07.02.2020 Views

Hakikat Insan

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

menjadi nyawa kepada roh. Boleh juga dikatakan bahawa hakikat kepada hati

adalah roh dan hakikat kepada roh adalah Sir. Sir atau Rahsia yang sampai kepada

Allah s.w.t dan Sir yang masuk ke Hadrat-Nya. Sir yang mengenal Allah s.w.t. Sir

adalah hakikat kepada sekalian yang maujud.

Nur Ilahi menerangi hati, roh dan Sir. Nur Ilahi membuka bidang hakikat-hakikat.

Amal dan ilmu tidak mampu menyingkap rahsia hakikat-hakikat. Nur Ilahi yang

berperanan menyingkap tabir hakikat. Orang yang mengambil hakikat dari bukubuku

atau dari ucapan orang lain, bukanlah hakikat sebenar yang ditemuinya, tetapi

hanyalah sangkaan dan khayalan semata-mata. Jika mahu mencapai hakikat

perlulah mengamalkan wirid sebagai pembersih hati. Kemudian bersabar menanti

sambil terus juga berwirid. Sekiranya Allah s.w.t kehendaki warid akan didatangkan-

Nya kepada hati yang asyik dengan wirid itu. Itulah kejayaan yang besar boleh

dicapai oleh seseorang hamba semasa hidupnya di dunia ini.

Alam ini pada hakikatnya adalah gelap. Alam menjadi terang kerana ada kenyataan

Allah s.w.t padanya. Misalkan kita berdiri di atas puncak sebuah bukit pada waktu

malam yang gelap gelita. Apa yang dapat dilihat hanyalah kegelapan. Apabila hari

siang, matahari menyinarkan sinarnya, kelihatanlah tumbuh-tumbuhan dan haiwan

yang menghuni bukit itu. Kewujudan di atas bukit itu menjadi nyata kerana diterangi

oleh cahaya matahari. Cahaya menzahirkan kewujudan dan gelap pula

membungkusnya. Jika kegelapan hanya sedikit maka kewujudan kelihatan samar.

Sekiranya kegelapan itu tebal maka kewujudan tidak kelihatan lagi. Hanya cahaya

yang dapat menzahirkan kewujudan, kerana cahaya dapat menghalau kegelapan.

Jika cahaya matahari dapat menghalau kegelapan yang menutupi benda-benda

alam yang nyata, maka cahaya Nur Ilahi pula dapat menghalau kegelapan yang

menutup hakikat-hakikat yang ghaib. Mata di kepala melihat benda-benda alam dan

mata hati melihat kepada hakikat-hakikat. Banyaknya benda alam yang dilihat oleh

mata kerana banyaknya cermin yang membalikkan cahaya matahari, sedangkan

cahaya hanya satu jenis sahaja dan datangnya dari matahari yang satu jua. Begitu

juga halnya pandangan mata hati. Mata hati melihat banyaknya hakikat kerana

banyaknya cermin hakikat yang membalikkan cahaya Nur Ilahi, sedangkan Nur Ilahi

datangnya dari nur yang satu yang bersumberkan Zat Yang Maha Esa.

Kegelapan yang menutupi mata hati menyebabkan hati terpisah daripada

kebenaran. Hatilah yang tertutup sedangkan kebenaran tidak tertutup. Dalil atau

bukti yang dicari bukanlah untuk menyatakan kebenaran tetapi adalah untuk

mengeluarkan hati dari lembah kegelapan kepada cahaya yang terang benderang

bagi melihat kebenaran yang sememangnya tersedia ada, bukan mencari kebenaran

baharu. Cahayalah yang menerangi atau membuka tutupan hati. Nur Ilahi adalah

cahaya yang menerangi hati dan mengeluarkannya dari kegelapan serta

membawanya menyaksikan sesuatu dalam keadaannya yang asli. Apabila Nur Ilahi

sudah membuka tutupan dan cahaya terang telah bersinar maka mata hati dapat

memandang kebenaran dan keaslian yang selama ini disembunyikan oleh alam

nyata. Bertambah terang cahaya Nur Ilahi yang diterima oleh hati bertambah jelas

kebenaran yang dapat dilihatnya. Pengetahuan yang diperolehi melalui pandangan

mata hati yang bersuluhkan Nur Ilahi dinamakan ilmu laduni atau ilmu yang diterima

dari Allah s.w.t secara langsung. Kekuatan ilmu yang diperolehi bergantung kepada

kekuatan hati menerima cahaya Nur.

Ilahi.

Murid yang masih pada peringkat permulaan hatinya belum cukup bersih, maka

cahaya Nur Ilahi yang diperolehinya tidak begitu terang. Oleh itu ilmu laduni yang

diperolehinya masih belum mencapai peringkat yang halus-halus. Pada tahap ini hati

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!