19.01.2014 Views

Filem pertama buatan Brunei tahun depan - iCentre

Filem pertama buatan Brunei tahun depan - iCentre

Filem pertama buatan Brunei tahun depan - iCentre

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Filem pertama buatan Brunei tahun depan

Oleh Sim Y. H.

Siti Kamaluddin (kanan) memberikan penerangan mengenai dengan penghasilan filem pertama beliau, Yasmine, yang dijangka

akan ditayangkan pada suku pertama 2013.

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 April - "Sebuah filem itu bukan semestinya hanya sebagai sebuah produk komersial tetapi juga

merupakan sebuah produk kebudayaan yang menonjolkan adat resam dan kebudayaan sesebuah masyarakat di mana bagi

saya ia menonjolkan budaya masyarakat Brunei."

Ulasan itu dikongsi bersama oleh Penerbit dan Pengarah Filem Tempatan, Siti Kamaluddin dalam sesi temu bual yang diadakan

semasa Pelancaran Cabaran iMMerse: Penulisan Skrip dan Bod Cerita yang berlangsung di iCentre, Kampung Anggerek Desa,

hari ini.

Siti Kamaluddin dari Originfilms Sdn Bhd juga merupakan salah seorang penerima bantuan LEAP dari Lembaga Kemajuan

Ekonomi Brunei baru-baru ini berkata bahawa anugerah itu dihasratkan untuk membantu dalam menghasilkan filem pertama

buatan Brunei, Yasmine.

Filem Yasmine, yang juga ditulis oleh Siti bersama dengan penulis-penulisnya merupakan sebuah filem aksi yang akan

memaparkan adegan-adegan aksi yang mengetengahkan seni mempertahankan diri Silat, yang mana pelakon-pelakon utama

dan sebahagian besar kru produksi akan dianggotai oleh anak-anak tempatan.

Beliau berkata bahawa cabaran utama yang dihadapi sebagai seorang pengarah dan penerbit filem di Brunei merupakan

kekurangan pengalaman dalam industri berkenaan di mana beliau berkata bahawa masalahnya bukannya Brunei tidak

mempunyai kemahiran tetapi pengalaman bagi sebuah projek filem yang akan ditayangkan di layar lara adalah masih

berkurangan.

Oleh itu bagi menangani masalah itu, beliau membawa kepakaran dari luar yang boleh untuk memberikan tunjuk ajar serta

memberikan ilmu pengetahuan kepada kru-kru tempatan.

Mengulas mengenai dengan tayangan filem itu nanti, beliau mendedahkan bahawa filem dalam Bahasa Melayu itu akan

diedarkan di pasaran serantau termasuk Malaysia pada suku pertama 2013 nanti.

Menyentuh lanjut mengenai dengan cabaran yang dihadapi, Siti berkata bahawa semestinya tempoh bagi menghasilkan

sebuah filem memberikan cabaran waktu kepada beliau serta kru untuk menghasilkan filem yang terbaik dan saiz produksi bagi

sebuah filem juga amat berbeza yang memerlukan penyelarasan dari pelbagai unit-unit produksi.

Ketika menjawab persoalan mengenai pelakon-pelakon yang akan membawa watak-watak utama dalam filem itu nanti, beliau

berkata bahawa sebahagian besar pelakon adalah pelakon tempatan namun begitu beliau masih belum bersedia untuk

mengumumkan pelakon utama filem berkenaan.

Satu perkara yang menarik yang dikongsi oleh Siti adalah filem itu nanti akan mempunyai adegan-adegan aksi yang akan

dikendalikan dan mendapat sentuhan dari pengarah aksi yang terkenal dari Hong Kong yang pernah bertugas dalam

penghasilan adegan aksi dalam filem aksi Hong Kong termasuk The Magician dan Reign Of Assasins.

Source: Media Permata, 14.04.2012

http://www.mediapermata.com.bn/sabtu/apr14t3.htm

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!