30.01.2013 Views

Pelan Tindakan Pemasaran Kobis - tai chen hiung Agronomi ...

Pelan Tindakan Pemasaran Kobis - tai chen hiung Agronomi ...

Pelan Tindakan Pemasaran Kobis - tai chen hiung Agronomi ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

PELAN PEMASARAN KOMODITI KOBIS 2003 - 2010

1. PENGENALAN

Kobis dikategorikan sebagai sayuran berdaun dari keluarga Cruciferae.

Tanaman kobis dikatakan berasal dari selatan Eropah dan dikawasan

Mediterranean. Kini kobis banyak ditanam di selatan Eropah, selatan India,

tengah, barat dan timur Afrika, selatan Amerika dan di kawasan Tropika.

Kobis adalah jenis tanaman separuh tropikal yang ditanam di kawasan tanah

tinggi dan tanah rendah. Walaubagaimanapun ianya dikatakan lebih sesuai

ditanam di kawasan tanah yang mempunyai ketinggian melebihi 800 meter

dari paras laut dan boleh hidup subur di kawasan bersuhu 24 0 C.

2. ANALISA SITUASI

2.1 Analisa Produk

2.1.1 Jenis Dan Varieti

Terdapat dua jenis kobis yang ditanam di Semenajung Malaysia

iaitu kobis bulat dan kobis panjang. Kobis panjang juga dikenali

sebagai kobis cina. Kobis bulat yang nama botaninya Brassica

Oleracea var. capitata L sejenis tanaman yang menghasilkan

daun-daun yang tumbuh rapat (kejap) menjadi ‘head’ (kepala).

Batangnya mempunyai antara ruas yang padat dan rapat.

Kedalaman zon perakaran ialah 30sm. Mempunyai ciri-ciri dari

segi bentuk, saiz, warna daun yang berbeza-beza antara varieti.

Varieti kobis bulat yang popular ditanam di Cameron Highland

ialah KY Cross dan US Tropical. Varieti US Tropical lebih keras

dan padat sementara KY Cross lebih ringan dan kurang

1

padat. Untuk penanaman di tanah pamah, varieti yang sesuai

ialah KK Cross dan Autumn Queen. Ciri-ciri varieti kobis adalah

seperti berikut :-

KK Cross Pungutan hasilnya 60 –65 hari selepas

mengubah, Toleren pada panas, saiz

kepada 1.0 – 1.6 kg, warna kepalanya ialah

hijau muda ke putih dibahagian dalam,

kepala sederhana kompak hasilnya adalah

20 – 30 tan/hek.

US Tropical Pungutan hasilnya 65 – 70 hari selepas

mengubah, toleren pada panas, saiz

kepalanya 1.0kg – 1.8 kg, warna kepala

adalah hijau muda ke putih kekuningan di

bahagian dalam, kepala sederhana kompak,

hasilnya 15 – 25 tan/hek.

Autumn Queen Hasil boleh dipungut 75 – 80 hari

selepas mengubah, toleren panas,

saiz kepalanya ialah 1.0kg – 1.5kg,

warna kepala hijau muda ke putih

dibahagian tengah, kepala kompak,

hasilnya adalah 15 – 25 tan hek.

2

2.1.2 Spesifikasi

a) Spesifikasi pasaran

Spesifikasi pasaran ditentukan dan diterima dipasaran

adalah seperti berikut :-

• Varieti yang seragam (Ringan dan berongga atau

berat dan padat)

• Daun pelindung (wrapper leaves) berwarna hijau

• Bahagian tangkai dirapikan sekurang-kurangnya

10mm daripada daun pengasih.

• Bebas dari kekotoran

• Bebas dari kerosakan, kecederaan, kecacatan rupa

dan bentuk.

b) Keperluan kualiti pasaran

Keperluan pasaran untuk pemborongan kobis bulat

adalah mengikut saiz yang seragam (berat) seperti

berikut:

Gred 1 - > 1.5 – 2.00 kg/ biji

Gred 2 - > 1.0 – 1.50 kg/ biji

c) Pembungkusan

Amalan pembungkusan kobis bulat pada masa kini

menggunkan nylon bag, bakul buluh, bakul plastik dan

kotak kertas. Pembungkusan Terbaik bagi kobis bulat

adalah:

i) Bakul plastik muatan tidak melebihi 30 kg

ii) Nylon Bag tidak melebihi 20 kg.

3

2.1.3 Benih

d) Penyimpanan

Suhu terbaik penyimpanan kobis bulat adalah 0ºC – 2ºC

dengan kadar kelembapan RH – 90% - 95%

Kobis ditanam dari biji benih. Pada masa kini biji benih diimport

seratus peratus. Negara pembekal utama biji benih kobis

adalah Jepun, Taiwan dan Korea. Biji benih kobis bulat pada

masa kini dijual pada harga RM98.00/100gm. Ianya boleh dibeli

dari pengedar diseluruh Malaysia.

Senarai pengedar biji benih di Semenanjung Malaysia seperti

berikut:

1. Nine Top Trading Co. Sdn Bhd.

F-1722 Main Street

48100 Batu Arang

Selangor Darul Ehsan

Tel : 03- 60352604

Fax: 03-60352031

2. Soon Huat Seeds Co. Sdn. Bhd.

No. 245, Leboh Pantai,

10300 Pulau Pinang

Tel : 04-2610668

Fax: 04-2629681

4

3. Chiap Hup Agricultural Development Sdn. Bhd.

216-3 Lot 6-10, Jalan Temenggung Ahmad

84007 Muar, Johor Darul Takzim

Tel : 06-9515737 / 9517299

Fax: 06-9525228

Pemilihan biji benih bagi varieti yang baik sewajarnya diteliti

bagi membolehkan penghasilan keluaran yang tinggi.

2.1.4 Zon Pengeluaran

Kawasan utama pengeluaran kobis bulat adalah di Cameron

Highlands. Kobis bulat tanah rendah pula banyak ditanam

dinegeri Kelantan tertumpu di daerah Pasir Mas dan Machang.

Kobis panjang juga boleh ditanam dikawasan tanah rendah.

2.1.5 Kesesuaian Tanah Dan Cuaca

a) Kesesuaian Tanah

• Kobis boleh ditanam diberbagai jenis tanah asalkan

tanah itu subur, gembur, mempunyai saliran yang

yang baik dan kaya dengan bahan organik.

• PH tanah perlu diantara 5.0-6.5.

• Jenis tanah yang paling sesuai ialah yang bertekstur

lom dari segi membekal nutrien, air dan udara

kepada akar tanaman.

• Tanah gambut dibaiki dengan sistem pengaliran yang

efisien, pengapuran sehingga pH tanah melebihi 5.0,

dan pemberian baja makro dan mikro yang

secukupnya.

5

) Cuaca

• Tanah pasir seperti tanah bris dan tanah bekas

lombong boleh dibaiki dengan pemberian baja organik

manakala baja diberi dengan lebih kerap.

• Tanah liat dibaiki dengan sistem pengaliran yang

efisien dan pemberian baja organik.

• Kobis adalah sayur-sayuran jenis temperat dan paling

sesuai ditanam di kawasan tanah tinggi yang

bercuaca sejuk. Sayur ini banyak ditanam di Cameron

Highlands yang mempunyai suhu 16º - 22ºC dengan

purata 18ºC.

2.1.6 Amalan Agronomi

• Kawasan tanah tinggi adalah terhad dan tanaman

kobis perlu diperluaskan di kawasan tanah rendah.

Sungguhpun suhu dikawasan tanah rendah agak

tinggi iaitu 22º - 34ºC, kobis boleh ditanam dengan

adanya ‘head tolerant’ tanah rendah.

• Purata hujan tahunan sebanyak 2,000 – 2,500

mm/tahun dikawasan tanah tinggi dan tanah rendah

adalah sesuai untuk tanaman kobis.

a) Penyediaan Tanah

Tanah dibajak dan digembur sedalam 20 –25cm.

Kemudian batas berukuran 1.2m lebar dan 20 –30cm

tinggi disediakan. Baja organan sebanyak 4 tan/HA

6

digaulkan dengan tanah diatas batas 3 –5 hari sebelum

menanam.

b) Menanam

Biji benih perlu disemai terlebih dahulu dibatas semaian

atau kotak semaian. Sebanyak 300 gm biji benih

diperlukan untuk penanaman kobis seluas satu hektar.

Biji benih ini hendaklah dirawat dengan racun kulat

seperti Thiram sebelum menyemai. Anak-anak semaian

boleh diubah keladang apabila mempunyai 4 – 5 helai

daun, iaitu kira-kira 4 minggu selepas disemai.

Jarak tanaman yang disyorkan diatas ialah 60cm x 60cm

tiga segi (kepadatan pokok 22,000 sehektar)

c) Pembajaan

Baja organik dan organan penting bagi pertumbuhan

pokok kobis yang cergas dan sihat. Baja kapur sebanyak

2.5 tan/hek. Perlu ditabur semasa membajak tanah

sekiranya pH dibawah 5.0.

d) Pengairan

Kobis memerlukan pengairan yang cukup semasa

tumbesaran pokok. Penyiraman air satu kali sehari

secara manual atau sistem pengairan renjis disyorkan

terutamanya selepas mengubah dan diperingkat anak

pokok masih muda.

7

e) Kawalan Rumpai

Rumpai dikawal menggunakan racun pencambah dan

secara manual. Untuk mengelakkan pertumbuhan

rumpai, racun rumpai pracambah seperti Alachor,

disembur pada kadar 4 lit/hek keatas batas, 2 –3 hari

sebelum mengubah. Biasanya satu pusingan merumput

secara manual diperlukan selepas ini. Rumpai dikelilingi

batas boleh dikawal dengan penyemburan racun

paraquat (1 lit/hek).

Penggunaan seungkupan plastik adalah satu cara yang

baik bagi mencegah pertumbuhan rumpai diatas batas, ia

juga membantu untuk mengekalkan kelembapan dan

suhu tanah.

f) Kawalan Serangga/ Penyakit

Berbagai jenis perosak dan penyakit menyerang pokok

kobis. Bagi mengatasi masalah ini, kawalan integrasi

yang merangkumi kaedah fizikal, kultura dan penggunaan

racun diamalkan.

2.1.7 Amalan Pengilangan

Dari segi amalan pengilangan hanya kobis panjang sahaja

dijadikan jeruk. Perusahaan membuat jeruk kobis panjang tidak

ada djalankan di Malaysia secara besar-besaran. Sebahagian

besar keperluan permintaan kobis jeruk diimport dari

8

negara China. Makanan ini hanya popular untuk kaum

Cina sahaja.

2.1.8 Penyelidikan dan Pembangunan (R & D)

Penyelidikan oleh MARDI telah menghasilkan berbagai teknologi

bagi meningkat produktiviti kobis. Teknologi merangkumi

aspek-aspek berikut :

• Varieti berhasil tinggi untuk penanaman di kawasan tanah

rendah dan tinggi.

• Cara memperbaiki tanah bermasaalah seperti tanah gambut,

berpasir dan asid sulfat supaya sesuai untuk tanaman kobis.

• Teknik semaian untuk kobis.

• Amalan kultura dan agronomi seperti penyediaan tanah,

jarak tanaman dan merumput.

• Teknik pengairan.

• Pembajaan di berbagai jenis tanah seperti tanah mineral,

gambut, berpasir dan asid sulfat.

• Pengawalan serangga perosak dan penyakit. Teknik

Pengurusan Perosak Bersepadu (PPB atau IPM) dititik

beratkan untuk mengurangkan penggunaan racun

kimia dan menghasilkan sayur-sayuran yang bebas daripada

atau mengandungi sisa baki racun kimia yang rendah.

• Mekanisasi terutama dalam penyediaan tanah, pembajaan

dan penyemburan kimia.

• Pengeluaran secara organic sebagai teknik pengeluaran

yang ‘environmentally friendly’ untuk menghasilkan sayur-

sayuran yang selamat dimakan.

• Teknik pengeluaran di dalam persekitaran terkawal seperti

dibawah struktur pelindung hujan dan struktur jaring kalis

serangga.

9

• Pengendalian lepas tuai, penyimpanan, pembungkusan dan

pengangkutan.

• Keperluan pengendalian dan pembungkusan untuk sayur-

sayuran terproses minimum.

• Teknologi pemprosesan.

National Agriculture Policy 3 (NAP 3) telah mengenalpasti

bidang-bidang penyelidikan bagi sayur-sayuran yang perlu dititik

beratkan oleh MARDI iaitu :

• Teknologi pengendalian lepas tuai.

• Sistem pengeluaran persekitaran terkawal bagi sayur-

sayuran temperat dan tropika.

• Pengeluaran sayur-sayuran secara tanpa tanah.

• Pengeluaran sayur-sayuran secara organic.

• Membangunkan teknik Pengurusan Perosak Bersepadu

(IPM) untuk berbagai jenis sayur-sayuran.

• Mewujudkan ‘standards, grades and certification

schemes untuk sayur-sayuran.

• Pembangunan ‘end products’ dan ‘by-products’ baru.

2.1.9 Pengeluaran (Yield)

Pengeluaran sehektar bagi tanaman kobis di Malaysia adalah

dianggarkan 30mt. sehektar. Secara perbandingan pengeluaran

per hektar bagi negara-negara pesaing dunia adalah dapat

disemak di jadual 1.

10

Jadual 1 : Pengeluaran (Yield) Mt/hektar Negara Pesaing

Berbanding Dengan Malaysia

Negara Harvest Area Yield MT/hektar

Indonesia Jawa Barat

Jambi

Sumatera Utara

Sumatera Barat

11

23.8

32.2

23.1

25.7

Thailand Chieng Mai 27.3

Malaysia Cameron Highlands

(Tanah Tinggi)

Kelantan

(Tanah Rendah)

Sumber : BPS Statistics Indonesia

Jabatan Pertanian Malaysia

2.1.8 Kos Pengeluaran

30.0

18.0

Kos pengeluaran bagi tanaman kobis di Cameron Highlands

adalah RM0.65/kg.

Secara perbandingan kos pengeluaran kobis bulat negara-

negara pesaing utama dapat disemak pada jadual 2.

Jadual 2 : Kos Pengeluaran dan Kos Pemasaran Kobis Bulat Negara Pesaing

Berbanding Dengan Malaysia

Kos

Harga Ex-Pasar

Negara

Kos Pemasaran

Cara Import Pengeluaran

Borong

Pengeluar

RM/Kg

RM/Kg

Kuala Lumpur

Indonesia Tongkang

Ref.Kontena 40’

0.31

0.31

12

0.18

0.29

0.49

0.60

Holland Ref. Kontena 40’ 0.20 0.85 1.05

Thailand Lori 0.37 0.15 0.52

China Ref. Kontena 40’ 0.13 0.79 0.90

Malaysia - 0.65 0.20 0.85

Sumber : Jabatan Pertanian Indonesia

2.2 Analisa Pasaran

2.2.1 Saiz Dan Bahagian Pasaran Domestik Dan Antarabangsa

a) Pasaran Domestik

Permintaan domestik bagi kobis bulat terdiri daripada

penggunaan isi rumah, institusi dan industri. Unjuran

berdasarkan kajian FAMA pada tahun 1997, dijangkakan

saiz pasaran domestik adalah sebanyak 236,293 mt pada

tahun 2002 dan dijangka meningkat kepada 299,410 mt

pada tahun 2006.

Unjuran penggunaan isi rumah, institusi dan industri

serta eksport tahun 2006 dapat disemak pada jadual 3.

Jadual 3 : Unjuran Permintaan Domestik (MT) Bagi Kobis Bulat

Tahun 2002 – 2006

a. Penggunaan Utama 2002 2003 2004 2005 2006

1. Isi rumah

2. Institusi

3. Kilang

Eksport (Kadar pertumbuhan

11%)

110,072

34,979

145,054

4,207

112,934

40,227

4

4,663

13

115,869

46,261

4

5,168

118,883

53,202

5

5,727

121,973

61,185

6

6,348

Jumlah 236,293 249,727 264,582 281,071 299,410

Kadar pertumbuhan (1996 – 2001) kuantiti eksport dan import Malaysia bagi sayur-sayuran

ialah 11% dan 2 %.

Kadar pertumbuhan (1996 – 2001) nilai eksport dan import Malaysia bagi sayur-sayuran ialah

17% dan 10%.

Kadar pertumbuhan (1996 – 2000) kuantiti eksport dunia bagi komoditi ialah 3%.

Sumber : FAMA

b) Pasaran Eksport

Eksport kobis bulat segar dan disejukkan Malaysia

menunjukkan trend meningkatkan sebanyak 13 %

daripada RM3,585.7 juta pada tahun 1999 kepada

RM4,139.3 juta pada tahun 2001.

Eksport kobis bulat segar dan disejukkan Malaysia ke

negara utama boleh disemak pada jadual 4.

Negara Kuantiti (kg)

Jadual 4 : Eksport Kobis Bulat Dan Disejukkan Mengikut Negara

1999 2000 2001

Nilai Kuantiti (kg)

14

Nilai Kuantiti (kg) Nilai

Singapore 3,862,990.08 3,185,588.00 3,098,389.42 3,063,803.00 3,222,720.89 3,169,964.00

Brunei 217,130.70 396,980.00 332,100.00 631,160.00 564,969.25 967,020.00

Thailand 3,417.00 3,208.00 1,930.00 1,165.00

Indonesia 420.00 600.00

Taiwan 5,880.00 1,176.00

Jumlah 4,083,537.78 3,585,776.00 3,430,909.42 3,695,563.00 3,795,500.14 4,139,325.00

Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia

c) Import

Dari data dijadual 3, jelas menunjukkan Singapura masih

merupakan luang pasaran eksport kobis bulat yang paling

penting. Lebih kurang 10% hingga 15% daripada jumlah

nilai eksport kobis bulat Malaysia disalurkan oleh

pemborong Malaysia ke Singapura.

Disamping mengeksport, Malaysia juga merupakan

negara pengimport kobis bulat. Jumlah nilai import

segar dan disejukkan menunjukkan trend naik dan turun

pada tahun 1999 – 2001 dapat disemak pada jadual 5.

Jadual 5 : Import Kobis Bulat Segar Dan Disejukkan Mengikut Negara

Negara 1999 2000 2001

Kuantiti

(kg)

Nilai

(RM)

Kuantiti

(kg)

15

Nilai

(RM)

Kuantiti

Australia 161,387.26 264,986.00 175,814.80 231,732.00 43,086.10 131,320.00

China 5,097,163.50 6,293,024.00 4,751,477.64 6,533,931.00 4,555,934.50 5,622,242.00

Hong Kong 24,188.00 18,917.00 7,308.00 13,672.00

India

Indonesia 21,652,856.25 8,404,425.00 19,240,066.08 6,847,684.00 23,349,461.53

(kg)

Nilai

(RM)

8,049,144.00

Netherlands 860,500.00 1,187,694.00 1,264,000.00 1,361,156.00 1,309,044.00 1,383,244.00

Switzerland 19,800.00 67,716.00

Taiwan 15,400.00 36,617.00 23,800.

00

7,124.00

Thailand 635,790.00 375,826.00 464,856.00 275,980.00 309,922.00 216,340.00

Amerika

Syarikat

Vietnam 51,000.00 34,079.00 20,000.00 10,626.00

Germany

Belgium 20,000.00 22,792.00

132.00 616.00

Jumlah 95.00 2,423.00

28,494,027.01 16,664,706.00 25,960,402.52 15,302,782.00 29,598,853.13 15,729,095.00

Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia

Sebahagian besar nilai import kobis Malaysia adalah dari

Indonesia, China dan Netherlands. Pengimportan kobis

bulat dari Netherlands seratus peratus untuk keperluan

KFC.

2.2.2 Saiz Pasaran Dunia

Saiz pasaran kobis bulat bagi dunia ialah 881,157 metrik tan

pada tahun 2002. Malaysia berada dikedudukan nombor 15

dikalangan negara pengeksport kobis didunia. Bagi kedudukan

negara pengimport, Malaysia berada ditangga kesepuluh

pengimport kobis didunia.

2.2.3 Pertumbuhan Perdagangan

Negara pengimport utama kobis Malaysia ialah Singapura.

Berdasarkan kepada nilai, Malaysia menguasai pasaran kobis di

Singapura dengan share market sebanyak 9% pada tahun 1999

dan meningkat kepada 10% pada tahun 2001.

Walaubagaimanapun dari segi kuantiti yang diimport adalah

menurun daripada 4037 mt pada tahun 1999 kepada 3412 mt

pada tahun 2001. Kemerosotan ini disebabkan oleh persaingan

dengan kobis yang diimport dari China dan Australia. Dari segi

negara utama pembekal kobis ke Singapura, Malaysia masih

mengekalkan kedudukan ditangga ketiga.

Import kobis segar dan sejuk oleh Singapura dari negara-negara

utama dapat disemak pada jadual 6.

16

Jadual 6 : Import Kobis Segar dan Sejuk Dari 14 Negara Utama

Kuantiti (Mt) dan Nilai (S $ juta)

2000 2001

Negara Kuantiti Nilai Kuantiti Nilai

1 China Peo Rep of 21,481 11,011 21,733 11,488

2 Australia 2,613 3,250 2,601 3,142

3 Malaysia 3,254 1,631 3,412 1,792

4 Hong Kong, China 425 449 472 553

5 Taiwan 452 220 963 422

6 Thailand 361 339 223 248

7 Japan 50 146 57 139

8 Vietnam Soc Rep of 348 128 104 43

9 Netherlands 6 21 3 14

10 United States 25 19 10 10

11 Korea, Rep of 2 5 6 5

12 New Zealand 1 1

13 France 1 1

14 India 1 1 -

Sub Total of Selected 29,018 17,220 29,585 17,858

Others 90 61

Total 29,108 17,281 29,585 17,858

Sub Total of Selected 29,018 17,220 29,585 17,858

Others 90 61

Total 29,108 17,281 29,585 17,858

Source : International Enterprise Singapore

Kadar pertukaran RM1.00 = S$0.43 (purata Tahun 2001)

17

2.2.4 Kedudukan (Positioning)

2.2.5 Harga

Kobis bulat Cameron Highland mendapat pasaran yang baik bagi

pengguna isi rumah berbanding dengan institusi dan kilang.

Setengah pengguna dapat membezakan kobis bulat Cameron

Highlands dengan Indonesia dan China dari segi berat, saiz, warna

dan bentuk kobis. Bagi pengguna yang mementingkan cita rasa

manis dan lembut akan memilih kobis bulat dari Cameron Highland.

Berbanding dengan kobis Indonesia yang mendapat pasaran institusi

kerana harganya yang rendah. Kobis dari China mempunyai pasaran

tersendiri dikalangan pengguna berbangsa China. Bagi kobis

Thailand, hanya popular dinegara Kelantan. Oleh itu pesaing yang

paling dekat adalah kobis Indonesia.

Kobis Cameron Highland mendapat harga yang lebih tinggi

berbanding dengan kobis Indonesia. Kebiasaannya harga borong

kobis bulat Cameron Highland di Pasar Borong Kuala Lumpur dijual

melebihi RM0.10 – Rm0.20/kilo berbanding harga kobis Indonesia.

2.2.6 Kos Pemasaran

Kos pemasaran yang terlibat bagi kobis Cameron Highlands terdiri

dari pembungkusan, upah angkut ladang ke pusat pengumpulan dan

sewa lori.

Kos pemasaran yang terlibat bagi kobis bulat Cameron Highlands

hingga ke Pasar Borong Kuala Lumpur adalah seperti berikut :-

18

Butir-butir Kos/Kotak Kos/Kilo

i. Kotak (Muatan 40kg) RM2.00 RM0.05

ii. Upah Angkut (Ladang ke pusat pengumpulan)

19

RM2.00

RM0.05

iii. Sewa lori RM4.00 RM0.10

2.2.7 Sistem Pemasaran

Jumlah RM0.20

Sistem pemasaran kobis masih mengekalkan sistem pemasaran

tradisional dimana melibatkan saluran pemasaran dari petani kepada

pengumpul, pemborong, peruncit dan seterusnya kepada pengguna.

Petani masih menggunakan perkhidmatan pengumpul kerana

peranan yang dimainkan oleh pengumpul yang memberi kerdit dan

membekal bahan tanaman. Pengeluar yang besar mempunyai

hubungan terus dengan pemborong di Pasar Borong dan

pengimport. Kobis mempunyai lima tempat saluran utama iaitu

Singapura, Kuala Lumpur, Johor Bahru, Ipoh dan Pulau Pinang.

Perbezaan ketara diantara tempat saluran pasaran ini ialah harga

jualan dan kualiti kobis yang dipasarkan. Terdapat juga pengumpul

yang membekal terus kepada supermarket dan hypermarket.

Saluran pemasaran kobis dapat disemak pada rajah 1.

Pengusaha

Pengangkutan

Pemborong

kedua

Jualan Terus

(Pasar Tani)

Rajah 1 : Aliran Pemasaran Sayur-Sayuran

Pasaraya

Pengeluar

Peraih

Pemborong

Peruncit

Pengguna

20

Institusi

Pengeksport

Pengimport

Kilang

2.3 ANALISA PEMASARAN

2.3.1 Analisa Persekitaran

a) Peraturan-peraturan

i) Permit Import (AP)

Malaysia menetapkan pengimportan sayur-sayuran

memerlukan permit import yang diluluskan oleh

Kementerian Pertanian. FAMA akan menyediakan

kertas cadangan berasaskan keperluan dan kedudukan

bekalan semasa bagi menentukan jumlah kobis yang

dibenarkan diimport.

Skim Akreditasi Tanaman Ladang Dan Skim Persijilan

Ladang Organik

Kedua-dua skim ini dilaksanakan bagi memberi

pengiktirafan kepada peladang-peladang yang

mengeluarkan hasil ladang yang selamat dan berkualiti.

Peladang perlu terlebih dahulu mematuhi beberapa

kriteria sebelum dapat pengiktirafan dibawah skim ini.

ii) Peraturan Kuarantin Tumbuhan

Bahan makanan pertanian segar termasuk sayur-

sayuran yang diimport tertakluk kepada peraturan

kuarantin tumbuhan. Hasil pertanian ini diperiksa

terlebih dahulu dipintu masuk bagi memastikan ia tidak

dicemari tanah serta membawa perosak atau penyakit

sebelum dibenarkan masuk.

21

iii) Larangan Mengusahakan di Tanah Tinggi

National Forestry Council telah memutuskan mulai

tahun 2002, kawasan yang melebihi 1000 mapl tidak

boleh diusahakan untuk tujuan pertanian.

b) Insentif

Terdapat berbagai insentif telah disediakan oleh kerajaan

khususnya bagi pengeluaran sayur-sayuran dan tanaman

jangka pendek secara berterusan bagi projek Tanaman Kekal

Pengeluaran Makanan (TKPM).

Insentif yang disediakan oleh jabatan/agensi adalah seperti

berikut :-

i) Jabatan Pertanian - Kemudahan asas kepada

22

peserta untuk

mengusahakan tanaman

makanan termasuk

pembersihan kawasan dan

pembekalan sistem

pengairan yang bernilai

RM10,000/hek.

ii) FAMA - Kontrak Pemasaran dimana

peserta dijamin pasaran

hasil yang dikeluarkan.

iii) Bank Pertanian - Menyediakan program

pembiayaan pembangunan

seperti:

2.3.2 Analisa Pengguna

• Tabung untuk Makanan (Fund for Food, 3 F)

• Skim Pembiayaan Masyarakat Perdagangan

• Dan Perindustrian Bumiputra (Skim MBBF)

• Skim Pembiayaan Mekanisma dan Automasi

Pertanian Skim MAP)

• Skim Usahawan Tani Komersil Siswazah (SUTKS)

a) Trend dan Citarasa

Sayur-sayuran yang paling banyak digunakan dalam

pemakanan adalah sawi hijau dan diikuti dengan kobis

bulat. Sebahagian besar pengguna tidak dapat

membezakan kobis bulat tempatan atau kobis bulat

yang diimport dari Indonesia, China dan Thailand.

Pada kebiasaannya pengguna Melayu dan India

membeli kobis dipasaran tanpa mempersoalkan punca

bekalan samada kobis tempatan atau import. Bagi

pengguna Cina lebih memilih untuk membeli kobis

tempatan Cameron Highland kerana lebih manis dan

lembut.

Pada musim-musim perayaan khususnya ketika

menyambut Tahun Baru Cina, permintaan terhadap

kobis dari negara China adalah amat tinggi.

Bagi kobis yang diimport dari Holland seratus peratus

untuk kegunaan KFC.

Bagi kobis Thailand ia lebih popular dikalangan

penduduk dinegeri Kelantan dan Terengganu.

23

Kebiasaannya permintaan kobis menurun pada ketika

berikut :-

i) Seminggu berpuasa sehingga 5 hari sebelum

menjelang hari raya. Pada kebiasaannya

permintaan sayur pada ketika itu amat rendah

atas sebab kurang pengambilan sayur oleh

orang Islam.

ii) Musim cuti sekolah yang panjang kebiasaannya

pada bulan November. Pada ketika itu asrama

ditutup.

iii) Musim hujan yang berpanjangan terutamanya di

waktu petang dan malam, penjualan di pasar

malam akan merosot.

iv) Perayaan bulan hantu (Kalendar Cina jatuh

pada bulan tujuh) iaitu pada kebiasaan bulan

Ogos ataupun September.

v) Selepas perayaan Chap Goh Mei (15hb selepas

Tahun Baru China) di mana banyak restoran-

restoran akan tutup perniagaan selama 14 hari.

vi) Musim buah-buahan tempatan terutama durian

yang murah di pasaran.

24

2.4 Analisa SWOT

2.4.1 Kekuatan

a) Mempunyai teknologi sebelum dan selepas tuai

b) Tanah yang subur

c) Teknologi tanaman (minima kesan dan baki racun

perosak)

d) Insentif

e) Kebenaran Import (AP)

f) Iklim yang sesuai untuk tanaman sepanjang tahun

g) Cita rasa lebih sedap berbanding dengan kobis

Indonesia

h) Kemudahan infrastruktur

2.4.2 Kelemahan

a) Benih yang diimport

b) Kawasan tanah tinggi terhad

c) Tidak tahan lama

d) Kebun kecil berselerak

e) Kos pengeluaran yang tinggi

f) Kekurangan tenaga pekerja

g) Tiada insentif galakan eksport terutama pengangkutan

2.4.3 Ancaman

a) Perlaksanaan AFTA dan WTO

b) Kemasukan kobis dengan harga yang susah

25

2.4.4 Peluang

a) Pengguna bertambah

b) Penggantian import

3. PENETAPAN ARAH TUJU

3.1 Misi

c) Tumpuan tanaman di tanah rendah

d) Kesan perlaksanaan WTO

Meningkatkan pengeluaran kobis bagi memenuhi seratus peratus

keperluan negara menjelang tahun 2010.

3.2 Objektif

a) Mengeluarkan kobis yang berkualiti tinggi dengan

menfokuskan kepada kehendak pasaran.

b) Menawarkan produk dengan harga yang ‘competative’.

c) Menumpukan pasaran kobis yang ada ‘riche market’.

d) Meningkatkan bahagian pasaran dalam dan luar negara

melalui promosi yang agresif.

e) Melahirkan lebih ramai usahawan tani dalam bidang

pengeluaran dan pemasaran.

3.3 Penetapan Kedudukan

Menjadikan Malaysia sebagai negara pengeluar kobis yang dapat

memenuhi keperluan pasaran domestik dan ‘niche market’ bagi

pasaran domestik dan antarabangsa.

26

4. PEMBENTUKAN STRATEGI PEMASARAN

4.1 Produk

Kualiti produk dan varieti menjadi faktor penting dalam pemasaran

kobis di pasaran tempatan dan antarabangsa. Varieti KY Cross, lebih

ringan dan kurang padat amat sesuai untuk pasaran tempatan.

Sementara varieti US Tropical, lebih keras dan sesuai untuk pasaran

eksport. Bagi kobis yang ditanam di tanah rendah (varieti KY Cross,

US Tropical dan Autum Queen) pada masa kini hanya sesuai untuk

pasaran tempatan.

Dari segi keperluan pasaran institusi khususnya KFC, memerlukan

kobis bulat yang lebih keras dan lebih padat sebagaimana kobis yang

diimport dari Holland. Pasaran sedia ada KFC sahaja dianggarkan

3,000 mt setahun dan dijangka meningkat kepada 5000 mt pada

tahun 2010.

Oleh itu R & D penilian varieti untuk memenuhi permintaan tersebut

perlu diadakan untuk memastikan kobis dapat berdaya saing samada

di pasaran tempatan atau antarabangsa, mestilah selamat dari sisa

baki racun perosak, bebas dari logam berat dan microbial

contaminants. Dalam kontek ini ladang-ladang kobis perlu menyertai

program akreditasi Jabatan Pertanian.

4.1.1 Pembentukan Jenama

Kobis bulat tempatan perlu di jenamakan untuk membolehkan

pengguna membezakan kobis keluaran tempatan atau kobis

yang diimport. Untuk itu, hanya ladang-ladang yang

menyertai program akradetasi Jabatan Pertanian dibenarkan

menggunakan jenama “Malaysia’s Best”.

27

4.2 Harga

4.1.2 Saiz dan Pembungkusan

Pembungkusan kobis bulat yang terbaik bagi tujuan

pemborongan dalam negara dan eksport adalah

menggunakan kotak kertas dengan muatan tidak melebihi

30kg atau menggunakan nylon bag dengan muatan tidak

melebihi 20kg.

Kobis bulat merupakan sayuran berdaun yang mudah rosak tidak

boleh disimpan lama, kejatuhan nilai yang cepat dan permintaannya

tidak anjal berbanding penawaran.

Berdasarkan hakikat ini harga sukar dinyatakan secara tepat dan

tetap pada sesuatu masa. Struktur harga pemborongan kobis bulat

adalah seperti berikut :

i) Harga jualan dikira tinggi pada harga jualan borong

melebihi RM1.80/kg.

ii) Harga jualan dikira sederhana pada harga jualan

borong RM0.80 - < RM1.80

iii) Harga jualan dikira rendah pada harga jualan borong

kurang RM0.80.

Bagi pasaran tempatan strategi harga hendaklah mampu bersaing

dengan kobis bulat yang diimport dari negeri pesaing utama iaitu

Indonesia, China dan Thailand. Sebagai contoh kobis bulat yang

diimport dari Indonesia boleh sampai ke pasaran Malaysia

menggunakan tongkang, RM0.49/kg dan menggunakan

28

kontena sejuk RM0.60/kg. Sementara pengimportan kobis dari China

boleh sampai ke pasaran Malaysia dengan harga RM0.90/kg.

Sedangkan kos pengeluaran kobis bulat di Malaysia adalah

RM0.65/kg. Jika diambil kira kos pemasaran RM0.20/kg, ini

menjadikan harga kobis bulat adalah RM0.85/kg. Untuk

membolehkan Malaysia bersaing, pengeluaran sehektar tanaman

kobis bulat perlu ditingkatkan melebihi 40mt/hek agar kos

pengeluaran dapat dikurangkan sehingga RM0.35/kg.

Bagi kobis bulat yang diimport dari Holland ianya boleh tiba di

pasaran Malaysia dengan harga RM1.05/kg. Tawaran tender

pembekalan oleh KFC adalah diantara RM1.65 – RM1.77/kg. Ini

bermakna jika petani menanam kobis yang varieti diperlukan oleh

KFC akan mendapat pulangan harga yang baik.

4.3 Tempat

Bagi membolehkan petani memperolehi harga yang lebih tinggi,

sebaiknya dijual terus kepada pengguna melalui Pasar Tani, Pasar

Rakyat atau pasar harian. Walaubagaimanapun kuantiti jualan

adalah terhad. Disamping itu pasaran yang dikenal pasti boleh

memberi pulangan yang baik ialah melalui pembekalan kepada

pasaraya dan Hypermarket.

Pasar borong merupakan saluran tempat yang terpenting bagi

pemasaran kobis bulat. Dianggarkan 95% keluaran kobis bulat di

Malaysia dan kobis bulat yang diimport di pasarkan melalui pasar

borong.

29

4.4 Promosi

Pendekatan promosi yang lebih aggresif perlu dilaksanakan di dalam

dan di luar negeri. Kempen galakan memakan sayur-sayuran dan

ulam-ulaman perlu diprogramkan secara berjadual setiap tahun.

Promosi memperkenalkan kobis tempatan kepada pengguna perlu

diadakan dari segi rasa, khasiat dan cara penggunaannya.

4.5 Strategi Usahawan

Pendekatan ke arah mewujudkan lebih ramai usahawan tani dalam

bidang pengeluaran, pembekalan input, pemasaran, pengangkutan

dan pengedaran boleh dilaksanakan melalui pendekatan berikut :-

- mengadakan latihan usahawan tani

- mengadakan insentif-insentif kepada usahawan

- mewujudkan dana dan modal pusingan

- menyediakan rangkaian premis-premis perniagaan

- menyediakan peluang-peluang perniagaan pelbagai bidang

seperti pembekalan input, pemprosesan dan lain-lain

- menyediakan teknologi yang terkini bagi bidang-bidang yang

5. PEMILIHAN STRATEGI

berkesan dengan keperluan input pertanian

5.1 Memandangkan kepada penanaman kobis bulat di Malaysia masih

lagi bercirikan kepada saiz penanaman yang kecil, tidak tersusun dan

teratur maka satu reformasi corak penanaman yang bercirikan saiz

ladang yang besar, tersusun, berteknologi tinggi perlu dirancang.

Oleh itu program menggalakkan sektor swasta untuk melabur dalam

industri sayur-sayuran perlu diadakan bagi memajukan industri

berkenaan.

30

Untuk menggalakkan penglibatan sektor swasta memperkenalkan

teknologi termoden sistem rebet import duti untuk input-input

pertanian tertentu seperti jentera dan mesin perlu diberi.

5.2 Rendahnya produktiviti tanah dan meningkatnya kos imput lain

seperti baja, racun perosak dan bahan pembungkusan telah

menyebabkan hasil sayur-sayuran tempatan sukar bersaing dengan

sayur-sayuran import terutamanya dari negara Thailand dan

Indonesia. Oleh itu penekanan kepada pembangunan R & D bagi

meningkatkan produktiviti setiap hektar tanaman sayur-sayuran perlu

dipertingkatkan dengan penggunaan teknologi terkini.

Untuk mengekalkan kualiti yang tinggi pengusaha sayur-sayuran

seharusnya menggunakan benih hibrid terpilih. Oleh itu pengujudan

bank benih perlu diadakan.

5.3 Kurangnya tahap kesedaran rakyat negara ini tentang kepentingan

khasiat sayur-sayuran didalam pemakanan seimbang bagi tujuan

kesihatan. Kajian yang dijalankan pada tahun 1991 menunjukkan

bahawa penggunaan berkapita sayur-sayuran rakyat Malaysia

hanyalah sebanyak 35.52 kilo setahun manakala bagi negara barat,

di United States misalnya penggunaan berkapita adalah 78.8 kilo

setahun. Berdasarkan faktor tersebut, maka kempen dan program

promosi yang berkesan perlu dilaksanakan secara berjadual pada

setiap tahun.

5.4 Kawasan pengeluaran yang semakin berkurang disebabkan oleh

penukaran penggunaan tanah kepada aktiviti pembangunan yang

lebih menguntungkan. Langkan mengazetkan kawasan tetap

tanaman sayur perlu diadakan.

31

Projek-projek tanaman sayur secara berkelompok perlu digalakkan

diseluruh negara. Cara ini akan memudahkan pengaturan pasaran.

5.5 Penyertaan bumiputera masih terhad dibidang pemborongan,

pengeluaran input, pembekalan input, pengangkutan dan

pengedaran. Oleh itu, peluang yang lebih harus diberi kepada

bumiputera bagi setiap bidang berkenaan khususnya pengedaran

dengan memberi lebih peluang penyertaan di pasar borong dan

pasar awam baru. Kemudahan pinjaman juga perlu diadakan.

5.6 Langkah kelonggaran perdagangan antarabangsa seperti WTO dan

AFTA akan menjadi ancaman kepada industri sayur-sayuran

tempatan, dimana sayur-sayuran yang diimport khususnya dari

negara jiran akan menjadi lebih murah dan menjejaskan pengeluaran

domestik. Oleh itu, bagi setiap jenis sayur-sayuran yang diimport

perlu diadakan tahap piawaian yang ditentukan oleh Kerajaan

Malaysia. Perkara ini perlu bagi memastikan produk yang diimport

mempunyai jaminan kualiti dan selamat untuk pengguna dan

pengeluar mendapat perlindungan. Pusat akreditasi perlu

diwujudkan bagi mengelakkan lambakan dari negara pengeluar

sayur-sayuran di pasaran Malaysia.

5.7 Di Malaysia, pengurusan pasar borong adalah dibawah bidang kuasa

Dewan Bandaraya dan Majlis Tempatan. Perancangannya lebih

ditumpukan kepada penyediaan kemudahan asas kepada peniaga-

peniaga.

Oleh itu, perancangan pembangunan pasar borong tidak dikaitkan

dengan perancangan sektor pertanian secara bersepadu. Ini berbeza

dengan pasar borong di negara maju seperti di Jepun, Korea,

Taiwan dan Australia yang diawasi oleh Kementerian Pertanian

Negara berkenaan. Bagi memudahkan peranannya dan

penguatkuasaan dicadangkan kuasa perlaksanaan pasar borong

32

6. PENUTUP

diletakkan dibawah Kementerian Pertanian.

Berdasarkan kepada hakikat ini semua pihak yang terlibat dalam

pembangunan industri sayur-sayuran perlu mengambil tindakan untuk

mempertingkatkan sumbangan sektor berkenaan kepada pembangunan

ekonomi negara. Kejayaan sektor ini adalah bergantung sepenuhnya

kepada penglibatan dan kerjasama diantara agensi kerajaan dan pihak

swasta yang terlibat serta yang lebih penting lagi adalah kesediaan petani

merebut peluang bagi memajukan diri dan meningkatkan taraf kehidupan

selaras dengan perkembangan dan pembangunan negara.

33

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!