07.08.2014 Views

Tegakkan Keadilan

Tegakkan Keadilan

Tegakkan Keadilan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Bagi Peredaran Swasta Sahaja

2012 TAHUN DOA 24-­‐7 bagi

MALAYSIA

Tegakkan Keadilan

Mikha 6:8

“Hai manusia, telah diberitahukan kepadamu apa

yang baik. Dan inilah yang dituntutkan oleh TUHAN

dari padamu: berlaku adil, mencintai kesetiaan, dan

hidup dengan rendah hati di hadapan Allahmu.”

Prakata oleh

Rt. Rev. Datuk Ng Moon Hing

Biskop Anglikan Malaysia Barat

Umat Kristian seluruhnya akan bersetuju bahawa doa merupakan sebahagian kehidupan dan

kesaksian Kristian yang amat penting. Namun tidak cukup doa dinaikkan sepanjang masa oleh umat

Kristian di seluruh dunia. Tidak ada alasan mengapa umat Kristian tidak berdoa tetapi keadaan

sebenar adalah bertentangan. Saya bersyukur kerana Gerakan Doa 24-­‐7-­‐365 berlaku tepat pada

masanya bagi warga Malaysia. Selain isu-­‐isu semasa dan peribadi dalam negara ini, kita harus

sentiasa bersiap sedia untuk berdoa sama ada bersendirian atau dalam kumpulan, bila-­‐bila masa, di

mana sahaja – baik di dalam rumah mahupun di luar rumah.

Saya pernah bertemu dengan penganut Kristian yang mempunyai persoalanan tak terjawab tentang

niat, tujuan, kandungan dan kegunaan doa. Namun, saya ingin menggalakkan semua umat Kristian

supaya terus berdoa dan berdoa setiap hari. Saya ingin berkongsi beberapa pendapat tentang doa.

• Kita berdoa kerana kita mahu bersetuju dengan Tuhan dan bukannya mengubah kehendakNya.

Sememangnya kita tidak berupaya mengubah apa-­‐apa. Tuhan sudah menentukan kehendakNya

sejak mula lagi dan tiada sesiapa yang boleh mengubahnya, tetapi anda dan saya tidak tahu bila

dan bagaimana kehendakNya akan terlaksana.

• Kita berdoa supaya sealiran dengan kehendakNya menurut masaNya.

• Kita berdoa kerana kita sedar dengan kepandaian, kekuatan dan usaha sendiri, kita tidak

berupaya melakukan banyak hal. Kita perlukan pertolonganNya.

• Kita berdoa kerana kita adalah ciptaanNya dan ingin mendekati serta menyembah Dia.

• Kita berdoa kerana kita mahu bersyukur atas siapa diri Tuhan dan apa yang telah Dia lakukan.

• Kita berdoa kerana kita mengambil berat dan mengasihi ciptaanNya dan ingin segala rancangan

yang ditentukanNya diurus dengan sebaik-­‐baiknya.

Kita berada dalam musim yang paling menguja. Menurut Alkitab, kita sudah pun berada dalam

zaman akhir. Kita pastinya memerlukan pimpinan dan kebijaksanaan RohNya menghadapi cabaran-­cabaran

dunia ini yang liar dan tak terkawal. Doa merupakan salah satu senjata penting, kuat dan

diperlukan dalam mengejar jalan kekudusan Tuhan serta memerangi perjuangan rohani.

Marilah kita mengikuti nasihat Rasul Paulus dalam 1 Tesalonika 5:16-­‐17 – “Bersukacitalah senantiasa.

Tetaplah berdoa”. Dunia, tanah air, bandar, komuniti, sahabat-­‐handai, jiran-­‐tetangga, keluarga dan

diri kita sendiri amat memerlukan doa-­‐doa kita. Janganlah kita menyesal kelak kerana kita tidak

berdoa.

Bangkitlah dan berdoalah!

Biskop Datuk Ng Moon Hing

2

Apakah Tahun Doa 24-7?

“BAYANGKAN. Tanpa berhenti, siang dan malam, 24-­‐7-­‐365… setahun

orang berdoa sebulat suara… kepada Tuhan yang Satu.

Mengagumkan.”

– Doa Antarabangsa 24-­‐7

3

Habakuk 1: 5

“Lihatlah di antara

bangsa-­‐bangsa dan

perhatikanlah, jadilah

heran dan tercengang-­cengang,

sebab Aku

melakukan suatu

pekerjaan dalam

zamanmu yang tidak

akan kamu percayai, jika

diceriterakan.”

BAYANGKAN!

• 52 buah Bilik Doa 24-­‐7, berjalan satu demi satu umpama

rantai yang tidak terputus, selama 366 hari bermula

pada 1hb Januari sehingga 31hb Disember, 2012;

• 52 buah gereja/ rangkaian doa/ kumpulan masing-­masing

berdoa 24-­‐7 selama seminggu;

• Setiap kumpulan remaja/gereja menganjurkan doa 24-­‐7

“Bilik Dandang” masing-­‐masing yang kreatif serta

mesra pengguna di seluruh negara;

• Menggerakkan anak-­‐anak muda mengisi satu daripada

168 jam dalam minggu yang ditentukan dengan doa,

puisi, musik dan seni;

• Keseronokan setiap kumpulan menyerahkan “baton

doa nubuatan” kepada kumpulan yang lain dan

mengongsikan apa yang sudah dibicarakan oleh Tuhan;

• Kumpulan-­‐kumpulan mencabar diri masing-­‐masing,

berdisiplin dan berkorban demi memenuhi seminggu

dengan doa yang tidak berhenti-­‐henti!

Relakah anda berdepan risiko demi Yesus?

Mahukah anda mengambil cabaran ini?

Apakah Wawasannya?

Mengapakah mengadakan Tahun Doa? Bayangkan – Setahun doa tanpa

berhenti membawakan kesatuan, perdamaian, menghubungkan gereja-­‐gereja

dan rangkaian-­‐rangkaian doa, membuat komitmen, memupuk keamanan, dan

menantikan Tuhan menjawab doa-­‐doa kita serta mengatur semula keutamaan-­keutamaan

kita!

Lukas 18:7

“Tidakkah Allah akan

membenarkan orang-­orang

pilihan-­‐Nya

yang siang malam

berseru kepada-­‐Nya?

Dan adakah Ia

mengulur-­‐ulur waktu

sebelum menolong

mereka?”

• Kesatuan. Demi pembelaan, keadilan dan misi, kesatuan dalam doa amat

berkuasa dan berupaya mengubah. Menyatukan berbagai jenis orang,

gereja, denominasi dan rangkaian doa bersama, mengalami

‘kebersamaan’ dalam doa menyertai keluarga sejagat yang telah

mengambil risiko menubuhkah Bilik-­‐bilik Doa 24-­‐7. BAYANGKAN,

sepanjang tahun Bilik-­‐Bilik Doa 24-­‐7 di seluruh negara, menghubungkan

gereja-­‐gereja/kumpulan-­‐kumpulan bersama, menggabungkan aktiviti Bilik

Doa 24-­‐7 ‘setempat’ dengan inisiatif dan identiti yang lebih hebat;

• Komitmen. Tuhan menghormati komitmen yang serius terhadap doa.

Suatu jangka masa yang panjang berdoa – khasnya jika ia berlangsung

selama setahun – bukan sekadar aktiviti atau program semata-­‐mata, tetapi

komitmen yang serius dan yang turut melibatkan pengorbanan yang

tinggi;

• Memupuk keamanan. Kita percaya, dengan berdoa berlanjutan demi

bangsa ini akan membawakan titik perubahan ke arah keamanan dan

perdamaian dalam pergelutan kita dengan ketidakadilan, perebutan

kekayaan dan gereja serta bangsa yang berpecah-­‐belah;

• Menantikan Dia. Tuhan mahu kita meluangkan masa menantikan Dia.

Marilah kita mengenepikan segalanya dan meluangkan masa daripada

kesibukan kita dan menyalurkan tenaga kepada hal-­‐hal yang penting bagi

Dia; berdiam, mengenal pasti kehendakNya serta melakukannya, dan agar

kerajaanNya datang;

• Keutamaan baru. Sekilas pandang gereja sedunia menonjolkan

keutamaan baru ini – iaitu doa dan tindakan. Izinkan Tuhan mengatur dan

membentuk semula keutamaan-­‐keutamaan kita agar memuliakan Tuhan

Yesus Kristus dan meninggikan namaNya di kalangan bangsa kita.

4

Mengapa 2012?

5

Ester 4:14

“Sebab sekalipun

engkau pada saat ini

berdiam diri saja,

bagi orang Yahudi

akan timbul juga

pertolongan dan

kelepasan dari pihak

lain, dan engkau

dengan kaum

keluargamu akan

binasa. Siapa tahu,

mungkin justru untuk

saat yang seperti ini

engkau beroleh

kedudukan sebagai

ratu.”

WDOP 2012

tertumpu

kepada

Malaysia!

Malaysia

menyambut

Tahun Jubli!

Pilihan Raya

Umum ke 13

Pada 2 March 2012, semua bangsa dan ahli-­‐ahli Majlis

Gereja-­‐Gereja Sedunia (World Council of Churches) akan

bersatu dalam perpaduan pada Hari Doa Sedunia

(World Day of Prayer – WDOP ) untuk berdoa demi

Malaysia, menggunakan tata kebaktian yang umum,

dengan tema “Tegakkan Keadilan”! Gereja-­‐gereja

Malaysia akan bersatu berdoa pada 3 Mar 2012.

Malaysia ditubuhkan pada September 16, 1963 apabila

Sabah dan Sarawak bergabung dengan Malaya untuk

membentuk bangsa baru. Pada September 16, 2012

Malaysia menyambut ulang tahunnya yang ke 50!

Pilihan Raya Umum sudah hampir! Kita perlu

membanjiri negara kita dengan doa pemimpin-­pemimpin

yang benar dan baik akan bangkit

menegakkan kembali keadilan dalam negara kita.

Seruan

Menegakka

n Keadilan

Panggilan nyaring supaya keadilan ditegakkan

kedengaran kuat daripada semua rakyat Malaysia,

bukan hanya komuniti Kristian sahaja. Malaysia amat

memerlukan doa lebih-­‐lebih lagi sekarang!

“Masakan Hakim segenap bumi tidak

menghukum dengan adil?” -­‐ Kejadian 18:25

Mengapa Keadilan? Disebabkan …..

6

" Sikap Tuhan!

" Segala jalanNya adalah keadilan;

Yesus akan kembali lagi sebagai

Hakim Besar!

" Dia adalah Allah kebenaran dan

kesetiaan;

" Tuhan memerintah supaya kita

melakukan yang benar;

" Umat Tuhan mesti mencerminkan

Dia, dan melakukan yang benar.

Inilah yang sepatutnya;

" Umat Tuhan mesti bertaubat,

kerana kita sudah lalai menegakkan

kebenaranNya;

" Kita mahu menuntut balik setiap

bidang kehidupan, baik umum

mahu pun persendirian, dan setiap

lingkungan pengaruh, supaya

tunduk kepada keilahian dan

pemerintahan Tuhan.

Politik &

Kerajaan

Sosial &

Pendidikan

Persekitaran &

Jagaan Ciptaan

Ekonomi &

Kewangan

Iman, Keluarga

& Kemakmuran

Hidup

Bunga Raya ialah bunga kebangsaan Malaysia

Bagaimana Menggunakan Panduan Doa Ini

1. Mula-­‐mula, minta rangkaian/kumpulan/gereja anda membuat

komitmen berdoa tujuh (7) 24-­‐jam tempoh doa atau 168 jam sepanjang

satu minggu. [Ini akan melibatkan pengorbanan. Pengorbanan masa di waktu-­waktu

janggal mungkin lebih dirasai oleh sesetengah, namun nilai korban-­‐korban

doa dan pujian ini tidak terukur.];

2. Setiap bulan diiringi tema doa masing-­‐masing. Setiap tema mempunyai

7 perkara bagi sepanjang 7 hari. Setiap perkara merupakan pokok doa

yang utama supaya setiap hari ahli-­‐ahli kumpulan anda dapat

meluangkan masa merenungi dan berdoa berdasarkan tema-­‐tema

tersebut dalam minggu doa kumpulan anda;

3. Setiap tema doa turut disertai dengan cadangan-­‐cadangan berdoa

secara kreatif, ayat-­‐ayat untuk direnungi. Keratan warna merah jambu

di bahagian bawah muka surat membantu kita memperingati bangsa-­bangsa

lain kerana ia termasuk hari-­‐hari sedunia. Ini membantu kita

berdoa seiringan keluarga sejagat kita dan merancang tarikh-­‐tarikh

berdoa bersama-­‐sama;

4. Rancangan dan tujuan Tuhan bagi kehidupan kita dinyatakan melalui

perhubungan dengan Tuhan yang dipenuhi dengan pengakuan yang

dihasilkan oleh ibadah yang tulen. Bahagian ibadah diharapkan akan

memimpin anda memupuk disiplin merenungi siapa Tuhan, supaya

anda dikuatkan dan mendapat keutamaan-­‐keutamaan baru ketika anda

meluangkan masa bersama-­‐sama Dia sepanjang tahun;

5. Dapatkan buku harian dan catatkan doa-­‐doa serta renungan anda pada

satu muka surat. Luangkan masa setiap hari supaya anda boleh

memupuk amalan ini. Kongsikan dalam talian sebelum dan selepas

minggu doa anda untuk menggalakan kumpulan-­‐kumpulan;

6. Untuk mendaftar dan menubuhkan bilik doa anda, sila baca arahan-­arahan

pada halaman 38;

7. Bila setiap kumpulan mengakhiri minggu Doa 24-­‐7, anda akan

menghulurkan “Baton Doa” kepada kumpulan seterusnya sama ada

melalui telefon, atau dengan ahli-­‐ahli daripada kumpulan yang akan

mengakhiri minggu doa melawat mereka yang akan memulai minggu

doa seterusnya.

7

8

Januari

• Kerajaan

Februari

• Sistem

Keadilan

Tema Doa Bulanan

Mac

• Gereja

April

• Wanita

Mei

• Media & Politik

Jun

• Penjagaan

Ciptaan

Julai

• Bangsa Asing &

Pelarian

Ogos

• Kaum Asal

September

• Kaum Miskin

Oktober

• Warga Emas &

Kurang Upaya

November

• Remaja dan

Kanak-­‐kanak

Disember

• Keamanan &

Perdamaian

9

TUHAN KEADILAN

Ibadah

10

Cara Kreatif Beribadah

Anda boleh merancang suatu perjalanan dalam bilik doa anda dengan mengadakan

stesen-­‐stesen interaktif dan menggalakan renungan. Sediakan ruang tertentu

menggunakan perkataan, gambar atau lambang yang boleh membantu renungan dan

mengalami perjalanan iman dan doa ini. Adakan titik fokus sekeliling bilik,

menggunakan lukisan mural, dinding atau zon untuk menyatakan perasaan dan

pengalaman perjalanan ini. Semasa beribadah mintalah setiap orang menanggalkan

kasut “kerana ini adalah tempat kudus.” Letakkan CD ibadah, puisi, tata kebaktian dan

lilin ketika mereka mula masuk. Nyalaan setiap batang lilin melambangkan setiap ahli

sebagai terang yang akan membawa perubahan ke dalam dunia gelap ini. Letakkan

semangkuk air sebagai peringatan kemurnian dan bahawa kita harus menjadi kudus

ketika mendekati Tuhan melalui doa. Pada dinding-­‐dinding, sebagai contoh anda boleh

mengadakan “Ibadah Fotografi,” atau sediakan alat-­‐alat seni lukis atau buku lakaran

bagi para remaja anda menyatakan kasih mereka terhadap Tuhan, serta kekaguman

mereka terhadap Dia melalui visual dan warna.

Yesaya 51:4-­‐5

“Perhatikanlah suara-­‐Ku, hai bangsa-­‐bangsa, dan pasanglah telinga kepada-­‐

Ku, hai suku-­‐suku bangsa! Sebab pengajaran akan keluar dari pada-­‐Ku dan

hukum-­‐Ku sebagai terang untuk bangsa-­‐bangsa. Dalam sekejap mata

keselamatan yang dari pada-­‐Ku akan dekat, kelepasan yang Kuberikan akan

tiba, dan dengan tangan kekuasaan-­‐Ku Aku akan memerintah bangsa-­bangsa;

kepada-­‐Kulah pulau-­‐pulau menanti-­‐nanti, perbuatan tangan-­‐Ku

mereka harapkan.”

Kisah Para Rasul 17:30-­‐31

“Dengan tidak memandang lagi zaman kebodohan, maka sekarang Allah

memberitakan kepada manusia, bahwa di mana-­‐mana semua mereka harus

bertobat. Karena Ia telah menetapkan suatu hari, pada waktu mana Ia

dengan adil akan menghakimi dunia oleh seorang yang telah ditentukan-­‐

Nya, sesudah Ia memberikan kepada semua orang suatu bukti tentang hal

itu dengan membangkitkan Dia dari antara orang mati.“

11

Doa Bersaiz Tuhan Untuk Penyelesaian Bersaiz Tuhan

Nehemia 1: 5-­‐11

“Kataku: "Ya, TUHAN, Allah semesta langit, Allah yang maha besar dan dahsyat,

yang berpegang pada perjanjian dan kasih setia-­‐Nya terhadap orang yang kasih

kepada-­‐Nya dan tetap mengikuti perintah-­‐perintah-­‐Nya, berilah telinga-­‐Mu dan

bukalah mata-­‐Mu dan dengarkanlah doa hamba-­‐Mu yang sekarang kupanjatkan

ke hadirat-­‐Mu siang dan malam bagi orang Israel, hamba-­‐hamba-­‐Mu itu,

dengan mengaku segala dosa yang kami orang Israel telah lakukan terhadap-­‐

Mu. Juga aku dan kaum keluargaku telah berbuat dosa.

Kami telah sangat bersalah terhadap-­‐Mu dan tidak mengikuti perintah-­‐perintah,

ketetapan-­‐ketetapan dan peraturan-­‐peraturan yang telah Kauperintahkan

kepada Musa, hamba-­‐Mu itu. Ingatlah akan firman yang Kaupesan kepada

Musa, hamba-­‐Mu itu, yakni: Bila kamu berubah setia, kamu akan Kucerai-­beraikan

di antara bangsa-­‐bangsa. Tetapi, bila kamu berbalik kepada-­‐Ku dan

tetap mengikuti perintah-­‐perintah-­‐serta melakukannya, maka sekalipun orang-­orang

buanganmu ada di ujung langit, akan Kukumpulkan mereka kembali dan

Kubawa ke tempat yang telah Kupilih untuk membuat nama-­‐Ku diam di sana.

Bukankah mereka ini hamba-­‐hamba-­‐Mu dan umat-­‐Mu yang telah Kaubebaskan

dengan kekuatan-­‐Mu yang besar dan dengan tangan-­‐Mu yang kuat?

Ya, Tuhan, berilah telinga kepada doa hamba-­‐Mu ini dan kepada doa hamba-­hamba-­‐Mu

yang rela takut akan nama-­‐Mu, dan biarlah hamba-­‐Mu berhasil hari

ini dan mendapat belas kasihan dari orang ini.”

12

2 Tawarikh 7:14

dan umat-­‐Ku,

yang atasnya

nama-­‐Ku disebut,

merendahkan diri,

berdoa dan

mencari wajah-­‐Ku,

lalu berbalik dari

jalan-­‐jalannya

yang jahat, maka

Aku akan

mendengar dari

sorga dan

mengampuni dosa

mereka, serta

memulihkan

negeri mereka.”

• Kisah: Nehemia mendapat khabar bahawa Yerusalem berada dalam keadaan

yang teruk dan dia meratapinya. Selama empat bulan, dia berdoa, berpuasa

dan berkabung.

• Pujaan. (Nehemia 1:5). Marilah kita hentikan segalanya dan renungi karakter

Tuhan yang Maha Besar dan kerjaNya di atas kayu salib melalui Tuhan Yesus

Kristus. Marilah kita merenungi apakah cara-­‐caranya kita dapat beribadah

kepada Tuhan yang akan memuliakan Dia dan mengagungkan namaNya

melalui tutur bicara dan tingkah laku kita.

• Pengakuan. (Nehemia 1:6-­‐7). Nehemia mengakui di hadapan Tuhan bahawa

bangsanya sudah melupakan wahyu Tuhan. Seperti Nehemia, ibadah kita

tentang siapa Dia patut menyedarkan kita bahawa cara-­‐cara dan

pengetahuan kita sebenarnya sudah muflis. Kekudusan Tuhan membawa

kita ke arah pertaubatan, bukan sahaja diri kita sendiri, tetapi kita sebagai

umat Tuhan dalam bangsa ini sudah mengeciwakan Dia.

• Marilah kita rendahkan diri dan secara terbuka mengakui bahawa dalam hati

kita, kasih kita sudah pudar, dan kita mahu mendapatkan rahmatNya dan

pemulihan, penyembuhanNya bagi kehidupan dan tanah air kita. (2 Taw.

7:14)

• Doa Syafaat – Doa bersaiz Tuhan untuk penyelesaian bersaiz Tuhan.

Nehemia merayu pada Tuhan berdasarkan janji Tuhan bagi mereka yang

ditebus dan membuat permohonannya (Nehemia 1:10-­‐11). Tuhan

menunjukkan rancanganNya kepada Nehemia, rancangan yang menjadikan

raja memihak kepada dia. Marilah kita melakukan yang sama. Bangsa kita

memerlukan penyelesaian bersaiz Tuhan. Marilah kita mengagungkan Dia

dengan doa bersaiz Tuhan.

Habakuk 2:3

“Sebab penglihatan itu masih menanti saatnya, tetapi ia bersegera

menuju kesudahannya dengan tidak menipu; apabila berlambat-­lambat,

nantikanlah itu, sebab itu sungguh-­‐sungguh akan datang

dan tidak akan bertangguh.”

Habakuk 3:17-­‐18

“... Sekalipun pohon ara tidak berbunga, pohon anggur tidak

berbuah, hasil pohon zaitun mengecewakan, sekalipun ladang-­ladang

tidak menghasilkan bahan makanan, kambing domba

terhalau dari kurungan, dan tidak ada lembu sapi dalam kandang,

namun aku akan bersorak-­‐sorak di dalam TUHAN, beria-­‐ria di dalam

Allah yang menyelamatkan aku.”

13

MEMPERINGATI BANGSA KITA LAGU KEBANGSAAN

“Negaraku, tanah tumpahnya darahku,

Rakyat hidup, bersatu dan maju,

Rahmat Bahagia, Tuhan kurniakan,

Raja kita, selamat bertakhta.

Rahmat Bahagia, Tuhan kurniakan,

Raja kita, selamat bertakhta.”

English Translation

My nation, the land My blood was spilled;

The people shall live, in unity and in prosperity,

God’s mercy and blessing

Our King shall reign in peace

God’s mercy and blessing

Our King shall reign in peace

Wahyu 5:9-­‐10

Dan mereka menyanyikan suatu nyanyian baru katanya: "Engkau layak menerima

gulungan kitab itu dan membuka meterai-­‐meterainya; karena Engkau telah

disembelih dan dengan darah-­‐Mu Engkau telah membeli mereka bagi Allah dari

tiap-­‐tiap suku dan bahasa dan kaum dan bangsa. Dan Engkau telah membuat

mereka menjadi suatu kerajaan, dan menjadi imam-­‐imam bagi Allah kita, dan

mereka akan memerintah sebagai raja di bumi."”

14

JANUARI 2012

KERAJAAN

1. 1 Timotius 2:1-­‐2 mengajar bahawa kita harus berdoa “untuk raja-­‐raja dan untuk semua orang yang

memegang kekuasaan .” Jika kuasa-­‐kuasa kegelapan dibenarkan berterusan tanpa gangguan dan

pengaruh rakyat, mereka akan mengawal dan menguasai kerajaan dan pihak berkuasa. Doakan supaya

kubu-­‐kubu kejahatan yang mengawal dan memanipulasi mereka yang berada dalam bidang politik dan

berkedudukan berkuasa diruntuhkan dalam nama Yesus;

2. Doakan umat Kristian akan memiliki pegangan kuat terhadap keadilan dan dengan berani

mengisytiharkan keadilan kepada bangsa-­‐bangsa, dan akan bangkit berdoa untuk pemimpin-­‐pemimpin

negara kita;

3. Mohonlah Tuhan melindungi umat Kristian di kalangan pihak berkuasa – agar mereka tetap berpegang

teguh dan menghormati Tuhan kita ketika melaksanakan tugas masing-­‐masing. Doakan ahli-­‐ahli politik

dan kaki tangan kerajaan Kristian agar mereka bijak dan berani, dan jangan bertindak sebegitu cara

sehingga mengkompromasi hak-­‐hak Kristian mengamalkan kepercayaan secara bebas; agar mereka

berupaya menggunakan kedudukan mereka ke arah mengubah masyarakat dengan cara yang

memuliakan namaNya; agar Tuhan memberkati mereka dengan hikmat, kepintaran, pemahaman dan

kecekapan di luar keupayaan semula jadi mereka; agar Tuhan menganugerahkan mereka dengan

keberanian dan kegagahan dalam kesaksian mereka, menjaga mereka supaya tidak ternoda dan tetap

jujur dan tulus di tengah-­‐tengah perbalahan politikal;

4. Doakan kebangkitan kepimpinan yang benar dan bermoral. Doakan pemimpin-­‐pemimpin yang terpilih

akan bertanggung jawab menyokong perundangan yang mencerminkan kebenaran, keadilan dan belas

kasihan;

5. Doakan perubahan dalam semua pentadbiran kerajaan, baik pada tahap kebangsaan atau pun negeri,

dan semua kaki tangan kerajaan bersikap benar dan memiliki kesedaran mendalam bahawa mereka

harus bertanggung jawab;

6. Mereka yang terlibat dalam kerjaya politik dan perkhidmatan awam yang memikirkan kejahatan,

merancang atau mengancam untuk memesong atau menyeleweng keadilan atau berusaha merampas

kekayaan, dikutuk dan disingkirkan. Doalah agar pemimpin-­‐pemimpin yang menindas dan yang tidak

mempercayai Tuhan akan kehilangan kedudukan berkuasa masing-­‐masing;

7. Doakan keselamatan pemimpin-­‐pemimpin negara kita, agar mereka akan insaf dan diperdamaikan

dengan Tuhan.

15

Berdoa Secara Kreatif

Cubalah berdoa sambil berjalan atau memandu! Berdoa di tapak bererti berdoa di

tempat-­‐tempat di mana anda mahu kuasa perubahan Tuhan terlaksana. Mohon

Tuhan “buka mata rohani anda” ketika anda berhubung dan mengenal pasti

bangunan-­‐bangunan di sekeliling serta memerhatikan keadaan sekitaran. Mohon

Tuhan mengizinkan anda melihat rancangan-­‐rancanganNya menurut pandangan

mataNya. Berdoa sambil memandu membolehkan kita meliputi kawasan yang lebih

luas. Sama ada berjalan atau memandu, berdoa demi kerajaan di sekitar pusat-­pusat

berkuasa akan menghasilkan kesedaran dan sensitiviti baru terhadap

keperluan di sekeliling anda dan apa yang Tuhan mahu lakukan. Letakkan gambar-­gambar

menteri kabinet, datuk bandar, ADUN kawasan anda, pegawai kerajaan

yang terkenal serta keratan-­‐keratan tentang dasar-­‐dasar awam yang kritikal untuk

didoakan. Letakkan senarai semua kerusi parlimen dan negeri supaya anda boleh

berdoa dengan berkesan untuk pilihan raya umum akan datang.

Matius 12:18

“Lihatlah , itu hamba-­‐Ku yang Kupilih, yang Kukasihi, yang kepada-­‐Nya

jiwa-­‐Ku berkenan; Aku akan menaruh roh-­‐Ku ke atas-­‐Nya, dan Ia akan

memaklumkan hukum kepada bangsa-­‐bangsa

Ulangan 16:20

Semata-­‐mata keadilan, itulah yang harus kaukejar, supaya engkau hidup

dan memiliki negeri yang diberikan kepadamu oleh TUHAN, Allahmu.

Zakharia 7:9

Beginilah firman TUHAN semesta alam: Laksanakanlah hukum yang

benar dan tunjukkanlah kesetiaan dan kasih sayang kepada masing-­masing!”

Memperingati Bangsa-­‐bangsa

Jan 27 Hari Memperingati Korban Bangsa Yahudi (holocaust) Antarabangsa

16

FEBRUARI 2012

SISTEM KEADILAN

Berdoalah

1. Untuk keadilan dan kebenaran, kerajaan diasaskan atas kebenaran dan keadilan; perubahan dalam

perundangan dan berdasarkan cintakan keadilan;

2. Hakim-­‐hakim yang taat kepada Tuhan akan berani menegakkan keadilan, khasnya dalam kes-­‐kes yang

melibatkan organisasi dan individu berkuasa atau kerajaan; Berdoalah untuk polis dan sistem

mahkamah kita, supaya tiada sesiapa yang kehilangan keadilan, yang lemah dan yang terdedah

dilindungi daripada penipuan dan rasuah, dan doalah menentang apa-­‐apa bentuk diskriminasi;

3. Bangsa kita, secara pro-­‐aktif akan mengesahkan undang-­‐undang antarabangsa yang menegakkan

hak-­‐hak asasi manusia – terutamanya orang-­‐orang pelarian, kanak-­‐kanak, kaum wanita;

4. Lebih umat Kristian akan bersuara bagi pihak kaum miskin dan tertindas, dan melibatkan diri dalam

pembelaan ke arah perubahan sistem keadilan, serta berkhidmat secara aktif bagi mereka yang

secara langsung dipengaruhi oleh sistem keadilan jenayah – memperdulikan mangsa-­‐mangsa jenayah,

bekas pesalah-­‐pesalah yang ingin kembali arus masyarakat biasa, dan memberi sokongan kepada ahli-­ahli

keluarga yang terjejas oleh jenayah. Doakan keselamatan banduan-­‐banduan serta ahli-­‐ahli

keluarga mereka agar mereka dapat dipulihkan dan diperdamaikan;

5. Sistem keadilan jenayah diubah berdasarkan prinsip-­‐prinsip pemulihan dan yang diperbaiki; bukan

sistem penghukuman yang sedia ada;

6. Pemansuhan undang-­‐undang yang menjejas kebebasan hak-­‐hak perlembagaan, khasnya hak

kebebasan kepercayaan, dan kebebasan bersuara dan berhimpun. Doalah hukuman mati akan

dimansuhkan;

7. Menentang rancangan jahat yang mahu menggantikannya undang-­‐undang dengam yang lebih teruk

dan menindas, yang dijangka akan menempatkan isu-­‐isu agama dan kaum dalam tahanan tanpa

perbicaraan.

17

Berdoa Secara Kreatif

Rancangkan zon keadilan dengan meletakkan keratan-­‐keratan akhbar atau muat

turun daripada Internet isu-­‐isu ketidakadilan dan kejahatan. Doakan keluarga kita

dalam Kristus, khasnya mereka yang dianiaya demi iman teguh mereka pada

Tuhan. Letakkan gambar pemimpin-­‐pemimpin utama sistem keadilan dan orang-­orang

berkuasa, atau lekatkan gambar-­‐gambar tersebut pada kepingan-­‐kepingan

kad. Bawalah kad-­‐kad dan keratan-­‐keratan ini bersama bila anda pergi ke sesuatu

tempat sunyi untuk berdoa, atau letakkan tangan anda atas setiap keping kad

sambil berdoa sambil memikirkan bagaimana maruah manusia dipengaruhi oleh isu

atau keadaan tersebut.

Doakan penyembuhan dan perubahan daripada Tuhan bagi semua orang yang

menerima kesan, pembuat undang-­‐undang dan diri anda sendiri. Bagaimanakah

Tuhan mahu anda bertindak balas terhadap isu-­‐isu ini? Mohon Dia memberi anda

pelan tindakan untuk dikongsikan dengan ahli-­‐ahli yang lain.

Imamat 19:15

‘Janganlah kamu berbuat curang dalam peradilan; jangan engkau

membela orang kecil dengan tidak sewajarnya dan janganlah

engkau terpengaruh oleh orang-­‐orang besar, tetapi engkau harus

mengadili orang sesamamu dengan kebenaran.’

Ulangan 27:19

“Terkutuklah orang yang memperkosa hak orang asing, anak yatim

dan janda. Dan seluruh bangsa itu haruslah berkata: Amin!”

Amos 5:24

“Tetapi biarlah keadilan bergulung-­‐gulung seperti air dan kebenaran

seperti sungai yang selalu mengalir.”

Memperingati Bangsa-­‐bangsa

Feb 1 Hari Wilayah Persekutuan

Feb 20 Hari Keadilan Sosial Sedunia

Feb 22 Rabu Abu (Bermulanya Puasa)

18

MAR 2012

GEREJA

Berdoalah

1. Gereja tidak akan berdiam tetapi berani, bersimpati dan bertindak segera terhadap semua isu

keadilan serta menjadi pengaruh perubahan baik di dalam mahu pun di luar;

2. Gereja menjadi saksi kebenaran dan kebebasan, keadilan dan keamanan, dan setia mengambil

bahagian sepenuhnya dalam kehidupan komuniti serta berani membela mereka yang ditindas,

lemah dan miskin sebagai tindakan iman demi kemuliaan Tuhan dan tanda kasih terhadap Dia;

3. Pemimpin-­‐pemimpin gereja akan menjalani hidup yang suci murni, tetap setia dan tidak tergoda

dan berkompromi dalam mengkhutbahkan Injil bila menghadapi serangan dan ugutan terhadap

gereja;

4. Gereja akan menonjolkan kepimpinan dan menjadi suara bagi mereka yang tidak dapat bersuara,

dan bertindak dengan bertanggung jawab terhadap kebajikan semua tidak kira jantina, bangsa,

kaum, agama, budaya, kedudukan sosial atau taraf ekonomi, dan berdiri bersama-­‐sama mereka

yang lemah dan yang menghadapi ketidakadilan serta penindasan;

5. Gereja akan bersatu dalam perpaduan supaya Tuhan dimuliakan dan dihormati. Doakan

penyembuhan di kalangan pemimpin-­‐pemimpin dan denominasi, pengampunan dan kasih sejati

bagi sesama;

6. Gereja menjadi suara politik yang relevan supaya ia boleh menjadi pengaruh positif dan

memberikan kesan yang baik kepada bangsa, dan menghasilkan kesedaran dan kepercayaan

bahawa masyarakat harus berubah dari dalam terlebih dahulu; supaya gereja berani dan rela

menentang tindakan-­‐tindakan tidak bermoral dan tidak berperi kemanusiaan terhadap mereka

yang lemah dan terdedah;

7. Keberanian mempertahankan hak-­‐hak gereja asal mengamalkan iman mereka dengan bebas,

kebebasan mencetak dan menggunakan Alkitab serta perkataan-­‐perkataan tertentu seperti

“Allah”.

19

Berdoa Secara Kreatif

Sediakan ruang berasingan dalam bilik doa dan letakkan gambar-­‐gambar

pemimpin utama gereja, denominasi, gereja asal, Alkitab dan ayat-­‐ayat dalam

berbagai bahasa (khasnya sebuah Alkitab) dan bekas-­‐bekas berisi berbagai

jenis kekacang. Sediakan semangkuk berisi semua jenis kekacang. Galakkan

setiap orang, sambil berdoa untuk kesatuan gereja, ambil kekacang ini

dengan tangan – rasakan, sentuh dan pegang – sebagai peringatan walau pun

setiap kacang itu kelihatan dan rasanya berlainan, semuanya adalah sama.

Demikian juga, walau pun terdapat denominasi dan kelainan, kita semua

bersama-­‐sama dalam satu tubuh dan kita adalah satu dalam Kristus.

Dapatkan sekeping gambar pokok dengan akar-­‐akarnya – tunjukkan akar-­akarnya

yang tertanam kuat dalam Tuhan, sementara ranting-­‐ranting bersama

buah-­‐buahnya lebat di luar dinding. Setiap buah mungkin sesuatu pelayanan

atau denominasi, dan ranting-­‐ranting serta buah-­‐buahnya mencapai komuniti.

Matius 23:23

“Celakalah kamu, hai ahli-­‐ahli Taurat dan orang-­‐orang Farisi, hai kamu

orang-­‐orang munafik, sebab persepuluhan dari selasih, adas manis dan

jintan kamu bayar, tetapi yang terpenting dalam hukum Taurat kamu

abaikan, yaitu: keadilan dan belas kasihan dan kesetiaan. Yang satu

harus dilakukan dan yang lain jangan diabaikan.”

Lukas 11:42

“Tetapi celakalah kamu, hai orang-­‐orang Farisi, sebab kamu membayar

persepuluhan dari selasih, inggu dan segala jenis sayuran, tetapi kamu

mengabaikan keadilan dan kasih Allah. Yang satu harus dilakukan dan

yang lain jangan diabaikan.”

Memperingati Bangsa-­‐bangsa

Mar 3 Hari Doa Sedunia -­‐ Malaysia

Mar 22 Hari Air Sedunia

Mar 28 Perhimpunan Doa Pra-­‐Paskah Nasional

20

APRIL 2012

KAUM WANITA

Berdoalah :

1. Lebih pemimpin wanita dalam bidang pendidikan dan perkhidmatan awam, sebagai contoh

Irene Fernandez, Irene Xavier, Teresa Kok, Moey Yoke Lai dan Hannah Yeoh;

2. Tuhan akan membangkitkan lebih wanita muda yang berkarunia rohani yang dapat

melaksanakan kepimpinan kritikal dari dalam dan luar gereja khasnya pada saat-­‐saat genting

ini, mereka yang diberkati dengan – keberanian dan ketegasan Nabi Debora, budi dan

kekuatan tenang Ratu Ester, kebijaksanaan Abigail, kecerdasan dan keberanian Yael, ketaatan

yang tidak berbelah bagi Perawan Maria dan kasih dan iman Maria, adik Marta – mampu

memberi kesan kepada perubahan bangsa dan menjadi suara kebenaran dan keadilan yang

jelas;

3. Lebih ramai lagi pahlawan-­‐pahlawan doa wanita, apabila wanita berdoa, Tuhan melakukan

perkara-­‐perkara yang mengagumkan dalam kehidupan orang-­‐orang yang mereka kasihi, dalam

komuniti dan bangsa mereka;

4. Peluang-­‐peluang dan keadaan-­‐keadaan yang lebih baik bagi wanita dan anak-­‐anak gadis

khasnya mereka yang berasal daripada kaum asal, miskin dan kawasan-­‐kawasan luar bandar,

agar keluarga dan anak-­‐anak mereka mendapat mutu kehidupan dan peluang yang lebih baik;

5. Jurang-­‐jurang jantina dirapatkan melalui penjagaan kesihatan yang lebih baik untuk kaum

wanita, kemudahan-­‐kemudahan bersalin yang lebih baik dan perlindungan daripada penyakit-­penyakit,

peluang pekerjaan, kenaikan pangkat, pendidikan dan kredit sama rata supaya dapat

mencapai potensi mereka yang sepenuhnya dan membantu membina keluarga yang kuat dan

kukuh bagi anak-­‐anak mereka;

6. Kerajaan akan menghapuskan semua halangan, semua bentuk diskriminasi dan undang-­undang

yang mencegah kaum wanita menggunakan hak asasi mereka yang sepenuhnya;

7. Kaum wanita muda yang berhijrah ke sini akan dilindungi daripada cengkaman kejahatan

penyeludup manusia, dan keadilan tetap ditegakkan bagi golongan seperti ini.

21

Berdoa Secara Kreatif

Dalam zon ini, letakkan belon-­‐belon dan pen-­‐pen marker. Tulis di atas belon

masalah dan isu yang mempengaruhi kita – apa yang menjadi tekanan kita?

Tiup belon sebesar mungkin, kemudian lepaskan belon sambil berdoa; ini

juga merupakan satu cara melepaskan segala kekuatiran kita kepada Dia.

Dapatkan nota-­‐nota melekit yang berbentuk cinta dan peta dunia khusus

untuk berdoa bagi kaum wanita seluruh dunia. Setiap orang boleh memilih

bangsa-­‐bangsa tertentu, dan tuliskan doa-­‐doa mereka bagi negara tersebut

pada nota melekit dan lekatkan pada peta.

Sediakan beg doa dan letakkan beberapa barang kecil yang mewakili

beberapa isu yang dihadapi kaum wanita di negara tersebut; contohnya

dompet kosong mewakili kewangan, patung bayi melambangkan kesihatan

dan keluarga, Firman Tuhan melambangkan perjalanan hidup rohani kaum

wanita dan sebagainya.

Mazmur 89:14

Keadilan dan hukum adalah tumpuan takhta-­‐Mu, kasih dan kesetiaan

berjalan di depan-­‐Mu.

Yesaya 61:8

Sebab Aku, TUHAN, mencintai hukum, dan membenci perampasan dan

kecurangan; Aku akan memberi upahmu dengan tepat, dan akan

mengikat perjanjian abadi dengan kamu.

Ayub 37:23

Yang Mahakuasa, yang tidak dapat kita pahami, besar kekuasaan dan

keadilan-­‐Nya; walaupun kaya akan kebenaran Ia tidak menindasnya.

Memperingati Bangsa-­‐bangsa

Apr 6 Jumaat Agung

Apr 8 Hari Paskah

Apr 14 Hari Doa Empat-­‐Empatbelas

Apr 22 Hari Bumi

22

MAY 2012

MEDIA & POLITIK

1. Doa menentang kejahatan di tempat-­‐tempat berkuasa; supaya ahli-­‐ahli politik yang jujur

dan benar dilantik, dan supaya Tuhan akan membangkitkan umatNya yang berupaya

hidup dan berkhidmat di tempat-­‐tempat berkuasa ini;

2. Doa menentang perlantikan ahli-­‐ahli yang menentukan dasar-­‐dasar, program-­‐program

dan menggurangkan belanjawan yang akan memudaratkan kaum miskin di tengah-­tengah

kenaikan harga barangan, dan krisis kewangan global yang semakin muncul;

Berdoalah melawan perbelanjaan yang membazir;

3. Doakan umat Kristian dalam bidang media -­‐ televisyen, radio, percetakan, filem,

pengiklanan, pemasaran dan media elektronik (seperti membina laman web) supaya

mereka akan menjadi pengaruh positif di tempat kerja masing-­‐masing dan hasil kerja

mereka berintegriti dan jujur;

4. Berdoalah bagi mereka yang berprofil dan juga mereka yang di belakang pentas; umat

kristian yang menghasilkan program khas untuk media perdana; Orang-­‐orang

berpengaruh dalam komuniti media massa -­‐ penyampai, penulis dan penyunting,

pengarah, penerbit dan pengurus media.

5. Penjaga-­‐penjaga media – mereka yang membuat keputusan sama ada mengizinkan

suara berpandangan Kristian atau menghalang suara tulen Kristian diutarakan. Media

Kristian – mereka yang bekerja dalam bidang televisyen, radio, filem, media elektronik

media dan cetakan Kristian;

6. Doakan “lingkaran perlindungan” bagi para wartawan dan pemberita yang

mendedahkan perbuatan jahat pihak berkuasa, dan yang berani melapor dan

menyuarakan kebenaran, dan bukannya demi keuntungan ; semoga Tuhan akan

mengutus orang-­‐orang yang benar dan jujur yang akan menulis umpama firman syurga,

dan pengurapanNya begitu ketara atas hasil kerja mereka, sehingga mulut semua

musuh disenyapkan;

7. Berdoalah agar umat Tuhan tidak akan mempercayai laporan-­‐laporan palsu dunia dan

ahli-­‐ahli politik yang jahat, dan supaya mereka dilindungi daripada tipu daya. Mereka,

sebaliknya akan berupaya mengenal pasti laporan yang benar daripada Tuhan.

23

Berdoa Secara Kreatif

Sediakan ruang teknologi dalam bilik – dilengkapi dengan peti televisyen,

radio, komputer dan sebagainya. Sediakan beberapa filem seperti Avatar,

Lord Of The Rings, The Matrix, WALL-­‐E, Finding Nemo dan sebagai, atau klip

video tentang doa, dan CD musik atau iTunes. Rancangkan untuk membuat

mainan atau letakkan model 3-­‐D media sosial hari ini seperti Facebook,

Google, MTV. Tempatkan suratkhabar, majalah bersama-­‐sama gunting dan

pita melekit – sebagai topik-­‐topik yang wajar difikirkan dan aktiviti doa

interaktif atas isu-­‐isu seperti kebebasan media, tabiat penggunaan media,

mengapa orang tertarik kepada berita buruk dan gosip selebriti dan

sebagainya. Mulakan halaman Facebook atau akaun Twitter untuk

menghantar senarai doa, atau malah mencipta halaman umpama Facebook

atau Twitter di mana anda boleh meletakkan perkara-­‐perkara yang mahu

didoakan di atasnya.

Mazmur 33:5

Ia senang kepada keadilan dan hukum; bumi penuh dengan kasih setia

TUHAN.

Yehezkiel 34:15-­‐16

Aku sendiri akan menggembalakan domba-­‐domba-­‐Ku dan Aku akan

membiarkan mereka berbaring, demikianlah firman Tuhan ALLAH.

Yang hilang akan Kucari, yang tersesat akan Kubawa pulang, yang luka

akan Kubalut, yang sakit akan Kukuatkan, serta yang gemuk dan yang

kuat akan Kulindungi; Aku akan menggembalakan mereka

sebagaimana seharusnya.

Memperingati Bangsa-­‐bangsa

May 3 Hari Kebebasan Akhbar Sedunia

May 14 Perhimpunan Doa Sedunia (di Jakarta)

May 27 Pentekosta (Hari Doa Sedunia)

24

JUN 2012

PENJAGAAN CIPTAAN

1. Bersyukur kepada Tuhan atas kebaikanNya terhadap kita, dan kebahagiaan kita menikmati

ciptaanNya;

2. Bertaubat kerana kita cuai menjaga dan mengurus ciptaanNya dan kekayaan semulajadi yang telah

dikurniakan kepada kita; kerana kita tamak dan mementingkan diri, sekarang kita mengancam

kesihatan bumi ini;

3. Periksa dan selidiki hati dan cara hidup kita. Marilah kita bertaubat kerana menjadi contoh yang

buruk kepada dunia, melalui kelampauan, pembaziran, kemerosotan dan pencemaran, sementara

begitu ramai yang menderita kekurangan dan memerlukan perkara-­‐perkara asas seperti makanan,

air bersih, kebersihan, penjagaan perubatan dan bantuan menghadapi krisis iklim;

4. Mohon campur tangan Tuhan untuk membantu bangsa kita melepaskan diri daripada penagihan

terhadap kebendaan, penimbunan hutang, dan sumber tenaga yang tidak berkelanjutan;

5. Doalah agar Tuhan akan mengaruniakan “hikmat syurgawi” dan mengarah serta memimpin gereja

supaya mengajar dan memimpin dengan menjadi teladan dalam pengurusan, ekologi alkitabiah, dan

penjagaan ciptaan;

6. Doalah melawan keadaan-­‐keadaan yang tidak adil akibat kemerosotan alam sekitar, di mana

komuniti yang menderita merupakan petani-­‐petani, kaum miskin dan kaum asal, sebagai contoh

petani yang kehilangan tanahnya akibat kemarau dan terpaksa menjual anak-­‐anaknya menjadi abdi;

komuniti-­‐komuniti bandar dan luar bandar yang menderita kesan-­‐kesan kesihatan akibat

pencemaran air minum; Doakan keadilan Tuhan untuk membantu dan menyembuhkan komuniti-­komuniti

dan individu-­‐individu yang menderita akibat-­‐akibat bencana alam yang berpanjangan hari

demi hari ;

7. Doalah keluarga-­‐keluarga Kristian akan menggurangkan pembaziran dan rela menanggung

kesulitan; berdoalah supaya mereka tidak akan dipengaruhi budaya dunia yang asyik mengguna

tetapi sebaliknya memupuk cara hidup kesederhanaan yang memuliakan Tuhan.

25

Berdoa Secara Kreatif

Mengikat doa-­‐doa secara rambang kepada beberapa barangan yang dapat dilihat

boleh membantu mewujudkan disiplin rohani ini. Sebagai contoh, letakkan gambar

seekor burung pada ruang Penjagaan Ciptaan dalam bilik doa anda, supaya setiap

kali melihat burung, mereka akan melayangkan doa supaya Tuhan akan mencukupi

keperluan kewangan. (Matius10:28-­‐31). Gambar-­‐gambar air (atau tembikai!)

menjadi peringatan untuk mendoakan alam sekitar dan seterusnya. Letakkan

pisau, sudu, garpu dan cawan yang boleh diguna semula dalam bilik doa. Jemput

kumpulan doa menghadiri sesi fotografi doa agar setiap orang boleh mengikat

doa-­‐doa mereka kepada gambar-­‐gambar yang diambil serta memaparkan dalam

bilik doa. Letakkan bunga-­‐bunga segar dan tanaman di zon doa – sebagai

mengingati kecantikan ciptaan Tuhan sambil anda berdoa. Adakan lawatan alam

sekitar, melihat matahari terbit dan terbenam – dengan tujuan utama berdoa

untuk ciptaan dan bersyukur kepada Tuhan atas kecantikan seni ciptaanNya.

Mazmur 106:3

Berbahagialah orang-­‐orang yang berpegang pada hukum, yang melakukan keadilan di

segala waktu!

Yakobus 5:16

Doa orang yang benar, bila dengan yakin didoakan, sangat besar kuasanya.

Matius 25: 37-­‐40

“Maka orang-­‐orang benar itu akan menjawab Dia, katanya: Tuhan, bilamanakah kami

melihat Engkau lapar dan kami memberi Engkau makan, atau haus dan kami memberi

Engkau minum? Bilamanakah kami melihat Engkau sebagai orang asing, dan kami

memberi Engkau tumpangan, atau telanjang dan kami memberi Engkau pakaian?

Bilamanakah kami melihat Engkau sakit atau dalam penjara dan kami mengunjungi

Engkau? Dan Raja itu akan menjawab mereka: Aku berkata kepadamu, sesungguhnya

segala sesuatu yang kamu lakukan untuk salah seorang dari saudara-­‐Ku yang paling

hina ini, kamu telah melakukannya untuk Aku. ”

Memperingati Bangsa-­‐bangsa

Jun 5 Hari Alam Sekitar Sedunia

Jun 20 Hari Pelarian Sedunia

Jun 25 Hari Menentang Penyalahgunaan Dadah dan

Penyeludupan Haram Antarabangsa

26

JULAI 2012

BANGSA ASING & PELARIAN

1. Doakan mereka yang datang ke negara kita untuk melepaskan diri daripada penindasan,

kemiskinan, keganasan, dan perang;

2. Doakan pihak berkuasa tidak akan melayani bangsa-­‐bangsa asing ini dengan rasa takut

dan ragu-­‐ragu serta curiga, tetapi dengan mulia, hormat dan kasih;

3. Doakan bangsa kita, pemimpin-­‐pemimpin dan warganya akan menyambut baik bangsa-­bangsa

asing dan pelarian dengan kesukaan dan kemurahan hati, sambil bertindak balas

kepada keperluan-­‐keperluan mereka yang banyak, kerana mereka ke mari untuk

mempelajari unsur-­‐unsur damai dan adil, namun tetap rindukan tanah air masing-­‐masing;

Doakan mereka menemui Dia dalam segala kemuliaanNya di sini melalui kasih komuniti

Kristian untuk mereka, dan menikmati pengalaman dengan Yesus Kristus yang dapat

mengubah hidup mereka;

4. Doakan halangan-­‐halangan budaya dan sosial dalam hati dan minda kita disingkirkan

supaya kita dapat menerima mereka sebagai saudara-­‐saudari kita sendiri;

5. Doakan bangsa dan gereja bersedia berkongsi kemakmuran kita bersama mereka dan

memjadi saksi kepada kasihNya;

6. Doakan Malaysia akan mengesahkan resolusi-­‐resolusi Persatuan Bangsa-­‐bangsa Bersatu,

dan berdoa melawan segala komplot kejahatan yang berdegil mahu melakukan kegiatan

menyeludup dan menindas;

7. Doakan perlindungan anak-­‐anak gadis dan kanak-­‐kanak daripada pedagang-­‐pedagang

haram; Perundangan dan azam politik yang lebih kuat memperlakukan perabdian moden

yang tidak berperkemanusiaan dengan hukuman yang seberat-­‐beratnya; Keadilan

dilaksanan dengan sepatutnya terhadap pedagang-­‐pedagang haram dan sesiapa dalam

kerajaan yang bersubahat.

27

Berdoa Secara Kreatif

Aturkan ruang tersedia dengan berbagai peta dan bangsa-­‐bangsa asing

yang berhijrah ke negara ini. Sediakan barang-­‐barang kebudayaan yang

unik dan khusus bagi bangsa-­‐bangsa ini, seperti pakaian, barang-­‐barang

kemas, pasu-­‐pasu, tikar-­‐tikar dan sebagainya. Doakan setiap komuniti ini

sambil kita mengambil barang-­‐barang ini dengan tangan kita. Lawatlah

pusat-­‐pusat bangsa asing dalam negara ini dan dengan kebenaran,

ambillah beberapa gambar. Lebih baik lagi, berikan satu hari dalam

seminggu mengajar mereka bahasa Inggeris dan berkhidmat kepada

mereka. Letaklah gambar-­‐gambar ini di atas dinding doa, tulis nama-­‐nama

mereka dan doakan setiap nama dengan permohonan khusus masing-­masing.

Ramai yang mengharapkan kebebasan ekonomi dalam usaha

mereka menetap semula di negara lain.

Mazmur 140:12

Aku tahu, bahwa TUHAN akan memberi keadilan kepada orang tertindas, dan

membela perkara orang miskin.

Imamat 19: 32-­‐34

Engkau harus bangun berdiri di hadapan orang ubanan dan engkau harus

menaruh hormat kepada orang yang tua dan engkau harus takut akan Allahmu;

Akulah TUHAN. Apabila seorang asing tinggal padamu di negerimu, janganlah

kamu menindas dia. Orang asing yang tinggal padamu harus sama bagimu

seperti orang Israel asli dari antaramu, kasihilah dia seperti dirimu sendiri,

karena kamu juga orang asing dahulu di tanah Mesir; Akulah TUHAN, Allahmu.

Keluaran 23: 9

Orang asing janganlah kamu tekan, karena kamu sendiri telah mengenal

keadaan jiwa orang asing, sebab kamupun dahulu adalah orang asing di tanah

Mesir.

Memperingati Bangsa-­‐bangsa

Jul 20 Doa 30-­‐hari (Ramadan bermula)

Jul 27 Olimpiks Musim Panas di London bermula

28

OGOS 2012

KAUM ASAL

1. Doakan perlindungan hak-­‐hak kaum asal – Orang Asli di Semenanjung, dan Orang Asal Sabah

dan Sarawak, kerana mereka telah banyak menderita ketidakadilan ekonomi di bawah kaum

kaya dan berkuasa, termasuk ahli-­‐ahli politik. Sebagai contoh, hak-­‐hak tanah mereka semakin

berkurangan akibat perampasan kekayaan;

2. Doakan kebebasan menggunakan hak-­‐hak mereka memilih iman kepercayaan dan cara hidup

masing-­‐masing, serta perlindungan terhadap penyerapan paksaan dan tindasan pihak-­‐pihak

agama; Ramai di antara mereka miskin dan hidup dalam ketakutan kerana anak-­‐anak mereka

diambil dan dimasukkan ke dalam asrama-­‐asrama milik kerajaan dan dipaksa bertukar agama;

3. Doakan individu Kristian dan gereja bersuara membela pihak mereka; Doakan gereja-­‐gereja

kaya Kristian di Sarawak akan melindungi berbagai subkumpulan, terutamanya keperluan-­keperluan

kaum Penan, dan tidak berdiam saja bersemuka ketidakadilan;

4. Doakan akses adil dan sama rata kepada semua kemudahan seperti pendidikan, air bersih,

perumahan, arus elektrik, penjagaan kesihatan, kemahiran-­‐kemahiran hidup dan kebajikan

ekonomi;

5. Doa melawan ketagihan arak, keganasan dalam rumah tangga dan perjudian, serta

perlindungan anak-­‐anak muda daripada bahaya jenayah dan maksiat;

6. Doa menentang korupsi, rasuah dan tindasan terhadap kaum asal di kalangan jabatan-­‐jabatan

kerajaan yang sebenarnya ditubuhkan khas untuk mereka;

7. Mohon Tuhan menyingkir ahli-­‐ahli politik dan pegawai-­‐pegawai kerajaan yang korup yang

telah memperkayakan diri sendiri dengan mengorbankan kaum asal, dan menyalahgunakan

pengurusan tanah dan rakyatnya.

29

Berdoa Secara Kreatif

Kita akan menggalakkan penggunaan budaya, seni dan musik kaum asal,

khasnya musik puji dan sembah yang dicipta dalam bahasa kaum asal untuk

dinyanyikan. Selidikilah beberapa kaum dan bangsa Sabah, Sarawak dan

Semenanjung dan letakkan gambar-­‐gambar dan seni budaya mereka

supaya membantu dalam doa. Tempatkan isu-­‐isu berkaitan – keratan-­keratan

dan muat turun internet – dan lekatkan pada dinding untuk

didoakan. Letakkan salinan-­‐salinan Alkitab bagi renungan dan peringatan

supaya terus menerus mendoakan kebebasan penggunaan bahasa kaum

mereka sendiri, termasuk Iban, Rungus, Kadazandusun and Bahasa

Malaysia.

Amsal 28:5

Orang yang jahat tidak mengerti keadilan, tetapi orang yang mencari

TUHAN mengerti segala sesuatu.

Amsal 29:7

Orang benar mengetahui hak orang lemah, tetapi orang fasik tidak

mengertinya.

Yesaya 11:4 (NLT)

Tetapi ia akan menghakimi orang-­‐orang lemah dengan keadilan, dan

akan menjatuhkan keputusan terhadap orang-­‐orang yang tertindas di

negeri dengan kejujuran; ia akan menghajar bumi dengan

perkataannya seperti dengan tongkat, dan dengan nafas mulutnya ia

akan membunuh orang fasik.

Memperingati Bangsa-­‐bangsa

Ogos 9 Hari Kaum Orang Asal Sedunia

Ogos 12 Hari Remaja Antarabangsa

30

SEPTEMBER 2012

KAUM MISKIN

1. Doakan mereka yang amat miskin di Sabah, Sarawak and Pantai Timur Semenanjung Malaysia –

sumber-­‐sumber yang sudah diperuntukkan bagi mereka yang dikenal pasti dalam Millennium

Development Goals 2010 (“MDG2010”) bagi Malaysia akan sampai secara langsung kepada

kumpulan-­‐kumpulan sasaran;

2. Doakan perlindungan dana daripada rasuah pada setiap peringkat kerajaan dan agensi; Doakan

pemudahan projek-­‐projek ekonomi yang lebih baik ditubuhkan bagi mempertingkatkan kapasiti

serta membolehkan pembangunan kemahiran di kalangan miskin, khasnya bagi kaum wanita, dan

peluang pendidikan, penjagaan kesihatan dan perumahan yang sama bagi semua kaum dan iman;

pengurusan kewangan yang baik sebagai langkah mencegah kebocoran dana yang diperuntukkan

kepada kaum miskin;

3. Mohon Tuhan meyakinkan dan membangkitkan umat Kristian yang sanggup keluar daripada zon

keselesaan kelas pertengahan masing-­‐masing dan menghulurkan tangan memenuhi keperluaan-­keperluan

golongan miskin di bandar;

4. Doalah supaya umat Kristian akan mencerminkan hati Tuhan terhadap kaum miskin dengan

berusaha memastikan kerajaan akan bertanggung jawab memenuhi janji mengurangkan kemiskinan

sebanyak 50% menjelang 2015; dan komitmen yang lebih dalam kepada kaum miskin, bersedia

berbicara kepada para pemimpin supaya bertindak dengan adil;

5. Doakan kaum miskin mendapat akses kepada khidmat perundangan dan menerima keadilan dalam

semua hal, khasnya berkaitan dengan harta milik;

6. Berdoalah agar korupsi ditangani dengan serius di mana terdapat jurang dalam peraturan

perdagangan antara bangsa, kawasan-­‐kawasan perlindungan cukai, aliran modal haram antara

bangsa dan pemerasan;

7. Doalah agar Gereja akan menjaga kaum miskin dengan secara proaktif, iaitu, mengakhiri kelaparan;

menyediakan pendidikan sedunia; menggalakkan kesaksamaan jantina; menawarkan penjagaan

kesihatan kanak-­‐kanak; memperbaiki kesihatan ibu-­‐ibu; memerangi HIV/AIDS; penjagaan ciptaan

dan kemampanan alam sekitar; dan memupuk perkongsian sejagat.

31

Berdoa Secara Kreatif

Letakkan satu salinan “Mencapai Matlamat Pembangunan Milenium

Malaysia 2010” (Millennium Development Goals 2010 Malaysia) yang di

terbitkan oleh Pertubuhan Bangsa-­‐Bangsa Bersatu Malaysia dalam bilik

doa. Setiap kumpulan doa harus menghasilkan satu projek bagi setiap

lapan bahagian – hentikan kelaparan; sediakan pendidikan sejagat; galakkan

kesaksamaan jantina; perluaskan penjagaan kesihatan kanak-­‐kanak; perbaiki

kesihatan ibu-­‐ibu; memerangi HIV/AIDS; jagaan ciptaan dan kemampanan

alam sekitar; dan memupuk perkongsian sejagat – dan buat komitmen untuk

berdoa dan melakukan sesuatu. Setiap kumpulan harus catatkan

perjalanan mereka (lebih kurang1 bulan) dengan menghasilkan klip video

yang ringkas, tidak melebihi 2 minit. Aturkan doa puasa 30-­‐jam dan

tayangkan klip-­‐klip video ini bagi berkongsi, berdoa dan memberi respons.

Ayub 37:23

Yang Mahakuasa, yang tidak dapat kita pahami, besar kekuasaan dan keadilan-­‐

Nya; walaupun kaya akan kebenaran Ia tidak menindasnya.

Ayub 5:8-­‐16

“Tetapi aku, tentu aku akan mencari Allah, dan kepada Allah aku akan

mengadukan perkaraku. Ia melakukan perbuatan-­‐perbuatan yang besar dan yang

tak terduga, serta keajaiban-­‐keajaiban yang tak terbilang banyaknya; Ia memberi

hujan ke atas muka bumi dan menjatuhkan air ke atas ladang; Ia menempatkan

orang yang hina pada derajat yang tinggi dan orang yang berdukacita mendapat

pertolongan yang kuat; Ia menggagalkan rancangan orang cerdik, sehingga usaha

tangan mereka tidak berhasil; Ia menangkap orang berhikmat dalam

kecerdikannya sendiri, sehingga rancangan orang yang belat-­‐belit digagalkan.

Pada siang hari mereka tertimpa gelap, dan pada tengah hari mereka meraba-­raba

seperti pada waktu malam. Tetapi Ia menyelamatkan orang-­‐orang miskin

dari kedahsyatan mulut mereka, dan dari tangan orang yang kuat. Demikianlah

ada harapan bagi orang kecil, dan kecurangan tutup mulut.”

Memperingati Bangsa-­‐bangsa

Sep 8 Hari Literasi Sedunia

Sep 11 Doa Demi Keamanan (Memperingati 9-­‐11)

Sep 21 Hari Keamanan Antarabangsa

32

OKTOBER 2012

WARGA EMAS DAN ORANG KURANG UPAYA

1. Doakan kerajaan akan mengambil semua langkah yang perlu untuk melindungi hak-­hak

penuh warga emas yang meraikan tahun keemasan masing-­‐masing, mereka yang

kurang upaya baik secara fisikal mahu pun mental;

2. Kadar pengangguran di kalangan mereka yang kurang upaya dua kali ganda mereka

yang normal. Doakan majikan-­‐majikan akan mencari jalan-­‐jalan kreatif mengambil

orang-­‐orang kurang upaya sebagai tenaga kerja. Mohon pada Tuhan agar peluang

sama rata diberikan kepada mereka yang kurang upaya, termasuk hak tidak

didiskriminasikan, pendidikan, pekerjaan, kesihatan, keadilan, mengambil bahagian

dalam budaya;

3. Doakan garis panduan perumahan, komersial, pengangkutan memperbaiki undang-­undang

masa kini supaya infrastruktur yang lebih baik diwujudkan untuk membantu

mereka yang kurang upaya dan warga emas, dan melibatkan mereka dalam semua

polisi dan program yang mempengaruhi mereka;

4. Doakan penubuhan kemudahan-­‐kemudahan sokongan dan jagaan yang lebih maju

bagi mereka yang kurang upadaya secara mental seperti pusat-­‐pusat bantuan awal,

kemudahan-­‐kemudahan kesihatan mental, meningkatkan kemahiran di kalangan

penyelidik-­‐penyelidik psikososial dan ahli-­‐ahli perubatan;

5. Doakan kerajaan akan mengambil lebih tindakan menangani keperluan warga emas,

seperti akses kepada perkhidmatan kesihatan, peluang-­‐peluang pekerjaan; dan

memupuk rasa hormat dan penjagaan bagi warga lebih tua dengan menetapkan

tempat-­‐tempat komersial harus menyediakan kemudahan tandas, tempat meletak

kereta dan sebagainya yang bersesuaian;

6. Doakan keluarga dan inidividu yang menjaga golongan ini – supaya mereka dikuatkan

dengan harapan, kesabaran, kelemahlembutan, simpati dan kasih yang mendalam.

7. Doakan lebih ramai sukarelawan Kristian akan menghulurkan kasih dan jagaan, dan

melibatkan diri dalam kehidupan mereka supaya mereka dapat mengenali kasih Yesus

yang mendalam, dan berbahagia kerana mereka bernilai di mataNya.

33

Berdoa Secara Kreatif

Dengan sengaja doakan agar Tuhan akan menemukan anda dengan

seseorang warga emas, atau orang kurang upaya supaya Tuhan akan

menyediakan cara-­‐cara praktikal bagi anda melayani dan berkhidmat

kepada mereka. Catatkan “pengalaman” ini secara klip video, album foto,

tayangan gambar atau kolaj supaya boleh dikongsikan bersama sebagai

galakan dan untuk didoakan.

Yesaya 1:17

Belajarlah berbuat baik; usahakanlah keadilan, kendalikanlah orang kejam;

belalah hak anak-­‐anak yatim, perjuangkanlah perkara janda-­‐janda!

Yesaya 28:17

Dan Aku akan membuat keadilan menjadi tali pengukur, dan kebenaran menjadi

tali sipat; hujan batu akan menyapu bersih perlindungan bohong, dan air lebat

akan menghanyutkan persembunyian."

Yesaya 56:1

Beginilah firman TUHAN: “Taatilah hukum dan tegakkanlah keadilan, sebab

sebentar lagi akan datang keselamatan yang dari pada-­‐Ku, dan keadilan-­‐Ku

akan dinyatakan.”

Memperingati Bangsa-­‐bangsa

Okt 1 Hari Warga Emas Antarabangsa

Okt 8 Hari Kesyukuran

34

NOVEMBER 2012

REMAJA DAN KANAK-KANAK

1. Doakan hak-­‐hak kanak-­‐kanak dan para remaja ditegakkan; Doakan lebih ramai umat Kristian

akan bangkit menjadi pemikir-­‐pemikir berstrategi demi masa depan anak-­‐anak dan para remaja,

menjadi suara bagi mereka yang ditindas, diabai atau dilupakan, khasnya komuniti-­‐komuniti

terabai seperti kaum orang asli, bangsa-­‐bangsa lain yang berhijrah ke sini dan kaum India;

Doakan keadilan sosial bagi semua kanak-­‐kanak, termasuk anak-­‐anak mereka yang berhijrah ke

sini, agar mereka diberi akses dan hak penuh pendidikan, perkhidmatan kesihatan dan

perumahan, tanpa menggira kewarganegaraaan, kaum, kepercayaan, jantina atau komuniti;

2. Doakan jaring-­‐jaring keselamatan ditubuhkan dengan secepatnya melalui sokongan

perundangan, perubatan dan emosional, memantau dan membimbing melalui sistem keadilan,

terhadap sebarang bentuk pengabdian, pemerdagangan, buruh paksaan, bahaya deraan dan

emosional;

3. Doakan usaha-­‐usaha lebih segera ke arah mendidik keluarga-­‐keluarga, gereja-­‐gereja, pekerja-­pekerja

barisan depan dan komuniti; khasnya perhatian lebih tertumpu kepada keselamatan dan

penjagaan sekolah, serta menentang sebarang bentuk diskriminasi;

4. Doakan perlindungan pesalah-­‐pesalah muda dan remaja dalam sistem pengadilan jenayah;

5. Doakan perlindungan anak-­‐anak dan para remaja daripada masalah yang menakutkan akibat

taraf pendidikan yang kurang memuaskan yang turut diburukkan lagi oleh faktor-­‐faktor lain

seperti kehancuran unit kekeluargaan, kemiskinan, kesihatan dan pemakanan yang merosot,

dan pengaruh buruk media and rakan-­‐rakan; doa melawan kemiskinan turun temurun yang akan

melucutkan peluang pendidikan daripada para remaja kerana mereka terpaksa bekerja

menolong menyara keluarga;

6. Doakan tiada seorang kanak-­‐kanak atau anak muda dihalang daripada kebebasan memilih

kepercayaan atau imannya sendiri; doakan setiap orang kanak-­‐kanak dan anak muda dalam

negara ini akan berpeluang mendengar Injil Yesus Kristus dan memiliki pengalaman yang

mengubah hidup hasil mengenali Dia;

7. Doakan kanak-­‐kanak dan anak-­‐anak muda memainkan peranan penting dalam kehidupan gereja,

semoga mereka diterima sebagai peranan-­‐peranan aktif, akses sama rata dan diberikan peluang-­peluang

memimpin supaya mereka dilatih menjadi pemimpin-­‐pemimpin yang membawa

perubahan bagi generasi ini.

35

Berdoa Secara Kreatif

Kumpulkan kanak-­‐kanak dan para remaja dalam bilik doa – tulis sepucuk

surat kepada Tuhan, atau lukis gambar untuk Tuhan. Sediakan ruangan

dalam bilik doa yang dipenuhi dengan majalah-­‐majalah lama yang

berwarna-­‐warni supaya mereka dapat membuat buku-­‐buku “Terima Kasih,

Tuhan” atau “Roda-­‐roda Doa Bagi Malaysia” – mereka boleh lekatkan

gambar-­‐gambar tentang isu-­‐isu yang penting bagi mereka, dan bila mereka

memutarkan roda, mereka akan doakan isu yang diwakili gambar-­‐gambar

yang terpapar. Mereka juga boleh menulis nama-­‐nama mereka di atas

batu-­‐batu kecil, letakkan dalam mangkuk, dan kemudian ambil satu batu

yang tercatat dengan nama orang lain, bawa pulang dan doakan sehingga

bertemu kembali pada perjumpaan seterusnya.

Yesaya 10:1-­‐2

Celakalah mereka yang menentukan ketetapan-­‐ketetapan yang tidak adil, dan mereka yang

mengeluarkan keputusan-­‐keputusan kelaliman, untuk menghalang-­‐halangi orang-­‐orang lemah

mendapat keadilan dan untuk merebut hak orang-­‐orang sengsara di antara umat-­‐Ku, supaya

mereka dapat merampas milik janda-­‐janda, dan dapat menjarah anak-­‐anak yatim!

Mazmur 68:5

Bapa bagi anak yatim dan Pelindung bagi para janda, itulah Allah di kediaman-­‐Nya yang kudus.

Mazmur 112:1-­‐10

Haleluya! Berbahagialah orang yang takut akan TUHAN, yang sangat suka kepada segala

perintah-­‐Nya. Anak cucunya akan perkasa di bumi; angkatan orang benar akan diberkati. Harta

dan kekayaan ada dalam rumahnya, kebajikannya tetap untuk selamanya. Di dalam gelap terbit

terang bagi orang benar; pengasih dan penyayang orang yang adil. Mujur orang yang menaruh

belas kasihan dan yang memberi pinjaman, yang melakukan urusannya dengan sewajarnya. …

Memperingati Bangsa-­‐bangsa

Nov 20 Hari Kanak-­‐kanak Sedunia

36

DISEMBER 2012

KEAMANAN DAN PERDAMAIAN

1. Doakan visi kerajaan Tuhan serta ilham dan keberanian membinanya kerana Tuhan adalah kasih

– untuk dunia di mana yang lemah dilindungi, dan tiada yang lapar atau miskin; di mana

kekayaan ciptaan diperkongsikan, dan dinikmati semua; di mana semua kaum dan budaya hidup

harmoni dan saling hormati menghormati, di mana keamanan berasaskan keadilan, dan keadilan

dibimbing oleh kasih;

2. Mohon supaya anak-­‐anak Tuhan akan membimbing bangsa-­‐bangsa dunia ke jalan keadilan dan

kebenaran, dan memantapkan keamanan di kalangan mereka kerana keamanan merupakan

buah kebenaran Tuhan dan Penyelamat kita, Yesus Kristus;

3. Doakan Roh Kudus akan menggerakkan hati semua dengan kehangatan kasihNya dan keinginan

memastikan keadilan bagi semua, berkongsi secara bebas agar keadilan dan kebenaran

diperolehi;

4. Dalam dunia yang penuh konflik ini, doakan umat Kristian akan membuat pilihan menjadi

pendamai dan melibatkan diri dalam perdamaian, penyembuhan dan pemulihan tali-­‐tali

perhubungan – menerima tugas memperdamaikan sesama manusia, dan manusia dengan

Tuhan; membawakan penyembuhan serta berkat kepada masyarakat, komuniti, dan gereja;

5. Mohon kesembuhan, harapan dan pengampunan – semua yang menjadi mangsa kebencian dan

keganasan, bagi mereka yang tersayang yang meratapi kedukaan, bagi jiwa-­‐jiwa yang dingin;

bagi anak-­‐anak yang lahir dalam dunia berkonflik serta ganas, bagi kaum wanita dan ibu-­‐ibu

yang menderita, bagi semua yang terpaksa menganggur akibat kesan-­‐kesan globalisasi dan

kegawatan ekonomi, mereka yang didiskriminasikan, bagi semua yang bergelut dalam usaha

mereka menyara keluarga masing-­‐masing;

6. Doakan askar-­‐askar yang perlu mematuhi arahan ketenteraan;

7. Doakan penebusan penjahat-­‐penjahat, dan mereka yang berkomitmen terhadap pengampunan

dosa – untuk mendapatkan perubahan sejati bangsa, dengan perubahan seorang demi seorang,

melalui penyelamatan oleh Yesus Kristus.

37

Berdoa Secara Kreatif

Kita sering berkata, “Saya mahu bersiar-­‐siar”. Bagaimanakah agaknya

menikmati jalan bersiar-­‐siar bersama Yesus? Tentunya anda akan

perlahankan langkah, bersiar-­‐siar, berehat dalam Dia. Mohon agar Dia

membantu anda melihat dunia melalui pandangan mata-­‐Nya, ketika

anda berhenti sejenak daripada jalan hidup hari ini yang terlalu pantas

dan asyik dengan kesibukan. Jalan saja tanpa tujuan—seperti

pasangan kekasih berjalan-­‐jalan di tepi pantai. Jalanlah bersama Tuhan

dengan beriman, dengan kesedaran bahawa di mana saja anda berada,

itulah tempat kudus, di mana saja anda berjalan itu juga tanah kudus,

yang sudah dituntut untuk Dia. “Betapa indahnya kelihatan dari puncak

bukit-­‐bukit kedatangan pembawa berita, yang mengabarkan berita

damai dan memberitakan kabar baik, yang mengabarkan berita

selamat.” (Yesaya 52:7)

Yesaya 30:18

Sebab itu TUHAN menanti-­‐nantikan saatnya hendak menunjukkan kasih-­‐Nya

kepada kamu; sebab itu Ia bangkit hendak menyayangi kamu. Sebab TUHAN

adalah Allah yang adil; berbahagialah semua orang yang menanti-­‐nantikan Dia!

Yesaya 61:1-­‐3

Roh Tuhan ALLAH ada padaku, oleh karena TUHAN telah mengurapi aku; Ia telah

mengutus aku untuk menyampaikan kabar baik kepada orang-­‐orang sengsara,

dan merawat orang-­‐orang yang remuk hati, untuk memberitakan pembebasan

kepada orang-­‐orang tawanan, dan kepada orang-­‐orang yang terkurung kelepasan

dari penjara, untuk memberitakan tahun rahmat TUHAN dan hari pembalasan

Allah kita, untuk menghibur semua orang berkabung, untuk mengaruniakan

kepada mereka perhiasan kepala ganti abu, minyak untuk pesta ganti kain

kabung, nyanyian puji-­‐pujian ganti semangat yang pudar, supaya orang

menyebutkan mereka "pohon tarbantin kebenaran", "tanaman TUHAN" untuk

memperlihatkan keagungan-­‐Nya.

Memperingati Bangsa-­‐bangsa

Dec 3 Hari Orang-­‐orang Kurang Upaya Antarabangsa

Dec 10 Hari Hak Asasi Manusia

Dec 12 Perhimpunan Pemimpin-­‐pemimpin Remaja 2012

Dec 25 Hari Krismas

38

Bagaimana Mendaftar dan Menubuhkan Bilik Doa Anda

1. Terdapat 52 minggu doa yang akan bermula pada 1 Januari 2012.

• Untuk pendaftaran dalam talian, sila kunjungi

www.24-­‐7prayer.com untuk memilih minggu berdoa.

• Untuk pendaftaran emel, sila hantar ke

247prayer.my@gmail.com

2. Aturkan minggu Doa 24-­‐7 anda dengan melakukan berikut:

• Mengerakkan orang berdoa, mengambil masa satu jam

berdoa tanpa gangguan selama 7 hari berikutnya.

• Dinasihati supaya mengatur bilik doa yang kreatif, mesra-­pengguna

dan mencabar, sementara menggerakkan para

remaja anda memenuhi setiap 168 jam dalam minggu yang

sudah ditentukan dengan doa, puisi, musik dan seni.

3. Anda boleh berdoa lebih daripada satu minggu. Jika kita

mempunyai lebih 52 kumpulan maka kita akan mulakan beberapa

rangkaian yang akan berdoa pada masa yang sama.

4. Jika anda memerlukan lebih sumber atau bantuan, sila hubungi

saya di 247prayer.my@gmail.com atau

chrisanne.chin@ccmyouth.org

Bagi Peredaran Swasta Sahaja

40

Pemuda majlis gereja-gereja malaysia (CCM Youth)

Dengan kerjasama:

Diedar oleh:

© Pemuda Majlis Gereja-Gereja Malaysia

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!