28.10.2020 Views

LAPORAN-TAHUNAN-UMT-2019-CD

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Konsep Reka Bentuk

Jasad kecil usah diperlekeh dayanya…

Sekali tersengat tersungkur tumbang

menyembah bumi…

Badai menghempas menghanyutnya ke pantai…

mencetus gegar dan gentar seluruh semesta…

Itulah Portuguese Man O’War (Physalia physalis),

hidupan kecil penghuni lautan yang digeruni.

Makhluk ini melambangkan suatu metafora dalam

penjelmaan kecemerlangan UMT. Sebuah entiti

yang ditujah dengan usaha jitu setiap warganya

dalam menempa episod kegemilangan. Biarpun

kecil, UMT gah beraksi di pentas pendidikan tinggi

negara dan gigih menggapai bintang di kanvas

global.





Simulator

Pengendalian

Kapal

MaLTraC

- Maritime

Logistics and

Transport Centre

TAF - Teaching

Accounting Firm

Bidang Tujahan Ilmu

Kelautan dan Sumber

Akuatik

Lokasi di Pesisir

Laut China Selatan

INOS-HICoE dalam

Oseanografi dan

Sains Marin

Stesen-stesen penyelidikan -

Pulau Bidong, Chagar Hutang

(Pulau Redang), Setiu Wetland

dan Tasik Kenyir

RV Discovery- Satu-satunya universiti

awam (UA) yang memiliki kapal

untuk penyelidikan, pengajaran

dan pembelajaran

ICoE - industry Centre

of Excellence (ICoE)

Kluster Maritim

Pusat

Pelayaran UMT

Discovery Kenyir

SEATRU - Sea Turtle Research

Unit di Pulau Redang

- Diiktiraf oleh UNESCO

Survival Laut dan

Penghayatan Warisan

- Program unik untuk

pelajar baharu

Satu-satunya Hatcheri

Krustasia di Malaysia

STEM - Pusat Asasi

STEM UMT

Santuari kuda laut pertama

- diiktiraf oleh The Malaysia

Book of Records




6


7


8


9


10


11


12


KANDUNGAN

4

12

33

49

57

83

121

149

181

197

219

251

267

Sorotan Kejayaan UMT 2019

Maklumat Korporat UMT

Laporan Naib Canselor

Kejayaan dan Pencapaian

Kecemerlangan Pembelajaran dan Pengajaran

Keunggulan Penyelidikan dan Inovasi

Pembangunan Pelajar dan Alumni

Memacu Pemindahan Ilmu dan Jaringan Industri

Keterlihatan Global

Pemerkasaan Bakat

Perkhidmatan dan Fasiliti

Pemantapan Citra

Kelestarian Kewangan

13


SEJARAH PENUBUHAN

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

14


FOKUS STRATEGIK

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

15

15


NILAI-NILAI TERAS

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Sumber: Pelan Strategik UMT 2018-2022

16


TERAS PELAN STRATEGIK

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Sumber: Pelan Strategik UMT 2018-2022

17


CARTA ORGANISASI

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

SEHINGGA 31 JULAI 2019

CARTA ORGANISASI 2

UNIVERSITI MALAYSIA TERE

CANSELOR

NAIB CANSELOR

MPU

CANSELORI

Pejabat Naib

Canselor

Bahagian

Audit Dalam

Bahagian

Undang-Undang

Penerbit

UMT

Pusat Islam

Sultan Mahmud

Pusat

Antarabangsa

Bahagian

Keselamatan

Pusat

Kesihatan

Universiti

Pusat

Penjanaan

Pendapatan

Universiti

TNC (HAL EHWAL

PELAJAR DAN

ALUMNI)

TNC (PENYELIDIKAN

DAN INOVASI)

TNC (AKADEMIK DAN

ANTARABANGSA)

Malim

Pengurusan

Penyelidikan

dan Inovasi

Institut Penyelidikan

Pusat Pengajian

Pusat Pendidikan

Pengajaran dan

Pembelajaran

Bahagian

Pentadbiran HEPA

Pusat

Alumni UMT

Pusat

Keusahawanan dan

Kerjaya

Pusat Pembangunan

Holistik dan

Kaunseling Pelajar

Pusat Sukan

dan Rekreasi

Pusat Pengurusan

Penyelidikan dan

Inovasi

- Seksyen Penerbitan

Penyelidikan Ilmiah

Makmal Berpusat

- Stesen

Penyelidikan

Alami Penyu,

Chagar Hutang

- Stesen

Penyelidikan

Alami Marin,

Pulau Bidong

- Stesen

Penyelidikan

Alami Tanah

Bencah Setiu

- Stesen

Penyelidikan

Alami Kenyir

Institut Oseanografi

dan Sekitaran

Institut Akuakultur

Tropika

Institut Bioteknologi

Marin

Institut Biodiversiti

Tropika dan

Pembangunan

Lestari (IBTPL)

Pusat Pengajian

Sains Asas

Pusat Pengajian Informatik

dan Matematik Gunaan

Pusat Pengajian Sains

Marin dan Sekitaran

Pusat Pengajian

Sains Perikanan

dan Akuakultur

Pusat Pengajian

Sains dan Teknologi

Makanan

Pusat Pendidikan

Asas dan Liberal

1. Jabatan

Kenegaraan dan

Peradaban

2. Jabatan Bahasa dan

Komunikasi

3. Jabatan Ilmu Dasar

dan Pendidikan

Liberal

4. Pusat Kokurikulum

5. Pusat Pembelajaran

Bahasa Inggeris

Pusat Perancangan,

Pembangunan dan

Kualiti Akademik

- e-Pembelajaran

Pusat Pengurusan

Siswazah

Pusat Kebudayaan

dan Kesenian

Pusat Pengajian

Perniagaan

dan Pengurusan Maritim

Kolej Siswa

Pusat Pengajian

Pembangunan Sosial

dan Ekonomi

Pusat Pengajian

Kejuruteraan Kelautan

18


019

NGGANU

LPU

SENAT

- Jawatankuasa Pembangunan Program Pengajian Universiti

- Jawatankuasa Anugerah dan Hadiah Universiti

- Jawatankuasa Tetap Ijazah Kehormat dan Profesor Emeritus

- Jawatankuasa Rayuan Gagal dan Diberhentikan

- Jawatankuasa Salah Laku Akademik

- Jawatankuasa Induk Majlis Konvokesyen

- Jawatankuasa Penyelidikan Universiti

- Jawatankuasa Penerbitan Universiti

- Jawatankuasa Governan dan Pemilih

- Jawatankuasa Audit dan Pengurusan Risiko

- Jawatankuasa Tetap Kewangan

- Jawatankuasa Pelaburan dan Endowmen

- Jawatankuasa Pemilih Utama

- Jawatankuasa Tatatertib (Staf) – 5 Kategori

- Jawatankuasa Rayuan Tatatertib (Staf)

- Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar

- Jawatankuasa Kebajikan Pelajar

- Jawatankuasa Aduan Pelajar

PNC (HAL EHWAL

KORPORAT DAN

JARINGAN INDUSTRI)

KETUA

PUSTAKAWAN

PENGARAH

PEMBANGUNAN

DAN HARTA

PENDAFTAR

BENDAHARI

Perpustakaan

Sultanah Nur Zahirah

Pusat

Pembangunan

dan Harta

Pejabat Pendaftar

Pejabat Bendahari

Pusat Transformasi,

Perancangan Strategik

dan Risiko

Bahagian

Pembangunan Sumber

Ilmu (BPSI)

Bahagian Pengurusan

Pembangunan

Bahagian

Governan dan

Pentadbiran

Bahagian Penjanaan

Pendapatan dan

Endowmen

Pusat Komunikasi

Korporat

Bahagian Pengurusan

Repositori Data

Bahagian Pengurusan

Penyelenggaraan

Jabatan Sumber

Manusia

Bahagian Pengurusan

Dana

Pusat Komunikasi

Strategik Putrajaya

Pusat Pemindahan Ilmu

dan Jaringan Industri

Bahagian Pengurusan

Teknologi Perpustakaan

Bahagian Pentadbiran

dan Komunikasi

Strategik

Bahagian Pengurusan

Fasiliti dan Kenderaan

Pusat Pembangunan

Bakat dan Inovasi

Bahagian Perakaunan

dan Aset

Pusat

Pengurusan Teknologi

Maklumat

Bahagian Pengurusan

dan Perkhidmatan

Maklumat (BPPM)

Jabatan Pengurusan

Akademik

Bahagian Perkhidmatan

Kewangan

Bahagian Data dan

Rekod

PETUNJUK

......... Kaitan antara PTj dari

segi fungsi

------- Aliran maklumat ke

Bahagian Data dan

Rekod

------- Aliran maklumat Data

Strategik ke e-Data

(TSR)

------- Aliran maklumat kepada

Pengarah Pusat

Penjanaan Pendapatan

Universiti

Tarikh kuat kuasa : 1 Januari 2019

19


CARTA ORGANISASI

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

MULAI 1 OGOS 2019

CANSELOR

PRO-CANSELOR

LEMBAGA

PENGARAH

NAIB CANSELOR

• SENAT

• MPU

TNC

(AKADEMIK DAN ANTARABANGSA)

TNC

(PENYELIDIKAN DAN INOVASI)

TNC

(HAL EHWAL PELAJAR

DAN ALUMNI

Fakulti

Pusat

Pendidikan

Pengurusan

Akademik

Asasi

Institut

Penyelidikan

Pengurusan

Penyelidikan &

Inovasi

Sokongan

Penyelidikan

Pembangunan

Pelajar

Kediaman

Fakulti

Pengajian

Maritim

Fakulti Sains

dan Sekitaran

Marin

Fakulti

Teknologi

Kejuruteraan

Kelautan dan

Informatik

Fakulti

Perikan

dan Sains

Makanan

Fakulti

Perniagaan,

Ekonomi dan

Pembangunan

Sosial

Pusat

Pendidikan Asas

dan Lanjutan

(PPAL)

• Jabatan

Kenegaraan

dan

Ketamadunan

• Jabatan

Bahasa dan

Komunikasi

• Jabatan Ilmu

Dasar dan

Keusahawanan

• Jabatan

Kokurikulum

Berkredit

Pusat

Pembelajaran

Bahasa

Inggeris (ELC)

Pusat

Pengurusan

Akademik

dan Kualiti

Pusat

Antarabangsa

Pusat

Asasi

STEM

Institut

Oseanografi

dan Sekitaran

Institut

Akuakultur

Tropika dan

Perikanan

Institut

Bioteknologi

Marin

Institut

Biodiversiti

Tropika dan

Pembangunan

Lestari

Pusat

Kecemerlangan

Penyelidikan

dan Inovasi

(PKPI)

Pusat

Pengurusan

Penyelidikan

dan Inovasi

Pusat

Perkhidmatan

Penyelidikan

dan Lapangan

Penerbit UMT

Jabatan Hal-

Ehwal Pelajar

Pusat

Pembangunan

Holistik dan

Kokurikulum

• Bahagian

Pembangunan

Holistik Pelajar

• Bahagian

Sukan dan

Rekreasi

• Bahagian

Kebudayaan

dan Keseniaan

Pusat Alumni

Pusat

Keusahawanan

dan Kerjaya

Kolej

Kediaman

Pusat Latihan

Pelayaran

20


Penasihat Undang-Undang

Ketua Audit Dalam

Ketua Integriti

Pro-NC

(HAL EHWAL

KORPORAT &

JARINGAN INDUSTRI

CANSELORI

PENDAFTAR

Governan

dan Pengurusan

BENDAHARI

Kewangan

KETUA

PUSTAKAWAN

Pengurusan Sumber

Ilmu

KETUA PEGAWAI

MAKLUMAT (CIO)

Ekosistem Digital

PENGARAH

Pembangunan

dan Harta

Pusat

Komunikasi

Korporat

Pusat

Komunikasi

Strategik

Pusat

Transformasi

Strategik dan

Risiko

Pusat

Pemindahan

Ilmu dan

Jaringan

Industri

• Pejabat Naib

Canselor

• Pejabat

Timbalantimbalan

Naib

Canselor

• Pejabat Pro-

Naib Canselor

• Pejabat

Penasihat

Undang-Undang

• Bahagian Audit

Dalam

• Unit Integriti

• Unit OKU

Pusat Islam

Sultan

Mahmud

Pejabat

Pendaftar

• Bahagian

Governan,

Pentadbiran

dan Kewangan

• Bahagian

Keselamatan

Jabatan

Sumber

Manusia

Pusat

Pembangunan

Bakat dan

Inovasi

Pusat

Kesihatan

Universiti

Pejabat

Bendahari

Perpustakaan

Sultanah Nur

Zahirah

Pusat

Data dan

Pembangunan

Digital

Pusat

Pengurusan

Pengetahuan

dan Teknologi

Komunikasi

Pejabat

Pembangunan

dan Harta

21


22


CANSELOR

Universiti Malaysia Terengganu

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA

SULTANAH NUR ZAHIRAH

D.K., D.M.N., S.S.M.Z., S.S.M.T., D.K. (Kedah),

Knight Grand Cross (First Class) of the Most Illustrious Order of Chula Chom Klao

(Thailand)

Sultanah Terengganu

23


24


PRO-CANSELOR

Universiti Malaysia Terengganu

TAN SRI SAMSUDIN OSMAN

P.M.N., P.S.M., S.S.A.P., S.P.M.S., S.J.M.K., S.I.M.P.,

S.P.M.P., S.P.D.K., D.P.M.S., D.H.M.S., P.G.D.K., D.P.M.J.,

J.S.M., P.M.P., D.G.S.M., A.M.N., S.M.W., S.U.M.W.

25


LEMBAGA PENGARAH UNIVERSITI

26


27


JAWATANKUASA

SENARAI JAWATANKUASA

DI BAWAH

LEMBAGA

LEMBAGA PENGARAH

28


29


30


31


32

JAWATANKUASA PENGURUSAN UNIVERSITI


33


34


Laporan

Naib Canselor

35


PROF. DATO' DR. NOR AIENI HAJI MOKHTAR


MELONJAK WIBAWA UMT

KE ARAH KESOHORAN ILMU

KELAUTAN

“MELONJAK WIBAWA UMT KE ARAH KESOHORAN ILMU KELAUTAN” merupakan harapan dan impian

untuk meningkatkan keterlihatan UMT dalam bidang tujahan ilmu kelautan dan sumber akuatik.

Kita beriltizam untuk membawa UMT ke arah kecemerlangan seiring dengan matlamat Kementerian

Pendidikan Malaysia menerusi Amanat Tahun 2019 Yang Berhormat Menteri Pendidikan Malaysia

yang menggariskan tujuh keperluan untuk mengembalikan wibawa universiti iaitu:

A

B C D

Menggalakkan

universiti untuk

menyuburkan budaya

dialog, forum, debat,

wacana dan program

lain yang bersifat

intelektual

Etika merupakan

aspek yang sangat

besar dan perlu

ditekankan

Geran penyelidikan

yang diperuntukkan

mestilah berbentuk

knowledge transfer

Menjadikan Malaysia

sebagai International

education hub

E F G

Penyelidikan ke arah

menyelesaikan masalah

masyarakat yang

bersifat semasa dan

substantial

Sistem perhubungan

antara perpustakaan

seluruh universiti

akan ditambah baik

Memudahkan sistem kenaikan

pangkat dengan mengambil

kira proses perekrutan,

keperluan kebajikan dan

program khusus untuk loyalty

retention yang berkait rapat

dengan happiness index dan

kesejahteraan organisasi

UMT juga melancarkan 7 Big Ideas menerusi inisiatif di bawah Lembaga Pengarah UMT. Inisiatif

tersebut menggariskan untuk melonjak kewibawaan UMT menerusi Penawaran Program Akademik,

Teaching Port, Platform Decommissioning Programs, National Marine and Aquatic Diversity and

Data Centre, Sailing Centre, International Centre of Ocean Governance, English Communication

Enhancement and STEM.

Laporan

Naib Canselor

37


Sepanjang perjalanan UMT pada tahun 2019 telah dilakari pelbagai kejayaan, pencapaian dan

perubahan yang memerlukan UMT bersedia untuk mempertingkatkan prestasi dan potensi seterusnya

menonjolkan kewibawaan UMT sebagai universiti tersohor dalam bidang tujahannya sama ada di

persada negara mahupun antarabangsa.

Sesungguhnya kejayaan dan kecemerlangan yang dicapai pada tahun 2019 adalah berkat

kesungguhan dan kerjasama di segenap lapisan warga UMT yang sentiasa berusaha memperkasa

budaya kerja dan kreativiti dalam memastikan setiap misi dan visi UMT tercapai. Ucapan setinggi

penghargaan dan terima kasih kepada Lembaga Pengarah Universiti, ahli Pengurusan Universiti dan

warga UMT termasuk pelajar dan alumni UMT atas sokongan dan sumbangan yang diberikan selama

ini dengan kecaknaan, kesungguhan dan kecintaan kita kepada Universiti ini. Keterlibatan semua

pihak dalam meneroka peluang sehingga ke lautan biru demi kelestarian komuniti dan meningkatkan

pencapaian adalah pemangkin kepada kejayaan UMT untuk tahun-tahun berikutnya.

Era Malaysia Baharu dengan Wawasan Kemakmuran Bersama menuntut semua warga UMT untuk

bersedia melakukan perubahan minda dan budaya kerja agar selaras dengan ekosistem pendidikan

tinggi semasa dan teknologi masa hadapan. Sikap yang positif dan kebersamaan yang ditonjolkan

oleh seluruh warga UMT dengan sikap penerimaan dan saling hormat-menghormati, UMT mampu

meningkatkan prestasi dan kecemerlangan Universiti. Pencapaian dan kejayaan yang dikecapi pada

tahun 2019 adalah insiatif UMT memacu lapan teras utama Pelan Strategik UMT iaitu Pemerkasaan

Bakat, Kecemerlangan Pembelajaran dan Pengajaran, Pembangunan Pelajar, Keunggulan Penyelidikan

dan Inovasi, Memacu Pemindahan Ilmu dan Jaringan Industri, Keterlihatan Global, Kelestarian

Kewangan dan Pemantapan Citra.

Pada tahun 2019 ini juga UMT memperluas kolaborasi bersama pemain industri baik dari dalam

dan luar negara demi memastikan setiap teras universiti dari segi akademik, pentadbiran, pengurusan,

penerbitan, penyelidikan, inovasi serta jaringan antarabangsa terus berwibawa dan berdaya saing.

Dedikasi, kerajinan, pengorbanan dan ketabahan yang ditunjukkan oleh seluruh warga UMT secara

langsung dapat meningkatkan prestasi Universiti khususnya dalam memastikan UMT terus berwibawa

dalam menerajui Pendidikan Tinggi 4.0 semestinya dalam bidang tujahan ilmu kelautan. Oleh yang

demikian, besarlah harapan saya agar Laporan Tahunan 2019 ini akan membantu UMT mensasarkan

kedudukan antara 10 universiti terbaik di Malaysia pada tahun 2020.

38


PEMERKASAAN BAKAT

Tahun 2019, memperlihatkan pelbagai inisiatif bagi meningkatkan kecemerlangan bakat akademik dan

bukan akademik di UMT. Dalam memastikan usaha memperkasa kompetensi bakat di UMT, inisiatif

Competency Based Talent Management (CBTM) telah dimulakan dengan pembangunan kompetensi

kefungsian dan kompetensi teras UMT melibatkan wakil daripada 14 skim kefungsian sokongan

akademik. Sebanyak lima kompetensi teras telah dipilih semasa bengkel pembangunan ini iaitu

collaborative/networking (Kerjasama/rangkaian), integrity (integriti), accountibility (akauntabiliti),

leveraging diversity (kepelbagaian) dan creativity and innovation (kreatif dan inovatif).

Kecemerlangan dan kewibawaan warga UMT merupakan nadi kepada pembangunan universiti

ke arah memperkasakan visi dan misi universiti. Pengiktirafan kejayaan bakat UMT telah dibuktikan

melalui beberapa kejayaan ahli akademik UMT yang mendapat pengiktirafan atau anugerah di

peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa yang boleh dibanggakan. Antaranya, kejayaan

berterusan Dr. Shahreza Md. Shariff yang telah merangkul Anugerah Akademi Negara bagi Kategori

Pengajaran (Kelompok Sains Gunaan), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pengiktirafan Pingat

Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang diterima oleh Dr. Izan Jaafar

dan kecemerlangan Prof. Madya Dr. Wan Iryani Wan Ismail yang telah berjaya menerima Anugerah

L’Oréal-UNESCO for Women in Science (FWIS), Yayasan L’Oréal.

Laporan

Naib Canselor

39


KECEMERLANGAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

Agenda kecemerlangan Akademik 4.0 iaitu program pemantapan akademik diperkenalkan oleh UMT

pada awal tahun 2018 untuk meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran serta kecemerlangan

pencapaian akademik pelajar.

Pelaksanaan semua inisiatif yang ditetapkan dalam Akademik 4.0 bertujuan melonjakkan

UMT sebagai sebuah universiti tersohor dalam bidang tujahan, Ilmu Kelautan dan Sumber Akuatik.

Seterusnya mengukuhkan reputasi akademik UMT untuk menjadi sebuah universiti yang berada pada

kelompok 200 universiti terkemuka dunia dalam QS World University Ranking pada tahun 2023.

Inisiatif yang telah dilaksanakan mulai tahun 2018 adalah Industry in the Classroom, Professional

Affiliations, Examiners Alleviation, Excellent Graduate Augmentation, Conducive e-Learning Space, Class

Streamlining, Empowering Undergraduate Research Day dan World Class Programmes.

40


PEMBANGUNAN PELAJAR

UMT sentiasa memperkasa Pembangunan Holistik Pelajar dengan mementingkan keseimbangan

antara kebajikan pelajar dengan keperluan pembelajaran sepanjang hayat, pembangunan kepimpinan,

dan membina alumni unggul. Perkara ini selaras dengan strategi UMT untuk meningkatkan

kadar kebolehpasaran graduan lepasan Universiti ini. Pada tahun 2019, UMT telah menonjolkan

kecemerlangan dalam pelbagai aktiviti bersifat kebajikan di bawah inisiatif Act of Kindness (AOK)

yang bersistematik dan menyeluruh menerusi program-program seperti UMT Crew, Gerobok Rezeki

dan lain-lain program kesukarelawanan pelajar bagi mencapai matlamat yang ditetapkan di bawah

Pelan Strategik UMT.

Laporan

Naib Canselor

41


KEUNGGULAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI

UMT telah mempergiatkan pelbagai inisiatif untuk memperkasakan aktiviti penyelidikan, inovasi,

penerbitan dan perundingan yang menjadi tunjang perkembangan ilmu di Universiti ini. Inisiatifinisiatif

ini bertujuan untuk memacu aktiviti penyelidikan UMT agar keterlihatan di peringkat global,

pemantapan bidang tujahan, inovasi sosial, penerbitan berimpak tinggi dan sumbangan kepada

komuniti.

UMT telah berjaya memperoleh geran kerajaan berjumlah RM12.8 juta pada tahun 2019

berbanding RM9.4 juta pada tahun 2018. Satu kejayaan buat UMT berbanding tahun sebelum

dengan peningkatan jumlah geran yang diperoleh sebanyak 36.2%. Sumbangan terbesar adalah dari

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kejayaan memperoleh Skim Geran Penyelidikan

Fundamental (FRGS) yang berjumlah RM5.3 juta.

Tahun 2019 turut menyaksikan UMT juga berjaya memperoleh penarafan MyRA 5 bintang buat

pertama kali bagi penilaian Audit MyRA tahun 2018. Kejayaan UMT ini dapat menggambarkan bahawa

kualiti dan mutu penyelidikan UMT semakin diterima di peringkat nasional dan antarabangsa.

42


MEMACU PEMINDAHAN ILMU DAN JARINGAN INDUSTRI

Selaras dengan matlamat pada tahun 2019 iaitu memperkasa kerjasama bersama industri, sudah

tentu elemen pemindahan ilmu dan jaringan industri mempunyai tugas yang begitu besar untuk

direalisasikan. UMT sebagai Pusat Transformasi Masyarakat, seiring dengan University for Society

(U4S), telah memperkenalkan pelbagai inisiatif seperti Makmal Komuniti, Digital Maker Hub, i-Makers,

PPRN-UMT dan Pasar FAMA-UMT dan yang terkini ialah Sistem Penarafan Bintang Libatsama

Komuniti. Sistem Penarafan Bintang Libatsama Komuniti dan Industri akan dilaksanakan pada tahun

2020 bagi memastikan setiap kerjasama strategik di antara UMT dengan pihak industri/komuniti dapat

memberikan manfaat kepada semua pihak. UMT juga menawarkan kepakaran dan pelbagai kemudahan

kepada pihak luar terutamanya kepada pihak industri/komuniti. UMT bertekad untuk terus mempergiat

kerjasama strategik dengan pelbagai pihak berkepentingan bagi memastikan banyak manfaat dapat

dinikmati oleh semua pihak. Justeru, kerjasama dan sokongan yang erat amat diperlukan daripada

semua pusat tanggungjawab untuk melonjakkan aktiviti libatsama industri dan komuniti untuk menjana

perubahan dan kemajuan bersama dalam melonjak wibawa UMT bersama Komuniti dan Industri.

Laporan

Naib Canselor

43


KETERLIHATAN GLOBAL

Tahun 2019 menyaksikan strategi untuk menempatkan UMT di persada antarabangsa menerusi

pelbagai program seperti mobiliti antarabangsa, penawaran program luar pesisir (offshore program)

dan kerjasama strategik bersama rakan-rakan antarabangsa telah membuahkan hasil. Hal ini

merupakan inisiatif dan usaha keras seluruh warga untuk melonjakkan UMT dengan matlamat untuk

mendapat pengiktirafan antarabangsa serta membina satu budaya kerja dan motivasi antarabangsa

dalam kalangan warga UMT.

Tahun 2019 telah menyaksikan bilangan enrolmen pelajar antarabangsa telah meningkat iaitu

seramai 377 orang pelajar melebihi sasaran yang ditetapkan iaitu 300 orang pelajar. Manakala

bilangan pelajar program mobiliti telah mencatatkan jumlah 328 pelajar inbound ke UMT dan 396

pelajar UMT outbound ke luar negara.

Bilangan aktiviti jaringan antarabangsa berimpak tinggi juga telah melebihi sasaran yang

ditetapkan iaitu sebanyak 95 aktiviti telah dilaksanakan berbanding sasaran 24 aktiviti yang ditetapkan

di bawah PSUMT 2018-2022.

44


Kolaborasi Antarabangsa Bidang Marin dan Maritim Bersama Negara-Negara

Eropah

Pada 29 September – 12 Oktober 2019, lawatan kerja bersama beberapa orang penyelidik UMT ke

beberapa institusi berkaitan marin dan maritim di sekitar Eropah telah diadakan. Inisiatif ini bertujuan

untuk memperkasakan bidang marin dan maritim di UMT melalui kolaborasi dalam pelbagai aspek

bersama institusi terkemuka seperti University of Warwick, United Kingdom; Imperial College London,

United Kingdom; National Oceanographic Centre, United Kingdom; ETH Zurich, Switzerland; University

of Bergen (UiB), Norway; World Maritime University, Sweden dan Lund University, Sweden.

UMT – University of Warwick, United Kingdom

University of Warwick merupakan sebuah universiti yang terlibat dalam kerjasama bilateral bersama

UMT dan 10 Universiti Awam yang lain melalui United Kingdom Higher Education Collaboration

Enrichment Programme 2019 (MyUKHECEP 2019). Program ini diadakan bagi memperkukuh jaringan

kerjasama akademik dan penyelidikan seperti pertukaran pelajar dan staf serta penyelidikan bersama

pihak industri melalui Warwick Manufacturing Group (WMG).

UMT – Imperial College London, United Kingdom

Lawatan ini telah menarik minat pihak Imperial College London untuk bekerjasama dengan UMT

dalam bidang marin dan akuatik khususnya kajian berkaitan oseanografi tropika dan paya bakau.

Kerjasama ini juga bakal membuka peluang program sangkutan pelajar dan staf bagi tujuan latihan.

UMT – National Oceanography Centre (NOC), United Kingdom

Perbincangan bersama pihak NOC menjurus kepada jalinan rakan strategik antarabangsa dalam

bidang persekitaran Marin. Kerjasama ini diperkukuhkan dengan pemeteraian Memorandum

Perjanjian UMT – NOC dalam aktiviti penyelidikan berkaitan habitat Mapping, Biology and Ecology,

Physical Oceanography dan Policy Engagement.

UMT – ETH Zurich, Switzerland

Perbincangan telah diadakan bersama pihak Department of Earth Sciences, ETH Zurich berkaitan

peluang meneroka kekuatan dan kerjasama dalam bidang sains dan teknologi. UMT turut mempelawa

para penyelidik ETH sebagai Profesor Pelawat bagi berkongsi pengalaman dalam pengurusan

akademik, penyelidikan dan sumber.

Laporan

Naib Canselor

45


UMT – University of Bergen (UiB), Norway

UiB merupakan sebuah universiti berfokuskan marin terbesar di Norway dan mempunyai kerjasama

luas bersama pihak industri. Lawatan ke universiti ini membuka peluang UMT untuk bekerjasama

dalam bidang perikanan dan akuakultur di samping menyediakan peluang mobiliti staf dan pelajar.

Pengalaman dan jaringan luas UiB bersama industri juga berpotensi untuk membantu UMT dalam

pengkomersialan hasil penyelidikan dengan kerjasama industri.

UMT – World Maritime University (WMU), Sweden

Perbincangan bersama WMU menjurus kepada hasrat Kerajaan Malaysia melalui UMT dan

Kementerian Pengangkutan Malaysia untuk mewujudkan pakatan strategik bersama WMU dengan

menawarkan program-program pengajian peringkat Sarjana dan PhD dalam bidang maritim,

seterusnya menjadikan UMT sebagai hub penawaran program WMU secara mirror programme di

Rantau Asia Tenggara.

46


KELESTARIAN KEWANGAN

Budaya pengurusan kewangan secara lestari telah menjadi amalan dalam setiap peringkat pengurusan

di UMT berdasarkan sokongan dan penerimaan positif dalam kalangan warga yang mempunyai

kesedaran terhadap kepentingan pengurusan kewangan yang cekap, berintegriti, berhemah dan lestari.

Pada tahun 2019, inisiatif telah digariskan antaranya memperkasakan struktur governan pengurusan

penjanaan pendapatan universiti dengan memperkenalkan konsep ‘New Money’ untuk kelestarian

kewangan UMT diteruskan dan diperkasakan.

UMT juga melaksanakan strategi berimbang antara penjimatan berhemah dan penjanaan baharu

iaitu dengan mengurangkan ketirisan dan perbelanjaan kepada aktiviti yang tidak menyumbang

kepada impak yang besar dan peningkatan kualiti serta dalam masa yang sama meneroka ruangruang

penjanaan dan pelaburan yang baharu. Antaranya adalah memperkenalkan pendekatan baharu

penjimatan utiliti dengan memanfaatkan kepakaran dalam penggunaan tenaga keterbaharuan dan

teknologi hijau.

Laporan

Naib Canselor

47


KESIMPULAN

UMT telah menunjukkan peningkatan

sejak penubuhannya pada tahun 2001.

Kewibawaan UMT sebagai institusi

pengajian tinggi yang berfokus marin

telah diketahui dan dikenali dalam

dan luar negara. Komitmen tinggi

yang ditunjukkan oleh setiap lapisan

warga UMT sangat diperlukan demi

memastikan setiap perancangan

program dan inisiatif pada tahun 2019

berjaya dilaksanakan malah mencapai

standard yang setanding dengan

universiti terkemuka di dunia.

Buku Laporan Tahunan 2019 ini

adalah rekod pencapaian dan program

serta aktiviti UMT yang mencerminkan

bahawa setiap warga kampus sentiasa

bersedia untuk menggembeleng usaha

dan tenaga bagi mencapai matlamat

universiti. Oleh itu, setiap amanah dan

tanggungjawab yang diberikan kepada

seluruh warga UMT dapat dilaksanakan

sebaik mungkin malah sentiasa

ditambah baik dari semasa ke semasa.

48


Laporan

Naib Canselor 49


50


Kejayaan

dan Pencapaian

51


52


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menetapkan empat Petunjuk Prestasi Utama (KPI)

yang perlu dicapai oleh setiap Universiti Awam iaitu Nisbah Sitasi (Kumulatif) Per Pensyarah,

Bilangan Pelajar Antarabangsa, Peratus Penjanaan Pendapatan dan Kadar Kebolehpasaran

Graduan. Secara keseluruhan, UMT telah mencatatkan pencapaian membanggakan apabila keempatempat

KPI tersebut telah melebihi sasaran yang telah ditetapkan.

KPI 1

NISBAH SITASI (KUMULATIF)

PER PENSYARAH

Jumlah sitasi menjadi pengukur kepada kualiti

dan impak sesebuah artikel yang diterbitkan dan

menjadi rujukan kepada penyelidik lain. Keghairahan

para akademia UMT mengejar kecemerlangan

dapat dilihat melalui pencapaian yang cemerlang

pada tahun 2019 dalam nisbah sitasi (kumulatif)

per pensyarah iaitu 15 berbanding 12.9 yang

disasarkan oleh pihak Kementerian. Jumlah sitasi

ini juga menunjukkan peningkatan yang konsisten

dari tahun 2017 hingga tahun 2019 iaitu daripada

8.8 melonjak naik ke 15.3. Ternyata usaha UMT

memperluaskan kolaborasi penyelidikan dan

penerbitan bersama penyelidikan dalam dan luar

negara untuk meningkatkan penerbitan dan sitasi

telah membuahkan hasil.

Pencapaian

Kejayaan

dan Pencapaian

53


KPI 2

BILANGAN PELAJAR ANTARABANGSA

Jumlah keseluruhan pelajar antarabangsa di

UMT turut menunjukkan peningkatan yang amat

membanggakan apabila berjaya mencapai angka 705

orang berbanding 250 orang yang telah disasarkan

oleh pihak kementerian. Peningkatan ini signifikan

dengan pelaksanaan pelbagai inisiatif yang telah

digariskan dalam Pelan Strategik UMT (PSUMT)

2018-2022 seperti mentransformasikan sistem

penyampaian dan fasiliti pelajar antarabangsa,

mewujudkan kursus jangka pendek berkredit bersama

universiti luar negara melalui jalinan strategik bagi

membolehkan pelajar UMT mengikuti program

mobiliti inbound berkredit dan sebagainya.

Pencapaian

KPI 3

PERATUS PENJANAAN PENDAPATAN

BERBANDING PERBELANJAAN

MENGURUS

Aktiviti penjanaan pendapatan menjadi agenda

penting Universiti Awam bagi menampung

keperluan perbelanjaan seterusnya mengurangkan

kebergantungan kepada kerajaan. Pada tahun

2019, peratus penjanaan pendapatan UMT telah

menunjukkan peningkatan daripada 18.0% pada

tahun 2018 kepada 21.2% pada tahun 2019. Pelbagai

usaha telah dilaksanakan untuk meningkatkan

penjanaan pendapatan universiti. Antaranya adalah

memperkasakan penjanaan pendapatan melalui

sewaan aset, fasiliti dan lain-lain sumber universiti

yang berpotensi, memperhebatkan aktiviti penjanaan

melalui wakaf dan endowmen serta memantau

prestasi pendapatan dan aktiviti penjanaan syarikat

universiti.

Pencapaian

54


KPI 4

KADAR KEBOLEHPASARAN GRADUAN

Kadar kebolehpasaran graduan tahun 2019 telah

menunjukkan peningkatan iaitu 87.1% berbanding

67.5% tahun sebelumnya. Sebagai usaha

meningkatkan kadar kebolehpasaran graduan, UMT

sentiasa memastikan program pengajian yang

ditawarkan adalah berimpak tinggi, relevan dan

berdaya saing melalui penglibatan industri, penerapan

elemen Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) serta pengukuhan

program 2u2i. Selain itu, tahap penguasaan bahasa

Inggeris dalam kalangan pelajar turut dipertingkat

melalui penganjuran pelbagai program oleh Pusat

Pembelajaran Bahasa Inggeris (ELC).

Pencapaian

Bagi mencapai aspirasi menjadi peneraju ilmu kelautan dan sumber akuatik terunggul dalam negara

dan disegani global, UMT turut mengambil inisiatif menetapkan KPI di peringkat universiti untuk

meningkatkan kecemerlangannya. Berdasarkan kepada 10 KPI yang telah digariskan, lima daripada

KPI tersebut telah mencapai ≥90% sasaran yang telah ditetapkan, dua daripadanya mencapai >50 -

≥90% sasaran dan selebihnya mencapai ≤50% sasaran yang ditetapkan.

Bil

KPI

Pencapaian

2018

Pencapaian

2019

Sasaran

2019

1. Peratus pelajar yang masuk dengan CGPA ≥ 3.0 49% 59% 70%

2. Peratus pensyarah antarabangsa 5% 6% 15%

3. Nisbah penerbitan artikel jurnal terindeks per pensyarah 1.18 1.55 2.1

4. Nisbah sitasi kumulatif penerbitan artikel jurnal 12.4 15.3 13

5. Jumlah perolehan geran penyelidikan (kerajaan) RM9.4j RM12.8j RM9j

6. Jumlah perolehan geran penyelidikan (swasta) RM0.97j R0.49j RM3.5j

7. Jumlah perolehan geran penyelidikan (antarabangsa) RM1.79j RM1.31j RM4.2j

8. Nilai projek perundingan RM0.76j RM2.86j RM0.6j

9. Pencapaian penarafan dalam QS ASIAN University Ranking 291-300 243 Top 250

10. Pencapaian penarafan dalam MyRA N/A 5 Bintang 4 Bintang

Petunjuk:

Capai ≥90% sasaran Capai >50 - ≥90% sasaran Capai ≤50% sasaran

Kejayaan

dan Pencapaian

55


Kemuncak pencapaian pada tahun 2019 menyaksikan visibiliti UMT

berjaya ditonjolkan melalui pencapaian memberangsangkan dalam QS

ASIAN University Rankings 2020 yang meletakkan UMT pada kedudukan

ke-243 universiti terbaik ASIA berbanding 291-300 pada tahun sebelumnya

serta kejayaan UMT mendapat penarafan 5 bintang dalam Malaysia

Research Assessment (MyRA). Kejayaan ini dicapai melalui hasil usaha

pelbagai pihak dalam menjalankan kajian penyelidikan dan penerbitan,

kerjasama strategik global, pertukaran pelajar inbound dan outbound,

jalinan Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum Perjanjian

(MoA) serta penganjuran program-program strategik dan berimpak tinggi.

56


Kejayaan

dan Pencapaian 57


58


Kecemerlangan

Pembelajaran dan Pengajaran

59



Pelaksanaan program meningkatkan kecemerlangan pembelajaran dan pengajaran pada

tahun 2019 memberi fokus kepada mencapai KPI Pelan Strategik UMT 2018-2022 Teras

Kecemerlangan pembelajaran dan pengajaran dan Inisiatif Pemantapan Akademik 4.0.

Secara umum, pelaksanaan inisiatif strategik dan pemantapan akademik bertujuan

untuk meningkatkan kemasukan pelajar berkualiti, meningkatkan kebolehpasaran graduan,

memperkasakan pembelajaran sepanjang hayat dan melahirkan graduan berkualiti.

Pencapaian Teras Kecemerlangan Pembelajaran dan Pengajaran 2019 adalah seperti berikut:

Objektif Strategi

Sasaran

2019

Pencapaian

Meningkatkan Kemasukan Pelajar Berkualiti

KPI : % Pelajar yang masuk dengan CGPA > 3.0

70% 59%

Meningkatkan Kadar Kebolehpasaran Graduan (GE)

KPI : % GE

80% 87.1%

Meningkatkan Graduan Berkualiti

KPI 1: % Graduan Cemerlang 10% 11%

Sarjana Muda 92% 96.2%

KPI 2: % Peningkatan iGOT

Sarjana 35% 30.5%

PhD 30% 28.7%

Kecemerlangan

Pembelajaran dan Pengajaran

61


AKADEMIK 4.0

UMT telah melaksanakan sepenuhnya inisiatif Akademik 4.0; program pemantapan akademik

yang telah diperkenalkan pada awal tahun 2018. Inisiatif ini bertujuan untuk memantapkan kualiti

pembelajaran dan pengajaran serta kecemerlangan pencapaian akademik pelajar seterusnya

melonjakkan UMT sebagai sebuah universiti tersohor dalam bidang tujahan Ilmu Kelautan dan

Sumber Akuatik. Inisiatif ini juga akan mengukuhkan reputasi akademik UMT untuk menjadi sebuah

universiti yang berada pada kelompok 200 universiti terkemuka dunia dalam QS World University

Ranking pada tahun 2023.

Beberapa inisiatif yang telah dilaksanakan mulai tahun 2018 adalah Industry in the Classroom,

Professional Affiliations, Examiners Alleviation, Excellent Graduate Augmentation, Conducive

e-Learning Space, Class Streamlining, Empowering Undergraduate Research Day dan World Class

Programmes.

62


Pelaksanaan dan Pencapaian Akademik 4.0 2019

World Class Programmes

Standard program

akademik baharu yang

akan dibangunkan atau

semakan kurikulum

program sedia ada

dibuat dengan merujuk

kepada program yang

sama ditawarkan oleh 20

universiti terkemuka dunia

Empowering

Undergraduate Research

Pembentangan hasil

kajian Projek Ilmiah

Tahun Akhir di peringkat

universiti dalam bentuk

pembentangan lisan dan

poster untuk penilaian

Industry in The Classroom

Sekurang-kurangnya satu

kuliah industri bagi setiap

kursus yang ditawarkan

Class Streamlining

Penjadualan kuliah

dirancang dengan

mengambil kira waktu

pembelajaran dan

pengajaran yang efektif

Inisiatif

Akademik 4.0

Professional Affiliations

Setiap ahli akademik

menjadi ahli sekurangkurangnya

dalam satu

badan profesional di

peringkat kebangsaan atau

antarabangsa yang diiktiraf

Conducive e-Learning

Space

Menyediakan kemudahan

bilik kuliah yang

menepati pengajaran dan

pembelajaran IR4.0

Examiners Alleviation

Peraturan pemeriksaan

tesis Ijazah Doktor

Falsafah (PhD) hendaklah

terdiri daripada dua orang

profesor dari universiti luar

negara

Excellent Graduate

Augmentation

Sasaran pencapaian

markah purata 70% bagi

semua kursus yang

ditawarkan

Kecemerlangan

Pembelajaran dan Pengajaran

63


PELUASAN SKOP PENSIJILAN MS ISO 9001:2015 DAN ISO/

IEC 27001:2013

Peluasan skop kedua-dua pensijilan tersebut telah merangkumi keseluruhan perkhidmatan yang

ditawarkan oleh UMT. Secara rasminya UMT telah berjaya memenuhi keperluan untuk kedua-dua

pensijilan tersebut masing-masing pada 1 Oktober 2019 (ISMS) dan 21 Oktober 2019 (QMS).

64


Kecemerlangan

Pembelajaran dan Pengajaran

65


PENGIKTIRAFAN

Keberkesanan pelaksanaan program-program Kecemerlangan Akademik PSUMT 2018-2022 dan

Akademik 4.0 telah mengukuhkan reputasi akademik UMT dan persepsi awam terhadap kredibiliti

UMT sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi melalui peningkatan kedudukan UMT dalam QS

Asia University Ranking dengan peningkatan 48 anak tangga daripada kedudukan 291-300 kepada

kedudukan 243 universiti terbaik Asia.

LONJAKAN

48

ANAK TANGGA

66


PROGRAM PENGAJIAN PRASISWAZAH DAN

PASCASISWAZAH

Pada tahun 2019, UMT menawarkan 29 program akademik peringkat Sarjana Muda, satu program

Diploma dan satu program Asasi serta 36 program ijazah kedoktoran dan sarjana mod penyelidikan.

Selain itu, UMT turut menawarkan lapan program akademik di peringkat Sarjana secara mod kerja

kursus. Senarai program pengajian yang ditawarkan adalah seperti berikut;

Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan Informatik

(FTKKI)

• Sarjana Muda Sains (Matematik Kewangan)

• Sarjana Muda Sains (Matematik Gunaan)

• Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian)

• Sarjana Muda Sains Komputer Dengan Informatik Maritim

• Sarjana Muda Sains Komputer (Komputeran Mudah Alih)

• Sarjana Muda Teknologi (Alam Sekitar)

• Sarjana Muda Sains Gunaan (Elektronik dan Instrumentasi)

• Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Maritim)

Fakulti Sains dan Sekitaran Marin (FSSM)

• Sarjana Muda Sains (Sains Marin)

• Sarjana Muda Sains (Biologi Marin)

• Sarjana Muda Sains (Geosains Marin)

• Sarjana Muda Sains (Sains Kimia)

• Sarjana Muda Sains (Kimia Analisis dan Persekitaran)

• Sarjana Muda Sains (Sains Biologi)

• Sarjana Muda Sains Gunaan (Pemuliharaan dan

Pengurusan Biodiversiti)

Pusat Asasi

• Asasi STEM

Program

Prasiswazah

Fakulti Perikanan dan Sains Makanan (FPSM)

• Sarjana Muda Sains Makanan

(Perkhidmatan Makanan dan Pemakanan)

• Sarjana Muda Sains Makanan (Teknologi Makanan)

• Sarjana Muda Sains Agroteknologi (Sains Tanaman)

• Sarjana Muda Sains Agroteknologi (Teknologi Lepastuai)

• Sarjana Muda Sains Gunaan (Perikanan)

• Sarjana Muda Sains Agroteknologi (Akuakultur)

• Diploma Perikanan

Fakulti Pengajian Maritim (FPM)

• Sarjana Muda Pengurusan (Maritim)

• Sarjana Muda Sains

(Sains Nautika dan Pengangkutan Maritim)

Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial

(FPEPS)

• Sarjana Muda Perakaunan

• Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran)

• Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan

• Sarjana Muda Pengurusan (Pengajian Polisi)

• Sarjana Muda Kaunseling

• Sarjana Muda Ekonomi (Sumber Alam)

Kecemerlangan

Pembelajaran dan Pengajaran

67


Program

Pascasiswazah

Mod

Penyelidikan

Doktor Falsafah

• Doktor Falsafah Biologi dan Biokimia

• Doktor Falsafah Perniagaan dan Pentadbiran

• Doktor Falsafah Sains Komputer

• Doktor Falsafah Pengeluaran Tanaman dan Ternakan

• Doktor Falsafah Sains Bumi

• Doktor Falsafah Ekonomi

• Doktor Falsafah Perdagangan Kejuruteraan dan Kejuruteraan

• Doktor Falsafah Sains Alam Sekitar

• Doktor Falsafah Teknologi Perlindungan Alam Sekitar

• Doktor Falsafah Perikanan

• Doktor Falsafah Pemprosesan Makanan

• Doktor Falsafah Kemanusiaan

• Doktor Falsafah Matematik

• Doktor Falsafah Sains Fizikal

• Doktor Falsafah Sains Sosial dan Tingkah Laku

• Doktor Falsafah Khidmat Sosial dan Kaunseling

• Doktor Falsafah Perkhidmatan Pengangkutan

• Doktor Falsafah Perakaunan

Sarjana

• Sarjana Sains Biologi dan Biokimia

• Sarjana Sains Perniagaan dan Pentadbiran

• Sarjana Sains Sains Komputer

• Sarjana Sains Pengeluaran Tanaman dan Ternakan

• Sarjana Sains Sains Bumi

• Sarjana Sains Ekonomi

• Sarjana Sains Perdagangan Kejuruteraan dan Kejuruteraan

• Sarjana Sains Sains Alam Sekitar

• Sarjana Sains Teknologi Perlindungan Alam Sekitar

• Sarjana Sains Perikanan

• Sarjana Sains Pemprosesan Makanan

• Sarjana Sains Kemanusiaan

• Sarjana Sains Matematik

• Sarjana Sains Sains Fizikal

• Sarjana Sains Sains Sosial dan Tingkah Laku

• Sarjana Sains Khidmat Sosial dan Kaunseling

• Sarjana Sains Perkhidmatan Pengangkutan

• Sarjana Sains Perakaunan

Fakulti Perniagaan, Ekonomi

dan Pembangunan Sosial

• Sarjana Kaunseling

• Sarjana Pentadbiran Perniagaan

• Sarjana Pengurusan (Zon Pantai Bersepadu)

Fakulti Sains Perikanan dan Sains Makanan

• Sarjana Sains (Akuakultur)

• Sarjana Sains Perikanan Tropika

Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan

dan Informatik

• Sarjana Sains Komputer

• Sarjana Teknologi Maklumat

Program

Akademik

Pascasiswazah

Mod

Kerja Kursus

Fakulti Sains dan Sekitaran Marin

• Sarjana Sains (Forensik Alam Sekitar)

68


PENAWARAN PROGRAM BAHARU

Dua program baharu prasiswazah, Sarjana Muda Sains (Geosains Marin) dan Sarjana Muda Sains

Komputer (Komputeran Mudah Alih) telah ditawarkan mulai Sesi September 2019/2020 dengan

pengambilan pelajar pertama masing-masing seramai 30 dan 19 pelajar.

i. Sarjana Muda Sains (Geosains Marin)

Program Sarjana Muda (Geosains Marin) telah ditawarkan mulai Sesi Pengajian September

2019/2020 oleh Fakulti Sains dan Sekitaran Marin dengan tempoh pengajian selama 3 tahun

6 bulan. Objektif program adalah untuk menyediakan modal insan yang menyokong aspirasi

negara ke arah pengurusan sumber marin secara mapan dalam bidang tujahan universiti.

ii.

Sarjana Muda Sains Komputer (Komputeran Mudah Alih)

Program Sarjana Muda Sains Komputer (Komputeran Mudah Alih) merupakan program

prasiswazah kedua UMT yang ditawarkan secara Mod Industri (2u2i). Program ini menggabungkan

komponen universiti dan komponen industri yang mana pelajar dikehendaki mengikuti modul

WBL di industri terpilih untuk tempoh setahun di tahun akhir pengajian.

KELULUSAN PROGRAM BAHARU

UMT telah menerima kelulusan untuk penawaran satu program akademik sarjana mod kerja kursus

baharu oleh Jawatankuasa Pendidikan Tinggi (JKPT) pada 17 Januari 2019 iaitu Sarjana Ekonomi di

Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial.

Kecemerlangan

Pembelajaran dan Pengajaran

69


PROGRAM ASASI STEM

Program Asasi STEM telah memasuki tahun kedua penawaran

dengan bilangan kemasukan pelajar telah meningkat

sebanyak 48.39% iaitu seramai 92 orang pelajar berbanding

92 62 orang pada tahun pertama penawaran 2018.

Pengambilan Pelajar Asasi STEM

2019 2018

62

PENGAMBILAN DAN ENROLMEN PELAJAR

Bilangan pelajar baharu prasiswazah menurun sebanyak 24.15% pada tahun 2019 iaitu seramai 2,157

orang pelajar berbanding 2,844 orang pelajar pada tahun 2018. Enrolmen pelajar prasiswazah juga

menurun sebanyak 5.66% iaitu 8,402 pelajar pada tahun 2019 berbanding 8,906 orang pelajar pada

tahun 2018.

Bilangan pelajar baharu pascasiswazah telah meningkat sebanyak 22.98% pada tahun 2019

iaitu seramai 487 orang pelajar berbanding 396 orang pelajar pada tahun 2018. Enrolmen pelajar

pascasiswazah meningkat sebanyak 8.05% iaitu 1,597 pelajar pada tahun 2019 berbanding 1,478

orang pelajar pada tahun 2018.

Perbandingan jumlah pengambilan dan enrolmen pelajar mengikut peringkat pengajian bagi tahun

2018 dan 2019.

Bil Program Pengambilan Enrolmen

2019 2018 2019 2018

Prasiswazah

1 Sarjana Muda Pengurusan (Maritim) 118 133 501 503

2 Sarjana Muda Sains (Sains Nautika dan Pengangkutan Maritim) 34 34 139 147

3 Sarjana Muda Sains Agroteknologi (Akuakultur) 34 60 209 297

4 Sarjana Muda Sains Agroteknologi (Sains Tanaman) 36 41 188 196

5 Sarjana Muda Sains Agroteknologi (Teknologi Lepastuai) - - 34 104

6 Sarjana Muda Sains Gunaan (Perikanan) 49 68 220 260

7

Sarjana Muda Sains Makanan (Perkhidmatan Makanan dan

Pemakanan)

90 100 386 394

8 Sarjana Muda Sains Makanan (Teknologi Makanan) 107 91 389 371

9 Sarjana Muda Ekonomi (Sumber Alam) 128 147 426 432

10 Sarjana Muda Kaunseling 121 119 467 453

11 Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran) 138 156 457 478

12 Sarjana Muda Pengurusan (Pengajian Polisi) 145 151 439 445

13 Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan 107 124 354 364

70


Bil Program Pengambilan Enrolmen

2019 2018 2019 2018

Prasiswazah

14 Sarjana Muda Perakaunan 177 179 656 622

15 Sarjana Muda Sains (Biologi Marin) 66 74 232 240

16 Sarjana Muda Sains (Geosains Marin) 30 - 35 -

17 Sarjana Muda Sains (Kimia Analisis dan Persekitaran) 28 74 210 281

18 Sarjana Muda Sains (Sains Biologi) 84 100 301 294

19 Sarjana Muda Sains (Sains Kimia) 87 103 295 300

20 Sarjana Muda Sains (Sains Marin) 77 39 215 214

21

Sarjana Muda Sains Gunaan (Pemuliharaan dan Pengurusan

Biodiversiti)

45 103 257 318

22 Sarjana Muda Sains (Matematik Gunaan) 41 37 164 201

23 Sarjana Muda Sains (Matematik Kewangan) 64 92 285 322

24 Sarjana Muda Sains Gunaan (Elektronik dan Instrumentasi) 19 22 115 174

25 Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Maritim) 32 60 241 270

26 Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian) 100 98 412 408

27 Sarjana Muda Sains Komputer (Komputeran Mudah Alih) 19 - 19 -

28 Sarjana Muda Sains Komputer dengan Informatik Maritim 40 39 195 223

29 Sarjana Muda Teknologi (Alam Sekitar) 28 36 245 323

30 Diploma Perikanan 120 113 227 212

31 Asasi STEM 92 63 89 60

Jumlah 2,157 2,844 8,402 8,906

Pascasiswazah

Doktor Falsafah 174 122 657 556

Sarjana (Mod Penyelidikan) 230 195 737 723

Sarjana (Mod Kerja Kursus) 83 79 203 199

Jumlah 487 396 1,597 1,478

JUMLAH KESELURUHAN 2,644 3,240 9,999 10,384

Kecemerlangan

Pembelajaran dan Pengajaran

71


PENCAPAIAN AKADEMIK GRADUAN

Bilangan graduan

Seramai 2,902 graduan telah berjaya menamatkan pengajian dalam pelbagai peringkat pengajian pada

tahun 2019.

Bilangan graduan prasiswazah menurun sebanyak 3.17% pada tahun 2019 iaitu seramai 2,687

orang graduan berbanding 2,775 orang graduan pada tahun 2018. Graduan Ijazah Sarjana Muda

Kelas Pertama adalah seramai 288 orang atau 11% daripada keseluruhan graduan.

Bilangan graduan pascasiswazah meningkat sebanyak 10.26% iaitu seramai 215 orang graduan

berbanding 195 orang graduan pada tahun 2018.

72


Kecemerlangan

Pembelajaran dan Pengajaran

73


ANUGERAH IJAZAH KEHORMAT

DOKTOR EKONOMI

Tun Dr. Daim Zainuddin

74


ANUGERAH IJAZAH KEHORMAT

DOKTOR PENGURUSAN

Laksamana (Bersara) Tan Sri Dato’ Seri Panglima

(Dr.) Ahmad Kamarulzaman Hj Ahmad Badaruddin

Kecemerlangan

Pembelajaran dan Pengajaran

75


PENERIMA ANUGERAH UNIVERSITI

Pelajaran Diraja

(Bumiputera)

Pelajaran Diraja

(Bukan Bumiputera)

Pingat Emas Canselor

Hafiq Aidil Zulkiflee

Sarjana Muda Sains Gunaan

(Fizik Elektronik dan Instrumentasi)

Assunta Malar a/p Patrick Vincent

Sarjana Muda Sains

(Matematik Kewangan)

Mahendrran a/l Selvaduray

Sarjana Muda Pengurusan

(Maritim)

Pro-Canselor

(Sains)

Pro-Canselor

(Sains Sosial)

Nurul Shafikah

Mohd Mustafa

Doktor Falsafah Fizik

Noor Apandi Osnin

Doktor Falsafah

Pengurusan Maritim

Pengerusi Lembaga

Pengarah Universiti

(Sains)

Pengerusi Lembaga

Pengarah Universiti

(Sains Sosial)

Noratiqah Sazelee

Sarjana Sains Fizik

Intan Nur Fatin Abdul Rani

Sarjana Sains

(Pengurusan Sumber Manusia)

76


UMT Massive Open Online Course

(UMTMOOC)

Pada tahun 2019, UMTMOOC telah

membangunkan empat kursus iaitu Malaysia

Tourism Industry, Occupational Health and

Workplace Safety Program, Coastal Sciences

and Engineering, dan The Geography of Seaport

System.

Tambahan empat kursus baharu

tersebut meningkatkan bilangan koleksi

kursus UMTMOOC kepada 21 kursus secara

keseluruhan.

Kecemerlangan

Pembelajaran dan Pengajaran

77


UMTMOOC telah diiktiraf sebagai Best MOOC Award oleh International University Carnival on

E-Learning (IUCEL) 2019. Ini merupakan pencapaian kali kedua berturut-turut setelah meraih

anugerah yang sama pada International University Carnival on E-Learning (IUCEL) 2018.

78


Kursus UMTMOOC Open Water Scuba Diver juga

telah dianugerahkan sebagai e-Learning Award :

Best Massive Open Online Course pada International

University Carnival on E-Learning 2019.

Kecemerlangan

Pembelajaran dan Pengajaran

79


INOVASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

UMT telah menyediakan peruntukan khusus untuk program inovasi pengajaran dan pembelajaran

(P&P) dan kajian tindakan, Geran Penyelidikan Scholarship of Teaching and Learning (SoTL). Geran ini

membolehkan kajian penambahbaikan kaedah yang akan menyumbang kepada kreativiti, inovasi, dan

peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Peruntukan yang diberikan menjadi pemangkin

kepada pensyarah untuk terus menghasilkan kaedah atau produk pengajaran dan pembelajaran

yang boleh dimanfaat bersama sekali gus melonjakkan kecemerlangan bidang pengajaran dan

pembelajaran untuk manfaat pelajar.

Dana ini juga telah membuka lebih peluang kepada para pensyarah dan pelajar memperkasakan

aspek pengajaran dan pembelajaran menerusi penyertaan ke pertandingan inovasi pengajaran dan

pembelajaran di peringkat nasional dan antarabangsa seperti International University Carnival on

Teaching and Learning (IUCEL 2019), International Innovation in Teaching and Learning (I-INTEL

2019), Karnival Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran (K-Novasi 2019), Malaysia Technology Expo

(MTE 2019) dan beberapa pertandingan inovasi pengajaran dan pembelajaran yang lain.

Melalui dana ini juga penganjuran pertandingan inovasi bagi pensyarah dan pelajar seperti

Pertandingan Amalan Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran (AIPP 2019) dan Learning Innovation

Challenge for Students (LICS 2019) dapat dianjurkan di peringkat universiti sekali gus menjadi wadah

kepada pencarian bakat P&P untuk diketengahkan bagi peringkat yang lebih tinggi.

80


STUDENT RESEARCH DAY (SRD) 2019

Program Student Research Day (SRD) telah mula diperkenalkan pada tahun 2018 untuk mengasah

bakat dan mengembangkan minat pelajar dalam penyelidikan serta medan latihan meningkatkan

kemahiran insaniah.

Seramai 1,910 pelajar tahun akhir program sarjana muda telah membentangkan hasil kajian

Projek Ilmiah Tahun Akhir mereka sebagai sebahagian daripada penilaian kursus. Program yang

telah diadakan pada 20-21 Mei 2019 juga menjadi medan perkongsian dan sebaran maklumat hasil

penyelidikan pelajar kepada masyarakat dan industri melalui jemputan penilai daripada pihak industri.

PROFESOR PELAWAT

UMT juga telah melaksanakan usaha melantik profesor pelawat dari luar negara sebagai strategi

pengukuhan jaringan antarabangsa dan meningkatkan keterlihatan global. Mereka yang dilantik

diberi peranan sebagai penasihat program pengajian, mentor dalam penyelidikan, kerjasama

mendapatkan geran antarabangsa, penerbitan artikel jurnal berimpak tinggi, mentor penyeliaan

pelajar pascasiswazah, memperkukuh hubungan antarabangsa dan tugasan penasihatan lain

mengikut keperluan di fakulti.

Sehingga Disember 2019, UMT telah melantik 31 orang ahli akademik tersohor dari serata dunia

dalam pelbagai bidang kepakaran terutamanya dalam bidang ilmu kelautan dan sumber akuatik

sebagai Profesor Pelawat di semua fakulti. Pemilihan dan pelantikan dibuat berdasarkan kepakaran

dan kesarjanaan dalam bidang yang dicadangkan oleh setiap fakulti dan mempunyai bilangan

penerbitan artikel serta sitasi yang tinggi dalam pangkalan data Web of Science.

Kecemerlangan

Pembelajaran dan Pengajaran

81


LANGUAGE VAGANZA

UMT telah mengadakan Program Language Vaganza untuk menyokong keberkesanan

pembelajaran dan meningkatkan keupayaan berkomunikasi dalam pelbagai bahasa moden iaitu

Bahasa Inggeris, Mandarin, Jepun, Korea, Perancis dan Arab yang ditawarkan kepada pelajar.

Pengisian program adalah pembelajaran berkonsep fun learning melalui pertandingan dengan

pelbagai aktiviti seperti Choral Speaking, Speak Up!, Debate, Talent Time dan Trivia Quiz yang

dijalankan dalam pelbagai bahasa pengantara.

Program Language Vaganza 2019 telah berlangsung pada 7-14 Disember 2019 menjadi

kesinambungan daripada Program English Vaganza 2018. Program ini diwajibkan kepada semua

pelajar yang mengikuti kursus bahasa tersebut dan pembelajaran informal kepada pelajar yang

berminat.

SARJANA MUDA PERAKAUNAN - ACCA INTERNARY

Program Sarjana Muda Perakaunan UMT telah mendapat pengiktirafan dan kepercayaan untuk

bekerjasama dengan badan profesional perakaunan antarabangsa, Association of Chartered Certified

Accountants (ACCA) dalam program kerjasama strategik ACCA InTernary.

Melalui perjanjian kerjasama yang dimeterai pada 2018, para pelajar Sarjana Muda Perakaunan

yang dipilih berpeluang untuk mencapai tiga matlamat sekali gus iaitu Sarjana Muda Perakaunan,

lulus peperiksaan ACCA, serta memenuhi satu pertiga syarat pengalaman kerja bagi kelayakan

profesional ACCA.

Kohort pertama seramai 17 orang pelajar telah dihantar untuk menjalani latihan industri selama

satu tahun di sembilan buah organisasi perakaunan terkemuka yang merupakan ACCA Approved

Employers: KPMG, Ernst & Young; Pricewaterhouse Coopers; Deloitte; Grant Thornton; Baker Tilly; SL

Ng & Associates; Tricor dan Credit Guarantee Corporation.

Pihak ACCA juga mengadakan program Training The Trainers (TTT) kepada 19 orang pensyarah

perakaunan merangkumi enam kertas peperiksaan profesional ACCA secara berperingkat pada bulan

Februari, Mac, April dan Jun 2019.

82


KESIMPULAN

Petujuk prestasi utama teras kecemerlangan pembelajaran dan pengajaran menunjukkan

peningkatan dalam kadar kebolehpasaran graduan dan peratusan graduan berkualiti. Pencapaian

tersebut adalah hasil usaha yang berterusan untuk memperkukuhkan pembelajaran dan pengajaran

yang telah dilaksanakan melalui inisiatif-inisiatif Pelan Strategik UMT 2018-2022. Program

Akademik 4.0 yang dirangka untuk memantapkan kualiti pembelajaran dan pengajaran dan

meningkatkan reputasi akademik telah berjaya meningkatkan ranking UMT pada kedudukan 243

dalam QS Asia Universiti Ranking. Proses dan kualiti penyampaian perkhidmatan pembelajaran

dan pengajaran juga sentiasa ditambahbaik dan telah diiktiraf memenuhi piawaian antarabangsa

dengan pensijilan penuh MS ISO 9001: 2015 dan ISO/IEC 27001:2013 pada tahun 2019.

ISO 9001:2016

Pengiktirafan Sistem Pengurusan Kualiti Akademik

ISO/IEC 27001:2013

Pengiktirafan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat

9999

enrolmen pelajar

742

sesi kuliah bersama pensyarah jemputan daripada industri

60%

keahlian ahli akademik dalam badan profesional

100%

penilaian tesis PhD oleh panel profesor luar negara

Kecemerlangan

Pembelajaran dan Pengajaran

83


84


Keunggulan

Penyelidikan dan Inovasi

85


86


Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah

mempergiatkan pelbagai usaha dalam

memperkasakan aktiviti penyelidikan,

penerbitan dan perundingan serta memantapkan

inovasi yang turut menjadi tunjang utama aktiviti

universiti. Antara usaha pemerkasaan aktiviti

penyelidikan sepanjang tahun 2019 adalah

membantu keterlihatan pakar penyelidik UMT di

peringkat global, penstrukturan semula governan

penyelidikan dan inovasi, penerbitan berimpak

tinggi dan juga sumbangan kepada komuniti.

Dana Khas berjumlah RM1.6 juta turut disuntik

melalui Geran Dalaman yang diperkenalkan

bagi merancakkan pembudayaan penyelidikan.

Selain itu, UMT berjaya memperoleh geran

kerajaan berjumlah RM12.8 juta pada tahun 2019

berbanding RM9.4 juta pada tahun 2018. Satu

kejayaan buat UMT berbanding tahun sebelum

dengan peningkatan jumlah geran yang diperoleh

sebanyak 36%. Sumbangan terbesar adalah dari

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan

kejayaan memperoleh Skim Geran Penyelidikan

Fundamental (FRGS) yang berjumlah RM5.3 juta.

Tahun 2019 turut menyaksikan UMT juga

berjaya memperoleh penarafan MyRA 5 bintang

buat pertama kali bagi penilaian Audit MyRA tahun

2018. Kejayaan UMT ini dapat menggambarkan

bahawa kualiti dan mutu penyelidikan UMT semakin

diterima di peringkat nasional dan antarabangsa.

Keunggulan

Penyelidikan dan Inovasi

87


GERAN PENYELIDIKAN

Perolehan geran penyelidikan UMT dari sumber kerajaan, swasta/industri dan antarabangsa adalah

seperti dalam rajah di bawah:

Projek Penyelidikan Bagi Tahun 2019

1

2

JUMLAH PERUNTUKAN (RM)

14,588,582.28

SUMBER DANA KERAJAAN

PERUNTUKAN (RM)

8,466,254.00

SUMBER DANA UNIVERSITI

PERUNTUKAN (RM)

4,331,467.00

BILANGAN

PROJEK

148

83

BILANGAN

PROJEK

43

BILANGAN

PROJEK

3

4

SUMBER DANA SWASTA/INDUSTRI

PERUNTUKAN (RM)

485,485.85

SUMBER DANA ANTARABANGSA

PERUNTUKAN (RM)

1,305,375.43

10

BILANGAN

PROJEK

12

BILANGAN

PROJEK

88


Berikut pula menunjukkan perincian Kelulusan Mengikut Sumber Dana/ Jenis Geran sebanyak

148 projek penyelidikan yang aktif dalam tempoh Januari hingga Disember 2019.

KERAJAAN

Kementerian Air Tanah & Sumber Asli 2 145,000.00

Kementerian Pendidikan Malaysia (Skim Geran Penyelidikan

Pembangunan Prototaip - PRGS)

1 68,000.00

Kementerian Pendidikan Malaysia (FRGS Fasa 1/2019) 47 4,630,635.00

Kementerian Pendidikan Malaysia (FRGS Racer 2019) 13 704,712.80

Kementerian Pendidikan Malaysia (LRGS) 2 595,057.00

National Hydraulic Research Institute of Malaysia (NAHRIM) 10 1,150,000.00

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI) 1 20,000.00

Jabatan Hidupan Liar 1 25,000.00

Majlis Amanah Rakyat (MARA) 1 25,000.00

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 1 30,000.00

HICoE, KPM 1 1,000,000.00

Marine Fishery Resources Development And Management Department,

Southeast Asian Fisheries Development Center (SEAFCEC/ MFRDMD)

3 72,000.00

JUMLAH KELULUSAN GERAN KERAJAAN 83 RM8,466,254.00

UNIVERSITI

Geran CIF 4 115,000.00

TAPE RG 3 60,000.00

Skim Penyelidikan Translational 2019 6 2,330,000.00

Tabung Amanah Pembangunan Sumber Manusia (64943),

Geran Dalaman UMT

1 10,000.00

Golden Goose Research Grant (GGRG) 3 450,000.00

Research Intensified Grant Scheme (RIGS) 12 562,290.00

Postgraduate Research Grant (PGRG) 9 185,177.00

Strategic Research Grant (SRG) 4 599,000.00

Matching Grant 1 20,000.00

JUMLAH KELULUSAN GERAN UNIVERSITI 43 RM4,331,467.00

Keunggulan

Penyelidikan dan Inovasi

89


SWASTA/ INDUSTRI

BETSOL Sdn. Bhd. 1 70,000.00

Venator Sdn. Bhd. 2 139,600.00

Amco Niaga Sdn. Bhd. 1 10,000.00

Maxtoh System Sdn. Bhd. 1 5,000.00

MTSF Toray 1 20,000.00

Arbatech Plt 1 13,665.85

Aquacity Tropica Fish Sdn. Bhd. 1 70,000.00

PETRONAS 1 100,820.00

Yayasan Bank Rakyat 1 56,400.00

JUMLAH KELULUSAN GERAN SWASTA/INDUSTRI 10 RM485,485.85

ANTARABANGSA

Organisation fort the Prohibition of Chemical Weapons (OPWC) 1 112,512.10

The Mohamed Bin Zayed Species Conservation Fund 1 44,151.80

The East Asian-Australasian Flyway Partnership 1 20,528.95

The Education University of Hong Kong 1 79,980.17

Third Institute of Oceanography, Ministry of Natural Resources, P.R. China 1 55,742.20

AMT Aquaculture Technology Co. Ltd. Vietnam 1 50,000.00

South China Sea Fisheries Research Institute, China 1 23,800.00

Institute of Geochamistry, Chinese Academy of Science 1 40,789.00

Virbac, Vietnam Co. Ltd 1 46,176.07

First Institute Oseanography (FIO) 3 831,695.14

JUMLAH KELULUSAN GERAN ANTARABANGSA 12 RM1,305,375.43

90


NICHE RESEARCH GRANT SCHEME (NRGS)

UMT telah menerima geran penyelidikan Niche Research Grant Scheme (NRGS) daripada Kementerian

Pengajian Tinggi Malaysia (KPT). Program penyelidikan ini dilaksanakan dalam tempoh lima tahun

bermula tahun 2014 dan berakhir tahun 2019. Ketua Program bagi projek NRGS ini ialah Prof. Dr.

Mazlan Abdul Ghaffar dengan tajuk penyelidikan “Improving the Health of Setiu Wetland Ecosystem

and Productivity of Biological Resources for Livehood Enhancement”.

Jumlah peruntukan: RM5,000,000.00

Berikut adalah beberapa pencapaian cemerlang hasil projek NRGS ini:

a) Melahirkan modal insan seramai 13 orang pelajar PhD dan 18 orang pelajar Sarjana;

b) Menerbitkan 61 artikel terindeks dan tujuh artikel tidak terindeks;

c) Menerbitkan lima buku penyelidikan dan monograf;

d) Meningkatkan pendapatan komuniti setempat sebanyak 15% hingga 25%;

e) Kerjasama dengan badan antarabangsa iaitu Veterinary Medical Research Institute, Budapest

berkaitan kajian dan latihan dalam bidang fish pathology dan parasithology; dan

f) Kerjasama penyelidikan antara UMT dan World Wild Fund (WWF) berkaitan pemantauan kualiti air

Setiu-Chalok-Bari di kawasan lembangan Sungai Merang.

TRANS-DISCIPLINARY RESEARCH GRANT SCHEME (TRGS)

UMT mempunyai dua Trans-disciplinary Research Grant Scheme (TRGS) yang telah lengkap

sebagaimana berikut;

Tajuk 1: ”Characterictics the Ethno and Biodiversity of Kenyir to Safeguard Terengganu’s Natural

Resources”

Jumlah peruntukan: RM870,000.00

Ketua Projek: Prof. Dato’ Dr. Mohd Tajuddin Abdullah.

Berikut adalah hasil daripada penyelidikan tersebut:

a) Melahirkan modal insan seramai lima orang pelajar PhD dan 12 orang pelajar Sarjana;

b) Membezakan sumber yang digunakan oleh Orang Asli dan sumber yang tidak digunakan;

c) Mengenal pasti keturunan, hubungan dan asal usul Orang Asli (Semaq Beri);

d) Mengenal pasti Multidimensional Poverty Index (MPI) Orang Asli iaitu dengan purata kemiskinan=

0.0557;

e) Perubahan polisi dan pengeluaran fatwa oleh mufti Terengganu berkaitan pengharaman

pemburuan haram bagi memelihara sumber asli; dan

f) Menjalankan aktiviti pemindahan ilmu dan penghargaan alam sekitar kepada orang asli dan

masyarakat setempat.

Keunggulan

Penyelidikan dan Inovasi

91


Tajuk 2: “Elucidation of the Beneficial Effects of Marine Bioactive Compounds in Atherosclerosis by

Targeting PCSK9: Harnessing Experience-Based Traditional Medicine towards the Discovery of

Evidence- Based Marine Compound”

Jumlah peruntukan: RM830,400.00

Ketua Projek: Prof. Dr. Tengku Sifzizul Tengku Muhammad.

Berikut adalah hasil daripada penyelidikan tersebut:

a) Penubuhan biodata marin dan repositori produk semula jadi;

b) Penemuan bukti berasaskan pengetahuan bahawa sumber laut dapat mengurangkan tahap

kolesterol;

c) Penemuan dua sebatian iaitu aaptamine dan methyl-2-methyl benzoate sebagai agen berpotensi

untuk mengurangkan tahap lipid dalam darah;

d) Menggalakkan penggunaan perubatan tradisional berasaskan sumber laut; dan

e) Menjana sumber pendapat kepada nelayan dengan menggalakkan penggunaan sumber laut

sebagai perubatan alternatif untuk mengurangkan tahap kolesterol dalam darah.

Pertandingan Pameran Penyelidikan Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa

UMT turut menyertai empat pameran penyelidikan berbentuk pertandingan pada peringkat

antarabangsa dan kebangsaan yang mempertandingkan produk-produk penyelidikan hasil daripada

penyelidikan para saintis UMT. Penyelidik UMT berjaya meraih 17 pingat melalui penyertaan dalam

pertandingan penyelidikan dalam Seoul International Invention Fair (SIIF) dan International Invention,

Innovation & Technology Exhibition (ITEX) 2019. Manakala, 141 pingat turut diraih UMT melalui 139

penyertaan pertandingan pameran di peringkat kebangsaan melalui penyertaan dalam Persidangan

dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa (PECIPTA) 2019 dan Minggu Penyelidikan

dan Inovasi (MPI) 2019.

92


Penyertaan dan Pencapaian UMT di Pertandingan Pameran Penyelidikan 2019

emas perak gangsa anugerah khas

43 66 47

jumlah

3 159

PAMERAN

International Invention, Innovation &

Technology Exhibition (ITEX 2019)

2-4 Mei 2019 di KLCC, Kuala Lumpur

Seoul International Invention Fair

(SIIF) 2019, Seoul, Korea

27-30 November 2019

PENCAPAIAN

EMAS PERAK GANGSA

PERINGKAT ANTARABANGSA

ANUGERAH

KHAS

JUMLAH

PINGAT

DAN

HADIAH

JUMLAH

PENYERTAAN

5 8 1 0 14 14

3 0 0 1 4 3

JUMLAH KESELURUHAN 8 8 1 1 18 17

Persidangan dan Ekspo Ciptaan

Institusi Pengajian Tinggi

Antarabangsa (PECIPTA) 2019

Dewan Sultan Ibrahim (DSI)

Universiti Tun Hussein Onn

Malaysia.

22-23 September 2019

Minggu Penyelidikan dan Inovasi

2019 (MPI 2019) Dewan Al Muktafi

Billah Shah, UniSZA

13 Mac 2019

PERINGKAT KEBANGSAAN

5 7 0 0 12 12

30 51 46 2 129 127

JUMLAH KESELURUHAN 35 58 46 2 141 139

Keunggulan

Penyelidikan dan Inovasi

93


Penyertaan Pameran Pelajar

Pada tahun 2019, sebanyak lima program penyelidikan dan inovasi telah disertai oleh pelajar iaitu

empat program pertandingan penyelidikan dan inovasi dan satu pertandingan reka cipta robot,

Robocon Malaysia. Untuk pertandingan Robocon Malaysia, UMT hanya melepasi peringkat saringan

awal, tumpas di tangan USM yang telah menjadi johan pada tahun lepas.

Manakala bagi aktiviti pertandingan penyelidikan dan inovasi, pencapaian pelajar UMT

tidak pernah menghampakan. Pada pertandingan Novel Research and Innovation Competition

2019 bertempat di Universiti Sains Malaysia, UMT telah menghantar 12 orang pelajar dan telah

memenangi satu pingat Gangsa, empat Anugerah E-NRIC, E-NRIC People’s Award Choice dan CORIC-

Best Presenter. Untuk pertandingan International Innovation, Creativity, Technology Exhibition yang

berlangsung di Seri Pasific Hotel, Kuala Lumpur. UMT telah diwakili seramai 10 orang pelajar dan

memenangi dua pingat emas, satu pingat perak dan satu anugerah khas.

Pencapaian UMT di International Festival Innovation on Green Technology, I-Finog 2019 yang

berlangsung di Universiti Malaysia Pahang sangat membanggakan tujuh orang peserta telah

berjaya meraih empat pingat Emas, satu pingat Perak dan dua pingat Gangsa. Seterusnya pelajar

UMT terus cemerlang dengan pencapaian lima pingat Emas, satu pingat Perak dan tiga pingat

Gangsa di Pertandingan Innovative Research Invention An Application Exhibition yang diadakan di

Universiti Utara Malaysia.

94


Pencapaian Pelajar

dalam Penyertaan

Pameran Penyelidikan

anugerah

khas

5

emas

11

perak

3

gangsa

6

lain-lain

1

jumlah

26

ANUGERAH / PINGAT

JUMLAH

International Innovation, Cretivity, Tecnology

Exhibition 2019

Anugerah Khas 1

Emas 2

Perak 1

Innovative Research Invention an Application

Exhibition 2019

Emas 5

Perak 1

Gangsa 3

Novel Research & Inovation Competition 2019

Anugerah Khas E-NRIC 4

E-NRIC People’s Award Choice 1

Gangsa 1

International Festival Innovatition on Green

Technology, I-FINOG 2019

Emas 4

Perak 1

Gangsa 2

JUMLAH KESELURUHAN 26

Keunggulan

Penyelidikan dan Inovasi

95


Inovasi dan Pengkomersialan Harta Intelek

Senarai berikut merupakan harta intelek yang dihasilkan oleh UMT sepanjang tahun 2019 termasuk

paten, hak milik dan utiliti Inovasi yang didaftarkan.

JENIS HARTA INTELEK (STATUS)

Utiliti Inovasi Paten Hak Milik

3 10 157

jumlah

171

Pengkomersialan - Perlesenan

Produk hasil kajian penyelidikan juga kini mendapat kepercayaan industri untuk diketengahkan hingga

ke pasaran. Sepanjang tahun 2019, dua produk penyelidikan telah berjaya dilesenkan ke industri dan

dua produk lagi berjaya dikomersialkan.

Senarai Produk Dilesenkan Sepanjang Tahun 2019

BIL NAMA PRODUK NAMA SYARIKAT PEREKA CIPTA

1 Aedes APP One Team Networks Prof. Madya Dr.

Mustafa Man

2 IPPM Mobile Apps: Integrated

Pest Control Management Apps

Harry Cheah and IPPM

Managment

Prof. Madya Dr.

Mustafa Man

PUSAT

TANGGUNG

JAWAB

NILAI

(RM)

FTKKI 10,000

FTKKI 10,000

Senarai Produk Dikomersialkan Sepanjang Tahun 2019

BIL

NAMA PRODUK

NAMA

SYARIKAT

PEREKA CIPTA

PUSAT

TANGGUNG

JAWAB

NILAI

(RM)

1 A Pyrolysis Process for Production of

Activated Carbon and Biofuel Products

NV Western

PLT

Prof. Madya Dr.

Lam Su Shiung

FTKKI 20,000

2 Rapid Biofloc (Rapid-BFT) for

Aquaculture Farming Industry

Runcitan

Prof. Madya Dr.

Nor Azman Kasan

AKUATROP 20,000

96


Produk Dikomersilkan: Rapid Biofloc for Aquaculture Farming Industry

MEMPERKASAKAN PENYELIDIKAN

Penyelidikan yang dijalankan oleh UMT adalah berpandukan kepada Pelan Strategik Pengajian Tinggi

Negara dan juga Pelan Strategik Universiti Malaysia Terengganu (PSUMT) 2018-2022 yang antara

lain bertujuan memperkasakan dan membudayakan penyelidikan. Beberapa aktiviti yang telah

dilaksanakan sepanjang tahun 2019 dalam konteks penyelidikan adalah seperti di bawah:

Sea Turtle Researh Unit – UMT SEATRU

Sea Turtle Research Unit (SEATRU) INOS menerima tajaan korporat RM100,000 dari Berjaya Hotels and

Resorts untuk ‘Public Viewing Lab’ iaitu yang pertama seumpamanya di rantau ini. Projek bermatlamat

menghubungkan sains kepada masyarakat umum dan para pengunjung boleh melihat sendiri aktiviti

penyelidikan sedang dijalankan di tengah lobi resort. Aktiviti penyelidikan yang sedang dijalankan ini

mendapat sokongan daripada Jabatan Perikanan Malaysia, The University of Queensland, Australia

dan Kyoto University, Japan.

SEATRU dengan kerjasama pasukan projek Ocean HOPE (FSSM) serta mendapat sokongan

korporat RHB Islamic Bank Berhad dan National Geographic melalui penjualan kad debit dan hasil

jualan akan disumbangkan kepada UMT untuk menggerakkan program promosi dalam meningkatkan

tahap literasi lautan para pelajar sekolah dan orang awam. Makmal Fisiologi Penyu ini telah mendapat

pengiktirafan pada Minggu Penyelidikan dan Inovasi dengan memenangi Pingat EMAS dan Anugerah

Khas Juri di bawah kategori inovasi sosial.

Keunggulan

Penyelidikan dan Inovasi

97


98


Galeri Penyelidikan INOS dan Pusat Repositori Laut China Selatan (RRC)

RRC bekerjasama dengan Aquawalk Sdn. Bhd. untuk mengadakan pameran ikan lut sinar (Transparent

Fish) di Aquaria KLCC dari 30 Disember 2018 sehingga 31 Mac 2019. Pameran ini menerima kunjungan

seramai 302, 645 orang pengunjung.

Dr. Izwandy Idris, Ketua RRC dijemput memberi syarahan program Bicara@Muzium dianjurkan oleh

Jabatan Muzium Malaysia. Program berlangsung pada 9 April 2019 di Muzium DiRaja, Kuala Lumpur.

Syarahan mengenai kepentingan repositori alam semula jadi marin kepada negara. Program dihadiri

wakil-wakil agensi kerajaan, NGO serta orang awam.

Galeri Penyelidikan INOS adalah mercu tanda kepada UMT sebagai universiti yang bertunjangkan

kepada lautan dan sumber akuatik. Galeri dibuka pada 2015 mempamerkan spesimen lautan dan

peralatan selain mampu memberikan pendidikan melalui penyampaian maklumat secara saintifik

yang berkaitan dengan oseanografi dan kelautan. Pada tahun 2019 seramai 2,726 orang pelawat

berjaya direkod, terdiri daripada pelbagai lapisan umur serta latar belakang.

Keunggulan

Penyelidikan dan Inovasi

99


Pelayaran Penyelidikan Saintifik

UMT-FIO 2019

INOS telah menjalankan Pelayaran Saintifik

UMT – FIO sebanyak tiga kali bagi tahun 2019

iaitu pada Pelayaran Pertama (30 Julai -2 Ogos;

Laut China Selatan), Pelayaran Kedua (20 Ogos

- 24 Ogos: Laut Selat Melaka), Pelayaran Ketiga

(28 Ogos – 30 Ogos; Laut China Selatan) dan

Pelayaran Keempat (06 Oktober – 08 Oktober).

Kawasan pelayaran dijalankan merangkumi dari

perairan Melaka, Langkawi, Pelabuhan Kelang,

Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Perkara-perkara yang ditumpukan semasa

pelayaran ialah:

i. Sediment Sampling;

ii. Water sampling;

iii. Phytoplankton Sampling;

iv. Enviromental Condition Survey; dan

v. Conductivity Temperature Depth (CTD).

Melalui Pelayaran Penyelidikan ini, data-data

sampling dianalisis dan dikaji bagi menghasilkan

jurnal dan artikel dalam pembinaan pengetahuan

baharu. Dengan penghasilan output yang

berimpak dan pusat pengumpulan data

komprehensif, dapat menjadikan Malaysia

sebagai sumber utama bagi aktiviti-aktiviti laut

di kawasan Laut China Selatan dan Selat Melaka.

100


Ocean Teaching Global Academy (OTGA)

INOS telah dianugerahkan Ocean Teacher Global Academy (OTGA) Regional Training Center (RTC)

bagi Asia Pasifik pada Ogos 2014 dan terus diberi mandat oleh pihak UNESCO untuk menganjurkan

dua siri kursus OTGA bagi tahun 2019 melibatkan peserta antarabangsa dari pelbagai negara seperti

berikut:

1) OTGA Training Course: Marine GIS Applications for Coastal Zone Management (20-25 Januari

2019)

2) OTGA Training Course: Discovery and Use of Operational Ocean Data Products and Services

(22-26 Sept 2019)

Setelah lebih lima tahun (Ogos 2014-2019) memegang status sebagai RTC OTGA UNESCO, pihak

INOS telah diberikan pengiktirafan dan penilaian sebagai antara RTC terbaik berjaya menawarkan

kursus OTGA setiap tahun. Terkini, UNESCO telah melantik hanya lapan institusi sahaja di seluruh

dunia sebagai RTC OTGA iaitu dari Colombia, China, India, Iran, Kenya, Malaysia (INOS UMT),

Mozambique dan Senegal.

Kepakaran pensyarah INOS juga telah diiktiraf oleh pelbagai badan antarabangsa terutama

dalam membangunkan program-program marin dan kelautan. Beberapa pensyarah INOS telah

dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Pemandu beberapa program antarabangsa seperti program

OceanTeacher Global Academy, Ocean Knowledge, Ocean Biogeographic Information System (OBIS)

dan EC TROPIMUNDO.

Keunggulan

Penyelidikan dan Inovasi

101


Forum Iklim Kebangsaan Monsun Timur Laut (FIK MTL)

Pada tanggal 25 Januari 2019, satu Memorandum of Agreement (MoA) telah ditandatangai oleh

UMT dan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia). Objektif utama MoA ini adalah untuk

membangunkan sebuah sistem yang dapat dimanfaatkan untuk membantu sebaran maklumat yang

lebih berkesan, agar persediaan melibatkan bencana pesisir pantai seperti ribut dapat disalurkan

dengan lebih baik. Ini sekali gus memberi kesan kepada komuniti berhampiran pantai serta agensi

kerajaan dan pihak berkuasa dalam membuat polisi dan keputusan yang lebih berkesan di masa

hadapan.

Pada 1 Oktober 2019, MET Malaysia dengan kerjasama UMT telah menganjurkan Forum Iklim

Kebangsaan Monsun Timur Laut (FIK MTL) yang merupakan program tahunan MET Malaysia yang

diselaraskan oleh Pusat Iklim Nasional, MET Malaysia. FIK MTL merupakan platform penyaluran

maklumat mengenai keadaan cuaca dan iklim, khususnya Monsun Timur Laut, yang memberi kesan

kepada kehidupan harian masyarakat termasuk sosioekonomi negara.

102


Program Training on Coastal Geology: Coastal Erosion and Resources

UMT dan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) bekerjasama menganjurkan Ekspedisi Memburu Fosil

Marin selama empat hari bermula 19 Januari 2019 di beberapa lokasi di negeri Terengganu. Program

ini julung kali diadakan dan pemilihan Terengganu sebagai lokasi, bertepatan dengan negeri ini yang

kaya dengan sisa fosil purba dan kebanyakan daripadanya adalah fosil marin.

Seramai 60 peserta termasuk 35 pelajar Ijazah Sarjana Muda Geosains Marin UMT dan pakar

geologi luar negara menyertai ekspedisi ini. Menerusi ekspedisi ini, para pelajar telah didedahkan

dengan teknik-teknik yang betul dalam bidang geosains terutamanya teknik pemetaan fosil. Pihak

JMG turut menyerahkan fosil tumbuhan berusia kira-kira 300 juta tahun yang dikenali sebagai

Carboniferous hingga Early Permian kepada UMT untuk dibuat kajian dan dijadikan rujukan para

pelajar.

Keunggulan

Penyelidikan dan Inovasi

103


Bengkel Penyediaan Kerangka Perundangan Perlombongan Dasar Laut di

Bawah HICoE

UMT sekali lagi dengan kerjasama JMG dalam rangka untuk menyediakan satu kerangka perundangan

berkaitan Perlombongan Dasar Laut Negara. Selari dengan itu, satu bengkel telah dianjurkan

iaitu Bengkel Penyediaan Kerangka Perundangan Perlombongan Dasar Laut yang bertujuan bagi

memastikan sebarang aktiviti perlombongan dasar laut dapat dilaksanakan secara lestari.

Penyediaan kerangka ini mustahak berdasarkan peruntukan di bawah United Nations Convention

on The Law of The Sea 1982 (UNICOS) yang mewajibkan mana-mana negara yang hendak memulakan

penerokaan dan ekploitasi dasar laut perlu terlebih dahulu mempunyai peruntukan undang-undang

khusus mengenainya terutama dalam aspek pengawasan dan seliaan ke atas aktiviti-aktiviti yang

dijalankan.

104


Program Pelepasan Benih Bagi Pemuliharaan dan Peningkatan Stok Populasi

Udang Galah Di Terengganu

Institut Akuakultur Tropika dan Penyelidikan Perikanan (AKUATROP) telah melaksanakan Program

Pelepasan Benih Bagi Pemuliharaan dan Peningkatan Stok Populasi Udang Galah di Terengganu

di Sungai Nyatoh, Setiu pada 18 September 2019. Pada majlis tersebut sebanyak 40,000 ekor anak

benih udang berjaya dilepaskan ke Sungai Nyatoh sebagai simbolik perasmian.

Program pelepasan ini merupakan kesinambungan daripada Projek Fasa 1: “Pemantauan Stok

Semula jadi Populasi Udang Galah di Terengganu”. Melalui geran Projek Penyelidikan Translasional di

bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Pelepasan benih udang galah ke Sungai Nyatoh ini adalah

menggunakan Induk Udang Galah daripada Sungai Nyatoh yang ditandai dengan Penanda Biologi

(Biomarker) dan pembenihannya dihasilkan di Hatcheri AKUATROP. Penggunaan Penanda Biologi di

dalam program pelepasan benih udang galah ini merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Program pelepasan ini melibatkan lima kali pelepasan yang mana setiap kali pelepasan sebanyak

200,000 ekor anak benih udang galah dilepaskan di Sungai Nyatoh. Melalui program ini, latihan

teknikal berkaitan dengan pembenihan udang galah akan diberikan kepada komuniti setempat

yang terpilih dan berminat menyertai kursus pembenihan udang galah. Program ini juga melibatkan

sangkutan peserta di Hatcheri AKUATROP untuk melaksanakan aktiviti pembenihan udang galah.

Diharapkan melalui projek ini ia akan menjadikan AKUATROP khususnya dan UMT amnya sebagai

peneraju utama di dalam usaha pemuliharaan dan peningkatan stok populasi udang galah secara

sistematik di Malaysia.

Keunggulan

Penyelidikan dan Inovasi

105


International Forum on Marine

Sciences and Aquaculture (IFOMSA

2019)

Pada 3 Mac 2019, UMT melalui AKUATROP telah

melakar sejarah yang tersendiri apabila telah

berjaya menganjurkan International Forum on

Marine Sciences and Aquaculture 2019 (IFOMSA

2019) Kali Ke-2 dengan kerjasama Shantou

University (STU), China bertempat di UMT.

IFOMSA merupakan satu platform bagi Saintis

UMT dan STU untuk membentang, berbincang

dan berkongsi penyelidikan, penemuan dan

pengalaman berkaitan dalam bidang Sains

Marin dan Akuakultur.

Penganjuran IFOMSA 2019 telah

menampilkan 12 pembentang dan dihadiri oleh

para penyelidik serta pelajar pascasiswazah

UMT dalam bidang Sains Marin dan

Akuakultur. Pihak STU dan UMT masingmasing

menampilkan enam pembentang

dengan membincangkan perkara-perkara yang

berkaitan dengan penemuan hasil kajian dan

isu-isu semasa yang berkaitan dengan Sains

Marin dan Akuakultur.

Hasil daripada forum ini akan digunakan

untuk meningkatkan kualiti pendidikan,

penyelidikan, dan mengembangkan lebih

banyak peluang untuk terus membangunkan

sektor marin dan akuakultur dalam memelihara

kepelbagaian alam sekitar dan pengurusan

akuakultur ke arah amalan akuakultur yang

lestari pada masa akan datang.

106


Pemeteraian Jaringan Kerjasama Penyelidikan Antarabangsa disaksikan Duta

Belgium

Bersempena Biotechnology International Seminar 2019 (BIS2019), yang merupakan seminar anjuran

UMT bersama UMT-Ghent University, Belgium, Institut Bioteknologi Marin (IMB) telah menerima

kehadiran delegasi Belgium diketuai oleh Duta Belgium sendiri iaitu His Excellency Mr. Pascal Huberta

A. Gregoire dan isterinya. Selain delegasi Belgium terdapat juga beberapa jemputan daripada Jepun,

Indonesia, Vietnam dan Australia.

Majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama telah dilangsungkan di antara UMT (IMB) dengan

Ghent University, disusuli dengan MoA antara UMT dengan Aquacity Tropical Fish dan Virbac Vietnam

Co. LTD dan Surat Niat (LoI) antara UMT dengan WorldFish.

Keunggulan

Penyelidikan dan Inovasi

107


Ekspedisi Saintifik Pulau Bidong

Pada 1 - 3 April 2019, BIO-D TROPIKA, UMT dengan kerjasama Makmal Berpusat, UMT telah

melaksanakan Ekspedisi Saintifik Pulau Bidong. Ekspedisi ini melibatkan seramai 43 orang peserta

yang terdiri daripada pensyarah, penyelidik UMT, pelajar UMT, pihak Muzium Negeri Terengganu,

Persatuan Penggiat Rekreasi Terengganu (Terengganu Recreational Activist Club) (EREC) dan Bird

Group Taman Negara, Pahang.

Ekspedisi ini diadakan bertujuan untuk menjalankan penyelidikan saintifik di Pulau Bidong,

meneroka kawasan puncak bukit dan kawasan-kawasan yang jarang dimasuki penyelidik sebelum

ini, melatih penyelidik muda dan menghasilkan penerbitan buku dan jurnal terindeks.

108


Night Safari Programme

Night Safari Programme memberi peluang

kepada pelajar untuk merasai suasana malam

dalam trail Denai Alam milik UMT di sekitar Lawit

yang terletak tidak jauh dari Stesen Penyelidikan

Kenyir.

Seramai 80 orang pelajar yang hadir diberi

penerangan mengenai penyelidikan Kelawar

oleh pelajar pascasiswazah BIO-D TROPIKA.

Syarahan Umum Profesor Emeritus

Dr.Hans-Dieter Evers

BIO-D TROPIKA telah menerima lawatan kerja

daripada Profesor Pelawat, Prof. Emeritus

Dr. Hans-Dieter Evers pada 11 hingga 16 Jun

2019. Lawatan kerja ini diadakan bertujuan

untuk mendapatkan perkongsian pengalaman,

idea dan cadangan daripada profesor pelawat

berkenaan penyelidikan, penerbitan, pengurusan

dan pentadbiran serta hala tuju BIO-D TROPIKA.

Pada 12 Jun 2019, Prof. Emeritus Dr.

Hans-Dieter Evers telah berpeluang untuk

menyampaikan syarahan umum bertajuk

“Climate Change and Sea Level Rise: A Social

Science Perspective” di Auditorium PPSNZ

dan sempat bertukar pandangan mengenai

kebimbangan dan kesan kenaikan paras

air laut di peringkat global serta cara untuk

mengatasinya dengan ahli-ahli akademik dan

para pelajar yang hadir.

Keunggulan

Penyelidikan dan Inovasi

109


Syarahan Umum Ketua Pengarah

PERHILITAN Semenanjung Malaysia

BIO-D TROPIKA, UMT telah menganjurkan

satu program Syarahan Umum yang bertajuk

“Mengharungi Cabaran Pengurusan Hidupan

Liar Masa Hadapan”. Syarahan umum ini

disampaikan oleh YBhg. Dato’ Abdul Kadir

Abu Hashim, Ketua Pengarah PERHILITAN

Semenanjung Malaysia yang merupakan

Profesor Pelawat di BIO-D TROPIKA, UMT. Beliau

dilantik sebagai Profesor Pelawat di BIO-D

TROPIKA sejak tahun 2017.

Syarahan umum ini diadakan bertujuan

untuk berkongsi kepakaran dan pengalaman

dengan pihak luar dan industri dalam

meningkatkan kejayaan dan mutu penyelidikan

yang dijalankan oleh UMT seperti penyelidikan

berkaitan dengan pemuliharaan fauna yang

telah mendapat sokongan penuh daripada pihak

PERHILITAN yang selari dengan aspirasi Dasar

Kepelbagaian Biologi Kebangsaan.

Ekspedisi Taman Negara Pahang, Sungai Relau, Merapoh

Ekspedisi Saintifik Taman Negara Sungai Relau, Merapoh (UMT-PERHILITAN 2019) merupakan

anjuran bersama BIO-D TROPIKA, UMT dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara

(PERHILITAN) Semenanjung Malaysia. Ekspedisi ini telah berlangsung pada 12 hingga 16 September

2019 yang diketuai oleh Dr. Amirrudin bin Ahmad.

Ekspedisi ini diadakan bertujuan untuk menjalankan penyelidikan saintifik di Taman Negara Sungai

Relau, Merapoh, Pahang, menjalankan kajian komuniti setempat dan komuniti Orang Asli, meneroka

kawasan laluan rentis Taman Negara Sungai Relau yang jarang dimasuki penyelidik sebelum ini,

melatih penyelidik muda menjalankan penyelidikan dan kajian lapangan dan menghasilkan penerbitan

buku dan jurnal terindeks.

110


Program Dokumentari Penyelidikan UMT di Tasik Kenyir bersama BERNAMA

Program Dokumentari Penyelidikan UMT di Tasik Kenyir bersama BERNAMA ini merupakan anjuran

pihak Pusat Komunikasi Korporat dengan kerjasama BIO-D TROPIKA. Program ini telah berlangsung

selama 3 hari bermula pada 23 hingga 25 Ogos 2019 di Tasik Kenyir. Program ini dimulakan dengan

taklimat dan aktiviti memburung dan program ‘Meneroka Denai Alam UMT’. Seterusnya pihak

BERNAMA dibawa ke Kampung Jenagor bagi sesi ramah mesra bersama komuniti setempat (Nature

Guide-CBE), menyaksikan Persembahan Kebudayaan Melayu Sejati dan mendengar taklimat aktiviti

penyelidikan Herpetofauna (Reptilia dan Amfibia).

Pihak BERNAMA juga dibawa untuk tracking ke Santuari Kelah dan mendengar taklimat aktiviti

penyelidikan Flora. Mereka juga diberi penerangan berkenaan dengan aktiviti penyelidikan ikan di Tasik

Kenyir. Pada hari terakhir program, pihak Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) telah menyampaikan

taklimat berkenaan pembentukan batu kapur di Gua Bewah. Seterusnya, penyelidik BIO-D TROPIKA

juga telah memberi penerangan berhubung cadangan geopark yang akan dilaksanakan di Tasik

Kenyir.

Keunggulan

Penyelidikan dan Inovasi

111


Taklimat Hutan Paya Bakau kepada Peserta Pemandu Pelancong Taman

Negara Pahang

Kepakaran yang ada di BIO-D TROPIKA telah menjadi pilihan oleh Persatuan Pemandu Pelancong

Taman Negara Pahang untuk menjadi sumber rujukan mereka menambah ilmu berkenaan Pengurusan

Hutan Paya Bakau. Seramai 70 orang pemandu pelancong alam semula jadi dari Taman Negara

Pahang telah menghadiri taklimat yang didaftarkan sebagai kursus Continuous Tourism Related

Education (CTRE) yang turut menjadi pelengkap kepada syarat untuk memperbaharui lesen.

Syarahan Umum Profesor Pelawat BIO-D TROPIKA, Profesor Datuk Dr. Ghazally

Ismail

Profesor Datuk Dr. Ghazally Ismail merupakan salah seorang Profesor Pelawat yang dilantik di BIO-D

TROPIKA bagi sesi 2019/2020. Pada 1 Disember 2019, beliau telah mengadakan syarahan umum

yang sangat menarik. Dalam syarahan tersebut, pelbagai perkara menarik dikongsikan oleh beliau

yang ternyata mempunyai pengalaman yang luas dan menarik dan di antaranya adalah penubuhan

pusat penyelidikan Imbak Canyon.

112


“UMT NRGS Showcase 2019”

UMT buat julung kalinya telah menganjurkan “UMT NRGS Showcase 2019” bersempena pembentangan

akhir hasil kajian Skim Geran Penyelidikan NIC National Research Grant Scheme (NRGS). Pada tahun

2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah meluluskan NRGS sebanyak RM5 juta kepada

UMT bagi tempoh lima tahun (2014-2019). Program penyelidikan ini diketuai oleh Prof. Dr. Mazlan

Abd Ghaffar, FASc. Program ini juga melibatkan enam sub-projek utama yang memberi impak kepada

ilmu sains dan komuniti.

Selama lima tahun kajian ini dijalankan banyak penemuan ilmu baru dan impak komuniti yang

dihasilkan. UMT telah mempunyai inisiatif untuk berkongsi hasil kajian daripada program NRGS ini

dengan penganjuran “UMT NRGS Showcase 2019” pada 8 dan 9 Julai 2019 bertempat di Ruang Legar,

Bangunan Kementerian Pendidikan Malaysia, Putrajaya.

Showcase ini menonjolkan hasil kajian dari enam sub-projek utama iaitu

i) An Integrated Assessment of Physical and Chemical Parameters and Their Effect on the Biological

Resources at Setiu Wetland;

ii) Assessment of Wetland Forest Health and Its Socio-ecological Functions;

iii) Assessment of the Population and Genetics of Crustacean Species in Setiu Wetland;

iv) Enhancement of the Productivity of Crustacean Resources Through Application of Feed

Technology;

v) Development of Product from Mangrove, Gelam and Mudcrab for aquaculture, nutraceutical and

cosmeceutical application; dan

vi) Improving the Livelihood of Local Communities Using Setiu Wetland Resources.

Selaras dengan konsep ‘knowledge transfer’ pihak UMT telah melibatkan komuniti Setiu yang berjaya

menerima impak dari program NRGS ini untuk turut serta dalam “UMT NRGS Showcase”. Dua kumpulan

komuniti Setiu telah mempromosi dan memasarkan produk hasil kajian NRGS terus kepada pengunjung

dan warga KPM. Dua produk tersebut melibatkan Madu Kelulut berkualiti tinggi yang mempunyai

khasiat untuk kesihatan, dan Ketam nipah segar yang dibiak melalui teknologi pembiakbakaan UMT.

Keunggulan

Penyelidikan dan Inovasi

113


Pameran Penyelidikan di LIMA’19 Langkawi

Bermula pada tahun 2015 lagi, Kapal RV Discovery sentiasa bersedia untuk memeriahkan Festival

Antarabangsa LIMA yang diadakan dua tahun sekali di Langkawi, Kedah Darul Aman. UMT sentiasa

memberi komitmen yang tinggi sebagai pempamer melalui Kapal RV Discovery di segmen Maritim

Malaysia. Penyertaan pameran ini adalah di bawah kelolaan Kementerian Pengangkutan Malaysia

(MOT). LIMA’19 kali ini diadakan bermula pada 26 hingga 30 Mac 2019 bertempat di dua lokasi utama

iaitu di Pusat Perdagangan Antarabangsa Mahsuri (MIEC) dan Resort World, Langkawi.

Pameran UMT di MIEC meliputi replika kapal RV Discovery, peralatan skuba, video paparan aktiviti

UMT dan brosur berkaitan program pengajian yang ditawarkan UMT khususnya dalam bidang Maritim

dan Sains Marin. Manakala pameran di segmen Maritim di Resort World meliputi peralatan skuba

dan Kapal RV Discovery. Pameran ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengunjung.

UMT juga telah menerima jemputan untuk menyertai slot Career Talk dari Kementerian Pengangkutan

Malaysia. Selain itu, pelajar dari Pusat Pengajian dan Badan Beruniform UMT juga turut dijemput ke

program Career Talk dan lawatan ke booth pameran di sekitar MIEC. Para pelajar telah diberi peluang

untuk merasai sendiri pengalaman berada di LIMA ’19.

Sempena LIMA ’19, UMT telah berjaya mengadakan Memorandum Persefahaman (MoU) bersama

dengan Syarikat International Green Training Centre (IGTC).

114


Majlis Pelancaran Pelayaran Penyelidikan Saintifik : UMT Menelusuri LIMA’19

Pada tahun 2019, UMT telah menjayakan Majlis Pelancaran Pelayaran Penyelidikan Saintifik: UMT

Menelusuri LIMA’19 yang telah diadakan pada 12 Mac 2019 di Jeti Duyong Marina & Resort, Pulau

Duyong Kuala Terengganu. Majlis Pelancaran ini telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha

Mulia Sultan Terengganu. Keberangkatan Baginda turut diiringi oleh Sultanah Nur Zahirah selaku

Canselor UMT.

Perasmian pelancaran ini diadakan bertujuan untuk mempromosi dan suar hebah berkenaan

aktiviti-aktiviti penyelidikan yang diadakan oleh UMT bersama Kapal RV Discovery. Tema Pelayaran

Penyelidikan pada kali ini adalah “Pelayaran Penyelidikan Saintifik UMT: Menelusuri LIMA ’19.

RV Discovery bersama kumpulan penyelidik telah melalui lebih 40 lokasi kajian sepanjang

perjalanan ke LIMA ’19 bagi menjalankan kajian berkaitan Sains Marin dan perubahan iklim Malaysia.

Keunggulan

Penyelidikan dan Inovasi

115


116


Anugerah Buku Negara 2019

Pada tahun 2019 senaskah penerbitan Penerbit UMT telah memenangi Anugerah Buku Negara 2019

bersempena penganjuran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2019.

Buku Umum Terbaik Kategori Pelancongan“The Mesmerizing Pulau Redang: An Introduction to

Its Ecology and Biodiversity” hasil suntingan Prof. Dato’ Dr. Mohd Tajuddin Abdullah, Gertrude David

dan Muhammad Syamsul Aznan Arifin.

Keunggulan

Penyelidikan dan Inovasi

117


Pengiktirafan Jurnal Crème 2019

UMT terus mendapat pengiktirafan dalam

penerbitan jurnal sempena majlis Anugerah

Malaysia’s Research Star Award (MRSA) dan

Pengiktirafan Jurnal Crème 2019 yang diadakan

di Zenith Hotel, Putrajaya.

Journal of Sustainability Science and

Management (JSSM), terbitan Penerbit UMT telah

dipilih oleh Kementerian Pendidikan Malaysia

sebagai salah satu jurnal yang diiktiraf berpotensi

Crème. Pengiktirafan ini diberikan atas

penerbitan jurnal ilmiah yang cemerlang,

berkualiti, serta melaksanakan strategi yang

berjaya untuk terus berkembang dan menjadikan

jurnal ilmiah UMT kelihatan di peringkat global.

118


Penerbitan Buku Sasterawan Negara

Demi menyahut seruan YB Menteri Pendidikan

Malaysia, YB Dr. Maszlee Malik supaya

masyarakat universiti menghargai serta

mendekati Sasterawan Negara, UMT mengambil

langkah proaktif menerbitkan buku Petala 7

Sasterawan Negara.

Penerbitan ini menghimpunkan 132

puisi dengan mengetengahkan tujuh orang

Sasterawan Negara termasuk Al-Marhum

Datuk Dr. Usman Awang, Dato’ Seri Abdul

Samad Mohamed Said, Profesor Emeritus Dr.

Muhammad Haji Salleh, Dato’ Dr. Anwar Ridhwan,

Dato’ Dr. Ahmad Kamal Abdullah (Kemala), Dato’

Baharuddin Zainal (Baha Zain) dan Dato’ Dr.

Zurinah Hassan.

Keunggulan

Penyelidikan dan Inovasi

119


PENERBITAN

Pencapaian UMT dari segi bilangan penerbitan, dan jumlah sitasi pada tahun 2019 adalah seperti

berikut:

120


KESIMPULAN

Pencapaian UMT dalam menghasilkan penyelidikan

dan inovasi berimpak tinggi terus meningkat

apabila meraih pelbagai pengiktirafan di dalam

negara serta peringkat antarabangsa. Pencapaian

dan kejayaan yang dikecapi sepanjang tahun

2019 merupakan batu loncatan untuk UMT terus

bergerak ke hadapan dengan lebih cepat ke arah

mencapai matlamat menjadi sebuah universiti yang

lebih berfokus dan berkualiti dalam menghasilkan

karya penyelidikan.

Pencapaian dalam penyelidikan dan inovasi

masih boleh dibanggakan, walaupun terdapat

kekangan kewangan kerana pengurangan peruntukan

yang diterima daripada peruntukan geran swasta

dan antarabangsa. Oleh itu, pelbagai inisiatif telah

diambil antaranya menggalakkan para penyelidik

mencari dan mendapatkan geran-geran dan tajaan

dari institusi dalam dan luar negara, memberikan

latihan dan panduan untuk mereka menghasilkan

kertas cadangan sehingga mencapai tahap yang

dikehendaki di samping meningkatkan jaringan

penyelidikan.

148

projek penyelidikan baharu dan aktif

RM14,588,582

jumlah geran

1,433

Penerbitan artikel dan prosiding

2

produk telah dilesenkan kepada syarikat

2

produk telah dikomersialkan kepada syarikat

171

Harta Intelek telah didaftarkan

Keunggulan

Penyelidikan dan Inovasi

121


122


Pembangunan

Pelajar dan Alumni

123



UMT sentiasa mengambil inisiatif dalam

melahirkan graduan yang holistik, berciri

keusahawanan dan seimbang yang

menjadi aspirasi pendidikan tinggi negara. Selari

dengan aspirasi ini, Teras Pembangunan Pelajar

dibangunkan dengan berfokuskan kepada

tiga objektif iaitu melahirkan pelajar holistik

dan berdaya saing, memperkasakan jaringan

bersama alumni dan mewujudkan persekitaran

kampus yang kondusif.

Langkah pertama dalam proses pembinaan

diri seorang pelajar yang holistik adalah dengan

melengkapkan pelajar dengan kepelbagaian

kemahiran yang mampu mencungkil dan

mengasah keupayaan diri supaya mencapai

potensi diri. Penaksiran inklusif yang tidak

hanya bertumpu kepada kualiti akademik tetapi

juga kemahiran insaniah melalui Merit MyStar

dapat menyediakan graduan yang sesuai

dengan kehendak pasaran kerja. Suasana

kampus yang kondusif dengan fasiliti dan

prasarana yang menyokong Revolusi Industri

(IR) 4.0 turut menjadi tumpuan dalam proses

melahirkan pelajar yang menyumbang kepada

pembangunan masyarakat dinamik dan maju di

masa hadapan.

Pembangunan

Pelajar dan Alumni

125


PERSATUAN DAN BADAN PELAJAR

Program dan aktiviti untuk pembangunan holisitik pelajar dimantapkan lagi dengan kewujudan 119

persatuan dan badan pelajar yang berdaftar di UMT. Rajah di bawah menunjukkan pecahan persatuan

dan badan pelajar mengikut kluster.

Anak Negeri: 3.38%

Sukan: 17.51%

Badan Beruniform: 1.25%

Akademik: 27.68%

Kebudayaan: 15.25%

Eksekutif: 10.73%

Sosial: 10.16%

Kluster bagi Persatuan dan Badan Pelajar yang Berdaftar.

Sepanjang tahun 2019, sebanyak 354 aktiviti persatuan dan badan pelajar telah berjaya

dilaksanakan. Rajah di bawah menunjukkan aktiviti yang berteraskan sosial mempunyai kekerapan

yang paling tinggi berbanding dengan aktiviti lain bagi tahun 2018 dan 2019.

Kategori aktiviti anjuran Persatuan dan Badan Pelajar di UMT

126


PROGRAM KESUKARELAWANAN MAHASISWA UMT

UMT turut menganjurkan sebanyak 29 program kesukarelawan telah diadakan yang terdiri daripada

tiga program di peringkat antarabangsa dan 26 program di peringkat kebangsaan dan negeri.

Penganjuran program seumpama ini bertujuan mendidik dan membentuk kemahiran kepimpinan,

melatih mahasiswa untuk berfikir secara kritis serta mampu menjana idea yang kreatif dan matang.

Selain itu, program ini juga dilaksanakan untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa mengenai

suasana di luar kampus, budaya pendidikan serta kerja-kerja amal dalam masyarakat.

Peringkat Antarabangsa

Program pengantarabangsaan yang telah dilaksanakan dan disertai oleh mahasiswa UMT, para

mahasiswa telah didedahkan dengan pengalaman sebenar berdepan dengan kesukaran dan kedaifan

penduduk di setiap negara yang dikunjungi. Penganjuran misi kemanusiaan ini bertujuan untuk

membantu meringankan beban masyarakat dengan memberi sumbangan kepakaran dan pemberian

keperluan asas kepada masyarakat yang memerlukan.

Program Kembara Ilmu Tanpa Sempadan Kor Sukarelawan Polis Siswa & Siswi (Kor Suksis)

UMT Di Acheh, Indonesia.

Seramai 68 Sukarelawan Polis Siswa dan Siswi (SUKSIS UMT) telah menjalankan program di Acheh,

Indonasia. Antara Universiti yang dikunjungi oleh mereka adalah Universitas Syiah Kuala (Unsyiah)

dan Universitas Ubudiyah Indonesia. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah lawatan ke fakulti,

melaksanakan program Komuniti ke Kampung Alue Naga, perkongsian budaya serta sesi perkongsian

ilmu antara pelajar UMT dan pelajar Unsyiah.

Misi Sukarelawan Siswa YSS –ASEAN Green Summer Volunteer Campaign (GSVC), Vietnam

Dua orang pelajar UMT telah terpilih untuk mengikuti misi YSS-Vietnam yang dilaksanakan pada 3

Julai hingga 8 Ogos 2019. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah mengajar kelas Bahasa Inggeris,

menceriakan kawasan sekolah dengan melukis mural, melakukan aktiviti kebersihan dan kerja-kerja

sukarelawan yang lain.

Pembangunan

Pelajar dan Alumni

127


Misi Sukarelawan Siswa YSS – MoES Ke Lao PDR 2019 (Laos)

Untuk misi antarabangsa ke-2 YSS, dua orang pelajar UMT telah dipilih untuk mengikuti misi YSS-

MoES Ke Lao PDR 2019 (Laos) yang dilaksanakan pada 10 hingga 26 September 2019. Misi kali

ini lebih memberikan tumpuan kepada membantu menaik taraf fasiliti awam terutamanya kawasan

sekolah.

Peringkat Kebangsaan dan Negeri

Pelbagai program kesukarelawanan di peringkat kebangsaan dan juga bersama komuniti setempat

telah berjaya dianjurkan dan disertai oleh pelajar UMT sepanjang tahun 2019. Sejumlah 26 program

kesukarelawan dan beberapa program berimpak tinggi telah berjaya dilaksanakan.

Misi Sukarelawan Siswa YSS –ASEAN Ke Sarawak

Pada 15 Ogos hingga 3 September 2019 telah dilaksanakan misi YSS di Sarawak di mana dua orang

lagi pelajar UMT dipilih sebagai sukarelawan YSS. Program yang dilaksanakan selama dua minggu

ini mensasarkan komuniti luar bandar di pedalaman Sarawak.

Misi Sukarelawan Siswa YSS – ASEAN ke Sabah 2019

Pada 7 hingga 23 Ogos 2019, UMT telah menghantar tiga orang pelajar yang terpilih untuk menyertai

misi sukarelawan YSS ke Sabah. Misi sukarelawan kali ini adalah untuk membantu meningkatkan

pencapaian akademik anak-anak tempatan melalui program motivasi dan meningkatkan keselesaan

persekitaran mereka.

Program Kesukarelawanan Di Rumah Seri Kenangan, Cheras

Bersempena dengan Program Seminar Sukarelawan Kebangsaan 2019 pada 12 Disember 2019, UMT

telah melaksanakan Program Kesukarelawanan di Rumah Seri Kenangan, Cheras. Seramai 20 orang

pelajar telah menyantuni penghuni di Rumah Seri Kenangan ini.

128


Program We Care 4U, Kelab Penyayang UMT

Program kerjasama antara Kelab Penyayang UMT dan Kelab Penyayang UKM dilaksanakan selama

dua hari. Selain bertujuan merapatkan hubungan dua hala, ia juga memberikan satu impak yang

besar kepada pelajar UMT di mana mereka berpeluang menyantuni golongan gelandangan di kota

raya Kuala Lumpur.

Program Pemindahan Ilmu Bersama Kelab Kebajikan Asnaf Kelantan

Pada bulan Ramadhan yang lalu, Kelab Polisi Awam dan Sekitaran Sosial telah mengadakan program

pemindahan ilmu di mana kelab ini telah memilih peserta dalam kalangan anak-anak asnaf dan

ibu tunggal di Kota Bharu sebagai golongan sasaran. Seramai 42 orang anak-anak asnaf dan 32

ibu tunggal telah disantuni di dalam program ini. Selain memberikan khidmat nasihat dan motivasi

kepada peserta, mereka juga diberikan penerangan berkenaan kaedah terbaik untuk meningkatkan

taraf ekonomi keluarga dengan menggunakan persekitaran sedia ada seperti kaedah guna semula dan

e-dagang. Selain itu, peserta juga diraikan dengan majlis berbuka puasa dan sumbangan keperluan

harian.

PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SESI

2019/2020

Pilihan Raya Kampus UMT edisi 2019 dilaksanakan demi mendokong cita Autonomi Mahasiswa.

Selaras dengan penjajaran semula universiti, jumlah kerusi exco majlis Perwakilan Pelajar juga

berlaku pengurangan. Pada pemilihan kali ini, hanya 15 kerusi dipertandingkan yang terdiri dari 10

kerusi fakulti dan lima kerusi Umum. Pilihanraya kampus kali ini mencatatkan peratusan keluar

mengundi sebanyak 60.3 %.

Pembangunan

Pelajar dan Alumni

129


BADAN BERUNIFORM

Pada tahun 2019, Pasukan Badan Beruniform UMT yang terdiri daripada Pasukan PALAPES Laut,

KOR SUKSIS, KOR SISPA dan Wataniah telah memenuhi 88 aktiviti sama ada untuk Pembelajaran

dan Pengajaran di samping modul pentauliahan mereka masing-masing. Kokurikulum merupakan

elemen yang sama penting dengan kurikulum akademik dalam pendidikan negara selaras dengan

Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani

dan intelek.

Penglibatan pelajar dalam badan beruniform merupakan medan yang paling sesuai untuk

membentuk pemimpin yang berwibawa. Melalui kegiatan dalam badan beruniform, para pelajar

telah dilantik atau dipilih sebagai pucuk pimpinan dalam organisasi sama ada sebagai pengerusi,

setiausaha atau bendahari. Dalam konteks ini, pelajar telah diasuh dan diasah sebagai insan yang

bertanggungjawab, berkeyakinan, amanah, dedikasi dan berupaya berinteraksi dengan baik. Ciri-ciri

tersebut dan pengalaman dalam badan beruniform dapat membentuk sifat-sifat sebagai seorang

pemimpin yang berkualiti.

130


Sepanjang tahun 2019, Badan Beruniform UMT telah menjalankan semua aktiviti-aktiviti yang telah dirancang,

dengan beberapa pencapaian seperti berikut:

Badan Beruniform Program / Aktiviti Pencapaian

Kor SUKSIS

Kor SISPA

PALAPES Laut

Majlis Pertauliahan Kor SUKSIS Universiti Awam

(Anugerah Ketua Polis Negara)

Program Sukarelawanan Majlis Konvokesyen

Himpunan Huffaz Permata Al-Quran Kali Ke-7 2019

Majlis Perasmian Penutupan Program Kembara

SUKSIS 2019

Seramai 48 Pegawai Kadet SISPA ditauliahkan

di UPM, Serdang dalam Pentauliahan Kor SISPA

Kebangsaan

Sukarelawan Bencana Banjir Terengganu

Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet PALAPES

Universiti Awam Ke-18

Pelayaran 393/19 bagi wakil PALAPES (L) UMT

1. Pelatih Keseluruhan Terbaik

2. Pelatih Akademik Terbaik

3. Pelatih Luar Terbaik

Peringkat antarabangsa

Menandatangani MoU antara Universitas

Ubudiyah dengan UMT

Pegawai Kadet Terbaik: Lt. M (PA) Akmal Afiq

Othman

Johan keseluruhan pertandingan kemahiran

Kor SISPA Kebangsaan dalam Majlis

Pentauliahan Kebangsaan di UPM Serdang

Johan bagi pertandingan SISPA Challenge,

Pengungsian Bangunan dan Kawad Kaki .

Naib Johan: Road Accident Management

Seramai 20 Pegawai Kadet SISPA telah

terlibat sebagai Sukarelawan Bencana Banjir

di Terengganu

Pegawai Kadet Terbaik UMT

Beberapa Orang wakil daripada PALAPES (L)

UMT telah menyertai Pelayaran 393/19 KLD

Tunas Samudera.

Wataniah Kursus Asas Perajurit Muda (S) Siri 1/2019 Anugerah Kawad Terbaik Wanita

Kursus Asas Perajurit Muda (S) Siri 3/2019

Kursus Kadar Sukarela Siri 1/2019

Anugerah Akademik Terbaik Wanita

Anugerah Penembak Terbaik Wanita

Anugerah Keseluruhan Terbaik Lelaki

Anugerah Akademik Terbaik

Anugerah Kawad Terbaik Wanita

Anugerah Keseluruhan Terbaik

Anugerah Akademik Terbaik

Pembangunan

Pelajar dan Alumni

131


SUKAN DAN REKREASI

Tahun 2019 memberi motivasi dan semangat

kepada warga sukan UMT untuk terus

mencipta kecemerlangan dalam sukan dan

rekreasi serta meningkatkan mutu kehidupan

yang lebih sihat dan cergas. Sebanyak 41

acara sukan telah disertai dan dianjurkan

dalam usaha meletakkan nama universiti

setanding dengan universiti yang ternama

dalam sukan di peringkat institusi pendidikan

tinggi di Malaysia.

132


PERINGKAT

ANTARABANGSA

Kejohanan PSU Pattani Volleyball Open

2019

Pencapaian:

Tempat Ke 4

Lawn Bowls International Open Pairs

KPM-USIM Kali Ke-8, 2019

Pencapaian:

Naib Johan

PERINGKAT

KEBANGSAAN

Kejohanan Memanah Terbuka Cut

Archery 2019

Pencapaian:

2 Emas, 1 Perak, 1 Gangsa

Malaysia Open Water Championship

2019

Pencapaian:

Tempat Ke-2 (Kategori 5km half

marathon lelaki 20-29 tahun)

Kejohanan Sukan MASUM Fasa 1 dan

Fasa 2

Pencapaian:

2 Perak, 2 Gangsa

Kejohanan Higher Educations Sport

Fest (HESF) 2019.

Pencapaian:

Bola Tampar Lelaki-Separuh Akhir

Kejohanan Sukan Institusi Pengajian Tinggi Pantai Timur 2019 (SIPTAR)

Kulim International

Jamboree 2019

Pencapaian:

Penyertaan 8 pelajar

Oceanman Krabi Thailand

2019

Pencapaian:

Tempat Ke-2

(Ke-4 Keseluruhan)

Pencapaian:

4 Perak, 1 Gangsa

UMT di tempat ke-11 daripada 27 Kontinjen

Shah Alam International Volleyball

Championship 2019

Pencapaian:

layak ke peringkat suku akhir

Kejohanan PD Swimathon 2019

Pencapaian:

Johan 5km

Naib johan 2km

Naib Johan 1km

Kejohanan Sukan Institusi Pengajian Tinggi Pantai Timur 2019 (SIPTAR)

Pencapaian:

4 Perak,

1 Gangsa

UMT di tempat ke-11 daripada 27 Kontinjen

Bola Tampar Jemputan Kali Ke-2, UiTM Cawangan Kelantan

Majlis Anugerah MASUM

Pencapaian:

Atlet Terbaik Universiti Lelaki

Atlet Terbaik Universiti Wanita

Kejohanan Lawn Bowls Classic Triples 2019

Pencapaian:

Pasukan UMT A : Kedudukan 32 daripada 64 Pasukan

Pasukan UMT B : Kedudukan 25 daripada 64 Pasukan

Kejohanan Sukan Air MASUM 2019

Pencapaian:

Separuh Akhir

Pencapaian:

Tempat ke-4

M.O.W.S. Langkawi Swimming Festival

2019

Pencapaian:

1 Emas, 1 Perak & 1 Gangsa

Kejohanan Softbol Terbuka Kebangsaan

2019

Pencapaian:

Naib johan

Liga Bola Sepak IPT Divisyen 1,

2019

Pencapaian:

Naib Johan

Karnival Silat Piala Menteri Besar

Terengganu 2019

Pencapaian:

1 Emas, 2 Gangsa

Kejohanan Inter School Sport Fiesta

(ISSF) 2019

Kejohanan Ragbi Kemaman 10’s

2019 Tertutup Terengganu

PERINGKAT

NEGERI/UNIVERSITI

Pencapaian:

Juara keseluruhan – Pusat Pengajian

Perniagaan dan pengurusan Maritim.

Pencapaian:

Johan Plate

Kejohanan Bola Tampar Jemputan Kuantan 2019

Pencapaian:

Separuh akhir

Pembangunan

Pelajar dan Alumni

133


KEBUDAYAAN DAN KESENIAN

UMT sentiasa berusaha untuk mengangkat martabat seni dan budaya dalam kalangan pelajar. Antara

pencapaian dan anugerah tertinggi pada tahun 2019 yang berjaya dicapai adalah seperti berikut:

Festival Colours of the World

Tempat Ketiga (Anugerah Gangsa)

Pertandingan Tarian Rakyat

Pencapaian Sagu hati

Pertandingan Tarian Rakyat

Anugerah Busana Terbaik

Pertandingan Debat Bahasa Tamil

Johan

PERINGKAT ANTARABANGSA

PERINGKAT KEBANGSAAN

Pertandingan Tarian Antarabangsa

Tempat Kedua (Anugerah Perak)

Festival Tari

Tempat Keempat

Pertandingan Debat dan Puisi Bahasa Tamil

Johan – Debat

Tempat Ketiga – Puisi

Sayembar Syair Kebangsaan

Sagu hati

Festival Majlis Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia (MAKUM) Bengkel Tari dan Muzik Gamelan

Festival Teater Negeri Terengganu

Johan

Pertandingan Puisi Tari Zon Timur

Naib Johan

PERINGKAT NEGERI / UNIVERSITI

Sayembara Syair Zon Timur

Johan

134


KEUSAHAWANAN DAN KERJAYA

UMT telah menyediakan ekosistem keusahawanan dan pembangunan kerjaya yang mampu melahirkan

graduan berminda keusahawanan dan berkebolehpasaran tinggi selaras dengan ‘Lonjakan Pertama’

iaitu Graduan Holistik Berciri Keusahawanan yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan

Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) dan Pelan Tindakan Keusahawanan IPT 2016-2020.

Pencapaian Program Keusahawanan Pelajar 2019

Pada tahun 2019, pelajar UMT telah menyertai pelbagai pertandingan di peringkat kebangsaan dan

telah mencapai kejayaan yang sangat membanggakan seperti berikut:

BIL PERTANDINGAN TARIKH

BILANGAN

PELAJAR

TAJUK PROJEK

PENCAPAIAN

1 My Agrosis Cup 27 – 28 April 2019 4 Nuget Betik Tempat Keempat

2 Real Business Challenge 27 – 28 April 2019 10 Fish Bone Mix

Coconut Shake

Tempat Ketiga

3 5 th UTU Awards 14 – 17 November 2019 4 Kawkopiku Juara Harapan 1

Pembangunan

Pelajar dan Alumni

135


Kebolehpasaran Graduan 2019

Kebolehpasaran Graduan (GE) merupakan petunjuk penting kejayaan program-program yang

dilaksanakan sepanjang tempoh pengajian pelajar di UMT. Bagi mendapatkan data kebolehpasaran

pada tahun 2019, Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG1) dibuka bermula 08 November sehingga

31 Disember 2019, sempena tarikh konvokesyen iaitu bermula 16 hingga 18 November 2019. Berikut

adalah ringkasan penemuan Kajian Pengesanan Graduan (SKPG-1):

136


Kebolehpasaran Graduan (GE) merupakan

antara KPI utama yang telah ditetapkan oleh

pihak Kementerian Pendidikan Malaysia

(KPM) kepada semua Universiti Awam (UA)

dan sasaran di peringkat kebangsaan adalah

80%. Walau bagaimanapun, sasaran GE yang

ditetapkan oleh KPM kepada UMT pada tahun

2019 ialah 75%. Pencapaian GE UMT pada tahun

2019 adalah 87.1% yang dicatatkan daripada

Sistem Kajian Pengesanan Graduan 1 (SKPG 1)

dan juga Sistem Kajian Pengesanan Graduan

Kemas kini. Antara program dan aktiviti yang

dilaksanakan bagi meningkatkan pencapaian GE

adalah seperti berikut:

Bil.

Program

1. Career, Entrepreneurship and Skills Festival

2019

2. Ready4Hire

3. My Resume

4. Resume & Digital Footprint

5. Taklimat Sistem Kajian Pengesanan Graduan

(SKPG)

6. Resume Coaching

7. Forum Kerjaya : How To Market Yourself

8. Program GE 2019 Program Sarjana Muda

Sains (Biologi Marin)

9. Program GE 2019 Program Sarjana Muda

Ekonomi (Sumber Alam)

10. Program Inkubator Usahawan Media Digital

11. Kursus Eksekutif Pengurusan Media Sosial

(GIG Economy)

12. Cakna GE

13. Basic Safety Training

14. Program GE: Pra-Pekerjaan Akuakultur

15. Program Tambah Nilai GE Sarjana Muda

Sains Biologi

16. MyCareer@MOE

Pembangunan

Pelajar dan Alumni

137


LATIHAN PELAYARAN

Dalam inisiatif memperkukuhkan kemahiran pelajar terutamanya berkaitan ilmu kelautan, UMT telah

menubuhkan Pusat Latihan Pelayaran selari dengan hasrat UMT yang ingin menjadikan aktiviti

pelayaran sebagai salah satu kaedah dalam membentuk sahsiah dan kemahiran pelajar. Sejak

penubuhan pusat ini pada Ogos 2019, UMT telah berjaya mencipta kejayaan yang cemerlang dalam

pertandingan sukan pelayaran yang telah diadakan di Pulau Duyong, Kuala Terengganu. Kejayaan

tersebut telah menjadi pemangkin dan pendorong kepada pelajar untuk mencapai kejayaan yang

lebih besar seterusnya menjulang nama UMT ke persada sukan pelayaran antarabangsa.

Kebangsaan

Kursus Kepegawaian

Sukan Pelayaran

55 orang peserta dalam

kalangan pelajar subjek

Kompetensi Asas

Pelayaran (MNS2203)

Antarabangsa

3 rd IPTA Sailing Challenge 2019

Laser Standard IPT Silver Fleet Class

1 Emas, 1 Perak, 1 Gangsa

Laser Radial Men IPT Silver Fleet

1 Emas, 1 Perak, 1 Gangsa

Laser Radial IPT Women Silver Fleet

1 Perak, 1 Gangsa

Laser 4.7 IPT Women

1 Emas, 1 Perak, 1 Gangsa

Windsurf Novice IPT Men

1 Emas, 1 Perak, 1 Gangsa

Windsurf Novice IPT Women

1 Emas, 1 Perak, 1 Gangsa

138


KOLEJ KEDIAMAN SEBAGAI PUSAT PEMBELAJARAN

KEDUA

Peranan Kolej Kediaman sebagai Pemangkin dalam Melahirkan Pelajar

Cemerlang

Kolej Kediaman memainkan peranan berfokus terhadap tiga elemen iaitu kemahiran kepemimpinan,

kerja berpasukan dan kebolehan menyesuaikan diri. Tiga elemen ini tidak akan menonjol jika hanya

menunggu untuk digilap semasa tahun akhir pengajian, sebaliknya perlu diasah seawal tahun pertama

pelajar bergelar siswa/siswi.

Kolej Kediaman merealisasikan cabaran melahirkan graduan seimbang ilmu dan akhlak ini melalui

pelaksanaan program-program pembangunan pelajar di kolej kediaman dengan kerjasama Felo, Majlis

Kolej Siswa (MKS) dan Majlis Pelajar Luar Kampus (MPLK) di samping menyediakan kemudahan

penginapan dan prasarana yang lengkap dan kondusif.

SOSIAL DAN KEMASYARAKATAN

• Kawal Siswa

• Keselamatan dan Kesihatan untuk Anda (2K4U)

• Karnival Jualan Kolej Siswa

• Youth Skills @ Kolej Siswa

• Program Jelajah Siswa Luar Kampus 4.0

• Lawatan Penanda Aras ke Universiti Kebangsaan

Malaysia (UKM) dan Universiti Islam

Antarabangsa Malaysia (UIAM)

• Program Implimentasi Kepimpinan Mahasiswa

Luar Kampus Peringkat Kebangsaan (IMPAK 2.0)

• Hari Inovasi @Kolej Siswa

• Baju Raya Project 2019 Edisi Pantai Timur

• Program Riang Ria Aidilfitri 2019

• Kursus Asas Pertolongan Cemas

• Rohingya, Kami Ada!

• Entertaimant Technology Festival (ET Fest)

• TWEET @ KK 3.0 (Together We Explore and

Experience Time)

• Program Pra Teambuilding dan Teambuilding

Kolej Kediaman

• Bengkel Pemantapan Organisasi Jawatankuasa

Perwakilan Kolej Kediaman dan Jawatankuasa

Perwakilan Luar Kampus sesi 2019/2020

• Karnival Mega UMT (KMU)

• Malam Jasa Bakti (MASAKTI)

KEROHANIAN DAN KEBAJIKAN

• Gema Nurani Kolej Siswa (GENKOSIS)

• Program Iftar Perpaduan Bersama Komuniti 2019

• Haiya Ramadhan (HAIRA)

SUKAN DAN REKREASI

• Karnival Futsal Piala Luar Kampus

• KS Virtual Run 2019

• Let’s Get Fit (Fit Challenge Kolej Kediaman)

BAHASA

Program Think-Pair-Run & Language Vaganza Anjuran

Bersama Pusat Pembelajaran Bahasa Inggeris (ELC)

*Nama Kolej Siswa dinamakan semula sebagai Kolej kediaman

bermula Ogos 2019

**Majlis Kolej Siswa (MKS) kini dikenali sebagai Jawatankuasa

Perwakilan Kolej Kediaman (JPKK)

***Majlis Perwakilan Luar Kampus (MPLK) kini dikenali sebagai

Jawatankuasa Perwakilan Luar Kampus (JPLK)

Pembangunan

Pelajar dan Alumni

139


KEJAYAAN DAN ANUGERAH PELAJAR

Universitas Teuku Umar (UTU) Awards

UMT telah menghantar penyertaan daripada Kelab MyAgrosis bagi 5 th UTU AWARDS yang

berlangsung pada 14 hingga 17 November 2019 bertempat di Universitas Teuku Umar (UTU), Acheh,

Indonesia dalam kategori Perencanaan Bisnis.

Melalui Projek KAW KOPIKU, UMT telah berjaya menewaskan lima finalis lain dari universiti

sekitar Indonesia iaitu Universitas Teuku Umar, Universitas Bravijaya, Institut Pertanian Bogor serta

Universiti Sultan Zainal Abidin dengan meraih gelaran Juara Harapan 1 dan membawa pulang

hadiah wang tunai berjumlah Rp8 juta.

UMT juga telah diberi pengiktirafan dan kepercayaan oleh UTU dengan pelantikan Dr. Mohd

Shaari Abd Rahman sebagai juri pertandingan kategori Perencanaan Bisnis dan menjadi satusatunya

juri yang mewakili Malaysia.

Anugerah Busana Terbaik Festival Citra Seni Kebangsaan

UMT telah dinobatkan sebagai penerima anugerah busana terbaik dari kalangan 10 kumpulan

melibatkan UA dan IPTS yang bertanding dalam Festival Citra Seni Kebangsaan. Festival ini

menghimpunkan kumpulan amatur dan profesional serta diadili oleh panel juri yang merupakan

penggiat seni tari profesional dan bertauliah.

Penganjuran festival ini bertujuan untuk mengembangkan seni tari tradisional kreasi kepada

mahasiswa dan masyarakat serta memberi pendedahan bagi memahami konsep persembahan tari

kreasi baru.

Kemenangan UMT dalam pertandingan ini memberi impak yang cukup baik dalam

mempromosikan UMT selain menyemai ilmu dan semangat jati diri dalam mewarisi dan

memelihara seni tari.

140


UMT FC Cipta Sejarah

Pasukan bola sepak UMT, UMT FC melakar sejarah setelah menduduki tangga ketiga dalam saingan

Liga Bola Sepak IPT Divisyen 1 2019. Pencapaian ini adalah yang terbaik sejak pasukan UMT FC

menjejakkan kaki ke divisyen 1 pada tahun 2018. Pasukan UMT FC berkongsi mata bersama

Naib Juara liga iaitu UiTM Perlis dengan 24 mata dan hanya perbezaan 1 gol yang memisahkan

kedudukan tangga liga.

Lebih membanggakan, pasukan UMT FC turut mencipta rekod tanpa kalah dalam 12 perlawanan

dengan memenangi enam perlawanan serta seri enam perlawanan. Malah, turut menumbangkan

Juara Liga UiTM FC pada pertemuan di gelanggang lawan.

UMT FC telah mencapai sasaran yang ditetapkan pihak pengurusan universiti yang

mensasarkan tempat ke-5 bagi saingan tahun 2019. Dengan kejayaan ini, pasukan UMT FC telah

menerima ganjaran hadiah wang tunai kejohanan sebanyak RM 6,000.00.

CAKNA KEBAJIKAN PELAJAR

UMT CREW : Jana Pendapatan Tambahan Secara Sambilan

UMT Crew adalah gerakan berasaskan kebajikan untuk membantu pelajar mendapatkan wang saku

tambahan melalui kerja separuh masa. Ia bermula sejak pertengahan Mei 2017 dengan gerakan

kumpulan pelajar UMT yang menganggotai kumpulan Whatssapp Group untuk mendapatkan

makluman hebahan iklan penawaran kerja separuh masa di medium berkenaan. UMT Crew diasaskan

oleh Dr. Izan Dato’ Haji Jaafar bermula dari hanya 18 orang ahli dan ketika ini keahliannya telah

melebihi 1,200 orang. Aplikasi UMT Crew telah dibangunkan pada pertengahan tahun 2019 dan

sedang diperkukuhkan penggunaannya.

Operasi UMT Crew mendapat sokongan dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni terutamanya

dari Pusat Keusahawanan dan Kerjaya dan diletakkan di bawah operasi Kelab Usahaniaga UMT.

Antara pekerjaan sambilan yang ditawarkan di sekitar Kuala Nerus/Kuala Terengganu adalah khidmat

fotografi, servis komputer, pembersihan rumah, pembersihan halaman, pembantu kedai, pengiraan

stok, guru tuisyen, kelas mengaji, pengasuh sambilan, memasak, cuci kereta, katering, pengacara,

reka grafik, pembantu dapur, promoter, mesin rumput, student cab, runner, data entry, penterjemah,

menaip, mekap dan bermacam-macam lagi. Kadar bayaran bergantung kepada majikan pada kadar

yang difikirkan sesuai mengikut kadar per jam per pekerja.

Pada tahun 2019 sahaja, lebih daripada 470 pekerjaan telah ditawarkan kepada hampir 800

pelajar. Jumlah pendapatan yang telah diterima oleh ahli UMT Crew pada tahun 2019 menghampiri

RM30,000.

Pembangunan

Pelajar dan Alumni

141


Pekerjaan sambilan ini sememangnya sesuatu yang biasa dalam kalangan pelajar di luar negara,

dan budaya ini kurang dipraktikkan di negara kita. Aspirasi UMT Crew adalah inisiatif kebajikan yang

membantu para pelajar dari segi kewangan di samping memberi pengalaman dan meningkatkan

kemahiran insaniah tetapi tidak mengabaikan pelajaran dan tetap menjadikan pelajaran sebagai

keutamaan.

Act of Kindness (AOK)

“AOK” – Act of Kindness adalah inisiatif penyediaan makanan siap percuma kepada para pelajar yang

kurang berkemampuan dan sangat memerlukan sama ada pek sarapan atau pek makan tengah hari

atau kedua-duanya. Para penyumbang yang ingin mengambil bahagian untuk memberi sumbangan

harian akan dikumpulkan dalam kumpulan Whatssap mengikut stesen dan dibuat penjadualan

pengagihan makanan.

Selain AOK harian, terdapat projek-projek khas AOK iaitu AOK sahur, AOK Iftar dan AOK Exam Pack.

Projek AOK mendapat sokongan padu daripada warga UMT melalui Kelab Wanita UMT (MUTIARA)

dan staf Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UMT. Pada tahun 2019, projek AOK telah

menyalurkan sumbangan kepada kira-kira 42,000 orang pelajar melalui AOK harian dan projek-projek

khas dengan jumlah sumbangan sekitar RM120,000.

Gerobok Rezeki_Mutiara UMT (GR)

“GR” – Gerobok Rezeki Mutiara UMT merupakan projek yang menyediakan keperluan makanan dan

minuman kering serta keperluan asas harian secara percuma kepada para pelajar yang kesempitan

dan sangat memerlukan.

Projek ini mengambil idea daripada “Projek gerobok” yang telah dilaksanakan di masjid-masjid yang

mengambil bahagian di seluruh Malaysia. Projek GR telah bermula sejak Mac 2017 dan mendapat

sokongan padu Kelab Wanita UMT (MUTIARA) yang mendapatkan tajaan gerobok dan menyediakan

ruang di dalam bilik operasi Kelab MUTIARA untuk operasi harian GR. Para penyumbang adalah

kakitangan UMT, alumni UMT dan orang luar yang prihatin dengan sumbangan berbentuk barangan

atau wang.

Pada tahun 2019, projek GR telah memanfaatkan lebih 4,000 orang pelajar dengan purata 20

orang sehari dan menyediakan lebih 40 jenis barangan asas harian, makanan dan minuman kering.

GR beroperasi setiap hari Ahad hingga Khamis bermula jam 10 pagi hingga 5 petang dan kadangkala

dibuka pada hujung minggu mengikut kelapangan masa para sukarelawan.

Projek GR pada tahun 2019 telah menyalurkan sumbangan hampir RM25,000 untuk pembelian

barang-barang, tidak termasuk sumbangan barangan secara terus.

142


Sukarelawan Pelajar sebagai Penggerak AOK dan Gerobok Rezeki

Penggerak yang membantu operasi dan pelaksanaan AOK dan GR adalah kumpulan sukarelawan

pelajar yang terdiri daripada para pelajar diploma, sarjana muda dan sarjana dari segenap program

pengajian, rumpun kaum, bangsa dan agama. Kumpulan sukarelawan ini dibentuk untuk membantu

kelicinan susun atur makanan untuk AOK dan pengendalian operasi GR di Anjung Mutiara.

Sehingga kini, sukarelawan AOK-GR telah menghampiri 70 orang. Atas inisiatif kumpulan

sukarelawan ini juga, beberapa projek khas bagi menjana dan menambah tabung AOK-GR telah

dilaksanakan antaranya Jualan Amal Pakaian Terpakai, Senaman Amal AOK-GR dan Buku Jalanan

Gerobok Rezeki - BuJaGeRi (Sewaan buku).

Pembangunan

Pelajar dan Alumni

143


KEROHANIAN & KESEJAHTERAAN KEWANGAN PELAJAR

Mengambil inspirasi daripada falsafah UMT, Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM) menetapkan ILMU,

AMAL dan IHSAN sebagai teras dalam merangka dan melaksanakan program demi pembangunan

ummah dan kelestarian sejagat. PISM komited dalam menyediakan perkhidmatan terbaik kepada

pelajar UMT. Bantuan kewangan pelajar menjadi fokus utama selain menyediakan aktiviti kerohanian

kepada pelajar.

Kerohanian

ILMU adalah tunjang utama dalam melaksanakan 139 aktiviti yang dipecahkan kepada 5 teras

pembangunan kerohanian. Program Integrasi Ilmu adalah salah satu teras yang menggabungkan

Islam dan STEM mencatatkan jumlah bilangan tertinggi iaitu 86 program bersamaan 61% daripada

keseluruhan program. Data yang diperoleh daripada Sistem Merit MyStar dan Citra UMT menunjukkan

kesemua program ini telah disertai oleh lebih 12,000 pelajar iaitu 62% daripada keseluruhan 19,300

penyertaan. Ini bermakna setiap pelajar UMT tanpa mengira agama dan latar belakang pernah

menyertai sekurang-kurangnya satu program anjuran UMT.

16

Program Perdana

Pengimarahan

Masjid

86

Integrasi Ilmu

5 teras

pembangunan

kerohanian

14

Pendidikan

dan Latihan

12

11

Khidmat Komuniti Penghayatan Syiar

12,000

PENYERTAAN PELAJAR

144


Program ‘Asnaf 2 Asnaf’: Tuisyen Rakyat Al-Amin

Program ‘Asnaf 2 Asnaf’ telah memberikan impak yang cukup signifikan kepada 300 asnaf murid

sekolah yang dididik oleh 70 orang asnaf pelajar UMT selama dua bulan di ruang Masjid UMT. Dana

berjumlah RM76,000 sumbangan Yayasan Bank Rakyat dan agensi korporat yang lain ini telah

digunakan untuk membayar elaun RM800 kepada setiap asnaf UMT yang mengajar enam subjek

utama. Kajian Keberkesanan program ini diketuai oleh Prof. Madya Dr. Sabri Ahmad dan hasilnya,

10.8% murid ini berjaya mencapai tahap cemerlang dalam ujian Take-Off Value (TOV) yang dijalankan.

300 70

Asnaf Murid Asnaf Guru

rm76k

Dana

Sumbangan

10.8%

Pencapaian

Cemerlang Ujian

TOV

94%

Impak Belajar

Kumpulan Kecil

98%

Meningkatkan

Kemahiran

Sosial

ALUMNI UMT

Seramai 2922 Alumni telah berjaya menamatkan pengajian mereka pada tahun 2019. Sehingga kini

UMT telah mempunyai seramai 32,857 orang. Pelbagai program telah dijalankan dengan kerjasama

pusat-pusat pengajian bagi memupuk budaya ’Kami Cakna Kami Sayang UMT’. Beberapa program

telah dianjurkan oleh Seksyen Perhubungan Alumni dalam melebarkan jaringan antara alumni dan

komuniti sekitar kampus. Aktiviti-aktiviti tersebut seperti di dalam jadual di bawah:

Bil. Program Ringkasan Program

1. Sembang Santai Naib

Canselor Bersama Alumni

Staf

Tarikh : 17 Februari 2019

Tempat: Anjung Alumni,

Aras 1, Kompleks Siswa

Objektif utama program;

a. Mengumpulkan buah fikiran dan pandangan bagi menjayakan hasrat

dan halatuju alumni dan objektif yang disasarkan.

b. Mempromosikan Persatuan Alumni UMT serta meningkatkan

bilangan keahlian persatuan di kalangan alumni staf.

c. Memberi peluang komunikasi dua hala antara alumni staf dengan

pengurusan tertinggi UMT berkaitan peranan alumni staf dalam

membantu perkembangan universiti.

d. Seramai 80 orang alumni staf yang terlibat.

Pembangunan

Pelajar dan Alumni

145


Bil. Program Ringkasan Program

2. Program Cakna HEPA

Alumni

Tarikh: 5 Julai 2019

Tempat: Kampung Bukit

Jenun, Pendang, Kedah

Darul Aman

3. Program Jejak Alumni UMT

@ Penubuhan Chapter

Alumni UMT Zon Utara

Tarikh : 6 Julai 2019

Dusun Bok 8000, Jitra,

Kedah

Cafe Bumbledee’s, USM,

Pulau Pinang

Objektif utama program;

a. Program ini diangkat serta dijadikan sebagai flagship Hal Ehwal

Pelajar dan Alumni (HEPA) UMT 2019 sebagai penanda aras

kecaknaan HEPA terhadap pelajar amnya dan alumni khasnya.

b. Program ini juga akan memberi banyak memberi manfaat dari segi

kefungsian HEPA dalam menjaga kebajikan pelajar dan alumni

dan juga keterlihatan Pusat Alumni UMT sebagai pusat yang

bertanggungjawab terhadap alumni UMT

c. PTJ yang terlibat Pusat Alumni,Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA),

Pusat Pembangunan Holistik dan Kaunseling Pelajar (PPHKP), Pusat

Keusahawanan dan Kerjaya (CEC), Persatuan Alumni UMT, Majlis

Perwakilan Pelajar (MPP), Pasukan Media Kreatif Pusat Komunikasi

Korporat dan Pusat Pengurusan dan Harta (PPH)

d. Seramai 7 orang alumni yang terlibat

Objektif utama program;

a. Mengemaskini maklumat terkini dalam sistem e-Alumni.

b. Menubuhkan satu chapter alumni zon utara dan telah membuat satu

group whatsapp.

c. berkumpul dan berkongsi pengalaman masing-masing dengan

pihak pengurusan

d. Melibatkan : 17 orang Alumni MT

146


Bil. Program Ringkasan Program

4. Bengkel Hala Tuju Pusat

Alumni 2020-2023

Tarikh: 26 – 28 September

2019

Tempat: Resort World Kijal

Objektif utama program;

a. Menyediakan satu Pelan Strategik Hala Tuju Alumni di mana

Persatuan Alumni akan menjadi tonggaknya untuk 3 tahun (2020

-2023).

b. Membentuk satu gerakan berstruktur agar segala bentuk

sumbangan, kepakaran, kemahiran dapat disalurkan kepada pihak

universiti secara optimum.

c. Mengumpul idea dan cadangan ke arah pemantapan halatuju

Persatuan Alumni ke arah mencapai objektif yang disasarkan.

d. Merancang dan merangka program yang dijangka mampu melonjak

Alumni di samping memastikan Alumni relevan dan akan terus

mendapat kebaikan melalui keahlian dalam Persatuan Alumni.

e. Mengeratkan muafakat dan ukhwah dikalangan warga Alumni.

f. Melibatkan : 25 orang Alumni (Penyelaras Alumni dan Persatuan

Alumni)

Pembangunan

Pelajar dan Alumni

147


Bil. Program Ringkasan Program

5. Program PIJI@Industri

Bersama Alumni UMT

1 November 2019 (Zon

Kedah) di Homestay Cinta

Sayang Sungai Petani,

Kedah.

2 November 2019 (Zon

Perak) di Restoran Adily

Enterprise, Gopeng, Perak.

3 November 2019 (Zon

Putrajaya) di Pusat

Komunikasi Strategik (PKS)

UMT Putrajaya.

6. Majlis Khas Penyampaian

Skrol Ijazah Kepada

Saudara Muhamad Fahim

bin Shamsudin

Tarikh: 20 November 2019

Dewan Jamuan Senat

Objektif utama program;

a. Memperkasa jaringan industri dengan industri-industri yang

diterajui oleh Alumni UMT.

b. Menjalinkan hubungan strategik yang berterusan di antara alumni

UMT dengan UMT.

c. Menyediakan landasan menyumbang kembali para alumni kepada

Alma Mater melalui jaringan kerjasama penyelidikan, sumbangan

biasiswa atau bantuan kewangan pelajar.

d. Memperkasakan semangat kekitaan serta memupuk rasa bangga

dalam kalangan para alumni terhadap Alma Mater.

e. Membantu dalam meningkatkan kebolehpasaran graduan UMT.

f. Respon daripada usahawan alumni yang memberikan peluang

pekerjaan dan juga latihan industri kepada pelajar bahawa ramai di

kalangan pelajar UMT tidak mempunyai keyakinan diri, kemahiran

berkomunikasi yang lemah dan bersifat introvert.

g. Melibatkan : 10 orang Alumni

Objektif utama program;

a. Skrol ijazah disampaikan oleh Naib Canselor UMT, Prof Dato' Dr. Nor

Aieni Mokhtar. Dalam majlis sama juga, Pusat Alumni UMT telah

menyumbangkan sebuah kerusi roda kepada ayah graduan tersebut,

Shamsuddin Md Amin, 58, orang kurang upaya (OKU) yang kudung

kaki dan tangan kanan akibat kemalangan 22 tahun lalu.

b. Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan Informatik UMT pula

menyampaikan sumbangan khairat kematian kepada Muhammad

Fahim hasil sumbangan daripada pensyarah dan kakitangan

universiti.

c. Majlis khas ini diadakan kerana UMT mahu berkongsi kesedihan

yang dialami Muhammad Fahim dan sebagai tanda keprihatinan

UMT kepada alumninya.

d. Melibatkan :1 orang Alumni Saudara Muhamad Fahim bin

Shamsudin SM Sains Gunaan (Teknologi Maritim),Fakulti Teknologi

Kejuruteraan Kelautan dan Informatik

148


Bil. Program Ringkasan Program

7. Bicara Alumni Kepada Bakal

Alumni UMT

Tarikh: 27 November 2019

Dewan Sultan Mizan

Objektif utama program;

a. Melaksanakan proses menjejaki alumni.

b. Meningkatkan bilangan Alumni yang berdaftar dalam Sistem

e-Alumni.

c. Menyemai rasa sayangkan organisasi di kalangan bakal alumni.

d. Melibatkan :4 orang Alumni

En. Muhammad Najib Ngadiran,Pengurus Pemasaran Kanan, Fima

Bulking Group

Tn. Hj. Badrol Hisham Hj. Zaki, General Manager, Ziq Bakery & Cake

Sdn. Bhd.

En. Muhammad Ridhwan Musa, Pengurus Ledakan Digital Marketing

Pn. Hazaila Hassan Penolong Pengarah, Bahagian Khidmat

Pengurusan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

KESIMPULAN

Kesinambungan pembangunan pelajar perlu

sentiasa dirangka dan dilaksanakan secara

berterusan bagi meningkatkan kualiti dan daya saing

mahasiswa UMT sebagai langkah mencapai tahap

kebolehpasaran yang tinggi. Agenda tersebut hanya

boleh direalisasikan dengan adanya perancangan

dan pelaksanaan aktiviti kemahasiswaan yang

menerapkan kemahiran insaniah dan nilai-nilai

keunggulan dalam diri pelajar. UMT akan terus

menjadi pemangkin dalam memantapkan usaha

melahirkan individu yang cemerlang sehingga

membawa nama UMT ke peringkat global dan

berstatus graduan minda kelas pertama.

87.1%

Kadar Kebolehpasaran Graduan

354

Aktiviti persatuan dan badan pelajar

29

program kesukarelawan

Pembangunan

Pelajar dan Alumni

149


150


Memacu Pemindahan Ilmu

dan Jaringan Industri

151



Inovasi sosial dan penyelidikan dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan taraf dan kualiti

hidup masyarakat merangkumi kesejahteraan sosial dan ekonomi, keselamatan dan kecukupan

makanan, infrastruktur asas, perubahan iklim dan persekitaran, kesihatan, pendidikan, keselamatan

negara selari dengan “Sustainable Development Goals”. Selain itu, program Pemindahan ilmu yang

dijalankan adalah mengikut agenda pembangunan negara yang menyokong Wawasan Kemakmuran

Bersama 2030 (WKB2030) dan Dasar Komuniti Negara 2019. Kriteria utama dalam pemilihan projek

Pemindahan Ilmu adalah berdasarkan keperluan dan permintaan komuniti.

UMT yang berteraskan bidang tujahan Ilmu Kelautan dan Sumber Akuatik juga telah berjaya

menjalankan program pemindahan ilmu yang berimpak dengan melalui dana University-Community

Transformation Centre (UCTC) dan Knowledge Transfer Programme (KTP) daripada Kementerian

Pendidikan Malaysia (KPM) serta dana Knowledge and Technology Assimilation Grants Scheme

(KTAGS) daripada sumber dalaman UMT. Jumlah Dana KTP dan UCTC yang dibiayai oleh KPM

berjumlah RM132,000.00 manakala dana bagi KTAGS adalah berjumlah RM200,000.00 bagi tahun

2019. Bidang tumpuan Pemindahan Ilmu di UMT adalah seperti berikut:-

KOMUNITI

SASARAN

Memacu Pemindahan Ilmu

dan Jaringan Industri

153


UMT menempa sejarah apabila terpilih dalam pelaksanaan program 4.0 Industry Revolution

Competence Centre for Maritime Industry daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan

dana sebanyak RM400,000.00. Program ini adalah sebahagian daripada inisiatif Industry4WRD iaitu

kerjasama antara Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan KPM. Antara

industri yang terlibat dalam menjayakan program ini ialah MSET Engineering Corporation Sdn Bhd,

Institut Latihan Perindustrian Kuala Terengganu (ILPKT), Institut Teknologi Petroleum PETRONAS

(INSTEP), Kolej Universiti TATI (TATIUC), Hakita Engineering Sdn. Bhd. dan Korea Marine Equipment

Research Institute (KOMERI).

Selain itu, UMT melalui inisiatif Industry4WRD dengan kerjasama Kementerian Perdagangan

Antarabangsa dan Industri (MITI) telah menerima dana sebanyak RM90,000.00 untuk melaksanakan

program iMakers@UMT. Program ini bertujuan untuk melatih dan memperkasa pelajar dalam

menghasilkan idea kreatif menerusi platform teknologi IR4.0 dalam memberi penyelesaian terhadap

isu semasa berkaitan komuniti dan industri. Program ini melibatkan kerjasama tiga syarikat iaitu IOT

SATA Sdn. Bhd, SAS Institute Sdn. Bhd, dan Cybersecurity Malaysia.

154


PEMINDAHAN ILMU

Sebanyak 23 projek telah diusahakan melalui pembiayaan oleh tiga kategori dana seperti di bawah:-

1

JUMLAH DANA (RM)

200,000.00

2

JUMLAH DANA (RM)

126,177.50

KATEGORI DANA

KTAGS

SUMBER DANA

Sumber Dalaman

Universiti

BILANGAN

PROJEK

20

KATEGORI DANA

KTP

SUMBER DANA

Kementerian

Pendidikan Malaysia

BILANGAN

PROJEK

2

3

JUMLAH DANA (RM)

6,000.00

KATEGORI DANA

UCTC

SUMBER DANA

Kementerian

Pendidikan Malaysia

BILANGAN

PROJEK

1

JUMLAH

PERUNTUKAN (RM)

332,177.50

BILANGAN

PROJEK

23

GERAN PEMINDAHAN ILMU DALAMAN UMT: KNOWLEDGE AND

TECHNOLOGY ASSIMILATION GRANTS SCHEME (KTAGS)

Inisiatif dana dalaman pemindahan ilmu diselaraskan oleh PPIJI selari dengan fungsi dan peranannya

untuk menyelaras kefungsian pemindahan ilmu di peringkat universiti untuk memenuhi aspirasi

University for Society (U4S). Tujuan skim geran ini adalah untuk membentuk dan membudayakan

pemindahan ilmu hasil daripada penyelidikan para pegawai akademik kepada industri atau komuniti

sasaran. Semua pegawai akademik di UMT dipelawa untuk memohon peruntukan khas dalaman oleh

pihak pengurusan UMT bagi menjayakan aktiviti pemindahan ilmu dan pengembangan yang dinamakan

sebagai “Knowledge and Technology Assimilation Grant Scheme 2019 (KTAGS 2019)”.

Sebanyak 56 permohonan Geran KTAGS 2019 telah diterima oleh pihak pengurusan PPIJI.

Kesemua permohonan telah melalui proses penilaian yang telah diadakan pada bulan Februari 2019.

Kadar kelulusan bagi penilaian KTAGS 2019 adalah sebanyak 36% dengan 20 daripada 56 program

yang disokong oleh barisan panel penilai untuk diperakukan oleh pihak pengurusan UMT. Pemilihan

penerima geran adalah berdasarkan kepada impak projek kepada komuniti.

Memacu Pemindahan Ilmu

dan Jaringan Industri

155


PROGRAM-PROGRAM PEMINDAHAN ILMU BERIMPAK

Program Pemindahan Ilmu Penanaman dan Pemakanan Herba dan Sayursayuran

Organik bersama Komuniti Setempat dan Sekolah Terpilih di Negeri

Terengganu

Kumpulan HRIG (Herb Research Interest Group) yang diketuai oleh Prof. Dr. Fadzillah @Adibah Abd

Majid melaksanakan program pemindahan ilmu penanaman dan pemakanan herba dan sayursayuran

organik bersama komuniti setempat dan lima sekolah terpilih di Negeri Terengganu. Projek ini

melibatkan kerjasama di antara UMT, PEWANGI Malaysia, Heritage Environment Sdn. Bhd., Kedutaan

Kanada, Content Capital Sdn. Bhd., Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan Jabatan Perpaduan

dan Integrasi Nasional Negeri Terengganu.

Pada 4 hingga 5 Oktober 2019, 20 orang pelajar yang berminat menjadi Duta Hijau telah melalui

bengkel Training of Trainers Duta Hijau yang melibatkan beberapa modul yang dibangunkan seperti

Smart Heritage meliputi (i) Modul Sistem Smart Heritage oleh Dr. Rokiah Hassan, (ii) Herba untuk

kesihatan oleh Prof. Dr. Fadzillah @Adibah Abd. Majid, dan (iii) Sistem dan Teknologi Pembelajaran

Abad Ke-21 oleh Dr. Azma Abd. Hamid. Menerusi bengkel ini, pelajar telah melalui proses roleplay

sebagai Duta Hijau dan hanya 10 orang yang terpilih sebagai Green Ambassador yang akan

membimbing pelajar sekolah dan komuniti setempat menghasilkan baja kompos secara efektif

menggunakan sistem Smart Heritage.

Komuniti yang menerima manfaat ialah lima buah sekolah, 10 komuniti Rukun Tetangga dan lima

Tadika Perpaduan telah berjaya melalui Training of Trainers selama sebulan menerusi bimbingan

yang diberikan oleh Duta Hijau selama sebulan.

Perubahan terhadap pengetahuan, sikap, amalan dan aspirasi telah dibuktikan dalam kalangan

semua peserta yang menyertai bengkel dan bimbingan yang diberikan oleh Duta Hijau (Green

Ambassador). Sebagai contoh, SK Tanjung Gelam berjaya menukarkan 130 kg sisa makanan kepada

10 liter baja cecair dan 70 kg baja kompos. Selain itu, terdapat komuniti yang berjaya menghasilkan

baja cecair dengan menggunakan sistem kompos yang diubah suai sendiri. Ini membuktikan pelajar

dan komuniti telah berjaya menghasilkan baja cecair dan ia telah dijual di pasaran sebagai sumber

pendapatan tambahan kepada sekolah dan komuniti setempat.

Projek ini telah mencapai tahap penarafan 5 bintang untuk sistem penarafan libatsama komuniti

kerana pihak komuniti dan pelajar sekolah meneruskan amalan penghasilan kompos walaupun tanpa

bimbingan Duta Hijau secara langsung. Ini membuktikan kejayaan proses pemindahan ilmu yang telah

dilaksanakan dan telah memberi manfaat kepada pelajar sekolah dan komuniti setempat.

156


Program Peneguhan Sara Diri OKU, Projek Pertanian Bandar, KTAGS, UMT 2019

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan kerjasama industri telah menganjurkan Program

Peneguhan Sara Diri OKU – Projek Pertanian Bandar kepada 30 orang ahli Persatuan Orang Kurang

Upaya Anggota Terengganu (POKUAT) bertempat di Scout Inn Resort Kuala Nerus pada 2-3 November

2019. Program pemindahan ilmu perniagaan dan pertanian secara hidroponik ini telah dianjurkan

bersama oleh 12 ahli penyelidik UMT di bawah geran dalaman UMT iaitu Knowledge and Technology

Assimilation Grant Scheme (KTAGS) 2019 dan 17 orang pelajar Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA),

UMT melalui projek MBA’s Corporate Social Responsibility (CSR).

Program ini turut mendapat sokongan kerjasama strategik dari sudut sumbangan kepakaran dan

kewangan daripada Terengganu Incorporated Sdn Bhd, Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM), Jabatan

Memacu Pemindahan Ilmu

dan Jaringan Industri

157


Pertanian Negeri Terengganu, Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu, DIY Hidroponik

Sdn Bhd, Teaching Accounting Firm (TAF), Noor Arfa Batik, Scout Inn Resort dan Manis FM melalui

program tanggungjawab sosial korporat bagi membantu meningkatkan taraf hidup komuniti OKU.

Program ini telah mendapat pelbagai liputan media seperti Manis FM, Harian Metro dan Laman Web

serta Facebook UMT. Program ini telah merangkul Anugerah Keterlibatan Komuniti untuk FPEPS

sempena Majlis Penghargaan Rakan Industri (MPRI) 2019, Universiti Malaysia Terengganu.

Projek ini bukan sahaja bertujuan untuk memindahkan ilmu pertanian secara hidroponik kepada

peserta, malahan turut memindahkan ilmu pengurusan perniagaan kepada peserta. Salah satu aspek

penting bagi peneguhan sara diri OKU adalah pengetahuan pengurusan perniagaan bagi memastikan

golongan OKU dapat berdikari dalam memulakan sesebuah perniagaan. Aspek kewangan dan

pemasaran serta kualiti produk hidroponik yang ingin dijual juga perlu diberi perhatian agar satu hari

nanti golongan OKU berupaya menjadi usahawan yang berjaya sehingga boleh membantu OKU lain

dalam menyumbang kepada ekonomi negara.

Bagi memperlihatkan kesinambungan dan kemampanan projek komuniti, sebanyak 15 projek

Pemindahan Ilmu tahun 2018 telah diberikan tambahan dana sebanyak RM1,000.00 bagi setiap

projek .

158


Program Pemindahan Ilmu Asas Genetik dan Pembiakbakaan Ikan Betta (Betta

splendens)

Ikan Betta atau dikenali sebagai ikan Laga merupakan ikan hiasan utama di Terengganu. Kajian awal

mendapati tahap kemahiran asas dalam genetik dan pembiakbakaan bagi penghasilan ikan berkualiti

tinggi dalam kalangan penternak ikan Betta Terengganu adalah rendah. Harga ikan Betta meningkat

selari dengan kualiti seperti mempunyai warna dan corak yang menarik, bentuk ekor dan bentuk

badan. Penternak ikan Betta Terengganu juga didapati kurang mempunyai kemahiran asas dalam

menghasilkan makanan hidup (Moina sp., Daphnia, Copepod, Artemia) secara konsisten.

Program ini melibatkan kajian profil demografik penternak ikan Betta Terengganu, pembangunan

modul-modul pemindahan ilmu, bengkel pemindahan ilmu, bengkel ToT (Training of Trainers), lawatan

ke penternak Betta, sesi temu bual dan perbincangan bersama penternak dan analisis impak program

pemindahan ilmu ke atas penternak ikan Betta. Program pemindahan ilmu ini melibatkan Persatuan

Terengganu Betta Group (TBG) dan Bettalover Farm. Sebanyak 7 modul latihan pemindahan ilmu

ikan Betta telah dibangunkan untuk program ini iaitu Modul Asas Genetik Ikan, Modul Pewarisan

Gen, Modul Pembiakbakaan Ikan Betta, Modul Biologi dan Pemakanan ikan Betta, Modul Pengurusan

Makanan Hidup, Modul Pengurusan Makanan Hidup (Makroalga) dan Modul Keusahawanan Ikan

Betta.

Satu kit pemindahan ilmu iaitu ‘Fish GenePro’ telah dibangunkan sebagai alat bantu mengajar bagi

melatih penternak bagi memahami konsep genetik iaitu asas gen dalam pembiakbakaan. Melalui kit

ini, penternak dapat membuat simulasi pembiakbakaan dengan memilih induk jantan dan betina dan

melihat hasil anak yg terhasil daripada tindakbalas genetik akibat daripada pewarisan gen tertentu

daripada induk yang dipilih.

Memacu Pemindahan Ilmu

dan Jaringan Industri

159


PENARAFAN BINTANG LIBATSAMA KOMUNITI

Selain industri, UMT juga menjalankan program pemindahan ilmu kepada masyarakat dan komuniti

terutamanya di kawasan setempat dalam usaha untuk melahirkan insan yang berdaya saing seiring

perkembangan ekonomi dan kemajuan teknologi di Malaysia. Dalam proses pemindahan ilmu,

potensi serta kemahiran masyarakat/komuniti ini akan digilap supaya mendapat manfaat menerusi

perubahan kepada sosioekonomi, peningkatan taraf hidup serta kualiti hidup masyarakat ke arah yang

lebih baik. Bagi mengukur impak program libatsama komuniti, sistem penarafan bintang diamalkan.

PENGHAKUPAYAAN

IMPAK

• Kesejahteraan komuniti

dan peningkatan kualiti

persekitaran

• Kelestarian amalan inovasi

• Memperkasa amalan

inovasi

INDIKATOR

Komuniti/peserta

mengendalikan perubahan

secara berdikari tanpa

penglibatan Universiti

PERUBAHAN

AMALAN

IMPAK

Manfaat secara terus dari

amalan inovasi seperti

peningkatan kualiti dan

pendapatan, pengurangan

kos

INDIKATOR

Komuniti/peserta

menggunakan inovasi dalam

bidang usahanya

PENARAFAN BINTANG

LIBATSAMA KOMUNITI

PERUBAHAN

PENGETAHUAN,

SIKAP, KEMAHIRAN

DAN ASPIRASI

(PSKA)

IMPAK

Program tindakan komuniti

membawa peningkatan

pengetahuan, sikap,

kemahiran dan aspirasi pada

komuniti

INDIKATOR

Komuniti/peserta

menunjukkan peningkatan

pengetahuan, kemahiran

serta perubahan sikap dan

aspirasi

* Bukti Pengukuran melalui

hasil analisis dan lain-lain

SOKONGAN DAN

PENGLIBATAN

IMPAK

Komuniti membentuk

kesedaran terhadap

kepentingan tindakan

komuniti

INDIKATOR

Hubungan strategik

komuniti/organisasi

Universiti melaksanakan

program bersama komuniti/

peserta

JALINAN

HUBUNGAN

IMPAK

Komuniti bertanggapan

positif terhadap Universiti

dan program tindakan

komuniti

INDIKATOR

Pengukuhan hubungan

universiti-komuniti/peserta

melalui kunjungan, lawatan,

surat, e-mel dan lain-lain

160


Berikut merupakan program-program pemindahan ilmu yang telah dikenal pasti mencapai penarafan

empat Bintang bagi Penarafan Bintang Libatsama Komuniti:-

Nama Program Nama Program & Keterangan Program Ketua Penyelidik & Maklumat Dana

Program Pemindahan

Ilmu Asas Genetik Dan

Pembiakbakaan Ikan Betta

(Betta splendens)

Penanaman Melon Manis

Terengganu Secara

Berfertigasi Berintegrasi

Dengan Lebah Kelulut Dan

Penghasilan Produk Makanan

Untuk Penjanaan

Ekonomi Komuniti Terpinggir

Pembinaan Jeti Terapung

untuk Komuniti Nelayan Tok

Jembal

Program yang mempunyai tujuh modul

lengkap bagi aspek penternakan dan

pembiakbakaan ikan Betta. Seramai

44 penternak ikan Betta di Terengganu

telah didedahkan kepada kemahiran

asas genetik dan pembiakbakaan

ikan Betta. Sekurang-kurangnya dua

jurnal berimpak tinggi akan diterbitkan.

Program ini berupaya membangunkan

usahawan yang berdaya saing dan

berinovasi dalam penternakan ikan

Betta untuk industri ikan hiasan

Terengganu.

Pemindahan ilmu kepada ibu tunggal

Kuala Nerus dan penghuni Penjara

Marang berkenaan teknik penanaman

dan pemprosesan produk hasilan Melon

Manis Terengganu. Program ini dijangka

akan menghasilkan ibu tunggal yang

terlatih dalam pemprosesan produk

hasilan Melon Manis Terengganu (jus,

jem, kordial, puri, jeruk, produk bakeri,

halwa dan ais krim).

Selain itu, program ini juga akan

menghasilkan penghuni penjara yang

terlatih dalam penanaman, pemantauan,

pendebungaan menggunakan lebah

kelulut dan penuaian Melon Manis

Terengganu khususnya dan pertanian

fertigasi secara amnya.

Program pemindahan teknologi dengan

pelaksanaan reka bentuk jeti terapung

bagi kegunaan nelayan Tok Jembal.

Pembinaan jeti terapung berkonsepkan

Tri-Maran berupaya membantu proses

pendaratan hasil tangkapan nelayan

Tok Jembal dengan lebih berkesan.

Ketua: Dr. Nur Asma Ariffin

Komuniti: Penternak-penternak Ikan

Betta Negeri Terengganu

Jumlah Dana: RM21,000.00

Sumber Dana: Knowledge And

Technology Assimilation Grant

Scheme (KTAGS)

Ketua Projek: Prof. Madya Dr. Amiza

Mat Amin

Komuniti: Komuniti Ibu Tunggal Kuala

Nerus dan Penghuni Penjara Marang

Jumlah Dana : RM21,000.00

Sumber Dana: Knowledge And

Technology Assimilation Grant

Scheme (KTAGS)

Ketua Projek: Prof. Madya Ir. Dr. Eng.

Ahmad Fitriady

Komuniti: Nelayan Tok Jembal

Jumlah Dana : RM16,000.00

Sumber Dana: Knowledge And

Technology Assimilation Grant

Scheme (KTAGS)

Memacu Pemindahan Ilmu

dan Jaringan Industri

161


Dana Knowledge Transfer Programme (KTP) KPM

Program Pemindahan Ilmu (KTP) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merupakan

salah satu usaha KPM di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) untuk memindahkan ilmu

pengetahuan dari Universiti Awam (UA) kepada pihak industri dan komuniti. Penubuhan KTP adalah

berdasarkan Pelan Pengukuhan Hubungan Kerjasama Universiti-Industri/ Komuniti yang digubal untuk

menggalakkan penglibatan dan kerjasama erat antara pihak akademia dan pihak industri/komuniti

menerusi konsep Quadraple Helix. Pelaksanaan KTP adalah amat penting bagi tujuan pengukuhan ilmu

terhadap komuniti dan industri di Malaysia dan secara langsung akan meningkatkan taraf hidup dan

pendapatan bagi sesuatu komuniti dan industri.

Senarai projek Dana KTP pada tahun 2019 adalah seperti berikut.

Bil Nama Projek Ketua Projek Tempoh Masa

1 Knowledge Transfer of a Low

Cost Live Feed Technology and

Water Quality Management

of Sustainable Production

of Marine Shrimp Larvae at

Kembang Subur Sdn Bhd

2 Agro-TrigonaPreneur :

Improving and Generating

Higher Income of Smallholder

Farmers for a Sustainable Agri-

Business

Ts. Dr. Wan

Nurul Nadiah

binti Wan Rasdi

Prof. Madya

Dr. Wahizatul

Afzan binti

Azmi

JUMLAH KESELURUHAN DANA

19 Ogos 2018 -

18 Ogos 2019

2 Jun 2019 -

1 Jun 2020

Rakan

Industri

Kembang

Subur Sdn

Bhd

Koperasi

Pengusaha

Melon

Terengganu

Berhad

(KOPMET)

Jumlah Dana

(RM)

RM68,675.00

RM57,502.50

RM126,177.50

Knowledge Transfer of a Low Cost Live Feed Technology and Water Quality

Management of Sustainable Production of Marine Shrimp Larvae at Kembang

Subur Sdn. Bhd.

Dalam menangani isu kewangan yang tinggi dalam menghasilkan makanan yang berkualiti bagi

penternak ikan di Malaysia, Program Pemindahan Ilmu melalui teknologi berkos rendah melalui

penghasilan dan pengkulturan plankton sebagai makanan ikan telah berjaya dihasilkan. Projek

Pemindahan Ilmu ini telah diketuai oleh penyelidik Universiti Malaysia Terengganu, Ts. Dr. Wan Nurul

Nadiah Wan Rasdi dengan kerjasama beberapa penyelidik lain di UMT.

Program Pemindahan Ilmu ini telah mendapat suntikan kewangan daripada Kementerian

Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Knowledge Transfer Programme Grant. Melalui geran ini, Ts.

Dr. Wan Nurul Nadiah Wan Rasdi telah berjaya mendapat suntikan bantuan kewangan daripada

162


KPM berjumlah RM68,675.00. Program ini dilaksanakan sebagai membantu (40 orang) komuniti

penternak ikan hiasan serta penggiat industri akuakultur di sekitar Terengganu dan Pahang dalam

usaha penghasilan dan pengkulturan Makanan Hidup (Plankton) bagi ikan ternakan. Program

Pemindahan Ilmu ini juga melibatkan bantuan daripada syarikat Kembang Subur Sdn Bhd sebagai

lokasi menjalankan projek penghasilan dan pengkulturan plankton.

Komuniti penternak ikan hiasan yang menyertai program ini telah berjaya menghasilkan dan

mengkultur Plankton (Copepods dan Moina sp.) tanpa menggunakan kos yang tinggi serta menjimatkan

kos sehingga 50% daripada pendapatan mereka sebulan bagi tujuan pembelian makanan ikan. Tidak

terhenti di situ, projek penghasilan dan pengkulturan plankton sebagai makanan ikan ini turut menarik

minat ramai penggiat industri akuakultur di Negara Asia lain, seperti Singapura.

Melalui Institut Akuakultur Singapura, Bengkel Copepods 101 telah diadakan pada 20 Disember

2019 lalu dan Ts. Dr. Wan Nurul Nadiah Wan Rasdi telah dijemput sebagai salah seorang panel untuk

memberikan pandangan dan perkongsian ilmu berkenaan pengkulturan plankton dan penggunaan

Copepods sebagai makanan hidup berpotensi untuk ikan kepada lebih 20 peserta dari industri

Akuakultur Singapura. Selain beliau, dua panel lain yang turut hadir ialah Presiden Institusi Akuakultur

Singapura, Encik Jimmy Lim dan pengasas Baxel Company Thailand, Encik Veerasun Prayotamornkul.

Daripada pelaksanaan projek ini, ianya berjaya mencapai tahap penarafan 5 Bintang Libatsama

Komuniti (Penghakupayaan – Projek Pemindahan Ilmu berjaya mengubah cara kerja atau amalan

sesuatu komuniti dan seterusnya berjaya memberikan manfaat kepada komuniti yang lain).

Memacu Pemindahan Ilmu

dan Jaringan Industri

163


Dana University Community Transformation Centre (UCTC)

University Community Transformation Centre (UCTC) yang ditubuhkan di universiti, menggunakan

sumber intelektual dan kemudahan di universiti untuk menggalakkan pembangunan keusahawanan

dan kebajikan komuniti. Berbanding dengan persepsi konvensional bahawa universiti hanya

berperanan sebagai pusat menimba ilmu, UCTC membolehkan sumber universiti digunakan oleh

masyarakat setempat serta memupuk semangat hidup berkomuniti dan membangunkan negara di

kalangan pelajar dan pihak universiti.

Prinsip dalam pemilihan program adalah seperti berikut:

1. Low cost- Penggunaan kos yang sangat minimum daripada kaedah tradisional

2. Rapid Execution- Merealisasikan impak dengan cepat dalam tempoh 3-6 bulan

3. High Impact- Menyumbang impak yang tinggi kepada rakyat

4. Sustainability of Change - Pengulangan dan perubahan dalam budaya

PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL UNIVERSITI (USR)

Program Tanggungjawab Sosial Universiti (USR) menjadi salah satu agenda di UMT yang mana

banyak memberi manfaat kepada komuniti setempat. Melalui USR, pensyarah, kakitangan dan juga

mahasiswa berpeluang berkongsi amalan terbaik projek-projek kesukarelawan dengan masyarakat

setempat. Pelbagai program USR telah dijalankan seperti khidmat masyarakat, bantuan bencana alam,

gotong royong dan penyampaian ilmu seperti ceramah, taklimat dan motivasi kepada golongan yang

memerlukan. Berikut merupakan program-program sukarelawan yang telah dilaksanakan.

NAMA PROGRAM Komuniti PTJ

UMT Prihatin: Sumbangan Bantuan Mangsa

Ribut Kampung Pulau Musang

Sebanyak 168 buah rumah melibatkan 10

buah kampung sekitar Pulau Musang :

a. Padang Jerat

b. Padang Sena

c. Pulau Musang

d. Kuala Bekah

e. Paloh Sungai Kiat

f. Marbau Patah

g. Pulau Rusa Hulu

h. Kuala Bedah

i. Kubang Tangga

HEPA

164


NAMA PROGRAM Komuniti PTJ

Program Operasi Khidmat Mahasiswa

(OPKIM) di Kuala Berang

Program Sekolahku Universitiku di Sekolah

Keb. Mengabang Telipot

Program Bengkel QR Code kepada SMK

Padang Negara,

SMK Padang Kemunting dan

HUTEC

Penyediaan Google Home SMK Padang

Kemunting sempena persediaan APPSK

Program STEM Makerspace dan Pemindahan

Ilmu SK Sultan Sulaiman 2

3 buah kampung di daerah Hulu

Terengganu yang terlibat dalam program

ini iaitu :

a. Kg. Buluh

b. Kg. Batu Bersurat

c. Kg. Padang Tara

Warga SK Mengabang Telipot

a. 19 orang pelajar (SMK Padang

Kemunting, SMK Padang Negara dan

HUTECS )

b. 15 orang guru (SMK Padang

Kemunting, SMK Padang Negara dan

HUTECS )

SMK Padang Kemunting

SK Sultan Sulaiman 2

Asnaf to Asnaf “ Tuisyen Rakyat Al-Amin” a. 100 orang murid dari Sekolah

Kebangsaan Mengabang Telipot

b. 100 orang murid dari Sekolah

Kebangsaan Tanjung Gelam

c. 100 orang murid dari Sekolah

Kebangsaan Tok Jembal

HEPA

HEPA

PSNZ

PSNZ

PSNZ

PISM

Program Saintis Islam Terengganu 20 orang pelajar Imtiaz PISM

#BuatBiarJadi, Program NLP Bersama SK Tok

Jembal SIRI 3

Pelajar Sekolah Kebangsaan Tok Jembal

BEND

Happy Box Pelajar UMT dan Masyarakat Sekitar BEND

Program Motivasi Sains dan Matematik 120 orang pelajar SMK Rantau Abang PPPL

Kursus CTRE Pemandu-Pemandu Pelancong

Persatuan Pemandu Pelancong Negeri

Terengganu

PPPL

Program “STEP 2U” 230 pelajar Sek Men Keb Bukit Tunggal UMTJ

Memacu Pemindahan Ilmu

dan Jaringan Industri

165


NAMA PROGRAM Komuniti PTJ

Program empower ECER Latihan Akademik

Akuapolitan Kuala Nerus

Program empower ECER Latihan Akademik

Besut & Setiu

250 orang pelajar dalam Kuala Nerus,

14 buah sekolah ( SK Seberang Takir,

SK Kompleks Seberang Takir, SK Teluk

Ketapang, Sk Tok jembal, SK Tanjung

Gelam, Sk Batu Rakit, SK Darat Batu Rakit,

Sk Pagar Besi, SMK Kompleks Seberang

Takir, SMK Ibrahim Fikri, SMK Kompleks

Mengabang Telipot, SMK Batu Rakit,

Komuniti kampung), ibu bapa dan guru

400 Orang Pelajar Daerah Besut dan

Setiu (SK Lembah Bidong, SK Bintang, SK

Pelong, SK Sri Langkap, SMK Penarek,

SMK Tengku Ibrahim, SMK Sungai Tong,

SMK Langkap, SK Alor Peroi, SK Tok

Motong, SK Gong Bayor, SK Pasir Akar,

SMK Alor Peroi, SMK Pelagat, SMK Putera,

SMKTengku Mahmud II ), ibu bapa pelajar,

komuniti kampung, Wakil Rakyat dan guru

14 buah sekolah

UMTJ

UMTJ

UMT Prihatin: Sumbangan Bantuan Mangsa Ribut Kampung Pulau Musang

Selari dengan konsep UMT bersama Komuniti, UMT sentiasa prihatin dengan nasib dan keperluan

komuniti yang memerlukan bantuan. Rentetan tragedi ribut pada 7 September 2019 yang melanda

beberapa perkampungan di Pulau Musang, Kuala Terengganu, UMT terpanggil untuk melaksanakan

program Tanggungjawab Sosial Universiti (USR) bagi membantu meringankan beban penduduk

kampung yang terkesan dengan kejadian tersebut. Sebanyak 168 rumah melibatkan sepuluh (10)

buah kampung iaitu Kampung Padang Jerat, Kampung Padang Sena, Pulau Musang, Kampung Kuala

Bekah, Kampung Paloh Sungai Kiat, Kampung Merbau Patah, Kampung Pulau Rusa Hulu, Kampung

Kuala Bedah dan Kampung Kubang Tangga terjejas akibat tragedi ribut yang melanda.

Bagi merealisasikan usaha tanggungjawab sosial kepada kumpulan sasaran, progam UMT Prihatin

telah diadakan pada 11 September 2019 bertempat di Kampung Pulau Musang dengan disertai

Mahasiswa UMT melalui Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan 60 orang Sukarelawan Pelajar UMT dalam

memberikan bantuan dalam aktiviti gotong royong membersihkan kawasan yang terjejas akibat ribut

yang melanda. Sesi gotong royong tersebut dilaksanakan di tujuh (7) buah rumah penduduk Kampung

Pulau Musang. Selain daripada aktiviti gotong royong, turut diadakan majlis penyampaian sumbangan

bantuan keperluan harian kepada mangsa ribut di Kampung Pulau Musang.

166


Program Operasi Khidmat Mahasiswa (OPKIM) di Kuala Berang

Program bakti kepada masyarakat sangat sinonim dengan Bahagian Pembangunan Holistik dan

Kaunseling Pelajar (BPHKP), HEPA. Bertarikh 17 hingga 19 Oktober 2019, Program Operasi Khidmat

Mahasiswa (OPKIM) telah diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar supaya

dapat memahami keperluan masyarakat luar bandar khasnya di Kuala Berang, Hulu Terengganu.

Selain itu, program ini dapat menanam semangat sentiasa ingin berbakti kepada masyarakat dalam

diri pelajar dengan memberi komitmen dari segi masa, tenaga dan buah fikiran mereka. Program

Memacu Pemindahan Ilmu

dan Jaringan Industri

167


ini juga dapat meningkatkan jati diri pelajar melalui tanggungjawab yang diamanahkan dengan

mengadakan aktiviti-aktiviti yang di adakan sepanjang OPKIM 2019. Bertempat di Kampung Buluh,

Kuala Berang, Hulu Terengganu, program ini dilaksanakan dengan sinergi dan kerjasama dengan

Kelab Pembimbing Rakan Siswa UMT (PRS), Persatuan Anak Felda (PERSADA), Kelab Persatuan

Mencegah Dadah Malaysia UMT (PEMADAM) dan Angkatan Anak Seni UMT (AKASIA).

Program ini dimulakan dengan majlis penyerahan 57 pelajar UMT sebagai anak angkat kepada

21 keluarga. Melalui Aktiviti Ziarah kasih, 10 buah keluarga telah dipilih untuk menerima bantuan

sumbangan berbentuk keperluan harian dan pemberian satu unit kerusi roda serta wang tunai

sumbangan dari warga UMT.

Di samping itu, peserta juga telah menyumbang tenaga untuk melukis mural di Sek Keb Seri

Buluh dan Tadika Kemas Kampung Buluh. Program OPKIM ini dimeriahkan lagi dengan kerjasama

7 agensi kerajaan iaitu Pasukan Tabung Darah HSNZ, Pemeriksaan Kesihatan dari Klinik Kesihatan

Kuala Berang dan serta pameran dari Pejabat Kesihatan Daerah, Pemeriksaan Pergigian dari Klinik

Pergigian Kuala Berang, Pejabat Pertanian Kuala Berang dan Team Unduk2 UMT di Ruang serbaguna,

Masjid Kg. Buloh. Bagi meraikan anak-anak tempatan, telah diadakan pertandingan mewarna bagi

murid sekolah rendah dan tadika di lokasi yang sama.

Slot motivasi kepada lebih 50 orang pelajar sekolah juga turut diadakan di Dewan Sivik Kg Buluh

yang dikendalikan oleh seramai 10 orang pelajar UMT. Malam Kebudayaan juga telah diadakan di

tempat yang sama pada sebelah malam yang melibatkan penyertaan bersama pelajar Sek Keb Seri

Buluh, penduduk kampung dan pelajar UMT. Melalui malam kebudayaan ini, para pelajar UMT dapat

mempelajari dan mengenali dengan lebih dekat budaya setempat.

KERJASAMA UNIVERSITI DAN INDUSTRI

Kerjasama dan kolaborasi antara universiti dan industri sangat penting kerana kedua-dua pihak

saling memerlukan antara satu sama lain bagi menjalankan aktiviti seperti latihan industri, lawatan

pembelajaran ke industri, penyelidikan, perundingan, pengkomersialan, perkongsian kepakaran dan

fasiliti serta kerjasama lain. Berdasarkan Lonjakan tujuh Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

(2015-2025), untuk terus berkembang pesat, ekosistem ini memerlukan perkongsian kerjasama yang

menggabungkan lingkaran empat pihak (quadruple helix), terdiri daripada akademia, industri, kerajaan

dan komuniti. Kerjasama ini akan mempercepatkan pengkomersialan idea.

Kerjasama strategik ini penting kerana akan menentukan kitaran ekonomi yang positif bagi

sesebuah negara. UMT terus memperkasa hubungan kerjasama industri-akademia dengan

mengambil langkah proaktif menjalin kerjasama dengan pelbagai pihak termasuklah PKS, Syarikat

Berkepentingan Kerajaan (GLC), Syarikat Multinasional (MNC), Badan Kerajaan dan Badan Berkanun

bagi manfaat bersama.

168


Memacu Pemindahan Ilmu

dan Jaringan Industri

169


PROGRAM KERJASAMA UNIVERSITI DAN INDUSTRI

Nama Rakan Industri Program Keterangan Program

Celcom Axiata Berhad

Omahams Corporation

Sdn Bhd

ACADEMIA-INDUSTRY TALENT

EXCHANGE PROGRAMME

(AIxCHANGE): CEO@FACULTY

PROGRAMME

CEO@Faculty Programme 1.0 (CFP 1.0)

adalah program CEO-CEO syarikat korporat

dipadankan dengan Universiti Awam terpilih

menjadi Mentor kepada pelajar universiti dan

pensyarah, serta memberi panduan kepada

universiti mengenai perkara-perkara seperti

pembangunan kurikulum dalam memastikan

perkaitan industri.

Blue Archipelago

Berhad

PTP Sdn. Bhd.

Kuantan Port

Consortium (KPC)

Program Work Based Learning

UMT-PTP

Program Work Based Learning

UMT-KPC

Kerjasama UMT-PTP untuk pembangunan

sumber manusia. Program yang sedang

berjalan ialah Structured Internship

Programme (SIP) untuk program Sarjana Muda

Sains Komputer dengan Infomatik Maritim

dan disusuli oleh Work Based Learning untuk

Program Sarjana Muda Pengurusan (Maritim).

Kerjasama UMT-KPC untuk program Work

Based Learning (WBL) Sarjana Muda

Pengurusan (Maritim) yang ditempatkan di

KPC.

The Chartered Institute

of Logistic and

Transport Malaysia

(CILT)

Maritime Logistic and

Transportation Centre (MaLTRAC)

Pusat rujukan dan pengumpulan data bagi

pengangkutan maritim di Malaysia. Merupakan

satu-satunya universiti awam yang dipilih

oleh The Chartered Institute of Logistics and

Transportation (CILT) untuk menubuhkan

Pusat Logistik dan Pengangkutan Maritim di

Malaysia

170


Nama Rakan Industri Program Keterangan Program

Technology Depository

Agency (TDA) Berhad

Malaysian Global

Innovation & Creativity

Centre (MaGIC)

IOT SATA Sdn Bhd

Technology Transfer in Maritime

Industry (MoA UMT-TDA)

Unimaker 2019

INDUSTRY@UNIVERSITY:

iMAKERS@UMT

TDA telah memberikan dana sebanyak

RM300,000 untuk melaksanakan 4 projek:

· Structured Internship Training Development

· eNav Web-based Marine Traffic Monitoring

Software

· Presagis Mutigen Creator Software

· Training on Hydrography

Pertandingan inovasi dalam kalangan pelajar

dengan sokongan industri bagi melatih

dan menggalakkan peserta untuk berfikir,

berinovasi serta membangunkan penyelesaian

inovatif bagi mendepani Revolusi Industri 4.0.

Peserta akan diberikan pendedahan melalui

Bootcamp bagi menerangkan dengan lebih

lanjut mengenai pertandingan yang bakal

dibimbing pakar daripada Lingkaran Empat

atau Quadruple Helix, iaitu pihak universiti,

kerajaan, industri dan masyarakat.

Program pembangunan idea dan kreativiti oleh

pelajar melalui penciptaan produk berasaskan

IR4.0

SAS Institute Sdn Bhd

Cyber Securities

Malaysia

Sekolah-sekolah sekitar

Terengganu

Digital Maker Hub Program konsultansi oleh pensyarahpensyarah

berdasarkan kepakaran dalam

bidang digital kepada sekolah-sekolah yang

telah dipilih oleh pihak KPM

Memacu Pemindahan Ilmu

dan Jaringan Industri

171


Nama Rakan Industri Program Keterangan Program

UMT Jaya Holding

CIESH Excellent

Academy Sdn Bhd

Industry Centre of Excellence

(ICoE) Kluster Maritim

Pusat Kecemerlangan Industri (ICoE) Kluster

Maritim melaksanakan Program Intervensi

Kebolehpasaran Graduan (GE) yang akan

dibiayai sepenuhnya oleh Kementerian

Pendidikan Malaysia (KPM). Program ini

menjangkakan untuk melahirkan graduan UMT

yang mempunyai kemahiran seiring dengan

keperluan industri seterusnya mencapai

matlamat untuk meningkatkan peratus

Kebolehpasaran Graduan UMT dan Maritim

khususnya.

OMAHAMS Corporation

Sdn Bhd

Ranaco Marine Sdn

Bhd.

20 Agensi/Industri Dana Khas Padanan Industri 2019 Dana khas yang diwujudkan untuk program

libatsama industri, terutamanya dalam bidang

penyelidikan bersama industri.

10 Industri Program PPIJI@Industri bersama

Alumni

94 Industri/agensi Majlis Penghargaan Rakan Industri

UMT 2019 (MPRI 2019)

Program memperkasakan jaringan industri

dengan industri-industri yang diterajui oleh

Alumni UMT, menjalinkan hubungan strategik

yang berterusan di antara alumni UMT dengan

UMT dan menyediakan landasan menyumbang

kembali para alumni kepada Alma Mater

melalui jaringan kerjasama penyelidikan,

sumbangan biasiswa atau bantuan kewangan

pelajar.

MPRI-UMT adalah acara tahunan bagi meraikan

rakan industri yang aktif bekerjasama dengan

UMT dalam pelbagai bentuk kerjasama seperti

latihan industri, penyelidikan, perundingan,

perkongsian kepakaran dan kemudahan,

penganjuran aktiviti dan lain-lain. Selain itu,

MPRI-UMT juga adalah pentas untuk UMT

mengiktiraf dan menghargai rakan-rakan

industri menerusi pengurniaan anugerah

penghargaan.

172


Majlis Penghargaan Rakan Industri UMT 2019 (MPRI 2019)

“Melonjak Wibawa UMT bersama Industri” adalah tema Majlis Penghargaan Rakan Industri UMT

2019 (MPRI 2019) yang mencerminkan iltizam UMT dalam meningkatkan kerjasama bersama industri

secara berimpak. Ini dapat dibuktikan dengan kehadiran hampir 300 orang tetamu memenuhi TH

Hotel & Convention Centre, Kuala Terengganu yang terdiri daripada rakan industri dan komuniti, agensi

kerajaan, NGO, pemimpin setempat dan ahli akademik universiti awam serta swasta, menepati konsep

quadruple helix. MPRI 2019 kali ini amat bermakna kerana ia turut melancarkan Program Work Based

Learning (WBL) bersama Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn. Bhd., Johor dan Kuantan Port Consortium

Sdn. Bhd., Pahang.

Pengiktirafan UMT sebagai peneraju bidang maritim negara terserlah menerusi pemberian dana

program INDUSTRY4WRD oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bernilai RM400,000 untuk program

4.0 Industry Revolution Competence Centre for Maritime Industry. Pusat ini akan dilengkapkan

dengan kemudahan latihan dan penyelidikan berasaskan virtual reality system. Sistem ini akan

menyokong latihan asas dan struktur dalam industri maritim. Antara rakan industri yang terlibat dalam

menjayakan program ini ialah MSET Engineering Corporation Sdn Bhd, Institut Latihan Perindustrian

Kuala Terengganu (ILPKT), Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (INSTEP), Kolej Universiti TATI

(TATIUC), Hakita Engineering Sdn Bhd dan Korea Marine Equipment Research Institute (KOMERI).

Selain itu, kerjasama strategik UMT dengan Technology Depository Agency Berhad (TDA) di

bawah Kementerian Kewangan, Malaysia membolehkan UMT menerima program kolaborasi industri

(ICP) bersama Integrated Marine Works Sdn Bhd (IMW) yang bernilai RM300,000. Program ini akan

melatih para graduan UMT dalam kemahiran pengorekan (dredging) di perairan Malaysia. Menerusi

kerjasama ini dijangkakan seramai 100-150 graduan UMT akan dilatih menjadi profesional dalam

sektor marin dan maritim. Ahli akademik UMT juga akan berpeluang terlibat dalam projek perundingan

dan penyelidikan berimpak tinggi. Di majlis ini, penyerahan Mock Cheque daripada pihak IMW kepada

UMT juga telah disempurnakan.

Selain itu, UMT juga menerima RM90,000 untuk pelaksanaan iMakers@UMT. Program ini

bertujuan untuk melatih dan memperkasakan pelajar dalam menghasilkan idea kreatif menerusi

platform teknologi IR4.0 dalam memberi penyelesaian terhadap isu semasa berkaitan komuniti dan

industri. Program ini melibatkan kerjasama tiga rakan industri, IOT SATA Sdn. Bhd, SAS Institute Sdn.

Bhd, dan Cybersecurity Malaysia.

Bagi memperkasakan hubungan universiti-industri, UMT telah melantik 16 orang tokoh di

Malaysia dalam pelbagai bidang sebagai Malim Industri bagi membantu melonjakkan citra UMT di

peringkat nasional dan global. Watikah perlantikan kepada Malim Industri ini telah disampaikan pada

MPRI 2019 ini. Turut diraikan adalah tiga orang CEO lantikan Menteri Pendidikan Malaysia di bawah

AIxCHANGE: CEO@Faculty Programme 1.0 iaitu Laksamana Pertama (Bersara) Dato’ Ir. Hj. Ahmad

Murad Omar dari OMAHAMS CORP. Sdn. Bhd, Encik Mohamad Idham Nawawi dari CELCOM Axiata

Memacu Pemindahan Ilmu

dan Jaringan Industri

173


Berhad, dan Encik Wan Nadhri Wan Fauzi dari Blue Archipelago Berhad. AIxCHANGE: CEO@Faculty

Programme 1.0 merupakan salah satu inisiatif di bawah AIxCHANGE yang melibatkan penyertaan

tokoh-tokoh terkemuka dari syarikat swasta dan syarikat multinasional yang menyumbang

perkongsian pengalaman dan kepakaran kepada warga universiti.

Keprihatinan UMT juga terserlah dalam memberi penyelesaian terhadap isu dalam kalangan

komuniti dan industri melalui projek pemindahan ilmu di bawah geran Knowledge and Technology

Assimilation Grants Scheme (KTAGS). Bermula tahun 2018 sehingga kini, sebanyak RM500,000.00

peruntukan kewangan telah disediakan yang melibatkan 51 projek pemindahan ilmu telah memberi

manfaat kepada pelbagai komuniti termasuklah komuniti orang Asli, orang kurang upaya, nelayan,

usahawan PKS, banduan, ibu tunggal dan komuniti sekitar UMT, agensi luar dari Negeri Terengganu

khususnya, dan luar Terengganu, amnya. Program pemindahan ilmu yang dijalankan ini telah banyak

membantu dalam meningkatkan kualiti hidup masyarakat yang lebih mampan, meningkatkan

sosioekonomi masyarakat dan membantu komuniti dalam pembangunan lestari. Ini membuktikan

sokongan padu UMT dalam aspirasi University for Society (U4S). Melalui MPRI 2019 sebanyak 5

pertukaran dokumen MOA menerusi dana KTAG telah disempurnakan.

UMT prihatin dalam membantu SME dengan mewujudkan geran padanan UMT yang melibatkan

17 projek penyelidikan. Matlamat utama geran padanan industri ini diwujudkan adalah untuk

menyelesaikan masalah menerusi penyelidikan dan perundingan. Platform ini secara tidak langsung

mengiktiraf kepakaran ahli akademik UMT serta memberi pendedahan situasi sebenar di industri

kepada ahli akademik. Ini dapat memberikan penyelesaian permasalahan sebenar komuniti dan

industri berteraskan “Kasih Sayang, Kegembiraan dan Saling Menghormati”.

Justeru, melalui MPRI 2019, UMT telah menobatkan sebilangan projek jaringan komuniti dan

industri berimpak tinggi menerusi Anugerah Keterlibatan Komuniti dan Anugerah Keterlibatan

Industri. Projek-projek yang terpilih ini telah memberi impak kepada masyarakat melalui peningkatan

ilmu, aspirasi, kemahiran dan sikap (KASA change). Kemenangan ini dapat membakar semangat ahli

akademik, industri dan komuniti menghayati falsafah Sustainable Development Goals (SDG 2010-

2030).

174


Memacu Pemindahan Ilmu

dan Jaringan Industri

175


ACADEMIA-INDUSTRY

TALENT EXCHANGE

PROGRAMME (AIXCHANGE):

CEO@FACULTY

PROGRAMME

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah

mewujudkan pelbagai inisiatif bagi memacu

hala tuju pendidikan tinggi ke arah mencapai

kecemerlangan dan kegemilangan dalam

sistem pendidikan tinggi negara. Antara inisiatif

yang diwujudkan adalah Academia-Industry

Talent Exchange Programme (AIxCHANGE):

CEO@Faculty Programme bagi menggalakkan

perkongsian ilmu pengetahuan dan kepakaran

antara pihak akademia dan industri. Di bawah

inisiatif AIxCHANGE terdapat tiga sub-inisiatif

iaitu CEO@Faculty Programme 1.0, CEO@

Faculty Programme 2.0, dan Academia Industry

Expert Exchange Programme (AIxPERT).

CEO@Faculty Programme 1.0 (CFP 1.0) telah dilancarkan pada 2015 dengan 24 orang CEO

telah dipadankan dengan Universiti Awam terpilih. CEO yang terlibat menjadi Mentor kepada pelajar

universiti dan pensyarah, serta memberi panduan kepada Universiti mengenai perkara-perkara

seperti pembangunan kurikulum dalam memastikan perkaitan industri. Ia mengembang kepada 72

CEO pada tahun 2018, dan terus berkembang. CFP 1.0: “Learn from the Pros” telah direka bentuk

untuk memperhebatkan penyertaan daripada industri ke universiti melalui perkongsian pengalaman

dan kepakaran daripada CEO terpilih. “Learn from the Pros” menyediakan pensyarah dan pelajar

dengan peluang untuk melibatkan diri dengan CEO, yang berkongsi wawasan dan hala tuju mereka.

Program ini juga bertujuan untuk meningkatkan kebolehpasaran Siswazah dengan mempertingkatkan

pengalaman pembelajaran pelajar dan mengurangkan ketidakpadanan dalam penawaran dan

permintaan graduan ke industri.

176


DATO’ IR HAJI AHMAD MURAD OMAR

PENGERUSI EKSEKUTIF

WAN NADHRI WAN FAUZI

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

MOHAMAD IDHAM NAWAWI

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

Selain itu, salah satu program di bawah AIxCHANGE ini adalah CEO@Faculty Programme 2.0

atau CFP 2.0 dengan tema ‘Coached by The Pros’. CFP 2.0 merupakan program pengembangan fasa

daripada program CFP 1.0 yang memberi tumpuan kepada penerapan unsur-unsur kepimpinan di

peringkat universiti dalam kalangan pensyarah muda (kelulusan PhD di bawah umur 40 tahun) dalam

mempersiapkan diri sebagai pemimpin yang akan menerajui pengurusan tertinggi universiti pada

masa hadapan. Para pensyarah ini dipilih daripada Universiti Awam dan ditempatkan di organisasi

CEO selama enam bulan bagi memberi peluang mengikuti dan mempelajari pengoperasian sesebuah

syarikat serta mendalami ilmu kepemimpinan CEO.

Memacu Pemindahan Ilmu

dan Jaringan Industri

177


Objektif CFP 2.0 adalah seperti berikut:

1. Menyediakan platform pendedahan industri kepada pensyarah muda;

2. Memperoleh pengalaman dan pengetahuan secara bimbingan peribadi daripada CEO dan

kepimpinan tertinggi syarikat sangkutan industri;

3. Berperanan secara inklusif dan komprehensif dalam memacu jalinan kolaborasi industri dan

universiti yang berimpak tinggi; dan

4. Menyebarluaskan pengalaman dalam industri dengan memupuk nilai etika kerja efisien kepada

pensyarah lain serta memperkukuhkan budaya kerja di universiti ke arah kecemerlangan korporat.

MALIM INDUSTRI UMT

Bagi memperkasakan hubungan universiti-industri, UMT telah melantik 16 orang tokoh di Malaysia

dalam pelbagai bidang sebagai Malim Industri bagi membantu melonjakkan citra UMT di peringkat

nasional dan global. Pelantikan Malim Industri adalah penting bagi membantu UMT untuk:

a) Menjadi penasihat terhadap hala tuju dan perancangan strategik di antara UMT dengan industri;

b) Memberi bimbingan dan khidmat nasihat kepada pensyarah/penyelidik dalam meningkatkan

kualiti dan kebolehpasaran produk inovasi dan penyelidikan UMT; dan

c) Membantu untuk memantapkan jaringan industri UMT bersama agensi dan industri yang dapat

memberi impak kepada negara.

ENCIK WAN NADHRI WAN FAUZI

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

DATO’ IR

HAJI AHMAD MURAD OMAR

PENGERUSI EKSEKUTIF

ENCIK MOHAMAD IDHAM NAWAWI

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

DATO’ ZAILANI SAFARI

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

178


MR MARCO NEELSEN

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

MARIATINI OTHMAN

NAIB PRESIDEN KANAN

NIK FAZILA NIK MOHAMED

SHIHABUDDIN

PENGARAH URUSAN KUMPULAN

CCM

DATO’ ROZABIL ABDUL RAHMAN

PENGARAH URUSAN KUMPULAN

DR. HARCHARAN SINGH

NAIB PRESIDEN KANAN

DATO’ KAMARUL REDZUAN

MUHAMED

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

ENCIK BAIDZAWI CHE MAT

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

ENCIK MOHAMAD FAISAL

ABDUL MALIK

PENGERUSI

ENCIK MUHAMMAD LOFTY

ABDUL KARIM

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

PROF.IR . DR . AHMAD FADZIL

MOHAMAD HANI

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

ENCIK MAZLIM HUSSIN

KETUA PEGAWAI OPERASI

TUAN HAJI MOHAMAD

GHAZALI MUDA

PENGERUSI

Memacu Pemindahan Ilmu

dan Jaringan Industri

179


KESIMPULAN

UMT sebagai Pusat Transformasi

Masyarakat, seiring dengan University

for Society (U4S), telah memperkenalkan

pelbagai inisiatif seperti Makmal Komuniti,

Digital Maker Hub, i-Makers, PPRN-

UMT dan Pasar FAMA-UMT dan yang

terkini ialah Sistem Penarafan Bintang

Libatsama Komuniti. Sistem Penarafan

Bintang Libatsama Komuniti dan Industri

akan dilaksanakan pada tahun 2020 bagi

memastikan setiap kerjasama strategik di

antara UMT dengan pihak industri/komuniti

dapat memberikan manfaat kepada semua

pihak. UMT juga menawarkan kepakaran

dan pelbagai kemudahan kepada pihak

luar terutamanya kepada pihak industri/

komuniti.

RM400,000.00

INDUSTRY4WRD

RM90,000.00

untuk pelaksanaan iMakers@UMT

16

Malim Industri

180


Memacu

Pemindahan Ilmu

181


182


Keterlihatan

Global

183



Agenda pengantarabangsaan UMT telah menggariskan strategi untuk merealisasikan hasrat

menjadi universiti yang disegani diperingkat global juga telah menunjukkan pencapaian yang

memberangsangkan dan mencapai sasaran petunjuk prestasi tahun pertama pelaksanaan

Teras Keterlihatan Global PS UMT 2018-2022.

Pencapaian Teras Keterlihatan Global 2019:

Objektif Strategi

i. Meningkatkan Enrolmen Pelajar Antrabangsa

KPI : Bilangan enrolmen pelajar antarabangsa

ii. Memperkasakan Program Mobiliti Pelajar

KPI : Bilangan pelajar mobiliti

Sasaran

2019

Pencapaian

300 377

inbound 200 328

outbound 200 396

iii. Memperkukuh Jaringan Antarabangsa

KPI 1: Bilangan aktiviti berimpak tinggi bersama organisasi antarabangsa 24 95

KPI 2: % Pensyarah antarabangsa 15% 6.4%

35 orang

Secara keseluruhan trend pencapaian petunjuk prestasi Teras Keterlihatan Global pada tahun 2019

adalah sangat membanggakan dan satu rekod baharu bagi UMT.

Keterlihatan

Global

185


Pelajar Antarabangsa

Bilangan enrolmen pelajar antarabangsa prasiswazah pada tahun 2019 meningkat sebanyak 50% iaitu

seramai 45 orang berbanding pada tahun 2018 seramai 30 orang.

Manakala bilangan enrolmen pelajar antarabangsa pascasiswazah pula meningkat sebanyak 54%

pada tahun 2019 iaitu seramai 332 orang berbanding pada tahun 2018 hanyalah seramai 215 orang.

Enrolmen pelajar antarabangsa prasiswazah dan pascasiswazah mengikut negara asal bagi tahun

2019 adalah seperti berikut:-

186


187

Keterlihatan

Global

Libyan

China

Amerika

Syarikat

Jepun

Bangladesh

Algeria

Ghana

Syria

2

3

Canada

2

1

29

Sri Langka

1

5

Sudan

7

Brazil

1

3

Pakistan

30

Egypt

6

4

3

Yemen

18

Tunisia

1

Somalia

1

Madagascar

5

Thailand

5

Indonesia

60

India

6

Tanzania

1

Jordan

147

Nigeria

16

Palestinian

1

Mauritus

1

France

1

Nicaragua

1

Iraq

2

Saudi

Arabia

1

Lebanon

1

Maldive

1

Lain-lain

10

Jumlah

377


PENGANTARABANGSAAN

Program Mobiliti Pelajar

Kecemerlangan pencapaian program mobiliti (antarabangsa) UMT diteruskan dengan pengukuhan

dan pemantapan program mobiliti akademik, sekali gus peningkatan bilangan pelajar mobiliti inbound

dan outbound dengan melepasi sasaran 200 orang pelajar bagi tahun 2019.

Program Mobiliti (Inbound)

Bagi program mobiliti inbound, UMT telah merekodkan seramai 328 orang pelajar antarabangsa

daripada pelbagai negara yang telah mengikuti pelbagai jenis program mobiliti inbound di UMT.

Jumlah ini adalah peningkatan 50 % daripada 232 orang pelajar pada tahun 2018. Bilangan pelajar

yang mengikuti program mobiliti mengikut negara ditunjukkan sperti berikut:

Amerika

Syarikat

Canada

Belgium

Britain

Belanda

Jerman

Hungary

China

Taiwan

Jepun

1

1

7

1

7

1

1

26

1

1

Korea

2

Hong Kong

1

Thailand

Jumlah

328

1

5

1

8

96

3

Indonesia

151

Sepanyol

Perancis

Itali

India

Bangladesh

188


Program Mobiliti (Outbound)

Bilangan pelajar UMT yang mengikuti mobiliti outbound ke institusi – institusi pendidikan tinggi di

luar negara juga telah meningkat lebih daripada dua kali ganda berbanding 168 pada tahun 2018

kepada 396 orang pada tahun 2019. Bilangan pelajar yang mengikuti program mobiliti di luar negara

mengikut negara ditunjukkan di bawah:

Amerika

Syarikat

Britain

China

Taiwan

Jepun

2

3

21

46

9

Korea

26

Filipina

3

Vietnam

Jumlah

396

1

129

1

1

Indonesia

154

India

Thailand

Brunei

Keterlihatan

Global

189


Hubungan Antarabangsa

Seramai 186 orang staf UMT telah menjalankan tugas rasmi dan pelbagai aktiviti akademik seperti

penyelidikan, jemputan sebagai penceramah, pensyarah pelawat, profesor pelawat dan mesyuarat

rasmi dan lain-lain ke luar negara. Tugas rasmi ini adalah melibatkan 100 institusi di 24 buah negara

bagi tujuan meningkatkan citra dan agenda pengantarabangsaan UMT. Daripada bilangan tersebut, 63

orang staf telah mendapat tajaan sama ada tajaan separa atau tajaan penuh daripada organisasi luar

negara.

Statistik bagi urusan tugas rasmi dan aktiviti ke luar negara ini adalah sebagaimana berikut:

190


Kunjungan Delegasi Luar Negara ke UMT

Pada tahun 2019, UMT telah menerima seramai 173 orang delegasi dari luar negara daripada 78

institusi dari 32 negara di serantau dunia.

Keterlihatan

Global

191


Memorandum Perjanjian Luar Negara

Sehingga 2019, UMT mempunyai 52 rakan MoU/MoA yang aktif daripada seluruh dunia. Skop

perjanjian ini adalah merangkumi aspek penyelidikan, penerbitan, akademik, mobiliti staf dan pelajar

serta penganjuran program bersama.

ALEXANDRU IOAN CUZA UNIVERSITY OF IASI

192


Culture & Nature Immersion Summer Camp

Kewibawaan dan keunikan UMT dalam ilmu kelautan dan sumber akuatik telah menjadi daya tarikan

mahasiswa untuk menyertai program mobilti Culture & Nature Immersion Summer Camp yang pertama

kali dianjurkan oleh Pusat Antarabangsa UMT.

Kumpulan pertama seramai 15 orang mahasiswa dari Ocean University of China (OUC) dan

seorang (1) pelajar dari Institute Technology Sepuluh Nopember telah menyertai kursus yang telah

berlangsung pada 28 Julai hingga 03 Ogos 2019 di Kampus UMT dan sekitar Bandaraya Kuala

Terengganu.

Kursus ini menggabungkan konsep pembelajaran di bilik kuliah dan pemahaman tentang budaya

tempatan. Peserta telah dibawa melawat Noor Arfa Batik, Kampung Cina, Muzium Terengganu yang

terbesar di Asia Tenggara dan Pasar Payang yang merupakan pusat jualan produk tempatan. Para

peserta juga diberi peluang untuk berenang bersama ikan kelah di Santuari Kelah, snorkeling meneroka

keindahan karang dan hidupan laut di Pulau Redang, bersiar-siar sekitar sungai Terengganu dengan

menaiki Terengganu River Cruise dan melihat perusahaan pembuatan bot tradisional di Pulau Duyung.

Keterlihatan

Global

193


Profesor Pelawat

UMT juga telah melaksanakan usaha melantik profesor pelawat dari luar negara sebagai strategi

pengukuhan jaringan antarabangsa dan meningkatkan keterlihatan global. Mereka yang dilantik

diberi peranan sebagai penasihat program pengajian, mentor dalam penyelidikan, kerjasama

mendapatkan geran antarabangsa, penerbitan artikel jurnal berimpak tinggi, mentor penyeliaan

pelajar pascasiswazah, memperkukuh hubungan antarabangsa dan tugasan penasihatan lain

mengikut keperluan di fakulti.

Sehingga Disember 2019, UMT telah melantik 31 orang ahli akademik tersohor dari serata dunia

dalam pelbagai bidang kepakaran terutamanya dalam bidang ilmu kelautan dan sumber akuatik

sebagai Profesor Pelawat di semua fakulti. Pemilihan dan pelantikan dibuat berdasarkan kepakaran

dan kesarjanaan dalam bidang yang dicadangkan oleh setiap fakulti dan mempunyai bilangan

penerbitan artikel serta sitasi yang tinggi dalam pangkalan data Web of Science.

194


TROPIMUNDO

TROPIMUNDO ialah program pengajian Master Erasmus Mundus dalam bidang biodiversiti dan

ekosistem tropika yang ditawarkan oleh European Commission (EU) dengan kerjasama konsortium

universiti terpilih. Melalui kerjasama ini, pelajar program TROPIMUNDO boleh bertukar dan belajar di

mana-mana universiti rakan konsortium berbeza yang telah ditetapkan sama ada di Eropah (Belgium,

Perancis dan Itali) atau kawasan tropika di luar Eropah seperti Australia, Cameroon, Guiana Perancis,

Guadeloupe dan UMT sebagai satu-satunya universiti di Asia yang telah dipilih oleh European

Commission (EU) sebagai rakan konsortium tersebut.

Program tajaan EU ini telah memasuki kohot kelima pelaksanaan dimana pelajar yang telah

memilih UMT perlu menamatkan pengajian satu semester dengan mengambil enam kursus;

Mangrove Field School, Remote Sensing & GIS, Tropical Oceanography, Estuarine and Mangrove

Ecology, Conservation of Marine Endangered Species, Lake and Terrestrial Ecology dan Bahasa

Melayu di Institut Osenografi dan Sekitran (INOS). Seramai 16 orang pelajar daripada 10 buah negara

telah mengikuti pengajian selama lima bulan dari Februari hingga Jun di UMT pada tahun 2019.

Keterlihatan

Global

195


ASIAN INTERNATIONAL MOBILITY FOR STUDENTS (AIMS) - UMT DAN

DONGGUK UNIVERSITY GYEONGJU, KOREA SELATAN

UMT dan Dongguk University Gyeongju (DUG) dari Korea Selatan telah melaksanakan kerjasama

strategik pertukaran pelajar menerusi Program AIMS.

Melalui kerjasama ini, lima orang pelajar Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan UMT telah

mengikuti program pertukaran pelajar di Fakulti Pelancongan DUG manakala DUG menghantar dua

pelajar mereka ke UMT pada Sesi September 2019/2020.

196


KESIMPULAN

Pelan Strategik UMT 2018-2023 memberi penekanan kepada objektif untuk meningkatkan enrolmen

pelajar antarabangsa, memperkasa program mobiliti dan memperkukuh jaringan antarabangsa.

Pelbagai program dan inisiatif telah dilaksanakan bagi menarik lebih ramai pelajar antarabangsa ke UMT

sama ada sebagai pelajar sepenuh masa mahupun melalui program mobiliti (inbound) pelajar. Pada

masa yang sama, UMT juga sentiasa menggalakkan para pelajar tempatan untuk menimba pengalaman

di luar negara melalui program mobiliti (outbound), pertukaran pelajar dan Latihan bersama organisasi

luar negara. Selain itu, jaringan di peringkat antarabangsa juga terus diperkukuhkan melalui pelbagai

program strategik dan hasilnya UMT kini kian dikenali global apabila berjaya melonjak ke tangga 243

dalam penarafan QS Asian University Ranking.

41%

peningkatan penyertaan pelajar dalam

mobiliti inbound

135%

peningkatan penyertaan pelajar dalam

program mobiliti outbound

62%

peningkatan enrolmen pelajar antarabangsa

52

rakan kerjasama strategik luar negara

31

Profesor Pelawat daripada seluruh dunia

Keterlihatan

Global

197


198


Pemerkasaan

Bakat

199


200


Sumber manusia atau bakat adalah nadi utama sesebuah organisasi. Ia perlu dibangun dan

diurus secara strategik kerana sebagai nadi utama, keberhasilan dan pencapaian visi dan

misi UMT amat berkait rapat dengan kekuatan sumber manusia. Pembangunan program

kecemerlangan bakat dizahirkan melalui pelbagai inisiatif dan program yang telah digariskan di

bawah Teras Pemerkasaan Bakat Pelan Strategik UMT 2018-2022. Matlamat utama teras ini adalah

untuk menonjolkan reputasi bakat akademik dan sokongan akademik sama ada kumpulan profesional

atau sokongan yang dinamik, mengamalkan budaya kerja cemerlang, berdaya saing dan mempunyai

kemahiran yang pelbagai, seterusnya menjadi pakar rujuk khususnya dalam bidang tujahan di persada

kebangsaan dan antarabangsa.

PERJAWATAN

Sehingga 31 Disember 2019, UMT mempunyai 1,530 waran jawatan yang merangkumi empat jawatan

pengurusan tertinggi, 563 jawatan akademik, 215 jawatan pengurusan dan profesional bukan akademik

serta 748 jawatan pelaksana dengan peratus pengisian sebanyak 93.99%. Perincian pengisian jawatan

berdasarkan waran adalah seperti di dalam jadual di bawah:

Pengisian Jawatan Berdasarkan Waran

Kumpulan Bilangan Waran Pengisian Kekosongan

Pengurusan Tertinggi 4 4 0

Ahli Akademik dan Guru Bahasa 563 512 51

Pengurusan dan Profesional (Bukan Akademik) 215 205 10

Pelaksana (Bukan Akademik) 748 717 31

Jumlah Keseluruhan 1,530 1,438 92

Peratus Pengisian Keseluruhan 93.99%

Pemerkasaan

Bakat

201


Pengisian Jawatan Berdasarkan Taraf Lantikan

Perincian pengisian jawatan berdasarkan taraf lantikan pula adalah seperti di dalam jadual di bawah.

Secara keseluruhannya, 85% daripada jawatan di UMT adalah bertaraf tetap, 10% bertaraf kontrak dan

selebihnya adalah jawatan bertaraf pinjaman dan sementara. Dengan kapasiti pelajar seramai 8,402

orang, nisbah pensyarah kepada pelajar ialah 1:16. Nisbah yang ideal bagi program pengajian yang

berasaskan sains dan teknologi adalah 1:15.

Manakala, nisbah staf akademik kepada bukan akademik pula adalah 1:1.7. Nisbah ini merupakan

nisbah yang munasabah bagi universiti yang berasaskan sains dan teknologi dan mempunyai dua buah

kampus serta empat stesen penyelidikan di Chagar Hutang, Pulau Bidong, Tanah Bencah Setiu dan

Tasik Kenyir.

Pengisian Jawatan Staf Berdasarkan Taraf Lantikan

Bil.

Jawatan

Gred/

Kesetaraan

Gred

Tetap Kontrak Pinjaman Sementara Sambilan Jumlah

PENGURUSAN TERTINGGI

1. Pengurusan Tertinggi - 1 2 1 - 4

AHLI AKADEMIK

PENSYARAH UNIVERSITI

1. Profesor VK5 - 1 - - - 1

VK6 3 2 - - - 5

VK7 21 2 - - - 23

2. Profesor Madya DS54 90 - - - - 90

DS53 10 7 - - - 17

3. Pensyarah Kanan DS52 126 - - - - 126

DS51 179 25 - - - 204

4. Pensyarah DS45 66 23 - - - 89

5. Guru Bahasa DG44 16 - - - - 16

DG41 1 - - - - 1

202


Bil.

Jawatan

Gred/

Kesetaraan

Gred

Tetap Kontrak Pinjaman Sementara Sambilan Jumlah

SKIM LANTIKAN KHAS

1. Pengajar Khas Gred (JUSA C) KA19 - 1 - - - 1

2. Pengajar Khas (Gred 53) KA21 - 2 - - - 2

3. Pengajar Khas (Gred 51) KA20 - 1 - - - 1

4. Felo Penyelidik Utama (Gred

JUSA C)

5. Felo Penyelidik Kanan (Gred

51)

KA10 - 1 - - - 1

KA12 - - - - - -

6. Felo Penyelidik Utama Pelawat KA22 - - - - - -

7. Tutor DA41 - - - - - -

8. Skim Latihan Akademik Muda

(SLAM)

KA09 - - - 54 - 54

9. Pasca Kedoktoran KA06 - 17 - - - 17

10. Profesor Adjung (JUSA C) KA01 - 14 - - - 14

11. Profesor Pelawat (JUSA C) KA02 - 31 - - - 31

STAF BUKAN AKADEMIK

1.

Kumpulan Pengurusan dan Profesional 205 36 - - 2 243

2. Kumpulan Pelaksana 717 96 - - 11 824

Jumlah 1434 260 2 55 13 1764

Pemerkasaan

Bakat

203


Pensyarah Berkelulusan Doktor Falsafah (PhD)

Pengambilan pensyarah baharu adalah berdasarkan kepada tiga prinsip strategik iaitu (i) pengisian

lompang bidang berdasarkan keperluan ideal nisbah pelajar kepada pensyarah mengikut program

pengajian, (ii) pengambilan calon felo akademik untuk tajaan SLAM adalah berdasarkan pelan

penggantian, (iii) keperluan strategik universiti. Pada tahun 2019, seramai 42 orang pensyarah baharu

yang telah dilantik dengan 37 daripadanya berkelayakan PhD. Secara keseluruhannya, sebanyak 86%

iaitu 484 orang pensyarah adalah memiliki kelayakan PhD dan ini telah melebihi sasaran negara iaitu

sebanyak 80%.

Ahli Akademik Antarabangsa

Sehingga 31 Disember 2019, UMT mempunyai seramai 36 orang ahli akademik antarabangsa.

Pemilihan ahli akademik antarabangsa adalah berdasarkan kepada keperluan strategik untuk

menyokong bidang tujahan, kepakaran tertentu dalam bidang kritikal, keupayaan menyumbang

penerbitan berimpak tinggi di samping meningkatkan bilangan geran dan pelajar antarabangsa ke

UMT. Jadual berikut memberikan perincian lantikan ahli akademik antarabangsa mengikut jawatan

dan negara asal.

204


Bilangan ahli akademik antarabangsa mengikut jawatan dan negara asal

Bil. Jawatan/Gred Jumlah

1. Profesor Madya (DS53) 5 orang

India (1), Indonesia (2), Bangladesh (1), Jepun (1)

2. Pensyarah Kanan (DS51) 14 orang

Indonesia (6), Bangladesh (3), Libya (1), Jepun (1)

3. Pensyarah (DS45) 13 orang

Kanada (1), India (1), Myanmar (1)

Bangladesh (3), Iraq (1), Iran (1), India (2), Indonesia (2)

China (1), Mesir (1), Nigeria (1), Somalia (1)

4. Post-Doctoral (KA06) 4 orang

Pakistan (2), Nigeria (1), Itali (1)

Jumlah

36 orang

Kemajuan Kerjaya

Dari segi kemajuan kerjaya ahli akademik, seramai 48 orang ahli akademik telah mendapat peningkatan

kerjaya melalui kenaikan pangkat sepanjang tahun 2019. Proses kenaikan pangkat ahli akademik

adalah berdasarkan kepada lima kefungsian utama iaitu pengajaran dan penyeliaan, penyelidikan

dan penerbitan, pemindahan ilmu, pembangunan kendiri dan kepimpinan akademik/pengurusan. Di

samping itu, nilai kebersamaan, profesionalisme, etika/sahsiah dan integriti juga diberi penekanan

yang kritikal dalam proses kenaikan pangkat ahli akademik.

Manakala, bagi staf bukan akademik pula, 36 orang telah dinaikkan pangkat pada tahun 2019.

Daripada jumlah tersebut, seramai 21 orang pegawai adalah dari kumpulan pengurusan dan profesional,

manakala 15 orang lagi adalah kumpulan pelaksana. Penilaian kenaikan pangkat staf bukan akademik

adalah berdasarkan kepada kecemerlangan dalam tugas hakiki, sumbangan inovasi dalam pekerjaan,

perkongsian/pengiktirafan kebolehan dan sumbangan luar tugas rasmi yang signifikan. Aspek sahsiah,

keperibadian, integriti dan disiplin turut menjadi elemen penting dalam kriteria kenaikan pangkat.

Pemerkasaan

Bakat

205


AHLI AKADEMIK

48

Profesor (VK7) - 2

Profesor Madya (DS 54) - 31

Pensyarah Kanan (DS 52) - 15

KENAIKAN PANGKAT

84

PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

21

PELAKSANA

15

206


Staf Cuti Belajar dan Penajaan Fellowship

Sehingga 31 Disember 2019, UMT telah menghantar seramai 56 orang staf untuk melanjutkan

pengajian di peringkat Sarjana Muda, Sarjana dan PhD. Seramai enam orang pensyarah dan 40 orang

felo akademik telah menerima tajaan bagi melanjutkan pengajian peringkat PhD di pelbagai negara.

Terdapat 10 orang daripada kumpulan Pengurusan dan Profesional bukan akademik, turut menyahut

seruan konsep Pembelajaran Sepanjang Hayat iaitu seorang bagi pengajian PhD, lapan orang untuk

pengajian Sarjana dan seorang mengikuti pengajian Sarjana Muda. Perincian maklumat berkaitan

pegawai cuti belajar mengikut peringkat pengajian adalah seperti di dalam jadual di bawah:

Bilangan pegawai cuti belajar mengikut peringkat pengajian

Jawatan

Pengajian

Tempat Pengajian

Pensyarah

Felo

Akademik

Bukan

Akademik

Jumlah

Doktor Falsafah

Dalam Negara 4 24 1 29

Luar Negara 2 16 0 18

Sarjana

Dalam Negara 0 0 8 8

Luar Negara 0 0 0 0

Sarjana Muda

Dalam Negara 0 0 1 1

Luar Negara 0 0 0 0

Jumlah 6 40 10 56

MALAYSIA

UNITED

KINGDOM

AUSTRALIA

SWEDEN

38 9 3 2

JEPUN

JERMAN

BELGIUM

BELANDA

1 1 1 1

Pemerkasaan

Bakat

207


Program Mobiliti

Selain kemudahan Cuti Belajar, beberapa program Mobiliti seperti Cuti Pasca Kedoktoran, Cuti

Sabatikal, Cuti Penyelidikan, Sangkutan Industri dan Program Sangkutan Akademik dan Sangkutan

Bukan akademik turut dilaksanakan bagi meningkatkan elemen pemindahan ilmu dalam kalangan

pegawai UMT. Di samping itu, program mobiliti ini menggalakkan jalinan kerjasama universiti-industri.

Seramai 32 orang daripada 74 ahli akademik yang menjalani program mobiliti berjaya ditindikkan di

pelbagai industri yang relevan dengan bidang kepakaran masing-masing. Jadual berikut menunjukkan

statistik bilangan pegawai yang menjalani mobiliti sepanjang Januari hingga Disember 2019.

Program mobiliti

Bilangan pegawai yang menjalani program mobiliti bagi tahun 2019

Dalam

negara

Luar

negara

Cuti Pasca Kedoktoran 3 9 12

Cuti Sabatikal 8 1 9

Cuti Penyelidikan 5 2 7

Sangkutan Akademik 2 14 16

Sangkutan Industri 30 0 30

Sangkutan Bukan Akademik 1 26 27

Jumlah

Jumlah 49 52 101

208


3

Korea

Selatan

Jepun

5

1

England

United

Kingdom

5

9

Taiwan

Amerika

Syarikat

2

1

Scotland

Belanda

1

China

3

Filipina

2

Papua

New Guinea

1

1

Sepanyol

Belgium

1

Malaysia

49

4

Thailand

Australia

2

2

Singapora

Brunei

2

7

Indonesia

209


Keahlian Badan Profesional

Penglibatan ahli akademik dan Pegawai Pengurusan dan Profesional (P&P) bukan akademik dalam

persatuan ikhtisas dan persatuan berkaitan kepakaran/bidang tugas masing-masing adalah amat

dititikberatkan oleh pengurusan UMT. UMT akan terus menggiatkan usaha tindikan ahli akademik kepada

industri dalam usaha meningkatkan bilangan ahli akademik memperoleh sijil amalan profesional.

Sehingga 31 Disember 2019, seramai 378 orang ahli akademik dan 21 orang pegawai P&P bukan

akademik mengganggotai keahlian badan profesional di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Jadual di bawah menunjukkan statistik kelayakan profesional yang dimiliki oleh staf UMT.

ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN PENGHARGAAN

Kecemerlangan dan kewibawaan warga UMT merupakan nadi kepada pembangunan universiti ke arah

memperkasakan visi dan misi universiti. Pengiktirafan kejayaan bakat UMT telah dibuktikan melalui

beberapa kejayaan ahli akademik UMT yang mendapat pengiktirafan atau anugerah di peringkat

kebangsaan mahupun antarabangsa seperti di Jadual di bawah:

210


Nama Anugerah/ Pengiktirafan Anjuran Penerima

Anugerah Akademik Negara bagi Kategori

Pengajaran (Kelompok Sains Gunaan)

Pingat Perkhidmatan Cemerlang

Anugerah L’Oréal-UNESCO for Women in

Science (FWIS)

Kementerian

Pendidikan

Malaysia (KPM)

Kementerian

Pendidikan

Malaysia (KPM)

Yayasan L’Oréal

Dr. Shahreza bin Md. Sheriff

Dr. Izan binti Dato’ Haji Jaafar

Prof. Madya Dr. Wan Iryani binti Wan Ismail

Pemerkasaan

Bakat

211


UMT juga telah mewujudkan pelbagai anugerah peringkat universiti bagi memberi pengiktirafan

kepada warga atas komitmen yang ditunjukkan dalam perkhidmatan. Pengiktirafan bakat warga

UMT telah dizahirkan melalui penganjuran Majlis Anugerah Tahunan (MAT) 2019. Dalam MAT 2019,

seramai 268 orang staf telah diraikan melibatkan lima kategori utama penganugerahan iaitu Anugerah

Perkhidmatan Cemerlang (120 orang), Hadiah Setia Bakti (87 orang), Penghargaan Pesara (11 orang),

Anugerah Khas Naib Canselor (2 orang) dan Anugerah Julangan Bakat (28 orang). Pengiktirafan

anugerah ini merentasi setiap lapisan staf sama ada ahli akademik, pegawai pengurusan dan

profesional dan juga staf pelaksana.

212


PEMBANGUNAN BAKAT

Pembangunan bakat UMT telah berevolusi dengan mengguna pakai instrumen yang lebih dinamik.

Instrumen terkini yang diterapkan ke dalam proses-proses utama bagi pengurusan dan pembangunan

sumber manusia adalah berasaskan Competency Based Talent Management (CBTM). Fokus utama

CBTM adalah bagi memastikan setiap individu mempunyai kompetensi yang relevan dan berfokus

bagi menyokong kemampanan pengurusan dan pembangunan sesuatu organisasi dalam mencapai

sasaran dan KPI. Konsep CBTM bukan hanya relevan dalam aspek pembangunan bakat malah

signifikan dalam semua aspek sumber manusia. Konsep ini telah diamalkan oleh organisasi-organisasi

swasta di Malaysia dan kini konsep tersebut cuba dilaksanakan dalam perkhidmatan awam terutama

di universiti-universiti awam. KPM menerusi Akademik Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) telah

memulakan inisiatif pembangunan CBTM pada tahun 2018.

Bagi Komponen Bukan Akademik, sebanyak 154 latihan telah diuruskan pada tahun 2019 yang

melibatkan latihan berbentuk generik, kefungsian dan ICT sama ada dalam universiti atau luaran.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 102 latihan berbentuk kefungsian/seminar mengikut bidang dan

41 latihan berbentuk generik dan enam latihan berbentuk ICT. Pelan pembangunan modul kefungsian

mengikut skim perjawatan yang dilaksanakan pada tahun 2018 diteruskan untuk 2019 melalui

beberapa pendekatan. Antaranya ialah pemantapan kumpulan penggerak mengikut skim perjawatan

dengan penubuhan Jawatankuasa Operasi Latihan Bukan Akademik (JK2BA), mempelajari amalan

terbaik rakan universiti awam yang lain melalui platform Jawatankuasa Sumber Manusia Universiti

Awam dan memperkasakan pengurusan penawaran kursus. Selain itu, konsep perkongsian ilmu dan

pengalaman diterapkan dalam kalangan pegawai senior melalui lantikan penceramah kepada modul

latihan berteraskan praktikal.

UMT juga telah mengadakan Kursus Training the Trainer (TTT) bagi melatih bakat UMT menjadi in

house trainer. Ini adalah selaras dengan hasrat UMT yang dalam proses pembangunan modul latihan

kefungsian mengikut skim perkhidmatan.

Perincian kursus/latihan yang ditawarkan pada tahun 2019 adalah seperti di bawah:

JUMLAH

189

MODUL AKADEMIK

15

Kursus

Pengajaran &

Pembelajaran

12

Kursus

Penyelidikan

& Inovasi

14

Kursus

e-Pembelajaran

41 29

Kursus Generik Kursus

Kefungsian

59

Kursus

Luar UMT

(Fungsian)

MODUL BUKAN AKADEMIK

13

Program

Sangkutan

Bukan Akademik

6Kursus ICT

Pemerkasaan

Bakat

213


Inisiatif pembangunan Competency Based Talent Management (CBTM) telah dimulakan dengan

pembangunan kompetensi kefungsian dan kompetensi teras UMT. Pembangunan kompetensi

kefungsian telah dijalankan pada 7-18 April 2019 yang melibatkan wakil daripada 14 skim kefungsian

sokongan akademik. Pusat Pembangunan Bakat dan Inovasi telah melantik konsultan daripada

Saphire Consultant Sdn. Bhd., Mr. Karuna Pillay bagi membantu UMT dalam membangunkan

kompetensi kefungsian mengikut skim. Pada sesi pertama bengkel ini, peserta didedahkan tentang

pengenalan berkaitan model CBTM, kepentingan serta impak CBTM terhadap pembangunan dan

kecemerlangan organisasi. Pada sesi berikutnya, peserta bengkel telah didedahkan dengan proses

pemprofilan kompetensi iaitu pemilihan kompetensi mengikut deskripsi masing-masing serta

semakan terhadap kelakuan kompetensi bagi melengkapkan kamus kompetensi yang akan menjadi

rujukan kepada semua staf. Sebanyak 163 kompetensi kefungsian telah berjaya dihasilkan menerusi

bengkel ini.

Pembangunan kompetensi teras universiti pula telah dijalankan pada 16 Oktober 2019 yang dihadiri

oleh Pegawai Utama dan Pegawai Kanan UMT. Kompetensi teras ini dibangunkan mengikut acuan

UMT berdasarkan visi, misi dan pelan strategik UMT. Kompetensi ini merupakan kompetensi umum

yang perlu ada pada setiap staf tanpa mengira skim, jawatan dan gred. Sebanyak lima kompetensi

teras telah dipilih semasa bengkel pembangunan ini iaitu collaborative/networking (Kerjasama/

rangkaian), integrity (integriti), accountibility (akauntabiliti), leveraging diversity (kepelbagaian) dan

creativity and innovation (kreatif dan inovatif).

214


Creative and

Innovation

(Kreatif dan

Inovatif)

Collaborative/

Networking

(Kerjasama/

rangkaian)

Accountability

(Akauantabiliti)

Integrity

(Integriti)

5

Kompetensi Teras

UMT

Leveraging

Diversity

(Kepelbagaian)

Pemerkasaan

Bakat

215


Program Kepimpinan dan Tadbir Urus Pegawai Kanan UMT

UMT telah melaksanakan penjajaran governan yang mula berkuat kuasa pada 1 Ogos 2019.

Penjajaran tersebut dilaksanakan bagi memperkukuhkan lagi governan UMT selaras dengan hala

tuju Pelan Strategik UMT 2018-2022. Selaras dengan penjajaran governan yang telah dilaksanakan,

UMT mengambil inisiatif bagi meningkatkan kompetensi kepimpinan dan memperkukuhkan tadbir

urus di PTj kepada semua pegawai utama dan pegawai kanan UMT yang telah dilantik melalui Kursus

Pemantapan Tadbir Urus yang telah diadakan pada 15-16 Disember 2019. Kursus ini memberi

pendedahan berkaitan integriti, pengurusan risiko rasuah, cabaran kepimpinan dalam pendidikan

tinggi, perundangan badan-badan berkanun dan amalan tadbir urus terbaik.

Persidangan Ilmiah dan Latihan Luar

Penyebaran dan perkongsian hasil penyelidikan di arena kebangsaan dan antarabangsa merupakan

wadah penting untuk meningkatkan penerbitan artikel dan melonjakkan keterlihatan global. Pada

tahun 2019, seramai 437 orang ahli akademik telah menghadiri konferensi dan latihan akademik

iaitu 243 orang (56%) telah ke hadir konferensi/latihan dalam negara, manakala 194 (44%) orang lagi

menyertai konferensi/latihan di luar negara. Penyertaan dibiayai sama ada secara bantuan kewangan

universiti, geran penyelidikan individu, pembiayaan penganjur atau peruntukan sendiri.

Jadual berikut menunjukkan 67% ahli akademik yang menghadiri konferensi dan latihan dalam/

luar negara adalah dibiayai melalui peruntukan mobiliti akademik. Melalui peruntukan sebanyak

RM750,000.00, seramai 292 orang ahli akademik telah diluluskan untuk menghadiri konferensi dan

latihan akademik, iaitu 182 orang (63%) telah menghadiri konferensi dalam negara manakala 110

216


orang (37%) lagi menyertai konferensi luar negara. Seramai 13 orang (3%) ahli akademik telah dilantik

sebagai Pengucap utama/Penceramah Plenari/Penceramah jemputan untuk konferensi dalam

negara dan luar negara. Ini menunjukkan bahawa komuniti akademik global mengiktiraf dan merujuk

kepakaran ahli akademik UMT.

Jenis pembiayaan bagi ahli akademik yang menghadiri konferensi dan latihan akademik

dalam dan luar negara

Kategori

Peruntukan mobiliti

akademik

Geran

Penyelidikan

Penganjur Vot PTJ Peruntukan

Sendiri

DN LN DN LN DN LN DN LN DN LN

Konferensi 145 88 20 13 0 11 6 3 14 14

Kursus/Bengkel 13 10 13 1 0 13 2 0 2 2

Latihan

Kepimpinan

Anjuran AKEPT

Pengucap

Utama / Plenari

/Jemputan

23 - - - - - - - - -

1 12 0 0 0 20 2 4 2 3

Jumlah 182 110 33 14 0 44 10 7 18 19

Nota: DN = Dalam Negara LN = Luar Negara

Pencapaian dalam Sukan

Bagi tahun 2019, kontinjen staf telah mencipta sejarah tersendiri melalui penyertaan staf di Karnival

Sukan Badan Berkanun Malaysia (SUKANUN), dengan berjaya menduduki tempat ke-13 keseluruhan

daripada 62 pasukan yang mengambil bahagian.

Atlet staf UMT juga berjaya mengekalkan kejayaan dalam kejohanan sukan Majlis Kebajikan

dan Sukan Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK). Bagi penyertaan acara jemputan pula, pasukan

memanah UMT telah membawa pulang dua pingat emas dan dua pingat gangsa manakala pasukan

golf pula muncul juara dalam kejohanan Sukan IPT Pantai Timur (SIPTAR). Perincian pencapaian

sukan bagi tahun 2019 adalah seperti di bawah:

ACARA

PENCAPAIAN

KEJOHANAN SUKAN BADAN BERKANUN MALAYSIA 2019 (SUKANUN)

Boling Padang

Perak

Tenis

Gangsa

Badminton

Suku Akhir

Bola Sepak Veteran

Pusingan Kedua

Pemerkasaan

Bakat

217


Bola Jaring

Ping Pong

Tenpin Bowling

MAKSAK Futsal

MAKSAK Bola Jaring

MAKSAK Ping Pong

MAKSAK Bola Sepak

MAKSAK Golf

MAKSAK Dart

MAKSAK PERINGKAT NEGERI

Pusingan Kedua

Pusingan Kedua

Peringkat Kumpulan

Pusingan Kedua

Ke-3

Pusingan Kedua

Suku Akhir

Individu (Juara), Tempat ke-11 keseluruhan

daripada 20 pasukan

Suku Akhir Individu

MAKSAK Boling Padang Lelaki - (2,4,6,7)

Wanita - (2,3,5,6,7)

MAKSAK Bola Tampar

MAKSAK Badminton

MAKSAK Tenis

Golf IPTA 2019

Tenpin Boling Yang Dipertua MAKSAK Terengganu

Kejohanan Golf Jemputan SUKANUN

Lawn Bowls Open Fours Terengganu 2019

Lawn Bowls Open Pairs KPM-USIM

Bola Sepak Veteran

Bola Tampar Telekom Malaysia

Bowling Tertutup Terengganu

GOLF IPTA

SUKAN JEMPUTAN

Ke-3

(Naib Johan- Beregu Lelaki,Wanita)

(Ketiga- Perseorangan Lelaki,Wanita)

Juara

Ke-3 keseluruhan

Peringkat Kumpulan

Ketiga keseluruhan

Ke-8 Kumpulan

Pusingan kedua, kumpulan

Naib Juara

Ketiga

Pusingan Kedua

Selain kejayaan dalam penyertaan acara sukan, staf UMT turut menambah ilmu dengan menyertai

kursus kejurulatihan sukan dan sains sukan. Enam orang staf telah berjaya mendapat Sijil Kejurulatihan

Boling Padang Tahap 1, dua orang staf mendapat lesen “D” bagi Kejurulatihan Bola Sepak dan tiga

staf berjaya memperoleh Sijil Sains Sukan Tahap 2. UMT bukan sahaja berupaya menyediakan atlet

malah turut menjadi platform bakat kejurulatihan sukan. Hal ini dibuktikan dengan tujuh orang staf

telah dilantik oleh pihak luar sebagai jurulatih.

Secara keseluruhan, pencapaian sukan UMT amat baik seiring dengan pembangunan bakat atlet

staf yang sentiasa ditambah baik melalui kemahiran dan pensijilan khas kejurulatihan dan kepegawaian

sukan di peringkat negeri dan kebangsaan.

218


KESIMPULAN

Usaha merangka pelbagai program atau inisiatif dalam pengurusan dan pembangunan bakat serta

kesediaan peruntukan kewangan yang tinggi jelas menunjukkan komitmen padu universiti dalam

melahirkan bakat yang kompeten, relevan dan berdaya saing. Keberkesanan pembangunan bakat

juga telah diselaraskan dengan keperluan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) bagi menyokong ekosistem

yang seimbang dan memenuhi keperluan semasa untuk menggerakkan kefungsian di UMT. Bakat

universiti yang kompeten merupakan nadi kepada kecemerlangan organisasi melalui penzahiran

Pelan Strategik yang telah dirangka.

93.99%

pengisian waran jawatan

RM750,000.00

peruntukan mobiliti akademik

399

bakat universiti mempunyai keahlian dalam badan

profesional/persatuan/NGO

437

ahli akademik menghadiri konferensi/latihan akademik

di dalam dan luar negara

Pemerkasaan

Bakat

219


220


Perkhidmatan

dan Fasiliti

221



Usaha pembangunan fizikal dan

kemudahan kampus UMT sentiasa

menjadi keutamaan agar warga dan

pelajar akan merasa selesa dan sejahtera

berada di UMT. Pada tahun 2019, pelbagai

projek pembangunan untuk menyokong

prasarana pengajaran, pembelajaran dan

penyelidikan terus dilaksana dan dirancang.

Projek pembangunan dilaksanakan di

Kampus Induk, Bukit Kor dan stesenstesen

penyelidikan luar bagi memenuhi

keperluan pengajaran dan pembelajaran serta

kemudahan pelajar. Projek-projek berkaitan

dilaksanakan menggunakan peruntukan

pembangunan dan juga peruntukan mengurus

berdasarkan perancangan dan keperluan

semasa.

Perkhidmatan

dan Fasiliti

223


PROJEK PEMBANGUNAN RMKE-10

Pusat Penyelidikan Tasik Kenyir

Status Kemajuan Projek : 99%

Agensi Pelaksana

: Universiti Malaysia Terengganu

Kos Projek

: RM8,000,000.00

Status

: Proses pengujian sistem

Fasiliti yang disediakan : Blok Pentadbiran, Dewan Kuliah, Blok Makmal, Kafetaria, Surau,

Wakaf Serbaguna, Blok Penginapan (Dorm), Penginapan Penyelidik,

Tapak Perkhemahan dan Jeti.

224


PROJEK PEMBANGUNAN RMKE-11

KPM telah meluluskan siling peruntukan pembangunan RMKe-11 bagi tahun 2016 hingga 2019

merangkumi empat projek sedia ada dan satu projek baharu. Jumlah keseluruhan siling peruntukan

dari 2016 hingga 2019 adalah sebagaimana berikut.

Bil.

Kelulusan Peruntukan Pembangunan RMKe-11

Tajuk Projek

1. Kompleks Pusat Pendidikan dan Pembangunan

Insaniah di Kampus Bukit Kor

2. Kompleks Makmal Perikanan dan Akuakultur,

Pusat Pengajian Sains Perikanan dan Akuakultur

3. Pembinaan Lingkaran Jalan dan Jambatan untuk

Kemudahan Asrama PFI

Kos Keseluruhan

(RM)

Peruntukan Diluluskan

(RM)

25,000,000.00 20,100,000.00

9,000,000.00 9,000,000.00

8,112,000.00 8,112,000.00

4. Pembangunan Lestari Stesen Penyelidikan Luar 3,000,000.00 3,000,000.00

5. Sistem Tebatan Banjir dan Sistem Pencegahan

Hakisan Pantai

6. Pembelian Peralatan Makmal Sains Nautika, Pusat

Pengajian Kejuruteraan Kelautan

40,000,000.00 20,000,000.00

8,000,000.00 4,000,000.00

7. Penggantian Peralatan Makmal Usang 20,000,000.00 8,000,000.00

8. Kemudahan Infrastruktur dan Infostruktur IR4.0

(Redesigning UMT’s Education for Industry 4.0)

9. Pembelian Peralatan Makmal untuk Melengkapkan

Bangunan Baharu Institut Bioteknologi Marin

10,000.000.00 5,000,000.00

10,842,000.00 5,000,000.00

JUMLAH 123,954,000.00 82,212,000.00

Perkhidmatan

dan Fasiliti

225


Kompleks Makmal Perikanan dan

Akuakultur PPSPA

Status Kemajuan Projek : 100%

Agensi Pelaksana

Kos Projek

: Universiti Malaysia Terengganu

: RM7,310,869.82

Tarikh Siap : 8 April 2019

Fasiliti yang disediakan

: Blok Pentadbiran, Makmal Penetasan, Makmal Asuhan dan

Pengeluaran, Makmal Makanan Formula & Bengkel Akuakultur dan

Ruang Kompleks

Sistem Pengambilan Air Laut

(Seawater Intake System) untuk

Kompleks Makmal Perikanan &

Akuakultur PPSPA

Status Kemajuan Projek : 99%

Agensi Pelaksana

Kos Projek

Status

: Universiti Malaysia Terengganu

: RM1,295,777.00

: Proses pengujian sistem

226


Pembangunan Lestari Stesen Penyelidikan Luar

Projek Pembangunan Lestari Stesen Penyelidikan Luar merangkumi tiga Stesen Penyelidikan Alami

UMT dan maklumat projek adalah sepertimana berikut:

Agensi Pelaksana

: Universiti Malaysia Terengganu

Kos Projek

: RM2,589,750.00

Tarikh Dijangka Siap : Mac 2020

Status Kemajuan Projek : 55%

i) Stesen Penyelidikan Alami Setiu Wetland

ii) Stesen Penyelidikan Alami Pulau Bidong

iii) Stesen Penyelidikan Alami Chagar Hutang

Perkhidmatan

dan Fasiliti

227


PROJEK BAGI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

Projek pembangunan bagi menyokong pembelajaran dan pengajaran untuk memberi kemudahan dan

keselesaan kepada para pelajar khasnya adalah seperti berikut:

Kerja Menaiktaraf Makmal Bahasa 1, Bilik Kuliah 4, 5 dan 6 untuk Dijadikan

Makmal Interaktif di Bangunan Kompleks Kuliah

Kerja Membaik Pulih Ruang Kuliah

KK2 di Bangunan Kompleks Kuliah

Kerja Mengecat Bilik Pelajar di Blok

Kediaman Kolej Kediaman Abdul

Rahman Limbong

228


Pembangunan Bukit Kor

Pembangunan di Bukit Kor diteruskan dengan

pembinaan Kompleks Pusat Pendidikan dan

Pembangunan Insaniah yang dimulakan

pembinaan pada 15 Oktober 2019. Kerja

pembinaan telah dimulakan dengan kerja-kerja

meratakan tanah.

Agensi Pelaksana : Jabatan Kerja Raya

Kos Projek

: RM25,000,000.00

Tarikh Dijangka Siap : 11 Oktober 2021

Status Kemajuan Projek : 3.8%

Projek Pembinaan Pusat Kawalan Keselamatan UMT

Bangunan asal SEATRU telah dibaik pulih dan dinaik taraf kepada Pusat Kawalan Keselamatan UMT

dan telah dirasmikan pada 13 November 2019 oleh Naib Canselor.

Bangunan Pusat Kawalan Keselamatan ini dilengkapi dengan pejabat am, bilik kawalan sistem

kamera litar tertutup (CCTV), bilik operasi/mesyuarat, bilik fail dan bilik pegawai. Bangunan ini

berfungsi sebagai sebuah pusat kawalan yang dilengkapi sistem CCTV teknologi terkini dan beresolusi

tinggi bagi tujuan pengawasan dan pemantauan keselamatan keseluruhan kawasan kampus dan

sempadan UMT.

Perkhidmatan

dan Fasiliti

229


PERKHIDMATAN KESIHATAN

Pusat Kesihatan Universiti (PKU) memberi perkhidmatan perubatan, kesihatan serta pergigian yang

profesional dan berkualiti kepada pelajar, staf dan tanggungan, pesara serta orang awam agar

membudayakan gaya hidup sihat ke arah kesejahteraan sejagat.

PKU berfungsi meningkatkan tahap kesihatan warga melalui:

i. Perkhidmatan perubatan, kesihatan dan pergigian peringkat primer untuk mengekalkan tahap

kesihatan optima.

ii. Perkhidmatan sokongan klinikal iaitu makmal dan pengimejan perubatan, fisioterapi serta farmasi

selaras dengan teknologi terkini.

iii. Program pendidikan kesihatan yang berterusan selaras dengan perkembangan morbiditi semasa.

iv. Perkhidmatan pergigian yang efektif bagi mencapai tahap kesihatan pergigian yang unggul.

v. Pengurusan pentadbiran dan kewangan yang mantap bagi mendokong kelancaran perkhidmatan

kesihatan di PKU.

vi. Menggalakkan budaya inovatif dan kreatif yang berkualiti untuk kegunaan bidang perubatan,

kesihatan dan pergigian.

Perkhidmatan yang Disediakan di Pusat Kesihatan Universiti

Perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh di PKU adalah seperti berikut :

Perkhidmatan

Perubatan

Perkhidmatan

Sokongan Perubatan

Perkhidmatan Klinik

Pergigian

Perkhidmatan Klinik

Kekal Sihat

• Rawatan Pesakit

Luar

• Rawatan Kecemasan

dan Sick Bay

• Perkhidmatan

Medical Cover

• Perkhidmatan

Fisioterapi

• Farmasi

• Pengimejan

Perubatan

• Makmal Perubatan

• Kawalan Penyakit

Berjangkit

• Promosi Kesihatan

• Klinik Diet

• Klinik Terapi Berat

Badan

• Klinik Berhenti

Merokok

230


Program yang Dilaksanakan oleh Pusat Kesihatan Universiti

Sepanjang tahun 2019, PKU telah menganjurkan beberapa program kesihatan untuk semua warga

kampus UMT.

Program Jom Sihat UMT

• Menggalakkan warga UMT untuk

mengamalkan gaya hidup sihat.

• Program yang mengandungi

aktiviti fizikal, demo masakan,

pameran dan ceramah. Program

ini dilaksanakan bagi memupuk

kesedaran kepentingan amalan

gaya hidup sihat yang dapat

menstabilkan kesihatan secara

menyeluruh.

• Memastikan diet dan teknik

penurunan berat badan yang betul.

Program Kafetaria Sihat

UMT 2019

• Memberi pendidikan kepada

peserta tentang kepentingan

kebersihan dalam penyediaan

makan serta premis di jabatan dan

tempat kediaman masing-masing.

Program Medical Cover

• Perkhidmatan Standby perubatan

bagi memastikan keselamatan

semasa aktiviti sukan, aktiviti dalam

air, aktiviti lasak dan kerja lapangan

Pemeriksaan Kesihatan

Pelajar Baharu

• Memastikan semua pelajar baharu

yang mendaftar di UMT menjalani

RME di PKU

Program Cakna Kesihatan

Sosial UMT

• Memberi kesedaran tentang

kesihatan sosial berkaitan LGBT/

HIV/ AIDS dan TIBI

Program Roadshow PKU

Cakna Warga

• Saringan dilakukan di PTj dan

memberi peluang kepada staf

untuk menjalani pemeriksaan,

• Memastikan pengesanan peringkat

awal dan pencegahan penyakit

dalam kalangan warga.

• Pemeriksaan memudahkan staf

UMT melaksanakan saringan

kesihatan (tekanan darah, berat,

tinggi, BMI, gula dan kolesterol

dalam darah) dalam membantu

mengesan simptom dan risiko awal

sebarang penyakit.

Bengkel CPR dan Pertolongan

Cemas

• Untuk meningkatkan kemahiran

dan pengetahuan mengenai

pengendalian kes kecemasan dan

CPR

Perkhidmatan

dan Fasiliti

231


SUMBER ILMU

Koleksi Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ) sentiasa dibangunkan bagi memenuhi rujukan

warga UMT. Secara keseluruhan jumlah koleksi telah meningkat sebanyak 11,144 naskhah/unit

dengan peratusan (5.8 %) dengan jumlah keseluruhan 200,731 naskhah/unit dan telah mencatatkan

aktiviti pinjaman serta muat turun sebanyak 828,874 naskhah/unit. Peningkatan jumlah koleksi ini

memberi manfaat kepada pelajar dalam menggunakan koleksi rujukan yang berkualiti.

Ringkasan keseluruhan koleksi adalah seperti berikut:

Bil Sumber Jumlah Naskhah/Unit Jumlah Dipinjam/Dimuaturun

1. Sumber Bercetak 125,329 16,342

2. Sumber Tidak Bercetak 11,814 155

3. Sumber Dalam Talian 63,588 816,285**

Jumlah Koleksi 200,731 828,874

** Data termasuk e-jurnal dan e-book

Pecahan Koleksi Mengikut Niche Area UMT adalah seperti berikut:

Bil Bidang Fokus UMT Jumlah (Naskah) Peratus (%)

1. Sains Sosial 44,935 35

2. Sains & Teknologi 44,732 34.80

3. Kelautan/Maritim 3,074 3

4. Perikanan & Akuakultur 9,006 7

Berikut adalah pecahan koleksi dan bilangan dipinjam secara terperinci;

1. Sumber Bercetak

Sumber/Tahun

Bilangan Koleksi

Bilangan Dipinjam

Judul Naskhah Naskhah

2019 2018 2019 2018 2019 2018

Buku 95,671 85,881 112,684 101,579 16,342 13,912

Jurnal 1,825 2,226 5,970 6,802 - -

Jumlah

Keseluruhan

97,496 88,107 118,654 108,381 16,342 13,912

232


2. Sumber Tidak Bercetak

Sumber/Tahun

Judul

Bilangan Koleksi

Naskhah/Unit

Bilangan

Dipinjam

(Naskhah/Unit)

2019 2018 2019 2018 2019 2018

Laporan Projek Elektronik 4,829 5,127 4,829 5,127 - -

Tesis Elektronik 1,720 1023 1,720 1,023 - -

Carta 16 16 19 16 0 0

CD ROM 6,704 6,014 8,063 7,300 114 287

Digital Audio Tape 2 2 2 2 0 0

Digital Video Tape – DVD 1,226 1,114 1,630 1,515 41 10

Video Compact Disc 673 673 839 839 0 0

Disket 15 15 18 18 0 0

Fotograf 8 8 13 13 0 0

Kaset 80 80 160 160 0 0

Kit 4 4 27 27 0 0

Peta 17 12 57 43 0 0

Poster 26 24 107 104 0 0

Slaid 2 2 2 2 0 0

Video 921 921 1,072 1,072 0 0

Jumlah Keseluruhan 16,243 15,035 16,243 17,261 155 297

3. Sumber Dalam Talian

Bilangan Koleksi

Bilangan Dimuaturun

Sumber/Tahun

Judul

Naskhah/Unit

Naskhah/Unit

2019 2018 2019 2018 2019 2018

Jurnal Elektronik 23 24 23 24 - -

Pangkalan Data 16 15 16 15 637,941 737,159

E-Book 63,588 63,906 63,588 63,906 178,344 97,638

Jumlah Keseluruhan 63,627 63,945 63,627 63,945 816,285 834,797

Perkhidmatan

dan Fasiliti

233


Koleksi Digital Perpustakaan

Koleksi digital merupakan sebahagian daripada bahan yang boleh digunakan oleh pengguna PSNZ

sebagai pilihan selain bahan bercetak. Bahan digital ini sentiasa diperkasa bilangannya melalui kaedah

langganan dan pengimbasan bahan dalaman UMT. Sehingga tahun 2019, sebanyak 19 platform

pangkalan data dilanggan oleh PSNZ dan KPM serta 21 platform e-book dilanggan oleh UMT.

Judul terperinci pangkalan data langganan.

Pangkalan Data Langganan

E-Book Langganan

KPT UMT UMT

Academic Search Premier Science Direct Springer

Scopus SpringerLink Sc Direct

Proquest

• JSTOR

• Wiley Online Library

• Emerald Premier Collection

• American Chemical Society

• Taylor and Francis

• Lawnet

• ACM Digital Library

• Clarksons Shipping Intelligence

• OECD ILibrary

• CABI Compedium

• SciFinder

• Web of Science (WoS)

• InCites

• Wiley

• Emerald

• Taylor

• CRC

• IOS

• Astral

• Bentham

• Cambridge

• Ebsco

• Elgar

• GVRL

• InfoSci

• McGraw

• Oxford

• Proquest

• RSC

• Wageningen

• World Scientific

• Walter De Gruyter

Pengkalan Data

Langganan KPM

Pengkalan Data

Langganan UMT

e-book UMT

3 16 21

234


Perkhidmatan

dan Fasiliti

235


Pemerkasaan Repositori Digital Institusi

PSNZ telah melaksanakan kerja-kerja pengimbasan bahan bagi menyokong pengukuhan Repositori

Digital Institusi. Berikut adalah perincian bahan-bahan yang telah diimbas:

Bil Jenis Bahan Jumlah Bahan Diimbas/ Naskah

1 Tesis 1,334

2 Laporan Projek 5,165

3 Koleksi Arkib 1,400

4 Penerbitan UMT 2,031

5 Kertas Soalan Peperiksaan 4,143

6 Koleksi PSNZ 216

7 Koleksi Gambar 279

8 e-Book 1,020

9 Bahan Perikanan 54

10 Minit Mesyuarat 672

11 Laporan Tahunan UMT 11

12 Koleksi UMTAS 1

JUMLAH 16,326

Penggunaan Smart Learning Space dalam Pembelajaran Secara Aktif

Smart Learning Space merupakan ruang khusus di dalam perpustakaan yang dilengkapi televisyen

pintar, papan putih dan capaian akses internet berkelajuan tinggi. Ruang ini memberi manfaat kepada

pelajar dalam membantu aktiviti pembelajaran secara berkumpulan dan ia adalah sebahagian

komponen dalam merealisasikan persekitaran pembelajaran berkonsepkan I.R 4.0. Sepanjang 2019,

seramai 1,889 orang pelajar telah menggunakan ruang ini.

236


Capaian Perkhidmatan Melalui

Platform Digital dan Kunjungan

Fizikal

Pengguna PSNZ boleh menggunakan

perpustakaan secara dalam talian atau

mendapatkan maklumat mengenai perkhidmatan

yang terkini dengan mengunjungi perpustakaan.

Sehingga kini, pengguna telah menggunakan

perkhidmatan melalui pelbagai platform sama

ada digital atau secara fizikal dan berikut adalah

butiran perkhidmatan yang telah direkodkan:

Tempahan Bahan

Melalui Portal

(12)

Penggunaan Dalaman

(Koleksi Tertutup)

(1,022)

Pengunjung Maya

(69,230)

Pembaharuan

pinjaman

(16,342)

Pengunjung Fizikal

(303,900)

Capaian Akses

Media Sosial

(7,913)

Aktiviti Bersama Perpustakaan

Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah telah melaksanakan pelbagai aktiviti selaras dengan aspirasi yang

telah ditetapkan pihak kementerian dan pelanggan. Aktiviti-aktiviti yang telah dianjurkan membantu

dalam mengukuhkan hubungan strategik bersama pihak berkepentingan sama ada tempatan dan

antarabangsa. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut:

Bil Aktiviti Keterangan Program Tarikh Program

1. Kelas Pendidikan

Pelanggan

Pelaksanaan 23 slot kelas

pendidikan pelanggan bagi

membantu pengguna PSNZ

menggunakan perkhidmatan PSNZ,

carian bahan elektronik/bercetak

dengan berkesan.

2. PSNZ Open Days Merupakan aktiviti tahunan

Perpustakaan yang dilaksanakan

bagi meraikan sambutan Bulan

Membaca peringkat kebangsaan.

3. Minggu Bersama

Perpustakaan

MBP merupakan satu program

taklimat kepada pelajar baharu.

Kategori Peserta /

Jumlah Penglibatan

Jan – Dis 2019 Staf dan Pelajar/ 678

orang

16-16 Oktober

2019

Jun, Sept, Nov

2019

Staf, Pelajar, Agensi

Swasta-Kerajaan

dan Komuniti/ 23,577

orang

Pelajar/ 1,927 orang

Perkhidmatan

dan Fasiliti

237


4. Jom Baca@PSNZ Jom Baca Bersama untuk 10

Minit (LET’S READ TOGETHER) di

adakan pada setiap bulan April dan

bertujuan sebagai kempen galakan

membaca selama 10 minit untuk

warga kampus.

23 April 2019 Staf dan Pelajar /128

orang

5. Program Read@

UNI UMT

6. Mesyuarat

Lembaga

Penasihat ASFA

Sebanyak 20 program galakan

membaca peringkat universiti telah

diadakan sepanjang tahun 2019.

Membincangkan strategi dan polisi

mengenai ASFA serta berkongsi

pengalaman negara anggota

mengenai tugasan pengindeksan

bahan bibliografi.

Jan-Dis 2019 Staf dan Pelajar /

5,098 orang

22-26 Sept 2019 Delegasi Luar Negara

/ 32 orang

Program “Read On” bersempena Read@UNI bersama Maya Karin dan

Laksamana Muda (B) Dato Pahlawan Mohd Rasip Hassan

Read@UNI dengan slogan “With Knowledge We Lead” adalah salah satu fokus Kementerian

Pendidikan Malaysia dalam memperkasa aktiviti membaca dalam kalangan masyarakat. Kempen

ini telah dilancarkan pada 29 November 2018 oleh Menteri Pendidikan Malaysia, Dr. Maszlee Malek.

Agenda ini juga menyokong hala tuju negara dalam mencapai “Menuju Negara Membaca 2030”.

Di peringkat UA, UMT telah melaksanakan pelbagai aktiviti galakan membaca seperti Bedah

Buku, Pembangunan Sudut Membaca, Minggu Membaca dan pelbagai lagi aktiviti melibatkan pelajar

dan pensyarah. Aktiviti-aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan penyertaan pelajar dan pensyarah

sekaligus menjana pemikiran dan pengetahuan kelas pertama.

Aktiviti-aktiviti bicara ilmiah ini akan terus diperhebat dengan melibatkan lebih ramai lagi tokoh

dan selebriti yang sedia berkongsi pengalaman dan pengetahuan mereka bagi menyuburkan lagi minat

membaca dalam warga UMT.

238


Perkhidmatan

dan Fasiliti

239


Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah, UMT Hoskan Mesyuarat Lembaga

Penasihat Aquatic Sciences Fisheries Abstract dan Seminar “Grey Literature

Enabling Grey Literature Discovery Benefits Aquatic Sciences, Fisheries and

Aquaculture Research”

Aquatic Sciences and Fisheries Abstracts (ASFA) merupakan kerjasama yang melibatkan hampir

60 buah negara dalam menyediakan akses sumber rujukan kelautan, sains dan perikanan melalui

platform pangkalan data ASFA. Kerjasama ini membolehkan setiap anggota terlibat berkongsi

akses maklumat terindeks berhubung subjek sains dan kelautan yang memberi manfaat kepada

institusi bagi kecemerlangan penyelidikan yang setakat ini telah menghimpunkan sebanyak 2.5 juta

rekod abstrak. Platform ini juga penting dalam meningkatkan lagi keterlihatan institusi di peringkat

global. Mesyuarat yang diadakan pada 22 hingga 26 September 2019 di UMT ini telah dirasmikan

oleh Naib Canselor UMT. Mesyuarat ini bertujuan membincangkan secara menyeluruh strategi,

polisi, pembangunan sistem, dan pelan tindakan dalam menambah baik perkhidmatan serta kualiti

maklumat kepada pengguna ASFA.

Seramai 32 orang peserta dari serata benua telah hadir ke Mesyuarat Lembaga yang terdiri

daripada pensyarah, penyelidik, pengurus maklumat dan pustakawan. Mesyuarat ini diselia oleh

empat orang wakil ASFA, Food and Agriculture Organization, United Nation.

UMT dan Sekretariat ASFA juga telah melaksanakan dengan jayanya program Seminar “Grey

Literature Enabling Grey Literature Discovery Benefits Aquatic Sciences, Fisheries and Aquaculture

Research”. Program ini bertujuan untuk berkongsi dapatan maklumat bagi memperkasakan sumber

maklumat nadir dalam bidang sains dan kelautan. Seramai enam orang peserta telah membentangkan

hasil kajian dalam seminar ini yang disertai oleh pelajar, pensyarah, SEAFDEC, WorldFish Malaysia

dan Aquaculture Association.

240


Perkhidmatan

dan Fasiliti

241


EKOSISTEM DIGITAL

UMT sentiasa memberi penekanan kepada kecekapan, produktiviti dan inovasi dalam teknologi digital

bagi tujuan mengoptimumkan penyampaian perkhidmatan kepada warga universiti dan selari dengan

tuntutan IR4.0.

Sehubungan dengan itu, pada tahun 2019 UMT telah memantapkan tadbir urus dengan Pembentukan

Ekosistem Digital UMT menerusi himpunan semua aspek ICT, data raya dan pembangunan digital

di bawah satu organisasi yang memiliki kekuatan dan potensi untuk memacu perkembangan dan

kecemerlangan.

Kepimpinan di Ekosistem Digital UMT diperkasa dengan memperkenalkan jawatan Ketua Pegawai

Maklumat (CIO) berstatus Pegawai Utama Universiti yang berperanan sebagai ketua dan malim

kepada pusat-pusat tanggungjawab yang menjalankan fungsi berkaitan ICT, pengurusan Big Data

dan Pembelajaran Digital. Penubuhan Ekosistem Digital UMT ini menghimpunkan Pusat Pengurusan

Pengetahuan dan Teknologi Komunikasi serta Pusat Data dan Pembangunan Digital.

Berikut adalah senarai projek Ekosistem Digital UMT sepanjang tahun 2019.

Pembangunan Infrastruktur ICT

UMT telah melaksanakan penaiktarafan dan penyenggaraan peralatan untuk menyokong keperluan

warga universiti seperti yang dinyatakan iaitu:

Penaiktarafan dan Penyenggaraan Infrastruktur Rangkaian UMT Fasa 1

Menaik taraf infrastruktur fizikal rangkaian UMT melibatkan Access Switch 24 dan 48 Port, Wireless

Access Point (Normal Indoor), Gigabit Interface Connector (GBIC) berjenis Single Mode dan Multi

Mode, Nod UTP dan Network Telecommunication Closet melibatkan Zon Pentadbiran dan Zon Kolej

Kediaman Pelajar.

Impak utama pelaksanaan adalah membolehkan proses transmisi data ditingkatkan sehingga

kepada 1000Mbps per saat di samping mengurangkan risiko gangguan perkhidmatan yang

disebabkan oleh faktor perkakasan lama.

242


Pembekalan Baharu Peralatan Rangkaian

UMT melaksanakan proses pembekalan baharu peralatan rangkaian melibatkan:

Lokasi ‣ Zon Akademik

Peralatan rangkaian

baharu

‣ Access Switch – Gigabit Technology

‣ Wireless Access Point – High Density

Pelaksanaan ini adalah untuk menggantikan keseluruhan perkakasan dan peralatan rangkaian

secara berperingkat di samping memastikan pengguna dalaman UMT menerima perkhidmatan tanpa

gangguan dengan teknologi dan kapasiti teknologi Gigabit dan High Density.

Diagram Logikal Rangkaian UMT

Perkhidmatan

dan Fasiliti

243


Penaiktarafan Peralatan Komputer di Makmal Kompetensi UMT

Makmal Kompetensi ini sangat aktif digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran serta

program USR UMT. Sehubungan dengan itu, UMT telah menaiktaraf kebolehgunaan komponen

dalaman bagi 25 unit komputer di Makmal Kompetensi bagi membolehkan seluruh warga terutamanya

pelajar dan pensyarah menikmati kualiti penggunaan komputer yang lebih berkesan dari aspek

pemprosesan dan kelajuan capaian data.

244


Pembangunan Sistem Aplikasi

Sepanjang tahun 2019, pelbagai pembangunan aplikasi baharu dan penyelenggaraan ke atas modulmodul

sistem telah dijalankan selaras dengan kehendak dan keperluan pengguna dalam usaha

meningkatkan kualiti perkhidmatan di universiti.

Senarai 16 buah pembangunan sistem dan modul aplikasi baharu bagi tahun 2019

e-Travel

ezAir

Sistem

permohonan

Jawatan

Dalam Talian

(Job Online)

QR Attendance

e-TEP

UMT Apps

Fasa 1

Modul

Pengisytiharan

Harta

iRaise

Modul Fasiliti

PPPTK

Sistem

Pengurusan

Kontrak

Perolehan

Sistem

Pengurusan

Stor

e-Voting UMT

Sistem

e-Resume

Integrasi

ePrestasi

dan eProfile

Akademik

Sistem

Mobiliti Bakat

Universiti

Payment

Tracking

Perkhidmatan

dan Fasiliti

245


Senarai pembangunan sistem dan modul ditambahbaik bagi tahun 2019

Sistem e-Profil

Akademik

Mytime ePrestasi eLatihan

Modul Klinik

Panel

Integrasi

SAGA, Sistem

Maklumat Aset

& Kewangan

Pelajar

Sistem

Pengurusan

Aset

MyMedic

(Tambahan

Modul Locum)

i-CGPA

Modul

Pengurusan

Kolej Kediaman

Modul

Permohonan

Asrama

Modul

Penempatan

Luar

Modul

Pengecualian

Kursus Online

Sistem

Penjadualan

Waktu Kuliah

Sistem

Penjadualan

Waktu

Peperiksaan

eKonferensi

Sistem e-RMS eKonvo Custcare PPH ezSNAP

Kesemua sistem /modul baharu telah mendapat kelulusan Jawatankuasa Pembangunan Sistem

Aplikasi UMT.

246


UMT Menggunakan Sistem E-mel Google

Proses penyampian maklumat di UMT telah ditingkatkan dengan penggunaan Sistem E-mel Google.

Berikut adalah justifikasi penggunaan e-mel Google:

a) G-Suite for Education adalah produk Google yang ditawarkan secara percuma kepada semua

universiti, kolej dan sekolah. Tiada kos yang perlu ditanggung oleh universiti bagi perkhidmatan

ini.

b) G-Suite menyediakan kapasiti storan tanpa had untuk setiap akaun dan ini akan menjimatkan

ruang storan universiti.

c) Warga boleh menggunakan emel melalui Gmail yang boleh dicapai sepanjang masa. Akaun e-mel

yang disediakan boleh diakses melalui komputer atau telefon pintar kerana ia menyokong aplikasi

mudah alih di samping saiz lampiran emel boleh mencapai sehingga 50 MB.

d) Kos peralatan dan penyelenggaraan ICT universiti akan berkurang. Universiti dapat menjimatkan

kos yang melibatkan lesen perisian yang digunakan untuk aplikasi pengurusan e-mel seperti

spam filter.

Perkhidmatan

dan Fasiliti

247


Perisian Reboot Restore RX Pro dan NetSupport School untuk Makmal

Pengajaran dan Pembelajaran UMT

UMT telah melaksanakan proses pemasangan perisian Reboot Restore RX Pro dan NetSupport

School kepada setiap komputer di makmal-makmal pengajaran dan pembelajaran UMT. Pelaksanaan

ini telah membantu pengurusan teknikal makmal-makmal tersebut agar lebih cekap dan selamat.

Perkhidmatan Infrastruktur Awan (Cloud Infrastructure)

UMT telah menaik taraf infrastruktur Pusat Data dan mempunyai keupayaan untuk menawarkan

infrastruktur awan kepada warga UMT khususnya kepada penyelidik.

Infrastruktur awan (Cloud Infrastructure) merupakan salah satu perkhidmatan yang ada di dalam

pengkomputeran awan. Infrastruktur awan merujuk kepada komponen perkakasan dan perisian

seperti pelayan, penyimpanan, perisian rangkaian dan virtualisasi yang diperlukan untuk menyokong

keperluan pengkomputeran model pengkomputeran awan.

Pengkomputeran awan (cloud computing) adalah satu perkhidmatan untuk menyimpan dan

mencapai data dan aplikasi dengan menggunakan Internet selain daripada komputer pengguna.

Pengguna boleh mencapai data-data tersebut dengan menggunakan mana-mana komputer atau

peranti mudah alih. Kelajuan pemprosesan pelayan adalah jauh lebih laju daripada komputer biasa.

Untuk menggunakan pengkomputeran awan, pengguna boleh memohon pelayan dengan

bilangan core CPU, saiz memori dan storan yang diperlukan. PPPTK akan menyediakan pelayan maya

(virtual server) sebagaimana yang dinyatakan untuk satu tempoh tertentu. Penyelidik yang berminat

untuk menggunakan infrastruktur awan ini perlu menyatakan spesifikasi yang dikehendaki dan akan

diberikan berdasarkan had sumber yang ada. Sekiranya penyelidik telah siap tugasan, infrastruktur

tersebut akan ditarik balik dan dikosongkan bagi memberi peluang kepada pengguna lain.

Kategori

CPU

Memori

Storan

Kuantiti

10 Core

160 GB

5 TB

Peruntukan infrastruktur awan

248


UMT Sebagai Agensi Semakan UPU Online

UMT telah dilantik sebagai salah satu agensi untuk semakan keputusan UPU Online bagi kemasukan

ke Universiti Awam (UA) dan Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA bagi lepasan SPM dan STPM / Setaraf

selain dari Universiti Teknoligi Malaysia (UTM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Malaysia

Sarawak (UNIMAS) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS). Sistem ini dibangunkan secara dalaman

dan telah dibuka untuk capaian oleh umum pada Kemasukan UPU bulan Mei dan September 2019.

Kemudahan capaian ini secara tidak langsung memberi impak yang baik dengan meletakkan UMT

sebagai lokasi capaian yang stabil dan mempunyai infrastruktur yang mantap.

Perkhidmatan

dan Fasiliti

249


ESTUARY Platform ‘UMT Open Distance Learning’

Hampir kesemua UA telah menyediakan medium pembelajaran jarak jauh berkualiti dan setanding

dengan program lain di peringkat global. UMT tidak terkecuali dalam menyediakan kemudahan

tersebut yang dikenali sebagai ESTUARY. Konsep ini mengambil kira capaian pembelajaran boleh

dilakukan secara dalam talian walau di mana sahaja pelajar berada. Proses pembelajaran dilakukan

dalam konteks yang mudah dan bersistematik tanpa mengabaikan kualiti pembelajaran yang akan

disampaikan. Paparan ESTUARY boleh dicapai pada link https://epembelajaran.umt.edu.my/estuary/.

250


KESIMPULAN

UMT sentiasa komited dalam menyediakan kemudahan dan fasiliti terbaik bagi memastikan warga

UMT khususnya para pelajar dapat menjalani kehidupan dan proses pembelajaran di kampus

dengan sempurna. Pembangunan infrastruktur fizikal dan teknologi komunikasi adalah selari dengan

perkembangan dan keperluan semasa di UMT. Kewujuduan Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah

pula menyediakan bahan-bahan yang menjadi rujukan dan sumber ilmu kepada para pelajar. Tidak

ketinggalan, perkhidmatan kesihatan yang disediakan oleh UMT juga adalah yang terbaik dan serba

lengkap bagi memastikan kesejahteraan warganya.

RM82,212,000

Kelulusan peruntukan pembangunan RMK11

7

Program utama khidmat kesihatan untuk

warga

828,874

Koleksi rujukan Perpustakaan Sultanah Nur

Zahirah (PSNZ)

16

Sistem dan modul aplikasi baharu

dibangunkan

Perkhidmatan

dan Fasiliti

251


252


Pemantapan

Citra

253



Seiring dengan Revolusi Industri 4.0, UMT mengambil

langkah dengan mengintegrasikan perkembangan

teknologi informasi dan komunikasi (ICT) dalam

memperkasakan citra UMT di peringkat global dengan

pelbagai kecemerlangan dan pencapaian sepanjang tahun

2019 sebagai sebuah universiti berfokus marin terunggul.

PENGIKTIRAFAN DALAM

PENARAFAN ANTARABANGSA

Tahun 2019 telah menyaksikan pencapaian UMT yang

memberangsangkan dalam pelbagai penarafan peringkat

kebangsaan serta antarabangsa.

Dalam QS Asian University Ranking, UMT berada pada

kedudukan ke-243 universiti terbaik Asia berbanding 291-

300 pada tahun sebelumnya. Lonjakan 48 anak tangga

ini memberikan impak positif kepada warga untuk terus

berusaha cemerlang bagi menempatkan UMT dalam

kelompok 150 universiti terbaik Asia menjelang tahun

2021.

Dalam Universitas Indonesia (UI) Greenmetric World

University Ranking on Sustainability, UMT telah berada

di kedudukan ke-403 peringkat dunia dan di tangga ke-

15 dalam Malaysia. Penarafan ini merupakan penanda

aras dalam mengukur inisiatif ke arah kampus lestari

sepertimana digariskan dalam Blueprint Kampus Lestari

UMT.

Dalam penarafan Web of Universities (Webometrics)

pula, UMT berada pada kedudukan tangga ke-2,416 di

dunia dan tangga ke-20 dalam Malaysia.

UMT turut memperoleh penarafan 5 bintang bagi

Malaysia Research Assesment (MyRA). MyRA merupakan

satu instrumen mengukur pencapaian universiti di Malaysia

dalam Research, Development, Commercialization and

Innovation (R&D&C&I) yang diperkenalkan oleh KPM.

Pemantapan

Citra

255


MEDIA DAN PUBLISITI

Tahun 2019 memperlihatkan publisiti dan keterlihatan UMT di media massa dan media cetak di tahap

paling optimum. UMT memanfaatkan kewujudan pelbagai platform media dalam mempromosikan

citra UMT bagi menghebahkan pelbagai hasil penulisan, pencapaian dan pelbagai lagi. Setakat 31

Disember 2019, UMT mempunyai jumlah pengikut berdasarkan aplikasi media sosial seperti di bawah:

Facebook Official UMT

201,317 Likers

Facebook Media Kreatif UMT

19,283 Likers

Facebook TV UMT

5,136 Likers

Instagram Official UMT

14,600 Followers

Twitter Official UMT

3,379 Followers

Youtube Official UMT

1,980 Subscriber

MOOC UMT

302 pelajar atas talian

Statistik Platform Rasmi UMT

Platform dalam talian rasmi UMT terbukti menjadi saluran terpantas dalam memperoleh maklumat

berkenaan aktiviti semasa mahupun penyaluran maklumat rasmi UMT.

UMT juga kekal berada dalam kelompok lima teratas bagi pengikut tertinggi laman Facebook

rasmi antara 20 Universiti Awam di Malaysia dengan jumlah pengikut seramai 201,280 orang.

Saluran hebahan maklumat konvensional tetap menjadi tumpuan dan tidak dipinggirkan.

Menggunakan pelbagai sumber dan jaringan kerjasama, medium media cetak dan elektronik

256


digunakan dalam menyebarluaskan lagi citra UMT. Pencapaian UMT khususnya sumbangan dalam

bidang pendidikan tinggi negara dihebahkan kepada pengamal media, seterusnya kepada komuniti

tempatan, kebangsaan dan antarabangsa.

Statistik Jumlah Liputan Media mengikut Akhbar

197

Sinar Harian

159

Utusan

Malaysia

117

Berita Harian

110

Bernama

71

Harian Metro

55

Kosmo

65

New Straits

Times

10

New Sabah

Times

16

New Sarawak

Tribune

17

New Sun

Daily

3

MStar

11

Borneo Post

47

The Star

32

TV1

5

TV2

15

TV3

9

TV9

5

NTV7

2

8TV

7

TV Alhijrah

15

Astro Awani

16

Bernama

Channel

News

10

China Press

5

Nanyang Sian

Pau

13

Sin Chew

Daily

2

Tamil Nesan

14

Daily Express

118 1,258

Lain-lain Jumlah

Pemantapan

Citra

257


Nilaian berita (Public Relation Value) bagi setiap berita UMT yang diterbitkan turut

didokumentasikan dalam mengukur impak berita. Tahun 2019 merekodkan nilaian impak berita

sebanyak RM15,292,427.52 dengan 1,258 liputan media cetak dan elektronik.

Statistik Bilangan Liputan Media Cetak dan Elektronik

BIL. LIPUTAN 2018 PR VALUE 2018

(RM)

BIL. LIPUTAN 2019 ASR VALUE 2019

(RM)

872 35,100,173.32 1,258 15,292,427.52

Pencapaian liputan media ini merupakan impak daripada pelaksanaan aktiviti pengajaran,

pembelajaran, penyelidikan, aktiviti pemindahan ilmu serta kegiatan pelajar.

Dalam menghargai jaringan kerjasama erat antara UMT dan pengamal media, UMT melalui Pusat

Komunikasi Korporat (PKK) menganjurkan Majlis Anugerah Media 2019 dan menerusi Anugerah

Gerbang Pena, sebanyak 42 anugerah telah dipertandingkan bagi menghargai kreativiti dan hasil

karya para pengamal media dan sumbangan warga UMT.

Pelbagai aktiviti luar turut dijalankan dengan penglibatan bersama para pengamal media

daripada pelbagai saluran dalam mengetengahkan keunikan, hasil penyelidikan, kejayaan serta

sumbangan UMT kepada umum. Pengamal media tempatan telah dilibatkan dalam pelbagai program

seperti program Penghayatan Warisan Media UMT di Stesen Penyelidikan Alami Tasik Kenyir dan

Stesen Penyelidikan Alami Pulau Bidong, program selaman skuba Merdeka Dive, program Ekspedisi

Pelayaran Saintifik UMT: Menelusuri LIMA ’19: UMT Meniti Setiakawan Komuniti, dan lain-lain lagi.

Pemerkasaan medium laman sesawang rasmi UMT terus dilaksanakan bagi memantapkan citra

UMT di peringkat nasional dan global. Bermula tahun 2002 sehingga 2019, sejumlah 10,254,597

pelawat laman sesawang dicatatkan dan pelawat tertinggi adalah dari Malaysia, Amerika Syarikat

dan Indonesia.

Statistik Pelawat Laman Web Rasmi UMT

BIL PELAWAT 2018 BIL PELAWAT 2019

307,351 10,254,597

258


PROMOSI DAN PAMERAN

UMT menerima kehadiran pelawat daripada pelbagai lapisan masyarakat, institusi pendidikan serta

agensi-agensi luar sama ada dari dalam mahupun luar negara. Sepanjang tahun 2019, UMT telah

menerima kehadiran seramai 220,893 orang pelawat secara keseluruhan.

Galeri Penyelidikan Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS) juga mencatatkan sejumlah 2,726

pelawat sejajar dengan penganjuran pameran berfokus dari semasa ke semasa.

Statistik Bilangan Lawatan dan Pelawat dari Agensi dan Sekolah ke UMT

Program

Bil. Pengunjung

2018 2019

Penyertaan Pameran dalam Negara 1,014,050 214,150

Program Lawatan Agensi Luar ke UMT 649 1,447

Program UMT Jelajah ke Sekolah 2,100 2,570

Pelawat Galeri Penyelidikan UMT 4,216 2,726

JUMLAH 1,021,015 220,893

PEMETERAIAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN DAN

MEMORANDUM PERJANJIAN

Pengukuhan jalinan kolaborasi UMT dengan pelbagai agensi serta institusi dari dalam dan luar

negara terus diperkasa sepanjang tahun 2019 untuk membina rangkaian strategik dalam pelbagai

bidang. Kesungguhan agensi serta institusi luar dan kecenderungan UMT membina perhubungan

dan kesepakatan ini telah diterjemahkan melalui ikatan Memorandum Persefahaman (MoU) dan

Memorandum Perjanjian (MoA). Pelbagai usaha sama telah dan akan dilakukan yang meliputi

kerjasama aktiviti akademik, penyelidikan, pengajaran, kepakaran ilmiah, kemudahan, jalinan dan

jaringan penyelidikan serta inovasi.

Pada 2019, UMT telah menandatangani 15 MoU/MoA dari luar negara dan 9 MoU/MoA dari dalam

negara dengan pelbagai agensi dalam pelbagai bidang.

Pemantapan

Citra

259


Senarai Mou/MoA Luar Negara

Industri / Institusi

National Institute of Technology, Sendai College, Japan

Ocean University of China

Chiang Mai University

Bogor Agricultural University

Universitas Syiah Kuala, Indonesia

Dongguk University Gyeongju, Korea

Busan Techno Park Policy Planning Agency, Korea

Henan Agricultural University, China - RCA

National Oceanography Centre, A Component Institute of

UK Research and Innovation (UKRI)

RCA-Institute of Geochemistry, Chinese Academy of

Science

Lembaga Pengembangan Pendidikan Nusa Tengagara

Barat (LPP NTB)

Samwoo, Komeri and Busan Techno Park, Korea

Korea Marine Equipment Research Institute

Tokat Gaziosmanpasa University

International Seakeepers Society, Asia, Singapore

PTj

Pusat Pengajian Sains Asas

Institut Bioteknologi Marin

Fakulti Perikanan dan Sains Makanan

Fakulti Perikanan dan Sains Makanan

Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan

Sosial

Pusat Pengajian Perniagaan dan Pengurusan

Maritim

Fakulti Pengajian Maritim

Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan

Informatik

Institut Oseanografi dan Sekitaran

Institut Oseanografi dan Sekitaran

Pusat Pengurusan Akademik dan Kualiti

Pusat Kecemerlangan Industri Maritim

Pusat Kecemerlangan Industri Maritim

Pusat Antarabangsa

Pusat Pengajian Sains Marin dan Sekitaran

Senarai Mou/MoA Dalam Negara

Industri / Institusi

Malaysian Meteorological Department

International Green Training Centre Sdn. Bhd.

Repsol Oil & Gas Malaysia Limited

RHB Islamic Bank Berhad

RA Petronas Research Sdn. Bhd.

Yayasan Bank Rakyat

Berjaya Hotels & Resorts

Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. (Collaboration

Agreement)

Research Collaboration Agreement between UMT,

UNITEN, UTM and IIUM

PTj

Institut Oseanografi dan Sekitaran

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan

Alumni

Pusat Pengajian Sains Marin dan Sekitaran

Pusat Pengajian Sains Marin dan Sekitaran

Institut Oseanografi dan Sekitaran

Pusat Pengajian Sains Marin dan Sekitaran

Institut Oseanografi dan Sekitaran

Pusat Kecemerlangan Industri Maritim

Pusat Pemindahan Ilmu dan Jaringan Industri

260


AKTIVITI PEMANTAPAN CITRA

Sambutan WOW 2019

Hari Lautan Sedunia telah diiktiraf oleh United Nation (UNESCO) yang disambut secara global pada

8 Jun setiap tahun. Sebagai universiti yang menjadikan “Ilmu Kelautan dan Sumber Akuatik” sebagai

bidang tujahan serta menyokong usaha-usaha memelihara lautan, sambutan World Ocean Weeks

2019 telah direncanakan dengan pelbagai pengisian seperti:

• Save Sea Turtle (Marine Awareness Program in Laguna Redang)

• Program Kesedaran, Pemuliharaan dan Pendidikan Ekosistem Paya Bakau di SMK Saujana, Setiu,

Terengganu

• Kursus Kepemimpinan Sains Marin & Alam Sekitar SBP 2019

• Pertandingan Akhir Choral Speaking 2019 Peringkat Kebangsaan Bertemakan “Ocean Priorities”

• Majlis Menandatangani Dokumen Perjanjian Persefahaman (MOU) Bagi Program Ocean Hope

Antara UMT dan RHB Islamic Bank

• INOS – Care2Share@SEATRU

• Program Penglibatan Komuniti Setempat Bagi Penanaman Semula Pokok Bakau dan Pendidikan

Ekosistem Bakau di Tanah Bencah Setiu

• Jom Layan Angin Pantai Wow2019 (Sempena World Oceans Week 2019)

Menelusuri LIMA’19 : UMT Meniti Setiakawan Komuniti

Dalam menelusuri pelayaran ke LIMA ’19, UMT telah mengambil kesempatan untuk turut sama

melaksanakan program bersama masyarakat setempat di Gelang Patah, Johor Darul Takzim. Program

ini diadakan pada 16 Mac 2019 di Dewan Jabatan Laut Wilayah Selatan, Gelang Patah, Johor. Program

ini diadakan bertujuan untuk mempromosi UMT kepada orang awam, komuniti setempat dan para

pelajar Sekolah Rendah serta Sekolah Menengah untuk mengenali UMT dengan lebih dekat.

Sempena program komuniti yang diadakan ini, Kapal RV Discovery UMT turut berlabuh di Pelabuhan

Jabatan Laut Wilayah Selatan selama satu hari bagi tujuan promosi kepada komuniti dan para pelajar

sekolah yang berhampiran supaya merasai sendiri pengalaman berada di atas Kapal RV Discovey

tersebut. Kapal RV Discovery turut mengadakan pameran berkaitan peralatan-peralatan penyelidikan

saintifik dan pameran-pameran lain bagi menarik pengunjung untuk memeriahkan lagi program yang

dianjurkan oleh UMT. Selain pameran, turut diadakan Programme/Career Talk yang disampaikan oleh

Dr. Rohani binti Shahrudin, Pensyarah UMT yang melibatkan sembilan buah sekolah di sekitar Gelang

Patah, Johor.

Pemantapan

Citra

261


Senarai Sekolah Terlibat Dalam Program Menelusuri LIMA’19: UMT Meniti Setiakawan Komuniti

Bil. Nama Sekolah Bil. Pelajar Bil. Guru Pengiring

1. Maktab Rendah Sains Mara Johor Bahru 40 orang 2 orang

2. Maktab Rendah Sains Mara Tun Dr. Ismail 40 orang 2 orang

3. Sekolah Menengah Sains Johor 40 orang 2 orang

4. Sekolah Tun Fatimah - 1 orang

5. SMK Gelang Patah 40 orang 2 orang

6. SMK Kompleks Sultan Abu Bakar 40 orang 2 orang

7. SMK Taman Nusajaya 40 orang 2 orang

8. SMK Tanjung Adang 40 orang 2 orang

9. SK Simpang Renggam 40 orang 4 orang

262


Program Bidong Merdeka Dive 2019 (BMD’19)

Bidong Merdeka Dive 2019 (BMD’19) pada tahun ini mempromosikan pemuliharaan alam sekitar

kawasan Pulau Bidong dengan tema ‘Dive for Debris’ telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor

(Penyelidikan dan Inovasi) UMT, Prof. Dr. Mazlan Abd. Gaffar serta pelancaran ‘Visit Malaysia 2020’

dengan kerjasama Pejabat Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Terengganu yang dilancarkan

oleh Pengarah MOTAC. Penganjuran BMD’19 pada kali ini turut dimeriahkan dengan kehadiran

Karyawan Tamu UMT iaitu selebriti Fauziah Latif yang bersama-sama memberi kerjasama menyemai

semangat memulihara alam sekitar kepada para peserta melalui aktiviti-aktiviti yang telah dirancang

terutama menjaga persekitaran marin bagi menjamin kelestarian alam persekitaran kita.

Antara pengisian program ini adalah melibatkan aktiviti gotong-royong pembersihan kawasan

dasar laut iaitu Underwater Clean Up yang melibatkan beberapa Dive Site area Pulau Bidong termasuk

meletakkan arca rekreasi di Bawah Air Depan Stesen Penyelidikan Alami Marin Pulau Bidong yang

mana arca ini telah ditaja oleh MOTAC.

Program yang berlangsung selama empat hari tiga malam ini mengumpulkan pelbagai aktiviti.

Penyertaan program BMD 2019 ini terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat yang sama-sama

memberi sokongan yang tidak berbelah bagi, untuk menjayakan program. Sumbangan tenaga dan

kewangan yang berterusan daripada semua pihak penaja juga memberi impak yang besar dalam

kejayaan program ini.

263


Program Special Ability Diver di Stesen Penyelidikan Alami Marin Pulau

Bidong (SAD 2019)

Pada tahun 2019 UMT sekali lagi menjadi tumpuan melalui penganjuran Program Special Ability Diver

2019 (SAD2019). Penganjuran program pada tahun ini adalah rentetan daripada kejayaan penganjuran

Program Sukarelawan Diveheart kali pertama pada tahun 2018. UMT merupakan universiti pertama di

Malaysia yang mempunyai penyelam profesional yang diiktiraf sebagai Diveheart Adaptive Diver Buddy

(ADB) Team.

Penganjuran SAD2019 kali ini turut mendapat sokongan dan kerjasama daripada pihak MOTAC,

Diveheart Malaysia, Pusat Perubatan Universiti Malaya Kuala Lumpur dan Kids Scuba. Selain itu,

program kali ini turut disertai oleh wakil-wakil sukarelawan dari dalam dan luar negara. Kerjasama

yang diberikan oleh semua pihak yang terbabit dapat memberikan sokongan moral yang diperlukan

oleh peserta-peserta OKU dan ia bersesuaian dengan tema program pada tahun ini iaitu “Don’t Panic-

We are Special”.

SAD2019 kali ini telah menarik minat 10 orang peserta OKU, di mana empat orang daripada mereka

adalah terdiri daripada pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) UMT serta enam orang peserta OKU daripada

Dive Heart Malaysia. Di samping itu, terdapat 120 sukarelawan yang turut sama menyertai program ini

yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.

264


MBOR – Mengaji Tanpa Henti 123 jam sempena sambutan Nuzul Quran

UMT telah menggunakan pendekatan berlainan dalam pengisian program Ihya Ramadan tahun

2019 dengan menganjurkan program Mengaji Tanpa Henti bagi tempoh lima hari. Diiktiraf sebagai

pembacaan al-Quran terpanjang oleh Malaysia Book of Records (MBOR), program terbuka ini

melibatkan beberapa kategori kumpulan seperti pelajar sekolah, mahasiswa, warga emas, Orang

Kelainan Upaya (OKU), mualaf dan pelajar antarabangsa.

Pusat Pelayaran UMT

Pusat Latihan Pelayaran UMT ditubuhkan pada tahun 2019 dengan tujuan untuk melahirkan bakat

pelayar muda berkemahiran tinggi dalam sukan pelayaran selain menonjolkan imej UMT sebagai

peneraju sukan pelayaran dalam kalangan institusi pendidikan tinggi di Malaysia. Sepanjang tahun

2019, pelbagai program yang melibatkan pelajar dan komuniti setempat telah dianjurkan serta pelbagai

pertandingan pelayaran peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa turut disertai. Dengan nama

UMT Sailing Team, pasukan ini telah mengungguli tempat keempat secara keseluruhan bagi kategori

Sport Boat dalam siri kejohanan Kapal Layar Langkawi 2019.

Pengiktirafan Tempatan

UMT melalui Pusat Kesihatan Universiti telah meraih pengiktirafan sebagai Johan dalam Pertandingan

Institusi Pengajian Tinggi Bebas Denggi 2019 sempena dengan penganjuran Konvensyen COMBI,

Hari Denggi ASEAN & Anugerah IPT Bebas Denggi 2019 anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia.

Pemantapan

Citra

265


KESIMPULAN

UMT terus berinteraksi dengan pihak luar agar sentiasa

relevan dan progresif dalam mendepani kepesatan

dan persaingan global. Sepanjang tahun 2019, UMT

komited mengorak langkah dalam menempa nama

dalam kalangan institusi pendidikan baik di peringkat

tempatan, Asia mahupun global. Aktiviti pemantapan

citra diterjemahkan melalui pelbagai penganjuran

program, liputan media serta gerak kerja promosi yang

telah dirangka dalam usaha memacu jenama UMT

untuk terus unggul dan disegani.

Usaha memburu kejayaan ini digalas bersama oleh

semua warga UMT bagi memastikan entiti ini terus

unggul sebagai sebuah pusat kecemerlangan dalam

penerokaan, penjanaan dan penyebaran Ilmu Kelautan

dan Sumber Akuatik, bertepatan dengan slogan

“Terokaan Seluas Lautan, Demi Kelestarian Sejagat”.

5

MoA Luar Negara

4

MoA Dalam Negara

10

MoU Luar Negara

5

MoU Dalam Negara

Tangga ke-243

dalam QS Asian University Ranking

RM15.3juta

nilai berita (ASR Value)

266


267


268


Kelestarian

Kewangan

269


270


PRESTASI KEWANGAN

Pendapatan UMT bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019 berjumlah RM248.75 juta iaitu

meningkat sebanyak 2.90% atau RM7.00 juta berbanding tahun 2018. Manakala jumlah perbelanjaan

tahun 2019 pula adalah sebanyak RM244.02 juta iaitu menurun sebanyak 2.17% atau RM5.42 juta

berbanding tahun 2018 seperti berikut.

2019

(RM)

2018

(RM)

Peratus

Kenaikan/

Penurunan

(+/-)

Pendapatan

248,746,706

241,744,997

2.90%

Perbelanjaan

244,016,287

249,434,489

-2.17%

Pendapatan dan Perbelanjaan Tahun 2019 dan 2018

Perbandingan pendapatan dan perbelanjaan UMT bagi tempoh lima tahun dari tahun 2015 sehingga

2019 adalah sepertimana berikut.

2019

(RM Juta)

2018

(RM Juta)

2017

(RM Juta)

2016

(RM Juta)

2015

(RM Juta)

Pendapatan

248.75 241.74 257.72 244.10 255.16

Perbelanjaan

244.02 249.43 250.77 239.78 242.44

Perbandingan Pendapatan dan Perbelanjaan Tahun 2015 Sehingga 2019

Kelestarian

Kewangan

271


PENDAPATAN

Daripada keseluruhan pendapatan universiti pada tahun 2019, Pemberian Kerajaan merupakan

sumber pendapatan utama berjumlah RM174.26 juta (70%). Komponen kedua terbesar ialah

Pendapatan Yuran sebanyak RM24.19 juta (10%) dan diikuti oleh Geran Tertunda Direalisasi yang

berjumlah RM22.79 juta (9%). Pendapatan Lain pula yang berjumlah RM27.51 juta (11%) adalah terdiri

daripada pelbagai kategori pendapatan seperti hasil sewaan, faedah pelaburan dan sumbangan

daripada individu dan agensi luar. Perincian ditunjukkan dalam rajah di bawah.

Komponen Pendapatan Universiti Tahun 2019 dan 2018

272


PERBELANJAAN

Pada tahun 2019, perbelanjaan Emolumen merupakan perbelanjaan utama universiti berjumlah

RM128.16 juta (53%) diikuti dengan perbelanjaan Perkhidmatan dan Bekalan berjumlah RM88.00 juta

(36%). Belanja Susut Nilai pula berjumlah RM15.64 juta (6%), Perbelanjaan Lain direkod sebanyak

RM7.2 juta (3%) dan RM5.00juta (2%) adalah perbelanjaan untuk Pemberian dan Kenaan Tetap.

Perkara ini ditunjukkan dalam rajah di bawah.

Komponen Perbelanjaan Universiti Tahun 2019 dan 2018

Kelestarian

Kewangan

273


ASET DAN LIABILITI

Nilai keseluruhan Aset UMT pada tahun 2019 adalah RM707.83 juta. Jumlah ini meningkat

sebanyak RM36.21 juta berbanding rekod aset tahun 2018 yang berjumlah RM671.62 juta.

Manakala Liabiliti UMT juga meningkat sebanyak 6.72% atau RM31.51 juta pada tahun 2019

berbanding 2018, RM468.74 juta. Secara keseluruhan, jumlah aset bersih UMT meningkat sebanyak

RM4.71 juta pada tahun 2019 berbanding tahun 2018. Kedudukan Aset dan Liabiliti serta pecahan

komponen aset dan liabiliti adalah sepertimana rajah di bawah.

2019

(RM)

2018

(RM)

Peratus

Peningkatan

Aset 707,831,630 671,619,646 5.39%

Liabiliti 500,246,157 468,740,878 6.72%

Aset Bersih 207,585,473 202,878,768 2.32%

Kedudukan Aset dan Liabiliti Pada Tahun 2019 dan 2018

Komponen Aset Pada Tahun 2019 dan 2018

274


Komponen Liabiliti Pada Tahun 2019 dan 2018

KUMPULAN WANG MENGURUS

Pendapatan mengurus UMT bagi tahun 2019 berjumlah RM198.01 juta, bertambah sebanyak RM8.82

juta atau 4.66% berbanding RM189.19 juta tahun 2018. Daripada jumlah ini, RM171.92 juta adalah

Pemberian Kerajaan dan selebihnya RM17.85 juta daripada Pendapatan Yuran dan RM8.24 juta

adalah Pendapatan Lain.

Perbelanjaan Mengurus bagi tahun 2019 berjumlah RM203.68 juta, meningkat sebanyak RM8 ribu

atau 0.004% berbanding tahun sebelum. Perbelanjaan Emolumen merupakan perbelanjaan tertinggi

yang berjumlah RM127.79 juta atau 62.74%. Perincian pendapatan dan perbelanjaan ini ditunjukkan

dalam jadual berikut.

Kelestarian

Kewangan

275


Komponen Pendapatan

2019 2018

RM % RM %

Pemberian Kerajaan 171,919,520 86.82 163,121,400 86.22

Yuran 17,852,201 9.02 18,216,091 9.63

Pendapatan Lain 8,240,847 4.16 7,852,696 4.15

Jumlah 198,012,568 100 189,190,187 100

Pendapatan Mengurus Tahun 2019 dan 2018

Komponen Perbelanjaan

2019 2018

RM % RM %

Emolumen 127,791,549 62.74 125,418,940 61.58

Perkhidmatan dan Bekalan 65,190,958 32.01 65,336,978 32.08

Pemberian dan Kenaan Tetap 3,631,693 1.78 3,594,375 1.76

Susut nilai 2,574,233 1.26 2,345,310 1.15

Perbelanjaan Lain 4,489,376 2.20 6,974,162 3.42

Jumlah 203,677,809 100 203,669,765 100

Perbelanjaan Mengurus Tahun 2019 dan 2018

KUMPULAN WANG PEMBANGUNAN

Pemberian kerajaan untuk belanja pembangunan bagi tahun 2019 adalah sebanyak RM40 juta,

bertambah sebanyak RM23.78 juta berbanding RM16.21 juta pada tahun 2018. Perbelanjaan

pembangunan pada tahun 2019 adalah sebanyak RM9.57 juta, menurun sebanyak 17.49% atau

RM1.67 juta berbanding tahun sebelumnya. Perbelanjaan pembangunan mengikut projek tahun 2019

dan 2018 dipaparkan pada jadual berikut.

RMKe-11

Projek

2019 2018

RM % RM %

UMT-Pembinaan Stesen Penyelidikan Luar 698,760.00 7.29 2,000 0.02

UMT-Pembinaan Kompleks Pusat

Pendidikan dan Pembangunan Insaniah

UMT-Pembinaan Kompleks Makmal

Perikanan dan Akuakultur, PPSPA

UMT-Sistem Tebatan Banjir dan Sistem

Pencegahan Hakisan Pantai

317,149.70 3.31 42,325 0.38

3,774,594.27 39.42 3,359,269 29.86

208,950.00 2.18 - -

276


Projek

UMT-Penggantian Peralatan Makmal

Usang

UMT-Kemudahan Infrastruktur dan

Infostruktur IR 4.0 - Redesigning UMT’S

Eduction for Industry 4.0)

UMT-Pembelian Peralatan Makmal Untuk

Kelengkapan Bangunan Baru IMB

RMKe-10

Pakej 2A (Bangunan Kompleks Makmal,

Kompleks Kuliah Pusat, Fakulti Pengajian

Maritim dan Sains Marin)

Pakej 2B (Bangunan Fakulti Agroteknologi

dan Sains Makanan, Pusat Pengajian

Siswazah)

Pakej 2C (Bangunan Institut Oseanografi,

Institut Akuakultur Tropika)

2019 2018

RM % RM %

976,503.88 10.20 - -

461,237.96 4.82 - -

501,674.00 5.24 - -

202,347.44 2.11 - -

2,170.00 0.02 358,529 3.19

147,165.75 1.54 173,542 1.54

Pakej 2D (Bangunan Pusat Islam) 1,285,524.06 13.43 121,691 1.08

Perolehan Peralatan Makmal, Pengajaran

dan ICT

Pembinaan Pusat Penyelidikan Tasik

Kenyir

- - 475 0.004

905,656.45 9.46 2,982,660 26.52

Pembinaan Makmal Sains Nautika - - - -

Projek Pasca Banjir - - - -

Bangunan Institut Bioteknologi Marin 92,086.84 0.96 4,207,997 37.41

Jumlah 9,573,820.35 100 11,248,488 100

Perbelanjaan Pembangunan Mengikut Projek Tahun 2019 dan 2018

Kelestarian

Kewangan

277


ANUGERAH SIJIL PEMATUHAN SAGA 2019

DARIPADA JABATAN AKAUNTAN

NEGARA MALAYSIA (JANM)

UMT melakar sejarah tersendiri apabila dianugerahkan

Sijil Pematuhan Standard Accounting System for

Government Agencies (SAGA) oleh Jabatan Akauntan

Negara Malaysia (JANM). Pengiktirafan tersebut telah

disampaikan oleh Akauntan Negara Malaysia, Dr. Yacob

Mustafa kepada Pro Naib Canselor, Prof.Dr. Fauziah

Abu Hasan dan Bendahari UMT, Puan Zahara Kedri

yang mewakili Naib Canselor, pada Majlis Anugerah

Sijil Pematuhan SAGA 2019 yang berlangsung pada 3

Disember 2019 di Holiday Villa Johor Bahru City Centre,

Johor Bharu.

Penggerak utama dalam mencapai anugerah

berprestij ini adalah pasukan Pejabat Bendahari yang

diketuai oleh Bendahari UMT, Puan Zahara Kedri dan

dibantu oleh pasukan Pusat Pengurusan Pengetahuan dan Teknologi Komunikasi

(PPPTK), yang diketuai oleh Pengarah PPPTK, Prof. Ts. Dr. Muhammad Suzuri Hitam.

Anugerah ini adalah pengiktirafan atas pencapaian dalam membangunkan sistem

perakaunan dan kewangan selaras dengan keperluan kriteria yang ditetapkan oleh pihak JANM.

Sistem perakaunan dan kewangan UMT menggunakan sistem SAGA yang dibangunkan oleh pihak

vendor yang dilantik dan berintegrasi dengan beberapa subsistem kewangan lain yang dibangunkan

oleh pihak PPPTK. Pengikitirafan ini membuktikan proses penyediaan penyata kewangan UMT dapat

dilaksanakan dengan lebih cepat, tepat, kemas kini, berintegriti dan mematuhi piawaian perakaunan

yang berkuatkuasa.

Ringkasnya, anugerah ini perlu melalui proses penilaian audit oleh panel Sekretariat Pemerhatian

Pematuhan SAGA dan diikuti oleh proses audit sebenar oleh Jawatankuasa Penilaian SAGA, JANM

yang telah diadakan pada 25 September 2019. Hasil pengauditan perlu diluluskan oleh Jawatankuasa

Pemandu SAGA sebelum sesebuah organisasi itu layak mendapat pengiktirafan dan dianugerahkan

sijil.

Setakat tahun 2019, hanya 80 agensi kerajaan yang telah menerima pengiktirafan pematuhan

SAGA dari lebih 400 agensi kerajaan yang terdiri daripada Badan Berkanun Persekutuan (BBP), Badan

Berkanun Negeri (BBN), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN).

Pada tahun 2019, hanya 10 agensi berjaya menerima pengiktirafan tersebut dan agensi di bawah

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merupakan penerima anugerah terbanyak termasuk UMT

sendiri.

278


ZAKAT DAN DERMASISWA

Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM), UMT adalah antara PTj yang aktif menyediakan kemudahan

kewangan kepada pelajar. Bantuan kewangan ini terdiri daripada Dana Asnaf (Tabung Zakat Pelajar)

dan Dana Siswa (Tabung Pembangunan & Kebajikan Pelajar). Seramai 1,680 pelajar telah mendapat

manfaat bantuan daripada kedua-dua dana ini.

Sebanyak 10 siri agihan termasuk program-program pembangunan asnaf berjaya dilaksanakan

sepanjang tahun. Agihan ini merangkumi Dermasiswa Al-Falah Maybank, Dermasiswa Al-Amin Etiqa

Family Takaful, Dermasiswa Al-Amin Diploma, Dermasiswa Al-Ikhlas, Asnaf to Asnaf (A2A), Asnaf Crew,

Cakna Asnaf, Sukarelawan Iftar, Program Universiti Angkat (Lembaga Zakat Selangor) dan Dana Siswa.

BANTUAN

KEWANGAN

2019

1,680

PELAJAR TELAH DIBANTU

RM624K 556 1,124

JUMLAH DANA DANA SISWA DANA ASNAF

Kelestarian

Kewangan

279


Hasil konsep the more you give, the more you get, Tabung Zakat Pelajar UMT telah berjaya menerima

RM422,496 iaitu peningkatan sebanyak 52% berbanding 2018. Peningkatan ketara ini adalah hasil

sumbangan daripada agensi korporat impak dari Program Kunjungan Hormat Ke Agensi Korporat

di Lembah Klang. Selain itu, peningkatan ini juga hasil daripada sumbangan staf UMT sendiri yang

sentiasa prihatin dalam memberi bantuan kepada pelajar.

Jumlah Terimaan dan Agihan Zakat

280


KESIMPULAN

Tahun 2019 menyaksikan peningkatan pendapatan UMT sebanyak 2.9% berbanding tahun sebelumnya,

manakala perbelanjaan pula menurun sebanyak 2.17%. Walaupun pemberian kerajaan masih menjadi

sumber utama pendapatan, namun UMT juga sentiasa memastikan kedudukan kewangannya terus

lestari melalui program-program penjanaan pendapatan. Di samping memastikan pengurusan

kewangan yang sempurna, UMT juga sentiasa memberi keutamaan kepada kebajikan kewangan pelajar

melalui Zakat dan Dermasiswa khusus untuk membantu para pelajar yang memerlukan.

RM248,746,706

Jumlah pendapatan

RM244,124,814

Jumlah perbelanjaan

RM2017,585,473

Nilai aset bersih

RM422,496

Jumlah sumbangan Zakat

RM182,000

Dana kebajikan pelajar

1,680

Pelajar mendapat manfaat

Laporan

Kewangan

281



Jabatan Audit Negara

Malaysia

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA

MENGENAI PENYATA KEWANGAN

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2019

KETUA AUDIT NEGARA

MALAYSIA


284


Laporan

Kewangan

285


286


Laporan

Kewangan

287


288


Laporan

Kewangan

289


Nota-nota yang disediakan merupakan sebahagian daripada penyata kewangan ini

290

1


Nota-nota yang disediakan merupakan sebahagian daripada penyata kewangan ini

Laporan

Kewangan

291


292

Nota-nota yang disediakan merupakan sebahagian daripada penyata kewangan ini


Nota-nota yang disediakan merupakan sebahagian daripada penyata kewangan ini

Laporan

Kewangan

293


294

Nota-nota yang disediakan merupakan sebahagian daripada penyata kewangan ini


Laporan

Kewangan

295


296


Laporan

Kewangan

297


298


Laporan

Kewangan

299


300


Laporan

Kewangan

301


302


Laporan

Kewangan

303


304


Laporan

Kewangan

305


306


Laporan

Kewangan

307


308


Laporan

Kewangan

309


310


Laporan

Kewangan

311


312


Laporan

Kewangan

313


314


Laporan

Kewangan

315


316


Laporan

Kewangan

317


318


Laporan

Kewangan

319


320


Laporan

Kewangan

321


322


Laporan

Kewangan

323


324


Laporan

Kewangan

325


326


Laporan

Kewangan

327


328


Laporan

Kewangan

329


330


Laporan

Kewangan

331


332


Laporan

Kewangan

333


334


Laporan

Kewangan

335


336


JAWATANKUASA

LAPORAN TAHUNAN

2019

PENAUNG

PROFESOR DATO’ DR. NOR AIENI BINTI HAJI MOKHTAR

Naib Canselor

PENASIHAT

TUAN HAJI ZUKIFEREE BIN IBRAHIM

Pendaftar

KETUA EDITOR

PENGERUSI

SETIAUSAHA

ENCIK ABDULLAH SYUKRI BIN M SALLEH

Timbalan Pendaftar

Pejabat Pendaftar

PROFESOR DATO’ DR.

NORAIEN BINTI MANSOR

Pengarah, Penerbit UMT

ENCIK SHAHRUL JAMA

BIN OTHMAN

Penolong Pendaftar Kanan,

Pejabat Pendaftar

AHLI JAWATANKUASA

PROFESOR IR. DR. NOOR AZUAN

BIN ABU OSMAN

Timbalan Naib Canselor

(Akademik dan Antarabangsa)

PROFESOR DR. MAZLAN

BIN ABD. GHAFFAR

Menjalankan Fungsi Timbalan

Naib Canselor

(Penyelidikan Dan Inovasi)

PROFESOR MADYA DR. HAFIZ

BIN ZAKARIYA

Timbalan Naib Canselor

(Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)

PROFESOR DR. FAUZIAH

BINTI HAJI ABU HASAN

Pro Naib Canselor

(Hal Ehwal Korporat Dan Jaringan Industri)

PUAN AZIZAH

BINTI HASAN

Bendahari

PROF. MADYA DR. MOHD NAZLI

BIN MOHD NOR

Pengarah, Pusat Transformasi

Perancangan Strategik Dan Risiko

DR. ARNIE

BINTI A. RAHIM

Pengarah

Pusat Kesihatan Universiti

WAN AB HAFIZ

BIN WAN IBRAHIM

Pegawai Khas, Timbalan Naib Canselor

(Akademik Dan Antarabangsa)

ENCIK MUHAMAD SAFRE

BIN MUHAMAD SANI

Penolong Pendaftar Kanan

Pusat Transformasi, Perancangan Strategik Dan Risiko

PUAN NORHAFIZAH

BINTI MOHD SUIB

Ketua Penolong Pendaftar,

Pusat Pembangunan Bakat dan Inovasi

SAYED MOHD TAMIMUDDIN

BIN SAYED IBRAHIM

Pegawai Khas, Timbalan Naib Canselor

(Penyelidikan dan Inovasi)

PUAN ZAHIRAH

BINTI A RAZAK

Ketua Penolong Pendaftar

Pejabat Pendaftar

PUAN ROSNAIDI

BINTI JUSOH

Ketua Pegawai Teknologi Maklumat,

Pusat Pengurusan Teknologi Maklumat

ENCIK MOHD RIDZUAN

BIN MAMAT

Ketua Penolong Bendahari

Pejabat Bendahari

ENCIK MASRI

BIN MUDA

Ketua, Bahagian Pegurusan

Perkhidmatan, Pusat Pembangunan dan Harta

ENCIK FAZRUL

BIN EN. HASSAN

Penolong Pendaftar Kanan,

Bahagian Pentadbiran Hal Ehwal

Pelajar Dan Alumni

ENCIK MOHD SHAHRULNIZAM

BIN ZURAIMI

Timbalan Ketua Pustakawan

Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah

EDITOR

MOHD YUSMIZA BIN MAMAT

Penolong Pendaftar Kanan

Pusat Pemindahan Ilmu

Dan Jaringan Industri

URUSETIA

PUAN FADZILAH

BINTI AMBAK

Penolong Pendaftar,

Pusat Antarabangsa

CIK NUR AAMINAH

BINTI AZHAR

Penolong Pendaftar,

Pusat Komunikasi Korporat

ENCIK MOHD FADLI

BIN ABDULLAH

Pereka

Penerbit UMT

ENCIK MOHD HASRUL

BIN AWANG MUNI

Pereka

Pusat Komunikasi Korporat

ENCIK MOHD AFIFULLAH

BIN AHMAD

Pegawai Penerbitan

Penerbit UMT

SARIYANTI BINTI SALLEH

Pembantu Tadbir P/O,

Pejabat Pendaftar

Sekalung Budi:

Media Kreatif Pusat Komunikasi Korporat

Penerbit UMT




Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!