02.03.2014 Views

Kembara PLUS - 2013 October

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

SAFETY TIPS

WOW BERJAYA KURANGKAN

ADUAN KEGIATAN PENIPUAN

TRAK TUNDA

DAN BENGKEL

SECARA

MENDADAK

Perkhidmatan Bengkel Bergerak ‘Workshop on Wheels’ atau

WOW yang diperkenalkan oleh PLUS hampir setahun lalu berjaya

mengurangkan aduan tentang kegiatan penipuan oleh trak tunda dan

bengkel yang tidak bertanggung jawab.

Pengarah Urusan PLUS, Dato’ Noorizah Hj Abd Hamid berkata,

“Penubuhan perkhidmatan bengkel bergerak WOW adalah merupakan

inisiatif PLUS untuk mengelakkan pengguna lebuh raya terus menjadi

mangsa syarikat trak tunda atau bengkel yang tidak bertanggung jawab.

Setelah hampir setahun perkhidmatan ini diperkenalkan, kita dapat

melihat ia memberi kesan yang amat positif di mana jumlah aduan

yang diterima berhubung kegiatan penipuan trak tunda dan bengkel

turun secara mendadak.”

Sebelum WOW diperkenalkan, PLUS menerima kira-kira 42 aduan

di antara tahun 2011 hingga September 2012 berhubung kegiatan

penipuan trak tunda dan bengkel yang tidak bertanggung jawab.

Setelah WOW diperkenalkan pada Oktober tahun lalu, hanya 5 aduan

diterima setakat ini.

“Bagi menjayakan WOW, PLUS telah berkolaborasi dengan pihak AAM

untuk sama-sama menangani masalah ini. Pihak AAM telah melantik

bengkel-bengkel panel mereka untuk menyediakan perkhidmatan

bengkel bergerak di lebuh raya,” jelas Noorizah.

Secara ringkasnya, perkhidmatan yang diberikan

oleh WOW adalah percuma. Tetapi, pengguna perlu

membayar caj alat ganti kenderaan yang dikenakan

oleh WOW.

Terdapat 17 pasukan WOW yang beroperasi 24-jam di sepanjang

Lebuhraya Utara-Selatan, Jambatan Pulau Pinang dan Lebuhraya

Linkedua ketika ini.

BAGAIMANA BANTUAN

WOW DIBERIKAN?

1) Pengguna yang mengalami kerosakan kenderaan menghubungi

Pusat Kawalan Trafik PLUS menggunakan talian

PLUSLine 1800 88 0000 atau menggunakan telefon kecemasan

lebuh raya

2) Pasukan PLUSRonda tiba dan beri bantuan

3) Jika kerosakan tidak dapat dibaiki, PLUSRonda akan memaklumkan

Pusat Kawalan Trafik

4) Pusat Kawalan Trafik menghubungi WOW

5) WOW tiba ke lokasi dan membaiki kerosakan

Pasukan WOW menyediakan perkhidmatan membaiki dan menukar

alat ganti kenderaan seperti bateri kereta, radiator, kipas dan lain-lain

dengan caj yang berpatutan. Semua kerja-kerja ini akan dikendalikan di

lokasi selamat di lebuh raya tanpa perlu keluar dari kawasan lebuh raya

dan membayar kos tundaan.

Namun begitu, jika kerosakan tersebut memerlukan perkhidmatan

membaiki yang lebih rumit, kenderaan mungkin perlu ditunda ke

bengkel WOW di luar kawasan lebuh raya. Walau bagaimanapun,

sekiranya pengguna masih mahu menghantar kenderaan mereka ke

bengkel pilihan masing-masing, mereka boleh berbuat demikian dan

kos ditanggung oleh pengguna itu sendiri.

”Bagi mengelakkan kekeliruan dan menimbulkan keraguan kepada

pengguna, caj menukar alat ganti kenderaan dipaparkan dengan jelas

pada kenderaan WOW untuk pengguna membuat penilaian sendiri,”

kata Noorizah.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!