08.08.2014 Views

o_18upu97vonhu9udkakrqe1p9qo.pdf

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

BAB 3

SYIAH DAN SOLAT BERJEMAAH

3.1 PENDAHULUAN

Masyarakat sedia maklum bahawa Syiah dan pegangan aliran ini bukanlah isu

yang baru, bahkan ia seolah senyap dalam beberapa tempoh yang agak lama

memandangkan penyebaran fahaman dan pengikutnya tidak nampak ketara terutamanya

di Malaysia yang jelas majoriti umat Islamnya mengamalkan ajaran Ahli Sunnah Wal

Jama’ah. Namun, bermula Ramadhan 2013, isu Syiah ini kembali popular dan

masyarakat dikejutkan dengan pendedahan di media tempatan akan ajaran Syiah dan

pengikutnya seolah berkembang dalam senyap dan menular dikalangan pelbagai

peringkat usia. Sebelum ini kita hanya dimaklumkan aspek pegangan Syiah sahaja,

tetapi adakah hanya dengan pemakluman ini dapat menggambarkan pegangan individu

tanpa melihat juga soal aspek pandangan golongan ini dalam aspek ibadah terutamanya

solat yang pada penulis secara tidak langsung akan menterjemahkan pegangan individu

terhadap Syiah dan bukannya Ahli Sunnah Wal Jama’ah. Lantaran itu, bab ini akan

merungkai siapa sebenar Syiah, apa pegangan mereka serta pandangan golongan ini

terhadap solat berjemaah yang sememangkan menjadi amalan sunnah Rasulullah s.a.w.

3.2 DEFINISI SYIAH

Dari segi etimologis (bahasa), Syiah bererti “Para pengikut, penyokong,

pendukung atau pembela.” Contohnya, Syiah Ali, bermaksud satu kelompok yang

51

erupa “Penyokong, pendokong atau pembela Ali.”. Manakala menurut terminologi

(istilah) syara’, Syiah bermaksud “Sesiapa yang mengangkat kepimpinan Ali

radiallahu’anhu dan anak-anaknya”. Apabila disebut si Fulan itu Syiah maka dia

menganut atau berfahaman Syiah.(Rasul bin Dahri. 2001)

‏)تشيع(‏ Tasyayyu’ Ada juga kitab yang mengaitkan definisi Syiah dengan kalimah

yang menurut bahasanya bererti sikap menganut atau mendokong. Manakala dari sudut

istilah menurut syariat agama bererti sikap mencintai Ali ibn Abi Talib dan

memandangnya lebih utama dari sahabat Nabi s.a.w. yang lain kecuali Abu Bakar dan

Umar. Takrifan ini disokong dengan pendapat Ibn Hajar, yang Tasyayyu’ adalah sikap

mencintai Ali dan memandangnya lebih utama daripada sahabat lain. (Mahmud Az-

Za’by. 1989)

Pada zaman pemerintahan khalifah Abu Bakar, Umar dan Uthman, kalimah

Syiah dalam erti faktual suatu kelompok atau fahaman belum wujud dan belum

terbentuk. Tetapi kelompok ini lahir ketika terjadinya pertikaian dan peperangan antara

Syiah (penyokong) Ali dan Syiah Muawiyah. Hanya kelompok Syiah di waktu itu

kesemua mereka berfahaman Ahl Sunnah Wa al-Jama’ah. (Rasul bin Dahri. 2001)

3.3 MAKNA SYIAH DALAM AL-QURAN

Dalam kamus Tahzib al-Lughat oleh Abu Mansur Muhammad al-Azhari, Syiah

adalah merujuk kepada para pengikut seseorang yang juga membawa maksud sesuatu

kelompok manusia yang mempunyai kepentingan yang sama, pengiring dan tersebar

dan menjadi kuat. Namun, kalimah Syiah akhirnya difahami sebagai gelaran kepada

orang yang setia kepada Saidina Ali dan Ahlul Bait sehingga menjadi gelaran khusus

bagi mereka. Memang benar, kalimah yang merujuk kepada Syiah ini digunakan dalam

52

al-Quran dalam beberapa tempat yang kesemuanya merujuk kepada hubungan

kemanusiaan sesama mereka. Antara ayat-ayat di dalam al-Quran yang menggunakan

kalimah Syiah beserta huraian penafsiran sebenarnya adalah :

1. Surah al-Qasas : ayat 4 :

Maksudnya :

“Sesungguhnya Firaun telah berlaku zalim di bumi (Mesir) dengan melampaui

batas, serta ia menjadikan penduduknya berpuak-puak (Syiaan). Ia menindas

sepuak di antaranya dengan membunuh anak-anak lelaki mereka dan

membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesunggunhya adalah ia dari

golongan yang membuat kerosakan.(Tafsir Pimpinan Ar-Rahman. 2013)

Kalimah ‘Syiaan’ dalam ayat ini adalah merujuk kepada puak-puak yang

berpecah dimana asal ceritanya Firaun telah mengambil tindakan memecahkan

Bani Israel kepada banyak kumpulan untuk memastikan pengaruhnya berterusan

kerana bimbang dengan penyatuan golongan ini membawa kekuatan untuk

menentang Firaun dan tenteranya. (Dr. Hj Zahazan Mohamed. 2013)

2. Surah al-Qasas : ayat 15 :

53

Maksudnya :

“Dan masuklah ia ke bandar (Mesir) dalam masa penduduknya tidak

menyedarinya, lalu didapatinya di situ dua orang lelaki sedang berkelahi,

seorang dari golongannya sendiri dan yang seorang lagi dari pihak musuhnya.

Maka orang yang dari golongannya meminta tolong kepadanya melawan orang

yang dari pihak musuhnya; Musa pun menumbuknya lalu menyebabkan orang

itu mati. (Pada saat itu) Musa berkata : Ini adalah dari kerja Syaitan,

sesungguhnya Syaitan itu musuh yang menyesatkan, yang nyata

(angkaranya).”(Tafsir Pimpinan Ar-Rahman. 2013)

Kalimah ‘Syiaan’ dalam ayat ini pula adalah merujuk kepada seorang lelaki

yang dibantu oleh Nabi Musa a.s. Menurut Ibnu Abbas, lelaki yang

dimaksudkan adalah seorang lelaki dikalangan Bani Israel yang merupakan

kaum Nabi Musa dibantu oleh baginda untuk melawan bangsa Qibti yang

merupakan musuh mereka.

Manakala Ibnu Ishaq cenderung mentafsirkannya sebagai Muslim yang sedang

berkelahi dengan seorang kafir. Akhirnya Nabi Musa menumbuk musuhnya itu

samada si kafir ataupun Qibti sehingga menyebabkan kematiannya. (Dr. Hj.

Zahazan Mohamed. 2013)

54

3. Surah al-An’am : ayat 65 :

Maksudnya :

“Katakanlah : Dialah yang berkuasa menghantar kepada kamu azab seksa

(bala bencana) dari sebelah atas kamu atau dari bawah kaki kamu, atau Ia

menjadikan kamu bertentangan dan berpecah-belah- berpuak-puak, dan Ia

merasakan sebahagian daripada kamu akan perbuatan ganas dan kejam

sebahagian yang lain. Perhatikanlah bagaimana Kami menjelaskan ayat-ayat

keterangan (yang menunjukkan kebesaran Kami) dengan berbagai cara, supaya

mereka memahaminya.”(Tafsir Pimpinan Ar-Rahman. 2013)

‘Syiaan’ dalam ayat ini pula ditujukan khusus kepada golongan Yahudi dan

Nasrani yang asalnya mengikut syariat Nabi Musa dan Isa tetapi mereka telah

tersesat ataupun mengubah isi kandungan ajaran tersebut. Lantaran itu, mereka

telah disifatkan sebagai berpuak-puak disebabkan berbeza daripada umat Islam

yang bersatu dan kurang berselisih seperti mereka. (Dr. Hj. Zahazan Mohamed.

2013)

4. Surah al-Hijr : ayat 10 :

Maksudnya :

55

“Dan demi sesungguhnya Kami telah utuskan Rasul-rasul sebelum kamu (wahai

Muhammad) dalam kalangan kaum-kaum yang telah lalu.”(Tafsir Pimpinan Ar-

Rahman. 2013)

Yang dimaksudkan dengan kalimah ‘Syiaan’ dalam ayat ini adalah merujuk

kepada kaum-kaum terdahulu yang pernah diutuskan rasul kepada mereka. (Dr.

Hj. Zahazan Mohamed. 2013)

Daripada huraian di atas, jelaslah kepada kita bahawa penggunaan kalimah

Syiah dan variasinya dalam al-Quran merujuk kepada golongan manusia samada yang

memiliki sifat baik atau buruk dan tiada kaitan langsung dengan golongan Syiah yang

ada pada hari ini. Dalam erti kata lain, golongan Syiah yang muncul sejak zaman Ali

bin Abi Talib ini dikenali sebagai Syiah kerana penyatuan gaya berfikir mereka yang

mengutamakan Ali mengatasi sahabat yang lain. Skala golongan ini pula berbeza-beza,

bermula daripada yang biasa, sederhana sehinggalah yang ekstrem.

3.4 KELAHIRAN MAZHAB SYIAH

Mazhab Syiah lahir akibat pertikaian politik yang hebat di antara golongan umat

Islam yang menyokong Ali bin Abi Talib sebagai khalifah keempat dan golongan

Muawiyah bin Abi Sufyan. Dalam sengketa itu, Muawiyah akhirnya mengistiharkan

dirinya sebagai khalifah sesudah Ali wafat, dibunuh oleh orang-orang Khawarij.

Golongan penyokong Ali tidak puashati dengan hasil pergolakan seterusnya, apatahlagi

apabila Muawiyah bertindak kejam terhadap cucu Nabi s.a.w., Hassan dan Husein,

diakhiri dengan pembunuhan Husein di Karbala.

Golongan penyokong (Syiah) Ali yang tertindas oleh khalifah-khalifah dinasti

Umaiyah, akhirnya menyusun gerakan bawah tanah menentang kekuasaan Bani

56

Umaiyah, hingga akhirnya mereka berjaya menggulingkannya dan menggantikannya

dengan kerajaan Bani Abbas atau Dinasti Abbasiyah. Dari gerakan politik, Syiah Ali

beransur mengubah haluannya, hingga akhirnya aliran politik golongan itu berubah

menjadi mazhab akidah.

Perkembangan seterusnya menjadikan aliran Syiah berbeza dengan Ahli Sunnah

Wa al-Jamaah. Perubahan sifatnya itu juga bertujuan menyokong gerakan politiknya.

Sebab itulah sebahagian besar dari fahaman Syiah berkisar sekitar soal kepimpinan atau

imamah. (Mustafa Suhaimi. 1990)

Sebahagian cendekiawan Barat berpendapat bahawa golongan ini lahir

disebabkan pengaruh Parsi yang telah menyerap masuk ke dalam Islam menerusi

pengislaman orang-orang Parsi pada ketika itu. Ini kerana, orang Parsi berpegang

dengan pegangan bahawa pemerintahan adalah berdasarkan salasilah beraja dan kerusi

pemerintahan tersebut adalah diwarisi kerana mereka tiada pengetahuan tentang sistem

pemilihan khalifah. Maka, berdasarkan pegangan ini, apabila wafatnya Rasulullah

s.a.w., maka peribadi yang paling layak menurut mereka untuk menggantikan

Rasulullah s.a.w. dalam menguruskan ummah adalah saiyidina Ali bin Abi Talib

disebabkan Rasulullah s.a.w. tidak mempunyai anak lelaki. Sesiapa yang mengambil

jawatan tersebut seperti saidina Abu Bakar, Umar dan Uthman, maka individu tersebut

menurut mereka telah merampas jawatan tersebut yang menjadi miliknya. Bagi mereka

juga, ketaatan terhadap imam adalah kewajipan yang terawal. Ini adalah kerana, taat

kepada imam turut bermaksud taat kepada Allah. (www.jais.gov.my. 2011)

Terdapat juga dikalangan para ulama’ yang berpendapat bahawa golongan ini

lahir hasil daripada perancangan Yahudi disebabkan usaha yang telah dilakukan oleh

Abdullah bin Saba’ yang cuba melebihkan saiyidina Ali daripada sahabat yang lain dan

57

mengagung-agungkannya sehingga ke peringkat mempertuhankan saiyidina Ali. Abu

Zuhrah berpendapat bahawa, golongan Syiah ini telah timbul pada akhir pemerintahan

saiyidina Uthman dan ia semakin berkembang ketika zaman pemerintahan saiyidina Ali.

Hal ini disebabkan, ketika saiyidina Ali bercampur dengan umat Islam dalam

melaksanakan tugas khalifah, kebanyakan para sahabat telah berasa ta’ajjub terhadap

kehebatan kepimpinannya dan kelebihan yang Allah kurniakan kepadanya. Maka oleh

sebab itu, mereka menyebarkan pemikiran mereka yang adakalanya melampau dan

adakalanya bersifat mu’tadil. (www.jais.gov.my. 2011)

3.5 PEREKA AJARAN SYIAH YANG EKSTREM :ABDULLAH BIN SABA’

Abdullah bin Saba’ adalah seorang pendita Yahudi dari Yaman. Berpura-pura

masuk Islam (secara nifak) di zaman khalifah Uthman bin Affan r.a.. Dialah pereka

ajaran Syiah yang ekstrem yang menjadi punca bersemaraknya perpecahan dalam

kalangan masyarakat Islam terutama dalam kelompok Syiah itu sendiri. Abdullah bin

Saba’ pernah berkata yang ditujukan kepada khalifah Ali r.a. : “Engkaulah Allah.”

Maka Ali mengisytiharkan bunuh terhadap Abdullah bin Saba’ tetapi ditegah oleh Ibn

Abbas. Penyokong Ali membuangnya ke Madain (Ibu negeri Iran lama)

Abdullah bin Saba’ merupakan orang pertama mengkafirkan Abu Bakar, Umar

dan Uthman dan tidak mengiktiraf kekhalifahan kecuali dari kalangan Ahl Bait.

Seorang ulama’ Syiah, Muhammad Husin al-Zain pernah memperkatakan tentang

Abdullah bin Saba’ :

“Abdullah bin Saba’ mengeluarkan qaul (yang sesat), mengajarkan fahaman yang

ghalu (keterlaluan)… dan perbuatannya sangat melampaui batas.”

58

Saad bin Abdullah al-Qumy seorang ulama’, pemimpin serta ahli hukum Syiah

yang lahir 229H mengakui wujudnya Abdullah bin Saba’. Beliau menyebut beberapa

nama orang yang berkonspirasi yang digelar sebagai Saba’iyah. Menurut beliau lagi

bahawa komplot Saba’iyah adalah firqah pertama dalam Islam yang mengeluarkan

perkataan-perkataan yang ghalu (keterlaluan).

Saad bin Abdullah al-Qumy ulama’ besar Syiah yang mahsyur ini telah

memastikan bahawa Abdullah bin Saba’ adalah orang yang mengeluarkan perkataan

dan menampakkan dirinya mengecam dan menentang Abu Bakar, Umar dan Uthman

r.a. serta tidak mengiktiraf kekhalifahan mereka.

Pegangan Syiah yang ada sekarang adalah berasaskan ideologi dan doktrin sesat

Abdullah bin Saba’. Fahaman ini disampaikan (dipelihara) dalam bentuk riwayat hadis

yang dinasabkan kepada keluarga Nabi (Ahl Bait) dengan penuh kebohongan tetapi

diterima oleh mereka yang jahil. (Rasul bin Dahri. 2001)

3.6 GOLONGAN SYIAH

Menurut Shah Abdul Aziz al-Dahlawi (1992) terdapat empat golongan Syiah iaitu :

1. Syiah yang pertama.

Dikenali sebagai Syiah tulen, terdiri daripada orang-orang Muhajirin dan Ansar

yang hiup sezaman dengan Sayyidina Ali dan menjadi pengikut setia beliau

berdasarkan prinsip Ihsan. Mereka mengenali Sayyidina Ali secara dekat, mengakui

haknya dan memberi keutamaan sewajarnya kepada beliau, namun tidak

memandang remeh kepada sesiapapun dari kalangan para sahabat Rasulullah s.a.w.

59

2. Syiah Tafdhiliyyah (memberi keistimewaan atau keutamaan)

Golongan ini memberi keutamaan dan keistimewaan kepada Sayyidina Ali

mengatasi semua sahabat Nabi yang lain, tanpa mencaci dan mengkafirkan

sesiapapun dari kalangan mereka. Golongan ini muncul kira-kira dua atau tiga tahun

selepas kemunculan golongan yang pertama. Sayyidina Ali menyedari kemunculan

golongan ini dan beliau melarang sikap mereka.

3. Syiah Saba’iyyah

Golongan ini dikenali sebagai al-Tabarruiyyah, iaitu golongan yang mencaci para

sahabat Rasulullah s.a.w., kecuali beberapa orang sahaja. Mereka memandang

sahabat Nabi sebagai kafir dan munafik. Mereka mengatakan bahawa mereka tiada

sebarang hubungan dengan para sahabat.

4. Syiah Pelampau

Golongan ini menganggap Sayyidina Ali sebagai tuhan dan beberapa anggapan lain

yang tidak munasabah. Dalam hal ini, Sayyidina Ali sendiri telah mengambil

tindakan tegas terhadap puak ini dengan menjatuhkan hukuman bunuh, namun ia

sedikitpun tidak menjejaskan usaha mereka bahkan kerosakan akibat perbuatan

mereka bertambah merebak dan sikap degil mereka bertambah kuat lagi. Golongan

ini terbahagi kepada dua puluh empat puak, antaranya al-Bayaniyyah, al-

Mansuriyyah, al-Ghamamiyyah, al-Kamiliyyah, al-Imamiyyah dan lain-lain lagi.

60

3.7 PERBEZAAN PEGANGAN SYIAH DENGAN AHLI SUNNAH WAL

JAMA’AH

Perbezaan pegangan golongan Syiah dengan Ahli Sunnah Wal Jama’ah dapat

dilihat dalam beberapa perkara, antaranya : (Mustafa Suhaimi. 1990)

3.7.1 WASIAT MENGENAI KHALIFAH

Kaum Syiah berpegang bahawa Sayidina Ali adalah sahabat yang berhak

menjadi khalifah pertama sesudah Nabi Muhammad s.a.w. wafat, dan mereka

mengemukakan hadith yang dipanggil ‘Ghadir Khum’ untuk menyokong dakwaan

mereka.

Di tengah golongan Syiah, ada firqah yang terlalu fanatik hingga ada yang

melempar tuduhan buruk dan mengutuk khalifah Abu Bakar, Umar dan Usman yang

menurut mereka telah merampas jawatan khalifah dari sayidina Ali.

Menurut Ahli Sunnah Wal Jama’ah, hadith Ghadir Khum itu sengaja dicipta

oleh kaum Syiah, sebab itu ia tidak terdapat dalam himpunan besar kitab hadith sahih

oleh Bukhari, Muslim atau Ibnu Majah, Abu Daud dan lain-lain.

Ungkapan yang dikatakan hadith itu ialah yang bermaksud :

“Nabi Muhammad s.a.w. berjalan malam hari menuju Madinah. Bila sampai di suatu

tempat dekat Juhfah, Ghadir Khum, pada malam 18 Zulhijjah, Baginda berucap sambil

memegang tangan Ali, sabdanya :Apakah saya tidak berhak atas orang mukmin dari

diri mereka?. Jawab pendengar : Ya, wahai Rasulullah. Lalu Nabi pun bersabda lagi :

barangsiapa menganggap saya pemimpinnya, Ali juga pemimpinnya.”

61

Ada juga beberapa hadith oleh Imam Tirmizi, mengenai keutamaan Ali dan Ahl

Bait, tetapi tidak ada satu pun yang dapat diambil sebagai penyokong hadith Ghadir

Khum sebagai bukti adanya wasiat Nabi yang mahukan Ali dilantik sebagai khalifah

pertama sesudah Baginda wafat. Maka hadith wasiat mengenai lantikan Ali sebagai

khalifah pertama itu adalah hadith palsu yang direka oleh golongan Syiah semata-mata.

3.7.2 PERSOALAN IMAM

Ulama’ Syiah memanggil khalifah mereka sebagai Imam, dan bagi sebahagian

firqah Syiah, kedudukan Imam mereka sama dengan kedudukan Nabi atau kadangkadang

lebih dari itu. Kaum Syiah juga berpegang hanya pada hadith-hadith riwayat

Sayidina Ali dan keluarganya sahaja dan menganggap Imam-imam mereka (yang

berjumlah 12 orang) adalah ma’sum atau suci dari dosa.

Fahaman ini berlawanan dengan iktiqad Ahli Sunnah Wal Jama’ah bahawa

hanya Nabi-nabi bersifat ma’sum dan tidak ada siapa yang setaraf dengan Nabi sesudah

Nabi Muhammad s.a.w. wafat.

Selain itu, kaum Syiah juga menganggap 12 orang Imam yang dilantik setaraf

dengan khalifah Islam. Mereka ialah Ali bin Abi Talib, Hasan dan Husein, Ali Zainal

Abidin, Muhammad al-Baqir, Ja’far Sadiq, Musa al-Kazim, Ali Redha, Muhammad al-

Jawwad, Ali bin Muhammad, Hasan bin Ali al-Askari dan Muhammad bin Hasan al-

Mahdi.

Sebahagian kaum Syiah percaya Muhammad bin Hasan al-Mahdi telah lenyap

dan akan muncul kembali suatu masa nanti sebagai Imam Mahdi. Manakala ada pula

yang mempercayai bahawa Imam ke 5, Muhammad al-Baqir akan muncul pada akhir

zaman untuk menegakkan keadilan dan yang lebih melampau lagi adalah kepercayaan

62

Abdullah bin Saba’ yang menekankan bahawa Ali tidak wafat tetapi diangkat oleh

Tuhan ke langit seperti Nabi Isa.

Menurut Ahli Sunnah Wal Jama’ah, kesemua Imam Syiah itu tidak semestinya

bertaraf khalifah Islam, apatahlagi setaraf dengan para Nabi. Sebilangan dari tokohtokoh

yang dianggap Imam-imam Syiah itu memang dihormati oleh Ahli Sunnah Wal

Jama’ah seperti Sayidina Ali sendiri dan putera-puteranya. Manakala kepercayaan

tentang imam yang lenyap dan akan muncul kembali itu tidak terdapat dalam iktiqad

Ahli Sunnah Wal Jama’ah, lebih-lebih lagi mengenai martabat Sayidina Ali yang

disamakan dengan martabat Nabi Isa a.s.

3.7.3 PENGERTIAN AHL AL-BAIT

Maksud ‘Ahl al-Bait’ ialah keluarga Nabi Muhammad s.a.w., tetapi menurut

Syiah, Ahl al-Bait hanya keluarga Saiyidina Ali termasuk isterinya Fatimah dan anakanak

mereka dan zuriat mereka seterusnya. Isteri-isteri Nabi tidak dianggap sebagai Ahl

al-Bait oleh Syiah. Hakikat ini juga membuktikan sikap ta’asub mereka terhadap Ali

hingga anggota keluarga Nabi yang lain tidak diakui.

Anggapan ini berlawanan dengan hakikat yang sebenar, kerana termasuk juga

dalam keluarga Nabi ialah nasab Sayidina Abbas bin Abdul Mutalib dan anak beliau

Abdullah bin Abbas.

3.7.4 PENOLAKAN HADITH SAHABAT

Kaum Syiah menganggap khalifah Abu Bakar, Umar dan Uthman sebagai

perampas jawatan khalifah daripada Sayidina Ali, bahkan ada firqah dalam mazhab

Syiah yang memfatwakan ketiga-tiga sahabat besar itu sebagai kafir.Lantaran itu kaum

63

Syiah menolak hadith-hadith yang diriwayatkan oleh tiga sahabat besar ini dan hanya

menerima hadis riwayat Ali bin Abi Talib dan keluarganya sahaja.

Sikap ini nyata terpesong kerana menolak hadith riwayat tiga sahabat itu sama

seperti menolak perintah Nabi s.a.w. supaya umat Islam mengikut sunnah keempatempat

khalifah al-Rasyidin yang mendapat petunjuk daripada Allah s.a.w.

Kaum Syiah juga tidak mengakui hadith-hadith yang dikumpul oleh Bukhari,

Muslim, Nasa’i, Ibnu Majah, Abu Daud,Tirmizi, Hakim dan lain-lain. Hadith yang

diakui oleh mereka ialah hadith pengumpulan ulama’ mereka yang bergelar al-Kulini

(Muhammad bin Ya’qub al-Kulini)

Oleh itu, prinsip dalam ilmu fiqh oleh kaum Syiah, dalam beberapa aspek

berlainan dengan pegangan Ahli al-Sunnah Wal Jamaah. Sebab itulah ada segolongan

kaum Syiah tidak memberi salam pada akhir sembahyang mereka, tetapi hanya

menepuk-nepuk peha tiga kali sebagai pembatal sembahyang untuk menamatkannya.

3.7.5 FAHAMAN WAHDATUL WUJUD

Sebahagian firqah Syiah menganut fahaman Wahdatul Wujud, yang menyatakan

bahawa Allah s.w.t. boleh bersatu dengan makhlukNya. Oleh itu sesiapa yang ingin

melihat Tuhan, lihat sahaja makhluk yang ada di alam ini.

Fahaman ini dikemukakan oleh Imam Syiah yang bergelar al-Hallaj yang amat

jauh bezanya dengan iktiqad Ahli Sunnah. Adalah mustahil bahawa Tuhan boleh

bersatu dengan makhluk.

64

3.7.6 QUR’AN MASHAF ALI

Ada golongan kaum Syiah yang berpendapat bahawa al-Qur’an yang sah diikuti

hanya Mashaf Ali, tetapi golongan Ahli Sunnah Wa al-Jama’ah berpegang bahawa al-

Qur’an yang sah adalah Mashaf Uthman seperti yang rata-rata digunakan oleh umat

Islam sekarang.

Seluruh sahabat pada waktu khalifah Uthman sepakat menyatakan bahawa al-

Qur’an yang dilengkapkan susunannya pada zaman khalifah Uthman itu adalah yang

sah dan paling sempurna, dan sebab itulah Qur’an yang ada sekarang dipanggil Qur’an

“Mashaf Uthman”.

Oleh itu, bagaimana Qur’an Mashaf Ali itu boleh muncul di kalangan kaum

Syiah adalah dicurigai, padahal khalifah Uthman telah memerintahkan supaya salinan

Qur’an atau Mashaf yang lain dibinasakan untuk mengelak kekeliruan.

3.7.7 KONSEP TAQIYAH

Konsep ‘al-Taqiyah’ membolehkan kaum Syiah menyembunyikan fahaman atau

pegangan. Sebagai pegangan pokok Syiah, konsep ini, dalam pengertian umum

menghalalkan sikap berpura-pura bila perlu. Konsep ini mungkin timbul atas sebab

keselamatan ketika kaum Syiah diburu oleh pihak berkuasa Bani Umaiyah dan

kemudian oleh khalifah Abbasiyah dari abad pertama hingga kedua hijriyah.

Malangnya, konsep ini akhirnya diserapkan ke dalam iktiqad Syiah dan sasarannya

termasuk orang Islam sendiri.

Menurut Ahl al-Sunnah, konsep ini samalah seperti menghalalkan pendustaan

walaupun terhadap orang Islam. Menurut pegangan Ahli Sunnah segala yang mungkar

65

perlu diperbetul, baik dengan tenaga atau lidah atau sekurang-kurangnya dengan hati.

Sikap berpura-pura dan berdusta dalam urusan agama adalah sikap orang Munafiq.

3.7.8 HUKUM AGAMA UNTUK UMUM

Menurut kaum Syiah Isma’iliyah, hukum agama hanya melibatkan rakyat

umum. Para Imam mereka dikecualikan dari hukum. Sebab itulah Imam Syiah

Isma’iliyah yang dipanggil Agha Khan (di India) dan keluarga mereka bebas melakukan

apa sahaja kerana mereka dikecualikan dari hukum agama. Dalam pengertian lain,

konsep ini membenarkan Imam mereka melakukan kemungkaran, kerana mereka

dianggap ‘ma’sum’ dan berada di atas hukum dan undang-undang.

Konsep ini amat berlawanan dengan hukum Allah dan Sunnah Rasul sehingga

keluarga Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terlepas dari hukuman jika mereka berbuat

salah. Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w :

والذي نفس محمد بيده لو سرقت فاطمة لقطعت يدها

Maksudnya : “Demi Allah, andainya anakku Fatimah mencuri, nescaya akan ku potong

tangannya” –Bukahri dan Muslim.

3.7.9 KONSEP RAJA’AH

Golongan Syiah Isma’iliyah mengiktiqad bahawa Nabi Muhammad s.a.w. , Ali,

Hasan, Husein dan para Imam Syiah akan bangkit hidup kembali di dunia bila Imam

Mahdi (Imam mereka yang terakhir) lahir. Ketika itu semua musuh Ali akan

dibangkitkan semula untuk menerima hukuman kerana dosa mereka merampas jawatan

khalifah daripadanya. Di antara mereka yang akan dihukum termasuk Abu Bakar,

66

Umar, Uthman, Muawiyah, Yazid dan lain-lain dan sesudah itu barulah kiamat akan

berlaku.

Iktiqad ini berlawanan dengan firman Allah s.w.t. di dalam Qur’an yang

menjelaskan bahawa manusia mati hanya sekali. Di antara firman Allah itu ialah dalam

surah al-Baqarah, ayat 28 yang bermaksud :

“Mengapa kamu tidak mahu beriman pada Allah, padahal dulu kamu tiada, kemudian

Allah menghidupkan kamu, kemudian Dia mematikan kamu, kemudian menghidupkan

kamu semula dan kepadaNya kamu kembali.”

3.7.10 MENOLAK IJMA’

Kaum Syiah menolak konsep Ijma’ sebagai salah satu sumber syariat Islam.

Penolakan ini adalah semata-mata kerana bagi mereka, ulama’ lain kecuali Imam Syiah

tidak diterima ijtihadnya. Menurut mereka, hanya para Imam Syiah yang layak

membuat atau menetapkan hukum, apatahlagi darajat para Imam itu sama dengan

darajat para Nabi dan ucapan mereka dianggap setaraf dengan sabda Nabi.

Ahli Sunnah Wa al-Jama’ah mempercayai peranan Ijma’ berdasarkan firman

Allah s.w.t. dan hadis Rasul. Firman Allah s.w.t dalam surah al-Nisa’, ayat 115 yang

bermaksud :

“Barangsiapa yang melanggar peraturan Rasul, sesudah jelas baginya kebenaran

Rasul itu, dan mancari-cari jalan selain yang diikuti umat Islam, nescaya akan Kami

benarkan ke mana ia suka, akan Kami masukkan ia ke dalam neraka, dan itulah tempat

yang amat buruk.

Manakala sabda Nabi s.a.w yang bermaksud :

67

“Sesungguhnya tidak akan bersepakat umatku atas kesesatan”

Hadis ini menjelaskan sekiranya majoriti atau jumhur kaum muslimin (para ulama’

mujtahidin) menetapkan sesuatu hukum, ketetapan mereka tidak mungkin salah atau

sesat.

3.7.11 MENOLAK KONSEP QIAS

Kaum Syiah menolak konsep Qias sebagai salah satu sumber Syariat Islam,

kerana ini juga bererti menerima pendapat ulama’ di luar golongan Syiah. Seperti

diketahui, sebahagian kaum Syiah percaya bahawa para Imam mereka masih menerima

wahyu dari Allah, sedangkan Qias hanya pendapat manusia.

Sebaliknya Ahli Sunnah Wa al-Jama’ah berpegang pada Qias sebagai sumber

hukum dalam hal-hal yang tidak terdapat nasnya di dalam al-Qur’an, Hadis atau Ijma’

para sahabat. Firman Allah dalam surah al-Hasyar, ayat 2 yang bermaksud :

“Maka ambillah perbandingan wahai orang-orang yang punya mata hati.”

3.7.12 NIKAH MUT’AH HALAL

Sebahagian kaum Syiah menghalalkan nikah sementara yang dipanggil ‘Nikah

Mut’ah’. Amalan Nikah Mut’ah biasa dilakukan oleh orang-orang Arab pada zaman

Jahiliyah

(sebelum Islam) dan kemudian Nabi s.a.w. mengharamkannya. Menurut

fahaman Syiah, Nikah Mut’ah boleh dilakukan tanpa wali dan tanpa saksi nikah,

asalkan wanita yang berkenaan bersetuju dan diberi upahnya.

Penghalalan Nikah Mut’ah oleh Syiah didasarkan pada tafsiran mereka akan

maksud ayat 24 dari surah al-Nisa’ yang bermaksud :

68

“Maka isteri-isteri kamu yang telah kamu campuri, berilah kepada mereka maharnya

(mas kahwin) dengan sempurna sebagai suatu kewajipan.

Kaum Syiah mentafsirkan ayat ini dengan maksud :

“Maka wanita-wanita yang telah kamu campuri, berikanlah upah mereka sebagai satu

kewajipan”

Dalam pengertian lain, Syiah membolehkan hubungan seks asalkan wanita yang

terlibat dibayar upahnya. Tetapi hubungan seks yang dihalalkan dalam nikah sementara

itu, menurut Ahli Sunnah samalah seperti perbuatan zina yang diharamkan oleh Islam.

3.8 KOMENTAR ULAMA’ TENTANG PEGANGAN SYIAH

Mustafa Suhaimi dalam buku karangan beliau bertajuk “Cabaran Dan

Penyelewengan Aqidah” telah memberi komen tentang pegangan Syiah iaitu

:walaupun nyata bahawa terdapat banyak sekali perbezaan di antara iktiqad Ahli Sunnah

Wa al-Jama’ah dengan iktiqad Syiah, namun sesetengah ulama’ Islam enggan

menfatwakan bahawa rata-rata pengikut Syiah telah tersesat dan keluar dari Islam. Hal

ini menunjukkan bahawa di kalangan ulama’ Ahli Sunnah Wal Jama’ah sendiri terdapat

perselisihan pendapat mengenai iktiqad Syiah pada umumnya. Sesetengahnya tegas

menolak, tetapi yang lain bersikap cermat dan keberatan menjatuhkan hukuman.

Perbezaan ini berpunca dari hakikat bahawa sebahagian besar kaum Syiah tetap

beriman pada Allah yang Maha Esa, para Rasul, Malaikat, Kitab Suci, Hari Akhirat dan

Qada’ dan Qadar dari Allah.

Enam Rukun penting ini bila diimani menjadikan

seseorang itu mukmin dan sesuai dengan konsep Ahl Sunnah sendiri, bahawa seorang

mukmin yang derhaka selagi ia tidak menyekutukan Allah, segala dosanya yang lain

mungkin diampunkan oleh Allah.

69

Selama mereka masih berpegang pada Rukun Iman dan Rukun Islam, mereka

masih tetap mukmin dan tidak terkeluar dari Islam. Mengenai nasib mereka di Mahsyar

nanti terserahlah kepada Allah untuk mengadilinya. (Mustafa Suhaimi. 1990)

3.9 SYIAH DI MALAYSIA

Di Malaysia, kumpulan Syiah ini dipercayai mula bertapak selepas kejayaan

Revolusi Iran pada tahun 1979 yang menyaksikan penggulingan kerajaan pimpinan

Shah Muhammad Riza Pahlavi, seorang tali barut Amerika Syarikat oleh golongan

Syiah pimpinan Ayatullah Khomeni menyebabkan pengaruh kebangkitan Islam di Iran

telah diterima oleh masyarakat Islam di seluruh dunia termasuk Malaysia. Pengaruh

ajaran dan fahaman ini menular ke negara ini melalui bahan-bahan bacaan dan orang

perseorangan sama ada yang berkunjung ke Iran atau yang datang dari Iran.

(http://halaqah.net)

Buku-buku mengenai fahaman Syiah dan perjuangan Syiah di Iran mula disebarkan

ke Malaysia pada awal 80 an. Beberapa buah buku tersebut berjaya diterjemahkan ke

dalam Bahasa Malaysia dan disebarkan ke seluruh Malaysia. Antaranya termasuklah

buku “Manhaj Kebenaran dan Pendedahannya: Fiqh Lima Mazhab di antara Nas dan

Ijtihad” dan “Mengapa Aku Memilih Ahlul Bait a.s.?” yang diterjemahkan oleh

Professor Madya Dr. Lutpi Ibrahim pada tahun 1993.

Penyebaran pengaruh Syiah di Malaysia semakin hebat berlaku di IPT awam dan

swasta sekitar Kuala Lumpur melalui pensyarah-pensyarah Melayu dan pelajar-pelajar

dari Iran yang berfahaman Syiah sehinggakan Perdana Menteri ke 4, Dr Mahathir

Mohamad pernah mengeluarkan arahan untuk beberapa orang penggerak Syiah Melayu

70

ditangkap ke dalam ISA. Golongan Syiah di Malaysia berpusat di Hauzah ar-Ridhah di

Gombak, Mergong, Husainiyah az-Zahra di Pendang, Kota Bharu dan Johor Bahru.

Menurut JAKIM, Syiah yang terdapat di Malaysia adalah yang bermazhab

Imamiyah atau Ja’fariyah, Ismailiyyah dan Dawud Bahra. Manakala menurut laporan

seorang penggerak Syiah di Malaysia, Kamarulzaman Kelantan yang disiarkan dalam

majalah Najaf di Iraq, pengikut Syiah di Malaysia kini berjumlah 30,000 orang.

Syiah di Malaysia dilihat tidak seekstrim yang biasa dilihat di kaca televisyen

(melukakan badan semasa Hari Asyura dan sebagainya) kerana mereka mengamalkan

Taqiyah, sesuai dengan fasa mengasaskan Syiah di satu tempat baru. (http://inizis.com)

3.10 CIRI-CIRI PENGANUT SYIAH

Penganut Syiah di Malaysia sering menyembunyikan identiti dan mendakwa

bahawa Syiah adalah sebahagian daripada mazhab dalam Islam. Namun ada beberapa

ciri yang boleh diperhatikan untuk mengenali penganut Syiah ini, antaranya :

(http://www.lamankongsi.com. 2013)

1. Memakai songkok dengan bentuk tertentu seperti songkok orang Arab berwarna

hitam, tidak seperti songkok orang Melayu yang dikenali secara umumnya.

2. Tidak mendirikan solat Jumaat. Meskipun mereka bersolat bersama jemaah,

namun hakikatnya mereka melakukan solat Zohor kerana apabila Imam selesai

memberi salam, golongan ini akan lantas bangkit menambah rakaat untuk

mengaburi mata jemaah lain yang menyangkakan mereka sedang melakukan

solat sunat selepas solat Jumaat.

71

3. Mengakhiri solat dengan cara menepuk kedua belah peha beberapa kali tanpa

memberi salam sebagaimana yang dilakukan oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah.

4. Jarang melakukan solat berjemaah kerana hanya meyakini solat fardhu itu tiga

waktu sahaja.

5. Majoriti pengikut Syiah selalu membawa al-Turbah al-Husainiyah iaitu batu

atau tanah yang digunakan untuk menempatkan kening ketika sujud.

6. Pengikut Syiah juga tidak akan hadir dalam ceramah Ahli Sunnah, sering

mengingati Ahli Bait dan tidak akan menunjukkan penghormatan kepada Abu

Bakar, Umar, Uthman dan para sahabat serta Ummahat al-Mukminin.

7. Pada bulan Ramadhan, penganut Syiah tidak akan terus berbuka apabila telah

masuk waktu Maghrib, bahkan berkeyakinan seperti golongan Yahudi iaitu

hanya berbuka jika bintang-bintang sudah kelihatan di langit. Dengan kata lain,

mereka akan berbuka apabila benar-benar sudah masuk waktu malam. Mereka

juga tidak akan melakukan solat Tarawih kerana menganggapnya sebagai

bid’ah.

8. Pengikut Syiah juga tidak akan berpuasa pada hari Asyura sebagai cara untuk

melahirkan kesedihan pada hari tersebut.

9. Tidak akan melihat atau jarang sekali melihat penganut Syiah memegang atau

membaca al-Quran kerana berkeyakinan al-Quran sebenar berada di tangan al-

Mahdi yang ditunggu kedatangannya.

72

10. Berusaha keras melaksanakan dakwah kepada ajaran Syiah dikalangan orang

wanita dan golongan tua sebagai cara untuk menghalalkan Mut’ah (nikah

kontrak).

Walaupun banyaknya ciri-ciri yang boleh dikenalpasti pada penganut Syiah, namun

yang paling mudah sekali untuk kita ketahui samada seseorang itu pengikut Syiah atau

tidak ialah raut wajahnya akan merah padam seolah-orang sedang marah apabila

mencela Khomeini dan Sistani; sebaliknya tidak akan menunjukkan reaksi atau rasa

bimbang jika membuat kutukan terhadap para sahabat.

3.11 FATWA BERKAITAN ALIRAN SYIAH DI MALAYSIA

Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama

Islam Malaysia yang bersidang pada 5 Mei 1996 telah membincangkan Syiah di

Malaysia. Hasilnya, muzakarah tersebut telah memutuskan bahawa : (www.efatwa.gov.my)

1. Bersetuju supaya keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa yang telah

diadakan pada 24 dan 25 September 1984 [Kertas Bil.2/8/84, Perkara 4.2.(2)]

mengenai aliran Syiah yang menetapkan seperti berikut : “Setelah berbincang

dan menimbangkan kertas kerja ini, Jawatankuasa telah mengambil keputusan

bahawa, hanya mazhab Syiah daripada golongan al-Zaidiyah dan Jaafariah

sahaja yang diterima untuk diamalkan di Malaysia”, dimansuhkan.

2. Menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran

Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi akidah,

syariah dan akhlak.

73

3. Menyokong dan menerima cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan dan

Perlembagaan Negeri-negeri bagi memperuntukkan dengan nyata bahawa agama

bagi Persekutuan dan Negeri-negeri hendaklah agama Islam berasaskan

pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak.

4. Memperuntukkan pindaan kepada semua undang-undang negeri dan hukum

syarak bagi menyelaraskan takrif hukum syarak atas undang-undang Islam

seperti berikut : “Hukum syarak atau undang-undang Islam ertinya undangundang

Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi

akidah, syariah dan akhlak.

5. Memperakukan bahawa ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah

Wal Jamaah adalah bercanggah dengan hukum syarak dan undang-undang Islam

dan demikian penyebaran apa-apa ajaran yang lain daripada pegangan Ahli

Sunnah Wal Jamaah adalah dilarang.

6. Menetapkan bahawa semua umat Islam di negara ini adalah tertakluk kepada

undang-undang Islam hukum syarak yang berasaskan pegangan kepada ajaran

Ahli Sunnah Wal Jamaah sahaja.

7. Menetapkan bahawa penerbitan, penyiaran dan penyebaran apa-apa buku,

risalah, filem, video, dan lain-lain berhubung dengan ajaran Islam yang

bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah diharamkan.

Keputusan ini tidak menetapkan status Syiah secara jelas samada sesat atau tidak

dan adakah aliran atau fahaman Syiah yang ada di Malaysia ini telah menyimpang dari

sudut aqidah yang boleh menyebabkan terkeluar dari agama Islam.

74

3.12 FAKTOR AJARAN SYIAH SUKAR DI HALANG DI MALAYSIA

Walaupun penangkapan pernah dibuat ke atas golongan Syiah di Malaysia pada

tahun-tahun sebelum ini, namun keberadaan Syiah di Malaysia tidak dapat ditentang

secara habis-habisan seperti ajaran Ayah Pin dan ajaran al-Arqam, kerana beberapa

faktor yang antaranya:(http://inizis.com)

1. Pada tahun 2007 di Pakistan, Malaysia telah menyertai ‘Islamabad Declaration

Adopted By The Thirty Fourth Session Of The Islamic Conference Of Foreign

Ministers (Session Of Peace, Progress And Harmony) Islamabad, Islamic

Republic Of Pakistan 28-30 Rabi Al-Thani 1428H (15-17 May 2007) iaitu di

halaman 91-93, Resolution No. 28/34-Pol On Strengthening The Islamic Unity,

Dokumen dalam fail A/61/981 S/2007/656 menyatakan Syiah adalah mazhab

dalam Islam dan penganutnya berhak diberi hak-hak mereka sebagai seorang

Muslim. Malaysia turut menandatangani deklarasi yang telah diwartakan oleh

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 26 Jun 2007 ini.

2. Malaysia sentiasa ditekan di PBB supaya membiarkan Syiah disebarkan secara

bebas di Malaysia atau Malaysia akan dilabelkan sebagai negara pengganas.

3. Walaupun Syiah dikategorikan sebagai ajaran sesat oleh JAKIM di Malaysia,

status Syiah tidak diwartakan dengan jelas.

4. JAKIM tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan ke atas Syiah kerana

ia di bawah bidang tugas Kementerian Dalam Negeri.

75

3.13 SOLAT BERJEMAAH MENURUT PERSPEKTIF SYIAH

3.13.1 DEFINISI SOLAT BERJEMAAH

Menurut fiqh Syiah, ‘Solat Berjemaah’ bermaksud solat bersama muslim yang

lain, dengan salah seorang daripada mereka memimpinnya. Orang yang memimpin

dikenali sebagai imam, dan yang mengikuti dikenali sebagai

makmum.(http://syiahali.com. 2011)

3.13.2 HUKUM SOLAT BERJEMAAH

Golongan Syiah berpandangan bahawa adalah digalakkan berjemaah bagi semua

solat fardhu dengan memberi penekanan kepada solat Subuh, Maghrib dan Isya’.

Keutamaan galakan ini adalah kepada mereka yang tinggal berdekatan dengan masjid

atau sekitar kawasan yang kedengaran azan dari rumah mereka.(http://syiahali.com.

2011) Namun begitu, ada yang mengatakan bahawa pengikut Syiah jarang melakukan

solat secara berjemaah dengan alasan mereka tidak mengakui solat lima waktu

melainkan tiga waktu sahaja yang diyakini.(http://www.lamankongsi.com. 2013)

Manakala bagi solat Jumaat pula, menurut pengikut Syiah Imamiyah, umat

Islam hanya boleh menunaikan solat Jumaat jika bilangan jamaah mencukupi sekurangkurangnya

lima orang. Sekiranya bilangan jamaah tidak mencapai lima orang, maka

tidak wajib bagi mereka melakukan solat Jumaat

tersebut.(http://maszleemalik.blogspot.com. 2007) Ada pendapat yang mengatakan

bahawa golongan Syiah tidak melakukan solat Jumaat dengan sebenarnya. Meskipun

menyertai jamaah dalam solat Jumaat, namun setelah imam memberikan salam, mereka

akan terus berdiri. Dalam keadaan ini, jamaah lain akan menyangkakan bahawa mereka

melakukan solat sunat, padahal mereka menyempurnakan solat Zohor empat rakaat,

76

kerana pengikut Syiah tidak meyakini kesahihan solat Jumaat kecuali bersama imam

yang maksum atau wakilnya. (http://www.lamankongsi.com. 2013)

Bagi solat sunat pula, golongan Syiah berpendapat bahawa tiada solat berjemaah

bagi solat sunat melainkan bagi dua solat sahaja iaitu solat Istisqa’ (minta hujan) dan

solat Eid (Hari Raya) .(http://syiahali.wordpress.com. 2011). Golongan Syiah juga

menyifatkan bahawa amalan solat sunat Tarawih secara berjemaah sebagai Bid’ah yang

telah disunnahkan oleh khalifah Umar al-Khattab r.a. kerana menurut riwayat Syiah,

Nabi s.a.w. tidak berjemaah bagi solat Tarawih dan sentiasa pulang ke rumah apabila

takbir dilaungkan oleh jemaah baginda. (http://kefahaman-selamanya.blogspot.com.

2013)

3.13.3 KELEBIHAN SOLAT BERJEMAAH

Aliran Syiah memandang dari sudut ganjaran pahala sebagai satu kelebihan

dalam melakukan solat berjemaah sebagaimana yang telah dinukilkan dalam riwayat

mereka. Antaranya ialah jika ada dua orang berjemaah dalam solat, maka mereka akan

beroleh ganjaran pahala sebanyak 150 solat bagi satu rakaat. Sekiranya 3 orang

melakukan solat berjemaah, maka setiap mereka akan beroleh pahala umpama

melakukan 600 solat bagi satu rakaat. Bagi jemaah yang bilangannya 4 orang pula,

ganjaran pahalanya dikatakan seumpama melakukan 1200 solat untuk satu rakaat.

Manakala ganjaran pahala bagi jemaah yang disertai seramai 5 orang pula adalah

seumpama melakukan solat sebanyak 2400 kali untuk satu rakaat, dan begitulah

seterusnya dimana ganjaran itu akan semakin berganda jika semakin ramai yang

menyertai solat berjemaah tersebut. Betapa ganjaran yang begitu banyak, sehinggakan

golongan Syiah juga mengibaratkan bahawa sekiranya jamaah dalam solat itu melebihi

10 orang, maka dikatakan “seandainya semua awan itu adalah kertas, semua lautan itu

77

adalah dakwat, semua pokok adalah pen dan semua manusia, jin dan malaikat adalah

penulis, nescaya mereka tidak mampu merekodkan ganjaran untuk satu rakaatnya.”

Riwayat Syiah juga menyebutkan bahawa dalam solat berjemaah, “takbir yang

disebutkan selepas imam adalah lebih baik dan disayangi Allah s.w.t. daripada 60,000

kali melakukan haji dan umrah, lebih baik dari dunia dan segala isinya. Setiap rakaat

dalam solat berjemaah adalah lebih baik daripada sedekah 100,000 dinar kepada

orang miskin dan sujudnya lebih baik daripada membebaskan 100 orang hamba.”

Oleh itu, bagi Syiah Imamiyah, tidak patut mengambil ringan tentang solat

berjemaah dan menjauhkan diri dari solat ini tanpa sebarang sebab yang

munasabah.(http://syiahali.wordpress.com. 2011)

3.13.4 SYARAT MEREALISASKAN SOLAT BERJEMAAH

Ada beberapa ketetapan yang diputuskan oleh golongan bermazhab Syiah bagi

mengiktiraf solat yang dilakukan itu terhasil sebagai berjemaah. Antara yang dapat

dilihat melalui kajian adalah : (http://syiahali.wordpress.com. 2011)

1. perlu ada sekurang-kurangnya dua orang jika solat yang ingin dilakukan itu

adalah solat fardhu, iaitu seorang berperanan sebagai pemimpin dalam solat

yang dipanggil imam, manakala seorang lagi adalah sebagai pengikut atau

makmum. Penentuan bilangan ini berbeza pula sekiranya solat yang ingin

didirikan itu merupakan solat Jumaat. Dalam situasi ini mereka mengatakan

bahawa perlu ada sekurang-kurangnya seramai lima orang atau dalam satu

pendapat yang lain mengatakan tujuh orang untuk melaksanakan solat Jumaat

itu secara berjemaah. Sekiranya bilangan jemaah tidak mencapai jumlah di atas,

mereka mengatakan bahawa gugurlah kewajipan solat Jumaat tersebut, dengan

78

erdalilkan hadith yang dikatakan telah diriwayatkan oleh para imam terkemuka

Syiah yang didakwa sebagai maksum dan menjadi hujah kedua selepas al-

Quran.(http://masleemalik.blogspot.com. 2007)

2. penekanan solat berjemaah itu dilakukan di masjid terutamanya bagi mereka

yang tinggal berdekatan atau kawasan yang kedengaran laungan azan dari rumah

mereka. Solat berjemaah yang sangat digalakkan adalah solat fardhu Subuh,

Maghrib dan Isyak, malah dikatakan amalan yang tidak disukai sekiranya

mengabaikan solat berjemaah tanpa ada sebarang keuzuran yang munasabah.

(http://syiahali.wordpress.com. 2011)

3. makmum boleh menyertai solat berjemaah selagi mana imam belum bangkit dari

rukuknya. Sekiranya imam telah bangun dari rukuk, maka makmum harus

menunggu sehingga imam berdiri semula untuk meneruskan rakaat seterusnya.

(http://syiahali.wordpress.com. 2011)

3.13.5 SYARAT MENJADI IMAM

Syarat untuk seseorang berkelayakan menjadi imam dalam solat berjemaah secara

ringkasnya menurut aliran Syiah adalah : (http://syiahali.wordpress.com. 2011)

1. Baligh, samada sudah mencapai umur 15 tahun ataupun keluarnya air mani

melalui mimpi.

2. Waras fikiran (Aqil).

3. Dalam golongan Syiah Imamiah (mempercayai wilayah 12 orang Imam dari

kalangan ahli al-bait). Ini adalah sebagai ihtiyat daripada kalangan ulama’

seperti Sayyid Sistani. Walau bagaimanapun ramai juga dikalangan ulama’

79

Syiah seperti Ayatollah Khamenei, mengeluarkan fatwa bahawa sah

berimamkan ahli Sunni, asalkan beliau melepasi syarat lain yang dinyatakan

seperti baligh, waras adil dan mampu membaca dengan sempurna.

4. Adil dengan maksud tidak melakukan dosa-dosa besar secara terbuka serta sah

taraf kelahirannya (anak sah taraf).

5. Mempunyai kemampuan membaca (al-Quran) dengan sempurna.

6. Wanita hanya boleh mengimamkan solat sekiranya semua makmumnya

dikalangan orang wanita sahaja.

3.13.6 SYARAT-SYARAT SAH MAKMUM MENGIKUT IMAM

Secara umumnya, menurut mazhab Syiah, makmum boleh menyertai solat

berjemaah bersama imam selagi mana imam belum bangun dari ruku’. Sekiranya imam

telah bangun, maka makmum harus menunggu sehingga imam berdiri pada rakaat

berikutnya kerana tidak boleh menyertai imam ketika imam sedang sujud mahupun

ketika I’tidal (berdiri sebentar selepas bangun dari ruku’). Namun begitu ada beberapa

syarat khusus yang telah digariskan oleh ulama’ Syiah sebagai syarat sah makmum

untuk mengikut imam, antaranya : (http://syiahali.wordpress.com. 2011)

1. Berniat mengikut imam. Ini kerana solat tidak akan dikira berjemaah tanpa

adanya niat berjemaah mengikut imam.

2. Menyebut Takbiratu al-Ihram hanya selepas imam menyebutnya. Sekiranya

makmum mendahului sebutan imam, maka tidak sah solat berjemaahnya.

3. Mendengar sahaja bacaan imam samada bacaan al-Fatihah mahupun surah yang

lain. Dalam erti kata lain makmum hanya perlu senyap tanpa perlu membaca

80

sebarang ayat atau surah bagi semua rakaat dalam solat berjemaah, samada

ketika imam membaca secara kuat (dalam solat Subuh, Maghrib dan Isya’)

mahupun perlahan (Zohor dan Asar).

4. Tidak mendahului pergerakan atau perbuatan imam dalam solat seperti ruku’

hanya setelah imam ruku’ dan begitulah bagi perbuatan yang lainnya. Walau

bagaimanapun tidak menjadi kesalahan mendahului imam dari sudut bacaan,

malah dibolehkan pula menyebut salam mendahului salam imam.

5. Jika makmum terlupa secara tidak sengaja telah mendahului perbuatan imam,

maka makmum hendaklah kembali dimana posisi imam sedang berada.

6. Solat dilakukan oleh imam itu tidak semestinya bersamaan dengan solat yang

dilkukan oleh makmum seperti dibolehkan melakukan solat Maghrib dibelakang

imam yang sedang solat Isya’.

3.13.7 SUSUNAN SAF MAKMUM

Menurut mazhab Syiah, susunan saf bagi makmum dalam solat berjemaah

haruslah lurus dan kayu ukur lurusnya saf tersebut adalah ditentukan dengan cara

berdiri dan melihat dari bahu ke bahu jemaah. Selagi terdapat kekosongan pada satu saf

yang dibuat, maka hendaklah dipenuhi saf tersebut sebelum saf yang baru diwujudkan.

Ini kerana berdiri berseorangan dalam jemaah dianggap makruh disebabkan terpisah saf

dengan jemaah yang lain. Kedudukan imam pula adalah berada dihadapan saf makmum

dan jarak antara saf jemaah tidak ada jarak yang khusus, hanya cukup sekadar

membolehkan makmum bersujud sahaja.

Sekiranya solat berjemaah hanya terdiri daripada seorang imam dan makmum

sahaja, maka harus bagi makmum tersebut berdiri kebelakang sedikit dari imam,

81

walaupun pada dasarnya tiada larangan (dibenarkan) makmum berdiri selari dengan

imam. Hal ini berbeza bagi bilangan jemaah yang ramai dimana wajib bagi makmum

berdiri dibelakang imam, bukan ditepi imam tersebut, manakala tempat berdiri imam

pula tidak boleh lebih tinggi dengan kadar 4 jari jika dirapatkan dari tempat berdiri

makmum.

Sambungan saf juga perlu diperhatikan dan dijaga sepanjang masa dalam solat

berjemaah kerana jika terputus, maka tiada lagi solat secara berjemaah (tidak dikira

sebagai berjemaah), dengan erti kata yang lain solat makmum masih sah, hanya

membatalkan jemaahnya sahaja dalam solat (tiada pahala berjemaah).

(http://syiahali.wordpress.com. 2011)

3.13.8 MAKMUM MASBUQ

Mazhab Syiah telah menetapkan bahawa adalah mustahab bagi makmum untuk

menyertai jemaah dari mula solat berjemaah didirikan. Ini kerana menurut mereka,

wujud satu ganjaran yang sangat besar sekiranya makmum berkesempatan menyebut

takbir sejurus sahaja imam bertakbir dan sebelum surah al-Fatihah dibaca.

Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat sebab yang tidak dielakkan dan

menyebabkan makmum terlambat, maka harus makmum meneruskan atau menyertai

jemaah menurut bilangan rakaat yang ada, dan bakinya bolehlah ditambah secara

berseorangan.

Sebagai contoh dalam solat Asar berjemaah, sekiranya makmum menyertai

jemaah ketika imam berada dalam rakaat kedua, maka dipenghujung rakaat keempat

makmum harus menukar niat kepada solat bersendirian bagi menghabiskan baki satu

rakaat lagi. Jika makmum menyertai jemaah dalam keadaan imam sudah duduk

82

tasyahud pada rakaat kedua pula, maka harus bagi makmum berada dalam keadaan yang

dipanggil Tajafi iaitu jari dan kaki makmum dipermukaan dan duduk separa bangun

untuk mendengar Tasyahud Imam. Demikian juga halnya sekiranya makmum berada di

rakaat ketiga sedangkan imam sudah Tasyahud di rakaat keempat dimana makmum

masih beroleh ganjaran berjemaah dalam solat dengan cara berniat, takbir dan terus

berada diposisi tasyahud mengikut imam, lantas berdiri semula tanpa niat yang baru

bagi memulakan rakaat yang baru. (http://syiahali.wordpress.com. 2011)

3.13.9 HUKUM SOLAT BERJEMAAH BERSAMA IMAM SYIAH MENURUT

ULAMA AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

Menurut pendapat Sheikh al-Islam Ibn Taimiyah, dibolehkan seseorang

menunaikan solat lima waktu, solat Jumaat dan sebagainya dibelakang orang yang tidak

diketahui bid’ah atau fasiknya, kerana bukanlah menjadi syarat makmum untuk perlu

mengetahui pegangan imamnya atau mengujinya dengan bertanya apa akidahnya.

Malah, jika seseorang solat dibelakang ahli bid’ah atau ahli maksiat sekalipun,

sah solatnya menurut salah satu pendapat daripada Imam Ahmad, Imam Malik, Imam

Syafie dan Imam Abu Hanifah sekiranya tiada imam lain yang bersih akidahnya di

tempat tersebut. Solat itu bukan sahaja sah, bahkan tidak perlu diulang kerana inilah

yang dilakukan oleh Ibnu Umar yang solat dibelakang Hajjaj, seorang penguasa yang

zalim dan Ibnu Mas’ud yang bersolat di belakang al-Walid bin Uqbah yang terkenal

dengan kejahatannya dan peminum arak. (http://www.detikdaily.net/v6. t.t)

Manakala, ulama’ kontemporari pula berbeza pendapat dalam hal ini. Ada yang

membenarkannya dan ada pula yang melarang solat berjemaah dibelakang imam Syiah.

Antara ulama’ yang membenarkan seseorang sunni bersolat dibelakang imam Syiah

83

ialah Sheikh al-Azhar Sayyid Tantawi, Sheikh Muhammad Ahmad Siraj dan al-

Qaradawi. Hujah utama mereka ialah kerana mereka (imam Syiah) juga menyembah

Allah ketika bersolat, bukannya menyembah tuhan yang lain walaupun terdapat banyak

perselisihan antara Syiah dan Sunni. Al-Qaradawi pula menambah, sekiranya tiada

pilihan maka tidak mengapa untuk bersolat dibelakang imam Syiah yang fahamannya

tidak melampau dan elakkan daripada solat dibelakang imam Syiah yang jelas

melampau fahamannya.

Ada juga ulama’ yang melarang berbuat demikian seperti al-Marhum Ben Baz,

bekas mufti kerajaan Arab Saudi, malah ada pula pandangan yang tidak bersetuju

pendapat yang membenarkan solat dibelakang imam Syiah dengan alasan tidak sanggup

untuk berimamkan individu yang telah menghina sahabat, menyatakan al-Qur’an

sekarang tidak lengkap dan sebagainya lantas lebih sanggup solat bersendirian

sekiranya tiada pilihan sekiranya berada dalam kelompok Syiah kerana golongan Syiah

juga tidak akan bersolat bersama golongan sunni. (komuniti.Iluvislam.com. 2007)

3.14 KESIMPULAN

Syiah adalah golongan yang menjadi pengikut dan hanya mengakui kepimpinan

Saiyidina Ali sebagai khalifah. Oleh kerana menafikan kekhalifahan sahabat Nabi s.a.w

yang lain menyebabkan mereka tidak berpegang kepada sebarang hadith riwayat

sahabat dan hanya bergantung dari pandangan ulama’ Syiah sendiri dalam persoalan

hukum termasuklah dalam membicarakan solat berjemaah. Yang nyatanya, solat

berjemaah walaupun dibahaskan oleh Syiah dengan pelbagai syarat dan ganjaran,

namun dari sudut penekanannya agak longgar kerana meletakkan hukum ‘digalakkan’

sahaja.

84

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!