08.08.2014 Views

o_18upu97volr21kbd1bd9bee1bbpp.pdf

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

BAB 4

HASIL KAJIAN

4.1 PENDAHULUAN

Bab ini akan membentangkan hasil kajian daripada pengumpulan data atau

maklumat yang diperolehi dari pelbagai sumber rujukan sebelum ini. Namun, apa yang

ingin diketengahkan melalui bab ini adalah hasil kajian bagi menjelaskan perbandingan

antara kedua mazhab antara golongan Ahli Sunnah Wal Jama’ah dan Syiah, dimulai

kajian terhadap identiti setiap golongan ini sehinggalah perbahasan berkaitan

perbandingan pandangan atau pendapat terhadap penghujahan setiap golongan berkaitan

solat berjemaah, samada dalam bentuk perbezaan mahupun persamaan.

4.2 PEMAHAMAN TENTANG AHLI SUNNAH WAL JAMA’AH DAN

SYIAH

4.2.1 KAJIAN TERHADAP IDENTITI AHLI SUNNAH WAL JAMA’AH

Hasil kajian mendapati bahawa walau ada beberapa tafsiran yang diutarakan

oleh para cendikiawan Islam tentang Ahli Sunnah Wal Jama’ah dan klasifikasinya,

namun apa yang jelas ia sebenarnya tidak lari dari maksud mereka adalah dikalangan

orang-orang yang bersepakat untuk berpegang kepada al-Qur’an dan al-Sunnah

termasuk apa yang ditunjukkan oleh Khulafa’ al-Rasyidin dalam segala ilmu akidah

mahupun amalan harian. Penafsiran akidah mereka terbit dari ayat-ayat al-Qur’an dan

sikap mereka dalam menghukum adalah dengan cara mengambil jalan pertengahan iaitu

85

memadankan nas-nas al-Qur’an dan Hadith dengan akal untuk mentaufikkan keduanya

disamping menjaga batas-batas syara’. Golongan Ahli Sunnah Wal Jama’ah juga tidak

akan sekali-kali mengambil pengertian zahir dan secara melulu menurut kehendak akal

atau nafsu terhadap sesuatu perkataan atau ayat dari al-Qur’an mahupun hadith.

Hanya satu penafsiran bagi kalimah ‘jama’ah’ yang jelas disebutkan dalam

hadith Rasulullah s.a.w. dalam sahih Tirmizi, iaitu merujuk dan menggambarkan

bahawa golongan ini adalah salah satu golongan daripada tujuh puluh tiga pecahan umat

Nabi Muhammad s.a.w. yang akan masuk syurga kerana mengikut perjalanan hidup

(sunnah) Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda sehinggakan baginda mahukan

umatnya menetapkan pendirian dan prinsip ini seumpama menggigitnya dengan gigi

geraham. Penegasan agar menurut sunnah Nabi s.a.w ini dikuatkan lagi dengan firman

Allah dalam surah Ali Imran, ayat 31 yang memberi maksud : “Katakanlah (wahai

Muhammad) : Jika benar kamu mengasihani Allah, maka ikutilah aku, nescaya Allah

mengasihani kamu”, menunjukkan bahawa gabungan hadith dan al-Qur’an yang

memerintahkan agar berpegang kepada sunnah Rasulullah s.a.w dan perjalanan

Khulafa’ al-Rasyidin yang terpimpin adalah suruhan ke jalan yang benar dan diredhai

Allah s.w.t.

Penyusunan iktiqad Ahli Sunnah Wal Jama’ah telah dimula dan dibukukan oleh

Sheikh Abu Hassan al-Ansari yang alim dalam bidang ilmu usuluddin dibantu oleh

Sheikh Abu Mansur al-Maturidi dalam kurun ketiga Hijrah. Penyusunan ini

menunjukkan bahawa umat Islam perlukan panduan dalam mengetahui iktiqadnya

dalam amalan dan ibadah seharian, memandangkan ianya tidak lagi sepertimana

keadaan pada zaman sahabat yang mampu dipelajari terus dari Rasulullah s.a.w.

86

4.2.2 KAJIAN TERHADAP IDENTITI SYIAH

Manakala apa yang dapat difahami daripada kajian terhadap Syiah pula ialah

mereka adalah dikalangan golongan yang lahir sebagai pengikut, pendokong atau

pembela kepada Saiyidina Ali dalam soal kepimpinan. Jika dilihat sejarah asalnya pada

satu wajah, ia lahir akibat pertikaian politik antara penyokong Saiyidina Ali yang tidak

berpuashati dengan tindakan Muawiyah yang menistiharkan diri sebagai khalifah

setelah Ali wafat, bertindak kejam terhadap cucu Nabi s.a.w yang membawa kepada

pembunuhan Husein di Karbala. Setelah berjaya menggantikan kerajaan kepada Bani

Abasiyah, gerakan politik Syiah Ali ini dilihat mengubah haluan menjadi satu mazhab

yang akidah yang berbeza dengan Ahli Sunnah Wal Jama’ah untuk menyokong gerakan

politik mereka.

Jika dilihat pada wajah yang lain, kelahiran Syiah ini bersumberkan fakta yang

berbeza. Cendekiawan Barat mengatakan bahawa ada Syiah yang lahir kerana pengaruh

Parsi yang menerapkan sistem pemerintahan dengan berdasarkan salasilah beraja dan

pemerintahan adalah diwarisi, lantas beranggapan Ali adalah orang sepatut dan

selayaknya menjadi khalifah sesudah wafatnya Nabi s.a.w. memandangkan baginda

tiada anak lelaki yang hidup waktu itu. Ada juga ulama’ yang mengatakan Syiah lahir

hasil perancangan pendeta Yahudi bernama Abdullah bin Saba’yang berpura-pura

memeluk Islam pada zaman khalifah Uthman ibnu Affan dengan maksud untuk

memecahbelahkan umat Islam dengan cara membuat provokasi mengagung dan

melebihkan kepimpinan Ali dan menolak serta mengkafirkan saiyidina Abu Bakar, dan

Uthman. Boleh jadi pendapat ini adalah fakta yang benar dalam konteks Syiah yang ada

hari ini kerana ia disokong dan disahkan oleh ulama’ besar Syiah sendiri iaitu Saad bin

Abdullah al-Qumy yang mengatakan Abdullah bin Saba’adalah orang jelas

87

menampakkan dirinya untuk mengecam dan menentang Abu Bakar, Umar dan Uthman

r.a. serta menentang kekhalifahan mereka.

Memang benar kalimah ‘Syiah’ ada disebut dalam al-Qur’an, namun ia bukanlah

membawa maksud golongan Syiah mendapat pengiktirafan Allah s.w.t. malah

penggunaan kalimah ‘Syiah’ atau ‘Syiaan’ menurut ulama’ Ahli Sunnah Wal Jama’ah

adalah merujuk kepada seorang lelaki atau golongan yang tidak dikhususkan

bergantung kepada keadaan yang berlaku dan diceritakan melalui al-Qur’an. Jika kita

perhatikan daripada kajian ini, ulama’ membahagikan Syiah itu kepada empat golongan

dan lahir dari fasa yang berbeza tetapi hanya dua golongan terawal dipanggil Syiah

Tulen dan Syiah Tafdhiliyyah yang walaupun mengutamakan Saiyidina Ali, namun

tidak timbul soal cacian dan mengkafirkan sahabat Nabi s.a.w. yang lain. Hanya Syiah

Saba’iyyah dan Syiah Pelampau yang terkemudian ini dikatakan keterlaluan dalam soal

kepimpinan Saiyidina Ali sehingga sanggup mengkafirkan sahabat yang lain dengan

menampilkan pegangan yang jauh berbeza dengan Ahli Sunnah Wal Jama’ah.

Walaupun ajaran selain Ahli Sunnah Wal Jama’ah difatwakan di Malaysia bercanggah

dengan hukum syara’ dan undang-undang Islam, namun secara praktikalnya ajaran

Syiah sukar dihalang kerana Deklarasi yang telah ditandatangani oleh Malaysia dan

diwartakan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu pada 26 Jun 2007 telah memberi

hak kepada golongan Syiah sebagai Muslim disamping status Syiah yang tidak

diwartakan dengan jelas dilihat satu kesukaran pihak berkuasa untuk menjalankan

penguatkuasaan.

88

4.3 PERSPEKTIF SOLAT BERJEMAAH ANTARA AHLI SUNNAH WAL

JAMA’AH DAN SYIAH

4.3.1 DEFINISI SOLAT BERJEMAAH

Daripada kajian, terdapat sedikit sahaja perbezaan cara mentakrifkan solat

berjemaah itu yang nampaknya pengolahan sahaja yang berbeza diantara Ahli Sunnah

Wal Jama’ah dan Syiah, dimana akhirnya ia mempunyai maksud yang sama. Ahli

Sunnah Wal Jama’ah mendefinisikan solat berjemaah dengan cara memberi maksud

‘solat’ dan ‘berjemaah’ itu secara berasingan dari sudut bahasa dan istilah dan

kemudiannya mencantumkan semula dua kalimah ini menjadi satu maksud pengertian

iaitu solat berjemaah itu dapat disimpulkan sebagai solat secara beramai-ramai di satu

tempat yang sama dan waktu yang sama, dikerjakan sekurang-kurangnya oleh dua

orang, salah seorangnya menjadi imam dan yang lainnya sebagai makmum.

Aliran Syiah pula tidak mendefinisikan solat berjemaah itu dalam maksud yang

panjang, malah menurut fiqh Syiah secara ringkas memberikan maksud solat berjemaah

itu sebagai solat bersama Muslim yang lain, salah seorang daripadanya menjadi

pemimpin yang dipanggil imam dan yang mengikutnya dikenali sebagai makmum.

Disini jelas bahawa golongan Syiah tidak menafikan keperluan solat berjemaah itu pada

sekurang-kurangnya dua orang dan perlunya imam dan makmum bagi menghasilkan

solat yang dipanggil berjemaah sebagaimana yang dihujjahkan oleh Ahli Sunnah Wal

Jama’ah.

4.3.2 HUKUM SOLAT BERJEMAAH

Ahli Sunnah Wal Jama’ah mempunyai perspektif yang sangat ketara

perbezaannya dengan Syiah dalam membahaskan hukum solat berjemaah. Walaupun

89

dikalangan Ahli Sunnah Wal Jama’ah pun ada perbezaan dalam menentukan hukum,

namun dikalangan mereka tidak menafikan hukum sesama mereka. Malah perbezaan ini

adalah sedikit sahaja dalam soal perbezaan pandangan dalam pengambilan hadith yang

pelbagai menyebabkan ulama’ menterjemahkan hukum kepada hukum yang pelbagai

juga. Lantaran itu tidak hairanlah ada dikalangan ulama’ Ahli Sunnah Wal Jama’ah

yang menghukumkan solat berjemaah itu samada Fardhu Kifayah, Sunat Muaakkad

ataupun Fardhu Ain. Kalau kita perhatikan pada hadith yang dijadikan sandaran pada

setiap hukum ini, ia sebenarnya mengajak kepada kebaikan yang sama, menerangkan

fadhilat yang memberikan ganjaran 27 pahala dan menghindarkan kerosakan akhlak

akibat bisikan syaitan. Jika kita perhatikan pula kepada pandangan ulama’ daripada

empat mazhab (Syafii, Maliki, Hanafi dan Hanbali) dalam Ahli Sunnah Wal Jama’ah,

kesemuanya menitikberatkan solat berjemaah bagi solat fardhu lima waktu dengan

hukum Fardhu Kifayah, Sunat Muakkad, Sunat Muakkad yang ditafsirkan sebagai

wajib, malah ada pula yang menghukumkan terus kepada Wajib bahkan mereka sepakat

pula mengatakan wajib berjemaah bagi solat Jumaat dan sunat bagi penunaian solat

yang lain seperti solat Hari Raya, Witir, Istisqa’, Kusuf, Tarawih dan lain-lain lagi.

Walau apapun hukum bagi solat fardhu lima waktu tersebut, dapatlah kita rumuskan

bahawa kesemua hukum ini menuntut kepada berjemaah dalam solat agar tidak

diremehkan oleh sebahagian golongan sedangkan berjemaah menjadi amalan sunnah

Nabi Muhammad s.a.w.

Kajian terhadap Syiah pula mendapati hanya satu hukum sahaja yang diputuskan

oleh ahli Syiah terhadap tuntutan solat berjemaah. Menurut mereka, solat berjemaah

adalah ‘digalakkan’ sahaja, tidak terikat dengan pelbagai hukum lain dan bagi solat

fardhu, ia tertentu bagi tiga waktu solat yang diyakini oleh iaitu Subuh, Maghrib dan

90

Isya’. Tuntutan kepada solat berjemaah juga dilihat menjadi keutamaan hanya kepada

mereka yang tinggal berdekatan dengan masjid dan sekitarnya yang kedengaran azan

dari rumah mereka. Bagi solat Jumaat pula, golongan Syiah mensyaratkan sekurangkurangnya

ada lima orang jamaah bagi membolehkan solat Jumaat ditunaikan. Jika

tidak, maka tidaklah menjadi kewajipan kepada umat Islam menunaikan solat Jumaat

berjemaah. Golongan Syiah juga didapati mengaitkan kelebihan mengerjakan solat

berjemaah itu dengan keyakinan yang berbeza menurut Ahli Sunnah Wal Jama’ah iaitu

gandaan pahala bermula 150 kali gandaan tanpa ada had maksima yang ditentukan.

Syiah juga berpendapat bahawa tidak ada solat sunat berjemaah melainkan solat sunat

Hari Raya dan Istisqa’ sahaja, malah mendakwa tarawih adalah amalan bid’ah yang

direka oleh khalifah Umar al-Khattab. Tegasnya, segala hukum yang diputuskan oleh

golongan bermazhab Syiah jauh sekali berbeza dengan apa yang dihukumkan oleh Ahli

Sunnah Wal Jama’ah dan perbezaan juga lahir kerana hukum Syiah tidak bersandarkan

dalil hadith Rasulullah s.a.w. sebagaimana hukum yang diputuskan golongan

dikalangan Ahli Sunnah Wal Jama’ah.

4.3.3 HUKUM BERKAITAN PELAKSANAAN SOLAT BERJEMAAH

Tidak semua perkara yang dibahaskan oleh Ahli Sunnah Wal Jama’ah juga

dibahaskan oleh Syiah berkaitan hukum yang bersangkutan pelaksanaan solat

berjemaah hasil dari kajian data ini. Contohnya, dalam soal keutamaan menjadi imam,

tidak dibahaskan oleh Syiah tetapi dititikberat oleh Ahli Sunnah Wal Jama’ah atas dasar

adanya garis panduan melalui hadith Rasulullah s.a.w. Begitu juga isi yang terkandung

bagi setiap perkara yang ditentukan atau yang menjadi syarat bagi solat berjemaah,

dalam erti kata lain ada yang sama dan ada pula yang berbeza.

91

4.3.3.1 SYARAT MEREALISASIKAN SOLAT BERJEMAAH

Kajian ini secara perinciannya, bermula dengan syarat bagi merealisasikan solat

berjemaah, mendapati kedua-dua golongan ini sama-sama telah meletakkan tiga syarat.

Namun hanya dua syarat awal sahaja yang lebih kebersamaannya iaitu solat berjemaah

itu perlu ada sekurang-kurangnya dua orang (imam dan makmum) dan keutamaan

mendirikan solat juga adalah di masjid, cuma bezanya, Syiah menambah keutamaan ke

masjid itu adalah bagi hanya pada yang tinggal berdekatan dan mendengar laungan azan

dari rumah mereka, berbanding Ahli Sunnah Wal Jama’ah yang tidak mengkhususkan

golongan yang utama ke masjid namun menggunakan pendekatan yang dilihat sebagai

ajakan secara berhikmah melalui penjelasan tentang kemuliaan masjid, tempat yang

sangat disukai Allah s.w.t, bertambahnya pahala dan penghapusan dosa sebagai galakan

untuk datang ke masjid bagi mendirikan solat berjemaah. Syarat ketiga bagi

merealisasikan solat berjemaah, walaupun asasnya menumpukan aspek imam, namun

Ahli Sunnah Wal Jama’ah lebih kepada penekanan thiqah imam itu dahulu sebelum

diikuti iaitu bukan disabitkan sebagai fasiq atau jelas bia’ahnya, berbanding pendapat

Syiah yang hanya perlu mengetahui kedudukan imam, dimana makmum boleh

menyertai solat berjemaah selagi imam belum bangkit dari ruku’nya.

4.3.3.2 SYARAT MENJADI IMAM

Manakala syarat bagi menjadi imam pula mendapati 8 syarat yang ditentukan

oleh Ahli Sunnah Wal Jama’ah juga terkandung didalam antara 6 syarat yang

ditentukan oleh golongan Syiah seperti perlunya imam itu baligh, baik bacaannya dan

lain-lainnya. Namun, perbezaan yang ketara diantara syarat tersebut bagi golongan

Syiah ialah menggambarkan seolah keutamaan imam itu ialah mesti dari kalangan Syiah

Imamiah yang berpegang dengan kepercayaan 12 orang imam dari golongan ahli bait

92

walaupun ada ulama’ Syiah tidak menghalang dan mengatakan sah berimamkan Ahli

Sunni.

4.3.3.3 SYARAT SAH MAKMUM MENGIKUT IMAM

Kajian terhadap syarat sah makmum mengikut imam juga mendapati Ahli

Sunnah Wal Jama’ah menampakkan kelebihan berbanding Syiah walaupun pada

asasnya niat mengikut imam dan tidak boleh mendahului imam dalam perbuatan solat

ada kesepakatan bagi kedua aliran ini. Keseriusan dalam soal ini menyebabkan Ahli

Sunnah Wal Jamaah dilihat menampilkan syarat yang banyak sehingga soal jarak

diantara imam, keutamaan mengetahui gerakan imam dan hendaklah ada muwafaqah

antara imam dan makmum dalam melakukan dan meninggalkan perkara sunat juga

diambil perhatian. Yang membezakan dalam penetapan syarat makmum mengikut

imam ini ialah Ahli Sunnah Wal Jama’ah menetapkan bahawa solat yang dilakukan

oleh makmum mesti sama dengan solat yang dilakukan oleh imam dengan ertikata lain

tidak sah solat fardhu makmum yang mengikut imam sedang solat sunat kecuali

makmum tidak mengetahuinya, berbanding Syiah yang tidak mensyaratkan sedemikian.

4.3.3.4 SUSUNAN SAF MAKMUM

Dari segi susunan saf makmum dalam solat berjemaah, kajian mendapati tidak

banyak perbezaan antara hukum yang ditetapkan oleh Ahli Sunnah Wal Jama’ah dengan

Syiah iaitu makmum perlu menyamakan saf mereka tidak sejajar dengan kedudukan

imam walaupun hukumnya tidak membatalkan solat makmum. Cuma cara menentukan

lurusnya saf sahaja yang pada Ahli SunnahWal Jama’ah boleh diukur melalui tumit ke

tumit jika solat berdiri, berbanding Syiah yang menetapkan bahu sebagai ukuran

lurusnya sesuatu saf tersebut. Perbezaan lain yang dapat diperhatikan bagi Syiah ialah

93

kedudukan imam dihadapan perlu berada ditempat yang tidak boleh tinggi sekadar 4 jari

dari kedudukan makmum (berada ditempat lebih rendah), berbanding kedudukan imam

dan makmum yang selaras tingginya menurut Ahli Sunnah Wal Jama’ah.

4.3.3.5 MAKMUM MUWAFIQ DAN MASBUQ

Kajian ini mendapati tiada perbezaan diantara Ahli Sunnah Wal Jama’ah dan

Syiah dalam membahaskan status makmum muwafiq dan masbuq. Dalam ini keduaduanya

didapati menekankan aspek keperluan makmum mengikut imam dalam segenap

pergerakan walaupun makmum terlewat untuk bertakbir dan tidak sempat

menyempurnakan bacaaan al-Fatihah bersama imam. Jelasnya penyertaan makmum

bersama imam dalam solat akan menghasilkan pahala berjemaah walaupun makmum

perlu menambah bilangan rakaat yang teringgal tersebut selepas imam memberi salam

bagi mengakhiri solat.

4.4 HUKUM SOLAT BERLAINAN MAZHAB

Hasil kajian ini mendapati kebanyakan ulama’ dikalangan Ahli Sunnah Wal

Jama’ah tidak menjadikan perbezaan mazhab sebagai halangan untuk ahlinya

menunaikan solat berjemaah dibelakang imam Syiah

Pendapat dari ulama’

kontemporari seperti Sheikh al-Azhar Sayyid Tantawi, Sheikh Muhammad Ahmad Siraj

dan al-Qaradawi berhujah dengan alasan golongan Syiah juga menyembah Allah s.w.t,

bukan tuhan yang lain. Cuma al-Qaradawi menambah agar dielakkan bersolat

dibelakang imam Syiah yang jelas melampau fahamannya melainkan jika tiada pilihan

berbuat demikian. Dengan kata lain, pendapat ini mengesahkah solat makmum yang

mengikut imam Syiah tanpa perlu ulangan.

94

Kajian terhadap Syiah pula mendapati pada dasarnya dikatakan ramai

dikalangan ulama’ Syiah seperti Ayatollah Khamenei, mengeluarkan fatwa bahawa sah

berimamkan ahli Sunni asalkan melepasi syarat baligh, waras adil dan sempurna

bacaannya. Namun begitu jika kita perhatikan pada syarat menjadi imam itu menurut

Syiah, mereka tetap menampilkan keutamaan imam itu dari kalangan Syiah sendiri

untuk diikuti dan menyertai jemaah dalam solat Jumaat bersama Ahli Sunni sekadar

mengaburi mata jemaah sahaja sedangkan hakikatnya ada fakta kajian yang

menunjukkan mereka tidak menunaikan solat Jumaat melainkan solat Zohor sematamata.

4.5 KESIMPULAN

Hasil kajian ini telah memberikan kefahaman bahawa Ahli Sunnah Wal Jama’ah

dan Syiah sememangnya dua aliran yang berbeza bukan sahaja dari sudut takrifan dan

pegangannya, malah juga membawa kepada perbezaan yang nyata dalam banyak

perkara bagi membahaskan hukum yang berkaitan solat berjemaah. Walaupun dari satu

sudut dilihat ada persamaannya, namun ia adalah persamaan yang amat sedikit. Yang

nyatanya, Ahli Sunnah Wal Jama’ah lebih nampak keseriusannya terhadap solat

berjemaah kerana pendapatnya diperkuat dengan hujah dalil al-Quran dan hadith,

berbanding Syiah yang semata-mata bergantung kepada pendapat imam mereka yang

maksum bagi menentukan hukum.

95

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!