28.10.2020 Views

LAPORAN-TAHUNAN-UMT-2019-CD

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Kolaborasi Antarabangsa Bidang Marin dan Maritim Bersama Negara-Negara

Eropah

Pada 29 September – 12 Oktober 2019, lawatan kerja bersama beberapa orang penyelidik UMT ke

beberapa institusi berkaitan marin dan maritim di sekitar Eropah telah diadakan. Inisiatif ini bertujuan

untuk memperkasakan bidang marin dan maritim di UMT melalui kolaborasi dalam pelbagai aspek

bersama institusi terkemuka seperti University of Warwick, United Kingdom; Imperial College London,

United Kingdom; National Oceanographic Centre, United Kingdom; ETH Zurich, Switzerland; University

of Bergen (UiB), Norway; World Maritime University, Sweden dan Lund University, Sweden.

UMT – University of Warwick, United Kingdom

University of Warwick merupakan sebuah universiti yang terlibat dalam kerjasama bilateral bersama

UMT dan 10 Universiti Awam yang lain melalui United Kingdom Higher Education Collaboration

Enrichment Programme 2019 (MyUKHECEP 2019). Program ini diadakan bagi memperkukuh jaringan

kerjasama akademik dan penyelidikan seperti pertukaran pelajar dan staf serta penyelidikan bersama

pihak industri melalui Warwick Manufacturing Group (WMG).

UMT – Imperial College London, United Kingdom

Lawatan ini telah menarik minat pihak Imperial College London untuk bekerjasama dengan UMT

dalam bidang marin dan akuatik khususnya kajian berkaitan oseanografi tropika dan paya bakau.

Kerjasama ini juga bakal membuka peluang program sangkutan pelajar dan staf bagi tujuan latihan.

UMT – National Oceanography Centre (NOC), United Kingdom

Perbincangan bersama pihak NOC menjurus kepada jalinan rakan strategik antarabangsa dalam

bidang persekitaran Marin. Kerjasama ini diperkukuhkan dengan pemeteraian Memorandum

Perjanjian UMT – NOC dalam aktiviti penyelidikan berkaitan habitat Mapping, Biology and Ecology,

Physical Oceanography dan Policy Engagement.

UMT – ETH Zurich, Switzerland

Perbincangan telah diadakan bersama pihak Department of Earth Sciences, ETH Zurich berkaitan

peluang meneroka kekuatan dan kerjasama dalam bidang sains dan teknologi. UMT turut mempelawa

para penyelidik ETH sebagai Profesor Pelawat bagi berkongsi pengalaman dalam pengurusan

akademik, penyelidikan dan sumber.

Laporan

Naib Canselor

45

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!