30.01.2013 Views

Majlis Perasmian Penutup Konferens Pelan Transformasi MARA

Majlis Perasmian Penutup Konferens Pelan Transformasi MARA

Majlis Perasmian Penutup Konferens Pelan Transformasi MARA

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

TEKS UCAPAN

YBHG TAN SRI MOHD SIDEK HASSAN

KETUA SETIAUSAHA NEGARA

MAJLIS PERASMIAN

PENUTUP KONFERENS PELAN

TRANSFORMASI MARA

1 MAC 2011 (SELASA), 8.30 PAGI

PULLMAN LAKESIDE RESORT

PUTRAJAYA

Bismillahir rahmaanir rahim

Assalamualaikum warahmatullahi

wabarakaatuh, Salam Sejahtera dan

Salam 1Malaysia

Y.B. Dato’ Seri Idris bin Jusoh

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat

(MARA)

Y.Bhg. Dato’ Seri Abu Bakar bin Haji

Abdullah, Ketua Pengarah

Perkhidmatan Awam, Malaysia

Y.Bhg. Dato’ Ibrahim bin Muhamad

Ketua Setiausaha Kementerian

Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah

1

Y.Bhg. Tuan Haji Ibrahim bin Ahmad

Ketua Pengarah Majlis Amanah

Rakyat (MARA)

Ahli-Ahli Majlis MARA

YBhg. Datuk, Dato’, Datin-Datin,

Tuan-tuan dan Puan-puan yang

dihormati sekalian.

Alhamdulillah, marilah kita

memanjatkan kesyukuran ke hadrat

Allah SWT, atas limpah rahmat dan

izin Nya jua kita dapat bersama-

sama di dalam Majlis Perasmian

Penutup Konferens Pelan

Transformasi MARA pada pagi ini.

2

2. Saya amat menghargai

kesempatan untuk berkenalan serta

beramah mesra dengan Ahli Majlis

MARA, Ahli Pengurusan MARA

serta para hadirin sekalian pada

hari ini. Walau pun ini merupakan

pertama kali saya bertemu

Pengurusan MARA di dalam majlis

rasmi seperti ini, tetapi sebenarnya

saya sentiasa mendapat maklum

balas dan memantau prestasi MARA

dari masa ke semasa. Bahkan pada

bulan Disember lalu, di awal

pelantikan Tuan Haji Ibrahim Ahmad

sebagai Ketua Pengarah MARA,

saya berkesempatan mengadakan

pertemuan dengan beliau untuk

3

erbincang mengenai beberapa

perkara bagi memajukan lagi MARA.

Terima kasih diucapkan atas

jemputan ini.

Saudara-saudari sekalian,

MENONGKAH ARUS PERUBAHAN

3. Perkembangan serta perubahan

ekonomi yang pesat di peringkat

global menyedarkan kita bahawa

Malaysia perlu segera melakukan

perubahan agar lebih berdaya saing

untuk terus berdaya maju di persada

antarabangsa. Menyedari akan

hakikat ini, Kerajaan di bawah

4

pimpinan Perdana Menteri, Y.A.B.

Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul

Razak, telah merencanakan pelbagai

pelan transformasi yang padat

dalam usaha melonjakkan

kedudukan Malaysia untuk menjadi

sebuah negara maju yang

berpendapatan tinggi, inklusif dan

mampan menjelang tahun 2020. Ini

termasuk Program Transformasi

Kerajaan, Model Baru Ekonomi,

Program Transformasi Ekonomi,

dan Rancangan Malaysia Ke-10,

yang semuanya digubal di bawah

naungan prinsip “1Malaysia: Rakyat

Didahulukan, Pencapaian

Diutamakan”.

5

4. Sejajar dengan agenda

transformasi ini, adalah penting bagi

semua jentera kerajaan menyahut

cabaran untuk bersama-sama

melaksanakan perubahan. Dalam

hal ini MARA juga tidak ketinggalan,

malah sudah tiba masanya untuk

MARA melakukan realignment

supaya segala strategi dan program

yang dilaksanakan adalah menepati

hala tuju dan aspirasi negara.

5. Saya amat menekankan perkara

ini kerana MARA mempunyai

peranan penting sebagai sebuah

agensi yang mengubah serta

6

membentuk sosio-ekonomi

masyarakat di negara ini, iaitu

sebuah socioeconomic engineering

agency. Kejayaan MARA secara

tidak langsung menentukan

kejayaan kerajaan, khususnya dalam

membangunkan kaum Bumiputera.

Perubahan yang dilakukan oleh

MARA perlu bermula di peringkat

asas dan dasar, kerana transformasi

yang dibawa oleh kerajaan pada hari

ini meliputi segenap perkara yang

merentasi dasar-dasar utama yang

menunjangi pembangunan negara.

7

6. Perubahan dasar ini pastinya

akan membawa perubahan besar

terhadap grand design dan

kerangka gerak kerja MARA. Dalam

merancang transformasi, MARA

perlu memandang ke hadapan

untuk mempersiapkan generasi

baru negara menghadapi cabaran

dan kegetiran 50 tahun akan

datang. Sekiranya generasi pertama

yang mengemudi MARA ketika

zaman Tun Razak telah memacu

MARA dan mempersiapkan agenda

negara sehingga 45 tahun, maka

pada hari ini MARA perlu

merancang untuk 3 generasi

8

seterusnya, iaitu menjangkau 4

dekad yang akan datang.

Saudara-saudari sekalian,

TERAS PERJUANGAN MARA

7. Untuk itu, MARA perlu meneliti

semula hala tuju strategik MARA

supaya selari dengan agenda

transformasi kerajaan. Perubahan

kepada visi, misi dan teras

perjuangan MARA amat penting

kerana ia akan menentukan arah dan

hala tuju MARA. Pada hemat saya,

sudah sampai masanya MARA

melakukan transformasi untuk

9

menjadi sebuah organisasi yang

bersifat keusahawanan sepenuhnya.

8. Orientasi bersifat

keusahawanan ini memungkinkan

MARA untuk berdikari, mampu

menjana pendapatan sendiri dan

yang lebih penting mampu

mewujudkan suasana organisasi

berprestasi tinggi, peningkatan

kepada sistem penyampaian serta

pengurangan birokrasi. Selain itu,

setiap individu dalam MARA

hendaklah menghayati ciri-ciri

keusahawanan serta mengutamakan

outcome. Saya percaya sekiranya

10

MARA melakukan transformasi

menjadi sebuah organisasi yang

berorientasikan keusahawanan, kita

mampu meningkatkan pencapaian

individu Bumiputera, dan

seterusnya menyumbang ke arah

kemakmuran ekonomi negara serta

mencapai transformasi seperti yang

digagaskan oleh Y.A.B. Perdana

Menteri.

9. Dalam hubungan ini, saya ingin

mencadangkan supaya MARA

memberi fokus kepada 3 bidang

utama yang berteraskan aspek

keusahawanan, iaitu, pembangunan

11

program keusahawan yang lebih

bersepadu; pendidikan yang lebih

tertumpu kepada outcome; dan

penceburan dalam bidang-bidang

strategik baru dan bakal muncul.

Izinkan saya untuk menghuraikan

sedikit mengenai 3 bidang fokus

utama ini.

10. Pertamanya, mengenai

pembangunan program

keusahawanan yang lebih

bersepadu, MARA perlu memberi

fokus kepada program

pembangunan usahawan secara

menyeluruh serta menjadi one stop

12

centre bagi program pembangunan

usahawan Bumiputera. Program-

program keusahawanan sedia ada

perlu disepadukan, supaya para

usahawan dapat diperkasa serta

mampu menerjah ke pasaran

antarabangsa.

11. MARA juga perlu melihat

kemungkinan untuk berkolaborasi

dengan agensi-agensi

keusahawanan yang lain bagi

menawarkan akses yang lebih besar

kepada para usahawan. Ini adalah

penting bagi mewujudkan lebih

banyak syarikat yang berdaya saing

13

yang boleh disenaraikan di bursa

saham. Program keusahawanan

juga perlu difokuskan di Institusi

Pendidikan MARA supaya lebih

ramai anak-anak didik MARA

muncul sebagai usahawan. Aspek

pendidikan dan keusahawanan perlu

diperkemas atau streamline di

dalam program pembangunan

modal insan MARA supaya lebih

ramai usahawan yang inovatif dan

berpengetahuan diwujudkan.

12. Kedua, ialah program

pendidikan yang berasaskan

outcome. Ini pastinya melibatkan

14

perubahan strategik, bertujuan untuk

membangunkan serta menyediakan

sistem pendidikan MARA yang

berkualiti secara sistematik dan

holistik, ke arah membina insan

cemerlang. MARA hendaklah

menjadi peneraju pembangunan

modal insan dengan menambah

bilangan guna tenaga bumiputera

yang profesional dan terlatih. Ini

perlu meliputi pelbagai bidang dan di

semua peringkat, khususnya untuk

keperluan sektor perdagangan dan

perindustrian. MARA juga perlu

berusaha untuk membantu kerajaan

memperluaskan akses pendidikan

15

erkualiti dan berkemampuan,

mengarusperdanakan pendidikan

teknikal, memperbanyakkan program

pendidikan yang menyumbang

kepada penjanaan pendapatan tinggi

dan juga pengantarabangsaan.

Selain itu, semua sistem pendidikan

MARA perlu menjurus kepada aspek

keusahawanan selaras dengan teras

entrepreneurial orientation yang

dibawa oleh MARA.

13. Ketiga, adalah penceburan

dalam bidang-bidang strategik baru

dan bakal muncul. Dalam hal ini,

MARA perlu menggunakan aset

16

fizikal, modal insan serta good will

yang ada untuk menyertai bidang-

bidang strategik dan berpendapatan

tinggi. Penyertaan MARA adalah

perlu untuk membuka ruang kepada

usahawan Bumiputera terlibat di

dalam value chain yang dicipta oleh

MARA. MARA perlu melaksanakan

aktiviti pelaburan strategik sebagai

platform untuk memaksimumkan

pulangan dari semua kekuatan yang

ada. Dengan cara ini, MARA dapat

mengurangkan kebergantungan

kepada kerajaan dan seterusnya

menjadi peneraju dalam bidang-

bidang baru yang diperlukan oleh

negara.

17

14. Bagi merealisasikan hasrat ini

MARA boleh mengambil beberapa

pendekatan, iaitu dengan cara

memperkasakan program-program

sedia ada, mempelbagaikan aktiviti-

aktivitinya, serta meneroka bidang-

bidang baru khususnya bidang

NKEA yang telah diumumkan oleh

Kerajaan. Seterusnya syarikat-

syarikat subsidiari MARA hendaklah

digembleng bagi menjana aktiviti-

aktiviti pelaburan. Dalam hal ini,

MARA perlu menilai setiap aktiviti

dan penceburan bidang baru

supaya menjurus kepada perspektif

keusahawanan.

18

15. Saya percaya melalui

penumpuan dalam 3 bidang utama

yang dihuraikan tadi, MARA akan

dapat mencapai aspirasi sebuah

agensi yang berorientasikan

keusahawanan yang menyumbang

kepada kemakmuran ekonomi

negara. Namun demikian,

perancangan yang padat dan jitu

akan hanya tinggal perancangan,

sekiranya tidak diiringi dengan

pelaksanaan yang agresif. Langkah

seterusnya adalah pelaksanaan

program-program yang telah

dirancang, dan yang paling penting

adalah aspek pemantauan bagi

19

memastikan kelancaran serta

keberkesanan program-program

untuk menghasilkan outcome

berbentuk B.H.A.G., iaitu, big, hairy,

audacious goals.

Saudara-saudari sekalian,

PENSTRUKTURAN MARA

16. Sebagaimana semua sedia

maklum, pembangunan modal insan

adalah merupakan core business

MARA, di mana MARA turut

berusaha untuk merealisasikan

agenda negara dalam memperkasa

Masyarakat Perdagangan dan

20

Perindustrian Bumiputera melalui

program pembangunan modal insan

yang efektif. Bagi menjayakan ini,

MARA perlu mengukuhkan modal

insan dalaman MARA terlebih

dahulu supaya setiap jentera

pentadbiran MARA adalah benar-

benar ampuh untuk menggerakkan

agenda besar negara.

17. MARA perlu meningkatkan daya

kecekapan teras tenaga kerjanya

supaya lebih berdaya saing, kreatif,

kompetitif dan inovatif di peringkat

global. Tenaga kerja MARA era

baru perlulah menghapuskan apa

21

jua halangan dan peraturan lapuk

demi mewujudkan urus tadbir

korporat yang dinamik. MARA perlu

mengukuhkan potensi modal insan

secara inklusif dan intensif bagi

membawa MARA ke arah

kecemerlangan, setanding dengan

syarikat-syarikat GLC yang terbaik.

18. Sehubungan dengan ini, saya

difahamkan bahawa MARA telah

pun mengemukakan cadangan

penstrukturan semula MARA

kepada Jabatan Perkhidmatan

Awam yang bertujuan

memantapkan lagi peranan MARA.

22

Namun demikian, saya ingin

menegaskan bahawa pemerkasaan

struktur sesebuah organisasi tidak

bermakna pertambahan dalam

jumlah perjawatan semata-mata.

Sebaliknya, perjawatan-perjawatan

sedia ada hendaklah diselaraskan

semula serta dimantapkan lagi

dengan peranan serta

tanggungjawab yang lebih besar.

Saya berharap, setelah

penstrukturan semula nanti, kita

akan dapat melihat lebih banyak

program-program strategik yang

menyokong agenda kerajaan dan

juga Bumiputera khususnya,

23

digerakkan oleh MARA dalam

jangka waktu terdekat. Tetapi apa

yang lebih penting adalah

transformasi minda, di mana kita

hendaklah berubah serta berusaha

menjadi yang terbaik di dalam

negara dan juga di peringkat global.

Saudara-saudari sekalian,

PENUBUHAN TERAJU

19. Sesungguhnya kerajaan

memandang serius dalam

menjayakan agenda pembangunan

bumiputera. Oleh itu, pada 8

Februari yang lalu, Y.A.B. Perdana

24

Menteri telah mengumumkan

penubuhan Unit Peneraju Agenda

Bumiputera, atau TERAJU, bagi

menerajui, mengurus serta memacu

inisiatif untuk memperkukuhkan

lagi agenda pembangunan

Bumiputera.

20. Dalam hal ini, saya percaya

MARA turut menyambut baik

agenda besar Kerajaan bagi

memperkasa ekonomi Bumiputera.

MARA hendaklah bekerjasama

dengan TERAJU bagi memantapkan

inisiatif yang bakal dilaksanakan

kerana kalau diperhatikan, 5

25

ahagian utama TERAJU adalah

hampir sama dengan peranan

MARA iaitu, keusahawanan dan

penciptaan kekayaan; pembiayaan;

pendidikan dan penggajian;

penilaian institusi dan instrumen

dasar; dan pengurusan stakeholder.

21. Justeru, saya berharap MARA

dapat melihat peluang-peluang

yang boleh digerakkan secara

agresif dengan tertubuhnya

TERAJU. Saya yakin semua

program yang sedang dilaksanakan

oleh MARA sememangnya

bertepatan dengan kehendak

26

kerajaan serta menyokong usaha

Majlis Tindakan Agenda Bumiputera

secara keseluruhan. Apa yang

penting kini adalah usaha MARA

untuk bergerak secara kolektif serta

mewujudkan synergy melalui smart

partnership, kolaborasi serta

pelbagai kaedah lain. Harus

ditekankan di sini bahawa TERAJU

bukanlah pesaing atau ancaman

kepada kewujudan MARA, tetapi ia

lebih bersifat complimentary untuk

terus memajukan agenda

pembangunan Bumiputera secara

kolektif.

27

Saudara-saudari sekalian,

PENUTUP

22. Bagi mengakhiri ucapan, saya

ingin mengingatkan diri saya serta

para hadirin sekalian bahawa

Perkhidmatan Awam merupakan

tunjang kepada kekuatan sesebuah

negara. Amanah yang ditanggung

selaku penjawat awam amat besar.

Saya yakin semua warga kerja

MARA amat maklum akan perkara

ini kerana Majlis Amanah Rakyat,

melambangkan betapa besarnya

harapan dan amanah yang perlu

dijunjung. Oleh itu, sewajarnya

28

setiap warga kerja MARA sentiasa

berusaha, komited dan bersungguh-

sungguh melaksanakan peranan

masing-masing dengan penuh

integriti serta sebaik mungkin,

supaya segala amanah dan

tanggung jawab terlaksana dengan

cemerlang dan jayanya.

23. Akhir kata, dengan lafaz

Bismillahir rahamaanir rahim, saya

dengan rasminya menutup

Konferens Pelan Transformasi

MARA pada hari ini.

29

Sekian,

Wabillahittaufik walhidayah

Wassalamualaikum warahmatullahi

wabarakaatuh.

30

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!