07.02.2014 Views

MEMAHAMI KONSEP “SUMPAH” DALAM ISLAM Zulkifli Hasan 1.0 ...

MEMAHAMI KONSEP “SUMPAH” DALAM ISLAM Zulkifli Hasan 1.0 ...

MEMAHAMI KONSEP “SUMPAH” DALAM ISLAM Zulkifli Hasan 1.0 ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

dua bahagian iaitu di luar mahkamah (al-Yamīn ghair al-Qadha’iyyah) dan dalam

mahkamah (al-Yamīn al-Qadha’iyyah). Walaupun kedua-dua al-yamīn bertujuan

untuk menguat dan mengukuh sesuatu tetapi terdapat beberapa perbezaan dari

segi hukum dan kaedah pemakaiannya. Al Yamin di luar mahkamah adalah

tidak tergolong dalam kategori pembuktian yang diterima untuk sabitan apa-apa

kes. Manakala al-Yamin di dalam mahkamah menjadi keterangan (al-Bayyinah)

dan boleh diterima pakai untuk sabitan di dalam kes mal (sivil) sahaja. Apa-apa

bentuk al-Yamin atau sumpah di dalam kes-kes yang melibatkan jenayah seperti

hudud, qisas dan taa’zir tidak boleh diterima pakai sebagai pembuktian untuk

sabitan.

2.1 Al-Yamīn Di luar Mahkamah (al-Yamīn Ghair al-Qadha’iyyah)

Al-Yamīn di luar mahkamah juga bertujuan untuk menguat dan mengukuhkan

sesuatu perkara. Tetapi al-yamīn ini tidaklah menjadi salah satu cara pembuktian

berbeza dengan al-yamīn di dalam mahkamah. al-Yamīn ghair al-Qadha’iyyah

bergantung sepenuhnya kepada niat yang orang melafazkannya, sekiranya

lafaznya berbeza dari apa yang diniatkannya ia disebut sebagai ‘Tauriyyah’.

Tauriah semasa bersumpah adalah tidak dibenarkan samasekali sekira bertujuan

untuk menganiayai orang lain bahkan ia merupakan perbuatan yang

diharamkan. Pembahagian al-yamīn di luar mahkamah boleh dibahagikan

kepada empat iaitu al-yamīn al-munaqidah, al-yamīn al-lagha, al-yamīn al-ghumus

dan al-Yamin Mubahalah.

Al-Yamīn al-Mun’aqidah.

Al-yamīn al-Munaqidah iaitu sumpah yang bersungguh-sungguh dan sah. Ia

merupakan suatu sumpah terhadap sesuatu perkara pada masa yang akan

datang sama ada untuk dilaksanakan atau meninggalkan sesuatu perkara.

Sekiranya seseorang itu melanggar apa yang disumpahkannya maka wajib

dikenakan kafarah.

Al-Yamīn al-Lagha

al-Yamīn al-Lagha adalah jenis sumpah sia-sia yang mana orang yang melafazkan

sumpah tersebut tidak berniat untuk bersumpah. Ianya juga boleh ditakrifkan

sebagai sumpah terhadap sesuatu yang tidak disangkakan menepati ianya

bersumpah sebagaimana ia bersumpah akan tetapi ternyata tidak tepat atau

dalam erti kata lain sumpah yang dimaksudkan dengan sesuatu tetapi lidah

menyebut perkataan lain. Para fuqaha berpendapat bahawa sumpah jenis ini

tidak dikenakan kafarat kepada sesiapa yang melanggarnya.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!