04.03.2013 Views

Buletin PSP Julai 2009 - Politeknik Seberang Perai

Buletin PSP Julai 2009 - Politeknik Seberang Perai

Buletin PSP Julai 2009 - Politeknik Seberang Perai

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

PROGRAM

PEMURNIAN JIWA

Oleh : Abd Samat bin Hashim

Bagi memantapkan lagi jati diri serta kefahaman pelajar

berkaitan agama Islam, satu program yang berunsur

keislaman telah diadakan. Inisiatif yang diambil oleh AJK

Kamsis Blok Asrama Bestari 3 dengan menganjurkan satu

program yang dinamakan ‘Program Pemurnian Jiwa’ amat

bertepatan sekali. Program seperti ini diharapkan dapat

membantu PSP melahirkan pelajar yang berketrampilan.

Program yang diadakan pada 23 April 2009 bertempat di

Dataran Kamsis Bestari 3, disertai sejumlah 117 orang pelajar.

Program ini juga dihadiri oleh 2 orang warden dan juga

Penyelaras Program – Ustaz Habibollah bin Padil. Tentatif

program yang diatur dengan kemas dan padat membolehkan

program dapat dijalankan dengan lancar. Program ini bermula

pada jam 7.00 petang dengan peserta berkumpul di dataran

kamsis. Para peserta bersolat Maghrib secara berjamaah

disertai dengan bacaan Yassin dan diikuti dengan makan

malam pada jam 8.30 malam. Selepas semua peserta bersolat

Isyak secara berjamaah, satu tazkirah telah diadakan. Bagi

memberi lebih kefahaman kepada para peserta, satu tugasan

‘Pemurnian Jiwa’ yang berupa latihan dalam kumpulan telah

diberikan. Program ini berakhir pada jam 11.00 malam dengan

lafaz Salam Wida’ semua peserta.

Dengan tema program ‘Pemurnian Jiwa Membentuk Qudwah

Cemerlang’ adalah diharapkan akan dapat memperkukuhkan

lagi akidah Islamiah para peserta serta memantapkan ibadah

berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah. Selain itu dapat

juga membina serta memperkukuhkan silaturrahim dan

ukhuwah dikalangan peserta. Secara tidak langsung melalui

program seperti ini akan dapat mengasah serta melatih sifat

kepimpinan yang ada pada diri para peserta.

Jamuan

Info Jabatan / Unit

Blok Kamsis

Oleh : Abd Samat bin Hashim

Kamsis merupakan rumah kedua kepada semua penghuni yang tinggal di dalamnya. Hakikat inilah yang

menyebabkan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung seperti Pengetua Asrama, warden serta

penghuni asrama itu sendiri mengambil beberapa inisiatif serta aktiviti untuk mengwujudkan suasana asrama menjadi

seperti yang sepatutnya sebagai rumah kedua penghuni kamsis.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah jamuan blok kamsis. Jamuan blok kamsis diadakan setiap hujung semester

mengikut blok kamsis masing-masing dan diselaraskan oleh AJK Blok Kamsis yang dilantik. Selain AJK Blok Kamsis

yang menguruskan segala persiapan, juga dibantu oleh penghuni blok yang terlibat. Persiapan rapi dan urus

tadbir yang baik menjamin kelancaran majlis yang berlangsung. Aktiviti jamuan blok seperti ini bertujuan antaranya

adalah melatih pelajar mengendali majlis, menghargai penghuni asrama yang memberi kerjasama dengan baik,

memperkukuhkan tali silaturrahim sesama pelajar dan sebagai salah satu aktiviti dalam kalender aktiviti blok asrama.

31

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!