15.04.2020 Views

PAMERAN RUPAS 2020

Pameran Rentas Untuk Pandangan Aspirasi Guru

Pameran Rentas Untuk Pandangan Aspirasi Guru

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Sekapur Sireh

PUAN ZAINUN BINTI ABU BAKAR

Pensyarah Kursus

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bersyukur ke hadrat

Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, saya berpeluang

untuk merakamkan sekalung penghargaan kepada

Jawatankuasa Induk dan ahli jawatankuasa pelaksana

Pameran RUPA’S 2020 yang bertungkus-lumus dalam

menjayakan pameran ini. Komitmen, dan kerjasama yang

diberikan oleh semua pihak amatlah dihargai.

Sebagai penyelaras Pameran RUPA’S 2020, saya yakin

dan percaya bahawa pelaksanaan pameran ini, perlu dijadikan

sebagai satu wadah untuk para siswa guru major PSV

semester 8 menterjermahkan bakat kepimpinan dan

kemahiran-kemahiran insaniah seperti kerja berpasukan,

bertolak ansur dan berkeyakinan yang ada dalam diri masingmasing.

Pameran RUPA’S 2020 ini bukan sahaja dilaksanakan

sebagai memenuhi syarat tugasan kerja kursus Pengurusan

dalam Seni (PSVK3163), malahan juga sebagai wadah

informasi untuk Jabatan Pendidikan Seni Visual

menggambarkan sebahagian peristiwa tsunami di Acheh

dalam bentuk karya yang dihasilkan oleh siswa guru rentetan

hasil lawatan daripada program Kembara Visual Banda-Acheh

2019.

Pihak kami juga telah turut berkolaborasi dengan Sekolah

Seni Malaysia, Kuala Lumpur dalam menjayakan pameran ini.

Segala kerjasama dan sokongan yang diberikan amat kami

hargai.

Akhir kalam, saya berharap agar segala usaha murni dan

kolaborasi ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan.

Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat.

Sekian, terima kasih.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!