14.09.2013 Views

JPN PutraJaya KeKalKaN PersiJilaN 5s Kali Ke-2 MaJlis aNugerah ...

JPN PutraJaya KeKalKaN PersiJilaN 5s Kali Ke-2 MaJlis aNugerah ...

JPN PutraJaya KeKalKaN PersiJilaN 5s Kali Ke-2 MaJlis aNugerah ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Perutusan

Ketua Pengarah Pendaftaran Negara

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan

salam sejahtera.

Visi dan misi sesebuah organisasi akan dapat direalisasikan

sekiranya warga JPN terus berusaha, memberikan

komitmen dan daya saing yang sangat tinggi. Justeru itu,

saya ingin mengajak seluruh warga JPN untuk bersamasama

merubah budaya sedia ada kepada budaya kreatif

dan inovatif demi untuk kecemerlangan penyampaian

perkhidmatan dan kesejahteraan rakyat sebagai

pelanggan utama kita.

Istilah kreatif dan Inovatif saling berkaitan antara satu

sama lain di mana inovatif merupakan kebolehan untuk

melahirkan idea-idea baru hasil pemikiran yang kreatif.

Konsep ini bukanlah perkara baru dalam perkhidmatan

awam malah kita juga mempunyai Pekeliling Kemajuan

Pentadbiran Awam berkaitan inovasi. Namun begitu,

suasana persekitaran semasa menuntut kita untuk melihat

kembali secara serius kedua-dua konsep berkenaan dan

seterusnya menerapkan nilai tersebut dalam penyampaian

perkhidmatan.

Dalam perkembangan era baru yang senantiasa

inginkan perubahan pada ketika ini, JPN tidak lagi boleh

mengekalkan sistem penyampaian perkhidmatan yang

sedia ada, yakni melaksanakan tugas-tugas rutin yang

hanya menekankan kepada konsep kepuasan pelanggan

semata-mata. Sebaliknya, anggota JPN perlu sentiasa

kreatif dan inovatif dalam menangani cabaran-cabaran

masa kini dan akan datang. JPN memerlukan anggota

yang berkeupayaan untuk berfikir di luar kebiasaan,

mampu menjangka dan mengatasi cabaran-cabaran yang

dihadapi. Jika kita terus kekal dengan sistem sedia ada,

maka kita akan tertinggal jauh di belakang kerana tidak

mampu bersaing dengan jabatan/agensi lain. Jika kita tidak

mampu menangani cabaran ini, ia boleh menyebabkan

kewujudannya tidak lagi relevan dan akhirnya wujudlah

senario yang digambarkan oleh Ketua Setiausaha Negara,

iaitu “you don’t do it well, other people will do it for you”.

Selain memperkenalkan perkhidmatan-perkhidmatan

yang mengutamakan kehendak rakyat, usaha-usaha

berterusan juga akan sentiasa dilaksanakan melalui

aktiviti-aktiviti dalaman organisasi yang bertujuan untuk

meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan JPNM.

Antaranya ialah pensijilan semula Amalan Persekitaran

Berkualiti 5S kali ke-2 dan pensijilan MS ISO 9001:2008 bagi

meningkatkan kualiti perkhidmatan organisasi dan warga

JPN khususnya.

Semoga warga JPN akan terus menunjukkan prestasi kerja

yang lebih cemerlang membudayakan elemen kreatif

dan inovatif serta sentiasa melakukan penambahbaikan

agar JPN menjadi sebuah organisasi yang unggul dalam

perkhidmatan awam.

datO’ alWi BiN haJi iBrahiM

Ketua Pengarah Pendaftaran Negara Malaysia

buletinJPN bil. 2/2010

Satu Hari

Gantian MyKad

di JPN Putrajaya

3

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!