07.02.2014 Views

MEMAHAMI KONSEP “SUMPAH” DALAM ISLAM Zulkifli Hasan 1.0 ...

MEMAHAMI KONSEP “SUMPAH” DALAM ISLAM Zulkifli Hasan 1.0 ...

MEMAHAMI KONSEP “SUMPAH” DALAM ISLAM Zulkifli Hasan 1.0 ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Yamīn al-Shahid

Yamīn al-Shahid akan dilaksanakan oleh saksi sebelum sesuatu kesaksian dibuat.

Sumpah ini bertujuan memberi kebenaran atas kepercayaan. Pada Masa ini alyamīn

jenis ini menjadi ganti kepada tazkiah kepada saksi.

Yamīn al-Mudda’i

Seperti yang telah dinyatakan di atas, Abu Hanifah dan sahabat-sahabatnya

hanya menerima Yamīn al-Mudda’a alaih (sumpah yang didakwa) dan menolak

selain daripada itu. Namun jumhur yang terdiri daripada Maliki, Shafie, Hanbali

dan lain-lain menerima pakai yamīn al-Mudda’i. Menurut para ulamak yang

menerima Yamīn al-Mudda’i, ia terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Yamīn al-

Jalibah, Yamīn al-Tuhmah dan Yamīn al-Istizhar.

i. Yamīn al-Jalibah: Sumpah yang dilaksanakan oleh al-mudda’i untuk

mensabitkan hak-haknya. Sebab-sebab yang memerlukan sumpah ini adakala

ianya keterangan seorang saksi sahaja iaitu sumpah bersama seorang saksi (alyamīn

ma’a al-Syahid) adakalanya kerana nukul al-mudda’a alaih daripada al-Yamīn

al-asliyyah dan dikembalikan kepada al-mudda’i supaya bersumpah atau

dinamakan al-yamīn al-Mardudah atau al-Munqalibah. Adakalanya al-yamīn al-

Jalibah digunakan kerana lauth iaitu yamīn al-Qasamah dalam kes pembunuhan

atau kecederaan. Kadangkala ia juga dilaksanakan kerana Qazaf suami terhadap

isterinya iaitu dikenali sebagai al-Yamīn al-Li’an dan adakalanya amanah kerana

setiap orang yang diberi amanah dan mendakwa telah memulangkan barang

tersebut kepada tuannya. Maka dibenarkan dakwaannya dengan bersumpah

kecuali pemegang barang gadai, penyewa dan peminjam tidak dibenarkan

dakwaan mereka melainkan jika ada bayyinah.

ii. al-Yamīn al-Tuhmah: Sumpah yang diarah oleh Hakim kepada orang

yang mendakwa bertujuan untuk menolak dakwaan yang tidak dapat dipastikan

kebenarannya. Sumpah ini diterima pakai oleh mazhab Maliki dan Zaidiyyah.

iii. Yamīn al-Istizhar: Bentuk sumpah ini yang paling kerap digunakan

dalam menyelesaikan sesuatu pertikaian di mahkamah Syariah. Yamīn al-Istizhar

juga disebut sebagai Yamīn al-Istithaq atau Yamīn al-Istibra’ iaitu sumpah yang

dilakukan oleh orang yang mendakwa atas permintaan hakim untuk menolak

tohmah terhadapnya selepas ia mengemukakan dalil dan keterangan yang

diperlukan dalam dakwaan. Lazimnya Yamīn al-Istizhar ini dilaksanakan bagi

tuntutan yang berhubung dengan hak ke atas orang yang ghaib atau mati.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!