baru memamah pahit sirih derita, bergambir dan berpinang sengsara

ke akhir usia, dan keagungan Melaka akhirnya luntur.

9. Raja adalah payung kedaulatan negara untuk memberi

naungan saksama kepada setiap warga tanpa mengira kaum – tanpa

mengira agama. Raja berperanan sebagai tonggak kestabilan –

sumber keadilan, teras perpaduan – payung penyatuan. Untuk itu

titah peringatan Paduka Seri Ayahanda supaya Raja kekal berada di

atas segala polemik politik amatlah penting dijunjung untuk

membolehkan institusi Raja berupaya berperanan secara berkesan

sebagai penimbang tara yang adil lagi saksama dalam mendamaikan

sebarang perselisihan dan untuk memastikan takhta diterima dengan

dada lapang dan hati terbuka apabila diperlukan berperanan

menurunkan suhu yang berkemungkinan mendidihkan lava-lava

persengketaan.

10. Semoga dengan kearifan dan kebijaksanaan Paduka Seri

Ayahanda, institusi takhta pemerintahan akan terus bertenaga -

kekal dinamik, berupaya memenuhi tuntutan dan keperluan semasa

5

terutama dalam memenuhi peranan sebagai instrumen kesatuan

dalam kepelbagaian.

Ampun Tuanku

11. Di istiadat ini, Paduka Anakanda, Paduka Ayahanda Raja Di

Hilir, sekalian Raja Bergelar, Waris Negeri, Kerabat Diraja, Orang

Besar, Ahli Dewan Negara, merafakkan sembah, mengulangi ikrar

penuh taat – penuh setia, mendukung bersama amanah yang sedang

digalas di bahu Paduka Seri Ayahanda. Paduka Anakanda, Paduka

Ayahanda Raja Di Hilir, sekalian Raja Bergelar, Waris Negeri,

Kerabat Diraja, Orang Besar, Ahli Dewan Negara, setiap seorang

dari pacal Paduka Seri Ayahanda itu bertekad dan sekaliannya

berazam untuk memastikan institusi beraja kekal pacak berdiri di

bumi warisan bangsa ini. Semoga Duli Tuanku dilimpahkan

kekuatan - dilimpahkan perlindungan, kekal sebagai tiang seri

kepada negeri dan warga.

12. YA-GHAFFAR, YA-WAHHAB, YA-RAZZAQ, YA-

FATTAH, Hamba Mu sekali lagi memohon ihsan dari Mu, agar

Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dan Raja Permaisuri

Tuanku Bainun terus berada dalam kerukunan, dikurniakan

keafiatan, dianugerahkan taufik - dilimpahkan hidayah. Semoga

6

Paduka Seri Ayahanda dan Paduka Bonda senantiasa mendapat

lindungan ILAHI, bersemayam di takhta singgahsana dengan penuh

keberkatan fid-dunia wal-akhirat.

Dirgahayu Tuanku,

Daulat Tuanku Syah Alam

Wabillahitaufik, walhidayah,

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Termaktub di Istana Iskandariah

Kuala Kangsar.

22.5. 2012

7

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!