07.02.2020 Views

Hakikat Insan

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

keadaan Tubuh Hakikat Insan yang mempunyai awal tiada kesudahannya, dialah

yang sebenarnyanya dinamakan Diri Nyata Hakiki Rahsia Allah dalam Diri Manusia.

1.5 ALAM MISAL

Alam Misal adalah peringkat ke lima dalam proses pentajallian Empunya Diri dalam

menyatakan rahsia diriNya untuk di tanggung oleh manusia. Untuk menyatakan

dirinya Allah S.W.T., terus menyatakan diriNya melalui diri rahsiaNya dengan lebih

nyata dengan membawa diri rahsiaNya untuk di kandung pula oleh bapa iaitu

dinamakan Alam Misal.

Untuk menjelaskan lagi Alam Misal ini adalah dimana unsur rohani iaitu diri rahsia

Allah belum bercamtum dengan badan kebendaan. Alam misal jenis ini berada di

Alam Malakut. Ia merupakan peralihan daripada alam Arwah (alam Roh) menuju ke

alam Nasut maka itu dinamakan ia Alam Misal di mana proses peryataan ini

,pengujudan Allah pada martabat ini belum zahir, tetapi Nyata dalam tidak Nyata.

Diri rahsia Allah pada martabat Wujud Allah ini mulai di tajallikan kepada ubun –

ubun bapa, iaitu permidahan dari alam roh ke alam Bapa (misal).

Alam Misal ini terkandung ia di dalam “Walam yakullahu” dalam surah Al-Ikhlas iaitu

dalam keadaan tidak boleh di bagaikan. Dan seterusnya menjadi “DI”, “Wadi”, “Mani”

yang kemudiannya di salurkan ke satu tempat yang bersekutu di antara diri rahsia

batin (roh) dengan diri kasar Hakiki di dalam tempat yang dinamakan rahim

ibu.Maka terbentuklah apa yang di katakan “Maknikam” ketika berlakunya

bersetubuhan diantara laki-laki dengan perempuan (Ibu dan Bapa)

Perlu diingat tubuh rahsia pada masa ini tetap hidup sebagaimana awalnya tetapi di

dalam keadaan rupa yang elok dan tidak binasa dan belum lagi zahir. Dan ia tetap

hidup tidak mengenal ia akan mati.

1.6 ALAM IJSAN

Pada peringkat ke enam, selepas sahaja rahsia diri Allah pada Alam Misal yang di

kandung oleh bapa , maka berpindah pula diri rahsia ini melalui “Mani” Bapa ke

dalam Rahim Ibu dan inilah dinamakan Alam Ijsan.

Pada martabat ini dinamakan ia pada martabat “InssanulKamil” iaitu batang diri

rahsia Allah telahpun diKamilkan dengan kata diri manusia, dan akhirnya ia menjadi

“KamilulKamil”. Iaitu menjadi satu pada zahirnya kedua-dua badan rohani dan

jasmani. dan kemudian lahirlah seoarang insan melalui faraj ibu dan sesungguhnya

martabat kanak – kanak yang baru dilahirkan itu adalah yang paling suci yang

dinamakan “InnsanulKamil”. Pada martabat ini terkandung ia di dalam “Kuffuan” iaitu

bersekutu dalam keadaan “KamilulKamil dan nyawa pun di masukkan dalam tubuh

manusia.

Selepas cukup tempuhnya dan ketkanya maka diri rahsia Allah yang menjadi

“KamilulKamil” itu di lahirkan dari perut ibunya, maka di saat ini sampailah ia

Martabat Alam Insan.

1.7 ALAM INSAN

Pada alam ke tujuh iaitu alam Insan ini terkandung ia di dalam “Ahad” iaitu sa (satu).

Di dalam keadaan ini, maka berkumpullah seluruh proses pengujudan dan

peryataan diri rahsia Allah S.W.T. di dalam tubuh badan Insan yang mulai bernafas

dan di lahirkan ke Alam Maya yang Fana ini. Maka pada alam Insan ini dapatlah di

katakan satu alam yang mengumpul seluruh proses pentajallian diri rahsia Allah dan

pengumpulan seluruh alam-alam yang di tempuhi dari satu peringkat ke satu

peringkat dan dari satu martbat ke satu martabat.

Oleh kerana ia merupakan satu perkumpulan seluruh alam – alam lain, maka mulai

alam maya yang fana ini, bermulalah tugas manusia untuk menggembalikan balik

diri rahsia Allah itu kepada Tuan Empunya Diri dan proses penyerahan kembali

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!