01.06.2013 Views

Laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Projek Lynas - AELB

Laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Projek Lynas - AELB

Laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Projek Lynas - AELB

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

(D) PELABURAN DAN SOSIO-EKONOMI

Persepsi bahawa tiada faedah ekonomi kepada negara kerana diberi insentif

selama 12 tahun.

Jawatankuasa mengambil maklum faedah-faedah ekonomi yang diperolehi

daripada projek LAMP iaitu jumlah pelaburan sebanyak RM2.5 bilion,

pengwujudan peluang-peluang pekerjaan, pemindahan teknologi, penggunaan

utiliti, menarik pelaburan baru dalam sektor hiliran berteknologi tinggi dan

spin-off kepada industri sokongan huluan tempatan. Pemilihan LAMP di

Malaysia adalah berdasarkan pertimbangan komersial dan dasar pelaburan

Malaysia.

Projek Lynas akan membelanjakan sebanyak 1 peratus daripada jumlah jualan

kasar setahun untuk aktiviti penyelidikan dan pembangunan.

24. Jawatankuasa mengesyorkan supaya 1 peratus perbelanjaan R&D

daripada jualan kasar syarikat setiap tahun yang disyaratkan, 50

peratus daripadanya untuk melaksanakan aktiviti R&D diselia oleh

sebuah jawatankuasa yang akan ditubuhkan manakala 50 peratus

lagi untuk aktiviti R&D pengurusan residu diselia oleh AELB.

25. Jawatankuasa mengesyorkan supaya kesemua aktiviti R&D yang

berkaitan dengan nadir bumi dijalankan di Malaysia.

26. Jawatankuasa mengesyorkan penglibatan pengusaha tempatan

untuk menceburi bidang industri hiliran berteknologi tinggi yang

menggunakan produk nadir bumi.

27. Jawatankuasa mengesyorkan penggalakkan aktiviti R&D di

Pusat-pusat Pengajian Tinggi tempatan berkaitan dengan teknologi

nadir bumi dan pengurusan residu berkaitan.

28. Jawatankuasa mengesyorkan apabila terdapatnya industri tempatan

yang menggunakan produk projek LAMP sebagai bahan mentah

wujud di negara ini, langkah-langkah sewajarnya seperti

memperkenalkan cukai eksport dilaksanakan. Ini dapat memastikan

bekalan bahan mentah bagi industri tempatan adalah mencukupi.

66

66

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!