12.07.2015 Views

Marine Turtle status Report - Indian Ocean - South-East Asian ...

Marine Turtle status Report - Indian Ocean - South-East Asian ...

Marine Turtle status Report - Indian Ocean - South-East Asian ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Ringkasan EksekutifPerairan Daerah Semporna yang terletak di bahagian Tenggara Sabah,merupakan sebahagian daripada Kawasan Pemuliharaan Keutamaan Sempornadi Ekorantau Marin Sulu-Sulawesi (Semporna PCA). Kawasan ini terkenaldengan kepelbagaian spesies ikan dan terumbu karangnya mempunyai habitathabitatmarin yang produktif, ekosistem Taman Pulau Sipadan yang masih utuhserta menjadi laluan migrasi untuk spesies-spesies marin seperti penyu.Walaupun penyu sering kelihatan di perairan Semporna, namun <strong>status</strong> sebenarpopulasi penyu di kawasan ini masih belum diketahui dan terhad kepadamaklumat dari beberapa kajian mengenai populasi penyu serta kajian tentanginteraksi diantara penyu-manusia. Untuk mengatasi masalah ini, beberapapenilaian telah dilakukan di antara bulan November 2009 dan April 2010 olehWWF-Malaysia dengan kerjasama komuniti tempatan dan pengusahapelancongan WWF-Malaysia telah membuat tinjauan di enam pulau yangterletak di Timur Laut Semporna PCA. Analisis kualitatif tentang spesies, taburandan kelimpahan sarang, musim pendaratan, dan ancaman-ancaman terhadappenyu turut dijalankan di kawasan ini.Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat tiga spesies penyu di perairan timurlaut Semporna PCA iaitu Penyu Hijau (Chelonia mydas), Penyu Sisik(Eretmochelys imbricata) dan Penyu Lipas (Lepidochelys olivacea). Keenamenampulau jni telah dikenalpasti sebagai tapak untuk penyu bertelur: PulaupulauMataking, Pom-Pom, Pandanan, Timba-Timba, Kulapuan dan Boheyan.Terdapat dua pengusaha pelancongan dan keluarga tempatan yang melakukanprogram pemuliharaan penyu melalui pengurusan pusat penetasan telur penyu.Mereka juga sering membuat rondaan di sepanjang kawasan pantai PulauMataking, Pom-Pom dan Pandanan untuk mencari sarang penyu. Telur-telurpenyu yang ditemui akan dipindahkan dan ditanam di pusat penetasan penyudengan segera. Setiap sarang yang ditemui akan dilabel dan direkod.Terdapat beberapa ancaman terhadap penyu di kawasan ini. Antaranyapengutipan telur penyu secara haram untuk dimakan dan dijual; pemburuanpenyu-penyu dewasa untuk dimakan; pemangsa semulajadi (biawak, ketamhantu dan semut) dan pemangsa domestik (kucing dan anjing) yang mengancamtelur dan anak penyu; pembangunan pesisiran pantai; hakisan pantai;penangkapan secara tidak sengaja, pembuangan beg plastik; perlanggarandengan kipas bot; bom ikan; konflik manusia-haiwan (ladang rumpai laut); danpenebangan tumbuhan pesisiran pantai.Hasil kajian ini akan digunakan untuk tujuan pemantauan dan pengurusanpemuliharaan penyu di kawasan Semporna PCA. Antara cadangan dan pelantindakan lanjut yang diutarakan adalah perlindungan habitat, perlindungansarang penyu, pendidikan dan kesedaran, program pemantauan jangka panjangserta aktiviti eko-pelancongan secara bertanggungjawab dan bekerjasama.viii

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!