01.06.2013 Views

LAPORAN TAHUNAN A N N U A L R E P O R T - Ahp.com.my

LAPORAN TAHUNAN A N N U A L R E P O R T - Ahp.com.my

LAPORAN TAHUNAN A N N U A L R E P O R T - Ahp.com.my

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Laporan Tahunan 2009

Annual Report 2009 48

NOTA-NOTA BERKENAAN PENYATA KEWANGAN

BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2009 (SAMB.)

7. YURAN PENGURUSAN

Pada setiap hari sepanjang tempoh terakru, Pengurus, berhak menerima yuran yang tidak melebihi 2% setahun dari

nilai aset bersih harian Tabung Amanah seperti yang ditakrifkan di dalam Surat Ikatan Amanah Tabung Amanah. Yuran

Pengurusan yang dikenakan bagi tahun berakhir 31 Disember 2009 ialah 1% (2008: 1%) setahun daripada nilai aset bersih

harian Tabung Amanah.

Tiada lain-lain yuran, komisyen atau caj perkhidmatan permulaan yang telah dibayar atau perlu dibayar kepada

Pengurus.

8. YURAN PEMEGANG AMANAH

Pada setiap tempoh terakru, Pemegang Amanah berhak menerima yuran yang tidak melebihi 0.1% setahun dari nilai aset

bersih harian Tabung Amanah seperti yang ditakrifkan di dalam Surat Ikatan Amanah Tabung Amanah . Yuran Pemegang

Amanah yang dikenakan bagi tahun berakhir 31 Disember 2009 ialah RM130,000 (2008: RM130,000).

9. KOS PEMBIAYAAN

Termasuk di dalam kos pembiayaan adalah yuran pengaturan, duti setem dan yuran guaman terhasil dari kemudahan

pembiayaan kredit Pusingan I sebanyak RM65 juta yang diperolehi daripada CIMB Islamic Bank Berhad untuk membiayai

cadangan menaiktaraf dan mengubahsuai Plaza Vads. Pada 31 Disember 2009, tiada penggunaan pinjaman telah dibuat.

10. CUKAI

2009 2008

RM RM

Cukai tahun semasa - -

Tabung Amanah dikecualikan daripada cukai pendapatan ke atas semua pendapatan sekiranya ia mengagihkan sekurangkurangnya

90% daripada jumlah pendapatannya kepada pemegang unit dalam tempoh asas menurut peruntukan

Seksyen 61(A) Akta Cukai Pendapatan 1967, berkuatkuasa dari tahun taksiran 2007.

Sekiranya kurang daripada 90% daripada jumlah pendapatan diagihkan, keseluruhan pendapatannya akan tertakluk

kepada cukai pada kadar 25% (2008: 26%). Jumlah yang diagihkan daripada REIT akan dikasarkan dengan mengambil kira

cukai asas REIT dan pemegang unit akan dicukai berdasarkan pengagihan kasar pada kadar cukai berkenaan. Pengagihan

tersebut membawa kredit cukai yang membolehkan pemegang-pemegang unit menuntut kredit cukai ke atas cukai

yang dikenakan kepada pemegang-pemegang unit.

Tiada perbelanjaan cukai bagi tahun semasa kerana Tabung Amanah akan mengagihkan keseluruhan jumlah pendapatan

kena cukai bagi tahun taksiran 2009. Kadar cukai Malaysia dikira pada kadar cukai berkanun sebanyak 25% (2008: 26%) di

atas anggaran keuntungan yang ditaksirkan untuk tahun tersebut.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!