PAMERAN RUPAS 2020
Pameran Rentas Untuk Pandangan Aspirasi Guru
Pameran Rentas Untuk Pandangan Aspirasi Guru
Create successful ePaper yourself
Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.
Sekacip Pinang
Bismillahirrahmanirahim,
SITI NUR AISAH BINTI MAZELAN
Pengarah Pameran
Assalam-mu-alaikumwarahmatullahi wabarakatuh.
Syukur Alhamdulillah, berkat usaha kita semua dan
keizinanNya jua dapat kita menyempurnakan tanggungjawab
yang diamanahkan demi pembangunan diri dan kemajuan
pendidikan.
Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepasa
pelajar major Pendidikan Seni Visual Ambilan Jun 2016 dari
Jabatan Pendidikan Seni Visual Institut Pendidikan Guru
Kampus Ilmu Khas yang berjaya mengadakan Pameran
RUPA’S tahun 2020.
Pameran RUPA’S ini adalah sebagai bukti kemampuan dan
kemahiran di atas segala ilmu dari pengalaman yang diperolehi
sepanjang kerier mereka sebagai pendidik yang bakal menjadi
warga pendidik negara. Pameran berkumpualn ini juga
merupakan kesinambungan aktiviti berpameran yang biasa
dilakukan oleh pelajar major pendidikan seni visual pada akhir
projek. Dalam masa yang sama, aktiviti berpameran adalah satu
aktiviti yang mampu memupuk masyarakat untuk berfikiran kreatif
dan kritis. Oleh itu saya berharap agar para pelajar terus berkarya
untuk memberi manfaat kepada masyarakat.
Kepada Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas
dan para pensyarah yang dihormati, saya ucapkan ribuan terima
kasih atas sokongan dan bantuan bagi menjayakan Pameran
RUPA’S tahun 2020 ini
Sekian,